title
stringlengths 12
109
| created_epoch
int64 1.73B
1.73B
| url
stringlengths 58
126
| author_name
stringlengths 6
53
⌀ | word_count
int64 86
6.47k
| created_utc_time
stringlengths 19
19
| created_local_time
timestamp[ns] | body
stringlengths 653
52.1k
|
---|---|---|---|---|---|---|---|
'Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak' | 1,728,810,660 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143965/dua-malam-ini-banyak-darah-keluar-dari-mata-anak | Noor Hidayah Tanzizi | 324 | 2024-10-13 09:11:00 | 2024-10-13T17:11:00 | Kuala Lumpur: Pesakit kanser retinoblastoma, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah kerana kekurangan air dalam badan. Kanak-kanak berusia dua tahun yang mesra disapa Faqqeh itu dirawat di hospital sejak Rabu lalu dan kini keadaannya dilaporkan stabil. Bapanya, Abu Soffian Ghazali, 51, berkata, berat badan anaknya itu menyusut dan dilihat lemah selain tiada selera makan selama seminggu dan hanya minum susu saja. Menurutnya, isteri, Nor Ashma Abdullah, 43, yang menyedari perubahan Muhammad Faqqeh Adha memintanya membawa anak ke hospital sebelum kanak-kanak itu diberikan rawatan. "Anak juga mengalami sawan kira-kira 11 kali semalam dan pagi tadi juga dia diserang sawan, namun keadaannya stabil ketika ini. Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dia yang menetap di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, Padang Terap di Kedah berkata, anak kini dijaga isteri di hospital, manakala dia menguruskan anak lain di rumah. "Setakat ini belum pasti lagi bila Faqqeh dibenarkan pulang ke rumah. Saya akan ke hospital selepas selesai menguruskan anak untuk membantu isteri menjaga Faqqeh sementara dia mahu menguruskan diri dan solat. "Kami reda dengan ujian ini tetapi sebagai ibu bapa, kami sentiasa berdoa supaya Faqqeh sembuh dan ada keajaiban untuknya. Saya dan isteri tidak pernah putus harapan untuk melihat anak sembuh dan sihat," katanya. Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada penyumbang dan orang ramai yang memberi sumbangan, sokongan dan doa untuk anak serta keluarganya sejak kisah Muhammad Faqqeh Adha disiarkan Harian Metro, baru-baru ini. "Kami dapat panggilan telefon yang memberi sumbangan dan sokongan. Sumbangan diterima itu digunakan untuk kos berulang alik ke hospital dan keperluan anak," katanya yang berharap orang ramai terus mendoakan kesembuhan anaknya. Sebelum ini Harian Metro menyiarkan kisah Muhammad Faqqeh Adha yang kehidupannya berubah sepenuhnya selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu. Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis. |
Dipuji pelajar secara keterlaluan, Syeikh Muhd Zainul Asri akui perkara berlaku secara spontan - JHEAIK | 1,728,809,547 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143957/dipuji-pelajar-secara-keterlaluan-syeikh-muhd-zainul-asri-akui-perkara-berlaku | Noorazura Abdul Rahman | 303 | 2024-10-13 08:52:27 | 2024-10-13T16:52:27 | Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sudah memanggil dan memberi nasihat kepada seorang pendakwah berkaitan video tular sekumpulan pelajar mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab memuji guru mereka secara keterlaluan dalam sebuah majlis meraikan hari lahir beliau. Pengarahnya, Datuk Dr Abd Ghani @Zulkifli Zainuddin berkata, pihaknya sudah mendapatkan penjelasan daripada pendakwah berkenaan iaitu Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli bagi mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit. Katanya, Muhd Zainul mengakui video itu dirakam pada tahun 2020 namun hanya tular baru-baru ini. "Menurut beliau, perkara itu berlaku secara spontan bukan atas kehendak beliau. Beliau turut tidak bersetuju dengan perkara itu dan sekadar meraikan hasrat pelajar beliau bertujuan meraikan sambutan hari lahirnya. "Pihak JHEAIK memberi teguran dan nasihat agar lebih berhati-hati dalam membesarkan mana-mana individu secara keterlaluan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan ketaksuban melampau sekiranya tidak dibendung. "Ia juga boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah," katanya dalam kenyataan hari ini. Abd Ghani berkata, JHEAIK turut mengarahkan Muhd Zainul agar menyampaikan teguran dan nasihat kepada pelajar dan pengikut beliau.Katanya, pendakwah itu akur dan mengakui kesilapan yang berlaku dan bersedia menerima teguran serta akur dengan tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak JHEAIK."JHEAIK berharap semua pihak di negeri ini berhati-hati dalam memberi penghormatan kepada mana-mana individu yang boleh membawa kepada pemujaan melampau agar perkara seumpama ini tidak berulang," katanya. Klip video berdurasi 54 saat terbabit dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan tindakan sekumpulan pelajar memuji Muhd Zainul secara keterlaluan sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Kedah bagi menyiasat isu berkenaan.Kata beliau, secara umumnya hukum memuji seseorang adalah harus dengan syarat ia perkara benar dan bukannya dusta. |
SPRM geledah 'safehouse' temui RM5 juta didakwa milik ahli politik berpengaruh | 1,728,799,819 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143904/sprm-geledah-safehouse-temui-rm5-juta-didakwa-milik-ahli-politik-berpengaruh | Muhaamad Hafis Nawawi | 274 | 2024-10-13 06:10:19 | 2024-10-13T14:10:19 | Kuala Lumpur: Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di sini, yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh semalam.Tindakan adalah susulan penahanan dua individu baru-baru termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait siasatan skandal rasuah jutaan ringgit berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu.Menurut sumber, kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor."Susulan penahanan itu, seorang suspek mendedahkan kewujudan 'safehouse' yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh. "Penggeledahan dilakukan pada sekitar jam 10 malam semalam di sebuah pangsapuri bertempat di Kuala Lumpur di mana ia disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah yang diperolehi," katanya.Sumber berkata, hasil penggeledahan menemui sejumlah wang mata wang Singapura SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta. "Wang disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya. Wang ini sudah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut. "Dipercayai wang ini diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh terbabit," katanya.Sumber juga berkata, SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah."SPRM ketika juga sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit "Saya sahkan ada dua orang ditangkap yang (didakwa) terbabit dalam perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada MBI," katanya. |
Kanak-kanak hilang ketika ambil makanan di kereta ditemukan selamat, dipercayai diculik | 1,728,795,672 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143878/kanak-kanak-hilang-ketika-ambil-makanan-di-kereta-ditemukan-selamat-dipercayai | Norzamira Che Noh | 274 | 2024-10-13 05:01:12 | 2024-10-13T13:01:12 | Shah Alam: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, pada 8 Oktober lalu ditemukan dalam keadaan selamat petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa ditemukan jam 2.30 petang. Beliau berkata, hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan mendapati kanak-kanak itu berjalan sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi dipercayai diculik. Katanya, polis mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik mana-mana orang atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang. "Bertindak atas maklumat, pada jam 5 petang semalam, enam individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran oleh anggota Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan. "Hasil semakan terhadap kesemua suspek berusia 13 hingga 23 tahun itu mendapat seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mengenali salah seorang daripada suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan. Katanya, polis turut merampas Perodua Myvi yang dipercayai digunakan ketika kejadian. "Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. Media pada Rabu lalu melaporkan kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang. Hoong Fong berkata, kanak-kanak itu ke tempat parkir selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta pada Selasa. "Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari namun tidak menemuinya sebelum membuat laporan polis," katanya. |
Gajah dah tak takut manusia | 1,728,792,918 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143855/gajah-dah-tak-takut-manusia | Mohd Jamilul Anbia Md Denin | 298 | 2024-10-13 04:15:18 | 2024-10-13T12:15:18 | Kuala Lumpur: "Berderau darah setiap kali mengetahui gajah liar menceroboh 'masuk' kampung. Saya masih trauma berikutan datuk pernah menjadi korban kepada serangan gajah pada tahun 2008," kata Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung RPS Kemar, Kamel Alang. Dia tidak menyangka kehilangan datuk, Ateh Itam, 74 (ketika itu) yang berpengalaman luas dalam selok-belok hutan. "Memang terkejut kerana kebiasaannya gajah liar akan melarikan diri sebaik bertembung dengan manusia. "Namun mungkin jarak gajah itu terlalu dekat menyebabkan datuk menjadi mangsa serangan. "Ketika ditemui penduduk kampung, datuk saya ditemui terbaring dan mengalami pendarahan dalaman yang menjadi punca kematiannya," katanya. Menurut Kamel, jarak dengan kampung dan tempat datuknya ditemui kira-kira dua kilometer dan bukanlah terlalu jauh di dalam hutan. "Serangan gajah liar kebelakangan ini lebih kerap dan ketara. Malah, jaraknya semakin dekat dengan kampung dihuni penduduk. "Pada saya, ancaman keselamatan terhadap serangan gajah liar semakin serius dan serangan terbaru pada Jun lalu mengakibatkan kematian penduduk kampung Katong, Alang Aluej, 65, juga akibat dipijak gajah. "Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa masuk ke kebun mengutip sayur. Sehingga kini sudah lima kes kematian akibat serangan haiwan liar itu," katanya. Tambah Kamel, ancaman serangan gajah ini menyebabkan penduduk tertekan dan tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. "Penduduk kampung berada dalam ketakutan setiap hari berikutan gajah liar semakin kerap menceroboh kampung dan merosakkan rumah. "Ketika musim buah-buahan pada Jun hingga Ogos lalu, serangan gajah turut meningkat. "Seawal jam 10 pagi, kelibat gajah boleh ditemui dalam kawasan kampung. Walaupun dihalau, gajah liar tidak mahu beredar pergi. Pihaknya berharap mereka dapat mencari rezeki tanpa perlu berdepan ketakutan menjadi mangsa serangan gajah. "Ketegangan meruncing dalam konflik membabitkan gajah liar atau gajah dipindahkan dari kawasan lain ke sini perlu diatasi. "Seboleh-bolehnya pihak berkaitan termasuk Perhilitan boleh memantau dan mencari alternatif supaya gajah liar tidak boleh sampai ke kawasan dihuni penduduk," katanya. |
Tidur tak lena diganggu gajah | 1,728,792,620 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143851/tidur-tak-lena-diganggu-gajah | Mohd Jamilul Anbia Md Denin | 422 | 2024-10-13 04:10:20 | 2024-10-13T12:10:20 | Gerik: "Saya tidak boleh tidur lena berikutan kerap diganggu dengan kehadiran gajah liar," kata seorang penduduk Pos Kemar, Roni Aset. Menurutnya, gajah liar yang muncul adalah gajah berlainan setiap hari dan ia membuatkan mereka sekeluarga ketakutan. "Gajah tidak aktif hanya pada malam, sebaliknya mamalia ini kerap merayau di kawasan kampung pada waktu siang. "Saya pernah terserempak gajah berkeliaran di sekitar kampung pada jam 10.30 pagi. Saya segera lari masuk ke dalam rumah sebaik terserempak 'abang besar'. "Gajah setinggi lebih 2.5 meter itu hanya berada kurang 50 meter dari kediaman saya. Haiwan itu 'tercogok' di depan rumah. "Saya terpaksa berkurung kerana bimbang amukan gajah liar jika dia sedar kehadiran saya," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, gajah liar 'versi' sekarang lebih agresif berdasarkan tingkah laku gemar merosakkan tanaman dan struktur yang ada sekitar kampung. "Kalau dahulu, gajah liar hanya singgah ke kampung untuk mengutip buah atau sayur. Namun sejak kebelakangan ini gajah sudah mula 'mengopek' kulit batang pokok tanaman. Kesannya pokok akan mati. "Dahulu haiwan ini sekadar mengambil dan memakan buah tanpa merosakkan pokok. "Selain itu, saya dapati gajah liar lebih berani dan tidak lagi takut kepada manusia. Jika dihalau dengan mercun, gajah liar terbabit akan lari sebelum muncul kembali tidak lama kemudian," katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penduduk kampung 'mati akal' dalam usaha mencari cara menghalau gajah liar terbabit," katanya. Dia berharap Perhilitan boleh mencari solusi sebelum konflik gajah dan manusia memburuk. "Kalau boleh kami tidak mahu insiden meracun gajah terjadi di hutan Royal Belum kerana selama ini masyarakat Orang Asli menjaga hubungan dengan alam semula jadi," katanya.Gajah liar sudah berubah tabiatGerik: Ancaman gajah liar menjejaskan kehidupan 5,000 penduduk masyarakat Pos Kemar di sini. Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak, Hairulnizam Abdul Rahim berkata, isu konflik di antara gajah liar dan penduduk perlu diselesaikan segera berikutan kekerapan kes dilaporkan. "Tolong simpati dengan masyarakat Orang Asli yang terpaksa bersaing dengan gajah. Apatah lagi pendapatan mereka tidak seberapa. "10 tahun dahulu, penduduk masih boleh merasai hasil hutan dan tanaman.Namun kini tanaman mereka dimusnahkan gajah. "Dahulu gajah liar tidak memakan spesies pisang hutan menyebabkan penduduk menanam spesies pokok buah itu. "Namun kini tanaman itu menjadi sasaran gajah liar. Gajah liar sudah berubah dari segi tabiat dan tingkah laku," katanya.Tambah Hairulnizam, masyarakat Orang Asli amat bergantung dengan tanaman dan hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. "Usaha meningkatkan sosio-ekonomi mereka berdepan tugas sukar akibat ancaman gajah. "Banyak projek pertanian yang dapat menjana pendapatan penduduk Orang Asli namun tidak dapat dilaksanakan. "Ini menyebabkan masyarakat Orang Asli sukar keluar dari garis kemiskinan apabila menerima kekangan seperti ini," katanya. |
'Abang besar' semakin ganas | 1,728,792,331 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143847/abang-besar-semakin-ganas | Mohd Jamilul Anbia Md Denin | 875 | 2024-10-13 04:05:31 | 2024-10-13T12:05:31 | Kuala Lumpur: Kes bersiri amukan gajah liar hingga mengakibatkan kematian mangsa terus meningkat apabila tiga individu terkorban sejak Januari lalu. Malah, sejak Januari lalu, mamalia sama turut menyerang dan menyebabkan kecederaan tiga mangsa lain. Dalam kejadian baru-baru ini, Musa Ahmad, 65, ditemui meninggal dunia di bawah talian kabel di Kampung Basung, Terengganu, dipercayai dipijak gajah di bahagian dada, kepala dan tangan. Sementara itu pada 26 September lalu, seorang pemuda, Mohamad Syafik Yakob, 31, meninggal dunia akibat dipijak gajah di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Felda Tenggaroh 5 di Mersing, Johor. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, berdasarkan kajian dilakukan, serangan gajah liar terhadap manusia tidak akan berlaku tanpa alasan munasabah. "Impak konflik manusia dan gajah adalah kesan kehilangan habitat haiwan berkenaan. Ia berkait rapat perubahan guna tanah untuk aktiviti-aktiviti pertanian, perladangan, penempatan, perbandaran serta pembangunan infrastruktur. "Serangan turut boleh berlaku apabila haiwan liar itu diganggu selain wujud tindakan provokasi terhadap haiwan berkenaan. "Orang awam dinasihati tidak mengambil tindakan sendiri terhadap gajah liar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Sebarang tindakan yang diambil orang awam perlulah mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Perhilitan selaras dengan peruntukan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," katanya. Kadir berkata, pihaknya menerima sebanyak 953 jumlah aduan berhubung kes kacau ganggu gajah liar di Semenanjung Malaysia sejak awal tahun ini. "Berdasarkan rekod dikemaskini Jabatan Perhilitan bagi tahun 2023, sebanyak 56 ekor gajah liar berjaya ditangkap dan dipindahkan. "Kaedah tangkapan pindah gajah adalah kaedah dipraktikkan Jabatan Perhilitan bagi membantu mengatasi masalah ancaman gajah liar di Semenanjung Malaysia," katanya. Menurutnya, kaedah yang dijalankan ini adalah salah satu kaedah pengurusan in-situ hidupan liar serampang dua mata yang berkesan di mana ia bukan hanya dapat mengurangkan konflik gajah dan manusia bahkan menjamin konservasi gajah bagi jangkamasa panjang. "Bagi kes membabitkan serangan hidupan liar dikategorikan Perhilitan sebagai binatang buas, mangsa atau waris boleh membuat tuntutan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Manakala bagi kes membabitkan kerugian atau kerosakan harta benda, satu bentuk bantuan kewangan secara one-off diberikan kepada penduduk kampung, komuniti setempat, Orang Asli, petani, nelayan dan penternak yang terjejas. "Bantuan diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) boleh dimohon melalui Jabatan Perhilitan," katanya. Tambahnya, anggaran populasi gajah Asia atau nama saintifiknya Elephas maximus di Semenanjung Malaysia kini antara 1,220 dan 1,677 ekor ketika ini. "Manakala populasi gajah di Sabah dianggarkan antara 1,000 dan 1,680 ekor. Bagaimanapun, saiznya agak kecil berbanding gajah yang ada di Semenanjung Malaysia. "Bagaimanapun, populasi gajah tidak terdapat di Sarawak," katanya kepada Harian Metro. Ditanya sama ada populasi gajah di Malaysia berdepan isu kepupusan, beliau memaklumkan gajah tidak mengalami kepupusan di Malaysia berikutan ia sejenis hidupan liar yang mampu beradaptasi dengan perubahan alam sekelilingnya dan tidak mempunyai masalah dalam memilih sumber makanan. "Gajah boleh makan pelbagai jenis makanan sama ada yang tumbuh secara semula jadi atau jenis tanaman pertanian oleh manusia," katanya. Beliau berkata, berdasarkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) NECAP 2.0, gajah di Semenanjung Malaysia kebanyakannya bertaburan di tiga lokasi iaitu di Kompleks Hutan Belum-Temenggor, Kompleks Taman Negara dan Kompleks Hutan Endau-Rompin. "Ia merangkumi enam negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor," katanya. Tambahnya, gajah Asia adalah hidupan liar darat terbesar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai fungsi ekologinya tersendiri. "Keperluan kawasan keliaran atau habitat yang luas menjadikan gajah sebagai salah satu spesies hidupan liar utama yang perlu dilindungi. Melindungi gajah dan habitatnya secara tidak langsung akan melindungi spesies hidupan liar lain yang berada di dalam habitat yang sama. "Pelbagai langkah serta usaha konservasi sudah dan sedang dilaksanakan Jabatan Perhilitan bagi memulihara spesies Gajah di negara ini. Antaranya adalah menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai. "Perhilitan turut menjalankan aktiviti tembak halau bagi menakutkan gajah liar dan menghalau haiwan itu kembali ke dalam hutan. Operasi tangkapan dan pemindahan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai turut dilakukan," katanya. Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan program penguatkuasaan seperti rondaan kuatkuasa di kawasan hotspot berlakunya pemburuan haram. "Perhilitan turut menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah liar secara pemasangan kolar satelit. Ia akan berfungsi sebagai Sistem Amaran Awal (Early Warning System) bagi mengesan pergerakan gajah liar ke kawasan pertanian atau penempatan manusia. "Kami turut membangunkan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) terutamanya di kawasan kampung atau pertanian tradisional yang berdekatan dengan habitat utama gajah liar. "Selain itu, Perhilitan menyediakan pelan menyelamat hidupan liar bagi mengurangkan impak pembangunan ke atas hidupan liar terutamanya gajah liar bagi projek pembangunan membabitkan pembukaan habitat gajah liar berskala besar," katanya. Sementara itu, bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya, banyak papan tanda amaran didirikan di kawasan hotspot lintasan gajah liar. "Menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11, Projek Pembinaan Santuari Gajah Johor sudah bermula dan akan berperanan mengurangkan kadar aduan gangguan gajah liar di negeri Johor dan memberi peluang pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat menerusi aktiviti eko pelancongan. "Selain itu, Projek Pengurusan dan Pembangunan Central Forest Spine (CFS) juga banyak membantu menyambungkan rangkaian habitat gajah liar yang terpisah menerusi projek pembinaan viaduct di rangkaian ekologi utama di negeri Terengganu (Taman Negara – HSK Tembat), Pahang (HSK Sg. Yu – HSK Tanum) dan Perak (Taman Negeri Royal Belum – HSK Temengor). Manakala projek terkini pembinaan viaduct sedang dijalankan di negeri Johor yang akan menyambungkan HSK Labis Timur - HSK Mersing dan HSK Lenggor," katanya. |
Hanya bayar serendah RM100 setahun | 1,728,792,027 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143838/hanya-bayar-serendah-rm100-setahun | Fairul Asmaini Mohd Pilus | 976 | 2024-10-13 04:00:27 | 2024-10-13T12:00:27 | ISU persijilan halal menjadi antara isu hangat yang sudah lama dibincangkan di negara ini. Sebagai negara dengan penduduknya majoriti beragama Islam, masih banyak premis makanan terutama rangkaian popular yang tidak mendapatkan sijil halal meskipun dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam. Isu berkenaan juga semakin panas sejak kebelakangan ini apabila ada pihak yang menganggap pensijilan halal perlu bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa. Wartawan, FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MUHYIDIN AZIZ @SAARI mengulas mengenai isu persijilan halal untuk Kafe Ahad minggu ini.Adakah benar tanggapan segelintir pihak bahawa proses memohon sijil Halal Malaysia rumit, memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang?Sindrom LSM (lambat, susah dan mahal) adalah antara perkara yang sering dibangkitkan apabila berbicara mengenai pensijilan halal.Saya amat percaya bahawa, setiap perkara atau satu proses dilalui mana-mana pihak perlu kepada maklumat dan pengetahuan mencukupi terhadap aspek tersebut. Ia penting sebagai salah satu langkah melancarkan apa jua urusan yang sedang hadapi.Perkara ini, sama juga seperti memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Sekiranya mana-mana pemohon yang tidak bersedia dengan maksud lain, tidak pernah ketahui prosedur pensijilan halal Malaysia, syarat-syaratnya, keperluan umum dan khusus, maka mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk menjalani proses permohonan SPHM itu.Pada masa ini, Jakim sendiri melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia di mana semua permohonan SPHM boleh diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja.Walau bagaimanapun, tanggungjawab industri sebagai pemohon SPHM adalah penting bagi memastikan kecukupan dan kesediaan dari segala aspek termasuklah permohonan yang dikemukakan adalah lengkap, bahan mentah jelas dari sumber yang halal, premis sudah bersedia sepenuhnya dan pihak syarikat juga mematuhi apa jua perundangan atau peraturan-peraturan daripada pihak berkuasa.Dalam konteks kos permohonan SPHM, tanggapan bahawa ianya mahal adalah tidak benar.Jika ada pihak yang mengatakan kos untuk sijil halal ini tinggi, anda boleh rujuk pada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 pada Bahagian 3 berkaitan fi pensijilan.Dalam klausa itu jelas menyatakan bahawa, fi pensijilan yang ditetapkan adalah mengikut kepada kategori industri iaitu mikro, kecil, sederhana dan besar.Sebagai contoh, fi yang dikenakan bagi skim produk makanan dan minuman bagi industri mikro (nilai perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.00) hanyalah serendah RM100 setahun manakala untuk industri besar (nilai perolehan tahunan melebihi RM50 juta) pula hanyalah RM1,000 setahun.Jika dibuat perbandingan antara fi pensijilan yang dikenakan dengan nilai perolehan tahunan syarikat, ianya amatlah rendah.Pihak yang mengatakan sijil halal memerlukan kos yang tinggi adalah kerana mereka menggabungkan bersama kos-kos permohonan sijil halal yang mereka lantik untuk diuruskan melalui pihak ketiga. Apa faktor yang menyebabkan proses permohonan SPHM mengambil masa?Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Belanjawan 2024, tempoh memproses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dipendekkan daripada 51 hari kepada 30 hari.Untuk makluman, pada masa ini, Jakim melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia dan statistik Januari hingga Julai 2024 menunjukkan 96 peratus berjaya diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja.Selain itu, pihak Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri yang menguruskan pensijilan halal di negeri masing-masing juga sudah mula mengikuti jejak langkah Jakim untuk memperkasa pengurusan pensijilan halal Malaysia.Apakah wujud tanggapan tertentu yang menyebabkan masih ramai pengusaha restoran yang menyediakan makanan halal tidak memohon persijilan halal?Selain daripada tanggapan mahal dan lambat, ramai dari kalangan pengusaha dimomokkan dengan sijil halal itu susah. Sebenarnya sijil halal tak susah seperti yang dikatakan kerana sekiranya pengusaha menyediakan makanan yang halal dan semua bahan ramuan yang digunakan juga halal, ianya sudah memenuhi salah satu keperluan halal yang ditetapkan.Walau bagaimanapun, aspek keselamatan dan kebersihan juga perlu dititkberatkan oleh pemohon.Tanggapan susah wujud kerana mereka menganggap proses pensijilan yang dilakukan dengan terperinci ini sangat menyusahkan.Contohnya, dokumen pengesahan halal bagi setiap bahan ramuan yang digunakan perlu disertakan, maklumat berkaitan pekerja perlu lengkap, kawalan halal dalaman perlu dilaksanakan dan lain-lain. Jika dilihat kepada keseluruhan perkara ini, keperluan ditetapkan itu penting bagi memastikan keterjaminan halal satu-satu produk dihasilkan. Inilah asas dan tunjang utama kepada pensijilan halal Malaysia dan dilengkapkan dengan pematuhan standard dan piawaian halal ditetapkan.Walaupun pensijilan halal ini hanya bersifat sukarela, tetapi Alhamdulillah, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri sentiasa berusaha keras untuk mempromosikan kepentingan pensijilan halal selain mengambil langkah pentadbiran dengan mempermudahkan birokrasi permohonan, tetapi pada masa sama tetap mengutamakan integriti pensijilan.Teras integriti adalah pasak kepada pensijilan halal Malaysia, ia tidak boleh dikompromi sama sekali kerana membabitkan amanah agama.Adakah cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil? Sehingga kini permohonan SPHM yang dilaksanakan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam (Main) atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) bersifat sukarela.Ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.Melalui SPHM yang diperoleh itu, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal.Apakah tindakan kepada pihak ketiga yang mendakwa boleh membantu mendapatkan sijil halal dengan mengenakan kos tertentu?Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bil 1/2014, jelas menyatakan bahawa urusan pensijilan halal Malaysia hendaklah diuruskan terus oleh pemohon, tanpa melalui pihak ketiga.Ini bertujuan supaya pemohon sendiri memahami segala syarat, keperluan, peraturan dan prosedur pensijilan halal sebelum membuat permohonan dan seterusnya lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan sistem kawalan halal dalam syarikat pemohon.Walau bagaimanapun, Jakim dan MAIN/JAIN tidak pernah melarang pihak syarikat untuk melantik pihak-pihak tertentu bagi membantu dan membimbing industri dalam membangunkan sistem pengurusan dalaman halal syarikat ke arah mematuhi segala keperluan pensijilan halal Malaysia. Semuanya bergantung kepada pemohon sama ada ingin melalui pihak ketiga atau menguruskan secara sendiri.Setakat ini Jakim juga mendaftarkan 41 Rakan Strategik sebagai sistem sokongan untuk membantu pihak industri bersedia ke arah pensijilan halal Malaysia .Ia juga disediakan bagi melaksanakan latihan halal bersama untuk melaksanakan program Pembangunan Kapasiti Halal (PKH) secara Training & Coaching (T&C) sama ada dalam dan luar negara ke arah melahirkan lebih ramai profesional halal. |
Kalau boleh, ambillah mata ayah | 1,728,788,638 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143824/kalau-boleh-ambillah-mata-ayah | Redzuan Muharam | 431 | 2024-10-13 03:03:58 | 2024-10-13T11:03:58 | Labis: Ketika kanak-kanak seusia dengannya dapat melihat dunia, Alisa Umairah Nur Hisham yang berusia setahun 11 bulan melalui kehidupan dalam kegelapan selepas kedua belah matanya terpaksa dibuang akibat barah mata.Mata kirinya dibuang Mei lalu diikuti mata kanan pada Julai yang terpaksa dilakukan atas nasihat doktor kerana berisiko membawa maut.Bapanya, Nur Hisham Abd Hamid, 30, yang bekerja sebagai mekanik berkata, Alisa adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dilahirkan normal, bagaimanapun dia disahkan menghidap barah mata ketika berumur setahun dan penyakit itu kini berada pada tahap empat."Alisa dulu anak yang ceria dan aktif macam kanak-kanak lain. Tapi satu hari, Alisa menunjukkan simptom mata hitam memutih dan kerap menggosok mata."Melihat keadaannya, saya dan isteri bawa Alisa ke Hospital Segamat sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pemeriksaan lanjut."Di situ, Alisa menjalani pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) sebelum disahkan barah mata kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan sampai sekarang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Sebagai bapa, Nur Hisham berkata berat juga untuknya merelakan kedua mata Alisa dibuang namun terpaksa akur kerana enggan melihat anaknya bertambah menderita jika dibiarkan."Bila diberitahu mata Alisa perlu dibuang, saya sendiri menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya namun doktor kata tidak boleh."Jadi selepas berbincang dengan isteri, kami akur tetapi sedih kerana Alisa masih kecil dan belum mengerti apa yang berlaku," katanya.Nur Hisham berkata, buat masa ini dia dan isteri, Siti Salbiah Samsol, 30, perlu membawa Alisa untuk menjalani rawatan susulan di HTA, Kuala Lumpur mengikut tarikh temujanji ditetapkan.Bermula Ramadan lalu, Alisa sudah menjalani rawatan kemoterapi dan kesemua tujuh sesi sudah selesai."Akhir bulan lalu kami bawa Alisa ke HTA untuk pemeriksaan mata dan doktor memaklumkan Alisa boleh pakai mata palsu tapi ambil masa juga."Setakat ini, Alisa stabil cuma dia mempunyai tabiat kerana ada ketikanya nak duduk dalam peti sejuk pada waktu malam terutama apabila badannya panas."Jadi saya turutkan kerana bukan selalu Alisa buat permintaan itu," katanya.Di sebalik ujian itu, Nur Hisham bersyukur kerana ramai prihatin dan mendoakan Alisa terutama selepas dia berkongsi kisah anaknya di Tiktok."Niat aktifkan akaun TikTok dan muat naik video Alisa sebenarnya untuk simpan sebagai kenangan."Alhamdulillah, ramai beri kata semangat kepada saya malah berkongsi rezeki dengan menyumbang duit buat Alisa. "Terima kasih saya ucapkan, hanya Allah SWT saja dapat membalasnya dan saya berdoa semoga ada keajaiban untuk Alisa sembuh nanti," katanya yang sudah memohon bantuan daripada agensi kerajaan namun belum mendapat kelulusan.Orang ramai yang berhasrat membantu meringankan beban boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 151119244310 atas nama Nur Hisham Abd Hamid. |
Enggan insan tersayang dikecam | 1,728,770,423 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143733/enggan-insan-tersayang-dikecam | Norhayati Nordin | 571 | 2024-10-12 22:00:23 | 2024-10-13T06:00:23 | PADA masa kini, media sosial pastinya menjadi pilihan ramai apabila kebanyakan pengguna memilih berkongsi perihal peribadi dan rutin harian mereka di platform itu secara terbuka. Namun, agak menyedihkan dengan tindakan segelintir netizen yang sanggup mengecam dalam komen ditulis sehingga ada kala dilihat cukup melampau dan tiada rasa hormat. Tidak hanya mengkritik pedas pemilik akaun, malah kecaman netizen turut terkait dengan keluarga, ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik serta anak kecil. Mengambil kira hal itu, pelakon Datin Elvina Mohamad, 29, kini tidak terlalu berkongsi lagi kisah berkaitan suami dan anak-anaknya di media sosial kerana enggan insan tersayang dikecam."Komen netizen di media sosial sekarang agak menakutkan. Jadi, apabila terbaca komen kecaman ditulis itu memang boleh buat kita rasa 'down' dan sedih."Tipulah, kalau saya kata tak baca (komen) langsung. Sebagai manusia biasa, kita tetap ada keinginan nak baca komen juga walaupun tak kuat terima (kecaman)," katanya. Menurut Elvina, menyedari penjagaan kesihatan mental juga lebih penting membuatkan dia berasa mencegah dulu amat perlu diutamakan dengan tindakan segera yang diambil."Kalau saya seorang saja dikecam, memang boleh faham sebab kerjaya saya sebagai selebriti. Tetapi, apabila suami dan anak juga dikaitkan, itu benda tidak sihat. "Maka, peranan saya sebagai isteri dan ibu untuk lindungi keluarga saya. Syukur Alhamdulillah, sekarang lebih tenang apabila saya banyak berkongsi hal kerja di media sosial."Mengenai suami dan anak, biarlah ia menjadi 'privacy' saya daripada semuanya hendak dikongsikan di media sosial untuk jadi tatapan umum," katanya ditemui baru-baru ini. Elvina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Mohd Haniff Borhan, 38, pada Mac 2018 dan mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki, Karl Mateen, 6, dan Ean Maleeq, setahun. Muncul dengan drama terbaharu, Ternyata Sebuah Bahagia, Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad berkata, kesibukan kerja di set penggambaran membuatkan dia perlu meninggalkan anak dalam jagaan pembantu."Disebabkan saya dan suami bekerja, bagi penjagaan seketika anak di rumah memang kami perlukan khidmat pembantu. Walaupun sebelum ini saya pernah alami kes pembantu (rumah) lari, tapi khidmat itu tetap diperlukan."Saya pula selesa anak saya dijaga di rumah sendiri berbanding hantar mereka dengan pengasuh. Jadi, saya selalu jugalah hubungi pembantu."Anak sulung saya pun dah bersekolah dan kalau 'call' itu bercakap dan tanyalah apa saja dengan dia. Saya pun minta juga padanya untuk tengokkan adik. Alhamdulillah, dia pun dah faham," katanya. Elvina berkata, meskipun pembantu rumahnya sekarang ini boleh disifatkan bekerja dengan baik, tetapi dia perlu berhati-hati juga kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' sebagaimana kisah yang lalu. Teruja bawa watak antagonisMelakonkan watak Rhea iaitu seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi untuk hidup senang di ibu kota sehingga sanggup 'bermadu' dalam drama Ternyata Sebuah Bahagia, Elvina mengakui ia cabaran besar buatnya. Katanya, agak gementar juga melakonkan watak antagonis yang buat penonton benci memandangkan dalam situasi masa kini masalah keretakan rumah tangga semakin menjadi-jadi dan banyak pasangan berpisah."Apapun, watak Rhea bukan penyondol suami orang. Dia berkahwin dengan Datuk Zamani (lakonan Zamarul Hisham) kerana dilamar sendiri isteri pertama lelaki itu untuk menjadi 'madu'."Cuma, saya tak nafikan gementar bawa watak Rhea kerana faham penonton mesti tak suka dan marah. Tapi, saya sudah bersedia terima kecaman itu."Sebagai pelakon, saya hanya lakonkan watak Rhea sebaik mungkin dan kalau ada yang tak suka, maksudnya menjadilah lakonan saya," katanya. Selain Elvina dan Zamarul, barisan pelakon lain menjayakan drama 40 episod mengenai cabaran rumah tangga dan kecurangan dalam perkahwinan itu ialah Che Puan Sarimah Ibrahim, Azah Aziz, Kenji Sawahi, Lorenzo Irmann dan Myra Afrina. |
'Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia' | 1,728,713,712 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143577/sebagai-seorang-islam-saya-maafkan-dia | Rosli Ilham | 315 | 2024-10-12 06:15:12 | 2024-10-12T14:15:12 | Dungun: "Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia." Demikian kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun yang maut dalam kemalangan di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung, di sini, Rabu lalu.Jamaludin berkata demikian susulan permohonan maaf daripada Azhar Ahmad, 53, iaitu suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan hingga mengorbankan tiga penuntut universiti itu manakala seorang lagi cedera.Dia berkata, buat masa ini, dia dan keluarga masih bersedih dengan kehilangan anak bongsu, Allahyarham Khairil Anwar, 20, dan belum bersedia bertemu dengan suami wanita terbabit."Saya reda dan terima dengan dengan apa yang berlaku, saya maafkan dia, kalau tak maaf, dendam tidak akan habis sampai bila-bila."Bagaimanapun saya tetap akan mengambil tindakan undang-undang untuk keadilan arwah anak saya," katanya ketika dihubungi hari ini.Menurutnya, kehilangan Khairil Anwar mendatangkan kesan yang mendalam kepadanya kerana semua anak lelakinya pergi meninggalkan dia."Saya kehilangan anak sulung, Muhammad Khairul Izzudin tujuh tahun lalu dan kali ini anak bongsu pula. Kehilangan mereka sangat menyedihkan."Ibu mereka, Norma Mohamed Nor, 52, sangat terasa dengan kehilangan ini. Isteri sangat rapat dengan anak dan sepanjang masa memegang baju arwah untuk melepaskan rindu, " katanya.Jamaluddin berkata, mereka yang pernah merasai kehilangan orang tersayang saja akan faham betapa sedihnya berdepan dengan situasi sebegini."Kehilangan anak bongsu sangat perit, saya rasa lagi berat ujian ini namun saya tetap kuat dan reda dengan ketentuan ini," katanya.Harian Metro semalam melaporkan Azhar yang mewakili isterinya memohon maaf kepada semua keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan itu.Dia berharap agar ahli keluarga mangsa dapat memaafkan dan mahu bertemu dengan mereka sekiranya bersedia.Dalam kemalangan jam 7.20 malam, Rabu lalu, Honda CRV dipandu seorang wanita merempuh dua motosikal yang ditunggang empat penuntut dari arah belakang.Kemalangan mengorbankan Khairil Anwar, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, manakala Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, parah dan dirawat di Hospital Dungun. |
3,068 sijil halal ditarik balik | 1,728,705,630 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143513/3068-sijil-halal-ditarik-balik | NurNazwa Alya Azman | 295 | 2024-10-12 04:00:30 | 2024-10-12T12:00:30 | Kuala Lumpur: Sejumlah 3,068 Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sudah ditarik balik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat semalam, atas pelbagai faktor ketidakpatuhan terhadap keperluan dan piawaian pensijilan halal Malaysia. Antara sebab penarikan itu ialah, berlaku kesalahan serius dalam memenuhi piawaian syariah atau teknikal di premis yang dipersijilkan halal dan lain-lain seperti mana yang dinyatakan dalam Klausa 32 MPPHM 2020. Ia menunjukkan pemantauan berterusan terhadap SPHM giat digerakkan pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia iaitu Jakim serta pihak berkuasa di negeri-negeri. Ia dilihat satu langkah ini penting untuk mengekalkan keyakinan pengguna terhadap integriti perkhidmatan dan produk halal serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal global. Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim Muhyidin Aziz@Saari berkata, pihaknya mahupun Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sentiasa mengadakan pemantauan berkala serta berjadual mahu pun pelaksanaan penguatkuasaan berterusan dipergiatkan bagi menangani sebarang isu salah guna logo halal dan penipuan terhadap perbahasan halal. Katanya, maklumat juga sering diperoleh daripada aduan serta proactive enforcement ketika menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengannya. "Terdapat tiga jenis ketidakakuran yang sering kali kita temui yang membolehkan sijil halal ditarik atau digantung semasa pemantauan dijalankan. "SPHM boleh digantung dan boleh dinaikkan kepada status ditarik balik jika pemegang gagal melaksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh diarahkan, ini contoh ketidakakuran kecil dan keputusan penarikan sijil boleh dibuat bergantung kepada keputusan Panel Pengesahan Halal Malaysia kerana ini menunjukkan mereka tiada komitmen sebagai pemegang SPHM."Sekiranya pihak industri melakukan ketidakakuran besar, SPHM juga boleh ditarik balik dan bagi ketidakakuran serius, SPHM ditarik balik serta merta semasa pemantauan dijalankan," katanya. Walau bagaimanapun, pada masa ini, katanya, hasil pemantauan dan penguatkusaan berterusan membawa kepada pematuhan piawaian pensijilan halal semakin meningkat dan ia menunjukkan keseriusan pihak industri dan kesedaran mengenai isu halal di negara ini.Ada yang guna sijil halal palsu kaburi mata pelanggan |
Zaidatul lebur rekod 31 tahun G Shanti | 1,728,703,959 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143501/zaidatul-lebur-rekod-31-tahun-g-shanti | Aida Adilah Mat | 152 | 2024-10-12 03:32:39 | 2024-10-12T11:32:39 | Kuala Lumpur: Selepas 31 tahun, akhirnya rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) wanita milik G Shanti lebur di tangan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli. Zaidatul atau lebih mesra disapa dengan panggilan Adik, mencatatkan masa 11.49 saat (s) di Terbuka Perlis memadam rekod G Shanti, 11.50s yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.Pingat perak dimenangi oleh Nur Afrina Batrisyia Rizal dengan catatan 11.91s diikuti Azreen Nabila Alias ketiga, 12s. Kejayaan itu pastinya memberi petanda positif buat arena olahraga negara yang dalam persiapan menghadapi Sukan Sea Thailand tahun depan. Bagi jurulatih Husniah, Mohd Poad Md Kassim berkata, tidak apa yang mampu diucapkan ketika ini selain daripada 'Alhamdulillah'.Usaha kerasnya selama ini untuk menghasilkan pelari terbaik Malaysia akhirnya terlaksana ketika laporan mengatakan bahawa kontrak Poad tidak akan disambung.Untuk rekod Husniah sebelum ini pernah mengatasi rekod G Shanti pada 2017 menerusi catatan 11.36s, namun atas alasan bantuan angin, catatan itu tidak diiktiraf. |
'Cinta saya tiada tuah' | 1,728,684,027 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143416/cinta-saya-tiada-tuah | Syafil Syazwan Jefri | 536 | 2024-10-11 22:00:27 | 2024-10-12T06:00:27 | "SAYA tahu saya sendirian. Sebenarnya saya lagi rela hidup sendiri daripada berpasangan, namun rasa sunyi".Itu luahan dan perkongsian rasa penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha ketika ditanya mengenai kehidupan dan hubungan cinta. Kisah cinta itu juga kini dituangkan ke dalam bentuk lagu dan kesemua 11 trek itu dimuatkan ke dalam album baharunya, Lovelorn. "Dalam Lovelorn ada 11 lagu. Yang paling lama saya simpan adalah lagu yang saya tulis pada 2019 sehinggalah kini. Semuanya adalah cerita saya. "Lagu paling terkesan, saya rasa semuanya. Mungkin ada tiga atau empat lagu yang saya tulis ketika pandemik. Jadi, waktu itu pun saya ada melalui fasa berkaitan hubungan cinta juga. "Tahun ini, lagu Lovelorn juga adalah trek terakhir saya tulis dan melengkapkan seluruh album ini," katanya. Berkongsi mengenai lagu Lovelorn, Daiyan berkongsi mengenai tuah yang tidak menyebelahinya dalam percintaan. "Sebenarnya, Lovelorn itu saya menceritakan mengenai betapa kurang bertuahnya saya dalam bercinta. Mungkin saya terlalu bercita-cita tinggi atau bekerja keras. Memang sasaran saya adalah untuk berjaya dalam karier dan sebagainya. "Saya tak menentang cinta. Saya suka sangat hubungan cinta dan perkahwinan, cuma saya rasa belum ada rezeki lagi. Saya rasa, saya akan tunggu yang paling tepat untuk saya," katanya. Berkongsi mengenai luahan kisah percintaan ke dalam bentuk lagu dan puisi, Daiyan berkata, dia selesa mengungkapkannya dalam bentuk karya seni. "Ada satu ketika, saya rasa macam saya nak keluarkan semua kata-kata. Waktu itu adalah masa untuk saya keluarkan kesemua kesedihan saya ke dalam empat hingga lima lagu. "Kebanyakan lagu membuatkan saya menangis. Album ini garis waktu kehidupan saya juga. Sekarang pun, album ini menjadi sandaran buat saya untuk melihat semula permulaan saya. "Banyak kisah cinta yang tergabung dalam album ini sejak 2019. Adalah beberapa individu yang pernah hadir dalam hidup saya," katanya. Dikenali sebagai selebriti yang enggan terlalu terbuka mengenai kisah cinta dan siapa pasangannya, Daiyan merasakan langkah itu adalah pilihan terbaik. "Dari dulu saya memang tertutup mengenai hubungan cinta. Tapi, ia bukan rahsia. Kadang-kadang, bila saya ada pasangan, orang memang tahu mengenai hubungan cinta saya, tapi tak tahu siapa pasangan saya. "Saya rasa ia lebih baik untuk kesihatan mental saya dan baik juga untuk hubungan cinta itu. Sampai dia 'lock' saya, contohnya nak kahwin, barulah saya akan dedahkan. "Saya tak tahu apa akan berlaku dan karier saya pun berjalan pada masa sama. Saya tak tahu saya akan jadi isteri individu itu atau tidak. Jadi, saya berhati-hati di sudut itu. "Kalau individu-individu itu mendengar lagu-lagu dalam album ini, mereka akan tahu ia mengenai mereka. Saya seorang pencerita dan saya bercerita dalam lagu-lagu saya," katanya. Bukan seorang yang cerewet, Daiyan enggan bercinta hanya kerana dia perlu berpasangan semata-mata. "Bukanlah saya cerewet sebab saya rasa, bila tengok balik, ada macam-macam jenis. Saya rasa, kalau saya serasi dengan orang itu, saya okay. "Saya cari duit sendiri dan keluarga pun tak adalah memaksa atau apa. Saya sendiri pun secara peribadi sangat pentingkan kerja. Saya tak mahu bercinta hanya sebab saya perlu dan nak bercinta. "Ada orang tanya, rumah besar-besar tapi saya sendirian. Ya, saya sendirian. Tapi, saya lagi okay hidup sendiri, daripada hidup berpasangan, tapi rasa sendirian. Saya percaya, jodoh saya akan datang. Insya-Allah," katanya. Selain album Lovelorn, Daiyan juga bakal tampil dengan Showcase Daiyan Trisha Live di Aurum TRX Kuala Lumpur pada 1 dan 2 November ini. |
Aina Abdul Bintang Paling Popular | 1,728,663,320 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143404/aina-abdul-bintang-paling-popular | Georgie Joseph | 425 | 2024-10-11 16:15:20 | 2024-10-12T00:15:20 | Shah Alam: Penyanyi dan komposer Aina Abdul, 31, dinobatkan Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 (ABPBH 36) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.Aina atau nama sebenarya Nurul Aina Abdul Ghani beterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mengangkatnya sampai ke tahap sekarang sehingga menggenggam trofi keramat itu."Terima kasih ibu saya. Dia selalu rakam rancangan. Ini untuk Aination, terima kasih atas usaha-usaha undi saya, Berita Harian dan TV3. TV3 khususnya sejak saya sertai Mentor Legend."Kepada pasukan Aina Abdul yang sentiasa tolak insan ini bekerja dan berkarya. Satu saja saya nak cakap, jangan mengalah, Allah di atas," katanya menerusi ucapan kemenangan itu.Penyanyi Terus Hidup itu unggul dengan undian 8,882,662.Sewaktu namanya diumumkan, seluruh dewan bergema dengan jeritan menandakan kemenangan itu memang direstui ramai.ABPBH 36 juga menjadi medan bersejarah buat nama-nama lama termasuk Senario yang menang trofi Artis Komedi Popular, Rita Rudaini menang trofi pertamanya menerusi Aktres Pembantu TV Popular, dan Raja Ema (Aktres Pembantu Filem Popular).Pemenang lain termasuk Shah Radhy menerusi ,Artis Baharu Lelaki Popular , Artis Baharu Wanita Popular - Erysha Emyra, Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular - Dolla, Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar, dan Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul.Aktor Filem Popular dimenangi Aedy Ashraf, Aktres Filem Popular - Fasha Sandha, Aktor Pembantu Filem Popular - Alif Hadi, Aktor TV Popular - Hun Haqeem, Aktres TV Popular - Anna Jobling, Aktor Pembantu TV Popular - Shah Iskandar, Penyampai Radio Popular - Khairy Jamaluddin, dan Pengacara TV Popular - Uyaina Arshad.Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi legenda, Datuk S Atan.Sementara lima kategori sampingan Ekstra Tonton Paling Popular adalah Couple Drama Popular yang dimenangi Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah), Couple Filem Popular - Bront Palarae & Nadiya Nissa (Harum Malam), Watak Antagonis Drama Popular - Aleza Shadan, Lagu Paling Boom Popular - Masing-Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda), dan Artis Sensasi Popular - Siti Nordiana.ABPBH 36 dihoskan Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana. Acara itu dihangatkan dengan persembahan daripada Zamani, Spider, Hazama, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakri, Marsha Milan, Shiha Zikir, De Fam, Usop, Ghidd, Tuju, Meerfly, dan Benzooloo.Penyampai trofi adalah Aniq Dhurar, Fitri Farouk, Kak Engku, Hanna Delisha, Adi Putra, Atu Zero, Syarif Zero, Azhar Sulaiman, Anna Jobling, Bella Astillah, Muaz Zabir, Datuk Seri Eizlan Yusof, Rita Rudaini, Adira Suhaimi, Puteri Sarah, dan Mawar Rashid. ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.ABPBH 36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama. |
Kau sahabat yang baik Mal... selalu buat orang sekeliling senang... | 1,728,649,822 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143356/kau-sahabat-yang-baik-mal-selalu-buat-orang-sekeliling-senang | Mahaizura Abd Malik | 327 | 2024-10-11 12:30:22 | 2024-10-11T20:30:22 | Kuala Lumpur: Dua sahabat ini pernah mengukir janji bersama mahu menamatkan pengajian dan membanggakan keluarga masing-masing dengan kejayaan dilakar mereka. Namun, takdir Allah SWT tertulis apabila salah seorang daripada mereka, Muhammad Akmal Md Tukirin, 20, terkorban dalam kemalangan tragis, di hadapan kampusnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, malam kelmarin. Berkongsi kesedihan kehilangan mengejut sahabat baiknya itu, individu dikenali sebagai Zhafrannz berkata, dia dan Muhammad Akmal pernah berjanji mahu sama-sama meraikan konvokesyen mereka selepas tamat pengajian sarjana muda masing-masing. "Aku terkilan sebab kau tak dapat habiskan degree (ijazah sarjana muda) sama-sama. Kau janji nak amik (ambil) gambar degree pakai jubah konvo (konvokesyen) sama-sama. "Kau janji sama-sama nak banggakan parents (ibu bapa) tetapi Allah lebih sayang kau Akmal," katanya dalam perkongsian di TikTok, semalam. Perkongsian penuh menyentuh hati itu yang dilatari dengan lagu Pergi nyanyian Aizat Amdan itu turut dilampirkan dengan beberapa gambar kenangan ketika mereka menuntut di Politeknik Merlimau, Melaka dan meraikan konvokesyen bersama beberapa tahun lalu. Sepanjang mengenali insan itu, Zhafrannz berkata, Muhammad Akmal memiliki keperibadian mulia selain seorang periang dan menyenangkan individu sekeliling. "Kau sahabat yang baik Mal... Kau kawan yang periang dan selalu buat orang sekeliling senang dengan kau. "Aku reda dengan pemergian kau... semoga tenang di sana sahabat, Muhammad Akmal Md Tukirin," katanya. Muhammad Akmal yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan UiTM Dungun maut bersama dua lagi rakannya, Ku Adib Aizad Ku Azmi serta Khairil Anwar Jamaludin manakala seorang lagi rakan mereka, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang parah kini dilaporkan stabil di Hospital Dungun. Kejadian tragis itu berlaku apabila motosikal ditunggangi mereka yang dalam perjalanan pulang ke UiTM Dungun selepas keluar makan di kedai berhampiran, dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV di hadapan kampus mereka, kira-kira 7.20 malam, Rabu lalu. Wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal terbabit pula direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.#kw muhammad akmal, mahu banggakan, keluarga, tamat pengajian, bersama, janji dua sahabat, rakan baik, kemalangan, uitm, dungun, |
Nobuyo Oyama, pelakon suara Doraemon meninggal dunia | 1,728,638,843 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143308/nobuyo-oyama-pelakon-suara-doraemon-meninggal-dunia | Bernama-KYODO | 96 | 2024-10-11 09:27:23 | 2024-10-11T17:27:23 | Tokyo: Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon" meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia. |
'Saya mewakili isteri ingin mohon maaf, tiada siapa mahu kejadian ini berlaku' | 1,728,633,543 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143278/saya-mewakili-isteri-ingin-mohon-maaf-tiada-siapa-mahu-kejadian-ini-berlaku | Rosli Ilham | 415 | 2024-10-11 07:59:03 | 2024-10-11T15:59:03 | Dungun: "Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit," kata Azhar Ahmad, 53. Dia adalah suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat Kampung Sura Hujung, kelmarin yang mengorbankan tiga penuntut universiti itu dan seorang cedera. Azhar berkata, memang niatnya daripada awal kejadian berlaku, mahu berjumpa ahli keluarga mangsa dan meminta maaf namun, ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa. Menurutnya, isterinya yang berusia 49 tahun adalah seorang isteri yang baik dan penyayang, sebelum mengalami masalah kesihatan dan gangguan mental. "Ketika mengandung anak keempat, 10 tahun lalu, doktor mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan itu. "Ketika mendapat rawatan di hospital di Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah. Selepas sedar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap sendirian. "Sudah puas saya berubat, termasuk secara tradisional.. apa sahaja saya lakukan namun semuanya tidak berhasil," katanya yang sudah berkahwin 30 tahun dengan pasangannya. Azhar berkata, walaupun keadaan isterinya begitu, wanita berkenaan tetap bertanggung jawab, malah mengemas rumah, memasak dan tidak suka keadaan rumah yang bersepah. "Dia juga penyayang dengan anak cucu, sering membeli dan memasak makanan untuk mereka," katanya. Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang menunaikan solat maghrib dan isyak bersama anak bongsu apabila isterinya keluar rumah sambil memandu kereta. Katanya, dia terkejut apabila mendapati isterinya yang sebelum itu menonton televisyen tiada di ruang tamu, bahkan pintu pagar rumah terbuka, dua pasang kasut isteri dan sehelai pakaiannya juga tidak ada. "Dia tidak pernah keluar waktu malam. Kalau keluar, mesti ditemani saya dan anak-anak. Dia memandu pada waktu siang dan minum di kedai tidak jauh dari kampus," katanya. Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian bersama anak bongsu sebaik dihubungi rakan yang memaklumkan SUV saya terbabit kemalangan. "Terkejut saya melihat mayat pelajar di atas jalan raya. Saya ingat seorang mangsa, rupanya tiga orang. Saya cuba cari ahli keluarga mangsa di tempat kejadian ketika itu tetapi semua orang luar Dungun. "Kemudian saya diarah polis untuk ke balai bagi diambil keterangan," katanya yang memaklumkan cuba bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan tidak berbuat demikian bagi mengelak kekecohan. Katanya, dia sangat kesal dengan kejadian yang berlaku bahkan sudah menyorokkan kunci kenderaan sebelum kejadian. "Tiada siapa mahu kejadian sebegini, saya sudah sorok kunci kereta namun perkara tetap terjadi," katanya yang berharap pihak pengurusan UiTM membantunya bertemu keluarga penuntut terbabit untuk memohon maaf. |
Bapa, tiga anak berentap siapa lebih hebat di Ironman Langkawi | 1,728,632,831 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143274/bapa-tiga-anak-berentap-siapa-lebih-hebat-di-ironman-langkawi | BERNAMA | 363 | 2024-10-11 07:47:11 | 2024-10-11T15:47:11 | Langkawi: Walaupun perlu bersaing dengan tiga anak yang berusia 30-an, Ayob Yahaya, 62, tekad untuk mencatatkan masa terbaik pada Kejohanan Ironman 70.3 di Langkawi, esok.Ayob dari Shah Alam dan bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia bersama tiga anaknya, Arif Azraei, 30; Amira Alysa, 33, dan Arif Ashraf, 35, perlu menamatkan kejohanan itu yang melibatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal 90km dan larian 21.1km."Saya mula menyertai Ironman ini pada 2022 iaitu saya sertai Ironman 70.3 dan ketika itu anak saya, Amira Alysa yang datang beri sokongan. Pada 2023 pula, saya buat Ironman Malaysia dan pada masa itu ketiga-tiga anak saya juga sertai Ironman 70.3 tetapi mereka buat secara berkumpulan."Tahun ini, saya cabar mereka untuk sertai Ironman 70.3 secara individu dan saya belikan basikal untuk mereka...jadi, kita akan lihat esok macam mana, mungkin mereka lebih laju dari saya dalam disiplin berenang dan larian tetapi berbasikal mungkin saya lebih pantas," katanya ketika ditemui hari ini.Beliau yang berjaya menamatkan Ironman Malaysia tahun lepas dengan catatan masa 16 jam setengah berkata dia juga mula berjinak dengan dunia triathlon pada 2021 selepas berjaya mengatasi fobia berenang di laut terbuka. "Kalau ikut, saya mula pada usia yang agak lewat kerana saya takut untuk berenang di laut terbuka tetapi selepas beberapa cubaan, saya berjaya atasi perasaan takut itu...begitu juga anak-anak, mereka berjaya menguasai disiplin berbasikal dalam tempoh setahun sahaja," katanya.Sementara itu, anak sulung Ayob, Arif Ashraf yang juga bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia dan dua adiknya menyertai Ironman 70.3 secara individu tahun ini selepas dicabar ayahnya."Ayah sudah berusia tetapi dia dapat habiskan Ironman Malaysia tahun lepas, jadi kalau dia boleh, kenapa kami tidak boleh. Jadi, kami ambil ia sebagai cabaran...masing-masing yakin boleh tamatkan kejohanan dengan catatan masa yang baik."Kami adik-beradik memang aktif sukan tetapi dalam acara berlainan yang mana saya aktif berlari, Amira Alysa aktif angkat berat manakala Arif Ashraf pelbagai jenis sukan, jadi untuk Ironman ini kami memerlukan skil yang baharu sebab itu kami akan berlatih dan menyertai kejohanan yang lain bersama sebagai persediaan untuk esok," katanya.Seramai 1,800 atlet dari lebih 50 negara akan berentap membuktikan kekuatan dan kecergasan masing-masing pada Kejohanan Ironman 70.3 dan Ironman Malaysia 2024, di sini, esok.Ironman Malaysia melibatkan berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan larian 42.2km. |
Kurang 500 kakitangan TikTok Malaysia diberhentikan | 1,728,615,764 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143187/kurang-500-kakitangan-tiktok-malaysia-diberhentikan | Reuters | 327 | 2024-10-11 03:02:44 | 2024-10-11T11:02:44 | Kuala Lumpur: Platform media sosial TikTok memberhentikan ratusan pekerja daripada tenaga kerja globalnya, termasuk sebilangan besar kakitangan di Malaysia, kata syarikat itu pada Jumaat. Langkah ini diambil bagi mengalihkan tumpuan ke arah penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang lebih meluas dalam penyederhanaan kandungan. Dua sumber yang mengetahui perkara itu sebelum ini memberitahu Reuters bahawa lebih 700 pekerjaan telah dikurangkan di Malaysia. TikTok, yang dimiliki oleh ByteDance China, kemudian menjelaskan bahawa kurang daripada 500 pekerja di negara ini terjejas. Pekerja yang terjejas, yang kebanyakannya terbabit dalam operasi penyederhanaan kandungan firma, dimaklumkan mengenai pemecatan mereka melalui e-mel lewat Rabu, sumber itu berkata, meminta namanya dirahsiakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media. Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Reuters, TikTok mengesahkan pemberhentian itu dan mengatakan bahawa beberapa ratus pekerja dijangka terjejas di peringkat global sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menambah baik operasi penyederhanaannya. TikTok menggunakan gabungan pengesanan automatik dan moderator manusia untuk menyemak kandungan yang disiarkan di platform itu. ByteDance mempunyai lebih 110,000 pekerja di lebih 200 bandar di seluruh dunia, menurut laman web syarikat. Firma teknologi itu juga merancang lebih banyak pemberhentian bulan depan kerana ia kelihatan untuk menyatukan beberapa operasi serantaunya, kata salah satu sumber. "Kami membuat perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan lagi model operasi global kami untuk penyederhanaan kandungan," kata jurucakap TikTok dalam satu kenyataan. Syarikat itu menjangka untuk melabur $2 bilion secara global dalam keselamatan tahun ini dan akan terus meningkatkan kecekapan, dengan 80 peratus kandungan yang melanggar garis panduan kini dialih keluar oleh teknologi automatik, kata jurucakap itu. Pemberhentian itu pertama kali dilaporkan oleh portal perniagaan The Malaysian Reserve pada Khamis. Pemotongan pekerjaan berlaku apabila firma teknologi global menghadapi tekanan kawal selia yang lebih besar di Malaysia, di mana kerajaan telah meminta pengendali media sosial memohon lesen operasi menjelang Januari sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi kesalahan siber. Malaysia melaporkan peningkatan mendadak dalam kandungan media sosial yang berbahaya awal tahun ini dan menggesa firma, termasuk TikTok, untuk meningkatkan pemantauan di platform mereka. |
Kurang 500 kakitangan TikTok Malaysia diberhentikan | 1,728,615,764 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143187/kurang-500-kakitangan-tiktok-malaysia-diberhentikan | Reuters | 327 | 2024-10-11 03:02:44 | 2024-10-11T11:02:44 | Kuala Lumpur: Platform media sosial TikTok memberhentikan ratusan pekerja daripada tenaga kerja globalnya, termasuk sebilangan besar kakitangan di Malaysia, kata syarikat itu pada Jumaat. Langkah ini diambil bagi mengalihkan tumpuan ke arah penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang lebih meluas dalam penyederhanaan kandungan. Dua sumber yang mengetahui perkara itu sebelum ini memberitahu Reuters bahawa lebih 700 pekerjaan telah dikurangkan di Malaysia. TikTok, yang dimiliki oleh ByteDance China, kemudian menjelaskan bahawa kurang daripada 500 pekerja di negara ini terjejas. Pekerja yang terjejas, yang kebanyakannya terbabit dalam operasi penyederhanaan kandungan firma, dimaklumkan mengenai pemecatan mereka melalui e-mel lewat Rabu, sumber itu berkata, meminta namanya dirahsiakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media. Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Reuters, TikTok mengesahkan pemberhentian itu dan mengatakan bahawa beberapa ratus pekerja dijangka terjejas di peringkat global sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menambah baik operasi penyederhanaannya. TikTok menggunakan gabungan pengesanan automatik dan moderator manusia untuk menyemak kandungan yang disiarkan di platform itu. ByteDance mempunyai lebih 110,000 pekerja di lebih 200 bandar di seluruh dunia, menurut laman web syarikat. Firma teknologi itu juga merancang lebih banyak pemberhentian bulan depan kerana ia kelihatan untuk menyatukan beberapa operasi serantaunya, kata salah satu sumber. "Kami membuat perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan lagi model operasi global kami untuk penyederhanaan kandungan," kata jurucakap TikTok dalam satu kenyataan. Syarikat itu menjangka untuk melabur $2 bilion secara global dalam keselamatan tahun ini dan akan terus meningkatkan kecekapan, dengan 80 peratus kandungan yang melanggar garis panduan kini dialih keluar oleh teknologi automatik, kata jurucakap itu. Pemberhentian itu pertama kali dilaporkan oleh portal perniagaan The Malaysian Reserve pada Khamis. Pemotongan pekerjaan berlaku apabila firma teknologi global menghadapi tekanan kawal selia yang lebih besar di Malaysia, di mana kerajaan telah meminta pengendali media sosial memohon lesen operasi menjelang Januari sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi kesalahan siber. Malaysia melaporkan peningkatan mendadak dalam kandungan media sosial yang berbahaya awal tahun ini dan menggesa firma, termasuk TikTok, untuk meningkatkan pemantauan di platform mereka. |
Bukan mudah kekal populariti | 1,728,597,628 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143118/bukan-mudah-kekal-populariti | Najiy Jefri | 452 | 2024-10-10 22:00:28 | 2024-10-11T06:00:28 | NAMA Erysha Emyra semakin meniti di bibir peminat hiburan tanah air, meskipun baru setahun berkecimpung dalam dunia seni. Dengan rupa paras menawan dan bakat yang menyerlah, Erysha kini berjaya meraih populariti luar biasa dalam tempoh singkat. Bukan hanya dikenali kerana lakonannya yang bersahaja, tetapi juga kerana sikap rendah diri dan keazamannya untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang pelakon. Mengimbas kembali perjalanan setahun yang penuh warna, Erysha tidak menyangka sokongan yang diterima begitu besar, bukan saja daripada rakan-rakan industri dan keluarga, malah juga daripada peminat yang setia menonton hasil kerjanya."Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana menerima sokongan bukan saja daripada individu sekeliling tapi termasuk orang luar yang menonton setiap karya lakonan saya," katanya. Menurut, dia tidak pernah menyangka akan mencapai tahap populariti sebegini dalam masa yang singkat."Kalau diikutkan saya baru setahun dalam industri seni, tapi untuk menerima sokongan luar biasa ini saya sangat tak sangka. "Sepanjang setahun ini saya seronok dapat pasukan yang sentiasa mendorong saya untuk lakukan yang terbaik dan memperbaiki diri setiap masa," katanya. Enggan terlalu selesa dengan kejayaan yang diraihnya, Erysha berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk terus relevan dan berjaya dalam industri yang kompetitif ini."Saya nak cuba bawakan lebih banyak watak yang tidak pernah dibuat. Selebihnya, saya berserah ke mana jalan yang bakal saya tempuh selepas ini. "Sejujurnya saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi tetapi sudah pasti saya akan cuba buat yang terbaik pada masa akan datang," katanya.Bagi Erysha, mengekalkan populariti bukanlah perkara yang mudah. Namun, dia percaya bahawa setiap rezeki telah ditentukan dan tiada apa yang perlu dirisaukan."Betul, saya setuju untuk kekalkan populariti dan bertahan dalam industri seni ini memang susah. Bukan hanya kepada pendatang baharu saja, tetapi sesiapa saja yang sudah lama pun akan rasa perkara yang sama."Tapi saya rasa ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan sebab kita kena percaya dengan rezeki dan aturan Allah," katanya. Menyentuh mengenai penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 yang berlangsung malam ini, Erysha ditanya mengenai namanya yang disebut-sebut sebagai pemenang kategori Artis Baharu Wanita Popular.Walaupun ramai pihak meramalkan kemenangan itu memandangkan populariti yang diraih sejak kebelakangan ini, namun Erysha berkata, senarai Top 5 bukan calang-calang."Sudah tentu saya rasa sangat bersyukur apabila orang fikir begitu. Tapi saya bersaing dengan nama-nama yang sangat hebat. Senarai Top 5 dan Top 20 bukan calang-calang. Bakat mereka cukup luar biasa."Bagi saya, semua yang tersenarai adalah pemenang. Jadi siapa saja pemenang pada malam itu, percayalah semuanya sudah tertulis," katanya.Kata Erysha, sekiranya dinobatkan sebagai pemenang, Erysha tidak lupa untuk berterima kasih kepada orang-orang penting dalam hidupnya."Kalau menang, sudah tentu saya nak ucap terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, pasukan pengurusan, dan peminat yang mengundi setiap hari tanpa henti," katanya. |
'Dari saat mengandungkan dia sampai hari ini, dialah anak sangat menyenangkan' | 1,728,562,814 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143053/dari-saat-mengandungkan-dia-sampai-hari-ini-dialah-anak-sangat-menyenangkan | Farah Marshita Abdul Patah | 169 | 2024-10-10 12:20:14 | 2024-10-10T20:20:14 | Sungai Buloh: "Saya namakan dia Adib yang bermaksud lembut dan mendengar kata, Alhamdulillah, saya dapat anak seperti yang didoakan." Itu luahan ibu Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, Hafizah Iszahanid, yang juga Penolong Pengarang Berita BH. Hafizah berkata, anaknya adalah penerima bantuan Yayasan Selangor untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun. Bagaimanapun katanya, Ku Adib tidak menggunakan duit bantuan berkenaan, sebaliknya memilih untuk bekerja setiap kali cuti semester. "Dari saat mengandungkan dia sampai hari ini, dia adalah anak yang sangat menyenangkan. "Saya dapat anak yang baik... sejak kahwin memang berdoa supaya dapat anak yang lembut, bijaksana, dengar kata. Saya dapatlah," katanya kepada BH ketika menceritakan perihal anak sulungnya. Terdahulu, jenazah Ku Adib yang maut dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar UiTM Terengganu Kampus Dungun, selamat dikebumikan, di sini, 6.19 petang tadi. Jenazah Allahyarham Ku Adib tiba di rumah keluarganya dari Dungun, jam 4.30 petang selepas disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Islam Raudhatul Aliyah di sini. Lebih 300 orang terdiri ahli keluarga dan rakan-rakan mengiringi jenazahnya. |
'Doa saya di Jeddah dimakbulkan, tercapai hasrat lihat jasad anak' | 1,728,561,565 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143047/doa-saya-di-jeddah-dimakbulkan-tercapai-hasrat-lihat-jasad-anak | Hafidzul Hilmi Mohd Noor | 356 | 2024-10-10 11:59:25 | 2024-10-10T19:59:25 | Sungai Buloh: "Doa saya di Jeddah dimakbulkan selepas tercapai hasrat untuk melihat jasad anak," kata Ku Azmi Saad, 47 ketika ditemui selepas pengebumian anaknya, Ku Adib Aizad, 20, yang meninggal dunia akibat terbabit kemalangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun semalam. Ku Azmi bersama isterinya, Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid, 48, tiba dari Jeddah petang tadi selepas membatalkan umrah mereka minggu ini. Mereka baru saja berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan Umrah semalam sebelum dimaklumkan mengenai berita kematian Ku Adib Aizad oleh pihak UiTM. Dilaporkan ketika kemalangan berlaku, Hafizah bersama Ku Azmi yang juga kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dalam penerbangan ke Makkah untuk menunaikan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan petugas dan ahli keluarga. Ku Azmi berkata, dia dan isteri sempat bermiqat, namun tidak dapat menunaikan umrah apabila menerima perkhabaran duka itu pada 9.13 malam (waktu tempatan di Jeddah). "Ketika itu, saya berdoa supaya dapat melihat jasad anak buat kali terakhir... di depan mata saya. Alhamdulillah kami dipermudahkan kerana dapat penerbangan pulang pada 1.55 tengah hari dari Jeddah. "Arwah seorang anak yang sangat baik dan sering membantu rakan lain. Jika di rumah dia rajin membaca al-Quran, kini saya kehilangan satu-satunya anak lelaki," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam 'Aliyah di Saujana Utama, di sini, tadi. Menurutnya, mereka sekeluarga masih belum menerima sebarang maklumat tepat berhubung kejadian yang menimpa anak sulung daripada empat beradik itu. "Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian sebenar yang berlaku. "Kami sekeluarga menunggu terlebih dahulu tindakan pihak berkuasa sebelum memutuskan tindakan lanjut," katanya. Ku Adib Aizad meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi bersama rakan dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV di UiTM Dungun 7.20 malam semalam. Turut maut dalam kemalangan itu ialah Khairil Anwar Jamaludin dan Muhammad Akmal Md Tukirin. Seorang lagi rakan mereka, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan parah dan kini dilaporkan stabil di Hospital Dungun. Susulan kejadian itu, wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM itu direman empat hari. Wanita itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
'Selamat jalan sayang mama' - Ibu Ku Adib Aizad | 1,728,560,069 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143043/selamat-jalan-sayang-mama-ibu-ku-adib-aizad | Hafidzul Hilmi Mohd Noor | 170 | 2024-10-10 11:34:29 | 2024-10-10T19:34:29 | Sungai Buloh: "Mama sayang Adib hingga akhir hayat mama. Terima kasih datang dalam hidup mama walaupun untuk 20 tahun," demikian kata ibu kepada Ku Adib Aizad Ku Azmi,20.Penolong Pengarang Berita akhbar Berita Harian (BH), Hafizah Iszahanid memuat naik coretan itu di laman Instagramnya hari ini.Menurutnya, dia reda dengan pemergian anaknya yang terbabit dalam kemalangan."Mama reda untuk semuanya. Selamat jalan sayang mama. Mama akan selalu rindu."Adib (Ku Adib Aizad) ajar mama untuk jadi seorang ibu dan menjadi seorang yang kuat," katanya.Sementara itu bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama, Tanty Sharom, 52 berkata, arwah sentiasa menyenangkan gurunya dalam pelbagai perkara."Walaupun arwah tidak banyak bercakap namun arwah seorang ringan tulang dan tidak pernah berkata tidak jika diminta untuk membantu," katanya.Ku Adib Aizad adalah anak sulung daripada empat beradik meninggal dunia selepas dirempuh sebuah Honda CRV di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada jam 7.20 malam semalam.Turut maut ialah Khairil Anwar Jamaludin dan Muhammad Akmal Md Tukirin manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan cedera parah. |
'Hati berat tinggalkan pusara anak' | 1,728,558,171 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143031/hati-berat-tinggalkan-pusara-anak | Alias Abd Rani | 316 | 2024-10-10 11:02:51 | 2024-10-10T19:02:51 | Muar: Berat hati seorang bapa untuk meninggalkan pusara meskipun majlis pengebumian anaknya sudah berlalu hampir sejam. Md Tukirin Saringat, 60, dilihat menunggu atas kerusi yang terletak sebelah pusara anaknya, Muhammad Akmal Md Tukirin, 20, yang maut dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar UiTM Dungun malam tadi. Pemandu lori itu juga kelihatan sayu dengan sesekali mengesat air mata sambil membaca surah atas pusara anaknya yang turut ditemani ahli keluarga lain. Menurutnya, sebaik selepas pengebumian, dia tidak sampai hati untuk terus meninggalkan pusara anaknya sebaliknya memilih bersama anak lain untuk menunggu seketika. "Saya menunggu kerana saya tidak sampai hati melihatnya 'berseorangan'. Perasaan saya ketika ini sangat sedih kerana baru seminggu saya dan isteri menghantarnya ke Terengganu. "Tapi yang pulang adalah jenazah dan sebab itulah ketika ini fikiran saya bercelaru seolah-olah tak percaya dia dah pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui selepas pengebumian arwah di tanah perkuburan Islam Kampung Parit Baru, Batu 18, di sini. Md Tukirin berkata, dia dimaklumkan berita sedih itu selepas mendapat panggilan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Dungun sekitar 8 malam. Katanya, ketika itu hanya Allah yang mengetahui perasaannya kerana dia baru sahaja bersua dengan anaknya ketika menghantar sebaik semester bermula. "Mereka (pihak UiTM) hubungi saya memberitahu Muhammad Akmal kemalangan dan pada masa sama mereka beritahu anak saya meninggal dunia. "Selepas Isyak, saya dalam keadaan berpelikat dan baju Melayu terus bergegas ke Terengganu sambil ditemani isteri, Rafeah Buang, 51, dan saudara lain. "Sampai di Terengganu, saya terus ke hospital untuk melihat jenazah anak. Saya tak terkata-kata dengan apa yang saya lihat ketika itu kerana ia adalah jenazah," katanya. Dalam pada itu, Md Tukirin berkata, arwah anak kedua daripada empat beradik sangat peramah dan ringan tulang. "Dia (arwah bukan setakat anak tapi kawan saya. Tapi, saya reda dengan kehedak Ilahi kerana dia lebih sayangkan arwah. "Cuma saya masih ingat pesanan terakhir sebelum berangkat pulang ke Muar. Saya pesan supaya belajar rajin, jangan tinggal solat sampai habis belajar," katanya. |
Isi surat bapa Altantuya kepada peguam Azilah, mahkamah | 1,728,548,826 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142957/isi-surat-bapa-altantuya-kepada-peguam-azilah-mahkamah | Suraya Roslan | 421 | 2024-10-10 08:27:06 | 2024-10-10T16:27:06 | Putrajaya: Surat sokongan bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menyelamatkan nyawa bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati kepada penjara 40 tahun kerana membunuh wanita itu, 18 tahun lalu. Surat yang ditulis Dr Shaariibuu Setev dalam bahasa Mongolia yang kemudian diterjemah ke Bahasa Inggeris dibacakan peguam J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah dalam mahkamah. Kuldeep ketika membacakan sebahagian isi surat yang ditulis Setev mengenai kesucian kehidupan (sanctity of life). "Kepada peguam Azilah Hadri, seorang warganegara Malaysia yang menunggu hukuman mati. "Saya menulis secara rasmi untuk meminta meringankan hukuman mati Azilah Hadri kepada penjara seumur hidup, dia dijatuhi hukuman mati pada 2006 kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, warga Mongolia. "Sebelum ini saya menyampaikan perkara ini melalui surat kepada Perdana Menteri anda (Malaysia)," katanya. Ketika membacakan surat itu, Setev mengatakan selaras dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempertahankan kesucian kehidupan dan menekankan bahawa semua makhluk di planet ini mempunyai hak untuk wujud. "Permintaan saya ini adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia. "Selain itu, saya menggesa penyelesaian segera kepada saman sivil yang tertangguh bertahun-tahun," katanya. Kuldeep berkata, Setev juga meminta supaya permohonannya itu disampaikan kepada Sirul Azhar Umar dan peguamnya, mahkamah, pejabat pendakwa raya dan kerajaan. "Marilah kita menghormati nilai kemanusiaan dan penyataan yang jujur ditegakkan di semua negara," kata lelaki itu. Sementara itu, peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu dan mempunyai salinan asal surat berkenaan. Sangeet ketika ditemui di luar mahkamah berkata, Setev memaklumkan menulis surat itu pada Ogos lalu. "Setev menganggap, Azilah meringkuk di penjara selama 40 tahun atas kesalahan yang dilakukan adalah adil dan boleh diterima oleh ahli keluarga. "Cuma dia tidak setuju jika hukuman mati dibuat meskipun kejadian tragis menimpa anaknya," kata peguam itu. Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan hukuman mati dikemukakan bekas Cif Inspektor Azilah, 48. Tengku Maimun berkata, antara yang dipertimbangkan panel termasuk surat daripada Setev yang secara nyata menyokong permohonan Azilah supaya hukuman mati diganti ke penjara. Pada 2009, Azilah disabitkan bersama seorang lagi bekas anggota polis iaitu Koperal Sirul Azhar Umar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi esoknya. Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota polis itu. Pada 2022, keluarga Altantuya menang dalam saman terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak Baginda serta kerajaan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan supaya mereka dibayar ganti rugi sebanyak RM5 juta. Bagaimanapun, kes itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan. |
Bapa Altantuya mohon Azilah tidak digantung, hukuman mati diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan | 1,728,535,918 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142849/bapa-altantuya-mohon-azilah-tidak-digantung-hukuman-mati-diganti-penjara-40 | Suraya Roslan | 407 | 2024-10-10 04:51:58 | 2024-10-10T12:51:58 | Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu. Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan hukuman mati dikemukakan bekas Cif Inspektor Azilah, 48. "Permohonan pemohon dibenarkan, hukuman gantung ditolak dan digantikan dengan pemenjaraan 40 tahun dan 12 sebatan," katanya yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan TanSri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan. Terdahulu, bapa kepada Altantuya menyokong permohonan semakan hukuman mati yang difailkan oleh bekas komando polis itu diganti kepada pemenjaraan. Peguam J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah, membaca sebahagian isi surat yang ditulis Dr Shaariibuu Setev mengenai 'kemurnian hidup'. "Kami ada surat daripada bapa mangsa, beliau juga meminta supaya hukuman mati diganti kepada penjara," kata Kuldeep Kumar dalam hujahan di mahkamah hari ini. Peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu dan mempunyai salinan asal surat berkenaan. Azilah membuat permohonan semakan hukuman mati itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lalu. Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun. Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun berdepan sebatan minimum sebanyak 12 kali. Pada 2009, Azilah disabitkan bersama seorang lagi bekas anggota polis iaitu Koperal Sirul Azhar Umar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi esoknya. Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota polis itu. Sementara itu, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat melakukan pembunuhan itu oleh mahkamah yang sama. Azilah dan Sirul Azhar kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013. Bagaimanapun, pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan itu dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadap mereka. Sirul Azhar tidak hadir untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan itu kerana melarikan diri ke Australia pada 2006 di mana dia ditahan di bawah undang-undang Imigresen sebelum dibebaskan pada akhir tahun lalu. Pada 2020, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azilah untuk dibicarakan semula dan semakan sabitan terhadapnya. Media melaporkan bahawa Azilah turut memohon pengampunan diraja daripada Sultan Selangor. Pada 2022, keluarga Altantuya menang dalam saman terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak serta kerajaan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan supaya mereka dibayar ganti rugi sebanyak RM5 juta. Bagaimanapun, kes itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan. |
'Sebak memikirkan mereka yang seperti anak sendiri' | 1,728,534,040 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142835/sebak-memikirkan-mereka-yang-seperti-anak-sendiri | Zatul Iffah Zolkiply | 246 | 2024-10-10 04:20:40 | 2024-10-10T12:20:40 | Dungun: Imam Pusat Hidayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak dapat sebak menahan ketika membacakan doa selepas solat jenazah tiga penuntut universiti yang terkorban dalam kemalangan di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung, di sini, malam tadi. Muhammad Adam Ali tidak dapat menahan sebak dan beberapa kali berhenti membaca doa. Menurut Muhammad Adam, dia terbayangkan keadaan kesemua mangsa kemalangan yang dianggap seusia anaknya dan wajah ahli keluarga mangsa. "Sepanjang menjadi imam selama 10 tahun termasuk dua tahun di sini, ini kali pertama saya mengimamkan jumlah jenazah yang ramai dan kes kematian yang tragis. "Ia pula membabitkan tiga penuntut yang dalam proses menuntut ilmu, jadi ketika solat jenazah tadi, timbul rasa sebak dan sedih memikirkan keadaan jenazah mereka malam tadi. "Saya juga sebak apabila memikirkan mereka yang dianggap seperti anak (sendiri)," katanya ketika ditemui selepas mengimamkan solat jenazah di Pusat Hidayah UiTM di sini sini hari ini. Muhammad Adam berkata, hatinya sekali lagi menjadi sebak apabila membayangkan wajah ahli keluarga yang datang dalam keadaan yang sedih dan sebak. "Itu yang menimbulkan rasa sebak ketika mengimamkan solat jenazah untuk ketiga-tiga Allahyarham. "Sebagai imam, saya memohon semua untuk bersama-sama kita doakan kemudahan untuk mereka ketika menghadapi Allah SWT dan kekuatan untuk ahli keluarga mangsa dalam menghadapi ujian ini," katanya. Dianggarkan, lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah tiga penuntut UiTM itu. Harian Metro sebelum ini melaporkan tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan di Kampung Sura Hujung, malam tadi. |
Rugi RM4 bilion enam tahun lagi | 1,728,532,889 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142823/rugi-rm4-bilion-enam-tahun-lagi | Mahaizura Abd Malik | 454 | 2024-10-10 04:01:29 | 2024-10-10T12:01:29 | Cyberjaya: Dalam tempoh enam tahun akan datang, Malaysia bakal kerugian RM4.05 bilion apabila jumlah kehilangan air negara dijangka mencecah 9,037 juta liter sehari (JLH) akibat isu air tidak berhasil (NRW).Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd Fazil Ismail berkata, NRW adalah air yang dirawat dan dibekalkan ke dalam sistem agihan, namun 'hilang' atau tidak mendatangkan hasil kepada syarikat operator air.Katanya, jumlah kerugian negara akan bertambah daripada RM2.32 bilion pada 2023 kepada RM4.05 bilion pada 2030 sekiranya tiada tindakan proaktif diambil bagi mengekang isu NRW."Jika NRW tidak diuruskan dengan baik, ia akan menyebabkan kadar NRW terus meningkat sekali gus mendatangkan pembaziran dan kerugian kepada negara."Unjuran SPAN menunjukkan jumlah kehilangan air boleh meningkat kepada 9,037 JLH dengan anggaran kerugian RM4.05 bilion pada 2030 jika tiada tindakan diambil untuk mengurangkan NRW ini," katanya kepada Harian Metro.Mengulas lanjut, Mohd Fazil berkata, keadaan itu memberikan pelbagai implikasi lain termasuk bekalan air tidak mampan dan menjejaskan keupayaan pembekalan air kepada pengguna, industri mahupun operator air seluruh negara."Implikasi daripada isu NRW yang tidak terkawal ini akan menyebabkan pengguna tidak mendapat bekalan mencukupi, gangguan perkhidmatan akibat tekanan air rendah dan kerja pembaikan paip pecah dan bocor yang kerap berlaku kepada paip berusia (lama), selain masalah kualiti air kerana kebocoran paip terlalu lama dan terdedah kepada pencemaran. "Malah, operator air juga akan terjejas dari segi kerugian dalam kutipan hasil disebabkan air yang tidak dibilkan, peningkatan kos pengoperasian air terawat kerana terpaksa merawat air melebihi permintaan sebenar pengguna."Selain itu, mereka berdepan peningkatan kos perbelanjaan modal (Capex) untuk pembinaan loji rawatan air baharu kerana naik taraf loji sedia ada diperlukan bagi memenuhi peningkatan permintaan bekalan air serta mengurangkan rizab margin," katanya.Menurutnya, isu berkenaan akan meningkatkan penggunaan sumber air baharu dan menyumbang kepada kesan perubahan iklim kerana NRW akan meningkatkan pelepasan gas rumah kaca (GHG).Katanya, selain Program Pengurangan NRW Kebangsaan (2021-2025), SPAN juga memainkan peranan bagi meningkatkan pengurusan NRW."SPAN melaksanakan penetapan NRW dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pelan Perniagaan operator, menetapkan garis panduan berkaitan NRW sebagai rujukan, pengauditan operasi NRW operator air serta penguatkuasaan ke atas kes kecurian air dengan kerjasama operator air."SPAN juga bertindak mengawal kualiti bahan dan produk setiap kelengkapan, peranti, bahan, sistem dan kemudahan mematuhi standard diiktiraf, berkualiti dan berdaftar dengan SPAN bagi mengurangkan kebarangkalian berlakunya paip bocor atau pecah."Bagi tujuan pengukuhan modal insan dan kompetensi tenaga kerja, SPAN juga menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) membabitkan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan modul latihan NRW bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan kompeten dalam pengurusan NRW," katanya.Paip, bocor, pecah antara penyumbang besar NRWPaip uzur jejas kualiti air buat pengguna69 premis buat sambungan haram |
'Saya sudah tiada anak lelaki' | 1,728,528,291 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142797/saya-sudah-tiada-anak-lelaki | Zatul Iffah Zolkiply | 253 | 2024-10-10 02:44:51 | 2024-10-10T10:44:51 | Dungun: "Saya sudah tiada anak lelaki apabila kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan."Lebih memilukan apabila mereka 'dijemput' dalam keadaan dan bulan yang sama," kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada Khairil Anwar, 20.Jamaludin adalah bapa Khairil Anwar yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, yang maut dalam kemalangan yang berlaku di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung, di sini, malam tadi.Turut terkorban, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.Selain itu, rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, parah. Menurut Jamaludin, dia menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan UiTM, kira-kira 9 malam sebelum bergegas ke Dungun dan tiba di sini, 3.30 pagi.Katanya, kali terakhir dia dan isteri, Norma Mohammed Nor, 52, bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu, ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu."Kami ke sini pada 4 Oktober dan balik ke Ampang pada 6 Oktober lalu dan memang terkejut apabila menerima berita ini."Tujuh tahun lalu, anak sulung, Muhammad Khairul Izzudin juga meninggal dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan."Anak sulung dijemput Ilahi pada 3 Oktober 2017 dan kini anak bongsu pada 9 Oktober, malah masa kejadian itu juga hampir."Saya tak sangka kejadian ini berulang lagi... kehilangan dua anak lelaki akibat kemalangan pada bulan sama," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Dungun di sini, hari ini.Jenazah Khairil Anwar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana dekat Ampang. |
Anak Penolong Pengarang Berita BH antara 3 penuntut UiTM Dungun maut, 1 parah dirempuh SUV | 1,728,521,201 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142773/anak-penolong-pengarang-berita-bh-antara-3-penuntut-uitm-dungun-maut-1-parah | Rosli Ilham | 487 | 2024-10-10 00:46:41 | 2024-10-10T08:46:41 | Dungun: Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan SUV di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung, di sini, malam tadi. Dalam kemalangan 7.20 malam itu, empat penuntut yang menunggang dua motosikal, dirempuh SUV Honda CRV dipandu seorang wanita.Semua mangsa menunggang dua motosikal, Yamaha LC 135 dan Y15.Mangsa maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20, penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, manakala Mohd Akmal Tukirin, 20, adalah penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Rakan mereka yang parah ialah Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, sedang dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, untuk rawatan lanjut. Ku Adib Aizad adalah anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya, Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP). Ketika nahas menimpa anak mereka, pasangan itu dalam penerbangan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga. Pesawat rombongan umrah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 5.35 petang semalam, dan sampai Jeddah, 9.15 malam tadi (waktu tempatan). Ketika berita ini ditulis, pasangan itu dalam penerbangan pulang semula ke Kuala Lumpur. Mereka berlepas dari Jeddah, jam 1.55 pagi waktu tempatan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Ketika kejadian, semua mangsa dikatakan baru selesai makan malam di sebuah kedai makan berhampiran universiti berkenaan.Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda CRV dipandu wanita itu merempuh bahagian belakang kedua-dua motosikal terbabit.Rempuhan berkenaan menyebabkan seorang daripada mangsa tercampak ke longkang. CRV itu turut terbabas dan masuk ke longkang berhampiran. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan 7.26 malam, sebelum sepasukan 10 anggota dan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.Katanya, mayat seorang mangsa yang terjatuh ke longkang dibawa naik anggota bomba."Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian."Mayat semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam pada itu, Rektor UiTM Dungun menerusi Instagram menyebut tiga jenazah akan dimandi dan dikafankan di Hospital Dungun, jam 10 pagi ini, disolatkan di Masjid UiTM Dungun sebelum dibawa pulang ke Ampang, Sungai Buloh dan Muar untuk dikebumikan.Sementara itu, pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu, malam tadi, mengesahkan tiga pelajarnya meninggal dunia, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan. "Pihak universiti dukacita atas kejadian yang berlaku dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar terbabit. "Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh arwah pelajar dan semoga Allah permudahkan urusan keluarga pelajar. "Pihak universiti juga menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh keluarga," kata kenyataan itu, malam tadi.'Saya sudah tiada anak lelaki'Jenazah tiga penuntut UiTM dituntut keluarga |
Aura penghibur Joon Gi | 1,728,511,228 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142734/aura-penghibur-joon-gi | Georgie Joseph | 598 | 2024-10-09 22:00:28 | 2024-10-10T06:00:28 | Pada usia 42 tahun, artis serba boleh Korea Selatan, Lee Joon Gi masih ligat beraksi di pentas dan memiliki aura penghibur seperti orang muda. Staminanya sangat menakjubkan. Ternyata Joon Gi enggan sia-siakan kunjungan pertamanya ke Malaysia menjayakan 2024 Lee Joon Gi Asia Tour (Joongi's Day: Festival) in Kuala Lumpur / Fan Meeting di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Melihat tenaganya baik dalam persembahan dan komunikasi, dia memang memberikan sepenuh hatinya. Semestinya, kunjungan itu terlalu istimewa buatnya secara peribadi dan untuk peminat juga. Dia pun cukup gembira kerana impian ke sini menjadi kenyataan. Baginya, sambutan diterima pada acara itu cukup menyentuh hati. Mana tidak, asalnya acara itu sekadar perjumpaan biasa. Tapi, semakin lama keadaan semakin menjadi gamat. Peminat pun jadi tidak keruan kerana terpukau dengan corak menghibur Joon Gi yang tidak kisah berpeluh keringat menyanyi dan menari sepenuh hati. "Kamu membuatkan saya terkejut kerana sokongan kamu ibarat kehadiran saya ini adalah untuk menjayakan konsert. Sedangkan asalnya hanya perjumpaan dengan peminat. "Saya tidak akan menghampakan anda kerana saya cuba memberikan yang terbaik supaya anda kenang perjumpaan ini," katanya yang diiringi enam penari dan empat pemuzik. Joon Gi yang popular menerusi watak Seo Jung-woo dalam drama My Girl mengakui misi utamanya adalah meninggalkan kenangan manis yang akan diingati semua sampai bila-bila. Dia sentiasa menghargai setiap peminatnya walau datang dari pelbagai latar belakang. Hatinya cukup lengkap dengan sokongan peminat ke serata lokasi dikunjunginya. "Saya sangat gembira dapat berada di sini dan bertemu anda semua. Peminat di sini sangat mantap. Selain Malaysia saya juga akan pergi ke Jakarta, Thailand dan Taiwan bagi menjayakan konsert jelajah Asia ini. "Walau ke mana saya pergi, ia bukan mengenai negara mana. Apa yang penting adalah dalam setiap perjumpaan itu, kamu semua menjadi sebahagian keluarga saya," katanya. Terbit sesal kecil dalam diri Joon Gi apabila ambil masa agak lama untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia. Apalagi dirinya suka apabila peminat dapat melihat sisinya sebagai penghibur atas pentas. Bahkan dia sendiri risau sekiranya tidak mampu puaskan semua yang hadir. Tapi, dia bersungguh mencari seleksi lagu terbaik untuk dipersembahkannya ketika itu. "Nyanyian saya okey tak? Saya pilih beberapa lagu yang sudah lama diminati peminat. Saya sudah menyanyi dan menari untuk peminat sejak 18 tahun lalu. Saya bukan saja nyanyi lagu saya, tapi lagu penyanyi lain juga kerana saya pelakon. "Saya cuba gabungkan 'energi' seorang pelakon dan penyanyi. Namun, saya perlu ingatkan anda semua yang saya bukan penyanyi hebat, hanya pelakon. Namun, saya tidak akan mengecewakan anda semua," katanya. Jelas ketara, Joon Gi persiap diri sebaiknya untuk siri jelajah terbabit. Persediaannya setaraf mengadakan konsert besar sebagaimana penghibur antarabangsa lain. Pada usia sekarang, dia membuktikan bahawa dirinya tidak dimamah usia untuk terus lincah terutama dalam aspek tarian. Dia menari bersungguh-sungguh tanpa terlihat 'semput' pun dengan koreografi sukar. Setiap lagu dipersembahkan pun tidak putus dan cuma diselangi dengan ucapan saja. Tidak hairan dia sendiri anggap keseluruhan itu sudah ibarat konsert dengan sistem produksinya pun agak megah. Pada acara itu, Joon Gi mendendangkan lebih 20 lagu termasuk lagu popular dari barat. Vokalnya pun sangat tidak mengecewakan ditambah sistem bunyi yang mantap dan jelas. Lagu dipersembahkannya termasuk Thank You, Now, Can't Be Slow, Ma Lady, For A While, Tonight, Delete, Chosen One, Run, In My Heart, For Us, Standing, Next To You, Lost Frame, Bring The Beat dan Together. Manakala untuk segmen lagu Inggeris termasuk lagu popular Bruno Mars iaitu Marry You, Uptown Funk, I'm Yours dan Dancing in the Moonlight. Dia turut mendedikasikan lagu Rasa Sayang khas untuk peminat di sini. Sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Together, Joon Gi berjanji datang lagi ke Malaysia dengan menampilkan persembahan lebih istimewa lagi. |
Ustaz Nurul Kamal sempat iqamat pada telinga bayinya sebelum 'dijemput' Ilahi | 1,728,455,324 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142577/ustaz-nurul-kamal-sempat-iqamat-pada-telinga-bayinya-sebelum-dijemput-ilahi | Muhamad Lokman Khairi | 358 | 2024-10-09 06:28:44 | 2024-10-09T14:28:44 | Manjung: Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain, sempat membisikkan iqamat pada telinga bayi perempuannya yang baru lahir di Hospital Seri Manjung, sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan, semalam. Pada kemalangan itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara dipandu Ustaz Nurul Kamal, 37, terbabas sebelum terbalik di kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 211.8, Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah utara, dekat Sitiawan, di sini. Isterinya, Nur Firdaus Salwa Zamrin, 30, berkata, sebelum nahas, suaminya meluangkan masa kira-kira satu jam melawatnya di wad bersalin Hospital Seri Manjung. "Dia bawa barangan keperluan bayi serta uruskan perpindahan saya dari wad bersalin biasa ke wad jagaan rapi bayi. "Saya melahirkan anak bongsu kami jam 2.30 pagi, Isnin lalu.Suami juga membisikkan bacaan iqamat di telinga bayi, timang dan ciumnya sebelum pulang," katanya ditemui di Unit Forensik, Hospital Seri Manjung, di sini, hari ini. Nur Firdaus Salwa yang bertugas sebagai guru Taska berkata, suaminya kelihatan agak tergesa-gesa bergerak pulang ke Seri Iskandar kerana perlu menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar, malam tadi. "Sebelum pulang, suami berpesan kepada saya supaya banyak berzikir, saya tak sangka ia pesanan terakhirnya. "Sepatutnya, semalam, saya perlu berada dalam wad bersama bayi kerana demam kuning, tetapi dibenarkan keluar selepas dimaklumkan berkaitan kematian suami," katanya. Allahyarham Ustaz Nurul Kamal meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata iaitu anak lelaki berusia dua tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia empat tahun dan yang bongsu, berusia dua hari. Sementara itu, ibu Allahyarham, Aminaton Sa'adiah, 64, berkata, Ustaz Nurul Kamal yang juga anak ketiga daripada lima beradik ada menghubunginya beberapa minit sebelum kemalangan. "Dia beritahu saya yang dia baru jenguk isterinya di hospital dan tidak sempat pulang ke rumah, jadi dia minta saya tolong jemput anak-anaknya di Taska. "Saya kata jangan risau, memang mak akan ambil cucu mak, kami tinggal sekali di Seri Iskandar. "Semasa panggilan telefon itu, tiada apa-apa perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar rumah semalam pun, elok kami berbual seperti biasa," katanya sebak. Aminaton berkata, pemergian anaknya itu pasti akan dirasai kerana arwah ringan tulang, selain suka bergurau dengan ahli keluarga. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Iskandar di Jalan Parit-Seri Iskandar, selepas Zohor, hari ini. |
Keadilan buat kami sekeluarga | 1,728,432,031 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142433/keadilan-buat-kami-sekeluarga | Raja Noraina Raja Rahim | 258 | 2024-10-09 00:00:31 | 2024-10-09T08:00:31 | Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT, keputusan ini satu keadilan kepada kami sekeluarga," kata usahawan kosmetik Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari.Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya yang mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladang kerana membunuh ibunya Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di sebuah ladang di Banting, Selangor pada 2010.Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan hukuman mati dikekalkan kepada dua pemohon iaitu N Pathmanabhan, 55, dan T Thilaiyalagan, 33.Rita, 39, berkata, beliau sekeluarga menghormati dan menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka."Keputusan ini adalah suatu keadilan kepada kami dan juga kepada keluarga mangsa lain yang terlibat."Ini sebagai pengajaran kepada masyarakat bahawa segala perbuatan dan tindakan kita tidak boleh sama sekali melampaui kedaulatan undang-undang," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.Menurutnya, tragedi menyayat hati menimpa arwah ibu menjadi sejarah hitam buat seluruh keluarganya yang masih trauma."Sehingga hari ini kami tidak jejak kaki ke Banting. Malah bila dengar perkataan 'Banting', hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa."Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat sejarah hitam keluarga," katanya.Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan R Kathavarayan, 44, disabitkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin.Permohonan semakan dikemukakan tertuduh dalam usaha mengurangkan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa 4 Julai tahun lalu.Namun Kathavarayan menarik balik permohonannya untuk menyemak hukuman mati yang kemudiannya diketepikan oleh panel. |
Dedikasi wira kita bukan 'kaleng-kaleng' | 1,728,428,484 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142424/dedikasi-wira-kita-bukan-kaleng-kaleng | Siti Aminah Mohd Yusof | 908 | 2024-10-08 23:01:24 | 2024-10-09T07:01:24 | Batu Kawan: Kisah seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sanggup kembali melapor diri ke tempat kerja selepas ditimpa kemalangan membabitkan treler mencuri tumpuan ramai pada Majlis Pengiktirafan Kohort Pertama Veteran MyWIRA di sini, baru-baru ini. Pada kejadian kira-kira jam 7 pagi dalam hujan lebat itu, Mohd Daniel Abdullah, 44, menunggang motosikal dari rumahnya di Air Tawar, Perak untuk menghadiri program latihan sebelum diterima menyertai syarikat Micron Memory Malaysia (Micron) di sini. Dia yang pernah berkhidmat selama 21 tahun dalam TLDM turut berkongsi hampir sebahagian tubuhnya di bahagian sebelah kanan cedera dan berdarah akibat jatuh berguling di atas jalan selepas dihimpit treler yang terbabas berdekatan kawasan Sungai Bakap, 12 Julai lalu. Menteri Sumber Manusia Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong pada sesi sembang santai bersama veteran berkenaan meluahkan rasa kagum dan menyifatkan dedikasi ditunjukkan bekas juruteknik pesawat itu tidak berubah meskipun tidak lagi berkhidmat dalam pasukan tentera. "Dedikasi tentera bukan 'kaleng-kaleng', kisah ini luar biasa dan memberi inspirasi bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. "Mereka sentiasa menepati masa, berdisiplin dan setia. Sama seperti ketika mereka berkhidmat kepada negara kita dengan penuh keberanian, mereka membawa dedikasi yang sama ke tempat kerja," katanya. Terdahulu, Steven menyampaikan sijil pengiktirafan kepada 25 veteran yang diterima menyertai Micron menerusi program Veteran MyWIRA hasil inisiatif agensi strategik dan badan pemikir Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma). Mohd Daniel yang kini dilantik sebagai penyelia pengeluaran turut berkongsi disiplin tentera sudah sebati dengan dirinya dan dia tekad berpatah balik ke Micron yang dianggap sebagai 'pangkalan' paling hampir dalam situasi kecemasan sedemikian. "Tiada sesiapa mengarahkan saya kembali ke Micron, tetapi kerana saya masih boleh bergerak saya membuat keputusan itu dan hanya menggunakan apa yang pernah dilatih ketika berada dalam perkhidmatan dahulu. "Saya selamat tiba di tempat kerja, tetapi akhirnya pengsan di hadapan klinik syarikat yang terletak dalam bangunan kilang dan kemudian dibawa ke hospital menggunakan ambulans. "Saya dirawat di hospital selama tiga hari dan bercuti sakit selama dua minggu, mujur tiada tulang patah dengan semua kos perubatan ditanggung syarikat," kata lulusan Diploma Teknologi Elektronik Industri dan Radar itu. Bagi S Ruteradevan, 45, yang turut dilantik sebagai penyelia pengeluaran, peluang yang diberi begitu bermakna memandangkan pesara tentera sepertinya lazimnya ditawarkan pekerjaan dalam bidang keselamatan. Dia yang kali terakhir bertugas sebagai jurulatih dalam Kor Armor Diraja (KAD) Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, ramai antara bekas tentera mempunyai pelbagai kemahiran dalam pelbagai bidang, namun kebanyakan mereka hanya ditawarkan bekerja dalam bidang keselamatan selepas bersara. "Rasa bertuah ada pendapatan stabil dan ini pekerjaan pertama saya selepas bersara Disember tahun lalu. "Walaupun berasal dari Taiping, Perak saya sanggup bawa keluarga berpindah ke Nibong Tebal, di sini kerana sudah sering meninggalkan mereka selama 21 tahun dalam perkhidmatan. "Jadi, selepas bersara saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka lagipun sekarang saya bekerja syif empat hari dan tiga hari lagi cuti," katanya. Menurut Steven, kumpulan pertama inisiatif Veteran MyWIRA antaranya bekerja sebagai jurutera, penyelia dan juruteknik menerima gaji asas antara RM3,000 hingga RM4,000 selepas menyelesaikan program latihan selama tiga bulan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dan Pusat Kecemerlangan Walta (Walta COE). Beliau turut mengumumkan empat lagi syarikat bersetuju mengambil bahagian selepas Micron selaku perintis laluan kerjaya baharu untuk golongan pesara tentera ialah FedEx, Western Digital, Walta COE dan Hilton Malaysia. "Kejayaan mereka menjadi teladan yang baik kepada veteran dan syarikat lain untuk turut serta membantu memudahkan peralihan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kerjaya berkualiti membabitkan sektor swasta. "Veteran kita sudah ada disiplinnya, nilai-nilai tinggi dan kemahiran semasa dalam perkhidmatan, namun ada cabaran memasuki pasaran kerja, jadi kami akan memberikan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka di syarikat terbabit," katanya. Katanya, Micron sendiri menyasarkan 50 peluang pekerjaan ditawarkan kepada veteran tentera pada tahun depan dengan program itu akan dikembangkan ke seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat). "Saya menyasarkan dalam tempoh tiga tahun kami mampu menyediakan penempatan pekerjaan kepada 5,000 veteran dengan gaji munasabah," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew berkata, pihaknya memanfaatkan kepakaran MyMAHIR Future Skills Talent Council (FSTC) dan platform pemprofilan MyNext oleh TalentCorp bagi memudahkan penempatan kerjaya peserta. "Platform pemprofilan MyNext berfungsi sebagai pangkalan data khususnya untuk sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertujuan menyesuaikan hala tuju kerjaya wira kita mengikut tahap kemahiran mereka. "FSTC pula adalah inisiatif yang mana kami menghimpunkan pemain industri dalam sektor tertentu bagi memacu kemahiran tenaga kerja yang diperlukan industri. "Justeru, menerusi inisiatif seperti Veteran MyWira, TalentCorp bergerak merentasi pelbagai Kementerian, agensi, industri dan akademia dalam usaha memudahkan peralihan kerjaya wira negara kita," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Korporat, Pemasangan Dan Pengujian Operasi NAND, Amarjit Sandhu berkata, Micron membentuk semula kemasukan bakat ke dalam industri semikonduktor dalam situasi bakat berkemahiran yang kian berkurangan. "Kami mengalu-alukan veteran tentera dalam tenaga kerja kami, sekali gus menghargai jasa mereka yang memperkaya pasukan kami dengan pelbagai kemahiran, perspektif dan pengalaman unik tersendiri. "Sebagai sebuah syarikat semikonduktor global terkemuka, kami amat memerlukan dedikasi, kepimpinan serta ketahanan mereka yang akan menjadi aset tidak ternilai dalam membantu kami membina tempat kerja lebih inklusif dan dinamik," tambahnya. Naib Presiden Micron, Ramu Iyer pula berkata, pihaknya mengiktiraf kemahiran dan pengalaman veteran tentera termasuk memiliki disiplin dan etika kerja kukuh dan matlamat syarikat itu adalah untuk mewujudkan persekitaran supaya ciri-ciri terbabit boleh berkembang maju. "Sejak beberapa bulan lalu, kami melihat kemajuan memberangsangkan dengan mereka bukan sahaja dapat menyesuaikan diri dengan cemerlang, malah membawa perspektif baharu serta penyelesaian inovatif kepada operasi kami," katanya. |
Sudah puas popular | 1,728,428,443 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142419/sudah-puas-popular | Norhayati Nordin | 623 | 2024-10-08 23:00:43 | 2024-10-09T07:00:43 | Pembabitan dalam program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007 adalah pilihan tepat dibuat pelakon dan penyanyi, Dafi Ismail Sabri, 36, untuk aktif dalam bidang seni.Kini, diam tak diam sudah 17 tahun Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri berkecimpung di persada industri hiburan tanah air dan mampu kekal relevan meskipun bakat baharu hadir bersilih ganti.Bertemu dengannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini, anak kedua bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini berkata, dia bersyukur kerjaya seninya mampu bertahan sampai sekarang, relevan dan berjalan lancar."Alhamdulillah, walaupun nampak saya macam 'menyepi' dalam karier (seni), tapi sebenarnya rezeki berlakon tak putus. Malah, saya juga baru selesai penggambaran filem Martabat: Misi Berdarah."Filem ini arahan bersama Adrian Teh dan Zahiril Adzim yang bergenre komedi aksi. Okeylah wataknya dan 'team' kerja produksi pun bagus. Sekarang ini, saya aktif dalam bidang seni untuk terus bertahan relevan saja. "Saya buat sebab minat dan suka nak buat. Dah tak ada pun nak fikir soal populariti dan sebagainya sebab masa AF5 dulu, saya dah pernah rasa (popular) dan cukuplah itu," katanya.Ditanya status dirinya sebagai anak bekas Perdana Menteri yang tetap menjadi perhatian ramai, Dafi berkata, itu adalah kenyataan dan dianggap satu bonus, namun dia tetap bekerja seperti orang lain juga."Tokoh politik itu adalah bapa saya. Tapi, untuk saya sendiri tetap kena kerja macam orang lain juga, cari rezeki bagi menyara kehidupan dan berdikari dengan cara sendiri. Selain menceburi bidang seni, saya pun ada jalankan perniagaan."Kalau sebelum ini, saya pernah tubuhkan syarikat pengurusan 'talent' (bakat) yang kini diuruskan rakan saya sepenuhnya, sekarang saya sibuk dengan perniagaan dalam perkhidmatan dron."Jadi, apa yang boleh dikatakan saya sentiasa sibuk bekerja. Apatah lagi, perniagaan dron ini baru setahun saya usahakan dan banyak strategi yang perlu diatur untuk mengukuhkannya. Dalam perniagaan pun banyak pesaing," katanya.Berbicara mengenai tawaran berlakon drama, Dafi berkata, buat masa ini dia tiada lagi drama baharu, namun tidak menolak sekiranya ada produksi inginkan pembabitannya dengan watak sesuai kerana tidak memilih."Kalau berkenaan watak, saya biasanya tidak memilih sangat pun. Asalkan sesuai dan boleh dilakonkan dengan baik, saya terima. Sebabnya, macam yang saya cakap, saya buat (berlakon) kerana minat dan suka."Cuma sekarang ini saya sibuk dengan urusan promosi lagu Hellooo! yang baru dilancarkan. Selepas bertahun-tahun tiada lagu baru, ini adalah masanya kemunculan semula," katanya.Antara filem lakonan Dafi seperti Ada Hantu, Ada Hantu 2, Malbatt: Misi Bakara, manakala drama ialah Hotel Mania, Opah Popular, Dia Semanis Honey, Dia Semanis Honeymoon, Mak Cun 3, Klik! Pengantin Musim Salju dan Jefri Zain. Teruja dapat lagu AltimetPernah muncul dengan album studio, Seumur Hidup yang memuatkan tiga lagu pada 2009, Dafi juga cukup popular dengan lagu Bila Terasa Rindu yang menjadi runut bunyi (OST) filem Duyung.Lima tahun kemudian, pada 2014 pula dia menghasilkan EP berjudul D4FI yang mempertaruhkan lagu Salahkan Aku dan sesudah itu terus 'menyepi' diri sebagai penyanyi kerana memberi fokus terhadap lakonan.Bagaimanapun, Dafi baru-baru ini melancarkan single Hellooo! hasil ciptaan komposer Shazee Ishak dan liriknya ditulis oleh Altimet yang diakui umpama 'dream come true' baginya."Saya rasa 'mimpi jadi kenyataan' sebab lirik lagu Hellooo! itu dituliskan oleh Altimet. Ini kerana, saya dah lama menyimpan hasrat untuk dapat bekerjasama dengan Altimet dan tak sangka dia sudi juga."Ketika saya berjumpa dengannya (Altimet) dan minta sendiri dia tuliskan lirik lagu untuk saya, Alhamdulillah dipermudahkan urusannya oleh Allah. Ketika itu, seingat saya pada awal 2020."Apabila siap saja melodi dan lirik lagu Hellooo! ini, saya terus rakam sebab nak lancarkannya pada tahun itu juga (2020). Sebabnya, saya dah lama tak rakam lagu baharu untuk pendengar," katanya.Menurut Dafi, selain perasaan rindu muncul dengan lagu baharu, tujuan dia merakamkan lagu Hellooo! berikutan ramai peminatnya sudah lupa bahawa bidang pertama diceburinya adalah nyanyian. |
Imam maut kemalangan selepas lawat isteri baru bersalin di hospital | 1,728,400,520 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142382/imam-maut-kemalangan-selepas-lawat-isteri-baru-bersalin-di-hospital | Muhamad Lokman Khairi | 193 | 2024-10-08 15:15:20 | 2024-10-08T23:15:20 | Manjung: Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain, 37, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara dipandunya terbabas di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan, di sini, hari ini.Allahyarham juga adalah Guru Takmir Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seri Iskandar.Difahamkan, isterinya baru sahaja melahirkan cahaya mata di Hospital Seri Manjung, semalam.Kemalangan terbabit berlaku selepas mangsa melawat isterinya di hospital dan dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menjemput anak yang lain di sekolah.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang."Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kembara terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit di tepi Lebuhraya WCE."Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)."Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.Operasi menyelamat yang disertai lapan anggota bomba itu ditamatkan jam 5.37 petang. |
Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama Media Prima | 1,728,382,750 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142328/syed-mokhtar-albukhary-masih-lagi-pemegang-saham-utama-media-prima | Alzahrin Alias | 281 | 2024-10-08 10:19:10 | 2024-10-08T18:19:10 | Kuala Lumpur: Aurora Mulia Sdn Bhd (AMSB), syarikat pelaburan berkaitan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama dalam syarikat media bersepadu, Media Prima Bhd (Media Prima) dengan kepentingan langsung sebanyak 31.9 peratus.Media Prima dalam satu kenyataan berkata, AMSB dalam satu surat mengesahkan ia masih memegang kepentingan langsung sebanyak 353,815,941 saham (31.9 peratus) dalam Media Prima dan Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam Media Prima melalui pemilikan sahamnya dalam AMSB. "Penjelasan ini bertujuan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya dan menangani sebarang kemungkinan salah tafsir yang timbul daripada pengumuman Media Prima kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024," katanya.Kenyataan ini dibuat berikutan tiga pengumuman Media Prima semalam kepada Bursa Malaysia bertajuk 'Notice Of Person Ceasing To Be Substantial Shareholder Pursuant To Section 139 Of The CA 2016'.Rentetan daripada pengumuman itu, beberapa media melaporkan AMSB telah melupuskan 353,815,941 juta saham dalam Media Prima Bhd dan tidak lagi menjadi pemegang saham terbesar dalam Media Prima.Susulan itu, AMSB dalam suratnya menjelaskan mengenai struktur pegangan sahamnya berkaitan dengan penamatan Sutera Bakti Sdn Bhd (SBSB), Tradewinds Group (M) Sdn Bhd (TGM) dan Restu Jernih Sdn Bhd (RJSB) sebagai pemegang saham utama tidak langsung Media Prima melalui kepentingan mereka di bawah Seksyen 8 Akta Syarikat 2016 dalam AMSB.Media Prima berkata, penamatan kepentingan yang disebutkan dalam pengumuman itu telah disalah tafsir sebagai bermaksud AMSB dan secara tidak langsung Syed Mokhtar bukan lagi menjadi pemegang saham utama syarikat.AMSB menjadi pemegang saham utama dalam Media Prima apabila ia memperoleh 31.9 peratus pegangan pada Oktober 2019.Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Media Prima adalah syarikat peneraju media bersepadu sepenuhnya di Malaysia yang lengkap dengan perniagaan berkaitan media dalam televisyen, percetakan, radio, pengiklanan luar rumah, penciptaan kandungan, media digital, perdagangan dan pengiklanan. |
'Dia lelaki terbaik pernah hadir dalam hidup saya' | 1,728,370,908 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142228/dia-lelaki-terbaik-pernah-hadir-dalam-hidup-saya | Redzuan Muharam | 542 | 2024-10-08 07:01:48 | 2024-10-08T15:01:48 | Subang Jaya: "Memang pernah ada orang tanya saya macam mana nak kahwin dengan suami dengan keadaannya begitu dan tak ada calon lelaki lain ke untuk dijadikan pasangan. "Ramai juga perempuan lain menolaknya tapi saya terima kerana nampak kesungguhannya dan ternyata, dia lelaki terbaik pernah hadir dalam hidup saya." Itu kata Nurul Hazwani Ab Rahim, 41, ketika menceritakan kisahnya berkahwin dengan Mahathir Mohd Nor, 44, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal sejak berusia 18 tahun akibat kecederaan serius selepas dirompak pada 1998 ketika pulang kerja yang menyebabkannya lumpuh separuh badan sebelah kanan. Empat tahun lalu, Mahathir sekali lagi diserang angin ahmar kali kedua hingga pertuturannya kurang jelas dan pergerakan badan sebelah kirinya melemah dikenali sebagai penyakit CVA With Left Sided Hemiparesis, U/L TBI With Sided Hemiparesis yang bersifat kekal. Akibatnya, Mahathir yang pernah bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat terpaksa bersara awal sebagai penjawat awam akibat masalah kesihatan. Bercerita lanjut, Nurul Hazwani yang bekerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, USJ 2, di sini berkata, dia dan suaminya berkenalan selepas dihubungi lelaki itu yang mendapat nombor telefon daripada adiknya. "Adik belajar satu kampus dengan suami di Universiti Selangor (Unisel) jadi dia yang beri nombor telefon saya kepada suami. "Kami berhubung selama seminggu melalui telefon kemudian suami ajak jumpa di kampus dan waktu itu emak teman saya. "Suami memang kacak namun emak yang lebih berkenan dengannya dan bersungguh untuk satukan saya dan suami jadi saya ikut kehendaknya selepas dipujuk. "Sebulan kemudian, kami bertunang dan awalnya perasaan saya biasa saja namun mula jatuh cinta dengannya selepas dua tahun pertunangan kerana nampak dia bersungguh," katanya ketika ditemui Harian Metro di USJ 2, dekat sini. Meskipun Mahathir berstatus OKU, Nurul Hazwani lega kerana suaminya boleh menguruskan diri sendiri di rumah ketika dia keluar bekerja. Menurut Nurul Hazwani, dia juga bersyukur kerana perkahwinan mereka dikurniakan tiga zuriat berumur tiga, 10 dan 15 tahun walaupun diuji dengan bermacam dugaan. "Fasa sulit memang ada iaitu tiga tahun lalu ketika suami diserang angin ahmar kali kedua kerana waktu itu saya hamil enam bulan dan pada masa saya kena kerja dan uruskan suami. "Alhamdulillah, ujian itu tak lama dan tak berasa nak merungut pun kerana waktu ambil keputusan nak berkahwin dulu sudah boleh agak apa kemungkinan akan berlaku jadi lebih bersedia. "Syukur juga kerana keluarga, rakan dan orang terdekat banyak bantu malah anak terutama yang sulung pun faham keadaan bapanya. "Jadi, tak ada lain saya harapkan melainkan dapat jaga suami sampai akhir hayat kerana banyak nikmat Allah SWT sudah beri iaitu zuriat juga rumah yang cukup untuk kami sekeluarga," katanya yang menyimpan hasrat mengerjakan umrah ke Tanah Suci bersama suaminya. Sementara itu, Mahathir berkata, dia pernah putus asa untuk meneruskan hidup selepas disahkan OKU namun mendapat kekuatan dengan sokongan keluarga dan insan terdekat. Lantaran pengalaman lalu, Mahathir lebih tenang menerima ujian dan berdamai dengan takdir selepas diserang angin ahmar kali kedua empat tahun lalu. "Walaupun OKU, saya pernah diberi peluang menjadi guru Matematik Tambahan selama empat tahun di sekolah swasta selain berkhidmat 11 tahun sebagai pegawai teknologi maklumat selain menjadi penceramah bebas di sekolah. "Cuma, Allah SWT uji saya tapi saya bersyukur kerana ada isteri, anak dan keluarga menerima serta banyak beri sokongan. "Jadi saya berharap dapat hidup bahagia bersama keluarga, sihat dan dipanjangkan umur supaya dapat tengok anak membesar," katanya. |
'Dia lelaki terbaik pernah hadir dalam hidup saya' | 1,728,370,908 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142228/dia-lelaki-terbaik-pernah-hadir-dalam-hidup-saya | Redzuan Muharam | 542 | 2024-10-08 07:01:48 | 2024-10-08T15:01:48 | Subang Jaya: "Memang pernah ada orang tanya saya macam mana nak kahwin dengan suami dengan keadaannya begitu dan tak ada calon lelaki lain ke untuk dijadikan pasangan. "Ramai juga perempuan lain menolaknya tapi saya terima kerana nampak kesungguhannya dan ternyata, dia lelaki terbaik pernah hadir dalam hidup saya." Itu kata Nurul Hazwani Ab Rahim, 41, ketika menceritakan kisahnya berkahwin dengan Mahathir Mohd Nor, 44, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal sejak berusia 18 tahun akibat kecederaan serius selepas dirompak pada 1998 ketika pulang kerja yang menyebabkannya lumpuh separuh badan sebelah kanan. Empat tahun lalu, Mahathir sekali lagi diserang angin ahmar kali kedua hingga pertuturannya kurang jelas dan pergerakan badan sebelah kirinya melemah dikenali sebagai penyakit CVA With Left Sided Hemiparesis, U/L TBI With Sided Hemiparesis yang bersifat kekal. Akibatnya, Mahathir yang pernah bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat terpaksa bersara awal sebagai penjawat awam akibat masalah kesihatan. Bercerita lanjut, Nurul Hazwani yang bekerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, USJ 2, di sini berkata, dia dan suaminya berkenalan selepas dihubungi lelaki itu yang mendapat nombor telefon daripada adiknya. "Adik belajar satu kampus dengan suami di Universiti Selangor (Unisel) jadi dia yang beri nombor telefon saya kepada suami. "Kami berhubung selama seminggu melalui telefon kemudian suami ajak jumpa di kampus dan waktu itu emak teman saya. "Suami memang kacak namun emak yang lebih berkenan dengannya dan bersungguh untuk satukan saya dan suami jadi saya ikut kehendaknya selepas dipujuk. "Sebulan kemudian, kami bertunang dan awalnya perasaan saya biasa saja namun mula jatuh cinta dengannya selepas dua tahun pertunangan kerana nampak dia bersungguh," katanya ketika ditemui Harian Metro di USJ 2, dekat sini. Meskipun Mahathir berstatus OKU, Nurul Hazwani lega kerana suaminya boleh menguruskan diri sendiri di rumah ketika dia keluar bekerja. Menurut Nurul Hazwani, dia juga bersyukur kerana perkahwinan mereka dikurniakan tiga zuriat berumur tiga, 10 dan 15 tahun walaupun diuji dengan bermacam dugaan. "Fasa sulit memang ada iaitu tiga tahun lalu ketika suami diserang angin ahmar kali kedua kerana waktu itu saya hamil enam bulan dan pada masa saya kena kerja dan uruskan suami. "Alhamdulillah, ujian itu tak lama dan tak berasa nak merungut pun kerana waktu ambil keputusan nak berkahwin dulu sudah boleh agak apa kemungkinan akan berlaku jadi lebih bersedia. "Syukur juga kerana keluarga, rakan dan orang terdekat banyak bantu malah anak terutama yang sulung pun faham keadaan bapanya. "Jadi, tak ada lain saya harapkan melainkan dapat jaga suami sampai akhir hayat kerana banyak nikmat Allah SWT sudah beri iaitu zuriat juga rumah yang cukup untuk kami sekeluarga," katanya yang menyimpan hasrat mengerjakan umrah ke Tanah Suci bersama suaminya. Sementara itu, Mahathir berkata, dia pernah putus asa untuk meneruskan hidup selepas disahkan OKU namun mendapat kekuatan dengan sokongan keluarga dan insan terdekat. Lantaran pengalaman lalu, Mahathir lebih tenang menerima ujian dan berdamai dengan takdir selepas diserang angin ahmar kali kedua empat tahun lalu. "Walaupun OKU, saya pernah diberi peluang menjadi guru Matematik Tambahan selama empat tahun di sekolah swasta selain berkhidmat 11 tahun sebagai pegawai teknologi maklumat selain menjadi penceramah bebas di sekolah. "Cuma, Allah SWT uji saya tapi saya bersyukur kerana ada isteri, anak dan keluarga menerima serta banyak beri sokongan. "Jadi saya berharap dapat hidup bahagia bersama keluarga, sihat dan dipanjangkan umur supaya dapat tengok anak membesar," katanya. |
Hukuman mati pembunuh Sosilawati kekal | 1,728,360,165 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142148/hukuman-mati-pembunuh-sosilawati-kekal | Suraya Roslan | 336 | 2024-10-08 04:02:45 | 2024-10-08T12:02:45 | Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladang kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di ladang di Banting, Selangor pada 2010. Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan hukuman mati dikekalkan kepada dua pemohon iaitu N Pathmanabhan, 55, dan T Thilaiyalagan, 33. "Permohonan ditolak, hukuman gantung dikekalkan," katanya yang bersidang bersama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais. D ua pemohon itu memohon hukuman mati itu diganti dengan hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa pada 4 Julai 2023. Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali bagi pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun. Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, seorang lagi pemohon R Kathavarayan, 44, yang pada mulanya memfailkan permohonan semakan yang sama, menarik balik permohonan terbabit. Justeru, hukuman mati terhadap bekas pekerja ladang itu kekal seperti diputuskan Mahkamah Persekutuan pada 16 Mac 2017. Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Tetralina Ahmed Fauzi, manakala peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan serta Thilaiyalagan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad. Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada semua perayu selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting, Selangor antara jam 8.30 dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Pada 4 Disember 2015, Pathmanabhan, R Matan, 33; Thilaiyalagan dan Kathavarayan gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan. Dua tahun kemudian, iaitu 16 Mac 2017, Pathmanabhan, Thilaiyalagan, dan Kathavarayan kekal ke tali gantung, selepas sekali lagi rayuan mereka ditolak Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun, Matan bernasib baik apabila rayuan pekerja ladang itu dibenarkan dan dia dilepas dan dibebaskan oleh lima panel hakim yang bersidang kerana kekurangan bukti berhubung kes pembunuhan itu. Kisah wanita gigih berakhir tragis |
Pernah diejek kerana kerap mengenyit mata | 1,728,342,087 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142074/pernah-diejek-kerana-kerap-mengenyit-mata | Redzuan Muharam | 395 | 2024-10-07 23:01:27 | 2024-10-08T07:01:27 | Semenyih: Hanya kerana mempunyai Sindrom Tics (keadaan neurologi pergerakan berulang atau tidak dapat dikendali), Muhammad Iqbal Hakimi Abdullah pernah dilabel sebagai orang kurang upaya (OKU) dan autistik oleh segelintir individu yang tidak memahami keadaan dirinya.Bukan setakat itu, ada juga mengejeknya kerana kerap mengenyit mata disebabkan masalah berkenaan dan menganggapnya sengaja berbuat begitu bagi meraih perhatian kerana zahirnya kelihatan normal.Lantaran itu, Muhammad Iqbal Hakimi, 19, dari sini, mengakui hilang keyakinan diri dengan penerimaan segelintir individu terhadapnya sebelum menyedari kelainan yang ada membuatkannya nampak unik."Saya ada (sindrom) Tics sejak di sekolah rendah, dan tabiat awal saya adalah suka kembangkan hidung kemudian kenyit mata kanan dan kini cenderung serta kerap kelip kedua-dua mata."Pada mulanya saya ingat ia sekadar tabiat, tapi lama kelamaan apa dilakukan itu berterusan sampai jadi letih jika menahan daripada kenyit mata," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.Katanya, dia mencari maklumat melalui pembacaan bagi mendapatkan kepastian selain merujuk pakar sebelum menyedari mengalami sindrom Tics ini."Pada awalnya saya memang berasa tak yakin nak hadap orang sampai berjalan pun tunduk, hanya tengok bawah saja kerana enggan ada yang sedar lebih-lebih lagi waktu sekolah sebab kawan suka mengajuk."Tapi lama-kelamaan nampak ia (tics) macam identiti yang buat saya lebih mudah dikenali dan tak terfikir nak dapatkan rawatan kerana difahamkan ia akan beransur hilang apabila meningkat dewasa," katanya.Bercerita lanjut, Muhammad Iqbal Hakimi berkata, keluarganya tidak mengetahui mengenai sindrom yang dialaminya pada peringkat awal sehingga dia menjelaskan hal sebenar kepada mereka."Keluarga boleh terima keadaan ini dan tidak menganggap satu kelainan kerana sudah biasa melihatnya melakukan tabiat berkait dengan Tics," katanya.Berhubung perkongsiannya di TikTok pula, Muhammad Iqbal Hakimi berkata, dia tiada niat lain kecuali berkongsi kisahnya sekali gus memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai Tics."Perkongsian itu sebenarnya dibuat kerana baru-baru inu, ada bertanya mengenai keadaan saya dalam satu acara di kampus."Ia membuatkan saya tergerak hati untuk berkongsi kisah dan pengalaman sebagai individu yang ada sindrom Tics kerana nak tahu juga adakah saya seorang saja begitu."Tak sangka video saya akan tular dan bila baca ruangan komen baru saya tahu ramai rupanya ada Tics. Ada komen positif, ada juga negatif namun lebih ramai beri kata semangat buat saya," katanya.Menyedari kurangnya pendedahan mengenai sindrom Tics mendorong penuntut Diploma Sumber Manusia di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCeD), Cyberjaya berazam memberi kesedaran kepada masyarakat menerusi perkongsian di TikTok. |
Tak sia-sia setia pada Gibson | 1,728,338,433 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1142054/tak-sia-sia-setia-pada-gibson | Ridzuan Abdul Rahman | 437 | 2024-10-07 22:00:33 | 2024-10-08T06:00:33 | KETIKA namanya hangat diperkatakan kerana menolak tawaran untuk kumpulan Barbarik menyertai Rock Warrior Music Festival (RWMF) anjuran Rumah Produksi Merah (RPM) milik Datuk Awie, JoBranko tampil dengan berita gembira apabila dilantik oleh Music Bliss sebagai duta rasmi untuk jenama gitar terkenal dunia, Gibson. Malah ketika artikel ini ditulis, JoBranko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 55, sudah berada di Nashville Tennesse, Amerika Syarikat untuk sesi lawatan ke Gibson Garage dari 6 hingga 15 Oktober ini. "Saya bersyukur kerana mencatat sejarah menjadi satu-satunya pemain gitar dari Asia dilantik sebagai duta Gibson. Tak sia-sia saya setia dengan jenama ini sejak 30 tahun lalu. "Kita tahu jenama ini sangat teliti dan tak nampak kita dari Malaysia terpilih. Tapi, saya teruskan pakai gitar ini kerana pesona yang ada padanya. Ikutkan dah lama pengikut saya iktiraf saya dengan jenama ini, tapi belum rezeki. "Mungkin baru sekarang ia dimakbulkan. Apa pun ia adalah satu langkah baharu yang paling tinggi sepanjang karier saya sebagai pemuzik," katanya. Tanpa berselindung gitaris yang juga penerbit hebat ini berkata, dia sudah menyimpan impian memiliki gitar jenama ini sejak berusia 13 tahun. "Ketika itu gitar ini tak dijual di Kuala Lumpur kerana terlalu mahal serta terhad untuk pemain gitar kidal. Apabila ada peluang, saya terus beli di Sydney, Australia. Sekarang saya ada empat koleksi gitar jenama ini. "Saya kini berpeluang memberikan idea mengenai pemilihan gitar yang bakal dikeluarkan. Sebanyak lapan siri gitar seleksi JoBranko termasuk satu yang dibuat khas mengikut spesifikasi kidal akan dikeluarkan selepas ini. "Di Gibson Garage akan ada satu hari dinamakan Blackbox. Jika bernasib baik saya mungkin boleh jumpa Slash Guns N'Roses atau pemuzik lain. Memang ia kejutan. Kalau tiada artis terkenal, artis tempatan pun okeylah untuk saya jumpa," katanya. Bercerita mengenai Barbarik yang dianggotainya bersama Mus (vokal), Rozaimie (bass) dan Ainol (dram), JoBranko berkata, perjalanannya kini sukses. "Album sedang disiapkan dan saya sedang aturkan proses mastering di Brisbane, Australia. Dijangka album ini dikeluarkan pada 7 November depan. "Saya akan buat pradengar serta 'showcase' di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 1 Disember depan. Album ini memuatkan enam lagu dan satu instrumental. "Mulanya saya rancang buat single lima lagu, tapi ia macam tak mencabar.Saya dan Mus pun ada pengikut yang tegar, jadi kena buat yang terbaik," katanya. Menurutnya konsep muzik yang dibawakan pula ialah apa yang pemuziknya keluarkan. "Yang saya perlu ialah kawal permainan saya kerana saya gitar utama dan merangkap penerbit. Ia sebenarnya susah kerana saya tak nak nampak ia melampau atau kurang sangat. "Buat album ialah makanan jiwa saya dalam berkarya. Muzik Barbarik mengikuti muzik masa kini iaitu rock keras. Ada juga lagu yang saya akan gunakan instrumen untuk buat orang tertarik," katanya. |
Emma Maembong sahkan sudah bercerai | 1,728,301,010 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141985/emma-maembong-sahkan-sudah-bercerai | Najiy Jefri | 360 | 2024-10-07 11:36:50 | 2024-10-07T19:36:50 | Kuala Lumpur: "Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah," kata pelakon jelita, Emma Maembong yang mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.Menyedari krisis rumah tangganya hangat diperkatakan dan dibincangkan di forum gosip, Emma bagaimanapun memilih pendekatan berdiam diri dan tidak mahu mengeruhkan keadaan selama ini. Emma berkata, disebabkan itu juga dia masih memuat naik foto bersama bekas suami di media sosial hingga ramai pihak mula berteka-teki sama ada dia dan bekas suaminya masih bersama atau tidak. "Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini. "Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini."Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia,"katanya ketika dihubungi Harian Metro. Ditanya bilakah perpisahan itu berlaku, Emma enggan berkongsi butiran terperinci kerana ia bukan perkara yang indah untuk dikongsikan. "Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil Langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman."Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya. "Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,"katanya.Menurut Emma, dia bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku."Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik."Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik."Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami"katanya.Sementara itu, Shazli ketika dihubungi menyifatkan urusan jodoh pertemuan adalah rahsia Allah dan reda dengan segala ketentuan. "Kita cuma mampu merancang, namun soal jodoh, ajal semua di tangan Tuhan. "Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita," katanya. Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. |
4 termasuk Inspektor ditukar serta-merta, anjur 'parti persendirian' dalam balai polis | 1,728,291,572 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141926/4-termasuk-inspektor-ditukar-serta-merta-anjur-parti-persendirian-dalam-balai | Norzamira Che Noh | 245 | 2024-10-07 08:59:32 | 2024-10-07T16:59:32 | Shah Alam: Tiga anggota dan seorang pegawai berpangkat Inspektor dari sebuah balai polis di Shah Alam dipindah keluar dari Selangor selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan premis kerajaan dengan menganjurkan 'parti persendirian' pada awal pagi 28 September lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua anggota itu dipindahkan serta-merta susulan tindakan seorang anggota berpangkat Koperal membawa masuk empat orang awam termasuk tiga wanita dalam pejabat mereka. "Dalam insiden 'so called' parti itu, kita jumpa anggota berpangkat Koperal membawa masuk orang awam termasuk tiga wanita ke pejabat mereka dengan adanya muzik serta sedikit makanan. "Ini jelas bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) iaitu mana-mana orang awam tidak boleh dibawa ke premis pejabat tanpa ada urusan rasmi. Itu adalah tindakan dalaman yang mana kesemua mereka diambil tindakan keluar terus dari Selangor (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor). "Bukan saja dia (Koperal), tiga lagi anggota yang sepatutnya menjadi penyelia dia iaitu seorang berpangkat Sarjan, Sarjan Mejar dan Inspektor turut ditukar keluar daripada Selangor kerana tindakan menyalahguna premis kerajaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di IPK Selangor di sini, hari ini. Hussein menjelaskan tindakan dilakukan mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993."Semua dipindahkan ke Johor dan Kelantan serta-merta," katanya.Dalam pada itu, Hussein menegaskan tangkapan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang tidak membabitkan ketua balai sebaliknya ketiga-tiga individu adalah anggota berpangkat rendah. "Ketiga-tiga anggota ini juga ditukar ke bahagian pengurusan serta-merta dan akan diambil tuduhan di bawah jenayah dan tatatertib," katanya |
Harimau Malaya tidak akan diswastakan - Yusoff | 1,728,282,770 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141839/harimau-malaya-tidak-akan-diswastakan-yusoff | Syazwan Msar | 285 | 2024-10-07 06:32:50 | 2024-10-07T14:32:50 | Kelana Jaya: Tiada istilah putus hubungan atau bercerai membabitkan skuad Harimau Malaya dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti digembar-gemburkan sebelum ini.Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, skuad Harimau Malaya tidak akan diswastakan, namun diletakkan di bawah unit khas badan induk bola sepak negara itu.Beliau berkata, unit baharu itu akan bertanggungjawab memantau dan mengendalikan skuad Harimau Malaya dan Bawah 23 Tahun (B-23) termasuklah membabitkan peruntukan kewangan serta barisan kejurulatihan pasukan.Menurutnya, ketika ini ahli jawatankuasa termasuk kepimpinan tertinggi dalam unit berkenaan masih lagi dalam perbincangan dan akan diputuskan pada penghujung tahun ini."Sebenarnya, tidak timbul isu pasukan kebangsaan diswastakan. Pasukan kebangsaan akan ada satu unit khas termasuklah membabitkan skuad B-23."Unit ini akan bertanggung jawab kepada Presiden (Tan Sri Hamidin Mohd Amin) dan Exco FAM. Cuma peruntukan untuk ini akan dijaga khusus supaya kewangannya tidak digunakan kepada lain."Idea ini adalah daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Idea ini datang untuk bantu dan tambah baik skuad kebangsaan," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025, hari ini.Sebelum ini, media melaporkan terdapat kemungkinan pasukan Harimau Malaya bakal diswastakan selepas Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi laman sosial miliknya berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas.Berdasarkan dokumen itu, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal.Ia akan dibantu beberapa pegawai termasuk Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi & Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.Bagaimanapun, Tunku Mahkota Ismail tidak menjelaskan bentuk sebenar penswastaan sama ada organisasi itu akan bergerak bebas atau tetap berada di bawah FAM bagi menguruskan Harimau Malaya. |
'Hati saya remuk, tapi Fattah tiada kesungguhan untuk pujuk' - Fazura | 1,728,275,070 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141770/hati-saya-remuk-tapi-fattah-tiada-kesungguhan-untuk-pujuk-fazura | Syafil Syazwan Jefri | 305 | 2024-10-07 04:24:30 | 2024-10-07T12:24:30 | Shah Alam : Nur Fazura, 41, terkilan atas sikap bekas suaminya, Fattah Amin, 33, yang tiada inisiatif untuk memujuknya sepanjang dua bulan mereka tidak tinggal sebumbung. Fazura sambil mengalirkan air mata berkata, sebagai isteri, dia mengharapkan agar hatinya yang remuk dipujuk oleh suami ketika itu. "Kami dah tak sebumbung selama dua bulan. Dalam tempoh itu, saya mengharapkan suami datang memujuk saya. Bukan setakat WhatsApp 'selamat pagi', 'selamat malam', 'saya minta maaf' saja, tapi saya mengharapkan dia datang ke rumah walaupun saya marah atau apa. "Sebarang isteri, kadang-kadang kita mungkin marah. Tapi, saya memang berharap dia bersungguh-sungguh untuk pujuk saya, bukan setakat WhatsApp saja. Saya bercakap benar dan Allah mendengar. Allah tahu saya tak tipu. Saya bukan cakap nak selamatkan diri saya saja atau apa," katanya. Ditanya sama ada Fattah pernah datang ke rumah sepanjang tempoh dua bulan itu, Fazura berkata, Fattah hanya datang beberapa kali, namun tidak bersungguh-sungguh memujuk. "Dia ada datang beberapa kali untuk jumpa anak, dia datang lagi sehari sebelum cerai untuk ambil pakaian dan ada sekali dia datang pada hari saya failkan perceraian. "Memang ada banyak kali juga saya cakap tak mahu jumpa. Tapi, saya dalam keadaan hati saya remuk. Saya berharap dan berdoa kepada Allah agar dia datang bersungguh-sungguh pujuk saya. Mungkin saya berlembut hati waktu itu. "Tapi, dalam dua bulan itu tak ada inisiatif yang benar-benar dia nak memujuk saya," katanya. Tidak menerima sebarang pertanyaan khabar daripada pihak keluarga Fattah, Fazura berkata, walaupun agak terkilan, dia tetap memaafkan mereka kerana kasih sayang terhadap keluarga mentuanya tidak pernah berbelah bahagi. "Semenjak saya kahwin dengan Fattah, saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri. Ke mana-mana saya pergi bercuti pun, saya tetap pastikan mereka tak terkecuali. "Tapi, sejujurnya, saya agak terkilan jugalah, langsung tiada antara mereka yang hubungi saya, bertanya khabar saya dan Fatima. Tapi, saya dah maafkan semua," katanya. |
Fattah nafi curang, tak sangka Fazura sanggup buka aib | 1,728,273,985 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141764/fattah-nafi-curang-tak-sangka-fazura-sanggup-buka-aib | Najiy Jefri | 242 | 2024-10-07 04:06:25 | 2024-10-07T12:06:25 | Shah Alam: Pelakon, Fattah Amin, 33, menafikan dakwaan dia berlaku curang menerusi pendedahan yang dibuat bekas isterinya, Nur Fazura, 41, selepas disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.Fattah berkata, dia terkejut dengan tohmahan yang dilemparkan dan menyifatkan tuduhan melampau itu bertujuan untuk memalukan dirinya."Saya menafikan tuduhan itu. Malah, peguam dia sebelum ini pun sudah jelaskan tiada kes curang. Kenapa tiba-tiba perkara ini dibangkitkan."Saya pun ada bukti dan ia satu tohmahan untuk memalukan dan mencemarkan nama baik saya," katanya.Menurut Fattah, dia kesal dengan segala kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya walaupun masing-masing sudah memeterai perjanjian untuk tidak memburukkan sesiapa."Kami sudah ada perjanjian bersama sebelum saya lafazkan talak. Perjanjian kami adalah masing-masing perlu menjaga aib dan tidak mencemarkan nama baik. "Itu perjanjian yang sudah ditandatangani bersama sebelum lafaz. Saya agak terkejut kenapa tiba-tiba ada kenyataan sebegitu daripada dia. Saya sangat sedih," katanya.Ditanya mengenai punca perceraian, Fattah menganggap tiada persefahaman di antara mereka."Tiada persefahaman, itu saja. Kalau fasal curang peguam dia sudah nafikan sebelum ini," katanya.Terdahulu Fazura mendedahkan tiga punca perceraian dan salah satunya adalah kecurangan yang dilakukan Fattah semasa mereka masih bergelar suami isteri.Dua lagi punca ialah pengabaian nafkah dan tiada persefahaman.Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.'Saya dah lama tak bahagia, Fattah curang, bawa wanita lain naik kereta yang saya belikan untuk dia' - Fazura |
'Saya dah lama tak bahagia, Fattah curang, bawa wanita lain naik kereta yang saya belikan untuk dia' - Fazura | 1,728,273,619 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141758/saya-dah-lama-tak-bahagia-fattah-curang-bawa-wanita-lain-naik-kereta-yang-saya | Syafil Syazwan Jefri | 361 | 2024-10-07 04:00:19 | 2024-10-07T12:00:19 | Shah Alam: Pengabaian nafkah, tiada persefahaman dan curang.Ini tiga sebab yang didakwa pelakon, Nur Fazura, 41, menjadi punca perceraiannya dengan pelakon popular, Fattah Amin, 33, hari ini.Fazura berkata, sejak sekian lama, dia hilang rasa bahagia dan apa yang berlaku mengganggu emosi dan mentalnya. "Sebab ramai pula bertanya dan buat spekulasi, punca perceraian pertama adalah Fattah sudah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima selepas sekian lama. "Kedua, kami sudah tidak sefahaman lagi. Saya dah lama tak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan. Tapi, saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tohmahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya. Saya harapkan seorang suami akan ke depan untuk mempertahankan saya, tapi langsung tak ada."Ketiga, yang saya rasa memang saya tak boleh terima lagi adalah memang Fattah berlaku curang terhadap saya. Ya, saya ada bukti. Saya rasa tak perlu dedahkan (sejak berapa tahun)," katanya.Menurut Fazura, dia juga sudah berkorban segala-galanya untuk rumah tangga mereka, namun semua itu umpama tidak ada makna, malah Fattah turut membawa wanita lain menaiki kenderaan yang dibelinya. "Saya dah berkorban banyak untuk keluarga. Fattah sendiri pun ada keluarkan kenyataan mengenai pengorbanan saya. Sejujurnya, hari ini saya memang nak beritahu semua orang saya dah berkorban semua untuk Fattah. "Saya sediakan tempat tinggal, makan minum, semua untuk dia dan Fatima. Saya juga menghadiahkan kereta Range Rover untuk dia dan keselesaan dia. Jadi, untuk orang kata saya nak bercerai sebab tak sekufu, itu tak betul. "Kalau saya rasa Fattah tak sekufu, saya tak bersetuju kahwin dengan dia. Jadi, dari awal semasa kami bercinta, saya terima dia dan keluarga dia seadanya sampai ke hari ini," katanya.Fazura berkata, dia sangat kecewa dan keputusan yang diambilnya ini adalah untuk maruahnya. "Saya kesal kerana selepas saya berkorban banyak, kenderaan yang saya belikan itu pun dia bawa wanita yang haram bagi dia," katanya. Hari ini, Fazura dan Fattah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga. Lafaz talak itu dilakukan Fattah pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh. Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.Fattah nafi curang, tak sangka Fazura sanggup buka aib |
Fattah, Fazura cerai talak satu | 1,728,269,611 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141742/fattah-fazura-cerai-talak-satu | Syafil Syazwan Jefri & Najiy Jefri | 247 | 2024-10-07 02:53:31 | 2024-10-07T10:53:31 | Shah Alam: Ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini.Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.Selepas talak dilafazkan, Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu antara Fattah dan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40.Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.Fattah tak sugul lagiLima 'bodyguard' jaga Fazura lagi'Harap Fattah, Fazura selesaikan dengan baik' - PeguamFazura serah pada Allah |
Ibu sayu Faqqeh bertarung nyawa hidap kanser mata | 1,728,262,565 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141716/ibu-sayu-faqqeh-bertarung-nyawa-hidap-kanser-mata | Zuliaty Zulkiffli | 308 | 2024-10-07 00:56:05 | 2024-10-07T08:56:05 | Padang Terap: Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian, 2, sepatutnya ceria menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain, namun berubah selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu. Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis. Menurut ibunya, Nor Ashma Abdullah, 43, anak bongsunya itu dikesan menghidap kanser selepas mengalami demam panas yang tinggi ketika berusia sekitar sembilan bulan. "Kesnya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar sebelum doktor mengesahkan dia menghidap kanser berdasarkan sampel darah yang diambil," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam. Nor Ashma berkata, sebelum ini bengkak itu terus membesar tetapi mengecut sedikit selepas dia menyapu krim yang dibeli di farmasi seperti yang disyorkan oleh doktor hospital. Katanya, bebola mata kanan anaknya juga sudah tidak kelihatan disebabkan bercampur dengan daging serta benjolan itu. "Sekiranya pembedahan membuang benjolan ini dapat membantu Faqqeh, saya amat bersyukur tetapi ia memberi risiko, saya bimbang untuk meneruskannya," katanya. Nor Ashma berkata, disebabkan masalah kewangan dan doktor memaklumkan usia anaknya tidak panjang, dia perlu mencari ikhtiar lain untuk memastikan anaknya sihat. Katanya, suaminya, Abu Soffian Ghazali, 51, pula hanya seorang penoreh getah dan perlu menanggung lima anak lain yang masih bersekolah. "Setiap hari saya memberi Faqqeh minum air zam-zam, selain memberinya susu badan serta susu tepung dengan menggunakan saluran tiub. Berat badan Faqqeh menurun sehingga tiga kilogram. "Benjolan di mata kanannya juga semakin besar. Benjolan itu bercampur dengan daging serta darah sehinggakan ia pecah malam kelmarin dan mengakibatkan darah keluar dengan banyak," katanya yang juga seorang surirumah. Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi kanak-kanak itu menyampaikan sumbangan kepada ibu bapanya untuk meringankan beban mereka. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Rakyat 221261054947 milik Nor Ashma Abdullah atau menghubungi talian 014-9718095. |
Tiga inovasi UPM pecah pasaran global | 1,728,257,310 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141690/tiga-inovasi-upm-pecah-pasaran-global | Ain Balqis Ahmad Parmy dan Fadhilahnur Amin | 446 | 2024-10-06 23:28:30 | 2024-10-07T07:28:30 | Serdang: Tiga penyelidikan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk yang memberi manfaat kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa.Tiga produk iaitu vaksin MyHatch UPM93, racun serangga Milagro Matado dan suplemen ikan Thohira dilihat mempunyai potensi besar dimanfaatkan secara meluas.Pengarah Putra Science Park, Prof Dr Samsilah Roslan berkata, setakat ini, vaksin MyHatch UPM93 berjaya menembusi pasaran antarabangsa yang mana ia dikembangkan oleh penyelidik untuk melindungi ayam daripada penyakit sampar atau Newcastle Disease Virus (NDV)."Vaksin sampar ayam yang dihasilkan oleh UPM sebelum ini, termasuk MyHatch UPM93 sudah dikomersialkan di lebih 20 negara di seluruh dunia. Ini termasuk di Asia, Timur Tengah dan Afrika yang melihatnya sebagai penyelesaian berkesan untuk mengawal penyebaran penyakit dalam industri penternakan ayam."Selain itu, racun serangga Milagro Matado adalah produk yang diformulasikan untuk kawalan serangga perosak dalam pertanian yang mana ia mengandungi bahan aktif semula jadi yang lebih mesra alam, berbanding dengan racun serangga sintetik yang biasa digunakan dalam sektor pertanian."Produk atau suplemen makanan akuakultur Thohira juga lama berada di pasaran dan berjaya menarik pelanggan yang ramai terutama penternak dalam industri akuakultur tempatan," katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata, produk itu diformulasikan untuk meningkatkan pertumbuhan dan kesihatan ikan melalui penggunaan bahan semula jadi dan nutrien yang diperlukan dalam pemakanan ikan."Majoriti projek penyelidikan tertumpu kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan, selaras dengan peranan UPM sebagai universiti yang diamanahkan untuk menerajui bidang itu di peringkat kebangsaan."Sehingga kini secara kumulatifnya, jualan kasar hasil pengkomersilan inovasi yang dijalankan di UPM berjaya menyumbang lebih RM75 juta," katanya.Samsilah berkata, jualan kasar itu menjadi tanda bahawa industri baharu yang berasaskan teknologi inovatif daripada UPM berkembang pesat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara."Keuntungan daripada pengkomersialan inovasi biasanya lebih banyak pergi kepada pihak industri berbanding universiti kerana matlamat universiti ialah menyokong industri agar dapat berterusan membesarkan dan mengembangkan perniagaan serta memberi impak sosio ekonomi secara langsung kepada negara."Diharapkan dengan impak sedemikian, ekonomi negara akan menjadi rancak, membolehkan peruntukan penyelidikan yang lebih banyak diberikan kepada universiti," katanya Menurutnya, UPM meletakkan sasaran pengkomersialan sekurang-kurangnya 15 inovasi baharu setiap tahun dan setakat ini sebanyak 247 inovasi berjaya dipindahkan kepada industri."UPM melalui Putra Science Park menawarkan pelbagai program dan bantuan bagi memastikan penyelidik terus menghasilkan inovasi berkualiti."Antaranya adalah Geran Pembangunan Pengkomersialan Produk dan Geran InnoHub yang bertujuan membantu penyelidik membawa inovasi mereka ke pasaran," katanya.Beliau berkata, program itu diwujudkan untuk menggalakkan penyelidik mengkomersialkan hasil kajian mereka dan memastikan inovasi itu boleh dimanfaatkan secara meluas."Kejayaan itu bukan saja membuktikan kecemerlangan UPM dalam penyelidikan, malah menunjukkan kemampuan universiti untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti terkemuka dalam pengkomersialan inovasi demi manfaat masyarakat, industri dan negara," katanya. |
Nak cergas, bergaya | 1,728,256,525 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141684/nak-cergas-bergaya | Noorazura Abdul Rahman | 426 | 2024-10-06 23:15:25 | 2024-10-07T07:15:25 | Jitra: Biarpun kelibat Muhammad Adam Daniel Fadzil, 17, sering mencuri tumpuan ramai kerana ketinggiannya, jauh di sudut hatinya mahu tampil cergas dan bergaya seperti rakan sebayanya.Berikutan itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Seri Indera Putera di sini, kini berusaha menurunkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.Muhammad Adam Daniel berkata, dia tidak pernah berasa kekok apabila ramai menegur mengenai ketinggiannya iaitu 195 sentimeter (cm) kerana menganggap ia adalah kelebihan yang diberikan Allah.Menurutnya, apabila berada di sekolah, dia sering dipanggil guru untuk melakukan kerja tertentu yang memerlukan ketinggian."Saya rasa seronok dapat bantu, begitu juga rakan di sekolah, ada barang di tempat tinggi yang tak mampu capai, mereka akan panggil saya untuk tolong."Kalau nak pasang apa-apa di tempat tinggi, saya akan tolong. Barangan berat pun mereka akan minta tolong, saya besar hati nak tolong cikgu dan rakan asalkan bagi ringankan beban mereka," katanya yang tinggal di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok, di sini.Terdahulu, Adam mendapat perhatian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tunku Seri Indera Putera pada 23 September lalu.Malah, Muhammad Sanusi yang sempat meluangkan masa beramah mesra dengan Adam juga terkejut apabila diberitahu tentang kasut bersaiz 15 yang dipakai oleh pelajar berkenaan.Bercerita lanjut, Muhammad Adam Daniel atau lebih mesra dipanggil Adam berkata, dia juga aktif dengan sukan lontar peluru serta tarik tali di sekolah dan memegang rekod tanpa kalah."Apabila tarik tali saya akan berada di belakang dan saya hanya perlu bantu rakan untuk pastikan pasukan saya menang," katanya.Ketika ditanya adakah dia pernah diejek kerana memiliki ketinggian dan berbadan besar, Adam berkata, situasi itu pernah dihadapinya ketika di sekolah rendah apabila ada yang memanggilnya giant atau gergasi.Bagaimanapun katanya, dia tidak pernah ambil hati dengan panggilan itu dan menganggapnya sebagai lumrah dalam hidup."Kawan selalunya akan seronok berkawan dengan saya, apabila saya berdiri mereka selalunya perlu mendongak kepala untuk bercakap."Selain itu, saya sendiri perlu berhati-hati untuk masuk ke bilik air rumah atau mana-mana premis yang rendah kerana bimbang akan terhantuk kepala," katanya.Anak bongsu daripada empat beradik berkata, dia kini dalam proses untuk menurunkan berat badannya yang ketika ini sudah mencapai 130 kilogram (kg).Katanya, keadaan fizikalnya yang besar juga membuatkan kebanyakan pakaiannya perlu ditempah kerana sukar mendapatkan saiz."Pakaian sekolah, baju raya selalu ibu tempah, kain diperlukan kira-kira lapan meter berbanding saiz fizikal orang Asia Tenggara antara empat ke lima meter sahaja."Kasut pula saiz 15, sukar nak cari di pasar raya atau pusat beli-belah hingga terpaksa beli dalam platform dagangan dalam talian," katanya. |
Letak tong dram bersimen, korek parit | 1,728,255,927 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141682/letak-tong-dram-bersimen-korek-parit | Samadi Ahmad | 384 | 2024-10-06 23:05:27 | 2024-10-07T07:05:27 | Sepang: Hasrat sekumpulan pembeli dan pemilik tanah berhampiran Taman Jenderam Budiman, Jenderam Hulu, Dengkil untuk membina rumah idaman berdepan kesulitan akibat ketidakpuasan hati penduduk perumahan itu. Mereka mendakwa penduduk membina halangan di atas rizab simpanan jalan dengan meletak tong dram bersimen mengorek parit dan membina pagar. Tinjauan wartawan Harian Metro ke kawasan kejadian turut mengesahkan kewujudan halangan sementara itu yang antara sebabnya mungkin mahu mengelak kawasan berkenaan dibangunkan. Menurut pemilik tanah, Ahmad Man, 68, berkata, tanah yang dibeli berhampiran Taman Jenderam Budiman itu mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk ditukar status kepada bangunan pada 2021. Katanya, tanah berkeluasan 1.3 ekar sudah dipecah lot dan dijual kepada 10 pembeli untuk didirikan rumah, dengan laluan keluar masuk dicadang pada rizab simpanan jalan yang jaraknya beberapa meter dari jalan utama. Ahmad berkata, ketika cadangan itu dibuat pada tahun sama, perbincangan sudah diadakan dengan penduduk perumahan untuk mengambil alih rizab jalan sebagai laluan mereka namun dibantah atas pelbagai alasan termasuk mengganggu 'privasi'. "Pada 2022, saya menghantar surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sepang (PDTS) berkenaan masalah ini dan menerima maklum balas mengatakan tanah rizab jalan itu boleh digunakan dan tidak boleh dibina sebarangan halangan yang menyekat laluan penduduk. "Pada Jun lalu juga PDTS mengeluarkan notis kepada penduduk taman supaya membersihkan halangan atas tanah rizab jalan namun selepas tiga bulan tiada tindakan," katanya . Ahmad berkata, dia sudah membina jalan sehingga ke kawasan halangan itu untuk kemudahan akses keluar masuk namun kini tergendala disebabkan halangan terbabit. Katanya, laporan polis sudah dibuat berkenaan isu ini dan berharap penduduk taman akur arahan pihak berkuasa dan lebih bertimbang rasa. "Saya beri jaminan, laluan dibina itu hanya untuk kenderaan ringan dan binaannya nanti mengutamakan aspek keselamatan semua pihak termasuk bina besi halang kenderaan berat masuk," katanya. Sementara itu, pekerja swasta, Mohd Faisol Mustafa, 36, yang membeli tanah di kawasan itu memberitahu, halangan sementara diwujudkan penduduk perumahan menimbulkan kegusaran mengenai laluan keluar masuk. Katanya, dia membeli tapak lot tanah itu untuk membina rumah pertamanya namun kini menangguhkan hasrat terbabit disebabkan isu berkenaan, selain terpaksa menanggung kos sewa rumah yang tinggi. Katanya, penduduk taman tidak seharusnya bersikap pentingkan diri apatah lagi binaan jalan dibuat tidak membabitkan harta mereka sebaliknya rizab simpanan jalan. "Diharapkan pihak berkuasa campur tangan dan mengambil tindakan segera agar masalah ini dapat diselesaikan," katanya.Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok. |
Kekal identiti pop | 1,728,255,670 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141677/kekal-identiti-pop | Syafil Syazwan Jefri | 676 | 2024-10-06 23:01:10 | 2024-10-07T07:01:10 | Sebut saja nama Ayda Jebat, tentunya ramai yang akan membayangkan karya muzik pop yang diperjuangkannya seperti Temberang dan Pencuri Hati.Walaupun pernah hadir dengan beberapa karya lagu berentak balada, namun karya pop dendangannya tetap menjadi pilihan pendengar dan melonjakkan namanya sebagai penyanyi.Terbaharu, Ayda hadir dengan 'buah tangan' terkini berjudul Memerang hasil ciptaan komposer, Ezra Kong yang terus membuktikan kemampuannya melantunkan lagu pop."Saya rasa sangat gembira dapat kembali dengan genre (pop) yang orang kenali saya. Sebelum lagu Memerang ini, ada beberapa lagu balada dan yang bukan terlalu 'Ayda Jebat'."Ada yang suka, tapi ada juga yang tanya bila saya akan keluarkan lagu baharu yang boleh buat orang gembira dan dapat didengari di hujung minggu ketika keluar berjalan-jalan. Saya menunggu juga lagu yang bersesuaian."Ada juga lagu yang dapat, tapi tak sesuai. Cuma lagu Memerang ini sangat sesuai dengan kriteria saya dan membawa kembali 'mood' Pencuri Hati, Temberang dan sebagainya," katanya.Ditanya sama ada dia menjangkakan sesuatu yang luar biasa seperti mana pernah diterima saat lagu Temberang dan Pencuri Hati hadir dalam industri beberapa tahun lalu, Ayda berkata, semuanya bergantung kepada rezeki. "Kalau orang beri saya lagu dan saya pun suka, saya terus rakam dan keluarkan saja. Saya rasa ini saat yang tepat untuk saya keluarkan lagu sebab dah lama tak keluar lagu baharu."Sebenarnya menakutkan juga sebab jangkaan saya mesti nak lebih daripada lagu Temberang dan Pencuri Hati. Tapi, kalau rezeki lagu ini tular, Alhamdulillah. Yang penting, saya dapat beri sesuatu yang peminat mahukan," katanya.Menampilkan beberapa pempengaruh dari Malaysia dan bintang dari Indonesia iaitu Gabriel Prince dalam muzik video dihasilkan, Ayda berkongsi mengenai proses 'melamar' Gabriel sebelum mendapat persetujuannya."Saya dah kenal Gabriel sebelum ini lagi. Saya keluar makan bersamanya ketika dia hadir ke Malaysia untuk promosikan lagu. Selain itu, saya juga ada tanyakan pada artis kita sendiri untuk dijadikan hero."Jadi, ketika keluar itu, saya tanya sama ada dia (Gabriel) sudi untuk jadi bintang muzik video ini. Dia pun berbincang dengan bos dan terbang sekali lagi ke sini untuk terbabit sama," katanya.Lebih menarik lagi, muzik video lagu Memerang itu turut menampilkan puteri sulung Ayda, Ana Nayla."Untuk kemunculan Nayla dalam muzik video ini, produk itu memang untuk kanak-kanak. Jadi, tak sesuai kalau saya yang pegang. Tapi, ada satu lagi muzik video lagu untuk keluarga memaparkan produk itu."Bagaimanapun, menjalani penggambaran dengan kanak-kanak memang mencabar. Syukur juga sebab saya dan suami, Nabil dah ada pengalaman selalu menjalani penggambaran bersama Nayla," katanya.Ditanya sama ada dia menyasarkan untuk mempertandingkan lagu Memerang di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Ayda berkata, itu bukan matlamatnya."Saya rasa, tak (bertanding di AJL). Bagi saya, lagu ini saya tak sasarkan untuk pertandingan pun. Ia sekadar suka-suka dan ingin membahagiakan peminat. Kalau saya nak masuk AJL atau apa-apa pertandingan, kena buat betul-betul. Setakat ini, saya tak nampak ke arah itu."Kalau sesuatu lagu itu, komposer nak artis lain yang menyanyi (di AJL), mungkin boleh jadi lebih baik atau berbeza. Tapi, untuk saya menyanyi, tak 'kot'. Sebenarnya, lagu ini adalah lagu duet untuk penyanyi lain. Lagipun, saya tak ada calon yang saya tahu boleh membawa genre ini," katanya.Selain nyanyian, Ayda yang juga aktif sebagai pelakon kini memilih untuk berehat sebentar bagi menumpukan masa melihat tumbesaran anak keduanya, Aali Mateen."Untuk lakonan, saya rehat dulu dan tunggu sampai Aali dah boleh berjalan. Mungkin tiga ke empat bulan akan datang. Ditambah pula dengan jadual yang agak padat. Sekarang adalah fasa untuk melihat anak saya membesar. Sayang kalau saya terlepas detik-detik itu kerana ia sangat berharga."Tawaran berlakon ada dan kadang-kadang rasa bersalah juga nak tolak sebab ada penerbit yang saya kenal. Terima kasih atas peluang itu, cuma sekarang saya belum bersedia berlakon. Kalau ada peluang berlakon filem, mungkin saya akan pertimbangkan sebab dah lama tak berlakon filem. "Selain itu, kami jugaakan jalankan siri jelajah lagu Memerang di beberapa institut pengajian tinggi (IPT) dan pusat beli belah. Tapi, ia masih dalam perbincangan," katanya.Selain Gabriel dan Nayla, muzik video lagu Memerang turut menampilkan pelakon veteran, Liza Abdullah dan beberapa pempengaruh lain antaranya Kasih Iris Leona dan Ceddy. |
3 maut, dua cedera tiga kenderaan bertembung | 1,728,230,964 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141647/3-maut-dua-cedera-tiga-kenderaan-bertembung | Juwan Riduan | 253 | 2024-10-06 16:09:24 | 2024-10-07T00:09:24 | Lahad Datu: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat, di sini, petang tadi.Dua maut iaitu seorang kanak-kanak perempuan dan wanita dewasa yang berada dalam kereta jenis Proton Iswara Aeroback manakala seorang lagi membabitkan penunggang motosikal lelaki dewasa.Dua yang parah adalah lelaki dan wanita dewasa dalam kereta Proton Iswara Aeroback. Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan jenis Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan motosikal bertembung, jam 6.19 petang.Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian yang terletak 77 kilometer dari balai. "Terdapat 13 mangsa terbabit. Empat mangsa dalam Proton Iswara Aeroback dikeluarkan oleh orang awam dan dua parah dihantar ke Klinik Kesihatan Tungku oleh ambulans bagi rawatan lanjut."Seorang lagi mangsa Proton Iswara Aeroback dan seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Sementara, seorang lagi penumpang Proton Iswara Aeroback meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tungku," katanya ketika dihubungi, hari ini.Menurutnya, seramai lapan lagi individu yang berada di dalam kereta Nissan Frontier iaitu empat lelaki dan wanita dewasa serta tiga kanak-kanak cedera ringan.Kesemuanya dihantar ke klinik sama oleh ambulans dan kenderaan awam sebelum ketibaan pasukan bomba."Dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. "Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain wujud dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam," katanya. |
'Ya, dia adalah wanita itu' - Duta Palestin | 1,728,215,685 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141598/ya-dia-adalah-wanita-itu-duta-palestin | BERNAMA | 200 | 2024-10-06 11:54:45 | 2024-10-06T19:54:45 | Kuala Lumpur: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengesahkan bahawa wanita yang muncul dalam video permohonan maaf yang tular baru-baru ini adalah salah seorang daripada dua wanita Palestin yang terlibat dalam pertengkaran dengan pegawai keselamatan di Wisma Transit, Kuala Lumpur.Dalam satu kenyataan ringkas kepada Bernama pada Ahsad, beliau berkata: "Ya, ini adalah wanita itu.""Di dalam video ini, dia menyedari kesilapannya dan telah memohon maaf kepada pegawai berkenaan serta kepada Malaysia."Dia mengakui bahawa dia berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil pada hari insiden itu berlaku," katanya.Pada 4 Oktober, Bernama melaporkan bahawa insiden yang tular pada minggu ini telah diselesaikan dan Kedutaan Palestin di sini telah mengambil langkah bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.Pertengkaran berlaku disebabkan rasa kecewa wanita itu kerana tidak dibenarkan meninggalkan pusat berkenaan secara bebas atas faktor keselamatan."Saya mengutuk apa yang berlaku, dan ia tidak seharusnya berlaku lagi," kata Walid, sambil mengulangi kekesalannya terhadap kejadian itu.Beliau turut menyampaikan permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia, dengan menyatakan bahawa tingkah laku yang ditunjukkan dalam insiden itu tidak mencerminkan perlakuan rakyat Palestin secara umum."Kami tidak ingin memanjangkan isu ini. Bagi pihak Palestin, saya sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia," katanya. |
Menyamar atlet sukan, taktik Pati masuk Malaysia | 1,728,204,818 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141553/menyamar-atlet-sukan-taktik-pati-masuk-malaysia | Samadi Ahmad | 300 | 2024-10-06 08:53:38 | 2024-10-06T16:53:38 | Putrajaya: Menyamar sebagai atlet, selain turut menyertakan jadual kejohanan sukan dan tiket tempahan hotel serta penerbangan pulang untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Itu taktik digunakan sindiket menyeludup warga Bangladesh secara haram ke negara ini yang dipercayai sudah beroperasi selama empat bulan. Sindiket itu bagaimanapun tumpas selepas Jabatan Imigresen melancarkan operasi khas, Khamis lalu di Maluri, Cheras, Kuala Lumpur yang diketuai pasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas ibu pejabat. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi diatur gerak susulan maklumat dan risikan selama dua minggu dan berjaya menahan tiga lelaki Bangladesh dipercayai dalang sindiket. Katanya, dua lelaki itu memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), manakala seorang lagi didapati tinggal lebih masa. "Turut ditahan di lokasi sama adalah 18 lelaki Bangladesh berusia antara 21 hingga 33 tahun. Jumlah keseluruhan warga negara itu yang ditahan adalah 21 orang," katanya dalam kenyataan. Dalam operasi itu, JIM turut merampas 18 pasport Bangladesh, wang tunai RM990 dan surat jemputan bagi menyertai pertandingan sukan berserta jadual pertandingan di negara ini yang dipercayai palsu. Zakaria berkata, modus operandi sindiket adalah membawa masuk warga asing itu dengan berpakaian sukan dan menempah tiket pulang ke Bangladesh dan bilik di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur, sehari sebelum tarikh perlawanan bagi mengaburi pihak berkuasa. Katanya, kadar bayaran yang dikenakan oleh sindiket adalah RM2,000 hingga RM5,000 bagi setiap warga berkenaan. "Sindiket dipercayai telah beroperasi selama empat bulan dan kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 15(4), Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya. Zakaria menambah, dua lelaki warga tempatan turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat Imigresen bagi membantu siasatan. Katanya, tindakan tegas boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). |
Mangsa tikam seorang bapa yang penyayang - Rakan | 1,728,190,096 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141455/mangsa-tikam-seorang-bapa-yang-penyayang-rakan | Ahmad Hasbi | 294 | 2024-10-06 04:48:16 | 2024-10-06T12:48:16 | Seremban: Rakan kepada pesara guru yang meninggal dunia akibat ditikam di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, menganggap Allahyarham seorang bapa yang penyayang. Malah, ketika mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa keluarga itu melalui pesanan Whatsapp tular, dia agak terkejut dan terus bertanya kepada rakan dan keluarga mengenai kejadian sebenar. Norazizan yang berusia 66 tahun berkata, dia mengenali arwah sejak kecil kerana ibu bapa mereka tinggal berdekatan di Kampung Gamin, dekat Kuala Pilah. "Arwah beza setahun dengan saya dan kami memang rapat. Namun, sejak masing-masing mendirikan rumah tangga dan bekerja, hubungan sedikit renggang. "Apabila saya dapat berita melalui teks yang tular, saya agak terkejut dan sedih. Hari ini saya datang bilik mayat untuk 'jumpa' arwah buat kali terakhir dan jumpa dengan anak-anaknya untuk tahu kejadian sebenar. "Kalau boleh saya mahu bantu memandikan jenazah arwah kerana saya ada pengalaman menguruskan jenazah selain galakkan anak-anaknya turut sama memandikan arwah," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, hari ini. Mengenali arwah, lelaki itu berkata, mangsa seorang lelaki yang ramah selain sangat mementingkan pendidikan anak-anak. "Setahu saya semua anak-anaknya graduan universiti. Dia seorang bapa yang penyayang terutama kepada anak yang OKU (orang kurang upaya) itu. "Saya harap keluarga ini bertabah dalam menghadapi dugaan ini dan menerimanya dengan redha. Takziah kepada keluarga," katanya. Media malam tadi melaporkan warga emas meninggal dunia selepas dipercayai ditikam anak kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, Kuala Pilah, kira-kira jam 4.40 petang tadi. Difahamkan, sejurus kejadian, mangsa dikatakan meninggalkan lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta sebelum ditemui terbaring di tepi jalan dekat Pekan Senaling, dan disahkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan cuba memujuk anak lelakinya yang cuba membunuh diri. |
Mangsa tikam seorang bapa yang penyayang - Rakan | 1,728,190,096 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141455/mangsa-tikam-seorang-bapa-yang-penyayang-rakan | Ahmad Hasbi | 294 | 2024-10-06 04:48:16 | 2024-10-06T12:48:16 | Seremban: Rakan kepada pesara guru yang meninggal dunia akibat ditikam di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, menganggap Allahyarham seorang bapa yang penyayang. Malah, ketika mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa keluarga itu melalui pesanan Whatsapp tular, dia agak terkejut dan terus bertanya kepada rakan dan keluarga mengenai kejadian sebenar. Norazizan yang berusia 66 tahun berkata, dia mengenali arwah sejak kecil kerana ibu bapa mereka tinggal berdekatan di Kampung Gamin, dekat Kuala Pilah. "Arwah beza setahun dengan saya dan kami memang rapat. Namun, sejak masing-masing mendirikan rumah tangga dan bekerja, hubungan sedikit renggang. "Apabila saya dapat berita melalui teks yang tular, saya agak terkejut dan sedih. Hari ini saya datang bilik mayat untuk 'jumpa' arwah buat kali terakhir dan jumpa dengan anak-anaknya untuk tahu kejadian sebenar. "Kalau boleh saya mahu bantu memandikan jenazah arwah kerana saya ada pengalaman menguruskan jenazah selain galakkan anak-anaknya turut sama memandikan arwah," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, hari ini. Mengenali arwah, lelaki itu berkata, mangsa seorang lelaki yang ramah selain sangat mementingkan pendidikan anak-anak. "Setahu saya semua anak-anaknya graduan universiti. Dia seorang bapa yang penyayang terutama kepada anak yang OKU (orang kurang upaya) itu. "Saya harap keluarga ini bertabah dalam menghadapi dugaan ini dan menerimanya dengan redha. Takziah kepada keluarga," katanya. Media malam tadi melaporkan warga emas meninggal dunia selepas dipercayai ditikam anak kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, Kuala Pilah, kira-kira jam 4.40 petang tadi. Difahamkan, sejurus kejadian, mangsa dikatakan meninggalkan lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta sebelum ditemui terbaring di tepi jalan dekat Pekan Senaling, dan disahkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan cuba memujuk anak lelakinya yang cuba membunuh diri. |
10,000 'terkubur' bawah runtuhan | 1,728,188,430 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141438/10000-terkubur-bawah-runtuhan | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhamaad Razis | 334 | 2024-10-06 04:20:30 | 2024-10-06T12:20:30 | Kuala Lumpur: Hanya rintihan tangisan dan kematian menemani dua juta penduduk Palestin dalam tempoh 365 hari 'berdarah' sejak tentera Zionis memulakan serangan besar-besaran ke atas Tebing Gaza 7 Oktober 2023.Genap setahun malapetaka kekejaman dilakukan Israel yang mengorbankan 42,511 penduduk Gaza selain mengakibatkan ratusan ribu cedera parah atau cacat kesan letupan roket serta bom digugurkan. Bagi yang masih bernyawa, penderitaan dan seksaan dialami ketika ini ibarat 'neraka di bumi' apabila perlu berdepan krisis kebuluran, pelbagai jangkitan penyakit dan kepungan.Sekatan Israel ke atas Gaza termasuk sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi penderitaan yang mendalam kepada rakyat Palestin termasuk hampir sejuta remaja dan kanak-kanak. Amat menyedihkan apabila Kementerian Kesihatan di Gaza memaklumkan seramai 16,750 kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban sehingga 18 September lalu. Malah mangsa dan mayat lebih 10,000 penduduk Palestin yang tertimbus di bawah runtuhan kediaman dibom tentera Israel masih 'terkubur' tanpa dapat dikeluarkan. Serangan tanpa kenal mangsa ini mengakibatkan ramai kanak-kanak hilang upaya kekal dan cacat sepanjang hayat. Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) Palestin, Ahmed Abu Ayesh berkata, rata-rata penduduk Gaza menjadi pelarian dan berpindah randah berpuluh kali dalam tempoh setahun. "Amat menyedihkan apabila sekurang-kurangnya 19,000 kanak-kanak menjadi yatim atau yatim piatu akibat kekejaman Israel ini. "Sekatan Israel terhadap bantuan kemanusiaan antarabangsa melalui pintu sempadan Rafah menyebabkan rakyat Palestin tidak mendapat akses kepada sumber penting seperti makanan, air dan rawatan perubatan. "Ini adalah salah satu strategi peperangan Israel, supaya penduduk Palestin mati secara perlahan-lahan akibat kekurangan zat, kebuluran, penyakit dan kecederaan kesan serangan dilakukan setiap hari," katanya. Menurutnya, israel menggunakan kebuluran dialami penduduk Palestin sebagai kaedah peperangan di Gaza. Tanpa bekalan makanan, tanaman dimusnahkan selain akses air bersih semakin sukar diperolehi, penduduk Gaza akan mati kelaparan. Sehingga 16 September lalu, 38 rakyat Palestin majoritinya kanak-kanak meninggal meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan kekurangan air di hospital. Malah laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) terkini melaporkan hampir 3,000 kanak-kanak Gaza kekurangan zat makanan dan berisiko mati. "Sudah 365 hari berlalu selepas bermulanya perang di Gaza. Kami mengharapkan gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, dan akses kemanusiaan tanpa halangan," katanya. |
Wanita Palestin mohon maaf, menyesal dengan apa berlaku | 1,728,188,355 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141436/wanita-palestin-mohon-maaf-menyesal-dengan-apa-berlaku | Raja Noraina Raja Rahim | 376 | 2024-10-06 04:19:15 | 2024-10-06T12:19:15 | Kuala Lumpur: Wanita warga Palestin yang tular membuat kecoh dan merosakkan harta awam di Wisma Transit Kuala Lumpur, di sini tampil memberi penjelasan serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia.Aminah Muhammad Nafi' Jamal Abd Rabbah berkata, dia menyesal dengan apa dilakukan walaupun menerima layanan yang baik daripada pihak berkaitan di negara ini.Menurutnya, dia mengalami tekanan perasaan selepas terputus hubungan dengan anaknya yang masih berada di Gaza kerana tidak dapat dihubungi sejak seminggu lalu."Kami sedang melalui situasi dan keadaan sangat sulit yang hanya Allah tahu. Saya seorang ibu kepada tiga anak yang syahid."Selain itu, sudah seminggu saya tak boleh hubungi anak-anak saya (yang masih berada di Gaza). Tiada komunikasi dan saya tidak dapat tahu apa-apa tentang mereka di sana," katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial TikTok.Wanita itu adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza tahun lalu.Dalam rakaman terbabit, Aminah memohon maaf kerana bertindak demikian meskipun pihak yang menjaganya dan rakyat senegara yang ditempatkan di bangunan berkenaan sudah melaksanakan tugas dengan baik."Anda melayan kami dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan. Anda sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia). Saya minta maaf. "Saya harap anda akan menerima permohonan maaf saya dan dapat merasakan apa yang kami rasai. Saya bersumpah dengan tuhan yang semuanya adalah lebih dari apa yang kami boleh tahan," katanya.Harian Metro terdahulu melaporkan, dua wanita warga Palestin tular membuat kekecohan dan merosakkan harta benda awam di Wisma Transit Kuala Lumpur.Klip video tular itu, menunjukkan wanita terbabit hilang kawalan dan memecahkan pasu serta menendang meja.Tindakan wanita terbabit mendapat perhatian Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang memberitahu ia insiden memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.Beliau dilaporkan berkata, hasil pertemuan dengan Kementerian Pertahanan dan wakil Ops Ihsan memutuskan untuk menghantar dua wanita terbabit pulang ke Gaza.Walid juga mengeluarkan amaran kepada rakyat Palestin di Malaysia untuk menjaga kelakuan mereka.Semalam, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkaitan khususnya mereka yang terbabit menguruskan warga Palestin yang menerima rawatan di negara ini.#kw |
Abe Loh risau keadaan ibu | 1,728,187,248 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141428/abe-loh-risau-keadaan-ibu | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhamaad Razis | 319 | 2024-10-06 04:00:48 | 2024-10-06T12:00:48 | Kuala Lumpur: "Sudah menjadi rutin harian sebelum tidur, saya akan memeriksa senarai syahid di Palestin di media sosial sejak setahun lalu," kata Abdallah Ismail, 39. Dia turut dikenali sebagai Abe Loh adalah warga Palestin yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan selepas berkahwin dengan wanita tempatan. Biarpun sudah setahun, Abdallah berkata, setiap hari dia tidak pernah putus berdoa supaya keluarganya termasuk ibu, adik beradik, sepupu dan saudara mara yang masih berada di Gaza sentiasa dalam keadaan selamat. Abdallah berkata, sejak peperangan Gaza meletus bermula 7 Oktober 2023, 60 ahli keluarganya yang tinggal di dalam khemah pelarian sudah 13 kali terpaksa berpindah selepas kediaman mereka dibom. Katanya, sepanjang tempoh itu juga, seramai 40 ahli keluarga sudah 'syahid' dan 13 lagi masih hilang tanpa dapat dikesan. "Saya lebih bimbangkan keadaan ibu berusia 72 tahun yang mengalami patah tulang paha dan bahu selepas terjatuh."Ibu tidak dapat dirawat dengan baik kerana hospital musnah dibom. Dia hanya diberikan ubat tahan sakit kerana kekurangan bekalan ubat. "Kini sudah hampir seminggu saya tidak dapat menghubungi keluarga di sana. Dengan keadaan yang semakin meruncing, saya tidak pasti sama ada mereka masih hidup atau sudah syahid. "Di sini saya hanya mampu terus berdoa supaya mereka selamat. Saya akan pastikan memeriksa senarai nama yang syahid di sana sebelum tidur," katanya. Menurutnya, pada Mac lalu, dia berusaha untuk mengambil ibunya keluar daripada Gaza melalui pintu sempadan di Rafah. "Saya berada di Mesir selama 100 hari namun saya terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana keadaan tidak mengizinkan apabila pintu sempadan di Rafah ditutup selepas tentera Israel melancarkan operasi. "Melihat situasi terkini, sukar menjangkakan perang di Palestin akan berakhir dalam masa terdekat," katanya. Katanya, sejak konflik 'Taufan Al-Aqsa' melanda, dia bersyukur kerana Malaysia tidak berhenti memberi sokongan kepada Palestin. "Saya bersyukur tinggal di sini, kerana rakyat Malaysia terus memberikan bantuan dan mendoakan kesejahteraan Palestin biarpun sudah setahun konflik ini masih lagi berlaku. "Harapan saya usaha ini akan diteruskan dan berharap konflik ini akan ditamatkan segera," katanya. |
Tiga polis berhibur di pusat hiburan, positif dadah | 1,728,180,662 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141394/tiga-polis-berhibur-di-pusat-hiburan-positif-dadah | Raja Noraina Raja Rahim | 201 | 2024-10-06 02:11:02 | 2024-10-06T10:11:02 | Kuala Lumpur: Tiga polis yang ditahan berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras di sini, semalam, didapati positif dadah.Ketiga-tiga mereka berusia antara 37 hingga 57 tahun itu bertugas di dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan pada awal pagi semalam."Hasil pemeriksaan dan ujian saringan air kencing, 14 orang ditahan itu positif dadah termasuk tiga polis."Mereka ditahan reman dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan, hari ini.Hussein berkata, pihaknya turut mengambil tindakan menukar tiga anggota polis terbabit, serta-merta, ke Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, sementara menunggu hasil siasatan.Beliau berkata, satu siasatan tatatertib juga akan menyusul untuk tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Pegawai dan anggota adalah dilarang berada di pusat hiburan kecuali atas urusan tugas."Tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar arahan termasuk terbabit penyalahgunaan dadah," katanya.Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menahan tiga polis yang berhibur di sebuah pusat hiburan.Menurut sumber, serbuan dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor, selepas menerima maklumat. |
Perjuangan masih belum selesai | 1,728,171,032 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141372/perjuangan-masih-belum-selesai | Muhammad Saufi Hassan | 863 | 2024-10-05 23:30:32 | 2024-10-06T07:30:32 | Tanggal 7 Oktober tahun lalu menjadi detik hitam buat penduduk Gaza apabila rumah mereka dibedil rejim Zionis tanpa belas kasihan dan sudah genap setahun peperangan berdarah itu berlaku.Puluhan ribu rakyat Gaza syahid, malah lebih ramai yang tercedera dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera.Sejauh mana konflik Gaza ini berlarutan atau bakal menemui titik akhirnya.Ikuti wawancara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN bersama wartawan MUHAMMAD SAUFI HASSAN untuk Kafe Ahad minggu ini. Sudah setahun serangan Zionis di bumi Gaza, bagaimana operasi CGM di sana?Alhamdulillah, selepas satu tahun operasi Cinta Gaza Malaysia (CGM) masih berjalan seperti biasa di bumi Gaza, ahli pasukan kita hampir 30 orang masih berada di bumi Gaza dan mereka meliputi keseluruhan kawasan Gaza daripada utara sampai ke selatan.Mereka membantu operasi menyampaikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.Alhamdulillah, bantuan kita berkembang daripada asal permintaan makanan dan pakaian sekarang ini sudah masuk fasa menghidupkan semula kehidupan rakyat Gaza seperti biasa dengan membuka sekolah sementara, universiti online dan sebagainya dan sekarang mungkin kita akan juga cuba menumpukan kepada isu persediaan berdepan musim sejuk, Insya-Allah.Sekarang ini, ahli Cinta Gaza Malaysia belum lagi ada yang mati syahid, tetapi ahli keluarga mereka ada yang sudah terkorban dan pada masa sama, ada juga daripada kalangan guru dan anak-anak murid di sekolah Malaysia yang berada di bawah Cinta Gaza Malaysia terkorban dan mati syahid.Sekarang ini, jumlah sumbangan yang sudah disalurkan ke bumi Gaza melalui Cinta Gaza Malaysia adalah sekitar RM25 juta, Alhamdulillah.Saudara dan keluarga sudah selamat di Malaysia, bagaimana perasaan selepas setahun diserang?Jujurnya, ahli keluarga saya Alhamdulillah sudah berada dalam keadaan selamat. Tetapi, emosi mereka masih belum stabil. Mereka masih mengenangkan seolah-olah mereka berada di bumi Gaza.Mereka bermimpi pada waktu malam ketakutan dan sentiasa menangis membaca berita mengenangkan ahli keluarga yang masih berada di sana.Pada masa sama, mereka merasakan seolah-olah melalui semula peristiwa Nakbah kerana keluar meninggalkan bumi Gaza dan mereka mengenang kisah yang diceritakan nenek mereka berkenaan dengan bagaimana Nakbah berlaku serta bagaimana orang yang keluar pada Nakbah 1948 meletakkan harapan untuk kembali semula ke bumi asal mereka.Bagaimana dengan sumbangan rakyat negara ini waktu ini, apakah masih sama ketika konflik meletus atau bagaimana? Sumbangan seperti biasa membuktikan bahawa pemahaman kita terhadap isu Palestin belum mencapai tahap memuaskan. Kita masih menyokong isu Palestin secara bermusim. Oleh kerana itu, walaupun tidak kurang jumlah syuhada yang terkorban setiap hari, tidak kurang jumlah mereka yang tercedera, tetapi dukacitanya sokongan kita dalam bentuk sumbangan, dalam bentuk doa, qunut nazilah kita dalam bentuk boikot dan demonstrasi kita semakin lama semakin menurun.Malah, kita mudah terjentik dengan isu kecil ataupun seolah-olah mencari ruang untuk menghentikan sokongan kita.Tetapi, kita merasakan majoriti rakyat Malaysia masih memberikan sokongan yang padu kepada isu Palestin.Cuma yang mungkin kerana sudah terlalu lama isu ini berlaku ataupun satu tahun yang berlaku, mereka mula lemah dan lesu untuk terus menyokong.Saya rasa kempen perlu digerakkan dengan lebih kuat dan penuh bersemangat supaya ini tidak berlaku dan supaya sokongan kita menjadi sokongan yang diteraskan dengan pemahaman yang mendalam terhadap isu Palestin yang membolehkan kita memahami bahawa perjuangan kita tidak akan selesai sehingga pembebasan berlaku.Bagaimana saudara melihat konflik ini bakal berakhir atau ia akan menjadi konflik yang panjang?Konflik ini menunjukkan bahawa masih panjang perjalanannya. Ada dua senario yang mungkin berlaku.Pertama sekali mungkin akan tercatur sebuah perangan yang jauh lebih besar daripada apa yang berlaku pada hari ini dengan membabitkan serangan serantau.Ini bergantung kepada sejauh mana Israel akan membalas serangan yang dilancarkan Iran dan sejauh mana Iran bertindak balas lepas daripada itu.Pastinya kuasa besar juga sedang mengintai peluang dan keperluan mereka masuk dalam arena peperangan yang sedang berlaku dan sekiranya itu berlaku maka, pasti akan tercetus mungkin Perang Dunia Ketiga.Tetapi, pada masa sama, senario kedua yang mungkin berlaku ialah mungkin Israel akan berjaya ditundukkan bukan oleh kuasa besar, bukan oleh kuasa politik dan undang-undang antarabangsa yang tidak mampu melakukan apa-apa, tetapi mungkin akan ditundukkan oleh rakyat mereka sendiri yang pada hari ini sedang turun dengan keadaan ratusan ribu.Rakyat mereka turun setiap hari berarak di jalan Tel Aviv dan bandar besar di Israel memohon ataupun memaksa kerajaan mereka untuk menghentikan perangan.Pada masa sama, membantah kerajaan berhaluan kanan yang sangat ekstrem pada hari ini untuk meneruskan apa yang mereka lakukan pastinya dengan alasan untuk mengembalikan keamanan ke Tanah Haram Israel dan untuk menghentikan penghijrahan yang sedang berlaku dalam kalangan orang Israel.Harapan, doa dan peringatan saudara buat semua umat Islam.Bila bercakap isu Palestin ataupun isu Gaza yang berlanjutan selama hampir 80 tahun dan terakhir genosid sedang berlaku yang sudah masuk tahun yang ke-10, kita kadang-kadang merasakan bahawa kita terlalu lama membantu Palestin, kita rasakan kita terlalu lama dan terlalu banyak memberikan semangat kepada Palestin dan kita akan merasakan perasaan itu bila kita memikirkan bahawa kita sedang membantu orang asing dan perjuangan asing, tetapi kita belum meyakini bahawa apa yang sedang kita lakukan adalah membantu menyelamatkan tanah wakaf umat Islam itu sendiri.Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita sudah penat, malah kita yang berada di tempat aman dan baik ini, kita yang dilimpahi dengan 1001 nikmat ini yang perlu menjadi tulang belakang kepada perjuangan mereka di sana Insya-Allah sehingga ke akhirnya. |
Tangkis ancaman di atmosfera | 1,728,169,529 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141367/tangkis-ancaman-di-atmosfera | Reuters | 308 | 2024-10-05 23:05:29 | 2024-10-06T07:05:29 | Sistem pertahanan Israel diaktifkan pada Selasa lalu untuk menangkis peluru berpandu dilancarkan Iran.Berikut adalah butiran pertahanan udara berbilang lapisan milik Israel: ArrowPemintas jarak jauh, Arrow-2 dan Arrow-3, dibangunkan oleh Israel dengan memikirkan ancaman peluru berpandu Iran, masing-masing direka untuk menangani ancaman di dalam dan di luar atmosfera.Ia beroperasi pada ketinggian yang membolehkan 'penyebaran' selamat bagi kepala peledak bukan konvensional.Israel Aerospace Industries milik negara adalah kontraktor utama projek itu, manakala Boeing Co terbabit dalam menghasilkan pemintas.Pada 31 Ogos lalu, tentera Israel berkata, ia menggunakan sistem pertahanan udara Arrow buat kali pertama, sejak serangan pejuang Palestin pada 7 Oktober 2023. Ia digunakan untuk memintas peluru berpandu permukaan ke permukaan yang dilancarkan dari kawasan Laut Merah ke arah wilayahnya.September lalu, Jerman menandatangani surat komitmen dengan Israel untuk membeli sistem Arrow-3 pada harga hampir 4 bilion euro (kira-kira RM21 bilion). David's Sling David's Sling adalah sistem pertahanan jarak pertengahan direka untuk menembak jatuh peluru berpandu balistik yang dilepaskan dari jarak sejauh 100 kilometer (km) ke 200 km.Ia dibangunkan bersama oleh Rafael Advanced Defence Systems milik negara Israel dan RTX Corp iaitu syarikat Amerika Syarikat (AS) yang dulunya dikenali sebagai Raytheon.David's Sling juga direka untuk memintas pesawat, dron dan peluru berpandu jelajah. Iron DomeSistem pertahanan udara jarak dekat Iron Dome dibina untuk memintas kebanyakan roket yang dilepaskan oleh pejuang Hamas di Gaza.Dibangunkan oleh Rafael Advanced Defense Systems dengan sokongan AS, ia mula beroperasi pada 2011.Setiap unitnya yang ditarik trak, melancarkan peluru berpandu untuk meletupkan ancaman jarak dekat di udara seperti roket, mortar dan dron.Iron Dome versi tentera laut untuk melindungi kapal dan aset di laut digunakan pada 2017. Sistem berasaskan laserSistem pemintasan Israel menelan belanja antara puluhan ribu dan berjuta-juta dolar untuk menembak jatuh ancaman yang masuk.Israel sedang membangunkan sistem berasaskan laser untuk meneutralkan roket dan dron musuh dengan anggaran kos hanya AS$2 (kira-kira RM9) untuk setiap pemintasan. |
Haziq cabar diri | 1,728,165,627 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141317/haziq-cabar-diri | Najiy Jefri | 437 | 2024-10-05 22:00:27 | 2024-10-06T06:00:27 | HAZIQ Hussni bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan tanah air. Kerjayanya semakin kukuh sebagai penyampai radio Era FM menerusi segmen Petang Era. Namun, kebelakangan ini, bintang Haziq kian menyinar dalam dunia pengacaraan apabila mengendalikan program The Chosen One bergandingan dengan Jihan Muse. Haziq berkata, peluang mengacarakan program realiti itu adalah satu tanda kepercayaan besar yang diberikan oleh penerbit. "Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk mengacarakan program besar seperti itu. Ia peluang untuk saya mencabar diri dan membuktikan kemampuan saya. "Mengacarakan The Chosen One adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Program ini sangat dinamik dan ia memberikan saya peluang untuk mencabar diri dalam situasi yang tidak dijangka," katanya. Haziq juga mengakui perjalanan ke arah menjadi pengacara yang berjaya tidak datang dengan mudah. Katanya, dia perlu bersaing dengan beberapa pengacara ternama yang sudah lama berada dalam industri seperti Nabil Ahmad dan Sean Lee. "Saya sedar saingan dalam bidang ini memang sengit. Nabil dan Sean adalah nama besar dan mereka sudah lama mencipta tempat dalam bidang ini. "Tapi, ia bukan alasan untuk tidak mencuba. Saingan adalah satu cabaran yang akan membuatkan saya bekerja lebih keras," katanya. Dalam menghadapi saingan daripada pengacara lain, Haziq melihatnya sebagai peluang untuk terus belajar. "Saya percaya setiap orang ada kelebihan masing-masing. Saya banyak belajar daripada melihat cara pengacara lain mengendalikan program. "Mereka semua mempunyai gaya yang tersendiri dan saya jadikan itu sebagai inspirasi," katanya. Haziq juga menganggap pengalaman bekerja di stesen radio banyak membantu dalam membentuk gaya penyampaian pengacaraannya. Sebagai pengacara yang kian meningkat naik, Haziq sentiasa bersedia untuk menerima cabaran baharu. Dia mengakui bahawa persaingan dengan nama besar memerlukan kerja keras, tetapi Haziq percaya dia berada di landasan yang betul. "Saya sentiasa terbuka untuk belajar daripada yang terbaik dalam industri ini. Bagi saya, cabaran adalah satu peluang untuk kita mengembangkan potensi," katanya. Dengan pencapaian yang semakin mengukuhkan namanya dalam dunia pengacaraan, Haziq berharap dia dapat memberi inspirasi kepada generasi muda yang ingin menceburi bidang ini. "Tiada jalan pintas untuk berjaya. Anda perlu berani mencuba, bersedia untuk gagal dan terus berusaha. Ini adalah nasihat yang saya selalu pegang sejak mula terbabit dalam industri ini. "Industri ini sentiasa berubah dan kita sebagai pengacara perlu sentiasa relevan. Saya berharap dapat terus memberikan yang terbaik untuk penonton dan pendengar," katanya. Walaupun sibuk dengan dunia pengacaraan, Haziq tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada tiga cahaya mata. "Setiap rezeki yang diperoleh, saya anggap sebagai amanah untuk dikongsi dengan keluarga. "Anak adalah sumber kekuatan dan inspirasi saya. Mereka adalah sebab kenapa saya terus bekerja keras," katanya. Menyentuh mengenai kepentingan keluarga dalam hidupnya, Haziq sentiasa cuba mencari masa berkualiti meskipun jadual kerjayanya semakin padat. |
Pesara guru maut ditikam anak, suspek lari sebelum ditemukan meninggal dunia | 1,728,137,891 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141290/pesara-guru-maut-ditikam-anak-suspek-lari-sebelum-ditemukan-meninggal-dunia | Ahmad Hasbi | 253 | 2024-10-05 14:18:11 | 2024-10-05T22:18:11 | Kuala Pilah: Warga emas meninggal dunia selepas dipercayai ditikam anak kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini kira-kira jam 4.40 petang tadi. Difahamkan, sejurus kejadian, suspek dikatakan meninggalkan lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta sebelum ditemui terbaring di tepi jalan dekat Pekan Senaling dan disahkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan cuba memujuk anak lelakinya yang cuba membunuh diri. "Kira-kira jam 4.40 petang kami menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki meninggal dunia akibat ditikam menggunakan senjata tajam oleh suspek yang juga anak kandungnya. "Hasil siasatan mendapati mangsa berumur 65 tahun dan seorang pesara guru. Ketika kejadian isterinya turut berada di dalam rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, semakan juga mendapati suspek yang berusia 32 tahun seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental. "Hasil pemeriksaan pada badan si mati mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian belakang badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. "Senjata tajam dipercayai digunakan dalam kejadian ini turut ditemui di rumah itu manakala suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta," katanya. Sambung beliau, suspek kemudiannya dikesan dan ditemui di tepi jalan dalam keadaan terbaring dengan mulut berbuih dan hasil pemeriksaan mendapati sudah meninggal dunia."Motif kejadian dipercayai suspek mengalami halusinasi dan cuba bunuh diri. Ketika dipujuk bapanya, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan menikam mangsa. "Mayat mangsa dan anaknya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk tujuan bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. |
Muka anak bercahaya sebelum meninggal dunia | 1,728,130,948 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141267/muka-anak-bercahaya-sebelum-meninggal-dunia | Raja Noraina Raja Rahim | 343 | 2024-10-05 12:22:28 | 2024-10-05T20:22:28 | Kuala Lumpur: "Rakan beritahu muka anak kelihatan bercahaya, malah dia lebih banyak tersenyum dan ceria semasa di sekolah," kata Mawardi Che Man, 50, yang kehilangan anak lelaki yang maut dirempuh lori berhampiran persimpangan lampu isyarat Saujana Impian di sini, semalam.Aqil Mawardi, 17, yang menunggang motosikal dipercayai dilanggar lori menyebabkan maut akibat parah di kepala.Difahamkan, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian yang menjadi harapan memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu sering menunaikan solat dhuha dan taat kepada guru serta keluarga.Menceritakan kejadian, Mawardi berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu dalam perjalanan ke sekolah bagi mengikuti kelas tambahan sebaik selesai menunaikan solat Jumaat, kira-kira jam 2 petang."Saya terkejut terima panggilan daripada jiran yang memberitahu anak terbabit kemalangan. Ketika itu saya di pejabat lalu segera bergegas untuk ke lokasi sementara menghubungi seorang lagi anak yang berada di rumah supaya ke lokasi."Semasa dalam perjalanan, saya dimaklumkan Aqil sudah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Menurut Mawardi, dia terkilan kerana tidak sempat berjumpa arwah Aqil buat kali terakhir dan hanya dapat menatap jenazah anaknya itu."Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi rakan-rakan beritahu dia lebih ceria berbanding hari biasa. Rakan-rakannya datang berjumpa saya menangis dan beritahu arwah sangat baik dengan mereka."Saya sangat terharu apabila ramai yang datang solat jenazahnya seperti solat Jumaat walaupun dibuat pada jam 11 malam sejurus selesai urusan bedah siasat," katanya jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, tengah malam tadi.Selain itu, beliau turut menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dash cam) supaya tampil membantu siasatan.Katanya, dia tidak pasti bagaimana kemalangan itu berlaku namun ada saksi yang memberitahu anaknya digilis lori namun pemandunya tidak berhenti."Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Saya sangat berharap pemandu lori itu tampil untuk membantu siasatan dan kes arwah anak dapat diselesaikan segera," katanya.Terdahulu, Harian Metro melaporkan, remaja lelaki berusia 17 tahun maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Saujana Impian menghala ke arah Kajang di sini, semalam. |
Tentera maut ditembak pemburu haram: Anggota polis disahkan terbabit dalam kejadian | 1,728,113,916 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141180/tentera-maut-ditembak-pemburu-haram-anggota-polis-disahkan-terbabit-dalam | M Hifzuddin Ikhsan | 210 | 2024-10-05 07:38:36 | 2024-10-05T15:38:36 | Bandar Baharu: Anggota polis disahkan terbabit dalam kejadian seorang anggota tentera maut terkena tembakan ketika latihan di kawasan hutan berdekatan Song, Sarawak, pada 23 September lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau dimaklumkan pihak polis mengenai kejadian itu ketika berkunjung ke Sarawak baru-baru ini.Beliau berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam taklimatnya, memaklumkan anggota polis terbabit disahkan melepaskan tembakan yang kemudian terkena anggota tentera dalam latihan."Insiden itu berlaku dalam kawasan latihan tentera dan ketika insiden itu dilaporkan berlaku, laporan polis dibuat dan polis segera membuat siasatan awal untuk mengesan yang terbabit."Daripada taklimat Pesuruhjaya Polis Sarawak, disahkan terbabitnya seorang anggota polis dan kertas siasatan dibuka membabitkan kes itu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sua Mesra dan Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-76 di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di sini, hari ini.Media sebelum ini melaporkan, Polis Sarawak berjaya menahan dua suspek tempatan berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kes kejadian anggota tentera maut ditembak di Song pada 23 September lalu.Mancha dilaporkan berkata, hasil maklumat awam, suspek ditahan jam 6 petang, 24 September oleh pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini.Polis turut merampas selaras senapang patah dan peluru jenis penabur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. |
Anak Tam Spider jadi mangsa buli: Ibu bapa desak 6 pembuli dibuang sekolah | 1,728,112,543 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141172/anak-tam-spider-jadi-mangsa-buli-ibu-bapa-desak-6-pembuli-dibuang-sekolah | Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid | 425 | 2024-10-05 07:15:43 | 2024-10-05T15:15:43 | Kuala Lumpur: Selepas penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli, beberapa ibu bapa di sekolah sama tampil mendedahkan perkara serupa.Salah seorang ibu, Sharifah Intan Nor Jahin, 44, berkata, pihaknya menggesa agar enam orang yang disyaki pembuli itu diambil tindakan dengan buang sekolah."Sepatutnya pembuli ini sudah dibuang sekolah. Ini disebabkan yang pembuli (tingkatan lima sekarang) akan membuatkan tingkatan empat (yang ada kini) apabila mereka naik tingkatan lima akan jadi pembuli juga."Kitaran buli ini tak akan habis," katanya kepada Harian Metro.Difahamkan satu perjumpaan sudah diatur membabitkan pihak sekolah bersama ibu bapa atau penjaga tingkatan dua pagi ini.Dalam perjumpaan itu, satu tindakan dicapai membabitkan pihak sekolah dan ibu bapa pelajar tingkatan dua.Mengulas lanjut, Sharifah Intan yang juga suri rumah berkata, anaknya yang kini di tingkatan dua dibuli tiga kali sejak akhir tahun lalu hingga kini.Dakwanya, anaknya itu dipukul di perut, dada dan leher oleh pembuli dan beberapa laporan polis dibuat olehnya bersama suami.Seorang bapa, Mohamad Faisal Mohd Aziz, 46, berkata, dia mengetahui anaknya dibuli oleh pelajar tingkatan lima pada tahun ini."Kami dapat tahu tahun ini. Anak saya kena pukul secara berjemaah (oleh pembuli)," katanya.Dia yang juga seorang pemuzik berkata, disebabkan itu pihaknya menggesa agar pihak sekolah membuang pembuli itu."Di tempat kerja pun kita dibuli. Buli ini di mana-mana. Tapi kalau dah buli membabitkan kaki, tangan, bagi saya tak patut. Itu sudah lain. Itu bukan buli. "Bukan kita nak manjakan anak kita, kalau betul anak kita salah, buat (tindakan). Kita bukan jenis ibu bapa yang anak kena rotan serang sekolah. Tidak. "Kalau betul itu kesalahan anak kita, buat (tindakan)," katanya yang turut membuat satu laporan polis.Seorang lagi bapa yang juga pelakon, Khir Rahman, 51, berkata, pihak sekolah sewajarnya mengambil tindakan serta-merta apabila adanya kejadian buli.Dia turut mempersoalkan mengapa pihak sekolah sukar mengambil tindakan terhadap pembuli selepas adanya laporan polis dibuat oleh ibu bapa pelajar."Kenapa laporan polis itu menjadikan susah pula diambil tindakan. Sebenarnya bila buat laporan polis itu tindakan jadi mudah (dan) lebih membantu. "Kenapa bila sudah jadi kes polis, sekolah tidak boleh ambil tindakan? Patutnya ambil tindakan serta-merta. Saya pun tak tahu siapa menyalahkan sistem siapa," katanya.Dia turut melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan anaknya susulan kejadian buli itu."Yang enam orang membuli ini jelas, terbukti dan bersaksi, dia salah kena bawa keluar, buang sekolah. Buang sekolah maksudnya bukan terus buang. "Mungkin ada satu proses macam mana nak hukum seperti dua tiga bulan tak boleh duduk asrama. Dia kena tahu akibat," katanya. |
'Rakaman suara ayah mengaji al-Quran jadi pengubat rindu saya' | 1,728,108,375 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141146/rakaman-suara-ayah-mengaji-al-quran-jadi-pengubat-rindu-saya | Zuliaty Zulkiffli | 464 | 2024-10-05 06:06:15 | 2024-10-05T14:06:15 | Baling: "Setiap kali cuti sekolah panjang, saya akan pulang ke kampung untuk bersama ayah di rumah ini dan setiap kali memasak, saya akan rakam video masakan itu."Tapi bila ayah dah tak ada, saya mainkan semula video itu dan terdengar suara latar ayah mengaji al-Quran, memang sedih sangat sebab saya rindukan dia," kata Nur Aina Sofiya Sabari, 28, anak kepada mangsa bunuh, Sabari Baharom, 62.Nur Aina Sofiya berkata, dia bertugas sebagai guru di Sarawak bergegas pulang sebaik mengetahui berita berkaitan bapa mereka dicampak di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jalan Wang Tepus, di Jitra.Katanya, sebelum ini dia cuba berfikiran positif yang bapa mereka 'hilang' sekejap dan mungkin akan pulang semula ke rumah dan mereka boleh bertemu semula."Tetapi apabila saya dimaklumkan oleh kakak dan adik bahawa jasad ayah dibuang ke dalam sungai, memang saya tak tahu nak cakap apa. Memang sedih."Biasanya ayah akan minta saya masakkan untuknya masak lemak belimbing buluh atau masakan kampung yang keseluruhannya saya kutip sayur atau ulam di keliling rumah."Kali terakhir saya bercakap dengannya ketika saya berada di Sarawak iaitu pada 2 September lalu dan ayah beritahu dia baru selesai masak pajeri nanas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, di sini, hari ini.Menurutnya, memang menjadi rutin, setiap hari dia akan menghubungi bapanya dan berkongsi cerita.Katanya, bapanya akan beritahu berkaitan aktiviti dia ke masjid dan apa yang dia buat setiap hari seperti berkebun."Tapi bila dia dah tak ada, memang saya sunyi kerana bagi saya, sayalah anak yang paling manja dengan ayah kerana kakak dan adik sudah berkahwin."Saya berharap pelaku yang terbabit dalam kes ini dikenakan hukuman yang setimpal kerana ayah seorang yang baik dan pemergiannya tiada ganti," katanya.Sementara itu kakak sulungnya, Suraiya Izzati, 29, berkata, setiap kali pulang ke kampung, bapa mereka akan cepat-cepat buka pintu rumah kerana bimbang di luar banyak nyamuk.Katanya, kini selepas kejadian itu, apabila pulang ke rumah bapanya di sini, dia terasa kosong namun teringat seolah-olah bapanya masih ada."Lebih menyedihkan, pada hari pertama saya balik untuk mencari ayah, saya nampak al-Quran ayah masih atas meja belakang kerana biasanya ayah akan habiskan waktu membacanya di situ."Namun kami bersyukur kerana ayah sempat melihat dua cucu iaitu anak sulung saya dan anak adik (Muhammad Amir Hakimi) yang lahir Ogos lalu."Biasanya kalau berkumpul masa hari raya atau semua anak-anak pulang ke sini, ruang tamu dan halaman depan rumah menjadi tempat kami bersantai," katanya.Suraiya Izzati berkata, dengan izin Allah, mereka mungkin boleh berjumpa bapa mereka di lokasi sungai berkenaan jika air surut nanti.Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati kedudukan rumah Sabari dengan kediaman yang dalam pembinaan dan sebuah rumah penduduk dalam lingkungan 100 meter.Laluan ke kawasan itu juga agak sunyi terutama pada waktu malam dan kedudukan rumah Sabari terletak di sebelah kebun getah. |
Puas hati menang Axia, wang RM28,888 | 1,728,102,036 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141115/puas-hati-menang-axia-wang-rm28888 | Fairul Asmaini Mohd Pilus | 570 | 2024-10-05 04:20:36 | 2024-10-05T12:20:36 | Kuala Lumpur: "Hadiah paling mahal pernah saya menangi sepanjang menyertai peraduan adalah sebuah kereta Perodua Axia dan wang tunai RM28,888. "Selain itu, saya juga pernah memenangi hadiah pakej pelancongan VIP ke Tokyo, Jepun bernilai RM20,000," ujar Hidayat Masduki, 38. Bapa kepada tiga anak itu memberitahu mula berjinak menyertai peraduan ketika berumur 14 tahun. Menurut Hidayat, berbanding peraduan biasa, dia lebih menggemari penyertaan yang memerlukan peserta membuat slogan. Ini kerana dengan slogan, dia dapat bermain dengan kata-kata selain peluang untuk mencungkil kreativiti. "Biasanya tidak ramai yang menggemari peraduan berbentuk slogan kerana dianggap lebih rumit. "Bagi saya, peraduan berbentuk slogan lebih mencabar dan ada kepuasan tersendiri jika memenanginya. "Idea membuat slogan biasanya datang secara tiba-tiba. Pernah ketika menunggang motosikal, idea muncul dan datang dalam fikiran," katanya. Jelas Hidayat lagi, selepas menceburi bidang itu secara serius, dia meletakkan sasaran tersendiri untuk dicapai setiap bulan. Untuk itu, dia akan pastikan menyertai sekurang-kurangnya satu peraduan setiap hari. Usaha anak jati Gombak, Selangor itu nyata berbaloi kerana menerusi peraduan, Hidayat berpeluang merasai limpahan rezeki yang lumayan. Hidayat pernah memenangi pelbagai pakej percutian ke luar negara, barangan peralatan elektrik rumah bernilai puluhan ribu, gajet canggih termasuk telefon pintar iPhone edisi 11, 12, 13, 14, 15; Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM50,000 dan banyak lagi. Katanya, dia juga pernah mendapat hadiah enam mesin basuh dan ada yang diberikan kepada ahli keluarga yang memerlukan. "Saya anggap semua itu rezeki anak-anak kerana anak sulung saya diuji dengan masalah jantung berlubang. "Sebagai ayah, saya hanya menumpang rezeki mereka sahaja," katanya yang turut mendapat sokongan penuh daripada isterinya. Sementara itu, Hidayat berkata, dia percaya kepada konsep rezeki tidak akan salah alamat namun usaha juga pastinya akan membuahkan hasil. "Jika berminat untuk mencuba nasib dalam peraduan, pesan saya jangan sesekali berputus asa jika tidak menang," katanya.Menang dua motor dalam selang masa 3 bulan Meskipun menyertai peraduan hanya sebagai hobi mengisi masa terluang namun siapa sangka rezeki Atiqah Ismail, 39, hadir mencurah-curah. Peniaga ayam di sebuah pasar borong di Lembah Klang itu tidak menyangka memenangi pelbagai hadiah termasuk dua motosikal sejak mula menyertainya dua tahun lalu. Atiqah berkata, hadiah dimenanginya umpama rezeki terpijak berikutan dia hanya menghantar satu atau dua penyertaan bagi setiap peraduan disertai. Itupun katanya, modal yang dilaburkan tidak tinggi seperti peminat peraduan lain berikutan dia hanya memenuhi keperluan penyertaan sahaja. "Saya bukanlah orang yang akan mengeluarkan belanja besar semata-mata untuk memenangi hadiah sebaliknya akan membeli barangan yang memang digunakannya. "Misalnya, hasil pembelian minuman dan makanan bernilai RM15.90 di hentian rehat dan rawat menggunakan kad debit, saya berjaya membawa pulang telefon pintar Samsung S22 apabila memenangi peraduan diadakan. "Malah saya pernah memenangi jongkong emas 16 gram, hadiah wang tunai RM10,000 dan RM3,888 serta banyak lagi hadiah peraduan tidak dijangka," katanya. Anak jati Gombak, Selangor itu berkata, dia seronok dengan cara berkenaan berikutan tidak mahu terlalu kecewa jika tidak menang. "Dalam tempoh dua tahun ini, rezeki saya memang benar-benar murah kerana selain dua motosikal Modenas Kriss, jongkong emas dan wang tunai, saya juga memenangi pelbagai barangan elektrik seperti dua televisyen (30 dan 43 inci), kerusi urut, dua telefon pintar jenama Samsung Z Flip 5, baucer barangan elektrik, bekalan mandian untuk setahun dan banyak lagi. "Saya anggap semua itu adalah rezeki keluarga juga kerana banyak hadiah yang dimenangi, dikongsi dan diberikan kepada mereka untuk diguna bersama. "Dua motosikal dimenangi itu terpaksa dijual kerana saya tidak memiliki lesen motor," katanya. Sementara itu Afiqah berkata, peluang memenangi peraduan hari ini semakin sukar memandangkan sudah semakin ramai yang mula menceburinya. |
'Raja peraduan' kaut hadiah jutaan ringgit | 1,728,100,834 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141101/raja-peraduan-kaut-hadiah-jutaan-ringgit | Fairul Asmaini Mohd Pilus | 874 | 2024-10-05 04:00:34 | 2024-10-05T12:00:34 | Kuala Lumpur: Jika dihitung semua nilai hadiah-hadiah pernah dimenangi Faiz Aizuddin Azami, 38, sejak lebih sedekad lalu, jumlahnya sudah melebihi jutaan ringgit. Antara hadiah pernah dimenanginya termasuklah pakej percutian VIP ke empat taman tema di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk 10 orang termasuk duit poket yang bernilai lebih RM100,000. Ini tidak termasuk hadiah wang tunai RM24,000 serta pakej lawatan ke London, Turki, Paris, Jepun, Korea dan banyak lagi. Selain itu, Faiz juga pernah memenangi 10 televisyen 55 inci, 20 peti sejuk, 30 mesin basuh, ratusan barangan elektrik rumah pelbagai jenama dan hadiah pengubahsuaian rumah bernilai lebih RM10,000. Malah dia pernah memenangi berpuluh telefon pintar termasuk edisi terbaharu iPhone, Android, tab dan bermacam-macam hadiah barangan serta keperluan dapur hingga menjadikan stor rumahnya umpama kedai runcit. Tidak cukup dengan itu, Faiz yang dianggap antara 'Otai' dalam dunia peraduan di Malaysia juga pernah memenangi lapan motosikal dan dua kereta (Proton X50 dan Mini Cooper), hasil kerjasama bersama rakan-rakan peserta pertandingan lain. Kemenangan dalam banyak peraduan juga membolehkan Faiz bertemu dengan ramai selebriti dan tokoh sukan dunia termasuk Neymar, Jenifer Lopez, Kelly Clarkson serta Justin Bieber. Semua 'rezeki' itu diperolehi Faiz selepas tanpa jemu menyertai pelbagai peraduan sejak 21 tahun lalu. Bapa kepada tiga anak dari Gombak, Selangor itu berkata, minatnya untuk menyertai peraduan bermula selepas memenangi hadiah utama 10 bulan gaji, anjuran sebuah syarikat telekomunikasi ketika usia 18 tahun. Katanya, siapa sangka penyertaan secara suka-suka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) itu membolehkannya memenangi hadiah wang tunai RM24,000. "Memang terkejut kerana ketika itu saya masih bergelar pelajar dan tidak mempunyai gaji bulanan. "Tetapi mereka mengambil kira jumlah gaji minimum dan jumlah itu diberikan kepada saya," katanya kepada Harian Metro. Menurut Faiz, disebabkan sering memenangi pelbagai hadiah percutian ke luar negara, dia akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja dalam sektor perkhidmatan awam (guru) kerana tidak mahu menjejaskan kerjayanya. "Ini kerana hadiah yang dimenangi memerlukan dia 'terbang' pada masa-masa tertentu dan perlu mengambil cuti yang panjang. "Selain itu, keputusan berkenaan juga diambil kerana menyertai peraduan juga sebenarnya mampu memberi pulangan yang lumayan jika konsisten melakukannya. "Contohnya, dalam setahun saya sasarkan untuk mendapat lebih 1,000 kemenangan dari pelbagai peraduan dengan jangkaan nilai hadiah kemenangan RM100,000. "Jadi, saya akan usaha untuk mendapat sasaran berkenaan untuk memastikan usaha berbaloi," katanya yang kini sepenuh masa terbabit dalam bidang motivasi pendidikan dan menyertai peraduan. Dalam pada itu Faiz mengakui, untuk memenangi sesuatu peraduan, peserta perlu mengetahui petua dan memiliki strategi tersendiri. Misalnya untuk peraduan belian terbanyak yang menawarkan hadiah lumayan seperti kereta, ia memerlukan pelaburan yang tinggi. "Tetapi ada juga kemenangan disebabkan tuah dan rezeki kerana ramai yang pertama kali cuba terus 'sangkut' (menang) hadiah utama," katanya. Sementara itu Faiz mengakui, dia juga bukan sentiasa bertuah kerana pernah melabur berbelas ribu untuk menyertai satu pertandingan tetapi malangnya tidak berjaya mendapat pulangan dimahukan. Kata Faiz, dia juga pernah ditipu tidak mendapat hadiah kemenangan yang dijanjikan sehingga ke hari ini. "Memang perit jika pelaburan kita tidak mendapat hasil yang diinginkan tetapi kena reda kerana semua itu adalah asam garam lumrah menyertai peraduan. Semua rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. "Apapun jangan sesekali berputus asa jika mahu terbabit dalam bidang ini kerana percayalah, usaha tidak akan sesekali mengkhianati hasil," katanya yang percaya dia hanya menumpang rezeki anak-anaknya.Menang 1,000 peraduan dalam masa 5 tahunMemenangi lebih 1,000 kali peraduan disertainya sejak lebih lima tahun lalu. Suri rumah, Rusyati Masri, 48, bagaimanapun masih tidak menyangka dikurniakan rezeki oleh Allah SWT dalam cara sebegitu. Antara hadiah pernah dimenangi Rusyati adalah dua motosikal (Yamaha Y16 dan Honda eBike), lima telefon pintar termasuk Iphone 14 dan Samsung S23, dinar emas, hadiah percutian serta pakej menaiki kapal pelayaran. Selain itu Rusyati juga turut memenangi pelbagai hadiah barangan elektrik rumah seperti televisyen, mesin basuh, lima penyedut hampagas pelbagai jenama, 10 jenis air fryer, puluhan ribu hadiah wang tunai, ratusan baucar makanan, tajaan rumah terbuka dan banyak lagi. Menurutnya, dia sebelum ini hanya suka-suka menyertai pelbagai peraduan selepas percubaan kali pertama pada tahun 2019 membuahkan hasil. Katanya, hadiah wang tunai RM500 yang dimenangi mendorong dia dan suami menjadikan penyertaan peraduan sebagai hobi. "Saya hanya konsisten menyertai peraduan selepas berhenti kerja pada tahun 2022. "Walaupun sekadar hobi, ia sedikit sebanyak dapatlah menambah pendapatan keluarga," katanya. Rusyati berkata, jika hadiah yang dimenangi sudah ada dalam koleksi simpanan, ia akan jual untuk mendapatkan balik modal wang digunakan. "Setakat ini, modal yang dilaburkan memberikan pulangan lumayan kepadanya. "Hadiah yang paling mahal pernah saya menangi adalah pakej percutian ke Itali untuk dua orang serta duit poket RM10,000. Semua hadiah itu bernilai RM30,000 hasil penyertaan peraduan anjuran jenama kopi terkenal. "Saya membawa suami, Henrizal Sabai, 50, bersama dalam percutian itu kerana dialah tonggak penting di belakang tabir yang banyak membantu persediaan sesuatu peraduan selama ini. "Ia memang rezeki dan tuah kerana modal dilaburkan untuk menyertai peraduan itu agak minimum," katanya. Menurut Rusyati lagi, berbanding peserta tegar lain, dia juga sering memasuki peraduan atau kuiz dianjurkan oleh pasar raya tertentu. Kata ibu kepada seorang anak itu lagi, setiap peraduan ada cabaran dan keperluan tersendiri. Katanya, terdapat peraduan yang memerlukan banyak pembelian kerana kemenangan dikira berdasarkan belian tertinggi dan sememangnya memerlukan modal agak besar. "Ada juga peraduan yang hanya memerlukan satu resit sahaja untuk menang. Ia biasanya turut berkait dengan faktor rezeki dan tuah. "Peraduan yang memerlukan slogan pula agak mencabar kerana peserta perlu kreatif bermain dengan ayat dan tidak boleh ayat 'biasa-biasa'," katanya. |
Keluarga Sabari takkan maafkan suspek sampai bila-bila | 1,728,096,939 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141084/keluarga-sabari-takkan-maafkan-suspek-sampai-bila-bila | Zuliaty Zulkiffli | 341 | 2024-10-05 02:55:39 | 2024-10-05T10:55:39 | Baling: Perbuatan kejam yang dilakukan suspek terhadap Sabari Baharom, 62, sehingga sanggup mencampak mangsa ke dalam sungai, tidak akan dimaafkan keluarga mangsa sampai bila-bila. Anak bongsu Sabari, Muhammad Amir Hakimi, 25, berkata, dia sudah melihat wajah suspek dan pernah berjumpa sebelum ini, namun dia takkan memaafkan lelaki itu. Katanya, dia berharap keadilan akan berpihak kepada mereka sekeluarga, malah akan melantik peguam ketika perbicaraan di mahkamah nanti bagi memastikan suspek mendapat hukuman yang setimpal kerana memberi tekanan emosi kepada mereka sekeluarga. "Apalah salah ayah saya kerana dia sudah berusia dan tidak mampu melawan kudrat suspek yang jauh lebih muda daripadanya. "Saya tahu ayah tidak akan melawan jika diapa-apakan, jadi saya takkan maafkan dia sampai bila-bila sekalipun dia memohon maaf kerana ayah tiada gantinya, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang di sini hari ini. Muhammad Amir Hakimi berkata, mereka sekeluarga juga sudah melakukan solat hajat dan bacaan Yasin termasuk di masjid supaya keadilan akan memihak pada keluarganya. "Bukan kami saja hilang ayah, tetapi penduduk kampung juga terkejut dan sedih termasuk jemaah Masjid Al Mutmainnah, Kuala Pegang kerana ayah selalu pergi ke masjid menunaikan solat lima waktu di situ. "Sampai bila-bila pun saya serta dua kakak (Suraiya Izzati, 29, dan Nur Aina Sofiya, 28) akan ingat kejadian ini kerana kami hilang ayah, tempat kami menumpang kasih," katanya. Muhammad Amir Hakimi berkata, kalau boleh dia tidak mahu teringat langsung wajah suspek kerana ia hanya membuatkan dirinya berasa geram. "Ketika polis meminta saya buat pengecaman suspek sebelum ini, saya memang tidak mahu melihat lama-lama muka dia sebab trauma teringat orang yang bunuh ayah kami. "Kalau boleh saya nak lupakan wajah dia, walaupun dalam kepala masih ingat lagi muka dia, saya rasa dendam dengan dia, kalau boleh saya tak mahu ingat supaya tak ganggu masa depan kami," katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun pada 27 September lalu dan hasil siasatan itu mendapati Sabari dipercayai dicampak di Sungai Padang Terap, Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra selepas tangannya diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat. |
'Sayang semua anak sama rata' | 1,728,083,426 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141044/sayang-semua-anak-sama-rata | Redzuan Muharam | 533 | 2024-10-04 23:10:26 | 2024-10-05T07:10:26 | Johor Bahru: Mulianya hati Nurain Dona Dameria Abdullah atau dikenali Nurain Abdullah kerana bukan hanya membesarkan tiga zuriatnya tetapi juga dua anak tiri selepas berpisah dengan bekas suami kira-kira tujuh tahun lalu. Tiada istilah pilih kasih kerana Nurain, 42, yang memeluk Islam pada 2007 menyayangi kesemua anaknya sama rata malah sentiasa menganggap mereka sumber kekuatannya selepas kembali solo. Nurain mengakui tidak mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal dan pernah hampir berputus asa untuk meneruskan hidup selepas berpisah kerana sepanjang perkahwinan, dia bergantung sepenuhnya kepada insan bernama suami. Mengenangkan amanah dipikul, wanita itu berusaha bangkit dan kesungguhannya mencari rezeki dengan kudrat yang ada berhasil kerana kini bergelar usahawan produk kecantikan serta kesihatan di bawah jenamanya sendiri. Menerusi syarikat diusahakan, Nurain mengeluarkan produk jus jamu, pelindung matahari, serum dan pencuci wajah. Berkongsi kisahnya, Nurain berkata, dia mula menjalankan perniagaan sendiri sejak empat tahun lalu iaitu ketika tempoh pandemik Covid-19. Katanya, pandemik menjadi titik permulaannya selepas melihat peluang yang terbentang di depan mata walaupun tiada ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan ketika itu. "Permulaan saya dalam bidang perniagaan adalah selepas bergelar ibu tunggal tapi bukan terus ada syarikat sendiri seperti sekarang. "Ia kerana dua bulan pertama selepas berpisah, saya bekerja di satu tempat kemudian beralih ke sebuah syarikat dan ditugaskan mengendalikan khidmat cucian wajah rumah ke rumah. "Alhamdulillah, pulangannya memuaskan namun disebabkan Covid-19 tak dapat teruskan dan ketika itu (pandemik), TikTok tengah trend…saya pun tengok ramai orang berniaga di rumah dengannya. "Jadi, saya minta bantuan seorang rakan yang tahu masak jamu untuk hasilkan jus minuman (jamu) dan tak sangka sambutan amat baik bermula dengan terjual 10 botol kemudian 20 sehingga 100 (botol) dalam masa sehari. "Saya pula ambil kesempatan dengan menjual secara langsung di TikTok setiap hari hingga produk jenama saya semakin dikenali kemudian dapat dipasarkan di Sabah dan Sarawak sebelum menembusi pasaran di tujuh negara malah kini dikeluarkan dalam bentuk sacet," katanya. Menurut Nurain, kejayaannya memasarkan produk sampai ke luar negara bukan hasil usahanya sendiri tetapi juga dengan kerjasama sebuah kilang dalam menghasilkan formulasi serta bantuan dropship, ejen juga stokis. Di sebalik kejayaan itu, Nurain mengakui banyak cabaran dilalui terutama pada peringkat awal kerana kurangnya ilmu dalam bidang keusahawanan. "Cabarannya kerana saya tak pernah berniaga dari rumah jadi banyak yang saya tak tahu terutama bagaimana nak hantar bungkusan tapi belajar sendiri tanpa ada sesiapa ajar. "Mujurlah anak jadi tulang belakang kerana banyak bantu pada peringkat awal dalam proses bungkus, angkat barang dan balas mesej pelanggan. "Saya ambil masa juga nak sesuaikan diri namun semakin lama, saya jadi lali dengan rutin hingga sedar turun naik dalam perniagaan juga perkara biasa. "Persaingan dalam perniagaan sentiasa ada malah normal ada orang suka dan tidak jadi kena siapkan mental kerana pernah satu masa, ada individu terdekat cuba jatuhkan saya. "Apa yang berlaku buat saya belajar dan ambil sebagai pengajaran supaya tak terlalu percayakan orang. Tapi dalam kepahitan, banyak juga kemanisan saya kecapi sepanjang bergelar usahawan antaranya rezeki tidak dijangka misalnya tempahan dalam jumlah banyak mencecah ratusan ribu pada satu-satu masa," katanya.Nurain berkata, kerja keras dilakukan selama ini bukan hanya untuk kesenangan dirinya tetapi lima anaknya. Menurut Nurain, dia mahu kejayaan dikecapi menjadi contoh kepada anak selain inspirasi buat semua wanita di luar sana. |
Idam berlakon di KLCC | 1,728,079,277 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141012/idam-berlakon-di-klcc | Georgie Joseph | 531 | 2024-10-04 22:01:17 | 2024-10-05T06:01:17 | TIADA yang lebih menggembirakan pelakon Korea Selatan, Lee Je Hoon, 40, selain impiannya menyantuni peminat di Malaysia akhirnya tercapai menerusi acara JeeHoon's Favorite 2024 Asia Tour, baru-baru ini. Je Hoon dapat merasai pengalaman sulungnya berjumpa peminat di sini meninggalkan makna cukup besar. Dia rupa-rupanya begitu disayangi dan penampilannya di sini sudah dinanti sejak lama. Malah, pelakon drama bersiri, Taxi Driver itu tidak berasa janggal pun sebaik menjejakkan kaki ke sini. Padahal ini adalah kunjungan sulungnya namun sudah rasa dekat dengan negara ini."Biasanya apabila menjejakkan kaki pertama kali ke tempat baharu, kita rasa janggal. Tapi saya tidak rasa begitu pun sebaik tiba di lapangan terbang di sini."Melihat peminat yang hadir menyambut saya, terus rasa teruja. Keramahan mereka sangat mengagumkan dan membuatkan saya ingin meneroka lebih banyak mengenai negara ini," katanya. Je Hoon juga enggan melepaskan peluang manfaatkan kunjungan singkat itu dan mencuba makanan tempatan. Dia sempat 'pekena' nasi lemak dan teh tarik selain teringin mencuba nasi goreng dan sate.Bagaimanapun, paling membuatkan dia kagum dengan kemegahan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas. Katanya, dia sudah dapat membayangkan babak dramanya berlatar belakangkan menara itu. "Antara perkara yang terus menangkap mata saya ketika sampai di sini adalah menara berkembar itu. Saya sangat terpesona dengan rekaannya yang begitu mengagumkan."Saya berharap suatu hari nanti dapat jayakan drama dengan pemandangan bangunan itu. Misalnya, cerita di mana saya melawat dan jatuh cinta dengan seseorang yang bekerja di sini," katanya. Dianjurkan Lapisan Tenaga Sdn Bhd, acara bertemu peminatnya yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur penuh senda tawa dan jeritan peminat fanatiknya. Lebih istimewa, peminat yang hadir pun datang dari demografik berbeza. Sekali gus membuktikan betapa namanya meninggalkan impak dalam kalangan penonton pelbagai lapisan usia. Gelagatnya atas pentas pun cukup bersahaja dan begitu merendah diri. Terlihat jelas betapa dia sangat terharu dengan sokongan tidak berbelah bahagi diterimanya daripada peminat Malaysia. Walaupun pelakon, Je Hoon tetap menyahut cabaran untuk menyumbang suaranya menyanyi dua lagu sebagai menghiburkan yang hadir. Dia akui memang bukan penyanyi yang bagus, tapi peminat tetap terpegun. Sepanjang acara itu, dia banyak berkongsi hal kegemaran peribadinya yang jarang dikongsi di media sosial. Ia termasuk foto koleksi sendiri ditunjukkan secara eksklusif kepada semua yang hadir. Seperti biasa, segmen cabaran permainan bersama peminat pun wajib ada. Antara cabaran dibuat termasuk pertandingan menari dan Je Hoon juga begitu 'sporting' menunjukkan goyang tarinya. Dalam pada itu, dia berkongsi mengenai projek akan datangnya. Yang pasti, dia tidak sabar untuk penonton melihat drama lakonan seterusnya itu selepas kejayaan-kejayaan terdahulu. Terkenal dengan naskhah yang sentiasa menusuk mengenai kehidupan, Je Hoon berkata, drama akan datang itu pun berkonsep sama."Saya teruja untuk drama itu ditonton ramai. Saya sendiri sangat sukakannya dan semoga semoga penontonmenikmatinya kelak," katanya. Kian sibuk saban waktu, Je Hoon banyak menghabiskan masa rehatnya dengan bersantai di rumah. Katanya, menonton wayang sendirian di rumah cara terbaiknya mendapatkan ketenangan."Sekarang saya jarang dapat peluang ke pawagam menonton filem. Jadi, saya berbuat demikian apabila ada masa terluang di rumah ataupun dalam kapal terbang," katanya. Selain Taxi Driver, Je Hoon meraih perhatian luar biasa menerusi drama hebat lain termasuk Signal, Move to Heaven, Chief Detective 1958, serta filem terbaik termasuk I Can Speak, Time to Hunt, dan Escape. |
Dakwa ada roh rasul dalam diri, Ajaran Cahaya disekat | 1,728,045,129 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140954/dakwa-ada-roh-rasul-dalam-diri-ajaran-cahaya-disekat | Ahmad Hasbi | 342 | 2024-10-04 12:32:09 | 2024-10-04T20:32:09 | Seremban: Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat. Ajaran yang dikenali sebagai Ajaran Cahaya didalangi seorang lelaki ini lebih banyak disebar menerusi media sosial, yang mana ahlinya di aplikasi Telegram mencecah 5,000 orang. Lebih menggerunkan, ahli atau pengikut ajaran dikatakan suci dengan penyatuan cahaya dan tidak bernafsu, menyebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, hasil risikan mendapati ajaran berkenaan bertapak di Kuala Pilah sejak setahun lalu. Bagaimanapun katanya, kegiatan kumpulan berkenaan sedikit terencat apabila guru mereka iaitu lelaki warga Singapura dan orang kanannya seorang wanita tempatan ditahan, hari ini. "Hasil risikan dan siasatan yang kami lakukan, dua suspek ini ditahan di Muadzam Shah, Pahang kira-kira 9.30 pagi tadi dalam operasi bersama polis. Mereka dalam perjalanan ke Terengganu. "Kedua-dua suspek masing-masing berusia 42 dan 60 tahun itu dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk tindakan lanjut," katanya ketika sidang media, hari ini. Tambah beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 52 dan 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mengajar ajaran salah dan mengajar agama tanpa tauliah. "Daripada maklumat yang kami terima, kebanyakan pengikut terpedaya dengan 'guru' berkenaan kerana pada mulanya mengajar agama yang betul, namun lama-kelamaan mula menyeleweng. "Ada pengikut yang sedar dan keluar daripada ajaran berkenaan dan kami difahamkan, jumlah pengikut kini berkurangan, namun terdapat seorang wanita yang berperanan menarik ahli baharu," katanya. Jelas beliau lagi, lelaki berkenaan turut mengaku kali terakhir solat fardu lima waktu pada 2021, yang mana dia menganggap dirinya tidak perlu melakukan apa-apa ibadah. "Dia mengaku urat dan darahnya sudah berzikir dan dia tidak perlu lagi beribadat seperti solat, puasa dan sebagainya. Pengikut juga diajar untuk mencapai darjat tertinggi itu. "Disebabkan itu, mereka berpelukan antara lelaki dan wanita kerana menganggap diri sudah suci daripada dosa dan tidak mempunyai nafsu serta bercahaya," katanya. Tambahnya lagi, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang jelas menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan hukum syarak itu dan berkemungkinan ada suspek lain yang bakal ditahan. |
Wanita Palestin tular buat kecoh akan dihantar pulang | 1,728,044,404 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140951/wanita-palestin-tular-buat-kecoh-akan-dihantar-pulang | Kalbana Perimbanayagam | 431 | 2024-10-04 12:20:04 | 2024-10-04T20:20:04 | Kuala Lumpur: Dua wanita warga Palestin yang videonya tular membuat kecoh dan merosakkan harta benda awam di Wisma Transit Kuala Lumpur akan dihantar pulang ke Gaza dalam masa terdekat.Kedua-dua mereka adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza tahun lalu.Klip video tular itu, menunjukkan wanita terbabit hilang kawalan di Wisma Transit itu yang menempatkan rakyat Palestin yang cedera dan keluarga mereka sepanjang tempoh rawatan perubatan.Malah dalam salah satu klip video itu menunjukkan seorang wanita memecahkan pasu dan menendang meja.Difahamkan mereka tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan tinggal di luar Wisma Transit.Sementara itu, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, memberitahu New Straits Times bahawa wanita dalam video itu akan dihantar pulang ke Gaza.Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas pertemuannya dengan Kementerian Pertahanan dan wakil Ops Ihsan hari ini untuk membincangkan insiden itu."Kami bersetuju bahawa ini adalah insiden terpencil. Ia tidak mewakili rakyat Palestin."Ia memalukan dan tidak sepatutnya berlaku," katanya.Walid juga mengeluarkan amaran kepada rakyat Palestin di Malaysia untuk menjaga kelakuan mereka."Bagi mereka di sini, jika mereka tidak gembira, mereka boleh kembali ke tempat asal. Menghantar wanita ini pulang harus menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.Beliau berkata, kerajaan Palestin menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka oleh Malaysia dan rakyatnya."Rakyat Palestin yang cedera dan saudara-mara mereka di sini harus menghargai apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk membantu mereka. Semasa berada di sini, mereka mesti menghormati undang-undang negara tuan rumah."Mereka juga harus menghargai peluang yang diberikan ini, berbanding ribuan orang yang masih menderita di Gaza. Mereka yang pulang ke negara asal tidak akan mempunyai bantuan sedemikian," katanya.Walid mengutuk insiden itu dan memohon maaf bagi pihak masyarakat Palestin.Beliau juga meminta rakyat Malaysia memahami perjuangan emosi dan tekanan yang dialami rakyat Palestin."Kami meminta rakyat Malaysia memahami bahawa mereka ini sudah melalui perjuangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, baik dari segi emosi mahupun fizikal akibat tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel."Saya tidak akan membenarkan sesiapa menjejaskan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Palestin. Kami akan sentiasa menghargai apa sahaja usaha yang dilakukan Malaysia untuk rakyat Palestin," katanya.Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Perhimpunan Solidariti Palestin di Bukit Jalil, mengumumkan bahawa Malaysia merancang untuk menerima orang awam Palestin yang cedera bagi membolehkan mereka menerima rawatan di Malaysia.Pada 16 Ogos, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM. |
Wanita Palestin tular buat kecoh akan dihantar pulang | 1,728,044,404 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140951/wanita-palestin-tular-buat-kecoh-akan-dihantar-pulang | Kalbana Perimbanayagam | 431 | 2024-10-04 12:20:04 | 2024-10-04T20:20:04 | Kuala Lumpur: Dua wanita warga Palestin yang videonya tular membuat kecoh dan merosakkan harta benda awam di Wisma Transit Kuala Lumpur akan dihantar pulang ke Gaza dalam masa terdekat.Kedua-dua mereka adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza tahun lalu.Klip video tular itu, menunjukkan wanita terbabit hilang kawalan di Wisma Transit itu yang menempatkan rakyat Palestin yang cedera dan keluarga mereka sepanjang tempoh rawatan perubatan.Malah dalam salah satu klip video itu menunjukkan seorang wanita memecahkan pasu dan menendang meja.Difahamkan mereka tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan tinggal di luar Wisma Transit.Sementara itu, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, memberitahu New Straits Times bahawa wanita dalam video itu akan dihantar pulang ke Gaza.Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas pertemuannya dengan Kementerian Pertahanan dan wakil Ops Ihsan hari ini untuk membincangkan insiden itu."Kami bersetuju bahawa ini adalah insiden terpencil. Ia tidak mewakili rakyat Palestin."Ia memalukan dan tidak sepatutnya berlaku," katanya.Walid juga mengeluarkan amaran kepada rakyat Palestin di Malaysia untuk menjaga kelakuan mereka."Bagi mereka di sini, jika mereka tidak gembira, mereka boleh kembali ke tempat asal. Menghantar wanita ini pulang harus menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.Beliau berkata, kerajaan Palestin menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka oleh Malaysia dan rakyatnya."Rakyat Palestin yang cedera dan saudara-mara mereka di sini harus menghargai apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk membantu mereka. Semasa berada di sini, mereka mesti menghormati undang-undang negara tuan rumah."Mereka juga harus menghargai peluang yang diberikan ini, berbanding ribuan orang yang masih menderita di Gaza. Mereka yang pulang ke negara asal tidak akan mempunyai bantuan sedemikian," katanya.Walid mengutuk insiden itu dan memohon maaf bagi pihak masyarakat Palestin.Beliau juga meminta rakyat Malaysia memahami perjuangan emosi dan tekanan yang dialami rakyat Palestin."Kami meminta rakyat Malaysia memahami bahawa mereka ini sudah melalui perjuangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, baik dari segi emosi mahupun fizikal akibat tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel."Saya tidak akan membenarkan sesiapa menjejaskan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Palestin. Kami akan sentiasa menghargai apa sahaja usaha yang dilakukan Malaysia untuk rakyat Palestin," katanya.Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Perhimpunan Solidariti Palestin di Bukit Jalil, mengumumkan bahawa Malaysia merancang untuk menerima orang awam Palestin yang cedera bagi membolehkan mereka menerima rawatan di Malaysia.Pada 16 Ogos, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM. |
Faisal gembira dapat bermain paling lama selepas disimbah asid | 1,728,044,174 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140945/faisal-gembira-dapat-bermain-paling-lama-selepas-disimbah-asid | BERNAMA | 367 | 2024-10-04 12:16:14 | 2024-10-04T20:16:14 | Kuala Lumpur: Pemain sayap sensasi Selangor FC, Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) 2024/25, malam tadi.Pada aksi kedua Kumpulan H di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Selangor menewaskan Dynamic Herb Cebu FC dari Filipina 1-0 dan Faisal dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-62.Faisal berkata, dalam perlawanan itu, beliau mendapat minit perlawanan paling lama sejak kembali beraksi pada Ogos lalu selepas insiden serangan asid pada 5 Mei, yang hampir memusnahkan kariernya."Alhamdulillah tiga mata untuk pasukan di laman sendiri dalam saingan ACL2, ia bukan satu perlawanan mudah. "Apa-apa pun saya dapat minit perlawanan paling lama, ini adalah perlawanan pertama saya dapat minit yang lama."Sekarang hampir lima bulan (sejak serangan asid), saya akan terus maju langkah demi langkah untuk dapatkan prestasi (terbaik). "Bagi saya (prestasi sekarang) belum cukup lagi, belum sampai masa untuk saya berpuas hati. Saya masih di tahap untuk cari kembali prestasi," katanya.Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu mengakui puas dapat membuat penampilan di pentas kejohanan Asia setelah terlepas peluang bersama kelabnya sebelum ini, Terengganu FC (TFC) pada musim lalu setelah berhijrah ke Selangor."Alhamdulillah kami bekerja keras untuk datang ke Asia, hari ini mimpi itu jadi kenyataan dapat bersama Selangor dan dapat merasai (saingan Asia). "Tetapi ada banyak perlawanan lagi, kami perlu perbaiki apa yang kurang dan saya pun kena kerja keras," katanya yang tidak diturunkan pada aksi pertama.Dalam pada itu, Faisal berkata, saingan di ACL2 mampu mempercepat proses untuk beliau kembali mencapai prestasi terbaik."Intensiti tinggi, persaingan hebat, bukan satu perlawanan yang mudah, saya rasa bagus untuk saya sebenarnya. "Kita bermain di tahap tinggi, saya mencari rentak dan mencari minit permainan dan akan maju langkah demi langkah," katanya.Selepas dua perlawanan, Selangor kini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul empat mata, dua mata di belakang pendahulu, Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan sementara wakil Thailand, Muangthong United ketiga (satu mata) dan Dynamic Herb Cebu tercorot tanpa sebarang mata.Seterusnya, skuad bimbingan Nidzam Jamil itu akan membuat perhitungan dengan Jeonbuk Hyundai Motors pada perlawanan ketiga kumpulan di Stadium MBPJ, 23 Oktober depan.– BERNAMA TAG: bola sepak, mohamad faisal abdul halim, selangor, ACL2 |
Khairul Nizam baru tiga bulan kerja di ENS | 1,728,033,367 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140873/khairul-nizam-baru-tiga-bulan-kerja-di-ens | Zuliaty Zulkiffli | 249 | 2024-10-04 09:16:07 | 2024-10-04T17:16:07 | Alor Setar: "Arwah adik pernah beritahu yang dia hendak beralih angin selepas hampir 20 tahun bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. "Tak sangka baru saja tiga bulan bekerja di situ, dia pergi buat selama-lamanya dan mengejutkan kami semua," kata Khairul Ajhar Jaffar, 47. Dia adalah abang sulung kepada Khairul Nizam, 41, yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan Eagle's Nest Skywalk (ENS) di Gunung Machinchang, Langkawi, semalam. Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu daripada ibu, Kasyah Hashim, 72, yang memaklumkan anak ketiga daripada empat beradik itu jatuh ketika sedang bekerja. Katanya, pada mulanya, dia menyangka adiknya hanya jatuh biasa tetapi terkejut apabila dimaklumkan Khairul Nizam jatuh dari ketinggian 40 meter. "Arwah seorang adik yang ringan tulang dan dia antara yang ramah dalam keluarga kami," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini. Khairil Ajhar yang juga jurugambar bebas berkata, kali terakhir Khairul Nizam berbual bersama ahli keluarga menerusi kumpulan WhatsApp keluarga ketika mereka meraikan hari lahir ahli keluarga, minggu lalu. "Arwah adik peminat setia pasukan bola sepak Kedah dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa Hijau Kuning meskipun sibuk bekerja di Langkawi. Dia akan ke Stadium Darul Aman jika pulang ke Alor Setar. "Disebabkan rapat dengan kumpulan penyokong bola sepak Kedah, arwah juga mengenali pemain, bekas pemain termasuk bekas jurulatih Kedah, Allahyarham Azraai Khor Abdullah," katanya. Khairul Nizam meninggalkan isteri, Zunirah Othman, 36, dan tiga orang anak berusia 10, 16 dan 17 tahun. Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Rafeah Taman Uda, dekat sini selepas selesai bedah siasat. |
Pemain KDA FC boikot latihan sekali lagi? | 1,728,032,965 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140872/pemain-kda-fc-boikot-latihan-sekali-lagi | Wartawan HM | 240 | 2024-10-04 09:09:25 | 2024-10-04T17:09:25 | Alor Setar: Isu dalaman melanda Kedah Darul Aman FC (KDA FC) nampaknya belum berakhir apabila pemainnya belum menjalani latihan persiapan bagi menghadapi perlawanan Liga Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) pada 19 Oktober ini.Tinjauan dilakukan sekitar 5 petang semalam mendapati tiada kelibat pemain atau barisan kejurulatihan memulakan sesi latihan kebiasaannya dilakukan di beberapa padang latihan sekitar Alor Setar dan Jitra.Menurut pemerhatian, skuad kendalian Nafuzi Zain itu belum memulakan latihan yang dijangkakan sejak pada awal minggu ini sebagai persiapan untuk menyambung saingan Liga Super selepas kali terakhir seri 2-2 dengan Sri Pahang pada 22 September lalu.Jadi timbul tanda tanya mengenai status semasa pasukan yang sepatutnya memulakan semula persiapan dan perancangan terbaik untuk aksi liga seterusnya menentang TFC di Stadium Darul Aman pada 19 Oktober ini.Bagaimanapun usaha mendapatkan kenyataan rasmi berkaitan isu semasa itu termasuk tarikh memulakan latihan padang dari pihak pengurusan dan barisan jurulatih pasukan masih gagal diperoleh, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan peminat bola sepak Sang Kenari.Berikutan itu, tular di media sosial mengenai berita pemain KDA FC yang dikatakan kembali memboikot sesi latihan menjelang perlawanan menentang TFC itu.Berita berkenaan adalah menerusi perkongsian wartawan sukan tempatan yang menjangkakan pemain KDA FC kembali memboikot latihan selepas tiada langkah proaktif diambil pihak pengurusan pasukan bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji.Sebelum ini, berikutan ketiadaan pemain utama, KDA FC terpaksa menggunakan tenaga pemain skuad Bawah 23 Tahun (KDA FC B) sebelum dibelasah 0-5 oleh Kuala Lumpur (KL) City di Cheras. |
Bangunan dobi, tempat kerja antara kawasan baharu larangan merokok | 1,728,024,816 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140817/bangunan-dobi-tempat-kerja-antara-kawasan-baharu-larangan-merokok | Mohd Iskandar Ibrahim | 298 | 2024-10-04 06:53:36 | 2024-10-04T14:53:36 | Putrajaya: Bangunan dobi antara 28 kawasan yang diwartakan sebagai larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).Selain dobi, bangunan tempat kerja kerajaan dan swasta turut tersenarai sebagai kawasan baharu larangan merokok dengan kedua-duanya berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bangunan dobi antara yang diperjuangkannya sejak 2019 ketika pertama kali menjawat jawatan berkenaan."Pastinya saya berasa bersyukur, akhirnya dobi menjadi tempat awam (larangan merokok)."(Bangunan dobi sering) didatangi pastinya ibu-ibu, isteri-isteri bawa anak-anak dan sebagainya, (kadang-kadang) tempat itu menjadi kawasan untuk berehat," katanya pada sesi taklimat media berkaitan Akta 852 di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.Selain bangunan dobi dan tempat kerja, antara kawasan larangan merokok yang diwartakan adalah pusat hiburan atau teater kecuali kasino, hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berhawa dingin serta mana-mana kawasan yang digunakan bagi aktiviti perhimpunan. Sementara itu itu, Dr Norhayati berkata, tindakan penguatkuasaan yang bermula tahun depan adalah bagi memberi masa secukupnya kepada pemilik premis untuk menampal tanda amaran larangan merokok."Kita nak beri peluang (kepada pemilik) dobi untuk mendapatkan segera tanda amaran larangan merokok (dan menampanya di premis masing-masing)," katanya. Akta 852 dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu dengan mengenakan syarat lebih ketat terhadap peniaga rokok dan vape termasuk larangan mempamerkan produk terbabit secara terbuka di premis perniagaan.Akta itu juga menggariskan larangan penjualan rokok dan vape melalui dalam talian ke atas semua platform bagi mengelakkan ia dibeli oleh Orang Belum Dewasa (OBD) iaitu individu berusia di bawah 18 tahun.Selain itu, produk rokok dan vape juga dilarang dijual melalui mesin vending dan tidak boleh dijual di kawasan institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi (IPT).Produk rokok dan vape juga dilarang dijual di pasar jualan atau mana-mana pasar jualan bersifat sementara. |
Akhirnya tertangkap | 1,728,014,430 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140737/akhirnya-tertangkap | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhaamad Hafis Nawawi | 338 | 2024-10-04 04:00:30 | 2024-10-04T12:00:30 | Kuala Lumpur: Tidak ubah seperti watak kisah benar dilakonkan Leonardo DiCaprio dalam filem 'Catch Me If You Can' yang licik menyamar sebagai juruterbang, doktor dan peguam. Penipuan itu ternyata benar-benar wujud apabila ditiru oleh seorang penjenayah tempatan yang dikesan menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya, juruterbang Airbus, jurutera Petronas, jurulatih sukan ragbi dan pelbagai kerjaya tidak wujud. Sumber berkata, suspek lelaki berusia 44 tahun itu dikesan aktif menipu orang ramai membabitkan kerugian berjuta ringgit sejak tahun 2001. "Suspek bijak melakonkan pelbagai watak dan kerjaya bagi memperdaya ramai mangsa. Dia yang licik berpindah-randah menjadi buruan polis sejak tahun 2018. "Berdasarkan maklumat, suspek petah berbicara dan mampu meyakinkan mangsa untuk berurusan dengannya. Rata-rata mangsa mudah diperdaya berikutan suspek petah bercakap menggunakan fakta selain memiliki pengetahuan berhubung topik atau kerjaya dilakonkan," katanya. Menurutnya, berdasarkan maklumat, suspek sebelum ini pernah menyamar sebagai juruterbang dan melakukan penipuan kononnya mampu membantu mangsa mendapatkan pekerjaan dan lesen penerbangan. "Dia seolah-olah tahu semua perkara, isu semasa dan boleh menjadi sesiapa. Akibatnya mangsa diperdaya untuk menyerahkan wang termasuk membabitkan pelbagai urus niaga tidak wujud. "Berdasarkan siasatan, suspek pernah ditahan polis sebelum ini di Kampung Rapat, Ipoh, Gelang Patah, Johor, Maran dan Kuantan, Pahang. "Suspek disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan (Menyamar sebagai penjawat awam). Seksyen 381 Kanun Keseksaan (mencuri) dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan harta)," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 44 tahun ditahan jam 11.45 malam Selasa lalu di sekitar Ampang, Selangor. Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh, Perak, membabitkan kerugian RM20,400. "Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut dan direman tiga hari sehingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "Hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes lain seperti penipuan urusan jual beli barangan elektrik, tipu urusan jual beli traktor dan tipu urusan pembekalan barangan helikopter," katanya kepada Harian Metro. |
Penjenayah licik akhirnya diberkas selepas 6 tahun diburu polis | 1,728,000,670 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140694/penjenayah-licik-akhirnya-diberkas-selepas-6-tahun-diburu-polis | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhaamad Hafis Nawawi | 443 | 2024-10-04 00:11:10 | 2024-10-04T08:11:10 | Kuala Lumpur: Tak ubah seperti watak dalam filem, seorang penjenayah licik yang pernah menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain akhirnya diberkas selepas enam tahun diburu polis. Lelaki berusia 44 tahun ini didakwa menipu mangsa dengan kerugian mencecah jutaan ringgit sejak 2001 hanya dengan menggunakan kepetahan berbicara dan kepakaran dalam melakonkan pelbagai peranan untuk memperdaya orang ramai. Sumber berkata, suspek yang bijak 'melakonkan' pelbagai watak bagi memperdaya ramai mangsa serta sering berpindah-randah itu menjadi buruan polis sejak 2018. Menurutnya, berdasarkan maklumat, suspek sebelum ini pernah menyamar sebagai juruterbang dan melakukan penipuan kononnya mampu membantu mangsa mendapatkan pekerjaan dan lesen penerbangan. "Dia seolah-olah tahu semua perkara, isu semasa dan boleh menjadi sesiapa. Akibatnya mangsa diperdaya untuk menyerahkan wang termasuk membabitkan pelbagai urus niaga tidak wujud. "Berdasarkan siasatan, suspek pernah ditahan polis sebelum ini di Kampung Rapat, Ipoh, Gelang Patah, Johor, Maran dan Kuantan, Pahang. "Suspek disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan (Menyamar sebagai penjawat awam), Seksyen 381 Kanun Keseksaan (mencuri) dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan harta)," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 44 tahun ditahan 11.45 malam Selasa lalu di sekitar Ampang, Selangor. Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh, Perak, membabitkan kerugian RM20,400. "Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut dan direman tiga hari sehingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "Hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes lain seperti penipuan urusan jual beli barangan elektrik, tipu urusan jual beli traktor dan tipu urusan pembekalan barangan helikopter," katanya kepada Harian Metro. Sementara itu ketika diminta mengulas, penganalisis jenayah terkenal Kamal Affandi Hashim berkata, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerap dipandang secara sinis malah ditohmah, ia ternyata tidak mematahkan semangat sebahagian besar pasukan polis yang benar-benar tekun menjalankan kewajipannya. "Tangkapan fugitif yang dibuat oleh Polis Perak ini adalah bukti jelas bahawa pihak polis tidak pernah bersikap lepas tangan dengan laporan-laporan kes lama yang pernah dibuat awam. "Acap kali orang awam menyangka bahawa polis hanya 'berminat' dengan kes-kes segar. Hakikatnya mereka juga membahagikan masa bagi meneruskan siasatan terhadap kes-kes lama," katanya. Katanya, kejayaan Polis Kontinjen Perak pimpinan Datuk Azizi Mat Aris dan barisan pegawai khususnya Senior Asisten Komisioner Luqman Abd Rahman selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak wajar dijadikan pembakar semangat kepada kontinjen lain, pengubat hati kepada pengadu dan amaran kepada penjenayah bahawa selama mana pun cuba bersembunyi, mereka tetap akan kecundang.Penyamar licik ala filem 'Catch Me If You Can' nafi menipu |
Sabari disamun lebih RM10k | 1,727,997,324 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140683/sabari-disamun-lebih-rm10k | Muhaamad Hafis Nawawi | 388 | 2024-10-03 23:15:24 | 2024-10-04T07:15:24 | Kuala Lumpur: Hanya kerana RM11,000, pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang, Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat, manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat.Ini berikutan suspek dipercayai mahu menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah individu yang menyamunnya.Itu motif kejadian menimpa Sabari yang hilang sejak 4 September lalu selepas soal siasat dilakukan ke atas dua lelaki yang ditahan pada Jumaat lalu.Kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun berkenaan mendedahkan niat mereka ingin menyamun Sabari, namun wajah suspek dicam oleh mangsa ketika kejadian itu.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat awal yang dijalankan ke atas dua suspek mendapati motif kejadian kerana samun membabitkan nilai kerugian RM11,000.Menurutnya, mangsa mengenali suspek menyebabkan mereka mengikat tangan dan menutup mulutnya dengan pita pelekat sebelum mencampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa."Perbuatan itu dilakukan selepas mangsa mengecam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh)," katanya kepada Harian Metro.Fisol berkata, hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap."Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai," katanya.Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Sabari terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.Susulan itu, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang kini dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam'Di sinilah pusara tanpa nisan Sabari' - IsteriSabari dibunuh kerana cam wajah suspekIsteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukanOperasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkanPenduduk terkejut dapat tahu Sabari dicampak di sungai belakang rumahJiran tak nampak kelibat suspek selepas kehilangan SabariIsteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segeraKering betul hati suspek ini - Isteri SabariSabari seronok dapat dua cucu - Abang'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri Sabari'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Lelaki bergari dibawa ke sungaiTindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak SabariKehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai'Kami masih berharap ayah masih hidup''Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak SabariWanita ditahan berhubung kehilangan SabariSabari mungkin dilarikan ke hutan, anak sedang kesan rakan bernama Ramli'Di mana ayah kami? Kereta ditemukan terbakar, wang dipindahkan ke akaun lain' |
Bayar RM20k boleh masuk Malaysia | 1,727,996,490 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140673/bayar-rm20k-boleh-masuk-malaysia | Izz Laily Hussein | 346 | 2024-10-03 23:01:30 | 2024-10-04T07:01:30 | Johor Bahru: Tambak Johor bocor dan terbaharu, 21 migran warga Bangladesh terlepas masuk. Bagaimanapun, kecekapan polis membolehkan kumpulan migran terbabit yang sebelum itu mendarat di Lapangan terbang Changi, Singapura, ditahan di sebuah rumah penampungan atau transit, di Taman Daya, di sini.Ketua Polis Johor Datuk M Kumar ketika mendedahkan perkara itu berkata, dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran warga Bangladesh yang transit di Singapura, dibawa masuk ke Johor dengan berjalan melalui laluan terpencil dari republik itu ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, sebelum ditempatkan di rumah transit. Kata beliau, taktik itu digunakan sindiket penyeludupan migran didalangi warga tempatan dan Bangladesh. Terdahulu, kata beliau, polis menyerbu rumah penampungan terbabit, 9 September lalu. Hasilnya, pada serbuan jam 5.30 pagi itu, 21 migran warga Bangladesh berusia 19 tahun hingga 44 tahun ditahan. "Serbuan dijalankan hasil risikan dijalankan polis berkaitan aktiviti penyeludupan migran sekitar Tambak Johor yang aktif sejak Ogos lalu. "Rumah transit itu menempatkan pendatang asing tanpa izin (Pati) sebelum dibawa ke destinasi tertentu. "Pada serbuan itu, turut ditahan ialah seorang wanita tempatan dan tiga lelaki warga asing yang berperanan sebagai pengurus atau transporter selain penjaga rumah transit terbabit," katanya pada kenyataan, semalam.Kumar berkata, siasatan awal mendapati, migran itu diurus ejen di Bangladesh dengan kadar bayaran Taka 550,000 atau kira-kira RM20,000 setiap seorang sebelum transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura. "Migran ini kemudian diuruskan oleh ejen sindiket untuk masuk ke Malaysia dengan berjalan melalui laluan terpencil menuju ke BSI. "Seterusnya, migran akan diambil oleh transporter untuk dihantar ke rumah transit," jelasnya.Menurut beliau, pada serbuan itu, turut dirampas antaranya 25 telefon bimbit, 22 pasport Bangladesh selain wang RM1,200. Turut dirampas satu surat perjanjian peminjam kereta, serangkai anak kunci premis serta Perodua Axia dan Perodua Myvi. Katanya, kes membabitkan 21 migran itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Manakala, empat pengurus atau transporter atau penjaga rumah transit itu dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. "Semua 21 migran sudah dituduh pada 23 September lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru, dan kes akan disebut semula 13 Oktober ini. "Manakala pertuduhan terhadap empat pengurus atau transporter dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi ini (semalam)," katanya. |
Ringkas, comel | 1,727,994,635 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140655/ringkas-comel | Norhayati Nordin | 650 | 2024-10-03 22:30:35 | 2024-10-04T06:30:35 | KALAU sebelum ini dia dikenali sebagai Alvin Chong, kini nama pentas komersial itu disifatkan sudah tidak sesuai, sekali gus mahu dipanggil Alvn saja kerana ia lebih ringkas.Pelakon, komposer dan penyanyi berusia 33 tahun ini berkata, panggilan Alvn juga sedap didengar dan bunyinya tidaklah begitu kasar berbanding apabila orang memanggil dengan nama sebenarnya itu."Nama Alvn yang sekarang dengan Alvin Chong yang dulu sama saja. Cuma, ketika ini dah tak ada Chong itu. Tapi, dululah bila ada orang sebut nama saya, Alvin Chong, saya akan rasa dia kasar."Sebab biasanya kalau kita sebut nama penuh, rasa macam nak memaki pada individu berkenaan, itulah yang saya rasa. Namun, kalau panggil Alvn saja, saya rasa macam sedap dan comel sikit," katanya.Terdahulu, Alvn ditemui hadir pada pelancaran album terbaharunya, Between The Lines: Revelaed dan 'showcase' solo istimewa, baru-baru ini.Berbicara penerimaan peminatnya terhadap nama pentas komersial baharu itu, Alvn berkata, memang masih ada pun yang bertanya kepadanya, kenapa dah tak guna nama 'Alvin Chong' lagi?"Apapun, saya tetap berasa benda ini (nama Alvin Chong) akan berlalu juga. Ia macam kalau orang dah biasa panggil saya, Alvn nanti, mereka (peminat) akan terus jadi biasalah."Benda macam ini, saya tahu memang akan ambil masa untuk dibiasakan, begitu juga pada kalangan wakil media yang masih menulis nama Alvin Chong itu dan saya tak boleh nak buat apa, sebab ia kena ambil masa," katanya.Ujar Alvn lagi, pertukaran nama pentas komersial baharu itu sudah digunakannya sejak lebih setahun lalu sebagai 'penjenamaan semula' untuk karier seni yang diceburi kira-kira 10 tahun lalu, bermula 2014.Ditanya juga mengenai bidang nyanyian, Alvn berkata, dia suka menyanyi kerana lebih menenangkan jiwa terutama ketika menghasilkan lagu sendiri menerusi ilham yang datang."Saya sangat suka mendengar lagu dan pada masa sama juga berkongsi ilham dengan rakan-rakan untuk kita berbincang buat lagu itu bersama. Jadi, ia berlaku secara santai saja."Kita dengar melodi, buat juga lirik bersama dan kemudian rakam lagu itu. Ia mudah dan pada masa sama, kita tak perlu banyak fikir apakah lagu-lagu ini menjadi atau tidak? Apa yang kita buat itu hanya kerana minat. "Memang santai dan sebab itu, saya akui banyak dapat idea atau ilham mencipta lagu ketika saya berada di luar negara. Sama ada saya ke sana (luar negara) untuk bercuti atau terbabit dengan urusan kerja," katanya.Aktif menyanyi dalam tiga bahasa, sehingga kini Alvn sudah mempunyai rangkaian lagu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin yang dihasilkannya sejak 2015 iaitu kira-kira sembilan tahun lalu selepas setahun terbabit dalam lakonan.Antara judul lagu nyanyian Alvn seperti Sama Sama Kita, One & Only, Sepenuh Jiwa, Sayangku Salmah, Girl Went Gone, Tak Terganti, Tajam, We Got This, Aku Kamu, Don't Ask Me Why dan banyak lagi.Puas hati dapat buat 'showcase'Menyimpan impian yang sudah lama untuk menghiburkan peminat dan rakan-rakan rapat untuk sebuah 'showcase' istimewa, Alvn mengakui dia sangat lega dan gembira dapat menyanyi secara 'live'.Walaupun kali pertama dapat menjayakan 'showcase' itu, Alvn berkata, dia merancang sudah lama tetapi sering saja tertangguh kerana terikat dengan jadual kerja yang tidak disangka dan cukup padat."Jadi, untuk 'showcase' istimewa ini sebenarnya tidak begitu dirancang. Saya memaklumkan pada syarikat rakaman agar dapat mengadakan persembahan nyanyian 'live' ini sebab nak tengok kawan-kawan saya yang datang terhibur."Itu saja yang saya nak sebenarnya, untuk berkongsi rasa 'happy' (gembira) dan seronok dengan mereka (rakan-rakan) yang sanggup hadir menyaksikan persembahan ini. Apapun, saya dah puas hati."Bagi saya, percubaan pertama saya menjayakan 'showcase' sebegini berjaya walaupun ada sedikit masalah teknikal yang berlaku. Tapi, tak mengapalah sebab kita boleh perbaiki pada masa akan datang," katanya.Berterima kasih dengan sokongan diberikan rakan dan peminatnya, Alvn berkata, dia juga sebenarnya ingin tampil menyanyikan banyak lagu, namun mengambil kira lokasi 'showcase' itu yang kurang sesuai untuk persembahan terlalu lama.Antara lagu dinyanyikan dalam 'showcase' itu seperti Need Me Now, Onemorenight, Holdin' On, Sacrifice, Over Again, Birds Of A Feather (lagu cover), We Don't Have To Talk About It dan Rescue Me. |
Cukuplah menipu, apa dosa, salah anak saya? | 1,727,956,249 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140557/cukuplah-menipu-apa-dosa-salah-anak-saya | Redzuan Muharam | 342 | 2024-10-03 11:50:49 | 2024-10-03T19:50:49 | Kulim: "Cukuplah menipu, anak saya pun sudah tiada. Apa dosa dan salah anak saya sampai jadi mangsa?". Itu reaksi Mohammad Azhar Arzemi, 31, yang kecewa selepas imej dan rakaman video siaran langsungnya anaknya, Mohammad Bilal Yusra atau nama manjanya Bilal digunakan oleh individu dipercayai sindiket penipuan (scammer) yang melakukannya bagi mengumpul dana untuk kepentingan peribadi. Menurut Mohammad Azhar, apa yang berlaku amat menyedihkan kerana Bilal sudah sembilan bulan meninggal dunia namun masih ada cuba mengambil kesempatan. Mohammad Azhar juga kesal kerana ia berlarutan sejak sekian lama iaitu sewaktu Bilal masih ada lagi. "Saya sudah lama sedar kewujudan individu menggunakan gambar dan video Bilal, seingat saya sejak mula berkongsi kisahnya di media sosial. "Semua yang buat begitu menggunakan akaun palsu dan dapat maklumat selepas ada bertanya untuk dapatkan kepastian. "Baru-baru ini, saya sendiri nampak video menggunakan gambar anak saya di TikTok dan sangat sedih mengenangkan mengapa mereka tergamak buat begitu ketika saya dengan isteri masih bersedih dengan ketiadaan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Mohammad Azhar berkata, dia juga bercadang membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas individu terbabit. Pada masa sama, Mohammad Azhar berharap orang ramai tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar atau video lama anaknya itu. "Saya memang dalam kesempitan dan perlukan dana untuk anak sulung, istimewanya, Nur Khaulah Al Azwar Mohammad Azhar, 5, menjalani rawatan susulan akibat masalah tulang belakang bengkok. "Tapi bila tersiarnya video dan gambar lama Bilal buat ramai salah sangka sedangkan Bilal sudah tiada. "Jadi, mereka yang nak bantu boleh menghubungi saya di talian 010-219 5301 untuk kepastian atau menghulurkan sumbangan melalui akaun CIMB bernombor 7047468689 atas nama Mohammad Azhar Arzemi kerana hanya itu akaun yang sah," katanya. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan penyakit Bilal yang menderita akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly. Berikutan itu, kepalanya membesar hingga pernah mencapai berat 28 kilogram (kg). Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang. Pada 15 Disember tahun lalu, Bilal dilaporkan meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, dekat sini. |
Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam | 1,727,954,106 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140546/suspek-kes-bunuh-sabari-berjudi-rm16000-di-batam | Mohd Hifzuddin Ikhsan | 419 | 2024-10-03 11:15:06 | 2024-10-03T19:15:06 | Alor Setar: Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, disyaki membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.Menurut sumber, suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.Katanya, suspek terbabit juga didapati mengalami masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan."Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi. "Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian."Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.Polis dalam kenyataan sebelum ini, berkata siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.Kehilangan mangsa menjadi persoalan oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.Berikutan itu, ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji milik mangsa ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.'Di sinilah pusara tanpa nisan Sabari' - IsteriSabari dibunuh kerana cam wajah suspekIsteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukanOperasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkanPenduduk terkejut dapat tahu Sabari dicampak di sungai belakang rumahJiran tak nampak kelibat suspek selepas kehilangan SabariIsteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segeraKering betul hati suspek ini - Isteri SabariSabari seronok dapat dua cucu - Abang'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri Sabari'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Lelaki bergari dibawa ke sungaiTindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak SabariKehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai'Kami masih berharap ayah masih hidup''Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak SabariWanita ditahan berhubung kehilangan SabariSabari mungkin dilarikan ke hutan, anak sedang kesan rakan bernama Ramli'Di mana ayah kami? Kereta ditemukan terbakar, wang dipindahkan ke akaun lain' |
'Di sinilah pusara tanpa nisan Sabari' - Isteri | 1,727,938,308 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140403/di-sinilah-pusara-tanpa-nisan-sabari-isteri | Zuliaty Zulkiffli | 470 | 2024-10-03 06:51:48 | 2024-10-03T14:51:48 | Jitra: "Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, saya datang ke sini Sungai Padang Terap, Kampung Empa, ini buat kali terakhir kerana di sini jasad suami bersemadi."Untuk sementara waktu ini, di sinilah pusara tanpa nisan Sabari Baharom, 62, namun saya reda dengan apa yang berlaku, " kata Shubiah Roslina Shahibi, 57.Menurutnya, dia akan datang semula ke sini jika berkelapangan atau jika dimaklumkan ada penemuan jasad Sabari di sini nanti.Katanya, dia perlu pulang segera ke Kuala Lumpur hari ini untuk mengurus dan menyelesaikan pelbagai hal selepas tiga hari berada di Kedah untuk mengikuti perkembangan terkini operasi pencarian suaminya di Sungai Padang Terap itu."Walaupun sedih kerana harapan untuk menemui jasad suami amat tipis, namun saya terima dugaan ini seadanya."Kini, di sinilah tanah kubur tempat dia bersemadi. Biro Agama Felcra tempat arwah bekerja dulu juga akan melakukan solat ghaib dan tahlil untuk arwah"Saya beritahu buat lah mana yang baik, walaupun pencarian sudah diberhentikan maknanya kita harus terus terima apa yang berlaku tetapi jika ada keajaiban (jumpa jasad) tu lain cerita lah kita buat apa yang patut nanti," katanya ketika ditemui di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jalan Wang Tepus, di sini bersama sanak saudaranya hari ini.Dia juga datang untuk mengucapkan 'selamat tinggal' buat suaminya yang dipercayai terkubur di sungai itu selepas dicampak hidup-hidup pada hari kejadian.Dalam pada itu Subhiah berkata, dia berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dalam menguruskan kes kehilangan suaminya.Katanya, dia memahami kemampuan pihak berkuasa dalam usaha mencari suaminya memandangkan kejadian yang sudah lama berlaku."Saya dimaklumkan dasar sungai itu ada pusaran jadi kalau diteruskan juga, ia merbahaya kepada pasukan penyelamat dan mereka kemudian menghentikan operasi ini."Namun mereka akan cuba sedaya upaya untuk melakukan siasatan dari segi lain untuk mendakwa suspek," katanya.Subhiah berkata, dia dan keluarganya sudah terima dan reda dengan ketentuan Ilahi meskipun kerinduan terhadap suaminya itu amat kuat.Katanya, anak perempuannya yang berusia 30-an juga sangat menyenangi arwah walaupun Sabari hanyalah bapa tiri kerana layanan yang diberikan sangat baik sehinggakan anaknya sudah menyayangi arwah."Tapi tergamaklah mereka buat macam tu kepada suami saya sebab duit," katanya.Sementara itu, operasi pencarian Sabari Baharom, 62, yang juga pesara pegawai kewangan Felcra yang bermula Isnin lalu ditamatkan semalam.Operasi itu disertai Unit Selam, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu itu tertumpu di lokasi Sungai Padang Terap di Kampung Empa sehingga Sungai Kepala Batas kira-kira 13 kilometer.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, dalam kenyataannya sebelum ini mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.Operasi pencarian dijalankan susulan penahanan suspek dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun Jumaat lalu.Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan kereta jenis Proton Waja dinaiki mangsa kemudiannya ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik. |
Choii didenda RM3,000 memandu secara gopoh buat aksi 'drift' | 1,727,933,609 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140367/choii-didenda-rm3000-memandu-secara-gopoh-buat-aksi-drift | Zuhainy Zulkiffli | 183 | 2024-10-03 05:33:29 | 2024-10-03T13:33:29 | Balik Pulau: Pempengaruh TikTok yang lebih dikenali sebagai Choii didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara gopoh dengan melakukan aksi seretan tayar (drift). Tertuduh Muhammad Faris Azri Md Hanif, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting. Lelaki itu turut berdepan hukuman penjara selama sebulan jika gagal bayar denda. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta secara gopoh hingga mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, 3.45 pagi, 28 September lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani memohon hukuman setimpal serta berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf kesilapan dilakukan. Ahad lalu, Muhammad Faris direman dua hari selepas ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas di sini. Dia ditahan semasa melakukan aksi 'drift' ketika memandu kereta jenis Mazda Roadster. |
Sabari dibunuh kerana cam wajah suspek | 1,727,930,388 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140339/sabari-dibunuh-kerana-cam-wajah-suspek | Muhaamad Hafis Nawawi | 491 | 2024-10-03 04:39:48 | 2024-10-03T12:39:48 | Kuala Lumpur: Kejam apabila tergamak mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke sungai hanya kerana bagi menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah suspek yang menyamunnya.Itu motif pembunuhan Sabari Baharom, 62, pesara pegawai kewangan Felcra di Baling yang hilang sejak 4 September lalu selepas soal siasat ke atas dua lelaki yang ditahan, Jumaat lalu mendedahkan niat mereka ingin menyamun namun wajah suspek dicam mangsa ketika kejadian itu.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, soal siasat ke atas dua suspek berusia 26 dan 38 tahun, motif pembunuhan kerana samun.Menurutnya, bagaimanapun ketika kejadian samun itu, mangsa mengenali suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum mencampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu."Perbuatan mereka itu selepas mangsa cam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh)," katanya kepada Harian Metro.Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Sabari akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.Fisol berkata, hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap."Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari masih dilakukan," katanya.Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.Beliau berkata, polis juga memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa. Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.Kehilangan mangsa menjadi misteri oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.Berikutan itu, ahli keluarga mangsa mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.Isteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukanOperasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkanPenduduk terkejut dapat tahu Sabari dicampak di sungai belakang rumahJiran tak nampak kelibat suspek selepas kehilangan SabariIsteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segeraKering betul hati suspek ini - Isteri SabariSabari seronok dapat dua cucu - Abang'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri Sabari'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Lelaki bergari dibawa ke sungaiTindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak SabariKehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai'Kami masih berharap ayah masih hidup''Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak SabariWanita ditahan berhubung kehilangan SabariSabari mungkin dilarikan ke hutan, anak sedang kesan rakan bernama Ramli'Di mana ayah kami? Kereta ditemukan terbakar, wang dipindahkan ke akaun lain' |
'Tak kenal vip terbabit' | 1,727,929,876 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140331/tak-kenal-vip-terbabit | Skuad Khas Harian Metro | 446 | 2024-10-03 04:31:16 | 2024-10-03T12:31:16 | Kuala Lumpur: "Saya tidak pernah melindungi sebarang aktiviti sindiket termasuk penyeludupan karkas babi," tegas Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.Beliau berkata, tindakan mengaitkan namanya dengan sindiket penyeludupan karkas babi di sempadan negara di Kelantan adalah satu fitnah."Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya berhubung dakwaan yang dikeluarkan di aplikasi Telegram mendakwa saya terbabit melindungi sindiket berkenaan."Hantaran berkenaan adalah fitnah yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imej Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta menjatuhkan reputasi saya," katanya kepada Harian Metro.Anis Rizana berkata, beliau tidak pernah terbabit dalam siasatan atau mengenali mahupun bersemuka dengan individu kenamaan (VIP) seperti digembar-gemburkan di dalam hantaran Telegram berkenaan."Saya juga tidak pernah campur tangan di dalam hal-hal berkaitan dengan serbuan, siasatan atau apa-apa aktiviti penguatkuasaan atau berkaitan dengan prosedur pengimportan daging khinzir."Laporan polis dibuat bagi melindungi nama baik JKDM dan Ketua Pengarah Kastam dan mohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat fitnah yang dibuat oleh akaun Telegram itu," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed mengesahkan menerima laporan polis berkenaan."Siasatan lanjut berhubung laporan itu sedang dijalankan," katanya.Harian Metro sebelum ini secara eksklusif membongkar kegiatan sindiket memindah karkas (bahagian badan) babi menggunakan perahu melintasi Sungai Golok dekat Kelantan ketika pihak berkuasa bertukar syif kawalan.Taktik berkenaan menjadi modus operandi sindiket yang aktif melakukan kegiatan penyeludupan karkas babi ke negara ini melalui Tak Bai, Sungai Golok dan Bukit Bunga, Thailand.JKDM rampas daging babi RM9 juta - KP KastamJabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas daging babi dianggarkan bernilai RM9 juta dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini setakat Januari hingga September lalu.Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, jumlah rampasan itu membabitkan nilai cukai berjumlah RM323,527 membabitkan 22 kes."Data ini menunjukkan JKDM komited dalam membanteras aktiviti-aktiviti penyeludupan termasuk penyeludupan daging khinzir."JKDM percaya dengan tambahan 66 unit mesin pengimbas yang ditempatkan di seluruh negara serta perolehan 20 ekor Anjing Pengesan Dadah (APD), kita sentiasa komited mempertingkatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi membanteras penyeludupan terutama di sempadan negara," katanya.Anis Rizana berkata, berhubung penyeludupan karkas babi melalui pengkalan haram, JKDM menyatakan terdapat pelbagai agensi penguatkuasaan lain turut sama bertugas mengawal pintu sempadan negara."Setiap kementerian diberi tanggungjawab di bawah pelbagai undang-undang bertulis bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjaga."JKDM sentiasa komited dan bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam mengawal pintu keluar masuk negara demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.Menurutnya, orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri."JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya. |
Suntikan Zolgensma henti perkembangan penyakit | 1,727,929,005 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140323/suntikan-zolgensma-henti-perkembangan-penyakit | Noor Hidayah Tanzizi | 881 | 2024-10-03 04:16:45 | 2024-10-03T12:16:45 | Kuala Lumpur: Satu dos Onasemnogene abeparvovec atau Zolgensma dapat menghentikan perkembangan penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA), tetapi ia bukan penawar dan tidak boleh membaiki kerosakan disebabkan oleh gen SMA sebelum rawatan. Ketua Unit Neurologi Jabatan Perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Prof Madya Dr Shalini Bhaskar berkata, Zolgensma juga tidak berubah atau menjadi sebahagian daripada asid deoksiribonukleik (DNA) kanak-kanak yang mengambil ubat berkenaan. Menurutnya, Zolgensma ialah suntikan sekali saja yang menggantikan gen Survival Motor Neuron 1 (SMN1) yang rosak dengan gen normal SMN1 yang mana ia adalah vektor virus berkaitan adeno rekombinan yang mengandungi pengekodan DNA pelengkap normal protein SMN 1."Zolgensma ialah terapi gen untuk kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun yang mempunyai penyakit SMA Type 1."Rawatan ini untuk meningkatkan pergerakan otot, fungsi dan kelangsungan hidup," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, SMA adalah sekumpulan penyakit keturunan yang menjejaskan sel motor neuron iaitu sel saraf khusus dalam otak dan saraf tunjang yang mengawal pergerakan."Pesakit SMA mengalami degenerasi sel motor neuron yang mengakibatkan kelemahan otot berterusan sehingga menjadi atrofi (kecut). "Kebanyakan kes SMA berlaku apabila gen yang rosak diwarisi daripada ibu bapa. "Ia adalah gangguan resesif autosomal, bermakna seseorang memerlukan dua gen bermutasi, satu daripada setiap ibu bapa untuk mempunyai SMA. Orang yang hanya mempunyai satu gen yang rosak adalah pembawa dan tidak menunjukkan sebarang gejala," katanya. Katanya, pesakit akan menjalani ujian genetik untuk mengesan mutasi dalam gen SMN1 dan pesakit SMA juga mempunyai protein SMN1 rendah yang menyebabkan otot menjadi lemah dan berlaku penyusutan otot. "Ujian ini mengenal pasti sekurang-kurangnya 95 peratus SMA Type 1, 2 dan 3 serta mungkin mendedahkan sama ada seseorang adalah pembawa untuk penyakit berkenaan," katanya. Dr Shalini berkata, lima jenis penyakit SMA adalah dikelaskan berdasarkan usia dan gejala (keadaan) pesakit iaitu SMA Type 0 pada usia sebelum lahir (dalam kandungan) yang mengurangkan janin, kelemahan teruk dan kesukaran bernafas serta makan dengan jangka hayat kurang daripada lima bulan. Bagi SMA Type 1, usianya sebelum enam bulan dengan gejala kelemahan otot, ketidakupayaan untuk memegang kepala dan duduk tegak, kesukaran menghisap, menelan dan bernafas dengan jangka hayat dianggarkan kurang daripada setahun. "SMA Type 2 (usia enam hingga 18 bulan) memerlukan bantuan untuk duduk tetapi boleh duduk tegak kelemahan otot yang progresif dengan menggegar tangan, tidak boleh berdiri atau berjalan, mempunyai scoliosis tulang belakang dan masalah pernafasan. "Jangka hayat untuk jenis ini pula, majoriti pesakit iaitu 70 peratus masih hidup pada usia 25 tahun. Untuk SMA Type 3 ia berlaku antara zaman kanak-kanak dan remaja di mana gejalanya progresif kesukaran berjalan dan aktiviti fizikal, perlu menggunakan kerusi roda ketika dewasa dan fungsi pernafasan normal. "SMA Type 4 (berlaku) pada usia dewasa dengan kelemahan dan keletihan ringan hingga sederhana serta fungsi pernafasan normal. Jangka hayat untuk jenis 3 dan 4 adalah normal," katanya. Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan Zolgensma untuk rawatan penyakit SMA sejak Januari 2021 yang mana anggaran kos untuk satu dos ubat itu adalah AS $2,125,000 (RM9.3 juta). "Dengan saiz pasaran yang terhad dan potensinya untuk menyelamatkan nyawa menyumbang kepada harga Zolgensma yang tinggi."Zolgensma dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal Novartis dari Switzerland dan boleh diimport dari Amerika Syarikat mengikut cadangan doktor dan kelulusan kerajaan," katanya. Sumbangan masyarakat sangat diperlukanKeprihatinan masyarakat mengenai penyakit jarang ditemui, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) yang memerlukan dana perubatan mencecah jutaan ringgit dapat memberi sinar baharu kepada pesakit yang terdiri dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.Presiden SMA Malaysia, Shakira Jamil Fisal berkata, pesakit amat memerlukan bantuan mendapatkan rawatan dan ubat dengan segera bagi mengelakkan kesihatan semakin merosot yang turut berisiko mengancam nyawa.Menurutnya, pihaknya sangat menggalakkan semua pihak terutama kerajaan membantu pesakit SMA mendapat peruntukan rawatan."Kami juga merayu keprihatinan orang ramai mengenai penyakit SMA bagi bekerjasama membantu daripada aspek kewangan kerana ia memerlukan bantuan dana yang sangat mahal selain kesedaran mengenai penyakit berkenaan," katanya Ketika dihubungi, baru-baru ini.Katanya, Malaysia belum mempunyai data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan membabitkan bilangan pesakit SMA di negara ini dan penyakit berkenaan mempunyai lima jenis iaitu Type 0, 1, 2, 3 dan 4."Kami belum ada data rasmi jumlah sebenar pesakit SMA, namun jika mengikut nisbah kebarangkalian berlakunya kes SMA adalah satu dalam 20,000 kelahiran."Kami di SMAM sedang dalam usaha menyiapkan pangkalan data rasmi pesakit SMA di Malaysia. Setakat ini dianggarkan 39.1 peratus dari jumlah pesakit SMA yang telah direkodkan adalah SMA Type 1 dan ada di antaranya sudah meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan," katanya.Menurut Shakira, justeru bantuan masyarakat sangat diperlukan kerana jangka hayat pesakit SMA Type 1 adalah kurang dua tahun jika tidak menerima rawatan dengan segera."Memang sukar untuk mendapatkan rawatan berharga RM8 juta (harga ubat Zolgensma ketika ini) walaupun hanya untuk sekali suntikan saja."Ada dua rawatan lain bagi penyakit SMA di mana kosnya juga tinggi tetapi ia perlu diambil seumur hidup oleh pesakit."Setakat ini hanya beberapa pesakit saja sudah berjaya mendapatkan rawatan (suntikan ubat Zolgensma) melalui sumbangan orang ramai dan hasilnya sangat bagus dengan disusuli rawatan fisioterapi dan perkembangannya positif."Biarpun rawatan itu bukan sebagai 'penawar' tetapi ia membantu menghentikan proses kemerosotan fungsi otot. Ada seorang pesakit yang sebelum ini tidak boleh mengangkat kepala tetapi sekarang sudah boleh melakukannya," katanya.Katanya, selain pesakit SMA Type 1 yang sangat kritikal, pesakit SMA Type 2 dan 3 juga memerlukan rawatan seawal mungkin untuk menghentikan kemerosotan otot dan menjamin kelangsungan hidup.Untuk rekod, selain ubat Zolgensma, dua lagi ubat untuk penyakit SMA adalah Spinraza dan risdiplam yang memerlukan dana mencecah ratusan ribu ringgit dan perlu diambil seumur hidup bagi mengurangkan kemerosotan otot. |
Suntikan RM9.8 juta 'sambung' nyawa Naail | 1,727,928,081 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140311/suntikan-rm98-juta-sambung-nyawa-naail | Noor Hidayah Tanzizi | 661 | 2024-10-03 04:01:21 | 2024-10-03T12:01:21 | Kuala Lumpur: "Melihat senyuman dan 'keriuhan' mulut Naail membuatkan kami gembira, malah bersyukur kerana bantuan dan keprihatinan rakyat negara ini memberi peluang kepada anak untuk meneruskan kehidupan," kata Wan Aslam Zakaria.Wan Aslam, 31, adalah bapa kepada pesakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail, 2, yang kini sudah menerima suntikan ubat Zolgensma yang berharga RM9.8 juta pada Jun tahun lalu.Kini selepas lebih setahun menerima suntikan ubat itu, keadaan Wan Muhammad Naail yang mesra disapa Naail semakin baik meskipun masih memerlukan bantuan mesin pernafasan sehingga kini.Terdahulu Harian Metro melaporkan kisah Wan Muhammad Naail menerima suntikan ubat genetik itu hasil bantuan dana daripada rakyat negara ini yang bersimpati dengan keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu.Berkongsi perkembangan terkini anaknya, Wan Aslam berkata, keadaan Wan Muhammad Naail menunjukkan tahap perubahan baik biarpun ubat itu bukan untuk menyembuhkan penyakit berkenaan.Menurutnya, sebaliknya ubat Zolgensma membantu menghentikan kemerosotan otot sekali gus mengelakkan keadaan Wan Muhammad Naail menjadi semakin teruk dan berisiko kepada nyawanya."Sekarang otot anak sudah tidak merosot cuma kita masih menjalankan beberapa rawatan terapi termasuk fisioterapi untuk menguatkan semula otot anak. Alhamdulillah, nampak perubahan positif apabila pergerakan anak mula aktif walaupun belum kuat sepenuhnya."Anak sudah boleh menarik dan memegang serta menggaru muka dengan tangannya sendiri. Selain itu, kepala Naail juga sudah semakin kuat dan boleh digerakkan ke kiri dan kanan serta sudah boleh didudukkan lebih lama dengan bantuan berbanding sebelum ini," katanya ketika dihubungi sambil memaklumkan dana juga dikutip melalui bantuan badan bukan kerajaan (NGO).Katanya, suara Wan Muhammad Naail juga semakin kuat cuma kanak-kanak itu masih belum boleh bertutur dan dia masih terlantar serta menggunakan mesin bantuan pernafasan."Sekarang anak sudah boleh buka topeng pernafasan kira-kira sejam dan ketika mandi anak akan senyum serta bersuara walaupun butirnya tidak jelas. Anak sedang menjalani terapi pertuturan dan ketika ini kemampuannya menelan air liur masih belum baik kerana masih memakai tiub pada hidung," katanya.Dia yang menetap di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, berkata, melihat perkembangan Wan Muhammad Naail yang semakin baik walaupun agak perlahan membuatnya dan isteri, Siti Norraihan Mohd Amin sudah sangat gembira dan berpuas hati."Walaupun kami teringin mendengar Naail memanggil 'abi' dan 'mummy' tetapi kami faham kemampuan dia dan percaya satu hari nanti kami dapat mendengarnya juga dengan izin Allah SWT. Saya sangat berterima kasih kepada semua rakyat negara ini yang menyumbang dana untuk Naail."Harga ubat yang terlalu mahal memang membuatkan kami tidak mampu dan mustahil untuk mengumpulkan dana tetapi dengan keprihatinan rakyat memberi peluang kepada Naail untuk meneruskan kehidupan bersama kami."Anak kami kuat semangat yang menjadi penguat kepada kami juga untuk tidak berputus asa," katanya memberitahu anak juga mempunyai masalah penghadaman.Bagaimanapun katanya, kesihatan anak agak sensitif dan mudah dijangkiti jika ada dalam kalangan keluarga tidak sihat seperti demam namun setakat ini keadaannya baik. Nur Adra Sofea tunjuk perubahan positif "Alhamdulillah perkembangan anak semakin positif. Kalau diikutkan untuk (penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1 hanya dapat bertahan hidup sehingga dua tahun saja (tanpa rawatan)," kata Juwairiyah Mdrejab.Juwairiyah, 35, adalah ibu kepada pesakit SMA Type 1 sejak lahir, Nur Adra Sofea Mohd Firdaus, 5, yang mempunyai sinar baharu apabila menerima rawatan suntikan Zolgensma hasil bantuan sebuah syarikat swasta pada Jun 2020.Dia berkata, penyakit anaknya belum sembuh namun dengan bantuan rawatan itu anaknya mempunyai perubahan baik selepas mendapat rawatan Zolgensma bernilai RM9 juta."Anak aktif, tetapi masih memerlukan fisioterapi yang kerap dan masih menggunakan kerusi roda."Ketika masih bayi, Adra perlukan bantuan mesin pernafasan 24 jam dan sekarang sudah boleh dibuka dan guna (mesin itu) waktu tidur saja."Otot juga semakin bagus, sudah boleh menelan air liur sendiri serta suara juga semakin jelas dan kuat," katanya ketika dihubungi, di sini.Katanya, dia dan suami, Mohd Firdaus Mohd Ghani, 38, terharu dengan perkembangan positif anak mereka dan bersyukur dengan peluang Nur Adra Sofea mendapat rawatan Zolgensma."Kami sebagai ibu ayah terharu (dengan bantuan diberikan) dan kami juga berharap kawan-kawan yang senasib dengan anak dapat peluang sama untuk mendapatkan rawatan itu," katanya menetap di Shah Alam, Selangor. |
Isteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukan | 1,727,922,588 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140295/isteri-sabari-pasrah-jasad-suami-belum-ditemukan | Zuliaty Zulkiffli | 217 | 2024-10-03 02:29:48 | 2024-10-03T10:29:48 | Jitra: Isteri Sabari Baharom, Shubiah Roslina Shahibi, 57, reda dengan ketentuan Allah SWT bahawa suaminya sudah tiada selepas operasi pencarian pada hari ketiga, semalam, menemui jalan buntu.Namun katanya, dia dan keluarga berpuas hati dengan usaha pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan sungai, tempat suaminya dipercayai dicampak dalam kejadian itu."Saya berpuas hati la dengan usaha mereka (pasukan penyelamat) atas kemampuan mereka dalam operasi mencari suami saya."Pihak polis pun cakap, mereka tahu perkara ini dah lewat sebab kejadian berlaku pada 4 September lalu dan terus buat operasi ini selepas menahan dua suspek," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Wang Tepus, di sini, hari ini.Shubiah Roslina berkata, keluarga dapat menerima bahawa Sabari sudah tiada. "Jika jasadnya ditemukan, Alhamdulillah, tetapi jika tidak, tidak mengapa, itu semua ketentuan Allah."Saya mengucapkan terima kasih atas usaha pihak berkuasa dalam usaha mengesan jasad suami," katanya.Sabari, 62, seorang pesara pegawai kewangan Felcra dipercayai diikat dan dilekat pita pada mulutnya, sebelum mangsa dicampak 'hidup-hidup' ke Sungai Padang Terap di sini, hampir sebulan lalu.Shubiah Roslina berkata, pihak berkuasa sudah menjelaskan bahawa kemungkinan jasad suaminya ditemukan, adalah sesuatu adalah tipis."Sebelum ini, banjir besar berlaku di kawasan itu selama kira-kira seminggu, diikuti banjir lain selama empat hari."Arus deras boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan," katanya. |
Kelisa pun boleh! | 1,727,910,054 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140265/kelisa-pun-boleh | Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid | 323 | 2024-10-02 23:00:54 | 2024-10-03T07:00:54 | Kuala Lumpur: "Saya rasa hampir tiga kali macam nak hilang nyawa," kata pengembara, Nursulhi Rahim, 47, yang menjelajah hampir 25 negara dengan Perodua Kelisa yang dibeli sejak 2004. Nursulhi yang memulakan pengembaraan sejak 4 Januari 2019 berkata, ketiga-tiga kejadian akibat ribut salji menyebabkan kereta terbabas. Kontraktor yang tinggal Tampin, Negeri Sembilan itu berkata, kejadian berkenaan masing-masing berlaku di Sweden, Turkiye dan Switzerland. "Selain itu, ketika di India, pada Aidilfitri pertama hingga ketiga, saya berada di dalam hutan tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. "Saya pernah melalui jalan paling bahaya di dunia. Saya dapat keluar daripada kawasan itu dan sangat bersyukur," katanya yang mengembara sejauh 53,391 kilometer (km) sepanjang tempoh berkenaan. Antara negara dikunjunginya dengan Perodua Kelisa itu adalah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Sri Lanka, China, Bulgaria, Romania, Hungary, Croatia, Austria, Jerman, Sweden, Norway, Denmark, Sepanyol, Greece, Switzerland, Sweden dan Itali. Katanya, dia mengumpul wang hampir enam tahun sebelum mengembara bersama anak sulung, Muhammad Aidil, 18. "Saya buat kerja kontrak seperti membaik pulih rumah atau bangunan, cuci longkang, cuci tandas, di sekitar Bangi, Kuala Lumpur dan Damansara," katanya. Sepanjang tempoh itu, dia membelanjakan hampir RM200,000 untuk kemudahan Internet, membaiki kereta dan sebagainya. Menurutnya, daripada segi pemilihan kenderaan, dia tiada kereta lain selain Perodua Kelisa. "Kereta itu juga untuk kegunaan harian dan kerja kontrak seperti membawa simen, pasir dan sebagainya. "Cerita ini bukan mahu raih simpati, tetapi cuma mahu terapkan dalam minda bahawa kita boleh pakai apa saja jenis kenderaan untuk mengembara. "Pada masa sama, tidak semestinya kita ada duit atau kaya baru boleh buat. Bukan setakat wang dan masa semata-mata, tetapi yang penting Allah SWT izinkan. Jika Dia izin, kita sampai dan sebaliknya," katanya. Menurutnya, apa dibuatnya bukan untuk mengejar populariti sebaliknya demi minat. "Saya bukan nak glamour, cuma saya mahu orang tahu yang kita mampu melakukannya jika benar-benar berusaha. "Tidak kira apa sahaja jenis kenderaan, jika kita mahu sesuatu seperti mengembara, buat dengan sepenuh hati," kata bapa lima anak itu. |