inputs
stringlengths 9
3.4k
| targets
stringlengths 1
10.2k
| language
stringclasses 1
value | language_code
stringclasses 1
value | annotation_type
stringclasses 2
values | user_id
stringlengths 64
64
|
---|---|---|---|---|---|
Jawab soalan teka-teki ini: Siapakah pemburu di laut dan sungai? | Jawapannya ialah nelayan kerana nelayan menangkap ikan di sungai dan di laut. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Apakah maksud 'laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan'? | Ia bermaksud lebih mementingkan urusan orang lain daripada urusan sendiri | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Beg itu __ untuk diisi dengan 12 pasang baju saya. Pilihan:
A) penuh-penuh
B) ketat-ketat
C) muat-muat
D) padat-padat | Jawapan yang betul ialah C) muat-muat. Dalam kalimat ini, "muat-muat" bermakna bahawa tas tersebut mempunyai kapasiti atau ruang yang cukup untuk memuatkan 12 pasang baju. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Berbekalkan _____________sekangkang kera, Ahmad bercucuk tanam untuk menampung keluarganya. | tanah | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Yang di bawah menunjukkan suatu siri nombor.
{1,2,5,9,12,17,24,27,30}
Kelaskan nombor-nombor itu kepada dua set yang mempunyai ciri tertentu yang betul. | Jawapannya ialah nombor genap : {2,12,24,30} dan nombor perdana: {2,5,17} | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tulis satu karangan yang membincangkan kebaikan dan keburukan media sosial kepada remaja. | Media sosial boleh ditakrifkan sebagai medan di mana individu bersosial dengan individu lain secara atas talian. Aplikasi yang mula dicipta selepas wujudnya komputer dan rangkaian Internet ini mampu untuk menghubungkan seseorang tanpa batasan jarak dan juga masa. Daripada menggunakan teknologi analog untuk penggunaan telefon, kini kita menggunakan teknologi digital yang membolehkan panggilan video dibuat secara langsung. Lumrah sebagai seorang manusia, kita mempunyai sifat untuk bersosial dengan rakan sekolah, rakan sepejabat dan juga ahli keluarga. Aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter telah memudahkan kita untuk mengetahui status sosial atau kehidupan rakan-rakan, ahli keluarga malah selebriti yang kita minat. Namun, adakah media sosial ini memberikan manfaat kepada setiap lapisan umur masyarakat khususnya golongan remaja?
Antara kebaikan menggunakan media sosial dalam kalangan remaja adalah mereka dapat meluaskan jaringan perhubungan. Umum mengetahui remaja akan mengikuti rakan-rakan sekolah di media sosial untuk mengetahui kehidupan mereka di luar waktu persekolahan. Perkongsian aktiviti di luar sekolah bersama rakan-rakan juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka kerana memori tersebut disimpan secara digital di media sosial. Di media sosial juga remaja boleh mengikuti individu seperti atlet kebangsaan yang memberikan impak positif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, Datuk Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara sering berkongsi rutin harian dan motivasi yang baik untuk pengikutnya untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam kehidupan. Tuntasnya, media sosial memberikan impak yang positif kepada remaja apabila mereka dapat meluaskan jaringan perhubungan dengan rakan atau individu yang mempunyai pengaruh yang berguna.
Manfaat lain yang mampu diperoleh golongan remaja apbila menggunakan media sosial adalah menambah ilmu pengetahuan. Media sosial pada hari ini lebih banyak perkongsian video berbanding penulisan kerana ia lebih interaktif dan menarik. Tamsilnya, aplikasi TikTok yang menjadi aplikasi paling banyak menerima pengguna dalam tempoh masa satu tahun. Perkongsian video ini memberikan runag kepada remaja untuk mempelajari perkara baharu. Dengan bantuan pengawasan daripada ibu dan bapa, remaja boleh meneroka pelbagai ilmu pengetahuan yang dikongsikan di media sosial. Contoh lain adalah Khairul Aming, seorang individu yang berkongsi video memasak serta resipi-resipi tertentu dan secara tidak langsung mengajar remaja untuk memasak dengan mudah. Jelas bahawa penggunaan media sosial dapat menambah ilmu pengetahuan golongan remaja jika digunakan dengan kaedah yang betul dan tepat.
Seperti ciptaan manusia yang lain, penggunaan media sosial juga terdapat keburukannya seperti mudah terdedah kepada penipuan identiti atau maklumat. Aplikasi percuma seperti media sosial mengundang kepada perbuatan yang jahat individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan identiti palsu dan melakukan penipuan kepada individu atau masyarakat. Perkara ini menjadi isu khususnya bagi kita yang hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Fitnah dan tohmahan boleh dikongsikan secara mudah dan pantas tanpa usul periksa daripada sesiapa kerana identiti penyebar fitnah itu palsu dan tidak beretika. Di sini menunjukkan pentingnya pendidikan sivik di sekolah untuk mengajar kita menjadi seorang individu yang bertanggungjawab dan tidak melanggar etika serta tata susila masyarakat kita. Izharnya, penggunaan media sosial memberi risiko penipuan identiti dan maklumat kepada remaja yang baru berusia setahun jagung.
Selain itu, media sosial dilihat mendatangkan kemudaratan apabila ia merenggangkan hubungan remaja dengan ahli keluarga. Apabila seorang remaja menghabiskan masa di media sosial dan merasakan hubungan secara atas talian bersama rakan-rakan di alam maya lebih seronok, mereka akan mula menjauhi realiti kehidupan dengan ahli keluarga. Lebih-lebih lagi ibu dna bapa hari ini sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak mereka. Maka, anak-anak memilih untuk bersosial bersama rakan secara atas talian. Situasi ini seharusnya dibendung kerana hubungan kekeluargaan lebih penting daripada hubungan di alam maya. Ibu dan bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak melakukan aktiviti seperti riadah dan bercuti. Ia juga bagi mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang menjerumus ke arah gejala sosial. Intihannya, penggunaan media sosial yang keterlaluan dalam kalangan remaja boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ahli keluarga menjadi renggang.
Sebagai konklusi, terdapat banyak baik dan buruknya media sosial kepada remaja hari ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa ini jelas mengingatkan kita untuk sentiasa mencari manfaat dan meninggalkan keburukan dalam melakukan sesuatu. Begitu juga dengan media sosial, penggunaanya dalam kalangan remaja dibolehkan dengan pengawasan ibu dan bapa demi keselamatan dan gaya pemikiran mereka. Pihak berkuasa pula berperanan untuk mengambil tindakan kepada perkara-perkara negatif yang berleluasa di media sosial dan membendungnya daripada menjadi barah kepada masyarakat kita. Diharapkan masyarakat kita bersama-sama menikmati teknologi seperti media sosial dengan positif dan berminda kelas pertama. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud dengan sipulan bahasa berikut "ada jalan"? | Maksudnya: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh ayat: "Amir, jenuh memikirkan, Ada jalan tak untuk dia selesaikan masalah rumah tangga nya". | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud "anjing diberi makan nasi takkan kenyang"? | Sia-sia sahaja memberi nasihat baik kepada orang jahat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Cuba jawab teka-teki berikut: Kita jalan dia jalan, kita berhenti dia tetap jalan, dia berhenti kita tak boleh jalan lagi.
| Jawapannya ialah jantung. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Binatang apa yang mempunyai satu tulang sahaja? | Jawapannya ialah sotong. Dalam sotong terdapat suatu tulang yang nipis dan panjang. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Hanya Muslim di tempat ini. | Jawapannya ialah surau. Surau mempunyai peranan yang hampir sama dengan masjid, iaitu sebagai tempat untuk Muslim melaksanakan ibadah dan aktiviti keagamaan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'berteras keluar bagai pimping'? | Ia bermaksud tampak di luar sahaja bagus (kaya dan lain-lain) tetapi sebenarnya melarat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Jawab soalan teka-teki ini: Mengambil kesemua surat saya tetap masih ada surat pada saya, siapa saya? | Jawapannya ialah posmen. Posmen, penghantar surat atau tukang pos merupakan pekerja pejabat pos atau perkhidmatan pos, yang menghantar surat atau bungkusan ke tempat tinggal dan perniagaan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh? | Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (10 Jul 1925 - ) ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau berkhidmat pada 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003, beliau juga digelarkan Bapa Pemodenan Malaysia. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Beliau berkhidmat pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Kenapa buku matematik sentiasa sibuk? | Jawapannya ialah banyak masalah. Ia ialah salah satu contoh teka-teki lucu yang menggunakan permainan kata untuk menghasilkan jawapan lucu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Jurang paling dalam di dunia? | Jurang Mariana | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk ikan goreng celup tepung? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci. | Bahan: 5 ekor ikan kembong / selayang, 4 keping asam gelugor, Garam secukup rasa, 1 cawan tepung beras, ½ sudu kecil serbuk kunyit, 1 cawan air - untuk adunan tepung goreng
Cara penyediaan:
1. Siang ikan, bersihkan dan tuskan.
2. Sediakan bancuhan untuk menggoreng dengan mencampurkan tepung beras, serbuk kunyit dan air.
Kacau sehingga sebati.
Cara memasak:
1. Masukkan ikan bersama garam, asam keping dan air ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana. Seelok-eloknya rebus ikan lebih awal supaya rasa masam dan masin meresap ke dalam isi ikan.
2. Bila ikan sudah masak (isi bertukar ke warna putih), padamkan api. Tuskan ikan.
3. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.
4. Angkat dan tuskan.
5. Hidangkan panas-panas | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai angkuh terbawa, tampan tinggal"? | Peribahasa ini menghuraikan seseorang yang cantik rupanya tetapi mempunyai perangai yang buruk. | Standard Malay | zsm | re-annotations | cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd |
Apakah maksud 'biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang'? | Ia bermaksud orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "apa tampangnya, itulah tumbuhnya"? | Ia bermaksud hasil sesuatu pekerjaan bergantung kepada usaha yang diberikan | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tulis satu karangan yang membincangkan peranan ibu bapa memupuk sikap hormat-menghormati. | Dewasa ini, banyak disiarkan berita di kaca televisyen yang menunjukkan kes-kes gejala sosial melibatkan golongan muda. Lebih teruk lagi sehingga mencederakan atau membunuh orang tua mereka kerana tidak memberikan wang atau kemahuan mereka. Insiden ini memaparkan kekurangan nilai hormat-menghormati dalam diri individu terbabit terhadap orang yang lebih tua apatah lagi ibu dan bapa mereka. Kita tidak boleh menyalahkan ibu dan bapa mereka secara sepenuhnya kerana gagal mendidik anak yang hormat kepada orang tua mereka. Pengaruh asing daripada rakan-rakan atau tekanan yang dihadapi menyebabkan perkara buruk seperti kes pembunuhan boleh berlaku. Justeru, untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang, wajar untuk kita bincangkan apakah peranan ibu bapa memupuk sikap hormat-menghormati dalam diri anak anak?
Peranan utama dalam memastikan nilai hormat dipupuk dalam diri anak-anak adalah dengan menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak. Sekiranya anda telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, anda juga perlu bersedia untuk menjadi insan yang terbaik bukan sahaja untuk pasangan tetapi untuk anak-anak, masyarakat dan negara. Ramai di antara kita yang melupakan tanggungjawab ini dek kerana sibuk mengejar kerjaya atau lalai dengan tanggungjawab sebenar sebagai seorang ibu atau bapa. Anak-anak meluangkan masa paling banyak bersama ibu dan bapa. Mereka akan perhati setiap perilaku kita dari pelbagai segi. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Maka, untuk menerapkan nilai hormat-menghormati dalam kalangan anak-anak, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan dan mempraktikkan nilai tersebut kepada semua orang. Apabila jumpa orang tua, bersalam dan menegur dengan bahasa serta nada yang sesuai. BIla berjumpa dengan orang lain misalnya penjual di kedai makan, panggil dengan bahasa yang sesuai dan sabar dalam menunggu makanan yang dipesan dihidangkan. Izharnya, peranan yang perlu dilaksanakan oleh ibu dan bapa untuk memupuk nilai horamt adalah dengan menjadi contoh kepada anak-anak.
Dalam masa yang sama, ibu dan bapa juga seharusnya kerap menganjurkan aktiviti kekeluargaan seperti sambutan hari kelahiran atau kenduri-kendara. Hal ini kerana apabila sesebuah majlis keraian dianjurkan, anak-anak dapat melihat sikap ahli-ahli keluarga dalam melayani sesama sendiri dan juga tetamu yang hadir. Mereka akan belajar untuk menyantuni dan menghormati tetamu dan memuliakan mereka dengan hidangan yang telah disediakan. Perkara ini bukan sahaja dapat memupuk sifat hormat-menghormati tetapi juga merapatkan hubungan kekeluargaan bagai isi dengan kuku. Tambahan pula apabila ada tetamu yang lebih tua seperti datuk dan nenek, mereka pastinya akan meluangkan masa bersama cucu-cucu kesayangan dan memberikan pelbagai nasihat kehidupan yang berguna untuk mereka. Tuntasnya, merancang dan melaksanakan aktiviti kekeluargaan seperti majlis menyambut hari jadi dapat memupuk nilai hormat-menghormati anatara satu sama lain.
Bertitik tolak daripada itu, amalan hormat menghormati boleh disemai oleh ibu dan bapa dengan menyemat nilai keagamaan dan moral dalam diri anak-anak. Setiap kepercayaan dan agama yang kita anuti mengajak kita ke arah kebaikan dan dalam kebaikan pastinya ada nilai hormat-menghormati. Sebagai contoh, umat Islam digalakkan untuk menghormati ibu dan bapa dengan sentiasa mendoakan mereka walaupun mereka sudah meninggal dunia. Kesibukan ibu dan bapa hari ini yang bekerja dan tiada masa untuk memastikan anak-anak diajar ilmu keagamaan menyukarkan usaha ini. Hanya dengan mendalami ilmu agama, anak-anak dapat belajar cara untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermoral tinggi. Malahan di sekolah juga terdapat subjek pendidikan Islam dan pendidikan moral. JIka pengajian teori telah dilakukan di bilik darjah, maka pengamatannya di rumah perlu dipastikan oleh ibu dan bapa. Tegasnya, ibu dan bapa berperanan memupuk nilai hormat dengan memastikan didikan agama dan moral yang baik kepada anak-anak.
Peranan lain yang boleh dilakukan oleh ibu dan bapa untuk memupuk nilai hormat menghormati adalah dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan bersama-sama. Tamsilnya menyertai aktiviti goton-royong membersihkan kemudahan awam di kawasan perumahan. Anak-anak akan belajar cara untuk mendengar arahan suapaya tugasan yang diberikan dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan. JIka gagal, mereka akan mendapat iktibar dimana mendengar arahan adalah salah satu nilai kehidupan yang penting yang juga melibatkan nilai hormat kepada ketua yang memberikan tugas. Selain itu, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan dapat membantu anak-anak melihat pelbagai kerenah dan perangai manusia lain yang turut serta. Persis kata peribahasa, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Walau apa pun rupa, umur dan latar belakang, anak-anak perlu hormat mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti menyediakan makanan untuik mangsa banjir dan sebagainya. Jelas bahawa menyertai aktiviti kemasyarakatan adalah peranan yang perlu dijalankan oleh ibu dan bapa untuk menyemai sifat hormat-menghormati.
Konklusinya, banyak peranan ibu dan bapa yang perlu dilaksanakan untuk menyemat sifat hormat-menghormati dalam diri anak-anak muda. Untuk memupuk masyarakat supaya kaya dengan nilai-nilai murni seperi nilai hormat- menghormati, ibu dan bapa memainkan peranan yang penting di samping rakan-rakan dan para guru. Obligasi ini bukan sahaja berlaku dirumah tetapi dimana-mana sahaja kita berada. Ibarat peribahasa, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. NIlai murni seperti hormat-menghormati ini mustahak untuk menghasilkan masyarakat yang berminda kelas pertama dimana jati diri dan budaya menjadi imej penting bagi negara untuk bersaing dengan negara maju yang lain. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'mati kuang kerana bunyi'? | Ia bermaksud mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana perbuatannya sendiri. Contoh ayat: Ali seperti mati kuang kerana bunyi selepas kemalangan sewaktu merempit. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Jawab soalan teka-teki berikut: Binatang apakah yang paling kaya di dunia?
| Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang) | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah resipi untuk hati dan limpa goreng kunyit? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci. | Bahan: 300 gm hati & limpa, 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 4 batang kacang panjang, 3 biji cili padi, ½ sudu kecil serbuk kunyit, ½ sudu kecil garam, ½ sudu kecil sebuk lada hitam, serbuk perasa, 3 sudu besar minyak masak.
Cara penyediaan:
1. Potong dadu hati, potong nipis limpa, kerana limpa lebih susah empuk berbanding hati. Rendam sekejap (10 minit) dalam air yang dicampur tepung gandum untuk menghilangkan bau hamis lembu. Kemudian bilas dan tuskan.
2. Gaulkan hati dan limpa dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa (jika suka).
3. Hiris bulat bawang besar dan hiris nipis bawang putih.
4. Potong kacang panjang dan cili padi.
Cara memasak:
1. Masukkan hati dan limpa lembu ke dalam kuali. Masukkan air hingga tenggelam hati & limpa dan
masukkan sesudu besar minyak. Rebus dengan api sederhana sehingga empuk.
2. Setelah hati dan limpa empuk dan air kering, masukkan minyak selebihnya. Goreng sambil mengacau sehingga hati dan limpa garing mengikut citarasa anda.
3. Masukkan kacang panjang, bawang putih dan lada hitam. Kacau sekejap. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, cili padi dan kacau sehingga bawang layu.
4. Matikan api, angkat dan hidangkan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jelaskan proses pembentukan Malaysia dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 500 patah perkataan. | Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan.
Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah-wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi politik.
Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. MIsalnya, Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri pertama (1955) juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato’ Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan konsep yang sama.
Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj (Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu) pada tahun 1955, mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan ‘ Tanah Melayu Raya’ yang merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British, iaitu Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadangan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.
Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal dan dapat menyekat pengaruh komunis. Cadangan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.
Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandagan memandankan mereka masih menetang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diterima oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London bersama 4 anggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963. | Standard Malay | zsm | re-annotations | cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd |
Berikan jawapan kepada soalan yang rumit ini: Jenis muzik apakah yang stesen radio yang siarkan dalam Honeyman: Live 1973? | Kristian kontemporari | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga'? | Ia bermaksud kalau bercampur dengan orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Berikan resepi membuat Kek Lapis Kacang Tanah berserta cara-cara penyediaannya. | Kek Lapis Kacang Tanah ialah kuih yang mempunyai lapisan-lapisan, seperti Kek Lapis Sarawak atau Kek Lapis Betawi, dan menggunakan kacang tanah sebagai bahan.
Bahan:
15 butir telur ayam (pisahkan kuning dan putih), 500 gram gula pasir, 1 tin susu pekat,
300 gram kacang tanah yang digoreng dan dihaluskan, 400 gram mentega, 1 sudu vanila.
Cara penyediaan:
1. Kacau mentega dengan setengah gula pasir sampai putih, masukkan kuning telur sampai kembang,.
2. Kacau putih telur dengan gula yang setengahnya lagi. Sesudah itu campurkan kacauan kuning sama putihnya tadi, adukkan dan masukkan susu, vanila dan akhirnya kacang tanah. Apabila tercampur rata, siapkan loyang ukuran 18×18.
3. Bakar selapis selapis dengan api atas saja.
| Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Kuih ini bukan kuih, tapi sesuatu makanan juga? | Jawapannya ialah kueh teow. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Kapal berlubang, apa jadi? | Jawapannya ialah tenggelam | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Peranan ibu bapa membentuk masyarakat penyayang". | Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat penyayang hanya dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa tercinta ini.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita. Hal ini demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang. Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap zalim dan menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak. Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-membantu dalam masyarakat akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga merupakan ahli masyarakat.
Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi kewangan serta mampu menyediakan segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah keluarga yang saling-menyayangi , hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping itu juga, ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak akan mencari ‘kasih sayang’ di luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan mereka.
Masyarakat penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan seperti perang saudara yang berlaku di Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak dapat diajar tentang kepentingan amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan peranan mereka semaksimum mungkin, namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan akan mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah!, individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Jawab soalan yang rumit ini: Di negara manakah pengeluar Bisquick berpusat? | Pengeluar Bisquick berpusat di Minnesota. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Apabila milikinya, anda ingin kongsi dengan orang lain, tetapi selepas berkongsi, anda takkan milikinya lagi, apa dia?. | Jawapannya ialah rahsia. Rahsia yang dikongsi dengan orang lain bukan lagi rahsia anda. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Rujuk petikan di bawah dan kemudian jawab soalan dalam bahasa yang sama seperti petikan: Laluan: Turki terletak di Anatolia (97%) dan Balkan (3%), bersempadan dengan Laut Hitam, antara Bulgaria dan Georgia, dan bersempadan dengan Laut Aegean dan Laut Mediterranean, antara Yunani dan Syria. Koordinat geografi negara terletak di: 39°00′N 35°00′E Soalan: Di mana terletaknya 3% Turki? | Balkan | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Ayat 1: Underdog juga digunakan sebagai muzik kemasukan untuk Carl Froch dalam perlawanan tinju beliau terhadap George Groves di Stadium Wembley. Ayat 2: Underdog juga digunakan sebagai muzik pintu masuk untuk Carl Froch dalam perlawanan tinju beliau terhadap George Groves di Stadium Wembley. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak? | Ya, betul | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Pakaian yang baru dibasuh itu belum ____________________.
| dikeringkan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Apakah maksud 'dabik dada'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan. Contoh ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'cari ikhtiar'? Berikan satu contoh ayat. | Simpulan bahasa ini bermaksud berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud dengan simpulan bahasa "berbiji sabak"? | Ia bermaksud berupa sedih. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bongkok dek menganyam, silap mengelarai'? | Ia bermaksud sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai ayam laga sekandang"? | Kaum keluarga berkelahi sama sendiri | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah lirik lagu Kemegahan Negaraku? | Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi
Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan kepada: "Lebih dari satu juta kanak-kanak Yahudi, kira-kira dua juta wanita Yahudi dan tiga juta lelaki Yahuditerbunuh dalam Holocaust".? Topiknya ialah Holocaust. | "Berapakah orang terbunuh dalam Holocaust?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah kekurangan pemacu kilat USB? | Kekurangan pemacu kilat USB adalah seperti berikut:
1. Mudah hilang kerana rekabentuk yang kecil.
2. Walaupun harga pemacu kilat semakin murah, kos spesifik penyimpanan data di dalam pemacu kilat masih lebih tinggi daripada DVD±RW.
3. Kebanyakan model pemacu kilat tidak dilengkapi ciri keselamatan seperti suis lindung-tulis ataupun perisian kata laluan, maka lebih mudah berdepan risiko dijangkiti virus.
4. Boleh dirosakkan akibat pendawaian port USB yang tidak betul pada komputer.
5. Plag USB boleh patah jika pemacu dihempap. Ini kerana titik pateri plag USB adalah titik paling lemah dan mudah patah serta rekabentuknya yang tersembul keluar. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'? | Ia bermaksud menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Kalau ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
| Orang naik beca semasa hujan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud Gatal mulut? | Maksudnya adalah Suka cakap keburukan orang. | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Apakah maksud "bagai barang derham, sedia ada suratan istanbul"? | Maksud peribahasa ini ialah perbuatan mulia yang menerima pujian istimewa. | Standard Malay | zsm | re-annotations | cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Biasanya saya digunakkan semasa melamar atau sebagai hadiah, siapa saya? | Jawapannya ialah bunga. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai air mencari jenisnya"? | Maksud peribahasa ini ialah berusaha untuk mencari ilmu tanpa berhenti-henti. | Standard Malay | zsm | re-annotations | cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd |
Apakah maksud "bawa bersemuka"? | Ia bermaksud dua pihak yang berselisih faham berhadapan untuk berunding dan menyelesaikan perselisihan mereka. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Adam __ tergelincir semasa melalui jalan yang licin itu. Pilihan:
A) rasa-rasa
B) nyaris-nyaris
C) dekat-dekat
D) pandai-pandai | Jawapan yang betul ialah B) nyaris-nyaris | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah langkah yang perlu diambil apabila brek kenderaan tidak berfungsi semasa menuruni bukit?
A. Tukar kepada gear rendah dan gunakan brek tangan.
B. Meningkatkan kelajuan
C. Langgar ke halagan supay dapat berhenti. | Jawapan yang betul ialah A. Tukar kepada gear rendah dan gunakan brek tangan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk ayam bakar panggang? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci. | Bahan: 1 ekor ayam, 5 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar. 1 inci halia, 2 batang serai, 1½ sudu besar serbuk jintan manis, 1 sudu kecil serbuk jintan putih, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu kecil lada sulah, 6 sudu besar gula perang, 1 sudu besar garam
Cara penyediaan:
1. Potong ayam ikut suka dan bersihkan. Kalau potongan besar, kelarkan supaya senang masak. Tuskan
sehingga kering.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Campurkan dengan jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, lada sulah, gula perang dan garam untuk membentuk pes perapan. Gaul sebati.
3. Sediakan bahan untuk sapuan: Campurkan pes perapan dengan sedikit air, sos cili dan minyak dalammangkuk kecil untuk digunakan sebagai sapuan semasa membakar. Ikat 3 batang serai yang diketuk hujungnya untuk digunakan sebagai berus.
Cara memasak:
1. Gaulkan ayam dengan pes perapan. Masukkan ke dalam bekas tertutup dan perap semalaman di
bahagian chiller peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk 1 jam sebelum membakar.
3. Bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar, renjiskan bahan sapuan ke atas ayam dan balikbalikkan supaya ayam masak sekata.
4. Angkat bila ayam masak | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bertandang membawa lapik'? | Ia bermaksud berkunjung ke rumah sahabat dengan membawa bekalan dan lain-lain sendiri | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Berjalan lebih lama, benda ini lagi banyak, apakah ia? | Jawapannya ialah jejak kaki. Teka-teki ini merujuk kepada fakta bahawa semakin seseorang berjalan, semakin banyak jejak kaki yang mereka tinggalkan di belakang mereka. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Jawab soalan berikut: Mengapakah adat dalam suku kaum orang asli masih dipelihara? | Jawapan: Adat dalam suku kaum orang asli dipelihara kerana memegang nilai-nilai kebudayaan yang penting dan memberikan identiti kepada suku tersebut. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai bulan dengan matahari"? | Ia bermaksud sudah sepadan benar. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Bila kecil boleh makannya, bila besar boleh membuat bangunan. | Jawapannya ialah pokok bamboo | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk lepat pisang? Tunjukkan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan: 1 cawan tepung gandum, 3 sudu besar tepung beras, 12 biji pisang yang masak ranum, 1/2 cawan kelapa parut, 2 sudu besar gula pasir, 2 sudu besar gula merah, 1/2 sudu kecil garam, Daun pisang
Cara penyediaan adunan:
1. Kupas pisang dan lenyek di dalam mangkuk besar bersama gula pasir, gula merah dan garam sehingga
hancur.
2. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan kelapa parut dan gaul sehingga sebati. Kemudian
ketepikan.
Cara penyediaan daun pisang pembungkus:
1. Potong daun pisang kepada bentuk segi empat tepat (saiz lebihkurang 15cmx25cm memanjang mengikut urat) dan lap bersih.
2. Layurkan di atas api sehingga layu/berkilat - supaya daun pisang tidak koyak semasa membungkus.
Cara memasak:
1. Panaskan pengukus.
2. Ambil daun pisang, letak 2 sudu besar adunan memanjang mengikut urat daun. Lipat kiri kanan, kemudian atas bawah. Ulangi sehingga adunan habis.
3. Bila air pengukus mendidih, susun kuih lepat di dalam pengukus dan kukus selama 20-25 minit.
4. Cucuk kuih dengan lidi atau garpu, jika tidak melekat, tandanya kuih telah masak.
5. Keluarkan dari pengukus, biarkan sejuk sebelum dihidangkan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'hinggap saja bagai langau, titik saja bagai hujan'? | Ia bermaksud sesuatu (kemalangan dan lain-lain) yang terjadi dengan tiba-tiba saja. Contoh ayat: Kemalangan ngeri itu berlaku seperti hinggap saja bagai langau, titik saja bagai hujan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Apakah maksud "ada gaya"? | Ia bermaksud ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai tupai bergelut"? | Ianya bermaksud kehebatan langkah dan pencak pendekar ketika menarik pedangnya untuk bertarung. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan untuk: "Pelakon yang membintangi Lolita, Sue Lyon, berumur empat belas tahun semasa penggambaran. "? Topiknya ialah Lolita (filem 1962). | "Berapakah umur Sue Lyon semasa penggambaran Lolita?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah maksud Kaki botol? | Maksudnya adalah Orang yang suka minum arak | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Apakah maksud 'karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali'? | Ia bermaksud mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'bertepuk sebelah tangan tiada akan berbunyi'? | Ia bermaksud tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi daripada satu pihak sahaja | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'kera kena belacan'? | Ia bermaksud sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari-lari, terloncat-loncat, dan lain-lain) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "adat juara kalah menang"? | Peribahasa ini bermaksud dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang atau untung rugi. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud "ada tangga hendak memanjat tiang"? | Menjalankan sesuatu dengan tidak menurut aturannya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'lain bengkak, lain bernanah'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud orang yang bersalah bukan orang yang menanggung akibatnya.
Contoh ayat: Lain bengkak, lain bernanah, Ali dimarahi oleh emaknya walaupun adiknya yang menumpahkan air di atas meja ketika bermain. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk roti canai? Tunjukkan langkah-langkah terperinci. | Roti canai adalah sejenis roti lapisan yang sangat popular di Malaysia. Ia berasal dari India Selatan tetapi telah menjadi sebahagian daripada makanan kebangsaan Malaysia. Roti canai bukan sahaja popular sebagai sarapan pagi tetapi juga sebagai snek atau makan malam ringan di Malaysia. Ia juga sering ditemui di gerai mamak iaitu restoran atau gerai yang diusahakan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia.
Bahan: 1 kg tepung gandum, 3 sudu makan minyak masak, 2 sudu makan susu pekat,1 1/2 sudu teh garam, air secukupnya, minyak sapi secukupnya
Cara:
1. Satukan tepung gandum, minyak masak, susu pekat dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan air secukupnya dan uli sehingga doh menjadi kental dan lembut.
3. Bulatkan doh sebesar bola golf dan lumurkan dengan minyak sapi. Perap 4 jam barulah ditebar.
4. Masak di atas kuali dan boleh dinikmati bersama kuah kegemaran | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'mata hati'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud perasaan dalam hati. Contoh ayat: Walaupun dia buta tetapi mata hatinya celik. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud peribahasa "bagai anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran"? | Maksud peribahasa ini adalah ketinggalan dalam urusan sendiri kerana mementingkan urusan orang lain. | Standard Malay | zsm | re-annotations | cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd |
Apakah maksud "bagai bumi dengan langit"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut. | Ia bermaksud jurang perbezaan yang terlalu besar. Contoh ayat: Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan itu bagai langit dengan bumi. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah maksud 'bertanam tebu di tepi bibir'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya). Contoh ayat: Isteri Ali senang dipujuk kerana Ali suka bertanam tebu di tepi bibir ketika memujuk. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Faedah Dan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. | Mutakhir ini, kita sering kali dikejutkan dengan kejadian bencana alam yang melanda hampir kebanyakan negara serta telah meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa. Ramai mempersoalkan apakah punca kejadian bencana alam yang berlaku dan secara saintifik telah membuktikan bahawa ia adalah kesan pemodenan yang dilakukan oleh manusia. Kerakusan membina pembangunan tanpa mengkaji kesan jangka masa panjang terhadap alam sekitar seharusnya menjadi polemik masyarakat dunia hari ini. Alam sekitar merupakan khazanah yang tercipta ratusan malah ribuan tahun namun dimusnahkan oleh manusia hanya dalam beberapa tahun. Maka, setiap diantara kita perlu bermuhasabah dan mula mencari jalan dalam memulihara serta memelihara alam sekitar demi menjamin kepentingan alam sekitar.
Signifikan utama dalam penjagaan alam sekitar adalah habitat flora dan fauna akan terpelihara. Alam sekitar yang merangkumi gunung-ganang, taburan hutan sehingga ke lautan merupakan habitat kepada hidupan flora dan fauna. Disebabkan populasi manusia yang semakin bertambah dari tahun ke tahun, pembangunan penempatan juga bertambah rancak. Kita tidak boleh nafikan bahawa pembangunan adalah penting demi mencapai kemajuan tetapi elemen penjagaan alam sekitar seharusnya menjadi agenda utama. Hal ini demikian kerana kita masih lagi bergantung kepada sumber flora dan fauna dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya bekalan makanan. Sebagai contoh, tumpahan minyak yang berlaku di laut dalam telah menyebabkan ikan-ikan mati dan nelayan tidak dapat menampung permintaan daripada konsumer. Kesannya, isu keselamatan makanan akan timbul dan boleh menimbulkan konflik antara negara. Mekanisme kawalan yang efektif hendaklah dilaksanakan supaya permintaan konsumer dapat dipenuhi disamping pemeliharaan habitat flora dan fauna terjamin. Janganlah kita bersikap seperti peribahasa Melayu diberi betis, hendak peha yang membawa maksud bersikap tamak akan merugikan kita.
Pada masa yang sama, ekosistem dunia akan menjadi stabil sekiranya alam sekitar dijaga dengan baik. Pemanasan global, kenaikan paras air laut dan pencemaran merupakan isu yang timbul sejak dua tiga dekad kebelakangan ini. Kejadian ini berlaku disebabkan perindustrian yang dicipta oleh manusia sehingga menyebabkan ekosistem yang memelihara fungsi bumi terganggu. Tamsilnya, pelepasan karbon telah terhasil daripada pembakaran tenaga seperti kilang pemprosesan dan penggunaan pengangkutan bahan api. Akibatnya, berlaku penipisan lapisan ozon dan efek rumah hijua dimana kekurangan jumlah pokok untuk meneutralkan semula kadar karbon yang berada di hemisfera bumi telah menyumbang kepada peningkatan suhu tersebut. Oleh sebab itu, masyarakat konvensional perlu berkongkalikung dalam mencari jalan supaya ekosistem bumi kembali stabil disamping kemajuan manusia dapat dicapai. Persis peribahasa melayu, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.
Di samping itu, penjagaan alam sekitar adalah mustahak bagi memastikan kesihatan manusia terjamin. Kita merupakan makhluk yang lemah dan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya jika alam sekitar tidak dijaga. Pencemaran alam yang berlaku telah menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit baharu yang mengancam nyawa manusia. Tambahan pula, penyakit tersebut mudah dijangkiti dan ubat untuk merawat pesakit memerlukan masa yang lama sebelum ia betul-betul selamat untuk digunakan. Di Malaysia misalnya, penyakit denggi telah mengancam kesihatan masyarakat tempatan saban tahun. Endemik ini boleh dihindari sekiranya setiap ahli masyarakat memastikan kebersihan kawasan setempat dan kebersihan kendiri. Aktiviti bergotong-royong wajar digalakkan dan kecekapan pengurusan sampah hendaklah ditambah baik oleh pihak berwajib. Mutiara kata mencegah lebih baik daripada merawat wajar menjadi pegangan setiap anggota masyarakat dalam mendepani isu berkaitan kesihatan dimana jika dipandang enteng kelak akan memakan diri sendiri.
Jika dilihat pada sudut yang berbeza, alam sekitar yang terjaga dapat menarik pelancong sama ada domestik atau antarabangsa. Malaysia telah dikurniakan khazanah alam yang banyak dimana pulau yang mengelilingi perairan negara menjadi pusat penyelam skuba kerana keindahan terumbu karang yang terdapat di dasar laut. Manakala kemegahan Gunung Kinabalu menjadi kegemaran pendaki gunung dalam melihat keunikan bentuk muka bumi Sabah yang terpampang setelah mencapai kemuncak pendakian. Dua contoh tarikan utama pelancong tempatan mahupun asing ini adalah alam sekitar yang wajar diuruskan dan dipelihara sehabis baik. Pihak berkuasa seharusnya merancang dengan penuh teliti untuk meningkatkan jumlah pelancong di samping memelihara keindahan alam yang tersemat di kawasan tersebut. Intihannya, Pelancongan yang berteraskan alam sekitar mampu menjana ekonomi setempat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara amnya.
Tuntasnya, banyak kepentingan yang telah dikupas dalam usaha menjaga alam sekitar. Setiap pihak berperanan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan alam sekitar dipelihara dan dipulihara agar fungsinya terjamin. Dengan sifat berat sama dipikul ringan sama dijinjing, pencemaran dan bencana alam boleh dielakkan sebelum ia terjadi kepada diri atau negara sendiri. Kemajuan manusia tidak akan terhalang kerana sudah terdapat konsep pembangunan lestari dimana kelestarian alam sekitar menjadi keutamaan disamping pembangunan dijalankan. Semoga segala inisiatif menjaga alam sekitar disokong dan mendapat perhatian umum sehingga mengubah norma biasa manusia kepada norma baharu yang lebih baik. Seterusnya melahirkan generasi yang menghargai alam sekitar serta bersifat progesif dalam mengembangkan potensi diri, masyarakat, negara dan juga manusia sejagat. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang __ itu.
Pilihan:
A) lidah bercabang
B) pisau cukur
C) curi tulang
D) mati kutu | Jawapan yang betul ialah A) lidah bercabang. "Lidah bercabang" bermaksud percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "berbudi bagai pisang lebat"? | Ia bermaksud mendapat bencana kerana angkuh. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bawa tempurung"? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud minta sedekah. Contoh ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'cempala mulut'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud suka mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain. Contohnya, Kamarul tidak popular dalam kalangan rakan sekelasnya kerana tabiatnya yang cempala mulu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Bunga yang di atas langit. | Jawapannya ialah bunga api. Pancaran bunga api kelihatan seperti bunga yang memekar dalam langit. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan untuk: "Selepas kematian Harris, Michael Gambon memainkan watak Dumbledore untuk semua filem yang seterusnya. "? Topiknya ialah Albus Dumbledore. | "Siapakah yang memainkan Albus Dumbledore dalam Harry Potter 6?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Biru dan kuning boleh melahirkan saya. | Jawapannya ialah hijau. Hijau islah hasil campuran biru dan kuning. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud "awak menangis diberi pisang"? | Ia bermaksud pujukan yang tepat pada masa | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "adat periuk berkerak, adat lesung berdedak"? | Sekiranya mahu hidup senang, perlu sanggup susah | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "beraja di hati, bersultan di mata"? | Ia bermaksud menuruti kehendak atau nafsu sendiri. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah jawapan untuk teka-teki yang bertemakan permainan berikut: Hanya akan menang apabila pasukan anda lebih berkuasa. | Jawapannya ialah tarik tali. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Apa yang berkaki lapan tetapi tidak mempunyai tangan, bermata dua dan perut dipenuhi sarang. | Jawapannya ialah labah-labah. Labah-labah merupakan haiwan invertebrata artropoda pemangsa yang berkaki lapan, mulut yang tidak boleh mengunyah, mempunyai dua tagma dan organ menghasilkan sutera. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud "barang kemas"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut. | Ia bermaksud barang perhiasan yang dipakai oleh wanita. Contoh ayat: Murid-murid dilarang memakai barang kemas ketika ke sekolah. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah maksud 'minta nyawa'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud memohon supaya tidak dibunuh, meminta belas ihsan. Contoh ayat: Pencuri itu minta nyawa daripada ahli rukun tetangga yang menangkapnya ketika sedang memecah masuk rumah Pak Jamal. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai ayam menang, kampung tergadai"? | Maksud peribahasa ini ialah keberuntungan yang tidak ada faedahnya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud 'cepat tangan'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud orang yang suka mencuri. Contoh ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'habis akal'? | Ia bermaksud habis segala usaha dan tidak tahu apa yang harus dilakukan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai beban belum lepas dari bahu"? | Ia bermaksud beban yang masih ditanggung. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Bubur jagung adalah manisan pencuci mulut yang popular untuk juadah berbuka puasa atau untuk minum petang. Bubur jagung bersagu rasanya sedap dan lemak manis, ia sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah roti putih. Apakah resipi untuk bubur jagung bersagu? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci. | Bahan: 2 cawan jagung manis (dari 2 tongkol jagung), 1 cawan / kotak kecil santan, 5 sudu besar biji sagu mata ikan, ½ cawan gula pasir (atau gula perang), 5 cawan air, 1 helai daun pandan, Secubit garam
Cara penyediaan:
1. Hiris jagung dari tongkolnya. Hiris 2 kali pada setiap sisi agar setiap biji jagung terpotong dua - supaya keluar rasa jagung dan mudah empuk. Kalau menggunakan jagung sejuk beku, keluarkan jagung dari peti ais dan defrost.
2. Bilas sagu dengan air kemudian tuskan.
3. Siat dan simpul daun pandan.
Cara memasak:
1. Masukkan jagung, air dan daun pandan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
2. Bila jagung empuk, masukkan sagu dan kacau supaya sagu tidak bergumpal.
3. Bila sagu bertukar warna dari putih ke separa jernih (jernih di luar, berbintil putih di dalam), masukkan santan, gula, secubit garam dan kacau perlahan-lahan.
4. Masak sehingga santan mendidih, kemudian reneh sehingga sagu masak (menjadi jernih) sepenuhnya.
5. Tutup api, angkat dan hidangkan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. “_____________, ya! Kamu jangan lupa menjemput Nani esok,” | Jawapannya ialah "Oh". | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat tersebut: Taman Negara Kuala Tahan, Pahang antara hutan simpan yang paling tua di dunia. | Subjek: Taman Negara Kuala Tahan, Pahang
Predikat: antara hutan simpan yang paling tua di dunia | Standard Malay | zsm | original-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah maksud 'elok arak pada hari panas'? | Ia bermaksud orang yang sukacita kalau beruntung | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah keburukan makanan ringan kepada masyarakat kita?
| Keburukan makanan ringan adalah seperti berikut:
1. Punca kepada masalah kesihatan seperti obesiti
2. Merosot daya ingatan dan pembelajaran
3. Mengurangkan keupayaan untuk mengawal selera makan
4. Pertumbuhan terbantut
5. Mengakibatkan kerosakan gigi dan gusi
6. Menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi
| Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |