title
stringlengths
5
182
body
stringlengths
104
38.4k
motogp-bradley-smith-angkat-kaki-dari-aprilia
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Bradley Smith Angkat Kaki Dari Aprilia? Posted on February 8, 2021February 8, 2021 by Amirul Azreen Pelumba uji Aprila MotoGP, Bradley Smith, didakwa telah meninggalkan pasukan itu berdasarkan perkongsian terbaru di akaun media sosial Instagram miliknya. Dalam perkongsian terbaru itu, dia memuat naik gambar jentera Yamaha dengan kapsyen “Project #109 is complete” serta “No looking back.” View this post on Instagram A post shared by Bradley Smith (@bradleysmith38) Smith sertai Aprilia selaku pelumba uji dan wild-card pada penghujung 2018 selepas enam musim bersama Tech3 Yamaha dan KTM sebelum itu. Dia kemudiannya ambil alih kerusi pelumba bagi musim 2020 selepas Andrea Iannone digantung perlumbaan. Bagaimanapun, Aprilia membuat keputusan untuk menggantikan Smith dengan Lorenzo Savadori bagi baki tiga pusingan terakhir. Aprilia kemudiannya mengumumkan perancangan untuk menyerahkan slot Iannone – yang digantung empat tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) – kepada Smith atau Savadori bagi musim 2021. Meskipun Aprilia masih belum membuat pengumuman rasmi namun timbul dakwaan bahawa pasukan dari Noale, Itali itu telah pun membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Savadori. Perkongsian terbaru Smith di laman sosial Instagram seakan mengesahkan perkara itu apatah lagi memuat naik gambar jentera lain. Advertisements
suzuki-kembali-ke-pasaran-malaysia-dikendalikan-naza-eastern-motors
BERITA TEMPATAN Suzuki Kembali Ke Pasaran Malaysia, Dikendalikan Naza Eastern Motors Posted on April 5, 2021April 5, 2021 by Amirul Azreen Suzuki kembali memasuki pasaran Malaysia degan Naza Eastern Motors Sdn Bhd dilantik pengedar rasmi baharu jenama Jepun itu. Perkara itu disahkan sendiri Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corp Holdings Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang menyuarakan komitmen untuk menyediakan servis terbaik mengukuhkan jenama itu. “Adalah satu penghormatan buat kami untuk bekerja dengan gergasi automotif Jepun yang memikat hati pengguna rakyat Malaysia sepanjang bertahun-tahun di pasaran tempatan,” katanya. Turut berkongsi nada sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan. “Kami ingin memulakan pengenalan semula Suzuki di Malaysia dengan melancarkan dua modelnya yang paling kerap dibincangkan dan diminati tahun ini. “Peminat setia Suzuki juga boleh menjangkakan barisan produk yang menarik pada tahun-tahun berikutnya,” jelasnya. Sementara itu, pusat 3S Suzuki berkeluasan 3,000 kaki persegi akan ditempatkan di Naza Automall, Petaling Jaya. Advertisements
kymco-bakal-lancar-pencabar-honda-x-adv-26-november-ini
Moto Malaya Kymco Lancar Pencabar Honda X-ADV 26 November Ini! Posted on November 12, 2020November 12, 2020 by Amirul Azreen Pengeluar skuter dari Taiwan, Kymco, bakal memulakan misi berani dengan mencabar Honda X-ADV dengan sebuah motosikal adventure! *Honda X-ADV 2021 Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah video ‘teaser’ yang dikongsikan Kymco di YouTube. Menerusi video berdurasi hanya 23 saat itu, jelas memaparkan sebuah motosikal jenis skuter ADV sedang beraksi di atas permukaan off-road. Video itu turut memaparkan tarikh pelancaran yang dijadualkan pada 26 November ini. Bagaimanapun, pengenalan skuter ADV ini bukanlah satu kejutan tatkala Kymco pernah memperkenalkan jentera konsep CV2 pada 2017. *Kymco CV2 Concept diperkenalkan pada 2017 Kymco CV2 merupakan skuter maxi ADV yang didatangkan dengan enjin parallel-twin 550cc yang menawarkan sekitar 55hp. Namun, dijangkakan model yang baru ini akan menawarkan rekaan berbeza dengan pelbagai kemas kini terbaru di samping menampilkan elemen adventure yang menarik antaranya fork panjang, handguard, crash bar dan rim spoke dan tayar knobby! Advertisements
sempadan-thailand-ditutup-hingga-2021
Moto Malaya Sempadan Thailand Ditutup Hingga 2021 Posted on August 11, 2020August 11, 2020 by Amirul Azreen Thailand dijangkakan akan terus menutup sempadan negara itu daripada kunjungan pelancong sehingga 2021. Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Gabenor Badan Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya. Menurutnya, kerajaan negara itu belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai pembukaan semula sempadan negara (keluar dan masuk) ketika mesyuarat mingguan Covid-19. “Tiada tanda-tanda daripada kerajaan bahawa kami akan membuka sempadan tahun ini. Senario ini memberi kesan terhadap industri pelancongan,” jelasnya. Bulan lalu, Thailand bercadang untuk memperkenalkan ‘travel bubbles’ – beri fokus pada sesetengah pelancong sahaja – namun perancangan itu tidak dilaksanakan susulan negara yang menjadi sasaran terjejas teruk dengan Covid-19. Sementara itu, Thailand yang dilihat menjadi destinasi pelancong di Malaysia terutamanya penunggang motosikal yang sering ke negara itu perlu membatalkan sebarang perancangan dalam masa terdekat. Setakat ini kebenaran memasuki sempadan Thailand hanya diberikan kepada diplomat dan pegawai petugas Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), ahli perniagaan, pelabur berdaftar, kru filem, pekerja asing, petugas pameran dan pemegang visa Thailand Elite. Bagaimanapun, kumpulan ini harus menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. – TheThaiger Advertisements
permintaan-tinggi-sym-vf3i-185-edisi-terhad-kembali-dengan-5000-unit-tambahan
Moto Malaya Permintaan Tinggi, SYM VF3i 185 Edisi Terhad Kembali Dengan 5,000 Unit Tambahan Posted on September 11, 2020September 11, 2020 by Amirul Azreen Susulan permintaan tinggi model SYM VF3i 185 Edisi Terhad sebelum ini dengan kesemua 5,000 unit habis terjual, MForce Bike Holdings Sdn Bhd membuat keputusan menambah lagi 5,000 unit model itu hingga Disember 2020. SYM VF3i Edisi Terhad ini mula diperkenalkan pada Mei 2020 dengan tawaran harga RM9,338 dengan hanya 5,000 unit ditawarkan. Namun, Pengarah Urusan Operasi, Asri Ahmad mendedahkan pihaknya telah menerima lebih 10,000 tempahan setakat ini lantas membawa kepada keputusan menghasilkan tambahan 5,000 unit lagi. Model ini bingkas menarik perhatian tatkala muncul moped pertama yang menawarkan ciri Anti-lock Brake System (ABS). Pelanggan juga boleh menikmati waranti dua tahun atau 20,000km di samping mendapatkan alat ganti secara atas talian menerusi Online Spare Parts Purchase Service oleh MForce Bike Holdings. Advertisements
1000-nyawa-dapat-diselamatkan-dengan-adanya-laluan-motosikal-miros
Moto Malaya 1000 Nyawa Dapat Diselamatkan Dengan Adanya Laluan Motosikal – MIROS Posted on November 4, 2020November 4, 2020 by Amirul Azreen Demikian kenyataan dibuat pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh berkenaan dengan gesaan mewujudkan laluan berasingan untuk motosikal. Motosikal menyumbang kepada 65 peratus kemalangan maut setiap tahun. “Jika langkah lain turut diambil antaranya menghadkan kelajuan motosikal, jumlah mereka yang terselamat dari kemalangan maut dapat digandakan,” jelasnya kepada The Sun. Jumlah kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal meningkat ke 4,600 pada 2016 namun angka itu susut tiga tahun berikut dengan 4,000 kematian tahun pada 2019. Bagaimanapun, MIROS berpendapat statistik kematian itu mampu dikurangkan lebih 50 peratus menjelang 2030. “Kami di MIROS bersama kerajaan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yakin mampu mencapai agenda Matlamat Pembangunan Lestari PBB,” tambah Suret. Sementara itu, Suret memaklumkan bahawa cadangan mewujudkan laluan khas motosikal ini akan dibawa ke kerajaan dengan harapan akan disertakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Advertisements
motogp-joan-mir-juara-dunia-musim-2020
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 MotoGP: Joan Mir Juara Dunia Musim 2020 Posted on November 15, 2020November 15, 2020 by Amirul Azreen Joan Mir melakar sejarah selaku juara dunia baharu MotoGP musim 2020. Ini merupakan kejayaan pertama pasukan Suzuki selepas kali terakhir dilakukan Kenny Roberts Jr pada 20 tahun lalu. Meskipun gagal menaiki podium di GP Valencia namun kutipan 171 mata sudah cukup buat pelumba kelahiran Palma, Sepanyol itu untuk muncul juara dunia hanya dalam musim keduanya di kelas premier. The party begins for @suzukimotogp fans worldwide!!! ?@JoanMirOfficial is their first world champion for 20 years! ?#M1R | #ValenciaGP ? pic.twitter.com/f0DeMq3Wsd— MotoGP™? (@MotoGP) November 15, 2020 Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli merekodkan kemenangan ketiga musim ini setelah berjaya mendahului perlumbaan sehingga ke lap terakhir diikuti Jack Miller (Pramac Racing) dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Racing) ketiga. Thank you @FrankyMorbido12 and @jackmilleraus for a SENSATIONAL last lap! ?#MotoGP at its absolute best! ???#ValenciaGP ? pic.twitter.com/EOcIbktFWa— MotoGP™? (@MotoGP) November 15, 2020 Meskipun beraksi dengan jentera Spec A 2019 namun situasi itu tidak menyekat Morbidelli untuk terus membuktikan kemampuannya di kelas premier itu. Unrivalled consistency, and undoubted respect from his rivals! ?@JoanMirOfficial is the NEW world number one! ?#M1R | #ValenciaGP ? pic.twitter.com/nXKldZ43fg— MotoGP™? (@MotoGP) November 15, 2020 Sementara itu, Mir muncul juara dunia meskipun hanya mencatat satu kemenangan musim ini – minggu lalu di litar sama – namun kemampuan untuk mengutip mata penting secara konsisten ternyata membuahkan hasil bagi pelumba berusia 23 tahun itu. Nasib malang terus menimpa Fabio Quartararo apabila terbabas di Turn 6 manakala Takaaki Nakagami juga gagal menamatkan aksi sewaktu dalam percubaan untuk memintas Espargaro dalam perebutan tempat ke-3. As Spanish and Mallorcan I’m very proud of @Joanmir36 In addition of being @motogp world champion he will make history by:-Winning with @suzukimotogp after 20 years.-Being the 3rd Spanish to win in MotoGP-Becoming champion in his 2nd season.You deserve it Joan, enjoy it!? pic.twitter.com/OScOa31ih3— Jorge Lorenzo (@lorenzo99) November 15, 2020 Dalam perkembangan sama, rakan senegara dan enam kali juara dunia MotoGP, Marc Marquez serta tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Mir yang muncul pelumba Sepanyol ketiga untuk merangkul juara dunia. Advertisements
semenanjung-dikenakan-pkpb-kecuali-perlis-kelantan-dan-pahang-hingga-9-disember
Moto Malaya Semenanjung Dikenakan PKPB Kecuali Perlis, Kelantan Dan Pahang Hingga 9 Disember Posted on November 7, 2020November 7, 2020 by Amirul Azreen Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang. PKPB ini akan berkuat kuasa bermula 9 November ini dan akan berjalan untuk empat minggu sehingga 6 Disember 2020. Perkara itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Malaysia mencatat bilangan kes positif tertinggi semalam dengan lebih 1,755 kes direkodkan dengan sebahagian besar membabitkan kes tempatan. Sebelum ini, PKPB yang hanya dikuatkuasakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dijadualkan berakhir pada 9 November ini. Advertisements
sic-minigp-pusingan-1-berlangsung-hujung-minggu-ini
Moto Malaya SIC MiniGP Pusingan 1 Berlangsung Hujung Minggu Ini Posted on August 12, 2020August 12, 2020 by Amirul Azreen Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersama-sama ZK Racing menganjurkan pusingan pertama SIC MiniGP pada 16 Ogos ini. Berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC), SIC MiniGP ini membabitkan 5 pusingan yang akan berlangsung di litar sama dan merupakan sebahagian daripada MAM Speedweek. Kejohanan ini merupakan salah satu daripada inisiatif pembangunan akar umbi tatkala membabitkan 21 pelumba seawal usia 8 hingga 13 tahun. Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif turut berkongsi keterujaan kejohanan tersebut. “SIC sentiasa mengalukan program akar umbi seperti Kejohanan SIC MiniGP yang akan berlangsung pada Ahad ini. “Saya teruja untuk melihat pelumba muda kita beraksi. SIC ingin melahirkan lebih ramai bakat muda di masa akan datang melalui program ini dan pelapis baru untuk saingan antarabangsa,” jelasnya. Pelumba yang terlibat akan beraksi menggunakan BucciMoto BR-10 GP dengan usia 8-11 tahun menunggang jentera 110cc manakala usia 12 hingga 13 tahun beraksi menggunakan jentera 160cc. Pada masa sama, ini merupakan langkah seterusnya bagi pelumba muda yang sebelum ini berjinak dengan ‘pocket bike’ ke jentera dengan rangka penuh yang dilengkapi sistem pertukaran gear klac manual dan sistem ‘suspension’ yang sempurna. Sementara itu, pelumba juga akan dilengkapkan dengan gear perlumbaan yang telah diluluskan FIM, menjalani latihan fizikal dan mental termasuk pemakanan di samping menerima tunjuk ajar daripada pelumba pengalaman antaranya Zulfahmi Khairuddin, selaku pengurus ZK Racing. “Saya sangat gembira untuk memulakan perlumbaan pada minggu ini dimana, ini adalah acara pertama kami untuk program SIC MiniGP yang melibatkan pelumba-pelumba dari usia 8 – 13 tahun. “Persiapan kami juga berada dalam keadaan yang baik. Saya sangat berharap program ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama SIC dan MAM serta sokongan dari pihak KBS,” katanya. Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda, kejohanan ini akan dijalankan secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton bagi memastikan risiko jangkitan wabak Covid-19 dapat dikurangkan. Advertisements
hyundai-kona-masuk-malaysia-suku-ke-4-tahun-ini
BERITA TEMPATAN Hyundai Hyundai Kona Masuk Malaysia Suku Ke-4 Tahun Ini Posted on August 27, 2020September 1, 2020 by Amirul Azreen Hyundai Sime-Darby (HSDM) mula menerima tempahan bagi Hyundai Kona yang diumumkan akan dilancarkan di Malaysia pada suku ke-4 tahun ini. Hyundai Kona merupakan SUV kompak (CBU) yang diimport sepenuhnya daripada Hyundai Motor Company (HMC) di Ulsan, Korea Selatan. Ketibaan Hyundai Kona menyaksikan HSDM menawarkan tiga jenis SUV untuk pasaran tempatan termasuk Tucson dan Santa Fe dengan Kona menjadi tawaran baharu SUV segmen B di Malaysia. Hyundai Kona meneruskan identiti rekaan baharu jenama pengeluar dari Korea itu dengan gril lata yang kini menjadi rupa ikonik kepada Hyundai. Antara ciri lain ditawarkan adalah lampu komposit dengan LED Daytime Running Light yang terletak di atas lampu depan LED sementara tempat duduk lebih tinggi membantu meningkatkan penglihatan yang lebih baik kepada pemandu. Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, yakin Hyundai Kona akan merancakkan lagi segmen B di Malaysia. “Kami teruja dengan pelancaran Kona kerana merupakan produk baharu bagi kami dalam segmen ini. SUV kompak mempunyai permintaan tinggi bukan sahaja di Malaysia malah di dunia,” katanya. Hyundai Kona telah pun dilancarkan di Korea Selatan pada 2017 dan bingkas mencapai populariti dengan lebih 600,000 unit telah pun terjual di seluruh dunia sehinga Julai 2020. Hyundai Kona akan ditawarkan dengan harga RM115,000 untuk pasaran Malaysia. Advertisements
kawasaki-zx7-rr-1996-kondisi-nos-ini-untuk-dijual-rm224500
Moto Malaya Kawasaki ZX7-RR 1996 Kondisi NOS Ini Untuk Dijual – RM224,500! Posted on February 9, 2021February 9, 2021 by Amirul Azreen Hakikatnya, terdapat banyak motosikal klasik dan lama yang boleh didapati dengan mudah antaranya secara atas talian. Namun, tak semua menawarkan kondisi terbaik dan hampir pasti kesemua motosikal klasik ini telah pun merekodkan perbatuan yang tinggi. Bagaimanapun, kes berbeza bagi sebuah motosikal Kawasaki ZX7-R 1996 ini yang masih lagi tidak mencatatkan sebarang perbatuan walaupun selepas 25 tahun! Motosikal dalam keadaan ‘new old stock’ ini adalah untuk dijual di United Kingdom dan ditawarkan pada harga GBP39,995 (RM224,500)! Selain berada dalam keadaan serba baharu dan perbatuan kosong, ZX7-RR merupakan keluaran khas edisi ‘homologation’ dengan hanya 500 unit dihasilkan untuk pasaran dunia. Menurut laporan, motosikal ini pada awalnya dijual di Itali dan merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi pembeli. Difahamkan, pemilik motosikal ini juga mencari pembeli bagi yang berminat mendapatkan sebuah Ducati 1299 Superleggera serta Yamaha YZF-R7 OW02 (perbatuan kosong) yang dijual pada harga GBP69,995 (RM392,970) serta GBP59,995 (RM336,829). Advertisements
harley-davidson-bakal-laksana-rombakan-catat-kerugian-rm390-juta
BERITA ANTARABANGSA Harley-Davidson Bakal Laksana Rombakan, Catat Kerugian RM390 Juta Posted on July 29, 2020July 29, 2020 by Amirul Azreen Harley-Davidson Inc telah mengumumkan langkah untuk merombak semula perniagaan selepas pandemik Covid-19 menghadirkan kerugian mendadak. Harley dilaporkan merekodkan kerugian sekitar USD92 juta (RM390 juta) bagi suku kedua tahun ini, dengan pendapatan turun 7 peratus tahun demi tahun. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harley-Davidson, Jochen Zeitz berkata pihaknya perlu melaksanakan rombakan jika mahu mengekalkan status HD sebagai syarikat berprestasi tinggi. Rombakan tersebut – diberi nama The Hardwire – merupakan perancangan strategik lima tahun yang akan menyaksikan perubahan mendadak dilaksanakan terhadap model operasi termasuk kemas kini jentera ikonik sedia ada dan memperkenalkan model baharu. Pelaksanaan Hardwire turut menyaksikan Harley-Davidson mendekati selebriti terkenal, Jason Momoa dan beberapa individu lain dalam usaha menarik minat pasaran baharu. Harley Davidson 338cc Sementara itu, Harley-Davidson turut akan memfokuskan perniagaan terhadap 50 pasaran antaranya Amerika utara dan Eropah serta beberapa segmen negara di Asia. Pada masa sama, Harley-Davidson turut dicanang bakal menembusi segmen motosikal bersesaran kecil hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle dalam penghasilan jentera 338cc. LiveWire 2018 Pengeluar motosikal berpangkalan di Milwaukee itu turut memperkenalkan jentera elektrik sulung menerusi Livewire. Advertisements
adegan-kejar-mengejar-honda-civic-jazz-berakhir-dengan-tangkapan-miliki-1000-pil-kuda
BERITA TEMPATAN Adegan Kejar Mengejar Honda Civic-Jazz Berakhir Dengan Tangkapan, Miliki 1,000 Pil Kuda Posted on September 16, 2020September 16, 2020 by Amirul Azreen Tular di media sosial semalam yang memaparkan sebuah kereta peronda (MPV) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengejar kereta jenis Honda Jazz. Pihak polis yang ketika itu memandu kereta peronda baharu, Honda Civic, dirakam mengejar suspek bagaikan seperti filem aksi. Difahamkan, kejar mengejar itu berlaku lebih 8 kilometer di Bandar baru Kerteh. Dalam kejadian pada 4.25 petang itu, pemandu dan penumpang Jazz (lelaki dan wanita) tlah ditahan dengan 1,000 biji pil kuda. Adegan tersebut bermula dengan pihak polis menerima maklumat berhubung kes penjualan dadah yang berlaku di sekitar Kerteh. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mendedahkan, sebuah MPV telah ditugaskan ke lokasi kejadian namun terserempak dengan kereta suspek. Honda Jazz tersebut terus memecut laju selepas menyedari kehadiran polis. “Ketika dikejar, anggota polis beberapa kali meminta pemandu kenderaan terbabit berhenti, namun suspek terus memecut untuk meloloskan diri,” jelas Hanyan kepada Harian Metro. Hasil pemeriksaan mendapati suspek lelaki berusia 32 tahun bersama wanita 25 tahun itu memiliki lebih 1,000 biji pil kuda bernilai RM20,000. – HM Advertisements
6-helmet-shark-untuk-semua-jenis-motosikal-yang-kami-rekomen
BERITA TEMPATAN 6 Helmet SHARK Untuk Semua Jenis Motosikal Yang Kami Rekomen Posted on August 25, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Helmet merupakan elemen penting bagi penunggang motosikal tak kira kapcai mahupun berkuasa tinggi. Bagaimanapun, masih ada segelintir yang sanggup mengambil risiko dengan membeli helmet tidak berkualiti dan paling membimbangkan helmet tiruan yang tidak diketahui tahap keselamatan yang ditawarkan. Hakikatnya, helmet jenama SHARK menawarkan pelbagai jenis rekaan yang sesuai untuk jua keadaan dan jenis motosikal dan paling penting selamat dengan piawaian ECE22.05 dan SIRIM di samping ditawarkan pada harga mampu milik. Ini enam helmet SHARK yang kami rekomen untuk penunggang motosikal di Malaysia. SHARK RidilHarga: RM650 SHARK Ridil merupakan helmet segmen entry-level yang disyorkan bagi semua jenis motosikal tak kira kapcai mahupun berkuasa besar. Helmet ini ringan (sekitar 1.5kg bagi saiz L) dan didatangkan dengan sun visor yang boleh diakses dengan mudah menerusi mekanisme di bahagian atas helmet. Helmet diperbuat dengan bahan polikarbonat (polycarbonate) ini turut didatangkan dengan waranti 5 tahun oleh SHARK dan juga ditawarkan dengan aksesori tambahan seperti iridium visor. SHARK Ridil juga didatangkan dengan pelbagai warna pilihan jika ada yang mahu padankan dengan warna jentera masing-masing! SHARK NanoHarga: RM500 SHARK Nano merupakan helmet jenis ‘jet’ yang ditawarkan jenama dari Perancis ini. Helmet ini mengambil kira segala aspek keselesaan bagi menjaminkan pemakaian yang sedap bagi si penunggang. Meskipun berkonsepkan ‘open face’ helmet ini juga didatangkan dengan ‘sun visor’ dengan visor luar yang luas dan panjang untuk perlindungan terbaik. Inovasi unik pada SHARK Nano terletak pada corong udara di bahagian muncung visor luar yang membenarkan angin masuk agar tidak berlakunya ‘kabus’ terutamanya sewaktu menunggang dalam hujan. Peminat MotoGP juga boleh mendapatkan SHARK Nano edisi Johann Zarco! SHARK Skwal 2.2Harga: RM850 SHARK Skwal merupakan helmet jenis ‘full-face’ segmen pertengahan paling unik dalam pasaran. Ini kerana, helmet ini dilengkapi dengan lampu LED di bahagian depan dan belakang! Ciri ini menjadikan SHARK Skwal cukup menonjol terutamanya ketika menunggang di waktu malam dan mudah dilihat pengguna jalan raya lain. Helmet ini menggunakan bahan ‘thermoplastic’ sekaligus menjaminkan berat yang ringan di samping didatangkan dengan spoiler aerodinamik di bahagian belakang. Setiap pembelian SHARK Skwal 2.2 turut didatangkan dengan Pinlock MaxVision secara standard! SHARK Spartan CarbonHarga: RM1,350 (dari RM2,250) SHARK Spartan Carbon merupakan antara helmet SHARK yang paling popular tatkala sesuai untuk kegunaan apa jua keadaan daripada tunggangan harian (kapcai atau berkuasa tinggi), jarak jauh (touring) mahupun di litar. SHARK Spartan Carbon menawarkan berat hanya sekitar 1.39kg (bagi saiz L) hasil bantuan penggunaan bahan jenis gentian karbon. Seperti helmet SHARK lain, helmet ini turut didatangkan dengan ‘sun-visor’, visor luar anti-calar termasuk penggunaan fabrik anti-bakteria. Bukan itu sahaja, helmet ini turut menawarkan SHARK Easy-Fit yang memudahkan pemakaian kaca mata bagi penunggang motosikal, ciri ini sebenarnya sangat penting dan jarang sekali ada helmet yang mengambil kira faktor pemakaian kaca mata. Malah, setiap pembelian SHARK Spartan Carbon turut akan didatangkan dengan Pinlock anti-fog secara standard! SHARK Evo One 2Harga: RM1,800 Helmet modular merupakan helmet pilihan bagi penunggang motosikal di Malaysia kerana bahagian ‘dagu’ helmet boleh dibuka ke atas untuk memudahkan minum air atau makan tanpa perlu membuka helmet. Bagaimanapun, bagi SHARK Evo One 2, bahagian ‘dagu’ tersebut boleh ditolak sehingga ke bahagian belakang sekaligus tampak seperti sebuah helmet ‘open-face’! Menariknya, mekanisme terdapat pada Evo One 2 menjaminkan tunggangan yang lebih selesa berbanding helmet modular yang hanya boleh ditolak ke atas. Setiap pembelian Evo One 2 turut didatangkan dengan Pinlock Max-Vision. SHARK Race R ProHarga: RM2,000 hingga RM3,000 SHARK Race R Pro merupakan helmet yang dibina untuk kegunaan litar lumba dan merupakan helmet kepercayaan pelumba MotoGP seperti Jorge Lorenzo, Miguel Oliviera (KTM Tech3) dan Johann Zarco (Avintia Ducati). Race R Pro turut ditawarkan dengan jenis gentian karbon dan Aramid sekaligus mengurangkan berat kepada hanya 1.39kg. Visor luar pula merupakan Optical Class-1 (anti-calar) yang menawarkan penglihatan luas tanpa sebarang gangguan terutamanya ketika beraksi di litar. Bahagian ‘padding’ dalam juga mudah ditanggal dan dibasuh dan terdapat slot untuk intercom SHARKTooth. Helmet ini didatangkan dengan 5 corong udara dengan 7 pengekstrak udara sekaligus menjaminkan aerodinamik terbaik. Helmet ini juga ditawarkan dengan pelbagai rekaan dengan terbaru Replika Lorenzo 2019 yang menampakkan elemen api antara pilihan kami di MotoMalaya.Net. Kesemua helmet SHARK didatangkan dengan waranti 5 tahun dan mendapat piawaian ECE22.05 (UN) sekaligus menjaminkan keselamatan dan kualiti terbaik kepada si pemakai. Bagi yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat atau membuat pembelian boleh singgah di Modenas Power Store Kota Damansara yang merupakan antara concept store rasmi SHARK Helmet Malaysia. Advertisements
bosch-malaysia-sumbang-bateri-dan-pengelap-cermin-bagi-ambulans-hospital-kerajaan
BERITA TEMPATAN Bosch Malaysia Sumbang Bateri Dan Pengelap Cermin Bagi Ambulans Hospital Kerajaan Posted on July 30, 2020July 30, 2020 by Amirul Azreen Selaras dengan inisiatif ‘Safer Cars, Safer Roads’, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) telah menyerahkan bateri kenderaan (bebas selenggara) termasuk bateri kabin yang digunakan untuk menghidupkan alat perubatan ambulans. Bosch AA turut menyumbang pengelap cermin Aerotwin Retrofit bagi memastikan penglihatan terbaik bagi para petugas barisan hadapan terutamanya di musim hujan ketika ini. Pengarah Pemasaran BAA, Dilion Goh menyifatkan sumbangan ini bertujuan untuk membantu pemandu dan petugas perubatan melaksanakan misi menyelamatkan nyawa dengan lebih baik dan selamat. “Ambulans amat penting bagi pesakit dan hospital jadi Bosch berasa lega kerana dapat menghulur bantuan dalam memastikan misi mereka tidak diganggu oleh senario lain. “Kami menghargai dedikasi oleh komuniti perubatan dalam tempoh beberapa bulan ini,” jelasnya. Pada masa sama, Bosch AA mengharapkan sumbangan ini dapat memastika Malaysia terus kekal antara negara dengan sistem kesihatan terbaik dunia. Kempen SaferCars, Safer Roads merupakan sebahagian daripada inisiatif Bosch AA untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memiliki ilmu asas penjagaan kereta. Advertisements
hampiri-pelancaran-harga-rasmi-toyota-hilux-baharu-diumumkan
BERITA TEMPATAN UMW Toyota Hampiri Pelancaran, Harga Rasmi Toyota Hilux Baharu Diumumkan! Posted on September 24, 2020September 24, 2020 by Amirul Azreen Toyota bakal melancarkan Hilux serba baharu tidak lama lagi namun UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan senarai harga rasmi bagi model tersebut. Lima varian Hilux akan ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan model Double Cab 2.8 Rogue menjadi varian tertinggi. Terdapat dua enjin turbo diesel ditawarkan – 2.8 dan 2.4L – di samping transmisi automatik dan manual. UMWT turut menawarkan varian Single Cab – dengan hanya warna Solid White ditawarkan – yang sering menjadi pilihan bagi perniagaan berat. Waranti 5 tahun atau 150,000km turut ditawarkan bagi kesemua varian. Berikut senarai harga Toyota Hilux 2020: Sementara itu, Toyota menawarkan tujuh pilihan warna yang merangkumi Bronze Mica Metallic, Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II. Layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut. Advertisements
enea-bastianini-ganti-johan-zarco-di-avintia-ducati-2021
Moto Malaya Enea Bastianini Ganti Johan Zarco Di Avintia Ducati 2021 Posted on September 14, 2020September 14, 2020 by Amirul Azreen Pelumba muda, Enea Bastianini sah bakal sertai pasukan satelit, Avintia Ducati bagi musim 2021. Enea Bastianini Bastianini yang ketika ini sedang beraksi di Moto2 akan menggantikan Johann Zarco yang akan berhijrah sama ada ke Ducati atau Pramac. Meskipuun pelumba berusia 22 tahun itu enggan mengakui perkara itu namun pengendali Avintia, Ruben Xaus mengesahkan Bastianini bakal sertai pasukan itu musim depan. “Saya telah menandatangani kontrak bersama Ducati namun saya tidak pasti untuk pasukan mana, saya akan mengesahkan perkara ini minggu depan,” jelas Bastianini. Bagaimanapun, difahamkan sesetengah pihak berasa terkilan peluang itu diberikan kepada Bastianini berbanding Luca Marini dari pasukan Sky VR46. Johann Zarco Namun, Zarco sendiri meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Bastianini di Moto2. “Sememangnya satu tindakan yang positif bagi Ducati membawa pelumba Moto2 ke Avintia. Saya sendiri kagum dengan kejayaan Bastianini di Moto2,” akui Zarco. Sementara itu, senario ini menunjukkan pertalian Ducati dan Avintia semakin erat apatah lagi setelah pasukan itu diangkat sebagai satelit Ducati setelah mendapatkan khidmat Zarco. Bastianini kini memasuki musim keduanya di Moto2 dan telah pun merekodkan kemenangan di Jerez dan Brno. Advertisements
toyota-gr-yaris-mendarat-di-malaysia-terhad-kepada-200-unit-rm299000
BERITA TEMPATAN Toyota GR Yaris Mendarat Di Malaysia – Terhad Kepada 200 Unit, RM299,000! Posted on December 17, 2020December 17, 2020 by Amirul Azreen Toyota Motor dengan rasminya melancarkan GR Yaris Performance Pack Edition edisi terhad untuk pasaran Malaysia. Terhad kepada 200 unit sahaja, setiap GR Yaris Performance Pack Edition akan didatangkan dengan plat nombor istimewa di samping tiga warna pilihan, Platinum White Pearl, Emotional Red 2 dan Precious Black. Toyota GR Supra merupakan model sulung yang lahir di kilang khas GR terletak di Motomachi, Jepun, fasiliti sama yang bertanggungjawab menghasilkan jentera ikonik, Lexus LFA. Model yang mendapat sentuhan lagnda WRC, Tommi Makinen ini didatangkan dengan enjin 1.6L turbocharged DOHC yang menjana 257.4hp pada 6,500rpm dan 360Nm pada 3,000-4,600rpm. Menurut Toyota, enjin ini menepati standard WRC 2 sekaligus merupakan enjin tiga silinder paling berkuasa dan ringan di dunia yang pernah dihasilkan. Toyota GR Yaris hanya ditawarkan dengan transmisi (manual) 6-kelajuan i-MT (Intelligent Manual Transmission) yang boleh membaca corak pertukaran gear mengikut acuan pemandu. Tiga mod pemanduan ditawarkan; Normal, Sport dan Track yang digandingkan dengan sistem four-wheel drive (GR-Four). Model ini juga dilengkapi dengan rim 18 inci (jenama BBS) yang dipasangkan bersama tayar Michelin Pilot Sport 4S 225/40R18 manakal sistem brek dikendalikan cakera brek 356mm (depan) dan 287mm belakang. Ruang dalam menempatkan skrin TFT 4.2 inci dan sistem infotainmen yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto. Toyota Safety Sense turut menawarkan ciri keselamatan berikut: Pre-Crash SystemDynamic Radar Cruise ControlLane Departure AlertLane Tracking AssistAuto High Beam Advertisements
denda-rm2000-penjara-tak-lebih-6-bulan-serta-motosikal-disita-jika-guna-ekzos-bising
Moto Malaya Denda RM2,000, Penjara Tak Lebih 6 Bulan Serta Motosikal Disita Jika Guna Ekzos Bising Posted on February 22, 2021February 22, 2021 by Amirul Azreen Denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan menanti pemilik motosikal yang didapati menggunakan ekzos bising. Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos haruslah diselenggara supaya berada dalam keadaan baikk tidak diubah suai bagi mengeluarkan bunyi bising. Menurut Azisman, pihak polis juga diberi kuasa untuk menyita motosikal tersebut mengikut peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik mengambil langkah bagi menjaminkan kesalahan tersebut tidak lagi diulangi. Sementara itu, mengikut Akta Alam Sekitar 1974, bunyi ekzos melebihi 75dB (desibel) adalah dianggap sebagai pencemaran bunyi. – SH Advertisements
benelli-1200gt-didedahkan-di-china-134hp
Benelli BERITA ANTARABANGSA Benelli 1200GT Didedahkan Di China – 134hp! Posted on September 21, 2020September 21, 2020 by Amirul Azreen Meskipun acara motosikal terbesar dunia EICMA dibatalkan tahun ini, pengeluar motosikal menggunakan platform lain untuk perkenalkan model baharu. QJ Motor – selaku syarikat pemilik jenama Benelli – telah memperkenalkan Benelli 1200GT. Benelli 1200GT merupakan jentera segmen grand tourer pertama bagi jenama itu yang didatangkan dengan enjin 1,209cc. Berdasarkan info yang dikongsikan 1200GT ini menawarkan 134hp dan mampu mencapai kelajuan maksima 220km/j. Antara ciri menarik ditawarkan adalah penggunaan fork USD Kayaba dan sistem brek Brembo dan rim bersaiz 17 inci. Bagi memastikan tunggangan yang selesa jentera ini menawarkan ketinggian tempat duduk 780mm di samping tangki berkapasiti 22L sesuai untuk tunggangan jarak jauh. Model ini turut didatangkan dengan penghadang angin boleh laras, paparan TFT berwarna, lampu LED dan sistem audio termasuk sistem tanpa kunci (keyless). Berdasarkan ciri yang ditawarkan jelas Benelli menjadi BMW R 1250 RT sebagai pesaing utama. Ketika ini masih tiada maklumat sama ada Benelli 1200GT ini akan diperkenalkan di Malaysia namun melihat kepada trend Benelli dalam membawa masuk semua model, tidak hairan jika jentera ini akan dibawa masuk kelak. Advertisements
sultan-johor-perkenan-harley-davidson-lebar-sayap-ke-selatan-tanah-air
BERITA TEMPATAN Sultan Johor Perkenan Harley-Davidson Lebar Sayap Ke Selatan Tanah Air Posted on January 7, 2021January 7, 2021 by Amirul Azreen DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan dengan rancangan Harley-Davidson untuk melebarkan perniagaan di Johor Baharu. Pengedar eksklusif Harley-Davidson, Didi Resources Sdn Bhd akan membuka Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di kawasan Jalan Stulang Laut sekitar suku kedua tahun ini. Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee telah pun mengadap Sultan Ibrahim di Istana Flintsones, Mersing bagi mempersembahkan perancangan tersebut. Sultan Johor bertitah pembukaan Pusat 3S itu sebagai simbol kepercayaan Didi Resources dan Harley-Davidson terhadap potensi ekonomi negeri Johor. “Dalam keadaan semasa, mereka masih mampu mengembangkan perniagaan di sini serta mempunyai ramai pengikut jenama mereka. “Jalan Stulang Laut merupakan antara lokasi tumpuan dan saya berharap mereka juga dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan dan kelangsungan operasi perniagaan yang kelak dapat menyuntik ekonomi Johor,” titah Baginda Tuanku Sultan. Harley-Davidson merupakan antara jenama motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat yang memiliki peminat besar di Malaysia termasuk di Johor. Advertisements
kantoi-wheelie-di-batu-pahat-gadis-21-tahun-ini-ditahan-polis
BERITA TEMPATAN Kantoi ‘Wheelie’ Di Batu Pahat, Gadis 21 Tahun Ini Ditahan Polis Posted on May 22, 2021May 22, 2021 by Amirul Azreen Seorang gadis berusia 21 tahun telah ditahan polis apabila aksinya melakukan ‘wheelie’ tular di media sosial. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah yang memaklumkan bahawa remaja perempuan itu telah ditahan bersama seorang lelaki berusia 16 tahun. Tangkapan dibuat setelah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mendapat satu rakaman video, semalam. Video berdurasi 31 saat itu menunjukkan seorang wanita telah melakukan aksi ‘wheelie’ dengan motosikal jenis Honda EX-5 di Jalan Dato’Syed Esa. Bagaimanapun, kedua-duanya telah pun dibebaskan dengan ikat jamin. Menurut Ismail, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020) yang menyaksikan kedua-dua individu tersebut berdepan penjara tidak lebih lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun sekiranya didapati bersalah. Minggu lalu, seorang lelaki telah dikenakan hukuman denda RM10,000 dan lesen digantung lima tahun apabila tular video melakukan aksi berbahaya termasuk ‘wheelie’ di samping tidak memakai topi keledar (helmet) di sekitar Lembah Klang sewaktu perayaan Aidilfitri. – SH Advertisements
mb-kedah-jual-volvo-xc60-kesayangan-salur-dana-ke-palestin
BERITA TEMPATAN MB Kedah Jual Volvo XC60 Kesayangan, Salur Dana Ke Palestin Posted on May 18, 2021May 18, 2021 by Amirul Azreen Dalam usaha membantu rakyat Palestin yang sengsara ekoran serangan ganas rejim Zionis, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat keputusan untuk menjual kereta kesayangannya. Kereta jenis Volvo XC60 2010 yang dibeli pada tahun 2018 itu pada harga RM60,000 telah dibuka untuk bidaan dan setakat semalam telah pun mencapai bidaan RM80,000. “Kereta ini saja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat kepada kereta ini, tetapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin. “Sejak beli, saya membuat pembaikan, tukar alat ganti yang kurang elok dengan yang baharu, sedikit demi sedikit sampai rasa macam bawa kereta baharu, tetapi tidaklah 100 peratus macam baharu. “Pendek kata, keadaan kereta ini terbaik, tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi jika bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit. Saya belum sempat bawa pergi baiki,” jelasnya. Berdasarkan perkongsian di Facebook, bidaan bagi kereta tersebut akan ditutup jam 3 petang, hari ini. Orang ramai yang berminat boleh sertai bidaan dengan membuat bayaran terus ke Akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PAS Relief (564070614481 atau 564070612333). – BH Advertisements
rupa-jelas-suzuki-hayabusa-2021-didedahkan-lebih-awal
BERITA ANTARABANGSA Rupa Jelas Suzuki Hayabusa 2021 Didedahkan Lebih Awal! Posted on February 3, 2021February 3, 2021 by Amirul Azreen Suzuki bakal buka tirai kepada Motorcycle Global Salon pada 5 Februari ini dengan Hayabusa 2021 antara model yang bakal dilancarkan secara rasmi. Bagaimanapun, setakat ini beberapa imej motosikal tersebut telah pun tersebar secara atas talian termasuk video teaser oleh Suzuki yang mendedahkan beberapa ciri motosikal baharu itu. Kini, timbul sebuah lagi video, oleh saluran YouTube MaxxMoto yang mendedahkan rupa jelas Hayabusa 2021. Menariknya, ini adalah video rasmi oleh pihak Suzuki sendiri namun telah ‘dibocorkan’ lebih awal. Berdasarkan video tersebut, jelas rekaan keseluruhan menampakkan DNA Hayabusa namun dengan beberapa elemen dipinjamkan daripada GSXR-1000 terkini. Pada masa sama, ciri aerodinamik juga tampak berbeza berbanding generasi pertama dan kedua di samping video tersebut mendedahkan penggunaan sistem quickshifter. Seperti didedahkan sebelum ini, Hayabusa generasi ke-3 ini masih mengekalkan tetapan meter sama seperti sebelumnya namun dengan pertambahan skrin TFT berwarna di bahagian tengah konsol yang mengoperasikan IMU 6-axis. Selebihnya, nantikan pelancaran rasmi 5 Februari ini. Advertisements
yamaha-lancar-yzf-r25-2021-di-jepun-tiada-lagi-varian-tanpa-abs
BERITA ANTARABANGSA Yamaha Lancar YZF-R25 2021 Di Jepun, Tiada Lagi Varian Tanpa ABS Posted on December 19, 2020December 19, 2020 by Amirul Azreen Motosikal sportsbike popular Yamaha, YZF-R25 mendapat pilihan warna baharu bagi tahun 2021. Tiga warna ditawarkan; Cyan dan Matte Dark Gray Metallic manakala warna Yamaha Blue dikekalkan daripada model sebelumnya. Selain daripada kemas kini warna, Yamaha turut menghentikan pengeluaran model tanpa sistem Anti-lock Braking System (ABS) sekaligus menyaksikan model akan datang akan dilengkapi sistem ABS sahaja. Sementara itu, model 2021 ini masih lagi mengekalkan spesifikasi sama yang terdapat pada model 2019. Antaranya, YZF-R25 ini masih lagi didatangkan dengan enjin silinder berkembar 249cc yang menjana 35hp pada 12,000rpm dan 23Nm pada 10,000rpm. Yamaha YZF-R25 2021 ditawarkan pada harga JPY654,500 (RM25,600). Advertisements
perodua-jual-4345-unit-ativa-dalam-tempoh-30-hari
Moto Malaya Perodua Jual 4,345 Unit Ativa Dalam Tempoh 30 Hari! Posted on April 1, 2021April 1, 2021 by Amirul Azreen Populariti Perodua selaku jenama kenderaan tempatan terus diperkukuh apabila lebih 57,911 unit model telah pun dijual bagi suku pertama 2021. Angka itu menyumbang kepada peningkatan jualan 29 peratus berbanding 44,977 unit terjual bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad, kejayaan itu antaranya disumbang model baharu, Ativa yang baru dilancarkan. “Bulan Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kami kepada 24,433 unit, didorong permintaan yang tinggi, terutamanya bagi Ativa, yang telah menerima sebanyak 14,574 tempahan sejak dibuka untuk pesanan pada 19hb Februari lalu,” jelasnya. Daripada jumlah tempahan Ativa yang diterima setakat ini, 4,345 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan bermula 3 Mac lalu dengan 67 peratus membabitkan varian AV (varian tertinggi). “Ini menjadikan Perodua Ativa SUV kompak terlaris di negara ini pada bulan Mac. Kami amat bersyukur, Perodua Ativa telah mencapai permulaan yang begitu kukuh dan kami telah berjaya mengatasi sasaran penghantaran bulanan sebanyak 3,000 unit pada bulan pertama,” tambah Zainal lagi. Bagi tahun 2021, Perodua mensasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit, pertambahan 23 peratus berbanding 220,986 unit pada 2020. Advertisements
honda-cbr250rr-sah-masuk-malaysia-tahun-ini
BERITA TEMPATAN Honda CBR250RR Sah Masuk Malaysia Tahun Ini! Posted on September 3, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Setelah sekian lama menanti, akhirnya pasaran motosikal Malaysia akan diserikan dengan Honda CBR250RR. Kami memperoleh pengesahan itu daripada orang besar Boon Siew Honda (BSH) sendiri ketika pelancaran Honda Rebel 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi. Difahamkan, model yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia merupakan model terkini (2020) yang telah pun dilancarkan di Jepun tahun ini dan akan ditawarkan pada harga yang sangat ‘kompetitif’. Perlu diingatkan, ini BUKAN 10 unit yang ditawarkan untuk perlumbaan MSBK 2021 bagi program Boon Siew Honda 250cc Racing Support tetapi ini adalah merujuk kepada unit yang akan dipasarkan untuk orang ramai, hujung tahun ini. Kami menjangkakan harga Honda CBR250RR akan ditawarkan sekitar RM30,000. Honda CBR250RR 2020 kini menawarkan 41hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm di samping didatangkan dengan pelbagai ciri menarik lain antaranya fungsi quickshifter dan assist/slipper clutch. Antara ciri lain ditawarkan: ride-by-wiretiga mod tungganganpaparan LCDlampu LEDfork depan USD 37mmABS dual-channel Akhirnya penunggang motosikal di Malaysia terutamanya mereka yang enggan menaik taraf ke enjin B (full) boleh merasai jentera berprestasi tinggi. Advertisements
suzuki-hayabusa-2021-dirasmikan-dengan-launch-control-brembo-stylema-dan-quickshifter
Moto Malaya Suzuki Hayabusa 2021 Dirasmikan – Dengan Launch Control, Brembo Stylema dan Quickshifter! Posted on February 5, 2021June 5, 2021 by Amirul Azreen Suzuki Motorcycle akhirnya melancarkan Hayabusa 2021 secara rasmi menerusi Suzuki Motorcyle Global Salon, hari ini. Bagi tahun 2021, generasi ketiga Hayabusa ini tampil dengan penggunaan lampu LED penuh (depan dan belakang). Suzuki turut menaik taraf enjin 4-inline 1,340cc Hayabusa bagi mencapai standard Euro 5 yang kini menawarkan 187.4hp pada 9,700rpm dan 150Nm pada 7,000rpm. Angka tersebut sedikit menurun berbanding Hayabusa generasi kedua yang menawarkan 194hp dan 155Nm. Bagaimanapun, enjin 16 Valve DOHC dengan penyejukan cecair itu kini lebih tahan lasak serta menawarkan pembakaran minyak lebih efisien dan mampu merekodkan kelajuan maksima (nominal) 299km/j. Antara langkah pembaharuan diambil adalah dengan mengurangkan 1mm diameter dalam throttle body dan memanjangkan panjang paip intake kepada 12mm. Menurut Suzuki, langkah ini melancarkan aliran kuasa enjin pada kelajuan rendah dan pertengahan. Penggunaan Suzuki Side Feed Injector (S-SFI) juga menyumbang kepada peningkatan output kuasa serta tork. Hayabusa 2021 ini turut didatangkan dengan sistem Ride-by-Wire Electronic Throttle dan Suzuki Clutch Assist System (SCAS) yang membantu meningkatkan respon enjin serta menjamin pertukaran gear yang lebih efisien. Menariknya, Suzuki mengekalkan penggunaan kerangka twin-spar dan swingarm jenis aluminium. Antara ciri menarik lain ditawarkan: fork depan KYB (upside down) dengan salutan Diamond-Like-Carbonmonoshock belakang KYBtayar Bridgestone Battlax Hypersport S22gabungan meter jenis analog dan skrin TFT berwarnaSuzuki Intelligent Ride System (SIRS)Bosch IMU 6-axisLaunch ControlCruise Control (antara 31km/j hingga 200km/j)Combined Brake SystemSlope Dependent Control SystemHill Hold Control SystemEmergency Stop Signal Model ini juga tampil dengan Suzuki Drive Mode Selector Alpha (SDMS-a) yang membolehkan penunggang membuat tetapan berikut: Motion Track Traction Control SystemBi-directional Quick Shift SystemEngine Brake Control SystemAnti-lift Control SystemPower Mode Selector Lebih mengujakan, Suzuki Hayabusa 2021 ini juga muncul sebagai motosikal pertama di dunia yang dilengkapi Active Speed Limiter yang membolehkan penunggang menetapkan kelajuan maksima motosikal mengikut kesesuaian. Sistem brek pula dikendalikan kaliper brek Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek depan (jenis floating) 320mm serta teknologi ABS terkini. Advertisements
penunggang-motosikal-wanita-maut-polis-tahan-pemandu-kereta
BERITA TEMPATAN Penunggang Motosikal Wanita Maut, Polis Tahan Pemandu Kereta Posted on February 1, 2021February 1, 2021 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang pemandu susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal wanita yang berlaku pada 27 Januari lalu di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Rata-rata kenalan dan ahli keluarga kepada mangsa, Christine Wong, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian termasuk rakaman ‘dashcam’ untuk tampil kedepan. Ini kerana timbul dakwaan bahawa Christine menjadi mangsa kes langgar lari dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu. Penunggang Motosikal Maut, Jadi Mangsa Kes Langgar Lari Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mendedahkan bahawa pemandu kepada kereta jenis Toyota Hilux itu telah tampil memberi keterangan dua hari kemudian sebelum ditahan bagi membantu siasatan. Laporan awal menyatakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15 terbabas dan melanggar pembahagi jalan susulan permukaan jalan basah namun terdapat beberapa saksi kejadian menyatakan sebaliknya. – The Star Advertisements
bmw-motorrad-catat-jualan-kedua-tertinggi-dalam-sejarah-pada-2020
BERITA ANTARABANGSA BMW Motorrad Catat Jualan Kedua Tertinggi Dalam Sejarah Pada 2020 Posted on January 21, 2021January 21, 2021 by Amirul Azreen Meskipun tahun 2020 dipalit dengan pandemik Covid-19, BMW Motorrad masih mampu menyerahkan 169,272 unit motosikal kepada pelanggan. Angka itu sekaligus menjadi penjualan kedua tertinggi dalam sejarah BMW Motorrad selepas 2019 merekodkan penjualan tertinggi dengan 175,162 unit. Antara penyumbang kejayaan penjualan pada 2020 adalah portfolio produk serta jaringan pengedar BMW Motorrad di samping pelancaran 13 model baharu. Jerman kekal sebagai pasaran terbesar dengan lebih 27,516 unit terjual, naik 1,224 unit berbanding tahun sebelumnya sekaligus menyumbang kepada perkembangan jualan di Eropah. Jenama BMW Motorrad juga terus berkembang di China yang merekodkan kenaikan lebih 33.7 peratus manakala Brazil rekodkan jualan 10,707 unit berbanding 10,064 unit pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, impak Covid-19 masih di rasai di beberapa negara di Eropah dengan Itali (13,918 unit), Sepanyol (11,030 unit) dan Great Britain/Ireland (7,315 unit) yang merekodkan angka jualan sedikit rendah berbanding 2019. Menariknya, model dengan enjin boxer terus jadi popular dengan lebih 80,000 unit terjual yang turut dijanakan dengan pelancaran cruiser serba baharu, BMW R 18. Model bersesaran kecil BMW hasil kerjasama dengan TVS, BMW G 310 R dan G 310 GS turut mendapat tempat dengan 17,000 terjual seluruh dunia. Segmen pertengahan juga rancak dengan BMW F 900 R dan F 900 XR yang merekodkan jualan 14,429 unit. Advertisements
suzuki-malaysia-akan-melancarkan-gsx-r-baharu-persoalannya-yang-mana-satu
Moto Malaya Suzuki Malaysia Akan Melancarkan GSX-R Baharu, Persoalannya Yang Mana Satu? Posted on September 28, 2020September 28, 2020 by Amirul Azreen Minggu lalu, Suzuki Malaysia mengumumkan mereka kembali beroperasi setelah lebih sebulan memaklumakn mengenai penutupan operasi. Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) dicanang diambil alih oleh pihak pengurusan sama yang mengendalikan Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) sebelum ini meskipun masih belum ada pengumuman rasmi. Kini, SMSB menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook mendedahkan mereka bakal ‘mengembalikan’ model sportsbike GSX-R. Persoalannya, model yang mana akan dilancarkan itu? Terdapat pelbagai varian GSX-R dalam portfolio Suzuki bermula dari 150cc hinggalah ke 1000cc. Bagaimanapun, merujuk kepada ruangan komen perkongsian di Facebook, jelas rata-rata mengharapkan Suzuki memperkenalkan varian mampu milik atau bawah 250cc. Kami di MotoMalaya juga mengharapkan GSX-R itu merujuk kepada model 150cc yang telah pun dilancarkan di pasaran negara jiran, Indonesia dengan harga sekitar Rp27,900,00 (RM7,800 mengikut tukaran semasa). April lalu beberapa warna baharu GSX-R150 turut diperkenalkan seperti dibawah: Suzuki GSX-R150 didatangkan dengan enjin 147.3cc DOHC satu silinder yang menawarkan 19.17hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm dan digerakkan dengan transmisi 6-kelajuan. Bagaimanapun, barangkali Suzuki Malaysia merujuk kepada jentera ‘flagship’ GSX-R1000R edisi terhad yang baru-baru ini dilancarkan sempena ulang tahun ke-100. Suzuki GSX-R1000R Apa pun, teka-teki ini hanya akan dijawab pihak Suzuki Malaysia sendiri dalam masa terdekat. Advertisements
k-speed-ubahsuai-dominar-d400-ini-dengan-elemen-flat-track
BERITA ANTARABANGSA K-Speed Ubahsuai Dominar D400 Ini Dengan Elemen Flat Track Posted on July 19, 2020July 19, 2020 by Amirul Azreen Pakar ubahsuai motosikal di Thailand, K-Speed sentiasa mencuri tumpuan setiap kali mereka memperkenalkan projek baharu. Kali ini, mereka telah ‘mengerjakan’ sebuah Bajaj Dominar D400 – dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia – yang diberi nama Diablo Cyclops. Ubahsuai ini cukup drastik sehinggakan tiada siapa yang mampu menyangka ini merupakan Dominar D400. K-Speed mendedahkan jentera tersebut ketika di Bangkok International Motor Show 2020 baru-baru ini. Menurut K-Speed mereka telah melaksanakan beberapa perubahan ketara antaranya, subframe baharu, tayar knobby, crash guard kustom, sistem ekzos baharu, handlebar dan tempat duduk kustom. Bagaimanapun, beberapa aspek daripada Dominar turut dikekalkan antaranya tangki, dan perimeter frame malah sistem brek dan rim aloi juga diguna semula. Bahagian lampu depan Dominar juga digantikan dengan rekaan yang luar biasa. Meskipun drastik namun perubahan tersebut hanya melibatkan aspek estetik manakala enjin 373.3cc ini tidak diusik. Advertisements
status-kasma-terjawab-tidak-lagi-beraksi-di-moto2-musim-depan
BERITA TEMPATAN Status Kasma Terjawab, Tidak Lagi Beraksi Di Moto2 Musim Depan? Posted on December 23, 2020December 23, 2020 by Amirul Azreen Kasma Daniel Kasyamudin dilaporkan tidak lagi beraksi di Moto2 musim depan. Maklumat tersebut mula tular menerusi beberapa akaun laman sosial tempatan termasuk di Telegram yang mendakwa kontrak Kasma telah ditamatkan SAG Team. Kasma turut bertindak memadam info ‘Moto2 Rider @sagracingteam di akaun Instagram peribadinya. SAG Team sebelum ini telah mengumumkan Mandalika Racing Team (MRT) dari Indonesia sebagai rakan kerjasama baharu bagi saingan di Moto2 dan bakal beraksi di bawah nama Pertamina Mandalika SAG Racing Team. SAG Team telah pun mendapatkan khidmat Thomas Luthi bagi 2021 manakala terdapat khabar angin kuat mengatakan MRT berkenan menggandingkan Luthi bersama seorang pelumba Indonesia. Menerusi info terbaharu, difahamkan SAG Team bakal membuat pengumuman besar yang dijangka membabitkan pelumba baharu yang akan beraksi di Moto2 musim depan. Sementara itu, Kasma turut dikaitkan untuk pulang beraksi di Kejuaraan Cub Prix musim depan. Ketiadaan Kasma sekaligus menyaksikan Hafizh Syahrin menjadi wakil tunggal negara selepas pelumba itu bakal bersaing bersama NTS RW Racing bagi musim 2021. Advertisements
jpj-tawar-diskaun-70-peratus-bayaran-kompaun-hingga-13-jun-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya JPJ Tawar Diskaun 70 Peratus Bayaran Kompaun Hingga 13 Jun Ini Posted on April 12, 2021April 12, 2021 by Amirul Azreen Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkn bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun 70 peratus bayaran kompaun. Diskaun tersebut ditawarkan bermula 13 April hingga 13 Jun 2021 kepada 3.5 juta kompaun yang telah pun dikeluarkan setakat ini. Menurut Wee Ka Siong, diskaun tersebut akan memberi peluang kepada pengguna jalan raya yang tidak dapat memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan ekoran tunggakan saman dan kompaun. “Sebagai contoh, pengguna jalan raya hanya perlu membayar RM45 bagi saman bernilai RM150,” jelasnya. Advertisements
tiga-orang-dibenarkan-dalam-satu-kereta-ismail-sabri
Moto Malaya Tiga Orang Dibenarkan Dalam Satu Kereta – Ismail Sabri Posted on November 13, 2020November 13, 2020 by Amirul Azreen Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini membenarkan tiga orang berada di dalam kenderaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKB). Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob selepas mengambil kira permintaan untuk melonggarkan peraturan dua individu dalam satu kereta. “Kami telah bersetuju untuk membenarkan tiga orang berada dalam satu kereta. Peraturan ini termasuk teksi dan kenderaan e-hailing,” jelasnya sewaktu sidang media harian. Kebenaran tiga individu berada dalam satu kenderaan berkuat kuasa serta-merta. – FMT Advertisements
pelanggan-ini-guna-alasan-tengok-ekzos-proracer-sebelum-mencuri
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pelanggan Ini Guna Alasan Tengok Ekzos ProRacer Sebelum Mencuri Posted on July 23, 2020July 23, 2020 by Amirul Azreen Seorang pengguna Facebook, Wei Khang WK berkongsi kisah bagaimana kedainya telah menjadi sasaran seorang pencuri selepas memasuki kedainya dengan alasan melihat aksesori kereta. Menurut Wei Khang, seorang lelaki telah datang ke kedainya sekitar jam 4.45 petang dari pintu belakang kononnya mahu mencari ekzos ProRacer. Ketika itu, Wei Khang terus meminta adiknya untuk melayan pelanggan tersebut yang kemudiannya membawa ekzos ProRacer untuk ditunjukkan kepada lelaki terbabit. Lelaki tersebut kemudiannya bertindak mengangkat ekzos ke meja kedai dan mula melakukan kerja terkutuk apabila menggunakan peluang tersebut untuk mencuri duit kedai. Bagaimanapun, pencuri tersebut tidak menyedari terdapat kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang merakam segala tindak tanduknya. Pada masa sama, berdasarkan perkongsian di ruangan komen, ada segelintir netizen dakwa mengenali pencuri tersebut dan mendedahkan dia beberapa kali telah terlibat dengan kerja haram seperti ini. Advertisements
ducati-tidak-pernah-tawarkan-kontrak-baharu-dovizioso
BERITA ANTARABANGSA Ducati Tidak Pernah Tawarkan Kontrak Baharu – Dovizioso Posted on January 10, 2021January 10, 2021 by Amirul Azreen Bekas pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso, akhirnya buka mulut mengenai keputusannya untuk tinggalkan pasukan itu selepas lapan musim. Walaupun pada awalnya timbul dakwaan Ducati dan Dovizioso gagal mencapai kata putus membabitkan pemotongan gaji susulan Covid-19, pelumba Itali itu dalam temu bual terbaru menafikan perkara tersebut. “Ada yang mendakwa saya mahukan itu ini. Itu semua tipu. Saya tidak ditawarkan kontrak baharu dan tiada sebarang perbincangan berlaku,” tegas Dovizioso. Ketika di GP Austria musim lalu, pengurus pasukan Ducati, Davide Tardozzi, mengesahkan pihaknya sedang menilai prestasi Dovizioso sehingga memberitahu media pelumba itu ada tiga perlumbaan untuk membuktikan dirinya. Tidak tahan dengan layanan tersebut, Dovizioso mengumumkan keputusan untuk meninggalkan pasukan itu sehari kemudian menerusi pengurusnya, Simone Battistella. Kemudian timbul dakwaan kegagalan mencapai persetujuan kontrak adalah disebabkan faktor gaji namun Dovizioso menafikan perkara itu. “Sehingga kini saya masih tidak tahu mengapa mereka tidak mahukan saya. Apa yang saya sedia maklum, (Luigi) Dall’Igna telah membuat keputusan itu pada mesyuarat yang diadakan pada 2019. “Mesyuarat itu sepatutnya membincangkan isu teknikal, kami ada idea berbeza dan mahu bertemu dengan semua jurutera. *Pengurus Besar Ducati MotoGP, Gigi Dall’Igna “Kemudian berlaku konfrontasi di antara kami (Dovizioso dan Gigi), saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya tetapi Gigi berasakan dirinya seperti diserang. “Saya rasa ketika dia keluar dari mesyuarat itu dan menutup pintu dia telah membuat keputusan. “Kenyataan yang dibuat pada 2020 mengenai motivasi saya adalah tidak betul,” tambah Dovizioso. Meskipun lapan tahun bersama Ducati, pelumba berusia 34 tahun itu mendedahkan dia tiada sebarang hubungan dengan Gigi apatah lagi tidak pernah duduk semeja bagi membincangkan pembangunan jentera sejak 2017. “Sebelum ini hubungan kami berada di tahap 30 peratus tetapi menjadi keruh sejak penyertaan Jorge Lorenzo pada 2017. “Kami sering bercanggah pendapat dan bertengkar dan semenjak itu pasukan saya diketepikan sehingga kami tidak lagi bercakap tentang pembangunan jentera,” jelas Dovizioso. Ducati bakal mempertaruhkan Jack Miller dan Francesco Bagnaia bagi musim 2021 bermula dengan siri ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang, Februari ini. Advertisements
mercedes-benz-s560e-hybrid-jentera-baharu-ketua-menteri-pulau-pinang-469hp-700nm
BERITA TEMPATAN Mercedes-Benz S560e Hybrid, Jentera Baharu Ketua Menteri Pulau Pinang – 469hp, 700Nm! Posted on January 9, 2021January 9, 2021 by Amirul Azreen Kerajaan negeri Pulau Pinang baharu sahaja membeli sebuah Mercedes-Benz S560e hibrid untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Model S560e itu telah dibeli dengan harga RM458,122.78 pada 31 Disember 2020 bagi menggantikan Mercedes S300L yang telah dibeli – pada harga RM298,263.75 – pada 2013. Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang, pembelian tersebut mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang sebulan sebelum pembelian. Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah pun kelihatan menggunakan kereta rasmi baharu tersebut ketika menghadiri majlis angkat sumpah ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Selasa lalu. Mercedes-Benz S560e dilancarkan di Malaysia pada Jun 2019 dan didatangkan dengan enjin 3.0L turbocharged V6 yang menjana 362hp dan 500Nm manakala motor elektrik menghasilkan tambahan 121hp dan 440Nm sekaligus menyaksikan jumlah output adalah pada 469hp pada 5,500 hingga 6,000rpm dan 700Nm. Model ini juga mampu mencapai kelajuan maksima 250km/j dan 0-100km/j hanya memerlukan lima saat. Advertisements
imej-sulung-harley-davidson-338r-didedahkan
BERITA ANTARABANGSA Imej Sulung Harley-Davidson 338R Didedahkan! Posted on August 29, 2020August 29, 2020 by Amirul Azreen Selepas sekian lama akhirnya imej sulung motosikal Harley-Davidson mampu milik hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycles -pemilik jenama Benelli- didedahkan di laman sosial di China. Sebelum ini hanya imej ‘render’ dengan nama kod HD350 diguna pakai namun dengan imej sebenar yang dikongsi jelas terpampang nama model 338R. Ini julung kalinya model ini dilihat dalam keadaan sebenar meskipun tidak sepenuhnya namun sekurang-kurangnya menjawab persoalan bahawa jenama motosikal berpangkalan di Milwaukee itu serius dalam menawarkan model ini. Jentera ini mengguna pakai platform Benelli 302S seperti kerangka utama, rim, sistem penyerap hentakan dan brek. Bagaimanapun, jentera ini dijangka memaparkan lencana dan rekaan lampu depan berbeza bagi membawa imej Harley-Davidson. Pada masa sama, gambar ini turut mengesahkan Harley bercadang meneruskan projek 338R meskipun syarikat itu kini dalam proses rombakan. Harley-Davidson 338R dijangka akan dipasarkan di benua Asia namun tak dapat dipastikan sama ada model ini akan diperkenalkan di pasaran Malaysia. Advertisements
gpx-drone-150-dilancarkan-di-thailand
BERITA ANTARABANGSA GPX Drone 150 Dilancarkan Di Thailand, Hasil Kerjasama SYM Posted on November 19, 2020November 19, 2020 by Amirul Azreen Pengeluar motosikal Thailand, GPX, telah memperkenalkan skuter baharu, Drone 150. Skuter tersebut merupakan hasil kerjasama GPX bersama jenama skuter Taiwan, SYM. Difahamkan, GPX bertanggunjawab menghasilkan rekaan keseluruhan Drone 150 manakala enjin adalah dari SYM. Menurut info tertera di GPX Thailand, skuter ini menawarkan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair yang digerakan dengan transmisi jenis CVT. Menariknya, selain daripada rekaan moden dan sporty, model ini juga menawarkan penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light). Info motosikal disiarkan menerusi paparan jenis LCD yang memaparkan bar minyak, speedometer, lampu signal kiri dan kanan, battery volt, jam, dan odometer. Model ini juga menawarkan ruang letak barang yang luas berkapasiti 18L di bawah tempat duduk manakala sistem brek dikendalikan cakera brek 260mm depan dan 220 belakang dengan ciri CBS (Combined Braking System). Antara ciri menarik lain ditawarkan GPX Drone 150 adalah pengecas UBS, dan dual monoshock. Tiga varian ditawarkan di Thailand dengan harga berikut: Standard – THB65,900 (RM8,800)Keyless – THB69,800 (RM9,400)Keyless Special – THB70,800 (RM9,500) Advertisements
motogp-dorna-fim-tinjau-litar-jalan-raya-mandalika
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Dorna-FIM, Tinjau Litar Jalan Raya Mandalika Posted on April 7, 2021April 7, 2021 by Amirul Azreen Pihak Dorna dan FIM telah terbang ke Indonesia bagi meninjau perkembangan litar MotoGP Mandalika, pada Isnin. Menurut laporan, wakil Dorna dan FIM akan berkunjung ke Indonesia sebelum terbang ke Eropah bagi pusingan ketiga MotoGP bagi melihat dengan lebih dekat litar jalan raya Mandalika. Perkara itu disahkan wakil Mandalika Grand Prix Association (MGPA),Dyan Dilato. “Isnin ini (semalam), Dorna dan FIM akan terbang dari Qatar bagi melakukan pemeriksaan. Mereka telah pun menyaksikan litar ini dari rakaman ‘drone’ namun mereka mahu melihat dengan lebih dekat. “Sebagai persiapan bagi proses homologasi pada Jun 2021, kami perlu menjalankan pemeriksaan litar terlebih dahulu,” jelasnya. Litar Mandalika merupakan satu-satunya litar dalam simpanan MotoGP musim ini dan difahamkan sudah pun 55-60 peratus siap. MGPA dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa proses turapan lapisan pertama akan berterusan sehingga Mac 2021 dengan proses turapan kedua akan disiapkan pada Mei 2021. Sebaik mencapai homologasi mengikut jadual, Litar Mandalika boleh diguna pakai sekiranya terdapat penangguhan penganjuran MotoGP oleh litar antarabangsa lain. Advertisements
kawasaki-versys-x-250-2020-dilancarkan-di-indonesia
Moto Malaya Kawasaki Versys-X 250 2020 Dilancarkan Di Indonesia Posted on August 2, 2020August 2, 2020 by Amirul Azreen Kawasaki melancarkan Versys-X 250 2020 untuk pasaran Indonesia. Model 2020 ini masih lagi mengekalkan rekaan dan ciri sama seperti model sebelumnya namun dengan pilihan warna grafik serba baharu. Versys-X 250 ini masih lagi menawarkan penghadang angin, handguard, fork teleskopik dan monoshock. Model baharu ini juga mengekalkan enjin 249cc dengan silinder parallel-twin yang menghasilkan 33.5hp pada 11,500rpm dan 21.7Nm pada 10,000rpm. Kawasaki Versys-X 250 diperkenalkan di Malaysia awal 2017 sebagai jentera segmen adventure paling mampu milik dengan harga sekitar RM23,789. Advertisements
geng-supermoto-buat-onar-di-jalan-raya-awam-dicekup
BERITA TEMPATAN Geng ‘Supermoto’ Buat Onar Di Jalan Raya Awam Dicekup Posted on November 27, 2020November 27, 2020 by Amirul Azreen Sekumpulan penunggang motosikal telah ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan didapati menunggang motosikal secara merbahaya. Difahamkan aksi mereka itu telah disiarkan di YouTube, baru-baru ini dan perkara itu telah sampai ke tangan PDRM yang berjaya mengesan kesemua individu dan menahan mereka di sekitar Kuala Lumpur. Rakaman berdurasi 7 minit 22 saat itu memaparkan mereka melakukan aksi wheelie di Jalan Bunga Mawar 4, Taman Muda, Ampang dan melakukan aksi di jalan raya awam lain. *klip di YouTube Rata-rata pemilik motosikal ditahan menggunakan motosikal jenis supermoto termasuk sebuah Ducati Panigale V4. 8 LELAKI DITAHAN DI BAWAH SEKSYEN 42(1) APJ 1987 Rabu, 25 November 2020 – Unit Risikan / Operasi JSPT Bukit Aman telah…Posted by Polis Daerah Ampang Jaya Page on Thursday, 26 November 2020 Penahanan kesemua individu terbabit dilakukan pasukan Unit Risikan / Operasi JSPT Bukit Aman dan kesemua suspek telah pun diserahkan kepada Pegawai Penyiasat BSPTD Ampang Jaya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 yang jika disabit boleh dikenakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000. Mereka juga berdepan hilang kelayakan pemegang lesen memandu tidak kurang dari dua tahun. Advertisements
motogp-quartararo-kenyang-makan-corner-di-mugello
Moto Malaya MotoGP: Fabio Quartararo Kenyang Makan ‘Corner’ Di Mugello Posted on May 30, 2021May 30, 2021 by Amirul Azreen Fabio Quartararo merekodkan kemenangan ketiga musim ini selepas berjaya mengungguli kelas premier di GP Itali. Pelumba factory Yamaha itu yang bermula di petak pertama pada awalnya dipintas pelumba Ducati, Francesco Bagnaia. Bagaimanapun, Bagnaia hilang kawalan lalu terbabas di awal perlumbaan lalu membuka ruang buat Quartararo untuk terus meratah selekoh di Mugello sehingga ke garisan penamat. Walaupun pada satu ketika dipintas rakan senegara, Johann Zarco di garisan lurus namun kecekapan jentera YZR-M1 dan Quartararo di bahagian selekoh ternyata terlalu sukar ditangani. Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Quartararo selaku pendahulu kejuaraan dunia dengan 105 mata diikuti Zarco (81 mata) dan Bagnaia (79 mata). Sementara itu, pelumba KTM, Miguel Oliveira, berjaya merekodkan podium pertama musim ini selepas disahkan menduduki tempat kedua ekoran Joan Mir melangkaui had litar di selekoh terakhir. Dalam perkembangan sama, pelumba veteran, Valentino Rossi turut menghadiahkan kedudukan terbaik buat Petronas Sepang Racing Team (PSRT), musim ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-10. Marc Marquez pula terus kempunan apabila terbabas di awal perlumbaan lalu membantutkan usaha untuk kembali meraih momentum musim ini. Rakan sepasukan Mir di Suzuki Ecstar, Alex Rins turut kecundang di hujung perlumbaan meskipun berpeluang cerah menaiki podium kali ini. Ini merupakan kejadian ketiga Rins gagal menamatkan perlumbaan musim ini. Berikut keputusan penuh perlumbaan GP Itali: Advertisements
reviu-ktm-390-adventure-ini-perkara-yang-anda-perlu-tahu
BERITA TEMPATAN KTM Malaysia review Reviu KTM 390 Adventure 2021: Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu! Posted on December 25, 2020June 5, 2021 by Amirul Azreen Pengedar jenama KTM di Malaysia, Eurotech, telah pun melancarkan KTM 390 Adventure untuk pasaran tempatan. KTM 390 Adventure merupakan antara motosikal yang paling dinantikan tatkala menawarkan ciri berspesifikasi tinggi namun dengan enjin 390cc. Selepas diberi peluang merasai sendiri 390 Adventure ini di Genting Highlands, kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai motosikal ‘adventure touring’ dari jenama Austria ini (tapi dibina di Pune, India). Reka Bentuk Sekali pandang, KTM 390 Adventure sememangnya tampil dengan ciri yang mencerminkan sebuah motosikal ADV, terutamanya dengan penggunaan fork WP APEX 43mm (seperti yang terdapat pada 790 Adventure) yang menawarkan ‘suspension travel’ sekitar 173mm. Fork dari WP itu juga boleh diselaraskan (compression dan rebound) dengan mudah di bahagian kiri dan kanan fork. Kerangka dan subframe jenis steel trellis turut menghadirkan kestabilan yang baik di samping mengurangkan berat keseluruhan motosikal yang berada pada 171 kilogram. KTM turut memfokuskan bahagian tempat duduk yang manawarkan ciri motosikal enduro dengan bentuk yang kurus dan mudah untuk kedua-dua kaki mencengkam bahagian sisi. Bahagian tempat letak kaki jenis bergigi (toothed foot peg) juga cukup lebar dan berfungsi dengan baik namun bentuk yang agak sedikit condong ke depan boleh menyebabkan penunggang seakan hendak tercampak ke depan ketika melanggar bongkah batu atau permukaan tak rata semasa ‘off-road’. Foot peg tinggi itu juga menyukarkan kaki kiri dan kanan untuk mengepit tangki sewaktu berdiri namun jika anda hanya mahu menghabiskan hujung minggu ke Lemang To’ki tiada apa yang perlu dirisaukan. Spesifikasi KTM 390 Adventure bernadikan enjin 373cc DOHC yang menjana 44hp pada 9,000rpm dan 38Nm pada 7,000rpm dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan yang dibantu dengan PASC (power assist-slipper clutch). Ini merupakan enjin sama yang terdapat pada 390 Duke namun telah ditala semula mengikut kesesuaian. Unit ini menawarkan kuasa yang boleh dilayan sewaktu di jalan raya namun paling membantu sewaktu di ‘off-road’ dengan kawalan throttle (ride-by-wire) memudahkan penunggang menyelusuri permukaan tak rata dan lumpur. Sistem membrek pula dikendalikan Anti-lock Braking System (ABS) dwi-saluran dengan kaliper jenis radial dari Bybre yang dipadan dengan cakera brek 320mm depan, 230mm belakang. Menariknya, KTM 390 Adventure ini juga lengkap dengan traction control (MTC) yang boleh ditutup serta Cornering ABS dan Off-Road ABS dengan masing-masing membantu sewaktu tunggangan di jalan raya mahupun off-road. Bukan itu sahaja, skrin TFT berwarna 5″ ini juga boleh dihubungkan ke telefon pintar menerusi aplikasi MY RIDE yang menawarkan pelbagai lagi ciri pintar antaranya sistem navigasi. Bagi pasaran Malaysia, KTM 390 Adventure juga akan didatangkan dengan tayar Metzeler Tourance (100/90-19 depan dan 130/80-17 belakang) sebagai standard dengan rim aloi namun pelanggan boleh mendapatkan rim spoke yang ditawarkan secara ‘optional’ dari KTM Powerparts. Dimensi dan kapasiti KTM 390 Adventure ini menawarkan panjang 2,154mm dengan lebar 900mm serta ketinggian sekitar 1400mm dan ground clearance pada 200mm. Ketinggian tempat duduk pula berada pada 855mm dan ketinggian itu mungkin dirasai bagi mereka yang bawah 170cm terutamanya sewaktu mahu menaikkan tongkat dengan sebelah kaki sukar untuk mencapai permukaan. KTM 390 Adventure ini dilengkapi tangki berkapasiti 14.5L dan sememangnya menawarkan penjimatan terbaik dengan KTM mendakwa motosikal ini mampu pergi sejauh 400km dengan tangki penuh. Harga Menurut KTM Malaysia, KTM 390 Adventure ini ditawarkan pada harga RM30,800 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dan boleh didapati di pengedar KTM seluruh negara. Pembelian jentera ini juga didatangkan dengan waranti 2 tahun serta perbatuan tanpa had serta dua pilihan warna, putih dan jingga. Rumusan KTM 390 Adventure ini sememangnya jentera yang mengagumkan meskipun bernadikan enjin 373cc namun perasaan menunggang seakan berkongsi aura sama seperti 790 Adventure. Apatah lagi lengkap dengan pelbagai ciri terkini, model ini ternyata mampu memberi persaingan terhadap motosikal touring yang lebih besar antaranya Honda CB500X. Harga RM30,800 juga satu angka yang menarik perhatian tatkala sangkaan awal meletakkan 390 Adventure di antara RM33,000 hingga RM38,000. Advertisements
benelli-trk-800-dirakam-jalani-ujian-lancar-hujung-tahun-ini
Moto Malaya Benelli TRK 800 Dirakam Jalani Ujian, Lancar Hujung Tahun Ini? Posted on August 14, 2020August 14, 2020 by Amirul Azreen Awal tahun ini, Zhejiang Qianjiang Motorcycle (QJ Motor) selaku pemilik jenama Benelli mendedahkan bakal memperkenalkan TRK 800 dalam sesi penyampaian tahunan syarikat itu. Kemudian, QJ Motor didapati sedang rancak melakukan ujian terhadap sebuah motosikal adventure yang diberi nama SRB 750 berdasarkan rakaman video yang telah dimuat naik. QJ SRB 750 ini mengguna pakai enjin 754cc 2-silinder dengan penyejukan cecair yang sama ditawarkan pada Benelli 752S termasuk Benelli Leoncino 800 2020. Bagaimanapun, video tersebut menampakkan sebuah jentera adventure dengan ‘baju’ QJ Motor berbanding Benelli. Sehinggalah media permotoran Itali, Motociclismo, berkongsi beberapa foto ‘spyshot’ yang memaparkan TRK 800 menjalani ujian jalan raya, bulan lalu sekaligus mengesahkan teori bahawa SRB 750 merupakan TRK 800 yang ditunggu-tunggu. Sumber imej: Motociclismo Persoalannya dengan ujian kerap dijalankan QJ/Benelli, mungkinkah TRK 800 akan dilancarkan seawal hujung tahun ini? Advertisements
bsh-lancar-ex5-edisi-khas-ulang-tahun-ke-35-dari-rm4783
BERITA TEMPATAN BSH Lancar EX5 Edisi Khas Ulang Tahun Ke-35 – Dari RM4,783 Posted on January 13, 2021January 13, 2021 by Amirul Azreen Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memulakan tahun 2021 dengan EX5 edisi khas sempena ulang tahun ke-35 motosikal ikonik itu. Varian baharu ini menggabungkan rekaan ikonik dengan emblem khas serta jalur yang lebih menonjol bagi meraikan Honda EX-5 yang julung kalinya diperkenalkan pada 1987. Honda EX5 Edisi Ulang Tahun Ke-35 ini masih mengekalkan enjin satu silinder dengan penyejukan udara yang menjana 6.37kW pada 7,500rpm dan 8.62Nm pada 5,500rpm dan dipadankan dengan sistem suntikan bahan api Programmed Fuel Injection (PGM-Fi). Berikut warna dan varian ditawarkan: Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Honda EX5 35th Anniversary Edition pada harga berikut: rim jenis cast: RM5,009rim jenis spoke: RM4,783 Advertisements
husqvarna-lancar-svartpilen-125-2021-dengan-fork-43mm-wp-apex-abs
BERITA ANTARABANGSA Husqvarna Lancar Svartpilen 125 2021 – Dengan Fork 43mm WP Apex, ABS! Posted on February 4, 2021February 4, 2021 by Amirul Azreen Bagi memperkembang rangkaian pelanggan termasuk penunggang baharu, Husqvarna memperkenalkan Svartpilen 125 2021. Husqvarna Svartpilen 125 merupakan usaha baharu jenama Sweden itu dalam menawarkan jentera yang ringan (146 kilogram) dan mudah dikendalikan bagi penunggang baharu. Husqvarna Svartpilen 125 ini tampil dengan enjin 125cc satu silinder (Euro 5) yang menawarkan 15hp pada 9,500rpm dan 12Nm dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan. Menurut Husqvarna, motosikal ini berkongsi ciri sama seperti abang besar, 250 dan 401 Svartpilen antaranya fork depan 43mm WP Apex, mono-shock WP Apex, penggunaan lampu LED penuh serta ABS. Mengekalkan rekaan keseluruhan yang sama seperti model 250 dan 401 juga satu keputusan bijak kerana hakikatnya Svartpilen sebuah motosikal ‘urban’ yang penuh gaya. Persoalannya, adakah pasaran Malaysia akan turut ditawarkan model 125 ini setelah Husqvarna Motorcycle Malaysia telah pun melancarkan Svartpilen 250 dan 401 baru-baru ini. Advertisements
castrol-malaysia-lancar-kempen-castrol-kitacare
Moto Malaya Castrol Malaysia Lancar Kempen Castrol KitaCare! Posted on July 22, 2020July 22, 2020 by Amirul Azreen Dalam usaha meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Castrol Malaysia melancarkan kempen Castrol KitaCare. Ini merupakan inisiatif bagi membuktikan kepada pelanggan, mekanik dan pengguna bahawa Castrol Malaysia mengambil berat keselamatan dan kesejahteraan semua pihak. Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan, menyifatkan Castrol Malaysia sentiasa mencari jalan bagi menjaminkan bahawa Castrol bukan sekadar pelincir. “Jenama mempunyai peranan penting untuk dimainkan di sepanjang krisis COVID-19 dan pada masa seperti inilah penting untuk kita mengotakan apa yang dikata. “Sebab itulah kami di Castrol Malaysia melakukan lebih daripada yang sepatutnya. Kami sangat teruja untuk mengumumkan kempen Castrol KitaCare dan kami berharap dapat mengingatkan pelanggan, mekanik serta pengguna bahawa kami sentiasa bersama dengan mereka, sedia untuk menyokong dan membantu mereka mengatasi krisis ini,” jelasnya. Sementara itu, Komuniti Castrol Malaysia boleh menikmati pelbagai kandungan menarik menerusi platform pelbagai yang disediakan termasuk hebahan menerusi SMS mengenai Covid-19. Pada masa sama, Castrol Malaysia akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam memastikan keselamatan semua pihak. Untuk maklumat lanjut layari www.castro.com/my Advertisements
motogp-ducati-dominasi-litar-jerez-quartararo-alami-masalah-jentera
Moto Malaya MotoGP: Ducati Dominasi Litar Jerez, Quartararo Alami Masalah Jentera Posted on May 2, 2021May 2, 2021 by Amirul Azreen Pasukan Ducati merekodkan kemenangan satu-dua di Litar Jerez menerusi Jack Miller dan Francesco Bagnaia . Ini merupakan kejayaan satu-dua pertama Ducati sejak kali terakhir melakukannya di GP Republik Czech pada 2018 ketika itu bersama Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo. Ini merupakan podium sulung Miller musim ini selepas empat pusingan yang turut menyaksikan rakan sepasukan, Bagnaia sebagai pendahulu baharu kejuaraan dunia dengan 66 mata, dua mata di hadapan Fabio Quartararo. Sementara itu, tempat ketiga jadi milik pelumba Petronas Sepang Racing Team (PSRT), Franco Morbidelli yang menunggang jentera YZR-M1 2019. Pada masa sama, nasib malang menimpa Quartararo, yang pada suatu ketika mendahului separuh pertama perlumbaan sebelum masalah jentera menyaksikan dia menamatkan aksi di kedudukan ke-13. Ini merupakan kemenangan pertama Jack Miller sejak kali terakhir melakukannya di Assen pada 2016. Sementara itu, pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami, muncul pelumba Honda terbaik dengan menduduki tempat keempat diikuti juara dunia musim lalu, Joan Mir. Dalam perkembangan sama, pelumba veteran, Valentino Rossi, terus mengecewakan apabila sekadar menamatkan aksi di kedudukan ke-17 manakala Marc Marquez terus mengutip mata dalam aksi kedua apabila menduduki tempat ke-9 meskipun bermula di petak ke-13. Pusingan kelima MotoGP akan kembali bersambung pada 14-16 Mei ini di Le Mans, Perancis. Keputusan penuh seperti berikut: Advertisements
husqvarna-lancar-svartpilen-dan-vitpilen-di-malaysia-dari-rm24800
BERITA TEMPATAN Husqvarna Lancar Svartpilen Dan Vitpilen Di Malaysia – Dari RM24,800! Posted on January 6, 2021January 6, 2021 by Amirul Azreen Setelah kami melaporkan Husqvarna bakal kembali ke pasaran Malaysia tahun lalu, pengedar jenama itu, Eurotech Wheels, dengan rasminya melancarkan Svartpilen serta Vitpilen untuk pasaran tempatan. Tiga model dibawa masuk untuk pasaran Malaysia membabitkan Svartpilen 250 serta 401 dan Vitpilen 401. Husqvarna Svartpilen 250 Dikuasakan dengan enjin 248.8cc satu silinder DOHC yang menjana 31hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,250rpm, sama yang ditawarkan KTM 250 Duke. Model ini juga didatangkan dengan chasis serba ringan jenis ‘chromium-molybdenum-steel trellis’ di samping penggunaan fork depan WP Apex 43mm dan penyerap hentakan belakang WP Apex boleh laras (rebound). Sistem brek dikendalikan kaliper brek radial ByBre empat piston depan dan kaliper ByBre satu piston belakang yang dipadankan dengan cakera brek 300mm (depan) dan 230mm (belakang) manakala ABS oleh Bosch 9.1MB. Ciri menarik lain: tayar MRF 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).ketinggian tempat duduk 835mmtangki 9.5Lberat kering 154kglampu LED penuh Husqvarna Svartpilen 401 Versi lebih besar ini tampil dengan enjin 373cc satu silinder yang menjana 44hp pada 9,000rpm dan 37Nm pada 7,000rpm dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan. Tempat duduk pilion memfokuskan keselesaan dengan subframe lebih panjang manakala chasis mengguna pakai kerangka sama yang ditawarkan pada varian 250 termasuk fork WP Apex 43mm dan monoshock WP Apex. Ciri menarik lain: tayar Michelin Pilot Street 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).ketinggian tempat duduk 835mmtangki 9.5Lberat kering 151kgABS (Bosch 9.1MB)brek kaliper 4-piston ByBre (depan)brek kaliper satu piston ByBre (belakang)lampu LED penuh Husqvarna Vitpilen 401 Husqvarna Malaysia hanya membawa masuk satu varian bagi Vitpilen dengan menawarkan model 401 untuk pasaran tempatan. Berbanding Svartpilen, Vitpilen menawarkan ciri sebuah motosikal cafe-racer terutamanya dengan pengunaan ‘handle-bar’ jenis clip-on sekaligus memperlihatkan ergonomik tempat duduk yang berbeza. Bagaimanapun, masih lagi bernadikan enjin sama seperti Svartpilen 401 dengan 373cc satu silinder DOCH yang menjana 44hp dan 37Nm. Antara ciri menarik lain: tayar Michelin Pilot Street 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).ketinggian tempat duduk 835mmtangki 9.5Lberat kering 151kgABS (Bosch 9.1MB)brek kaliper 4-piston ByBre (depan)brek kaliper satu piston ByBre (belakang)lampu LED penuh Orng ramai yang berminat boleh mendapatkan Svartpilen 250, 401 dan Vitpilen 401 pada harga berikut: Husqvarna Svartpilen 250 – RM24,800Husqvarna Svartpilen 401 – RM29,800Husqvarna Vitpilen 401 – RM29,800 Advertisements
spyshot-ducati-multistrada-v4-edisi-pikes-peak-single-sided-swingarm-kembali
BERITA ANTARABANGSA SPYSHOT: Ducati Multistrada V4 Edisi Pikes Peak – “Single-Sided Swingarm” Kembali! Posted on March 10, 2021March 10, 2021 by Amirul Azreen Awal tahun ini, timbul khabar angin mengatakan terdapat satu lagi varian baharu Ducati Multistrada V4 akan diperkenalkan. Maklumat itu tersebar menerusi dokumen EPA yang telah difailkan di Amerika Syarikat dengan laporan antarabangsa mendakwa motosikal terbabit merujuk kepada Multistrada V4 Pikes Peak Edition. Dalam laporan terbaru, Moto.it, berjaya mendapatkan beberapa foto “spyshot” yang mengesahkan varian baharu Multistrada V4. Menariknya, gambar tersebut mendedahkan beberapa perkara antaranya kembalinya penggunaan swingarm jenis single-sided yang cukup ikonik bagi jenama Itali itu. Bukan itu sahaja, foto terbabit turut memaparkan penggunaan rim saiz 17″ jenis forged aluminium dari Marcheseini berbanding saiz 19″ yang terdapat pada Multistrada V4, V4 S dan V4 S Sport. Difahamkan, jentera ini akan diperkenalkan sebagai model 2022 dan akan dilancarkan hujung tahun ini. – Moto.it Advertisements
nos-honda-rc213v-s-ini-untuk-dijual-rm1-25-juta
BERITA ANTARABANGSA NOS Honda RC213V-S Ini Untuk Dijual – RM1.25 Juta Posted on April 30, 2021April 30, 2021 by Amirul Azreen Pada Februari lalu, seorang pengumpul motosikal di United Kingdom telah meletakkan beberapa motosikal klasik dan ikonik untuk dijual. Menariknya, kesemua motosikal tersebut yang merangkumi sebuah Kawasaki ZX7-RR 1996, Yamaha YZF-R7 OW-02 1999 dan Ducati 1299 Superleggera menawarkan perbatuan kosong. Dalam erti kata lain, semua motosikal tersebut berada dalam keadaan NOS (new old stock). Kali ini, penjual sama itu menawarkan sebuah motosikal pada harga GBP219,995 (RM1.25 juta) sekaligus menjadikan jentera itu sebagai paling mahal dalam koleksinya. Motosikal untuk dijual itu adalah sebuah Honda RC213V-S, jentera edisi terhad yang dihasilkan Honda pada 2015, sebagai jentera replika kepada mesin MotoGP, RC213V. Selain dihasilkan sebagai jentera replika MotoGP, RC213V-S ini adalah 100 peratus buatan tangan dengan hanya 250 unit dihasilkan di kilang Kumamoto. Terdapat beberapa ciri yang telah dipinjamkan secara terus dari jentera MotoGP antarnaya, swingarm, klac slipper, rim aloi magnesium Marchesini, fork Ohlins, footpeg dan pedal boleh laras serta brek Brembo. Motosikal untuk dijual ini adalah unit bernombor 007 sekaligus menjadikan model ini lebih berharga. Terdapat beberapa ciri yang ditambah bagi menjadikan jentera ini ‘road-legal’ antaranya lampu depan dan belakang, cermin sisi, hon dan pemegang nombor plat. Menariknya, jentera 1000cc ini menawarkan 157hp tetapi dengan kit HRC Sport, kuasa enjin akan dinaikan kepada 212hp. Bagi yang bercadang untuk memiliki sebuah jentera unik dan sukar didapati, Honda RC213V-S ini ternyata permata yang paling mencapai standard itu. Advertisements
moto3-adalah-kejuaraan-dunia-bukan-kebangsaan-aksi-konsisten-perkara-utama-razlan-razali
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Moto3 Adalah Kejuaraan Dunia Bukan Kebangsaan, Aksi Konsisten Perkara Utama – Razlan Razali Posted on December 30, 2020December 30, 2020 by Amirul Azreen Prinsipal PETRONAS Sepang Racing Team (SRT) dan Sprinta Racing, Datuk Razlan Razali menafikan dakwaan pihaknya mengabaikan kebajikan Khairul Idham Pawi @ KIP. Razlan menempelak kenyataan Pawi Omar menerusi satu blog tempatan yang mendakwa dia tidak menjaga kebajikan pelumba berusia 22 tahun itu sejak 2018. Datuk Razlan Razali “Kadangkala keputusan yang kita buat kurang popular dan bukan boleh buat semua orang gembira terutamanya pihak KIP dan keluarganya. “Tapi bagi kita Moto3 ini merupakan kejuaraan dunia dan bukannya kejuaraan kebangsaan dan aksi (konsisten) adalah keutamaan,” jelasnya. Kontrak KIP bersama PETRONAS Sprinta Racing tidak disambung bagi musim 2021 yang turut menyaksikan tempatnya diisi pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder. KIP kemudiannya membuat kejutan dengan mengumumkan persaraan namun Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) mahu pelumba itu terus diberikan peluang di sukan permotoran. – BERNAMA Advertisements
proton-gesa-pemilik-perdana-ganti-beg-udara-takata
BERITA TEMPATAN proton PROTON Gesa Pemilik Perdana Ganti Beg Udara Takata Posted on August 24, 2020August 24, 2020 by Amirul Azreen PROTON menggesa pemilik kereta jenis Proton Perdana untuk menukar beg udara Takata dengan kadar segera di pusat servis rasmi berdekatan. Model yang terkesan adalah unit yang dihasilkan di antara 2012 hingga penghujung 2018 dan pertukaran bag udara ini adalah sebahagian daripada inisiatif global. Tindakan ini adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) yang dikeluarkan Pentadbiran Keselamatan dan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) bagi mengganti beg udara. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah menjelaskan PROTON telah pun memulakan proses penggantian ini sejak Januari 2019. “Dari usaha sama kakitangan dan pengedar PROTON, kami telah berjaya menghubungi pelanggan dan melakukan penggantian inflator beg udara. “Sebanyak 6,342 kereta yang terjejas dan setakat 18 Ogos 2020, pusat servis kami telah melakukan penggantian untuk 5,625 unit atau 87.5% dari jumlah keseluruhannya,” jelasnya. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah Bagaimanapun, perlu ditegaskan pertukaran ini tidak menjejaskan model Proton yag lain kerana menggunakan pembekal yang berbeza. “Keselamatan pelanggan amat penting untuk PROTON. Walau bagaimana pun, kami tidak dapat menghubungi semua pemilik Proton Perdana sebab maklumat pemilik tidak lengkap. Oleh itu, kami ingin menyeru semua pemilik yang belum mengganti inflator beg udara mereka, hubungi pusat servis kami untuk membuat temu janji segera. “Pertukaran inflator beg udara ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam serta tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. Kereta yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 pula tidak perlu menukar beg udara,” tambahnya. Advertisements
streetfighter-v4-model-paling-laris-ducati-tahun-2020
BERITA ANTARABANGSA Streetfighter V4 Model Paling Laris Ducati Tahun 2020 Posted on January 14, 2021January 14, 2021 by Amirul Azreen Tahun 2020 sememangnya memberi kesan besar terhadap segala aspek termasuk segmen automotif susulan kemunculan pandemik Covid-19. Tidak hairanlah, Ducati juga antara yang terkesan apabila penjualan motosikal merosot hampir 10 peratus berbanding tahun 2019. Menurut Ducati, tahun 2020 menyaksikan hanya 48,033 unit dijual seluruh dunia berbanding pada tahun 2019 yang menyaksikan 53,183 unit terjual sekaligus menandakan penurunan 9.7 peratus. Itali merupakan antara negara yang terjejas teruk dengan Covid-19 tahun lalu dengan segala kilang pengeluaran termasuk Ducati terpaksa dihentikan. Bagaimanapun, kilang Borgo Panigale itu bangkit dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat di samping dibantu pasaran lain antaranya di China dan Eropah. Sementara tu, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, menyifatkan tahun 2020 sebagai rumit dan mencabar bagi syarikat itu. “Tahun 2020 agak kompleks dalam pelbagai segi tetapi kami berjaya bangkit untuk menghidupkan semula pasaran dua roda pada Jun (2020) dengan mencapai penjualan baik pada separuh masa kedua 2020 berbanding jangkaan awal kami pada Mac,” jelasnya. Tahun 2020 menyaksikan Ducati Streetfighter V4 muncul jentera paling popularr dengan 5,730 unit diserahkan kepada pelanggan seluruh dunia. Ducati dijangka akan mencatat penjualan lebih baik pada tahun 2021 dengan pelancaran Multistrada V4 dan Monster 950 baru-baru ini. Advertisements
honda-adv-160-bakal-diperkenalkan-2022
Moto Malaya Honda ADV 160 Bakal Diperkenalkan 2022? Posted on January 22, 2021January 22, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini, Honda telah pun menaik taraf skuter PCX kepada 160cc bagi mencapai standard emisi sesetengah negara lantas beri bayangan pengeluar Jepun itu akan turut melaksanakan kemas kini baharu terhadap ADV 150. Berdasarkan khabar angin terbaru, Honda dicanang akan membesarkan sesaran enjin ADV 150 kepada 160. Bagaimanapun, mengambil kira pelbagai faktor pelaksanaan itu mungkin tidak akan dilakukan dalam masa terdekat tatkala masih terdapat pasaran yang belum merasai ADV 150 antaranya Malaysia berbanding Indonesia dan Filipina yang telah pun ditawarkan skuter ADV itu hampir setahun. *Honda PCX 160 Oleh sebab itu, Honda dijangka perkenalkan ADV 160 pada 2022 dan mendapat enjin sama yang ditawarkan pada PCX 160, 157cc eSP+ yang menjana 15.8hp di samping sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC). Sementara itu, Honda ADV 150 dijangka akan mendarat di Malaysia sekitar hujung suku pertama tahun ini. Advertisements
motosikal-diubah-suai-akan-dirampas-ketua-polis-negara
Moto Malaya Motosikal Diubah Suai Akan Dirampas – Ketua Polis Negara Posted on December 31, 2020December 31, 2020 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan operasi khas yang memfokuskan terhadap penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya. Perkara itu disahkan sendiri, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang turut mndedahkan operasi tersebut mensasarkan motosikal bawah 150cc hingga jentera berkuasa tinggi. Bagaimanapun, sasaran utama adalah penunggang yang bertindak mengubah suai motosikal dan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan. Dalam ucapannya, Abdul Hamid Bador mendedahkan operasi khas itu dilaksanakan setelah pihaknya menerima banyak laporan daripada orang ramai antaranya gangguan bunyi ekzos terlalu bising dan menggangu lalu lintas dengan berkonvoi dalam angka besar. “Saya sudah mengarahkan JSPT untuk melancarkan operasi besar-besaran. Tiada kompromi lagi,” tegasnya.- BH Advertisements
honda-bangunkan-teknologi-autopilot-untuk-motosikal
BERITA ANTARABANGSA Honda Bangunkan Teknologi Autopilot Untuk Motosikal Posted on November 21, 2020November 21, 2020 by Amirul Azreen Teknologi ‘adaptive cruise control’ seakan menjadi fokus utama pengeluar motosikal dunia bagi 2021 dengan BMW dan Ducati telah pun memperkenalkan ciri ini menerusi R 1250 RT dan Multistrada V4. Kawasaki serta KTM turut dilaporkan sedang mengusahakan teknologi terbabit bagi model akan datang maka bukan satu kejutan apabila Honda dilaporkan mengikut langkah sama. Bagaimanapun, ketika Ducati, BMW, Kawasaki dan KTM menghasilkan teknologi ‘adaptive cruise control’ hasil kerjasama dengan Bosch, Honda mengambil langkah berlainan dengan mewujudkan sistem tersebut sendiri berdasarkan paten yang telah difailkan di Jerman. *Paten penggunaan ‘adaptive cruise control’ pada motosikal Honda Bukan itu sahaja, Honda bakal mengangkat teknologi tersebut ke tahap yang lebih tinggi dengan membolehkan jentera dikemudikan oleh komputer yang turut mampu mengawal pendikit serta brek. *Sistem ‘adaptive cruise control’ Honda berkeupayaan menukar haluan motosikal tanpa kawalan penunggang. Teknologi pemanduan autonomi bukanlah perkara baharu kerana telah pun diterapkan ke kenderaan empat roda bagaimanapun pelaksanaan ke motosikal tidak pernah dilakukan setakat ini. Paten terbaru dari Honda ini turut memberi bayangan teknologi ini akan diperkenalkan pada model touring yang berkemungkinan membabitkan NC750X atau CB1100X. *Motor elektrik diletakkan di bahagian belakang headstock bagi menggerakan handle secara autonomi. Honda juga dijangka menggunakan pelbagai radar bagi membolehkan tunggangan ‘autopilot’ ini berfungsi sepertimana yang dilakukan Ducati terhadap Multistrada V4. Paten tersebut memaparkan motosikal tersebut mampu bertukar laluan dengan sendiri sewaktu fungsi ‘adaptive cruise control’ diaktifkan. Ketika ini masih tiada kepastian bila teknologi ini akan diperkenalkan pada motosikal Honda namun melihat kepada paten tersebut dijangka motosikal seumpamanya akan wujud dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Advertisements
cfmoto-lancar-650nk-sp-edition-di-australia
BERITA ANTARABANGSA CFMOTO Lancar 650NK SP Edition Di Australia Posted on April 1, 2021April 1, 2021 by Amirul Azreen CFMOTO merupakan antara jenama yang telah mencapai populariti di sekitar Asia, Eropah dan Australia susulan menawarkan motosikal berkuasa tinggi namun dengan lingkungan harga mampu milik. Maka tidak hairanlah, CFMOTO menjadi pilihan peminat motosikal terutamanya di Australia. Sebagai penghargaan terhadap sokongan di pasaran negara itu, CFMOTO telah memperkenalkan 650NK SP Edition, yang telah dinaik taraf dengan beberapa ciri menarik antaranya: suspension Kayabatayar Pirelli Angel STklac slipper baharutransmisi 6-kelajuan yang telah dinaik tarafpaparan TFT 5″Bosch EFI (bertaraf Euro5)rim baharuwarna dan grafik baharu rekaan KISKA Meskipun dengan semua ‘naik taraf’ ini, CFMOTO 650NK SP Edition ditawarkan pada harga AUD7,790 (RM24,400). *tukaran langsung Advertisements
moto2-hafizh-tempuh-120-lap-di-barcelona-sebagai-persediaan-hadapi-gp-itali
BERITA ANTARABANGSA Moto2: Hafizh Tempuh 120 Lap Di Barcelona Sebagai Persediaan Hadapi GP Itali Posted on May 21, 2021May 21, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, telah selesai menjalani sesi ujian sebagai persediaan menghadapi GP Itali, minggu depan. Sesi ujian di Litar Catalunya, Barcelona itu menyaksikan Hafizh merekodkan 120 lap dalam tempoh 1 hari setengah dalam usaha untuk terus memperkemas prestasi dan memahami jentera. Usaha Hafizh turut mendapat pujian pengurus pasukan RW Racing GP, Jarno Janssen. “Terima kasih Hafizh atas usaha keras beberapa hari ini. Kami menjadi semakin kuat untuk berlumba. “Mugello, kami datang,” katanya. Prestasi Hafizh bersama jentera NTS telah mula mempamerkan peningkatan dengan pelumba itu berjaya mengutip mata pertama minggu lalu di tempat ke-15 susulan pembatalan keputusan terhadap Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tempat ke-11. Hafizh turut berjaya menduduki tempat ke-11 ketika perlumbaan berbaki 7 lap di Le Mans – meskipun bermula di P26 – namun masalah suhu jentera memaksanya menamatkan aksi di tempat ke-16. Aksi Moto2 kembali bersambung dengan ujian bebas rasmi bermula 28 Mei ini di litar Mugello. Advertisements
dua-helikopter-bertembung-di-udara-jadi-punca-terhempas-dengan-dua-maut
Moto Malaya Dua Helikopter Bertembung Di Udara Jadi Punca Terhempas Dengan Dua Maut Posted on November 8, 2020November 8, 2020 by Amirul Azreen Sebuah helikopter telah terhempas di Taman Melawati dalam kejadian yang berlaku pagi tadi. Kejadian tersebut turut meragut dua nyawa yang difahamkan seorang juruterbang dan seorang pelatih yang berlepas dari Subang. Sementara itu, polis telah mengesahkan identiti mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom. 08Nov2020/Selangor (Update) Rakaman video amatur saat sebuah helicopter terhempas di Taman Melawati Ulu Klang sebentar…Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, 7 November 2020 Difahamkan, berlaku pertembungan di udara dengan sebuah lagi helikopter ketika sedang melakukan latihan penerbangan. *Helikopter dinaiki Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan berjaya mendarat dengan selamat. Bagaimanapun, helikopter terbabit berjaya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat bersama dua individu lain yang disahkan sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan. Kejadian tersebut turut dirakam beberapa individu yang telah dikongsikan di laman media sosial. Dalam rakaman tersebut jelas memaparkan saat sebuah helikopter (berwarna biru) terhempas dengan laju dan menyebabkan bunyi dentuman kuat. Advertisements
bmw-bakal-perkenalkan-m3-wagon
Moto Malaya BMW Bakal Perkenalkan M3 Wagon! Posted on August 13, 2020August 13, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan BMW bakal menghasilkan M3 versi wagon bagi model M3 generasi baharu. Dakwaan itu bagaimanapun menjadi realiti apabila BMW memuat naik gambar ‘teaser’ yang memaparkan sebuah model M3 Touring wagon di laman Instagram BMW M dengan kapsyen “mic drop”! Menerusi ‘teaser’ tersebut jelas menampakkan rekaan bumper baharu dengan diffuser agresif menampilkan empat ekzos. Meskipun tiada info lain didedahkan namun dijangka BMW M3 Touring Wagon ini menawarkan spesifikasi sama seperti model sedan yang datang dengan enjin turbocharge 6-inline yang menghasilakn 480 hp bagi versi standard dan 510 bagi varian Competition. Ketika ini, tiada maklumat bilakah BMW merancang untuk memperkenalkan varian wagon ini dan sama ada pasaran Malaysia akan dapat menyaksikan model ini satu hari nanti akan diketahui kemudian. Ikuti perkembangan mengenai M3 Touring Wagon ini di MotoMalaya! Advertisements
jamuan-buka-puasa-petronas-srt-tiada-kelibat-hafizh-syahrin
BERITA ANTARABANGSA Jamuan Buka Puasa Petronas SRT Tiada Kelibat Hafizh Syahrin? Posted on May 5, 2021May 5, 2021 by Amirul Azreen Mingggu lalu, pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) telah mengadakan jamuan buka puasa di Jerez yang diadakan pada Khamis, sehari sebelum ujian bebas rasmi MotoGP. Happiness is about sharing Iftar with others, so we invited fellow team members from the paddock for a special break…Posted by PETRONAS SRT on Monday, 3 May 2021 Namun, perkongsian gambar di laman Facebook rasmi Petronas Sepang Racing Team (PSRT) mencetuskan pelbagai persoalan apabila tiada kelibat Hafizh Syahrin kelihatan. Sebaliknya, antara yang hadir adalah wakil dari pasukan Indonesia Racing Gresini Moto3 serta pelumba Indonesia dari Honda Team Asia, Andi Farid Izdihar. Majlis buka puasa anjuran PSRT itu turut disertai prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali, mekanik tempatan di PSRT, Habibtullah Mohd Fuad @ Habib serta Pengurus Media Muda PSRT, Thoriq Azmi. Ketiadaan pelumba Moto2 negara itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dengan rata-rata ruang komentar berpendapat PSRT tidak menjemput Hafizh. Kami di MotoMalaya juga bertanyakan soalan yang sama namun kami bernasib baik apabila sumber dekat kepada PSRT memaklumkan bahawa jemputan majlis berbuka puasa itu telah pun dihantar kepada Hafizh dengan pelumba NTS RW Racing itu turut dimaklumkan mengenai acara tersebut. Difahamkan, Hafizh dan beberapa pelumba lain termasuk pasukan Pertamina Mandalika SAG Team tidak dapat hadir ekoran terlibat dengan aktiviti bersama pasukan masing-masing. Info tersebut sekaligus menepis dakwaan bahawa Hafizh tidak menerima jemputan buka puasa itu. Saingan MotoGP, Moto2 dan Moto3 kembali bersambung pada 14 Mei ini di Litar Le Mans. Advertisements
pusingan-pertama-toyota-gazoo-racing-musim-ke-4-ditunda
BERITA TEMPATAN Pusingan Pertama Toyota Gazoo Racing Musim Ke-4 Ditunda Posted on January 27, 2021January 27, 2021 by Amirul Azreen Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari yang telah dilanjutkan hingga 4 Februari ini, UMW Toyota Motor mengumumkan penundaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Pusingan 1. Musim ke-4 Toyota Vios Challenge tersebut sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hujung bulan ini. Pihak UMW Toyota menerusi Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (M) Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan sedang memantau situasi semasa bagi memastikan musim keempat TGR dapat dilangsungkan dalam keadaan selamat. “Dalam usaha kita untuk bersama-sama mengekang penyebaran pandemik Covid-19, kami menyedari kesannya terhadap negara seperti yang sedang kita hadapi ketika ini. “Perlumbaan perlu diteruskan, tetapi tidak sehingga kita bersama-sama membendung ancaman Covid-19 agar keselamatan semua orang termasuk pelumba, ahli pasukan, pegawai bertugas, penonton serta semua pihak berkepentingan yang lain terjamin,” jelasnya. Toyota Vios Challenge merupakan fokus utama TGR sepanjang tiga musim sebelum ini yang menyaksikan pelumba profesional serta selebriti tempatan merebut kejuaraan dalam kategori masing-masing. Advertisements
honda-rebel-1100-2021-didedahkan-dengan-dct-87hp
BERITA ANTARABANGSA Honda Rebel 1100 2021 Didedahkan – Dengan DCT, 87HP! Posted on November 25, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Khabar angin yang tular sebelum ini menjadi realiti apabila Honda mengesahkan Rebel 1100 akan sertai barisan model yang akan dipasarkan pada 2021. Pendedahan yang dibuat media Jepun, Young Machine, sebelum ini dengan berkongsi paten Rebel dengan enjin 1100cc ternyata benar. Rebel 1100 ini merupakan model serba baharu dari Honda yang bakal mengisi segmen crusier meskipun jenama itu seolah-olah menjauhkan diri dengan segmen tersebut sebelum ini. Bagaimanapun, kejayaan Rebel 500 dianggap sebagai faktor yang mengubah pendirian pengeluar motosikal Jepun itu untuk menghasilkan Rebel versi 1100cc. Meskipun, bernadikan enjin parallel-twin 1,084cc sama yang terdapat pada CRF1100L Africa Twin namun Honda telah menala unit terbabit bagi menyesuaikan kuasa dan prestasi dengan sebuah motosikal cruiser. Hasilnya, Rebel 1100 Jentera menawarkan 87hp pada 7,000rpm dan 97.6Nm pada 4, 750rpm. Motosikal ini turut didatangkan dengan crank baharu yang membawa jisim flywheel 32 peratus lebih tinggi bagi membantu meningkatkan respon ‘throttle’ semasa RPM rendah di samping sistem ekzos dan valve timing serba baharu. Sistem throttle ‘ride-by-wire’ juga menawarkan kawalan yang lebih efisien di jalan raya. Honda Rebel 1100 ini turut dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control dan Wheelie Control dan empat mod tunggangan yang merangkumi; Standard, Rain, Sport dan mod User yang boleh diakses dengan mudah di handle kiri. Bagaimanapun, antara ciri unik yang membezakan Rebel 1100 dengan cruiser lain adalah transmisi DCT (dual-clutch transmission) untuk pertukaran gear automatik atau separa automatik. Sistem DCT ini juga menawarkan tetapan yang berbeza mengikut mod tunggangan yang dipilih. Sementara itu, Rebel 1100 mengguna pakai kerangka jenis tubular steel dengan rekaan menyamai Rebel 500 bagaimanapun, tiub kerangka ini adalah lebih besar dengan 35mm. Antara ciri menarik lain: berat 223kg (standard) dan 233kg (DCT).fork depan 43mm dengan spring pre-load boleh laraskaliper brek empat piston dengan cakera brek 330mm depankaliper satu piston dan cakera brek 256mm belakangABS dua-channel Advertisements
umw-toyota-buka-tempahan-yaris-facelift-2020
Moto Malaya UMW Toyota Buka Tempahan Yaris ‘Facelift’ 2020 Posted on November 2, 2020November 2, 2020 by Amirul Azreen UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi Toyota Yaris baharu (facelift), hari ini. Toyota Yaris baharu ini menampilkan rekaan yang telah dikemas kini antaranya reka bentuk bampar depan serba baharu di samping penggunaan aerokit dan rekaan gril berbeza. Antara ciri lain yang turut diperkemas adalah penggunaan lampu depan ‘triple bezle’ LED yang kini dilengkapi dengan fungsi ‘follow-me-home’ sekaligus mempertingkatkan ciri keselamatan dan kemudahan pengguna. Menariknya, fungsi ini boleh didapati pada semua varian (J,E dan G). Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K, Yaris baharu ini menawarkan sentuhan baharu. “Yaris yang diperbaharui ini dibina untuk melangkaui standard sedia ada. “Model yang sudah sedia menarik ini diberikan sentuhan baru untuk tampil lebih dinamik dengan karisma personaliti tersendiri. Ini merupakan cerminan kepada kesungguhan Toyota di peringkat global dalam mengatur langkah ke hadapan. Sejak dilancarkan pada April 2019, Yaris menjadi pilihan no.1 bagi kenderaan hatchback segmen Bukan Nasional sehingga kini. Orang ramai yang berminat dengan Yaris 2020 ini boleh mula membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara dengan harga (estimated price) bermula dari RM71,688 hingga RM85,587 dengan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had. Advertisements
benelli-502r-bakal-diperkenalkan-tak-lama-lagi
Moto Malaya Benelli 502R Bakal Diperkenalkan Tak Lama Lagi Posted on May 29, 2021May 29, 2021 by Amirul Azreen Qianjiang Motorcycle, selaku syarikat pemilik jenama Benelli, telah melancarkan Race 500 dibawah payung QJ Motor di Beijing Motor Show 2021 baru-baru ini. Menariknya, model ini dibangunkan dengan enjin 500cc yang sama terdapat pada Benelli Leoncino 500. Walaupun tiada info terperinci ketika ini namun dijangkakan model ini menawarkan sekitar 47hp dan 46Nm sepertimana yang ditawarkan Leoncino 500. *Benelli Leoncino 500 Berdasarkan imej yang dikongsikan, Race 500 ini menampilkan elemen sportsbike yang terperinci dengan penggunaan fairing penuh namun dengan kedudukan yang lebih menegak hasil penggunaan handlebar yang tinggi sekaligus menawarkan tunggangan lebih selesa. Ini meletakkan Race 500 ini seangkatan dengan Kawasaki Ninja 650 sekalipun bersesaran lebih kecil. Antara ciri lain yang boleh dilihat adalah penggunaan lampu LED penuh, penghadang angin yang tinggi di samping penggunaan tempat duduk yang rendah menjadikan model ini sesuai untuk semua tahap ketinggian. Antara ciri lain yang turut ditawarkan adalah: fork upside/down dengan monoshockABS dwi-saluranbrek kaliper dua pistond depan dan satu piston belakang Difahamkan, model ini akan turut dijenamakan semula sebagai Benelli 502R bagi menembusi beberapa pasaran luar lain. Advertisements
yamaha-exciter-155-vva-2021-dilancarkan-di-vietnam-6-kelajuan-17-7hp
Moto Malaya Yamaha Exciter 155 VVA 2021 Dilancarkan Di Vietnam – 6-Kelajuan, 17.7HP! Posted on December 29, 2020December 29, 2020 by Amirul Azreen Yamaha Motor Vietnam dengan rasminya melancarkan Exciter 155 VVA serba baharu untuk pasaran negara itu. Exciter (Y15-ZR di Malaysia) kini tampil dengan enjin lebih besar dan dipadankan dengan sistem VVA (variable valve actuation). Mendapat inspirasi daripada ‘abang besar’ Yamaha YZF-R1, rekaan keseluruhan Exciter 155 VVA ini tampil lebih agresif dan moden terutamanya bahagian depan yang lebih menonjol dengan lampu depan LED manakala lampu belakang menampilkan bentuk sama yang ditawarkan R15. Sementara itu, Exciter 155 VVA ini digerakkan dengan enjin 155cc SOHC sama yang memacu R15 dan MT-15 yang menjana 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan (dengan bantuan klac assist/slipper). Mengikut acuan model terkini Yamaha Exciter 155 VVA ini juga dilengkapi paparan LCD yang menawarkan informasi kelajuan, RPM dan ‘gear indicator’ manakala bahagian ‘handle’ kanan diletakkan butang ‘kill switch’. Model 2021 ini juga mengguna pakai sistem Smart Key (keyless) di samping menawarkan pengecas USB termasuk penggunaan kaliper brek dua piston (bagi varian Premium) serta tangki yang lebih besar, 5.4L berbanding model sebelumnya. Bagaimanapun, tiada ciri Anti-lock Braking System (ABS) ditawarkan. Tiga varian ditawarkan di Vietnam menerusi GP Edition, Premium dan Standard dengan masing-masing ditawarkan pada harga berikut: VND50.49 juta (RM8,848)VND49.99 juta (RM8,761)VND46.99 juta (RM8,235). Advertisements
jimat-sehingga-rm8000-bagi-ranger-raptor-dan-wildtrak-sempena-ramadan
BERITA TEMPATAN Jimat Sehingga RM8,000 Bagi Ranger Raptor Dan WildTrak Sempena Ramadan! Posted on April 14, 2021April 14, 2021 by Amirul Azreen Sempena meraikan Ramadan yang telah pun tiba, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), menawarkan penjimatan menarik bagi Ford Ranger Raptor dan WildTrak bermula hari ini hingga 30 April 2021. Orang ramai boleh menikmati penjimatan RM8,000 bagi model Ranger Raptor dan RM7,000 bagi WildTrak. ““Sebagai model terunggul untuk kelasnya, Ranger Raptor dan WildTrak merupakan lambang trak pikap gaya hidup yang menjadi pilihan para pelanggan yang bijak dan peminat pikap di Malaysia. Dengan tawaran instimewa ini, kami berharap dapat memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini,” jelas Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair. Selain menawarkan ciri premium menerusi sistem suspension Fox Racing Shox, Terrain Management System dengan mod Baja, Ford Ranger Raptor turut menawarkan kuasa 213PS dan 500Nm hasil bantuan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel yang dipadankan bersama transmisi 10-kelajuan. Manakala Ranger WildTrak menawarkan teknologi keselamatan terbaik termasuk fungsi Autonomous Emergency Braking dengan pengesanan kenderaan dan pejalan kaki, Forward Collision Warning dan Lane Departure Warning. Orang ramai yang berminat boleh menghubungi penjual digital Ford di talian WhatsApp 60192041200 atau layari www.sdacford.com.my Advertisements
honda-forza-750-2021-dilancarkan-secara-rasmi-enjin-parallel-twin-54hp
BERITA ANTARABANGSA Honda Honda Forza 750 2021 Dilancarkan Secara Rasmi – Enjin Parallel-Twin, 54HP! Posted on October 14, 2020October 14, 2020 by Amirul Azreen Setelah sebulan Honda memuat naik video ‘teaser’ yang memaparkan skuter Forza dengan enjin yang lebih besar, kini model tersebut diperkenalkan dengan rasminya. Honda Forza 750 2021 Honda Forza 750 ini didatangkan dengan enjin sama yang terdapat pada X-ADV, 745cc parallel-twin dengan penyejukan cecair SOCH yang menjana 54hp pada 6,750rpm dan 65Nm pada 4,000rpm. Enjin baharu ini juga kini mematuhi piawaian Euro5. 749cc parallel-twin dengan penyejukan cecair Forza 750 ini menawarkan tiga jenis mod tunggangan; Standard, Sport dan Rain. Paparan TFT berwarna Mod Standard menawarkan keseimbangan di antara kuasa enjin dan Honda Selectable Torque Control (Traction Control) dengan tetapan ABS berada di tahap tertinggi manakala mod Sport menghadirkan kuasa enjin yang lebih agresif dengan HSTC di tahap rendah. Sementara mod Rain memastikan kuasa di tahap rendah dengan HSTC dan ABS ditetapkan di tahap tinggi. Bagaimanapun, penunggang boleh membuat tetapan sendiri menerusi mod USER. Transmisi jenis DCT Penggunaan transmisi jenis DCT 6 (Dual Clutch Transmission) 6-kelajuan seperti yang terdapat pada Integra dan X-ADV juga membolehkan penunggangan menunggangan secara automatik atau menukar gear dengan cara menekan butang dengan mudah. Ini merupakan tahun ke-11 Honda dalam penggunaan transmisi DCT dan saban tahun sistem itu semakin mendapat tempat bukan sahaja bagi motosikal skuter Honda malah jentera ADV seperti CRF1100L Africa Twin. Kaliper radial Nissin dan ABS dwi-saluran Pada masa sama, tetapan brek depan turut menerapkan sistem sama pada X-ADV dengan cakera berkembar dan kaliper empat piston radial Nissin selain sitem ABS dwi-saluran (dual-channel). Menurut Honda, rekaan keseluruhan Forza 750 memfokuskan DNA GT bagi menjaminkan tunggangan selesa di samping ruang letak barang 22L dengan pengecas USB di samping tangki 13.2L memberi kemudahan sewaktu menunggang jarak jauh. Honda Forza 750 ini juga menawarkan penjimatan minyak terbaik hasil daripada tangki berkapasiti 13.2L dengan 3.6L/100km. Setiap aspek Forza 750 juga dilengkapi ciri moden antaranya lampu LED, Honda Smart Key, dan Honda Smartphone Voice Control. Buat masa ini masih tiada pengesahan sama ada model ini akan diperkenalkan di pasaran Malaysia namun melihat kepada populariti X-ADV dan skuter maxi disini pastinya Boon Siew Honda berkenan untuk meneroka permintaan itu. Advertisements
info-kuasa-aprilia-rs660-didedahkan-100hp-169kg
BERITA ANTARABANGSA Info Kuasa Aprilia RS660 Didedahkan – 100HP, 169KG! Posted on October 12, 2020October 12, 2020 by Amirul Azreen Bukan lagi satu rahsia bahawa Aprilia bakal melancarkan RS660 di Itali, hujung minggu ini. Sempena pelancaran itu, pengeluar motosikal Itali tersebut mendedahkan info kuasa mengenai jentera sportsbike segmen ‘middleweight’itu. Aprilia RS660 yang membuat penampilan sulung menerusi jentera konsep di EICMA pada 2018, tampil dalam bentuk ‘production’ setahun kemudian di platform sama. Acid Gold Aprilia RS660 yang mendapat inspirasi daripada RSV4 1100 menawarkan lampu LED, daytime running light (DRL) dan fairing yang memberi penekanan terhadap aerodinamik. Enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC itu menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)! Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter). Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar). Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload). Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm. Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black. Advertisements
motogp-petronas-srt-raih-kejuaraan-sulung-bersama-quartararo-marquez-kemalangan
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Petronas SRT Raih Kejuaraan Sulung Bersama Quartararo, Marquez Kemalangan Posted on July 19, 2020July 19, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo, menghadiahkan kejuaraan sulung buat dirinya dan pasukan dalam aksi pembukaan tirai di Gran Premio Red Bull De Espana, hari ini. Ini merupakan kejuaraan sulung Quartararo dan pasukan Petronas SRT di pentas MotoGP. Quartararo – yang menunggang jentera M1 Factory Spec – mempamerkan tunggangan mantap sebaik perlumbaan bermula dengan berjaya mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sehingga tamat aksi. Dia turut muncul sebagai pelumba Perancis pertama dalam tempoh 21 tahun untuk menjuarai kelas premier MotoGP. Tempat kedua jadi milik pelumba Factory Yamaha, Maverick Vinales diikuti pelumba Ducati, Andrea Dovizioso. Bagaimanapun, pelbagai drama berlaku di belakang Quartararo dengan penyandang juara, Marc Marquez gagal mengutip sebarang mata. Marquez yang bermula di petak ketiga, jatuh ke kedudukan ke-16 apabila jenteranya hilang kawalan. Dia kemudiannya berjaya mengejar kelompok depan sehingga menempatkan dirinya kembali di kedudukan ketiga setelah memintas Pol Espargaro, Franco Morbidelli, Jack Miller dan Andrea Dovizioso dengan mudah. Sumber: MotoGP @ Twitter Bagaimanapun, dalam percubaan untuk mengejar tempat kedua, Maverick Vinales, dia mengalami ‘highside’ lantas kemalangan dengan rakaman televisyen memaparkan dia kemungkinan alami kecederaan teruk di lengan kanan. Dalam perkembangan lain, pelumba negara, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan aksi Moto2 dikedudukan ke-6 sekaligus mengutip mata pertama (10 mata) musim ini. Ini merupakan pencapaian terbaiknya musim ini selepas merekodkan kedudukan ke-19 dalam aksi pertama di Litar Losail, Mac lalu. Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Kasma Daniel dari pasukan Onexox TKKR SAG Team menamatkan aksi di ekdudukan ke-22. Advertisements
helmet-ltd-kini-cecah-harga-ribuan-ringgit
BERITA TEMPATAN Helmet LTD Kini Cecah Harga Ribuan Ringgit! Posted on July 21, 2020July 21, 2020 by Amirul Azreen Jenama helmet LTD merupakan antara produk keluaran Solidgold Helmets yang bertapak di Cheras, Kuala Lumpur. Helmet LTD merupakan antara helmet yang cukup popular sejak diperkenalkan awal 90an tatkala ditawarkan pada harga murah dan berpatutan di samping turut mendapat piawaian SIRIM. Kebelakangan ini, jenama helmet buatan Malaysia mula dilupakan bukan sahaja disebabkan tidak dapat menyaingi jenama antarabangsa namun lambakan helmet tiruan turut memberi kesan. Bagaimanapun, kami difahamkan helmet LTD vintaj kini telah pun mencecah harga ribuan ringgit susulan dianggap ‘rare’, unik sekaligus mencuri perhatian pengumpul helmet. Seorang pengguna Facebook turut berkongsi bagaimana helmet LTD Star Putih Ungu (new old stock) terjual dengan harga RM4,500! Menariknya, helmet keluaran 1998 itu bukanlah yang dianggap paling mahal kerana difahamkan varian bintang dengan warna kuning ditawarkan harga yang lebih tinggi sekitar RM7 ribu! Menurut seorang penjual helmet LDT di Muar, hampir setiap hari ada yang bertanyakan varian bintang bewarna kuning tersebut namun dia belum berminat untuk menjualnya. Difahamkan, helmet LTD bercorak bintang itu mula mencuri perhatian sekitar pertengah tahun 2018 dengan awalnya ditawarkan pada harga RM500 sahaja sebelum mencecah harga ribuan ringgit dalam tempoh dua tahun ini. Dia turut menjelaskan bahawa tiada harga ditetapkan bagi sebarang helmet LTD bintang sebaliknya hanya menjual mengikut tawaran daripada pelanggan. Ada juga khabar angin mengatakan pengeluar helmet LTD, Solidgold Helmets akan menghasilkan semula rekaan bintang ini namun dengan sedikit perbezaan – dari lima bintang ke empat belas bintang – namun info tersebut tak dapat dipastikan. Meskipun ada yang akan mempersoal harga yang ditawarkan namun perlu diingatkan ini merupakan item koleksi dan tidak lagi mudah didapati apatah rekaan ini tidak lagi dihasilkan. Advertisements
docm-ducati-malaysia-raikan-ramadan-bersama-keluarga-asnaf
BERITA TEMPATAN DOCM, Ducati Malaysia Raikan Ramadan Bersama 50 Keluarga Asnaf Posted on May 9, 2021May 9, 2021 by Amirul Azreen Menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma, Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) bersama Ducati Malaysia telah mengadakan program ‘Ramadan Basket’ untuk 50 keluarga ASNAF. Berjalan dengan pematuhan SOP ketat, program tersebut turut mendapat sokongan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Wilayah Persekutuan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Amal Ehsan Care. Program ‘Ramadan Basket’ ini merupakan inisiatif DOCM dan Ducati Malaysia bersempena dengan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Usahasama ini menyaksikan seramai 50 keluarga ASNAF menerima bantuan bekalan makanan berupa beras dan barangan runcit yang sedikit sebanyak membantu dalam persiapan Hari Raya nanti. Turut hadir meriahkan program ini adalah pengerusi Amal Ehsan Care, Tuan Kelana Putra Muhammad, Koordinator MAPIM WP, YB Ustaz Fadhil dan Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd, Dennis Michael. Advertisements
motogp-penganjuran-gp-malaysia-akan-ditentukan-hujung-bulan-ini
Moto Malaya MotoGP: Penganjuran GP Malaysia Akan Ditentukan Hujung Bulan Ini Posted on July 13, 2020July 13, 2020 by Amirul Azreen Keputusan mengenai penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditentukan hujung bulan ini. Pendedahan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Azhan Shafriman Hanif dalam kenyataan rasmi yang diumumkan baru-baru ini. Menurutnya, pihak SIC akan membuat pengumuman mengenai penganjuran kejohanan antarabangsa termasuk MotoGP pada hujung bulan ini. Bagaimanapun, fokus SIC ketika ini masih tertumpu kepada aski tempatan dengan memastikan kelangsungan kejohanan berjalan lancar di samping semua yang terlibat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Penganjuran MotoGP di Litar Sepang tahun ini tampak kelam susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Selepas beberapa venue dibatalkan, kini Dorna mengesahkan aksi MotoGP akan kembali bersambung 17 Julai ini melibatkan 13 perlumbaan di benua Eropah. Bagaimanapun, status GP Malaysia masih lagi akan ditentukan (TBC) termasuk Argentina dan Thailand. Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
motogp-marc-marquez-diketepikan-sehingga-13-minggu
Moto Malaya MotoGP: Marc Marquez Diketepikan Sehingga 13 Minggu Posted on August 23, 2020August 23, 2020 by Amirul Azreen Ketika GP Austria berlangsung sengit di Litar Red Bull Ring, Marc Marquez hanya mampu melibatkan diri sebagai penonton tatkala dia masih dalam proses pemulihan. Kini, pengurus pasukan Honda, Alberto Puig mengesahkan Marquez akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk kembali beraksi bersama jentera RC213V. Marquez kemalangan ketika di GP Sepanyol, 19 Julai lalu dan mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan sehingga terpaksa dimasukkan plat titanium. Dia kemudiannya cuba kembali di GP Andalucia namun terpaksa menarik diri ketika sesi kelayakan sebelum disahkan terpaksa menjalani pembedahan kedua tatkala plat titanium tersebut didapati rosak. “Terdapat banyak perbincangan mengenai Marquez tetapi daripada pembedahan kedua lagi fokus kami adalah untuk dia kembali pulih 100 peratus. “Kami enggan tergesa-gesa untuk dia kembali, selepas Marquez kembali barulah kami akan merencana langkah seterusnya,” jelas Puig. Ketiadaan Marquez untuk tempoh 3 bulan itu sekaligus beri bayangan dia tidak cukup masa untuk mempertahankan kejuaraan musim ini. Aksi MotoGP bersambung minggu ini di GP Styria dengan Pol Espargaro bakal memulakan aksi di petak depan diikuti Takaaki Nakagami sementara Johann Zarco yang merekodkan masa ketiga terpantas terpaksa bermula di pit. Advertisements
roadblock-di-pintu-masuk-ipk-kedah-pegawai-disaman-guna-nombor-plat-fancy
Moto Malaya ‘Roadblock’ Di Pintu Masuk IPK Kedah, Pegawai Disaman Guna Nombor Plat ‘Fancy’ Posted on March 15, 2021March 15, 2021 by Amirul Azreen Beberapa pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan, pagi tadi. Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), dengan kerjasama Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melaksanakan pemeriksaan mengejut di pintu masuk IPK Kedah. POLIS SAMAN POLIS Pagi ini Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta…Posted by Polis Kedah on Sunday, 14 March 2021 Menurut perkongsian di Facebook Polis Kedah, pemeriksaan tersebut membabitkan semakan terhadap dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan serta pas keselamatan. Difahamkan, beberapa kenderaan pegawai, anggota serta kakitangan awam PDRM Kontinjen Kedah telah dikenakan tindakan saman ekoran melanggar undang-undang jalan raya antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi (fancy). Advertisements
tujuh-model-edisi-khas-sempena-kempen-1-million-dreams-honda-menanti-pemenang
BERITA TEMPATAN Tujuh Model Edisi Khas Sempena Kempen “1 Million Dreams” Honda Menanti Pemenang Posted on February 25, 2021February 25, 2021 by Amirul Azreen Honda Malaysia melancarkan kempen “1 Million Dreams” sempena meraikan kejayaan mencapai jualan satu juta unit kenderaan. Kempen tersebut bertujuan menghargai kepercayaan dan sokongan pelanggan terhadap jenama Honda di Malaysia dalam mencapai jualan tujuh angka itu selepas merekodkan 900,000 unit pada 2019. Menurut Honda, tujuh unit Special Edition (edisi khas) yang akan dihadiahkan sempena kempen “1 Million Dreams” menawarkan beberapa ciri istimewa sekaligus menjadikan model ini lain dari yang lain. Bahagian luar menawarkan warna dua tona, sementara kemasan merah boleh didapati di fasia depan, cermin sisi serta rim aloi berwarna hitam. Fender depan (kiri dan kanan) akan memaparkan lencana 1 Million Dreams Signature. Ruang dalam juga dilengkapi dengan penyandar kepala dengan lambang 1 Million Dream di bahagian pemandu dan penumpang serta steering kulit dengan jahitan merah. Setiap tujuh model juga didatangkan dengan kantung kunci edisi khas. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan tujuh model edisi khas ini hanya perlu menyertai enam aktiviti berikut: Kuiz 1 Million Dreams di www.honda.com.mypandu uji kenderaan Hondamenempah kereta Honda baharuservis dan baik pulih kereta Hondamendaftar kenderaan baharu dalam tempoh kempen 1 Million Dreams Lebih banyak entry dilakukan, lebih tinggi peluang untuk memenangi kereta Honda Edisi Khas ini dengan pemenang akan diumumkan pada Mac 2021. Advertisements
berniaga-buah-di-lampu-isyarat-ipd-taiping-keluarkan-empat-saman
BERITA TEMPATAN Berniaga Buah Di Lampu Isyarat, IPD Taiping Keluarkan Empat Saman Posted on January 8, 2021January 8, 2021 by Amirul Azreen Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(BSPTD) IPD Taiping telah menjalankan Ops Penjaja di sekitar kawasan pada Selasa lalu. OPS PENJAJA JALANAN Taiping – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(BSPTD) IPD Taiping telah menjalankan Ops…Posted by Polis Daerah Taiping on Wednesday, 6 January 2021 Ketika operasi berjalan, IPD Taiping telah mengeluarkan empat saman terhadap individu berniaga buah asam di lampu isyarat. Tindakan tersebut diambil setelah beberapa kali menasihati peniaga tersebut untuk berniaga di tepi jalan yang lapang di bawah kanopi berbanding berdiri dan berjalan di antara kenderaan ketika di lampu isyarat. Difahamkan, pihak IPD Taiping turut menerima beberapa aduan daripada pengguna jalan raya sejak Oktober 2020. Aktiviti berniaga di lampu isyarat semakin mendapat tempat dengan rata-rata kawasan yang mempunyai jumlah trafik tinggi. Advertisements
unit-tindak-khas-terima-24-unit-bmw-r-1250-gs
Moto Malaya Unit Tindak Khas Terima 24 Unit BMW R 1250 GS Posted on November 13, 2020November 13, 2020 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa kenderaan baharu bagi meningkatkan tahap efisien operasi baru-baru ini. *BMW R 1250 GS Perkara itu didedahkan menerusi info yang dikongsikan di Facebook Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia yang memaparkan Unit Tindak Khas menerima 24 unit motosikal jenis BMW R 1250 GS. Bukan itu sahaja, unit pemantauan pemeriksaan dan penerimaan (Task Force) cawangan K9 dan Jabatan Siasatan Jenayah turut menerima 39 unit Toyota Hilux 2.8 Black Edition. *Toyota Hilux 2.8 Black Edition Kesemua kenderaan ini bakal membantu usaha PDRM dalam menjalankan tugas dengan lebih efisien dan tangkas di samping membantu dalam operasi harian. Penyerahan kenderaan baharu ini telah dirasmkikan oleh YDH CP Datuk Seri Hj. Mazlan Bin Lazim, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman sambil diiringi YDH SAC Adnan Bin Ahmad, KPP Cawangan Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi di Depoh Simpanan Kenderaan. semalam. Advertisements
perluas-ops-ubah-suai-ekzos-ke-kawasan-perumahan-jspt-gesa-kembali-guna-ekzos-standard
BERITA TEMPATAN Perluas Ops Ubah Suai Ekzos Ke Kawasan Perumahan, JSPT Gesa Kembali Guna Ekzos Standard Posted on March 2, 2021March 2, 2021 by Amirul Azreen Susulan menerima banyak aduan daripada orang ramai, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan turut memperluaskan Ops Ubah Suai Ekzos ke kawasan perumahan. Perkara itu disahkan Ketua Jabatan JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat, yang menjelaskan operasi tersebut akan turut diberikan tumpuan di kawasan perumahan termasuk apartment dan flat. Azman turut menggesa pemilik motosikal dan kereta untuk kembali menggunakan ekzos asal sekiranya telah membuat pengubahsuaian. Orang ramai yang didapati mengubah suai kepada yang lebih bising boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih RM2,000 serta penjara tidak lebih enam bulan. Manakala, pihak berkuasa turut dibenarkan menyita kenderaan hingga pemilik mengubah kembali ke ekzos asal. – SH Advertisements
motogp-monster-energy-yamaha-dan-petronas-srt-dikenakan-tindakan-tolak-mata
Moto Malaya MotoGP: Monster Energy Yamaha Dan Petronas SRT Dikenakan Tindakan Tolak Mata Posted on November 6, 2020November 6, 2020 by Amirul Azreen Pasukan Monster Energy Yamaha dan Petronas Yamaha SRT telah dikenakan tindakan atas kegagalan mendapatkan kelulusan daripada MSMA susulan melakukan perubahan teknikal. Bagaimanapun, pelumba kedua-dua pasukan terselamat daripada sebarang tindakan. FIM MotoGP dalam satu kenyataan berkata, “Yamaha Motor Company gagal menghormati protokal di mana mereka tidak mendapatkan kelulusan sebulat suara daripada MSMA bagi perubahan teknikal. “Atas sebab ini, 50 mata daripada carta Kejuaraan Dunia Konstruktor MotoGP milik Yamaha Motor Company telah ditolak.” Menurut kenyataan itu lagi, pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP telah ditolak 20 mata daripada carta Kejuaraan Dunia Pasukan sementara 37 mata ditolak daripada Petronas Yamaha SRT. Angka tersebut ditentukan berdasarkan mata yang dikutip sewaktu melanggar protokol terbabit. Walaupun kenyataan terbabit tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai kesalahan pasukan masing-masing namun timbul dakwaan mengatakan Yamaha telah melanggar peraturan homologation enjin sewaktu di Jerez dengan menggunakan injap (valves) yang berlainan daripada sampel yang telah dihantar sebelum permulaan musim 2020. Sementara itu, Marc Marquez mempersoalkan tiada tindakan tolak mata dikenakan terhadap pelumba Monster Energy Yamaha dan Petronas Yamaha SRT menerusi akaun Twitter. Ahora resulta que los pilotos no nos beneficiamos de las ventajas mecánicas? Tela marinera??‍♂️— Marc Márquez (@marcmarquez93) November 5, 2020 Pelumba Repsol Honda itu meluahkan rasa tidak puas kerana tiada tindakan dikenakan terhadap mereka meskipun mendapat manfaat daripada perubahan teknikal tersebut. Advertisements
pelumba-cub-prix-rayu-benarkan-perlumbaan-bersambung
BERITA TEMPATAN Pelumba Cub Prix Rayu Benarkan Perlumbaan Bersambung Posted on November 30, 2020November 30, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Cub Prix mengharapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membenarkan kejuaraan itu kembali bersambung. Rayuan itu disuarakan oleh pelumba dan bekas juara 2009, Affendi Rosli, susulan sebahagian besar pelumba kini berdepan masalah kewangan. Senario runcing ini turut memaksa beberapa pelumba terpaksa membuat kerja sampingan sebagai penghantar makanan dan pencuci kereta. “Kami pelumba Cub Prix perlu berlumba kerana inilah kerja kami. Bila perlumbaan ditunda kebanyakan penaja tidak memberikan tajaan kerana mereka juga bergantung kepada perlumbaan. “Kami tidak boleh bekerja dari rumah. Kalau mekanik yang buat segala pelarasan jentera motosikal di rumah pun ia tetap perlu diuji di atas litar. “Macam mana kami nak dapat gaji kalau kerajaan tidak membenarkan kami berlumba. Tidak berlumba maka kami tak dapatlah gaji,” katanya kepada HMetro. Kejuaraan Cub Prix pusingan lima yang sepatutnya berlangsung di litar utara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 dan 11 Oktober lalu telah ditunda ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pusingan keenam yang dijadualkan pada 31 Oktober dan 1 November serta 21 dan 22 November di litar sama turut ditunda manakala status pusingan akhir yang sepatutnya berlangsung di Tangkak pada 12 dan 13 Disember ini masih menimbulkan tanda tanya. – HM Advertisements
motogp-razlan-yakin-kerjasama-petronas-srt-yamaha-diteruskan
Moto Malaya MotoGP: Razlan Yakin Kerjasama Petronas SRT, Yamaha Diteruskan Posted on January 19, 2021January 19, 2021 by Amirul Azreen Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menyuarakan keyakinan kerjasama pasukan itu bersama pengeluar, Yamaha, akan dilanjutkan. Kerjasama Petronas SRT dan Yamaha akan berakhir hujung tahun ini namun Razlan yakin mereka akan memperbaharui gandingan itu untuk lima tahun lagi. “Kami mahu kekal dalam MotoGP selama mungkin. “Meskipun terdapat beberapa pilihan dengan pengeluar lain tetapai kami cukup selesa dengan Yamaha di samping sokongan yang telah mereka berikan sejak tahun pertama. “Jadi demi kepentingan Yamaha, pasukan dan Petronas, kami mahu terus membangunkan kerjasama ini untuk tambahan lima tahun lagi,” jelas Razlan. Razlan turut mendedahkan perancangan itu dijangka dimeterai sekitar pertengahan musim 2021. Petronas SRT bakal memulakan cabaran musim baharu dengan gandingan Franco Morbidelli dan Valentino Rossi yang bertukar tempat dengan Fabio Quartararo. – GPOne Advertisements
niat-nak-merasa-kawasaki-z800-tak-kesampaian-rm9500-lesap-ditipu-penjual
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Niat Nak Merasa Kawasaki Z800 Tak Kesampaian, RM9,500 Lesap Ditipu Penjual! Posted on October 26, 2020October 26, 2020 by Amirul Azreen Seorang kontraktor kerugian RM9,500 selepas menjadi mangsa penipuan penjualan atas talian. Mangsa berminat untuk membeli sebuah motosikal jenis Kawasaki Z800 menerusi platform atas talian namun tidak menyangka bahawa penjualan itu sebenarnya tidak wujud. Kejadian itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof yang mendedahkan mangsa berusia 38 tahun telah menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu, Rabu lalu. Mangsa pada awalnya memasukan duit RM1,000 sebagai deposit pembelian kepada penjual yang dikenali sebagai En. Gan. Dia bagaimanapun dihubungi oleh seorang lelaki lain mendakwa dirinya sebagai majikan En. Gan dan meminta bayaran tambahan RM8,500 bagi mengelakkan motosikal tersebut tidak jatuh ke tangan orang lain. Yakin dengan janji yang disuarakan pihak penjual, mangsa menunaikan permintaan tambahan bayaran itu namun bingkas membuat laporan polis selepas motosikal itu yang sepatutnya dihantar kepadanya semalam tidak berlaku di samping gagal menghubungi En. Gan. Kes sedang disiasat mengiktu Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – SH Advertisements
khairul-idham-pawi-umum-persaraan
Moto Malaya Khairul Idham Pawi Umum Persaraan Posted on December 8, 2020December 8, 2020 by Amirul Azreen Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi @ KIP, membuat keputusan untuk melepaskan segalanya dalam arena permotoran selepas lima tahun berbakti dalam sukan itu. Keputusan mengejutkan itu hadir beberapa bulan selepas kontrak pelumba yang baru berusia 22 tahun itu tidak disambung Petronas Sprinta Racing di Moto3. Pendedahan itu dibuat KIP ketika sesi temu bual bersama Nadi Arena. “Apabila saya melihat beberapa perkara yang saya rasa tidak akan boleh meningkat, saya berfikir untuk bersara. “Kerana apa yang memainkan peranan sebenarnya adalah orang di sekeliling kita. “Sebagai satu keluarga, kalau keputusan kita (tidak bagus) cubalah untuk membantu tetapi untuk mencari orang seperti itu memang susah,” jelasnya. Kenyataan itu seakan ditujukan kepada bekas pasukannya di Moto3 yang membuat keputusan itu tidak menyambung kontraknya bagi musim depan. Tempat KIP akan diisi Daryn Binder yang akan bergandingan bersama John McPhee bagi musim 2021. Khairul Idham Pawi, Moto3 race, French MotoGP, 11 October 2020 Menurut KIP lagi, fokusnya ketika ini hanya mahu kembali berasa gembira dengan kehidupan disisi ahli keluarga. “Sekarang saya mahu melupakan perlumbaan dan melakukan perkara yang boleh membuatkan saya gembira. “Saya cuba untuk membantu ayah dan keluarga saya. Saya mahu membantu mereka. “Sudah pasti saya terkenang (kejayaan menjuarai dua pusingan) kerana ia adalah impian saya. “Setiap kali berlumba, saya mahu menang. Setiap perlumbaan, saya mahu berada di depan. “Saya rasa semua pelumba mahu menang dan itulah sasaran saya. “Cuma saya ada sedikit kecewalah tetapi macam mana pun, ia sudah lepas, jadi saya cuma tidak mahu pelumba Malaysia yang baru hendak meningkat menjadi seperti saya. “Tetapi saya berbangga kerana saya merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi juara dalam dua perlumbaan, di Argentina dan Jerman,” tambahnya lagi. KIP melakar sejarah apabila berjaya memenangi dua pusingan (Argentina dan Jerman) di Moto3 pada 2016 di usia 18 tahun. Advertisements
enjin-yamaha-mt-09-dinaik-taraf-bagi-2021-890cc-120hp
Moto Malaya Enjin Yamaha MT-09 Dinaik Taraf Bagi 2021 – 890cc, 120hp Posted on September 24, 2020September 24, 2020 by Amirul Azreen Motosikal naked sport, Yamaha MT-09 akan dinaik taraf bagi 2021 dengan pertambahan sesaran enjin serta kenaikan kuasa. Kemaskini tersebut dilaksanakan bagi mematuhi piawaian Euro5 yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2021 sekaligus menyaksikan semua pengeluar motosikal perlu melaksanakan perubahan. Menurut dokumen daripada Federal Motor Transport Authority (KBA), sesaran enjin MT-09 akan dibesarkan dari 847cc kepada 890cc. Secara tidak langsung, enjin baharu tersebut turut akan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi, 120hp berbanding 114hp pada model sedia ada. Enjin Euro5 itu juga akan menghasilkan emisi yang lebih sebagai syarat mematuhi piawaian Euro5. Pada masa sama, dijangka pelaksanaan tersebut turut akan dilakukan pada model Yamaha lain antaranya Tracer 900, Tracer 900 GT, XSR 900 and Niken. Advertisements
rudy-gtb-beli-yamaha-rxz-2010-anak-dara-rm100000
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Rudy GTB Beli Yamaha RXZ Catalyzer 2010 ‘Anak Dara’ RM100,000! Posted on September 19, 2020September 19, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini sebuah Yamaha 125ZR telah terjual dengan harga RM85,000 dan sebelum itu, seorang penjual telah meletakkan harga RM70,000 bagi Yamaha RXZ miliknya. Kini, Rudy Geng Tayar Besar (GTB) yang terkenal dengan melakukan modifikasi tayar besar kepada beberapa model kapcai antaranya Y15ZR, dikatakan telah membelanjakan RM100,000 bagi membeli sebuah Yamaha RXZ Catalyzer 2010 (NOS)! Rudy berdasarkan video yang dimuat naik ke laman YouTube Geng Tayar Besar, berkongsi bagaimana dia telah ke sebuah bengkel di Johor bagi membuat pembelian tersebut. Jentera tersebut – meskipun berhabuk – merupakan serba baharu dan serba lengkap dengan alat ganti original termasuk buku manual. Menerusi video tersebut, Rudy turut mendedahkan ekzos standard RXZ itu kini bernilai RM3,000,panel meter mencecah harga RM2,000 manakala tempat duduk ‘orimotor’ bernilai RM5,000. Sementara itu, seorang rakan yang berhubung dengan Rudy menerusi panggilan video juga menasihatkan untuk mengisi minyak di tempat yang ramai dan elak tempat sunyi agar tidak menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya bukan sekadar gimik, Yamaha RXZ ini milik Rudy GTB kini memegang rekod sebagai penjualan motosikal lama paling mahal setakat ini, namun tak hairan jika ada yang berminat ‘memecah’ rekod itu. Advertisements
kawasaki-zx-25r-dipasarkan-di-filipina-rm35231
Moto Malaya Kawasaki ZX-25R Dipasarkan Di Filipina – RM35,231 Posted on August 3, 2020August 3, 2020 by Amirul Azreen Seluruh dunia terutamanya pasaran Asia Tenggara ternanti-nanti kedatangan Kawasaki ZX-25R sejak dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini. Antara negara yang telah pun disahkan menerima model tersebut adalah Thailand yang ditawarkan pada harga sekitar RM36,450. New Zealand turut bakal menerima model tersebut yang ditawarkan pada NZD15,999 (RM44,000). Kini, Filipina muncul sebuah lagi negara Asia Tenggara yang dilaporkan bakal menerima tawaran baharu daripada Kawasaki itu dengan harga PHP410,000 (RM35,231). Kawasaki ZX-25R merupakan jentera sportsbike 250cc 4-inline yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm. Bagaimanapun, penunggang motosikal di Filipina tidak dapat merasai kemampuan sepenuhnya ZX-25R – melainkan memasuki litar – tatkala peraturan negara itu tidak membenarkan jentera bawah 400cc memasuki lebuhraya. Ketika ini, pasaran Malaysia masih berputih mata tatkala belum ada sebarang info bila model ini akan dipasarakan dan oleh siapa. Advertisements
mitsubishi-motors-malaysia-lancar-triton-athlete-rm141500
Moto Malaya Mitsubishi Motors Malaysia Lancar Triton Athlete – RM141,500! Posted on April 8, 2021April 8, 2021 by Amirul Azreen Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan rasminya melancarkan trak pikap terbaru, Mitsubishi Triton Athlete 2021. Triton Athlete menggantikan varian Adventure X sebagai varian tertinggi bagi barisan model Triton yang ditawarkan di Malaysia. Tampil dengan tiga warna pilihan; Sun Flare Orange Pearl, White Diamond, dan Jet Black Mica, Triton Athlete menawarkan imej yang lebih agresif dengan kemasan hitam di bahagian depan, gril radiator, cermin sisi, pemegang pintu, rim 18″ serta side-steps. Meneruskan kesinambungan konsep rekaan ‘Dynamic Shield’ di bahagian depan, Triton Athlete ini turut menawarkan enjin turbodiesel 2.4L MIVEC yang menawarkan 181PS dan 430Nm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Model ini juga menawarkan ciri keselamatan terbaik menerusi Advanced Driver-Assistance System yang merangkumi: Forward Collision Mitigation (AEB)Blind Spot WarningLane Change AssistRear Cross Traffic AlertAuto High Beam Mitsubishi Triton Athlete sertai enam varian sedia yang ditawarkan untuk pasaran tempatan ketika ini dan boleh dimiliki pada harga RM141,500 (sebelum cukai jalan dan insurans). Advertisements
geng-berbasikal-tak-bertimbang-rasa-letak-kereta-sesuka-hati-di-kawasan-hospital
BERITA TEMPATAN Geng Berbasikal Tak Bertimbang Rasa, Letak Kereta Sesuka Hati Di Kawasan Hospital Posted on August 16, 2020August 16, 2020 by Amirul Azreen Trend berbasikal semakin meningkat di Malaysia dengan rata-rata memilih aktiviti itu sebagai pilihan bersenam di hujung minggu. Terdapat beberapa lokasi yang menjadi pilihan berbasikal antarannya di Gombak. Bagaimanapun, rata-rata yang mengayuh di sekitar kawasan terbabit bukanlah membabitkan mereka yang duduk di situ malah mereka datang dari serata pelusuk Lembah Klang. Baru-baru ini, akaun Twitter Asal Gombak berkongsi bagaimana tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah geng berbasikal ini telah menyusahkan orang awam. Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya di hadapan Hospital Orang Asli Gombak adalah port parking Bas Rapid 201. Disebabkan sisi jalan ini penuh, driver bas terpaksa meletakkan bas mereka di sebelah kanan sehingga makan jalan.Semoga penunggang basikal yang terlibat ambil maklum.— Asal Gombak (@AsalGombak) August 15, 2020 Menurut perkongsian terbabit, mereka yang mahu melakukan aktiviti berbasikal sering meletakkan kenderaan mereka di perkarangan Hospital Orang Asli Gombak sehingga menyukarkan bas Rapid KL untuk berhenti bagi mengambil dan menurunkan penumpang hospital. Situasi tersebut turut memaksa sesetengah pemandu untuk berhenti di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya di samping membahaykan nyawa penumpang bas tesebut. Diminta juga jangan berbasikal berkumpulan. Agak mengarut kawasan ini dinamakan Cycling Paradise (untuk ajak orang luar datang) bila ia sebenarnya Locals’ Nightmare. Kisah kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. pic.twitter.com/7RajkK43IS— Ain Razak (@ainaqilahrazak) August 15, 2020 Pendedahan tersebut turut membawa kepada netizen meluahkan rasa tidak puas terhadap mereka yang berbasikal dengan menyusahkan pengguna jalan raya lain. Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial – yang juga penunggang basikal – turut berkongsi bagaimana terdapat segelintir mereka yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Ini antara punca kenapa cyclist menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna jalanraya lain.Jenis langgar lampu merah ni sebab nak dapat average speed laju dalam strava supaya boleh show off ke? Kalau taining laju tapi race ke laut tak guna juga ?JOM PATUHI UNDANG² JALANRAYA. pic.twitter.com/qRw8eMfxzv— ?? Cikgu ?? (@Aweeff) August 12, 2020 Pernah berdepan dengan situasi melibatkan geng berbasikal? Kongsikan pendapat di ruang komen. Advertisements
kpdnhep-rampas-minyak-pelincir-tiruan-shell-bernilai-rm111300
BERITA TEMPATAN KPDNHEP Rampas Minyak Pelincir Tiruan Shell Bernilai RM111,300 Posted on September 17, 2020September 17, 2020 by Amirul Azreen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merampas 10,040 liter minyak pelincir tiruan Shell dalam satu serbuan di Subang Jaya. Serbuan oleh KPDNHEP itu dijalankan setelah menerima aduan daripada pihak Shell Malaysia termasuk selepas dua minggu risikan yang dijalankan terhadap sebuah gudang yang dijadikan tempat penghasilan minyak tiruan terbabit. KPDNHEP yang membuat serbuan bersama wakil Shell Malaysia menjumpai bukan sahaja minyak pelincir enjin malah minyak transformer, minyak compressor, minyak enjin trak dan heavy duti dan gris tiruan. Menurut Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim, pihaknya menemui set komputer yang disambungkan dengan mesin pencetak disyaki digunakan dalam menghasilkan tanda cap dagangan berdaftar. Serbuan itu turut menyaksikan dua lelaki berusia 34 dan 53 tahu ditahan dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM111,300. Difahamkan, minyak pelincir dari tong drum 200L akan dipindahkan secara manual ke dalam tong 20L sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang dengan harga jualan di antara RM185 hingga RM240. Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti simpan dan jual barang tiruan boleh hubungi hotline Enforcemnet Command Centre (ECC) di 1-800-886-800 atau 03-8882 6088. Advertisements
insiden-kereta-masuk-laluan-motosikal-dirakam-gopro-sebabkan-kemalangan
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Insiden Kereta Masuk Laluan Motosikal Dirakam GoPro, Sebabkan Kemalangan Posted on August 21, 2020August 21, 2020 by Amirul Azreen Seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan apabila laluan motosikal yang dilalui secara tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah kereta dari arah bertentangan. Insiden tersebut turut dirakam kamera aksi (action cam) GoPro miliknya yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih telah keluar daripada terowong motosikal. Terkejut dengan situasi semasa tersebut, penunggang motosikal itu terpaksa melakukan brek mengejut sambil mengelak lalu menghentam bahagian sisi luar terowong dan terjatuh. Rakaman tersebut turut memaparkan kereta Vios terbabit meneruskan perjalanan dan tidak memberhentikan kenderaan meskipun menjadi penyebab kepada kemalangan terbabit. Rakaman video berdurasi 40 saat itu kini mula tular di media sosial menerusi akaun Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis yang setakat ini telah pun merekodkan lebih 800 komen dan 1,000 perkongsian. Insiden kereta masuk laluan motosikal sering berlaku terutamanya melibatkan laluan di Lebuhraya Persekutuan dan hampir pasti menyusahkan penunggang motosikal di samping membahayakan nyawa. Advertisements
10-remaja-mandi-peluh-tukar-balik-ke-ekzos-standard
BERITA TEMPATAN 10 Remaja Mandi Peluh Tukar Balik Ke Ekzos Standard Posted on March 3, 2021March 3, 2021 by Amirul Azreen Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah menahan 12 motosikal dalam Ops Ubah Suai Ekzos yang dijalankan sekitar daerah Kuala Selangor, Ahad lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, daripada jumlah tersebut, 10 motosikal didapati gagal ujian paras bunyi ekzos yang dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor. Sumber foto: Info Roadblock JPJ/Polis Kesemua 10 penunggang motosikal berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan telah dikenakan saman minimum RM300 atas kesalahan ubah suai ekzos dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959). Mereka turut dikenakan kompaun RM300 oleh JAS kerana tidak mematuhi had bunyi dibenarkan. Kesemua remaja itu kemudiannya diminta membawa ekzos ‘standard’ untuk proses penukaran secara ‘layan diri’ di perkarangan IPD Kuala Selangor yang memakan masa lebih empat jam. – KOSMO Advertisements
yamaha-nmax-2020-mendarat-di-filipina-malaysia-seterusnya
Moto Malaya Yamaha NMAX 2020 Mendarat Di Filipina, Malaysia Seterusnya? Posted on September 6, 2020September 6, 2020 by Amirul Azreen Setelah Yamaha NMAX 2020 dilancarkan di Indonesia dan Thailand, Yamaha kini memperkenalkan skuter tersebut untuk pasaran Filipina. Yamaha NMAX 2020 ini muncul dengan penambahbaikan serba baharu dengan pelbagai ciri menarik ditawarkan. Meskipun tampak sama namun Yamah NMax 2020 kini didatangkan dengan pelbagai ciri terkini antaranya: Yamaha Y-ConnectABSLampu LED DRLSmart Motor GeneratorKeylessPanel digital LCDTangki 7.1L Model 2020 ini juga dilengkapi sistem Stop-Start yang berfungsi dengan mematikan enjin sewaktu sedang ‘idling’ dan kembali menghidupkan enjin ketika pendikit dipulas sekaligus menjimatka penggunaan minyak. Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem smart key (keyless) dan pengecas USB di ruang letak barang kecil di bahagian depan. Meskipun mengguna pakai enjin sama pada model sebelumnya; satu silinder SOCH, Variable Valve Actuation (VVA) yang menawarkan 14.9hp pada 8,000rpm dan 14.4Nm pada 6,000 rpm namun Yamaha mendakwa enjin ini telah diperkemaskan untuk penjimatan dan pecutan efisien. Untuk pasaran Indonesia, dua varian ditawarkan; dengan ABS dan tanpa ABS namun pasaran Thailand hanya menawarkan varian ABS tetapi tanpa fungsi traction control, keyless dan Y-Connect. Yamaha NMAX 2020 dijual di Filipina dengan harga PHP134,500 (RM11,500). Yamaha NMAX 2016 Sementara itu, pasaran Malaysia masih belum menerima model 2020 ini sejak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan NMAX empat tahun lalu. Bagaimanapun, dengan pasaran skuter 150cc bakal dirancakan dengan Honda ADV 150 tahun depan, dijangka HLYM turut akan mengorak langkah sama. Advertisements
cev2021-adam-norrodin-langkah-kanan-sharul-damok-berjaya-kutip-mata-di-estoril
BERITA ANTARABANGSA CEV2021: Adam Norrodin Langkah Kanan, Sharul, Damok Berjaya Kutip Mata Di Estoril Posted on April 26, 2021April 26, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara di Kejuaraan CEV Repsol 2021, Adam Norrodin, memulakan pusingan pertama di Autodromo Do Estoril dengan langkah kanan. *Adam Norrodin #7 Pelumba pasukan LiquiMoly IntactGP SIC Racing itu berjaya mengutip 29 mata setelah berjaya menaiki podium di tempat ketiga pada Perlumbaan 1 dan tempat keempat dalam Perlumbaan 2. Sementara itu, pelumba Boscoscuro Talent Team-Ciatti, Fermin Aldeguer, memenangi kedua-dua perlumbaan diikuti rakan sepasukan, Alonso Lopez, kedua. Kejayaan ini sekaligus meletakkan Adam dalam landasan tepat dalam merekodkan kedudukan terbaik musim ini. “Saya gembira kerana dapat podium dalam Perlumbaan 1. Ini kerana saya memiliki pasukan yang baik di belakang saya. Kami telah berusaha keras hujung minggu ini jadi saya bersyukur dengan kedudukan podium. “Dalam Perlumbaan 2, saya bermula dengan baik tetapi ‘overshoot’ di awal perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di P4. Masih banyak yang perlu diperbaiki lagi, jumpa anda semua di Valencia!,” jelasnya. Sementara itu, Muhammad Sharul Ezwan yang beraksi di European Talent Cup berjaya mengutip sembilan mata di Litar Estoril. *Muhammad Sharul Ezwan #36 Pelumba, LiquiMoly IntactGP SIC Racing itu beraksi mantap pada Perlumbaan 1 dan berjaya menduduki tempat ke-7 sebelum gagal menamatkan Perlumbaan 2 ekoran terbabit kemalangan. Bagaimanapun, Sharul teruja kerana berjaya memperbaiki prestasi musim lalu. “Saya bersyukur segalanya berjalan lancar dalam Perlumbaan 1. Saya berjaya memperbaiki tunggangan dan lebih agresif berbanding tahun lalu. “Kelajuan saya konsiten dalam Perlumbaan 1 dan saya berusaha dengan lebih keras ketika berbaki lima lap. Menamatkan aksi di P7 adalah peningkatan besar bagi saya. “Saya terkeluar dalam Perlumbaan 2 ekoran berlakunya kemalangan dihadapan saya dan tidak sempat mengelak. Bagaimanapun, saya percaya dapat meneruskan momentum ini di Valencia,” ujar Sharul. Dalam perkembangan di Moto3, Syarifuddin Azman atau Damok, berjaya menamatkan aksi di kedudukan ke-14 meskipun bermula di petak ke-30. *Syarifuddin Azman #63 “Saya memulakan aksi hari ini di petak ke-30. Jadi saya terpaksa bekerjaa keras dalam perlumbaan kali ini. “Tetapi saya bersyukur kerana dapat mengutip (dua) mata di P14. Saya mahu berterima kasih kepada ketua krew dan pasukan kerana bertungkus lumus menyiapkan jentera saya. “Terima kasih juga kepada keluarga, penaja dan rakan-rakan yang telah memberi dorongan. “Dalam pusingan seterusnya, saya akan terus mengekalkan fokus,” kata Damok. Kejuaraan CEV Repsol 2021 akan kembali bersambung di Litar Ricardo Tormo (Valencia) pada 9 Mei ini. Advertisements
honda-crf250-rally-2021-kini-di-malaysia-rm27599
Moto Malaya Honda CRF250 Rally 2021 Kini Di Malaysia – RM27,599 Posted on March 12, 2021March 12, 2021 by Amirul Azreen Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan CRF250 Rally 2021 untuk pasaran tempatan dengan harga RM27,599. Honda CRF250 Rally masih lagi mengekalkan enjin 250cc satu-silinder DOHC dengan penyejukan cecair yang menjana 24.5hp pada 9,000rpm dan 23Nm pada 6,500rpm. Bagaimanapun bagi 2021, enjin ini menawarkan output linear yang lebih optimim meskipun rpm berada di tahap rendah. Honda turut mengemas kini nisbah gear, intake camshaft, timing ignition serta klac Assist/Slipper bagi memperbaiki respon pecutan serta kawalan menunggang. Sementara itu, sistem ‘suspesnsion’ dikendalikan fork upside/down 43mm yang dipadankan bersama penyerap hentakan tunggal Pro-link di belakang. Sistem membrek pula dibantu Anti-lock Braking System (ABS) yang didatangkan secara standard namun boleh ditutup ketika off-road. Pada masa sama berat juga telah dikurangkan sebanyak 5kg hasil daripada penggunaan kerangka dan swingarm baharu. Antara ciri lain ditawarkan: tempat duduk lebih luastangki 12.8Llampu LED penuhpetunjuk gear (gear indicator)meter penggunaan minyak Hanya satu pilihan warna ditawarkan, Extreme Red bagi Honda CRF250 Rally 2021 ini. Advertisements
sprm-sita-24-kereta-mewah-berkait-dengan-macau-scam
BERITA TEMPATAN SPRM Sita 24 Kereta Mewah, Berkait Dengan Macau Scam Posted on October 8, 2020October 8, 2020 by Amirul Azreen Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita 24 kenderaan serta merampas wang tunai RM100,000 berhubung dengan kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada Macau Scam. Difahamkan kesemua kenderaan mewah itu termasuk dua buah motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha adalah milik beberapa individu yang telah ditahan. Antara kenderaan mewah yang disita adalah sebuah Lamborghini, Chevrolet Camaro, Ford Mustang, Nissan GTR, Mercedes-Benz, Mazda RX-7, Subaru Impreza, Lexus, Audi R8, Toyota Vellfire, Nissan 350Z dan sebuah trak pikap jenis Ford Ranger. Baru-baru ini, SPRM telah menahan beberapa individu termasuk seorang ‘Datuk’ yang disyaki menjadi ejen cuci duit di Malaysia. Kemudian, beberapa pegawai kanan polis turut ditahan susulan didapati terlibat dengan kegiatan tersebut termasuk seorang pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Media tempatan melaporkan kegiatan cuci duit ini dijalankan dengan menggunakan populariti artis dan menjalankan aktiviti ‘cuci’ duit melalui usahama dan perniagaan sah. Difahamkan, kegiatan cuci duit ini berjaya dikesan hasil risikan bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM. – HM Advertisements
honda-cbr150r-2021-bakal-diperkenalkan-di-indonesia
BERITA ANTARABANGSA Honda CBR150R 2021 Bakal Diperkenalkan Di Indonesia Posted on January 11, 2021January 11, 2021 by Amirul Azreen PT Astra Honda Motor bakal memperkenalkan Honda CBR150R 2021 untuk pasaran Indonesia bulan ini. Menurut laporan di negara jiran, PT Astra merancang memperkenalkan model itu pada Disember tahun lalu namun telah ditangguh. Honda CBR150RR ini juga dijangka akan didatangkan dengan rekaan serba baharu yang menyamai CBR250RR dan didakwa dilengkapi ciri seperti fork upside down jenis Separated Function Fork (SFF), serta slipper clutch. Kedua-dua fork itu menawarkan ciri berlainan antaranya sebelah dilengkapi mekanisme spring manakala sebelah lagi mengendalikan compression serta rebound yang tidak boleh dilaras (non-adjustable). Iwanbanaran.com juga menyatakan bahawa imej render yang dikongsikan tersebut menyamai 70 peratus model sebenar. Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat disahkan namun apa yang pasti kembalinya CBR150R di Asia Tenggara dengan rekaan serba baharu pasti lebih mengujakan apatah lagi pasaran Malaysia masih lagi ketiadaan CBR150R terkini selepas penjualan model terdahulu sekitar 2008 dan 2009 gagal mendapat sambutan. – Motoblast Advertisements