url
stringlengths 50
245
| headline
stringlengths 3
99
| content
sequence |
---|---|---|
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/tubuh-yayasan-kumpul-dana-untuk-pelajar-miskin/ | Tubuh yayasan kumpul dana untuk pelajar miskin | [
"AHLI Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin mencadangkan kerajaan mewujudkan satu yayasan untuk mengumpul dana bagi menaja pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke luar negara.",
"Beliau berkata, yayasan ini dianggotai oleh gabungan orang kaya di dalam negara sebagaimana ia telah dilakukan oleh masyarakat Tionghoa bagi membantu pelajar-pelajar miskin dalam kalangan mereka mendapatkan pendidikan.",
"“Dalam keadaan kegawatan ekonomi hari ini adakah kerajaan berfikir seperti cara kaum Tionghoa iaitu mengadakan yayasan untuk mengumpul kewangan untuk taja pelajar-pelajar mereka,” katanya.",
"Menurut Izani, keperluan untuk pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka, perlulah ditambah dari semasa ke semasa.",
"Di dalam soalan asal, Izani meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelajar Malaysia di United Kingdom dan adakah Kerajaan berhasrat menghentikan penghantaran pelajar ke sana pada masa hadapan.",
"Dalam pada itu, Timbalan Menteri dalam jawapannya menegaskan kerajaan telah melaksanakan cadangan itu dengan pembabitan beberapa syarikat korporat antaranya Sime Darby bagi menaja pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran seperti di dalam bidang kejuruteraan. – HARAKAHDAILY 5/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/umno-lemah-pembangkang-pecah/ | Umno lemah pembangkang pecah | [
"APABILA Umno kalah di Kelantan, di Terengganu dan di Selangor dulu masing-masing kata, bukanlah ia justeru pembangkang kuat, tetapi ia justeru Umno berpecah. Tetapi sekarang Umno menaruh harapan untuk mempertahankan kerajaan pusat dan negeri yang dikuasainya serta merampas negeri yang ia kalah. Jika ia berjaya bukan justeru ia kuat dan dipercayai, tetapi pembangkang pula berpecah. Benarnya ada teori itu. Dalam dua kali PRU di Kelantan sebelum PRU 1990, PAS berhempas pula untuk mengambil semula negeri itu, ia hanya mampu meraih sekitar 10 kerusi. Tidak dapat dipastikan ia boleh menguasai PRU 1990 kerana pertambahan pengaruhnya bertambah tapi tidak tidak ketara. Umno berpacah sakan selepas PRU 1986 gara-gara perebutan kuasa antara Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh dalam pemilihan Presiden partinya. Ia diikuti oleh pengharaman Umno oleh mahkamah. Team A masuk pilihan raya sebagai Umno (Baru), Team B masuk atas Parti Melayu Semangat 46. Terpecah dua Umno. PAS kental bersatu. Dengan politik pintarnya, Umno Kelantan kalah semua kerusi Parlimen dan semua kerusi Dun. Sekalipun Umno selepas itu tidak lagi berpecah, Umno dalam S46 kembali semula setelah parti serpihan itu dibubarkan, tetapi hingga ini ia belum berjaya mengambil semula Kelantan. Sekalipun Umno kembali bersatu tetapi PAS pun bersatu juga, bahkan pembangkang yang PAS adalah sebahagian daripadanya tidak berpecah. Umno yang berpecah tadi masih menyelamatkan Umno Terengganu dalam PRU 1990. Tetapi itu tidak sempat dipateri, lalu PAS yang tidak sekuat mana menjelang PRU 1999 berjaya meninggalkan empat kersi saja untuk Umno dalam PRU itu. Komen Umno atas kekalahannya di Terengganu itu, bukanlah kerana PAS kuat sangat tapi kerana Umno di hujung pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar agak goyang gara-gara pemecatan DS Awnar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan. Pemecatan DS Anwar itu menyumbang pepecahan ketara bagi Umno hingga ia menyumbang kemenangan bagi pembangkang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang dalam PRU 2008 sambil mempertahankan Kelantan. Selepas ia kalah di Selangor, sekalipun pimpinan Umno Selangor diambil alih oleh PM Najib, ia berpecah juga. Sebagaimana rakyat Kelantan tolak pimpinan Dr. Mahathir sebagai Ketua Umno Gua Musang pasca PRU 1990, demikianlah arakyat Selangor tolak Najib dalam PRU2013. Sampai sekarang Umno Selangor belum dapat pimpinan yang disegani. Jika Umno sendiri tidak muncul pemimpin yang disegani bagi mengganti Najib, maka ia menyukar Umno di lain negeri beroleh pimpinan yang berwibawa. Selepas Mahathir meninggalkan Umno dan TS Muyidin Yassin dipecat, Umno dilihat mulai hilang taring. Tidak diketahui hakisan parti itu setelah Mahathir dan Muhyidin membentuk parti baru. Tetapi Mahathir mengambil tindakan politik yang betul dalam usaha melucutkan pengaruh dan kuasa Najib dan Umno. Dia bentuk parti sendiri tapi bergabung dengan Pakatan Harapan serta mengagaskan formula satu lawan satu dalam PRU akan datang. Orang PAS yang keluar yakin sangat dengan wawasan Mahathir, Najib dan Umno yang lemah itu pasti tersungkur jika satu lawan satu dicapai. Malangnya Mahathir datang ketika pembangkang berpecah. Dia tiba ketika PAS sudah tidak bertahaluf dengan DAP dan ketika pembangkang terus keliru denan RUU355. Umno dan Najib dilihat amat lemah, tetapi pembangkang pula berpecah. Jika Umno tidak kalah, bukan kerana ia kuat tetapi pembangkang payah bersatu. – HARAKAHDAILY 5/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/pas-kecam-tragedi-letupan-bom-di-st-petersburg/ | PAS kecam tragedi letupan bom di St. Petersburg | [
"PAS mengecam tragedi letupan bom terbaru yang berlaku di stesen keretapi bawah tanah St. Petersburg, Rusia pada 3 Mac lalu. Tragedi letupan bom ini telah mengorbankan belasan mangsa dan mencederakan puluhan orang awam yang tidak bersalah. ",
"PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi kejam dan tidak bertamadun ini. PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan seluruh rakyat Rusia di atas tragedi berdarah ini.",
"Selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan kedamaian, PAS secara konsisten mengecam sebarang tindakan pembunuhan dan kekejaman yang melibatkan orang awam yang tidak berdosa untuk apa tujuan sekalipun. PAS menggesa pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan seadilnya.",
"PAS menggesa semua pihak untuk berfikir dan bertindak secara matang dalam apa jua tindakan agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak bertamadun ini berulang. PAS juga menggesa semua pihak untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak terutama sekali yang ada kaitan dengan Islam sebagai dalang tragedi ini sebelum bukti kukuh diperoleh."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/pemuda-pas-ucap-tahniah-ketua-hakim-negara-baru/ | Pemuda PAS ucap tahniah Ketua Hakim Negara baru | [
"DEWAN Pemuda PAS Malaysia(DPPM) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Datuk Seri Md Raus Sharif yang baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Arifin Zakaria. DPPM percaya bahawa Tan Sri Datuk Seri Md Raus Sharif yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia sebelum ini, merupakan seorang yang berkelayakan bagi memikul amanah tersebut.",
"DPPM percaya bahawa Badan Kehakiman yang merupakan salah satu organ Persekutuan perlu bebas menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin dalam; mencapai keputusan yang adil di mahkamah dan melindungi keluhuran Perlembagaan. DPPM juga berharap Badan Kehakiman dapat menjadi semak dan imbang yang baik dalam menafsir Perlembagaan dan menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau mana-mana tindakan Eksekutif adalah berperlembagaan dan sah, agar hak dan kebebasan rakyat marhaen terus dilindungi. Seperti perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran:",
"“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Nisa, 135)",
"Akhir kata, DPPM ingin mengucapkan selamat maju jaya menjalankan amanah dalam memimpin Badan Kehakiman kepada Tan Sri Datuk Seri Md Raus Sharif di mana ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Siru Ala Barakatillah."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/adakan-dana-caruman-khas-beli-rumah-mampu-milik/ | Adakan dana, caruman khas beli rumah mampu milik | [
"SEBELUM ini saya pernah menulis tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik yang tawarkan oleh kerajaan.",
"2.Golongan yang dikenalpasti sebagai berpendapatan rendah dan sederhana, termasuklah golongan belia yang baru bekerja, boleh mencarum dalam tabungan tersebut untuk tujuan membeli rumah mampu milik yang disediakan oleh pihak kerajaan.",
"3.Seandainya tabungan tersebut masih tidak mencukupi untuk mereka membeli rumah, mereka boleh memohon pembiayaan melalui satu agensi khusus yang diwujudkan oleh kerajaan untuk menguruskan dana perumahan mampu milik tadi.",
"5.Asalkan pemohon telah mencarum dalam tabungan pembelian rumah mampu milik dan caruman mereka telah mencapai satu tahap minimum yang ditetapkan, mereka layak dipertimbangkan menerima pembiayaan tersebut untuk membeli rumah mampu milik.",
"6.Dalam masa yang sama, sistem pemilihan untuk pembelian rumah mampu milik juga perlu ditambah baik. Pemilihan bukan sekadar berdasarkan kepada kelayakan pendapatan semata-mata, tetapi pemilihan juga hendaklah berdasarkan kepada sejauh manakah pembeli-pembeli tersebut telah bersedia untuk membeli rumah dan mempunyai ilmu asas pengurusan kewangan diri dan asas-asas ilmu berkaitan pembelian hartanah.",
"7.Pendedahan tersebut perlu di lakukan oleh kerajaan melalui program celik kewangan dan hartanah sejak awal lagi selepas seseorang itu memasuki alam pekerjaan, terutamanya kepada mereka yang telah mencarum di dalam skim caruman pembelian rumah mampu milik tadi.",
"7.Ini untuk mempastikan pembeli yang layak memiliki rumah mampu milik kelak bukan sahaja mempunyai kelayakan untuk membeli dari segi kewangan dan pendapatan tetapi juga mampu menguruskan kewangan dan harta yang mereka bakal beli dengan baik.",
"Moga-moga cadangan ini dapat diperhalusi oleh pihak kerajaan dan dapat serba sedikit mengatasi masalah kesukaran golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuklah golongan belia untuk memiliki rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/siasat-segera-kehilangan-rm1-1-bilion-untuk-rumah-felda/ | Siasat segera kehilangan RM1.1 bilion untuk rumah Felda | [
"MERUJUK perkembangan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF ), bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam satu siaran disiarkan oleh akbar Sinar ruangan SOROT, mengesahkan Felda sudah mengeluarkan perbelanjaan RM400 juta hingga RM600 juta untuk pembangunan rumah fasa pertama 8,470 unit, selebihnya untuk pembinaan fasa seterusnya sebanyak 11,630 unit lagi memerlukan pinjaman daripada bank.",
"Ketua Jabatan Dokumen dan Kontrak PGBF, Mazlan Abdul Karim juga mengesahkan Felda sedang berusaha menyelesaikan pembinaan ini sepertimana dijanjikan akan siap sepenuhnya 20,000 unit pada 2018 dengan suntikan kewangan dari pihak organisasi luar. (Sinar 30 Ogos 2016)",
"Sebelum ini banyak kenyataan, Felda menyatakan bahawa mereka memperuntukan RM1.4 bilion untuk membina 20,000 unit PGBF bermula 2013 dan akan siap 2018. Antara rujukanya ialah :Majalah Aspirasi Glokal – 30 Oktober 2014Majalah Aspirasi Glokal – 30 Mei 2015BERNAMA / Berita Harian – 23 April 2015",
"Jika merujuk kepada kenyataan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad, sehingga 2016 hanya 8,470 unit sudah dalam proses pembinaan dengan Kos telah dibelanja RM600 juta, maka memberi kefahaman kepada kita, baki peruntukan daripada RM1.4 bilion ini ialah RM800juta.",
"Satu lagi suntikan dana pinjaman sejumlah RM300 juta diperoleh daripada Bank Perdagangan bertujuan memulihkan projek PGBF yang sakit diseluruh negara terumanya di Pahang (4,000 unit)",
"Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Abu Bakar Harun dalam satu siaran Majalah Felda Aspirasi Glokal 30 Ogos 2015.",
"Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, menyatakan di Pahang 4,000 buah telah dilaksanakan oleh kontraktor terpilih, tetapi ada yang telah pun siap dibina sepenuhnya, ada yang masih di tahap 50 peratus pelaksanaan serta ada juga terbengkalai di peringkat awal lagi.",
"“Antara projek PGBF yang terbengkalai ialah di Felda Bukit Sagu Kuantan, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg. Awah dan Felda Chini 3, Pekan,” katanya.",
"Berdasarkan beberapa kenyataan, maklumat serta pemerhatian yang kami lakukan, tidak ada laporan terperincil mengenai agihan peruntukan membaik pulih projek sakit ini. Beberapa tempat yang sebut di atas masih lagi tidak berubah terutamanya di Felda Bukit Tajau dan Felda Chini 3.",
"Jika peruntukan daripada RM1.4 bilion, telah digunakan hanya RM600juta, ini memberi perkiraan jumlah peruntukan ini berbaki RM800 juta dan ditambah dengan pinjaman tambahan membaik pulih projek sakit RM300 juta, keseluruhan nilai kewangan projek ini ialah RM1.7 bilion.",
"Jika betul RM600juta telah digunakan, ini bermakna RM1.1 bilion lagi masih berbaki. Persolannya kenapa perlukan dana baharu? Ke mana baki peruntukan ini?",
"Kami menyeru semua pihak terutamanya pertubuhan berkaitan Felda seperti GENERASI, MBFM dan KAF peka dan terus memantau projek ini agar tidak disalah urus oleh pihak berkepentingan.",
"Kami mendesak pihak berkuasa Polis, SPRM membuat siasatan terbuka jika benar ada unsur penyelewengan projek PGBF yang maklamat asal sangat murni untuk menyediakan 20,000 unit rumah kepada generasi kedua Felda."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/negara-sudah-kondusif/ | Negara sudah kondusif? | [
"RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak telah diluluskan pada hari ini. Dibahas sejak semalam. Hukuman terhadap kesalahan ini DIPENJARA tidak melebihi 30 TAHUN dan TIDAK KURANG 6 SEBATAN. PAS sokong untuk hukum penjenayah yang perangai lebih teruk daripada binatang.",
"Kalau kita lihat hukuman ini agak berat. Tetapi kita tidak dengar pula suara-suara yang mempertikaikan seperti RUU 355 dengan berbagai alasan. Seperti soal masyarakat kita tidak kondusif, masih ramai orang miskin, masih ramai rakyat tidak ada rumah. Masyarakat kita perlu dididik dahulu. Rakyat masih ditekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Masyarakat tidak boleh dididik dengan hukuman.",
"Masyarakat tidak faham undang-undang. Islam mesti dibawa dengan kasih sayang, bukan hukuman yang mengerikan. Mahkamah kita tidak ada kepakaran. Gelojoh tidak ikut Jawatankuasa Tenikal. Dan berbagai alasan yang kita dengar.",
"Hukuman Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Tidak dengar pula yang mengatakan hukuman sebat sivil ini menyiksakan pesalah. Tidak dengar pula ia bertentangan dengan maqasid syariah. Alhamdulillah masih lagi Allah memberi ketenangan kepada kita. – HARAKAHDAILY 5/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/transkrip-penuh-ucapan-pembentangan-ruu-355/ | Transkrip penuh ucapan pembentangan RUU 355 | [
"TRANSKRIP PENUH UCAPAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG AHLI PERSENDIRIAN RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) (PINDAAN) 2016 Oleh AHLI PARLIMEN MARANG DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG (PRESIDEN PAS)",
"Saya mohon untuk menyambung serta menghuraikan usul yang telah saya bentangkan mengikut peraturan mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama peraturan Mesyuarat 28. Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2016 yang lalu di Dewan yang mulia ini.",
"Saya berdiri hari ini sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam ruang lingkup tugas saya untuk membawa suatu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibenarkan.",
"Pertama-tama izinkan saya dalam Dewan Parlimen yang mulia ini, mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dan terima kasih kepada semua yang telah mengizinkan kita membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) buat kali ketiga bagi meminda Akta 355 sedia ada, iaitu suatu akta yang mengawal bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah di dalam negeri-negeri di Malaysia. Akta asal ini telah diluluskan 50 tahun yang lalu pada tahun 1965 dan hanya dipinda 35 tahun yang lalu pada tahun 1984.",
"Usul Pindaan ini yang telah saya kemukakan buat pertama kalinya pada 26 Mei 2016 di dalam Dewan yang mulia ini bukanlah bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini, tetapi lebih bertujuan untuk meminda sebuah Undang-undang Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan batas hukuman sedia ada, dan terkandung dalam Akta 355 berkenaan yang telah dipinda pada tahun 1984 daripada had maksimum 3 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM5,000, atau maksimum 6 sebatan kepada maksimum 30 tahun penjara, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan syarie sebanyak 100 kali sebatan.",
"Kita ingin menegaskan bahawa Usul Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam sebagaimana dalam Akta asalnya dan sejarah sudah membuktikan bahawa sejak Akta 355 ini diluluskan 52 tahun yang lalu, belum pernah ada seorang bukan Islam yang didakwa kesalahannya di bawah mana-mana Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang diwujudkan daripada Akta induk ini.",
"Oleh hal yang demikian, kita memohon Yang Berhormat bukan beragama Islam tidak perlu berasa bimbang akan implikasi cadangan pindaan ini kerana tiada seorang warga bukan Islam yang akan disabitkan atas apa-apa kesalahan Jenayah Syarie di bawah Akta 355 ini. Usul ini membabitkan sebuah Akta peringkat Persekutuan dan ini bermakna ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaian kepada Negeri-Negeri kerana ia di bawah Perlembagaan Persekutuan.",
"Segala urusan agama Islam dan pelaksanaan hukum di bawah Mahkamah Syariah terletak di bawah kuasa Negeri-negeri di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Negeri.",
"Apa perlunya Akta 355 ini dipinda? Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355 adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Pada masa sekarang, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh Undang-Undang Persekutuan.",
"Mengikut Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih 6 bulan, atau denda tidak lebih RM1,000, atau kedua-duanya. Bidang kuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta itu, dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara, tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih 5,000 ringgit, atau sebat tidak lebih 6 sebat atau gabungan hukuman itu.",
"Bidang kuasa ini masih rendah dari bidang kuasa Majistret kelas 1 yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara 10 tahun, dan boleh menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara, atau denda 10,000 ringgit, atau sebat 12 pukulan atau gabungannya. Batas hukuman itu juga amat jauh ketinggalan berbanding hukuman kesalahan dalam Mahkamah Sivil sedia ada yang menjadi undang-undang teras negara kita.",
"Sebagai contoh, bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Hidupan Liar, Undang-Undang Sivil boleh memperuntukkan denda sehingga 50,000 ringgit ke atas seorang yang didapati bersalah memelihara burung tertentu, sedangkan kesalahan Syariah seperti mengajak ajaran sesat yang berjaya menyelewengkan akidah atau memurtadkan sebegitu ramai pengikutnya yang beragama Islam di negara ini, jika disabitkan kesalahannya, hanya boleh didenda tidak lebih daripada 5,000 ringgit, apakah demikian rendahnya nilai harga sebuah akidah Muslim? Tergamakkah kita membiarkan agama Allah dimartabatkan sedemikian rendah di negara kita yang memperuntukkan agama Islam selaku agama negara di bawah perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan?",
"Begitu juga seorang suami Muslim yang tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya, meninggalkan mereka bertahun-tahun lamanya berpoya-poya di luar tanpa memberi nafkah ke atas isteri dan anak-anaknya. Apabila didakwa oleh isteri dan disabitkan kesalahan di bawah Mahkamah Syariah, akan mudah membayar denda tidak melebihi 5,000 ringgit berbanding dengan puluhan ribu atau mungkin mencecah ratusan ribu ringgit berbanding kesalahan yang hampir sama keadaannya di Mahkamah Sivil. Di manakah kaum wanita Islam akan memperolehi keadilan dan pembelaan sewajarnya dalam sebuah negara yang diterajui oleh orang-orang Islam dalam keadaan mereka dianiayai begitu rupa kecualilah jika batas hukuman yang lebih tegas dikenakan di bawah Akta 355 sedia ada.",
"Sesungguhnya, apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada paras hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukuman syarak Islam yang memang sudah termaktub di dalam sumber-sumber hukum di bawah panduan Al-Quran, Hadis Nabi SAW, Ijmak dan Qias para ulama.",
"Kita sedia maklum Tuan Yang Dipertua, bahawa Undang-Undang Sivil yang diperbuat di bawah kuasa Perlembagaan negara yang diwarisi daripada Suruhanjaya Reid warisan British yang terpakai sehingga ke hari ini menjadi undang-undang rasmi di negara di mana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi. Namun kita ingin mengingatkan semua Ahli Dewan yang mulia ini juga bahawa di bawah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang sama juga, Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.",
"Dalam hal ini tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat terfikir bagaimana rakyat beragama Islam di dalam negara sebenarnya seakan-akan dilarang, tidak dapat mengamalkan agamanya sendiri dengan sepenuhnya, dengan pembelaan yang dijanjikan oleh Islam dalam keadaan yang mereka yang bukan Islam telah mengganggu hak orang Islam mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya termasuklah Syariah hukuman yang terkandung di dalamnya. Kita juga mendengar kuat suara membantah Pindaan Akta 355 ini dengan alasan bahawa pindaan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.",
"Kita ingin bertanya kepada semua Yang Berhormat di dalam dewan yang mulia ini, bagaimana mungkin cadangan pindaan batas hukuman ditingkatkan ini bertentangan dengan Perlembagaan negara sedangkan tiada apa-apa cadangan konsep kandungan Akta 355 yang asal? Jika tiada perubahan ini dalam kandungan pindaan kesalahan jenayah Syariah yang baru, sudah tentu mahkamah di Negeri-negeri akan mengekalkan semua isi dan bentuk hukuman sedia ada. Ini bermakna tiada peruntukan baru dikuatkuasakan yang memungkinkan peruntukan tambahan diwujudkan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.",
"Kita juga ingin mengingatkan bahawa jika usul Pindaan 355 ini diterima dan diluluskan, semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mempunyai waktu dan kesempatan seluas-luasnya untuk membahaskan pemakaian batas-batas hukum baru yang diluluskan itu untuk setiap kesalahan jenayah Syariah di Negeri sedia ada. Di sinilah sepatutnya Ahli-Ahli DUN nanti menggunakan kebijaksanaan masing-masing sewaktu wakil lantikan Negeri-negeri membahaskan isi dan bentuk hukuman kesalahan Syariah untuk dilaksanakan oleh Mahkamah-mahkamah Syariah.",
"Oleh yang demikian janganlah kedengaran lagi bahawa cadangan Pindaan Akta 355 ini merupakan pintu belakang ke arah pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia. Dan untuk melaksanakan Undang-Undang menyamai hukum Hudud dalam Syariah di Malaysia sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan. Dan sudah tentulah ia perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana penggunaan 355 hanya terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran Satu Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.",
"Pindaan Akta 355 ini tidak memungkinkan Undang-Undang Jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan kesalahan yang wujud dalam Kanun Keseksaan atau ‘Penal Code’. Terletak di bawah kuasa Persekutuan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil di mana kuasa bidang penguasa seperti polis, penjara juga terletak di bawah kuasa Persekutuan Federalis selain daripada pindaan pada Butiran Satu kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76 A juga perlu diperolehi bagi membolehkan Negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang jenayah yang termaktub dalam senarai Kuasa Persekutuan.",
"Ini diikuti Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu diskriminasi, ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan Undang-Undang kerana berbeza agama. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi Pindaan Rang Undang-Undang 355 hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam Enakmen Jenayah Negeri-Negeri.",
"Kita ingin mengingatkan bahawa dalam negara berbilang kaum dan penganut agama seperti Malaysia, perkembangan politik negara yang berkait rapat dengan hal ehwal keagamaan perlu ditangani dengan matang. Namun sikap sekelompok ahli politik sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam yang menentang penambahbaikan sistem Kehakiman Syariah negara amatlah dikesali.",
"Penentangan mereka terhadap Pindaan Akta 355 ini adalah petanda buruk kepada kematangan politik perpaduan dalam negara ini. Ahli-Ahli Dewan Rakyat bukan Islam tidak berhak untuk menolak penambahbaikan kepada Mahkamah Syariah, hanya atas dasar mereka bukan Islam. Mereka perlu sedar yang mereka juga bertanggungjawab kepada sekelompok masyarakat Islam yang mereka wakili. Mereka langsung tidak mengorbankan hak peribadi atau hak kelompok bukan Islam yang mereka wakili. Pindaan ini hanya demi kepentingan masyarakat Islam yang mereka wakili.Jika kepentingan sedemikian yang begitu didambakan oleh masyarakat Islam tidak dapat ditunaikan, apakah yang boleh diharapkan dari mereka jika hak dan kepentingan umat Islam itu bercanggah dengan kepentingan peribadi mereka?",
"Kepimpinan politik di peringkat Negeri perlu menyedari bahawa autonomi sebenar yang akan dinikmati hasil daripada Pindaan 355 itu nanti adalah Kerajaan Negeri, hanya Dewan Undangan Negeri, DUN, dengan perkenan Ketua Agama Negeri iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan, Sultan-Sultan yang berkuasa untuk memutuskan sama ada untuk menunaikan kadar hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen-Enakmen Syariah Negeri. Akta 355 yang berada di bawah kuasa Parlimen hanya berfungsi meletakkan hukuman maksimum yang boleh digubal oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri.",
"Kita ingin mengulangi bahawa Bidang Kuasa Mahkamah Syariah terhad setakat kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Butiran Satu Senarai Negeri. Perlembagaan Persekutuan, malah Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa ke atas bukan Islam, hatta jika berlaku persetubuhan antara Islam dan bukan Islam, hanya yang Islam sahaja yang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Sebaliknya jika seorang Islam merogol bukan Islam, siasatan dan pendakwaan bagi kes itu hanya boleh dilakukan oleh polis di bawah kesalahan kanun keseksaan.",
"Rang Undang-Undang 355 bertujuan memperkenalkan prinsip, konsep dan sistem kehakiman Islam juga memperkenalkan konsep dan cara hukuman Islam yang berbeza dengan yang lain, kerana tujuannya mendidik penjenayah dan masyarakat, bukannya menyeksa. Di mana, kehakiman Islam berdasarkan kepada dua prinsip, beriman kepada Allah, beriman kepada hari akhirat. Dua konsep, takwa dan adil terhadap semua. Beriman kepada Allah, kepada hari akhirat, merupakan rukun iman bagi seorang Islam yang menjadi hakim dan melibatkan diri dalam mahkamah.",
"“Penzina perempuan, penzina lelaki hendaklah disebat (sebanyak) 100 sebatan. Jangan kamu kasihan terhadap mereka dalam perkara hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (an-Nur: 2)",
"Menunjukkan betapa kehakiman Islam berkait dengan beriman kepada Allah dan hari akhirat. Konsep taqwa dan adil terhadap semua, ini merupakan konsep yang wajib kepada orang Islam:",
"“Jangan dengan sebab kamu bermusuh dengan suatu kaum, kamu tak berlaku adil (terhadap kaum tersebut), berlaku adillah, adil lebih hampir kepada takwa.” (al-Ma’idah: 8)",
"Dengan makna, terhadap musuh Islam mewajibkan kita adil. Kita menganggap rakyat Malaysia bukan Islam bukan musuh, mereka adalah sahabat-sahabat kita. Kalau dengan musuh, Islam mewajibkan orang Islam adil dan ini sifat takwa, apa lagi rakyat warganegara yang dianggap sebagai saudara anggota masyarakat. Ini perlu menghilangkan kebimbangan.",
"Yang kedua, hukuman dera dalam Islam adalah hukuman mendidik bukan menyeksa. Sebatan dalam Islam berbeza dengan sebatan dalam Undang-Undang Sivil, sebatan dalam Islam disebut dalam kitab-kitab fekah semua mazhab, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tidak berat dan tidak ringan, tidak boleh mengangkat lebih tinggi daripada kepala, tidak boleh mengoyakkan kulit, tidak boleh mencederakan, dengan tujuan untuk memalukan, bukan untuk menyeksa, ini sebatan dalam Islam.",
"Bunyinya 100, bunyinya 20, tetapi berbeza dengan sebatan Undang-Undang Sivil, bahkan disebut dalam Hadis Nabi SAW, apabila dimaklumkan orang yang melakukan kesalahan 100 sebat itu seorang yang kurus, kalau dipukul terkena tulangnya, lalu Nabi menyebut gunakan 100 batang ranting dan pukul satu kali sahaja. Ini sebatan Islam yang perlu diperkenalkan kepada umum yang berbeza dengan hukuman sebat mengikut hukum Sivil yang ada pada hari ini.",
"Kesimpulan, terlalu amat banyak perlindungan kepada masyarakat bukan Islam yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan hukum Islam daripada Nas dan Perlembagaan Persekutuan dan hukum Islam daripada Nas Quran dan hadis yang disebut perlindungan kepada orang bukan Islam. Firman Allah Taala:",
"“Jika sekiranya orang bukan Islam datang kepada kamu, kamu boleh bawa mereka (ke Mahkamah Islam) dan kamu boleh biarkan mereka sendiri dengan (mahkamah) mereka.” (al-Ma’idah: 42)",
"Ini mengikut pemilihan masyarakat bukan Islam itu sendiri. Ini bukan Perlembagaan Persekutuan, termasuk Quran sendiri menyatakan demikian. Hanya ahli politik yang kemaruk kepada undi mereka sahaja yang hampir menjadi hilang kewarasan, mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak Pindaan Akta 355 ini.",
"Kita ingin mengingatkan bukan Islam jangan permain-mainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Di mana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengangkat sumpah jawatan akan memelihara Agama Islam selaku Agama Negara, mendaulatkan Islam merupakan Agama Negara menjadi cita-cita setia warganegara Malaysia dan PAS terus akan membawa obor mendaulatkan Islam di negara ini dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada.",
"Maka dengan ini, Marang mohon mengusulkan supaya Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah Akta 355 ini diterima untuk dibahas sepenuhnya oleh Ahli Yang Berhormat Yang Mulia. – HARAKAHDAILY 6/4/2017",
"Transkrip Ucapan Pembentangan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini disusun oleh wartawan Harakah Izwan Abdul Halim."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/kesedaran-kesihatan-anak-anak-di-tahap-rendah/ | Kesedaran kesihatan anak-anak di tahap rendah | [
"Program itu dikenali Teddy Bear Hospital dianjurkan sekumpulan pengamal perubatan, Islamic Medical Association Of Malaysia Children and Teens Super Team (IMACATS).",
"Ketua Penyelaras IMACATS, Dr Dalila Roslan berkata pihaknya sudah dua tahun mengadakan program tersebut bagi memberi kesedaran ibu bapa bagi mengambil berat kesihatan kanak-kanak dan remaja.",
"Program berkenaan mendapat kerjasama Hotel GRV Kota Bharu, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Program trsebut akan diadakan di Hotel GRV."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/sebak-saksikan-pembentangan-tuan-guru/ | Sebak saksikan pembentangan Tuan Guru | [
"SEJURUS selesai pembentangan RUU 355 oleh wakil Marang Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Dewan Rakyat saya dihubungi oleh seorang rakan wartawan kanan sebuah akhbar harian.",
"Saya percaya bukan sahaja saya malah seluruh ahli PAS dan mungkin juga mereka yang bukan PAS khasnya yang beragama Islam sebak menyaksikan pembentangan Tuan Guru tadi.",
"Beliau menggariskan keperluan memperkasakan Mahkamah Syariah agar selaras dengan Islam dan menegaskan betapa RUU ini tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia yang bukan Islam.",
"Tidak ada MP PAS pernah bawa Private Members Bill sehingga sampai ke peringkat seperti ini. Tidak ada pemimpin PAS yang pernah berpeluang mengemukakan satu usul penting yang melibatkan pemerkasaan syariah seperti ini.",
"Tuan Guru mencipta sejarah apabila ucapannya tidak kurang tiga kali disambut dengan hentakan meja iaitu tanda sokongan ahli-ahli dewan termasuk dari bangku kerajaan.",
"Sesungguhnya segala kekeliruan dan tohmahan terungkai melalui hujah-hujah Tuan Guru tadi dan saya yakin semua umat Islam bukan hanya orang PAS terharu dan bangga dengan kesungguhan Tuan Guru tadi.",
"Terserlah bahawa orang bukan Islam tidak akan malah tidak pernah terdakwa atau didakwa di bawah Akta 355 sejak ia diperkenalkan 52 tahun lalu.",
"Malulah kalau orang Islam tidak menyokong RUU ini dan malulah juga yang bukan Islam jika menentang sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan mereka."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/sop-temuduga-malindo-air-perlu-jaga-susila/ | SOP temuduga Malindo Air perlu jaga susila | [
"AHLI Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menggesa pihak Malindo Air dan kerajaan memastikan Standard Operating Prosedur (SOP) sewaktu sesi temuduga oleh Syarikat Penerbangan terutamanya kepada pemohon wanita hendaklah menepati etika dan kesusilaan.",
"“Proses tersebut walau dengan keizinan calon adalah sama sekali tidak munasabah kerana calon dalam keadaan pihak terdesak yang memerlukan pekerjaan berhadapan dengan majikan yang lebih ‘superior’,” katanya kepada Harakahdaily.",
"Bagaimanapun, katanya, aset terpenting krew penerbangan adalah ketrampilan peribadi, layanan mesra dan kematangan serta pengetahuan, kecantikan wajah dan bentuk tubuh adalah suatu nilai tambah yang sama sekali tiada kompromi untuk dieksploitasi.",
"Sebelum ini, akhbar The Malay Mail bertarikh 5 April 2017 memaparkan gambar belakang wanita bercoli dan bertajuk “Stripped for Job” yang melaporkan bahawa Syarikat Penerbangan Malindo Air, dalam satu ‘walk in’ temuduga telah meminta calon temuduga membuka pakaian, ‘pantyhose’ dan mengangkat skirt mereka. ",
"Pihak Malindo Air berkata majikan berhak meminta calon pramugari membuka baju kerana perlu memastikan sama ada pemohon mempunyai parut, jerawat atau tatoo yang boleh dilihat melalui pakaian seragam.",
"Mengulas lanjut perkara itu, Zailah turut mengecam tindakan akhbar The Malay Mail yang memaparkan belakang wanita tanpa pakaian dan bercoli sahaja bagi tajuk hangat “Stripped for Job”.",
"“Eksploitasi gambar wanita seksi di media adalah tidak wajar dan mesti dihentikan kerana ia bertentangan dengan nilai dan etika kewartawanan serta bertentangan dengan Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301],” katanya.",
"Justeru, beliau meminta pihak media menghentikan eksploitasi tubuh wanita sebagai pelaris tajuk akhbar sebaliknya media terus komited dalam mengangkat imej dan maruah wanita berdasarkan kecerdikan akal, kematangan tindakan dan profesionalisma mereka katanya. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/adun-chetok-semakin-bertambah-baik/ | Adun Chetok semakin bertambah baik | [
"Pada 3 April lepas Adun Chetok diserang angin ahmar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghantar anaknya di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) di Nilam Puri.",
"Turut melawatnya Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/ruu-335-dap-pkr-cuba-lengahkan-usul/ | RUU 355: DAP, PKR cuba lengahkan usul | [
"USAHA DAP dan pihak tertentu menghalang anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat penghuraian mengenai pindaan Akta 355 di parlimen hari ini tidak menjadi kenyataan.",
"Penentangan terbuka DAP terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah begitu terserlah kali ini, memberi kesimpulan baru kepada pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.",
"Cubaan tentangan itu dizahirkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan dibantu tiga lagi anggota parlimen itu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), dan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar).",
"Sebelum itu Gobind cuba melengahkan persidangan dengan mengemukakan alasan bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat menghalang usul meminda Akta 355 dibentang.",
"Biar pun pada jam 12.30 pagi Speaker memberi kebenaran anggota parlimen Marang menghuraikan usul tersebut, namun tetap diganggu anggota parlimen DAP dan PKR tersebut.",
"Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membuat keputusan menegaskan parlimen lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah seperti amalan di negara-negara Komanwel (Commonwealth).",
"Ketua Penerangan Muslimat PAS Kelantan Mumtaz Md Nawi menyifatkan PAS akan menjadi pelakar sejarah dengan membawa RUU persendirian bagi menambah kuasa Mahkamah Syariah biar pun hanya mempunyai 14 ahli parlimen.",
"Katanya juga perbahasan RUU 355 dan pengundian hari ini akan menentukan sama ada ahli-ahli Parlimen Islam akan membuat “political decision” atau “Islamic decision”.",
"“Ia juga dapat melihat ahli–ahli parlimen bukan Islam sama ada berani mengundi untuk membawa aspirasi orang Islam yang menjadi pengundi mereka pada pilihan raya umum lepas.",
"Manakala bagi pengamal undang-undang syariah dan umat Islam ia menjadi penentu terhadap masa depan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kes-kes jenayah syariah di seluruh negara.",
"Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, selama 33 tahun umat Islam di Malaysia menunggu penuh debar melihat wakil rakyat yang dihantar ke Parlimen benar-benar mewakili aspirasi rakyat. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/ruu-355-dewan-muslimat-harap-usul-dibahas-diterima/ | RUU 355: Dewan Muslimat harap usul dibahas, diterima | [
"DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan-Nya kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bagi membentangkan usul pindaan akta 355 dengan penuh tenang dan jelas.",
"DMPM juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru atas pembentangan usul tersebut. Kami harap usul ini dapat dibahaskan dengan baik oleh ahli parlimen dan diterima akhirnya.",
"DMPM menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan untuk terus-menerus memahamkan semua pihak tentang rang undang-undang ini dan berdoa agar usul ini diterima dan diluluskan."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/ruu-355-akhirnya-pas-berjaya-bentang-usul/ | RUU 355: Akhirnya PAS berjaya bentang usul | [
"USUL Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) berjaya dibacakan di Dewan Rakyat hari ini walaupun diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen bukan Islam.",
"Sekitar 35 minit masa berlalu begitu sahaja apabila beberapa MP DAP dan PKR bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin sebaik sahaja beliau membenarkan Tuan Guru Abdul Hadi membacakan usulnya tepat jam 12 tengah hari.",
"Sebaik sahaja Pandikar mempersilakan Tuan Guru Abdul Hadi membacakan huraian RUU 355, Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang bangun mencelah dan mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker.",
"Ekoran itu, Pandikar menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul berkenaan diberi keutamaan, dan bahawa Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya.",
"“Lain kali ada persefahaman antara kerajaan dengan pembangkang dan saya juga dapat mandat seperti ini saya akan biarkan dihurai di dalam Dewan Rakyat,” tegas Pandikar.",
"Terdahulu Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye (PKR) menyoal mengapa usul TG Abdul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain.",
"“Oleh itu, apabila usul itu dibacakan, Marang akan memberikan penjelasan, maka saya akan menjemput seseorang untuk sama ada menyokong atau menolaknya,” katanya.",
"Ahli Parlimen Puchong (DAP) Gobind Singh Deo turut mencelah dan berkata Speaker telah menerima notis, bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul tersebut.",
"Gobind kemudian merujuk kes 1MDB, di mana Pandikar menghalang perbincangan mengenai isu itu atas alasan subjudis, kerana ia masih di mahkamah.",
"“Keputusan kes ini telah pun diputuskan, hakim mahkamah tinggi, permohonan plaintif untuk menyekat Dewan Rakyat dan Marang untuk kemukakan usul ditolak,” katanya.",
"Usul Tuan Guru Abdul Hadi bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara tahun sehingga 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan hukuman sehingga 100 sebatan. Hukuman syariah sekarang adalah maksimum penjara tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan enam sebatan. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/warkah-untuk-pejuang-dan-pencinta-syariah/ | Warkah untuk pejuang dan pencinta syariah | [
"MARILAH kita menunaikan sujud syukur, atas kekuasaan-Nya juga MP Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah selesai membentangkan RUU Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).",
"Perjalanan untuk mendaulatkan syariah di Malaysia masih panjang, tetapi langkah-langkah yang diatur termasuk dalam usaha berterusan dalam melakukan antara amar maaruf yang paling besar. Kita memohon kepada Allah, setiap langkah yang diatur mendapat pahala.",
"Semua pejuang dan pencinta Syariah Allah, perlu terus mengatur langkah. Satu langkah yang kita atur akan dikira amar maaruf yang besar. Sejak 2015 lalu, beberapa langkah telah dilakukan termasuk berbincang dengan pihak berkuasa bagi mendapat laluan.",
"Setiap kali kita maju ke hadapan, semoga Allah menambahkan pahala kepada pejuang dan pencinta syariah Allah. Hari ini satu lagi langkah kemajuan ke hadapan telah dicapai, yang pasti menitiskan air mata kita semua. Perjuangan masih jauh untuk ditempuh."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/peluang-kerja-rakyat-terancam-oleh-pelabur-china/ | Peluang kerja rakyat terancam oleh pelabur China? | [
"KEMASUKAN pelabur-pelabur dari negara China ke negara ini dibimbangi akan menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan, demikian menurut Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.",
"Katanya, sejarah kemasukan pekerja asing di dalam negara sebelum ini juga telah membuktikan banyak peluang pekerjaan tempatan diboloti oleh pekerja asing.",
"“Projek tempatan yang dilaksanakan oleh kerajaan kita, pekerja asing sudah ambil tempat rakyat tempatan apatah lagi dengan kemasukan pelabur-pelabur dari China selepas ini.",
"“Sudah tentu mereka datang dengan modal, bahan, dan kepakaran mereka sendiri. Di mana kedudukan pekerja tempatan?” soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan di dalam Dewan Rakyat hari ini.",
"Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abd Samad membidas kerajaan apabila ramai pekerja asing yang kononya untuk mengisi pekerjaan katagori 3D (dangerous, dirty & difficult) sebaliknya bekerja di sektor perhotelan.",
"“Bagaimana kerajaan membuat pemantauan, pekerja-pekerja hotel masih ramai dan dipenuhi warga asing sedangkan pekerjaan itu bukan katagori 3D?” soalnya dalam soalan tambahan.",
"Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot dalam jawapannya menegaskan dasar polisi kerajaan mengenai pengambilan pekerja asing tidak boleh melebihi 15 peratus guna tenaga kerja negara.",
"Di dalam soalan asal, Wan Hassan meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah- langkah jaminan pekerja tempatan selepas kemasukan pelabur-pelabur dari Negara China. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/ruu-355-matlamat-pas-bukan-setakat-putrajaya/ | RUU 355: Matlamat PAS bukan setakat Putrajaya | [
"BUKAN setakat menawan Putrajaya matlamat perjuangan PAS, sebaliknya lebih jauh daripada destinasi itu, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik.",
"“Biarpun sehari sebelum khiamat pun kita tentang bentang RUU 355 apabila mendapat peluang,” katanya pada ceramah di Kampung Talak, Chabang Empat Tumpat malam tadi.",
"Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Penerangan PAS Negeri Datuk Nassurudin Daud dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat Wan Roslan Wan Hamat.",
"Mokhtar juga berkata tidak berbangkit dakwaan yang mengatakan PAS ditipu Umno apabila kerajaan membuat keputusan tidak membawa usul 355 pada persidangan kali ini. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/berjubah-bukan-syarat-untuk-berdakwah/ | Berjubah bukan syarat untuk berdakwah | [
"DALAM kalangan masyarakat hari ini menganggap dakwah sebagai tanggungjawap yang digalas oleh seseorang yang bergelar ustaz. Dakwah dilihat sebagai “lambang Islam” yang hanya layak bagi golongan berjubah dan berkopiah, manakala bagi mereka yang bukan bergelar ustaz dikecualikan daripada kerja-kerja dakwah. Namun begitu, tanggapan itu meleset daripada erti sebenar dakwah. Konsep dakwah boleh ditafsirkan sebagai sebuah program lengkap yang merangkumi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup supaya mendapat hidayah dan panduan daripada Allah. Seseorang pendakwah perlu memiliki beberapa kriteria dan ciri-ciri yang boleh menarik sasaran pendakwah. Pertama, menyampaikan dengan hikmah (kebijaksanaan). Firman Allah SWT maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (surah An-Nahl, 16: 125).",
"Perkara asas yang perlu dimiliki bagi seorang pendakwah adalah dengan menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Apabila kita menyeru manusia, menegur atau menasihati mereka, kita perlu ada persediaan dan persiapan ilmu. Jangan menegur manusia tanpa persiapan dan terus menghukum “Perbuatan kamu ini salah, cara berwuduk kamu salah”. Manusia akan bertanya mengapa salah. Jika kita memberi jawapan ustaz kita mengatakan salah, orang yang ditegur juga mempunyai ustaz, ustaznya mengajar begitu. Sebab itu perlu adanya persediaan ilmu, setidak-tidaknya perlu memiliki beberapa fakta dan dalil yang difahami, dan dapat berhujah menggunakan alasan-alasan tersebut. Janganlah pula berhujah secara semberono.",
"Kedua, mempunyai kemahiran. Kemahiran ialah kecekapan dan kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu. Kemahiran perlu disandarkan dengan ilmu pengetahuan supaya dapat mengawal dan menyusun strategi untuk menyebarkan dakwah. Kadangkala seseorang yang memiliki ilmu yang tinggi tetapi tidak mampu menyampaikan mesej dengan cara yang berkesan, seterusnya akan menyebabkan sasaran dakwah tidak sampai pada target yang sepatutnya. Antara kemahiran yang diperlukan bagi seorang pendakwah adalah kemahiran berhujah, pengucapan awam, menulis, bersosial, psikologi, interaksi dan komunikasi.",
"Ketiga, menggunakan pemikiran kontemporari. Seorang pendakwah mesti melihat kepada situasi sekeliling dan keadaan semasa. Dia harus mengambil kira kepelbagaian sikap, perangai dan jiwa sasaran dakwah. Maka sudah pasti cara pendekatan yang berbeza mengikut target sasaran. Selain itu, hindari cara berfikir yang mudah menghukum orang lain. Permulaan dakwah seharusnya dengan tindakan yang bijak. Satu persatu masalah perlu dianalisis dan ditafsir dengan pemikiran yang segar. Tidak bersifat menghukum tetapi mencari penyelesaian.",
"Terakhir, menasihati sebagai seorang kawan rapat. Sisi pandangan sindir atau serong kepada sasaran dakwah adalah satu “langkah sumbang” yang perlu dielakkan bagi setiap pendakwah. Cara melihat sebegini akan mempengaruhi cara pendekatan pendakwah dalam menyampaikan mesej kepada kumpulan sasaran. Akhirnya mereka lari dan menimbulkan ketengangan antara kedua-dua pihak. Oleh itu, seorang pendakwah perlu menggunakan pendekatan yang boleh memberi ruang yang selesa kepada mereka untuk meluahkan tanpa malu dan segan. Kesannya, mereka akan menjadikan pendakwah tersebut sebagai teman rapat yang boleh dipercayai dan senang diajak berbincang. Tuntasnya, tugas pendakwah bukan dilihat dari pemakaiannya sahaja tetapi dilihat melalui kriteria dan personaliti yang disebutkan di atas. Usaha ini bukanlah tertumpu kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja, akan tetapi masyarakat sekeliling juga turut mengambil bahagian dalam melaksanakannya. Kemenangan dalam peperangan bergantung kepada strategi yang diatur, begitu juga dengan berdakwah. Sekiranya tindakan lebih pantas daripada berfikir, maka usaha itu bagaikan mencurah air ke daun keladi. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/usul-ruu-355-di-dewan-rakyat-hari-ini/ | Usul RUU 355 di Dewan Rakyat hari ini | [
"1. Hari ini insyallah Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai RUU 355 akan dibentang untuk dibahas di Dewan Rakyat oleh YB Kawasan Marang.",
"2. Ia bertujuan untuk mencadangkan pindaan terhadap “Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965” daripada kadar hukuman tidak lebih 3 tahun penjara, lima ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan kepada tidak lebih 30 tahun penjara, 100 ribu ringgit denda dan 100 kali sebatan menurut Syariah.",
"3. Akta ini setelah berjaya dipinda di Parlimen membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri meminda kadar hukuman kesalahan Syariah dalam Enakmen-enakmen Kesalahan Syariah yang akan terpakai di Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri.",
"4. Akta 355 sejak diperkenalkan pada 1964 di Parlimen hanyalah berkaitan dengan kadar hukuman kesalahan jenayah di Mahkamah Syariah yang khusus untuk orang Islam sahaja sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.",
"5. Keperluan meminda Akta ini merupakan hasrat besar umat Islam di Malaysia. Malah ia juga disokong oleh tokoh ulamak antarabangsa seperti Syeikh Dr Hammam Sa’id, bekas Muraqib Aam Ekhwan Jordan (sesi 2008-2016) dan Syeikh Dr Solah Khalidi, tokoh ulamak tafsir Jordan sebagaimana rakaman ucapan mereka berdua yang tersebar luas.",
"6. Saya menyeru seluruh Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia beragama Islam yang cintakan agama mereka dan bukan muslim yang memahami bahawa RUU 355 adalah khusus berkaitan kepentingan umat Islam sahaja agar sama-sama berdoa supaya segala usaha ini berjalan lancar."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/sayang-anak-ubah-diri/ | Sayang anak, ubah diri | [
"ANAK adalah anugerah Tuhan sebagai pengikat kasih sayang dan mewarisi keturunan kita. Tetapi berapa ramai yang mampu untuk mendidik anak-anak pemberian Tuhan ini pada jalan yang sebetulnya.",
"Salah satunya adalah percakapan ibu bapa itu sendiri terhadap anak-anaknya. Ada yang berkomunikasi dengan cara yang baik, ada juga yang berkomunikasi dengan menjerit. Malah perkataan yang tidak sesuai turut digunakan bagi sebilangan ibu bapa.",
"Realitinya, Islam mengamanahkan ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih suci), maka ibu bapalah yang bertangungjawab sama ada menjadikannya Yahuidi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim).",
"Menurut Dr. Ming-Te Wang, profesor bidang psikologi pendidikan di University of Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat, memarahi anak dengan suara tengkingan boleh merosakkan keperibadian mereka semasa sedang membesar. Berikut kesan buruk yang boleh berlaku kepada anak.",
"1. Rasa rendah diri. Apabila ditengking apatah lagi disusuli dengan kata-kata melabel anak dengan perkara negatif akan membuatkan anak rasa rendah diri. Mereka akan menganggap diri mereka sebagai anak yang tidak berharga.",
"2. Agresif. Semakin kerap ibu bapa menengking dan bercakap kasar dengan anak, semakin tinggi risiko anak mempunyai perilaku agresif dan suka memberontak. Semakin mereka membesar, mereka tidak takut untuk berlaku kasar pada kawan-kawan seperti memukul, menolak dan menggigit.",
"3. Ketakutan. Anak yang kerap dibebel serta diherdik akan membesar sebagai kanak-kanak yang penakut. Sifat ini akan menyukarkan mereka untuk bersosial dengan kawan-kawan serta mengurangkan kebolehannya menyelesaikan masalah.",
"Anak kecil ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan anak tersebut mengikut acuan dan kemampuan masing-masing agar corak yang terhasil adalah corak yang terbaik dan paling cantik perlakuannya. Kelakuan mereka memang kadang kala buat kita rasa nak menjerit tapi bila tahu kesan buruknya lebih baik kita simpan tengkingan tersebut dan cuba untuk bercakap lemah lembut dengan mereka. – HARAKAHDAILY 6/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/06/2-khabar-gembira-dari-parlimen/ | 2 khabar gembira dari Parlimen | [
"PENUH bersemangat hari ini walaupun baru tiba di rumah menjelang azan Subuh dek kerana persidangan Dewan Rakyat tamat jam 5 pagi tadi.",
"Khabar 1: RUU Pindaan Akta 164 sudah ditarik balik oleh Kerajaan pada jam 1 pagi tadi. Bacaan kali ke-2 dan ke-3 RUU tersebut ditangguhkan ke sidang akan datang.",
"Khabar 2: RUU Pindaan Akta 355 tersenarai di giliran no 1 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Insya Allah, Tuan Guru Presiden PAS akan membentangkan sepenuhnya RUU Persendirian 355."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/ruu-355-mb-kelantan-rakam-tahniah/ | RUU 355: MB Kelantan rakam tahniah | [
"SAYA merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS di atas kejayaan membentangkan usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat semalam. Perbahasan usul berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu juga sangat jelas dan memberi mesej yang berkesan kepada ramai Ahli-Ahli Dewan Rakyat termasuk Speaker Dewan Rakyat sendiri.",
"Pada dasarnya pindaan ini adalah selari dengan kehendak perlembagaan bagi memperkasakan tuntutan agama Islam yang menjadi agama rasmi persekutuan sebagaimana Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya sudah lama akta ini diberi nafas baru setelah diluluskan sejak 52 tahun yang lalu dan ianya hanya dipinda sekali iaitu pada tahun 1984. Pindaan kali ini adalah untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada paras hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukum syarak yang sememangnya sudah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.",
"Saya mewakili seluruh rakyat Kelantan melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul tersebut setelah sekian lama berusaha. Sesuai dengan negeri yang meletakkan dasar Membangun Bersama Islam, maka segala usaha pemerkasaan tuntutan syariah menjadi keutamaan negeri ini dan kejayaan pembentangan usul pindaan tersebut adalah suatu langkah pertama untuk memertabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia. Allahu Akbar!"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/jelas-pekung-penentang-ruu-355/ | Jelas pekung penentang RUU 355 | [
"DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) merakamkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah diatas pembentangan cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang dibacakan oleh Yang Berhormat Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan di sokong hujah Yang Berhormat Kota Baharu Datuk Haji Takiyuddin Hassan.",
"Pembentangan dengan penghuraian pensejarahan juga penjelasan yang sangat jelas dalam sidang Parlimen seharusnya dapat difahami dengan baik oleh ahli Parlimen dan seluruh rakyat yang menyaksikan secara langsung semalam.",
"Namun begitu, tindakan tidak matang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menghalang seawal pembentang bermula dan ditutup dengan makian, cacian, sindiran dan tuduhan tidak berasas, amat dikesali. Akhlak yang buruk ditunjukkan oleh ahli Parlimen PH jelas dilihat segenap lapisan masyarakat yang mengikuti secara langsung.",
"DPPN Perak sangat terkilan dengan tindakan Yang Berhomat Gopeng, Dr. Lee Boon Chye juga beberapa ahli Parlimen PH yang diketuai Yang Berhormat Gelang Patah, Lim Kit Siang seolah melupakan petugas pilihan raya dalam kalangan muslim yang bekerja juga pengundi yang memenangkan mereka di PRU13.",
"Lebih mendukacitakan apabila ada ahli Parlimen muslim terutamanya Yang Berhomat Sepang dan Yang Berhormat Shah Alam daripada PAN seakan-akan bersekongkol membantah cadangan pindaan RUU355 ini. Apakah mereka masih keliru atau sengaja mengelirukan masyarakat bukan Islam berhubung kedudukan mahkamah syariah dan hukumannya?",
"Dalam sidang media PH semalam, Yang Berhormat Pandan, Rafizi Ramli dengan tiada etika membuat tuduhan dan fitnah tidak berasas bahawa PAS bersandiwara bersama Umno. Umum sedia maklum bahawa Rafizi insan yang terkenal dengan politik persepsi. Negara tidak akan lupa bagaimana Rafizi menjatuhkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan fitnah dan penipuan kemudian Rafizi membuat permohonan maaf selepas didapati pertuduhannya tidak benar. Masih boleh percayakan kita kepada insan sebegini?",
"Pembentangan RUU 355 jelas menunjukkan hitam putih ahli Parlimen yang mengutamakan agenda politik dalam meraih undi berbanding kesatuan ummah dan kesejahteraan rakyat juga negara. Budaya politik persepsi dan berkepentingan ini wajar ditinggalkan lalu diamalkan budaya politik matang dan sejahtera. DPPN Perak istiqamah dalam usaha memartabatkan syariat Allah dan mengutamakan kesejahteraan rakyat di Malaysia khususnya Perak.",
"DPPN Perak sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga terima kasih buat Tuan Guru Presiden serta seluruh ahli parlimen yang bersama majoriti rakyat muslim bagi memperjuangkan RUU 355.",
"DPPN Perak juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker Parlimen Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia diatas ruang membentangkan RUU 355 dan ketegasan beliau dalam mempengerusikan Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 7/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/bersyukur-dapat-semula-markas-pas/ | Bersyukur dapat semula markas PAS | [
"SEBUAH markaz PAS Cawangan Kampung Kuchai, PAS Kawasan Parit yang pernah dirampas oleh Parti Amanah Negara berjaya ditawan PAS setelah hampir dua tahun lalu, demikian menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Parit, Hasan Aladi, 7 April.",
"Jelasnya, tanah dan bangunan tersebut adalah milik arwah Haji Ahmad Ibrahim bagi kegunaan PAS Cawangan Kampung Kuchai dengan hasil usaha orang tempatan, serta sumbangan ahli-ahli PAS.",
"Beliau berkata, setelah berlaku ahli-ahli PAS keluar menyertai Parti Amanah Negara (PAN) mereka telah merampas premis tersebut dengan mengubah warna oren pada bangunan dan diperkenalkan sebagai Wisma Amanah yang pertama di negeri Perak.",
"“Tindakan mereka bukan sekadar itu sahaja bahkan semua peralatan seperti televisyen, pembesar suara, kerusi dan beberapa peralatan lain juga dirampas kerana mereka mendakwa segala barang-barang itu milik mereka,” ujarnya.",
"Hasan menyatakan kunci telah diserahkan kepada wakil cawangan namun ahli PAS Cawangan Kampung Kuchai bersikap lapang dada sepanjang rampasan markaz tersebut kerana menghormati undang-undang negara tanpa sebarang provokasi.",
"Beliau bersyukur mendapat kembali semula markaz itu sekaligus meneruskan legasi Haji Ahmad Ibrahim dan seluruh ahli PAS cawangan gembira dengan usaha tersebut.",
"Satu majlis pembukaan semula markaz itu bakal diadakan pada 23 April sempena lawatan kerja Ahli Badan Perhubungan PAS Perak ke Kawasan Parit.",
"Pihak PAS Kawasan Parit juga memohon sumbangan orang ramai bagi proses membaik pulih markas tersebut, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun (PAS Kawasan Parit: Bank Islam – 0801-3010-0057-33).– HARAKAHDAILY 7/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/syukur-mereka-telah-keluar-pas/ | Syukur mereka telah keluar PAS | [
"MENELITI reaksi ahli parlimen PH sejurus selepas speaker Dewan Rakyat menangguhkan sidang dewan sehingga Julai, hati saya rasa syukur yang amat sangat. Bersyukur kerana sebahagian yang bertempik dan melolong itu sudah berada di luar PAS. Cuba bayang kalau manusia yang berfikrah songsang dan berakhlak sebegitu masih berada dalam barisan kepimpinan PAS. Allah Maha Merancang dan Allah adalah Wali kepada orang-orang mukmin dan jamaah Islam.",
"Dua tiga tahun lepas. Ketika mereka masih ditampuk kepimpinan saya dan teman-teman di bawah sudah terlihat kepincangan yang sedang melanda itu. Namun apalah yang boleh kami buat. Hanya sekadar melihat dan meluahkan rasa di FB. Sakitnya hati melihat mereka yag berada di tampuk kepimpinan Parti Islam tapi berfikrah songsang libralisme senada dengan DAP. Sakitanya perasaan melihat mereka berada di kiri kanan Presiden namun kerap kali tersenyum puas melihat Presiden di tembak musuh tanpa mereka membelanya.",
"Waktu itu kami luahkan rasa hati di FB. Sehingga tidak sedikit ahli-ahli PAS yang kembali menyerang saya dan teman-teman yang bersama. Ahli-ahli yang terpengaruh dengan pendekatan ruhama’ dan pendekatan “dakwah matang” ciptaan beberapa orang Ikram dalam PAS serta yag terpengaruh dengan “pendekatan politik berstrategi” golongan liberal, sibuk menyerang kami. Kami kononnya dicop pembela ulama yang ketinggalan dari arus politik terkini.",
"Banyak posting saya waktu itu membantah kenyataan Hanifa, Khalid, Mujahid dan Dr Zul. Yang dilihat mesra melampau dengan fikrah liberal DAP dan membisu apabila idea TG Presiden disanggah ganas oleh pimpinan dalam parti rakan PR. Ada yag kata bantahan saya itu keras, tidak matang dan berbagai lagi. Saya dan teman-teman tidak kesah. Yang penting sebahagian ahli PAS perlu dikejutkan agar mengenali pimpinan mereka itu secara jelas dan dapat sama-sama menyelamatkan PAS dari diheret keluar dari kerangka dan wajah gerakan Islam. Waktu itu saya penuh yakin pimpinan yang berwajah keliru itu akan dapat dibuktikan kekeliruan fikrah mereka satu masa nanti.",
"Alhamdulillah. Menjelang muktamar PAS ke-61 di Kuala selangor perwakilan menolak mereka. Awalnya ramai juga ahli PAS yang ragu apakah tindakan perwakilan itu wajar dan menguntungkan masa depan PAS. Kerana pada mereka pimpinan yang ditolak itu masih dilihat figur hebat dan berhati mulia untuk memenangkan Islam.",
"Namun Allah memberikan masa yang cukup untuk ahli PAS mula mengenali wajah mereka yang sebenar. Kenyataan demi kenyataan keluar daripada mulut bekas pimpinan PAS itu. Semakin hari semakin menelanjangkan fikrah dan sikap mereka yang sebenar terhadap Islam dan halatuju perjuangan PAS. Tindakan mereka saban hari semakin mendedahkan kemesraan mereka dengan fikrah Liberalisme. Petang semalam mereka menelanjangkan sepenuhnya sikap mereka dan akhlak mereka sejurus selepas pembentangan RUU 355 oleh TGHH, ucapan sokongan oleh MP Kota Bharu dan penangguhan yg dibuat oleh speaker."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/mungkin-rafizi-dijangkiti-sindrom-pemfitnah-ds-anwar-ibrahim-diliwat/ | Mungkin Rafizi dijangkiti sindrom pemfitnah DS Anwar Ibrahim diliwat | [
"DS Anwar Ibrahim dituduh meliwat dan didapati bersalah sehingga dipenjarakan, legasi zalim Mahathir yang menuduh tanpa bukti syari’e terhadap Ketua Umum PKR itu disambung pula di zaman Najib dan sekali lagi DS Anwar terpenjara dengan tuduhan yang sama.",
"Namun bagi PAS, kami tetap tidak percaya atas tuduhan terhadap DS Anwar kerana tuduhan liwat adalah tuduhan yang wajib dikemukakan saksi dan bukti-bukti syari’e. Sehingga kini kami tetap menganggap bahawa DS Anwar dizalimi.",
"Semalam Rafizi mendakwa dia tahu bahawa duit 1MDB mengalir ke akaun seorang yang rapat dengan PAS dan menyarankan agar Presiden PAS saman beliau, dituduhnya PAS dan kemudian minta supaya PAS buktikan tidak bersalah, apa jenis sindrom yang sedang melanda Rafizi?",
"Sepatutnya orang yang menuduh mesti buktikan orang yang dituduh itu bersalah, jika dikatakan orang yang rapat dengan PAS itu menerima duit 1MDB, siapakah orangnya? Jika orang itu bagi duit itu kepada PAS, siapa pula pemimpin PAS yang terima duit tersebut?",
"PAS ada organisasi, jika perkara ini benar-benar belaku mudah bagi ahli-ahli PAS untuk menghukum pemimpin sebegini, ahli PAS pasti tidak mendiamkan diri, sementelah hampirnya Muktamar Tahunan PAS hujung April ini, ini adalah ruang terbaik untuk ahli PAS bertindak.",
"Namun kenyataan Rafizi yang kosong dengan bukti tidak sedikitpun memberikan kecurigaan ahli PAS terhadap pemimpinnya, malahan hanya makin membenarkan bahawa Rafizi adalah bapak pemfitnah selepas Tun Mahathir dan semua pemfitnah yang mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim meliwat."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/cubaan-pemimpin-ph-halang-usul-ruu-355/ | Cubaan pemimpin PH halang usul RUU 355 | [
"PERKARA paling menarik dalam penghuraian usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat semalam bukanlah huraian itu sendiri, tetapi cubaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menghalang Hadi.",
"Seluruh rakyat dapat menyaksikan betapa bersungguhnya pemimpin DAP mengganggunya bermula dari tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, cuba melengahkan masa dengan mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menolak usul persendiriannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).",
"Ini diikuti tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan kewajaran RUU 355 diteruskan setelah Pandikar menerima writ pemula Tawfik Tun Dr Ismail bagi menghalangnya, tetapi Pandikar merujuk kepada amalan dan prosedur Parlimen di India, di mana peraturan subjudis tidak boleh menghalang Parlimen dari membuat undang-undang.",
"Tegas Pandikar, yang disokong oleh keterangan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, mengenai penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas cabaran sama oleh Mansoor Saat dan tiga rakannya pada 2015 kerana ia bersifat pra-matang, cabaran ke atas keabsahan undang-undang hanya boleh dibuat setelah ia diluluskan oleh Parlimen.",
"Cubaan Gobind memanjangkan isu ini dengan mengaitkannya dengan keputusan Pandikar menolak perbincangan mengenai isu 1MDB yang dibicarakan di mahkamah juga ditepis dengan baik oleh Pandikar yang menjelaskan perbezaan antara isu 1MDB dan isu ini yang hanya menyentuh soal sama ada RUU 355 bertentangan dengan perlembagaan atau tidak.",
"Tindakan DAP ini tidak mengejutkan kerana sikapnya telah diketahui, tetapi yang membuatkan banyak kepala menggeleng adalah tindakan keras pemimpin PKR melalui Ahli-Ahli Parlimen Gopeng (Dr Lee Boon Chye), Alor Setar (Gooi Hsiao-Leung) dan Padang Serai (N Surendran Nagarajan) yang melanggar keputusan PKR menerima dan mengiktiraf hak Tuan Guru Abdul Hadi.",
"Boon Chye mempersoalkan kewajaran memberi keutamaan kepada Presiden PAS itu, tetapi ini dijawab oleh Pandikar yang menjelaskan mengenai mandat yang diterimanya daripada kerajaan. Tidak berpuas hati, Boon Chye mempersoalkan pula apakah usul PAS ini usul atau RUU Ahli Bukan Kerajaan menyebabkan beliau diberikan syarahan panjang mengenainya oleh Pandikar.",
"Hsiao-Leung pula membangkitkan persoalan mengenai perkenan Majlis Raja-Raja yang didakwa tidak diperoleh sebelum RUU 355 dibawa ke Parlimen, tetapi ini dijawab oleh Pandikar melalui rujukan kepada Penyata Parlimen yang membutirkan apa yang berlaku sewaktu Akta 355 diperkenalkan pada 1965 dan dipinda pada 1984 yang membuktikan ia tidak diperlukan.",
"Jelaslah bahawa tindakan pemimpin PKR dan DAP ini, selain tindakan Khalid Samad dari PAN melalak tidak berpuas hati apabila Parlimen ditangguhkan, menimbulkan lebih banyak keraguan ke atas komitmen PH mempertahankan Islam. Tindakan pemimpin PKR tentunya akan menjadikan tuntutan supaya PAS memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR menjadi lebih kuat.",
"Menjadi tular dalam media sosial adalah gelagat penuh emosi Kit Siang mempersoalkan sokongan MCA, MIC dan GERAKAN ke atas mandat kerajaan yang diterima oleh Pandikar yang menunjukkan keterdesakan beliau untuk menghalangnya sekali gus mempolitikkan isu ini hingga memaksa Pandikar menunjukkan ketegasan yang memaksa Kit Siang akur.",
"Turut terserlah ialah pembohongan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, di dalam video khas yang dikeluarkan oleh DAP bagi memburukkan RUU 355 dengan mendakwa RUU persendirian tidak pernah dapat dibentangkan walhal ia pernah beberapa kali dibenarkan, termasuk usaha Tengku Razaleigh Hamzah untuk meminda Akta Pertubuhan pada 1988.",
"Syukurlah, walaupun RUU 355 belum dapat dibahaskan, usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara telah maju setapak ke hadapan. Lebih penting ialah peristiwa semalam menyerlahkan sikap pemimpin tertentu yang akan menentang apa sahaja yang memihak kepada Islam sehingga sanggup memanipulasi apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. – HARAKAHDAILY 7/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/tertibnya-perjalanan-355/ | Tertibnya perjalanan 355 | [
"BAGAI mempelai yang diraikan penuh meriah, Pindaan Akta 355 ternyata dialu-alukan oleh banyak pihak meskipun masih terdapat sebahagian yang ragu dan curiga terhadap kehadirannya. Saya kira, mereka masih memerlukan masa untuk menjernihkan kefahaman dan pendirian mereka.",
"Jam 12.37 tengah hari Khamis kelmarin (06 April 2017) Dewan Parlimen sepi seketika tatkala YB Datuk Seri Tuan Guru memulakan pembentangan terhadap usul beliau bagi meminda Akta 355. Tuan Guru mengambil masa hampir setengah jam pembentangan.",
"Ringkas dan padat, itulah yang boleh saya sifatkan ucapan Tuan Guru. Merangkumi semua aspek. Memperkenalkan Akta 355, menjelaskan kewajaran memindanya, mempertegaskan hak orang Islam, memberi jaminan kedudukan non-Muslim, menyeru sokongan dari semua pihak di samping menitipkan peringatan agar ianya tidak ditentang secara melulu.",
"Kali pertama pada tanggal 26 Mei 2016, iaitu pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen ke-13, Tuan Guru telah mendapat peluang untuk membacakan usulnya bagi maksud meminda Akta 355 melalui Peraturan Urusan Mesyuarat 14(2), Menteri Hal Ehwal Parlimen YB Datuk Azalina Othman mengusulkan agar Usul YB Marang diberi laluan dari kedudukan no 15 kepada no 5.",
"Setelah membacakan usul pindaan tersebut, Tuan Guru bercadang untuk menangguhkan perbahasannya bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen mengkaji dan menilai usul pindaan Akta 355 itu terlebih dahulu ekoran terdapat bantahan kononnya mereka tidak memahami perkara ini.",
"Kali kedua pada tanggal 24 Nov 2016, iaitu Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-13, Tuan Guru sekali lagi diminta menyambung proses pembentangan usul Pindaan Akta 355. Kesempatan ini, Tuan Guru mengemukakan sedikit pindaan penting kepada usul asal beliau iaitu dengan menyebut jumlah hukuman yang dicadang. (100 kali sebatan, 100 ribu denda dan 30 tahun penjara)",
"Oleh kerana terdapat pindaan baru kepada usul asal, Tuan Guru sekali lagi bermaksud memberi lebih masa kepada semua pihak agar memahami rasional pindaan terbaru yang dilakukan maka beliau memilih untuk menangguhkan perbahasannya buat kali yang kedua setelah membuat sedikit huraian terhadap pindaan terbaru.",
"Kali ketiga peluang pembentangan usul Pindaan Akta 355 di Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 bersamaan 6 April 2017, telah dimanfaatkan sebaiknya apabila YB Tuan Guru membentangkannya dengan teliti, ringkas dan padat. Ucapan sokongan terhadap usul itu diperkemas pula oleh YB Kota Bharu yang mengambil masa sekitar sejam setengah dengan menjawab segala persoalan berkait.",
"Berbeza situasi kali ini, speaker Tan Sri Pandikar Amin pula yang mengambil langkah mengejutkan semua pihak dengan menangguhkan perbahasan ke persidangan akan datang sejurus tamat ucapan YB Datuk Takiyudin yang sarat dengan hujah dari aspek perundangan, sedang sahabat saya YB Datuk Dr Khairudin at-Takiri juga telah siap untuk mengambil giliran berikut bagi turut sama mengemukakan hujah dari sudut syariat pula.",
"Saya meneliti perjalanan Pindaan Akta 355 ini dengan cermat. Bermula dengan pelbagai cubaan untuk menggagalkannya, melengahkan perbahasan, mengganggu dewan, memperkecilkan speaker, saman ke mahkamah, pelbagai karenah dari tahun 2015 hinggalah ke detik speaker menangguhkan perbahasan kelmarin.",
"YB Tuan Guru mengatur langkah penuh tertib dan sabar. Melangkah setapak demi setapak, berhati-hati dan lambat, namun meyakinkan. Wajahnya mempamerkan sikap yang optimis dan semangat yang kental mendepani aneka cerca nista terhadap usaha beliau.",
"PAS yang berhempas pulas mengatur pelbagai langkah, perbincangan, roadshow, hardtalk, himpunan, mesyuarat, rundingan, solat hajat dan sebagainya untuk menjayakan pindaan Akta 355, tetapi apabila speaker menangguhkan perbahasan, mereka pula yang melenting marah kononnya mereka dihalang daripada berbahas dan menuding kononnya PAS ditipu. Sedang perbahasan hanya tertangguh ke sidang akan datang.",
"Andai diperhatikan secara cermat, beberapa aksi dan sikap mereka sebelum pembentangan usul pindaan Akta 355 itu, maka benarlah apa yang disebut oleh sahabat saya YB Ustaz Nik Mohd Abduh bahawa mereka sebenarnya bukan marah kerana perbahasan ditangguh, tetapi mereka marah kerana speaker memberi laluan kepada YB Marang membentangkan usul pindaan Akta 355 tersebut."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/pas-yakin-pindaan-355-lulus-sidang-depan/ | PAS yakin pindaan 355 lulus sidang depan | [
"Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus ketibaannya di Lapang Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu malam tadi, yang disambut kumpulan anak-anak muda.",
"Pada ucapan sokongan Takiyudin terhadap usul dibentang anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam, memberi penjelasan lebih terperinci mengenai keperluan pindaan 355. – HARAKAHDAILY 7/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/rafizi-cukuplah-menjadi-pondan/ | Rafizi: Cukuplah menjadi pondan | [
"SECARA tiba-tiba keluar pula dari mulut Rafizi kononnya beliau tahu duit 1MDB mengalir ke akaun seorang yang rapat dengan PAS. Tak cukup dengan itu dicabarnya pula presiden PAS menjawab perkara itu.",
"Sebelum ini tuduhan yang lebih kurang sama dibuat oleh orang terbuang dari PAS. Cuma bezanya orang terbuang itu sempat memberitahu nama bank transaksinya.",
"Dewan Pemuda PAS seluruh negara telah membuat laporan polis dan mencabar orang terbuang itu membuktikan kata-katanya. Tetapi hingga sekarang cabaran itu senyap seribu bahasa.",
"Barangkali Rafizi cuba mengalih isu. Kejayaan membentangkan usul RUU bisa menenggelamkan namanya. Dicari dalam ‘pen drive’nya sisa-sisa isu. Lalu dikutip kembali kata-kata orang terbuang PAS.",
"Letih… tidak dilayan dikatakan bersalah. Sedangkan prinsipnya ‘tuduhan hendaklah dibuktikan’. Tapi sekarang sudah jadi terbalik. Aku tuduh kamu; buktikan kamu tidak bersalah.",
"Baiklah. Secara ringkasnya wahai Rafizi (atau orang buangan PAS); PAS ini sebuah pertubuhan, ramai ahlinya. Dan ramai juga peguamnya. Sudah letih kami menerima sindiran sebegitu rupa. Kami minta jangan lagi menjadi pondan; jangan lagi berlindung di sebalik perlindungan bersyarat. Sebut sahaja siapa? Berapa? Bila? Dan bagaimana? Mudah bagi kami untuk membuat perkiraan bagi mengajar kamu menjadi lelaki sejati. – HARAKAHDAILY 7/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/senjata-kimia-dan-demokrasi/ | Senjata kimia dan demokrasi | [
"SAYA tidak termasuk di kalangan Melayu mudah lupa seperti kenyataan seorang tokoh negara. Saya tidak lupa kisah senjata kimia yang menjadi sebab beberapa siri Perang Teluk yang masih tidak padam apinya. Bermula kerana dikatakan regim Saddam Husein mempunyai senjata kimia yang membahayakan negara serantau. Sebelumnya, di awal tahun 1980-an, Iraq menyerang Iran kerana alasan bahaya Revolusi Islam, dengan bantuan semua negara Barat, Amerika dan sekutunya, manakala bersama sebahagian besar negara Arab kerana bahaya Syiah terhadap Sunni.",
"Dalam muqadimah Perang Teluk ternyata Saddam menggunakan senjata kimia sehingga berlakunya Peristiwa Halabjah yang memangsakan kaum Kurdis dan rakyat Iran yang tidak berdosa. Selepas Perang Teluk siri berikutnya terbukti tidak ada senjata kimia di Iraq, tetapi yang ada hanyalah kawasan minyak dan gas yang menjadi rebutan.",
"Berikutnya muncul pula ISIS yang mengisytiharkan Khalifah Abu Bakar Al Baghdadi. Ada pun kawasan dikuasainya pula memiliki m banyak telaga minyak di daratan yang boleh diperniagakan dengan mudah; dikatakan melalui Turki dan lain-lain melibatkan beberapa orang tokoh politik atau kroni mereka.",
"Pasukan tentera ISIS pula banyak menggunakan pacuan empat roda, puluhan ribu kenderaan jenis Hilux dan senjata moden yang mudah didapati. Banyak pendapat mengatakan ia dibeli dengan duit Arab yang kaya raya dan dibekalkan oleh kilang senjata Barat, bagi menjana ekonomi Barat yang sedang merosot dan mengorbankan harta dan nyawa sahabat Arab yang kurang cerdik, mungkin kerana tidak mampu menyaingi kemaraan Jepun dan China yang lebih ke depan perniagaannya dalam polisi ekonomi bebas.",
"Kita masih tidak lupa dengan peristiwa Arab Spring, kebangkitan rakyat mendesak Demokrasi Bebas dan menentang kezaliman. Dalam masa yang sama negara Barat yang menyokongnya pula mendukung dan menyokong kerajaan yang mengamalkan konsep Diktator dan nyata zalimnya. Banyak negara yang dilanda Arab Spring tidak menghasilkan buah yang masak politiknya, malah menjadi lebih parah, sehingga mencetuskan keganasan dan peperangan yang tidak berkesudahan.",
"Isu senjata kimia ditimbulkan pula di Syria yang masih bergolak dengan ganas. Sepatutnya cerita lama tidak ditayang semula, tetapi dunia hiburan sudah biasa menayangkan filem hitam putih yang tidak berwarna beberapa kali tanpa puas.",
"Boleh juga berlaku cerita sebenar di sebaliknya, umpama apabila pencuri yang dikepung di malam yang gelap cuba melepaskan diri daripada orang ramai yang mengepungnya berteriak dengan menempik perkataan, “Pencuri! Pencuri!! Pencuri!!!”. Pencuri sebenar juga sama-sama menempik perkataan “Pencuri !!!”, berulang kali, bahkan lebih kuat dari orang lain bagi melepaskan dirinya.",
"يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ ٦ الحجرات . “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (al-Hujurat: 6)",
"Sebab turunnya ayat ini apabila disampaikan berita bohong oleh orang yang fasik di zaman Rasulullah S.A.W yang hampir mencetuskan peperangan. Al Quran adalah mukjizat petunjuk di sepanjang zaman, sehingga zaman terkini. Peristiwa yang berlaku kini, kalau silap langkahnya boleh mencetuskan perang dunia yang parah akibatnya.",
"Jangan lupa bahawa Israel dan sekutunya adalah negara yang mempunyai paling banyak senjata merbahaya di samping menguasai media dan kuasa kewangan yang mempengaruhi politik negara lain. Maka PAS telah melakukan muhasabah melalui politik matang dan sejahtera di peringkat antarabangsa dengan menapis dan berhati-hati dalam menerima berita. Manakala di peringkat nasionalnya pula PAS menarik diri daripada gerakan bernama Bersih, apabila tercium daripada beberapa sirinya bau–bau yang tidak bersih."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/07/fitnah-yang-semakin-liar-perlu-ditolak/ | Fitnah yang semakin liar perlu ditolak | [
"Ia kelihatannya satu fitnah yg terubahsuai menjadi semakin liar dan tidak tentu hala lantaran sifat asalnya dakwaan ini yang tiada sandaran bukti yang jelas.",
"Dalam satu dakwaan liar, PAS difitnah kononnya wang sebanyak RM90 juta telah diterima dari Umno dengan dimasukkan ke dalam akaun PAS Pusat di Affin Bank. Ditunjukkan gambar gambar sekeping Cek Affin Bank yang tertera nilai RM90 juta dan nama penerima sebagai ‘Parti Islam Se Malaysia’.",
"Masalahnya cek yang ditunjukkan tiada tandatangannya. Cek yang sudah ada tandatangan pun, jika silap atau cacat tandatangannya tidak diterima oleh mana mana bank, ini pula yang tidak ditandatangan.",
"Sebagai seorang yang profesional, cakap-cakap liar Rafizi ini dalam isu ini tiada merit langsung selagi tidak disertakan dengan maklumat yang jelas apa isunya, siapa pelakunya, bila ia berlaku, atas transaksi mana?",
"Sangat berbeza dengan corak ‘pendedahan eksklusif misalnya dalam isu 1MDB, di mana ‘audit trail’, jejak pergerakan wang berkenaan boleh dijejaki ‘traceable’ , boleh ditunjuk ia bergerak dari A ke B ke C dan berakhir di mana.",
"Jika pihak berkenaan memberi sedikit petunjuk /clue yang berasas pun, sekurang-kurangnya PAS tahu hujung pangkalnya mahu bermula siasatan dalaman dari mana. Ini tidak. Tidak ketahuan kepala ekornya.",
"PAS parti yang cukup benci dan tidak suka kepada sebarang unsur tidak amanah rasuah dalam parti. PAS sanggup bermatian mempertahankan mereka yang berintegriti tinggi dan tidak rasuah seperti yang dipamerkan dalam kes Tan Sri Khalid Ibrahim.",
"Merubah jalan cerita dari asalnya PAS yang menerima RM90 juta kepada ‘individu yang rapat dengan PAS’ pula yang menerima RM90 juta itu menjadikan dakwaan ini sangat tawar dan tidak bernilai langsung.",
"Pada hari ini, kajian Rafizi Ramli sendiri menunjukkan PAS secara bersendiri satu partipun memperoleh peratus sokongan yang lebih besar dari kalangan orang Melayu berbanding gabungan 4 parti dalam PH.",
"Sangat tidak wajar mengaitkan PAS dengan dengan urusan ‘pihak yang didakwa rapat dengan PAS’ seperti dakwaan Rafizi melainkan jelas apa hubungkaitnya urusan pihak berkenaan dengan PAS.",
"Jika setakat tuduhan dan dakwaan liar begitu, banyaklah kegiatan mereka yang rapat dengan PKR boleh kita dakwakan ke atas PKR pula termasuk terbaru pemimpin PKR yang ditangkap polis atas dakwaan jenayah penipuan. – HARAKAHDAILY 7/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/as-sokong-israel-makin-ganas-terhadap-palestin/ | AS sokong Israel makin ganas terhadap Palestin | [
"Keterangan ini disampaikan oleh jurucakap Hamas Fawzi Barhum memberi respons kepada kemasukan Ahmad Al-Ghandur “Abu Anas” dalam senarai ‘pengganas’ oleh AS.",
"Barhum menambah, penentangan Palestin bukanlah ‘pengganas’ namun hak legal menghadapi kejahatan Israel. Ini kerana Israel kerap membunuh, menangkap, mengusir, penyisihan, menistakan dan merosakkan rumah penduduk serta merosakkan habis tanah pertanian Palestin. Hamas mengecam sikap AS itu namun mereka tidak akan gentar dalam meneruskan perjuangan menghadapi penjajah Israel, lapor portal Islampos.",
"Ahmad Al-Gandur Abu Anas adalah komander Al-Qassam untuk Jalur Gaza utara dan diburu Israel dengan dakwaan bertanggungjawab dalam penyanderaan Gilad Shalit dan sejumlah aksi serangan berani mati. Dua kali Abu Anas menjadi sasaran usaha pembunuhan pada 2002 dan 2012. Beliau pernah ditahan Israel selama enam tahun."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/dun-salor-kini-makin-mantap/ | Dun Salor kini makin mantap | [
"Hasbullah yang juga Ketua UPU itu berkata, ia merupakan penyerahan kedua selepas penyampaian borang keahlian pertama seramai 27 ahli baru pada awal Januari lepas.",
"Turut hadir Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Salor, Ibrahim Isa; Timbalannya, Mohamad Nuri Mat Yaacub dan Setiausaha MTD Salor, Hassan Ibrahim.",
"Sebanyak 13 Upu seluruh Dun Salor terlibat bagi menjayakan majlis yang diadakan secara tahunan itu dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/kempen-berterusan-kekalkan-kemenangan-pas/ | Kempen berterusan kekalkan kemenangan PAS | [
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Haji Mohd Abdul Wahid Endut kagum dengan usaha para petugas ‘sayap kiri’ PAS itu, yang sentiasa mendekati dan mesra dengan masyarakat.",
"“Saya kagum dengan pasukan kempen muslimat yang begitu bersedia takkala dikerah walaupun bila pilihan raya sebenar belum diketahui. Mereka berkempen seolah-olah dalam suasana pilihan raya sebenar.",
"Menurutnya, PAS Wakaf Mempelam sedang menggerakkan jenteranya dan mahu menyedarkan rakyat seluruh negeri ini bahawa ia layak memerintah negeri Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.",
"Turut sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Penerangannya, Ahmad Amzad Hashim.",
"Wan Sukairi yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam berkata, program tersebut adalah merupaka program mingguan yang dibuat secara berterusan.",
"“Program ini diteruskan setiap minggu mengikut kampung-kampung dan ia telah dirancang dengan baik yang akan menjadi kayu ukur rakyat menilai kesungguhan PAS di samping kita menyemak sejauh mana mana petugas kita bersedia dalam menghadapi PRU14,” katanya.",
"Seramai 150 orang pelbagai peringkat umur menyertai lairan ‘keliling kampung’ itu dengan berpakaian baju-T berwarna ungu sempena Himpunan 355 yang lalu.",
"“Peserta berlari mengelilingi kampung dengan pakaian sokong pindaan RUU 355 mengambil semangat kejayaan pembentangan rang undang-undang itu oleh Tuan Guru Presiden PAS di parlimen kelmarin,” kata Azmad yang memimpin larian itu."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/doa-doa-untuk-langsai-hutang/ | Doa-doa untuk langsai hutang | [
"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.",
"Para fuqaha’ telah mendefinisikan hutang pada istilah syara’ sebagai ‘pemberian hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.’ Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji. jil. 6. hlm. 101.",
"Berbalik kepada soalan di atas, berkenaan dengan amalan agar mudah melangsaikan hutang. Terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan kepada setiap orang yang terbeban dengan hutang.",
"Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ",
"Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”",
"اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ",
"Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)",
"Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudia orang yang berhutang tidak mampu untuk membayarnya.” Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm. 371.",
"Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ",
"Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.”Riwayat Muslim (2713)",
"Imam Nawawi rahimahullah menyebut: “Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis kewajiban.” (Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim. juz. 17. hlm. 36). Beirut. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.",
"Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku! Maka Saidina Ali RA berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikanya untuk kamu? Saidina Ali berkata: “Katakanlah:",
"Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/purata-124-bayi-lahir-sehari-di-gaza-pada-mac/ | Purata 124 bayi lahir sehari di Gaza pada Mac | [
"PUSAT data statistik Kementerian Dalam Negeri di Gaza menyatakan bahawa sepanjang bulan Mac lalu sebanyak 3,850 bayi lahir di Semenanjung Gaza atau purata 124 bayi lahir di wilayah yang kini menghadapi sekatan Zionis Israel.",
"Daripada 3,850 bayi yang lahir itu, 51 peratus adalah laki-laki dan 49 peratus perempuan sedangkan jumlah yang meninggal dunia adalah 278 orang atau kira-kira 9 orang setiap hari.",
"Khan Yunis menjadi wilayah dengan jumlah kelahiran bayi paling banyak di Semenanjung Gaza iaitu 1,445 bayi sementara di pejabat pencatatan awam Gaza Utara (645), Gaza Tengah (514) dan Rafah (465).",
"Sedangkan data warga yang meninggal pada Mac adalah 47 peratus atau kira-kira 130 orang lelaki dan 53 peratus atau 148 wanita.",
"Jumlah ini jauh berkurangan jika dibandingkan dengan angka kelahiran pada Februari yang mencapai 4,140 bayi dan 393 meninggal dunia di Semenanjung Gaza. (Eramuslim)"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/hukum-darah-keluar-sebab-makan-ubat/ | Hukum darah keluar sebab makan ubat | [
"Soalan: Saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya. Ketika hari terakhir haid selama 14 hari, dia telah memakan ubat (provera) dari hospital untuk mengeluarkan darah yang menebal didinding rahim selama 5 hari (2biji 3kali sehari). Darah keluar setelah tamat tempoh memakan ubat tersebut. Adakah darah yang keluar kerana memakan ubat tersebut dikira haid dan bolehkah menunaikan solat?",
"Jawapan: Sebelum kami menjawab persoalan di atas, suka bagi kami untuk menyatakan terlebih dahulu berkaitan definisi haid. Haid adalah darah yang keluar dari kemaluan depan wanita dalam keadaan normal bukan kerana melahirkan anak pada waktu yang diketahui berbeza dengan nifas. [Lihat: al-Iqna’, 137]",
"Di dalam mazhab al-Syafie tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam. Manakala tempoh maksimum bagi haid adalah selama 15 hari. [Lihat: Minhaj al-Tholibin, 37] Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang keluar disebabkan oleh penyakit.",
"Untuk itu, bagi darah yang keluar selepas daripada 15 hari maka ia tidak dikira sebagai darah haid dan solat adalah wajib ditunaikan pada waktu itu.",
"Para fuqaha’ telah meletakkan hukum bagi wanita istihadhah (keluar darah disebabkan sakit) ini di dalam kategori orang yang uzur dalam erti kata lain orang yang terdapat padanya hukum yang khusus bagi golongan seperti ini. Para fuqaha’ juga telah meletakkan beberapa garis panduan bagi golongan seperti ini dan di sini kami ringkaskannya seperti berikut: [Lihat Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 122-124/1]",
"Wajib segera menunaikan solat selepas berwudhu’ bagi mengurangkan hadas tersebut melainkan jika disebabkan oleh maslahah seperti mendengar azan, menunggu iqamah, menunggu jemaah untuk hadir solat berjemaah, mencari kiblat, menuju ke masjid, mencari sutrah dan lain-lain lagi.",
"Wajib berwudhu’ bagi setiap kali solat fardhu dan dibolehkan bagi wudhu’ tersebut untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat yang mengiringi solat fardhu tersebut.",
"Justeru, wajib bagi isteri tersebut untuk menunaikan solat sekalipun ada darah yang keluar semasa 15 hari suci. Jika darah itu berterusan keluar sehingga lebih daripada 15 hari waktu suci dan memasuki fasa kitaran baru bagi haid, maka hendaklah dianggap darah yang keluar itu sebagai darah haid dan ditinggalkan solat."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/pas-berbudi-adakah-rakan-berbahasa/ | PAS berbudi, adakah ‘rakan’ berbahasa? | [
"SETELAH kejayaan membentangkan usul Pindaan RUU 355 di parlimen Khamis lalu, ketika Presiden PAS masih dalam perjalanan ke penginapan beliau mungkin, terus sahaja diadakan satu sidang media bagi ‘mendedahkan’ kepada dunia kononnya bahawa orang yang rapat dengan pimpinan PAS, telah didapati menerima wang 1MDB.",
"Cubaan menenggelamkan kejayaan pembentangan RUU 355 itu oleh pereka cerita fitnah (yang gagal) setebal 90 muka surat kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga orang kanan PKR suatu ketika dahulu, menerusi Naib Presiden PKR sekarang Rafizi Ramli.",
"Bagaikan ketagihan memfitnah, Rafizi terus dan terus berusaha gigih membaiki mutu fitnahnya. Malang bagi beliau, di sebalik mutu fitnah yang diharapkan semakin bertambah baik, beliau melakukannya dengan mutu yang semakin teruk. Rafizi patut lebih tekun belajar memfitnah, terutama apabila sudah berbaik-baik dengan Tun Mahathir sekarang ini, orang yang PKR kata memfitnah DS Anwar suatu masa dahulu.",
"Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan PAS sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar? Jika begitu, Rafizi juga sepatutnya dipertanggungjawabkan memfitnah DS Anwar Ibrahim kerana beliau sekarang sudah rapat dengan Tun Mahathir. Dan Rafizi juga boleh disabitkan sebagai golongan pembenci Islam kerana rapat dengan DAP yang nyata anti Islam itu. Mungkin boleh kita kata Rafizi jenis tidak amanah suka bawa lari kerusi parlimen atau Dun kerana rapat dengan ahli parlimen PAN yang telah melarikan kerusi PAS secara batil.",
"Fitnah yang rendah kualiti ini juga dikesan kerana dia mahu rakyat menunggu sehingga berminggu-minggu sebelum dia mendedahkan bahagian yang seterusnya. Ini tidak lebih hanya mahukan rakyat terpaku menunggu, dan terus menuduh PAS, agar tumpuan kejayaan membentang pindaan RUU 355 itu dilupakan rakyat. Politik kotor gaya Machiavelli, matlamat menghalalkan cara.",
"Apabila sampai waktunya nanti, dialih pula topik lain, sebagaimana fitnah yang dia kenakan terhadap Tan Sri Khalid. Senada beliau dengan Adun kuasa 10. Suatu ketika dahulu Adun itu mengumumkan dalam masa tiga bulan beliau akan mendedahkan sesuatu tentang PAS. Kemudian selepas tiga bulan hilang tanpa apa-apa berita, tapi dialih pula cerita lain. Mereka mahu sentiasa timbul di permukaan tasik politik tanah air, takut dilupakan rakyat kerana sudah terlalu sarat dengan dosa dan noda.",
"Jika benar Rafizi anak jantan, buktikan segera pertuduhan itu. Hanya orang yang kurang akal sahaja yang membuat tuduhan tanpa bukti kukuh kemudian menyuruh tertuduh membuktikan diri tertuduh tidak bersalah. Sedangkan berbelas tahun PKR melawan tuduhan yang dibawakan bukti-bukti terhadap salah laku Ketua Umum mereka, kini mereka mengubah sistem pembuktian setelah berkawan dengan Tun Mahathir.",
"Sungguh dangkal dan pengecut tindakan memfitnah ini. Jika benar sudah membenci PAS, dengan ada bukti yang jelas, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan agar nanti mudah pada PRU, tiada gangguan daripada PAS. Langkah ke Putrajaya kamu akan menjadi lebih mudah. Itupun jika rakyat memilih kamu kerana gembira dengan mainan politik jijik kamu ini.",
"PAS sedang menunggu dengan sabar akan kedatangan hari penentuan tahaluf iaitu Muktamar Tahunan PAS di Kedah nanti. PAS sentiasa berbudi, tetapi adakah rakan PAS itu berbahasa? Atau rakan itu hanya melukut di tepi gantang, kemudiannya mahu menjadi tuan, menjadikan PAS budak suruhan, mahu PAS tunduk dan patuh kepada mereka. Islam tidak mengajar untuk mengkhianati rakan, tidak melampau dalam bermusuh. Tetapi Islam mengajar agar menjaga maruah diri jika dipijak rakan atau musuh."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/sunnah-rasulullah-yang-dirindukan/ | Sunnah Rasulullah yang dirindukan | [
"SUNNAH merupakan sumber kedua yang menjadi ikutan dan teladan untuk umat islam selepas al-Quran. Istilah ‘as-Sunnah’ dari perkataan Arab iaitu ath-thariq yang bererti jalan. Dijelaskan menurut Bahasa Arab bahawa perkataan ‘as-sunnah’ ialah ‘ath-thariqah’ membawa erti kebiasaan, perjalanan hidup, atau kelakuan yang terpuji mahapun tercela. Istilah Sunnah diulang-ulang dalam kitab hadis yang memberi erti ‘perjalanan’ dan ‘perilaku.’ (an-Nihayah 2;409) Diertikan perkataan as-Sunnah menurut Ibnu Rajab, Sufyan ats-Tsauri adalah “perlakukanlah Ahli Sunnah dengan baik kerana mereka adalah orang-orang asing.” Sunnah yang dimaksudkan oleh imam-imam itu memberi pengertian kepada Nabi Muhamad SAW dan para sahabat-Nya yang bersifat suci dari syubhat dan syahwat.",
"“Barang siapa melakukan Sunnah yang baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala bagi dirinya, juga mendapat tambahan pahala dari orang yang mengamalkan sesudahnya, dengan tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka. Dan barang siapa melakukan Sunnah yang jelek dalam islam, maka selain memperoleh dosa bagi dirinya, juga mendapat tambahan dosa dari orang yang melakukan sesudahnya dengan tanpa mengurangi sedikitpun dosa mereka.” (HR Muslim)",
"Maka dengan itu, jika kita meneliti apa yang diberitahu oleh Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya amalan Sunnah memiliki keistimewaan luar biasa yang boleh menyempurnakan amalan wajib yang kita kerjakan dalam kehidupan seharian.",
"Rasulullah SAW mengamalkan amalan Sunnah dalam kehidupan seharian beliau malah Allah SWT telah menyeru setiap umatnya agar beribadah dan memiliki akhlak peribadi yang mulia. Amalan Sunnah adalah amalan-amalan apabila melakukannya akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika kita meninggalkannya, “Sunnah itu bererti ketetapan dari Nabi Muhammad SAW yang bukan fardhu dan bukan wajib.” (asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, him. 31).",
"Amalan Sunnah menjadi mudah apabila setiap manusia mempunyai niat dan berusaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian. Namun, amalan Sunnah Nabi dan para sahabat-Nya terdahulu sering dilupakan oleh masyarakat masa kini kerana mungkin sebahagian dari mereka menganggap cukup dengan mengamalkan amalan-amalan wajib harian sahaja dan amalan Sunnah hanya kadang-kadang dilakukan itupun jika mereka mempunyai kelapangan waktu",
"Pertamanya adalah Solat Tahajud. Solat Tahajud lebih dikenal dengan Qiyamullai atau solat malam yang mempunyai fadhilat kebaikan dan keistimewaan untuk diri kita jika mengamalkannya.",
"Saidina Umar Al-Khattab menyatakan, “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.”",
"Tambahan pula, Solat malam atau Solat Tahajud merupakan satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan dengan Allah dan pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat hamba-Nya. Pada masa itu, para Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat hamba-Nya bagi menyiram api neraka yang sedia menanti tubuh manusia di akhirat nanti.",
"Yang kedua adalah dengan mendahulukan kaki kanan saat memakai sandal dan kaki kiri saat melepaskannya. Nabi Muhammad SAW menggalakkan setiap umatnya supaya mendahulukan anggota kanan dan kemudiannya diikuti anggota kiri dalam setiap perkara yang dilakukan seharian.",
"“Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan. Dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)",
"Amalan ketiga yang dilakukan Nabi Muhammad SAW adalah membaca al-Quran, ia merupakan zikir terbaik yang mendatangkan banyak kebaikan bagi yang membacanya. Dengan membaca al-Quran kita akan peroleh ketenangan dan kedamaian jiwa. Malah, membaca al-Quran dapat meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah. Nabi Muhammad SAW bersabda:",
"Amalan rutin keempat Nabi Muhammad SAW yang setiap hari dilakukan adalah dengan melakukan solat Dhuha yang mempunyai banyak kelebihan jika sentiasa mengamalkannya. Kelebihan bagi orang yang mengerjakan solat Dhuha adalah sepanjang hari berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah.",
"“Kalau saja manusia tahu pahala panggilan shalat dan shaf awal, kemudian mereka tidak bisa mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi.” ( HR Muslim)",
"Berikutnya, amalan keenam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah dengan sentiasa bersedekah. Umat Islam umumya digalakkan memberi sedekah sebagai tanda syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Selain itu, bersedekah juga dapat menghapuskan dosa-dosa lalu dan menjinakkan hati supaya tidak cinta pada dunia yang menjadi kelemahan umat Islam zaman sekarang.",
"Amalan terakhir yang diamalkan Nabi Muhammad SAW adalah dengan beristighfar. Malah, amalan ini sangat mudah dan boleh dilakukan tidak mengira waktu dan tempat kita berada. Amalan berzikir di dalam hati pada setiap masa dan saat membuatkan kita sentiasa mengingati Allah. Sabda Nabi SAW:",
"Itulah merupakan antara amalan harian yang Nabi Muhammad SAW sentiasa lakukan dalam kehidupan harian. Namun, tentu masih banyak amalan-amalan Sunnah lain yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, semoga kita tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad yang sentiasa istiqamah dalam mengamalkan amalan Sunnah disamping tidak meninggalkan amalan harian yang diwajibkan keatas setiap umat Islam. – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/sedih-orang-kampung-tunggu-4-jam-untuk-pemeriksaan/ | Sedih orang kampung tunggu 4 jam untuk pemeriksaan | [
"1. Hospital Besut 140 katil2. Hospital Setiu 76 katil3. Hospital Sultanah Nur Zahirah 821 katil4. Hospital Dungun 100 katil5. Hospital Hulu Terengganu 119 katil6. Hospital Kemaman 116 katil",
"Jumlah rakyat Terengganu sekitar 1.18 juta. Nisbah 1 katil bagi 860 orang penduduk. Bahasa mudah orang kampung, dalam satu-satu masa hanya 1 orang dari 860 penduduk Terengganu yang layak sakit dan boleh ditempatkan di hospital.",
"Paling ketara kekurangannya ialah Dungun. Sebuah daerah dengan kawasan industri oil and gas hanya mempunyai hospital dengan kapasiti 100 katil sahaja, lebih rendah bilangannya dari daerah luar bandar seperti Besut. Semua sedia maklum bahawa kawasan industri oil and gas adalah sangat berisiko dari segi keselamatan. Penduduk Dungun sekarang berjumlah sekitar hampir 180,000. Nisbah 1 katil bagi 1,800 orang penduduk!",
"Hospital baru Dungun yang nak dibina juga hanya dengan kapasiti 100 katil. Dengan makna ganti hospital lama dengan membina hospital baru tetapi dengan jumlah katil yang sama. Bangunan saja akan dibina baru, tetapi kapasiti tetap tak berubah. Bagaikan rakyat Dungun tak berkeluarga dan tak melahirkan zuriat baru.",
"Bila bilangan katil hospital tak mencukupi, ini menyebabkan katil atau bed tambahan terpaksa dimasukkan ke dalam wad bagi menampung keperluan. Natijahnya, kewujudan bilangan katil melebihi kemampuan ruang dan kapasiti dalam wad, maka akan berlakulah kesesakan dan ketidak selesaan untuk pesakit serta persekitaran kerja yang tidak kondusif kepada kakitangan.",
"Bilangan katil hospital juga adalah kriteria yang diambil kira bagi menentukan jumlah perjawatan kakitangan hospital. Sedikit bilangan katil maka sekadar itu jugalah jumlah perjawatan. Sedangkan hakikat sebenar, bilangan pesakit yang memerlukan rawatan jauh melebihi bilangan katil. Kesannya, kakitangan yang ada terpaksa memikul beban kerja yang melebihi kemampuan.",
"Saya sedih dan terkilan bila orang kampung mengadu terpaksa menunggu lebih 4 jam di Bahagian Kecemasan sebuah Hospital Daerah sebelum dipanggil untuk pemeriksaan.",
"Saya melihat pemimpin Kerajaan Umno Terengganu terlalu lemah dan tidak mempunyai kemampuan bargaining power atau kuasa mendesak yang kuat terhadap Kerajaan Pusat bagi memperjuangkan hak rakyat Terengganu. Hospital dan perkhidmatan kesihatan adalah keperluan asas rakyat. Beranikah mereka bersuara atau sekadar ikut arus tanpa hala tuju yang jelas bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa yang ada tanpa suatu agenda rakyat yang meyakinkan?"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/kesian-kamu-jadi-presiden-korea-selatan/ | Kesian kamu jadi Presiden Korea Selatan | [
"NASIBLAH Pak jadi Presiden Korea Selatan, sebuah negara demokrasi Asia yang terbuka, dibanggakan oleh semua. Bukan senang untuk menjadi Presiden bagi bangsa yang rata-rata rakyatnya tidak kolot, tidak feudal, politik dan ekonominya stabil, taraf kehidupan rakyatnya tinggi dan mendapat kebebasan yang diidam oleh semua. Semua orang berhak bercita-cita unuk menjadi Presiden dan semua boleh mencuba untuk jadi Presiden. Maka Pak bertuah menjadi wanita pertama negaranya menjadi Presiden. Malangnya dia jadi Presiden Korea Selatan. Kalau dia jadi Perdana Menteri Malaysia tidaklah dia berdepan dengan fitnah yang mengaibkan, digulingkan dari jawatan oleh rakyat di luar pilihan raya kerana dikatakan dia terlibat dengan rasuah dari syarikat gergasi negaranya. Di tengah-tengah penyokong pembangkang yang berhari-hari tidak mahu berundur dari jalan raya selagi Pak tidak berundur, Peguam Negaranya tidak teragak-agak membawa kesnya ke mahkamah dan hakimnya pula tidak gentar menjatuhkan hukuman, dia memang rasuah dan tidak berhak lagi memegang jawatan Presiden. Sebagai Presiden dia dibawa keluar dari istana Presiden terus menghadapi tindakan mahkamah, dilucutkan jawatannya, ditahan dan bakal dibicarakan yang hukumannya mungkin penjara yang panjang. Kalaulah Pak jadi Perdana Menteri Malaysia yang dipilih rakyat, dengan fitnah yang seberat yang dikenakan kepadanya, tidak menjejaskan kedudukannya, dipercayai dia boleh terus tidur dan berkuasa lagi. Fitnah yang dihadapkan kepadanya sekalipun amat besar bagi Korea Selatan dan lain-lain negara bebas rasuah dan ketirisan, tak jadi kudis Perdana Menteri Malaysia dan rakyat yang memilihnya. Apa yang difitnahkan sebagai skandal pembelian kapal selam Perancis dan pesawat pejuang Rusia, pembunuhan nyonya Mongolia, Altantuya, cincin dikatakan 24 juta dikirim dari New York kepada isteri Perdana Menteri, kemudian dikatakan dipulangkan balik, derma dari istana Saudi RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri juga dikatakan dipulangkan balik dan teribut sekarang petaka syarikat pelaburan kementerian kewangan 1MDB yang dituralkan duitnya lesap dan berhutang jika dikumpulkan lebih berat dari Gunung Uhud. Dibandingkan dengan fitnah Presiden Pak membenarkan rakannya campur tangan dalam pemerintahan, bersubahat dengan skandal rasuah dengan syarikat gergasi negara itu, mungkin ibarat busut dibandingkan Gunung Uhud, tetapi Presiden Korea Selatan terpelanting kerananya, tetapi sehelai uban Perdana Menteri Malaysia tidak gugur. Ubannya bertambah, tapi tak gugur oleh semua fitnah itu.",
"Tiada terdaya pembangkang mengajak orang berduyun-duyun berundur dari jalan raya mintanya Perdana Menterinya digugurkan sekarang. Bukan Perdana Menteri meninggalkan jawatan. Tetapi Perdana Menteri boleh menggugur orang-orang besar mula memikirkan fitnahnya mungkin ada benarnya. Pak bertuah jadi Presiden negaranya yang berwibawa dan berdaulat, tetapi jadi Presiden di situ tidak seronok. Silap saja bila-bila masa boleh ke penjara. Jadi Peguam Negara dan Hakim seronok. Mereka boleh buat apa yang Peguam Negara dan Hakim payah buat. Tidak seperti seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia kebal dari sebarang fitnah. Betul-betul macam Raja Melaka bagi rakyat bernama Hang Tuah. Raja tidak salah dan tidak boleh disalahkan. Seronok jadi Perdana Menteri sama seperti seronoknya jadi Raja Melaka. Yang tidak seronok di Malaysia jadi hakim dan Peguam Negara. Tidak bebas buat seperti apa yang hakim dan Peguam Negara Korea Selatan boleh buat. Kesian hakim dan pedakwa kita macam kesian kepada Presiden Pak. – HARAKAHDAILY 8/4/2017 "
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/akta-355-ini-hantu-ke-apa/ | Akta 355 ini hantu ke apa? | [
"SELEPAS sahaja YB Marang membentangkan huraian usul RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, YB Kota Bharu pula bangun menyampaikan ucapan sokongan usul tersebut selama hampir 1 jam 30 minit.",
"Mungkin ada yang tidak tahu bahawa YB Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan merupakan seorang peguam dan dulunya pernah menjadi Majistret Mahkamah. Datuk Takiyuddin telah membuktikan sebenarnya PAS masih mempunyai tokoh profesional yang tidak kurang hebatnya pasca krisis Muktamar PAS 2015 dulu.",
"Beliau turut membawa latar belakang sejarah perundangan Islam seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang tersusun bermula dengan adanya Mahkamah Balai yang menggunakan sumber hukum syarak iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Mahkamah Syariah hakikatnya telah wujud seawal kurun ke-13 dan ke-14.",
"Namun, pada tahun 1920 British mula campurtangan terhadap sistem kehakiman di tanah Melayu dengan mewujudkan dua sistem mahkamah iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat yang menggunakan Hakim Inggeris.",
"Seterusnya, Datuk Takiyuddin memetik penghakiman kes Ramah vs Latun pada tahun 1927, dua orang Hakim di Mahkamah Rayuan British berkata “undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing bagi negeri ini bahkan ia adalah undang-undang negeri ini ‘law of the land’. Oleh sebab itu, undang-undang Islam perlu diberikan pengiktirafan oleh Mahkamah.”",
"Mahkamah Syariah yang pada asalnya Mahkamah di peringkat nasional telah diturunkan tarafnya ke peringkat Negeri sahaja oleh penjajah British. Hal ini menyebabkan Mahkamah Syariah dianggap sebagai mahkamah kelas kedua sahaja.",
"Datuk Takiyuddin turut merujuk Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan yang terkandung di dalamnya Jadual Kesembilan mengenai Senarai 1-Persekutuan, Senarai 2-Negeri dan Senarai 3- Bersama.",
"Butiran 1 Senarai 2- Negeri Jadual Kesembilan adalah mengenai institusi Mahkamah Syariah, undang-undang individu dan keluarga orang Islam. Kuasanya adalah terhad setakat mana yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.",
"Dalam sistem perundangan sivil negara ini, Mahkamah Seksyen dan Majistret punca kuasanya di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948 manakala Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan punca kuasanya di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964.",
"Sungguh menarik apabila beliau dengan berpandukan hansard Parlimen yang bertarikh 3 Mac 1965, Akta 355 ini dibawa oleh Tun Abdul Rahman Yaakub, Ahli Parlimen dari Sarawak. Ia dibahaskan oleh seramai enam orang Ahli Parlimen yang kesemuanya Muslim. Ketika itu Lee Kuan Yew berada di dalam Dewan sebagai Ahli Parlimen Singapura dan ahli Parlimen Bukan Islam yang lain tidak pun masuk campur dalam perbahasan Akta 355.",
"Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Asri Muda dalam perbahasan ketika itu memohon jaminan Kerajaan adakah had sekatan bagi hukuman maksimum Mahkamah Syariah itu adalah mutlak dan tidak boleh dipinda pada masa depan.?",
"Lalu, Tun Abdul Rahman Yaakub yang menjadi Menteri membawa usul akta tersebut menjawab, bahawa Kerajaan memberi jaminan had sekatan boleh dipinda kerana Parlimen boleh membuat, mengubah, meminda dan memansuhkan undang-undang. Kalau di masa akan datang Parlimen berfikir hukuman di dalam klausa tersebut tidak mencukupi, ia boleh diubah.",
"Pada tahun 1984 pula, pindaan Akta 355 ini dibawa oleh Timbalan Menteri JPM, Datuk Dr Yusof Nor dan disokong oleh Timbalan Menteri KDN, Datuk Radzi Syeikh Ahmad. Akta 355 dibahas selama 10 hari pada 10, 11 dan 12 Oktober 1984.",
"Ketika itu ada YB Dr Chen Man Hin (DAP Seremban), YB Dr Tan Seng Giaw (DAP Kepong), YB Karpal Sing (Jelutong), YB Lim Kit Siang (DAP Kota Melaka).",
"Setelah ia diluluskan oleh Dewan Rakyat, pindaan Akta 355 ini dibawa ke Dewan Negara pada 19 Disember 1984. Ia dicadang oleh Timbalan Menteri KDN, Datuk Radzi Syeikh Ahmad dan disokong oleh Menteri Kehakiman, Datuk Dr James P. Ongkili yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Sabah.",
"Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Speaker ketika diasak oleh Ahli Parlimen PH, Datuk Takiyuddin menegaskan sekali lagi bahawa ketika Akta 355 ini digubal pada tahun 1965 dan dipinda pada tahun 1984 dan 1989, ia tidak pun melalui Majlis Raja-Raja.",
"Seterusnya, Datuk Takiyuddin menyatakan Akta 355 ini sudah 33 tahun tidak dipinda, ia seperti sudah lapuk dan tidak sesuai dengan keadaan semasa.",
"Pindaan Akta 355 tahun 2017 ini mencadangkan 30 tahun sebagai had maksimum, terpulanglah kepada negeri-negeri untuk meletakkan kadarnya selagi tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan.",
"Dalam Kanun Keseksaan, Seksyen 377 B kesalahan bagi sumbang mahram, hukumannya ialah minima 10 tahun sehingga maksima 30 tahun, manakala seksyen 377 C kesalahan seks dengan objek, hukumannya minima 5 tahun sehingga maksima 30 tahun.",
"Pindaan Akta 355 ini sekiranya diluluskan kelak ia tidaklah membawa makna secara automatik akan berubah had maksima di peringkat enakmen syariah di negeri-negeri. Ia bukanlah wajib dan negeri berhak untuk memilih sama ada mahu buat pindaan atau kekal dengan bidang kuasa 3 tahun penjara, denda RM 5000 dan 6 sebatan sedia ada.",
"Datuk Takiyuddin turut menceritakan mengenai hak orang bukan Islam yang terjamin di bawah pentadbiran Kerajaan PAS di Kelantan. Mereka tetap boleh minum arak bahkan rumah ibadat orang bukan Islam tetap boleh dibina. Buktinya di Kelantan ada sleeping Buddha, standing Buddha, sitting Buddha, kuil Hindu di dalam Bandar Kota Bharu, Gereja Kristian ada di hadapan Pejabat MB Kelantan.",
"Walaupun usul ini belum sempat dibahaskan, tetapi terdapat 18 orang Ahli Parlimen yang bangun membuat pencelahan ketika ucapan sokongan usul oleh YB Kota Bharu, Mereka ialah Ahli Parlimen PAS Temerloh, Ahli Parlimen PAN Sepang, Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Ahli Parlimen BN Rompin, Ahli Parlimen BN Kota Tinggi, Ahli Parlimen BN Jerantut, Ahli Parlimen BN Bagan Serai, Ahli Parlimen BN Setiu, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Ahli Parlimen Warisan Penampang, Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Ahli Parlimen BN Tebrau, Ahli Parlimen BN Gerik, Ahli Parlimen BN Sekijang, Ahli Parlimen PAS Bachok, Ahli Parlimen BN Lenggong dan Ahli Parlimen BN Alor Gajah.",
"Benar seperti kata Datuk Takiyuddin, mereka yang begitu takut dengan Akta 355 ini seperti takut hantu. Mereka tidak tahu pun mengenai Akta 355 iseperti mana yang takut kepada hantu yang kita tidak tahu bagaimana rupanya? – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/ulama-bertanggungjawab-jelas-ruu-355-kepada-masyarakat/ | Ulama bertanggungjawab jelas RUU 355 kepada rakyat | [
"INTIPATI ucapan Datuk Ustaz Haji Husin Awang, Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu kali ke 52 di Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Bukit Payung, Terengganu.",
"1. Saya terharu melihat keadaan Ustaz Abu Bakar Abdullah (Timbalan Ketua) yang walaupun sakit dan uzur tetapi masih sedia datang, membenarkan ayat al-Quran yang dibaca sebentar tadi iaitu berangkat dan berjuang walaupun dalam keadaan berat.",
"2. Saya ucap tahniah kepada Madrasah Darul Iman yang menjadi tuan rumah Muktamar kali ini, tempat yang barangkali mungkin paling cantik di kalangan sembilan buah sekolah Dar di bawah urusan Dewan Ulama PAS Terengganu, juga pengurusan sekolah yang baik.",
"3. Dewan Ulama PAS Terengganu juga ucap tahniah kepada PAS Pusat, terutama Presiden PAS yang berjaya membawa usul RUU 355 dalam Sidang Dewan Rakyat pada hari Khamis baru-baru ini.",
"4. Ia menjadi tanggungjawab pimpinan PAS, ulama terutamanya untuk memberi pencerahan dan pengukuhan kepada masyarakat supaya memahami pembentangan usul ini. Sekian lama umat Islam tidak dapat mengamalkan agama mereka dengan sepenuhnya, sedangkan penganut agama lain boleh beramal dengan agama mereka. Perlembagaan Malaysia di bawah Fasal 3 meletakkan Islam agama persekutuan yang sepatutnya diperkasakan pengisiannya.",
"5. Usul ini akan melalui proses yang panjang kerana ia baharu dibentang, belum dibahas, akan diundi, dibentuk Jawatankuasa dan lain-lain proses yang mungkin akan mengambil masa yang panjang.",
"6. Isu speaker yang menamatkan sidang lebih awal akan digunakan sebagai alat kononnya PAS berpakat dengan Umno, yang memerlukan jawapan dari pimpinan ulama memberi pencerahan yang betul kepada masyarakat.",
"7. Kalau ada perbahasan nanti, tentu ada ahli Parlimen bukan Islam yang akan berbahas atau apabila wakil rakyat Islam yang berbahas untuk menolak RUU 355. Tidakkah tuan-tuan rasa terhina dengan perkara ini. Tempoh yang ada memberi masa yang panjang kepada para ulama untuk terangkan kepada masyarakat mengenai RUU 355 ini.",
"8. Sembilan buah sekolah Dar mengikut polisi yang ditetapkan oleh Dewan Ulama PAS Terengganu. Ada sekolah yang fizikalnya atau kewangannya lemah dan terhad. Bagaimana kita boleh perkasakan sekolah ini. Dewan Ulama PAS Terengganu perlu fikir untuk membantu sebaik mungkin sekolah-sekolah ini.",
"9. Pilihan Raya Umum ke-14 lebih terbuka peluangnya kepada PAS. Tahun 1999 dahulu kita mahu majoriti mudah untuk perintah Terengganu, tsunami politik ketika itu menjadikan kita dapat lebih 2/3. Ada penganalisa politik mengatakan situasi politik semasa lebih berpihak kepada pembangkang, khususnya PAS untuk menguasai balik Terengganu.",
"10. Dahulunya ceramah politik rancak. Kini media sosial lebih menguasai. Ulama menjadi penggerak utama membangkitkan kesedaran politik melalui media baharu ini.",
"11. Justeru, urusan ulama peringkat kawasan ada tanggungjawab besar untuk mengisi kuliah, program, bukan sahaja kuliah biasa tetapi kesedaran politik Islam, pilihan raya dan pemerintahan Islam. – HARAKAHDAILY 8/4/2017",
"Catatan Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu kali ke 52 di Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Bukit Payung, Terengganu, Sabtu 8 April 2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/jihad-siyasi-dapatkan-kuasa-untuk-tegak-islam/ | Jihad siyasi dapatkan kuasa untuk tegak Islam | [
"DALAM Kamus Lisanul ‘Arab disebutkan bahawa Ar-Rabbani adalah hamba yang mempunyai pengetahuan tentang Tuhan. Dia adalah ulama yang mengajarkan ilmu yang ringan-ringan sebelum ilmu yang sulit-sulit. Dia adalah seorang ulama yang mantap ilmu dan agamanya.",
"Dari segi pengertian istilah pengertian kepada rabbani sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali ialah orang yang dekat dengan Allah ataupun hamba paling rabbani adalah hamba yang hampir dengan Allah.",
"Imam al-Qurthubi dalam tafsir al-Jami’ liahkamil-Quran menulis, maksud Ar-Rabbani adalah penisbatan kepada ar-Rabb. Dia adalah orang yang mengajarkan ilmu yang ringan-ringan sebelum yang berat. Dia adalah ulama ahli agama yang mengamalkan ilmunya.",
"Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Tuan Guru Sidek Mohd Nor menjelaskan demikian ketika menyampaikan ucaptama “Ulamak Rabbaniyun Memimpin Jihad Siyasi” sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak ke-41 di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri Perak, di Air Kuning, 8 April.",
"“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”",
"Tuan Guru menyatakan beberapa jenis pembahagian jihad yang perlu diketahui oleh seluruh ahli gerakan supaya mendapat gambaran sebenar jihad untuk dilaksanakan.",
"“Jihad politik atau jihad siyasi ialah menegak kalimah yang hak, membetulkan penyelewengan penguasa bersifat zalim dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan untuk menegakkan Islam dalam negara,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/rafizi-ingat-dapat-buat-gempak-tetapi/ | Rafizi ingat dapat buat gempak, tetapi… | [
"MUNGKIN ramai yang hairan dengan kelakuan beberapa ahli parlimen Islam pada penghujung sidang parlimen semalam. Walaupun ramai tidak berpuashati penangguhan sidang di saat RUU355 belum sempat diperbahaskan, tetapi ramai lebih tersinggung dengan sikap Khalid Samad, Tony Pua, Rafizi Ramli, Hanipa Maidin dan lain-lain yang amat memalukan.",
"Entah kenapa mereka begitu berang semalam. Jika mahu berbahas untuk menyokong, sepatutnya emosi mereka tidak begitu terganggu selepas penerangan-penerangan yang jelas daripada Tuan Guru Abdul Hadi dan Datuk Takiyudin Hasan.",
"Bahkan emosi mereka sepatutnya dalam keadaan gembira kerana dua sebab. Pertama, buat kali pertama dalam sejarah, usul daripada pembangkang berjaya dibentang di parlimen. Kedua, usul yang dibawa adalah berkenaan penaiktarafan syariat agama mereka sendiri.",
"Sebenarnya mereka mempunyai rancangan lain. Semasa sidang media yang mereka adakan sejurus berakhir sidang parlimen, Rafizi menyatakan bahawa beliau sebenarnya mahu bertanya di parlimen tentang maklumat yang diterima beliau, bahawa dana 1MDB disalurkan melalui seorang tokoh yang rapat dengan PAS.",
"Ya! Mereka mahu mengalih perhatian tentang isu pemerkasaan syariah Islam kepada isu politik murahan yang berstatus tuduhan tanpa bukti. Isu yang bertitik tolak dari Sarawak Report, kemudian Husam dan kini beliau. Walaupun maklumat antara ketiga pihak ini tidak konsisten, tetapi ia tetap digunakan bagi menggambarkan wujud pakatan sulit antara Umno dan PAS.",
"Apabila Speaker, Tan Sri Pandikar menggunakan kuasanya untuk menangguh dewan, terpekik terlolonglah mereka kepanasan. Mana taknya, mereka sudah bersedia untuk perkara itu. Mereka tahu jika tuduhan dibuat di parlimen, mereka tidak boleh diambil tindakan undang-undang walaupun palsu. Tambahan pula Rafizi dijadualkan sebagai pembahas pertama untuk RUU355 ini. Keputusan Speaker benar-benar anti klimaks buat mereka.",
"Tapi sidang media semalam, seakan Rafizi sudah tersilap langkah. Perkara yang sepatutnya disebut di dalam dewan rakyat, terlanjur di sebut di luar dewan. Ini bukan pertama kali beliau tersasul di hadapan media. Pasti beliau tak senang duduk sekarang.",
"Adakah pemerintah dapat menghidu rancangan mereka? Saya rasa tidak. Umno punya sebab lain mengapa ia ditangguh. Mereka sebenarnya memikirkan kelangsungan politiknya. Dalam barisan pemerintah terutama ahli parlimen bukan Islam, kini sudah timbul hasutan supaya menolak kepimpinan Najib atas tuduhan cuba membawa negara kepada konsep negara Islam.",
"Umno dalam keadaan tersepit. Jika mereka menolak RUU 355, mereka akan dihukum penyokong sendiri. Jika mereka menerima, mereka akan dijatuhkan melalui sebilangan rakan yang tidak mahu Islam.",
"Apa jua keadaan, PAS berada dalam keadaan paling selesa. Sudah tidak timbul soal ditipu atau tidak. PAS sudah mendapat peluang yang begitu luas untuk membawa aspirasinya ke dewan rakyat. Apa yang jelas, pembangkang lain merasa tertipu dengan tindakan Speaker. Itu yang seperti kera kena belacan.",
"Walaupun RUU 355 belum dapat diluluskan, tetapi inilah hasil pendekatan terbaru PAS melalui BPMS. Jika dilihat sejarah pencapaian PAS dalam menegakkan agama di bumi Malaysia ini sejak ditubuhkan, semalam adalah pencapaian tertinggi yang pernah diraih.",
"Inilah berkat kesabaran ahli dan pimpinan PAS selama ini. PAS tidak pernah gopoh dalam mengharungi simpang siur siasah negara. Dalam keadaan banyak gerakan Islam negara lain sudah diharamkan, ada pula yang berubah menjadi liberal dan sekular, ada juga yang menjadi radikal mengangkat senjata, tapi PAS tetap istiqamah dengan muwajahah silmiah tanpa menggadai prinsip asolah.",
"Lebih 65 tahun usia PAS kini, menandakan berjuta pengalaman telah dilalui. PAS sudah berada pada tahap kematangan yang begitu tinggi. PAS sudah bersabar lebih setengah abad. Oleh itu PAS tidak bermasalah langsung untuk terus bersabar hingga ke sidang hadapan bagi meneruskan RUU355! – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/fesyen-muslimah-menurut-islam/ | Fesyen muslimah menurut Islam | [
"ADAKAH berfesyen dibenarkan dalam Islam? Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan.",
"“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah. Maka telah berkata seorang lelaki kepada baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.” (Riwayat Imam Muslim).",
"Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak melarang seseorang manusia itu untuk berfesyen malah baginda menerangkan bahawa Allah itu sifat-Nya cantik dan suka akan kecantikan. Namun Rasulullah SAW melarang jika seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakat sekeliling.",
"Seperti yang kita ketahui pakaian menjadi salah satu keperluan asas sejak zaman-berzaman. Jika diteliti, dunia fesyen sekarang semakin berkembang sehingga mempengaruhi pemakaian penampilan menerusi pemakaian hijab mahupun pakaian itu sendiri.",
"Kini, perkembangan pelbagai teknologi media sama ada dalam bentuk percetakan mahupun elektronik telah menyebarkan maklumat tentang perkembangan dan perubahan imej fesyen Islam yang semakin popular. Kepelbagaian bahan media ini telah memberi ruang kepada muslimah untuk mencuba sesuatu fesyen baru.",
"Dunia fesyen berkembang luas dan semakin ramai pihak menceburi bidang ini. Bukan itu sahaja, malah masyarakat kini lebih gemar berfesyen berbanding masyarakat dahulu yang menggunakan pakaian hanya sebagai penutup aurat. Persoalannya, adakah pakaian berfungsi sebagai fesyen atau penutup aurat? Husna Hassan, kolumnis majalah Solusi, ada menyatakan dalam penulisannya bahawa majoriti setiap helaian pakaian yang direka dan dipertontonkan oleh muslimah kini antara wanita muslimah dan yang lain. Namun, apa yang menyedihkan, kebanyakan fesyen yang ditonjolkan tidak mengikut cara pemakaian yang sebenar dalam Islam.",
"Sebagai seorang muslimah, saya melihat ramai dikalangan wanita kini berfesyen tanpa menjaga etika pemakaian cara Islam yang betul. Sebagai contoh, memakai tudung tetapi berbaju ketat dan berseluar ketat. Bagi mereka, dengan menutup kepala sudah dianggap menutup aurat.",
"Walaupun kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila. Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslimah dalam pemakaian. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam berfesyen ialah:",
"-Memastikan pakaian tersebut menutup aurat.-Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.-Pakaian tidak menyerupai lelaki.-Pakaian itu mestilah diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.-Bertudung sehingga paras dada.-Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri-ciri budaya orang bukan Islam",
"“Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk melindungi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Oleh yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raf: 26)",
"Penurunan ayat ini, adalah sebahagian daripada perintah Allah SWT supaya wanita muslimah wajib menutup aurat mereka kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, wajiblah bagi muslimah itu bertudung.",
"Kesimpulannya, Islam tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen namun perlulah mengikut sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Malah kita digalakkan untuk menghias diri kita secara kemas, cantik dan bersederhana supaya agama lain dapat melihat bahawa Islam itu agama yang indah. Bagi saya, tuntutan berfesyen terpulang kepada si pemakai sama ada pakaian itu sekadar berfesyen atau sebaliknya. – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/nik-abduh-kalah-bukan-kerana-ayah-sudah-tiada/ | Nik Abduh kalah bukan kerana ayah sudah tiada | [
"BANYAK yang menularkan kegagalan Nik Abduh untuk menjadi Timbalan Ketua PAS kawasan Pengkalan Chepa. Dan ke mana saya pergi kekalahannya itu ditanya. Ia dirasakan oleh setengah suatu yang beri pertanda pada PAS dan kerajaannya di Kelantan. Dan ada yang menyangka apa yang terjadi itu gara-gara sesudah ayahndanya, Tok Guru Nik Abdul Aziz sudah tiada. Dan seolah-olah petanda tiada masa depan politik masa depan Nik Abduh sesudah bapanya tiada. Mungkin Nik Abduh lebih senang terkenal kerana ayahnya amat terkenal dan berpengaruh dalam dua politik. Tetapi pengaruh Tok Guru itu tidak banyak memberi kelebihan kepada Nik Abduh dalam politik di Kelantan. Tidak dipastikan Tok Guru ada peranan supaya anaknya diberi tempat dalam politik Kelantan sebagai dia anak pemimpin besar di negeri dan di seluruh negara. Tidak seperti anak-anak pemimpin Umno dan MCA yang menjadi ganti ayahnya dalam pimpinan parti dan kerajaan apabila mereka melepaskan pimpinan. Datuk Najib tidak diketahui keupayaannya tiba-tiba dijadikan calon Parlimen di Pekan bagi menggantikan bapanya Tun Razak meninggal. Dipercayai kerana dia anak Tun Razak, maka dalam usia yang terlalu muda dan pengalaman politik yang amat kurang dijadikan Menteri Besar Pahang. Beratus orang yang berkebolehan dalam Umno di Pekan dan Pahang layak menjadi ganti Tun Razak sebagai Anggota Parlimen, tetapi Najib yang belum lebat janggut dan misai diberi laluan kerana dia anak bapanya. TunLing Leong Sik juga cuba menonjolkan anaknya yang budak lagi tetapi tak menjadi. Dr. Chua Soi Lek sedia melepaskan kedudukannya dengan digantikan oleh anaknya. Demikianlah anak Tun Hussein Onn, Tan Sri Mohamad Rahmat, Tan Sri Ghazali Jawi dan lain-lain. Dan akhir-akhir ini balu pula menggantikan suami. Nik Abduh tidak berapa dapat menumpang pengaruh dan kemasyhuran bapanya dalam parti. Dia berusaha sendiri untuk dapat kedudukan seperti lain-lain orang dan ahli-ahli PAS membuat keputusan mengikut pertimbangan mereka sendiri. Sejak Tok Guru masih ada Nik Abduh cuba untuk jadi Ketua Pemuda PAS Kelantan. Semuanya tahu dia anak Mursyidul Am dan Menteri Besar. Tetapi membuat pilihan sendiri. Nik Abduh tidak berjaya sekalipun dia anak Tok Guru Nik Aziz. Mungkin masanya belum tiba dan orang PAS mungkin mengutamakan merit dan yang lebih berpengalaman. Dan apabila dia tidak dapat jadi Timbalan Yang Dipertua di Pengkalan Chepa, maka ia bukan kejadian pertamanya di peringkat negeri. Tetapi demokrasi PAS itu tidak pernah tertutup. Nik Abduh kalah jadi ketua pemuda di peringkat negeri tetapi terpilih jadi ketua di peringkat pusat. Dia cuba di negeri tak berjaya, tetapi peluang terbuka di peringkat nasional. Melihatkan dia kalah di peringkat negeri, orang rasa dia tiada peluang di pusat. Dia jadi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dulu.",
"Dalam pemilihan dia mencabar ketuanya yang terkenal lincah dan nada daya pimpinan. Percubaannya berjaya menjadi ketua pemuda yang baru. Dia menang di pusat itu semasa ayahnya sudah tidak ada. Mengapa dia kalah di negeri tetapi menang di pusat ia adalah kerja Allah. Apapun Nik Abduh dapat memberi khidmat pada partinya. Dia kalah sendiri dan naik sendiri. Kalah di negeri bukan kerana anak Nik Aziz dan menang di pusat bukan kerana Nik Aziz. Tapi dia salah satu anak pemimpin PAS yang meneruskan perjuangan bapanya. – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/media-sosial-sebagai-inisiatif-perkasa-dakwah/ | Media sosial sebagai inisiatif perkasa dakwah | [
"DALAM era zaman globalisasi kini yang mendedahkan masyarakat terhadap kemajuan teknologi yang pesat dengan kepantasan internet tanpa had, dapat lihat bahawa media sosial adalah salah satu medan dakwah yang penting dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan dakwah Islam. Konsep dakwah merupakan aspek penting bagi mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan. Berkait dengan itu, pendekatan media sosial mampu membuahkan hasil yang baik dalam berdakwah terhadap masyarakat umumnya. Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan melalui aplikasi-aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter dan Wechat. Media sosial juga merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial. Dakwah pula merupakan suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam.",
"Dakwah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ajakan dan seruan sebagaimana frasa dalam bahasa arab yang membawa erti “Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Kita hendaklah berdakwah kerana Islam mengajar dan menegaskan kepada kita untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan seperti mengajak untuk tolong menolong sesama jiran yang berada dalam kesusahan. Contoh ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah, ayat yang ke 2 yang bermaksud, “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan”. Kita juga ditegaskan supaya membawa masyarakat untuk keluar daripada lembah kemaksiatan dan keburukan seperti perbuatan melakukan zina yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pengharamannya. Berdakwah dalam media sosial merupakan inisiatif yang berkesan dan memberi implikasi positif . Implikasi melalui penggunaan media sosial ini dapat dilihat melalui sudut masyarakat dan individu itu sendiri. Implikasi terhadap individu melalui pendekatan dakwah memberi kesan apabila seseorang individu mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.",
"Dakwah yang disebarkan memberi jalan lurus kepada manusia untuk sentiasa melakukan perintah Allah mengikut acuan yang betul. Faktor penting implikasi terhadap individu ini ialah kembali mentaati perintah Allah. Hal ini disebabkan oleh ukuran Allah adalah melalui takwa kepada-NYA. Allah tidak melihat pangkat atau kedudukan seseorang hambaNYA ataupun paras rupa.",
"Melakukan perintah Allah seperti solat menjadi kewajipan dalam beragama manakala dakwah memberi kesan terhadap kebaikan masyarakat sosial, apabila masyarakat hidup bersatu padu dan aman harmoni tanpa persengketaan. Hasil daripada implikasi dakwah Islam yang dibuat, ia dapat membendung kemaksiatan dan kemungkaran. Dalam pada itu, penyebaran dakwah melalui media sosial menjadi keutamaan kerana mampu mensasarkan lebih ramai target melalui pendedahan dakwah yang dilakukan atas tujuan menyeru kepada kebaikan. Sebagai contoh, seorang pendakwah berceramah tentang adab menyambut tetamu melalui aplikasi Facebook.",
"Facebook merupakan antara aplikasi kegemaran yang digunakan oleh masyarakat pada zaman kini untuk berkongsi cerita dan berhubung dengan kawan-kawan. Hal ini bukan sahaja dapat memberi impak apabila dilihat oleh masyarakat Islam, akan tetapi ia juga berupaya menarik kaum lain untuk sama-sama memahami keindahan Islam sebagai agama yang benar malah mampu mengangkat lebih ramai manusia untuk kembali mentaati Allah SWT apabila menjadikan media sosial ini sebagai wadah untuk menyampaikan dakwah Islam.",
"Sehubungan dengan itu, apabila pendedahan ilmu agama tidak dapat diterapkan dalam diri masyarakat rentetan cabaran yang besar telah berlaku di Malaysia seperti pengaruh budaya kuning yang melanda masyarakat Islam kini, faktor ini dapat mengelirukan umat Islam seterusnya memesongkan akidah disebabkan pendedahan hiburan yang melampau dan penyebaran agama sesat yang semakin berleluasa kini.",
"Kita seharusnya berdakwah atau menyeru masyarakat supaya keluar dari kepompong kejahilan kerana salah satu sebab diri mudah melakukan kejahatan adalah kerana kurang ilmu pengetahuan dan semua ini berkait rapat dengan agama kita. Dunia dahagakan ilmu pengetahuan yang meluas terutamanya ilmu agama. Kita mesti menggunakan pendekatan media sosial dengan cara yang baik bukan melakukan benda yang tidak sepatutnya seperti menyebarkan fitnah, mengecam mana-mana pihak dan sebagainya yang boleh mendatangkan masalah lain seperti pergaduhan. Sabda Rasulullah SAW menurut riwayat Ummu Habibah yang dikeluarkan Tarmizi dan Ibnu Majah, “Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya), kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah”.",
"Hal ini menunjukkan bahawa kita mesti meninggalkan perkara yang tidak berguna sebagaimana contoh lain seperti mengumpat, mencaci dan menghina orang lain seterusnya berdakwah dengan menyeru kepada kebaikan bagi memperoleh manfaat untuk diri, masyarakat dan negara. Tambahan pula, jika kita faham dengan konsep sebenar dakwah itu sendiri, sebenarnya dakwah ini adalah satu didikan dan didikan tersebut bukanlah kepada ilmu agama semata-mata akan tetapi merangkumi kesemua ilmu yang ada. kita dapat menyumbang dari pelbagai aspek sebagai contoh melalui bidang perniagaan, sesetengah penjual menjual barang yang tidak berkualiti pada harga yang mahal secara keterlaluan dan tidak adil sehingga membebankan pembeli. kita mengajak masyarakat supaya jangan menipu ketika berniaga. ",
"Masyarakat memerlukan nasihat itu dan salah satu jalannya adalah dengan berdakwah. Jika kita lihat keadaan teknologi zaman sekarang, media sosial adalah salah satu jalan yang sesuai digunakan untuk menyampaikan seruan kebaikan tersebut. Justeru, peranan media sosial yang meluas dan boleh dikatakan menjadi keutamaan generasi Y kini amat penting dalam penyampaian dakwah. Dakwah adalah perlu berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sampaikan dari ku walaupun satu ayat”. Berdasarkan riwayat Al- Bukhari ini telah menunjukkan bahawa dakwah adalah penting untuk dilakukan yang mana nabi Muhammad SAW menyuruh untuk berdakwah dan menyampaikan dakwah tersebut melalui pelbagai cara walaupun hanya satu ayat yang digunakan untuk menyeru masyarakat melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sesungguhnya dakwah itu dituntut dalam Islam. – HARAKAHDAILY 8/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/355-mencari-hikmah-tertangguh/ | 355: Mencari hikmah tertangguh | [
"LOGIKNYA, PAS adalah pihak yang paling terkesan apabila Pindaan Akta 355 ini senantiasa tertangguh. Dua kali ditangguh sendiri oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi iaitu pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016. Kali ketiga, ianya ditangguhkan oleh Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat sendiri.",
"Jika “tangguh” itu suatu yang sangat merugikan PAS, maka sudah tentu musuh PAS akan beraya sakan meraikan penangguhan ini. Kerana mereka tentu sahaja mahu supaya PAS rugi. Tapi ternyata mereka sangat marah apabila “355” ditangguh-tangguh. Mudahnya, tentu sahaja kerana penangguhan itu dilihat menguntungkan PAS.",
"Mereka marah “355” ditangguh. Kononnya kerana mereka mahu berbahas. Saya sendiri tidak tahu bahawa mereka mahu bahas Pindaan Akta 355. Saya jangka mereka tidak mahu berbahas mengenai isu 355 ini. Sebab semua orang saksikan bagaimana mereka berkali-kali bangun menghalang “355” dibentang oleh YB Tuan Guru.",
"Pada 26 Mei 2016 yang lalu, mereka juga bantah Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi peluang Akta 355 ini dipinda melalui Private Members Bill MP Marang. (Boleh rujuk handsard). Demikian juga pada 24 Nov 2016 dan 6 April 2017.",
"Jelas sikap mereka mahu melengahkan masa, mengganggu perjalanan mesyuarat dengan menggunakan pelbagai helah dan terang-terangan mempersoalkan kenapa “355” ini diberi laluan, pula kepada YB Tuan Guru selaku MP Marang.",
"Justeru saya jangka tentu sahaja mereka akan gembira, seronok dan setuju apabila usul Pindaan Akta 355 ini ditangguhkan, sebagaimana gembiranya PAS apabila Pindaan Akta 164 ditangguhkan ke persidangan akan datang.",
"Tiba-tiba mereka yang memekik dan berteriak terlolong apabila “355” sekali lagi ditangguhkan pada jam 4.++ petang, 6 April 2017. Sedangkan pada jam 12.00 pm pada hari yang sama, mereka berusaha gigih untuk menghalang “355” itu daripada dibentang oleh YB Tuan Guru.",
"Alasan mereka Akta 355 ini sangat penting, dan kenapa tangguh lagi perbahasannya? Ermmm! Ye, ker penting? Kalau Akta 355 itu penting bagi mereka, kenapa mereka bersungguh-sungguh menghalang Akta 355 ini dipinda? Sampai peringkat ada pihak yang membawanya ke mahkamah dan MP mereka menggunakan isu subjudis untuk halang “355” dibentangkan di parlimen.",
"Mereka persoal kenapa lebai PAS tidak bangun bantah keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan “355” ini tempoh hari. Bukankah PAS yang bawa 355 ini ke parlimen? Buat himpunan, solat hajat dan sebagainya supaya berjaya di parlimen. Apabila YDP Dewan Rakyat tangguh, kenapa PAS tidak bantah?",
"Perhatikan jawapan saya baik-baik. Saya tidak bangun bantah keputusan YDP Dewan Rakyat yang menangguhkan perbahasan, kerana saya memang bersetuju dengan keputusan YDP Dewan Rakyat menangguhkannya. Malah saya sifatkan keputusan YDP Dewan Rakyat itu adalah bijak dan berhikmah.",
"Kalau saya jadi YDP Dewan Rakyat (fardhu takdir), dengan melihat gelagat dan aksi sebahagian ahli parlimen yang meremehkan Dewan dan YDPnya sejak sehari sebelum pembentangan usul pindaan Akta 355, sehinggalah ke detik ianya mahu dibentang oleh YB Tuan Guru pada 6 April 2017, maka keputusan menangguhkan perbahasan itu adalah suatu yang terbaik.",
"Keputusan menangguhkan itu adalah terbaik malah selayaknya mereka berterima kasih kepada YDP Dewan Rakyat menangguhkan “355” ini, kerana bukankah mereka sememangnya mahu menghalang sejak dari awal lagi?",
"Sekali lagi, keputusan menangguhkan itu adalah terbaik, justeru PAS masih mempunyai banyak lagi masa untuk terus memberi kefahaman kepada ahli parlimen, pemimpin politik dan pelbagai pihak supaya mereka memahami kenapa Akta 355 ini perlu dipinda.",
"Akhirnya, anda temui jawapan kepada persoalan ini. Apa hikmah menangguh? Kenapa mereka marah Isu 355 ini ditangguh? sedang mereka bukan bersetuju dengan 355 ini.",
"a) Hikmahnya bila tangguh, PAS terus bekerja gigih mengangkat isu “355” ini dan memahamkan masyarakat mengenainya. Ia baik untuk kefahaman Islam.",
"b) Mereka marah kerana hasrat mereka untuk menggagalkan Pindaan Akta 355 melalui undi menolak dalam belah bahagian sebagaimana yang dirancang oleh mereka tertangguh lagi."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/ustaz-abdul-halim-dipindah-ke-wad-biasa/ | Ustaz Abdul Halim dipindah ke wad biasa | [
"“DOAKAN semoga kesihatan ustaz semakin baik. Walaupun ustaz semakin pulih, tapi teruskan berdoa untuk saya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, setiap kali pimpinan dan orang ramai menziarahinya yang masih dirawat di HUSM, Kubang Kerian.",
"“Darah yang beku di kepala juga makin baik sebab doktor hanya memberi ubat untuk mencairkan darahnya tanpa pembedahan,” ujarnya.Pada 3 April lalu, Ustaz Abdul Halim menerima rawatan di HUSM setelah terkena angin ahmar sekembali dari menghantar anak keduanya di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. – HARAKAHDAILY 9/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/ketika-rasulullah-hancurkan-masjid-kaum-munafik/ | Ketika Rasulullah hancurkan masjid kaum munafik | [
"KISAH sebelum Rasulullah SAW bertolak ke Tabuk, orang-orang munafik membina bangunan yang mereka namakan masjid. Mereka membinanya bukan demi kerana Allah SWT tetapi untuk tujuan menyambut kehadiran seorang yang bernama Abu Amir ar-Rahib.",
"Abu Amir ar-Rahib adalah seorang yang sangat aktif dalam membakar semangat kaum musyrik Makkah dalam pertempuran Uhud. Ia lalu memeluk agama Kristian dan berangkat menemui Maharaja Rom yang juga penganut agama Kristian.",
"Maharaja Rom menjanjikan sokongan kepada Abu Amir ar-Rahib untuk memimpin masyarakat Madinah. Komunikasi antara Abu Amir dengan rakan-rakannya di Madinah berlanjut, dan untuk itulah kaum munafik mendirikan tempat berkumpul bagi para penyokongnya sambil menanti kedatangannya.",
"Ketika Bani Amir selesai membangun Masjid Quba di pinggiran Madinah, mereka mengundang Rasulullah SAW untuk solat di sana dan Rasul memperkenankan permintaan mereka.",
"Bani Ghanim bin Auf, pengasas pembangunan masjid kaum munafik, mengundang juga Rasulullah SAW, tetapi ketika itu Rasul sedang bersiap-siap menuju Tabuk.",
"Sekembalinya dari Tabuk dan setelah selesainya pembangunan masjid Bani Ghanim itu, Rasulullah SAW bersiap-siap menuju ke sana untuk solat, tetapi sebelum melangkah turun firman Allah surat AT-Taubah (9) ayat 107 yang ertinya: “Dan orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan terhadap orang-orang Mukmin secara khusus, dan masyarakat secara umum, dan untuk kekafiran dan tujuan pengingkaran kepada Allah SWT serta untuk memecah belah antara orang-orang mukmin…”",
"Begitu turun ayat ini, Rasulullah SAW membatalkan niatnya berkunjung ke Masjid Bani Ghani bahkan memerintahkan beberapa orang untuk pergi menghancurkannya. Lokasi bangunan masjid ini dijadikan Rasulullah SAW sebagai tempat pembuangan bangkai dan najis."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/air-mata-duka-kem-pelarian-di-bangladesh/ | Air mata duka kem pelarian di Bangladesh | [
"PASRelief terus mengatur langkah menyuburkan kemanusiaan, lanjutan daripada misi-misi sebelumnya, menyalakan obor Islam di mana sahaja diperlukan. Menyelamatkan Muslim Rohingya kini teratas dalam senarai misi kemanusiaan PASRelief, yang telahpun bermula sejak puluhan tahun lalu.",
"Misi kali ini rurut disertai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua DMPM), Syarifah Rasyidah Syed Idrus (Ketua DMP Titiwangsa), Shahril Rizal Saidon (Pemuda PAS Selangor) dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Naib Presiden MAPIM).",
"Kami tiba di Dhaka jam 11:00 malam waktu Bangladesh (jam 1:00 pagi waktu Malaysia). Polisi kerajaan Bangladesh yang tidak mengalu-alukan misi kemanusiaan kepada Muslim Rohingya menjadi asas bagi urusan mendapatkan visa dan menyusun taktik perjalanan sejak awal.",
"Mereka ada alasan mereka sendiri atas halangan ini. Kita perlu bersedia, sentiasa diekori dan dipantau pasukan intelligen mereka setiap masa. Ramai yang diarahkan pulang sebaik mendarat di Dhaka, ramai lagi yang gagal memperolehi visa untuk memasuki negara ini.",
"Sebaik tiba, kami menginap di Dhaka, diuruskan NGO tempatan (rakan MAPIM) dengan rangkaian tempatan mereka sendiri. BDT9,000 hanya untuk 2 bilik (lebih kurang RM496) hotel tanpa bintang, pagar utama hanya dibuka jika ada tetamu sampai – atas faktor keselamatan.",
"Pasukan polis sibuk ke sana ke mari, memeriksa semua bangunan dan pergerakan. Kata penyambut tetamu hotel apabila ditanyakan sebab begitu ramai polis di sana-sini: “Security matter. Dont worry sir, our country is very-very safe”. Saya senyum saja.",
"Pagi 4 April, kami ambil penerbangan ke Cox’s Bazar, bandar pelancongan yang mendapat nama sempena nama Kepten Hiram Cox, pegawai tentera British yang berkhidmat dalam tentera British India. Dia meninggal pada 1798 sebelum sempat menyelesaikan tugasnya menghentikan pertelagahan berpanjangan antara penduduk Islam dan Buddha di Palongki itu (nama asal Cox’s Bazar).",
"Penduduk Islam diberikan kawasan kampung, penganut buddha ditempatkan di kawasan bukit bukau di pedalaman. Sehingga 1948 (kemerdekaan Burma daripada Inggeris), pentadbiran British India meliputi seluruh India hingga ke Arakan (dimasukkan ke dalam wilayah Burma). Negara Bangladesh hanya wujud selepas pemisahan dengan Pakistan pada 1971.",
"Lokasi pertama kami selepas makan tengah hari di kediaman Ustaz Mohamed Aayaz ialah Kampung Gualiya Selatan meninjau kerja pembinaan telaga tiub sumbangan NGO Cakna Palestin untuk kegunaan 20 keluarga di situ. Terletak jauh ke dalam kampung dikelilingi sawah padi, ladang pinang dan sireh.",
"Terdapat beberapa buah khemah (rumah) pelarian Muslim Rohingya yang baru dibina di sini. Bahannya plastik hitam, buluh, ranting kayu dan tanah liat. Sekali pandang sudah cukup untuk menghidupkan kemanusiaan kita.",
"Kampung Pembagan di Ramu menjadi lokasi kedua. Kami agak lewat tiba ke lokasi, kerana jarak yang jauh, namun mereka setia menanti.",
"Reaksi dan paparan wajah 50 orang penerima sumbangan pakej makanan itu menyerlahkan derita luka yang dalam, dibaluti kain, selendang dan burqa yang lusuh dan koyak.",
"Suara mereka perlahan, senyum yang tawar, mata mereka berkaca memandang kami, senyap dan sunyi. Demikianlah mereka berterima kasih kepada kewajipan kita yang telah lama tertangguh. Maafkanlah kami wahai ibu ayah dan sanak saudara yang lama dijamah sengsara, kami terleka dibuai dunia kami sendiri.",
"Mereka semua baru dua bulan tiba dan menumpang di tanah penduduk kampung itu. Rasa bersalah segera menerpa kerana telah membuatkan mereka menanti begitu lama. Majlis sumbangan itu terpaksa dibuat di kawasan yang agak terpencil di atas kawasan berbukit, jauh daripada ramai lagi pelarian yang tidak terpilih sebagai penerima. Apakan daya, itu sahaja yang PASRelief mampu sediakan dalam misi kali ini di kampung itu. Nanti kami pasti kembali lagi.",
"Salah seorang penerima pada lewat petang itu ialah seorang hafiz al-Quran yang menceritakan pengalaman berjalan kaki selama tiga hari tiga malam dari Mangdaw di Arakan, merentasi bukit bukau dan sungai bersama keluarganya, akhirnya tiba di kampung itu. Beliau tidak lagi mampu menghadapi ancaman kematian dari kekejaman puak rakhine dan tentera kerajaan Myanmar. Rumah dan segala yang dimiliki di kampungnya hangus dibakar.",
"Pagi 5 April, kami menyusuri jalan-jalan kecil menuju perkampungan di pedalaman, meninjau pembinaan telaga tiub kedua. Alhamdulillah, ia sudah memuntahkan air untuk kegunaan warganya, Muslim Rohingya.",
"Perjalanan diteruskan ke Madrasah Khalid Al-Walid, di Kurnia Palong, sebuah madrasah dan rumah anak yatim Rohingya. Ia diusahakan oleh Ustaz Mohamed Aayaz bersama jawatankuasa dari kalangan penduduk tempatan dan muhajirin Muslim Rohingya.",
"Selesai bertemu pelajar dan tenaga pengajar madrasah, PASRelief menyampaikan bantuan makanan kepada 150 keluarga Muslim Rohingya yang tinggal di sekitar madrasah. 25 kilogram beras, 2 kilogram minyak masak, kacang dan bahan-bahan lain dibungkus dengan guni. Majlis terpaksa dicepatkan kerana dihidu oleh penduduk sekitar yang tidak terpilih sebagai penerima. Bimbang diserbu, kami pun beredar. ",
"Mereka semua sangat terdesak, semuanya setara, sama daif, sama-sama sedang menderita dan layak dibantu. Penghalang utama adalah bekalan yang sedikit berbanding keperluan sebenar. Harapan kami, teruskanlah menderma untuk menyantuni mereka pula.",
"Perjalanan dilanjutkan lagi ke kampung yang tidak dapat dimasuki van, sebuah CNG (tut tut) digunakan untuk menyusuri jalan di batas sawah untuk melihat sebuah telaga tiub yang telah siap di sana.",
"Kerana waktu masih jauh menjelang malam, kami memutuskan untuk ke Teknaf. Beberapa telaga tiub juga sedang dibina dalam kem pelarian Muslim Rohingya di sana.",
"Hanya Sungai Naf memisahkan Bangladesh dengan Myanmar. Mangdaw adalah wilayah di Arakan, terletak di seberang sungai Naf. Sungai itu menjadi pelabuhan perikanan utama bagi Daerah Cox’s Bazar. Terdapat bahagian daratan yang menyambung kedua-dua negara, di Teknaf dan Nila, di situlah pintu masuk pelarian dari Arakan.",
"Walaupun laluan itu dikawal sepanjang masa, namun ada waktunya pengawal tidur dan alpa dengan helaian Taka, lima atau enam keluarga akan menyeberang ke kem pelarian setiap hari.",
"Jumlah mereka yang terpaksa berhijrah semakin ramai. Sejak Oktober 2016, terdapat kemasukan lebih 70,000 pendatang dari Arakan ke Bangladesh yang dicatatkan, menjadikan jumlah mereka kepada 500,000 orang (setengah juta). Tidak menghairankan, dari Puthupalong ke Teknaf, kami terpaksa melepasi empat sekatan tentera dan polis Bangladesh.",
"Dari Puthupalong, melewati Balukhali di Ukhiya, di sebelah kanan sepanjang jalan, kelihatan ribuan khemah pelarian baru dibina berhimpit-himpit di lereng bukit dan tebing. Bahannya sama, plastik hitam dan ranting-ranting buluh. Penempatan pelarian yang berdaftar dan tidak berdaftar semakin bertambah setiap hari.",
"Pemandangan kami tersorot kepada ‘tetamu tidak diundang’ mengendong anak kecil dan menjinjing bungkusan di tangan. Dua tiga orang anak mengekori rapat di sisi dan di belakang, bergegas- gegas. Ia boleh dilihat sepanjang laluan. Tidak pasti ke mana arah tuju mereka itu. Berteduh dan bermalam di manakah mereka itu? Tiada siapa boleh menjawabnya. Semoga Allah menganugerahkan mereka kesabaran.",
"Terdapat juga kelompok-kelompok wanita tua, dengan bungkusan di sisi, bersimpuh di bawah pokok dan di dipinggir jalan, meninjau-ninjau arah untuk pergi. Ada yang terbaring di tanah, dibawah terik matahari. Makanan apa yang mereka jamah hari ini? Berapa lama sudah mereka terperosok dan berlapar di situ? Entahlah… Mereka itu Muslim Rohingya!",
"Selepas dua jam perjalanan, kami tidak dapat melepasi sekatan keempat (terakhir). Hanya 200 meter jaraknya dengan kem pelarian Teknaf. Tentera yang menyapa kami memaklumkan keadaan agak tegang di kem-kem pada waktu ini, dan kami dinasihatkan berpatah balik. Saya pula cemas terlupa passport.",
"Di sanalah kekejaman – genocide- pembunuhan, pemerkosaan, penyiksaan dan pembakaran ke atas Muslim Rohingya sedang bermaharajalela. Mereka diusir secara terancang, untuk membolot tanah dan wilayah.",
"Di seberang Sungai Naf ini, mereka tetap dijamah derita juga, bezanya adalah mereka bebas dari ancaman kematian yang menghambat, yang semakin dekat setiap saat, jika terus berada di kampung halaman sendiri. Hijrah mereka hanya untuk menyelamatkan nyawa, bukanlah untuk mencari kesenangan!",
"Kehampaan tidak melepasi sekatan terakhir ke Teknaf terlerai di Kampung Jadimura. Sapaan saya kepada seorang jemaah tertua menjadi perbualan panjang. Semua jemaah zohor tengahari itu adalah pendatang dari Arakan. ",
"Warga emas berusia 83 tahun itu baru dua bulan tiba dari Arakan, menumpang di tanah penduduk tempatan. Kampungnya di Arakan musnah sama sekali. Anak-anak kecil dicampak ke dalam api yang sedang marak, membaham rumah-rumah usang menjadi abu. Ibu-ibu diperkosa, dibunuh dan hangus bersama rumah yang dinyalakan.",
"Orang dewasa diikat, didera akhirnya tewas di hujung senjata tajam pengganas Rakhine. Warga emas seperti beliau melintasi sempadan berjalan kaki selama berhari-hari, menyelamatkan sisa umur di tanah seberang, menumpang di tanah saudara seaqidah, sekadar apa yang ada.",
"Setelah berbincang dengan imam dengan bantuan seorang penterjemah yang mampu berbahasa Melayu, kami menyerahkan USD500 (RM2,250 wang bekalan kecemasan kami) untuk mereka beli dan agihkan beras kepada 50 keluarga yang baru tiba di situ.",
"Jadimura nama kampung itu. Mereka semuanya adalah bapa-bapa kita, yang merenung wajah kita seperti anak-anak mereka yang baru pulang dari perantauan berpuluh tahun. Tiba-tiba ingin pergi semula. Dengan renungan itu, hati mana yang tega berpaling pergi begitu saja. Rezeki mereka rupanya datang dari Malaysia. Rasa lega di Jadimura mengubati rasa berdosa.",
"Perjalanan pulang ke Cox’s Bazar melintasi sawah-sawah (bendang) garam di kiri kanan jalan. Plastik-plastik hitam dihampar dipetak-petak sawah. Air masin dipam ke hamparan itu dan dijemur menjadi garam. Garam yang dikumpulkan berlori-lori banyaknya. Selain padi, pinang dan sireh dalam sektor tani, garam dan batu bata merah adalah industri mereka.",
"Rupa-rupanya, plastik hitam hamparan bendang garam itulah menjadi dinding dan atap khemah-khemah pelarian. Plastik-plastik yang telah koyak dijual di tepi jalan untuk dikitar semula menjadi ‘istana’ pelarian.",
"6 April 2017 adalah hari ‘bertuah’ bagi misi PASRelief. Kem-kem pelarian adalah kawasan larangan, sukar sekali menembusi pintu masuknya. Ia dikawal polis tanpa seragam, dipantau cawangan khas (SB) setiap masa. Alasan mereka ialah jika bantuan subur di situ, pandatang baru akan tumbuh membiak.",
"Alhamdulillah, kami berjaya masuk dan ‘menikmati’ sengsara penghuninya. Kem Puthupalong didiami lebih 80,000 pelarian di ladang mempelam dan sawah seluas-luas pandangan mata. Penghuninya kini mencecah lebih 16,000 keluarga sejak ia wujud. Sebelum wujud kem, mereka menumpang berselerak di kampung warga tempatan. Apabila krisis di Arakan memuncak, Puthupong menjadi kem pelarian swasta.",
"Tanah ladang yang dilingkari laluan sepanjang 5 kilometer itu milik Encik Bakhtiar, warga tempatan yang bersimpati, merelakan ladangnya didiami pelarian. Di celah-celah pokok mempelam dibuat teres sebagai tapak khemah, berhimpit-himpit 16,000 keluarga tanpa sebarang kemudahan asas. Beliau sendiri yang mengendalikan kawasan berpenghuni padat serba kekurangan itu. ",
"Surau tempat solat dan kanak-kanak belajar terlalu sempit, padat sendat dibina dari sumbangan orang ramai. Sudah lama beliau berharap ia dapat diperbesarkan. Apabila ditanya berapa keperluan telaga tiub yang mencukupi sebagai sumber air minuman kepada warga kem. Spontan saja jawapannya, “Kami perlukan minimum 100 unit lagi telaga tiub”.",
"Sebagai ganti kehilangan tanahnya, Bakhtiar mengenakan sewa tapak BDT200 (RM11) sebulan untuk sebuah kediaman, sebagai wang komitmen penghuni. Tidak ramai yang mampu membayarnya. Dia menanggung risiko ‘kehilangan’ tanah itu selama mereka tidak dapat pulang ke Arakan.",
"Dalam kepadatan itu yang semakin meningkat setiap hari itu, penghuni kem tidak dapat bekerja, ramai yang sedang sakit tanpa rawatan, ibu-ibu melahirkan bayi dalam khemah berlantai tanah.",
"Balu-balu bersama anak-anak kecil, anak-anak yatim yang menumpang keluarga lain, yang cacat, yang tercedera, warga tua – siang berpanas, malam bergelap – segelap pekat masa depan mereka. Makan minum hanya dari sumbangan pihak luar yang diuruskan oleh Bakhtiar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. ",
"Pemilik hati tisu bisa lemas dalam air mata sendiri. Hanya yang melegakan mereka di kem ini adalah kebebasan daripada ancaman kehilangan nyawa di tangan pelampau rakhine dan tentera Myanmar. Derita selainnya adalah sama saja. Kemiskinan dan kelaparan seperti sudah tiada makna. Wajah-wajah mereka hambar dan tawar, kering tandus daripada ceria dan gembira memendam sejuta luka.",
"PASRelief membina tiga telaga tiub dan bilik mandi wanita di sini selain menyampaikan 50 guni beras untuk 50 keluarga yang dipilih oleh Bakhtiar. ",
"Penghuni yang beratur di pintu masuk kem, menunggu di pintu setor IOM (International Organization For Migration), berdiri di sepanjang laluan bersama anak-anak, tepi di tepi jalan, mundar mandir tanpa tujuan-tidak mampu kami santuni.",
"Hati yang luluh hanya mampu memanjatkan doa supaya gambaran ini sampai ke pintu hati para dermawan untuk menyumbang sebagai penawar derita mereka.",
"Kem Balukhali terletak beberapa kilometer sahaja daripada kem Puthupalong. Semua penghuninya adalah muhajirin baru, memasuki Bangladesh selepas operasi genocide Myanmar pada Oktober 2016. Tidak ada sebarang kemudahan asas, hanya sebuah telaga tiub sedang dibina di lereng bukit. Bekalan air diambil dari telaga tiub lama di sebuah surau di kampung warga tempatan di hadapan kem. ",
"Sewaktu kami memasukinya, terdapat agensi UNICEF sedang mengadakan klinik rawatan kepada ibu dan kanak-kanak di sebuah khemah. Sebuah khemah lagi seperti sedang membuat bancian.",
"Tiada surau atau khemah sebagai tempat belajar untuk kanak-kanak seperti di Puthupong. Mereka berkeliaran sesama sendiri, mengangkut air, membantu keluarga membina khemah, berkubang dalam debu dan ‘berkelahi’.",
"Bekalan gula-gula dan buah yang kami beli semalam untuk menceriakan kanak-kanak diagihkan. Agihan gula-gula ini tiba-tiba bertukar menjadi pesta rebut merebut olak menolak, sambar menyambar, sehingga pijak memijak. Ia sangat mencemaskan! Anak-anak kita di rumah juga berebut, tapi bukan seperti ini. Tidak pernah sampai ke tahap ini.",
"Saya berlari dan rebah di parit, mereka tetap mengejar dan menerkam. Saya memanjat tebing, supaya senang mengagihkan mereka di bawah, mereka tetap memanjat mengekori, merentap kaki, tangan, pakaian, dan terus menyambar. Saya mendaki tebing yang lebih tinggi, mereka muncul pula di depan. Akhirnya tewas dengan serbuan itu, saya leparkan bungkusan gula-gula kepada seorang warga kem yang sedang berdiri di luar khemah bersama isterinya. Dia pula diserbu.",
"Ragutan gula-gula oleh tangan-tangan kecil yang keras dalam hela tangisan dan rengekan, menusuk tepat kelubuk hati. Rentapan mereka bisa memutuskan tangkai nurani. Ia meremukkan jiwa, meruntun keinsanan. Tanpa segan silu, tanpa takut dan bimbang, mereka menerkam.",
"Kanak-kanak yang lebih kecil dan rendah tenggelam lenyap dalam himpitan, tangan mereka terkapai-kapai ditepis tangan yang lebih tinggi. Belum sempat gula-gula di tangan kita sampai ke tangan kecil itu, ia disambar hilang. Ia hanya sebiji gula-gula berperisa mangga.",
"Gambaran saya untuk pembaca: Senarionya lebih dahsyat daripada menyaksikan sekelompok ikan dalam takungan, melonjak melepasi permukaan air, bernafas di daratan untuk merebut secebis roti.",
"Kem Balukhali menerima 100 pakej makanan untuk 100 keluarga daripada PASRelief. Dua buah telaga tiub PASRelief juga akan dibina di sini, terlalu jauh daripada keperluan.",
"Kami mengidamkan sebuah bangunan sementara dibina untuk dijadikan tempat kanak-kanak belajar membaca, mengira dan mengaji al-Quran. Mereka jugak meminta surau untuk berjemaah di beberapa lokasi sekitar kem itu. Telaga tiub untuk sumber air minuman dan makanan adalah keperluan paling mendesak untuk terus hidup. Kami memohon diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk kembali lagi ke sini, merungkai derita 22 ribu penghuni Kem Balukhali.",
"Kami beredar dari Cox’s Bazar menuju ke Cittagong menjelang tengahari, menempuh tujuh jam perjalanan dengan van. Selamat tinggal lembah penuh luka, medan yang telahpun padat dengan manusia, ditambah pula kebanjiran muhajirin Rohingya.",
"Suasananya menjadi kelat dan pekat, murung dan mendung seperti tiada lagi perasaan untuk mendorong tangis mahupun katawa. Berkat kesabaran dan ketabahan mereka yang datang dan yang menerima seadanya, semoga Allah SWT menganugerahkan mereka syurga. – HARAKAHDAILY 9/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/pas-tidak-akan-bersama-ph-noktah/ | PAS tidak akan bersama PH. Noktah | [
"PAS menegaskan sekali lagi bahawa tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan PAN.",
"Keputusan ini telah terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan PAN terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk RUU 355. Sikap ini jelas kelihatan di parlimen pada 6 April 2017, ketika Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS membentangkan RUU 355.",
"Episod RUU 355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan Presiden PAS betul, di mana kedua-dua belah ibarat biawak hidup di mana satu belah tidak berani membawa, dan satu belah bukan sahaja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU 355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang.",
"Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS di parlimen mengenai RUU 355 kini cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS.",
"Namun, strategi lapuk ini tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015.",
"Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan SPRM agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/kemudahan-pengunjung-bukit-keluang-terabai/ | Kemudahan pengunjung Bukit Keluang terabai | [
"KEGAGALAN pihak berwajib menyelenggara kemudahan serta insfraktuktur di Pantai Peranginan Bukit Keluang, Besut amat mendukacitakan, terutamanya pada tahun ini yang telah diisytiharkan sebagai ‘Tahun Melawat Terengganu’.",
"Jambatan kayu melintasi anak sungai di kawasan tumpuan pelancong itu, dalam keadaan uzur dengan pagar runtuh dan lantai yang rosak, tidak dibaiki serta laluan ke jejantas bagi menyeberangi laluan air itu mendap.",
"Seorang pengunjung tetap pantai itu, Siti Nurul Jannah Mohd Daud, 26, berkata masalah itu telah berlaku sejak sekian lama tanpa diambil sebarang tindakan baik pulih oleh pihak kerajaan.",
"“Masalah lama dah berlaku tapi pihak bertanggungjawab tak ambil kisah pasal benda ini. Jambatan kayu yang tidak berpagar dengan lantainya patah tidak dibaiki.",
"“Pihak yang berkenaan diminta segera menjalankan pemantauan berkaitan infrastruktur di kawasan rekreasi ini ekoran banyak kerosakan yang berlaku boleh mengundang persoalan keselamatan di kalangan pengunjung.",
"Menurutnya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan harus lebih prihatin dalam mengurus tadbir prasarana yang ada agar rakyat tempatan dan pengunjung luar merasa selamat.",
"Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga harus memandang serius soal gejala sosial yang boleh mengundang perlakuan maksiat dan tingkah laku yang mengaibkan yang berlaku di kawasan itu."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/istiqamah-syarat-dapat-pertolongan-allah/ | Istiqamah syarat dapat pertolongan Allah | [
"“Istiqamah menjadi syarat kita mendapat pertolongan Allah swt dengan syarat kita tidak lari dari berpegang kepada Islam, tidak melampau dan tidak terpengaruh dengan mereka yang zalim,” kata Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussolehah Ahmad pada Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri ke-54, di Taiping, hari ini.",
"Jelasnya, Allah SWT tidak akan memberi kemenangan tanpa ada usaha dari pejuang Islam, muslimat mesti berusaha ke arah kemenangan di samping muslimat menjaga akhlak, menutup aurat dengan sempurna serta menjauhi maksiat.",
"Katanya, penglibatan muslimat sebagai calon dalam pilihan raya bukanlah untuk mendominasi kerusi di parlimen atau Dun namun ia adalah untuk memenuhi tugas untuk tugas membela maruah wanita Islam agar tidak terus diperlekeh atau diperalat oleh musuh-musuh Islam , ia juga bagi memastikan wujudnya wakil untuk suara wanita khususnya bagi para muslimah.",
"Dewan muktamar di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning dipenuhi seramai 192 perwakilan dari 24 kawasan seluruh negeri dan 78 orang pemerhati yang bersedia untuk kekal istiqamah bagi menjana kemenangan PRU14 akan datang.",
"Muktamar turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, wakil Dewan Ulamak PAS Perak Ustazah Aliah Abd Aziz, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS negeri, Ustaz Mustafa Abd Wahab dan Ustaz Hafeez Sabri wakil Pemuda PAS negeri.",
"Mengakhiri ucapan, Dr Najihatussolehah berpesan agar seluruh muslimat bersama-sama membina kekuatan serta meneguhkan aqidah perjuangan Islam, meneguhkan diri masing-masing dengan iman dan berterusan dalam menguatkan tarbiyah ruhiyah. – HARAKAHDAILY 9/4/2017 "
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/ruu-355-adalah-dakwah-bersabarlah/ | RUU 355 adalah dakwah, bersabarlah | [
"1. RUU 355 adalah bertujuan meningkatkan kadar hukuman kepada kesalahan Syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri khusus untuk umat Islam.",
"2. Hukuman sebagai satu proses pendidikan adalah suatu yang rasional bagi seorang pelaku kesalahan yang tidak mampu disekat melakukan kesalahan oleh pendidikan berupa nasihat dan peraturan.",
"3. PAS telah membentangkan hujah dan rasional RUU 355 di Dewan Rakyat secara rasmi pada 6hb April 2017 menerusi YB Marang dan YB Kota Bharu. Rakyat dan juga ahli parlimen mempunyai ruang masa yang luas untuk meneliti hujahan sebelum perbahasan dibuka nanti di Dewan Rakyat. Insya Allah lebih ramai yang menentang akan berubah menjadi pendukung apabila dakwah dan penjelasan diperluaskan.",
"4. RUU 355 adalah Dakwah. Ia memberi peluang untuk rakyat lebih mengenali Islam dan undang-undang Islam, dan menyedari tanggungjawab memperkasakan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini. Ia adalah dakwah yang besar yang sedang masuk jauh ke sanubari setiap muslim di negara ini dan sedang menembusi pasaran baru ke hati-hati bukan Islam. Dakwah memerlukan masa dan kesabaran.",
"5. Namun, penentangan keras oleh ahli parlimen PH di awal usaha pembentangan sehingga lahirnya aksi yang menjengkelkan di Dewan Rakyat seterusnya kenyataan media menolak RUU 355 seusai sidang mengajak rakyat menilai apa sebenarnya rasional penentangan Pakatan Harapan?",
"8. Jika dibuat alasan kononnya PH mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah yang menyeluruh bukan hanya pemerkasaan kadar hukuman maka mudah sahaja. Bawalah usul baru memperkasakan Mahkamah Syariah dan jangan lupa, sokonglah RUU 355 sekarang.",
"10. Tapi adakah itu semua alasan sebenar penolakan? Tidak. Mereka tiada alasan dan hujah rasional kerana– RUU 355 adalah mengikut perlembagaan. – RUU 355 adalah hak orang Islam. – RUU 355 tidak melibatkan bukan Islam.",
"12. Pemerkasaan Islam umpama panah dan petir yang menusuk ke telinga mereka lalu mereka menutup telinga dengan kedua belah tangan kerana ketakutan.",
"14. Mereka sudah terlupa bahawa memperkasakan Islam adalah hak rakyat Muslim di negara yang meletakkan “Islam Agama Persekutuan” dalam peruntukan perlembagaannya. Mereka terlupa untuk menghormati hak ini.",
"17. Namun, apabila RUU 164 dicadangkan oleh kerajaan mereka berbondong-bondong menyokongnya termasuk oleh Ahli Parlimen Muslim Pakatan harapan. Meskipun RUU itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan jelas bercanggah dengan akidah muslim.",
"18. Malangnya, komponen BN seperti MIC dan MCA juga menari mengikut tarian DAP. Mereka berlumba untuk menunjukkan siapakah lebih anti kepada RUU 355. Mereka mungkin terlupa dengan pengundi muslim dalam Umno yang memenangkan mereka di kerusi parlimen sekarang.",
"19. Jika undi menjadi pertaruhan maka RUU 355 menjadi kayu ukur untuk pengundi muslim menilai Pakatan harapan. Usah diharap Islam diperkasakan menerusi Pakatan harapan. Usah berjudi nasib untung rugi Islam. Ia adalah kemusnahan bagi Islam di negara ini.",
"20. Keharmonian bernegara ialah apabila hak orang Islam dihormati oleh bukan Islam di negara yang majoriti muslim, di negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan, di negeri-negeri yang agama negerinya adalah Islam dengan Sultan adalah ketua agama.",
"21. Tsunami Islam bakal menjadi penentu pada PRU ke-14. Rakyat mendambakan kesatuan muslim atas nama memperkasakan Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kebobrokan akhlak dan penyelewengan dengan alternatifnya adalah ISLAM bukannya sekular atau sosialis."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/muslimat-tidak-terkecuali-perjuangkan-islam/ | Muslimat tidak terkecuali perjuangkan Islam | [
"PERJUANGAN menegak kalimah tauhid adalah sunnah para rasul yang paling tinggi dan seluruh umat manusia wajib mengikuti sunnah perjuangan maka muslimah juga tidak terkecuali memperjuangkan Islam.",
"Muslimat yang mukminat adalah mereka terus istiqamah dengan gerak kerja perjuangan dalam menegakkan kerajaan Islam di atas muka bumi bahkan sentiasa mengutamakan kerja-kerja jemaah dan jihad dari urusan peribadi.",
"Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-54 di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, Taiping, hari ini.",
"“Mutakhir ini kewujudan golongan wanita pejuang kemungkaran dan kesyirikan seperti golongan feminisme dengan mengatakan tuhan hanya wujud melalui getaran antaranya Siti Kasim dan tokok penegak memperjuangkan persamaan gender.",
"“Muslimat wajib berjuang bagi menentang kemungkaran yang dipelopori oleh mereka serta berusaha membetulkan keadaan demi memelihara akidah wanita dan kanak-kanak daripada ancaman fikrah songsang,” ujarnya.",
"Dewan Muslimat PAS Perak telah memilih “Istiqamah Menjana Kemenangan” sebagai tema bagi meneruskan legasi kepimpinan muslimat serta memastikan kemenangan PAS dalam PRU akan datang. – HARAKAHDAILY 9/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/membeli-pesawat-pejuang-perancis/ | Membeli pesawat pejuang Perancis | [
"BELUM dimuktamatkan tetapi ia sudah dibincangkan oleh Perdana Menteri Najib dengan Presiden Perancis yang melawat Malaysia baru-baru ini iaitu untuk membeli beberapa buah pesawat pejuang Perancis bagi melengkapkan sistem pertahanan kita. Tidak siapa membantah peri perlunya negara memiliki sistem pertahanan yang lengkap dan sempurna. Semua tahu betapa Singapura yang secuit sekangkang kera itu pun telah lama memiliki sistem pertahanan yang kuat, maka kita juga perlu kepada kekuatan yang sepadan, bukan untuk berperang dengan sesiapa tetapi sebuah negara yang berdaulat perlu ada kelengkapan yang secukupnya. Tetapi apa yang menarik bagi semua bila membeli senjata yang lengkap dan tentunya mahal pula dalam suasana fulus negara tidaklah kukuh sangat? Tidak dinafikan keperluan kelengkapan pertahanan yang lengkap, tetapi kita pernah ada hikayat pembelian kapal selam dari Perancis yang luar biasa yang diklasifikasi sebagai skandal negara yang terbesar. Skandal itu mengaitkan pula dengan satu tambahan skandal lagi yang gemanya sama hebat iaitu hikayat pembunuhan dan peletupan mayat nona Altantuya, pengunjung dari Mongolia. Kedua-dua hikayat skandal itu masih tergantung-gantung. Semuanya tidak pernah diselesaikan tetapi statusnya adalah ibarat buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Hapaknya tidak sekadar menyelubung Malaysia, bahkan Perancis sebagai pengeluar kapal selam itu menyedut sama bau busuknya dan jerebunya sampai ke udara Australia. Kes yang melibatkan Perancis juga masih tergantung, dan Australia yang dimasuki oleh seorang yang dijatuhkan hukuman bunuh kerana hikayat yang membabitkan Altantuya seperti tikus masuk perangkap nampaknya terus berada di perangkap tikus. Semuanya gara-gara hikayat membeli senjata perang dari Perancis. Semua skandal itu jadi buluh kasap justeru ia berlaku di Malaysia, tanahairku, bukan hikayat dari Korea Selatan. Kalau di Korea Selatan, nescaya tahulah kita Rabu Khamisnya!",
"Watak yang dilibatkan dalam hikayat itu ialah Perdana Menteri Najib sendiri semasa sebelum jadi Perdana Menteri. Dan sekarang watak yang sama membincangkan pembelian senjata dengan Perancis juga. Presdien Perancis sekarang bukan yang ada semasa hikayat itu berlaku dulu. Tetapi tentulah Presiden sekarang ada maklumat tentangnya. Dia sekarang berbincang dan berurus dengan watak hikayat yang sama. Orang yang ingat akan hikayat itu tentulah tidak menerima pembelian pesawat pejuang itu sebagai keperluan pertahanan saja. Tetapi apakah ia satu hikayat lagi sebagai satu siri dari hikayat dulu. Hikayat dulu disebut sebagai skandal kerana kapal selam itu dibeli secara teknikalnya 500 juta lebih mahal dari harga sepatutnya. Mungkin harga sepatut yang dipersetujui sudah mahal, tetapi dengan 500 juta baksis untuk orang tengah menyebabkan Malaysia dipercayai hangus 500 juta. Maka membeli kelengkapan pertahanan bukan saja justeru pertahanan itu sendiri, bahkan berkemungkinan membeli apa-apa yang mahal jadi satu kaedah orang mencari harta Qarun atas angin. Bagi saudagar mengejar keuntungan besar secara atas angin itu adalah alamnya, tetapi kaki skandal memperniagakan kerajaan dan negara adalah kerja-kerja keji. Mereka yang nipis amanahnya mencari kekurangan pada negara, bukan sekadar bagi memenuhi keperluan, tetapi bagaimana hendak meraih habuan yang sebanyak-banyak. Maka bagi sebuah pemerintahan yang beramanah nipis, sekalipun mengisi keperluan amat mendesak dan justeru amanah yang sejujur-jujurnya, tetapi orang terfikir kerajaan diniagakan. Itulah imej yang semua terpaksa terima. "
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/setiausaha-publisiti-dap-tony-pua-kaki-kelentong/ | Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, kaki kelentong | [
"DALAM rakaman khas beliau bagi mengutuk pembentangan huraian Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata:",
"“Now, every opposition (member) has the right to table a private member’s bill or opposition’s motion, but the question is, in the history of Malaysia, never has such motions been allowed to get onto the floor. In normal parliamentary democracies, yes, opposition members’ bills actually get the chance to be heard on the floor, but not in Malaysia.”",
"(“Sekarang, setiap Ahli Parlimen pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian atau usul pembangkang, tetapi soalannya ialah, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah usul sebegini dibenar untuk dibentangkan. Dalam demokrasi berparlimen biasa, ya, Rang Undang-Undang Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya berpeluang untuk dibentangkan, tetapi tidak di Malaysia.”)",
"“Opposition motions and bills have never made it to the House Floor for debate in the history of Malaysian Parliament, because BN controls what gets tabled, in collusion with the House Speaker.”",
"(“Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang tidak pernah dibenar untuk dibahaskan dalam sejarah Parlimen Malaysia, kerana BN mengawal apa yang boleh dibentangkan, melalui persepakatan dengan Yang Dipertua Dewan.”)",
"Hakikatnya, berdasarkan sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan sahaja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan diundi juga.",
"Pada Isnin, 24 Oktober 1977, tiga Rang Undang-Undang Persendirian dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka).",
"Dua Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Ngan Siong Hing serta yang dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977.",
"Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Lim Kit Siang serta yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973. Perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang-Undang Persendirian ini diteruskan pada Selasa, 25 Oktober 1977.",
"Walaupun Tony Pua, yang dilahirkan pada 1 Ogos 1972, baru berusia lima tahun pada waktu itu, sangat pelik jika beliau, sebagai Setiausaha Publisiti DAP, tidak mempunyai team penyelidik. Lebih pelik lagi bila Lim Kit Siang, salah seorang Ahli Parlimen DAP yang mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian itu yang pada waktu ini adalah Ketua Ahli Parlimen DAP, tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan Tony Pua.",
"Lebih teruk lagi jika Lim Kit Siang sendiri sengaja menyembunyikan fakta beliau pernah dibenar untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian dalam Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 9/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/dua-dalang-disebalik-konflik-asia-barat/ | Dua dalang disebalik konflik Asia Barat | [
"PERCUBAAN zionis untuk melakar peta baharu Asia Barat melalui projek ala-ala Sykes Picot masih berlangsung hingga kini. Sewajarnya kita melihat permainan ini sekurang-kurangnya bermula selepas peristiwa 9/11 yang menjadi picu kepada kempen Islamphobia secara besar-besaran.",
"Merupakan orientalis British, menganut ajaran Yahudi. Bersama gerakan zionis. Mempunyai kerakyatan AS. Berkhidmat dengan Pentagon pada zaman Bush Sr. dan Bush Jr.",
"Cita-citanya mahu memecahkan negara-negara umat Islam Asia Barat, tidak lain melainkan demi survival Israel dan misi pengukuhan Israel Raya yang dianggap semakin suntuk.",
"Dalam fail tersebut, Mesir dan Sudan dibahagi empat. Iraq dibahagi tiga. Syria dibahagi empat. Lubnan dibahagi lapan. Banyak lagi pembahagian yang dilakarkan, yang sukar untuk penulis terangkan di sini.",
"Dalam laporan New York Times, Bush dilaporkan telah berkata: “Jika kalian mahu memahami politik dasar luar saya, maka bacalah buku Natan Sharansky. Melalui tulisannya, kamu akan memahami dasar AS yang sedang dilaksanakan hari ini”.",
"Sharansky cukup terkenal dengan bukunya, The Case Of Democracy yang ditulis pada 2004. Beliau turut mengemukakan formula yang sama dengan Lewis Bernard, iaitu menjadikan polemik mazhab dan kaum sebagai pencetus kepada perang saudara di Rantau Asia Barat.",
"Kita jangan menganggap taktik tersebut telah lapuk. Ia masih valid dipraktiskan oleh musuh dan cukup berkesan, memandangkan umat Islam masih lena dan cukup gemar mempercayai provokasi.",
"Di kalangan umat Islam yang masih gemar bertelagah permasalahan mazhab, secara langsung menjadi faktor kejayaan idea Lewis Bernard dan Natan Sharansky. Bahkan secara tidak langsung menjadi hamba kepada dua syaitan tersebut untuk memangsakan umat.",
"Apa yang berlaku hari ini cuba diusahakan berlarutan hingga tahun 2020. Projek mega untuk mengukuhkan Israel ke arah Israel Raya idaman mereka.",
"Berapa kali umat Islam ditipu. Menjadi lurus kerana emosional dan meninggalkan panduan wahyu. Menjadi masalah hari ini, segelintir umat Islam yang lurus bendul menganggap kononnya musuh Islam pun turut lurus bendul seperti mereka. Tidak mahu jadi paranoid katanya.",
"Akhir sekali ramai yang lebih memilih untuk tidak mempercayai pembongkaran strategi-strategi musuh ke atas Islam, sungguh pun ia adalah fakta-fakta konspirasi."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/09/alasan-amerika-serang-negara-lain/ | Alasan Amerika serang negara lain | [
"AMERIKA Syarikat (AS) memang selalu menggunakan alasan masalah dalaman sesebuah negara untuk mereka menyerang dan campur tangan dalam urusan negara lain.",
"Adakah Trump boleh jamin 100% bahawa semua Missile Tomahawk yang dia hantar ke Syria jatuh di pangkalan tentera dan tak kena orang awam?",
"Pengalaman saya di Iraq menceritakan sebaliknya. Tomahawk yang Clinton kirim ke sebuah pangkalan tentera berhampiran Saddam Medical City kena di bangunan Hospital University Baghdad yang terletak dalam kawasan Saddam Medical City. Saya adalah saksi mata yang masih hidup. Hospital University Baghdad adalah tempat kami melakukan latihan praktikal.",
"AS adalah negara bapak pengganas. Keganasan tak boleh dibasmi dengan campur tangan pengganas. Saya sangat yakin bahawa campur tangan AS akan mengundang lebih banyak masalah dan tragedi kemanusiaan. Mereka kata Bashar guna senjata kimia. Mereka terlupa bagaimana bom berangkai yang mereka pernah jatuhkan ke Iraq memakan begitu ramai korban orang awam yang tak bersalah.",
"Lihatlah apa yang telah berlaku di Iraq. Orang Iraq yang berada di sekitar Kelantan dan selalu berkunjung ke klinik mula menyesali apa yang berlaku. “Kalaulah Saddam masih ada, bukan begini nasib kami…”",
"Dulu mereka ingat AS akan membebaskan mereka dari regim Saddam. Mereka ingat AS mari sebagai tentera pembebas dan pembela. Mereka ingat AS adalah polis dunia yang berperanan menjaga keamanan sejagat. Rupanya yang mari adalah pembunuh, perogol, perompak dan penjahat yang tiada bandingannya.",
"Hanya jalan penyelesaian sesama negara Islam adalah cahaya keluar yang terbaik bagi krisis Syria. Orang kafir terutamanya kafir harbi seumpama AS dan Russia tak pernah berniat baik kepada Islam dan ummat Islam. Kita jangan tertipu dan ditipu berulang kali. – HARAKAHDAILY 9/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/rafizi-ramli-juga-terima-jutaan-dana-politik/ | Rafizi Ramli juga terima jutaan dana politik? | [
"MAJLIS Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) bersama-sama dengan Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (Profesional) meminta Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis menyiasat akaun proksi yang melibatkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa menerima dana politik bernilai jutaan ringgit.",
"Ketua Eksekutif Makpen, Mohd Zai Mustafa tidak menyangka Rafizi Ramli serta beberapa nama lain juga didakwa terlibat menerima dana politik yang bernilai jutaan ringgit yang disalurkan oleh John Chee Wen sebagaimana yang ditulis Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan oleh portal Malaysia Today pada 8 April 2017 kelmarin.",
"“Kita minta Rafizi dan nama-nama yang disiarkan itu membuktikan mereka bebas daripada dakwaan tersebut. Dakwaan ini dilihat semacam ada benarnya melihatkan kepada pergerakkan dan gaya politik mereka yang mewah serta kelihatan mempunyai dana yang besar membiayai di belakangnya.",
"“Daripada mana mereka memperoleh wang yang banyak tersebut? Adakah mereka juga mempunyai taikun yang menyalurkan dana untuk kegiatan politik? Adakah mereka juga mempunyai tuan politik?” soalnya kepada Harakahdaily.",
"Tambahnya, jika sekadar gaji dan alaun ahli parlimen sebanyak RM16,000 sebulan, mereka sangat terbatas untuk mengerakkan gerak kerja politik yang kelihatan sangat banyak menggunakan dana yang besar.",
"Justeru katanya, Makpen dan Profesional mendesak Rafizi Ramli yang terkenal dengan ‘dakwaan-dakwaan fitnahnya’ tampil membuktikan dirinya juga bersih daripada dakwaan tersebut, sebagaimana dia mendakwa orang lain mesti membuktikan dakwaannya. – HARAKAHDAILY 10/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/pemuda-desak-tarik-balik-kartun-hina-pas/ | Pemuda desak tarik balik kartun hina PAS | [
"PEMUDA PAS Kelantan mendesak akhbar berbahasa Cina digesa menarik balik kartun yang dianggap mempersendakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.",
"“Ini suatu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali! Kurang ajar dan biadap! Kamu kena mohon maaf segera kepada Presiden PAS serta seluruh umat Islam,” katanya di Kota Bharu.",
"Sebuah akhbar berbahasa Cina menyiarkan lakaran kartun yang menggambarkan seekor monyet memakai serban berada di atas pokok 355 dan seekor lagi sedang melompat turun.",
"Pada persidangan parlimen Khamis lepas Presiden PAS yang juga anggota parlimen Marang diberi ruang membentang pindaan Akta 355, biar pun cuba ditentang anggota parlimen DAP dan PKR.",
"“Songkok ialah simbol Melayu. Beruk pula adalah satu penghinaan yang amat jahat dan jijik. Ini bukan kebebasan media. Ini kegilaan yang nyata. Jangan jolok sarang tebuan! Kami bagi amaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/tiada-lagi-lokasi-baru-h5n1/ | Tiada lagi lokasi baru H5N1 | [
"Pengerusi Jawatankuasa Pertanian. Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata usaha pencegahan masih lagi diteruskan.",
"“Wabak H5N1 boleh diisytiharkan bebas selepas tempoh 42 hari. Tarikh itu bermula pada kes terakhir yang dilaporkan pihak berkuasa pada 29 Mac lalu,” katanya di Kota Bharu hari ini.",
"“Apabila tidak ada lagi kes baru, kita akan segera beri pampasan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai maklumat yang lengkap mengenai ternakan yang dilupuskan.",
"Sebanyak 15 lokasi di Kota Bharu, Pasir Mas (6), Tumpat (5), Tanah Merah (1), Bachok (6) dan Pasir Puteh (3) melibatkan 51 premis.",
"Sebanyak 56,953 ekor ternakan dan 17,531 telur telah dimusnahkan di lokasi terlibat. Manakala jumlah sampel yang diambil sebanyak 3,792 daripada 647 pemilik. – HARAKAHDAILY 10/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/jenayah-intelek-terhadap-allahyarham-tg-nik-aziz/ | Jenayah intelek terhadap Allahyarham TG Nik Aziz | [
"SEMALAM PAN mengadakan seminar pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Tujuannya ialah untuk menggambarkan parti yang mereka tubuhkan daripada serpihan PAS adalah selaras dengan pemikiran dan direstui Allahyarham Tok Guru.",
"Ini merupakan satu manipulasi terhadap pemikiran seorang yang telah tiada di dunia ini. Tok Guru tidak ada kena mengena dengan parti tersebut. Malah Tok Guru terus istiqamah bersama PAS sehingga ke akhir hayatnya. Tok Guru tidak pernah menyeru sesiapa untuk keluar daripada PAS. Itu adalah fakta semasa hayat beliau.",
"Setiap orang berhak mengkaji pemikiran sesiapa pun termasuk pemikiran seorang tokoh yang telah meninggal dunia. Tetapi kita tiada hak menisbahkan sesuatu kepada seorang yang tidak pernah memperkatakannya.",
"“Dan kamu berbaiah (beraku janji) untuk tidak mendatangkan satu (buhtan) cerita rekaan yang kamu reka di kalangan kamu.” (Hadis Sahih Bukhari)",
"Kata tokoh Ulama Ali al-Qari (meninggal tahun 1014 H) dalam Mirqah al-Mafatih ketika menghuraikan maksud Baiah di atas: “janganlah kamu menisbahkan cerita rekaan itu kepada seseorang berasaskan sangkaan yang rosak”",
"Seminar ini telah mencipta pelbagai cerita rekaan dan andaian berasaskan sangkaan yang rosak dan salah lalu dinisbahkan kepada batang tubuh Tok Guru Nik Aziz yang telah pergi ke rahmatullah dan tentu Allahyarham tidak boleh menjawap bagi menafikannya."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/keluarga-tok-guru-teliti-ucapan-pemimpin-pan/ | Keluarga Tok Guru teliti ucapan pemimpin PAN | [
"PEGUAM keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meneliti ucapan dan kenyataan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) pada seminar pemikiran bekas Mursyidul Am PAS.",
"Nik Adli Nik Abdul Aziz yang mewakili keluarga bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, kajian secara terperinci sedang dibuat peguam yang dilantik.",
"“Jika terdapat apa-apa tuduhan palsu atau kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Allahyarham maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga nama baik Almarhum Ayahanda kami,” katanya di Kota Bharu hari ini.",
"Pada 25 Mac lepas keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz membuat laporan polis terhadap PAN berhubung penganjuran seminar oleh parti itu yang menggunakan nama bekas Mursyidul Am PAS terbabit."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/jemput-hadir-karnival-bio-kelantan-12-16-april/ | Jemput hadir Karnival Bio Kelantan 12-16 April | [
"USAHAWAN bidang bio teknologi berpeluang meneroka lebih luas bidang tersebut melalui Karnival Bio Kelantan yang akan diadakan pada 12 hingga 16 April ini.",
"Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pelbagai program menarik yang memberi manfaat kepada usahawan diadakan.",
"“Buah-buahan bermusim di Malaysia seperti mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu hari ini.",
"Karnival itu akan diadakan di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Tunjung. Ia akan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob jam 3 petang Rabu ini.",
"Tema karnival kali ini Bio Teknologi Pemangkin Kelestarian Ekonomi. Pelbagai seminar dan pameran agensi kerajaan dan IPT berkaitan bio teknologi turut diadakan."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/tok-tak-terfikir-hendak-bunuh-cucu/ | Tok tak terfikir hendak bunuh cucu | [
"APABILA mendiang Kim Il Sung berjaya menegakkan negara komunis di Korea Utara ialah bagaimana hendak mempertahankan wilayahnya dengan sistem yang ditegakkannya iaitu negara komunis Korea Utara. Ia mesti memiliki tenaga nuklear sebagai senjata dan sebagai tenaga membangunkan negara yang perkasa dan dihormati. Sekalipun senjata nuklear itu senjata pemusnah yang boleh membunuh ribuan dan jutaan nyawa, tetapi itulah caranya untuk utuh di tengah dunia yang anti komunis dan anti neuklear. Maka Presdien Kim Il Sung membina senjata neuklear. Tentulah senjata yang amat berbahaya itu akan digunakan terhadap bangsa lain dan orang lain. Peninggalannya itu disambung oleh anaknya Kim Sung Il. Dia juga menyediakan senjata itu terhadap siapa saja yang memusuhinya iaitu bangsa lain yang menyerang atau mengancam negaranya. Tentunya tidak pernah Kim Il Sung memikirkan senjata itu hendak membunuh cucunya atau boleh membunuh cucunya. Kim Sung Il juga tidak pernah berfikir senjata yang disambung bangunkannya dari ayahnya bagi membunuh anaknya dan boleh membunuh anaknya. Tetapi yang terjadi itulah. Senjata nuklear Korea Utara dikira sebagai ancaman yang besar kepada manusia dan dunia. Tidak banyak diketahui senjatanya sudah ditakuti orang lain. Semuanya bimbang dan takut senjata itu digunakannya. Dari semasa ke semasa ia mengujinya saja. Kecut perut semua terutama jirannya yang terdekat Korea Selatan dan Jepun. Tetapi belum diketahui ada orang bukan Korea sudah mati kerana senjata itu. Tetapi yang diketahui oleh semua sekarang zat kimia yang menjadi sebahagian dari senjata nuklear itu membunuh cucunya yang juga anak kepada anaknya. Korban pertama yang masyhur dari senjata kimia yang dibangunkan oleh Kim Il Sung ialah cucunya sendiri iaitu Kim Jung Nam. Anaknya yang menggantikannya, Kim Jung Il tidak menyangka senjata yang dimajukannya membunuh anaknya dulu sebelum senjata itu memusnahkan dunia dan membunuh orang lain secara besar-besaran. Selepas kedua anak-beranak itu sudah tidak ada, zuriat yang mewarisi mereka Kim Jung-un dari semasa ke semasa terus menguji senjata-senjata yang diciptanya. Di tengah-tengah siri ujian itu, ia menguji sejenis senjata kimia kepada waris Firaun Korea Utara itu. Cucu Jung Il yang juga anak Il Sung menjadi korban ujian itu. Sebelum ia digunakan kepada orang lain, ia telah digunakan terhadap cucu datuknya yang juga anak ayahnya iaitu Kim Jung Nam. Memang senjatanya berkesan dan dalam senyap mangsa mati dalam waktu yang singkat. Atom yang digunakan oleh Amerika di Hiroshima dan Nagasaki didengar letupannya yang amat kuat. Bom-bom yang Rusia gunakan bagi memusnahkan Syria kedengaran dentam dentumnya hingga memekakkan telinga. Tiba-tiba zat nuklear yang digunakan tidak dengar sebarang bunyi. Jung Nam sekonyong-konyang didapai tergolek. Yang kedengaran bukan bunyi senjatanya tetapi laungan dari mangsa minta tolong. Dia tidak dibom dan tidak ditembak, tidak ditikam dan tidak dipukul tetapi mukanya disapu dengan senjata itu. Lazimnya zat kimia/nuklear kena kulit saja cukup untuk melecurkan bangsa. Tetapi ajaibnya senjata peninggalan keluarga Kim Korea Utara ini, tukang sapu muka Jung Nam tak apa-apa. Apa yang wanita upahan itu guna dengan tangannya menyapu mukanya? Yang disapu mukanya mati segera, yang menyapu hingga ini tidak diketahui ada apa-apa kesan. Padankah senjata dibangun Kim belum membunuh orang lain tapi yang jadi mangsa awal cucu/anak sendiri? – HARAKAHDAILY 10/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/rakyat-kelantan-tolak-pindaan-akta-164/ | Rakyat Kelantan tolak pindaan Akta 164 | [
"Rang Undang-Undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dibentang bagi bacaan kedua di Parlimen baru-baru ini, disifatkan pelbagai pihak merugikan umat Islam.",
"Orang ramai yang hadir pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam ‘RUU 164 lawan RUU 355’ di Balai Islam Kota Bharu malam tadi senada menolak pindaan Akta 164 dan menyokong pindaan Akta 355.",
"Presiden Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata RUU tersebut merupakan sebahagian daripada perjuangan Gerakan Pluralisme Agama (IFC) Malaysia.",
"Katanya, terdapat 14 tuntutan dibuat IFC termasuk mahu menggunakan kalimah suci bagi orang Islam termasuk Allah dan Kaabah serta tidak mahu Islam menjadi agama pilihan utama di Malaysia.",
"“Inilah perjuangan mereka. Sedangkan pindaan Akta 164 adalah bertentangan dengan Islam, perlembagaan negara dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,” katanya sebagai panelis pada forum tersebut.",
"Turut bertindak sebagai panelis anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, manakala peguam Nik Bahrum Nik Abdullah bertindak sebagai moderator.",
"Pada persidangan parlimen minggu lepas kerajaan membentang bacaan kali kedua Akta 164 yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdasarkan kepentingan negara.",
"“Kalau kita bersetuju dengan tuntutan pihak berkenaan ada 14 lagi tuntutan yang diperjuangkan mereka. PAS dengan tegas menentang pindaan akta tersebut kerana ia merugikan umat Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/solat-berjemaah-banyak-manfaat-dan-kelebihan/ | Solat berjemaah banyak manfaat dan kelebihan | [
"ZAMAN nabi Muhammad SAW telah termaktubnya satu amalan wajib bagi semua umat nabi Muhammad yang beragama Islam iaitu solat . Yang mana nabi kita telah di isra’ dan mikraj kan untuk mendapat amanat daripada Allah iaitu solat lima waktu sehari semalam. Solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib Dan Isyak. Maka pada waktu itu bermulalah pelaksanaan solat.",
"Pada ketika itu, mereka melaksanaan solat secara berjemaah. Sebagai contoh, nabi Muhammad menjadi iman dan para sahabat menjadi makmum. Mereka hanyalah solat berbumbungkan pelepah tamar dan bersejadahkan kulit-kulit haiwan.",
"Pada zaman sekarang, pelaksanaan solat semakin luntur. Akibatnya amalan solat berjemaah semakin pudar dan pupus dalam lubuk iman seorang Islam. Maka disebabkan itu, ramailah yang menunaikan solat bersedirian di rumah atau selain daripada masjid. Kemudian, seperti yang kita ketahui sudah banyaknya masjid-masjid yang terbina megah. Mana tidaknya, lengkap dengan penghawa dingin, tempat letak kereta yang luas dan sebagainya. Namun begitu, masih sedikit yang mahu solat berjemaah terutamanya di masjid.",
"Sungguhnya solat secara berjemaah ini banyak fadilat dan kelebihannya. Malangnya, ramai umat Islam mengambilnya secara remeh dan acuh tak acuh. Sedangkan Allah dan Nabi Muhammad menitik beratkan amalan solat secara berjemaah ini. Maka setiap perkara yang dititik beratkan oleh Allah dan Nabinya ada banyak hikmah dan kebaikkannya.",
"Mana tidaknya, apabila kita solat secara berjemaah kita boleh merapatkan hubungan silaturahim kita dengan ahli jemaah yang lain. Jika kita tinjau balik, kenapa setiap kali kita nak mulakan solat berjemaah kita akan diingatkan oleh imam untuk rapatkan bahu? Ini kerana Islam hendak mengajarkan bahawa berjemaah itu penting dan saling berhubung bukannya terputus antara umat Islam sendiri.",
"Selain itu, kita boleh membetulkan bacaan dalam solat kita apabila kita mendengar imam kita membacanya. Tidak semua bacaan kita betul dan tepat belaka, kerana itu kita perlu memperbetulkannya. Tambah-tambah lagi, rukun-rukun qauli seperti surah al-Fatihah, bacaan tahiyat akhir dan sebagainya. Jika salah, maka batallah solat itu. Kita solat kerana inginkan redho yang maha kuasa, bukanlah sekadar melepas batuk ditangga.",
"Secara am nya, dapat kita faham bahawasanya tuntutan untuk solat secara berjemaah itu adalah penting di sisi Islam. Di samping itu, Allah juga berfirman, maksudnya:",
"Seterusnya, solat berjemaah ini banyak pahalanya. Ia bersamaan 27 kali pahala berbanding solat bersendirian 1 kali pahala. Sesungguhnya besar pahala yang Allah berikan kepada orang Islam yang menunaikan solatnya secara berjemaah. Islam bukan menghalang umatnya solat sendirian, tapi Islam ingin menyeru agar umat Islam cakna dengan manfaat daripada Allah.",
"Analoginya mudah, jika seorang pekerja ditawarkan dengan gaji RM27 atau RM2700 mana yang akan dipilih oleh pekerja itu? Sudah tentu RM2700. Begitulah Allah memberi pahala kepada umat Islam yang solat berjemaah.",
"Akhir sekali, marilah kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasulnya menunaikan solat. Solatlah secara berjemaah bersama di masjid atau surau. Kita hidup kerana ingin abdikan diri kita kepada Allah. – HARAKAHDAILY 10/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/pas-kecam-letupan-gereja-koptik-di-mesir/ | PAS kecam letupan gereja Koptik di Mesir | [
"Mutakhir ini dunia dikejutkan dengan banyak siri letupan dan pengeboman yang berlaku di seluruh dunia yang memakan korban ratusan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Kejadian terbaru semalam, letupan di dua buah gereja Koptik di Bandar Tanta dan Iskandariah, Mesir yang mengorbankan lebih 30 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.",
"PAS mengecam tragedi letupan bom ini yang mensasarkan rumah ibadah agama Kristian dan orang awam yang tidak berdosa sebagai sasaran serangan. PAS menyifatkan tindakan ini sebagai kejam, tidak bertamadun dan perlu dihentikan dengan segera. PAS melihat tindakan ini sebagai gerakan terancang untuk mewujudkan ketegangan agama antara Islam dan Kristian di Mesir yang telah hidup bersama secara aman damai selama ribuan tahun.",
"PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi kejam ini. PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Mesir di atas tragedi berdarah ini. PAS juga berharap agar kejadian ini tidak menggugat keharmonian hidup antara masyarakat berbilang agama di Mesir yang warisi sebelum ini.",
"Selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan kedamaian, PAS secara konsisten mengecam dan mengutuk sebarang tindakan pembunuhan dan kekejaman yang melibatkan orang awam yang tidak berdosa atas apa jua nama dan untuk apa tujuan sekalipun. PAS menggesa pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan seadilnya.",
"Firman Allah SWT: الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ",
"“Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “”Tuhan kami hanyalah Allah””. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Al-Haj : 40)",
"Di sinilah jaminan keadilan Islam untuk memelihara dan melarang daripada meroboh dan merosakkan binaan gereja rumah-rumah ibadat orang bukan Islam di dalam pemerintahan Islam.",
"PAS menggesa semua pihak untuk berfikir dan bertindak secara matang dalam apa jua tindakan agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak bertamadun ini berulang.",
"PAS juga menggesa semua pihak untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak terutama sekali yang ada kaitan dengan Islam sebagai dalang tragedi ini sebelum bukti kukuh diperoleh."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/pas-putatan-lancar-markas-induk-pilihan-raya/ | PAS Putatan lancar Markas Induk Pilihan Raya | [
"PAS Kawasan Putatan siap siaga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Ini dibuktikan dengan perasmian Markas Induk PAS Putatan DUN Tanjung Aru Parlimen Putatan. Markas ini akan dijadikan bilik gerakan dan operasi dalam menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.",
"Sempena pelancaran markas, Majlis Jamuan Rakyat diadakan yang dihadiri oleh masyarakat pengundi. Rata-rata pengundi yang ditemui memberikan sokongan yang padu kepada PAS. Mereka yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mengutamakan kebajikan rakyat.",
"Pelancaran Markas Induk PAS Putatan dihadiri Tuan Hamid Ismail, Penyelaras DUN Tanjung Aru yang juga Naib Yang Dipertua PAS Putatan. Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat di Putatan menyatakan sikap dan sokongan kepada PAS yang sentiasa prihatin dalam membela dan memperjuangkan nasib marhaen.",
"Perasmian Markas Induk PAS Putatan disempurnakan oleh Dr. Aliakbar Gulasan, AJK PAS Pusat merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan PAS adalah parti untuk semua tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Wakil rakyat PAS sentiasa bertanggungjawab dan ‘takut dosa’, amanah yang dipikul dilaksanakan sebaik mungkin, tegas beliau. – HARAKAHDAILY 10/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/catatan-harapan-pramuktamar-ke-63/ | Catatan harapan pramuktamar ke-63 | [
"Hampir pasti antara isu yang akan menjadi perhatian para muktamirin termasuklah isu tahaluf dengan PKR, usul persendirian berkaitan RUU 355 dan persediaan mendepani PRU 14.",
"Sebagai pendokong sebuah badan siasah yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan, sangat saya berharap agar para perwakilan tidak hanya menumpukan hal yang berkaitan di atas semata-mata dengan penumpuan yang berlebihan. Ketengahkanlah peri penyelesaian ke arah kesejahteraan yang sedia ditawarkan PAS dalam keadaan PAS sebagai badan siasah di pihak pembangkang, bahkan kesiapsiagaan PAS sebagai peneraju kerajaan.",
"Pendekat TGHH betapa Islam sebagai penyelesaian kita perlu dijelmakan agar ia mampu menerjah kefahaman rakyat peri Islam itu suatu kenikmatan dan penyelesaian kepada setiap permasalahan kehidupan.",
"Pelbagai segmen dalam masyarakat sangat mendambakan perubahan dalam suasana semasa dalam mengimpikan janji-janji Allah dalam Surah an-Nur, ayat 55 yang bermaksud:",
"“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”",
"Tampilkan betapa kalian yang menduduki dan mendokongi barisan hadapan telah siap sedia memikul tanggungjawab dalam menyiapkan PAS sebagai badan siasah peneraju pemerintahan Malaysia kelak."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/10/hilangnya-seorang-aktivis-yang-gigih/ | Hilangnya seorang aktivis yang gigih | [
"Kehilangan beliau amat menyedihkan seluruh warga Mapim dan sudah pasti juga kepada para ahli gerakan dakwah dan sukarelawan di seluruh negara.",
"Saudara Azhan Atan yang sangat dikenali dalam dunia dakwah khususnya selepas beliau muncul dalam rancangan realiti Akademi Nasyid TV9, dan menang sebagai juara dalam rancangan ini. Suaranya yang sangat merdu mengalukan nasyid menjadi mesej suara dakwah yang sangat terkesan.",
"Beliau yang banyak terlibat dalam gerakerja sukarelawan MAPIM dan unit Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat gigih bergerak ke seluruh negara menyantuni masyarakat walapun beliau sendiri adalah seorang yang cacat separuh penglihatan. Kegigihan beliau bertungkus lumus dalam operasi bantuan banjir pantai timur beberapa tahun lalu amat dingingati oleh para sukarelawan dari seluruh negara.",
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.",
"Al-Fatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/rafizi-nanyang-siang-pau-apa-bezanya/ | Rafizi, Nanyang Siang Pau apa bezanya? | [
"SAYA ingin menyentuh dua isu sekali gus dalam tulisan saya kali ini. Oleh kerana peristiwa ini berlaku sama hari, jadi eloklah saya tidak membuang masa saya dengan menyentuh satu persatu. Lagipun kualiti fitnah sampah dari kedua-duanya tiadalah jauh perbezaannya.",
"Nanyang Sian Pau dengan jelas cuba menggugat keharmonian agama dan kaum di Malaysia dengan cubaan menghina bangsa, perlembagaan dan juga paling dahsyat iaitu menghina agama Islam, agama persekutuan kita. Fitnah terburuk daripada mereka.",
"Dengan cercaan mereka terhadap Speaker dan Ahli Parlimen Melayu Islam yan dipilih secara sah, dan menggunakan saluran perlembagaan yang benar, jelas menunjukkan mereka sanggup melakukan kejahatan sehingga sanggup memfitnah dan menghina perlembagaan negara sendiri. Makhluk jenis ini mungkin boleh berbuat lebih teruk jika kehendak mereka tidak diperolehi walaupun pihak lawan mereka benar.",
"Keduanya isu yang sedang dipolemikkan oleh pakar strategi PKR iaitu YB Rafizi Ramli. Kepada beliau, saya rasa tidaklah perlu mengulas panjang. Saya cuba menghilangkan gelak saya sejak semalam selepas beliau memaklumkan secara sipi-sipi individu yang ‘rapat’ dengan PAS itu.",
"Rafizi saya ibaratkan sebagai guruh yang bunyi bingitnya berdentam-dentum, dengan langit diselubungi awan yang gelap gelita yang memaksa orang ramai mengangkat pakaian di penyidai, kerana menjangkakan hujan ribut yang lebat, tetapi akhirnya yang turun, hanyalah hujan renyai-renyai untuk beberapa titik dan ketika.",
"Mungkin beliau sedang mengintai jawatan menteri, oleh itu satu keperluan utama untuk menjadi menteri ialah berbohong tapi sanggupkah rakyat melihat pembohong menjadi menteri serta asyik suka memburukkan imej orang lain tanpa bukti?",
"Saya tidak fikir umat Islam dan juga rakyat Malaysia yang bencikan politik berbentuk pembohongan, fitnah, kebencian yang menghalalkan dosa bersetuju bagi mencapai maksud untuk berkuasa. Kedua-dua Nanyang dan Rafizi sama dalam hal ini.",
"Kepada Nanyang, saya tidak melihat permohonan maaf itu patut diterima oleh PAS selagi mereka belum menerima tindakan di atas penghinaan itu.",
"Manakala kepada Rafizi, seperti mana nasihat Datuk Seri TG Presiden PAS, bertaubatlah sebagai kamu orang Islam. Cukuplah mencemari diri kamu dengan politik memperbodohkan rakyat begini.",
"Saya tidak percaya sepenuhnya kepada Raja Petra Kamaruddin. Tetapi jika mengambil sifir tuduhan Rafizi, jawapan Rafizi ialah menuduh kembali Raja Petra sebagai ejen Umno dan juga mendakwa beliau telah dikafirkan di laman FB dan Twitternya. Siapakah yang kafirkan dia itu? Bolehkah kalau saya kata dia sengaja mengupah orang untuk tagih simpati dengan cercaan itu? Jawab dan bawalah bukti seperti kamu paksakan ke atas PAS. Atau mungkin Rafizi ini ejen Umno sebenarnya setelah banyak strategi dia memusnahkan lagi hubungan antara satu sama lain."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/api-permusuhan-nanyang-siang-pau/ | Api permusuhan Nanyang Siang Pau | [
"NANYANG Siang Pau bukan sahaja telah menyakiti hati dan merobek perasaan ahli-ahli PAS tetapi sedang menyiram minyak terhadap bara permusuhan antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam apabila dengan berani menyiarkan karikatur yang menghina Presiden PAS dan Speaker Parlimen dalam akhbarnya, baru-baru ini.",
"Tindakan ini merupakan suatu sikap yang sangat biadab dan boleh diistilahkan sebagai provokasi jahat yang boleh menimbulkan ketegangan dan mungkin boleh mengakibatkan kejadian yang lebih buruk jika ianya terus dibiarkan. Walaupun karikatur tersebut sudah ditarik balik dan permohonan maaf telah dibuat tetapi kesan terhadap penyiaran tersebut telah membekas dan sakitnya masih terasa.",
"Perbezaan politik haruslah diurus dengan baik dan janganlah ianya diperjudikan dengan tindakan dan cubaan yang boleh mengancam kestabilan masyarakat majmuk di negara ini.",
"Tindakan Nanyang Siang Pau harus dilihat dari kaca mata keselamatan oleh rakyat dan pihak berkuasa. Mereka bukan sahaja dari etikanya telah bersikap biadab bahkan telah tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang termaktub dalam perlembagaan yang menjadi asas kepada penubuhan negara Malaysia.",
"Apakah yang Nanyang Siang Pau mahu tunjukkan kepada rakyat dengan menyiarkan karikatur tersebut? Apakah mereka mahu jika seluruh umat Islam di Malaysia bangun dan melakukan tindakan balas terhadap sikap biadab mereka?",
"Inikah budaya dan etika kewartawanan yang mereka sedang tonjolkan kepada masyarakat dan anak muda yang bersemangat untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik dan saling menghormati?",
"Nampaknya Nanyang Siang Pau sedang merintis jalan mati kepada budaya kewartawanan yang beretika bahkan mereka sedang membawa pembaca dan anak muda Malaysia ke arah budaya pemikiran melampau.",
"Mereka sengaja mengabaikan sensitiviti umat Islam dengan tindakan tersebut bahkan sikap mereka itu jelas berasaskan dari ketidakpuasan hati mereka terhadap pembentangan RUU 355 oleh Presiden PAS dan laluan yang diberikan oleh speaker parlimen terhadap pembentangan tersebut.",
"Malaysia yang harmoni dan saling menghormati yang diasaskan oleh pemimpin kita terdahulu serta undang-undang yang termaktup dalam perlembagaan Malaysia telah dilacurkan oleh ahli politik dan wartawan yang yang mempunyai agenda politik sempit dan perkauman.",
"Inilah kebimbangan yang sering difikirkan oleh para pemimpin PAS. Keterujaan melampau untuk menguasai Putrajaya sehingga mengabaikan asas kepada keharmonian masyarakat. Umpama lari dari mulut buaya masuk ke mulut harimau.",
"Inilah wajah yang dilukiskan oleh ahli politik cauvinis yang mahu mempertahankan hak mereka tetapi sanggup memperkosa hak orang lain. Mereka berpolitik dan menggunakan hujah undang-undang dan perlembagaan bagi mempertahankan keinginan masyarakat mereka dalam masa yang sama undang-undang yang menjadi rujukan mereka menjadi tidak sah kepada umat Islam yang ingin mempertahankan kesucian agama Islam dan penganutnya.",
"Umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya harus sedar sebelum terlambat dari permainan kotor dan politik jijik Nanyang Siang Pau dan ahli-ahli politik yang menaunginya.",
"Kita mengimpikan sebuah negara Malaysia yang lebih baik dan harmoni selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang. Menggantikan kerajaan dan sistem yang lemah tetapi bukanlah menyerahkannya ke tangan politikus yang cauvinis yang akan membawa negara dalam situasi yang lebih buruk sebaliknya negara ini harus dipimpin oleh mereka yang amanah terhadap umat Islam dan rakyat bukan Islam."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/karikatur-kami-tahu-siapa-di-belakang-mereka/ | Karikatur: Kami tahu siapa di belakang mereka | [
"PENYIARAN karikatur RUU355 oleh akhbar harian Nanyang Siang Pau yang berunsur penghinaan dan secara tidak langsung menyentuh sensitiviti agama bukanlah satu keterlanjuran. Sebaliknya ia adalah disengajakan, dirancang dan bermotif yang mewakili pendirian serta kepentingan politik pihak tertentu. Dalam erti kata mudah, PAS sebagai sasaran dalam isu tersebut tahu kalangan yang berangkara mengatur permainan sangat jahat ini.",
"Permohonan maaf hanyalah alasan lunak dalam mengisi plot-plot lanjutan menuju kepada banyaknya lagi sandiwara yang akan dioperakan, termasuk menggunakan pelakon tambahan berbayar dan sedia serta setia diperalatkan. Penyiaran karikatur itu sendiri menggambarkan betapa gelisah, kecewa, marah dan bebalnya mereka, selain peranan para pelabur dana, aset dan medium untuk menjayakan modul operasi tersebut.",
"Malangnya, mereka menjerumuskan diri ke kancah yang terlalu merbahaya dan melanggar sempadan secara melulu lagi emosi melibatkan agama dan kaum. Tetapi inilah selalunya modal pihak yang terdesak dan tersepit di mana pencerobohan sedemikian sememangnya untuk menzahirkan penentangan mereka. Namun ternyata mereka lupa bahawa keangkuhan cauvinisme dan rasisme mereka akhirnya akan membakar diri. Untuk memahaminya, imbas kembali kronologi berikut:",
"• 30 September 2005: Akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan karikatur karya kartunis, Kurt Westergaard yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai pengganas dan tidak bermoral;– Arab Saudi, Libya, Sudan dan Qatar bertindak menutup kedutaan mereka di negara itu– Tujuh lagi akhbar iaitu di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol meneruskan penerbitan sama sebagai sokongan moral kepada Jyllands-Posten– Ikhwanul Muslimin lancar kempen memboikot barangan Denmark dan Norway– Amir Jamaat Islami, Qazi Hussin memimpin ratusan ribu umat Islam Pakistan berdemonstrasi, tetapi beliau kemudian dikenakan tahanan rumah",
"• 3 Februari 2006: Guang Ming Daily juga melakukan tindakan sama. Atas desakan massa, akhbar itu digantung penerbitannya selama dua minggu oleh kerajaan;",
"• 4 Februari 2006: Sarawak Tribune menyiarkan lakaran kartun sama. Turut diselitkan rencana sinikal bertajuk “Cartoons: Not Much Impact Here”; – Umat Islam Malaysia menunjukkan protes luar biasa hingga mengheret PM mengeluarkan kenyataan– Pengurusan Sarawak Tribune terpaksa menghentikan penerbitannya dan premis akhbar itu dikawal pihak keselamatan. Kerajaan kemudian menggantung lesen penerbitannya.",
"Kini perangai sama sedang diperlakukan dengan menjadikan akhbar-akbar berkaitan sebagai proksi terhadap agenda terselindung pihak tertentu itu yang bersembunyi secara bacul dan pengecut. Mereka tidak akan berhenti melainkan sekadar ‘berdiam’ seketika, itupun seandainya umat Islam bangkit menunjukkan amaran dan ketegasan. – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/kdn-keluar-surat-tunjuk-sebab-kepada-nanyang/ | KDN keluar surat tunjuk sebab kepada Nanyang | [
"KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) telah memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd pada hari ini berhubung karikatur yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.",
"“Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam,” ujarnya.",
"Menurutnya, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini (11 April 2017) dikeluarkan kepada akhbar berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan tempoh tiga hari telah diberi kepada penerbit untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/senarai-pencalonan-pemuda-dan-muslimat-sesi-17-19/ | Senarai pencalonan Pemuda dan Muslimat Sesi 2017/2019 | [
"BERIKUT ialah senarai penuh pencalonan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2017-2019 dan pencalonan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Sesi 2017-2019",
"AHLI JAWATANKUASA KERJA1) Atiah Ahmad2) Che Faridah Ismail3) Fauziah Bidin4) Halimah Ali, YB Dr.5) Husna Hasyim6) Kartini Ahmad7) Mumtaz Hj Md Nawi, YB8) Najihatussalehah Ahmad, Dr.9) Noraini Hussin10) Norhafiza Fadzil11) Nohafizah Musa12) Normala Sudirman13) Nuri Muhammad14) Rosni Adam, Dr.15) Salamiah Mohd Nor, Ustazah16) Siti Aishah Ghazali, YB Dato’17) Siti Farah Mohamad18) Siti Mursyidah Ramly19) Siti Zailah Mohd Yusoff, YB20) Uyun Abdul Malek, Dr.21) Uzaimah Ibrahim, Dr.22) Wahibah Tahir23) Hamidah Hj Daud24) Wan Hasrina Wan Hassan25) Wan Maseri Wan Muhammad, Dr.",
"TIMBALAN KETUA1) Khairil Nizam Khiruddin, Ir Hj.2) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz3) Hishamuddin Abdul Karim, YB Ustaz4) Afnan Hamimi Taib Azamuddin5) Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ustaz",
"AHLI JAWATANKUASA KERJA1) Abdul Muiz Muhammad2) Afnan Hamimi Taib Azamuddin3) Ahmad Bilal Ruhudin4) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz5) Damanhuri Dol6) Muhamad Ibrahim, Dr.7) Hadi Ahmat, Ir.8) Hazmi Dibok, Ustaz9) Hishamuddin Abdul Karim, YB Ustaz10) Izwan Abdul Halim11) Khairul Nazir Helmi Azhar12) Mohammad Arifiriazul Paijo13) Mohd Akmal Kamaruddin14) Mohd Hafez Sabri15) Mohd Hanafi Zulkifli16) Syahir Che Sulaiman17) Muhtar Suhaili, Ir.18) Nor Azariza Mohd Alawi, Ustaz19) Nazman Che Ibrahim20) Nurul Islam Mohamed Yusoff21) Roslan Md Esa22) Syarhan Humaizi Abdul Halim23) Syed Abdul Kadir Syed Husin Al-Jofree24) Zawawi Abu Hassan, YB Ustaz"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/padam-segera-sentimen-kebencian-sebelum-marak/ | Padam segera sentimen kebencian sebelum marak | [
"NANYANG Siang Pau (NSP) telah bertindak mengulangi skrip sama yang menjadikan gugatan ke atas ketenteraman awam dan keharmonian kaum sebagai mangsa dalam permainan politik pihak tertentu.",
"Tindakan NSP boleh dilihat sebagai mewakili pihak tertentu yang terdesak untuk membesarkan lagi bantahan mereka terhadap usaha dan agenda Islam menerusi penggubalan dan pindaan undang-undang di Parlimen.",
"Mengapa prosedur dan tatacara yang telah dilakukan secara sah itu mesti dipertajamkan dengan sentimen seperti ini? Jangan dijadikan permohonan maaf sebagai alasan lunak, tetapi ketika sama kamu seolah-olah mempamerkan pisau di tangan.",
"Ia sama sahaja seperti menghunus senjata untuk bersengketa secara pengecut di mana perbuatan itu hanya dilakukan pelampau yang senyum di depan tetapi menikam di belakang dan ini tentunya sangat merbahaya.",
"NSP ternyata telah menjadi wadah kepada pihak penghalang yang cuba membuat sekatan dan penentangan lanjutan kepada RUU355. Ia akhirnya mengesahkan kewujudan pihak penghalang yang pernah disebut Presiden PAS.",
"Tetapi mengapa perlu dengan membakar sensitiviti agama dan bernada rasis? Apakah kita lupa ia adalah api yang paling mudah dimarakkan? Malah, kebiadaban dan persendaan karikatur itu setidak-tidaknya telah menyinggung banyak pihak.",
"Tidak ada mana-mana pihak boleh menerima penghinaan dan provokasi yang kita khuatir akan menyebabkan pihak tertentu menangguk di air keruh. Ingat kembali beberapa insiden yang pernah berlaku dahulu.",
"Kita tidak mahu ia berulang dan kami menggesa semua pihak menghentikan ulangan perbuatan seperti ini. Kami juga mahu pihak KDN mengkaji semula permit penerbitan akhbar kepada NSP jika penerbitan karikatur tersebut melanggar syarat dan menyeru semua pihak menjunjung etika media yang dihormati."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/keberkatan-khusyuk-dalam-solat/ | Keberkatan khusyuk dalam solat | [
"SESUNGGUHNYA solat merupakan suatu ibadah yang besar di sisi Allah SWT. Dan ia merupakan suatu kewajipan ke atas manusia sebagai makhluk kepada sang pencipta. Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Sebagaimana kita ketahui, bahawa solat adalah benteng kepada diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Allah berfirman dalam surah al-‘Ankabuut :",
"اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ",
"“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” [Surah Al-‘Ankabuut ayat 45]",
"Solat akan menjadi lebih sempurna apabila wujudnya khusyuk dalam diri hamba. Khusyuk dalam solat ialah tunduk dan merendahkan diri dengan menumpukan fikiran semata-mata kerana Allah, disertai pergerakan badan yang tenang dalam melakukan ibadah solat. Cara untuk kita merasakan Allah itu dekat, syaratnya ialah mestilah orang itu beriman dengan sebenar-benarnya, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT.",
"Jika imannya telah lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hatinya kepada cinta dunia, mustahil ia akan dapat merasakan kedekatan Allah dan mustahil untuknya merasakan nikmat khusyuk dalam beribadat. Orang yang khusyuk dalam solat adalah mukmin yang berjaya. Sebagaimana firman allah SWT:",
"Mereka yang khusyuk dalam solat akan dinaikan darjat dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat serta mampu merasa kemanisan dalam beribadat. Nilai khusyuk yang terpancar dalam diri seseorang dapat dilihat melalui ketenangan hati dan jiwa yang luhur. Seseorang yang hatinya hilang dalam solat, maka hilanglah nikmat khusyuk.",
"Apabila seseorang itu melakukan ibadah dengan menghadirkan sepenuhnya rasa kekhusyukan, semestinya hati akan lebih tenteram. Segala aktiviti dan pekerjaannya pasti Akan dipermudahkan. Khusyuk akan menjadikan seseorang menjadi lebih positif dan tidak mudah Berputus asa. Hal ini kerana, segala urusannya Diserahkan sepenuhnya kepada pencipta. Nescaya Allah akan menjamin kehidupan orang berserah diri dan melindungi dari sebarang kejahatan. Dalam hadith nabi Muhamad saw bersabda:",
"Selain itu, kekhusyukan dalam solat dapat melahirkan sifat kesyukuran pada diri. Yakni mereka sentiasa bersyukur Di Atas kurniaan nikmat dan Rahmat yang tidak terhingga dengan melakukan ibadat Kepada-Nya. Dengan kewujudan sifat ini, sekaligus akan menghindar diri dari sifat mazmumah seperti tamak, iri hati dan hasad dengki. Menurut firman allah SWT: وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ",
"“Dan (ingatlah) ketika Rabbmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” [Ibrâhîm/14:7]",
"Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.",
"Istilah yang sering kali kita dengar iaitu ‘kenapa orang itu solat tapi tetap melakukan maksiat?’, ‘kenapa orang itu solat tetapi dikeliling dengan pelbagai masalah?’. Hanya solat yang khusyuk sahaja mampu menyelam ke dalam diri manusia dan merubah rasa hati menjadi lebih tenang, gaya fikir yang lebih bijak, prinsip hidup yang harmoni dan akhirnya mengubah perilaku seseorang.",
"Solat yang khusyuk menjadikan seseorang sentiasa ingat jati dirnya sebagai seorang hamba Allah. Dia tidak akan sesekali merasakan dirinya sebagai tuan apatah lagi sebagai “tuhan” dalam hidupnya. Secara tidak langsung seseorang itu akan sentiasa dipenuhi sifat kehambaan dalam diri seperti rasa jahil, hina, malu, lemah, dan lain-lain sifat yang menzahirkan kekurangan diri apabila berhadapan dengan Allah.",
"Rasa kehambaan ini akan melahirkan seseorang yang sentiasa ingat akan Penciptanya. Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segalanya dapat diatasi dengan sempurna kerana wujudnya talian hayat dengan yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa, rasa diri yang lemah akan menjadi kuat apa hati diserahkan sepenuhnya untuk ditadbir Allah melalui nilai khusyuk. – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/gelombang-strok-haba-bahayakan-kesihatan/ | Gelombang strok haba bahayakan kesihatan | [
"CUACA panas memberi tekanan atau kesan fizikal kepada tubuh badan manusia. Kesan cuaca panas ini akan menyebabkan kesihatan menjadi tahap sederhana kepada tahap bahaya atau boleh mendatangkan masalah kesihatan yang ringan dan juga ada yang boleh menyebabkan maut seperti strok haba.",
"Kebanyakkan cuaca panas ini mudah terdedah kepada yang terbabit dengan aktiviti luar seperti pekerja buruh binaan, orang dewasa, warga emas dan juga kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah. Tanda-tanda awal kesan cuaca panas kepada yang mudah terdedah seperti pening kepala yang berpanjangan, mual dan muntah, keletihan dan lesu seluruh tubuh badan.",
"Antara langkah-langkah segera yang perlu diambil terhadap mangsa strok haba iaitu mangsa strok haba mestilah menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan kekal pada organ. Ketika cuaca panas ini perlulah ditempatkan mangsa ke kawasan yang teduh dan berhawa dingin / di bawah kipas. Kemudian, lap anggota badan mangsa dengan menggunakan tuala basah. Hendaklah selalu memantau suhu badan mangsa dengan termometer sambil meneruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan mangsa menurun.",
"Antara perkara-perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah pastikan kita dan keluarga minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Bahkan, kita perlulah mengelakkan daripada mengambil minuman beralkohol, minuman berkafein seperti kopi/teh serta minuman yang mengandungi gula yang tinggi kerana minuman-minuman tersebut menyebabkan kita lebih mudah terhidrat.",
"Perkara paling penting ketika cuaca panas ini kurangkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa cuaca panas. Sekiranya terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan meminum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Kita perlulah sentiasa mengambil rehat yang kerap untuk hidrat diri sendiri.",
"Seperti mana yang kita tahu cuaca panas ini sangat membahayakan dan perlulah selalu beringat dan mengurangkan melakukan aktiviti luar agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan serta kesihatan badan. Oleh itu, kita haruslah selalu berwaspada akan gelombang cuaca panas yang melampau ini agar hari kita tidak lagi suram di masa yang akan datang. – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/nanyang-siang-pau-tidak-hormat-masyarakat-majmuk/ | Nanyang Siang Pau tidak hormat masyarakat majmuk | [
"DEWAN Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa tindakan biadab Akbar Cina Nanyang Siang Pau (NSP) menyiarkan karikatur monyet serta penghinaan terbuka media dengan menyentuh senstiviti agama Islam maka Pemuda PAS Perak menyatakan bahawa karikatur tersebut jelas sekali amat mengganggu keharmonian kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.",
"Karikatur tersebut jelas mempersendakan dan menghina Presiden PAS yang bukan sahaja merupakan seorang Presiden Parti Islam di Malaysia malahan beliau juga merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang membawa imej agama Islam serta penganutnya tidak terhad hanya di Malaysia malah seluruh dunia.",
"Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin berkata demikian ketika sidang media di Bilik Sidang Media, Bangunan Darul Ridzuan, 11 April.",
"“Penghinaan seumpama itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti ahli PAS sahaja bahkan ia menyinggung perasaan semua umat Islam dalam dan luar negara.",
"“Tidak bersetuju dengan pendirian ahli Parlimen PAS bukan bermakna mereka boleh menghina Islam melalui media perdana secara terbuka. Tindakan ini jelas bermotifkan provokasi dalam melihat tindak balas rakyat,’ tegasnya.",
"Akmal menyatakan walaupun Nanyang Siang Pau bermula operasinya di Singapura, sudah 93 tahun dalam arus media berita namun masih lagi tidak matang dan profesional untuk mengeluarkan sesuatu berita mahupun sisipan melalui akhbar sehingga menimbulkan marah masyarakat Muslim.",
"Justeru, Pemuda PAS Perak tetap menghormati suasana hidup dalam masyarakat majmuk dan tindakan seperti ini tidak mencacatkan hubungan PAS dengan non-muslim kerana kematangan PAS dalan dunia politik jelas berbeza dari parti lain. – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/siaran-karikatur-menghina-nanyang-siang-pau/ | Siaran karikatur menghina ‘Nanyang Siang Pau’ | [
"1. PAS Pusat memandang serius langkah Akhbar NANYANG SIANG PAU dengan sengaja dan dengan niat menyiarkan Karikatur yang menghina Presiden PAS dan Yang DiPertua Dewan Rakyat di muka B2 akhbar itu pada 8 April 2017 yang lalu.",
"2. PAS menganggap penyiaran tersebut dalam semua keadaan bertujuan menghina bukan sahaja Presiden PAS dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, malah semua ummat Islam dan juga Undang-undang Islam.",
"3. PAS tidak boleh berkompromi dalam perkara yang seumpama ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. Untuk itu PAS telah pun melantik Peguam dan mengarahkan agar tindakan undang-undang diambil dengan kadar segera.",
"4. Dalam hal ini PAS juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula permit penerbitan akhbar berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/transkrip-ucapan-tgah-di-dewan-tok-guru-rusila/ | Transkrip ucapan TGAH di Dewan Tok Guru, Rusila | [
"“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu wahai Muhammad SAW akan kitab al-Quran membawa kebenaran supaya engkau menghukum, menghakimi manusia dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Allah, dan janganlah kamu menjadi penolong kepada orang-orang yang khianat.” (an-Nisa’: 105)",
"Saya hanya satu mata rantai daripada mereka yang mendahului kita yang sudah meninggal dunia, yang sudah berjuang untuk menegakkan Islam. Kebetulan Negeri Terengganu Negeri kita ini adalah Negeri yang paling akhir sekali dihapuskan kuasa Syariat Islam tahun 1928. Dan Negeri yang pertama dimenangi Parti Islam Se-Malaysia PAS tahun 1959, lepas itu baru Kelantan, Negeri yang pertama PAS menang.",
"Kita menempa sejarah, alhamdulillah, saya telah diberi kepercayaan pertama-tama oleh pemimpin-pemimpin PAS, dan termasuk pemimpin-pemimpin Islam dalam kerajaan, termasuk pengamal undang-undang, memberi kepercayaan untuk saya membawa usul persendirian Rang Undang-Undang 355 yang berkait untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah yang direndahkan di zaman penjajah, belum lagi kuasa untuk melaksanakan syariat kerana kuasa untuk melaksanakan syariat ini sepenuhnya memerlukan kita meminda 76A Perlembagaan yang memastikan majoriti 2/3 ahli-ahli Parlimen.",
"Akibat daripada kesalahan pemimpin-pemimpin yang lalu yang memerintah negara, hari ini jumlah ahli Parlimen Islam tidak mencukupi 2/3 menjadikan halangan-halangan lebih banyak. Sejak awal kita mencapai kemerdekaan, kita menghadapi gelombang kejahilan umat Islam yang mewarisi serangan pemikiran zaman penjajah.",
"Banyak kalangan orang Islam berfahaman politik suku agama suku. Syariat Islam hanya hukum-hukum ibadat, nikah kahwin, bahagi harta pusaka, harta wakaf sahaja, tak ada undang-undang yang lain padahal Islam adalah ugama yang sempurna.",
"Walau bagaimanapun apabila kita nak mencapai kemerdekaan, British sudah menubuhkan Suruhanjaya Reid, pengerusinya Lord Reid untuk menyediakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Malangnya anggota Suruhanjaya Reid dipengerusi oleh Lord Reid, tidak ada seorang pun penduduk negeri ini yang jadi ahli dia, semua daripada British, Australia, New Zealand, India, Pakistan. India, Pakistan yang namanya Islam, tapi kepala dan otaknya orang putih. Merekalah yang menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.",
"Walau bagaimanapun kumpulan Islam, PAS hanya satu kerusi sahaja, menang dalam Pilihan Raya 1955, 52 kerusi, PAS menang satu kerusi sahaja, Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein. Yang lain semuanya 51 itu Umno, MCA, dan MIC, Perikatan di masa itu.",
"Apabila wakil ahli-ahli Parlimen menemui Suruhanjaya Reid untuk berunding, PAS dan beberapa kumpulan Islam tanpa dinafikan termasuk juga kumpulan Islam yang ada dalam Umno, telah menyediakan memorandum, mendesak supaya diletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Suruhanjaya Reid telah berbahas, setelah dibahas, ini disebut dalam minit mesyuarat yang masih disimpan di arkib negara, pengkaji-pengkaji undang-undang dapat membacanya, akhirnya mereka menerima memorandum ini, bersetuju untuk meletakkan Islam adalah agama Persekutuan, apa yang tak ada dalam Perlembagaan Indonesia, Perlembagaan India, Perlembagaan negara lain, ini jasa mereka yang terdahulu, dengan mereka meninggalkan huraian, adakah Malaysia negara Sekular atau negara Islam, itu serah kepada orang kemudian.",
"Tetapi Suruhanjaya Reid berfahaman agama daripada terjemahan Bahasa Inggeris, Religion bukannya Ad-Din daripada bahasa Arab, mereka biarkan. Hikmatnya memberi peluang kepada kita berjuang untuk mengisi perlembagaan ini dengan menegakkan syariat Islam.",
"Peringkat awal mencapai kemerdekaan. Oleh sebab orang-orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin mereka tebal dengan fahaman penjajah, mereka tak tahu di dalam Islam ini ada macam-macam undang-undang. Maka PAS dituduh mengada-ngada dalam perkara ini sehingga terdapat kalangan pemimpin negara yang mengatakan, kalau ikut Islam macam PAS bawa, huru-hara negeri, hukum Hudud tak boleh diamalkan, hukum Hudud zalim, mereka tak tahu ini hukum Allah Taala.",
"Timbullah isu kafir mengkafir berbalah antara sama-sama Islam di masa itu, perbalahan yang sangat tajam. Namun kita kena sedar di dalam kejahilan ini masih ada iman yang halus dalam diri masing-masing. Macam disebut oleh Nabi SAW,",
"Kita menyaksikan bagaimana mereka yang menghina Islam itu, marah bila kita kata dia kafir kufur, ini menandakan Halawatul Iman masih ada dalam diri (mereka) yang kita kena sedar, dalam diri mereka. PAS tidak gopoh di masa itu, kita tidak bawa usul untuk melaksanakan syariat, PAS mengambil pendekatan dakwah dengan penuh kesabaran walaupun ada ulama-ulama PAS yang kena tahan dalam ISA, dipenjara, dibuang daerah, kita sabar, dan ada yang mati pun, kita sabar.",
"Sehingga tahun 1969, berlaku peristiwa 13 Mei. PAS diajak menyertai kerajaan, PAS masuk kerajaan campuran, kemudian kerajaan Barisan Nasional termasuk Datuk Mustafa Ali salah seorang anggota kabinet dalam kerajaan di masa itu. Datuk Asri Almarhum, Hassan Ali Almarhum, Yussof Rawa Almarhum dan lain-lain lagi. Kita telah membawa suara Islam dalam kerajaan. Hasilnya menimbulkan kesedaran untuk balik kepada Islam dalam jentera-jentera kerajaan, menyebabkan timbulnya pertembungan di antara aliran yang mahu kepada Islam dengan ajaran yang tak mahu kepada Islam, berakhir dengan PAS dipecat daripada Barisan Nasional tahun 1979.",
"Adapun krisis di Kelantan, itu cari sebab sahaja. Perpecahan kerana pertembungan antara kumpulan yang mahu menegakkan Islam dengan yang tak mahu menegakkan Islam, itu sebenarnya. Ketua yang tak setuju dengan Islam masih hidup lagi pada hari ini, masih hidup lagi, tuhan panjangkan umur dia, masih hidup lagi. Berakhir, oleh kerana saya nak ambil masa yang ringkas, sampai ke peringkat orang Islam dalam Parlimen tak sampai Majoriti 2/3.",
"Walaupun demikian ketika saya masuk dalam Parlimen tahun 1990, parti telah menugaskan saya untuk membawa Usul Persendirian di Parlimen, supaya dibincangkan 76A dan 355 sekaligus untuk membolehkan syariat Islam dilaksanakan. Apabila kita telah meluluskan Undang-Undang Jenayah Syariat Negeri Kelantan.",
"Tetapi, untuk membolehkan usul oleh seorang yang bukan kerajaan, memerlukan syarat-syarat yang banyak mengikut badan pertubuhan Parlimen. Di antaranya, Parlimen hendaklah bersidang mendahulukan agenda-agenda kerajaan dulu, bila habis agenda kerajaan baru lah usul kita boleh dibawa. Kebiasaanya agenda kerajaan sampai tiga (ke) 40 agenda, dia letak usul kita nombor 40, nombor 30, 20 sudah habis masa. Ini yang pertama.",
"Yang kedua usul seseorang ahli Parlimen yang bukan kerajaan tidak diizinkan melainkan dengan syarat, syaratnya mestilah seorang Ahli Menteri Kabinet membawa usul di Parlimen untuk mengizinkan usul Ahli Parlimen Marang dibenarkan untuk dibahas. Setelah disokong oleh seorang Menteri Kabinet, baru lah boleh dibawa usul di Parlimen. Oleh sebab tangga yang pertama sudah tak berjaya, yang kedua lebih tak berjaya lagi.",
"Sehingga kita mengambil pendekatan pada akhirnya, mengadakan perundingan di antara kerajaan Negeri Kelantan dengan kerajaan pusat. Pemimpin PAS dengan pemimpin Barisan Nasional yang Islam, berunding. Orang DAP tanya, dalam perbahasan Parlimen Bajet yang lalu, saya sudah bawa 355 ini, DAP mempertikaikan kerana PAS berunding dengan Umno. Saya kata, tak boleh ke PAS berunding dengan Umno kerana untuk melaksanakan Syariat? Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang, kita tak boleh nak bincang untuk nak laksanakan Syariat, tak boleh? Dia tak boleh jawab, terduduk dia, tak boleh jawab.",
"Saya boleh tambah lagi, kita boleh berunding dengan Umno, berunding dengan siapa dia sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia berunding dengan Amerika pun dia berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding, berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai tangga itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita.",
"Kita berunding dengan Umno sahaja, sama-sama Melayu Islam, itu. Salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa, bincang tentang politik Malaysia. Politik Malaysia biar orang Malaysia lah yang buat perubahan tak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari, ini. Biar saya dedah di sini, kalau ada pemberita, siar, biar orang tahu.",
"Kita berunding dengan Umno tak boleh, dia berunding dengan Amerika boleh. Nak jemput Amerika campur tangan dalam negara kita, ini tak apa. Ini apa ini?",
"Akhirnya 355 bersetuju, apa 355 ini? 355 ini untuk membolehkan Mahkamah Syariah diangkat taraf dan darjat. Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa boleh hukum orang 356, 356, 3 tahun penjara, 5000 ringgit, 6 kali sebatan rotan. Ini bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sedangkan bidang kuasa di Mahkamah Syariah yang paling tinggi, Mahkamah Tinggi Syariah, itu bidang kuasa dia. Sedangkan bidang kuasa Mahkamah Majistret di daerah boleh denda 10 000, boleh jel (penjara) lebih banyak daripada itu lagi. Mahkamah Syariah lebih hina daripada Mahkamah Daerah, Mahkamah Tinggi Syariah lebih hina daripada Mahkamah Daerah.",
"Jadi, 355 ini adalah satu Usul supaya mengangkatkan taraf Mahkamah Syariah supaya Mahkamah Syariah boleh menghukum, sebatan sebanyak 100 kali mengikut hukum Islam, bukan mengikut undang-undang Sivil. Denda tak boleh lebih daripada 100 000, penjara tak boleh lebih daripada 30 tahun. Kita angkatkan taraf Mahkamah Syariah, bukan sampai denda 100 000, tapi tak boleh lebih daripada 100 000. Ini sahaja.",
"Adapun bagaimana nak hukum mengikut Hudud ke, Takzir ke, Qisas, ini bidang kuasa Negeri masing-masing. Kerajaan Pusat hanya lah meminda perlembagaan untuk mengangkat bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ada kalangan yang Islam mengatakan mana dia Nas, mana dia Nas daripada hukum Islam? Nasnya, Saidina Uthman berkata,",
"Ini ucapan Saidin Uthman. Saidina Uthman sahabat khalifah yang ketiga yang Nabi kata adakah aku tidak malu orang yang dimalu oleh malaikat. Kita jangan kan malaikat, Syaitan pun tak malu. Ini kata-kata Saidina Uthman.",
"Oleh sebab kuasa pemerintah sangat perlu untuk membolehkan hukum Quran dilaksanakan apa yang tak ada. Di sinilah kita mengadakan perundingan dengan pemerintah. Hasilnya kita dapat kebenaran untuk bawa usul 355 bagi mengangkat kuasa Mahkamah Syariah, tujuannya untuk memperkenalkan hukum syariah kepada orang ramai, khususnya kepada orang Islam, adapun orang bukan Islam terserah kepada dia. Di antaranya hukuman sebat dalam Islam.",
"Disebut 100 sebatan. Undang-Undang Sivil disebut 6 sebatan. Sebatan rotan undang-undang Sivil ini berbeza dengan sebatan hukum syariah. Undang-Undang Sivil di penjara Pudu, di penjara Kajang, penjara hari ini yang tukang sebatnya dicari yang besar, yang gagah, angkat habis ….. angkat habis ….sehingga menyebat orang yang dihukum itu sampai pecah kulit, sampai dengan isi-isi sekali, pengsan. Ini sebatan undang-undang Sivil, sebatan untuk menyeksa dan mencacatkan.",
"Adapun sebatan undang-undang Islam untuk mendidik dan memalukan, bukan untuk menyeksa. Di mana, hendaklah alat sebat yang tidak berat dan tidak ringan. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat lebih tinggi daripada kepala, tak boleh angkat lebih tinggi daripada kepala. Pastikan orang yang dihukum itu dalam keadaan sihat, perempuan mengadung tak boleh sehingga dia melahirkan anak, orang sakit tak boleh sehingga dia sihat, ini syarat sebat dalam Islam, tujuannya bukan untuk menyeksa, tetapi untuk memalukan, menginsafkan penjenayah dan menakutkan orang lain. Allah Taala kata,",
"Allah Taala akan masukkan rasa hebat undang-undang Islam dalam hati-hati manusia. Ini hukum Islam. Tak sama dengan undang-undang Barat pada hari ini. Pernah berlaku di zaman Nabi SAW, seorang yang kurus melakukan kesalahan zina dihukum 100 sebatan, lalu sahabat kata ya Rasulullah, dia ini kurus sangat, kalau sebat terus kena tulang, kena tulang, menyeksakan dia, Rasulullah kata,",
"Ini dia. Saya pernah dijemput oleh Nanyang Universiti Singapura. Singapura ini bapa DAP, Singapura ini. Yang memerintah Singapura PAP, PAP, parti PAP yang memerintah Singapura. Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malayisa, PAP tukar jadi DAP, jadi DAP ini anak butir taik DAP, ini. Sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia.",
"Nanyang Universiti jemput saya pergi Singapura untuk terangkan tentang Syariat Islam, Hudud, bukan 355, Hudud. Saya ceramah kepada Profesor-Profesor Universiti, termasuk Diplomat-Diplomat asing. Setelah ceramah, diberi peluang untuk soal jawab dialog. Bila saya terang apa dia sebat dalam Islam macam saya terang tadi, tak ada soalan, tak ada soalan tentang Hudud, soalan tentang politik antarabangsa ada, lari arah ke lain dah, dia tak boleh nak tanya dah, tak boleh nak tanya.",
"Oleh sebab itu mengapa dia marah sangat 355 ini? Kita mendapat maklumat, di sana ada ejen-ejen asing kalangan-kalangan asing yang berada di belakang mereka ini, khususnya kalangan missionari yang mengembangkan agama mereka di sini, takut sekiranya Syariat Islam dilaksanakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan hukum Islam ini.",
"Ini yang sebenarnya. Kita tak paksa dia kerana jadual kesembilan, 355 disebut dalam perlembagaan, undang-undang Mahkamah Syariah hanyalah boleh membicarakan orang Islam sahaja, tak boleh membicarakan orang bukan Islam. Oleh sebab itu tidak ada sebab orang bukan Islam takut dan dia tentang, tak ada sebab, tak ada sebab dia lawan, tak ada sebab, kerana Mahkamah Syariah tak boleh hukum orang bukan Islam.",
"Pernah berlaku di Kedah, apabila seorang guru menganut ajaran Qadyani dalam tahun 70-an, pejabat agama Kedah tangkap guru ini dibawa ke Mahkamah Syariah, lalu ada lawyer yang bela dia. Oleh sebab mengikut peraturan Malaysia, Qadyani bukan Islam, Qadyani bukan Islam. Maka Mahkamah membuat keputusan, Mahkamah Syariah tak ada kuasa untuk menghukum Qadyani yang bukan Islam. Mahkamah Syariah tak ada kuasa hukum orang bukan Islam.",
"Di sini ada pula mereka yang berfikir nanti orang Islam kena hukum ramai, orang Islam akan banyak kena hukum, malu lah orang Islam, ini satu hal juga, kepala dia duduk memikir orang Islam ini berebut nak suruh kena hukum, orang Islam berebut curi nak suruh kena hukum, orang Islam berebut kedarah arak nak suruh kena hukum, ini fikiran yang tak betul, otak tak betul.",
"Apabila syariat Islam dilaksanakan, maka orang Islam tak berani mengerjakan maksiat, orang Islam akan jadi baik, orang Islam jadi contoh kepada umat yang lain, orang Islam jadi model pada umat yang lain. Dengan sendiri jadi begitu. Jangan kita fikir bila syariat Islam dilaksanakan, maka banyak orang Islam kena hukum, tidak. Bila syariat Islam dilaksanakan,",
"Sebabnya kerana undang-undang Islam ada roh, ada aspek spiritual, aspek kerohanian yang masuk dalam hati-hati manusia, undang-undang Barat tak masuk dalam hati-hati manusia. Di sini lah kita melihat bagaimana undang-undang hukuman mati kepada pengedar dadah, hukuman mati kepada pengedar dadah, ini hukuman yang lebih ganas daripada 355 lagi.",
"Hukuman mandatori, pengedar dadah mengikut, dadah mengikut jumlah yang tertentu kena hukum mati, tak ada pilihan lain. Hat ini tak apa pula, tak apa pula. Hukuman ini tidak kena mengena dengan Islam, ini hukuman Barat. Mengikut hukum Islam, pengedar dadah mesti dihukum takzir, bukan mandatori bunuh, mula dengan Takzir dulu, sebatan dulu, baru lah bunuh. Ini hukum Islam.",
"Mengapa dia tak kaji, tak kaji ini? Dia sanggup terima hukum mandatori, dia sanggup terima hukum gantung, hukum gantung undang-undang Barat gantung ini. Gantung ini bercanggah dengan Islam, hukum gantung kerana Nabi bersabda,",
"Mesti hukum yang tidak menyakitkan dan menyeksakan orang, ini hukum bunuh dalam Islam. Apa yang berlaku dalam penjara ini, hukum cekik dengan tali hat zaman sebelum Masihi. Hat ini tak apa pula, dia tak bantah. 355 ini dia bantah, mengapa bantah keras sangat sampai berapi? Ini perangai hodoh, perangai nak bermusuh dengan Islam.",
"Namun demikian, bukan semua orang bukan Islam begitu belaka. Kita mendapat ajakan daripada beberapa kumpulan bukan Islam, minta beri penjelasan, dan kita bersedia untuk beri penjelasan.",
"Mengapa ditangguh perbahasan? Speaker terus tutup, perbahasan sidang yang akan datang, mengapa? Kerana nak beri peluang kepada orang bukan Islam. Kita bersedia untuk hadir mana-mana majlis yang diatur oleh mereka, kita sanggup pergi, bukan nak ajak debat, bukan nak ajak bahas, nak bersedia untuk memberi penjelasan kepada mereka insya-Allah. Ini orang bukan Islam, hat Islam yang duduk nak lawan ini dia tak boleh buat kira ini, tak boleh buat kira hat Islam ini hat duduk lawan ini tak boleh buat kira, kita dak begitu la, biar dia mampus kering begitu je.",
"Kita ambil kira hat orang bukan Islam ini sahaja. Saya sebut dalam Parlimen hari itu, kita menganggap orang bukan Islam ini adalah saudara kita dalam masyarakat majmuk, orang Cina, orang India yang bukan Islam adalah saudara kita dalam masyarakat majmuk, sahabat kita masyarakat majmuk. Kita punya sikap yang terbuka untuk pergi bila-bila masa sahaja dia jemput untuk beri penjelasan kepada mereka. Insya-Allah dalam masa 3 bulan ini, kita ada ruang lagi, ada ruang lagi untuk penjelasan.",
"Dan akhirnya saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang berhimpun yang hadir pada malam ini, termasuk yang tak hadir, yang memberi sokongan, sama ada daripada PAS, daripada Umno, daripada NGO, daripada Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, peguam-peguam, hakim-hakim yang membuat kenyataan dalam surat khabar termasuk yang menulis, termasuk yang memberi kerjasama untuk kita angkatkan 355 ini. Mudah-mudahan Allah Taala beri pahala kepada semua, kita harap supaya 355 ini dapat menyatukan umat Islam.",
"Saya tulis satu artikel yang tak disiarkan lagi, 355 ini laksana satu batu besar yang dihempas dalam lubuk yang tenang, kita ingat lah lubuk itu tak ada buaya, semua ikan, bila terembas batu besar dalam lubuk ini rupanya ada buaya dalam, timbul habis buaya, ular, ikan toman, ikan keli timbul belaka, ini hikmatnya. Jadi hikmatnya kita tahu siapa musuh Islam, siapa kawan orang Islam.",
"Mudah-mudahan Allah Taala memberkati kita semua, dan Allah Taala terima himpunan kita pada malam ini sebahagian daripada amalan soleh, amal soleh, dan menjadi saksi kepada kita pada hari kiamat kelak, kita telah menegakkan Islam yang diredhai oleh Allah. – HARAKAHDAILY 11/4/2017",
"Transkrip penuh ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu Isnin, 10 April 2017 disusun oleh wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/kebebasan-suara-bukan-lesen-untuk-menghina/ | Kebebasan suara bukan lesen untuk menghina | [
"PEMBENTANGAN Usul RUU 355 oleh YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen telah memberikan satu pencerahan terhadap salah faham keatas Usul pindaan itu. Sebelumnya, banyak pihak sengaja mengelirukan rakyat Malaysia termasuk non-muslim agar menentang usul ini.",
"Pembentangan yang cukup jelas dan menjawab segala fitnah keatas RUU 355 ditambah pula dengan penjelasan teknikal dan sejarah RUU 355 oleh YB Datuk Takiyudin Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu membuka mata ramai pihak yang selama ini menentang RUU 355 hasil dari maklumat salah yang diperolehi. Malah sudah ramai yang berubah menyokong RUU 355.",
"Maka, muncul pula tindakan provokasi melampau akhbar Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur monyet dengan mengaitkan dengan RUU 355, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, dan Tan Sri Pandikar Amin yang jelas berniat jahat dengan cubaan bermain dengan sentimen dalam kalangan pembaca media berbahasa cina.",
"PAS Kawasan Batu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral NANYANG SIANG PAU yang bersikap biadab dan menghina dengan menyamakan pimpinan kami dengan monyet. Mereka juga menghina islam apabila karikatur monyet tersebut memakai serban, simbol suci umat Islam yang digunakan dalam solat. Malah karikatur itu juga cuba memperlekehkan institusi parlimen dengan tulisan “Hou Zi Xi Fa” bermaksud “monyet main undang undang”.",
"Jika Nanyang Siang Pau ada pandangan berkenaan dengan RUU 355, kami sedia menyediakan tapak untuk pihak anda berhujah, silakan datang ke gelanggang, jangan baling batu dan sorokkan tangan. Berhujahlah dengan matang dan bukan dengan karikatur yang menghina.",
"Justeru, saya mewakili PAS Kawasan Batu menyarankan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang sedia ada untuk menyiasat dan menggantung penerbitan Nanyang Siang Pau dengan kadar segera.",
"13 (1) Tanpa menjejaskan lesen atau permit dibawah mana mana peruntukan lain dalam akta ini, jika menteri berpuas hati bahawa mana mana mesin cetak yang berkenaan dengannya lesen itu telah dikeluarkan adalah digunakan untuk mencetak mana mana hasil penerbitan yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara atau bahawa mana mana akhbar yang berkenaan dengannya permit telah dikeluarkan mengandungi apa apa jua yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara, dia boleh membatalkan lesen atau permit itu.",
"Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 Sekiranya dibiarkan, tindakan provokasi bersifat perkauman ini akan menjadi kebiasaan kerana dengan hanya memohon maaf dapat selesaikan kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan tegas berupa pengajaran dan contoh kepada pihak lain amat diperlukan. Biar Nanyang Siang Pau merasai kesan apabila menjolok sarang tebuan."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/anjur-wacana-atgna-tidak-salah-tetapi/ | Anjur wacana ATGNA tidak salah tetapi… | [
"PAS semenjak keberadaannya di medan siasah, dakwah dan tarbiah telah menganjurkan pelbagai wacana pemikiran tokoh. Saya sendiri semasa menjadi anggota Dewan Pemuda dan jaringan sivil telah terlibat dengan puluhan penganjuran wacana tokoh-tokoh gerakan Islam yang berjasa menyumbang kebaktian kepada ummah. Antaranya wacana memperingati Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Sheikh Ahmad Yasin, Datuk Ustaz Fadhil Mohd Nor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Datuk Ustaz Harun Taib, Ustaz Hasan Shukri, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dan tokoh-tokoh yang lain.",
"Kajian tentang pemikiran tokoh serta jasa mereka adalah antara program mencanai intelektual, memberdaya keseriusan dalam membina gerakan serta mewujudkan budaya berfikir dan mengkaji. Jarang sekali program wacana tokoh dikritik malah dibuat laporan Polis seperti mana kes penganjuran wacana tokoh, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh PAN minggu ini.",
"PAN sebagai parti serpihan PAS cuba memancing perhatian masyarakat dengan mengaitkan perjuangan mereka dengan nuansa perjuangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, walaupun keluarga tuan guru yang berpayung di bawah Yayasan Ni’matillah telah memprotes usaha memanipulasi nama baik almarhum. Laporan polis juga telah dikemukakan oleh anak almarhum, Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz, namun parti yang dibidankan oleh DAP ini tetap berdegil untuk meneruskan wacana.",
"Anak-anak muda Islamis negara ini wajar mengenal siapakah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau seorang yang tegas dengan prinsip Islam, tidak menggadaikan prinsip dengan mudah demi kekuasaan. Pada tahun 1981, Dewan Ulama PAS Pusat yang dipimpin oleh almarhum menolak usaha untuk bertahalluf dengan DAP sehingga hampir berlaku perang dingin dengan Presiden PAS saat itu.",
"Jatuh bangun almarhum tetap bersama perjuangan Islam, beliau pulang daripada pemukiman ilmu di Mesir dengan ijazah Sarjana, namun saat ilmuwan lain memilih untuk hidup senang dan bersama pemerintah, beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Hatinya hiba melihat tangkapan borong terhadap ulama dan asatizah yang mendokong PAS di Kelantan dibawah ISA. Almarhum memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir pada tahun 1967, mengalahkan wakil parti Perikatan.",
"Apabila Muktamar Khas PAS memutuskan harakatul ummah ini menyertai koalisi baru pemuafakatan politik Barisan Nasional pada awal dekad 1970-an, almarhum tetap bersama jamaah tercinta ini, walaupun jiwanya perih dengan kekasaran Umno terhadap PAS melalui tindakan gasar Pemuda tahan lasak Umno.",
"Beliau juga teguh bersama jamaah apabila berlaku krisis MB Kelantan pada tahun 1977, walaupun akhirnya tertubuh BERJASA, akibat konflik dalaman PAS. PAS hilang pengkalan kuasanya di Kelantan dalam pilihanraya 1978, almarhum dengan gigih membangunkan kembali kekuatan jamaah dengan menggerakkan jihad pendidikan. Kuliah-kuliah ilmu pagi jumaat di setiap kawasan di tanah serendah sekebun bunga menjadi pemangkin kepada ahli-ahli, menyuntik kembali semangat yang hilang akibat hilang kuasa di Kelantan.",
"12 tahun kemudian, PAS kembali merengkuh kekuasaan di Kelantan dan beliau memimpin negeri itu dengan motto “membangun bersama Islam”. Pembangunan Kelantan diselaraskan dengan acuan Islam sehingga dicemburui oleh lawan. Kekuatan PAS semakin melebar, daripada kawasan pedalaman sehinggalah kawasan elit di kotaraya, pengaruh PAS mewabak dalam dekad 90-an.",
"Kelantan menqanunkan Enakmen Jenayah Syariah dan beliau tidak pernah menyembunyikan hasrat itu. Kerajaan Kelantan menjadi model kepada gerakan Islam lain, bagaimana upaya membangunkan pemerintahan.",
"PAN harus sedar diri bahawa kewujudan mereka adalah memecahbelahkan kesatuan amal Islami di tanah air ini. Keberadaan mereka ini adalah sebagai jamaah dhirar yang merosakkan aspirasi ummah, bahkan melengahkan kemenangan Islam.",
"Almarhum Tuan Guru dalam hayatnya sentiasa menekankan peri pentingnya mengukuhkan wadah ummah ini, mencela perbuatan mewujudkan khutlah mahu pun firqah. Beliau sentiasa mengingatkan para pendokong PAS untuk terus menjayakan cita-cita melihat tertegaknya perundangan Syariah di tanah air ini.",
"PAN seperti kontang idea untuk mengenengahkan tokoh atau ikon untuk mereka kaji. Saya mencadangkan pimpinan PAN mengkaji biografi politik Jeneral Murtopo, tokoh TNI (Tentera Nasional Indonesia), bagaimana makar serta strategi melumpuhkan gerakan Islam Indonesia serta gerakan swadaya Islam. Cukuplah memanipulasi sejarah emas Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat demi politik sempit kamu! – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/anak-muda-pendokong-perjuangan/ | Anak muda pendukung perjuangan | [
"SEKALUNG tahniah dan setinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyambut kepulangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang dalam satu program khusus yang dianjurkan semalam, 10 April 2017, 14 Rajab 1438H. program yang bermula di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan berakhir di Masjid Rusila cukup memberi makna bila mana kebanyakan yang menyambut kepulangan Tuan Guru terdiri daripada anak-anak muda.",
"Dalam usaha kita mendaulatkan Islam di bumi ini, nyatanya cabaran yang perlu kita depani kian mencabar. Meskipun tanah leluhur ini telah bertapak kedaulatan islam suatu ketika dulu, kesan dari agenda penjajah yang secara halus menyingkirkan kekuasaan Islam terpaksa kita hadapi hingga ke saat ini.",
"Namun dukungan anak-anak muda hari ini telah memberi satu lagi suntikan baru ke arah memperkuat rangka kerja gerakan Islam yang kita dokongi. Memandangkan perjuangan ini sangat panjang, kelangsungan perjuangan dengan penyertaan anak muda menjadi sangat signifikan.",
"Telah biasa saya tampilkan betapa perjuangan kita dalam mendaulatkan Islam perlu mampu menguasai dewan-dewan perundangan agar kekuasaan Islam mampu menyerlahkan perundangan Islam yang sebenar. Selain menjadikan keberadaan kita dalam dewan-dewan perundangan sebagai medan dakwah, lebih dari itu ia memberi kita keupayaan untuk membentuk system kenegaraan yang benar-benar menepati kehendak syarak.",
"Bagi menjadikan cita-cita itu suatu realiti, gabungan tenaga kerja pelbagai kepakaran dan peringkat usia amat diperlukan. Di sinilah keberadaan anak-anak muda di medan begitu membanggakan kita.",
"Pembentangan usul persendirian berkaitan rang undang-undang Akta 355 yang biasa dikenali dengan RUU 355 memberi gambaran kepada kita betapa perlunya kita bersedia mendepani pelbagai senario. Ahli-ahli Yang Berhormat dari kalangan Umno begitu terserlah memberi sokongan kepada pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Guru.",
"Malang sekali bila mana Umno itu sendiri tidak mampu menguasai parti-parti komponen dalam Barisan Nasional bagi memastikan BN sendiri memulakan langkah memperkasakan agenda yang sangat penting ini. Sebaliknya berlawanan pula di pihak ahli-ahli Yang Berhormat parti-parti pembangkang lain.",
"Ada yang mencanang betapa mereka parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya begitu terserlah bertindak seolah-olah menidakkan keperluan pembentangan usul persendirian yang telah dikemukakan. Mungkin itulah kesesuaian mereka bersama rakan mereka dalam gabungan yang dinamai Pakatan Harapan.",
"Sikap ahli-ahli Yang Berhormat DAP misalnya yang nyata menghalang usul ini tidaklah diragui lagi. Sememangnya mereka sangat bimbangkan kedaulatan Islam itu dibina melalui dewan-dewan perundangan.",
"Senario tersebut yang telah sama-sama kita ketahui memerlukan gerak kerja yang teratur bagi memastikan kita mampu mendepaninya secara penuh bijaksana. Dukungan anak-anak muda yang benar-benar memahami aspirasi perjuangan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang kita impikan pada masa hadapan.",
"Dalam pada itu, teruslah memberi kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan yang diterajui oleh Yang Berhormat Tuan Guru. Ia adalah suatu kewajipan dalam memastikan perjuangan ini terus berada pada landasan yang sesuai dengan kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya. Dalam bahtera perjuangan yang besar ini, kepatuhan dan kesetiaan kepada seorang ketua tidak boleh dikompromi bagi memastikan kelancaran perjalanan menuju destinasi yang diredhai. – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/kami-kesal-nanyang-siang-pau-bermain-api/ | KAMI kesal Nanyang Siang Pau ‘bermain api’ | [
"KUMPULAN Aktivis Media Independen (KAMI) mengutuk keras tindakan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang menerbitkan karikatur mengumpamakan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.",
"Lebih membimbangkan apabila isu yang diperolokkan serta dipersendakan ialah pindaan RUU Akta 355 yang menyentuh soal kepentingan penganut Islam di Malaysia.",
"Menyentuh soal sensitiviti penganut Islam oleh sebuah akhbar bukan Islam adalah tindakan ‘bermain api’ yang sangat bahaya dan boleh menggugat keharmonian masyarakat pelbagai agama dalam negara.",
"Ternyata Nanyang Siang Pau terikut-ikut dengan gelagat ala sarkas sebahagian ahli parlimen ketika pembentangan Usul Pindaan RUU 355 pada Khamis lepas.",
"KAMI berharap agar pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi mengambil tindakan terhadap Nanyang Siang Pau yang kelihatan jelas melanggar syarat-syarat penerbitan akhbar."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/wakil-rakyat-pas-yang-khianat/ | Wakil Rakyat PAS yang khianat? | [
"ADA seorang wakil rakyat yang membawa lari kerusi PAS kata wakil Rakyat PAS yang khianat bukan dia yang khianat. Sebab wakil Rakyat PAS menang kerana orang bukan Islam undi. Dia pula menang kerana orang bukan Islam undi, bukan kerana orang PAS undi. Dia menang kerana orang undi Pakatan Rakyat bukan kerana undi PAS.",
"Saya jawab, 1. Betullah di sesetengah tempat seperti di Parlimen Bukit Gantang dengan izin Allah, orang bukan Islam mengundi saya. 2. Saya tanya balik, kalau setakat undi bukan Islam sahaja undi saya dan dia, adakah dia boleh menang. 3. Dakwaan beliau boleh diterima kalau dia bertanding di DUN Aulong Taiping atau Pokok Asam. Ini dia pun bertanding di DUN pengundi Melayu 63 peratus. Mungkin di dalam PRU 14 dengan ehsan DAP beliau bertanding di kerusi tersebut. Itu pun kalau DAP sudi memberi laluan. 4. Adakah lambang parti Pakatan Rakyat ada di dalam kertas undi. 5. Semasa dia lafaz baiah hendak menjadi calon adakah dia Sebut Wallahi Wabillahi Watallahi saya akan patuh kepada arahan pimpinan parti Pakatan Rakyat. 6. Berapa orang tenaga orang bukan Islam yang membantu beliau semasa kempen pilihan raya. 7. Bukankah tenaga PAS yang pergi merayu dari rumah ke rumah. Bukankah Jabatan Amal itu orang PAS. Bukankah pengawal keselamatan calon juga daripada orang PAS. Bukankah yang panjat pokok, gantung bendera orang PAS. Bukankah orang PAS yang menjadi perayu undi di bangsal panas daripada pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terpaksa berlawan dengan jentera Umno pada hari mengundi. Bukankah yang penjadi PACA di dalam bilik mengundi juga orang PAS.",
"Tiba-tiba boleh mendakwa dia menang bukan kerana PAS. Cukuplah kamu meletakkan garam di tempat luka orang PAS dengan melarikan kerusi. Lebih baik diam, makan kenyang-kenyang elaun wakil rakyat, tetapi janganlah menghiris perasaan petugas PAS yang ikhlas.",
"Petugas PAS tidak meminta upah dan belas kasihan, cuma mereka minta kejujuran, perkhidmatan dan santunan sahaja. Ahli PAS ikhlas, mereka hanya mendengar arahan dan wala’ daripada pimpinan. Ingat! doa ahli marhaen PAS yang ikhlas, insy-Allah mustajab. – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/presiden-pas-timbalan-menang-tanpa-bertanding/ | Presiden PAS, timbalan menang tanpa bertanding | [
"MUKTAMAR PAS Pusat ke-63 yang akan diadakan di Kedah pada hujung bulan ini pada 29hb April hingga 1 Mei, 2017 akan memilih barisan kepimpinan yang baru bagi sesi 2017/2019 untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14. ",
"Manakala terdapat 5 calon untuk Jawatan Naib Presiden termasuk 3 penyandang sebelum ini dan 40 orang telah dicalonkan untuk Jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipilih oleh perwakilan seramai 18 orang. ",
"Berikut adalah senarai penuh pencalonan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PAS Pusat pada 11hb April, 2017. Calon-calon yang tersenarai tersebut yang menerima pencalonan dikehendaki menyatakan penerimaan pencalonan tersebut sebelum 17hb April 2017.",
"Untuk makluman, peraturan pemilihan pada kali ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pencalonan untuk layak disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan pada muktamar PAS kali ini berbanding dengan dua pencalonan sebelum ini.",
"NAIB PRESIDEN1) YB. Ustaz Haji Idris Ahmad (Penyandang)2) YB. Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah (Penyandang)3) YB. Dato’ Haji Ar. Iskandar Abdul Samad (Penyandang)4) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan 5) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan",
"AHLI JAWATANKUASA KERJA1) Dr. Haji Riduan Mohd Noor 2) YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali 3) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan 4) YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud 5) Dr. Haji Mohd Zuhdi Marzuki 6) YB. Ustaz Haji Sallehen Mukhyi 7) Haji Razman Zakaria 8) YB. Ustaz Haji Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz 9) Puan Dr. Hajjah Rosni binti Adam 10) Haji Mohamad Sanusi Md. Nor 11) Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Zawawi Salleh 12) YB. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan 13) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan 14) Dr. Hajjah Najihatussolehah Ahmad 15) Ustaz Haji Mokhtar Senik 16) YB. Ustaz Haji Abdullah Hussin 17) Ir. Mukhtar Suhaili 18) Ustaz Haji Zaharuddin Mohamad 19) Ustaz Haji Norazli Musa 20) Haji Zainal Abidin Kidam 21) Dr. Ali Akbar Gulasan 22) Haji Mohamad Noor Mohamad 23) Khairul Faizi Ahmad Kamil 24) Dato’ Haji Mustafa Ali 25) YB. Dato’ Haji Ar. Iskandar Abdul Samad 26) Dr. Mohd Fuad Salleh 27) YB. Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff 28) YB. Haji Rosli Abdul Jabar 29) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi 30) YB. Dr. Halimah bt. Ali 31) Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi 32) YB. Hajjah Mumtaz bt. Mat Nawi 33) YB. Ustaz Ahmad Yahya 34) Kamaruzzaman Mohamad 35) Ustaz Misbahul Munir Masduki 36) Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib Embong 37) Iszuree Ibrahim 38) YB. Dato’ Aisyah Ghazali 39) YB. Haji Satiful Bahri Mamat 40) Azman Ibrahim"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/pas-bawa-bpms-di-peringkat-antarabangsa/ | PAS bawa BPMS di peringkat antarabangsa | [
"NAMPAKNYA budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan PAS dihayati semakin baik oleh ahli dan rakyat awam. Rata-rata semakin terdidik dengan budaya idea dan solusi, semakin sedar bahana persepsi dan kebencian. Namun begitu, masih sukar untuk kita menerapkan BPMS dalam memilih pendirian dalam isu-isu di luar negara.",
"BPMS adalah sebuah konsep politik bersifat wasatiyyah. Ia tidak cenderung ke kiri mahupun ke kanan. Ia tidak bersifat ekstrem tetapi tidak terlalu lembut. Menentang sebarang bentuk politik ganas yang membawa huru-hara, dalam masa yang sama tidak sekali-kali membela kezaliman dan orang zalim.",
"BPMS adalah bentuk politik yang membawa pendirian tersendiri. Tidak bersifat berpihak kepada mana-mana pihak. Tidak terlibat dalam komplot politik yang merebut kepentingan tertentu.",
"BPMS mementingkan fakta dan ketepatan. Menjauhi sebarang khabar angin dan propaganda media. Mengamalkan sikap tabayyun yang diajar agama Islam. Tidak terpengaruh dengan sebarang sentimen dan sektarian.",
"Contohnya dalam isu melibatkan krisis di Syria. PAS membaca isu ini dari skop yang luas melibatkan percaturan kuasa besar, peranan media dan kepentingan ummah. Jauh daripada sentimen sunni-syiah, menekankan empati melebihi simpati, mencari solusi jangka panjang bukan bersifat melepaskan batok di tangga sahaja.",
"Malangnya ada yang gagal memahami konsep ini. Mereka mudah terpengaruh dengan media yang mengulang tayang skrip lama kuasa besar demi menghalalkan tindakan politik mereka. Mereka lebih percaya laporan fasik daripada maklumat dalaman yang lebih realiti.",
"Apabila PAS menegaskan pendirian berbeza daripada pendapat popular, PAS dituduh cenderung ke arah kezaliman pemimpin Syria pula. Samalah halnya dengan pendirian PAS dalam menghadapi krisis negara. Apabila PAS memilih untuk berhadapan secara matang dengan kerajaan, dituduh cenderung kepada kezaliman BN pula.",
"Lebih parah, sentimen yang berjaya dimanipulasi media menyebabkan mereka nampak semua cara membanteras krisis adalah halal, termasuklah bersekongkol dengan pengganas antarabangsa no.1, Amerika Syarikat. Kebencian terhadap rejim menyebabkan Amerika dianggap suci. Malah ada yang menggunakan nas agama dengan menganggap mereka adalah bangsa Rom yang diceritakan oleh hadis, dan merekalah kristian yang dibenarkan untuk bekerjasama. Samalah halnya di negara kita, apabila kebencian terhadap Umno BN sehingga menganggap pihak yang menentang Islam itu suci lagi murni hanya kerana mereka memusuhi BN juga.",
"Ada juga yang terlajak mempraktikkan BPMS. Menganggap pendirian PAS sama sebagaimana sebahagian ulama-ulama di Syria dan Mesir yang mentaqdis pemimpin negara mereka. Malah di Malaysia juga, ada yang terlajak mendekati BN sampai semua salah-laku mereka dibutakan. Hanya atas alasan mengelak mafsadah lebih besar.",
"Sebaik-baik jihad adalah berkata benar di sisi pemimpin yang zalim.Tiga poin utama yang terdapat daripada hadis ini bagi menggambarkan sikap BPMS:1. Berkata benar di sisi pemimpin adalah sebaik-baik jihad. Lebih baik daripada jihad mengangkat senjata. Lebih baik daripada jihad peperangan. Lebih baik daripada segala bentuk jihad. Perkara yang harus difahami oleh mereka yang berminda radikal atau revolusioner.2. Berkata benar walaupun pemimpin itu zalim. Tidak takut kepada pemimpin itu. Tidak menyokong atau bermuka-muka kepada pemimpin itu. Perkara yang harus diinsafi oleh mereka yang terlajak BPMS.3. Tuntutan berada di sisi pemimpin zalim. Bagaimana mahu berada di sisi sekiranya mengambil sikap berpatah arang dengan pemimpin? Ia mesti bermula dengan dengan mendekati pemimpin. Perkara yang harus difahami oleh penggiat politik.",
"BPMS tidak wajar dipisahkan daripada ajaran agama. Semua perlu kembali kepada al-Quran dan sunnah. Di atas hanya satu contoh daripada ribuan nas yang perlu diterokai. Barulah BPMS tidak tersasar jauh. – HARAKAHDAILY 11/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/11/disebalik-pemikiran-tok-guru-adanya-datin-sabariah/ | Disebalik pemikiran Tok Guru adanya Datin Sabariah | [
"DI sebalik kejayaan Almarhum Tok Guru sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS, adanya tangan Datin Sabariah yang berkorban jiwa dan raga, siang dan malam menjadi teman yang paling setia ketika susah dan senang kepada suami tersayang.",
"Ketika PAN menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru kononnya mahu menghormati Tok Guru, PAN menidakkan kemahuan Datin Sabariah dan anak-anaknya, mencabuli perasaan seorang isteri dan anak-anak yang memahami isi hati dan pendirian sebenar seorang suami dan seorang ayah terhadap PAS dan pemimpinnya.",
"Kerakusan PAN mengejar kuasa politik dan cita-cita untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam yang dibina Almarhum Tok Guru lebih 20 tahun di Kelantan, malah mengheret nama baik Almarhum Tok Guru dengan rekayasa dan khayalan adalah tindakan yang paling jelek dan kotor yang tidak pernah saya saksikan dalam sejarah dunia politik di Negara ini.",
"Langkah desperado Machiavelli PAN yang disandarkan atas perasaan marah, kecewa dan dendam tanpa mengambilkira perasaan dan maruah keluarga Almarhum Tok Guru amatlah dikesali.",
"PAN tidak ikhlas dengan Seminar Pemikiran Tok Guru kerana di belakang pemikiran Tok Guru adanya tangan Datin Sabariah yang kuat menyokong suaminya. Dan PAN lupa untuk jadikan Datin Sabariah dan anak-anak beliau sebagai pelengkap kepada pemikiran Tok Guru itu.",
"Tidak menyokong permintaan ahli keluarga Almarhum Tok Guru ibarat mengkhianati Almarhum Tok Guru. Tiada gunanya mendabik dada kononnya sayang kepada Tok Guru tetapi tidak sayang kepada apa yang Tok Guru sayang."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/12/hijau-fm-radioku-warnai-fikrahku/ | Hijau.FM, Radioku Warnai Fikrahku | [
"Berlalu sudah “Malam Apresiasi Hijau.FM Bersama Tok Guru” pada 8 April 2017 bertempat di Hotel De Palma Ampang, Selangor yang telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, YBhg Tuan Guru Hashim Jasin. Turut hadir, Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad, Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor serta ADUN-ADUN PAS. Kelihatan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), pimpinan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (ikatan) dan pimpinan-pimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut hadir meraikan Malam Apresiasi Hijau.fm yang julung kali diadakan.",
"Tema “Radioku, Warnai Fikrahku” ditonjolkan pada program ini. Tuan Guru Hashim Jasin berkata pada ucapan perasmian beliau iaitu “semoga tema Radioku, Warnai Fikrahku oleh Hijau.FM ini dapat membentuk fikrah para pendengar Hijau.FM”",
"Antara yang menarik pada program ini ialah beberapa pengisian dari rancangan-rancangan Hijau.FM bertepatan dengan konsep acara “radio konti”. Para hadirin dapat melihat penyiar-penyiar Hijau.FM dengan variasi gaya mengacara program mereka. Antaranya ialah rancangan “Celoteh Bersama KakG”, Expresi, Khabar Dari Selangor, Khabar Dari Kelantan, InfoPromo, Kapsul Motivasi, Berita Semasa, dan pelbagai lagi. Lagi menarik, para hadirin ditunjukkan bagaimana sebuah “Drama Radio” yang diusahakan oleh Ketua Penerbit Rancangan, Azahari Abdullah.",
"Para hadirin juga agak terpegun dengan konsep “radio konti” yang dibawa dalam program ini. Tahniah kepada para Krew Hijau.FM yang berjaya membawa “kelainan” dari konsep yang biasa. Sudah pasti Hijau.FM ingin persembahkan kepada hadirin tentang bagaimana sesebuah radio dioperasikan terutama rancangan-rancangannya.",
"Tidak dilupakan juga persembahan qasidah dan juga slot “Kuliah Bersama Ustaz Hadi Talha” yang bermula pada 6.00 petang lagi dikendali oleh Penyiar Hijau.FM.",
"Hijau.fm adalah radio internet dan rakan strategik bicara Harakah sejak awal lagi.Sehubungan ini, krew bicara Harakah mengucapkan selamat majujaya kepada Hijau.fm yang berkecimpung dalam bidang penyiaran."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/12/rafizi-pkr-terlalu-bersangka-buruk/ | Rafizi PKR terlalu bersangka buruk | [
"Yang terbaru adalah perumpamaan dua ekor biawak iaitu salah satu darinya jauh lebih banyak penyakitnya kerana dijadikan ‘pusat pengumpulan sampah’ dari Umno dan PAS.",
"Tetapi Rafizi PKR sehingga ke saat ini masih tetap dengan sangkaan buruknya dalam soal Kerajaan Perpaduan PAS-Umno. Rakyat boleh saksikan sendiri kenyataan fitnahnya berkenaan drama dan sandiwara yang kononnya sedang berlaku di antara PAS dan Umno, di antara Najib dan Tuan Guru Presiden PAS ketika sesi pembentangan RUU 355 tempohari, walaupun kerjasama yang terjalin hanya berlaku di atas isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam semata-mata.",
"Kenapa Rafizi masih meragui Tuan Guru Presiden PAS? Malah mahu dihubungkaitkan dengan satu sumbangan dana RM90 juta 1MDB yang kononnya disalurkan daripada Umno kepada PAS.",
"Yang menjadi humornya adalah sikap terus percayanya dia ke atas posting provokasi Pesuruhjaya PAS Perak berkenaan komposisi kerusi dalam sebuah Kerajaan yang dipanggil Kerajaan Islam Nusantara tetapi sukar untuk menelan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS yang berulang kali menolak cadangan Kerajaan Perpaduan dengan Umno.",
"Sudah lupakah Rafizi bahawa Kerajaan Perpaduan dengan mana-mana parti tidak boleh berlaku tanpa restu perwakilan PAS, majlis syura serta ajk PAS pusat. Lebih-lebih lagi apabila MSU meletakkan tiga prinsip asas dalam mana-mana jalinan kerjasama dengan pihak ketiga iaitu Islam Memimpin, Islam Untung serta jalinan kerjasama atas dasar Islam semata-mata. Dan Umno tidak terkecuali dari keperluan untuk memenuhi syarat tahaluf siyasi itu.",
"Yang menariknya, Rafizi juga dilihat seolah-olah tidak suka dengan jalinan kerjasama yang berlaku di antara umat Islam walaupun berbeza fahaman politik. Walaupun kuasa politik Islam semakin jatuh merudum selepas PRU Ke-13 tempohari. Membuka ruang kepada golongan sekular, liberal dan plural untuk lebih berani mengkritik masyarakat Islam dan amalannya, beliau dilihat seolah-olah rela untuk terus bersengkongkol dengan DAP tanpa menghiraukan kesan buruk terhadap kedudukan kuasa politik Islam di negara ini.",
"Islam perlu dominan kerana Islam adalah penyelamat kepada seluruh alam. Adakah Rafizi tidak suka Islam jadi penyelamat kepada negara dan rakyatnya?"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/12/pemuda-harapan-perlu-hormati-pendirian-pas/ | Pemuda Harapan perlu hormati pendirian PAS | [
"Laman sosial PAN menyebut konvensyen Pemuda Pakatan Harapan Kelantan akan diadakan 15 April ini mengundang Timbalan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Selain itu Naib Preiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Presiden PAN yang baru dilantik Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor dan Datuk Zaid Ibrahim (DAP). – HARAKAHDAILY 12/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/12/pelabur-minat-bina-stadium-di-bukit-merbau/ | Pelabur minat bina stadium di Bukit Merbau | [
"“Pelabur sudah ada. Mereka juga sedang meneliti butiran perjanjian sebelum memulakan projek stadium di Bukit Merbau,” katanya selepas merasmikan Karnival Bio Kelantan 2017 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu petang tadi.",
"Projek pembinaan stadium tersebut sebelum ini dirasmikan mantan Menteri Besar, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tertangguh kerana faktor kewangan. – HARAKAHDAILY 12/4/2017"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/12/pendidikan-seks-harus-dalam-kerangka-islam/ | Pendidikan seks harus dalam kerangka Islam | [
"Rasional pendidikan seks dalam sistem pendidikan nasional kerana meningkatnya pelbagai kes sumbang mahram dan juga penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak, tidak harus menyebabkan pendidikan seks diperkenal dengan cara dan pendekatan yang tidak sesuai dengan agama.",
"Pendidikan Islam yang berteraskan kepada hukum dan panduan pergaulan serta hubungan antara lelaki dan wanita dalam Islam, termasuk hukum mahram dalam sistem kekeluargaan Islam, sepatutnya menjadi teras kepada pendidikan berkaitan dengan isu tesebut.",
"Kami tidak percaya bahawa cara pendidikan sekular barat yang sangat liberal dalam hal gaya hidup seks akan berkesan dalam membendung gejala salah laku seks dalam masyarakat terutama dikalangan generasi muda.",
"Pendidikan liberal Barat berorientasikan kebebasan yang lebih menekankan “seks selamat” (safe sex) bukan hubungan yang berdasarkan hukum agama yang menjaga adab dan hubungan yang sah mengikut syariat Islam.",
"Dengan hanya memberi fokus kepada soal hubungan yang selamat dari sudut fizikal tidak akan mengekang budaya hidup seks liar sebagai suatu gejala yang semakin merebak dalam masyarakat.",
"Meningkatnya kes buang anak dan salah laku seks harus dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh. Sistem sosial, kehilangan nilai moral, pengaruh media sosial, pornografi dan budaya hidup liar adalah penyumbang kepada gejala berkaitan. Ia bukan hanya berkaitan kerana tidak ada pendidikan seks atau undang-undang yang lebih tegas.",
"Kurikulum kini Pendidikan Reproduktif dan Sains Kesihatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada 1989 untuk sekolah menengah dan 1994 untuk sekolah rendah perlu diperkukuhkan dengan menekankan soal hukum agama.",
"Budaya hidup masa kini yang mendedahkan kanak-kanak kepada jenayah seks berlaku dalam pergaulan tanpa kawalan bukan sahaja oleh ibu bapa malah masyarakat keseluruhannya.",
"Pemikiran dan gaya hidup liberal yang semakin menguasai masyarakat menambah lagi kecenderungan kanak-kanak diperangkap menjadi mangsa kepada pelbagai gejala dan jenayah seks.",
"Mapim mengesa pihak kerajaan menggujudkan panel penggubal pendidikan sosial dan kesihatan bersama pakar pendidikan Islam supaya pendekatan sepadu antara ilmu pengetahuan sains kesihatan dan nilai serta hukum agama dapat diterapkan dikalangan kanak-kanak dan anak remaja dibangku sekolah lagi.",
"Kami juga percaya bahawa pendidikan kepada ibu bapa untuk menangani gejala jenayah seks yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa, perlu dilaksanakan secara konsisten.",
"Kami percaya jika pendidikan Islam disepadukan dengan pendidikan sosial dan kesihatan, isu gejala salah laku seks ke atas kanak-kanak ini dapat diatasi dengan lebih berkesan. – HARAKAHDAILY 12/4/2017"
] |