url
stringlengths
28
237
headline
stringlengths
6
180
content
sequence
https://wartaoriental.com/2023/07/12/polis-kasari-wanita-hamil-enam-bulan-diarah-bersara/
Polis kasari wanita hamil enam bulan diarah bersara
[ "Tangkap layar menunjukkan Nerillia Laurent ditolak ke lantai oleh Matthew McNichol.", "MIAMI: Tindakan seorang pegawai polis di Boca Raton bertindak kasar terhadap seorang wanita kulit hitam yang sedang hamil ketika membuat rondaan mencetus kemarahan ramai selepas video insiden berkenaan tular baru-baru ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, polis dipanggil ke tempat kejadian di kawasan jalan di Boca Raton pada Mei lalu oleh seorang saksi yang gusar melihat pasangan Harry Hardy dan Nerillia Laurent sedang bertengkar di dalam sebuah kereta.", "Rakaman kamera badan menunjukkan pegawai polis, Matthew McNichol menghampiri kenderaan berkenaan dan memberitahu pasangan itu supaya berhenti membuat kecoh di tempat awam sebelum meminta kad pengenalan mereka.", "McNichol kemudian bertindak menarik lengan Laurent keluar dari kereta dan memusingkannya ke belakang sebelum menolak wanita itu ke lantai.", "Henry yang melihat kejadian itu menjerit memberitahu isterinya hamil enam bulan dan cuba menghalangnya tetapi terpaksa berundur selepas diancam dengan pistol taser oleh McNichol dan seorang lagi pegawai polis.", "Laurent terus menjerit memberitahu dia hamil namun McNichol terus memberitahunya berkali-kali bahawa dia ‘tidak peduli’.", "Ramai penduduk turut meluahkan rasa tidak puas hati selepas McNichol diarahkan bersara daripada pasukan itu walaupun siasatan terhadap tingkah lakunya masih berjalan sementara pasangan itu didakwa kerana melawan pihak berkuasa.", "“Saya hanya berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi kepada pasangan lain. Saya tidak mahu ada anak kecil lain yang trauma dengan keadaan seperti itu lagi,” kata Laurent kepada CBS News", "Polis kasari wanita hamil enam bulan diarah bersara" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/28/kabel-bawah-tanah-rosak-punca-gangguan-elektrik-di-tebobon-sepanggar-manggatal/
Kabel bawah tanah rosak punca gangguan elektrik di Tebobon, Sepanggar, Manggatal
[ "KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Tebobon, Sepanggar, Manggatal pada malam Ahad adalah berpunca daripada kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).", "Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Idris Mohd. Noor berkata, hasil daripada analisa pasukan teknikal SESB yang melakukan pencarian punca gangguan mendapati terdapat kerosakan kabel bawah tanah yang disyaki terkesan daripada pembesaran jalan di kawasan tersebut.", "“Kabel milik SESB disyaki termampat akibat daripada kerja-kerja pembesaran jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Dalam pada itu, beliau berkata, SESB kini di dalam tindakan untuk menaik taraf sistem pembahagian bekalan elektrik dari Pencawang Pembahagi Utama Menggatal untuk meningkatkan daya harap serta mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan di kawasan tersebut." ]
https://wartaoriental.com/2023/06/17/tuduh-saya-bawa-islam-berlebihan-dalam-pentadbiran-pandangan-haprak-anwar/
‘Tuduh saya bawa Islam berlebihan dalam pentadbiran pandangan haprak’ – Anwar
[ "Anwar Ibrahim merasmikan Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah di Kampung Melele, Kodiang di Kubang Pasu.", "KUBANG PASU: Perdana Menteri menempelak kelompok kecil yang melabel beliau bersikap Islamist atau menerapkan konsep Islam secara berlebihan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan sebagai pandangan yang haprak.", "Menurut Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah beliau memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang tidak hanya tertakluk kepada soal agama dan perundangan Islam bukan bertujuan seperti tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.", "“Jakim sekarang di bawah pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan ini diperluas tugasnya untuk turut membicara soal ekonomi, program digital dan kurikulum pendidikan.", "“Tanggungjawab itu lebih luas supaya nilai Islam diterapkan dan ini pula ditentang oleh pihak yang tidak faham dalam kalangan kelompok kecil bukan Islam sehingga menulis secara kasar kononnya Anwar sekarang mempamerkan sikap Islamist yang kukuh yang cuba diselindungi selama ini dengan mengarahkan Jakim menguasai semua sistem.", "“Ini haprak punya pandangan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah di Kampung Melele, Kodiang di sini hari ini.", "Menurut Perdana Menteri, tuduhan yang dilemparkan segelintir orang bukan Islam itu menunjukkan mereka tidak faham kepentingan mendidik masyarakat mengenai konsep Islam sebenar.", "Jelasnya, jika umat Islam tidak mendapat kefahaman dalam ajaran Islam yang tepat, adalah dibimbangi berlaku pertembungan antara masyarakat yang lebih serius pada masa hadapan.", "“Saya nak bagitahu rakan-rakan bukan Islam terima kasih atas sokongan mereka tapi mereka juga harus faham yang umat Islam ini ilmunya dangkal, sikapnya itu bengis dan keras tidak akan membawa rakyat menarik dan meminati Islam.", "“Maka masa depan kita lebih celaru dari segi pertarungan, pertembungan antara dua pihak ini. Jadi itu sebab mengapa saya bentuk Yayasan Karyawan dan tugas mereka adalah menerbitkan karya-karya besar (untuk membantu isu ini),” jelasnya.", "Dalam pada itu Anwar berkata, beliau tidak ada masalah untuk menerima kritikan yang diberikan terhadapnya atau Kerajaan Perpaduan ketika ini tetapi mengingatkan pihak-pihak berkenaan agar tidak sampai melakukan fitnah yang jelas tidak boleh diterima.", "“Saya minta sekali lagi, kalau kita hendak pertahan Islam, ada banyak lagi boleh kritik saya, saya boleh terima. Kritik kerajaan, saya boleh terima, tetapi fitnah tidak boleh.", "“Ada pandangan umpamanya kalau tidak bersama parti ini bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah, itu parah. Ustaz dan guru agama mesti tegur, janganlah kita punya ketaasuban kepada parti mengatasi ‘Al Islamu ya’lu wa laa yu’la alaih’,” katanya.", "‘Tuduh saya bawa Islam berlebihan dalam pentadbiran pandangan haprak’ – Anwar" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/31/presiden-ukraine-beri-amaran-peperangan-bakal-berlaku-di-russia/
Presiden Ukraine beri amaran ‘peperangan’ bakal berlaku di Russia
[ "Volodymyr Zelensky", "KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memberi amaran bahawa ‘peperangan’ yang kini sudah bermula di Russia akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow.", "Ini adalah antara serangan balas pertama Ukraine di bumi Russia sejak tentera Moscow menceroboh Ukraine pada 24 Februari 2022.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, peperangan akan ‘dikembalikan’ secara berperingkat ke Russia, khususnya membabitkan pusat simbolik dan pangkalan tenteranya.", "“Ini satu tindakan yang adil dan tidak dapat kami elakkan,” katanya selepas melawat Ivano-Frankivsk, sebuah bandar di bahagian barat negara itu.", "Pada masa sama, kata Zelensky, Ukraine kini semakin kuat, namun masih harus bersiap sedia menghadapi serangan baharu Moscow terhadap infrastruktur tenaga negara itu, ketika musim sejuk.", "Katanya, ketika ini persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan sudah dibincangkan di Ivano-Frankivsk.", "Sementara itu, menurut Kementerian Pertahanan Russia, pihaknya menembak jatuh tiga dron Ukraine awal semalam, yang cuba menyasarkan Moscow dalam serangan kedua seumpama itu dalam seminggu.", "Menurutnya, dua dron terhempas di daerah Moskva-Citi selepas dibawa turun menggunakan peralatan radio-elektronik.", "“Pertahanan udara juga menembak jatuh satu lagi dron di udara di atas kawasan Odintsovo di wilayah Moscow.", "“Pada pagi 30 Julai, percubaan serangan oleh rejim Kyiv menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu terhadap sasaran di bandar Moscow digagalkan,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.", "Sementara itu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata, tiada individu dilaporkan cedera, sebaliknya serangan hanya menyebabkan kerosakan kecil di dua bangunan pejabat di daerah perniagaan Moskva-Citi.", "Menurut media Russia, kawasan itu yang jaraknya beberapa kilometer dari Kremlin, terkenal dengan menara pencakar langit yang moden.", "Katanya, salah satu bangunan yang rosak menempatkan kediaman milik tiga kementerian kerajaan Russia serta pangsapuri.", "Dron milik musuh dilapor menyasarkan ibu kota Russia sejak beberapa bulan lalu, namun ia tidak menyebabkan kerosakan teruk.", "Bagaimanapun, perkembangan itu menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak berkuasa Russia yang sebelum ini meyakinkan rakyatnya bahawa negara berkenaan sudah mengawal sepenuhnya keadaan melalui operasi tentera khas terhadap Ukraine.", "Serangan melalui dua dron di Kremlin pada Mei lalu menjadi serangan pertama paling berprofil tinggi terhadap Russia yang sebelum ini hanya menyaksikan pertempuran di Ukraine dan bukan di negara sendiri.", "Isnin lalu, menurut tentera Russia, negara itu menggagalkan satu lagi serangan ke atas Moscow menggunakan dua dron, salah satunya disasarkan berdekatan dengan ibu pejabat Kementerian Pertahanan.", "Berdasarkan tinjauan Reuters, kawasan berkenaan dipenuhi dengan serpihan kaca dan dokumen pejabat itu dikepung oleh polis dan perkhidmatan kecemasan.", "Menurut agensi berita TASS, semua penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas dari lapangan terbang Vnukovo di Moscow, digantung seketika susulan serangan berkenaan.", "Presiden Ukraine beri amaran ‘peperangan’ bakal berlaku di Russia" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/08/rumah-pekerja-rumah-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-berasingan-di-kk-kudat/
Rumah pekerja, rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran berasingan di KK, Kudat
[ "Keadaan kebakaran yang memusnahkan rumah pekerja 22 pintu di Inanam pagi tadi.", "KOTA KINABALU: Sederet rumah pekerja 22 pintu musnah terbakar di sini pagi tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian berlaku di Jalan Tuaran Batu 7, Inanam, pada kira-kira jam 7 pagi.", "Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 7.12 pagi dan sepasukan 13 anggota dari BBP Lintas dan lapan anggota dari Balai Bantuan BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian yang terletak lima kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja 22 pintu jenis kontena (besi) berukur 10×20 kaki setiap unit telah terbakar 100 peratus.", "“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 100 kaki empat pancutan dan satu aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berdekatan,” katanya. ", "Menurut Agustavia, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.40 pagi.", "Operasi ditamatkan pada jam 9.29 pagi.", "Sementara itu, di KUDAT, sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal terbakar di Kampung Tanjung Kapor, pada kira-kira jam 4 petang tadi.", "Ketua BBP Kudat, PPgB Ishak Jabas berkata, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 4.27 petang dan sepasukan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK I KUP Mohd Saidi Tabin bergegas ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian yang terletak empat kilometer dari BBP itu, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal anggaran keluasan 20’X30’ kaki telah terbakar 100 peratus.", "“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200’ kaki dua pancutan dan sumber air didapati daripada pili bomba berdekatan,” katanya. ", "Kata Ishak, tiada mangsa terlibat dilaporkan, dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.45 petang. ", "Operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang." ]
https://wartaoriental.com/2023/04/29/pemandu-myvi-acu-pistol-selepas-berang-dihon/
Pemandu Myvi acu pistol selepas berang dihon
[ "Pistol angin jenama Wingun Patent Super Sport 702 Cal. 6mm BB yang dirampas polis bersama enam peluru jenama Wingun 700 dan satu bungkusan lut sinar mengandungi manik plastik warna hijau.", "MELAKA: Seorang mekanik berdepan detik cemas selepas diacukan sepucuk pistol di kepalanya dalam kejadian di hadapan Melaka Mall di sini, awal pagi semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, insiden berlaku berikutan suspek yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berasa tidak puas hati apabila mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon kepadanya.", "Jelasnya, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 24 tahun telah bergelut dengan suspek berumur 29 tahun sebelum berjaya merampas senjata berkenaan.", "Beliau berkata, suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan kenderaannya, namun berjaya ditahan oleh mangsa dengan bantuan orang awam.", "“Pergaduhan berlaku apabila suspek dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Lebuh Ayer Keroh menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon dan menjerit perkataan ‘hoi’ kepada suspek.", "“Suspek mengarahkan mangsa berhenti di hadapan Melaka Mall dan telah mengeluarkan sepucuk pistol sebelum mencekak belakang leher mangsa menggunakan tangan kanan dan mengacukan senjata itu di kepala kiri mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.", "Tambah Christopher, semakan mendapati, suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan sedang menjalani pengawasan (PS) di Balai Polis Bukit Baru sejak 1 November 2021 sehingga 1 November 2023, atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.", "Ujarnya, saringan ujian air kencing suspek bagaimanapun negatif dan dia kini ditahan reman selama enam hari di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 (1) (a) Akta Senjata Api 1960.", "“Suspek mengakui telah membeli senjata berupa pistol angin jenama Wingun Patent Super Sport 702 Cal. 6mm BB itu daripada rakannya dan kini pihak polis sedang mengesan individu terbabit untuk siasatan lanjut.", "“Polis turut merampas enam peluru jenama Wingun 700 dan satu bungkusan lut sinar mengandungi manik plastik warna hijau,” katanya. ", "Pemandu Myvi acu pistol selepas berang dihon" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/08/india-roboh-rumah-setinggan-menjelang-persidangan-g20/
India roboh rumah setinggan menjelang persidangan G20
[ "Penduduk mencari barangan yang boleh digunakan selepas kem rumah setinggan di Jew Delhi dirobohkan pihak berkuasa.", "NEW DELHI: India bakal menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak G20 pada hujung minggu ini dan majlis antarabangsa itu diharapkan dapat memberi faedah kepada penduduk setempat.", "Namun, sangkaan mereka meleset apabila kawasan setinggan di Kem Janta, New Delhi dirobohkan oleh pihak berkuasa menjelang persidangan tersebut.", "Menurut Utusan Malaysia, Dharmender Kumar, Khushboo Devi dan tiga anak mereka antara penduduk yang rumah mereka drobohkan sejak beberapa bulan lalu.", "“Kami ingat persidangan itu akan beri sedikit kebaikan untuk kami yang hidup dalam keadaan daif, rupanya ia hanya menyebabkan kami hilang rumah, hilang tempat berlindung,” rintih Kumar.", "Pegawai yang mewakili Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi yang bertindak merobohkan kawasan setinggan itu, bagaimanapun berkata, rumah itu dibina secara haram di atas tanah kerajaan dan proses memindahkan penduduk akan dibuat secara berterusan.", "Rumah dikawasan setinggan seperti di Kem Janta sudah dibina selama bertahun-tahun dengan kebanyakan penduduknya bekerja di kawasan berhampiran dan tinggal di dalam rumah kecil.", "Operasi merobohkan setinggan itu bermula sejak empat bulan lalu. Jentolak dibawa ke Kem Janta pada Mei dan rakaman video menunjukkan rumah sementara yang diperbuat daripada kepingan timah dirobohkan dengan sebahagian daripada penduduk dilihat menangis.", "Kem itu terletak berhampiran Pragati Maidan iaitu lokasi utama Sidang Kemuncak G20 bakal diadakan.", "Kebanyakan daripada 20 juta penduduk di New Delhi tinggal di daerah yang sebahagian besarnya tidak dirancang dan dipenuhi dengan perumahan haram.", "Pada 2021, Menteri Perumahan dan Hal Ehwal Bandar, Hardeep Singh Puri ketika bercakap di Parlimen memaklumkan 13.5 juta orang tinggal di kawasan yang tidak dibenarkan di Delhi.", "“Kerajaan sedang merobohkan setinggan dan memindahkan orang yang hidup sukar atas dasar memperlihat keindahan bandar raya ini tanpa sebarang kebimbangan mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” kata pengarah eksekutif dan ahli pengasas Pusat Pembangunan Holistik yang berpangkalan di New Delhi, Sunil Kumar Aledia. ", "India roboh rumah setinggan menjelang persidangan G20" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/14/tawaran-lumayan-di-arab-saudi-tidak-mampu-goda-lewandowski/
Tawaran lumayan di Arab Saudi tidak mampu goda Lewandowski
[ "Robert Lewandowski", "MADRID: Ketika ramai bintang bola sepak dunia memilih Arab Saudi sebagai destinasi untuk menamatkan karier mereka, Robert Lewandowski tidak berminat biarpun ditawarkan gaji yang lumayan.", "Selepas Cristiano Ronaldo, Karim Benzema menjadi nama besar terbaharu bakal beraksi dalam Liga Pro Saudi.", "Menurut Utusan Malaysia, kelab-kelab kaya negara itu masih ghairah memburu pemain ternama ke liga tersebut dengan N’Golo Kante dan Roberto Firmino bakal mengikuti jejak mereka.", "“Tiada isu, saya tidak memikirkannya.", "“Terutama kerana kontrak saya (dengan Barcelona) masih ada untuk sementara waktu ini.", "“Saya melihat apa yang berlaku (di Arab Saudi) tetapi ia tidak membimbangkan saya, kerana saya mempunyai keutamaan lain pada masa ini,” kata Lewandowski.", "Bintang penyerang Poland berusia 34 tahun itu menepati kriteria yang dicari-cari oleh kebanyakan kelab di Liga Arab Saudi.", "Begitupun, Lewandowski percaya, dia masih mampu memberikan prestasi terbaik buat Barcelona selepas meninggalkan Bayern Munich. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/tawaran-lumayan-di-arab-saudi-tidak-mampu-goda-lewandowski/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/tawaran-lumayan-di-arab-saudi-tidak-mampu-goda-lewandowski/" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/03/pelatih-puspen-maut-dipercayai-dipukul/
Pelatih PUSPEN maut dipercayai dipukul
[ "IPOH: Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Perlop, Sungai Siput maut dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian pelatih lelaki warga tempatan berusia 50 tahun itu diperolehi selepas bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.", "“Polis menerima maklumat kematian lelaki itu pada pukul 12.55 tengah hari, Selasa lalu. Siasatan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa.", "“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Siput sebelum dirujuk ke HRPB untuk tujuan bedah siasat.", "“Hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian belakang badan mangsa akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya di sini hari ini.", "Menurut beliau, berikutan itu, pihaknya telah menahan tiga kakitangan pusat pemulihan berkenaan dan seorang pelatih berusia lingkungan 30 hingga 38 tahun untuk siasatan.", "Katanya, kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Rabu depan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih kepada umum dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujar beliau.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pelatih-puspen-maut-dipercayai-dipukul/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pelatih-puspen-maut-dipercayai-dipukul/" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/12/%e8%b7%b3%e6%b5%b7%e8%ba%b2%e9%81%bf%e8%ad%a6%e5%af%9f-%e7%94%b7%e5%ad%90%e6%ba%ba%e6%b0%b4%e8%ba%ab%e4%ba%a1/
跳海躲避警察 男子溺水身亡
[ "(山打根十二日訊)週五1名菲律賓男子為逃避警方逮捕,跳入海中逃逸,事後被發現溺水身亡。", "山打根消防和救援站(BBP)官員PKPgB Nor Azizi Che Noh表示,昨晚9時48分,由死者的同事組成的救援團隊發現死者。", "據報導,死者涉嫌在山打根的甘榜Pukat Pasir Putih參與群毆後,逃脫了警方的逮捕。", "消拯隊到達距離15公里外的事發地點後,由行動指揮官PBK II Alan Ayuh率領的水上救援隊被告知,有1名男性恐怕已經溺斃。", "「根據警方提供的信息,這名18歲的菲律賓人,於2月10日跳海躲避警方追捕。最初,海事部門進行了大約一個小時的搜索行動,但沒有找到他。」", "消防隊使用表面救援方法進行了搜救(SAR)行動。" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/30/warden-tahfiz-dituduh-pijak-perut-pukul-pelajar-guna-rotan-buluh/
Warden tahfiz dituduh pijak perut, pukul pelajar guna rotan buluh
[ "Tertuduh tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memijak perut dan memukul empat pelajarnya sehingga cedera.", "MELAKA: Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak yang memijak perut dan memukul empat pelajarnya sehingga cedera berbalas, selepas warga Singapura itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Muhammad Farhan Abdul Rashif, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail.", "Berdasarkan dua pertuduhan ke atasnya, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas dua pelajarnya berusia 14 tahun empat bulan dan 14 tahun 11 bulan telah mendedahkan remaja itu kepada bahaya.", "Mangsa dipercayai telah ditampar dan ditumbuk pada bahagian pipi, ditendang pada perut dan dipijak pada dada, manakala seorang lagi mengalami kecederaan fizikal di bahagian kaki kanan.", "Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah guru sebuah pusat tahfiz dalam daerah Melaka Tengah pada 7 dan 8 Mei 2023.", "Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum tidak melebihi RM50,000 mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 31 (2) akta sama, jika sabit kesalahan.", "Untuk tiga lagi pertuduhan, tertuduh turut didakwa di bawah seksyen sama melibatkan dua lagi pelajarnya yang ketika kejadian berumur 15 tahun.", "Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan telah mendedahkan remaja itu kepada bahaya dengan cara menampar pipi dan memukul badan sebelah kiri mangsa menggunakan rotan buluh, manakala seorang lagi dipijak di bahagian perut.", "Kesalahan itu dilakukan di surau dan gelanggang bola pusat tahfiz sama pada pertengahan Februari dan 10 Mei 2023.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa dan dikhuatiri tertuduh pulang ke negara asalnya dalam tempoh prosiding.", "Peguam Faathir Imran merayu jaminan dibenarkan dengan alasan pusat tahfiz terlibat telah ditutup.", "Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.", "Pada 13 Mei lalu, Utusan Malaysia melaporkan, mudir dan warden asrama sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak yang dipercayai terlibat dengan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak direman empat hari.", "Utusan Malaysia", "Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Bahiyah Kamaluddin sehingga 16 Mei terhadap suspek yang juga warga Singapura.", "Kedua-dua tertuduh yang juga adik beradik disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, susulan enam laporan dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz berkenaan, berumur antara 13 hingga 15 tahun.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2023/05/warden-tahfiz-dituduh-pijak-perut-pukul-pelajar-guna-rotan-buluh/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2023/05/warden-tahfiz-dituduh-pijak-perut-pukul-pelajar-guna-rotan-buluh/" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/06/dua-beradik-wanita-rugi-rm658000-ditipu-phone-scam/
Dua beradik wanita rugi RM658,000 ditipu ‘phone scam’
[ "KUALA TERENGGANU: Dua beradik wanita yang merupakan seorang guru dan pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM658,000 dipercayai menjadi mangsa ‘phone scam’ pada Februari lalu.", "Kejadian berlaku selepas mangsa berusia 56 dan 62 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa daripada syarikat insurans dan pihak polis.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek memperdaya mangsa dengan mengatakan maklumat diri mereka disalah guna bagi tujuan jenayah.", "“Melalui panggilan telefon berkenaan, suspek memaklumkan kepada dua wanita itu bahawa mereka terlibat dengan penggubahan wang haram dan jenayah dadah.", "“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuka akaun bank dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun terbabit dengan alasan mahu menolong menyelesaikan kes itu.", "“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah membaca berita jenayah ‘phone scam’ sebelum mendapati wang di dalam akaun tersebut berkurang RM500,000 dan RM158,000,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.", "Abdul Rahim memberitahu, kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada 4 April lalu di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.", "Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. ", "Dua beradik wanita rugi RM658,000 ditipu ‘phone scam’" ]
https://wartaoriental.com/2023/11/07/anjing-liar-di-russia-hidap-obesiti/
Anjing liar di Russia hidap obesiti
[ "Krugets mengalami masalah obesiti yang teruk hingga tidak boleh berjalan.", "MOSCOW: Seekor anjing liar di bandar Nizhny Novgorod di Russia mengejutkan ramai kerana berat badannya yang obes sehingga tidak lagi boleh berdiri seperti biasa.", "Jarang sekali melihat anjing liar boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram (kg) tetapi tidak bagi Krugets yang kini sudah menjadi sangat gemuk dan menghidapi pelbagai masalah kesihatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Krugets ditemui oleh seorang sukarelawan baru-baru ini yang terkejut melihat keadaannya selepas mendengar anjing itu menyalak kesakitan setiap malam dan hampir tidak dapat bangun kerana mengalami masalah sakit sendi.", "“Krugets mempunyai berat 99.9 kilogram dan tiada siapa yang dapat memahami bagaimana seekor anjing liar boleh menjadi begitu gemuk. Kemungkinan kerana  haiwan ini berkeliaran di pasar yang sibuk di mana orang sering membuang sisa makanan.", "“Pada masa ini, Krugets sudah diperiksa oleh pakar pemakanan. Ujian imbasan sinar X juga perlu dilakukan tetapi anjing ini mesti kehilangan sekurang-kurangnya 50 kg supaya sinar X yang dibuat dapat menembusi sendi,” kata salah seorang sukarelawan yang menjaganya.", "Anjing berusia lima tahun itu memerlukan ubat penahan sakit setiap hari dan hanya boleh diletakkan di atas kereta sorong kerana tiada sangkar besar di pusat veterinar yang boleh memuatkan saiz tubuhnya yang besar.", "Namun Krugets sangat manja dan ramai pencinta haiwan dilaporkan menderma untuk menyokong usaha sukarelawan membantu menyembuhkan penyakit serta menurunkan berat badannya.", "Anjing liar di Russia hidap obesiti " ]
https://wartaoriental.com/2023/05/06/covid-19-bukan-lagi-darurat-kesihatan-global/
Covid-19 bukan lagi darurat kesihatan global
[ "Tedros Adhanom Ghebreyesus", "LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 kini bukan lagi dikategorikan sebagai darurat kesihatan global.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, beliau bersetuju menerima saranan untuk menamatkan status Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) yang dinyatakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan yang ke-15 di London.", "“Semalam, Jawatankuasa Kecemasan bermesyuarat buat kali ke-15 dan mengesyorkan kepada saya supaya saya mengisytiharkan penamatan kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa. ", "“Saya menerima nasihat itu. Oleh itu dengan penuh harapan saya mengisytiharkan Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global,” katanya.", "Wabak berkenaan sudah membunuh lebih 6.9 juta orang, mengganggu ekonomi global dan memusnahkan komuniti.", "Namun pandemik itu menunjukkan trend penurunan sejak setahun lalu daripada tempoh puncak lebih 100,000 orang seminggu pada Januari 2021 kepada hanya sekitar 3,500 kes dalam seminggu hingga 24 April lalu.", "“Trend ini membolehkan banyak negara kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Covid-19 melanda.", "“Namun, ia tidak bermakna Covid-19 bukan satu ancaman kesihatan global,” katanya lagi.", "WHO sebelum ini mengisytiharkan Covid-19 sebagai darurat kecemasan awam pada Januari 2020, kira-kira enam minggu selepas virus tersebut melanda.", "Status itu membolehkan masyarakat antarabangsa memberi tumpuan kepada ancaman kesihatan itu, di samping mempertingkatkan kerjasama bagi menghasilkan vaksin dan rawatan.", "Covid-19 bukan lagi darurat kesihatan global" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/28/wanita-dilaporkan-hilang-ditemukan-maut-dalam-kereta/
Wanita dilaporkan hilang ditemukan maut dalam kereta
[ "PETALING JAYA: Kehilangan seorang wanita sejak Rabu lalu terungkai apabila dia ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dalam kenderaannya di tapak parkir Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara kelmarin.", "Mayat wanita berkenaan ditemukan pada pukul 10.50 pagi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kota Damansara bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.", "“Sampai di lokasi, pihak polis menemukan mayat seorang wanita berada dalam sebuah kereta jenis Honda City.", "“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30 tahun dalam kenderaan tersebut yang berkunci,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Menurut beliau, pihaknya turut menemukan satu periuk berisi arang batu yang dibakar dalam kereta terbabit.", "“Mangsa juga dilaporkan hilang sejak Rabu lalu oleh keluarganya di Taman Kepong, Kuala Lumpur.", "Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk mengetahui punca kematian serta ujian saringan Covid-19,” jelasnya.", "Tambah beliau, mana-mana pihak yang mempunyai makluman mengenai kejadian atau mengenali mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.", "Wanita dilaporkan hilang ditemukan maut dalam kereta" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/31/kktp-tumilombus-tumopot-monokodung-inggisamna-mongingkuri-waya-kosimbanon-tawan/
KKTP tumilombus tumopot monokodung inggisamna mongingkuri’ waya’ kosimbanon tawan
[ "Dr. Joachim (kotolu, gibang) pinapatahak replika cek kuminaa nakalantoi PBT Lestari 2023 i nalantoi do Kounsol Watas Beaufort om sinasi’ di Dr. Jamili (koduo, wanan).", "KOTA KINABALU: Komontirian Koporintaan Koiyonon om Pomuwalaian (KKTP) tumilombus tumopot id kosokodungan inggisaman mongingkuri’ waya’ kosimbanon iklim (tawan) i nootilombus tingkananon do Koporintaan Pogun Sabah.", "Kumoduo Boyoon Montiri II po nogi’ Montiri Koporintaan Koiyonon om Pomuwalaian, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam minoboros, iti kopongoi di tonggungan pinoboros di Boyoon Montiri Datuk Seri Hajiji Haji Noor id boboroson disio doid Pitimungan Sompomogunan Kosimbanon Iklim Sabah 2021.", "“Id siriba’ Pibatosan Paris, Malaysia sondiri’ kitonggungan montok mongingkuri’ kopoiduan gas walai otomou soginumu’ 45 pihatus dumontol 2030.", "“Mantad dilo’, laang ngaawi’ kiguno onuon sabaagi sokodung kumaa prinsip ‘Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC)’ om nogi’ Tuduan Kopoburuan Lestari (SDG) id siriba’ Kotinanan Tinaru-Tinaru Misompuru,” ka disio ontok pinopoimagon Seminar Lanskap 2023 ki’uhu “Regreeneration: Living, learning and Growing Together” id Longkod Konvensyen Sompomogunan Sabah (SICC) do hiti di tadau baino’.", "Karait kokomoi seminar diti, Dr. Joachim minoboros, komoyon do Regreeneration okon i ko’ karait nopo do mananom kayu toi mongimbulai koiyonon otomou, miampai pinopointlaang do ilo’ nopo nga’ ponginsomokan po’ompus i kopuli do ‘living’ toi nubasanan koposion; ‘learning’ ilo’ nopo nga’ komilaan minsingilo toi sumudong kumaa pososorili’ om ‘growing together’ ilo’ nopo nga’ posuni nubasanna toinsnana mooi do koinggayo sabaagi iso’ mogigiyon ‘lestari’.", "“Mantad dilo’, pokionuon ku tikid mantad dati’ do maganu tonggungan montok tumonggoi manamong kolidasan om kasasanangan lanskap pososorili’ dati’,” ka disio.", "Dr. Joachim (tanga’) ruminamit tandamato mantad di Dr. Jamili.", "Tumanud disio, seminar diti tadau baino’ nopo nga’ sabaagi iso’ impohon i koposompuru di tongo’ momomonsoi katatapan oponsol katatapan om momomonsoi kosimbanon om momogompi’ biodiversiti pososorili’ tokou tumanud tonggungan kaganaan toi kotinanan sompoopori.", "“Kohondot dilo’, Seminar Lanskap 2023 kohunung kopio do uhu di nowit dau.", "“Nubasanan popoingubas kogogonopan otomou id tikid komponen kopoburuan poinginan kopongimbulai pososorili’ di lobi olidas om lobi kosudong montok koiyonon tokou kumaraja’ toi walai montok iyon-iyonon.", "“Elemen otomou diti kopouyu ogumu’ koundaran, mimpuun mantad mongingkawas sinonong tongus gisom mongunsub kasasanangan tinan om tutok. Kolidasan tutok nopo iso’ tanda’ di adalaan doid nayatan mogigiyon noondo,” ka disio kawagu.", "Dr. Joachim minoboros, asil Pinogintongan Kabansaan Kolidasan om Morbiditi (NHMS) nokopokito Sabah nokopsourat pihotusan bobos akawas id Malaysia montok mogigiyon i nokotoguang kobolingkahangan kolidasan tutok, naamot tomporurul tundundu’ potilombus nosili kinapataion ogumu’ id pomogunon diti.", "Mantad no dilo’, inggisaman montok mongimbulai pososorili’ id lobi kapasanang oponsol kopio okon nopo ko’ id suang walai, ka disio kawagu.", "“Inggisaman popotomou diti kiguno timpuunan bobos kosopung ontok id nayatan konsep pamalanan pogulu kopolulusan Nayatan Kopolulusan Palan Kopoburuan. Id nayatan diti tonggungan abaal toi kitoilaan id seni wonsoi lanskap (Lanscape Architecture) kiguno onuon mooi do koponingkanan kumaa pomowonsoi pososorili’ labus (External Spaces), ponuridongan dilo’, nogi’ karaja’ ngaawi’ poinggompit monotk papatnatu’ karaja’ ngaawi’ dilo’ nopo nga’ kopisudong di tonggungan om kogunoon (Function & Use) toisoiso’ koiyonon.", "“Maya’ pomogunaan elemen otomou, om iri nogi’ do koposodiaan Palan Lanskap kosili iso’ i lobi kosudong kumaa kolidasan pososorili’ moomoguno om okon ko’ intangan nopo sabaagi’ ‘planting plan’ toi pananaman nopo do kayu.", "“Lanskap okon ko’ mananom no do kayu. Otomou di komoyon do hiti okon ko’ montok nodi kopongimbulaian koiyonon otomou toi taman, nga’ elemen poinginan di suai miagal do taman id timpak taap, sistem pongonuan waig rasam, pomogunaan kogogonopan pamawaal di osuau sandad om kopomogunaan ginoris aanu monginwagu maya’ sistem kopulokison ginoris solar.", "“Waya’ do laang ngaawi’ diti kiguno kopitanud di pomusarahan tokou. Nung pomusarahan tokou kakal karalano’ laid, koposodiaan nunu-nunu i noroitan di tiinu’ aiso’ kotutukon. Momonsoi katatapan id karatas nopo. Aiso’ ‘sense of belonging’, inggisaman montok posuni mogigiyon lestari amu’ kalantoi.", "“Mantad no dilo’, inggisaman posuni kopurimanan maya’ mogisusuai ababayan ponudukan, inggisaman kopogompitan mogigiyon, kimpin om ogumu’ po ralan di si kaanu popokito koponsolon pososorili’, gatang biodiversiti om koponguludan tana’ di po’ompus,” ka disio, i minokianu tikid kotinanan do papaanjur nubasanan dau sondiri’.", "“Regreeneration nopo nga’ karait monuridong kinoulunan tokou sabaagi rayat pogun diti, sinakagon i mongupus pososorili’ tokou, sinakagon i mongupus pomogunan tokou. Pogun tokou, yati’ sondiri’ no i manamong kotilombuson dilo’, nung okon isai podi?", "Dr Joachim (poindikau, tanga’), Dr. Jamili (poindikau, koduo gibang) guminambar pongingitanan miampai oinsanan i nokotindapou doid Ababayan Kinopoimaganan Pomupusan Seminar Lanskap 2023 dilo’.", "Minoboros isio, koporintaan tumilombus tumopot monuridong ‘koponguludan kopoburuan kumaa mogigiyon kiginoris iyonon’.", "“Oponsol montok dati’ mamarait di kopoindalanan koporintaan om kopoingubasanan mogigiyon Otomou i koponguhup mongimbulai pososorili’ koiyonon tooku mongingiyon lobi kapasanang. Ilo’ miagla di pinalan id Kopotundaan Lestari (Sustainable Development), Palan Kopoburuan Sabah Maju Jaya, Katatapan Lanskap Pogun Sabah om Inggisaman KKTP Kumaa Mogigiyon Osiriba’ Karbon.", "Minongunsikou om manangkabayahan kumaa Siktor Lanskap om Kelestarian KKTP i toririmo aparagat papalantoi ababayan popotomou KKTP, minongunsikou nogi’ isio kosuul no kumaa koinsanai kotinanan koporintaan, swasta om kotinanan okon koporintaan (NGO), susumikul i nakaampai om pinapalantoi ababayan diti.", "Maya’ piromutan pisokodungan diti, nangatan disio oinsanan bohogian montok umampai maganu tonggungan om manahak sokodung id inggisaman mamagampot rikton diti montok no manamong kopomgompian pososorili’ dait’.", "Dr. Joachim manangkabahayan nogi’ kumaa bohogian RTM tu’ di kaawagu diti nakalantoi Gaa’ Wartawan Ozon 2023, kopihondot Kimpin Kopurimanan Pongumoligan Lapisan Ozon Sompomogunan 2023 mimpau di hal om uhu Kopoburuan Konsep Otomou.", "Nokotindapou nogi’, Monunurat Pointatap Komontirian, Datuk Dr. Jamili Nais; Kumoduo Monunurat Poinatap 1, Stanley Chong; Luguan Monguhup Monunurat (Lanskap), Lar. Nurulhayati Awang More, tongo’ upisor eksekutif, sitaf komontirian, mongingia’ om susumikul." ]
https://wartaoriental.com/2023/02/07/544-jenis-produk-ubat-ubatan-kosmetik-tidak-berdaftar-dirampas/
544 jenis produk ubat-ubatan, kosmetik tidak berdaftar dirampas
[ "Dr. Kasemani Embong (kiri) memeriksa produk ubat-ubatan dan kosmetik yang tidak berdaftar dengan KKM pada Program Gerak Gempur Cakna Tahun 2023 di Kuala Terengganu kelmarin.", "KUALA TERENGGANU : Sebanyak 544 jenis produk ubat-ubatan dan kosmetik tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai RM945,727 dirampas oleh  Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam tempoh dua tahun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kesemua produk tersebut dirampas hasil daripada 121 operasi yang dijalankan di seluruh negeri sepanjang tempoh tersebut.", "Menurutnya, risikan dan siasatan turut dibuat terhadap aduan yang diterima daripada orang awam termasuk jualan ubat-ubatan dan produk kosmetik yang dilakukan melalui media sosial.", "“Di bawah Cawangan Penguatkuasaan Farmasi jabatan, kita ada empat bahagian iaitu pelesenan, risikan dan operasi, siasatan dan dakwaan serta kawalan iklan dan penguatkuasaan farmasi untuk melaksanakan pemantauan.", "“Kebanyakan produk yang dirampas oleh penguatkuasa adalah ubat-ubatan tidak berdaftar dengan KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Gempur Cakna Ubat Tahun 2023 di sebuah pusat beli belah di sini, kelmarin.", "Tambahnya, pada tahun 2019 hingga 2020 pula, Penguatkuasaan Farmasi, JKNT bberjaya merampas sebanyak 1,231 jenis produk dan kosmetik bernilai lebih RM1.19 juta.", "Selain itu, katanya, sebanyak 121 kes telah dikenakan denda bernilai RM282,450 kepada peniaga terlibat membabitkan kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun 1952 (pindaan 2022) dan Akta Ubat (iklan dan penjualan 1956).", "“Jabatan akan sentiasa memantau penggunaan ubat-ubatan dan kosmetik ini dan mendidik orang awam agar mengambil cakna status pendaftaran produk yang selamat.", "“Ia boleh disemak melalui laman sesawang https://npra.moh.gov.my atau menggunakan aplikasi FarmaChecker dari Google Playstore atau App Store.", "“FarmaChecker berfungsi sebagai indikator sesebuah produk ubat itu tulen atau palsu dengan memeriksa ketulenan hologram FarmaTag, jadi orang awam boleh mengetahui ketulenan ubat dengan cepat dan tepat,” katanya. ", "544 jenis produk ubat-ubatan, kosmetik tidak berdaftar dirampas" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/05/sudah-ada-perjanjian-jelas-kita-mesti-laksanakan-perdana-menteri/
‘Sudah ada perjanjian jelas, kita mesti laksanakan’ – PM
[ "Anwar Ibrahim semasa perasmian Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam di Kota Kinabalu malam tadi.", "KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara-perkara lain dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, sejak mengambil alih kerajaan, beliau dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor sedaya upaya melaksanakan apa yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.", "“Apa dijanjikan adalah hasil muafakat kerajaan Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tugas generasi seperti kita tentulah laksanakan apa yang telah dijanjikan.", "“Dah ada perjanjian jelas, kita mesti laksanakan sedaya upaya kita dan ini telah kita laksanakan.", "“Saya beri jaminan hubungan sesama erat dengan sahabat saya Hajiji, kita akan terus tingkatkan usaha dan dengar apa-apa perkara lain yang perlu kita usahakan,” katanya semasa perasmian Konvensyen Perdana Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi-Agensi Agama seluruh Malaysia, kelmarin.", "Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah yang menarik balik saman pemula berkaitan isu pelaksanaan MA63.", "“Baru-baru ini ADUN-ADUN PH mencabar kerajaan dalam isu pelaksanaan MA63 dan saya ucap terima kasih kerana mereka menarik balik saman pemula berkenaan,” katanya.", "Anwar berkata, tindakan menarik balik saman itu akan membolehkan Kerajaan Persekutuan terus menjalin kerjasama dan meningkatkan usahasama dengan kerajaan negeri dalam pelaksanaan MA63.", "Pada 20 September lalu, PH Sabah menarik balik saman pemula yang difailkan terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3 Jun 2022.", "Tindakan menarik balik saman tersebut dibuat selepas melihat ada kemajuan berhubung perkara berkenaan, khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri, yang menyaksikan dua daripada tiga deklarasi yang dituntut mereka telahpun dipersetujui, dan akan dilaksanakan nanti.", "Plaintif dalam kes saman pemula itu adalah Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung; Presiden Kehormat UPKO, Datuk Madius Tangau; Naib Presiden PKR, Awang Hussaini Sahari; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang; ADUN Inanam, Peto Galim; ADUN Likas, Tan Lee Fatt; ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe; Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dan bekas Ahli Parlimen Tenom, Senator Noorita Sual. ", "MA63: Sudah ada perjanjian jelas, kita mesti laksanakan – Perdana Menteri" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/20/indonesia-sambut-hari-raya-korban-29-jun/
Indonesia sambut Hari Raya Korban 29 Jun
[ "Zainut Tauhid", "JAKARTA: Hasil sidang isbat yang diadakan Kementerian Agama Indonesia memutuskan 1 Zulhijah 1444 Hijrah jatuh pada 20 Jun sementara perayaan Aidil Adha Adha di negara itu akan disambut pada 29 Jun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Agama, Zainut Tauhid dalam sidang media di Jakarta Ahad.", "“1 Zulhijah jatuh pada hari Selasa, 20 Jun 2023, dan Aidil Adha jatuh pada hari Khamis, 29 Jun,” jelasnya.", "Anggota Pasukan Hisab Rukyah, Ahmad Izzudin menjelaskan, berdasarkan kriteria hisab baharu yang ditetapkan oleh Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS), kedudukan hilal di seluruh wilayah Indonesia belum memenuhi syarat kriteria minimum.", "Menurutnya, semua wilayah di Indonesia termasuk di bandar Sabang di wilayah Aceh masih belum mencapai kebolehlihatan anak bulan mengikut kriteria MABIMS iaitu 3 darjah dan 6.4 sudut pemanjangan.", "“Esok, kedudukan anak bulan pasti lebih tinggi dan dapat diperhatikan,” katanya dipetik CNN Indonesia.", "Kementerian Agama melihat kedudukan anak bulan pada awal Zulhijah menerusi 99 titik di seluruh wilayah di Indonesia dan pemantau hilal dibuat dengan kerjasama Mahkamah Agama, pertubuhan Islam dan institusi berkaitan.", "Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia sebelum ini menetapkan sambutan Aidil Adha jatuh pada hari Rabu, 28 Jun 2023 dan keputusan itu ditentukan berdasarkan kriteria Hisab Hakiki Wujudul Hilal.", "Indonesia sambut Hari Raya Korban 29 Jun" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/23/empat-penyokong-bola-mengaku-bersalah-merusuh/
Empat penyokong bola mengaku bersalah merusuh
[ "Penyokong bola sepak yang tuduh merusuh ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, Sabtu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.", "IPOH: Tiga penyokong bola sepak masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, Sabtu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Muhammad Aiman Firdaus Badrul Hisam, 21; Mohamad Amirul Asnil Mat Pandir, 26, dan Muhammad Hayyan Sufi Mohd. Sabri, 20, juga berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.", "Hukuman itu dijatuhkan selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.", "Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan merusuh di Stadium Perak di Jalan Kompleks Sukan Ipoh pada pukul 9.17 malam, 20 Mei 2023.", "Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.", "Pada prosiding di mahkamah sama, seorang lagi tertuduh iaitu remaja lelaki bawah umur berusia 17 tahun lapan bulan turut mengaku bersalah bagi pertuduhan sama.", "Mahkamah kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bercagar dalam kalangan ibu bapa atau penjaga.", "Beliau turut menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak tertuduh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.", "Perlawanan Liga Super di antara Perak FC dan Selangor FC Sabtu lalu dicemari insiden pergaduhan membabitkan penyokong kedua-dua pasukan dengan beberapa video kejadian itu tular di media sosial.", "Rakaman video menunjukkan sekumpulan individu dipercayai penyokong tuan rumah menyerbu masuk ke arah tempat duduk pasukan pelawat sebelum dileraikan pasukan keselamatan.", "Ekoran pergaduhan itu, empat lelaki ditahan dengan seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/empat-penyokong-bola-mengaku-bersalah-merusuh/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/empat-penyokong-bola-mengaku-bersalah-merusuh/" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/20/mayat-wanita-ditemukan-terlentang-di-kawasan-semak/
Mayat wanita ditemukan terlentang di kawasan semak
[ "MARANG: Mayat seorang wanita ditemukan terlentang di kawasan semak tepi jalan di Kampung Alor Gali, di sini, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, mayat wanita dianggarkan berusia antara 20 hingga 30-an itu ditemukan seorang pencari daun palas pada pukul 2.30 petang.", "Menurut beliau, mangsa dijumpai dalam keadaan memakai sehelai seluar panjang warna hitam, baju lengan panjang warna merah jambu dan sehelai kain dipercayai tudung warna hitam yang berada di bahagian perut.", "“Ketika ditemukan, bahagian badan mangsa terlentang di dalam kawasan semak, manakala bahagian kaki berada di tepi tebing dan tiada tompokan darah ditemukan di lokasi kejadian.", "“Hasil pemeriksaan pada badan mayat oleh pasukan forensik juga mendapati tiada sebarang kesan tikaman, tetakan atau kelar. Barang kemas mangsa seperti cincin dan rantai leher dipercayai emas masih berada di leher serta tangan mayat.", "“Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemukan berhampiran tempat mayat dijumpai yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.", "Beliau memberitahu, buat masa ini tiada petunjuk bagi mengesahkan sama ada mangsa telah dibunuh dan kes disiasat sebagai mati mengejut.", "Katanya lagi, mayat mangsa masih belum dikenalpasti kerana tiada sebarang pengenalan diri yang dijumpai.", "Mayat wanita ditemukan terlentang di kawasan semak" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/08/bosan-menunggu-nasib-di-barcelona-messi-pilih-inter-miami/
Bosan menunggu ‘nasib di Barcelona’, Messi pilih Inter Miami
[ "Lionel Messi", "PARIS: Lionel Messi mengesahkan dia akan berpindah ke Inter Miami menerusi perjanjian yang memberi pilihan kepadanya untuk menjadi sebahagian pemilik kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) itu.", "Sejak beberapa minggu lalu, bintang Argentina itu dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona atau perpindahan lumayan ke Arab Saudi.", "Menurut Utusan Malaysia, Messi, 35, menghabiskan dua musim di Paris Saint-Germain (PSG) dan bermain dalam perlawanan terakhirnya untuk kelab itu Sabtu lalu, selepas berpindah dari Barcelona pada 2021 di mana dia menghabiskan sebahagian besar kariernya.", "“Saya tidak akan kembali ke Barca, saya akan pergi ke Inter Miami,” kata Messi dalam temubual bersama akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo.", "Mundo Deportivo", "Menurut akhbar Britain, Daily Mail, Messi yang telah memenangi empat trofi Liga Juara-Juara dan meledak 672 gol daripada 778 perlawanan di peringkat kelab telah ditawarkan perjanjian lumayan, termasuk kontrak bersama Adidas.", "Daily Mail", "ESPN pula melaporkan bahawa perjanjiannya dengan Inter Miami kelab yang dimiliki bekas bintang England, David Beckham termasuk pilihan yang boleh melihat dia menjadi pemilik sebahagian kelab bola sepak itu dan sebahagian daripada pendapatan pelanggan Pas Musim MLS Apple TV.", "ESPN", "Bapanya, Jorge, dilaporkan telah bertemu  Presiden Barcelona, Joan Laporte awal minggu ini tetapi nampaknya pemenang Piala Dunia itu tidak mahu kembali ke bekas kelabnya.", "Bercakap mengenai khabar angin dia boleh kembali ke Barcelona, ​​pemilik tujuh anugerah Ballon d’Or itu berkata: “Saya benar-benar mahu (kembali ke Barcelona) saya sangat teruja untuk kembali.", "“Begitupun selepas apa yang saya lalui, dan melihat jalan keluar yang saya miliki, saya tidak mahu berada dalam situasi sama lagi: menunggu untuk melihat apa yang akan berlaku dan meninggalkan masa depan saya di tangan orang lain.", "“Saya mahu membuat keputusan sendiri, memikirkan tentang diri saya, tentang keluarga saya. Walaupun saya mendengar dikatakan bahawa La Liga telah menerima segala-galanya dan semuanya baik untuk dia kembali, masih banyak perkara lain yang perlu dilakukan.”", "https://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/bosan-menunggu-nasib-di-barcelona-messi-pilih-inter-miami/" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/23/india-mungkin-kenakan-lebih-banyak-sekatan-eksport-beras/
India mungkin kenakan lebih banyak sekatan eksport beras
[ "NEW DELHI: Pengeksport beras terbesar dunia, India berkemungkinan mengenakan lebih banyak sekatan terhadap eksport makanan ruji itu ketika banyak negara berdepan dengan kenaikan harga makanan.", "Jika langkah itu dilaksanakan, bekalan makanan global bakal menjadi lebih terhad, sekali gus memberi kesan kritikal terhadap banyak negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Bloomberg melaporkan, kerajaan India bercadang untuk mengenakan cukai eksport bagi beras rebus, namun tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan, menurut sumber pegawai kerajaan India.", "Harga beras di Asia melonjak naik ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 15 tahun pada bulan ini selepas Asia Tenggara mengumumkan sekatan eksport.", "Sehubungan itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berusaha untuk menurunkan harga makanan tempatan menjelang pilihan raya pada tahun depan.", "Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kewangan India tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.", "Terdahulu, India sudah pun mengenakan sekatan eksport bagi beras hancur dan beras putih bukan basmathi, selain menyekat eksport gandum dan gula.", "India juga mengehadkan penyimpanan beberapa stok tanaman, malah turut merancang untuk memansuhkan levi import sebanyak 40 peratus bagi gandum dan menjual tomato serta bijirin dalam negeri bagi meningkatkan bekalan.", "Purata hujan yang menjadi nadi utama dalam penanaman beras di negeri Bengal Barat, Uttar Pradesh, Jharkand, Bihar, Chhattisgarh dan Andhra Pradesh dilaporkan menurun sebanyak 15 peratus berbanding kebiasaan pada musim kali ini.", "Situasi itu secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan mengenai bekalan beras dalam negara.", "India mungkin kenakan lebih banyak sekatan eksport beras" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/04/atasi-isu-murid-kurang-minat-sains-matematik-pm/
Atasi isu murid kurang minat sains, matematik: PM
[ "Anwar Ibrahim melakukan gimik semasa merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di ibu negara, semalam.", "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri meminta Kementerian Pendidikan menggunakan pendekatan baharu bagi mengatasi penurunan minat anak-anak dalam bidang sains dan matematik.", "Menurut Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting selepas kajian Kementerian Pendidikan mendapati minat anak-anak sekolah dalam ke­dua-dua bidang tersebut mulai menurun.", "Sehubungan itu, kata beliau, pihak kementerian perlu mendapatkan pemikiran, pandangan dan minat murid dalam pelbagai bidang ketika ini.", "“Terjun ke bawah, ke sekolah, politeknik, vokasional untuk menambah minat anak bukan sahaja dari segi penceritaan, teori tetapi dengan penekanan kepada keutamaan bidang sains, matematik dan teknologi.", "“Saya harap ini dapat dilaksanakan walaupun hanya permulaan tapi saya selalu tekankan kalau dengan kaedah mesyuarat dan penjelasan seperti biasa kita akan ketinggalan zaman,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di sini, hari ini.", "Menurut Anwar, dalam usaha kerajaan mencatat pertumbuhan seperti pelaburan baharu, ia harus diiringi dengan pendidikan.", "“Dalam mesyuarat Majlis Sains Negara, saya putuskan supaya kementerian menyelaras dengan semua pusat pendidikan kerajaan, swasta dan universiti bagi memanfaatkan kekuatan mereka, tidak bergerak secara silo, cuba memberi ruang supaya boleh mendatangkan minat pendidikan sains dan teknologi yang terbaik yang boleh kita berikan.", "“Kementerian tugasnya besar iaitu menyelaras dan menghubung institusi sains bukan sahaja diasaskan kerajaan tetapi juga mengenal pasti beberapa institusi lain dan syarikat swasta, terutama universiti,” katanya.", "Sementara itu, Anwar memberitahu, Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.", "Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Singapura selepas dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan.", "“Itu belum, baru di peringkat kita (perbincangan peringkat kementerian). ", "Atasi isu murid kurang minat sains, matematik: PM" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/05/kerajaan-negeri-terima-dengan-hati-terbuka-pendedahan-laporan-akhir-tragedi-double-six/
Kerajaan Negeri terima dengan hati terbuka pendedahan laporan akhir tragedi ‘Double Six’
[ "Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Keputusan Kabinet Persekutuan untuk mendedahkan laporan akhir mengenai nahas pesawat ‘Double Six’ yang mengorbankan 11 orang termasuk pemimpin Kerajaan Negeri Berjaya, Tun Fuad Stephens pada 1976 adalah melegakan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "“Ini melegakan kerana ia akan merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu. Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya.", "Ketua Menteri berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan Kabinet Persekutuan membenarkan penyahklasifikasian dokumen yang telah dirahsiakan selama 47 tahun.", "“Kerajaan Negeri akan menerima pendedahan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya." ]
https://wartaoriental.com/2023/01/02/bantu-rakan-industri-harungi-detik-sukar-siti-khadijah-halim/
Bantu rakan industri harungi detik sukar – Siti Khadijah Halim
[ "PELAKON, Siti Khadijah Halim berharap dapat membantu mana-mana penggiat seni yang terkesan dengan situasi ekonomi yang mencabar. ", "Menurut Utusan Malaysia, pelakon berusia 26 tahun itu berkata, bukan semua bersedia untuk berdepan situasi ekonomi yang diramalkan lebih menguji pada 2023.", "Justeru, dia berazam untuk sama-sama membantu rakan industri yang mungkin terjejas akibat situasi tersebut. ", "“Bidang seni kemungkinan besar bakal menerima tempias yang mengakibatkan ramai terjejas dari segi pendapatan. ", "“Kalau diberi rezeki lebih, saya berhasrat membuka syarikat produksi dan memanggil rakan industri yang memerlukan untuk bekerja.", "“Kita perlu saling tolong menolong antara satu sama lain ketika mengharungi detik sukar,” katanya.", "Kata pelakon drama Dukun Diva itu lagi, dia juga mahu memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dalam setiap segi pada 2023.", "“Saya mahu menjadi insan yang lebih baik, malah berharap menjadi contoh dan inspirasi buat anak muda lain. ", "“Ada peminat mengagumi pencapaian saya dan mahu mengikut jejak langkah. Saya gembira dengan reaksi positif yang diterima dan mahu orang lain juga mencatat kejayaan sama. Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada mereka,” jelasnya.", "Bantu rakan industri harungi detik sukar – Siti Khadijah Halim" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/13/cuti-sekolah-digunakan-untuk-tujuan-bermanfaat/
Cuti sekolah digunakan untuk tujuan bermanfaat
[ "Kanak-kanak sekolah rendah mengikuti Kursus Komputer Percuma selama enam hari di Ranau.", "RANAU: Program pengisian musim cuti para pelajar di kawasan ini dilaksanakan secara optimum dengan penganjuran Kursus Komputer Percuma Siri 4/2023 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.", "Kursus yang berjalan selama seminggu bertempat di Pusat Komuniti Desa Tagudon Baru di sini itu disertai oleh lebih kurang 10 orang pelajar sekolah rendah dari beberapa buah sekolah di sini.", "Kursus asas komputer dari 6 hingga 11 Mac itu dijayakan oleh Pusat Komuniti Desa Tagudon Baru Ranau dan AMC College. ", "Pengendali kursus, Asminah Zakin yang ditemui selepas kursus tersebut berkata, program tersebut antara lainnya bertujuan untuk menjadikan kanak-kanak peka penguasaan ICT.", "Di samping itu, katanya, ia adalah bagi memberikan pendedahan kepada mereka terhadap asas tentang penggunaan komputer dan supaya mereka mengetahui kaedah penggunaan computer dengan betul.", "“Terdapat tiga objektif kursus ini, iaitu memperkenalkan tentang ICT kepada kanak-kanak serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT kepada kanak-kanak.", "“Melalui kursus ini juga kita berharap akan mampu memperkenalkan aplikasi mudah untuk kanak-kanak membuat kerja sekolah selepas ini,” katanya.", "Menurut Asminah, antara pengisian kursus berkenaan ialah enam subjek asas yang dipelajari sepanjang enam hari kursus tersebut berjalan.", "“Dalam kursus ini, kita memuatkan topik khas setiap hari. Hari pertama, kanak-kanak diberikan pengajaran tentang ‘Pengenalan kepada komputer dan penggunaan internet.", "“Pada hari kedua dan seterusnya, kita memberikan pengajaran tentang teknik menaip dan mengendali keyboard dengan betul, Asas Microsoft Word, Asas Microsoft Excel, Asas Microsoft Powerpoint dan Asas Microsoft Publisher,” jelas beliau." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/27/jonathan-majors-nafi-cederakan-wanita-hingga-masuk-hospital/
Jonathan Majors nafi cederakan wanita hingga masuk hospital
[ "Jonathan Majors", "NEW YORK: Pelakon, Jonathan Majors bakal dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai menyerang seorang wanita sehingga cedera parah.", "Menurut Utusan Malaysia, Abc News melaporkan, Pelakon filem Creed III itu ditahan polis pada Sabtu waktu tempatan.", "Polis sebelum itu mengesahkan telah dimaklumkan tentang pergaduhan yang berlaku di sebuah pangsapuri dekat Chelsea, di sini.", "Wanita berusia 30 tahun yang mendakwa diserang Majors dalam insiden terbabit cedera di bahagian kepala dan leher.", "Mangsa kini stabil selepas dipindahkan ke sebuah hospital berdekatan.", "Majors dalam kenyataan menafikan semua pertuduhan yang dibuat ke atasnya.", "“Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami sedang berusaha membersihkan namanya dan selesaikan dengan segera perkara ini,” kata jurucakapnya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/jonathan-majors-nafi-cederakan-wanita-hingga-masuk-hospital/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/jonathan-majors-nafi-cederakan-wanita-hingga-masuk-hospital/" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/15/jp-morgan-beri-amaran-dunia-mungkin-hadapi-fasa-berbahaya/
JP Morgan beri amaran dunia mungkin hadapi fasa berbahaya
[ "Jamie Dimon", "NEW YORK: JP Morgan memberi amaran bahawa dunia mungkin sedang menghadapi `fasa paling berbahaya’ yang pernah disaksikan dalam tempoh beberapa dekad ketika konflik Israel-Hamas kembali tercetus.      ", "Menurut Utusan Malaysia, The Guardian melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan, Jamie Dimon berkata, konflik yang semakin memuncak itu boleh memberi impak meluas terhadap harga tenaga, kos makanan, perdagangan antarabangsa dan hubungan diplomatik.", "The Guardian", "Beliau menyatakan demikian ketika JP Morgan Chase yang merupakan bank terbesar Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan laporan pendapatan suku terakhir tahun.", "Walaupun pemberi pinjaman mencatatkan keputusan yang kukuh, Dimon memberi amaran bahawa kadar faedah mungkin meningkat lagi di AS apabila simpanan pengguna semakin berkurangan.", "“Perang di Ukraine, ditambah lagi dengan konflik Palestin-Israel pada minggu lalu, mungkin memberi kesan meluas terhadap pasaran tenaga dan makanan, perdagangan global dan hubungan geopolitik.", "“Ini mungkin fasa paling berbahaya yang pernah dilihat dunia dalam tempoh beberapa dekad.", "“Walaupun kami mengharapkan yang terbaik, kami mempersiapkan firma berdepan pelbagai situasi agar dapat menyampaikan kepada pelanggan secara konsisten tanpa mengira situasi dihadapi,” katanya.", "Minggu lalu, Dimon mengesahkan kakitangan JP Morgan yang bekerja di Israel  adalah selamat.  ", "Dalam satu memo, beliau juga mengakui konflik yang berlaku di Asia Barat akan mempunyai kesan besar yang melangkaui rantau itu.  ", "JP Morgan beri amaran dunia mungkin hadapi fasa berbahaya" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/30/wanita-histeria-cuba-simbah-air-ke-arah-jokowi/
Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi
[ "Seorang wanita mencetus kekecohan di acara rapat umum yang dihadiri Jokowi di Dewan Serbaguna Deli Serdang di Sumatera Utara.", "MEDAN: Seorang wanita dilaporkan bertindak menyimbah air dan membaling kasut ke arah rombongan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ketika beliau menghadiri acara rapat umum di Sumatera Utara Isnin.", "Insiden terjadi ketika Jokowi menghadiri Rapat Kemerdekaan Sukarelawan Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution di Gedung Serbaguna di Deli Serdang Isnin.", "Menurut Utusan Malaysia, CNN Indonesia melaporkan, wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya itu nekad menyimbah air mineral ketika Jokowi menghampiri kumpulan sukarelawan dan sedang menyapa mereka.", "CNN Indonesia", "Namun tindakan tersebut sempat dihalang oleh pengawal dan wanita berbaju hitam itu kemudian terus histeria selepas ditarik menjauhi kumpulan orang ramai.", "Jokowi dilihat tidak menyedari tindakan wanita itu kerana sibuk melayani para sukarelawan yang berebut-rebut untuk bersalaman dengannya.", "“Jangan merusuh di sini,” kata seorang pegawai sambil menolak wanita itu dari kerumunan sukarelawan hingga dia terjatuh.", "Tidak berpuas hati ditolak, wanita itu kemudian membaling selipar ke arah orang ramai yang mengerumuni Jokowi namun lontaran itu sempat dihadang pengawal.", "“Tolong, kami mencari keadilan,” kata wanita itu.", "Pegawai yang menghampiri wanita berkenaan dilihat cuba menenangkannya sebelum menariknya dari acara pentas namun sedikit kekecohan berlaku apabila dia diseret pengawal kerana enggan bangun meninggalkan kawasan itu.", "Pegawai juga sempat melarang wartawan merakam video kekecohan itu.", "Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/23/parti-pheu-thai-rayu-sokongan-bentuk-kerajaan-baharu/
Parti Pheu Thai rayu sokongan bentuk kerajaan baharu
[ "BANGKOK: Pemimpin parti Pheu Thai akan bertemu wakil dua parti politik dalam pentadbiran Prayut Chan o-cha bagi mendapatkan sokongan calon mereka sebagai perdana menteri Thailand yang baharu.", "Pheu Thai yang diamanahkan membentuk gabungan pasca pilihan raya oleh sekutu politiknya bertemu parti Bhumjaithai dan Chat Thai Pattana, yang masing-masing mempunyai 70 dan 10 Ahli Parlimen untuk memastikan Pheu Thai mendapat jawatan eksekutif tertinggi negara itu.", "Menurut Utusan Malaysia, pemimpin Pheu Thai, Cholnan Srikaew dijadual bertemu pemimpin kedua-dua parti itu kelmarin tetapi enggan mendedahkan tawaran yang disediakan.", "“Adalah ideal jika mereka bersetuju untuk menyokong kami tanpa menuntut untuk menjadi sebahagian daripada gabungan yang dibentuk,” katanya.", "Bagaimanapun, pemimpin kedua-dua parti Bhumjaithai dan Chat Thai Pattana sebelum ini menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mencampuri Perkara 112.", "Lapor Thai PBS World, Cholnan mengakui bahawa pendirian parti Move Forward (MFP) dalam isu monarki adalah titik pedih yang perlu dibincangkan dengan Senator dan parti politik yang sedang didekati.", "“Kita perlu mengetahui bagaimana isu ini boleh ditangani,” katanya tanpa menyatakan secara spesifik.", "Sehingga kini, masih tidak jelas siapa antara tiga calon Perdana Menteri berkenaan yang akan diundi dalam Parlimen pada Khamis akan datang.", "Dilaporkan, taikun hartanah terkenal, Srettha Thavisin disebut-sebut sebagai pilihan utama selain dua calon lain iaitu anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra dan bekas Menteri Kehakiman, Chaikasem Nitisiri.", "Pheu Thai kini mendahului membentuk gabungan dengan tujuh parti politik lain selepas pencalonan perdana menteri MFP, Pita Limjaroenrat ditolak Parlimen.", "Cholnan berkata, jawatankuasa eksekutif parti akan membuat keputusan sehari sebelum pengundian.", "“Pheu Thai akan cuba merayu kepada kedua-dua Ahli Parlimen dan Senator untuk memberi sokongan mereka terhadap calon perdana menterinya,” katanya.", "Majoriti Senator menentang pencalonan Pita kerana pendirian partinya mengenai Perkara 112 atau undang-undang lese majeste yang didakwa disalahgunakan untuk menyasarkan penentang mereka yang berkuasa.", "Dengan gabungan 312 Ahli Parlimen, Pheu Thai dan sekutu politiknya menguasai majoriti Dewan dengan selesa.", "Bagaimanapun, sekiranya usaha itu gagal, Cholnan berkata, lapan parti dalam perikatan pimpinan Pheu Thai bersetuju bahawa mereka mungkin tidak lagi terikat dengan perjanjian persefahaman (MoU) dan ikut haluan masing-masing.", "Parti Pheu Thai rayu sokongan bentuk kerajaan baharu" ]
https://wartaoriental.com/2023/11/04/145-graduan-kolej-sidma-terima-diploma/
145 graduan Kolej SIDMA terima diploma
[ "Dr. Morni menyampaikan anugerah Pelajar Terbaik SIDMA.", "KOTA KINABALU: Seramai 145 graduan Kolej SIDMA menerima diploma masing-masing Majlis Konvokesyen kali ke-9 kolej itu yang diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, di sini, hari ini.", "Daripada jumlah tersebut, 126 graduan menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan 19 yang lain menerima Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. ", "Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi KKIP Aerospace Training Centre, Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohamad Dali Isa yang memuji Kolej SIDMA sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka yang dilengkapi dengan infrastruktur teknikal semasa dan dengan itu memberikan suasana kondusif bagi para pelajarnya.", "Beliau berkata, program Pendidikan Awal Kanak-Kanak sangat terbukti kerana Kolej SIDMA selangkah ke hadapan berbanding kolej lain dalam mengiktiraf kepentingan pendidikan awal bermula dari penjagaan kanak-kanak hingga ke tadika.", "“Pendidikan adalah proses pembelajaran semasa dan saya secara peribadi berharap semua graduan yang berada di sini hari ini akan terus belajar,” katanya.", "Dr. Morni menyampaikan anugerah Pelajar Terbaik SIDMA.", "Beliau berkata, Kolej SIDMA adalah sebuah kolej tempatan yang telah mencapai kategori berdaya saing dan diiktiraf di Sabah.", "“Saya difahamkan Kolej SIDMA menawarkan pendidikan pengajian tinggi dan mengadaptasi pembelajaran abad ke-21.", "“Kolej ini juga mengutamakan pendekatan pembangunan holistik di mana pelbagai pengetahuan dan kemahiran akan diasah agar para graduan akan mudah memasuki alam pekerjaan ataupun memulakan perniagaan sendiri selaras dengan permintaan industri terkini,” katanya.", "Sementara itu, Pengerusi Kolej SIDMA, Prof. Dr. Morni Kambri berkata, penjaga atau tenaga pengajar memiliki kelayakan dalam bidang berkenaan perlu diwajibkan sebagai syarat operasi kepada mereka yang membuka pusat asuhan bagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun.", "Beliau berkata, memiliki diploma atau ijazah pendidikan awal kanak-kanak dapat meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme pendidikan seiring dengan peredaran semasa.", "Katanya, sekiranya guru tidak diberi kursus cukup dan kurang tahap profesionalisme, maka kesannya akan dilihat pada kanak-kanak.", "“Guru adalah tunjang utama bagi merealisasikan impian bagi orang yang dipimpinnya. Di samping itu, guru juga menjadi pemula dalam menunjukkan kebaikan,” katanya.", "Dr. Morni berkata, pendidikan adalah satu aspek yang sangat penting dalam memastikan mereka ini akan menjadi insan yang berpengetahuan tinggi dan memiliki nilai-nilai murni kehidupan.", "“Pendidikan prasekolah peringkat tabika merupakan pendidikan formal yang terawal dalam perkembangan hidup seseorang kanak-kanak. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan rasa suka dan cintakan pengetahuan dan juga sekolah.", "“Ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada bakal-bakal pemimpin ini dapat membesar dengan jayanya bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga mempunyai jati diri yang kuat dan kukuh,” katanya.", "Dalam konvokesyen kali ini, Laiyne Basius telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik SIDMA 2023 bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, manakala Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Alona Jane Chin Shu Kee.", "Kolej SIDMA menawarkan program lain melalui kerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam pelbagai bidang pengajian yang sangat diperlukan dan melengkapi permintaan pelbagai industri di Malaysia pada masa kini.", "Antaranya adalah Pengajian Asasi Seni, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian). ", "Manakala dua lagi merupakan program Ijazah Sarjana Pengurusan (MIM) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Tidak ketinggalan dua program di bawah Kolej SIDMA sendiri iaitu Diploma Pengursan dan Diploma Pengurusan Sukan." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/12/sisa-jalan-zaman-batu-ditemukan-di-dasar-laut-mediterranean/
Sisa jalan Zaman Batu ditemukan di dasar laut Mediterranean
[ "Sisa jalan Zaman Batu ditemukan di dasar Laut Mediterranean. ", "ZAGREB: Sekumpulan ahli arkeologi menemukan sisa sebatang jalan Zaman Batu yang dibina kira-kira 7,000 tahun lalu, di dasar laut Mediterranean di luar pantai pulau Croatia.", "Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas pakar arkeologi menganalisis imej satelit perairan di sekeliling tapak Neolitik Soline yang sudah tenggelam.", "Tapak Neolitik Soline ditemukan di luar pantai pulau Korčula di Croatia pada tahun 2021.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, pakar arkeologi percaya jalan prasejarah itu mungkin pernah menghubungkan Korčula dan Soline apabila yang kedua merupakan daratan buatan yang menempatkan masyarakat purba Hvar.", "Ia kini terletak kira-kira empat hingga lima meter di bawah Laut Adriatik.", "Korčula pada asalnya bercantum dengan daratan namun apabila paras laut mula meningkat pada akhir penghujung Zaman Ais pada 12,000 Sebelum Masihi (SM), ia menjejaskan susun atur kawasan semasa yang dibina kira-kira 8,000 tahun lalu.", "Soline pertama kali dikenal pasti apabila imej satelit memaparkan objek buatan manusia mungkin tersembunyi di dasar laut sekitar Korčula.", "Ia ditemukan oleh ahli arkeologi dari Universiti Zadar, Mate Parica bersama beberapa rakan sekerja yang menyelam di kawasan perairan itu untuk melihat dengan lebih dekat.", "“Ketika meneroka, pakar arkeologi juga menemukan tembok penempatan purba yang kelihatan disambungkan ke pulau utama oleh laluan darat yang sempit,” jelas laporan itu.", "Jalan prasejarah yang dikenal pasti itu dikatakan dilindungi daripada ombak kuat selama beribu-ribu tahun lalu oleh pulau berkenaan.", "Pakar percaya jalan itu dibina oleh masyarakat Hvar-Lisičići sebagai cara untuk melakukan perjalanan dari Soline ke Korčula.", "Analisis radiokarbon dijalankan terhadap kayu diawet itu menunjukkan penempatan Soline bermula sejak kira-kira 4,900 SM.", "“Penduduk pernah berjalan di jalan ini hampir 7,000 tahun lalu,” jelas Universiti Zadar.", "Walaupun ia kini tersembunyi di bawah lapisan lumpur laut, ahli arkeologi berpandangan jalan itu dibina secara teliti dengan kepingan batu selain berukuran sekitar empat meter.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/sisa-jalan-zaman-batu-ditemukan-di-dasar-laut-mediterranean/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/sisa-jalan-zaman-batu-ditemukan-di-dasar-laut-mediterranean/" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/12/nilai-chelsea-united-susut-gara-gara-bintang-sendu/
Nilai Chelsea, United susut gara-gara bintang ‘sendu’
[ "Mykhailo Mudryk (kiri) dan Enzo Fernandez dua bintang besar yang dibawa masuk oleh Chelsea, namun kurang menyerlah.", "LONDON: Nilai semasa Chelsea menyusut 124 juta pound (RM744 juta) daripada perbelanjaan yang dikeluarkan, manakala Manchester United mengalami penurunan 115 juta pound (RM690 juta).", "Begitupun, berbeza dengan ­Arsenal apabila kelab itu mencatat peningkatan nilai 343 juta pound (RM2.05 bilion).", "Chelsea menghuni tangga tercorot dalam penilaian Transfermarkt mengenai nilai skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berbelanja besar untuk membeli pemain dengan nilai kolektif ­756 juta pound (RM4.53 bilion).", "Transfermarkt", "Jumlah itu menjelaskan me­ngapa pemilik Blues, Todd Boehly melepaskan ramai pemain pada musim panas ini selepas berbelanja mewah sepanjang dua jendela perpindahan terakhir bagi membeli bintang termasuk Enzo Fernandez, Mykhailo Mudryk dan Wesley Fofana.", "Blues", "Ramai pemain yang diwarisi dalam tempoh pemilikan Boehly susut nilai dengan ketara, terma­suk penyerang Romelu Lukaku, yang menelan kos 97.5 juta pound (RM585 juta) pada 2021 tetapi kini dinilai oleh Transfermarkt hanya 34 juta pound (RM204 juta).", "Transfermarkt", "United satu lagi kelab yang mahu mengurangkan kerugian mereka untuk beberapa pemain dan mengumpul dana buat Erik ten Hag membentuk semula skuadnya pada musim panas ini.", "Angka menunjukkan Red ­Devils membelanjakan hampir 830 juta pound (RM4.98 bilion) bagi membentuk skuad semasa mereka tetapi ia hanya mempunyai nilai kumulatif kira-kira 715 juta pound (RM4.29 bilion).", "Red ­Devils", "Harry Maguire dan Jadon Sancho antara pemain yang susut nilai dengan teruk selepas kelab membayar masing-­masing 80 juta pound (RM480 juta) serta 73 juta pound (RM438 juta) untuk mengikat mereka.", "Arsenal sebaliknya meraih keuntungan besar daripada skuad mereka.", "Walaupun pengurus pasukan, Mikel Arteta hanya berbelanja 572 juta pound (RM3.4 bilion), mereka mempunyai anggaran nilai 915 juta pound (RM5.49 bilion).", "Ia mencerminkan pembelian berhemah di pasaran tetapi juga membuktikan perkembangan pemain tempatan seperti Bukayo Saka, yang tidak menelan kos tetapi kini dianggarkan bernilai 102 juta pound (RM612 juta), menurut Transfermarkt. ", "Transfermarkt.", "Nilai Chelsea, United susut gara-gara bintang ‘sendu’" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/02/pm-pengerusikan-mesyuarat-kaji-sistem-saraan-perkhidmatan-awam-7-ogos/
PM pengerusikan mesyuarat kaji sistem saraan perkhidmatan awam 7 Ogos
[ "PM komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif . – Gambar Hiasan", "PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat berhubung kajian semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 7 Ogos iaitu pada Isnin depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, perbincangan itu akan dilaksanakan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Menurutnya, kajian tersebut sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani.", "“JPA sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi yang digerakkan mulai 26 Julai lalu melalui beberapa sesi libat urus JPA.", "“Ia merangkumi enam kluster iaitu Keselamatan, Kesihatan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknikal serta Pengurusan,” katanya kelmarin.", "JPA berkata, bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum serta inklusif, jabatan berkenaan membangunkan portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam.", "Jelasnya, segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA menerusi laman sesawang https://semakansaraan.jpa.gov.my.", "JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan.", "Pada 14 Julai lalu, kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem itu dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.", "PM pengerusikan mesyuarat kaji sistem saraan perkhidmatan awam 7 Ogos" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/01/%e6%95%a6%e6%9c%b1%e5%93%88%e5%ae%a3%e8%aa%93%e7%ba%8c%e4%bb%bb%e6%b2%99%e5%85%83%e9%a6%96/
敦朱哈宣誓續任沙元首
[ "(亞庇一日訊)沙巴元首敦朱哈今日宣誓就職,開始第4個任期。", "隨後,他在沙巴和砂拉越首席大法官丹斯里阿邦依斯干達阿邦哈希姆見證下就職宣誓書。", "儀式在斯里京那巴魯元首府舉行,首長拿督哈芝芝也出席,並發表了賀詞和效忠誓言。", "出席者尚包括副首長拿督佐津、沙議長卡欣、沙政府秘書沙法以及各部門領袖。", "去年12月23日,敦朱哈在吉隆坡國家皇宮接獲國家元首蘇丹阿都拉的委任書,繼續他為期2年的服務。", "69歲的敦朱哈自2011年1月1日起受委為沙巴元首,是沙巴州憲法修正案廢除兩屆任期10多年後第一位獲此委任的沙元首。" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/11/sabar-anjur-persidangan-disember-ini/
SABAR anjur persidangan Disember ini
[ "Tun Juhar sambil memegang buku terbitan Johan Arriffin, merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Ahli lembaga SABAR.", "KOTA KINABALU : Sabah Action Body Advocating Right (SABAR) bakal menganjurkan persidangan melibatkan para pemimpin belia, Disember ini.", "Menurut Pengerusi Pemegang Amanah SABAR Datuk Dr. Johan Arriffin Abdul Samad, persidangan, “The Sabah’s Present and Future Conference” akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kota Kinabalu itu bertujuan untuk memberi ruang kepada golongan belia untuk bertukar-tukar pandangan dan berharap resolusi untuk dipersembahkan kepada para pemimpin.", "“Persidangan ini terbuka kepada golongan belia termasuk pemimpin belia, ketua persatuan-persatuan belia, pemimpin-pemimpin NGO dan kita juga menjemput pemimpin-pemimpin politik untuk menyertai persidangan.", "“Dengan persidangan ini, kita dapat bertukar-tukar idea dan kita berharap selepas itu ada resolusi yang boleh kita persembahkan kepada ketua menteri dan para menteri supaya mereka dapat membuat tindakan susulan berdasarkan resolusi tersebut,” katanya.", "Tambah Johan Arriffin, pihaknya turut mengadakan persidangan tertutup dengan penglibatan seramai 100 peserta berdasarkan jemputan di ibu negeri, November depan.", "Beliau menyatakan demikian kepada media selepas mengetuai rombongan Ahli Lembaga SABAR dalam kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.", "Ujarnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan perkembangan organisasi berkenaan, di samping aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama masyarakat di kawasan pedalaman sejak tahun lalu." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/10/pesta-kaamatan-peringkat-daerah-penampang-diadakan-21-mei/
Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang diadakan 21 Mei
[ "Francis (depan, tengah) bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang.", "PENAMPANG : Orang ramai dijemput memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang akan diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, pada 21 Mei ini.", "Pegawai Daerah, Francis Chong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang berkata, sambutan tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang.", "“Kita juga menjemput orang ramai untuk hadir serta memeriahkan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang menghidangkan beberapa acara menarik iaitu Pertandingan Sugandoi yang akan diadakan di Kampung Tuavon, Sodop Unduk Ngadau di Putera Ballroom pada 18 Mei dan Pertandingan Unduk Ngadau di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah pada 21 Mei.", "“Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan barang keperluan harian dengan potongan harga 15 peratus menerusi Jualan Madani. Turut diadakan ialah pameran jabatan-jabatan kerajaan, pertandingan sukan tradisi, pertandingan masakan tradisional, pertandingan ‘Magagung’ dan pertandingan Sumazau di Padang B, Lembaga Sukan Penampang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang di Pejabat Daerah Penampang, di sini, hari ini.", "Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Politik KUSKOP, Carl Mosoom,  Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Stanley Sikolis, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Noemi Dyena, Pegawai Perhubungan Parlimen, Bryan Matasing,  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Moyog, Joe Suleiman dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Lu Yen Tung." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/21/%e6%9c%b1%e4%be%9d%e5%a5%b4%e4%ba%9e%e6%b1%80%e6%9c%aa%e9%a1%af%e7%a4%ba%e5%8a%a0%e5%85%a5%e6%b0%91%e6%84%8f%e9%bb%a8%e6%84%8f%e9%a1%98/
朱依奴亞汀未顯示加入民意黨意願
[ "(亞庇廿一日訊)林巴浩區州議員朱依奴亞汀尚未表示出要加入沙巴民意黨的意願。", "根據馬來西亞前鋒報報導,民意黨主席拿督斯里哈芝芝表示,到目前為止雙方仍未見面,但是由林巴浩區州議員朱依奴亞汀自行決定政治方向。", "「還沒有(正式會面),但是我聽說了這件事情。這取決於他(朱依奴亞汀),因為我們是一個實行民主的國家。」", "他今日在沙巴團結黨(PBS)的開齋節慶典上如此表示。", "也是首長的哈芝芝說,如果林巴浩區州議員真的退出了和諧黨,那麼他希望朱依奴亞汀選擇一個能讓他繼續政治鬥爭的政黨。", "與此同時,哈芝芝說,在這次的沙議會會議上,政府將修改沙巴憲法,以提呈反跳槽法。", "「我們將提呈反跳槽法。所以,如果還有人要跳槽的話,還有時間。」", "出席活動者尚包括沙巴團結黨顧問百林、署理主席拿督佐津、加希加欣以及拿督于墨齋。" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/13/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-ajk-alumni-uiam/
Isteri Ketua Menteri terima kunjungan AJK Alumni UIAM
[ "Juliah menerima cenderamata daripada Fazilah semasa menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Negeri Sabah (IIUM Alumni Sabah Chapter) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.", "KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Negeri Sabah (IIUM Alumni Sabah Chapter) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini hari ini.", "Alumni UIAM diketuai oleh Naib Presidennya, Fazilah Musa memberi penerangan kepada Juliah tentang program “Seminar Peranan Wanita Dalam Membangun Malaysia Madani” yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada bulan Mac ini.", "Program itu akan diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang akan dirasmikan oleh Juliah.", "Juliah mengalu-alukan penganjuran seminar itu dan yakin ia dapat membantu memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya para wanita mengenai slogan Malaysia Madani.", "Katanya, wanita perlu diberi pendedahan tentang konsep Malaysia Madani dan bagaimana peranan mereka untuk sama-sama menyumbang dalam membangunkan sebuah negara yang berkonsepkan Malaysia Madani.", "Turut hadir ialah bendahari alumni, Rohayu Mohd.Deroh, Dayang Fauziah Datu Ibrahim (Biro Pendidikan), Sarimah Mohd.Yusof (Biro Kebajikan) dan Roslan Idris (Biro Sukan).", "Juliah menerima surat jemputan merasmi Majlis Apresiasi Murid semasa menerima kunjungan hormat rombongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.", "Sementara itu, Juliah turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran yang diketuai oleh Guru Besarnya, Mohamad Juin@ Mohd bin Nauli @Moli.", "SK Pekan Tuaran dan PIBG menjemput Juliah merasmikan Majlis Apresiasi Murid yang akan diadakan di Dewan Sri Sulaman, Tuaran, pada 16 Februari 2023." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/08/belum-ada-had-usia-maksimum-miliki-perbaharui-lesen-memandu/
Belum ada had usia maksimum miliki, perbaharui lesen memandu
[ "Anthony Loke Siew Fook", "SEREMBAN: Belum terdapat sebarang ketetapan berhubung had usia maksimum bagi individu untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) masing-masing.", "Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut memaklumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga masih memandu serta memiliki lesen memandu yang sah.", "“Bagi warga emas, itu terpulang, setakat ni kita masih belum ada dasar umur maksimum, pada usia 97 tahun, Dr. Mahathir masih memandu, lesen beliau masih sah. Setakat ini, umur minimum ada (memiliki lesen di usia 16 tahun bagi lesen motosikal), umur maksimum tiada.", "“Jadi itu terpulang kepada warga emas, kita (kerajaan) beri pilihan. Apabila kita buat dasar ini sudah tentu ada pelbagai reaksi, malah tiada paksaan kepada mana-mana pihak untuk memperbaharui lesen mereka sehingga tempoh 10 tahun,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di sini bagi meninjau hari pertama pelaksanaan inisiatif pembaharuan lesen memandu sehingga tempoh 10 tahun hari ini.", "Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim.", "Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban memberikan amaran kepada kumpulan tonto khususnya yang mengikuti pergerakan pasukan penguatkuasaan JPJ untuk tidak sesekali mencabar undang-undang negara.", "Siew Fook berkata, isu tonto itu sememangnya disedari cuba mengatasi tindakan penguatkuasaan JPJ oleh itu kaedah dan tindakan akan dicari dari masa ke masa untuk memperketatkan penguatkuasaan tersebut.", "“Saya mahu nyatakan bahawa apa pun cara mereka, mereka tidak boleh mencabar undang-undang negara kita yang berasaskan kepada sistem undang-undang, kedaulatan undang-undang itu adalah satu prinsip yang penting. ", "“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mencabar undang-undang. Walaupun apa helah dan cara mereka mengelak daripada penguatkuasaan termasuk menggunakan sistem telekomunikasi lebih canggih dan sebagainya, kami akan terus juga mencari kaedah yang lebih berkesan daripada segi penguatkuasaan,” katanya lagi.", "Belum ada had usia maksimum miliki, perbaharui lesen memandu" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/01/jaringan-tunggal-rashford-pacu-manchester-united-kedalam-kelompok-4-terbaik/
Jaringan tunggal Rashford pacu Manchester United kedalam kelompok 4 terbaik
[ "Penyerang Manchester United, Marcus Rashford meraikan jaringan ketika menentang Wolverhampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux malam tadi.", "WOLVERHAMPTON: United meneruskan momentum kemenangan apabila berkunjung ke Stadium Molineux untuk menumpaskan tuan rumah dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.", "Perlawanan berlangsung dengan begitu rancak pada babak pertama, bagaimanapun tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.", "Menurut Utusan Malaysia, selepas 76 minit perlawanan berlangsung, penyerang United, Marcus Rashford akhirnya meledak jaringan menerusi rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Wolves, Jose Sa.", "Rashford berpeluang untuk mengandakan kedudukan bagaimanapun jaringannya pada minit ke 83 dibatalkan setelah video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan pemain itu sebelum bergolek ke gawang Wolves.", "Wolves tidak berputus asa dengan berusaha membedil kubu United dengan beberapa percubaan berbahaya di penghujung perlawanan, namun David de Gea cemerlang untuk memastikan gawangnya tidak dibolos, sekaligus memastikan United meraih tiga mata dalam perlawanan ini.", "Kemenangan tipis ini sekaligus meletakkan skuad kendalian Erik ten Hag ke dalam kelompok empat terbaik dibelakang Arsenal, Manchester City dan Newscastle United.", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2022/12/jaringan-tunggal-rashford-pacu-manchester-united-kedalam-kelompok-4-terbaik/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2022/12/jaringan-tunggal-rashford-pacu-manchester-united-kedalam-kelompok-4-terbaik/" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/23/punca-pesawat-bomba-kemalangan-disiasat/
Punca pesawat bomba kemalangan disiasat
[ "PETALING JAYA: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sedang mengenal pasti punca kemalangan sebuah  helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika sesi pengujian enjin dan sistem pesawat tersebut semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Bahagian Pengurusan Korporat JBPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya  juga sedang menjalankan  siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan susulan selaras dengan dapatan serta arahan dan prosedur semasa ditemukan selepas ini.", "Semasa kemalangan pada pukul 11.45 pagi semalam di Dispersal Universiti Kuala Lumpur, pesawat tersebut sedang  menjalani ujian enjin dan sistem pesawat (Engine Ground Run) yang menjadi prosedur biasa  setelah pesawat menjalani penyelenggaraan berkala.", "“Pesawat model Agusta, AW189 dengan nombor pendaftaran 9M-BOF dilaporkan ditugaskan untuk menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat setelah melalui proses selenggara  berkala seperti ditetapkan oleh pihak pengeluar sebagaimana dalam program selenggara,” lapor kenyataan itu. ", "Bagaimanapun, ketika kemalangan pesawat tersebut belum terbang dan ia berlaku ketika  cuaca mendung tetapi tiada  halangan di tempat kejadian.", "Kata kenyataan itu, pesawat tersebut dikendalikan anak kapal JBPM iaitu Komander Pesawat, Hasrizal bin Kamaruzzaman, dibantu Che Muhammad Azlan Che Mohammad (Juruterbang) dan seorang Air Quartermaster, Fua’ad Jamaluddin. ", "Empat  kru senggaraan daripada Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd yang  turut berada di dalam pesawat ialah Muhammad Mohd Taib (Ketua Jurutera),  Ahmad Zhafri Mohd Nor (Jurutera Avionik), Mohammad Zhafir Mohammad (pelatih) dan Ryan Xavier Julius (pelatih).", "Akibat kemalangan itu,  anak kapal dan kru senggaraan mendapat rawatan dan pemeriksaan awal di tempat kejadian dan mangsa-mangsa  tidak mengalami kecederaan kecuali seorang kru senggaraan yang mengadu sakit pinggang.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/punca-pesawat-bomba-kemalangan-disiasat/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/punca-pesawat-bomba-kemalangan-disiasat/" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/04/tiga-terbunuh-dalam-kejadian-tembakan-di-siam-paragon-bangkok/
Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Siam Paragon, Bangkok
[ "Orang ramai meninggal pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok ekoran kejadian tembakan yang menyebabkan tiga orang maut.", "BANGKOK: Tiga orang terbunuh dan empat cedera dalam satu kejadian tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, kata perkhidmatan kecemasan Thai.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Kecemasan Erawan, Yuthana Srettanan,mengesahkan jumlah korban dan cedera dalam satu mesej kepada pemberita.", "Video yang tersebar di media sosial menunjukkan orang ramai berlari keluar dari pusat beli-belah Siam Paragon, salah satu destinasi membeli-belah utama ibu kota Thailand itu, yang sangat popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan.", "Perdana Menteri Srettha Thavisin memberitahu pemberita bahawa penyerang telah ditahan dan keadaan terkawal.", "“Polis sedang membersihkan tempat kejadian. Keadaan semakin reda,” kata Srettha kepada pemberita.", "Berpuluh-puluh kenderaan polis dan beberapa ambulans kelihatan di luar salah satu pintu masuk utama pusat beli-belah itu susulan kejadian itu.", "Kejadian tembakan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun satu pertama hari paling berdarah dalam sejarah Thailand baru-baru ini, apabila seorang bekas pegawai polis bersenjatakan pisau dan pistol menyerang sebuah taska, membunuh 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa.", "Pada 2020, seorang bekas pegawai tentera mengamuk di pusat beli-belah di Korat, membunuh 29 orang dan mencederakan lebih ramai lagi. ", "Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Siam Paragon, Bangkok" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/15/3-penerbitan-berunsur-mudarat-moral-dikena-perintah-larangan/
3 penerbitan berunsur mudarat moral dikena perintah larangan
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga buah penerbitan susulan kandungannya yang dikesan mempunyai unsur memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat.", "Tiga penerbitan tersebut adalah ‘The Tale of Steven’ (Warta Kerajaan P.U.(A) 24 bertarikh 20 Januari 2023), ‘Jacob’s Room To Choose (Warta Kerajaan P.U.(A) 25 bertarikh 20 Januari 2023) dan ‘Aku’ (Warta Kerajaan P.U.(A) 26 bertarikh 20 Januari 2023).", "Menurut Utusan Malaysia, kenyataan kementerian berkenaan memaklumkan, ‘The Tale of Steven’ dan ‘Jacob’s Room To Choose’ didapati mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan didukung masyarakat timur selama ini.", "“Kandungan penerbitan bertajuk ‘Aku’ didapati secara jelas mempunyai kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak diri serta bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan masyarakat Malaysia,” katanya hari ini.", "Menurut KDN, Warta Perintah Larangan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012) yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran, atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.", "Katanya, kerajaan komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara.", "Pada masa sama, KDN berkata, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan adalah melakukan suatu kesalahan.", "“Jika disabitkan bersalah, pelaku boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.", "“Sekiranya masyarakat awam mendapati penerbitan di atas atau mana-mana penerbitan yang dikhuatiri melanggar undang-undang negara masih diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN,” tegasnya.", "Aduan berkenaan boleh dibuat menerusi talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman web http://moha.spab.gov.my. ", "3 penerbitan berunsur mudarat moral dikena perintah larangan" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/29/kpm-tidak-pernah-keluar-arahan-anjur-tayangan-filem/
KPM tidak pernah keluar arahan anjur tayangan filem
[ "Tangkap layar surat arahan penganjuran program tayangan filem The Untold Story: Anwar Ibrahim.", "PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang tular dalam media sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, KPM menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pihaknya mahu orang ramai menyemak dahulu kesahihan maklumat dan tidak berkongsi jika tidak pasti mengenainya.", "Sebelum ini, tular satu kandungan surat ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali yang menyatakan arahan kepada semua Ketua Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri.", "Surat itu menyatakan arahan supaya pihak sekolah menganjurkan program tayangan filem ‘The Untold Story: Anwar Ibrahim’ bersama warga pendidik dan murid sekolah. ", "KPM tidak pernah keluar arahan anjur tayangan filem" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/24/penyelenggaraan-jalan-lpb-untuk-keselesaan-agong-pengguna-jalan-raya-shahelmey/
Penyelenggaraan jalan LPB untuk keselesaan Agong, pengguna jalan raya – Shahelmey
[ "Shahelmey (empat kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil sekolah yang mengambil bahagian dalam Ceramah Motivasi SMJ di Putatan hari ini", "PUTATAN: Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di laluan Lebuhraya Pan Borneo  (LPB) Sabah telah siap dan bersedia untuk digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, jalan yang akan dilalui oleh Seri Paduka sempena Jelajah Kembara Borneo bermula 3 September ini adalah laluan jajaran LPB.", "Justeru, beliau yang juga Menteri Kerja Raya telah mengarahkan syarikat konsesi untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bagi memastikan keadaan jalan selesa dan selamat untuk pemanduan Yang diPertua Agong.", "“Saya mendapat laporan bahawa kerja-kerja tersebut telah siap dan ada yang masih berlangsung jadi, kita mahu memastikan jalan berada dalam keadaan selesa dan selamat.", "“Ia bukan sahaja baik untuk kembara Yang diPertua Agong tetapi, baik untuk pengguna jalan raya di Sabah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penyelenggaraan jalan raya sempena Kembara Jelajah Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya (SMJ) di Putatan hari ini.", "Menurut Shahelmey, kos penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan. Malah, peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan juga telah ditingkatkan pada tahun ini.", "“Itu membolehkan banyak kawasan-kawasan di sepanjang jalan Persekutuan telah diperbaiki. Mungkin bukan 100 peratus tapi, ia membolehkan kita menyediakan kemudahan jalan raya yang selamat dan selesa untuk digunakan oleh pengguna jalan raya,” katanya.", "Yang di-Pertuan Agong dijadualkan akan menelusuri jalan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Tawau dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.", "Projek LPB Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin hingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.", "Ketika ini, kerja-kerja penyiapan fasa satu LBP Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja telah mencapai 82 peratus dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Januari 2025.", "Daripada 35 pakej itu, 19 pakej kerja belum dimulakan, kerja-kerja pembinaan dijadualkan diadakan secara serentak pada tahun depan.", "Penyelenggaraan jalan LPB untuk keselesaan Agong, pengguna jalan raya" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/22/terus-semarakkan-perasaan-cinta-negara-shahelmey/
Terus semarakkan perasaan cinta negara – Shahelmey
[ "Shahelmey (tengah) teruja menerima cenderahati yang disampaikan oleh Mokhtar (dua dari kanan).", "PUTATAN: Masyarakat diseru terus menyemarakkan perasaan cintakan negara tanpa perlu menunggu tibanya Bulan Kebangsaan. Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Parlimen P.173 Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata semangat cintakan negara tidak seharusnya terhenti selepas berakhirnya Bulan Kemerdekaan malah perlu digelorakan dari masa ke semasa.", "“Melalui perasaan cintakan negara ini, kita dapat melahirkan sebuah negara yang lebih harmoni, bersatu padu, aman dan sejahtera.“Semangat patriotisme juga perlu ada dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua latar belakang mereka,” katanya pada Majlis Perasmian dan Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari  Malaysia Peringkat Daerah Putatan tahun 2023 di sini, pada Khamis.", "Menurut Shahelmey lagi, pelbagai program telah dianjurkan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan warga Putatan.", "“Walaupun sambutan Bulan Kebangsaaan sudah berakhir namun penglibatan semua sehingga hari ini membuktikan semangat perpaduan masyarakat setempat,” ujarnya.", "Pada majlis tersebut, Shahelmey turut  menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna, Pertandingan Nyanyian Patriotik dan Pertandingan Bintang Kecil Patriotik di samping melawat gerai-gerai pameran.Hadir sama, Pegawai Daerah Putatan, Mokhtar Hussin, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pejabat ADUN N23 Petagas, Shamsur Zulkifli dan Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Nordin Siman." ]
https://wartaoriental.com/2023/10/03/1400-orang-jayakan-kem-nutrisi-kanak-kanak/
1,400 orang jayakan kem nutrisi kanak-kanak
[ "BELURAN: Seramai 1,400 orang hadir menjayakan Program Kasih Dan Kongsi : Kem Nutrisi Kanak-Kanak sempena Pelancaran Bulan Kebajikan 2023.", "Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, program anjuran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) itu bertujuan memberi pendedahan kepentingan makanan bernutrisi kepada kanak-kanak.", "“Kem Nutrisi diadakan selama dua hari melibatkan kanak-kanak, ibu bapa serta guru-guru sekolah merangkumi pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaan kesihatan, ceramah, senaman, sesi interaktif Kenali Makanan Sihat dan Tidak Sihat, ‘Food Display & Food Tasting” dan Apa Ada dengan Sayur dan Buah.", "Food Display & Food Tasting", "“Saya amat teruja dan yakin mereka yang terlibat terutamanya kanak-kanak seronok menyertai aktiviti yang dilaksanakan dalam masa yang sama memberi pendedahan ilmu pentingnya makanan bernutrisi kepada kanak-kanak untuk membesar dengan sihat, cergas, cerdik dan sejahtera.", "“Menyedari kepentingan tersebut, program ini yang telah memasuki Fasa ke-3 diperluaskan ke daerah-daerah seperti Beluran, Telupid, Tongod, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Nabawan bagi memastikan kanak-kanak dari keluarga B40 tidak ketinggalan mendapatkan makanan sihat dengan penyediaan pek makanan bernutrisi melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) selaku rakan kerjasama kita,” katanya.", "Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Masyarakat, Walter Joseph Kenson dalam majlis Pelancaran Bulan Kebajikan 2023 Serta Kasih dan Kongsi di Dewan Serbaguna Beluran, pada Isnin.", "Beliau turut memuji MPMS selaku penganjur program kerana berjaya melaksanakan aktiviti yang sangat baik kepada kanak-kanak dan masyarakat.", "“Semangat kebersamaan dan komitmen yang kukuh memberi motivasi kepada Jawatankuasa Induk Badan Kebajikan 2023 diketuai MPMS merancang melaksanakan 50 aktiviti melibatkan sukarelawan, kanak-kanak, wanita dan keluarga, warga emas serta Orang Kurang Upaya sepanjang bulan Oktober ini, antaranya membuat rumah terbuka di tiga buah Institusi Penjagaan Warga Emas Jabatan.", "Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri yang juga ", "Pengerusi Pengurusan MPMS, Pegawai Daerah, Roger Appolonius, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pemakanan JKNS, Sharulnaz Norhazli Nazri dan Setiausaha Eksekutif Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Joeanne Lee." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/10/petisyen-calon-ph-ditolak-shahelmey-kekal-ahli-parlimen-putatan/
Petisyen calon PH ditolak, Shahelmey kekal Ahli Parlimen Putatan
[ "Shahelmey Yahya", "KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak dan membatalkan petisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Putatan.", "Kerusi Parlimen Putatan dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahelmey Yahya yang memperoleh 16,234 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Awang Husaini Sahari yang memperoleh 16,110 undi.", "Shahelmey, yang juga Timbalan Ketua Menteri itu menang dengan majoriti 124 undi dalam persaingan empat penjuru.", "Menurut Utusan Malaysia, Hakim Wong Siong Tung menolak dan membatalkan petisyen yang difailkan calon PH, Awang Husaini menerusi prosiding yang diadakan secara dalam talian (zoom).", "Mahkamah turut memerintahkan Awang Husaini membayar kos berjumlah RM10,000 kepada Shahelmey.", "Dalam keputusannya, Hakim memaklumkan petisyen itu difailkan di luar waktu yang dibenarkan iaitu 28 hari mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.", "Awang Husaini menamakan Shahelmey sebagai responden pertama manakala, responden kedua dan ketiga masing-masing adalah Pegawai Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Shahelmey diwakili peguam, Datuk Marzuki Spawi, Saiful Azian Mokhtar, Rizwandean Bukhary M. Borhan dan Hassan Murtaza.", "Sementara itu, Awang Husaini pula diwakili oleh peguam, Nelson W. Angang, Arthur Bonnie @ Borine dan Chuan Kua E.", "Kes dikendalikan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Prosiding dilakukan melalui aplikasi zoom bermula pada 2 Mac hingga hari ini.", "Awang Husaini memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-15 bagi kerusi Parlimen Putatan pada Disember tahun lalu. ", "Petisyen calon PH ditolak, Shahelmey kekal Ahli Parlimen Putatan" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/29/suami-didakwa-bersubahat-dengan-tukang-urut-lakukan-seks-luar-tabii-dengan-isteri/
Suami didakwa bersubahat dengan tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
[ "KUALA LUMPUR: Seorang pekerja utiliti didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan bersubahat dengan seorang tukang urut lelaki untuk melakukan seks luar tabii terhadap isterinya (tertuduh), dua minggu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh yang berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.", "Mengikut pertuduhan, pekerja utiliti itu didakwa bersubahat dengan tukang urut itu dengan memaksa isterinya berusia 40 tahun melakukan perbuatan seks luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya tanpa kebenaran mangsa.", "Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Sentul di sini antara pukul 8.30 malam dan 10 malam pada 13 Julai lalu.", "Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377CA kanun sama yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.", "Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latip manakala tertuduh diwakili peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz.", "Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan tertuduh diikat RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.", "Mahkamah kemudian menetapkan 15 September ini untuk sebutan kes.", "Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, tukang urut itu pula mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas pertuduhan melakukan perhubungan seks dengan wanita sama dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.", "Kesalahan itu dilakukan pada tempat, masa dan tarikh yang sama yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.", "Hakim Norina Zainol kemudian membernarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan 5 September ini untuk sebutan kes. ", "Suami didakwa bersubahat dengan tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/26/%e5%90%b3%e6%b7%bb%e6%b3%89%e5%86%80%e4%bb%a5%e9%81%b8%e6%b0%91%e6%95%b8%e5%8f%8a%e7%af%84%e5%9c%8d-%e4%bc%b8%e7%b8%ae%e8%99%95%e7%90%86%e5%9c%8b%e6%9c%83%e9%81%b8%e5%8d%80%e6%92%a5%e6%ac%be/
吳添泉冀以選民數及範圍 伸縮處理國會選區撥款
[ "丹斯里吳添泉(右3)為拿篤福建會館新會所主持開幕後與眾領袖合影,左起為謝億書、林本發、陳金鼎與拿督謝志明;右起為拿督張明忠與侯建國。", "(亞庇廿六日訊)華總會長丹斯里吳添泉希望聯邦政府,不要以「一刀切」方式看待和處理國內每個國會選區的撥款問題,並建議以選民人數、選區面積以及城鄉選區等作為考量。", "他提出以下5點建議:", "1:政府應以國會選區人口或選民人數作為考量,人口或選民多的選區,理應獲更多撥款。", "2:選區幅員面積也應獲考量,面積大選區應獲得更大關注,包括撥款在內。", "3:城市區國會和鄉區國會也應有所不同,鄉區同樣需要更多撥款來落實基礎實施計劃供發展。", "4:被列為國內發展較落後的6個州屬(沙巴、砂拉越、登嘉樓、吉蘭丹、吉打與玻璃市),有關國會選區撥款應獲得關注與加強。", "5:隨著聯邦政府削減國會選區撥款後,希望包括沙巴州在內的各州政府,在財務能力範圍內,應設法增加州選區撥款,協助填補有關的不足或需要之處。", "也是沙巴中華大會堂總會長兼沙閩福聯會總會長的吳添泉是前天(24日)在這裡的發佳商業區為拿篤福建會館新會所喬遷開幕典禮上致詞時這麼表示。", "出席者包括拿篤福建會館主席陳金眼鼎縣議員、創辦人永久名譽主席拿督謝志明、永久名譽主席林本發、沙閩福聯會永久名譽會長拿督張明忠、侯建國和拿篤福建會館署理主席謝億書等多人。", "吳添泉對聯邦政府削減國會選區撥款,從之前每個選區每年380萬令吉大幅度下降到130萬令吉的措施表示關注。", "在此措施下,每位國會議員的選區撥款減少了250萬令吉,或相等於三份之二。在全國222個國會當中,撥款總額將從原本的8億4360萬令吉減至2億8860萬令吉,少了5億5500萬令吉。", "吳添泉希望政府不要以「一刀切」的方式落實,而應該伸縮性處理。" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/27/perluas-program-jiwa-andi/
Perluas Program JIWA – Andi
[ "Andi merakamkan gambar kenangan dengan penduduk kampung yang hadir sama dalam program itu.", "TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menyeru agar Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) diperluaskan lagi pada masa akan datang.", "Program yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia itu, katanya, dilihat dapat memberi penerangan berkenaan isu semasa kepada penduduk khususnya di kawasan luar bandar.", "“Kita dimaklumkan bahawa sasaran utama program ini adalah kepada pemimpin setempat di peringkat kampung iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).", "“Saya memandang positif tentang program ini kerana ia dapat membuka peluang kepada pemimpin akar umbi di mana mereka didedahkan dengan perkara dan isu semasa yang menjadi persoalan ramai,” katanya.", "Andi ketika ditemui media", "Katanya, inisiatif yang dilaksanakan pihak JaPen Malaysia ini sangat bertepatan memandangkan ramai masyarakat keliru dengan isu-isu semasa yang tular di media sosial.", "Andi yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian semasa program JIWA, yang diadakan di Kg Tanjung Batu Tanah Merah, di sini hari ini.", "Program tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JaPen Malaysia, Datuk Mohd. Sukari Ab. Hamid.", "Andi menambah bahawa program tersebut juga mampu memberi satu sudut pandang yang berbeza kerana pemimpin setempat boleh diberi pemahaman berkaitan isu yang kritikal dan sukar difahami oleh penduduk kampung.", "“Melalui program JIWA, pemimpin akar umbi dapat memahai isu semasa dengan lebih berkesan khususnya berita yang selalu dimanupulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.", "“Justeru, saya berharap semua pemimpin akar umbi yang terlibat dapat membantu kerajaan dalam memberikan pemahaman kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung yang jauh dari bandar,” katanya.", "Sementara itu, Andi berkata, pihaknya akan menjalankan program Jelajah Rakyat pada bulan Mei hingga September depan yang bertujuan menyantuni penduduk di sekitar parlimen Kalabakan.", "“Pejabat Parlimen Kalabakan bersama agensi-agensi berkaitan akan berkolaboratif dan turun padang bertemu rakyat di bawah.", "“Kita akan panggil agensi-agensi yang dirasakan dapat membantu dan memberi sumbangan kepada rakyat khususnya di kawasan yang banyak masalah,” katanya." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/30/kerajaan-negeri-galak-pihak-swasta-bantu-pembangunan-pendidikan-shahelmey/
Kerajaan Negeri galak pihak swasta bantu pembangunan pendidikan – Shahelmey
[ "Shahelmey (berdiri, tengah) bergambar bersama penyumbang dan para penerima sumbangan.", "PUTATAN: Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama erat pihak swasta menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan di peringkat awal.", "Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, perkara itu merupakan satu pendekatan murni termasuklah usaha meringankan beban golongam ibu bapa membeli keperluan persekolahan anak-anak.", "“Kerjasama erat pihak swasta, syarikat perniagaan atau lain-lain entiti untuk menunaikan CSR mereka kepada pembangunan pendidikan adalah amat digalakkan.", "“Selain daripada dapat membantu komuniti yang mungkin terkesan dengan cabaran ekonomi semasa, ia juga dapat memberikan pemelegaan kepada golongan ibu bapa dalam menampung keperluan perbelanjaan sekolah anak mereka,” katanya ketika menyempurnakan Program Back To School di SK Pekan Putatan, di sini, pagi tadi. ", "Program berkenaan yang merupakan anjuran Pusat Khidmat Rakyat ADUN N24 Tanjung Keramat, melibatkan seramai 300 murid sekolah rendah di daerah Putatan.", "Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat berharap sumbangan tersebut akan dapat meningkatkan semangat para pelajar dalam menimba ilmu. ", "“Saya berharap ianya akan menyuntik semangat para pelajar untuk hadir ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. ", "Shahelmey turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) cawangan Sabah yang merupakan penaja sumbangan beg-beg sekolah untuk program tersebut. " ]
https://wartaoriental.com/2023/07/12/guru-gigit-pelajar-kpm-mohon-beri-ruang-siasatan-diperkemaskan/
Guru gigit pelajar, KPM mohon beri ruang siasatan diperkemaskan
[ "Fadhlna Sidek (belakang tengah) bersama para pemenang Majlis DUTA di Kuala Lumpur.", "KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memohon semua pihak menghormati dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh berhubung kes seorang pelajar digigit guru di sebuah sekolah di pantai timur baru-baru ini. ", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM peduli dan memberi jaminan akan menyiasat sebarang aduan melibatkan keganasan, buli dan sebagainya yang membabitkan pelajar-pelajar. ", "“Jangan risau, saya beri jaminan akan menyiasat perkara ini. Itu yang mesti kita sampaikan kepada masyarakat dan kita kena beri ruang dan hormat proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. ", "“Saya sudah serahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri juga untuk siasat. saya ulang sekali lagi, KPM tidak akan berkompromi terhadap keganasan, buli, kekerasan atau penindasan terhadap murid.", "“Ia mesti mengikut saluran dan proses yang betul. Mesti ada aduan, mesti ada siasatan dan ketelusan,” katanya. ", "Fadhlina juga berkata, berdasarkan siasatan dan jika insiden itu membuktikan elemen-elemen yang mengikut undang-undang, pihaknya akan membuat pengumuman. ", "“Bagaimanapun, buat masa ini, biarlah pihak berkuasa jalankan kerja mereka. Tentang status guru tersebut, saya juga sudah serah pada pihak JPN untuk uruskan dengan pemantauan daripada Kementerian dari semasa ke semasa,”katanya. ", "Fadhlina berkata demikian semasa ditemui di Majlis DUTA 2023 di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan di sini, kelmarin.", "Terdahulu, baru-baru ini, tular dalam media sosial berhubung seorang ibu yang mendakwa bahawa anak lelakinya berusia enam tahun digigit seorang guru hingga menyebabkan emosi murid itu terganggu.", "Dalam hantaran itu, ibu murid terbabit hairan selepas anaknya sering bertanya soal cuti sekolah dan tidak ceria seperti selalu.", "Pada mulanya, ibu kanak-kanak itu beranggapan bahawa anaknya menjadi mangsa buli sehingga akhirnya terbongkar kisah bahawa anaknya digigit seorang guru lelaki hingga takut untuk ke sekolah.", "Dakwanya, bukan anak lelakinya sahaja menjadi mangsa, tetapi beberapa murid lain apabila guru itu menggigit bahagian tidak sepatutnya iaitu mulut, tangan dan telinga.", "Dalam pada itu, ditanya mengenai isu penyelenggaraan tandas sekolah, Fadhlina berkata, kementerian memberikan peruntukan kepada setiap sekolah di bawah KPM untuk segera menjalankan kerja-kerja membaik pulih. ", "“Setiap sekolah di bawah KPM masing-masing diberikan peruntukan sebanyak RM70,000 dan segala urusan itu mula dilaksanakan.", "“Kita cuma berikan tempoh tiga bulan sahaja kepada setiap sekolah untuk memastikan segala kerja-kerja pembaikan dilakukan sebaiknya dan kita mahu tengok hasilnya,” katanya. ", "Sementara itu, sebanyak 43 anugerah disampaikan kepada pemenang-pemenang yang merangkumi empat kategori utama iaitu Anugerah Pusat Sumber Sekolah, Anugerah Pendidikan Digital, Ikon Guru Digital dan Ikon Murid Digital. ", "Para pemenang menerima hadiah wang tunai, trofi dan sijil peringkat kebangsaan.", "Majlis DUTA merupakan usaha KPM dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tertinggi kepada murid, guru, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri atas pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.", "Guru gigit pelajar, KPM mohon beri ruang siasatan diperkemaskan" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/30/as-guna-google-meta-dan-apple-untuk-intipan/
AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?
[ "TAIPEI: Amerika Syarikat (AS) beranggapan China menggunakan aplikasi yang sangat popular iaitu TikTok untuk mengintip rakyatnya.", "Bagaimanapun, mereka tidak menyebut bagaimana kerajaan AS sendiri boleh menggunakan syarikat teknologinya yang mengawal internet global secara berkesan untuk mengintip orang lain.", "Menurut Utusan Malaysia, Al Jazeera melaporkan, me­man­dang­kan AS mempertimbangkan untuk mengharamkan aplikasi video pendek yang digunakan oleh lebih 150 juta rakyat Amerika itu, penggubal undang-undang juga mempertimbangkan pembaharuan kuasa yang memaksa firma seperti Google, Meta dan Apple untuk memudahkan pengintipan tanpa halangan terhadap warga bukan AS yang berada di luar negara.", "Al Jazeera", "Seksyen 702 Akta Pengawa­san Perisikan Asing (FISA) bakal diluluskan dan dijangka memberi kebenaran semula menjelang Disember ini iaitu membenarkan agensi perisikan AS menjalankan pengintipan tanpa waran ke atas e-mel, te­lefon dan dalam talian komunikasi orang asing.", "Walaupun rakyat AS mempunyai beberapa perlindungan terhadap carian tanpa waran di bawah Pindaan Keempat Perlembagaan AS, kerajaan AS menegaskan bahawa hak ini tidak diberikan kepada warga asing di luar negara.", "Ia membenarkan agensi se­perti Agensi Keselamatan Negara (NSA), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) secara praktikalnya bebas untuk mengintip komunikasi mereka.", "Maklumat juga boleh dise­rahkan kepada sekutu AS seperti United Kingdom dan Australia.", "Walaupun adalah perkara biasa bagi kerajaan untuk mengintip di luar negara, Washington menikmati kelebihan yang tidak dikongsi oleh negara lain iaitu bidang kuasa ke atas segelintir syarikat yang menjalankan internet moden dengan berkesan termasuk Google, Meta, Amazon dan Microsoft.", "TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, ByteDance dibangkitkan kepada rakyat AS baru-baru ini kerana didakwa berupaya membuat pengintipan.", "AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/03/gradiant-advances-sustainability-in-mining-through-partnerships-with-slb-rio-tinto-and-an-australian-global-mining-company/
Gradiant advances sustainability in mining through partnerships with SLB, Rio Tinto and an Australian global mining company
[ "Gradiant", "Gradiant’s work with SLB", "RO Infinity", "SmartOps Digital AI", "About Gradiant", "gradiant.com", "Source : Gradiant", "Source : Gradiant" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/21/5-kes-baharu-covid-19-hari-ini/
5 kes baharu Covid-19 hari ini
[ "KOTA KINABALU: Sebanyak lima kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, naik satu kes berbanding kelmarin (4), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,767 kes.", "Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 10 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,465 orang. ", "Manakala 135 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.", "“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tiga orang di ICU/repurposed critical care manakala satu orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan." ]
https://wartaoriental.com/2023/04/04/teroka-bidang-baharu-yang-mampu-bawa-pembangunan-ekonomi-kesejahteraan-rakyat-dr-joachim/
Teroka bidang baharu yang mampu bawa pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat – Dr. Joachim
[ "Dr. Joachim (duduk, lapan dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli-ahli Majlis Perbandaran Tawau dalam Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan di Dewan Sri Tawau, hari ini.", "TAWAU: Ahli-ahli Majlis bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta untuk meneroka bidang-bidang baharu yang mampu membawa pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di kawasan yang berada di bawah tanggungjawab mereka.  ", "Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kerana itu mereka perlu bersedia untuk meneroka bidang baharu selain berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk kemajuan sesuatu kawasan demi memberi keselesaan dan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.", "“Ahli-ahli Majlis dan PBT perlu memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sebagai kerajaan ketiga dalam struktur pentadbiran kerajaan,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau yang diadakan di Dewan Sri Tawau, di sini, hari ini.", "Dr. Joachim (empat dari kanan) menerima cendera kenangan daripada Joseph sambil disaksikan oleh Isnin (tiga dari kanan), Dr. Jamili (dua dari kanan) serta tetamu yang hadir dalam Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan di Dewan Sri Tawau.", "Mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Majlis yang menerima watikah pelantikan mereka, Dr. Joachim berkata, amanah dan tanggungjawab tersebut amat berat dan penting kerana mereka adalah pemimpin kepada masyarakat di kawasan masing-masing.", "Menurutnya, barisan Ahli-ahli Majlis terutama yang baharu perlu mengetahui matlamat PBT dan Dasar Kerajaan Negeri dalam melaksana kewajipan dan tugas masing-masing.", "“Lengkapkanlah diri dengan ilmu dan kefahaman terhadap fungsi, peranan dan tugas yang disandang, peka terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, prihatin akan permasalahan masyarakat setempat serta ambil tahu keadaan sekeliling dan global,” ujarnya.", "Beliau berharap, Ahli-ahli Majlis dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugasan baharu mereka dengan membantu Presiden serta semua warga kerja Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam melaksanakan segala gerak kerja dan agenda perancangan yang sedang atau bakal dilaksanakan nanti.", "“Bekerjalah seperti “aur dengan tebing’’, agar segala tanggungjawab yang direncanakan dapat dilunaskan dengan lebih pantas dan efisien,” katanya.", "Beliau menegaskan, lantikan ini bukanlah satu keistimewaan malahan ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang penting untuk membantu penduduk di daerah Tawau.", "“Pelantikan ini juga bukanlah sebagai peluang untuk memenuhi kepentingan diri sendiri, rakan-rakan ataupun ahli keluarga masing-masing. Malahan, tanggungjawab dan amanah semua ahli adalah berat dan sangat penting untuk masa depan daerah Tawau. Ahli-ahli Majlis perlu terus peka kepada keperluan dan kepentingan awam serta bertangungjawab untuk menyumbang idea dan kepakaran dalam memaju dan meningkatkan mutu perkhidmatan MPT,” katanya lagi.", "Dr. Joachim berharap, mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan, untuk bersama-sama berganding bahu dengan Presiden serta seluruh warga kerja MPT.", "“Bersama-sama dengan Presiden, pegawai-pegawai kanan serta seluruh warga kerja MPT, Ahli-ahli Majlis merupakan benteng dan tunjang utama kepada pentadbiran Kerajaan Negeri selain kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh barisan jentera perkhidmatan awam negeri Sabah yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.", "“Justeru, besar harapan saya agar mereka yang telah dilantik dapat memainkan peranan sebagai perantara dan pemudah cara antara MPT dan masyarakat di negeri Sabah ini sekali gus mengangkat martabat PBT bertunjangkan komitmen yang berintegriti, dinamik dan prihatin. Ini selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri,” katanya.", "Selain daripada itu, sebagai pemimpin masyarakat, beliau menyeru kepada semua Ahli Majlis untuk turun padang melihat keadaan sebenar serta memahami keperluan penduduk di kawasan masing-masing.", "Beliau menyeru agar barisan kepimpinan baharu ini berani melakukan transformasi ke arah kebaikan dan kemajuan PBT serta dapat melaksana amanah kerajaan dan masyarakat tempatan yang diwakili dengan penuh integriti.", "Hadir sama ialah Pembantu Menteri I Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Hamild @Hamid Hj. Awang; ADUN Kukusan merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Rina Jainal; Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang; Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian, Faridah Giau; Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pemimpin-pemimpin Pembangunan Masyarakat serta Pegawai-pegawai Kanan MPT." ]
https://wartaoriental.com/2023/04/03/artis-australia-cipta-rambut-palsu-paling-lebar-dunia/
Artis Australia cipta rambut palsu paling lebar dunia 
[ "CANBERRA: Seorang artis dari Australia memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya mencipta rambut palsu selebar 2.58 meter.", "Menurut Utusan Malaysia, portal UPI melaporkan, Dani Reynolds menerima pengiktirafan itu bagi kategori ciptaan rambut palsu paling lebar di dunia.", "Menurut Rekod Dunia Guinness, Reynolds menghasilkan warna dan tekstur rambut palsu itu berdasarkan rambut sendirinya.", "Malah, jelas agensi penarafan itu, Reynolds juga mencipta sebuah substruktur khas untuk menyokong berat fabrik rambut palsu yang dihasilkan itu.", "“Struktur sokongan itu antaranya diperbuat daripada topi keledar basikal, paip Polyvinyl Chloride (PVC), pengikat kabel dan rod aluminium,” jelas agensi itu.", "Sementara itu, Rekod Dunia Guinness memaklumkan Reynolds berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh pelakon Drew Barrymore sebelum ini.", "Barrymore pernah memakai rambut palsu selebar 2.23 meter dalam rancangan The Tonight Show dihoskan oleh Jimmy Fallon pada tahun 2017.    ", "The Tonight Show", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/artis-australia-cipta-rambut-palsu-paling-lebar-dunia/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/artis-australia-cipta-rambut-palsu-paling-lebar-dunia/" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/25/semporna-tourism-action-council-open-to-partnership-to-boost-east-coasts-tourism/
Semporna Tourism Action Council open to partnership to boost east coast’s tourism
[ "Joniston (right) attending the briefing.", "SEMPORNA: The Semporna District Tourism Action Council is open to establishing a strategic partnership with Tawau and other nearby districts to boost tourism activities in Sabah’s east coast.", "Semporna Assistant District Officer Hafizul Hafiz Ladja Hassan said the idea for districts in the east coast to mutually promote each other’s attractions is most apt. ", "Hafizul was reacting to a suggestion by Assistant Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Joniston Bangkuai for a strategic plan to encourage tourists to stay and discover Tawau, instead of it being a passing destination.", "“Semporna can be the anchor that supports other destinations in the east coast. Hence, I see the importance of encouraging tourists experience other part of east coast before coming to Semporna,” said Hafizul.", "Speaking at a briefing for Joniston, who is also Chairman of Sabah Tourism Board (STB), on the tourism direction of the Semporna Tourism Action Council, Hafizul expect an influx of visitors to the district.", "The briefing was also attended by Ministry’s Deputy Permenant Secretary Mary Malangking; STB Deputy CEO Julinus Jimit; and Federation of Rural Tourism Association Sabah (FeRTAS) President Walter Kandayon, who is also a board member of STB.", "The potential for cooperation between Semporna and nearby district tourism action councils was discussed during the briefing, among others.", "“We know that Semporna is already a popular destination among domestic and international travellers. We want to create a balanced tourism industry, with the concentrate not being limited to Semporna alone,” said Joniston.", "“We want tourists visiting Semporna to also check out attractions in nearby districts. Therefore, it is only proper for Semporna to take the lead in engaging its neighbouring district tourism action council about this,” he added, while describing Semporna as a dive resort district.", "Joniston said designing an integrated tourism package that combines nature and community activities creates a preferable itinerary for tourists exploring Sabah’s east coast.", "He said travellers are increasingly gravitating towards experimental tourism in order to sample a broader variety of cultures, cuisines and attractions. ", "“I know there are already itinerary packaging Tawau and Semporna, but it is always good to return to the table and get new insight and update on new attractions,” he said.", "Joniston also encouraged District Tourism Action Council to engage with community, adding their involvement is important in the integrated package ecosytem." ]
https://wartaoriental.com/2023/11/18/%e9%82%a6%e5%a5%8e%ef%bc%9a%e8%b3%aa%e7%96%91%e6%b2%99%e7%9b%9f%e6%94%bf%e5%ba%9c%e5%90%88%e6%b3%95%e6%80%a7-%e6%89%b9%e6%b2%99%e8%8f%b2%e7%9b%8a%e6%90%ac%e7%9f%b3%e9%a0%ad%e7%a0%b8%e8%85%b3/
邦奎:質疑沙盟政府合法性 批沙菲益搬石頭砸腳
[ "(亞庇十八日訊)質疑沙盟作為新的穩定政治紐帶成立,並懷疑沙巴政治的成熟度時,民興黨主席拿督斯里沙菲益言論猶如搬起石頭砸自己的腳。", "沙盟宣傳主任拿督邦奎說,沙菲益似乎忘記了,他本人在2018年領導的政府,也是由於5個國陣議員變節而組成的。", "他說,沙菲益今年年初聯合數個巫統議員打算推翻政府,也是人民難以接受的,也是沙巴政治的黑歷史。", "「沙菲益的言論猶如搬起石頭砸自己的腳,別忘了民興黨2018年大選後的所作所為。」", "「他現在的態度很虛偽,猶如他的政黨(民興黨)2018年贏得了巨大勝利,而事實是他們執政是因為有議員倒戈。」", "他今天在一份聲明中說:「現在沙巴的代議士已經成熟並團結起來,以確保沙巴的政治穩定和繁榮,沙菲益試圖摧毀它。」", "沙盟主席拿督斯里哈芝哈芝芝最近在民意黨代表大會上發表講話時表示,沙盟的成立反映了沙巴政治的成熟,本土政黨為了沙巴而團結起來。", "沙菲益卻否認了這一說法,並批評沙巴政治的成熟,因為他聲稱這是透過議員倒戈才發生的。", "沙菲益應該記住的是,加入沙盟的巫統和民興黨議員這樣做,是因為他們不認同沙菲益以及其盟黨企圖推翻沙巴政府的不民主行為。", "「拒絕與沙菲益同在的希盟議員也是如此。為了政治穩定轉而支持哈芝芝。」", "也是九魯州議員的邦奎表示,沙菲益今年年初的行為違反了民主精神。", "邦奎強調,沙盟在上次沙巴選舉中獲得了沙巴人民的合法委託,現今的沙巴政府是本土政黨以及國陣盟友的合作下民主組成的。", "「但由於有政治人物的政治慾望,目前所實現的政治穩定幾乎被摧毀。」", "「他們試圖影響一些本土政黨和希盟以不支持沙盟。」" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/07/airasia-tawar-62-penerbangan-tambahan-sempena-aidilfitri/
AirAsia tawar 62 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri
[ "Anthony Loke (kanan) pada Majlis Pengumuman Tambang Tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak di Airasia RedQ.", "SEPANG: AirAsia menawarkan 62 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap istimewa ke tujuh destinasi di Sabah dan Sarawak dengan tempahan bermula hari ini sehingga 30 April depan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.", "Menurut Utusan Malaysia, syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan harga tiket pada RM199 dan RM249 sehala dari Semenanjung ke beberapa destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri serta Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau dengan 11,400 tempat duduk tambahan tersedia.", "Selain itu, penumpang juga boleh membuat tempahan penerbangan dari Johor Bahru ke Miri, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu membabitkan perjalanan antara 19 hingga 21 April dan 28 hingga 30 April.", "Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini adalah kali kedua beliau merasmikan tambang tetap khas AirAsia sempena musim perayaan pada tahun ini selepas sambutan Tahun Baharu Cina.", "“Saya difahamkan ada penerbangan khas pada waktu malam dan larut malam khususnya ke Sabah dan Sarawak dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan kadar yang sama seperti Tahun Baharu Cina yang lepas.", "“Saya berharap syarikat penerbangan lain turut menyambut seruan ini dengan menambah kapasiti penerbangan supaya sama-sama kita dapat memberikan peluang kepada rakyat untuk pulang ke kampung dan merayakan Aidilfitri akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman kadar tambang tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri di AirAsia RedQ di sini hari ini.", "Menurut Loke, syarikat penerbangan memainkan peranan penting ketika musim perayaan untuk memastikan perkhidmatan tambahan dapat ditawarkan berikutan berlakunya peningkatan permintaan mendadak.", "Ini kerana katanya, ramai penduduk dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di sekitar Lembah Klang dan Johor, justeru tambang penerbangan pada harga berpatutan ketika musim perayaan dapat membantu meringankan beban mereka.", "“Ini adalah satu isu atau aduan yang berlaku setiap kali menjelang musim perayaan, ramai yang mengeluh tambang penerbangan meningkat.", "“Apa yang kita laksanakan adalah menggalakkan syarikat penerbangan menambah kapasiti mereka supaya penawaran itu dapat ditingkatkan bagi menampung permintaan supaya dapat harga yang lebih berpatutan,” ujarnya.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, AirAsia kekal komited untuk menghubungkan keluarga pelanggan pada tambang berpatutan terutamanya ketika musim perayaan, di mana lazimnya industri pelancongan menyaksikan kenaikan harga.", "“Sebanyak 164 pesawat beroperasi pada peringkat kumpulan dan jumlah pesawat akan kembali kepada kapasiti penuh iaitu 229 pesawat dalam beberapa bulan akan datang, di mana kami akan dapat menerbangkan lebih ramai tetamu pada tambang bernilai hebat,” katanya. ", "AirAsia tawar 62 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/03/exco-terengganu-perlekeh-menu-rahmah-terima-kecaman/
Exco Terengganu perlekeh Menu Rahmah terima kecaman
[ "Tangkap layar daripada video menunjukkan seorang Exco kerajaan Terengganu menuang air oren menggantikan kuah dalam hidang Menu Rahmah.", "KUALA TERENGGANU : Tindakan seorang Exco kerajaan Terengganu yang dikatakan memperlekeh hidangan Menu Rahmah menerima kecaman teruk daripada warganet, hari ini.", "Ia berikutan satu video yang tular memaparkan pemimpin kerajaan negeri itu yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merungut mengenai menu tersebut.", "Dalam video itu, beliau dilihat merungut kerana sayur yang dihidangkan agak sedikit dan tiada kuah.", "“Ikan seekor….sayur, kuah tiada pula…ini kuah dia (sambil menuang air oren ke dalam nasi). Barulah rasa nasi,” katanya dalam video yang berdurasi 18 saat tersebut.", "Bagaimanapun tindakan pemimpin kerajaan negeri itu kurang disenangi oleh warganet kerana dikatakan tidak bersyukur dan menghina rezeki.", "Namun, video asal yang dipercayai dimuat naik dalam Tik Tok pemimpin itu sudah dipadamkan.", "Pelbagai komen ditinggalkan oleh pengguna media sosial yang terkilan kerana Menu Rahmah adalah inisiatif yang dibuat kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat ketika ini.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/exco-terengganu-perlekeh-menu-rahmah-terima-kecaman/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/exco-terengganu-perlekeh-menu-rahmah-terima-kecaman/" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/15/chuan-leong-sumbangkan-pingat-emas-ke-29-negara-di-sukan-sea-kemboja/
Chuan Leong sumbangkan pingat emas ke 29 negara di Sukan SEA Kemboja
[ "Atlet snuker negara, Thor Chuan Leong berjaya meraih pingat emas acara snuker individu Sukan SEA Kemboja 2023 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Snuker Son Sek Aeon, Phnom Penh kelmarin.", "PHNOM PENH: Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara kembali mendapat perkhabaran gembira setelah Thor Chuan Leong berjaya mengungguli acara snuker individu kelmarin.", "Aksi yang berlangsung di Pusat Snuker Sen Sok Aeon, Phnom Penh menyaksikan Chuan Leong berjaya menewaskan atlet Thailand, Akani Songsermsawad dengan keputusan 4-1 (74-42, 67-48, 53-72, 53-17, 63-21).", "Ini merupakan pingat emas kelima peribadinya di pentas Sukan SEA sejak mula membuat penampilan ketika edisi 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand.", "Bagi anak jati Pulau Pinang berusia 35 tahun ini, kejayaan meraih pingat emas semula di pentas Sukan SEA menyemarakkan semula kariernya yang sebelum ini malap setelah mengambil keputusan untuk berkelana di United Kingdom sejurus memenangi gelaran Juara Asia pada 2014.", "“Saya rasa gembira dengan pencapaian saya di kejohanan ini, sebab saya hanya beraksi satu acara sahaja kali ini, jadi memang ada tekanan yang besar untuk diri saya, tetapi saya berjaya juga untuk memenangi pingat emas.", "“Kejayaan saya ini bukan mudah, sebab saya bangkit selepas nama saya tenggelam dalam tempoh empat hingga lima tahun ini sejak saya ke United Kingdom.", "“Saya ke sana sebagai juara Asia, tetapi apabila di sana, saya ibarat beraksi sebagai budak kecil, jadi apabila menang pingat emas ini, saya rasa lebih baik,” jelas Chuan Leong.", "Chuan Leong sumbangkan pingat emas ke 29 negara di Sukan SEA Kemboja" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/16/%e6%85%b0%e5%95%8f%e7%81%bd%e9%bb%8e-%e4%bd%90%e6%b4%a5%e8%a6%96%e5%af%9f%e6%b0%b4%e7%81%bd%e7%81%bd%e5%8d%80/
慰問災黎 佐津視察水災災區
[ "(蘭瑙十六日訊)副首長兼昆達山州議員拿督佐津於週五(1月13日),巡視了蘭瑙甘榜Marakau 3個受水災嚴重影響的家庭。", "其中一位災黎丹尼斯·薩丁(58歲)說,事發當晚,他們全都只能在自家房子的上層自救。", "他說,1月4日晚上9時20分左右發生的水災最嚴重,導致橋樑被切斷。", "丹尼斯還說河水氾濫了,並且偏離了河道。", "至少3輛車損壞,另外2輛車被激流沖走(全損)。", "不過,令丹尼斯慶幸的是,此次事件並未造成人員傷亡。", "他們也很感激,因為拿督佐津前來慰問他們。", "他還要求水利局加快恢復河流原狀的工作,因為目前的河流流量,導致房屋地區的水土流失和電線桿幾乎倒塌。", "同一天,也是沙地政及房屋部長的拿督佐津,與昆達山州議會的行政機構一起視察了甘榜Kalanggaan, 甘榜Desa Aman, 甘榜Dumpiring Bawah和甘榜Lembah Permai.。", "他建議居民時刻保持警惕和謹慎,尤其是在當前不確定的天氣條件下。" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/10/zii-jia-lapar-emas-olimpik-2024/
Zii Jia ‘lapar’ emas Olimpik 2024
[ "Hannah Yeoh (dua, kiri) dan Stuart Ramalingam (kiri) mengadakan pertemuan dengan Lee Zii Jia (dua, kanan) serta Lee Zii Yii di ibu kota semalam. – Ihsan Hannah Yeoh", "PETALING JAYA: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia komited untuk menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Olimpik selepas namanya tersenarai dalam program Road To Gold (RTG).", "Road To Gold", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan juara badminton Asia itu di ibu kota Sabtu.", "Turut sama dalam pertemuan itu adalah penyelaras RTG, Stuart Ramalingam serta kakak Zii Jia, Lee Zii Yii yang juga pengurusnya.", "Hannah sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertemu Zii Jia bagi mendapatkan penjelasan mengenai aksi suramnya dalam tiga kejohanan di Eropah membabitkan Terbuka Jerman, All England dan Terbuka Switzerland bulan lalu.", "Hannah yang juga Pengerusi bersama RTG telah berjanji akan memberi segala keperluan yang relevan dalam usaha mempersiapkan Zii Jia serta 14 lagi atlet program RTG yang akan berjuang di Paris tahun hadapan.", "“Ia pertemuan positif. Lee Zii Jia menyokong inisiatif RTG dan berterima kasih dima­sukkan dalam projek kebangsaan ini.", "“Dia beritahu saya, dia benar-benar mahukan emas pertama di Paris 2024 untuk negara. Ini yang saya mahu dengar daripada atlet kita, bermula de­ngan kemahuan untuk menang emas.", "“Penyelaras RTG, Stuart akan membuat perbincangan lanjut bersama pengurus Zii Jia bagi memperincikan komitmennya terhadap RTG yang akan meliputi koordinasi kejurulatihan dan rakan sepelatih,” jelas Hannah.", "Sejak mula membuat pe­nampilan pertama di Sukan ­Olimpik 1956 Melbourne, Malaysia belum pernah lagi merasai nikmat menggengam pingat emas dalam temasya sukan terbesar dunia itu.", "Percubaan paling hampir adalah memenangi pingat perak menerusi tiga sukan berbeza – badminton, berbasikal dan terjun.", "Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei muncul atlet Malaysia paling cemerlang dalam Sukan ­Olimpik dengan memenangi tiga perak bermula di Beijing 2008, London 2012, Rio 2016.", "Zii Jia ‘lapar’ emas Olimpik 2024" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/17/india-lancar-roket-bawa-kapal-angkasa-ke-bulan/
India lancar roket bawa kapal angkasa ke bulan
[ "Tangkap layar video menunjukkan roket membawa Chandrayaan-3 berlepas dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota di Andhra Pradesh, India.    ", "BENGALURU: India melancarkan roket yang membawa kenderaan robotik dalam usaha mendaratkan kapal angkasa itu di permukaan kutub selatan bulan.    ", "Ia dianggap sebagai satu pencapaian belum pernah berlaku sebelum ini yang bakal memajukan kedudukan India sebagai kuasa besar dalam industri angkasa lepas. ", "Menurut Utusan Malaysia, roket pelancar LVM3 milik Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berlepas dari  Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota di Andhra Pradesh, selatan India, dengan meninggalkan kepulan asap dan api.", "Kira-kira 16 minit selepas pelancaran, pusat kawalan ISRO mengumumkan roket itu berjaya meletakkan Chandrayaan-3 di orbit bumi yang akan menghantar kapal angkasa itu ke permukaan bulan sekitar Ogos depan.", "Sekiranya misi itu berjaya, India bakal menyertai tiga negara lain iaitu Amerika Syarikat (AS), bekas Kesatuan Soviet dan China yang pernah mendaratkan kenderaan robotik di permukaan bulan.     ", "Bagaimanapun, setakat ini, tiada agensi angkasa lepas pernah mendaratkan kenderaan robotik mereka berhampiran kutub selatan bulan.", "Dilaporkan, lebih 1.4 juta penduduk menonton pelancaran kapal angkasa Chandrayaan-3 di saluran YouTube ISRO dengan rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan Jai Hind (kemenangan kepada India).  ", "Chandrayaan-3 yang bermaksud `kenderaan bulan’ dalam bahasa Sanskrit, dilengkapi jentera pendaratan setinggi dua meter yang direka khas untuk menggunakan kenderaan robotik berhampiran kutub selatan bulan.", "Ia dijangka dapat berfungsi selama dua minggu bagi menjalani siri eksperimen.", "Menurut ISRO, Chandrayaan-3 dijangka melakukan pendaratan sekitar 23 Ogos depan. ", "“Tahniah diucapkan kepada India, Chandrayaan-3 kini sudah memulakan perjalanan ke bulan,” kata Pengarah ISRO, Sreedhara Panicker Somanath. ", "Pada 2019, misi Chandrayaan-2 dikendalikan oleh ISRO berjaya mengerahkan pengorbitnya namun jentera pendaratan dan kenderaan robotiknya musnah dalam nahas berhampiran lokasi kapal angkasa Chandrayaan-3 akan cuba melakukan pendaratan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/india-lancar-roket-bawa-kapal-angkasa-ke-bulan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/india-lancar-roket-bawa-kapal-angkasa-ke-bulan/" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/23/sesb-diserah-kepada-sabah-setelah-pelan-transformasi-selesai-pada-2030-nrecc/
SESB diserah kepada Sabah setelah pelan transformasi selesai pada 2030 – NRECC
[ "KUALA LUMPUR: Penyerahan Sabah Electricity Sdn Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah hanya akan dilaksanakan setelah pelan transformasi SESB selesai dijangka pada tahun 2030.", "Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyatakan ini dalam satu jawapan bertulis kepada soalan lisan daripada Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Tuaran) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.", "Walau bagaimanapun, Kementerian itu memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mewartakan Perintah di bawah Perkara 95C serta penggantungan penguatkuasaan akta-akta berkaitan pembekalan elektrik di Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari, 2024.", "Ia merangkumi Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447];  Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610]; Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725]; dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. ", "Menurut NRECC, Kerajaan Sabah telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menyambut peralihan kuasa pembekalan elektrik berkenaan.", "“Antaranya, menyediakan Draf Enakmen Bekalan Elektrik Negeri Sabah bagi menyambut peralihan kuasa dan penggantungan akta-akta yang berkaitan; serta  melancarkan Energy Sabah Roadmap pada 19 September 2023 yang telah menetapkan sasaran dan hala tuju industri bekalan elektrik di negeri itu.", "Energy Sabah Roadmap", "“Kerajaan Sabah juga telah mewujudkan Unit Tenaga Negeri Sabah di bawah kawal selia Pejabat Ketua Menteri Sabah yang berperanan sebagai pengantara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan Kerajaan Sabah serta bertanggungjawab dalam penggubalan dasar dan polisi mengenai pembekalan elektrik di Sabah,” ujar NRECC.", "Energy Commission of Sabah", "Kementerian berkenaan turut memaklumkan bahawa Kerajaan Sabah juga mewujudkan dan memperkukuhkan ECoS sebagai agensi kawal selia (regulator) Industri Bekalan Elektrik di Sabah.", "“Sehingga Ogos 2023, ECoS telah melaksanakan pengambilan 89 kakitangan dan mensasarkan pengambilan secara berfasa sehingga mencapai 100 kakitangan berkhidmat di ECoS.", "“ECoS juga turut memperkukuhkan pengoperasian tadbir urus dengan  menyediakan kemudahan logistik, pelantikan anggota suruhanjaya, penyediaan prosedur dalaman dan urusan pentadbiran untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektrik dan Tenaga Boleh Baharu (TBB),” tambah NRECC.", "Terdahulu, Madius dalam soalannya memohon NRECC menyatakan apakah persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Sabah untuk memastikan agar kerangka urus tadbir bekalan elektrik apabila hal bekalan elektrik diserahkan semula ke Sabah." ]
https://wartaoriental.com/2023/02/24/banduan-warga-asing-maut-kerana-roti/
Banduan warga asing maut kerana roti
[ "Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka", "MELAKA: Gara-gara tidak dapat makan roti, seorang banduan di Kompleks Penjara Sungai Udang di sini bertindak ganas membelasah rakan selnya hingga mati.", "Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.28 petang semalam selepas tujuh hari menerima rawatan di Hospital Melaka.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pergaduhan berlaku pada pukul 2.15 petang 17 Februari lalu, selepas suspek yang berusia 34 tahun mengesyaki mangsa mengambil roti diberikan pihak penjara.", "Menurutnya, suspek kemudian bertanya kepada mangsa tetapi dijawab secara kasar menyebabkan suspek berang lalu memukul mangsa.", "“Semasa kejadian pintu bilik terbuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan semua banduan sedang menjalani aktiviti riadah bebas. Suspek dan mangsa berada dalam bilik yang sama.", "“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa mengambil makanan yang diberikan pihak penjara kepada suspek yang mana tindakan itu menyebabkan suspek tidak mendapat makanan.", "“Suspek yang baharu sahaja solat telah didatangi mangsa. Ketika berbual, suspek bertanyakan kepada mangsa kerana melihat dia mengambil roti. Mangsa tidak mengaku dan menjawab dengan nada yang tinggi menyebabkan suspek terus memukul mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Tambah Christopher, suspek yang sedang menjalani hukuman penjara sejak Mac 2016 mengaku telah menumbuk bahagian sebelah mata dan pipi kanan mangsa sehingga kepala terhantuk pada dinding.", "Katanya, suspek turut memijak menggunakan tumit pada bahagian peha dan menendang dada mangsa.", "“Setelah mangsa terbaring, suspek mengangkat mangsa dan menghumban mangsa ke dalam bilik air. Warden penjara hanya menyedari kejadian itu setelah pergaduhan selesai. Saksi pergaduhan adalah seorang lelaki warga Nigeria yang kebetulan lalu di hadapan sel mangsa.", "“Mangsa yang masih sedar kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Mangsa mengalami kecederaan pendarahan dalam kepala, benjol di kepala kiri serta luka di bahagian mata dan telinga kiri.", "“Bagaimanapun, kira-kira pukul 6.28 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia setelah tujuh hari menerima rawatan,” ujarnya.", "Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/jenayah/2023/02/banduan-warga-asing-maut-kerana-roti/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/jenayah/2023/02/banduan-warga-asing-maut-kerana-roti/" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/16/serbuan-parti-liar-di-genting-highlands-28-suspek-positif-dadah/
Serbuan parti liar di Genting Highlands, 28 suspek positif dadah
[ "BENTONG: Polis Bentong menahan 28 orang yang terlibat dengan parti liar dalam serbuan di sebuah banglo di Genting Highlands di sini.", "Dalam serbuan pada Isnin lalu kira-kita pukul 4 petang, seramai 19 orang suspek lelaki dan sembilan wanita yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 48 tahun ditahan untuk siasatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan awal, suspek yang berkumpul di ruang tamu banglo di pusat peranginan tanah tinggi itu positif dadah jenis Ketamine dan Amphetamine.", "“Kesemua suspek direman dua hari bermula semalam (Selasa) untuk siasatan lanjut.", "“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika didapati bersalah suspek boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau keduanya,” katanya dalam kenyataan di sini.", "Ramli memberikan amaran keras bahawa polis tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran Kontinjen Pahang.", "Katanya, kejayaan serbuan di banglo itu merupakan hasil maklumat orang awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada masyarakat yang sentiasa peka terhadap aktiviti jenayah di sekeliling mereka walaupun ia dilakukan di tempat tersembunyi.", "“Polis meminta kerjasama orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat khususnya berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah, jenayah tertentu serta perlakuan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya. ", "Serbuan parti liar di Genting Highlands, 28 suspek positif dadah" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/15/andrew-pecahkan-rekod-kebangsaan-acara-kuak-dada-50-meter/
Andrew pecahkan rekod kebangsaan acara kuak dada 50 meter
[ "Perenang Selangor, Andrew Goh berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 50 meter kuak dada ketika Kejohanan Renang Terbuka Malaysia kali ke 65 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.", "PETALING JAYA: Penamat yang cukup indah buat perenang muda negara, Andrew Goh apabila bukan sahaja layak untuk beraksi di Sukan Sea Kemboja Mei depan, namun turut memecahkan rekod kebangsaan acara kuak dada 50 meter di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil yang menutup tirai kelmarin.", "Andrew yang beraksi untuk Selangor meraih tempat ketiga untuk acara itu, di belakang Indonesia Felix Viktor Iberle mengguguli emas 27.65 saat diikuti atlet Namibia Ronan Zuberge Wantenaar 27.84 saat, namun catatan masa dilakar Andrew iaitu 28.10 saat sudah cukup untuk memadam rekod yang dipegang Wong Fu Kang, iaitu 28.59 saat pada 2016.", "Lebih manis, lakaran masa itu turut berjaya membawa Andrew melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Akuatik 2023 di Fukuoka, Jepun Julai depan selepas melepasi had kelayakan kategori B iaitu 28.29 saat.", "Menurut Utusan Malaysia, kejayaan Andrew itu menyaksikan Malaysia bakal mempunyai tiga perenang beraksi di Kejohanan Dunia, bersama-sama Phee Jinq En dan Khiew Hoe Yan.", "Secara keseluruhan, perenang berusia 19 tahun itu telah meraih tiga pingat perak bagi acara bebas dan rampaian 4×100 berganti-ganti serta 4×200 acara bebas berganti-ganti dan dua pingat gangsa dalam acara 50 meter dan 200 meter kuak dada.", "“Jujur, saya langsung tidak menyangka akan dapat layak ke Kejohanan Dunia kerana sasaran saya yang sebenar adalah untuk cuba lepasi had kelayakan ke Sukan Sea terlebih dahulu.", "“Saya memang sudah lama impikan untuk beraksi di Kejohanan Dunia, sejak saya berumur tujuh tahun lagi, dan ia berjaya dicapai apabila saya berusia 19 tahun.", "“Kejayaan ini memang saya sudah usahakan sejak sekian lama, ia bukanlah nasib, sebaliknya hasil kerja keras saya ketika sesi latihan,” jelas Andrew yang ditemui pemberita kelmarin.", "Andrew pecahkan rekod kebangsaan acara kuak dada 50 meter" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/13/hari-mengundi-pilihan-raya-presiden-singapura-1-september-ini/
Hari mengundi Pilihan Raya Presiden Singapura 1 September ini
[ "Lee Hsien Loong", "SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengeluarkan Writ Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Presiden tahun 2023 dengan Hari Pengundian yang ditetapkan pada 1 September ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Jabatan Pilihan Raya Singapura, tarikh hari penamaan calon pula ditetapkan pada pada 22 Ogos ini.", "Sehingga kini, empat individu menyatakan hasrat untuk bertanding merebut jawatan presiden iaitu bekas menteri kanan, Tharman Shanmugaratnam, pengasas Harvey Norman, Ossia George Goh, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan GIC, Ng Kok Song dan bekas calon presiden, tan Kin Lian.", "Presiden Halimah Yacob, yang memegang jawatan pada 2017, tidak akan bertanding untuk penggal kedua sebagai ketua negara selepas penggal pentadbirannya tamat pada 13 September ini.", "Halimah, 68, merupakan presiden kelapan Singapura dan wanita pertama berkhidmat sebagai presiden.", "Hari mengundi Pilihan Raya Presiden Singapura 1 September ini" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/01/the-housing-sector-is-still-promising-dr-joachim/
The housing sector is still promising – Dr Joachim
[ "Dr Joachim (second left) with Dr Jamili (left) and Gilbert Ee (third right) in a group photo at the Roof Topping Ceremony at 12th floor of Coral Bay@ Sutera.", "KOTA KINABALU: The housing sector is still promising despite some issues and challenges, said Deputy Chief Minister Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.", "He is confident that the housing sector will prevail despite some issues and challenges and will continue to grow with the commitment and efforts of the Government in transforming this sector, coupled with the rapid development of information technology and communication.", "“This is also an opportune time, seeing that East Malaysia itself is a growth market for the housing sector,” said Dr Joachim, who is also Local Government and Housing Minister, when officiating the roof topping ceremony of the Coral Bay @ Sutera organised by GSH Corporation Limited and China Railway Construction Group (CRCG) (M) Sdn Bhd here today.", "Dr Joachim (centre) listening a briefing by Gilbert Ee at the sales gallery room while Dr Jamili (right) look on.", "Dr Joachim said Sabah, Sarawak and Labuan have a total combined population of 6.0 million in 2021, from the Department of Statistic Malaysia (DOSM, 29 July 2022).", "He said as the market and economy eventually adapted to a pandemic environment, the residential real estate market in Sabah experienced a significant return in 2021. A total of 4,805 transactions totaling RM1.941 billion were registered, representing yearly increases of 20.61% and 37.71%, respectively (Max, 2021),- the Edge/ Rahim & Co Kota Kinabalu housing Property Monitor.", "“The housing industry is an important contributor to the Malaysian economy by providing new job opportunities and also contributing to total output (GDP). Higher economic growth and income correlate directly to property prices,” he said.", "Dr. Joachim also said that the Sabah Government would expect big returns from the Sabah-Malaysia My Second Home (SBH-MM2H) initiative participants, said Deputy Chief Minister II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.", "He said a minimum stay of 30 days per year is one of the SBH-MM2H programme’s requirements and an individual or family is only allowed to stay for 5+5 years in Sabah.", "Other requirements include being able to buy property for RM600,000 or more, obtaining a medical check-up certificate from the applicant’s country of origin and opening a bank account in any Sabah-based local bank with a RM200,000 fixed deposit.", "Dr Joachim (centre) with Dr Jamili (second right) and Gilbert Ee (third right) laying the finishing cement topping to symbolically launch the Roof Topping Ceremony, at 12th floor of Coral Bay@ Sutera.", "“Through the participation of tourists in this programme, the state will benefit economically through property purchases, the inflow of funds, and the stimulation of the local economy,” he said.", "The SBH-MM2H initiated by the State Government was adapted from the “Malaysia My Second Home” programme implemented by the Federal Government under the tourism sector, which one of the main economic sectors emphasised in the five-year Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan 1.0 (2021-2025).", "Dr Joachim said this programme aims to attract and grant foreign tourists who meet all the necessary criteria the right to stay in Sabah for a period of time.", "“Given its stunning and picturesque scenery, Sabah has a great deal of potential for drawing tourists who would like to make it their second home. Furthermore, Sabah’s unique mix of ethnic groups and cultures is one of the state’s main attractions for tourists,” he said, adding the SBH-MM2H programme incentivises foreign tourists with plenty of rewards.", "On the rooftopping ceremony, Dr Joachim said it is a long-standing tradition in the construction industry that celebrates project milestones.", "This ceremony also marks the completion of the building’s structural framework, he said, adding that traditionally, the ceremony occurs when the final structural beam is raised into place, completing the building’s frame.", "“I was informed that this condominium complex is inspired by the natural wonder that protected our shoreline, the coral reef. Hence the name Coral Bay.", "“This property complex is also equipped with the latest technological advances in the market. The building’s design incorporates the latest innovations in the construction industry as well as anti-seismic technologies, making it a smart addition to the city’s skyline,” he said.", "He congratulated GSH Corporation Limited and CRCG (M) Sdn Bhd for the auspicious occasion that sets a hallmark for this building, and hoped Coral Bay @ Sutera will be completed on time and all things progress smoothly.", "Also present were the Permanent Secretary of the Ministry of Local Government & Housing of Sabah, Datuk Dr Jamili Nais; CEO of GSH Corporation Limited, Gilbert Ee Guan Hui and Project Director of CRCG (M) Sdn Bhd, Zhang Ting." ]
https://wartaoriental.com/2023/08/30/rasuah-37-pegawai-anggota-polis-ditahan-sprm/
Rasuah: 37 pegawai, anggota polis ditahan SPRM
[ "PETALING JAYA: Seramai 37 pegawai dan anggota polis dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam pemberian rasuah kepada ahli patologi untuk ujian saringan air kencing sejak 2018 hingga 2022.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan anggota berkenaan.", "“Tangkapan dilakukan oleh SPRM dan bagi setiap tangkapan itu, JIPS akan membuka kertas siasatan atas kesalahan tatatertib,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/rasuah-37-pegawai-anggota-polis-ditahan-sprm/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/rasuah-37-pegawai-anggota-polis-ditahan-sprm/" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/01/kunjungan-hormat-perkasa-usia-bina-hubungan-kerjasama-bangunkan-umat-islam-di-sabah/
Kunjungan hormat Perkasa-USIA bina hubungan kerjasama bangunkan umat Islam di Sabah
[ "Sapawi bersama Madsah (empat dari kanan) dan Timbalan, Marlina Majid (lima dari kiri) di pejabat USIA.", "KOTA KINABALU: Kunjungan hormat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah ke atas Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada Khamis dijangka bakal membina jambatan kerjasama di antara kedua pertubuhan itu dalam konteks pembangunan umat Islam di negeri tersebut.", "Menurut Yang Dipertua Perkasa, Madsah Awang Aman berkata, kunjungan yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyampaikan visi Perkasa kepada USIA.", "“Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkenalan sesama pimpinan dan juga ingin memperkenalkan apa itu Perkasa kepada pimpinan USIA.", "“Untuk makluman Perkasa Sabah telah dilancarkan pada Tahun 2010 dan dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Mohd. Said mantan Ketua Menteri Sabah.", "“Keahlian Perkasa di seluruh Sabah sudah melebihi 30,000 orang Ahli dan Sandakan merupakan daerah yang mempunyai ahli Perkasa yang teramai di Sabah,” ujar Madsah dalam satu kenyataan media kelmarin.", "Pada masa sama, Madsah turut menambah pihaknya mengalu-alukan sebarang bentuk pembinaan hubungan kerjasama di antara pertubuhan tersebut dengan badan bukan kerajaan yang lain dalam usaha membangunkan dan mempertahankan kepentingan umat Islam di negeri itu.", "“Perkasa Sabah mencari rakan  seperjuangan strategik untuk sama-sama membangunkan dan mempertahankan kepentingan umat Islam di Sabah.", "“Perjuangan Perkasa mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukanlah bersifat perkauman semata-mata seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. ", "“Perkasa juga bersedia berjumpa dengan mana-mana badan bukan kerajaan bagi menyusun strategi secara bersama untuk membantu umat Islam yang majoritinya miskin selain bagi menyuarakan isu-isu berkenaan umat Islam secara teliti, cermat serta berhemah,” tambah Madsah." ]
https://wartaoriental.com/2023/02/19/kucing-diselamatkan-dari-runtuhan-di-turkiye-enggan-berpisah/
Kucing diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, enggan berpisah
[ "ANKARA: Seekor kucing comel yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan di Turkiye, dilaporkan enggan berpisah dengan anggota bomba yang menyelamatkannya.", "Menurut Utusan Malaysia, portal Fox5 melaporkan, haiwan peliharaan itu diselamatkan oleh pasukan anggota bomba Mardin ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di bandar Gaziantep.", "Fox5", "Malah, kucing itu enggan meninggalkan anggota bomba, Ali Cakas yang menyelamatkannya.", "Menurut Cakas, dia menamakan kucing itu sebagai `Enkaz’ yang bermaksud runtuhan dalam bahasa Turki.", "Katanya, dia memberi nama demikian sempena kejadian dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud menggegarkan beberapa kawasan di Turkiye dan Syria pada awal bulan ini.", "“Sekiranya, kami tidak dapat mencari pemilik kucing ini maka saya mahu membawa bersama saya,” katanya.", "Dilaporkan, kucing itu diselamatkan selepas 129 jam gempa bumi menggegarkan bandar Gaziantep.", "Kucing diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, enggan berpisah" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/20/kes-hfmd-lepasi-paras-amaran-kebangsaan/
Kes HFMD lepasi paras amaran kebangsaan
[ "Ibu bapa diminta tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah bagi mengelak penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).", "PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu bagi minggu ke-19 yang lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah kes itu dikesan bagi tempoh 7 hingga 13 Mei lalu.", "Beliau berkata, seminggu sebelum itu, kes HFMD turut dikesan melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes iaitu pada 30 April hingga 6 Mei lalu.", "“Bagaimanapun, setakat 13 Mei lalu, hanya 9,822 kes HFMD dilaporkan iaitu menurun berbanding 31,622 kes bagi tempoh sama tahun lalu.", "“Data menunjukkan Selangor menyumbang kes tertinggi iaitu 2,443 kes atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes diikuti Sabah (1,505 kes), Kuala Lumpur/Putrajaya (977 kes), Johor (915 kes), Sarawak 750 kes dan negeri-negeri lain sekitar 700 kes,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.", "Katanya, setakat 13 Mei lalu, tiada kes HFMD yang dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes kematiqn HFMD dilaporkan.", "Muhammad Radzi berkata, sejumlah 273 kluster HFMD dilaporkan setakat 13 Mei lalu dimana 170 kluster (62.3 peratus) dilaporkan berlaku di taska, tabika, tadika, pra-sekolah dan pusat jagaan harian.", "Menurutnya, baki 101 kluster (37 peratus) berlaku di rumah persendirian dan dua kluster (0.7 peratus) berlaku di sekolah.", "“Institusi tempat perhimpunan kanak-kanak adalah antara tempat yang dilihat sering berlaku penularan HFMD sehingga kadang kala boleh berlaku kluster HFMD.", "“Kluster itu tercetus apabila kebersihan persekitaran tidak dijaga dan kanak-kanak dijangkiti hadir ke institusi,” katanya.", "Katanya, beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes HFMD ini terutama ibu bapa, pengusaha taska dan pengusaha taman permainan ‘indoor’.", "Kes HFMD lepasi paras amaran kebangsaan" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/15/pakej-insurans-rahmah-bakal-diperkenalkan/
Pakej insurans Rahmah bakal diperkenalkan
[ "Salahuddin Ayub", "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan pakej insurans Rahmah untuk golongan B40 dan miskin tgear pada hujung bulan ini sebagai usaha membantu golongan tersebut mendapatkan penjagaan kesihatan yang sepatutnya.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif tersebut akan berada di bawah payung Rahmah di bawah usaha Kerajaan Perpaduan membantu rakyat.", "Menurut beliau, inisiatif tersebut dapat dijayakan melalui penglibatan pihak-pihak swasta yang turut sama ingin membantu rakyat dalam mendapatkan penjagaan perkhidmatan yang sewajarnya.", "“Insurans akan diwujudkan melalui pakej Rahmah, ini semua kita sudah lakukan dengan penuh teliti kerana ada ada pihak yang mempertikaikan adakah program ini boleh kekal atau tidak. Kekuatan kepada inisiatif ini didukung oleh pemain-pemain industri.", "“Mereka sanggup untuk membantu walaupun falsafah dalam bentuk ekonomi boleh dibahaskan dengan lebih lanjut dengan rakan saya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Kementerian Kewangan,” katanya semasa sesi dialog sesi memperkaskan ekonomi rakyat di Dewan Merdeka.", "Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai itu berkata, ketika ini golongan B40 dan miskin tegar mencampai sebanyak 126,000 di dalam negara, kumpulan tersebut amat memerlukan inisiatif-inisiatif Rahmah.", "“Inisiatif yang sudah masuk bulan keenam, sedikit sebanyak membantu dan kesan langsung boleh dilihat melalui statistik diberikan iaitu inflasi harga makanan di luar menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus.", "“Ia pertama kali berlaku sejak Ogos 2021, saya menyusun sepuluh jari. Usaha ini kecil dan kerdil tetapi dengan upaya yang ada kita cuba membantu rakyat dengan pakej-pakej kita tampilkan,” katanya. ", "KONVENSYEN NASIONAL: Pakej insurans Rahmah bakal diperkenalkan" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/09/polis-tahan-pemandu-lori-bertengkar-guna-parang/
Polis tahan pemandu lori bertengkar guna parang
[ "Tangkap layar video suspek memegang parang sambil ditenangkan oleh orang ramai dalam kejadian di sebuah stesen minyak R&R Gurun arah selatan di Sungai Petani.", "SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah selatan, pada Khamis lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Bandar Utama, di sini malam tadi.", "“Semalam tular video rakaman kejadian pergaduhan membabitkan dua lelaki di media sosial dipercayai berpunca daripada perselisihan faham kerana membunyikan hon kenderaan. Video berdurasi 31 saat itu ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook.", "“Selepas melihat video berkenaan, Ketua Polis Balai Gurun, Inspektor Mohd. Sofian Abd. Aziz mengarahkan sepasukan anggota Task Force Balai Gurun ke lokasi kejadian dan hasil temubual dengan pengurus stesen minyak itu mendapati kejadian berlaku pada 7.40 malam, 1 Julai lalu.", "“Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Ketua Polis Balai Gurun dan siasatan lanjut kemudiannya berjaya menahan pemandu lori itu di rumahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.", "Zaidy berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan seorang pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang bermula di Hentian Kobah, Pendang kerana membunyikan hon kenderaan.", "“Dalam keterangannya suspek mendakwa terpaksa mengeluarkan sebilah parang yang disimpan dalam kenderaannya selepas mendakwa diugut pemandu Ford Ranger berkenaan. Bagaimanapun kejadian itu hanya melibatkan pertengkaran sahaja dan berjaya dileraikan oleh orang ramai,” katanya.", "Kata beliau, suspek tampil membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun pada pukul 5.14 petang, semalam sebelum ditahan di rumahnya dan kini direman tiga hari hingga 11 Julai untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 61 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958.", "“Kita juga sedang mengesan pemandu Ford Ranger dan pemilik akaun Facebook itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyiarkan kandungan jelik, palsu dan mengancam,” katanya.", "Orang ramai dan saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian juga diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Sobri Salamat di talian 014-6727927 untuk membantu siasatan. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/polis-tahan-pemandu-lori-bertengkar-guna-parang/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/polis-tahan-pemandu-lori-bertengkar-guna-parang/" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/18/ciptaan-lagu-guna-ai-tidak-layak-raih-anugerah-grammy/
Ciptaan lagu guna AI tidak layak raih Anugerah Grammy 
[ "WASHINGTON: Penganjur Anugerah Grammy, Recording Academy menetapkan peraturan baharu bahawa sebarang penghasilan lagu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak layak meraih anugerah berprestij itu.", "Peraturan baharu itu diperkenalkan ketika badan menyampaikan anugerah muzik paling terkenal dunia, berusaha mengekang penggunaan teknologi AI dalam industri hiburan.", "Menurut Utusan Malaysia, peraturan akademi yang dikemas kini itu melarang lagu yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknologi AI.", "Bagaimanapun, berdasarkan peraturan itu, beberapa lagu dihasilkan artis dengan bantuan AI mungkin layak disenaraikan dalam kategori tertentu.  ", "“Sebarang karya yang tidak mengandungi kerja pencipta lagu tidak layak disenaraikan dalam mana-mana kategori,” jelas peraturan itu.", "Pencipta lagu kini perlu menyumbang sekurang-kurangnya 20 peratus tenaganya dalam penghasilan album bagi membolehkan mereka dicalonkan.", "Sebelum ini, mana-mana penerbit, penulis lagu, artis pilihan dalam album boleh mendapat pencalonan untuk kategori album terbaik walaupun hanya memberi input yang kecil.", "Acara Anugerah Grammy mula diadakan pada tahun 1959 bagi menghargai sumbangan pencipta lagu dalam industri.", "Pada November tahun lalu, OpenAI melancarkan ChatGPT, aplikasi perisian AI yang mempunyai keupayaan untuk menjana teks seperti manusia berdasarkan input mudah.", "Teknologi program itu berpotensi untuk merevolusikan cara individu berinteraksi dengan komputer dan sudah mula disepadukan ke dalam pelbagai industri.", "Orang ramai menyuarakan kebimbangan keupayaan dan kecanggihan teknologi AI yang semakin pantas boleh menggantikan peranan manusia. ", "Ciptaan lagu guna AI tidak layak raih Anugerah Grammy " ]
https://wartaoriental.com/2023/02/09/reese-tan-selesai-jalani-suntikan-genetik-bernilai-rm9-juta/
Reese Tan selesai jalani suntikan genetik bernilai RM9 juta
[ "Reese Tan Rui Xin kelihatan ceria selepas menerima rawatan ubat genetik bernilai lebih RM9 juta di PPUM, Kuala Lumpur semalam.", "BUKIT MERTAJAM: Kanak-kanak penghidap penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA), Reese Tan Rui Xin yang sebelum ini merayu dana sebanyak RM9 juta selamat menerima suntikan Zolgensma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, kesihatan kanak-kanak perempuan yang kini berusia 19 bulan itu ketika ini juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memuaskan.", "Terdahulu katanya, ubat genetik bernilai RM9,129,625 disebabkan kadar pertukaran wang asing berbeza itu tiba di negara ini dari Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.", "“Sebelum ini (semalam), Reese Tan telah dimasukkan ke wad untuk menjalani beberapa ujian saringan sebelum diberikan suntikan tersebut.", "“Prosedur suntikan ini memakan masa lebih kurang satu jam dan reaksi kanak-kanak ini semasa menerima suntikan juga adalah baik dan normal,” katanya yang turut berpeluang menyaksikan detik bersejarah itu di PPUM.", "Tambah beliau, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga kelihatan teruja kerana proses tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.", "Kisah Reese Tan sebelum ini tular di media sosial selepas satu kempen mengumpul dana sebanyak RM9 juta dilancarkan sejak 13 Disember tahun lepas bagi membolehkannya menjalani rawatan pemulihan.", "Kempen tersebut bagaimanapun mendapat sambutan luar biasa apabila lebih RM7 juta berjaya dikumpul dan tempoh yang singkat dan selesai dalam masa kurang lapan hari.", "Bagaimanapun, disebabkan kos ubat genetik itu melebihi RM9 juta, One Hope Charity and Welfare terpaksa menggunakan dana sebanyak RM139,625 daripada tabung perubatan kecemasan mereka terlebih dahulu bagi memastikan Reese Tan dapat menerima rawatan Zolgensma itu mengikut masa yang ditetapkan. ", "Reese Tan selesai jalani suntikan genetik bernilai RM9 juta" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/18/wea-event-calls-for-gender-inclusive-digital-innovation-eco-systems/
WEA event calls for gender-inclusive digital innovation eco-systems
[ "The Women’s Entrepreneurship Accelerator (WEA) is a multi-stakeholder partnership on women’s entrepreneurship established during UNGA 74. It convenes six UN agencies, International Labour Organization (ILO), International Trade Centre (ITC), International Telecommunication Union (ITU), United Nations Development Programme (UNDP), UN Global Compact (UNGC), UN Women and Mary Kay Inc. to empower 5 million women entrepreneurs by 2030. (Credit: WEA)", "High-level multi-stakeholder event on unlocking the potential of women entrepreneurs to innovate in the digital economy as prelude to the announcement of the top three winners of the WEA Digital Innovation Challenge", "High-level multi-stakeholder event on unlocking the potential of women entrepreneurs to innovate in the digital economy as prelude to the announcement of the top three winners of the WEA Digital Innovation Challenge", "High-level multi-stakeholder event on unlocking the potential of women entrepreneurs to innovate in the digital economy as prelude to the announcement of the top three winners of the WEA Digital Innovation Challenge", "Commission on the Status of Women", "Women’s Entrepreneurship Accelerator", "Senior representatives of WEA partner agencies, representatives from the private sector, and civil society discussed ways to build a more gender-responsive eco-system for women entrepreneurs so they can participate and compete in the digital economy.", "Speakers identified WEA as a critical multi-stakeholder solution to address the bottlenecks to women entrepreneurship.", "Addressing the role of innovation and technology from a gender lens for the first time since its inception, the set of agreed conclusions adopted by Member States at CSW67 provide best practice guidance for stakeholders, including governments, the private sector and civil society.", "best practice guidance", "This guidance aims to promote the full and equal participation and leadership of women and girls in the design and rollout of digital technologies and innovation processes.Panelists focused on:", "the critical importance of women’s entrepreneurship as a key driver of innovation in addressing societal challenges, and;the contribution women entrepreneurs make to economic growth and poverty reduction.", "the critical importance of women’s entrepreneurship as a key driver of innovation in addressing societal challenges, and;", "women’s entrepreneurship as a key driver of innovation", "the contribution women entrepreneurs make to economic growth and poverty reduction.", "contribution women entrepreneurs make to", "economic growth and poverty reduction", "The barriers faced by women entrepreneurs in growing their business and getting their products and services to market were also highlighted which include:", "barriers faced by women entrepreneurs", "a lack of access to capital, unequal social norms, lack of connectivity, and time and skills constraints, all of which hamper their ability to compete in the digital marketplace.", "a lack of access to capital, unequal social norms, lack of connectivity, and time and skills constraints, all of which hamper their ability to compete in the digital marketplace.", "lack of access to capital, unequal social norms, lack of connectivity, and time and skills constraints", "to announce the winners of WEA’s Digital Innovation Challenge.", "WEA Digital Innovation Challenge", "250 submissions from companies in 54 countries", "Innovation and Entrepreneurship Alliance for Digital", "Dan Seymour, Strategic Partnerships Director, UN Women;Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.;Harry O’Mealia, CEO and President, 1919 Investment Counsel;Julia Pimsleur, Founder, Million Dollar Women Network;Selin Oz, SME Banking Entrepreneurship Banking, Senior Manager, Garanti BBVA;Tess Mateo, Sustainability ESG Impact Investor, US W20 Delegate to G20;Ursula Wynhoven, Representative to the United Nations in New York, International Telecommunication Union.", "Dan Seymour, Strategic Partnerships Director, UN Women;", "Dan Seymour", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.;", "Deborah Gibbins,", "Harry O’Mealia, CEO and President, 1919 Investment Counsel;", "Harry O’Mealia,", "Julia Pimsleur, Founder, Million Dollar Women Network;", "Julia Pimsleur,", "Selin Oz, SME Banking Entrepreneurship Banking, Senior Manager, Garanti BBVA;", "Selin Oz,", "Tess Mateo, Sustainability ESG Impact Investor, US W20 Delegate to G20;", "Tess Mateo", "Ursula Wynhoven, Representative to the United Nations in New York, International Telecommunication Union.", "Ursula Wynhoven,", "“Digital Innovation Challenge Acceleration Program” ", "Global Innovation Forum", "Special Mention awards", "1919 Investment Counsel", "Tiny Totos", "Health Innovation Exchange", "Gwiji for Women Gig Workers", "Welcome:Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLifeOpening Remarks:Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN WomenUlrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDPIntroductory Remarks:Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.Keynote Speaker:Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)Discussant:Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)Closing Remarks:Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Welcome:Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Welcome:", "Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Dr. Cindy Pace", "Opening Remarks:Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN WomenUlrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Opening Remarks:", "Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN WomenUlrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN Women", "Anita Bhatia", "Ulrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Ulrika Modéer", "Introductory Remarks:Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.", "Introductory Remarks:", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.", "Deborah Gibbins", "Keynote Speaker:Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Keynote Speaker:", "Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Virginia Littlejohn", "Discussant:Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)", "Discussant:", "Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)", "Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)", "Sonia Jorge", "Closing Remarks:Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Closing Remarks:", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava", "Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN Women", "Ulrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc", "Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Strategy and Partnerships, Global Digital Inclusion Partnership", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director of the Telecommunication Development Bureau at ITU", "here", "here", "About the Women’s Entrepreneurship Accelerator", "we-accelerate", "Source : Women’s Entrepreneurship Accelerator", "Source : Women’s Entrepreneurship Accelerator" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/21/500-warga-meriahkan-hari-keluarga-kkd/
500 warga meriahkan Hari Keluarga KKD
[ "Warga KKD mengabadikan gambar kenangan semasa Hari Keluarga KKD yang diadakan itu. ", "KOTA KINABALU: Seramai 500 warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama keluarga hadir memeriahkan Hari Keluarga KKD Sabah.", "Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor berkata, program yang julung kali diadakan itu menghimpunkan tujuh agensi di bawah KKD iaitu Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Telekom Malaysia Berhad (TM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pos Malaysia.", "“Pada hari ini, kita membuka langkah pertama dalam melaksanakan program ini yang berkonsepkan sosial, kebajikan dan kekeluargaan dalam kalangan warga KKD di Sabah.", "“Kita berharap program ini akan diteruskan di tahun-tahun berikutnya yang bertujuan untuk mengeratkan lagi kasih sayang, silaturahim, kekeluargaan yang sememangnya sudah terjalin.", "“Kita percaya apa-apa juga kejayaan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak bersama-sama menjayakannya. ", "“Oleh itu, terbuktinya dengan kerjasama daripada semua pihak, kita berjaya melaksanakan Hari Keluarga KKD dan berharap kakitangan KKD akan terus bekerjasama, saling memenuhi sesama kita bagi mencapai kejayaan yang lebih menyeluruh untuk semua,” katanya semasa merasmikan Hari Keluarga KKD 2023 di sini, pada Sabtu.  ", "Dalam pada itu, Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Berhad Negeri Sabah Datuk Mohd Sainal Mohd Amin turut berpendapat, program berkenaan berjaya menggabungkan ketujuh-tujuh agensi dan memberikan satu sentuhan kepada hampir semua kakitangan yang hadir.", "“Impak yang dapat kita lihat hasil daripada program pada hari ini adalah apabila wujud kerjasama di antara warga KKD pada  program-program rasmi atau tidak rasmi pada masa akan datang.", "“Yang paling penting acara hari ini merupakan salah satu lagi platform sosial yang kita reka untuk merapatkan hubungan silaturahim, hubungan kerjasama di antara agensi-agensi yang terdapat di Sabah di bawah KKD,” ujarnya.", "Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Ketua Unit Kreatif FINAS Cawangan Sabah Drusella Brigit Anak Rijeng, Pengarah MCMC Sabah Izani Othman dan Ketua Biro BERNAMA Sabah, Fadzli Ramli." ]
https://wartaoriental.com/2023/10/25/beri-lebih-banyak-peruntukan-penyelenggaraan-bangunan-sekolah-klinik-kepada-sabah/
Beri lebih banyak peruntukan penyelenggaraan bangunan sekolah, klinik kepada Sabah
[ "Shahelmey Yahya", "KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa agar memberikan lebih banyak peruntukan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah dan klinik kesihatan di Sabah dan berdasarkan keadaan yang mendesak, memandangkan saiz keluasan Sabah yang besar.", "Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey yang membuat gesaan ini juga memohon perhatian Menteri Pendidikan untuk membantu mempercepatkan urusan pembinaan semula SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya yang rosak teruk akibat bencana angin kencang pada November 2022 lalu. Kedua-dua buah sekolah tersebut adalah terletak dalam Parlimen Putatan.", "Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mula mempertimbangkan pembinaan SMK Lok Kawi kerana dengan adanya SMK Lok Kawi kelak ianya akan dapat membantu mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekitar Putatan.", "“Pada masa sekarang, terdapat tiga buah sekolah menengah di daerah Putatan. Dua daripada tiga sekolah menengah tersebut mempunyai jumlah pelajar mencecah 2,000 orang dan setiap sekolah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah pada sesi perbahasan Dasar Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, kelmarin.   ", "Shahelmey juga meminta KPM mempertimbangkan untuk menaik taraf Pusat Tingkatan Enam SMK Putatan kepada Kolej Pra Universiti KPM Kampus Putatan, agar keperluan masa depan yang kian bertambah akan dapat dipenuhi.", "Beliau turut membangkitkan isu perumahan, di mana beliau memohon agar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Persekutuan menyediakan peruntukan secukupnya bagi tujuan penyelenggaraan fasiliti awam bukan sahaja di dua buah Program Perumahan Rakyat (PPR) Putatan tetapi juga di PPR ynag lain. ", "“Dalam Parlimen Putatan, ada terdapat dua buah PPR, iaitu PPR Keramat dan PPR Serigai. Kewujudan dua buah PPR ini banyak membantu dalam isu perumahan bagi golongan B40. Namun demikian, keadaan kemudahan awam/penduduk adalah dalam keadaan yang kurang memuaskan terutamanya khidmat mesin pengangkat/lif. ", "“Mengikut tinjauan saya, banyak lif yang rosak serta tidak berfungsi dan juga kebocoran paip serta lantai yang mendedahkan bahaya kepada penghuni. Adalah dipohon agar Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi tujuan penyelenggaraan fasiliti awam bukan saja di dua buah PPR dalam Parlimen Putatan tetapi juga di PPR yang lain,” ujarnya.", "Beliau turut menggesa KPKT agar melihat kepada keperluan tempat tinggal yang mendesak khususnya di kawasan seperti Putatan yang bersebelahan dengan Bandaraya Kota Kinabalu. ", "“Parlimen Putatan adalah terletak bersebelahan dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Keperluan perumahan juga saban tahun semakin meningkat. Melihat kepada peningkatan kos pembelian rumah yang semakin meningkat naik dan keberadaan tanah yang semakin terhad, saya agak risau tentang cabaran kemiskinan bandar terutama tentang isu pemilikan rumah atau adanya tempat tinggal. ", "“Dengan keadaan sekarang, dapat dilihat di rumah-rumah yang kecil dan usang didiami oleh ahli-ahli keluarga yang ramai kadangkala ada terdapat dalam sebuah rumah yang usang, tiga generasi tinggal di dalam sebuah rumah usang tersebut. Sekiranya usaha menyediakan tempat tinggal untuk mereka tidak diusahakan dari sekarang, kita mungkin berdepan dengan isu-isu setinggan haram dan berisiko kepada situasi ketidak mampuan memiliki rumah yang kekal bagi golongan berpendapatan rendah.", "“Maka saya menggesa KPKT untuk melihat perkara ini khususnya di kawasan seperti Putatan atau mana-mana kawasan yang terletak di pinggir bandar. Gesaan ini adalah berdasarkan senario semasa yang mana di Parlimen Putatan ada dua buah PPR yang sudah penuh diisi. Saya selaku Wakil Rakyat sentiasa menerima permohonan baru daripada rakyat yang sentiasa memerlukan rumah-rumah PPR.”", "Katanya, daerah Putatan yang telahpun wujud sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu dengan populasi terkini seramai lebih daripada 85,000 orang memerlukan sebuah bangunan balai polis baharu diwujudkan. ", "Jelasnya, buat masa ini memang ada terdapat sebuah balai polis di daerah Putatan yang merupakan sebuah rumah yang disewa sejak tahun 2009, namun bagi memberi perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat yang lebih lengkap maka dicadangkan, sementara menanti sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) diwujudkan, agar sebuah bangunan balai polis yang standard dibina di Putatan. ", "Tapak cadangan juga sudah dikenal pasti, tambahnya, sambil memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil perhatian terhadap cadangan ini.", "“Selain daripada balai polis Putatan, saya juga meminta KDN melihat isu Balai Polis Pulau Gaya yang sekarang dibina di atas tanah SMK Pulau Gaya. Mungkin disebabkan oleh adanya Balai Polis Gaya pada masa sekarang yang mungkin melewatkan sedikit progress pembinaan SMK Pulau Gaya. Dipohon kepada KDN untuk melihat perkara ini bersama juga dengan Kerajaan Negeri dan juga KPM.", "progress", "“Di samping itu, saya juga menyampaikan hasrat daripada anggota Balai Polis Pulau Gaya, untuk meminta KDN melihat keperluan menyediakan bot untuk kegunaan di Balai Polis di Pulau Gaya,” katanya lagi.", "Shahelmey yang juga ADUN Tanjung Keramat juga menyampaikan permohonan dari Persatuan Jurutera Perunding Malaysia cawangan Sabah (ACEM Sabah) berkaitan kajian semula skala yuran khidmat perunding atau BEM scale of fees. ", "BEM scale of fees", "Kali terakhir ianya dikaji semula adalah pada tahun 2003, katanya, sambil mencadangkan, selari dengan perubahan masa dan keadaan ekonomi, agar Kerajaan mengkaji semula skala yuran tersebut bagi memberi keadaan yang lebih baik kepada jurutera-jurutera perunding." ]
https://wartaoriental.com/2023/07/11/41701-calon-stpm-ketahui-keputusan-khamis-ini/
41,701 calon STPM ketahui keputusan Khamis ini
[ "Calon STPM 2022 bakal mengetahui keputusan pada 13 Julai 2023. – Gambar hiasan", "PUTRAJAYA: Sebanyak 41,701 calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 bakal mengetahui keputusan pada Khamis ini (13 Julai 2023).", "Menurut Utusan Malaysia, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan atau swasta boleh memperoleh keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 11:30 pagi.", "Menurutnya, jumlah calon berkenaan menduduki peperiksaan di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 5,668 petugas peperiksaan dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.", "“Calon juga boleh memperoleh keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan  pada tarikh dan waktu yang sama.", "“(Kaedah lain) ialah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888,” katanya hari ini.", "MPM berkata, sistem tersebut akan diaktifkan mulai pukul 11:00 pagi Khamis ini sehingga pukul 12:00 tengah hari pada Ahad, 23 Julai 2023.", "“MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2022,” katanya. ", "41,701 calon STPM ketahui keputusan Khamis ini" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/27/wanita-maut-dipukul-teman-lelaki-punca-kematian-akibat-kecederaan-di-kepala/
Wanita maut dipukul teman lelaki: Punca kematian akibat kecederaan di kepala
[ "IPOH: Polis mengesahkan punca kematian wanita yang maut dipukul teman lelaki di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon Ahad, kerana kecederaan akibat trauma tumpul.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, punca kematian itu diperoleh hasil proses bedah siasat ke atas mayat wanita berusia 24 tahun itu yang selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).", "“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan kepala dan intra abdomen akibat trauma tumpul.", "“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.", "Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa ditahan bersama tiga yang lain termasuk ibu suspek bagi membantu siasatan.", "Dalam kejadian yang dilaporkan kepada polis pada pukul 4.34 pagi itu, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil.", "Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tinggal bersama mangsa dan bayi lelaki berusia lapan bulan, mengaku memukul wanita tersebut menggunakan batang penyapu.", "Tangkapan terhadap suspek membawa kepada rampasan empat unit telefon bimbit dan batang penyapu yang dijadikan senjata untuk memukul mangsa. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/wanita-maut-dipukul-teman-lelaki-punca-kematian-akibat-kecederaan-di-kepala/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/wanita-maut-dipukul-teman-lelaki-punca-kematian-akibat-kecederaan-di-kepala/" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/19/rm1-78-bilion-keuntungan-himpun-4-superstar-tinju/
RM1.78 bilion keuntungan himpun 4 ‘superstar’ tinju
[ "Promoter tinju cuba merealisasikan pertarungan empat petinju hebat, Tyson Fury, Oleksandr Usyk, Anthony Joshua dan Deontay Wilder pada malam yang sama.", "LONDON: Promoter tinju, ­Eddie Hearn mengesahkan rundi­ngan sudah dijalankan bagi mengatur pertarungan tinju heavyweightmelibatkan empat bintang ­dunia yang akan berlangsung di Arab Saudi.", "heavyweight", "Menurut Utusan Malaysia, penganjur berusaha membawakan empat nama besar Tyson Fury (Britain), Oleksandr Usyk (Ukraine), Anthony Joshua (Britain) dan Deontay Wilder (Amerika Syarikat) untuk bertempur pada malam yang sama.", "“Rundingan telah dijalankan, di mana ramai mahu melihat Fury menentang Usyk dan AJ (Joshua) bertemu Wilder pada malam yang sama.", "“Ia akan menelan belanja besar tetapi itu tetap menjadi pilihan kami, dan kami akan meneruskan rundingan.", "“Fokus kami adalah mendapatkan pertarungan mega itu pada Disember.", "“Belum ada keputusan rasmi sama ada AJ mahukan pertarungan pada Julai, namun kemungkinan besar ketika ini, ia berlangsung Disember.", "“Saya sangat ingin melihat dia berlawan. Saya rasa dia ­ingin bertarung pada Julai tetapi sekarang, kami tidak akan bertemu lawan yang mahu beraksi pada Julai,” kata Hearn.", "Pertarungan mega itu dijangka memberi keuntungan AS$325 juta (RM1.78 bilion).", "Sementara itu, Jurulatih Wilder, Malik Scott turut mengesahkan berita itu dan berkata, pertarungan besar akan berlaku.", "“Saya boleh katakan spekulasi itu benar, rundingan sedang berjalan dan pertaru­ngan besar akan berlaku.", "“Bukan hanya melibatkan kami, malah ramai petinju terbaik heavyweight,” katanya.", "heavyweight,", "Wilder, 37, tidak bertarung sejak Oktober apabila dia me­numbangkan Robert Helenius dalam pusingan pertama sejak membuat kemunculan semula.", "Joshua, 33, pula menewaskan Jermaine Franklin pada awal April, manakala pertembungan yang ditunggu-tunggu dalam kelas berat antara Usyk dan Fury tidak menjadi kenyataan walaupun perbincangan telah dilakukan beberapa kali sebelum ini.", "Bagaimanapun, Fury menerusi laman Instagram­nya menafikan dakwaan ada ­perancangan untuk menganjurkan kejohanan yang membabitkan empat pe­tinju itu.", "“Saya boleh mengesahkan bahawa khabar angin ini adalah sama sekali mengarut!,” ­katanya.", "Penafian Raja Gypsy itu mencetus reaksi kurang senang daripada kem Usyk, dan promoternya, Alex Krassyuk berkata, petinju Ukraine itu sekali lagi telah ‘melondehkan’ seluarnya.", "Sementara itu, pengulas sukan, Simon ­Jordan berkata, pertarungan Joshua seterusnya boleh menjadi petunjuk sama persaingan empat petinju itu akan berlaku.", "“Pemerhatian terus dilakukan dan saya rasa spekulasi itu ada asasnya.", "“Saya percaya, satu pertaru­ngan besar akan berlaku di Asia Barat yang melibatkan Fury, Usyk, Joshua dan Wilder.", "“Tiga pertarungan sedang ­diatur iaitu Fury menentang Usyk dan Wilder bertemu ­Joshua.Dua pemenang pertaru­ngan itu kemdian bertemu semula di Asia Barat bagi menentukan juara sebenar.", "“Ia juga menjelaskan sebab mengapa ­Anthony Joshua tidak mahu bertarung sehingga ­Disember,” katanya. ", "RM1.78 bilion keuntungan himpun 4 ‘superstar’ tinju" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/13/kerajaan-naikkan-elaun-43595-pelajar-tajaan-jpa-anwar/
Kerajaan naikkan elaun 43,595 pelajar tajaan JPA – Anwar
[ "Anwar Ibrahim", "PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan kadar ini ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai bulan depan yang akan memanfaatkan 43,595 orang pelajar.", "Menurut beliau, ia membabitkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan pada 7 November 2022.", "Ini termasuk kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.", "“Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar negara pengajian,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Anwar berkata, inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian.", "Pada masa sama, beliau berkata, bantuan ini bagi memastikan memastikan penawaran penajaan kerajaan adalah kekal releven dan berprestij. ", "Kerajaan naikkan elaun 43,595 pelajar tajaan JPA – Anwar" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/21/nadal-hampiri-penghujung-karier/
Nadal hampiri penghujung karier
[ "Rafael Nadal ketika mengumumkan penarikan diri daripada Terbuka Perancis di Rafa Nadal Academy, Manacor, Sepanyol.", "MADRID: ‘Raja Tanah Liat’, ­Rafael Nadal terpaksa menarik diri daripada kejohanan ke­gemarannya, Terbuka Perancis yang bermula hujung bulan ini kerana tidak cergas, malah ­me­ngakui mungkin bersara daripada tenis pada penghujung 2024.", "Bintang Sepanyol dan pemilik 22 gelaran Grand Slam itu tidak beraksi dalam sebarang pertandingan sejak tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Australia, Januari lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, pemain berusia 36 tahun itu mengesahkan Jumaat, dia tidak akan bertanding di Roland Garros buat kali pertama sejak 2004 kerana tidak sempat sembuh daripada masalah otot belakang.", "Juara Terbuka Perancis 14 kali itu memberitahu, dia akan berehat untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan sebelum berpotensi kembali beraksi pada akhir tahun ini dalam Piala Davis.", "“Saya bekerja sekeras mungkin setiap hari sepanjang empat bulan lepas. Ini bulan yang sangat sukar kerana kami tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi di Australia.", "“Hari ini saya masih dalam kedudukan yang saya tidak ­dapat merasakan diri saya bersedia untuk bersaing pada standard yang perlukan untuk bermain di Roland Garros ­(Terbuka Perancis).", "“Saya bukan pemain yang akan berada di sana dengan meletakkan diri pada kedudukan yang saya tidak suka.", "“Cita-cita saya adalah untuk cuba menikmati tahun hadapan, yang mungkin akan menjadi tahun terakhir saya dalam pertandingan profesional. ­Motivasi saya adalah untuk cuba mengucapkan selamat tinggal kepada semua kejohanan pen­ting.", "“Musim 2024 mungkin akan menjadi tahun terakhir saya. Saya tidak akan menetapkan tarikh kembali sebelum itu. Saya mungkin mencapai Piala Davis penghujung 2023,” katanya.", "Nadal dilihat berlatih di atas tanah liat dalam usaha untuk cergas bagi mempertahankan kejuaraan.", "Bagaimanapun, dia tidak dapat mengatasi isu kecederaan yang dialaminya sejak menarik diri pada separuh akhir Wimbledon tahun lalu. ", "Nadal hampiri penghujung karier" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/19/pemberian-tahap-kepada-kerajaan-negeri-ditingkat-rm400-juta-pm/
Pemberian TAHAP kepada kerajaan negeri ditingkat RM400 juta – PM
[ "Anwar Ibrahim bergambar bersama semua menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. – Gambar Ihsan MOF", "PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan menambah baik pemberian dan sokongan kepada kerajaan negeri untuk tahun ini dengan tujuh keputusan dicapai demi melaksanakan pembangunan negara yang lebih seimbang.", "Perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dihadiri semua menteri besar dan ketua menteri atau wakil dari setiap negeri.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, melalui keputusan itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta.", "Kata beliau, ini termasuk semakan semula dan penambahbaikan bagi petunjuk serta pengagihan Pemberian TAHAP sebagai satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peluang kepada kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan mengikut keutamaan dan acuan negeri masing-masing.", "“Ini seterusnya dapat memperkukuh lagi momentum pemulihan ekonomi ke arah pembangunan Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Anwar berkata, selain itu, kerajaan negeri disaran memberi keutamaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di negeri masing-masing kepada kontraktor Kelas G1 hingga G4 dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa syarikat konsesi besar.", "Beliau menjelaskan, langkah ini bertujuan membantu kitaran ekonomi kontraktor-kontraktor kecil dengan lebih adil dan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara lebih tuntas.", "Pada masa sama, kata beliau, Kementerian Kewangan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi bagi penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebagai memahami kepentingan dan keperluan itu supaya keadaan jalan sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat.", "“Ini terutamanya untuk menangani masalah jalan raya berlubang yang menjadi antara penyumbang kepada kemalangan dan peruntukan tambahan ini juga akan dikhususkan untuk manfaat kontraktor-kontraktor kecil bumiputera.", "“Penambahan ini menjadikan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2023,” katanya.", "Selain itu, Anwar berkata, penggunaan peruntukan di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri juga ditambah baik bagi menyelenggara jalan dan kerja-kerja lain berkaitan di kawasan perumahan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan serta penggantian papan tanda nama jalan dan lorong bagi jalan.", "Antaranya melibatkan jalan kampung, jalan taman dan papan-papan tanda jalan lain selain daripada penunjuk arah.", "Anwar berkata, pemberian Ecological Fiscal Transfer (EFT) turut dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun lalu sebagai galakan khusus kepada negeri-negeri yang mewartakan kawasan perlindungan baharu.", "Bagi tujuan penambahbaikan ke atas pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri pula katanya, Kementerian Kewangan bersetuju mempertimbangkan dan meminda kaedah pengeluaran kepada secara bayaran kemajuan kerja melibatkan pinjaman baharu bagi projek-projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia.", "“Pendekatan ini dapat menyegerakan proses penyaluran peruntukan yang disediakan secara pinjaman, membantu kerajaan negeri yang mempunyai masalah aliran tunai dan bergantung kepada peruntukan pinjaman bagi melaksanakan projek pembangunan sekali gus melancarkan pelaksanaan projek-projek pembangunan,” katanya.", "Turut dicapai pada mesyuarat berkenaan ialah pelanjutan pakej insentif cukai bagi pelaburan ke negeri bagi tempoh peralihan dua tahun sehingga 31 Disember 2024 melibatkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.", "Katanya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengimbangi pembangunan di seluruh negara melalui aktiviti pelaburan yang dilaksanakan oleh pihak swasta selain sebagai satu langkah interim ke arah pemakaian struktur insentif baharu yang lebih menyeluruh.", "“Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan dengan Kerajaan Negeri berada pada tahap yang terbaik dan hasrat ini dimanifestasikan melalui peningkatan peruntukan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk pemberian kepada kerajaan negeri setiap tahun.", "“Pemberian-pemberian ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan negeri bagi melaksana pembangunan negara lebih seimbang selaras dengan gagasan Malaysia Madani,” katanya.", "Pemberian TAHAP kepada kerajaan negeri ditingkat RM400 juta – PM" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/08/%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%ef%bc%9a%e7%99%bc%e5%b1%95%e6%b2%99%e5%b7%b4%e5%9f%ba%e8%a8%ad-%e6%9c%89%e4%bf%a1%e5%bf%83%e8%81%af%e9%82%a6%e8%a8%88%e5%8a%83%e8%bf%85%e9%80%9f%e5%af%a6%e6%96%bd/
哈芝芝:發展沙巴基設 有信心聯邦計劃迅速實施
[ "(亞庇八日訊)首長拿督斯里哈芝芝相信,聯邦鄉村與區域發展部(KKDW)下的沙巴發展計劃和項目,將更加有序和迅速地實施。", "他說,沙巴是大馬最大的州屬之一,急需聯邦政府的支持和協助,以發展供水、電力、鄉村道路、通訊覆蓋等基礎設施和公用事業。", "「沙巴非常需要基本的基礎設施和公用事業,因為沙巴在這方面落後,特別是在郊區。」", "「由副首相阿末扎西領導的聯邦鄉村與區域發展部,將確保沙巴的聯邦鄉村與區域發展部計劃和項目能夠更定期和更快地實施。」", "他今天在沙巴國際會展中心(SICC)與阿末扎西主持與沙巴政府的2023年聯邦鄉村與區域發展部協調會議上如此表示。", "出席者尚包括副首長兼地政及房屋部長拿督斯里佐津、副首長兼工程部長沙喜爾米等人。", "哈芝芝對首次舉行的協調會議表示歡迎,他說,這可以加強沙巴政府與聯邦之間的合作,以確保沙巴的聯邦鄉村與區域發展部發展計劃順利實施。", "他說,沙巴政府歡迎首相和聯邦政府的建議,即價值5000萬令吉或以下的聯邦項目,沙巴政府負責利用當地的專業知識來實施,並由相關部門監督。", "據他介紹,沙巴政府將與聯邦政府,特別是聯邦鄉村與區域發展部在發展相關事宜上提供合作,以便更快地實施造福人民的發展項目。" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/18/mitingan-kabinet-pogun-kumoinsan-katalib-pinongunggaran/
Mitingan Kabinet Pogun kumoinsan katalib pinongunggaran
[ "Hajiji (poindikau, tanga) miampai nuludan Kabinet Pogun di wagu pogulu nokotimpuun mitingan.Hajiji minonorikohon mitingan Kabinet Pogun id Menara Kinabalu di tadau baino’", "KOTA KINABALU: Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Nor minonorikohon mitingan kumoinsan Kabinet Pogun id Merana Kinabalu do hiti di tadau baino’ katalib pinongunggaran i nokopokito kinoposilihan tolu montiri wagu om pinialanan portfolio di pipiro montiri.", "Montiri wagu – Datuk James Ratib (Kopotundaan Mogigiyon om Kasasanangan Mogigiyon), Datuk Christina Liew (Ponombuluyan, Koubasanan om Sandad Posorili’) om i Phoong Jin Zhe (Kopotundaan Pomorunan) – tuminaru di ko 11tw Koiso’.", "Datuk Ir Shahelmey Yahya tuminindapou mitingan dilo’ montok kumoinsan sabaagi Kumoduo Boyoon Montiri III i mongigit portfolio Montiri Karaja Agayo.", "Boyoon Montiri nga’ minongunsikou nogi’ do kinogulian di Montiri Kopotundaan Labus Kakadayan, Datuk Jahid Jahim i suminuti’ sumakit pointonod toun di nakatalib.", "Montiri suai i nokotindapou po nopo nga’ ii Kumoduo Boyoon Montiri I Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan (Pomutanaman om Ponginsadaan), Kumoduo Boyoon Montiri II Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam (Koporintaan Koiyonon om Pomuwalaian), Montiri Kousinan Datuk Seri Masidi Manjun, Montiri Sains, Tiknologi om Inovasi i Datuk Mohd Arifin Arif om i Montiri Komulakan om Spoot, Datuk Ellron Angin.", "Nokotindapou nogi’ i Monunurat Koporintaan Pogun, Datuk Seri Sr Safar Untong.." ]
https://wartaoriental.com/2023/10/17/penutupan-sementara-jalan-beri-laluan-perayaan-kebudayaan-jiu-wang-da-di-esok-18-okt/
Penutupan sementara jalan beri laluan perayaan kebudayaan Jiu Wang Da Di esok, 18 Okt
[ "KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di lokasi-lokasi yang terlibat untuk memberi laluan kepada pelaksanaan acara Perayaan Kebudayaan Perarakan Jiu Wang Da Di (Nine Emperor Gods Festival) tahun 2023 anjuran Persatuan Nam Tien Kong (Jiu Wang Da Di) Kota Kinabalu Sabah esok (18 Oktober).", "Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, perarakan akan bermula dari Padang Merdeka ke Marina Court (Padang Merdeka – Jalan Padang – Lorong Dewan – Jalan Bahasa – Jalan Tun Fuad Stephen – Marina Court), kemudian meneruskan acara ke Lintas Square, Foh Sang dan berakhir di Damai.", "Sehubungan dengan itu, katanya, jalan dan tempat letak kereta yang terlibat akan ditutup sementara mengikut perincian berikut :", "“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas dan sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain dan kawasan tempat letak kereta berdekatan sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/26/hanya-dua-daripada-tiga-mangsa-dera-di-perlis-bersekolah/
Hanya dua daripada tiga mangsa dera di Perlis bersekolah
[ "Fadhlina Sidek menyampaikan hadiah kepada wakil SMK Padang Temu yang memenangi pertandingan projek Smart Classroom di SK Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.", "BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati dua daripada tiga beradik yang dipercayai menjadi mangsa dera dalam kejadian di Perlis bersekolah di sekitar negeri itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semakan rekod menunjukkan dua beradik itu hadir ke sekolah, namun kes itu masih dalam siasatan.", "“Kita dapati mereka ada yang bersekolah dan kes ini masih dalam siasatan merentas pelbagai kementerian.", "“Bagi pihak kami, saya baru dapat makluman mereka memang ada bersekolah di beberapa sekolah sekitar Perlis dan kita akan pastikan perkembangan ketiga-tiga kanak-kanak ini akan diambil perhatian sepenuhnya sebab mereka sudah diletakkan di institusi jagaan.", "“Memandangkan (isu) ini sudah jadi kes lain, siasatan lain, jadi kita serahkan kepada kebajikan (JKM) dan pihak kementerian lain sebelum kita ambil dan urus di peringkat pendidikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan status pendidikan tiga beradik berkenaan.", "Terdahulu, Fadhlina melancarkan projek Smart Classroom Yayasan Aeon Malaysia dan Yayasan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.", "Kelmarin, tiga beradik terbabit ditemui orang awam dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dengan dua daripadanya masih diikat rantai pada kaki kira-kira pukul 11.55 malam.", "Ketiga-tiga remaja itu dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam sebuah rumah oleh ibunya yang tidak bersama mereka.", "Difahamkan, hanya remaja yang berusia 16 dan 14 tahun sahaja yang bersekolah manakala seorang lagi yang berusia 13 tahun keciciran dalam pelajaran. ", "Hanya dua daripada tiga mangsa dera di Perlis bersekolah" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/26/sabah-softwoods-set-a-benchmark-in-sustainable-land-management/
Sabah Softwoods set a benchmark in sustainable land management
[ "Hajiji (fourth right) launching Sabah Softwoods  Berhad 50 Years of Pioneering Growth book.", "KOTA KINABALU: Sabah Softwoods Berhad has set a benchmark in the sustainable land management making it one of the State’s most profitable government-linked companies since its inception 50 years ago, said Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "He said Sabah Softwoods Berhad had played an important role in the development of the state’s plantation sector showing it has the capability to manage land assets through productivity maximisation whilst balancing landscape and environment considerations.", "The company’s success in research and development, plantation management and environmental conservation is something that everyone can be proud of, he said in conjunction with Sabah Softwoods Golden Jubilee celebration at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today.", "Hajiji meeting with retired staff members of Sabah Softwoods Berhad", "“As one of our main GLCs, Sabah Softwoods have made a big contribution in terms of dividend paid to the State Government. This has enabled its parent company, Innoprise Corporation Sdn Bhd to be at the forefront of our plantation sector.", "“It has reciprocated to the state in terms of building a titled land bank, supporting Yayasan Sabah’s education promotion efforts and environmental conservation activities as well as other social programmes for the benefit of the people of Sabah,” he said.", "The Chief Minister hoped Sabah Softwoods will continue to lead in the plantation sector not just in the state but also at the national and global levels.", "Hajiji signing the Sabah Softwoods Berhad guest book.", "“We must always take care of our forest so that it can be sustained for our future generation,” he said.", "At the same event, the Chief Minister also launched a book in conjunction with Sabah Softwoods’ anniversary, which he said will be a record of history and success.", "“Now, we need to look further ahead in the hope to realise the success of the state and Sabah Softwoods for years to come. We hope our successors will continue to hold onto the highest standard set and achieve bigger successes,” he said." ]
https://wartaoriental.com/2023/10/30/%e5%ae%98%e6%b0%91%e5%85%ac%e5%8f%b8%e8%be%a6%e5%8f%8d%e8%b2%aa%e8%a8%88%e5%8a%83-%e9%a6%96%e9%95%b7%ef%bc%9a%e5%8f%af%e7%8d%b2%e7%a8%85%e5%8b%99%e6%b8%9b%e5%85%8d/
官民公司辦反貪計劃 首長:可獲稅務減免
[ "(亞庇卅日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝呼籲沙巴的政府以及私人公司,與大馬反貪會合作,開展反貪污預防和教育的企業社會責任。", "他說,根據1967年所得稅法第34(6)(h)條,國內的政府以及私人公司,開展反貪污預防和教育的社會企業責任計劃,可以獲得稅務減免。", "他表示,根據該規定,私人公司有資格申請從其業務總收入中扣除相當於費用的稅款。", "「因此,我敦促沙巴的私人和政府公司抓住機會,與反貪會一起組織反貪的企業社會責任計劃。」", "他在Sri Nangka中學主持2023年沙巴誠信商店計劃時表示,這間接有助於促進本州的廉正文化和反貪污的意識。", "哈芝芝表示,沙巴政府一直支持並配合反貪會打擊反貪污活動。", "他說,這包括從公務員到學校學生,完善治理,始終加強廉潔建設。", "他表示,人民還需要全力支持和配合反貪會,幫助傳遞訊息並舉報發生的任何腐敗和濫用權力的情況。", "他補充說:「這很重要,以便涉貪者受到法律制裁,從而對社會起到警示作用。」", "在談到「誠信商店」計劃時,他說,這是校內無人管理的商店,對像包括學生、教師、家長和公眾,他們可將現金放入備好的箱子內。", "他說,「誠信商店」不是以利益為動機,更多的是基於實驗學習,能夠教育孩子們誠實地先付錢,再拿需要的物品。", "因此,他說,「誠信商店」是讓學生從小就應用純粹價值觀的舉措之一。", "「這樣的道德習慣需要從學校開始灌輸,成為以後長大後的宗旨。『誠信商店』的理念可以作為早期計劃,防止學校學生日後出現不誠實的行為。」", "哈芝芝表示,「誠信商店」概念在沙巴並不新鮮,因為這與沙巴一些地區的馬路旁可看到的「無人售貨亭」差不多。" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/30/pandemik-covid-19-dimasukkan-dalam-buku-teks-sejarah-sekolah-china/
Pandemik Covid-19 dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah China
[ "BEIJING: Buku teks sejarah sekolah di China yang mengandungi ‘kisah pandemik Covid-19’ di negara ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.", "Beberapa pihak mempersoalkan jika bahan yang diterbitkan dalam buku teks tersebut adalah sahih atau sengaja diada-adakan.", "Parti Komunis China pada awal tahun ini mengisytiharkan bahawa negara itu ‘berjaya sepenuhnya mengawal penularan Covid-19’.", "Menurut Utusan Malaysia, Beijing sebelum ini diselar pelbagai pihak di seluruh dunia kerana didakwa menyembunyikan maklumat sebenar mengenai penularan virus maut tersebut.", "Persoalan mengenai buku teks tersebut mula timbul selepas satu perenggan ayat dalam buku berkenaan mula tular dalam aplikasi Douyin.", "Gambar itu dipercayai dimuat naik oleh seorang guru sejarah dengan kapsyen ‘isu Covid-19 sudah dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah’.", "Berdasarkan penelitian yang dilakukan BBC terhadap buku teks tersebut, isu berkaitan Covid-19 diletakkan di bawah bab ‘Perubahan dalam Kehidupan Sosial’.", "Turut dimasukkan kenyataan berbunyi ‘pendapatan rakyat China meningkat, selain perubahan gaya hidup’ sejak negara itu wujud sejak 1970-an.", "Selain itu, turut dinyatakan kerajaan China sentiasa bertungkus-lumus dalam memastikan kesejahteraan rakyat, termasuk sektor kesihatan, terutamanya dalam memerangi penularan koronavirus.", "Namun, kenyataan itu mencetuskan persoalan pelbagai pihak selepas China melaksanakan dasar sifar Covid-19 yang menyaksikan perintah berkurung ketat dilaksanakan di pelbagai kawasan sehingga menyebabkan rakyat terkurung dan sukar menjalani kehidupan harian.", "Pandemik Covid-19 dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah China" ]
https://wartaoriental.com/2023/11/13/berjuang-dalam-gagasan-rakyat-adalah-satu-national-service-untuk-sabah-masidi/
Berjuang dalam Gagasan Rakyat sebagai satu ‘National Service’ untuk Sabah – Masidi
[ "Masidi (tengah) bersama para pemimpin tertinggi parti, sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.", "KOTA KINABALU: Semua pemimpin dan ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diseru untuk memperkukuhkan niat, berjuang dalam parti sebagai satu National Service untuk Sabah.", "National Service", "Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perjuangan mereka dalam parti politik mesti berasaskan niat yang betul. ", "Keazaman dan komitmen mereka semua merupakan aset penting untuk memperkuat demokrasi dan membawa perubahan positif kepada parti dan sekaligus negeri, katanya, sambil menambah semua ini hanya boleh direalisasikan dengan niat yang tulus dan ikhlas.", "“Dikalangan kita semua pastinya ada seribu satu sebab untuk bersama menyertai Gagasan Rakyat. Anggaplah perjuangan kita sebagai satu National Service untuk Sabah. Berjuang dengan ikhlas demi kebaikan masyarakat, bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata. ", "National Service", "“Perjuangan ini bukan sahaja sebagai pemimpin atau ahli Gagasan Rakyat, tetapi perjuangan sebagai “Anak Sabah” yang mencintai negeri ini!”katanya ketika merasmikan persidangan agung tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.", "Masidi yang juga Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  berkata, konsep ‘Sabah First’ yang diperjuangkan oleh Gagasan Rakyat bersama GRS bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi dari komitmen untuk memastikan kepentingan Sabah sentiasa diutamakan. ", "Beliau berkata, sebagai sebuah parti lokal, Gagasan Rakyat mempunyai tanggungjawab khusus untuk mewakili suara dan aspirasi rakyat Sabah. ", "“Kita tidak hanya memperjuangkan hak Sabah di peringkat nasional, tetapi juga memastikan bahawa setiap keputusan dan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Presiden kita, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, memenuhi keperluan dan harapan rakyat Sabah.", "“Sebagai parti lokal kita harus terus berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, memastikan bahawa suara mereka didengar dan aspirasi mereka direalisasikan,” katanya.", "Masidi mengajak semua ahli parti untuk menjalani tugas ini dengan semangat kepartian yang tinggi dan patriotisma yang mendalam. ", "“Marilah kita bersatu, berjuang bersama, dan memastikan bahawa Sabah terus maju ke hadapan. Kita perlu ingat bahawa kita adalah wakil rakyat Sabah, dan tugas kita adalah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan negeri kita.", "“Saya percaya bahawa dengan tekad dan usaha kita, kita akan mencapai matlamat kita untuk membangunkan Sabah dan memperjuangkan hak rakyatnya. ", "“Ini bukan hanya tugas kita sebagai ahli parti, tetapi juga sebagai warga Sabah yang komited. Mari kita bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah untuk Sabah dan rakyatnya,” tegasnya.", "Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah turut menekankan betapa pentingnya peranan sayap Wanita, Pemuda, dan Beliawanis dalam kerangka Gagasan Rakyat.", "“Mereka bukan sekadar anggota biasa; mereka adalah tulang belakang dan nadi kehidupan parti kita.", "“Sayap Wanita adalah lambang ketahanan dan dedikasi, menggalas tanggungjawab dengan penuh kasih sayang dan ketabahan. Mereka tidak hanya mewakili suara wanita tetapi juga menerajui pelbagai program dan inisiatif yang memastikan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.", "“Sayap Pemuda adalah wakil generasi muda yang penuh semangat dan bersemangat. Mereka membawa impian dan harapan baru, serta menjadi perantara antara aspirasi generasi muda dengan halatuju parti. Semangat membara dan inovasi yang mereka bawa adalah kunci untuk memastikan PGRS tetap relevan dan progresif.", "“Manakala, sayap Beliawanis menggabungkan kelebihan dan keunikan kedua sayap lainnya. Mereka adalah simbol kombinasi kebijaksanaan dan semangat muda, memastikan agar tiada celah yang terlepas dalam usaha kita merangkul setiap lapisan masyarakat.", "“Kepada sayap Wanita, Pemuda, dan Beliawanis, saya ingin mengingatkan betapa berharganya peranan anda dalam membentuk masa depan parti dan negeri Sabah. Mari kita bersatu padu, dengan tekad yang bulat, demi masa depan yang lebih cerah bagi Sabah dan Parti Gagasan Rakyat Sabah,” katanya.", "Masidi berkata, masa kini memerlukan semua  untuk berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza. ", "Katanya, politik era kontemporari bukan semata-mata perjuangan kuasa, tetapi juga perjuangan ideologi, prinsip dan integriti, sambil menambah cabaran politik, terutamanya di Sabah, memerlukan semua untuk berada beberapa langkah ke depan. ", "“Oleh itu, pemimpin dan ahli Gagasan Rakyat mesti menerapkan mindset yang lebih progresif dan inklusif.", "“Kami mahu setiap ahli Gagasan Rakyat menjadi contoh dalam berpolitik dengan integriti, mempromosikan dialog yang konstruktif dan menjauhi budaya politik yang tidak beretika. Kita harus melepaskan diri dari politik lama yang penuh dengan intrik dan konflik, dan bergerak menuju politik yang lebih matang, beretika dan berteraskan kerakyatan.”", "Beliau berkata, satu cabaran utama dalam dunia politik adalah mengatasi persepsi negatif yang masyarakat miliki terhadap ahli politik. ", "“Kita harus bekerja keras untuk membina dan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap PGRS. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan membuktikan melalui tindakan. Namun apa yang lebih penting adalah untuk kita berubah sesuai dengan permintaan rakyat, apa yang rakyat mahu (jangan syok sendiri!).", "“Setiap inisiatif, program dan keputusan yang diambil oleh Gagasan Rakyat harus berasaskan kepentingan rakyat dan kesejahteraan Sabah. Dengan mengambil pendekatan yang lebih telus, bertanggungjawab dan berintegriti, kita akan mampu mengubah persepsi rakyat dan menunjukkan bahawa PGRS adalah pilihan yang terbaik untuk Sabah.”", "Masidi berkata, membangun sebuah parti yang kuat bukan semata-mata tentang strategi dan visi, tetapi juga tentang bagaimana kita bekerja setiap hari. ", "Kerana itu, katanya, budaya kerja Gagasan Ralyat harus mencerminkan nilai-nilai kejujuran, ketekunan, dan komitmen. ", "“Kita mesti memastikan bahawa setiap ahli parti mengamalkan etika kerja yang tinggi, berorientasikan hasil, dan mementingkan kepentingan rakyat. Dengan menekankan pentingnya integriti dan kecemerlangan dalam setiap aspek kerja kita, kita akan membina sebuah parti yang dihormati dan dipercayai oleh rakyat Sabah.”" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/25/sabah-eyes-global-markets-with-airasia/
Sabah eyes global markets with AirAsia
[ "Dr Jeffrey (third left) receiving a memento from Riad.", "KUALA LUMPUR: Sabah Deputy Chief Minister I cum Agriculture, Fisheries and Food Industry Minister Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan visited AirAsia’s RedQ headquarters here yesterday to discuss collaborations between the state and the airline company aimed at bolstering Sabah’s export sectors. ", "During the meeting, the AirAsia team, led by its CEO Riad Asmat, presented an overview of their ecosystem, with particular focus on their specialised ventures—GTR, Teleport, and AirAsia Grocer.", "These ventures play a key role in exporting Sabah’s fresh products such as vegetables and seafood to Peninsular Malaysia and international markets, including China and Hong Kong.", "Among the innovative initiatives discussed was AirAsia Grocer’s recent adoption of cold chain technology, centred around a new cold room facility in Inanam, aimed at ensuring that products from Sabah reach their destinations in optimal condition. ", "The airline is also in the planning stages of exporting Tambunan ginger powder to China, packaged in tea bags.", "Dr Jeffrey praised AirAsia’s contributions to Sabah’s economy and believed that the cold chain technology implemented by AirAsia can revolutionise how Sabah’s products are perceived globally. ", "He was particularly enthused about AirAsia’s efforts to export Tambunan ginger powder to China. ", "“Sabah’s agricultural sector has immense untapped potential, and this venture could well be a catalyst that propels us onto the international stage,” he said.", "Also present were officials from Fisheries Department, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) and Veterinary Services Department, engaging in a Q&A session to explore potential collaborations.", "“This is the kind of multi-stakeholder engagement that we need. It is vital for the growth of our state, and I am here to ensure that these collaborations come to fruition,” he added.", "Dr Jeffrey said the meeting was invaluable and believed that AirAsia could serve as a significant ally in the state government’s mission to boost Sabah’s export capabilities. ", "“The world needs to take note of what Sabah has to offer, and you can count on my full backing as we embark on this promising journey.”" ]