url
stringlengths
50
245
headline
stringlengths
3
99
content
sequence
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/07/pas-mengecam-tindakan-korea-utara/
PAS mengecam tindakan Korea Utara
[ "PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tindakan tidak beretika dan di luar dari kaedah diplomatik antarabangsa yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Korea Utara dengan menahan kakitangan Kedutaan Malaysia yang bertugas di Korea Utara pada masa ini.", "Kami percaya bahawa langkah keras berkenaan diambil oleh pihak Korea Utara adalah untuk memberikan tekanan kepada Malaysia dalam siasatan pembunuhan tragis rakyat mereka baru-baru ini. Tindakan Korea Utara itu juga adalah bercanggah dengan norma diplomatik yang diterima di peringkat antarabangsa.  ", "Sehubungan dengan itu, PAS menyokong langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani isu yang berlarutan dengan pihak kerajaan Korea Utara.", "Keutamaan pada peringkat ini ialah untuk memastikan keselamatan pegawai kedutaan Malaysia dan semua rakyat warganegara Malaysia yang berada di Korea Utara pada waktu ini. Usul tergempar perlu segera dibawa di Dewan Rakyat sebagai langkah seterusnya supaya suara rakyat menjadi satu dalam isu ini.", "PAS menggesa supaya penyelesaian secara damai diusahakan dengan sedaya mungkin, untuk mengelakkan isu ini menjadi semakin parah dan di luar kawalan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/07/br1m-pokok-condong-kena-tebang/
BR1M: Pokok condong kena tebang!
[ "BILA kerajaan janji nak bagi maka rakyat berharap dan ternanti-nanti. Berapa pun nilainya, ia sesuatu yang ditunggu dan dinanti. Kita kesian kepada rakyat.", "Seorang kawan kerani BSN di Besut bagi tahu, lama dah mok cik-mok cik mari tanya, BR1M masuk tak lagi? Pagi-pagi lagi mereka datang dengan wajah penuh mengharap. Kita tahu mereka amat memerlukan helaian kertas terpampang wajah DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama tersebut.", "Di Perhimpunan Agung Umno lepas, ada perwakilan yang buat usul supaya BR1M diagihkan oleh pemimpin Umno setempat sebab katanya mesin ATM tiada hati dan perasaan. Presiden Umno telah respons menerima usul ini.", "Maka bersiaplah tadah telinga untuk mendengar bebelan sebelum terima BR1M. Seorang Tok Wakil Umno pernah ungkit ketika ucapan beliau dalam satu majlis agihan bantuan di sebuah dewan sivik di Setiu. Katanya, “buah nak makan tapi pokok nak tebang!” Lalu dijawab oleh seorang anak muda dalam majlis tu, “dah pokok condong nak tumbang atas rumah, kenalah tebang!”", "Kita permainkan dan peralatkan bantuan kerajaan demi memaksa rakyat marhaen duduk dan mendengar apa yang kita nak cakapkan. Politik gaya lama orang kekeringan idea. Mereka tak tahu apa yang mereka sedang buat adalah kerja untuk menuai rasa meluat rakyat.", "PAS memahami makna kebajikan dengan makna mempermudahkan urusan orang yang memerlukan. Hadir menyantuni ketika rakyat dalam kesempitan. Memberi dengan ketulusan hati dan kasih sayang. Bukan dengan pemberian yang diungkit.", "Sehari dua ini berlegar di alam maya, pelbagai aduan mereka yang gagal status permohonan BR1M kebanyakkannya lantaran kerana maklumat diri yang tak lengkap di Lembaga. Saya dah nampak dari dulu lagi, kerana BR1M maka ramai yang akan dikejar Lembaga. Lembaga ini memang tak pernah tidur. Walau kita nampak dia pejam mata, sebenarnya dia buat-buat tidur saja. Perhatikan baik-baik, matanya tak pejam rapat. Lintas depan lembaga ini bermakna memang sengaja nak suruh dia ngap kita. Sekali lagi rakyat kena perangkap!", "BR1M oh BR1M… Ambil dan makanlah buah ini. Tapi lihatlah pohonnya yang telah condong menghala ke rumah kita. Leka makan buah, jangan sampai rumah kita ranap ditimpa pokok." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/07/tunjuk-perasaan-bantah-pembunuhan-kejam-aktivis-palestin/
Tunjuk perasaan bantah pembunuhan kejam aktivis Palestin
[ "Demikian menurut Al-Jazeera yang melaporkan aktivis Palestin berusia 31 tahun, Basil al-Araj telah dibunuh di sebuah rumah yang terletak di kawasan al-Bireh, pinggir Ramallah.", "Aktivis Palestin, Mustafa Barghouti selaku ketua parti politik Inisiatif Kebangsaan Palestin, memberitahu Al Jazeera bahawa kematian Araj adalah merupakan satu tindakan di luar undang-undang.", "Namun demikian, polis Israel berkata pihak mereka berada di sana untuk menangkap Araj dan kemudian mendapati dua senjata api di dalam rumah tersebut.", "Beliau berkata anak saudaranya adalah seorang intelektual yang menumpukan banyak masa untuk membaca dan membuat kajian, terutama tentang sejarah dan geografi Palestin.", "Sementara itu, ahli politik Palestin, Barghouti telah melawat rumah di Ramallah di mana pertempuran tersebut berlaku dan mendapati rumah itu dihujani peluru Israel.", "“Jika Araj mempunyai sebarang peluang untuk menembak, dia tidak akan dapat untuk menembak lebih dari satu peluru,” katanya kepada Al Jazeera." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/07/meminda-akta-355-adalah-kewajipan-syarie/
Meminda Akta 355 adalah kewajipan syarie
[ "SEBAGAIMANA yang telah saya tegaskan dalam ucapan dan tulisan saya sebelum ini, Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965 adalah wajib dipinda. Hal ini kerana akta itu menghalang 3 kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina daripada dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 kali sebatan.", "Oleh kerana itu PAS menerusi YB Marang membawa Usul Persendirian di Dewan Rakyat untuk meminda Akta tersebut pada 26 Mei 2016 yang teksnya menyebut: “Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan *hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah* yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati.”", "Setelah pelbagai pihak memberikan pandangan, cadangan teks Usul Persendirian telah dipinda dan dibawa ke Dewan Rakyat pada 24 November 2016. Teks cadangan baru ialah:", "Akta Mahkamah Syariah (BidangKuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dipinda dalam proviso kepada Seksyen 2 dengan menggantikan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali” dengan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah”.", "Usul Persendirian ini telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari ini sebagai Usul ketujuh iaitu Usul Persendirian pertama selepas Usul Kerajaan.", "Cadangan pindaan Akta 355 daripada 6 kali sebatan kepada 100 sebatan ini adalah “hukuman yang dibenarkan oleh Undang-undang Syariah” sebagaimana yang dimaksudkan dalam cadangan awal draf pindaan Akta 355 pada 26 Mei 2016.Apabila diluluskan Usul ini nanti membolehkan tiga kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina daripada dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah.", "Cadangan pindaan Akta 355 daripada 3 tahun penjara kepada 30 tahun penjara dan daripada 5 ribu ringgit denda kepada tidak lebih 100 ribu ringgit denda adalah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Syariat Islam kepada pemerintah dalam kesalahan Takzir. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat nanti pelbagai pihak boleh memberikan pandangan sebelum ianya diluluskan menjadi undang-undang negara." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/07/kerajaan-tak-berduit-inna-lillah/
Kerajaan tak berduit, Inna Lillah
[ "SEJAK beberapa tahun saya menghadiri temu janji enam bulan sekali dengan doktor di hospital.   Saya dibekalkan dua jenis ubat, makan sebiji  sekali lepas makan malam.     Dalam temu janji terbaru, doktor tanya sama ada saya tekun makan ubat itu?      Ya, Saya istiqamah.     Alhamdulillah penyakit itu terkawal.     Maka dotkor pun beritahu, dua jens ubat itu tidak dibekalkan lagi kerana kerajaan tak ada duit.     Reaksi saya dalam hati, Inna lillah wainna Ilaihi rajiun.     Ia satu berita musibah, kerajaan sudah tidak berduit atau sudah tidak cukup duit. Bukan mati saja disyariatkan dengan reaksi kata-kata, Inna Lillah, tak berduit bagi kerajan itu satu musibah juga, antara lain-lain musibah yang menyamai mati juga.      Raja Saudi labur puluh billion tak berduit lagi?     Senyum saja doktor itu.      Tapi dua jenis ubat itu diganti dengan satu ubat baru yang menyamai khasiat dua ubat sebelum ini. Ertinya ubat baru itu dua dalam satu.      Bagaimanapun warga emas tak berada seperti saya, masih dapat ubat subsidi. Percuma.      Pertukaran ubat itu dipercayai termasuk dalam langkah kerajaan mencatu peruntukan kesihatan dan rawatan mulai Mac ini.     Saya tidak takwil ubat itu dulu dua kini jadi satu. Jika dua ubat bagi satu penyakit boleh ditransformasi jadi satu ubat saja, ia adalah satu kemajuan dan menjimatkan. Adalah lebih ringan bagi pesakit ke mana-mana dengan satu ubat saja. Ongkos ubat boleh dikurangkan dan ruang penyimpan ubat boleh digunakan untuk lain.     Yang saya takwil, ubat saya itu diganti kerana kerajaan tak berduit.     Ucapan Inna lillah saya itu adalah takziah dan ia doa, moga-moga musibah tak berduit itu tidak diikuiti oleh lain-lain musibah dan kesan negatifnya.      Bertuahlah saya masih dapa subsidi ubat, tetapi keadaan telah menjadikan ada orang dan ada ubat yang mungkin sudah  tiada ada subsidi lagi.     Sebelumnya kita dikejutkan dengan musibah mulai Mac juga, cabut gigi sepuntung di klinik kerajaan dan hospital naik RM15 dari RM2. Cuci gigi dinaikkan jadi RM55. Ada yang kata cuci gigi di klinik swasta RM50 saja.     Sejak sebelum merdeka adakah percuma. Sekalipun selepas merdeka perkhidmatan rawatan ada yang diswastakan, tetapi ubat dan rawatan masih percuma terutama bagi orang berpendapatan kecil.      Kebajikan perubatan itu dibuat kerana kerajaan kita mampu, negara kita kaya. Selain ia banyak hasil mahsul, kerajaan sejak merdeka melancarkan pembangunan menyeluruh  bagi menambah pendapatan rakyat dan mengukuhkan ekonomi dan kewangan negara.      Negara kita tak termasuk wilayah bangsat. Sekalipun kita tidak semaju England tetapi pembangunan luar bandar kita ada yang mengatasi kampung-kampung di Britain.       Catu makanan benda biasa. Tetapi catu ubat di negara tidak berperang bagi wilayah yang kaya bahan mentah adalah satu musibah.      Ia adalah tanda Malaysia menuju negara muflis, barang dilindungi Allah.       Jika kurang bahan makanan, kita boleh puasa sehari berbuka sehari. Ada kurangkan makan dari tiga kali kepada dua kali sehari. Ibu bapa boleh makan sekali asal anak makan cukup.    Tetapi ubat tidak boleh dicatu. Ubat bagi tiga kali sehari tak boleh jadi sekali. Ibu bapa  tak boleh kurangkan ubat bagi cukupkan ubat pada anak.      Musibah buat kita ini teruknya sepuluh tahun terakhir ini. Tiap-tiap rancangan lima tahun adalah bagi memajukan negara, bukan membawa Inna  Lillah. – HARAKAHDAILY 7/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/07/misi-pan-sekadar-mahu-balas-dendam/
Misi PAN sekadar mahu balas dendam
[ "Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sehingga sekarang tidak nampak perjuangan Parti Amanah Negara (PAN) berpaksi kepada dasar parti yang sebenar.", "Sebelum ini, Presiden PAN Mohamad Sabu dilapor berkata parti itu sedia menggantikan PAS mentadbir Kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14)." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/07/dewan-muslimat-kesal-wacana-ilmu-zakir-naik-dihalang/
Dewan Muslimat kesal wacana ilmu Zakir Naik dihalang
[ "ISU halangan ke atas penganjuran majlis ilmu bersama Dr. Zakir Naik kecoh selepas pihak yang tidak berpuas hati mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Malaysia.", "Peguam Siti Kasim dan satu Pertubuhan Hindu baru-baru ini mengeluarkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana dikatakan melindungi pendakwah Dr. Zakir Naik.", "Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kesal terhadap apa yang berlaku. Hal ini tidak sepatutnya timbul memandangkan kita mengamalkan budaya hormat-menghormati dan bersikap toleransi atas setiap perkara.", "Mana mungkin majlis ilmu dihalang oleh orang Islam sendiri sedangkan masih banyak program lain yang lebih berunsur negatif dan tidak sepatutnya diadakan di Malaysia selaku negara Islam yang perlu dihalang.", "Solusi terbaik untuk mengatasi hal ini bukanlah melalui emosi yang membuta tuli. Pendekatan berhemah dengan bersemuka adalah lebih baik dan harmoni.", "Allah berfirman yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” [An-Nahl 16:125]", "Setakat ini, kita tidak mendengar sebarang kekecohan semasa program-program bersama Dr Zakir. Bahkan program-program bersama beliau sentiasa mendapat sambutan yang meriah dan memuaskan hati peserta. Oleh itu, sesiapa pun tidak perlu merasa tidak senang selagi program bersama Dr Zakir dapat dilaksanakan dengan baik.", "Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan terus berpihak kepada kebenaran. Sesungguhnya balasan Allah itu cukup pedih khususnya di akhirat bagi mereka yang menghalang usaha-usaha dakwah di jalan Allah. Marilah kita bersama-sama hidup dalam keadaan hormat- menghormati antara satu sama lain." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/tolak-campur-tangan-kuasa-asing/
Tolak campur tangan kuasa asing
[ "AHLI Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad menolak campur tangan kuasa asing di dalam krisis antara Malaysia dengan Korea Utara yang sedang berlaku ketika ini.", "Ketika membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong  Sultan Muhammad V, beliau bekata, jika berlaku campur tangan kuasa asing di dalam isu ini negara ini akan menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ sebagaimana berlaku ke atas Libya dan Iraq.", "“Rakyat Malaysia adalah kepentingan negara dan mengatasi segalanya. Kita tidak mahu campur tangan asing ambil alih pergaduhan dengan Korea Utara. Biar kita selesaikan sendiri,” katanya di Dewan Rakyat petang ini.", "Tegasnya, kepentingan Malaysia wajar dilindungi secara madani di peringkat global melalui OIC atau NAM tanpa bermusuh dengan sesiapa apatah lagi Malaysia tidak berpihak kepada sesiapapun.", "Idris turut menyentuh soal hubungan Malaysia dengan China dan menasihatkan agar Malaysia melihat sebaiknya hubungan geopolitik antara Amerika dengan China selepas Donald Trump menjadi Presiden Amerika.", "“US tarik diri daripada TPPA selepas Trump ambil alih, kita ubah alih untuk serah projek yang banyak dikendalikan oleh tanah besar China. China agresif, US campuri urusan ketenteraan Malaysia pula jadi serba salah kerana melibatkan tuntutan terhadap Pulau Spratly,” tambahnya.", "Keadaan ini berlaku ekoran kenyataan keras duta Korea ke Malaysia yang membidas pihak berkuasa negara ini membuat pendirian bercanggah berhubung penyiasatan Kim Jong Nam serta tidak mempercayai siasatan polis Malaysia. – HARAKAHDAILY 8/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/yb-menteri-saya-ada-5-soalan-generasi/
YB Menteri! Saya ada 5 Soalan – Generasi
[ "PERTUBUHAN Generasi  Warisan Kebangsaan (Generasi) meminta Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberi penjelasan ke atas lima perkara yang dibangkitkan berkenaan permasalahan yang berlaku di dalam Felda.", "Presidenya Roslan Md Esa meminta Felda menjelaskan perancangan agensi itu untuk membangunkan penempatan Felda sebagai pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terancang.", "“Felda mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Gugusan Felda Jengka, Gugusan Felda Palong, dan banyak lain gabungan beberapa buah Felda dalam satu zon boleh membantu membangunkan IKS di kawasan mereka,” katanya.", "Berkaitan isu Akta GSA, Roslan mempersoalkan usaha kerajaan sama ada bercadang mahu mengkaji, memperhalusi, mengubah serta meminda endorsemen hakmilik sedemikian agar peneroka yang dapat hakmilik mempunyai kuasa penuh ke atas tanah milik mereka.", "“Bagi peneroka yang telah diberi geran, antara isu undang-undang yang menyebabkan peneroka kekal di bawah arahan Felda ialah terdapatnya endorsemen hakmilik ‘Tanah ini tertakluk kepada Akta GSA’.", "“Sejauhmana penjelasan berkaitan Akta GSA1960, kaitannya dengan Pewarisan Tanah Felda dibuat kepada peneroka dan generasi anak peneroka memandangkan terlalu banyak isu salah laku waris selepas kematian peneroka,” soalnya kepada Harakahdaily.", "“Apakah peranan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan Felda berkaitan dengan isu pentadbir yang tidak amanah dan membolot semua hasil Felda tanpa diagihkan kepada waris-waris lain yang berhak,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/5-penghargaan-yang-pernah-diraih-dr-zakir-naik/
5 penghargaan yang pernah diraih Dr Zakir Naik
[ "ZAKIR NAIK, seorang ulama berasal dari India yang kini banyak dibicarakan dunia. Melalui ceramah dan tulisannya yang luar biasa. Ia mampu menyeru segala jenis masalah dalam kehidupan di dunia kembali pada asas Al-Quran dan Hadis, sebagai sumber segala petunjuk.", "Georgetown University, Amerika pada tahun 2011 hingga 2015 menerbitkan senarai umat Muslim berpengaruh di dunia. Dalam senarai itu, Zakir Naik menduduki tempat ke-70 senarai daripada 500 umat Muslim berpengaruh di seluruh dunia selama berturut turut. Maka tidak hairanlah, Dr. Zakir Naik banyak dikagumi oleh orang-orang di seluruh dunia, terutama ulama di Indonesia seperti Ustadz Yusuf Mansur, Ustadz Arifin Ilham, KH Abdullah Gymnastiar, sehingga Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.", "Selama 20 tahun lebih berdakwah, Zakir Naik mendapatkan berbagai penghargaan dari pelbagai negara atas kecintaannya terhadap Islam dan konsisten mencerdaskan umat.", "Penghargaan pertama, Kerajaan Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud pada tahun 2015 menganugerahkan penghargaan ‘King Faisal International Prize’ kepada Dr. Zakir Naik, semacam hadiah Nobel pada kategori ‘Perkhidmatan kepada Islam’.", "Hadiah terdiri dari sijil penghargaan, 200 gram pingat emas dengan 24 karat, dan 750 ribu riyal Saudi atau 200 ribu dolar AS. Seluruh hadiah wang diterima Zakir Naik, disumbangkan untuk program Wakaf, Peace TV Network.", "Kedua, Shaikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) menganugerahkan ‘Islamic Personality of 2013’ kepada Dr. Zakir Naik dalam acara penghargaan berprestij Dubai International Al-Quran Award pada 29 Julai 2013.  ", "Penghargaan tersebut diberikan atas perkhidmatan yang luar biasa Zakir Naik terhadap Islam dan umat Islam pada peringkat global di media, pendidikan dan filantropi.", "Hadiah yang diterima dari UAE, 1 juta dirham 272 ribu dolar AS. Ia sumbangkan untuk Wakaf dana pembuatan media Peace TV Network. Dr Zakir ketika itu berusia 47 tahun merupakan penerima anugerah termuda.", "Ketiga, Syeikh Dr. Sultan bin Mohammed Al Qasimi, Penguasa di Sharjah, memberikan penghargaan ‘Sharjah Award’ kepada Dr Zakir Naik pada untuk perkhidmatan sukarela kepada Islam pada skala antarabangsa, 16 Januari 2014.", "Keempat, Dr Yahya Jammeh, Presiden Republik Gambia memberi Dr Zakir Naik lencana anugerah kebangsaan tertinggi dari Komander Nasional Republik Gambia di Gambia pada 15 Oktober 2014.", "Kelima, Dr. Zakir Naik juga mendapatkan penghargaan dari kerajaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah  menganugerahkan penghargaan tertinggi dari Malaysia ‘Tokoh Ma’al Hijrah Distinguished International Personality Award for the Year 2013’ untuk perkhidmatan dan sumbangan yang signifikan pada perkembangan Islam pada 5 November 2013. Ia menerima sebuah plakat yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Razak. Demikian dilansir Gulalives, Khamis (14/4/2016)." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/perlumbaan-senjata-nuklear-di-laut-jepun/
Perlumbaan senjata nuklear di Laut Jepun
[ "SEJAK sesi debat calon presiden 2016 lagi, Donald Trump berhasrat untuk meletak senjata nuklear Amerika di Korea Selatan dan Jepun. Kenyataan tersebut mengejutkan Hillary Clinton dan menjadi perdebatan panas antara Trump dan Clinton.", "Namun, strategi sebenar tidak diberitahu kepada pihak media. Walaupun beberapa kali pihak media menanyakan soalan kepada Trump mengenai strategi Trump yang beliau pernah perkatakan dalam debat calon presiden. Trump sering mengulangi, “I’m not gonna to tell you what I wanna to do”.", "Logiknya, strategi Trump meletakkan senjata nuklear di Jepun dan Korea Selatan sangat besar kesan dan implikasinya di Laut Jepun. Ia bukan hanya menggugat Korea Utara tetapi bakal menggugat Rusia dan China (Lihat peta yang dilampirkan).", "Oleh demikian, rasional meletakkan senjata nuklear bakal menimbulkan reaksi panas jikalau benar Amerika berbuat demikian. Melainkan, Amerika mempunyai alasan yang munasabah untuk merasionalkan perlumbaan senjata nuklear di rantau ini.", "Kini, suasana ketegangan di Laut Jepun sangat memuncak apabila Korea Utara melepaskan lima peluru berpandu balistik jarak 1,000 kilometer. Ia sudah menyediakan rasional yang munasabah untuk Amerika bergerak meletakkan senjata nuklear di rantau ini. Empat peluru berpandu sudah dilepaskan ke Laut Jepun dan mengenai zon Jepun. Perlumbaan senjata nuklear sudah tidak dapat dielak.", "Sebelum ini, Amerika sudah memberhentikan perjanjian janakuasa Nuklear Iran. Dalam masa yang sama, Emariah Arab Bersatu (UAE) melaungkan bahawa negaranya bakal menjadi negara yang mempunyai senjata nuklear pada tahun 2018.", "Begitu juga, Arab Saudi dilaporkan bakal memperolehi senjata nuklear. Tidak syak lagi, kedatangan Raja Salman ke Indonesia dan Malaysia sangat berkaitan dengan langkah bagi menyemarakkan konflik perlumbaan senjata nuklear.", "Oleh demikian, ketegangan antara pro-Amerika dan anti-Amerika akan bakal panas dengan perlumbaan senjata nuklear. Semuanya seakan-akan memberi lampu hijau untuk negara-negara pro-Amerika memiliki senjata nuklear yang sangat berbahaya.", "Terutamanya Laut Jepun yang sangat membimbangkan dan bakal menjadi zon perang senjata nuklear apabila negara-negara sekitar Laut Jepun tidak meredakan ketegangan. (ulamasedunia)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/br1m-jawapan-kerajaan-di-parlimen-berbelit/
BR1M: Jawapan kerajaan di parlimen berbelit
[ "KERAJAAN Kerajaan yang diterajui Umno tidak mampu lagi menyorok ekonomi negara semakin tenat, biarpun mengumpankan rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).", "Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pelbagai alasan diberikan di Dewan Rakyat bagi menutup kelemahan pengurusan kerajaan BN.", "Isu BR1M kini menjadi tular di media sosial sekarang. Orang ramai merungut kerana tidak lagi mendapat bantuan itu seperti tahun-tahun sebelum ini.", "Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan berkata pelbagai syarat baru dibuat bagi memastikan tidak ramai lagi yang layak menerima BR1M. – HARAKAHDAILY 8/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/spr-jadi-alat-pertahan-kuasa-umno/
SPR jadi alat pertahan kuasa Umno
[ "Dan terbaru Dun Wakaf Baru yang meliputi Pekan Wakaf Baru dikeluarkan dua Unit Peti Undi (UPU) untuk dipindahkan kepada Dun Pasir Pekan.", "Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata orang ramai tidak nampak rasional SPR memindahkan dua UPU dalam Pekan Wakaf Baru ke Dun lain.", "“Ini juga membuktikan SPR tidak berkecuali dan bebas dalam membuat keputusan. Situasi tersebut memperlihatkan ia merupakan usaha yang memberi keuntungan kepada Umno,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 8/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/4-1-juta-belum-daftar-spr-perlu-tingkat-sistem/
4.1 juta belum daftar, SPR perlu tingkat sistem
[ "Pengarah Jabatan Pillihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sistem pendaftaran pemilih perlu dipertingkatkan.", "Katanya, ia membawa risiko, kerana sejumlah yang besar di kalangan orang muda tidak akan dapat mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.", "“Dan (kenyataan ini) jadikan mereka tak dapat mengundi pada PRU akan datang (kerana) lebih 90% adalah pengundi-pengundi muda yang tak berdaftar.", "“Jadi, kita melihat terutama sekali mereka ini kurang komitmen (tidak) memikirkan bahawa satu kewajipan yang menyebabkan mereka tidak mendaftar,” jelasnya dipetik Buletin Online.", "Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat itu menyifatkan sistem pendaftaran yang diamalkan oleh SPR menyumbang kepada masalah tersebut.", "“Yang pertama, kena datang ke pejabat pos. Yang kedua, mereka perlu pergi ke pejabat SPR dan kemudian ada operasi bergerak yang dibuat oleh SPR di atas permintaan dan juga mereka juga mengadakan pendaftaran di pasaraya.", "“Pada saya, sistem ini masih tak cukup terutama isu pejabat pos. Di Dun saya tidak ada dan banyak Dun, Air Putih. Mereka terpaksa ke bandar, mereka terpaksa tinggal kerja, mereka terpaksa guna duit untuk pergi dan kesedaran tak begitu tinggi di kalangan pemuda-pemuda untuk berdaftar.", "Katanya, beliau tidak menafikan ada satu usaha yang dibuat oleh pihak SPR dengan melantik penghulu dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mendaftarkan pemilih.", "“Bila JKKK (dilantik) tentu dia akan daftar hanya orang Umno sahaja dan jadi ia menyebabkan SPR berpihak. Bagaimana SPR boleh berpihak? Sedangkan Pegawai SPR, Pembantu Pendaftar Sementara (PPS) yang dilantik oleh SPR,” kata beliau.", "“Dibenarkan kepada kita satu Dun, dua orang. Kalau ada 32 Dun, 64 orang PPS dilantik daripada kalangan parti politik. Di sebelah Umno boleh, PAS pun boleh. Di sini wujud keadilan dalam SPR, sistem ini kita tak pasti apa masalah (mengapa SPR tidak laksanakan)?“ soal beliau.", "Menurutnya, PAS sudah lama mencadangkan agar pendaftaran pengundi dibuat secara atas talian (online) atau pendaftaran secara atomatik apabila sampai umur 21 tahun." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/kudqi-rayu-sumbangan-wakaf-beli-van/
Kudqi rayu sumbangan wakaf beli van
[ "MAJLIS Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi) merayu kepada tokoh korporat dan para dermawan bagi membantu pembelian sebuah van.", "Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kudqi, Mohd Mursyid Zulkefle berkata, pihak pengurusan Kudqi amat memerlukan sebuah kenderaan van seperti yang dicadangkan itu.", "Ini kerana, katanya bagi memudahkan kerja pengurusan pihak kolej (Kudqi) yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Harun Taib kini semakin berkembang maju.", "“Cadangan untuk kami (persatuan) di Kudqi memiliki sebuah kenderaan van telah lama tetapi belum kesampaian. Kerja-kerja pengurusan di kolej ini semakin banyak dan berkembang maju.", "“Saya amat menyokong usaha yang dilakukan oleh perwakilan mahasiswa Kudqi mengumpul dana untuk mendapatkan sebuah kenderaan khas (van). Marilah sama-sama kita membantu, insya Allah,” ujarnya.", "Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat menyumbang bagi dana tersebut boleh disalurkan melalui akaun Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, No. 1305302020984 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau menghubungi talian 09-615 6194 (pejabat)." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/selepas-3-tahun-mh370-seharusnya-ada-penjelasan/
Selepas 3 tahun MH370 seharusnya ada penjelasan
[ "Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selama tiga tahun kehilangan MH370 masih menjadi tanda tanya di mana kerajaan tidak menjelaskan bagaimana ia boleh berlaku.", "“Tidak munasabah maklumat asas mengenai kenapa ia boleh berlaku tidak dapat dikumpulkan sehingga hari ini. Isu ini akan jadi tragedi dan misteri yang tidak mungkin dapat dirahsiakan sampai bila-bila.", "“Satu ketika pasti kebenaran akan terdedah. Jika ada yang membuat spekulasi, sudah tentu selepas tiga tahun pihak kerajaan dapat mendedahkan maklumat disebalik kehilangan,” ujarnya yang kini dalam perjalanan ke Geneva di Switzerland untuk menghadiri Sidang UNHCR.", "Senada dengan gesaan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri berharap pihak kerajaan menyediakan pampasan tambahan yang wajar kepada ahli keluarga mangsa.", "Beliau juga menuntut pihak kerajaan meneruskan usaha sehingga dapat memberi jawapan terhadap isu itu kerana ia menimbulkan persoalan antarabangsa terhadap keselamatan sistem pengangkutan negara." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/wanita-dalam-islam/
Wanita dalam Islam
[ "WANITA dalam sebuah masyarakat merupakan gandingan kepada lelaki dalam melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan. Dalam sebuah institusi perkahwinan wanita adalah isteri yang perlu diberikan naungan nafkah dan kasih-sayang. Dalam sebuah isntitusi kekeluargaan dia adalah ibu yang perlu diberikan keutamaan untuk didampingi oleh si anak.", "“Dan orang beriman lelaki dan perempuan mereka adalah pembantu yang berganding bahu antara satu sama lain. Mereka menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mereka menegakkan solat, menunaikan zakat dan mentaati Allah dan Rasul-Nya.” (Surah al-Taubah ayat 71)", "Di zaman Nabi saw para wanita seperti Ummu ‘Atiyyah dan Ummu Sulaim terlibat dalam peperangan sebagai  jururawat yang menguruskan pejuang yang luka, penyedia makanan dan juga sebagai pejuang sendiri. (Hadis Muslim)", "Wanita juga bekerjaya membantu suami dalam pekerjaan. Asma’ binti Abu Bakar menceritakan bagaimana beliau membantu suami, Zubair bin al-Awwam, yang belum berharta di awal perkahwinan dalam pekerjaan menternak binatang, menimba air minuman dan mengangkut kurma. (Hadis Bukhari dan Muslim)", "Seorang wanita bernama Raitoh isteri kepada Abdullah bin Mas’ud bekerjaya dalam kraftangan. Beliau membantu belanja suaminya dan anaknya hasil usaha tangannya. (Hadis riwayat Ahmad)", "Ibu saudara Jabir bin Abdillah mengadu kepada Baginda saw kerana beliau dihalang oleh seorang lelaki untuk keluar bekerja memungut buah kurma miliknya selepas menjanda. Baginda saw bersabda: pergilah kamu memotong buahan kamu. Barangkali kamu dapat bersedekah dan melakukan yang makruf” (Hadis riwayat Muslim)", "Wanita sebagai isteri adalah teman hidup bagi lelaki. Mereka diberi hak untuk dilindungi oleh lelaki bergelar suami dengan nafkah kediaman dan makan minum.", "“Lelaki-lelaki adalah tonggak pengemudi terhadap wanita-wanita disebabkan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada sebahagian mereka berbanding sebahagian yang lain dan disebabkan apa yang mereka belanjakan daripada harta mereka..” (Surah al-Nisa’ ayat 34)", "“Dan menjadi kewajipan atas suami yang dilahirkan anak untuknya menyediakan rezki kepada perempuan yang melahirkan anak dan memberi pakaian kepada mereka dengan cara yang makruf.” (Surah al-Baqarah ayat 233)", "وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (21)", "“Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia mencipta untuk kamu daripada diri kamu pasangan-pasangan untuk kamu beroleh ketenangan dengan bersama mereka dan Dia jadikan antara kamu kasih sayang dan kasihan belas…” (Surah al-Rum ayat 21)", "“Dan bergaullah dengan mereka dengan cara baik (makruf) maka sekiranya kamu membenci mereka maka barangkali kamu bencikan sesuatu sedang Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak”. (Surah al-Nisa’ ayat 19)", "وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النَّسَاء فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلاَ تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَاراً لَّتَعْتَدُواْ “Dan apabila kamu mencerai wanita-wanita lalu sampai pada mereka tempoh mereka maka peganglah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan janganlah kamu memegang mereka kerana tujuan memudaratkan agar mereka terus beriddah..” (Surah al-Baqarah ayat 231)", " مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ", "“Siapakah manusia yang paling berhak untuk mendapatkan dampingan yang baik dariku? Baginda saw menegaskan: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: “Kemudian ibu kamu.” Dia bertanya lagi: Kemudian siapa Baginda menjawab: “Kemudian ibu kamu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: “Kemudian bapa kamu.” (Hadis Sahih Bukhari)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/solat-hajat-seluruh-negara/
Solat hajat seluruh negara
[ "PAS menganjurkan solat dan munajat diadakan seluruh negara, khusus mendoakan keselamatan 11 orang warga Malaysia yang merupakan kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Utara yang masih dihalang meninggalkan negara itu supaya mereka boleh kembali ke tanah air dengan selamat.", "Pada masa yang sama, semua ahli PAS dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai propaganda di media sosial yang tidak berfakta dan bertanggungjawab. Tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak berasas bagi menimbulkan ketegangan yang tidak wajar.", "Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi isu keselamatan negara rentetan daripada ketegangan yang berlaku selepas Kerajaan Korea Utara menyekat duta, petugas malah rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara untuk pulang ke tanah air.", "Tindakan itu bercanggah dengan konsep diplomatik antarabangsa, malah bertentangan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam yang memberikan perlindungan kepada mereka yang menjadi utusan kerajaan dan mereka yang tidak bersalah.", "Kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini daripada berlarutan. Konflik ini, perlu diselesaikan sebaik mungkin, dan jalan diplomasi perlu sentiasa menjadi pilihan utama negara pada ketika ini bagi menjamin keselamatan negara dan juga rakyat Malaysia yang terkandas di sana.", "Rakyat Malaysia juga diseru untuk sama-sama bersatu dalam berhadapan dengan krisis ini. Kita perlu meminta petunjuk dan bimbingan Allah Ta’ala dalam berhadapan dengan krisis ini. Solat hajat memohon supaya krisis ini selesai dalam keadaan yang baik dan damai perlu diadakan di setiap peringkat.", "Bagi peringkat Dewan Ulamak PAS, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfuz Mohamed telah mengeluarkan arahan supaya Dewan Ulamak PAS negeri dan Urusan Ulamak kawasan mengepalai solat hajat di negeri dan kawasan masing-masing.", "Kedaulatan dan keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama dan ianya adalah keutamaan yang tertinggi pada masa sekarang mengatasi perbezaan di kalangan kita.", "Ustaz Haji Muhammad Ismi Mat TaibKetua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat8 Mac 2017 / 9 Jamadil Akhir 1438 – HARAKAHDAILY 8/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/agenda-siapa-menimbulkan-prejudis-kepada-syariah/
Agenda siapa menimbulkan prejudis kepada syariah?
[ "MENGAPA melampau-lampau dalam prejudis terhadap kehakiman syariah sehingga memperbesarkan andaian hakim boleh buat kesilapan menghukum yang tidak bersalah, atau menghukum dengan hukuman berat konon kerana had penjara telah dinaikkan kepada 30 tahun penjara dan had denda dinaikkan ke RM100,000?", "Apa kehakiman sivil yang ada sekarang ini suci bersih sangatkah dari kesilapan sehingga berprasangka sebegitu sekali kepada Kehakiman Syariah? Sehingga menceduk kes kes terpencil luar negara konon untuk membuktikan syariah zalim!", "Kalau begitu kita pun boleh mengeluarkan seribu satu macam kisah dalam dunia bagaimana mahkamah bukan syariah membuat kesilapan dan berlaku kezaliman dalam penghakiman dan jenis hukuman.", "Hukuman yang tidak munasabah, si miskin mencuri gula dan milo kerana teringin minum sendiri untuk anak-anak dipenjara berbulan bulan. Yang kaya pecah amanah dan rasuah lebih ringan pula hukumannya.Bukan pelik ada mahkamah menjatuhkan hukum penjara lebih 100 tahun. Saya terbaca ada satu kes sampai 158 tahun penjara.", "Soalnya secara makro, kesan agregat, adakah secara keseluruhannya sistem pengadilan itu telah cukup berkesan dalam mewujudkan kesejahteraan, keamanan dan keadilan di dalam masyarakat?", "Mahkamah Syariahpun ada proses rayuannya yang tersendiri. Ada hak untuk diwakili peguam yang dipilih sendiri. Ada Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi.", "Adalah sangat jahat cuba mengajak rakyat berprasangka buruk kepada Hakim Hakim Syariah seolah olah mereka manusia yang tidak berhati perut yang ‘gila’ mahu mendera, menyebat manusia, mendenda sampai bangkrap atau memenjarakan orang sampai ke tua agar mati di dalam penjara.", "Saya ceritakan satu kes arbitrasi yang saya pernah terlibat sama yang saya melawan syarikat antarabangsa dari Kanada. Arbitrator yang dilantik adalah seorang mantan hakim mahkamah rayuan yang tinggi kedudukannya di dalam kehakiman Malaysia. Dia bukan seorang Islam.", "Bayangkan selang setiap dua jam akan ada waktu rehat. Saya kebetulan memerhati gerak geri mantan hakim ini. Waktu rehat beliau ke lounge terbuka dan meminum arak. Bukan sekali berlaku. Hampir setiap kali waktu rehat, ‘break’ perbicaraan.", "Tak dinafikan, sebaik dia mengadili, tidak pula nampak ada kesan macam orang mabuk, perbicaraan dikendali dengan profesional. Tetapi itulah… pengadil yang dilantik jadi arbitrator yang latar belakangnya seorang mantan hakim yang terhormat dalam mahkamah sivil.", "Walau bagaimanapun kami menang kes ini. Berjaya ketepikan tuntutan lebih RM40 juta. Ini kes pada tahun 1999, lebih 16 tahun lalu.", "Bagi yang biasa dengan perbicaraan syariah akan tahu selain hujahan berdasarkan rujukan preseden kes terdahulu, penghakiman selalu akan sarat dengan nas Quran dan Hadis serta nasihat agama yang menginsafkan.", "Seorang yang faham agama, berilmu, baik pengamalan agama mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk tidak zalim dan berusaha berlaku adil lantaran faham soal dosa dan pahala" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/kenapa-ada-orang-kata-perangi-rasuah-lebih-penting-dari-ruu355/
Kenapa ada orang kata perangi rasuah lebih penting dari RUU355?
[ "KENAPA ada sebahagian orang yang masih menganggap agenda RUU355 tidak begitu penting jika dibandingkan dengan agenda memerangi rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan seumpamanya?Kerana mereka berfikir sekerat jalan. Mereka hanya fikir tentang ‘masalah’, tapi mereka tak mampu fikir tentang ‘solusi’; cara menyelesaikan masalah.", "Apabila sebut perangi rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, cepat sahaja mereka setuju penuh semangat. Ini kerana ia terus merujuk kepada ‘masalah’ iaitu RASUAH, PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA. Tetapi bila disebut RUU355, perkataan ini agak kompleks. Memerlukan pengamatan dan pemerhatian.", "Hakikatnya, RUU355 adalah ‘solusi’ kepada masalah JENAYAH, GEJALA SOSIAL dan KEMUNDURAN EKONOMI. Sedangkan slogan perangi rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa itu hanya sebuah pernyataan ‘masalah’ dan retorik kosong, tanpa ‘solusi’.", "Rasanya kalau kempen RUU355 dibawa melalui naratif memerangi ‘masalah’ JENAYAH, KEMUNDURAN EKONOMI, GEJALA SOSIAL tentu sekali orang lebih mudah menerima. Semua pihak akui jenayah di Malaysia bahkan di dunia semakin menjadi-jadi. Semua setuju bahawa alkohol menjadi faktor besar jenayah, gejala sosial, kemalangan dan kemunduran. Ramai berpendapat negara yang tidak aman dari jenayah dan kemalangan, boleh menjejaskan kemasukan pelabur asing ke dalam negara, lalu menyumbang kepada kemunduran ekonomi.", "Jadi, RUU355 adalah ‘solusi’ kepada semua ‘masalah’ di atas. Kurangkan bercakap tentang teknikal pindaan, tentang teknik pelaksanaan hukuman dan prosedur-prosedur undang-undang yang kompleks. Susah nak menerobos ke minda awam yang tak tahu hujung pangkal.", "Orang yang membawa slogan memerangi masalah rasuah, ekonomi, penyelewengan bagai itu sekadar menceritakan masalah, tetapi tidak memiliki solusi tuntas untuk menyelesaikan masalah. Mereka hanya mencanangkan slogan dan retorik, tetapi apabila diminta solusi yang praktikal, mereka diam. Hanya berjanji akan berintegriti, akan beramanah, akan berkaliber dan sebagainya. Tetapi pelan strategik atau kaedah untuk membentuk budaya kerja yang amanah, integriti dan berkaliber tidak ada.", "Malah, mereka menunjukkan perkara sebaliknya. Isu air di Selangor, isu banglo Lim Guan Eng, penambakan laut di Penang, campur tangan fatwa, menentang RUU355 yang diputuskan mahkamah tidak bercanggah dengan perlembagaan. Semua isu ini tidak menggambarkan integriti, amanah dan profesionaliti.", "Tapi orang kita mudah percaya dengan ‘retorik’ indah melebihi ‘solusi’ yang tuntas. Lebih suka bersorak bertakbir apabila dengar ‘masalah’ yang dikemukakan. Apabila dengar ‘solusi’, lambat faham dan malas berfikir. Mentaliti sebegini yang mudah dimanipulasi media tak berintegriti.", "Saya tidak sesekali berpendapat isu rasuah dan salah guna kuasa itu tidak penting, tetapi tiada guna bercakap tanpa mengemukakan solusi. Jangan jadikan semua isu itu hanya bahan politik untuk meraih kuasa, tetapi apabila berjaya meraihnya, berperangai dua kali lima sahaja atau lebih teruk.", "Saya teringat retorik-retorik perjuangan Aun San Suu Kyi. Sebelum menang, berbagai slogan dan janji ditabur. Kononnya nak mengembalikan demokrasi negara. Tetapi selepas menang, bersikap double standard kepada wartawan beragama Islam. Konon nak selesaikan isu Rohingya. Tapi selepas menang, mereput membisu tanpa mempedulikan Rohingya lagi.", "Malangnya seperti Myanmar dan Malaysia, negara dunia ketiga memang mudah termakan politik jenis begini. Politik jenis ini tidak akan memajukan negara. Berpolitiklah dengan idea dan solusi. Barulah setanding negara-negara maju. – HARAKAHDAILY 8/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/kejatuhan-khilafah-membangkit-gerakan-islam/
Kejatuhan khilafah membangkit Gerakan Islam
[ "KEKUATAN umat Islam yang dilindungi oleh kuasa politik kekhalifahan semenjak 632 Masehi telah berakhir dengan pembubaran Khilafah Othmaniyah pada 3 Mac 1924. Kejatuhan Khilafah Othmaniyah menandakan berakhirnya kekuasaan politik umat Islam selama 1,342 tahun semenjak Nabi Muhammad SAW berhijrah meninggalkan Mekah untuk mendirikan negara Islam yang pertama di Madinah pada tahun 622 Masehi. Dengan kejatuhan Khilafah Othmaniyah ini, para ulamak telah bangkit memimpin umat Islam dengan menubuhkan gerakan-gerakan Islam di tempat masing-masing bagi memperjuangkan tertegak semula kekhalifahan umat Islam.", "Sepanjang sejarah umat Islam, setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632, kepemimpinan umat Islam telah digantikan oleh Khulafa ur-Rasyidin sehingga 662. Setelah itu kekhalifahan Islam disambung oleh Daulah Umaiyyah (622-750), Daulah Abbasiyah (750-1512) dan Daulah Othmanitah (1512-1924). Pada zaman Daulah Othmaniyah, wilayah umat Islam terbentang dari barat Afrika hingga ke tenggara Asia, di mana terdapat empat kerajaan utama yang bernaung di bawah Daulah Othmaniyah iaitu Dinasti Saadi (1554-1659) di barat Afrika, Dinasti Safawi (1501-1736) bermazhab Syiah di Parsi dan Asia Tengah, Dinasti Mughal (1526-1857) di Asia Selatan dan Kesultanan Aceh (1496-1903) di Nusantara, selain Daulah Othmaniyah yang menguasai Afrika Utara, Semenanjung Arab, Syam, Anatolia, Balkan dan Eropah Timur.", "Kejatuhan Granada pada tahun 1492 telah membuka ruang kepada penjajahan Barat pada abad ke-16 di mana wilayah-wilayah Afrika dan Asia mulai dijajah secara berperingkat terutama selepas penaklukan Portugis ke atas Goa di India pada 1510 dan Melaka pada 1511. Setelah itu, kuasa-kuasa Barat yang lain termasuk Belanda, Perancis, Itali, British dan lain-lain telah menguasai wilayah-wilayah Islam di seluruh dunia terutama wilayah yang jauh dari Istanbul bagi melaksanakan agenda “God, Glory and Gold,” yang pada hakikatnya mereka berusaha meruntuhkan kekuasaan politik Islam. Kemuncak kepada proses penjajahan ini, Barat bukan sahaja menguasai perdagangan Timur-Barat, tetapi telah menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di seluruh dunia selepas berjaya menjatuhkan Granada (1492), Goa (1510) dan Melaka (1511).", "Kesan dari gerakan melumpuhkan kekuasaan politik Islam ini, menjelang abad ke-20, kuasa-kuasa politik Islam mulai runtuh bermula dengan runtuhnya Daulah Mongol di India pada 1857, diikuti oleh kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di Afrika antara 1850 hingga 1900 seperti Toro (1861), Gomma (1886), Harrar (1887), Kong (1894), Jallon (1896), Wassoulou (1898) dan lain-lain. Di Nusantara, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah berjaya memecahkan Kesultanan Johor Riau dan Kesultanan Aceh, sebelum Kesultanan Maguindanao dilumpuhkan pada 1888. Kekuasaan politik Islam di Nusantara berakhir dengan jatuhnya Kesultanan Pattani (1902), Aceh (1903), Tidore (1904) dan Banjar (1905). Kemaraan Revolusi Bolsheviks pada 1917 pula meruntuh saki-baki kerajaan Islam di Asia Tengah apabila Kerajaan Khiva dan Bukhara jatuh pada 1920.", "Di wilayah Arab, pendudukan British di Mesir pada 1882 menggantikan Perancis dan penaklukan wilayah Utara Afrika oleh Itali pada 1911 dan Perancis pada 1912 telah melumpuhkan wilayah Khilafah Othmaniyah di Afrika, sedangkan kekuasaan Islam di Afrika Barat berakhir dengan jatuhnya Kerajaan Dendi (1901) dan Sokoto (1903). Kemuncak penguasaan mereka adalah berlakunya perjanjian Sykes-Picot pada 1916 yang memecahkan wilayah Syam dan Iraq sehingga membawa kepada terbentuknya kesultanan baru yang pro Barat dalam usaha memecahkan Khilafah Othmaniyah seperti Hashimiyah Jordan dan Iraq (1921) serta Saudiyah di Semenanjung Arab (1932). Keupayaan Barat menguasai wilayah Arab ini berkait rapat dengan peranan golongan sekular yang melakukan Revolusi Turki Muda pada 1908 sehingga membawa kepada kejatuhan Sultan Abdul Hamid II.", "Pemecatan Sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah pada 1909 telah mengubah dasar Khilafah Othmaniyah menjadi sekular pada era tiga pemerintah terakhirnya. Disebabkan penglibatan Khilafah Othmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), berlakunya Perjanjian Sykes-Picot 1916 yang memecahkan wilayah Arab dan Perjanjian Belfour 1917 yang memulakan pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada 1923, menerusi Perjanjian Lausanne, Sultan Abdul Majid II dipaksa menerima Persyaratan Curzon untuk menghapuskan kekhalifahan dan seterusnya menghapuskan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan Sunnah. Bertolak dari Perjanjian Lausanne 1923 ini, pada 3 Mac 1924, Mustafa Kamal Atarturk telah membubarkan kekhalifahan Othmaniyah yang berdiri sejak 1299, sekali gus meruntuhkan kekuasaan politik Islam di seluruh dunia.", "Antara faktor utama pecah dan runtuhnya kekhalifahan Islam adalah kerana penyebaran fahaman sekular (pemisahan politik dari agama) dan nasionalisme (kebangsaan) di kalangan orang Islam. Menangani perpecahan ini, pada 1870-an, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan Pan-Islamism (al-Wehdah al-Islamiyah) untuk menyatukan umat Islam di bawah negara Islam yang dipimpin oleh khalifah. Semangat Pan-Islamism di Nusantara digerakkan oleh Jam’iyatul Khairiyah yang ditubuhkan di Jakarta pada 1905, diikuti oleh Pergerakan Khalifat di India pada 1919 ekoran kemerosotan Khalifah Othmaniyah. Lebih menonjol dari pergerakan ini ialah munculnya gerakan politik Islam yang memperjuangkan tertegak semula khilafah Islamiyah dengan munculnya Sarekat Islam di Indonesia (1905) dan All Indian Muslim League di India (1906), Tanzhim Ittihad Muhammadi di Istanbul (1909) dan Ikhwanul Muslimin di Mesir (1928). Setelah itu, berlaku metamorfosis dengan tertubuhnya Istiqlal di Maghribi (1937), Jamaat Islami di India (1941), Masyumi di Indonesia (1943), serta Hizbul Muslimin (1948) dan PAS (1951) di Tanah Melayu." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/08/pas-santuni-muslim-rohingya-di-sittwe/
PAS santuni Muslim Rohingya di Sittwe
[ "DELEGASI PAS tiba di Sittwe, Rakhine State (Arakan) pada jam 6.30 malam waktu Myanmar, setelah berlepas dengan penerbangan domestik dari Yangon pada jam 5 petang.", "Sehari di Yangon, delegasi ini yang dianggotai oleh saya, saudara Zaki Mustaffa, Ustaz Ahmad Tarmizi (MAPIM) dan Mohamad Azwan Kamaruzzaman (Rahmat Care) berjaya menguruskan kebenaran memasuki Sittwe dengan pihak berkuasa Myanmar. Proses ini agak rumit tetapi berjaya diselesaikan dengan bantuan kenalan di sini yang berpengalaman.", "Pada hari pertama di Sittwe, misi PAS bermula di kampung Thambi Para, yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari pusat bandar Sittwe. 100 set bahan makanan yang mengandungi seguni beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain diagihkan kepada penduduk kampung. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dan perasaan lega terpancar di wajah penerima,  memandangkan penduduk kampung amat jarang dilawati berbanding mereka yang tinggal di kem-kem penempatan.", "Penduduk Thambi Para sangat berterima kasih dengan kehadiran PAS untuk membantu mereka. Terdapat di antara mereka yang terharu sehingga menitiskan air mata. Kami beredar setelah menerima pelukan persaudaraan daripada jemaah masjid yang bersiap menunaikan solat zohor.", "Misi berikutnya di Kem Penempatan Thet Kya Pyin yang dihuni 200,000 orang muslim Rohingya di pinggir sebuah kampung yang hanya berkeluasan kira-kira 4.8 kilometer persegi.", "Delegasi PAS menyampaikan sumbangan untuk membina tiga buah telaga tiub (tubewell) di sini. Kami turut dibawa melawat rumah-rumah penempatan sementara yang telah uzur dan dibangunkan semula oleh MAPIM dengan kerjasama Baraka City,  sebuah NGO Perancis.", "Menurut Saudara Hashim yang mengaturkan kehadiran delegasi PAS ini, keperluan paling mendesak di kem-kem di Sittwe pada masa ini ialah makanan.", "Selain merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada keprihatinan PAS kepada Muslim Rohingya, mereka juga memohon PAS untuk turut membantu dalam usaha menguruskan sistem pendidikan anak-anak Muslim Rohingya termasuk program membina bangunan sekolah dan penyediaan guru-guru terlatih.", "Ramai daripada kalangan Muslim Rohingya yang berpendidikan tinggi memilih untuk berkhidmat dengan NGO dan agensi bantuan kerana faktor pendapatan dan gaji. Guru-guru sekolah Rohingya tidak bergaji dan berkhidmat secara sukarela.", "Apabila ada peluang lebih baik untuk mencari wang untuk menyara kehidupan,  mereka terpaksa meninggalkan sekolah untuk bekerja di tempat lain. Akibatnya, anak-anak mereka tidak mendapat didikan daripada guru yang memiliki kemahiran, kini bergantung kepada guru berpendidikan rendah dan berkhidmat secara sukarela.", "Misi seterusnya adalah di beberapa kem penempatan dan beberapa buah kampung yang memakan masa perjalanan 4 hingga 5 jam dari bandar Sittwe.", "Sumbangan untuk program bantuan untuk Muslim Rohingya boleh disalurkan ke akaun Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 (Maybank). – HARAKAHDAILY 8/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/sketsa-drama-br1m-arahan-umno/
Sketsa drama BR1M arahan Umno
[ "PADA tahun-tahun awal pemberian BR1M, memang bila tiba masa nak terima BR1M, penerima akan ingat Umno dan terima kasih Umno walau bukan kesemua penerima begitu.", "Ini tak boleh jadi! Matlamat BR1M adalah untuk kekalkan rakyat bergantung kepada bantuan tunai kerajaan dan sentiasa berterima kasih kepada Kerajaan Umno/BN yang bagi. Mana boleh jadi akhirnya penerima berterima kasih kepada mesin ATM.", "Tahun 2017 ini ramai yang tak dapat. Inilah peluang untuk pemimpin Umno menerima aduan rakyat. Mendengar keluhan rakyat. Acah-acah prihatin dengan kesedihan rakyat. Nak lagi dramatik buatlah sedikit statement bela rakyat. Akhir sekali nasihatkan rakyat supaya buat rayuan.", "Saya yakin majoriti rayuan akan berjaya. Lalu terima kasihlah pemimpin Umno yang bantu buat rayuan. Akhirnya rakyat kembali ingat kepada Umno." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/ruu-355-bukan-pintu-belakang-hudud-asyraf-wajdi/
RUU 355 bukan pintu belakang hudud – Asyraf Wajdi
[ "TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan pindaan RUU 355 merupakan laluan ‘pintu belakang’ kepada pelaksanaan hukum hudud di negara ini.", "“Soal hudud? Perlu prasarana yang betul-betul boleh bersedia. Kita belum ada 2/3 perlu pinda Perlembagaan Persekutuan. Umno, PAS, campur semua Amanah, Bersatu, termasuk dua DAP dan PKR, PBB baru 137 orang. Nak laksanakan hudud macam mana?” soal beliau.", "Apatah lagi katanya, hendak memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah yang perlu meminda Perlembagaan Persekutuan dengan sokongan seramai 148 Ahli Parlimen sedangkan seramai 137 orang yang beragama Islam dengan andaian tidak ada persepsi.", "“Andai semua MP Islam dapat hidayah daripada Allah untuk menyokong pindaan RUU355, itupun tidak cukup lagi kerana kita perlukan sokongan orang bukan Islam,” katanya di dalam Program Bicara Harakah Pasca  Himpunan 355 di MyHarakah Bazaar.", "“Kita seru kembali kepada perkara asas dan pokok. Apa, kenapa hendak pinda jangan buat andaian dan sentimen-sentimen yang boleh meruntuhkan keharmonian kita. Apa yang dicadangkan tidak keluar daripada Perlembagaan Persekutuan. Selagi mana tidak keluar tidak perlu kita timbul andaian. Kita cuba angkat martabat syariah,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/ruu-355-tidak-timbul-soal-siapa-peralat-siapa/
RUU 355: Tidak timbul soal siapa peralat siapa
[ "KETUA Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan menegaskan tidak timbul soal ‘siapa memperalatkan siapa’ di dalam memperkasakan undang-undang syariah termasuklah meminda RUU 355.", "Ini kerana katanya, pindaan RUU 355 yang di bawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah bertujuan untuk memperkasakan agama Islam di negara ini.", "“Jangan terlalu terjebak dengan polemik dengan sentimen yang hanya buang masa kita. Apa yang kita lakukan adalah prinsip terhadap muslim jadi tidak timbul siapa peralat siapa,” katanya.", "Bercakap di dalam program Bual Bicara Harakah sesi ke-6 hari ini, Nasrudin berkata, isu pindaan RUU355 ini adalah titik perubahan untuk umat Islam bangkit tanpa mencurigai antara satu sama lain.", "“Kita tidak mampu nak buat semua tetapi kita ada kaedah. Perkara tidak mampu jangan buat semua,” katanya di My Harakah Bazaar.", "“Jangan gopoh, seumpama kita berjalan di atas lantai yang licin barulah kita selamat. Kita bimbang akan tergelincir. Banyak proses buat keputusan yang perlu dihormati dan dicermati, kerana kesempurnaan perlu lalui proses yang cermat,” katanya.", "Program Bual Bicara Pasca Himpunan 355 Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera turut membarisi dua lagi lagi ahli panel iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala moderatornya adalah Pengarah Komunikasi Korporat PAS Roslan Shahir Mohd Shahir. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/belum-ada-rundingan-kerusi-pas-ppbm/
Belum ada rundingan kerusi PAS-PPBM
[ "SEHINGGA sekarang belum lagi ada rundingan pembahagian kerusi antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Timbalan Mursyidul Am PAS.", "Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga hari ini PAS tidak menerima maklumat mengenai perkara tersebut bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.", "“Kita boleh bersama sesiapa sahaja sekiranya tidak menyentuh dasar serta prinsip perjuangan kita,” katanya ketika ditemui pemberita pada program pemukiman Menteri Besar di Ketereh hari ini. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/sam-sokong-perlindungan-hutan-simpan-ulu-muda/
SAM sokong perlindungan Hutan Simpan Ulu Muda
[ "SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menyokong gesaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) untuk segera melarang pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda dan mewartakan hutan simpan ini sebagai hutan tadahan air. Dilaporkan baru-baru ini bahawa Jabatan Perhutanan Kedah telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda di Sik selepas ia didapati melanggar syarat lesen pembalakan. Akhir-akhir ini papan tanda yang menunjukkan lesen untuk mengambil hasil hutan dari beberapa kompartmen di Hutan Simpan Ulu Muda juga didapati terpacak di sini. Kawasan Ulu Muda terdiri daripada beberapa hutan simpan, yang terbesar merupakan Hutan Simpan Ulu Muda. Hutan-hutan di Ulu Muda memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan air bagi Empangan Ahning, Pedu dan Muda yang membekalkan air minuman kepada Kedah (termasuk Langkawi), Pulau Pinang dan Perlis. Kira-kira 96% bekalan air Kedah, 80% bekalan air Pulau Pinang dan 50% bekalan air Perlis berasal dari hutan Ulu Muda. Skim pengairan Muda di Kedah, yang menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah pengeluaran beras Malaysia, juga amat bergantung kepada sumber air dari hutan Ulu Muda. Malangnya kepentingan Ulu Muda sebagai tadahan air diabaikan dengan terus membenarkan pembalakan di kawasan ini. Tambahan pula bukan keseluruhan Hutan Simpan Ulu Muda diklasifikasikan sebagai hutan tadahan air. Beberapa hutan simpan di sini telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal untuk kedua-dua tujuan pengeluaran dan perlindungan. Dengan membenarkan pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda, peranannya sebagai tadahan air terjejas teruk dan menggugat jaminan air kerana tanpa fungsi menyimpan air dan fungsi penapisan hutan semula jadi, hujan akan berkurangan dan hujan tidak akan ditadah dan disimpan. Kemarau di negeri-negeri utara Semenanjung pada 2016 telah menyebabkan penurunan mendadak paras air di Empangan Pedu dan Muda. Kenyataan media PBAPP bertarikh 8 Mac 2017 mendedahkan bahawa kapasiti penyimpanan Empangan Muda adalah 60.3% pada 1 Januari 2017 dan ia telah menurun kepada 27.3% pada 7 Mac 2017. Ia adalah jelas bahawa penebangan hutan telah membawa kepada defisit air ini. Berdasarkan perkara di atas, semua aktiviti pembalakan dan kuari di kawasan Ulu Muda mesti dihentikan serta-merta. Kerajaan tidak mesti keluarkan konsesi pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda . Kerajaan Persekutuan juga perlu menunaikan janji untuk membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana tidak pembalakan hutan Ulu Muda itu. Memandangkan kepentingan hutan di sini sebagai hutan tadahan air, kami menyeru kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk mewartakan keseluruhan Hutan Simpan Muda Ulu dan rizab hutan sekitarnya sebagai hutan tadahan air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 kerana ia membekalkan air kepada Empangan Pedu, Muda dan Ahning. Air adalah Kehidupan. Selamatkan Hutan.  SM MOHAMED IDRISPresiden Sahabat Alam Malaysia – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/mb-sehari-suntuk-bersama-rakyat-di-ketereh/
MB sehari suntuk bersama rakyat di Ketereh
[ "Ia bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang ini. Beliau meninjau sendiri masalah rakyat yang dihadapi di kawasan tersebut termasuk punca berlaku banjir di bawah jambatan Melor.", "Sebanyak 55 kediaman penduduk di Dun Kadok, Melor dan Kok Lanas diziarahi rombongan Menteri Besar yang disertai anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pemimpin PAS Ketereh.", "Penduduk Kampung Hutan Kulim di Dun Melor berdepan dengan masalah banjir kilat ketika hujan lebat ekoran difahamkan kerana faktor pembangunan tanpa perancangan teliti.", "Berikutan tinjauan Menteri Besar tersebut Majlis Daerah Ketereh Perbadaran Islam, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran memberi komitmen menyelesaikan masalah itu.", "Selain itu menziarahi rumah bekas pemimpin PAS termasuk mantan Adun Kadok Shukri Abdul Rahman dan mantan Adun Ketereh Mohamad Yusof. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/takaful-kifaalah-boleh-disedekah-masjid/
Takaful Kifaalah boleh disedekah masjid
[ "Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata, ada sebilangan kecil penduduk tidak mahu mendaftar nama keluarga sendiri sebagai wasi skim berkenaan.", "“Oleh itu mereka boleh menamakan masjid, surau, anak-anak yatim atau penduduk miskin sebagai wasi bagi menerima pampasan skim berkenaan,” katanya pada penyampaian pampasan skim berkenaan di Pejabat Dun Pengkalan Pasir semalam.", "Skim Takaful Kifaalah diperkenalkan kerajaan negeri pada Februari 2007. Warga emas yang berusia 60 tahun dan lebih layak menyertai skim berkenaan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/perkongsian-dari-parlimen-keselamatan-sempadan/
Perkongsian Dari Parlimen: Keselamatan sempadan
[ "TUAN Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keadaan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan jaminan keselamatan khususnya di pintu-pintu masuk ke negara ini.", "Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa melihat isu keselamatan sempadan  serta kedaulatan negara sebagai elemen yang signifikan kepada kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan negara secara berterusan. Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru itu, keselamatan sempadan diperketat dari masa ke semasa supaya tidak mudah dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara.", "Sempadan negara dipisahkan oleh daratan atau perairan atau kedua-duanya sekali dengan Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura dan Filipina. Sempadan Malaysia-Thailand di bahagian utara meliputi Bukit Batu Putih, Perlis hingga Bukit Bunga, Kelantan dipisahkan oleh daratan sejauh 551 kilometer dan sempadan thalweg dari Bukit Bunga, Kelantan hingga Pengkalan Kubor, Kelantan sejauh 105 kilometer.", "i) penubuhan Agensi Kawalan Sempada Malaysia (AKSEM) sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan kawalan di sempada Malaysia bagi mencegah aktiviti penyeludupan. Agensi penguatkuasaan di bawah AKSEM adalah polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imiggresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Bagi menentukan halatuju AKSEM, Akta AKSEM akan digubal bagi memperkukuh serta memperluas skop memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk Sabah dan Sarawak;", "ii) kajian menaiktaraf pagar keselamatan sedia ada dan juga pembinaan pagar keselamatan baharu di sempadan dengan memberi tumpuan penggunaan peralatan canggih seperti drone, cctv, mesin pengimbas untuk mengesan pergerakan dan barangan yang dibawa masuk dan keluar Malaysia;", "iii) penubuhan Unit Risikan Sempadan (URB) yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat risikan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk bertukar-tukar maklumat antara kedua-dua negara;", "v) mengadakan mesyuarat bilateral tahunan antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM dengan Royal Thai Marine Polis (RTMP) untuk mengadakan aktiviti Rendevous (RV) di pantai barat dan timur semenanjung Malaysia iaitu Markas Taktikal PGM Wilayah 3, Pengkalan Kubor, Kelantan bersama RTMP Narathiwat, Thailand manakala disebelah pantai barat pula Markas Operasi PGM Wilayah 1 Langkawi, Kedah bersama RTMP Satun, Thailand;", "vi) mengadakan kempen kesedaran jenayah di kalangan masyarakat setempat terutamanya penduduk di tepi tebing sungai melalui Program Community Policing yang turut melibatkan RTMP dan ketua masyarakat sempadan Thailand. Melalui program ini kedua-dua pihak akan memahami keperluan untuk mematuhi undang-undang kedua-dua buah negara; dan", "vii) bermula pada tahun 2017, setiap AKSEM negeri telah melaksanakan operasi secara NBOS yang disertai oleh agensi-agensi penguatkuasaan lain di sempadan darat negara dengan kekerapan dua kali seminggu dengan memfokuskan operasi di kawasan ICQ Padang Besar bagi membendung jenayah rentas sempadan.", "Secara keseluruhannya, keselamatan sempadan Malaysia-Thailand ketika ini berada pada tahap terkawal dan pihak berkuasa berupaya menangkis sebarang ancaman luar yang cuba mencerobohi sempada negara. Keselamatan di sempadan Malaysia akan sentiasa diberi perhatian khusus namun pada masa yang sama keupayaan kewangan kerajaan perlu diberi perhatian mengambil kira kos tinggi bagi menyediakan prasarana dan kekuatan anggota pasukan penguatkuasaan di sempadan Malaysia." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/gara-gara-berkawan-dengan-komunis/
Gara-gara berkawan dengan komunis
[ "APA yang Malaysia alami dalam mala petaka tegang hubungan diplomatiknya dengan Korea Utara adalah gara-gara berkawan akrab dengan regim komunis paling teror dalam dunia.      Kerajaan komunis sama seperti rata-rata orang komunis di mana-mana saja adalah teruk tetapi Korea Utara dalam suasana komunis rata-rata berubah, ia tidak berubah dan ia kekal seperti komunis Soviet Union zaman Stalin dan zaman komunis China bawah Mao Zedung dulu.     Stalin boleh kirim pembunuh ke Maxico membunuh Leon Trotsky, Menteri Perang  Soviet semasa Lenin yang melarikan diri dari Stalin. Maka Kim Jong-Un  yang berkuasa di Korea Utara sekarang kirim pembunuh membunuh abangnya di Malaysia sekalipun Kim Jong Nam yang dibunuh itu tidak menjadi ancaman besar kepada negaranya.      Jika Malaysia berdepan dengan banyak masalah menghadapi komunis yang tidak berkuasa di sini, maka apa yang dapat dikata komunis yang berekuasa.      Adapun Korea Utara sekarang ini tiada siapa yang ditakutnya. Amerika tidak apa-apa padanya. Rusia dia tidak peduli. Jika ada yang disegannya hanya China. Itupun China tidaklah boleh pandang rendah kepadanya.       Dengan kerajaan yang macam inilah yang kita hadapi dalam krisis pembunuhan Kim Jong Nam.        Malaysia begitu cemburu dengan Daesh dan ia tidak percaya kepada Israel, tetapi tidak dipastikan Malaysia begitu memberi kecurigaan kepada Korea Utara.       Tidak salah menjadi negara yang terbuka, berkawan diplomatik dengan sesiapa saja tidak kira ideologi dan kepercayaannya. Hubungan baik itu ada baiknya tetapi mestilah ada kewaspadaan dan hadnya.      Dasar luar kita agak terlalu laju. Ia tidak sekadar punya hubungan baik dengan negara-negara tertentu, tetapi dalam hubungan denga Korea Utara ini ia membenarkan parti yang berkuasa di Malaysia iaitu Umno dan hubungan dengan parti yang memerintah Korea Utara sedang parti itu adalah parti komunis yang komunisnya adalah paling teruk dari parti-parti komuis yang lain.     Tidak tahu apa yang Umno boleh dapat daripada hubungan dengan parti pekerja Korea Utara? Tetapi jangan fikir parti komunis Korea Utara tidak dapat apa-apa.       Kita mesti ada anggapan kemahiran dan keberanian buat apa yang ia mahu. Kita mesti anggap perisiknya memilik keupayaan kelas tinggi dunia. Kita mesti ada fikiran ke depan dari apa yang perisik dan pengintip asing fikir.      Mungkin kita fikir Jong Nam yang tiada kedudukan dalam kerajaan adiknya bahkan dia tidak dikehendaki oleh adiknya tidak memberi apa-apa ancaman kepada kita. Maka kita tidak peduli sangat tentangnya. Tetapi kita mugkin tidak fikir bahawa kerajaan yang menghendakinya boleh buat yang mereka hendak buat kepadanya seperti yang mereka telah buat sekarng.      China komunis mungkin boleh buat sesuatu kepada orang Taiwan di Taiwan, tetapi kerajaan Taiwan berjaya kawal hingga tidak banyak Beijing buat terhadap musuhnya di Taiwan.", "Dengan suasana terbuka di Malaysia, siapa saja bebas masuk dan keluar, maka Korea Utara dapat peluang buat apa yang kita tidak fikir. Mereka tidak bawa senapang dan kirim penembak tepat, mereka  guna orang yang boleh dupah untuk sapu muka mangsa.       Peri kekejaman Korea Utara itu tidak usah kita banyak pertikai. Memperkatakan reaksi Korea Utara tentang tindakan yang diambil adalah sama seperti kucing makan lauk yang terbiar. Memang kucing cari peluang itu. Boleh menyalahkan kucing tetapi apa kita dapat?       Jika kita hendak berkawan dengan komunis kita mesti jadi lebih bijak daripada komunis. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/kewangan-kedah-di-bawah-bn-makin-tenat/
Kewangan Kedah di bawah BN makin tenat
[ "Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof berkata kerajaan negeri yang diketuai Tan Sri Azizan Abdul Razak berjaya mencatat lebihan belanjawan lebih RM22 juta dalam tempoh hampir lima tahun.", "“Malah sejak 2013 tiada apa yang mampu dibanggakan rakyat Kedah biar pun diterajui semula Umno dan BN,” katanya pada ceramah di perkarangan Masjid Jauhar, Guchil, Kuala Krai di sini malam tadi.", "Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kuala Krai Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya Mohd Fauzi Abdullah, Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua dan Penyelia Dun Dabong Ku Zaki Ku Hussin.", "Sebelum ini Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa dilapor mendakwa kerajaan negeri membazir hampir RM300,000 membina Tugu Banjir di atas tanah milik persendirian.", "Beberapa hari lepas PAN juga menganjurkan ceramah difahamkan dihadiri pemimpin utama parti serpihan itu dari pusat. Namun tiada gambar dipapar mengenai kehadiran orang ramai pada program berkenaan.", "Md Zuki juga berkata kerajaan PAS di Kedah tidak dapat dipertahankan pada PRU lepas kerana berlaku pembelotan dalaman bekas pemimpin PAS sendiri. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/ruu-355-wajib-disokong/
RUU 355 wajib disokong
[ "PENGANUT Islam yang peka terhadap hubungannya dengan aqidah, dan kaitannya dengan kepercayaan kepada Syariat Islamnya, serta akhlaknya terhadap anutannya, pasti merasa terpanggil tanpa bahas dan debat, apabila kedudukan Islam dihina atau direndahkan, lalu bangkit berusaha dan berjuang bagi meninggikan kedudukan Islam di setiap kemampuan, kedudukan dan mengambil setiap peluang.", "Begitu juga kalangan yang berjati diri dengan moral, merasa risau dengan kegagalan undang-undang ciptaan manusia yang serba kelemahan, lalu bermuhasabah kembali kepada hukum Allah. Kecuali mereka yang hilang kemanisan iman dan akhlak luhur, menegakkan kepentingan dunia dan nikmatnya, terus memandang serong terhadap Syariat Allah dengan berbagai dalih.  ", "Kepada sesiapa sahaja yang bencikan kemungkaran selemah imannya, apabila membaca Perlembagaan Malaysia dan huraiannya dengan bahasa kebangsaan, walaupun dia tidak berilmu tinggi dalam ajaran agamanya, pasti merasa terhina apabila membaca kedudukan Islam di dalam Perlembagaan itu.", "Prof Ahmad Ibrahim menegaskan dalam tulisannya: Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan, dalam ulasan beberapa muka surat, mafhumnya, “Perlunya Pindaan 355 bagi mengangkat kuasa Mahkamah Syariah yang sangat direndahkan kedudukannya, sehingga Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di daerah-daerah.”", "Dalam Tafsir Al-Manar melaporkan Fatwa Sheikh Muhammad Abduh R.A. kepada soalan Maulawi Noruddin Mufti Panjab India, betapa seseorang Islam boleh menjadi hakim dan apa-apa jawatan di bawah Kerajaan Penjajah Inggeris yang memaksa undang-undangnya menghukum rakyat dengan undang-undang ciptaannya. Tujuannya mengambil setiap peluang melaksanakan Syariat Islam sekadar kemampuan, walaupun hanya undang-undang keluarga dan meringankan bebanan kezaliman.", "Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Al-Qayyim yang menjadi rujukan penting golongan Wahabi juga memberi fatwa di zaman keganasan kaum Tartar supaya mengambil setiap peluang, bersama perjuangan menegakkan Syariat dan mempertahankannya, bukannya meninggalkan Syariat dan mendiamkannya, menyerah diri kepada musuh Islam kerana berlunak.", "RUU 355 adalah mencegah kemungkaran warisan penjajah terhadap Hukum Allah di zaman kita sudah merdeka secara berperingkat dengan wajib disokong dan didukung oleh penganut Islam dan bukan Islam yang peka berkenaan hak umat Islam dan tidak menghalang untuk melihat ruang Islam dilaksanakan walaupun pada kadarnya yang masih terhad.", "Kalau undang-undang ciptaan manusia daripada berbagai negara dan bangsa diizinkan untuk dilihat pelaksanaannya walaupun terus menerus gagal dan mendera rakyat, tanpa kejayaan mengurangkan jenayah termasuk yang paling berat, mengapa usaha kembali semula kepada Syariat Islam dihalang dan dihina?", "Hukuman seperti bunuh menggunakan tali gantung, mencekik dan menyeksa yang diamalkan sejak dahulu kala masih diamalkan sehingga kini di seluruh dunia. Adapun hukum Islam apabila menjatuhkan hukuman mati, Rasulullah  S.A.W bersabda:", "إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته . رواه مسلم.", "“Sesungguhnya Allah menetapkan pahala amal kepada tiap-tiap sesuatu (berlaku baik). Maka apabila kamu melakukan hukuman membunuh, lakukanlah secara yang baik dan apabila kamu menyembelih, lakukanlah juga secara yang baik. Tajamkankan pisau dan rehatkan binatang sembelihannya.”", "Begitu juga hukuman sebatan Syariat Islam berbeza dengan sebatan undang-undang manusia terkini, kerana hukuman sebatan Islam bersifat mendidik. Ada pun sebatan undang-undang ciptaan manusia lebih bersifat menyeksa bukannya mendidik. Rasulullah S.A.W bersabda apabila diberitahu bahawa penjenayah yang dihukum sebatan seratus sebatan kerana berzina itu seorang yang uzur dan lemah:", "Dalam hukum jenayah ciptaan manusia diadakan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan. Ada pun hukum Islam, yang berhak mengampun ialah mangsa atau walinya (keluarga terdekat dan terkuat). Mengapa perbandingan ini tidak dilakukan untuk mengambil yang terbaik?", "RUU 355 hanya sebahagian daripada pelaksanaan sistem kehakiman dan membolehkan pelaksanaan hukuman sebahagian hukum Syariat di peringkat negeri. Juga untuk memberi ruang kepada masyarakat umum menyaksikan ruang diberi kepada undang-undang di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Malangnya kalangan bukan Islam mencampuri urusan umat Islam walaupun sudah dinyatakan sempadannya oleh Perlembagaan terhadap bukan Islam bahawa Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa dalam urusan bukan Islam. Lebih malang pula terdapat segelintir penganut Islam juga menentang. Adakah kerana kejahilan atau sengaja berdolak dalih terhadap Islam yang diketahui kedudukannya? Mungkin di belakang mereka dalang penjajah?", "Mereka yang menentang itu memang menyedari hukuman yang terlalu ringan terhadap penjenayah Syariah pada hari ini tidak mendidik dan tidak mencapai hikmahnya yang sebenar, tidak mampu menunjukkan kehebatan Syariat Islam. Inilah kehendak penjajah dahulu dan barangkali inilah sebenarnya perjuangan mereka bagi meneruskan kehendak penjajah itu.  ", "وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠ المائدة .", "48. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.49. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.50. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.(Al-Ma’idah: 48-50)", "Para ulama Siyasah Syariyyah menyebut peranan kerajaan atau pemerintah mencegah kemungkaran dalam perkara yang tidak ada nas di dalam Al-Quran juga mendukung pelaksanaan Hukum Al-Quran:", "“Allah (memerintah) mencegah dengan kuasa pemerintah dalam apa-apa yang (tidak disebut) cegahannya dengan nas Al Quran.” (kitab At-Turuq Al Hukmiyyah – Ibn Al Qayyim)", "Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.(Ibrahim: 3)", "Sesiapa yang Allah kehendaki yang terbaik kepadanya, maka dijadikannya memahami dalam perkara agama Islam. Aku yang membahagi Allah sahaja yang memberi kurnia.", "Maka Rasulullah S.A.W menerima segala sifat mulia di kalangan jahiliyyah sehingga mengenangkan mereka yang tidak sempat bersama Islam. Rasulullah S.A.W juga menerima ilmu dunia yang bermanfaat yang datang daripada kalangan bukan Islam.", "Malangnya ada mereka yang jahil murakkab atau bersifat takabur dengan sedikit ilmunya, menutup pintu kepada Islam. Kononnya berniat baik. Janganlah termasuk kalangan mereka, Allah mendedahkan niat mereka:وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ ١٢  البقرة.", "11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(Al-Baqarah: 11-12)", "Kepada ahli PAS, ingatlah! Bahawa kemenangan di akhirat hanya bersama Islam walaupun siapa membawanya wajib disokong. Menang pilihan raya sahaja tanpa menang di akhirat  jawapannya kosong. Tujuan kita menang kedua-duanya, namun kemenangan akhirat tetap menjadi pilihan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/bantuan-segera-rm70-000-untuk-tujuh-keluarga/
Bantuan segera RM70,000 untuk tujuh keluarga
[ " Tanah berkenaan terletak di Kampug Pauh, Temangan dekat sini,  kira-kira lima kilometer dari Bukit Besi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM70,000. Katanya, ianya untuk kerja meratakan tanah berkenaan bagi dijadikan lot perumahan pada mangsa terbabit. Beliau, perkara itu telah diuruskan pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Machang. Katanya, ia telah diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri sebelum ini. “Tindakan itu dibuat berikutan rumah mereka tidak sesuai didiami lagi akibat banjir lumpur yang melanda ketika banjir baru-baru ini,” ujarnya. Katanya, tanah berkenaan dijadikan lot-lot perumahan yang diberikan kepada mangsa sebagai tukaran lot tanah asal mereka. Beliau memberitahu, sebelum ini beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama mangsa. Fadzli yang juga Adun Temangan memberitahu mereka telah bersetuju dengan cadangan pihak pentadbir tanah. “Kerajaan negeri bersama Majlis Agama Islam Kelantan akan mendirikan rumah berkenaan kepada mangsa,” ujarnya. Banjir lumpur berlaku di kampung itu akhir tahun lalu akibat banjir. Ia dikatakan berpunca kesan aktiviti perlombongan bijih besi yang terletak kira-kira 200 meter dari kampung berkenaan. – HARAKAHDAILY 9/3/2016" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/mp-dungun-serah-peralatan-bekalan-air-percuma/
MP Dungun serah peralatan bekalan air percuma
[ "Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menjangkakan dalam tempoh seminggu bekalan air mentah terus dari sungai akan disiapkan dengan kerjasama penduduk setempat.", "“Insya Allah dengan bahan mentah dapat disediakan, projek ini akan berjalan dengan mengikut sepertimana dirancangkan. Walaupun agak sukar mencari sumber kewangan, kami mencuba sedaya upaya bagi menjayakannya.", "“Alhamdulillah, kita berjaya mencari sumber kewangan hampir RM10,000 untuk menyediakan bahan utama paip bagi sambungan dari punca air Sungai Jagung,” katanya lagi ketika berucap di hadapan penduduk kampung.", "“Kita kena ambil tahu setelah mereka memilih kita sebagai wakil mereka. Sebab itu saya mencari sumber di seluruh negara dan sampai ke Johor, mereka membantu kita bila mereka tahu keadaan kita di sini,” ujarnya lagi.", "Sehubungan itu, wakil penduduk Kampung Jagung, Abu Bakar Harun, 51, berkata sudah lama penduduk di sini menanti bekalan air sungai ini.", "“Kami di sini lebih suka menggunakan sumber air sungai daripada air yang dirawat. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama YB Ustaz Wan Hassan yang telah berusaha menyediakan bahan utama ini.", "“Kami memang tidak mampu bila melibatkan kos yang besar,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan paip yang diadakan di perkarangan rumah beliau.", "Majlis penyerahan turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman dan Ketua Cawangan PAS Kampung Shukur, Tengku Hamdan Tengku Mahmud." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/hasil-terengganu-dijangka-rm1b-setahun-di-bawah-pas/
Hasil Terengganu dijangka RM1b setahun di bawah PAS
[ "PAS Terengganu akan berusaha meningkatkan pendapatan negeri itu sebanyak RM1 bilion setahun jika diberi mandat memerintah negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.", "Hasil itu dijangka diperolehi dengan cara mengeksploitasi tujuh sektor industri yang tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.", "Katanya, hasil itu tidak termasuk dana khas dari hasil petroleum sebanyak RM430 juta setahun dan semua hasil itu akan dibelanjakan untuk rakyat negeri itu secara efisien dan berhemah.", "Jika dikira dengan hasil dana khas itu, kerajaan negeri Terengganu akan memperolehi pendapatan lebih dari RM1 bilion setahun dan cara perbelanjaan berhemah kerajaan PAS negeri itu akan lebih baik dilaksanakan berbanding perbelanjaan hasil RM2 bilion di bawah kerajaan BN.", "Ini kerana katanya, Kerajaan BN memang popular dengan amalan rasuah dan ketirisan serta urustadbir tidak cekap dalam pentadbiran kerajaan itu sejak dahulu sehingga sekarang.", "Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, banyak sektor tidak dimanfaat kerajaan sekarang termasuk air mentah Tasik Kenyir, bijih besi, emas, bauksit, silika dan lain-lain.", "“Banyak sektor kerajaan Terengganu hari ini tidak dimanfaatkan antaranya ialah air mentah di Tasek Kenyir, kita boleh berniaga dengan negeri berhampiran.", "“Banyak lagi sektor lain tidak diberi tumpuan sepenuhnya termasuk sektor pelancongan, perikanan, pertanian, sumber asli seperti bijih besi, emas, bauksit, silika yang bermutu tinggi, tidak dieksploit sebaiknya sebelum ini,” katanya dipetik Buletin Online.", "Beliau menjelaskan bahawa PAS akan menjadikan sektor-sektor berkenaan sebagai peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dengan melaksanakan projek memproses sumber asli dalam bentuk semi proses dan produk yang diproses sepenuhnya.", "Ini, tambahnya termasuk pemberian satu lot tanah bergeran kekal untuk tapak rumah kepada rakyat negeri itu, mengurniakan rumah mampu milik kepada rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, khususnya kepada mereka yang sudah berkahwin, bayaran wad percuma untuk kelas ketiga di hospital kerajaan dan karnival perkahwinan kali pertama percuma kepada pengantin baru." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/rakyat-perlu-bersatu-hadapi-kebiadapan-korea-utara/
Rakyat perlu bersatu hadapi kebiadapan Korea Utara
[ "Oleh itu, ketegasan kerajaan terhadap provokasi dari kerajaan Korea Utara demi mempertahankan kedaulatan negara dan mengutamakan soal keselamatan rakyat adalah satu tindakan yang tepat.", "Memandangkan ekonomi Korea Utara amat bergantung pada negara China, negara China menjadi pilihan terbaik sebagai perantara dan perunding bagi membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara dan Malaysia perlu memberi jaminan yang sama kepada Korea Utara.", "Hubungan baik Malaysia dengan China susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dimanfaatkan sepenuhnya waktu ini sementara penyiasatan polis terhadap kematian Kim Jong Nam dapat diteruskan dan diselesaikan segera mengikut undang-undang negara." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/rohingya-muslim-terkurung-dalam-penjara-terbuka/
Rohingya Muslim terkurung dalam penjara terbuka
[ "Misi hari kedua di Arakan adalah di dua perkampungan Rohingya Muslim di Daerah Mrauk-U,  di timur-laut Sittwe. Ia boleh dihubungi melalui jalan darat ataupun separuh jalan dengan bot menyusuri sungai.", "Perjalanan ke Mrauk-U dengan van dari Sittwe mengambil masa 4-5 jam, kami bertolak pada jam 7.00 pagi,  dan sampai balik ke penginapan jam 7.00 malam.", "Pemandu dan pengurus perjalanan kami daripada etnik rakhine beragama buddha, kedua-duanya baik dan ramah berbahasa ‘Inggeris Burma’. Tiga kali diulang,  belum tentu difahami.", "Membawa amanah PAS untuk menyampaikan sumbangan di wilayah bergolak seperti Arakan (Rakhine State) tidak semudah sangkaan. Selain perlukan visa dan permit khas dari Bahagian Keselamatan dan Sempadan, penampilan diri yang Islamik dan istilah paling sensitif bagi Myanmar –ROHINGYA – wajib dielakkan. Hampir saja pelekat pada barangan sumbangan tidak boleh digunakan kerana ada istilah itu.", "Hanya organisasi berpengalaman dan punyai hubungan baik dengan agensi dan NGO tempatan seperti MAPIM mampu menguruskan pergerakan di sini. Kami beruntung kerana Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Naib Presiden MAPIM) ada bersama.", "Kira-kira empat ribu keluarga mendiami Kampung Perling, di kelilingi perkampungan penganut Buddha di sekeliling mereka. Dan 750 keluarga mendiami Kampung Shan Taung, 100 peratus adalah Rohingya Muslim.", "Orang Perling dan Shan Taung bersawah padi, tanaman setahun sekali, menternak lembu dan menjadi nelayan. Kami temui 4 orang yang boleh berbahasa melayu dengan baik,  kerana pernah menjadi buruh di Malaysia.", "Walaupun kekal di kampung sendiri, kehidupan mereka seperti Rohingya Muslim di tempat lain,  terkurung dalam penjara terbuka, dokumen kerakyatan yang ‘dirampas’, terhapus semua hak sebagai warganegara, semakin dihimpit dalam kepayahan, dan hari-hari mendatang  penuh ranjau.", "Kanak-kanak membesar dalam serba kekurangan dan halangan, hanya proses pendidikan paling minimum, atas inisiatif komuniti mereka sahaja yang ada untuk membentuk diri mereka menjadi dewasa.", "Suasana kehidupan mereka seolah-olah di luar bandar Malaya pada tahun 50-an atau 60-an, terhimpit dan terkurung pula. Belum lagi diambilkira hal sanitasi, zat pemakanan, imunisasi, kesihatan, kadar kelahiran dan kematian,  kesihatan bayi dan ibu mengandung, pergigian, penyakit kronik dan rawatan.", "Pergerakan mereka terhad, tidak dibenarkan ke bandar, ke sekolah atau bekerja di luar lingkungan yang dikawal tentera dan polis. Hanya beberapa premis diperbuat daripada buluh, menjual barangan runcit dan keperluan asas harian.", "Di sini, barangan yang bernilai RM100 boleh meningkat menjadi RM200 kerana mereka hanya berharap ada yang sanggup datang menghantar pesanan. Wang mereka hanya berputar sesama mereka sahaja.", "Saya dapat perhatikan dari dalam van yang sedang bergerak, seorang ibu menggendong anak kecil berusia kira-kira 5 bulan, berjalan kaki merentasi sawah di tengah panas,  beberapa kilometer jaraknya, hanya untuk membeli garam. Ketika sedang makan,  saya dapat melihatnya telah sampai ke ‘pekan’. Sambil mundar mandir ke sana sini memerhatikan barangan di beberapa ‘kedai’,  dia meminta garam di kedai sebelah tempat kami mengalas perut. Muka mereka berdua basah disimbah peluh-panas.", "Alangkah sukarnya kehidupan yang sedang dijalani. Dengan bantuan penterjemah,  saya bertanya beberapa soalan, dijawab dengan selamba, ‘tanpa rasa’ sambil tercungap kepenatan. Anaknya 5 orang, suaminya buruh kasar menggali parit di sawah.  Dia kemudian tersenyum dalam kehairanan menerima jariah  MK5000 (RM15) daripada kami. Dia langsung beredar dengan bungkusan garam di tangan.", "Di Kampung Perling, kami melawat sebuah surau yang juga menjadi sekolah 150 kanak belajar menulis dan mengaji. Solat Jumaat juga dilakukan di surau itu. Lantai dan dindingnya daripada anyaman buluh yang kian reput, atapnya daun nipah yang telah usang. Ia perlu dibaiki segera. Mereka memandang penuh harapan.", "Di kampung sebelah (saya terlupa mencatat nama kampung itu), MAPIM telah menguruskan pembinaan sebuah sekolah beberapa tahun lalu. Hari ini kami dibawa melawatinya.", "Di Shan Taung, juga terdapat bangunan yang diuruskan pembinaannya oleh MAPIM, dana disumbangkan oleh muslim China (Laila dan rangkaiannya)  dijadikan sekolah.", "Hari ini kami mengagihkan keperluan makanan berupa beras, gula dan tepung. Sebahagian beras dalam guni 25kg terpaksa dibuka untuk mencukupkan agihan. Bagi yang terlalu dhaif, mereka menerima seguni beras dan barangan dapur. Mata mereka berkaca, wajah mereka terpancar kegembiraan dengan kehadiran dan sumbangan yang disampaikan oleh delegasi PAS pada kali ini.", "Kami menanam azam untuk kembali lagi ke sini membawa lebih banyak sumbangan daripada ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia untuk membina semula surau, bangunan sekolah, membaiki madrasah tahfiz, membaiki masjid,  kediaman yang usang, menyarungkan baju dan seluar kepada kanak-kanak yang terlanjang.  ", "Besarlah harapan agar PAS dapat terus menghulurkan sumbangan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka di sini, kalaupun tidak berupaya mencapai selesa seperti kita, cukuplah sekadar mereka berasa selamat. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 (Maybank). Inilah nyalaan obor Islam buat mereka yang tertindas dan dizalimi. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/09/cerita-sebenar-disebalik-laporan-harian-metro/
Cerita sebenar disebalik laporan Harian Metro
[ "SEJAK Kelmarin, saya memerhati dan menilai berita-berita di Harian Metro (HM) tentang misi membantu muslim Rohingya. Saya kenal wartawan HM di kapal Nautical Aliya. Dia orang baik dan mesra.  ", "Seolah-olah tiada apa-apa selain usaha berterusan pihak KP1M melanjutkan usaha murni food flotilla tempohari. Saya sentiasa positif tentang food flotilla dan akan mengulanginya jika ada lagi flotilla pada masa depan.", "Sebetulnya saya bersama rombongan daripada PAS merancang ke Sittwe sebaik sahaja food flotilla tidak dibenarkan  berlabuh di sini.  Di Yangon pun sukarelawan tidak diizinkan turun.", "Maka, sebaik sampai di Cittagong,  saya meminta bantuan Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman (sepupu dan timbalan saya dalam PAS Kawasan Sik)  mengaturkan pertemuan dan menyusun program ke Sittwe melalui rakan-rakan MAPIM di Yangon dan Sittwe.  ", "Maka kami menetapkan beberapa kem penempatan dan kampung untuk dilaksanakan program sumbangan food pack dan tube well, menziarahi kem-kem untuk meninjau keperluan paling mendesak,  selain menziarahi sekolah dan rumah yang didirikan oleh MAPIM sebelum ini.", "Kami membuat pesanan barangan dan telaga tiub lebih awal,  dan membuat pembayaran sebaik tiba di Yangon melalui wakil yang dilantik oleh pembekal.", "Sewaktu berlepas dari Kuala Lumpur, dimaklumkan rombongan KP1M juga akan ke Sittwe untuk menyertai Duta Malaysia ke Myanmar untuk masuk ke Mangdaw untuk menyaksikan majlis penyerahan barangan flotilla di sana. Saya percaya hubungan baik mereka sebagai NGO kerajaan dengan pihak kedutaan akan memudahkan urusan mereka.", "Hanya sepucuk surat daripada MAPIM memaklumkan kehadiran deligasi kami kepada  kedutaan, dan tidak mendapat jawapan.  Permit kebenaran memasuki Sittwe diuruskan oleh NGO di sini,  kakitangan kedutaan pun kami tak dapat bertemu.    ", "Pada pagi 7 Mac, dalam perjalanan memasuki kem,  kami ‘terserempak’ dengan wakil KP1M di hotel mereka. Saya rasa mereka ada menghubungi Ustaz Tarmizi memaklumkan situasi mereka.  Saya difahamkan mereka gagal memasuki Mangdaw bersama rombongan duta. Mereka tidak merancang tujuan lain. Tiket pulang hanya pada 8 Mac.  Jadi mereka tiada tempat untuk dituju,  tiada aktiviti untuk dilakukan. Mereka hanya makan maggi kerana tiada restoren makanan halal di Sittwe.", "Atas dasar ingin membantu agar perjalanan mereka ke sini tidak sia-sia,  kami mempelawa mereka ikut masuk bersama kami ke kem, melihat sendiri program-program yang telah kami aturkan. Setidak-tidaknya mereka akan dapat menjamah nasi yang telah kami pesan di sana nanti. Itulah cerita sebenar.", "Laporan HM semalam menyebut PAS hanya ‘turut serta’ dalam kunjungan KP1M dan MAPIM ke kem Rohingya. Laporan kelmarin tidak sepatahpun menyebut PAS dan aktiviti PAS di kem yang yang menyelamatkan perjalanan mereka daripada sia-sia itu.  ", "Malah laporan HM yang menjadikan aktiviti di kem dan perkampungan Rohingya sebagai program yang disusun oleh KP1M adalah bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya rasa ini adalah kerja pemberitaan yang memalukan KP1M, lebih memalukan lagi jika KP1M sendiri yang meminta demikian.", "Kenapa mereka mengatakan ekor itu adalah kepala? Kenapa perlu dihilangkan PAS dalam pemberitaan dalam situasi sebenar yang sama-sama diketahui? Kenapa perlu ada sikap tidak jujur seperti itu dalam misi kemanusiaan atau sebetulnya mereka sudah diresapi sifat ganas ‘Myanmarism’. – HARAKAHDAILY 9/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/10/pas-cawangan-kg-laut-lebih-ramai-sertai-pas/
PAS Cawangan Kg Laut: Lebih ramai sertai PAS
[ "PEMUDA PAS Kelantan menafikan dakwaan dan pengisytiharan oleh Datuk Paduka Husam Musa bahawa PAS Cawangan Kampung Laut, Tumpat sudahpun terbubar melaluinya ceramahnya kelmarin. Ini kerana melihat kepada sambutan oleh penduduk setempat, khasnya anak muda sendiri yang semakin ramai menyertai PAS di Kampung Laut ini.", "Bahkan dengan keluarnya Ketua Cawangan PAS di kampung tersebut iaitu Nordin Adam, dan beberapa orang pengikut setianya, ke dalam parti PAN, hanyalah melengkapkan siri proses pembersihan PAS daripada anasir yang terus menikam PAS dari dalam seperti yang berlaku di semua negeri sebelum daripada ini.", "Dengan pengumuman oleh Nordin ini juga, PAS Cawangan Kampung Laut tidaklah terbubar secara automatik, kerana hanya beberapa kerat sahaja yang menyertai PAN, dan puluhan lagi ahli sedia ada dalam cawangan ini masih kekal bersama PAS dan kekal mendokong cita-cita murni perjuangan Islam. Ia proses biasa, dan Pemuda PAS yakin, bahawa PAS Pusat akan segera turun bagi melantik jawatankuasa pemangku dan lain-lain tindakan yang perlu bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian perjuangan PAS di Kampung Laut ini akan terus kekal dan subur.", "Dan paling menggembirakan Pemuda PAS Kelantan adalah, tidak sampai 24 jam daripada pengumuman keluar parti oleh Ketua Cawangan tersebut, Pemuda menerima lebih daripada 200 permohonan baru untuk menjadi ahli PAS di cawangan Kampung Laut dan sekitarnya yang diserahkan oleh wakil anak muda Kampung Laut iaitu Wan Azizul Hakim Wan Rahim serta Che Said Yusuf iaitu Penghulu Mukim Gerong, Peti Undi Bendang Pulau, Kampung Laut.", "Bahkan beberapa minggu lepas, lebih 150 borang permohonan baru, juga telah dihantar oleh penduduk setempat ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan bagi menyertai PAS yang semakin hari semakin utuh dan tegar menegakkan Islam.", "Dengan perkembangan positif ini, Pemuda PAS cukup yakin dan percaya, bahawa PAS Cawangan Kampung Laut, yang diumum Husam telah terbubar, hanyalah satu mimpi di siang hari dan juga bersifat angan angan mat jenin semata-mata.", "Jangan kata bubar, malahan ahli yang melompat keluar menukar bahtera tersebut pun, terus diganti oleh Allah SWT dengan penyertaan para amilin baru dan muda, yang lebih ramai, yang akan terus menggerakkan PAS di Dun Pasir Pekan ini ke mercu yang lebih tinggi dan kekal mempertahankan kerajaan Islam negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/10/tg-abdul-hadi-akan-rasmi-seminar-antarabangsa-rohingya/
TG Abdul Hadi akan rasmi seminar antarabangsa Rohingya
[ "NAIB Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan merasmikan Satu Seminar Antarabangsa berkaitan isu Rohingya.", "Seminar selama tiga itu akan berlangsung dari  14  hingga 16 Mac 2017 dan diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya. Program ini anjuran bersama Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), International Federation for Relief & Development (IFRD) dan Yayasan Amal Malaysia.", "Menurut Pengerusi, International Conference on Rohingya, Husin Ismail, dalam suatu kenyataan medianya tema bagi seminar ini adalah “THE PLIGHT OF THE ROHINGYAN: SEARCHING FOR SOLUTIONS” dan ia mencakupi konflik yang dialami oleh etnik Rohingya. Seminar ini juga dianjurkan bagi memahami sejarah etnik Rohingya, mencari, mengenalpasti masalah yang timbul seterusnya mencadangkan resolusi dan penyelesaian yang sebaiknya bagi meminimakan masalah yang berlaku.", "“Isu Rohingya adalah isu yang semakin kritikal desawarsa ini dengan serangan menggila daripada sami Rakhine Buddhist dan tentera Burma. Ianya juga menjadi sebab utama seminar ini dilakukan bagi meletakkan tekanan kepada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembersihan etnik terhadap etnik Rohingya.", "“Seminar ini akan akan disertai delegasi beberapa NGO tempatan, luar negara, jabatan kerajaan, institusi awam, swasta, tokoh-tokoh politik dan ahli akademik,” nyata beliau lagi.", "Penganjur berharap seminar ini dapat menghasilkan beberapa resolosi yang boleh diangkat ke ASEAN dan PBB bagi membela nasib dan masa depan etnik Rohingya di Myanmar. Hasil daripada resolosi ini juga diharap dapat dapat memberi tekanan dan harapan agar kerajaan Mynmar memberi keadilan sewajarnya kepada etnik Rohingya yang juga rakyatnya sendiri." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/10/seluruh-rakyat-wajib-pertahan-kedaulatan-negara/
Seluruh rakyat wajib pertahan kedaulatan negara
[ "“Seluruh rakyat mesti bersama bila rakyat menghadapi ancaman dan segera, itu kena bersama tak boleh berbeza. Wajib dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya,” tegas beliau ketika ditemui para wartawan selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.", "“Kita mengharapkan kalau dapat diselesaikan dengan baik, secara diplomatik. Cuma Korea Utara ni kita tahulah, negara yang tidak ada undang-undang. Kita harap tekanan antarabangsa dapat mengubah,” ujarnya dipetik Buletin Online." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/10/tiga-tsunami-politik-malaysia/
Tiga tsunami politik Malaysia
[ "MENYOROTI galur perjalanan politik Malaysia dalam 3 dekad kebelakangan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Malaysia telah dan sedang mengalami tiga fasa tsunami politik.", "Dinamakan sebagai tsunami kerana sifat fenomena politik ini adalah deras, berlaku secara drastik dan mengejutkan semua pihak, laksana tsunami yang melanda tanpa amaran dan persiapan.", "Pertama pada tahun 1998, dinamakan sebagai TSUNAMI REFORMASI. Apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat serta diheret ke mahkamah atas tuduhan liwat. Orang-orang Anwar secara automatik turut terpelanting sama dari kerajaan dan parti. Maka ramai pengikutnya dikalangan ahli Umno dan penjawat awam bangkit menentang kebobrokan ini. Mereka terjun bersama barisan pembangkang dengan menubuhkan parti KeAdilan.", "Perkara ini turut mengundang simpati rakyat marhaen. Media alternatif memainkan peranan yang cukup signifikan dalam membentuk tsunami ini. Lalu rakyat bangkit atas nama keadilan, melahirkan slogan reformasi, sebagai reaksi penentangan bagi menentang kezaliman Umno. Seluruh negara gempar dengan siri-siri demonstrasi, penangkapan, operasi itu dan ini sehingga mengheret ke ambang PRU ke-10.", "Hasil Tsunami ini, protes ahli Umno berlaku dalam PRU ke-10. Terengganu jatuh ke tangan PAS dengan hanya meninggalkan BN empat kerusi. Di Kelantan mereka tinggal 2 kerusi. Kedah hampir-hampir ditawan PAS. Sebilangan kerusi tradisi BN berjaya ditawan pembangkang sehingga sekarang.", "Kedua adalah TSUNAMI CINA, berlaku pada tahun 2013. Peralihan sokongan kaum cina dari BN kepada pembangkang begitu drastik sekali berlaku. Kaum India juga hampir separuh yang berpaling. Pada PRU ke-12, mereka beramai-ramai melakukan perubahan meninggalkan MCA, MIC dan juga Gerakan.", "Kesan Tsunami ini, Pulau Pinang di bawah Gerakan jatuh ke tangan DAP. Perak, Kedah dan Selangor juga jatuh tanpa disedari. Kelantan mengekalkan kemenangan bergaya. Pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat buat kali pertama dalam sejarah negara.", "Kegagalan besar BN telah menyebabkan Pak Lah juga hilang kepercayaan. Beliau tidak dapat bertahan lama, terpaksa meletakkan jawatan lalu digantikan dengan proksi Tun M ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.", "Kini, berlaku semacam petanda tsunami baru bakal berlaku. Tsunami ini berbeza dari yang sebelumnya. Kerana ia bukan tsunami kaum, bukan tsunami akibat penindasan, tetapi tsunami atas dasar akidah. Tsunami yang disebut oleh ahli akademik Dr Iskandar Tan Abdullah sebagai TSUNAMI ISLAM.", "Tsunami ini tercetus akibat serangan yang tidak putus-putus terhadap ajaran Islam dan institusinya. Siri-siri penentangan terhadap pemerkasaan syariah, campurtangan fatwa, kalimah Allah, sekatan ke atas penceramah agama dalam dan luar, penghinaan terhadap agama dan berbagai lagi perilaku yang mengundang kemarahan umat Islam.", "Parti-parti, pertubuhan dan individu yang selama ini tidak pernah menyentuh isu orang Islam, kini terang-terangan menyatakan penentangan. Mereka yang dahulu kelihatan bermusuh, sanggup bersatu untuk menentang Islam. Bukan setakat non-muslim, bahkan ada orang Islam termasuk agamawan sendiri yang berpihak kepada mereka, membekalkan hujah dan peluru untuk meragui keabsahan ajaran Islam.", "Kemarahan umat Islam terhadap fenomena ini jelas dilihat apabila mereka mula menyeru kepada kesatuan atas nama Islam. Atas nama agama, umat Islam membuang perbezaan aliran, jemaah, parti dan lokaliti untuk berdiri dalam satu saf yang sama. Himpunan menyokong RUU355, menjadi indikator besar bahawa umat ini masih memiliki sensitiviti tinggi terhadap agama. Pantang melihat Islam dicabar.", "Beberapa kajian dan bancian yang dilakukan oleh berbagai pihak kebelakangan ini mengiyakan hipotesis ini. Ia berlaku terutama kepada kalangan orang muda dan kaum hawa beragama Islam. Sedar atau tidak, merekalah yang dominan dalam PRU14 akan datang.", "Maka manifestasi Tsunami ini bakal kita lihat dalam PRU14 yang bakal tiba. Rakyat akan menghukum semua pihak yang bersifat prejudis terhadap Islam dan institusinya. Umat Islam akan bangkit dan bersatu menentang segala cubaan untuk melemahkan kredibiliti agama di negara ini.", "Isu-isu yang boleh menyeru kepada perpaduan atas nama Islam perlu sentiasa digerakkan, untuk mengekalkan momentum yang baik ini sehingga PRU14. Selain RUU355, banyak lagi isu menyentuh maruah agama yang sedang diperlecehkan. Semua ini perlu disedari oleh umat Islam, supaya agama ini tidak terus dipermainkan.", "Semoga kesedaran untuk membela Islam tidak hanya berlaku dalam tindakan politik sahaja. Sebaliknya ia terus berkekalan agar agama ini terus subur di hati dan terus mekar di bumi yang dicintai semua ini. – HARAKAHDAILY 10/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/10/hakim-menarik-diri-dari-pendengaran-kes-tanah-ncr/
Hakim menarik diri dari pendengaran kes tanah NCR
[ "HAKIM Yang Arif Lee Heng Cheong mengambil keputusan mengundur diri dari meneruskan pendengaran kes Tanah NCR Kampung Haji Wahed pada hari khamis lalu. Tindakan beliau disambut baik oleh penuntut Tanah NCR demi menjaga integriti dan maruah sistem kehakiman yang diamalkan dalam negara ini. Hakim baru bakal mengendalikan Kes Tanah NCR Kampung Haji Wahed, Miri pada tarikh yang lain. Tarikh perbicaraan akan ditetapkan semula kemudian. Kes ini sudah mengambil masa lebih dari 4 tahun  tanpa sebarang penyelesaian. Semua pihak yang terlibat mengharapkan kes ini dapat diselesaikan secara adil dan telus oleh hakim yang baru dilantik nanti agar semua pihak yang terlibat dapat menerima keputusan dengan baik. Pihak Plaintif / PEWARIS / Penuntut / Penyokong yang sentiasa mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan secara adil sentiasa hadir semasa sesi perbicaraan diadakan. Mereka sangat berharap agar kes tanah adat atau Tanah NCR Kampung Haji Wahed yang mengambil masa bertahun-tahun ini dapat diselesaikan secara adil dan telus kerana selama ini banyak tanah adat mereka telah diceroboh oleh pihak-pihak pemaju tanpa sebarang pampasan yang sewajarnya. Mereka mahu tanah adat datuk nenek moyang mereka dikembalikan semula agar mereka dapat mengerjakan tapak untuk bercucuk tanam dan membina tempat kediaman mereka dengan selamat. PAS mengesa pihak pemerintah dapat memberi perhatian dan tindakan sewajar terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk asal ini agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama. – HARAKAHDAILY 10/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/10/opera-di-belakang-tabir-dap-gerakan-dan-mca/
Opera di belakang tabir DAP, Gerakan dan MCA?
[ "SEMINGGU dua ini, DAP, Gerakan dan MCA mengulangi lagi episod drama cabar-mencabar sesama mereka menjelang pembentangan Rang Undang-undang (RUU) persendirian meminda Akta 355 oleh ahli parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Seperti biasa DAP memulakannnya dengan mencabar menteri MCA dan GERAKAN meletak jawatan, manakala pihak MCA pula mencabar DAP menyingkirkan PAS dari Kerajaan Negeri Selangor.", "Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat drama kali ini boleh menjadi jawapan, benarkah selama ini DAP, Gerakan dan MCA bermain opera di belakang tabir?", "Sebelum ini, orang ramai sering memperkatakan bahawa ketiga-tiga parti ini hanya bergaduh di depan khalayak, tetapi mereka di belakang sebenarnya mengatur agenda tertentu untuk kepentingan sempit parti mereka. Golongan yang dominan untuk mengatur agenda-agenda ini bukan pimpinan politik ketiga-tiga parti ini, tetapi pihak ketiga iaitu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs). Ketiga-tiga parti ini dikatakan sebagai pelaksana termasuklah berperanan sebagai golongan pendesak dan golongan yang didesak. Demikianlah yang selalu diperkatakan oleh orang ramai, tentang hubungan sebenar DAP, Gerakan dan MCA.", "PPP telah melakukan kajian sorotan sejarah terhadap hubungan ketiga-tiga parti ini berdasarkan beberapa isu lama seperti isu Universiti Merdeka, isu Operasi Lalang, isu tuntutan Suqiu, isu UEC dan lain-lain, dan mendapati ada asas mengapa orang ramai bertanggapan sedemikian.", "Yang paling terkini, ketiga-tiga parti saling cabar mencabar menunjukkan siapa yang paling anti Syariah Islam, manakala NGO tertentu pula langsung tiada toleransi terhadap usaha umat Islam untuk memperolehi hak asasi mereka bernaung di bawah Undang-undang Syariah. PPP melihat episod drama seperti ini memperkukuhkan lagi hipotesis umum, bahawa ada opera yang berlaku di sebalik tabir.", "Sekiranya tanggapan ramai ini tepat, konspirasi ketiga-tiga parti politik ini dan NGO yang terlibat sebenarnya boleh menjejaskan integrasi nasional. Tindakan mana-mana pihak berkonspirasi untuk menghalang umat Islam di negara ini untuk memenuhi hak asasi mereka bernaung di bawah Undang-undang Syariah, hanya akan memburukkan hubungan harmoni sesama rakyat Malaysia.", "Malah lebih dari itu, seperti mana yang telah ditulis oleh seorang ahli akademik, Dr Iskandar Tan Abdullah, konspirasi seperti ini akan menjana TSUNAMI ISLAM untuk memastikan pihak yang anti Syariah Islam akan tersungkur dalam PRU ke-14 akan datang. PPP berkeyakinan Tsunami Pengundi Cina dalam PRU ke-13 akan diganti dengan Tsunami Pengundi Islam selepas ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/teknologi-telefon-pintar-permudah-oku-penglihatan/
Teknologi telefon pintar permudah OKU penglihatan
[ "TEKNOLOGI dengan OKU penglihatan pada hari ini tidak lagi boleh dipisahkan. Adanya pelbagai teknologi yang berasaskan maklumat atau dikenali sebagai Information Technology (IT) sebenarnya sangat membantu aktiviti harian atau pekerjaan seseorang OKU penglihatan.", "Bermula dengan kepesatan dan pertumbuhan teknologi telefon pintar, computer peribadi PC atau laptop, netbook atau note book, bagi OKU penglihatan kepesatan yang berlaku tetap diperhati agar manfaat yang ada dapat dioptimumkan. Kepesatan dalam pembentukan yang pelbagai dari sudut reka bentuk mungkin tidak banyak boleh membantu.", "Namun kepesatan yang berlaku sangat memberi kesan dari kepelbagaian software atau pengisian. Justeru, bagi seseorang OKU penglihatan, maklumat berkaitan perkembangan software dan kebolehgunaan (compairtability) dengan hardware atau perkakasan yang ada sangat diperlukan.", "Apa jua software yang diguna sangat bergantung kepada keperluan dan kemampuan. Seberapa mampu akan saya kongsikan dalam tulisan ini setidak-tidaknya dapat memberi maklumat umum kepada para pembaca.", "Secara umumnya, persaingan dua gergasi telefon pintar iaitu Apple dan Android dilihat menawarkan kepelbagaian kepada para pengguna. Begitu jugalah bagi pengguna OKU penglihatan, persaingan kedua-dua gergasi pengeluar telefon pintar ini sangat signifikan.", "Kedua-dua pengeluar telah cuba memenuhi kepelbagaian pengguna mereka termasuklah dari kalangan OKU penglihatan. Bagi kedua-dua pengeluar telefon pintar ini, masing-masing telah menyediakan satu pengisian pembaca monitor atau screen reader untuk pengguna masing-masing.", "Begitu juga pengeluar Apple melalui telefon pintar mereka seumpama IPhone. Bagi Apple, suatu software telah juga dibangunkan untuk kegunaan OKU penglihatan iaitu Voice Over.", "Kedua-dua pengeluar operating system (OS) di atas punyai kelebihan dan kebaikan tersendiri. Dari segi harga, kebanyakan pengguna memilih sistem yang berasaskan Android.", "Namun bagi mereka yang perlu bergantung kepada telefon pintar untuk melakukan pelbagai tugasan dan aktiviti, pengeluar yang berasaskan IO system yang dibangunkan Apple dilihat memenuhi keperluan tersebut.", "Justeru para pembaca kini seharusnya telah punya satu maklumat umum kenapa ada Oku penglihatan yang menggunakan telefon berasaskan Android dan ada yang menggunakan telefon yang dikeluarkan oleh Apple. Bagi OKU penglihatan, ukuran kemewahan dalam memilih telefon pintar bukan pertimbangan utama.", "Apa yang boleh disimpulkan, pihak pengkaji di luar sana sememangnya telah memberi suatu perhatian khusus kepada kelompok OKU penglihatan khususnya dan OKU secara umumnya. Lihat saja bagaimana syarikat Apple membangunkan system IOs mereka untuk disesuaikan dengan OKU pelbagai katagori.", "Pada ruang yang akan datang, Insya-Allah saya akan berkongsi secara seimbas lalu bagaimana system dalam pengoperasian computer peribadi membantu seseorang OKU penglihatan. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/rm90-juta-pas-mula-tindakan-saman/
RM90 juta: PAS mula tindakan saman
[ "“Hendak saman, bukan perkara yang mudah, dia kena kaji dahulu kes dan banyak perkara lagi ia bukan semudah buat laporan polis,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar tahunan PAS Kawasan Tanah Merah kali ke-56 yang diadakan di Kampung Manal disini.", "Dalam pada ketika berucap merasmikan mesyuarat agung itu beliau menjelaskan PAS Pusat tidak mempunyai sebarang akaun dalam institusi perbankan, Affin Bank.", "Isu tersebut timbul apabila bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa dana RM90 juta disalurkan kepada PAS Pusat melalui Affin Bank.", "“Kalau orang kata, pemimpin PAS dapat duit daripada Umno RM90 juta, dimasukan dalam Affin Bank, boleh jadi dana itu dapat masa dia dahulu,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/dua-keutamaan-pas/
Dua keutamaan PAS
[ "ANAK muda bertanya saya, mengapa PAS tidak lagi garang menentang UMNO? Mengapa PAN lebih menyerlah menyerang UMNO bersama Pakatan Harapan berbanding PAS? Adakah benar PAS akan bersama UMNO pada hujungnya nanti?", "Ini soalan biasa yang disoal anak muda apabila saya bersua dengan mereka di mana-mana pertemuan secara berkebetulan. Biasanya dalam musafir saya keliling negara atau ulang alik saya antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur.", "Biasanya saya akan memulakan jawaban dengan kembali bertanya kepada anak muda itu, “Adakah rakyat Malaysia hari ini belum tahu kejahatan dan keburukan UMNO? Kamu sokong UMNO-kah?” Spontan anak muda itu menjawab, “Eh, mana boleh. Pilihan raya nanti, tahulah kami kerjakan UMNO.”", "Saya berkata, “Jika begitu, buat apa PAS bersungguh-sungguh berceramah sana sini mengutuk UMNO? Kan semua orang dah pandai mengutuk UMNO. Semua dah boleh syarah dan berhujah menolak UMNO? Mungkin yang masih berbaki sokong UMNO hanyalah yang perlu diperiksa telinganya kat klinik,” gurau saya.", "Anak muda termenung, “Habis tu, apakah yang PAS lakukan sekarang? Bukankah mesra dan berbaik dengan UMNO itu dilihat memanjangkan umur UMNO?”", "Saya menjawab, “Aik, terbalik tu. Patutnya kamu kata, itu akan memendekkan umur PAS-lah. Kan semua dah setuju benci dan tolak UMNO. Bila PAS mesra UMNO, nahaslah PAS. Kan?”", "Saya terus pergi kepada soalan asal anak muda itu yang masih saya gantung jawabannya. Saya fikir dia sudah selesa untuk mendengar daripada jawaban saya dengan baik. Saya dekatkan hatinya kepada saya sesudah dia dekatkan tubuhnya kepada saya dengan soalan-soalan di atas. Tampak benar anak muda ini sudah lama mencari-cari jawaban yang boleh menenangkan hatinya. PAS ini, walau dimarah-marahkan, tapi rindu padanya tak hilang-hilang.", "Saya mulakan, “Kita dekat dengan UMNO hari ini kerana dulu UMNO jauh dari PAS. Orang berkuasa dan kaya biasalah sombong dan enggan menyapa apatah mendengar daripada orang miskin. PAS dulu lemah dan miskin. Kini tidak lagi. Ada kuasa dan kaya sokongan. Adakah apabila UMNO datang kepada PAS, PAS kena lari?”", "Saya tambah, “Masanya PAS bercakap kepada UMNO secara berdepan, bukan lagi melaung dari jauh dan kejauhan. Jauh kita memanggil dan memekik. Dekat kita bercakap dan berbual bukan? Beri jawaban, mengapa UMNO datang kepada PAS? Beri jawaban, mengapa UMNO tidak pergi kepada PAN atau PKR atau parti-parti lain yang sedang beraksi hari ini?” Saya kejutkan anak muda yang dah mula keasyikan itu dengan soalan terjah.", "Dia terkejut tapi terus menjawab mudah, “Ya, kenapa ya ustaz? Dia nak minta bantuan PAS ke? Entah-entah, dia nak beli PAS dengan 90 juta haha,” sambil ketawa cuba kenakan saya dengan gurauan yang buatkan saya turut ketawa.", "Saya jawab, “Ya, orang sakit harus berubat dan kena pohon bantuan. Orang sakit kena membeli ubat. Kena bayar demi kesembuhan. Tapi bukan 90 juta. Tak cukup. UMNO kena bayar berbilion ringgit kerana UMNO telah habiskan berpuluh bilion wang rakyat.” Saya jamu anak muda itu dengan kek bilion pula. Segar dia dengar 2.6B. Kemudian saya panjangkan syarahan saya tanpa menoleh lagi.", "UMNO datang kepada PAS kerana UMNO telah lama tahu bahawa PAS ada ubat dan penawar. UMNO tidak pergi kepada PAN dan yang lain kerana mereka tiada ubat. PAN itu sendiri adalah penyakit, bukan ubat. Orang sakit tak akan minta bantuan daripada orang sakit juga.", "UMNO dan PAS berbalah sejak lama. Dari anak beranak di dalam rumah sehinggalah sepupu sepapai di parlimen. PAS mana tak kenal UMNO dan UMNO mana tak kenal PAS. Keajaiban di sebalik perbalahan ialah saling mengenal kelebihan dan kekurangan musuh masing-masing. Dan tidak pelik, dalam berhadapan musuh ketiga yang memiliki kemudaratan bersama, mereka meredakan permusuhan dan menumpu kepada musuh baru. Manusia tidak mampu memecahkan sunnah kehidupan ciptaan Allah ini.", "PAS jauh daripada DAP. Tetapi mereka saling mendekatkan diri demi berhadapan UMNO dalam PRU13. Apabila dekat, mereka saling cuba mengenal diri dan berbaik. Akhirnya mereka berpisah kerana pengenalan indah di ruang tamu berakhir dengan pengenalan buruk di hujung dapur.", "UMNO tahu dia sakit. Rakyat tahu UMNO sakit. PAS lagi tahu. UMNO datang mencari bomoh baru. Dulu UMNO suka berjampi dengan bomoh-bomoh memuja jin dengan asap dan kemenyan. Sampai bersepah tulang temulang dikerat bomoh. Itu cerita lama UMNO. Rasanya dah berakhir dah zaman kebodohan terlajak itu.", "Apa yang PAS lakukan? Saya jelaskan kepada anak muda itu. Ada dua yang PAS lakukan hari ini. Dua ini adalah keutamaan yang dilaksanakan oleh PAS. Ia mendahului lantang suara dan lancang kecaman yang didahulukan oleh PAN dan DAP.", "Pertama, menasihati UMNO. Ia keaslian inti al Quran. Ia tugas para anbiya’ dan tugas para pejuang dan muslihin. Kalau kita sayang, Allah lebih sayang. Kalau kita benci, Allah lebih benci. Jangan sesekali kita sayang ketika Allah benci atau kita benci saat Allah menyayangi. PAS kekal setia bersama Allah dan Rasul-Nya, mentaati dan menuruti segala isi dan panduan al Quran.", "Yang akan menghukum UMNO adalah rakyat, bukan PAS. Semakin UMNO memburuk aksinya memerintah negara, semakin dekat hukuman rakyat ke atasnya. PAS menasihati UMNO agar berubah dan jangan berubah kecuali kepada Islam. Jika UMNO memilih ubat selain Islam, maka datang UMNO kepada PAS adalah sia-sia. Pergilah kepada farmasi selain PAS. Ubat Islam tiada harganya. Harganya hanyalah pada menggunakannya dengan sebaik-baiknya.", "Kedua, membina alternatif dan penyelesaian kepada rakyat. PAS tidak perlu melaung kepada rakyat. Rakyat sudah bersedia mendengar daripada PAS. PAS dalam ceramah, dialog, wacana, pertemuan dan pelbagai medium lagi untuk mendekati rakyat datang menerangkan penyelesaian Islam bagi membina negara berjaya dan sejahtera.", "PAS mendekati rakyat dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS). Ia menawarkan sebuah kerajaan teknokrat yang sifatnya menginklusifkan pembinaan negara melalui gandingan kepakaran semua pihak dan rakyat yang bersama menjunjung kedaulatan negara. Ia bukan membolot kekuasaan buat kelompok sendiri seperti amalan BN selama ini.", "PAS mengetengahkan penyelesaian sebenar penuh berkat terhadap isu-isu yang membelenggu rakyat daripada isu kerapuhan binaan rumah tangga bahagia, gejala sosial anak muda, pengangguran belia, pemilikan rumah, kenaikan harga barang dan inflasi sehinggalah isu-isu yang menjadi faktor utama kerosakan negara seperti rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih, kekebalan penguasa, pembaziran, pemborosan dan sebagainya.", "Di antara menasihati UMNO dan mengemukakan alternatif dengan PAS menggantikan UMNO adalah dua perkara yang tidak bertentangan. Ia adalah pilihan yang sejahtera dan menyatukan rakyat dengan politik harmoni dan sejahtera. Rakyat berhak menentukan, UMNO atau PAS sebagai pilihan di hati. PAS sentiasa di landasan istiqamah membimbing rakyat menuju jaya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/redha-allah-swt-matlamat-perjuangan-pas/
Redha Allah SWT matlamat perjuangan PAS
[ "MASIH terdapat mereka yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Bagaimana PAS beraksi di pentas politik. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangannya. Cemburu mereka bukan kepalang apabila PAS terus meraih sokongan ummah meskipun diselubungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.", "Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat dari pelbagai latar. Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS dari saingan politik negara lalu menggesa supaya PAS menyertai Jamaah Tabligh dan Tarikat Sufi.", "Secara tidak langsung mereka sebenarnya telah memberi penghormatan tinggi kepada PAS dengan gesaan tersebut justeru Jamaah Tabligh dan Kumpulan Tarekat adalah sahabat PAS dipentas dakwah Islam dan Amal Islami.", "Mereka jahil tentang perjuangan PAS. Mereka gagal memahami seni politik yang dibawa oleh PAS. Tidak tergapai dek aqal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam. Mereka sangka, Islam tidak boleh diperjuangkan di pentas politik.", "Secara peribadi, saya maafkan mereka justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masakini. Biarlah saya tegaskan kembali bahawa:", "i – Dasar perjuangan PAS adalah Islam. Penegasan ini boleh dirujuk pada Perlembagaan PAS Fasal ke-3. Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kepatuhan dan ketundukan itu adalah bermaksud untuk meraih Redha Allah swt.", "ii – PAS pula ditubuhkan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah swt. Juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Objektif ini tercatat di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-5.", "iii – Antara usaha PAS ialah menyeru ummat manusia kepada Syariat Allah swt dan Sunnah RasulNya saw melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-6 di bawah tajuk usaha-usaha PAS.", "Biarpun halangan sebesar gunung, PAS tidak pernah gentar mendepaninya demi melunaskan cita-cita perjuangan Islam. Perlembagaan PAS, Fasal ke-4 menegaskan bahawa Seruan PAS ialah Allahu Akbar (Allah Yang Maha Besar). Tiada yang lebih besar dan hebat selain Allah swt. Tiada siapa yang boleh menghalang dan menyekat perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/usul-desak-tindakan-langgar-baiah/
Usul desak tindakan langgar baiah
[ "“Sumpah dan baiah dibuat mantan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bagi mengelakkan wakil rakyat PAS lompat parti dan membawa lari kerusi PAS.", "“Kami mendesak bawa mereka ini ke Mahkamah Syariah sebab Hakim Mahkamah kata ada kes tetapi kita masih berdiam diri,” kata perwakilan itu.", "“Kita berharap supaya Muktamar ini mendesak PAS agar bertindak, sekiranya tiada, PAS Kawasan sendiri akan bertindak membawa kes ini ke Mahkamah,” jelasnya.", "Selain PAS Cawangan Klewek turut mendesak PAS Pusat mahupun Kelantan mengambil semula kerusi Parlimen Tanah Merah selepas diserahkan kepada PKR. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/kenapa-dunia-terus-gagal-bertindak-ke-atas-myanmar/
Kenapa dunia terus gagal bertindak ke atas Myanmar?
[ "PRESIDEN MAPIM, Cikgu Azmi telah berucap di UN di Geneva pada 8 Mac 2017 dalam forum khas anjuran Islamic Human Rights Commission (IHRC) yang berstatus perundingan (consultative) di bawah Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, UN.", "Beliau diminta berucap mengenai pengelaman dan kesan Food Flotilla for Myanmar. Dalam ucapan lebih 25 minit itu beliau telah menekankan bagaimana komuniti dan agensi dunia gagal mengatasi penindasan ke atas kaum Rohingya sejak lebih enam dekad.", "“Ini bukan isu yang kompleks sebagaimana ramai pihak cuba melihatnya. Ia isu yang jelas dan terang. Ia isu penafian hak dan penghapusan etnik,” kata beliau di depan wakil pelbagai NGO dan wakil negara.", "“Apakah kita nak memberitahu ibu yang diperkosa dan anaknya disembelih oleh tentera Myanmar, bahawa ini isu kompleks dan susah untuk diselesaikan? Sedangkan ia jelas soal keganasan yang didalangi oleh pemerintah Myanmar dan melanggar segala perundangan antarabangsa. Kenapa dunia bertangguh untuk mengambil tindakan ke atas Myanmar yang sudah sekian lama melakukan jenayah ke atas kemanusiaan?” ujar beliau lagi.", "Cikgu Azmi telah mendedahkan fakta yang diperolehi dari dalam Maungdaw mengenai keganasan yang telah dilakukan ke atas etnik Rohingya sejak 9 Oktober 2016 di negeri Rakhine/ Arakan utara: Tentera Myanmar dan Polis Kawalan Sempadan telah melakukan jenayah berikut •50 perkampungan dibakar•12,118 rumah dibakar•118 madrasah dimusnah•143 masjid dibakar dan dimusnah•913 kedai muslim dibakar•1,094 orang (lelaki, wanita, kanak-kanak) hilang•97,000 orang hilang tempat tinggal•2,327 orang ditahan•1,447 orang cedera•2,287 wanita dan gadis dirogol•1,234 orang terbunuh •73,000 melarikan diri ke Bangladesh", "“Kami menggerakkan inisiatif flotilla bukan hanya soal menghantar bantuan kemanusiaan semata-mata tetapi adalah untuk menarik fokus dunia. Bahawa jenayah yang dilakukan pemerintah Myanmar tidak boleh dibiarkan berterusan. Dunia mesti melakukan tekanan yang cukup kuat ka atas Myanmar untuk dipaksa menghentikan kezaliman yang dilakukan ke atas minoriti Mulsim Rohingya,” tambahnya lagi.", "“Bangladesh juga tidak boleh dilepaskan? Kesukaran untuk badan kemanusiaan untuk membantu pelarian ke Bangladesh perlu diatasi segera. Anehnya sementara Bangladesh mengatakan ia tidak mampu menerima ratusan ribu pelarian Rohingya, namun ia juga beralasan jika dibenarkan badan antarabangsa membantu pelarian akan mengalakkan lagi pelarian Rohingya memasukki Bangladesh,” kata Cikgu Azmi lagi.", "Namun bukankah itu isu Bangladesh untuk bersama komuniti dunia menekan Myanmar supaya menghentikan keganasan ke atas etnik Rohingya. Apakah alasan yang sama boleh diberi kepada negara lain yang menerima pelarian Rohingya?", "Pengalaman hanya 25 orang sahaja dari 182 orang delegasi Flotilla yang dibenarkan melawat kem pelarian telah menggambarkan pihak Bangladesh keberatan menerima pihak luar membantu pelarian.", "Cikgu Azmi mempersoalkan kenapa komuniti dunia gagal bertindak menyelamatkan etnik Rohingya daripada penindasan yang menderita lebih setengah abad. Apa yang menghalang Myanmar daripada diheret ke mahkamah anatarabangsa atau sekatan dikenakan keatas negara tersebut?  Dalam ucapan beliau, perkara yang dituntut dilaksanakan oleh pihak Majlis Hak Manusia PBB (UNHRC) ialah mewujudkan Komisi Penyiasatan Antarabangsa (International Commission of Inquiry) atau badan yang seumpama itu untuk menyiasat pelbagai perlakuan ganas tentera Myanmar.", "Operasi Pemusnahan (Clearance Operation) yang dilancarkan oleh tentera Myanmar telah melanggar pelbagai undang-undang hak manusia antarabangsa. Ia termasuk jenayah ke atas wanita dan kanak-kanak, pembunuhan dan penangkapan tanpa bicara, pengusiran, pemusnahan dan perampasan harta benda.", "Pejabat UNHRC telahpun mendokumentasikan kes-kes pelanggaran hak manusia oleh tentera Myanmar yang serius terhadap etnik Rohingya ketika operasi tentera Myanmar tersebut yang jelas melakukan jenayah ke atas kemanusiaan. Banyak lagi dokumentasi telah dikumpulkan yang sepatutnya menjadi alasan kukuh untuk mewujudkan badan penyiasatan tersebut.", "Pihak Myanmar telah menafikan semua bukti yang dikumpul dan pihak tentera mengguna imuniti berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan 2008 untuk tidak didakwa. Sehingga hari ini tidak ada seorangpun yang didakwa ke atas jenayah yang dilakukan.", "Pada Februari 2016, tiga orang pegawai rendah telah dihukum dua bulan penjara dan tiga pegawai tinggi diturun pangkat mengenai kes memukul dan menyiksa tahanan Rohingya yang diviralkan. Sejak Oktober 2016, empat komisi untuk menyiasat ditubuhkan oleh kerajaan Myanar, namun semuanya tidak mempunyai wibawa, kredibiliti, kebebasan dan kepakaran untuk melakukan sisatan yang berkesan dan bebas.", "Pada 1 Disember 2016 Presiden Myanmar Htin Kyaw menubuhkan komisi siastan 13 anggota yang dipengerusi oleh Timbalan Presiden,  Myint Swe, seorang bekas jeneral tentera untuk ‘mencari kebenaran’ keganasan tentera. Anggota komisi itu termasuk Ketua Polis Myanmar dan bekas pegawai kerajaan. Rumusan siasatan ialah menafikan sebarang salah guna kuasa oleh tentera Mynamar.", "Demikian juga sebuah komisi yang ditubuh oleh parlimen negeri Rakhine pada 24 Oktober 2016 yang dianggotai oleh 11 anggota, namun secara dominan dikuasai oleh etnik Rakhine dari Parti Nasional Arakan (ANP). Komisi ini tidak menyiasat pelanggaran hak manusia, hanya menumpu kepada serangan ke atas pos tentera pada 9 Oktober 2106.", "Pengerusi Komisi tersebut seorang ahli Parlimen ANP, Aung Win, menyatakan kepada BBC, bahawa kes merogol wanita Rohingya tidak mungkin terjadi sebab wanita Rohingya adalah “kotor” dan “mereka tidak cantik, jadi tidak ada orang Buddha tempatan mahupun tentera yang mahu merogol mereka”. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/ustaz-yusuf-dipilih-ketua-dppkm-yang-baharu/
Ustaz Yusuf dipilih ketua DPPKM yang baharu
[ "Beliau telah dipilih dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agong Pemuda PAS Kawasan itu kali ke-33 yang telah berlangsung di Dewan Maahad Tahfiz Al Busyra, Masjid Pengadang Baru.", "“Saya sebenarnya tidak layak, yang mana orang yang bersama saya mereka ini lebih layak,tetapi amanah yang diberikan oleh sahabat sekalian mudah-mudahan kita berada di landasan yang betul dan kita bersama saf saf perjuangan Islam Insyaallah,” kata beliau dalam ucapan sulungnya.", "“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada saf kepimpinan DPPKM yang  telah bekerja dan menyumbang segenap tenaga, masa, wang ringgit dan segala-galanya bagi menjayakan aktiviti. Juga terima kasih kepada jawatankuasa panitia muktamar agong tahunan yang bertungkus lumus untuk menjayakan mesyuarat agong malam ini,” ujar beliau.", "Selain Ustaz Yusuf, yang dipilih dalam DPPKM ialah Ustaz Ziyad Zakaria, Sabri Zakaria, Aswadi Mohamad, Fazrul Ismail, Azmi Amiruddin, Ismail Sapia, Mohd Fakhurudin Yasin, Ustaz Bunyamin, Ahmad Nazirul Ismail dan Azlan Abdul Wahab.", "Gandingan muka lama dan baharu telah di pilih dalam pemilihan yang diadakan pada Jumaat,10 Mac 2017 yang lepas. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/11/betul-pada-korea-utara-tak-tentu-betul-bagi-kita/
Betul pada Korea Utara, tak tentu betul bagi kita
[ "HUBUNGAN kita dengan Korea Utara tegang dan bertambah tegang. Kesnya warganya yang penting mati dibunuh di negara kita yang kita wajar kendali mengikut undang-undang kita.     Kaedah kita itu tidak disetujui olehnya. Ia mahu kes itu dikendali bersama. Kemahuannya tidak betul pada undang-undang kita. Tetapi yang tidak betul padanya dikiranya betul juga, seolah-olah yang betul itu dia, yang tidak betul ialah kita.       Macam-macam kenyataannya yang tidak diplomatik, tiada apa yang dapat dibuat melainkan persona non gratakan dutanya. Maka ia pun ambil tindakan sama pada duta kita.      Kemudian ada orang pentingnya yang penting bagi membantu penyiasatan tidak dibenarkan meninggalkan negara ini. Tindakan kita tidak salah pada peraturan kita, tetapi Korea Utara bertindak pula tidak membenarkan kaki  tangan kedutaan kita dan keluarga masing-masing serta warga kita di sana meninggalkan negara itu  bahkan mereka dijadikan tebusan di kedutaan. Terkurung mereka sehelai sepinggang.     Benarkan orang mereka yang tidak dibenarkan meninggalkan negara, barulah orang yang dijadikan tebusan itu dibebaskan.      Tindakannya melanggar susila diplomatik dan peraturan angtarabangsa.       Maka kita bertindak balas pula tidak membenarkan  warganya di sini meninggalkan negara ini.       Biasa bagi amalan diplomatik, tindakan terhadap sebuah negara itu tidak ikut sangat susila. Apabila duta diusir atas sebab tertentu, maka ia mengusir pula duta negara yang mengusirnya.      Sekarang orang kita tak boleh balik dan orang dia pun tak boleh tinggalkan Malaysia.      Orang kita yang tersekat itu tidak bebas keluar masuk tempat mereka tersekat. Tidak dipastikan mereka cukup bekalan makanan dan bagaimana kemudahan makanan dan persalinan mereka.      Kebimbangan kita ialah mereka putus bekalan makanan. Semasa tiada krisis dulupun mereka sukar untuk mendapatkan bekalan makanan. Makanan tak halal pun payah, yang halal lagi payah. Bagi mendapat ayam mereka terpaksa ke sempadan China yang beratus kilometer jaraknya.       Jika boleh dalam masa aman pun tiada orang kita yang tahan berada lama di sana.      Allah saja yang tahu payahnya mereka dan Allah saja yang dapat melepaskan mereka daripada masalah yang dihadapi.      Kepayahan yang orang  kita hadapi dipercayai tidak akan dirasai sangat oleh orang-orangnya yang tidak dibenarkan pulang. Kalaupun ada orangnya berlindung di kedutaannya, mereka tidaklah terkurung sangat. Tidak mungkin mereka sampai putus bekalan makanan.        Mungkin mereka terpaksa mencatu makanan. Tetapi catuan di sini mungkin tidak seteruk catuan biasa di negara itu.        Ada pun orang kita di sana tidaklah berapa orang sangat. Tetapi orang Korea utara yang berkhidmat di negara ini ramai. Bagi orang kita kalau boleh tidak mahu tinggal sesaat pun, tetapi bagi orang mereka jika boleh mahu tinggal di sini  selama-lamanya.      Menghantar mereka pulang adalah suatu hukuman berat, tetapi tidak dibenarkan pulang adalah rahmat.      Tindakan menyekat mereka pulang dipercayai sangat mereka suka, kerana di sini ibarat syuga.      Pada Korea Utara demi kepentingannya termasuk mengurung orang kita di kedutaan betul padanya sekalipun tak ikut aturan dunia. Tindakan kita yang sama ke atas orangnya tidak semesti betul kerana ia tidak mendera mereka yang tidak dibenarkan pulang.      Kita kena cari kaedah yang lain. Apa kaedahnya? Kita ramai ahli fikir dan  pakar strategis, biarlah mereka memikirkannya. – HARAKAHDAILY 11/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/12/tahniah-chong-wei-skuad-hoki-negara/
Tahniah Chong Wei, skuad hoki negara
[ "“Tahniah skuad ‘The Speedy Tigers’ Hoki Negara berjaya menewaskan China di Dhaka untuk muncul juara pusingan kedua Liga Hoki Dunia malam ini menerusi penalty shoot out 5-3 setelah perlawanan terikat 2-2.", "“Tahniah Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yuqi dari China dengan straight set (21-12 | 21-10) untuk muncul juara di Kejohanan Badminton All England,” tulisnya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/12/perundangan-syariah-cuba-disekat-dap-sekutunya/
Perundangan syariah cuba disekat DAP, sekutunya
[ "DAP telah bertindak menentang usaha memperkenalkan perundangan Islam menerusi Mahkamah Syariah walaupun rundingan dan usaha pindaan akta berkaitan semakin menghampiri kejayaan.", "Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, usaha meminda Akta 355 merupakan kesinambungan dari asas yang telah dibina oleh generasi awal semasa menuntut kemerdekaan.", "Di mana jelas beliau, rombongan kemerdekaan telah berunding dengan Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan hingga berjaya meletakkan Islam dalam draf tersebut.", "“Tetapi mereka (Suruhanjaya Reid) menafsir Islam itu mengikut perkataan ‘religion’ dalam Bahasa Inggeris, bukan perkataan ‘ad-din’ daripada al-Quranul karim. Di sini terdapat percanggahan.", "“Namun, Reid terus meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, perkataan ‘religion’ dengan membuat berapa halangan melalui Jadual Kesembilan yang disebut 355 hari ini,” ujarnya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.", "Islam jelasnya, walaupun diserahkan di bawah kuasa Raja-raja dan kuasa negeri, tetapi Jadual Kesembilan menghalang Mahkamah Syariah untuk menghukum mengikut Syariat Islam.", "Terang beliau, Mahkamah-mahkamah Syariah yang ada lebih rendah kedudukan dan kuasanya dari Mahkamah Majistret di peringkat daerah dan Perlembagaan memperuntukkan orang bukan Islam tiada kaitan langsung dengan Mahkamah Syariah.", "Menurut Tuan Guru lagi, senario pindaan telah dilakukan sedikit demi sedikit dalam tahun 1960-an dan 1980-an, tetapi masih tetap rendah dari Mahkamah Majistret, di mana masih 356 iaitu merujuk 3 tahun penjara, RM5,000 dan enam kali sebatan.", "Itupun ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, sebatan dilakukan mengikut Mahkamah Sivil dan bukannya sebagaimana sebatan dalam Islam hingga menyebabkan kekeliruan. “Setelah kita 50 tahun mencapai kemerdekaan, sepatutnya kita pinda kepada yang lebih baik. PAS telah berusaha beberapa kali melalui Parlimen. Oleh kerana ‘Standing Order Parliament’ (SOP) tidak mengizinkan pembangkang untuk membuat pindaan, (maka) bagi memecahkan SOP ini, Kerajaan Kelantan di bawah PAS mengadakan rundingan dengan Kerajaan Pusat.", "“Hasil rundingan itu, akhirnya bersetuju untuk meminda 355, meninggikan taraf Mahkamah Syariah lebih daripada Mahkamah Majistret dan memperkenalkan beberapa hukum Islam, hukum sebatan mengikut adab-adab Islam. Setelah rundingan ini berjaya, malangnya kita mendapat tentangan daripada DAP dan beberapa parti lain ikut DAP.", "“Ini sudah langgar sempadan, sebabnya RUU ini berkait dengan orang Islam, Mahkamah Syariah berkait dengan orang Islam, tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam,” tegas beliau memaklumkan RUU tersebut akan dibawa pada sidang Parlimen kali ini.", "Jelasnya, perkara itulah yang ditakuti DAP dan terdapat pihak lain juga di belakang DAP serta yang mengikuti mereka. – HARAKAHDAILY 12/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/12/pas-itu-tabligh-dan-tabligh-itu-pas/
PAS itu Tabligh dan Tabligh itu PAS
[ "PAS diperli oleh zairil DAP, beliau cadangkan agar PAS menyertai jamaah Tabligh. Marah benar Zairil dengan PAS yang mengajak rakyat kepada Islam sehingga merasakan PAS tidak layak untuk berada dimedan politik dan sarankan agar PAS menyertai jamaah tabligh. Perli Zairil ini sebenarnya bukan sahaja tujuan memburukkan PAS malahan mengheret sama memburukkan jamaah tabligh.", "Tabligh itu maksudnya “menyampaikan”, bukan “menyembunyikan”. Ia adalah salah satu sifat wajib Rasulullah saw. Ia juga menjadi kewajipan keatas semua yang beriman terutama golongan yang berilmu. Haram bagi yang mengetahui menyembunyikan ilmu, berdosa jika menyembunyikan apa yang terkandung didalam Islam. Ia adalah sifat yang wajib ada kepada para pendakwah. PAS Parti Islam, maka tak dinamakan jamaah Islam kalau tidak berdakwah, tidak dinamakan pendakwah kalau tiada sifat tabligh padanya.", "PAS dibenci oleh orang seumpama Zairil ini kerana sifat tabligh yang ada padanya, PAS mengajak rakyat Malaysia supaya beramal dengan ajaran Islam termasuk didalam urusan berpolitik dan memerintah, mahunya siZairil supaya PAS tidak beramal dengan politik beragama sebagaimana umno juga mahukan PAS begitu sejak dulu, mahunya mereka supaya PAS juga sama seperti mereka berpolitik tanpa agama.", "PAS tak mungkin jadi begitu, kerana PAS parti Islam, kalau PAS pisahkan Islam dari politik, maka tiada bezanya PAS dengan mereka, PAS tak pernah buang prinsip perjuangannya, walaupun lumat PAS dihina dan difitnah sejak dulu kerana tablighnya. Islam itu berkembang dan membiak dengan ‘tabligh’, jika tiada yang menyampaikan maka tiadalah Islam, begitu juga PAS yang membiak dan menjalar dengan ‘tabligh’. Tabligh adalah organ untuk PAS terus bernyawa, tanpa tabligh, tiadalah Parti Islam seperti PAS.", "Lebih baik PAS sertai jamaah tabligh kata Zairil, pasti sahabat-sahabat saya dari jamaah tabligh akan mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar kalau sekira mereka membaca saranan Zairil. Mereka pasti gembira jika PAS menyertai mereka dan begitu juga kami pasti gembira jika mereka menyertai kami. Zairil lupa agaknya PAS dan jamaah tabligh adalah saudara kembar, kami seiras cuma ada sebutir tahi lalat pemanis sebagai pembeza, kami seperti tangan kanan dan kiri, saling membantu dan berdakwah demi Islam.", "PAS tak kisah kalau dikatakan kami dari jamaah tabligh dan jamaah tabligh pun tak kisah kalau dikatakan mereka PAS sebab kami sejiwa, jiwa agama. Setiap kali kami berjamaah di Masjid atau surau, pasti kami berjumpa, solat berjamaah menyatukan hati kami, disini tempat kami saling bersenyum dan bersapa khabar, disinilah juga tempat jiwa kami bersatu untuk sama-sama membantu perjuangan Islam, perlu diingat jamaah tabligh bukan sahaja ada diseluruh Negara malahan dunia, sebahagian mereka telah mendaftar sebagai pengundi.", "Jamaah PAS dan Tabligh sering berjamaah, kami tidak berjumpa lima tahun sekali, tetapi lima kali sehari. Kami bertemu dirumah Allah yang penuh barokah bukan dikelab malam sambil membotol, kami saling membesarkan Allah swt, mengajak sesama Islam supaya sentiasa sujud kepada Allah swt, InsyaAllah usaha kami pasti akan sampai kepada kemenangan yang dijanjikan Allah nanti, ketika sebahagian besar rakyat Malaysia sentiasa sujud kepada Allah sama ada ketika solat mahupun ketika berpolitik. “Benar” – HARAKAHDAILY 12/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/12/ulama-perlu-mendalami-ilmu-terkini/
Ulama perlu mendalami ilmu terkini
[ "Menurutnya, guru pondok jangan hanya mencari ilmu berkisar pada kitab semata-mata, sebaliknya, perlu mencari ilmu bagi menangani cabaran terhadap Islam masa kini.", "Beliau berkata, ilmu agama yang diajar di pondok perlu diteruskan, bagaimanapun jangan lupa isu semasa dan perkara yang berlaku di luar.", "aya tidak tahu bagaimana nasib Yik, sekolah-sekolah pondok bawahnya dan lain-lain lagi,” ujarnya.Sempena program itu 10 resolusi telah dicapai dan ia telah dibentangkan pengarah program Ustaz Mohd Asri Daud. – HARAKAHDAILY 12/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/12/ssm-br1m-pengurusan-kerajaan-lemah-rakyat-susah/
SSM & BR1M: Pengurusan lemah, rakyat susah
[ "KERAJAAN masih tidak mempunyai mekanisme bersepadu dalam mengenalpasti pendapatan diperolehi terutama oleh golongan peniaga ‘shadow economy’ yang dilihat menjadi punca sebenar kekurangan perolehan kepada negara.", "Kesan dari itu, kerajaan mengenakan percukaian ke atas semua rakyat atau mengetatkan prosedur kepada rakyat atau peniaga berpendapatan rendah sebagaimana GST dan isu SSM dari kalangan pemohon BR1M baru-baru ini.", "Lebih mengecewakan terdapat wakil rakyat kerajaan yang terus memperolokkan rakyat apabila situasi restoren dipenuhi pengunjung dijadikan ukuran kemampuan kewangan rakyat. Jika demikian, apakah bantuan dan data serta laporan berkaitan kemiskinan dalam negara satu pembohongan atau drama?", "Apatah lagi, kebanyakan pemilik rekod SSM itu adalah kalangan yang menyahut kempen atau pogram pemilikan dianjurkan pihak kerajaan. Juga menunjukkan usaha mereka untuk berdikari yang sepatutnya semakin dipermudahkan.", "Sewajarnya dengan segala syarat berkaitan pendaftaran dan lesen perniagaan, pengiklanan, premis, akaun dan seumpamanya telah membolehkan kerajaan mengesan golongan jutawan senyap dari perniagaan ala ‘shadow economy’, disamping penguatkuasaan oleh agensi berkaitan.", "Melaluinya, kerajaan bukan sahaja akan memperolehi hasil sepatutnya yang sengaja ‘dielakkan’, tetapi juga menangani pelbagai muslihat dan kegiatan haram dalam perniagaan serta mengekang gugatan berkaitan jenayah dan keselamatan.", "Ketika sama kerajaan dapat menghapuskan percukaian kepada golongan miskin terutamanya yang sepatutnya dibela dari hasil kekayaan negara. Inilah diajar Islam iaitu mengambil dari golongan kaya untuk diagih kepada golongan miskin dan memerlukan.", "Ia juga sebagaimana saranan PAS iaitu mengambil dari Cukai Keuntungan Modal (Capital Gain Tax) ke atas golongan korporat dan peniaga dalam mengurus penyelesaian berkaitan yang terdahulu pernah diajukan dalam Dokumen Hijau." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/12/pelan-induk-pertanian-selangor-siap-mei-ini/
Pelan induk pertanian Selangor siap Mei ini
[ "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pihaknya telah meminta agar Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN) menyiapkan pelan induk pembangunan pertanian yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini. “Banyak kajian dibuat secara menyeluruh melalui pelan ini serta diletakkan rangka strategi bagi membangunkan pertanian di Selangor dijangka Mei ini siap.", "“Pelan ini juga dalam usaha meningkatkan tahap pengeluaran hasil pertanian untuk makanan seperti sayur-sayuran, ternakan lembu, ayam pedaging dan akuakultur,” katanya kepada ketika Majlis Perasmian Program Karnival Jelajah Infratani Peringkat Dun Sungai Burong, Tanjung Karang, semalam.", "Tambahnya lagi, perkara itu adalah penting kerana bekalan makanan atau sekuriti makanan perlulah mencukupi atau sekurangnya boleh menampung dalam beberapa ketika untuk bilangan rakyat yang ramai jika terjadi krisis makanan.", "Memetik laporan SelangorKini semalam, beliau berkata jika berlaku perkara seperti itu, sudah tentu penggunaan tanah menjadi faktor kritikal memandangkan Selangor merupakan negeri perindustrian dan mempunyai jumlah penduduk tinggi akan menjadi lebih mencabar.", "“Dengan siapnya pelan induk pembangunan pertanian ini, diharap ianya merangkumi aspek penggunaan tanah yang optimum bukan sahaja kurang dari segi penggunaan keluasan tanah tetapi boleh menjana hasil yang tinggi melalui penggunaan teknologi dan konsep pertanian moden,” katanya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/13/orang-lama-pesan-jangan-fitnah-pas/
Orang lama pesan jangan fitnah PAS
[ "SELURUH PAS diingatkan agar tidak mengharapkan balasan daripada mahkluk atas apa yang telah mereka berikan kepada jemaah ini kerana mahkluk itu bersifat lemah.", "Namun begitu, sebagai insan yang mempunyai adab dan sopan, seharusnya kita membalas jasa baik sesama mahkluk yang telah membantu kita dalam kehidupan ini, apatah lagi dalam perjuangan menegakkan agama Allah.", "“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada para assabiquun di Dun Bukit Payong yang mana suatu waktu dahulu, telah mencurahkan khidmat bakti bagi menghidupkan jemaah ini, baik dalam pilihan raya, mahupun di luar pilihan raya.", "“Saya berpesan kepada semua, agar tidak mengharapkan balasan daripada manusia kerana paling kuatpun, manusia hanya memuji kebaikan dan kehebatan kita atau memberi hadiah.", "“Tetapi balasan daripada Allah di akhirat itu kekal abadi, jadi apa yang telah kita korbankan, janganlah kita ungkit, semoga pahala itu berkekalan,” kata Ahli Dewan ndangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dipetik Buletin Online.", "Jelas beliau lagi, akibat daripada mengharapkan balasan daripada manusia inilah yang menjadikan sebahagian ahli kecewa kerana tidak memperolehi apa yang mereka idamkan, dan seterusnya melangkah keluar dari jemaah.", "Assabiquun adalah perkataan arab yang menggantikan perkataan veteran, yang diilhamkan oleh Presiden PAS sendiri kerana ia ada disebutkan di dalam al-Quran.", "Turut hadir ialah mantan Adun Bukit Payong, Ustaz Baharuddin @ Ismail Mohd yang juga dipilih oleh jawatankuasa sebagai tokoh assabiquun Bukit Payong serta Pengerusi Assabiquun PAS Marang, Haji Omar Mohammad.", "Sementara itu, seorang tetamu yang ditemui, pesara guru, Puan Asmah Muhammad, 62, berkata beliau menyertai PAS semenjak dari kecil kerana keluarganya sememangnya ahli PAS.", "Oleh itu, beliau tidak merasa tergugat dengan fitnah-fitnah luar yang mencaci PAS kerana berpegang kepada prinsip PAS itu sendiri yang dari dahulu lagi mendasarkan perjuangannya untuk menegakkan Islam.", "“Mungkin hanya rekaan sahaja yang mengatakan PAS telah berubah ataupun terpengaruh dengan material, dengan orang lain ke, atau dengan sebab mereka merasa kecewa kerana tidak dipilih,” tegas beliau.", "Bagi beliau, PAS boleh berubah mengikut keperluan semasa agar tidak dilihat jumud, dan juga untuk menarik sasaran dakwah, tetapi perubahan itu beliau yakin tidak menggelincirkan dasar PAS iaitu al-Quran dan hadis.", "Seorang lagi tetamu Hasmah Kassim, 75, turut bersetuju dengan pandangan Cikgu Asmah, beliau ada membaca fitnah, cacian dan kejian kepada PAS tetapi tidak mempercayainya.", "“Kajilah semula, dan ingatlah ketika duduk di dalam PAS dahulu, janganlah diikut perasaan sangat, hendaklah kita bertunjang kepada Islam,” pesan beliau kepada mereka yang suka membuat atau mendengar cerita fitnah kepada PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/13/menentang-355-kerana-benci-pada-islam/
Menentang 355 kerana benci pada Islam
[ "DUNIA merujuk kepada al-Quran dalam menggubal undang-undang setelah gagal menangani banyak masalah manusia, malangnya di Malaysia terdapat yang menentang usaha mengangkat perundangan Islam.", "Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan golongan tersebut sebagai tidak rasional, berfikiran tidak matang, melampau, fobia dan benci terhadap Islam di mana sepatutnya mereka mengkaji mengenai perkara itu. “Kaji semua yang pentingnya. (Malangnya mereka ambil) sikap buta tuli nak lawan Islam semata-mata. Sebut Islam nak lawan, ini dah kacau, ini dah tak betul, fikir cara tak betul. Semata-mata fobia, Islamophobia, ini sebenarnya sehingga sikap benci terhadap Islam sampai begitu sekali,” bidasnya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Setiawangsa, baru-baru ini.", "Terdahulu beliau mengemukakan tindakan Persidangan Dunia di Belanda dalam menggubal undang-undang antarabangsa, berkaitan kawalan peperangan, tindakan melampau dan penggunaan senjata pemusnah.", "Jelasnya, dari rujukan al-Quran telah terhasil Piagam Geneva di mana walaupun Barat dan negara kuasa besar dunia tidak menghormatinya, tetapi orang Islam tetap wajib menghormati.", "Tuan Guru turut mengemukakan kisah operasi Panglima Tentera Islam, Khalid Ibnul Walid ke atas Bani Juzaimah dengan membunuh tawanan dan memusnahkan harta sebagai tindakan yang salah.", "Lalu jelasnya, Rasulullah telah mengarahkan penilaian dilakukan terhadap mangsa dan harta dengan dibayar Diyat (ganti rugi) atas kezaliman dan kemusnahan itu termasuk bekas minum anjing.", "“Diganti juga, besar kecil diganti. Kerana mengikut ajaran Islam kalau tak ganti berdosa. Ini hukum Islam dalam undang-undang perang, undang-undang antarabangsa. Di mana orang Barat mengambil, tapi mereka tak amal, itu cerita lain.", "“Dalam masalah suaka politik, bila ada negeri yang dizalimi rakyatnya, rakyat dia melarikan diri ke negeri lain, tuhan sebut dalam Quran (at-Taubah: 6), ‘Jika sekiranya seorang Musyrikin (bukan Islam dizalimi di negara dia datang ke negeri orang Islam) minta perlindungan, hendaklah diberi perlindungan.’", "“Ini perintah Quran, beri perlindungan, dan ajak dia kepada Islam. Dia tak mahu masuk Islam, tak boleh paksa dia masuk Islam, letak di tempat yang aman, tak boleh hantar balik ke negeri dia.", "“Tempat aman sama ada duduk dalam negeri kita, beri pasport, beri penempatan sementara, ataupun hantar negeri lain ketiga yang tak kacau dia, (tetapi) tak boleh hantar balik,” terang beliau.", "Tambah beliau lagi, Akta 355 bukanlah hukum Hudud dan Qisas yang mana kedua hukum itu bidang kuasa negeri dan masih terhalang untuk dilaksanakan.", "Tetapi katanya, RUU Pindaan Akta 355 adalah untuk membolehkan negeri melaksanakan sebahagian hukum Islam iaitu Takzir diperkenalkan antaranya hukuman sebat dalam Islam yang berbeza dari sebat undang-undang sivil hari ini.", "Terang Tuan Guru, berbanding sebatan sivil yang menyiksa, sebatan dalam Islam hanya untuk mendidik di mana prosedur pelaksanaannya jauh berbeza dari sivil.", "“Di mana alatnya tak boleh besar, tak boleh kecil, tak boleh angkat tinggi lebih daripada kepala, dipukul di tengah khalayak untuk dimalukan dia, bukan disakitkan dia.", "“Kesannya, bakal nak buat jenayah tak jadi, teringat, kehebatan masuk dalam hati dia, psikologi. Yang menerima hukuman pula berasa malu, segan,” perincinya.", "Beliau turut menjelaskan bahawa kes rasuah tidak termasuk dalam Hudud kerana dalam perlakuannya si pemberi dan penerima saling setuju terhadap kerja haram itu.", "Maka Islam jelasnya, tidak mengehadkan hukuman di mana ia termasuk di dalam Takzir iaitu mengikut budi bicara badan kehakiman dan pihak pemerintah daripada hukuman paling ringan hingga paling berat.", "“Takzir boleh sampai peringkat hukuman mati, tapi bukan hukuman mandatori. Oleh sebab itu hukuman pengedar dadah mandatori mati itu salah mengikut Islam. Sepatutnya yang bincang 355 ini bincang pasal ini, bukan mandatori, sebatan dulu, malukan dulu.", "“Setelah caranya tak berjaya, tak ada jalan, barulah hukuman mati. Tak ada mandatori. Mengapa tak dibincang pasal ini? Sepatutnya banyak tentang Islam ini kalau kita kena tahu. Malangnya 355 dipertikaikan hanya nak menaikkan taraf Mahkamah Syariah.", "“Ini sudah melampau, sudah tidak rasional berfikir. Sepatutnya kita melihat undang-undang Islam dalam masalah hukuman mati, masih lagi hukuman tali gantung, tali gantung ini hukuman tahun berapa? Hukuman sebelum masihi tali gantung.", "“Sedangkan Nabi kita sebut, “Bila kamu jatuhkan hukuman bunuh, bunuh dengan cara yang terbaik (tidak menyeksa)”. Ini terpulang kepada kajian saintifik, mana dia hukuman yang tidak menyeksa.", "“Itu dikaji, ini patut dikaji, bagaimana cari hukuman mati yang tidak menyakitkan. Mereka jatuhkan hukuman, ini, ini patut dikaji, ini masih lagi pakai tali gantung, mengapa tak bincang pasal ini?” persoalnya.", "Tuan Guru turut mengutarakan mengenai pengampunan di mana misalnya dalam kes jenayah hari ini diampun oleh Lembaga Pengampun, sedangkan dalam pengampun adalah mangsa jenayah itu sendiri.", "Ataupun katanya, jika hukuman mati, terserah kepada keluarga wali dia terdekat yang berhak untuk mengampun penjenayah atau ditukar dengan bayaran ganti rugi. – HARAKAHDAILY 13/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/13/masa-mempersada-politik-dakwah/
Masa mempersada politik dakwah
[ "PAS tidak boleh memisahkan antara dakwah dan politik, sebaliknya wajib memperkenalkan caranya khusus di akhir zaman yang menyaksikan kegagalan idealogi-idealogi dari Timur dan Barat.", "Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pada abad lalu dunia menyaksikan keruntuhan Komunis dan Sosialis, diikuti kini merudumnya Liberal dan Kapitalisme.", "Ujar beliau, idealogi tersebut telah menyalahgunakan kekayaan dan kekuasaan melalui pemisahan kehidupan dari hubungan dengan Allah dan tidak ada perhitungan dosa serta pahala.", "“Islam menjadikan ada perhitungan dosa dan pahala, menyebabkan seseorang Islam yang patuh kepada agama dia tidak berani bukan sahaja meninggalkan solat, termasuk meninggalkan hukum-hukum berkaitan pemerintahan negara,” ujarnya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Setiawangsa di sini 11 Mac baru-baru ini.", "Terdahulu dalam ucapannya itu Tuan Guru menegaskan kewajipan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk daripada Allah kepada seluruh urusan manusia hingga hari kiamat.", "Seruan itu jelasnya, sama ada mereka menganut Islam atau menerima pemerintaham Islam yang adil terhadap semua di mana perkara itu termasuk takwa iaitu mengikut perintah dan meninggalkan larangan-Nya.", "Semua amalan termasuk politik akan disoal oleh Allah pada hari kiamat, akan dihisab dan dikira, sehingga kita dengan rakyat yang bukan Islam pun dikira Allah.", "Diucap oleh Nabi SAW, “Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam (yang berada di bawah pemerintahan Islam), dia menyakiti aku sendiri. Aku akan menjadi penyoal, pembela dan pembantahnya pada kiamat kelak”,” ujarnya menunjukkan teladan yang menjadi pegangan PAS. – HARAKAHDAILY 13/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/13/perkongsian-dari-parlimen-jenayah-penderaan-kanak-kanak/
Perkongsian Dari Parlimen: Jenayah penderaan kanak-kanak
[ "TUAN Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kejadian jenayah seperti penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska dan pusat jagaan kanak-kanak di negara ini dan tindakan-tindakan yang dibuat dalam menanganinya.", "Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat menyambut Hari Wanita kepada semua wanita yang ada di dalam Dewan ini dan juga di luar Dewan ini.", "Tuan Yang di-Pertua saya mahu izin untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Gerik pada 8 Mac 2017, Yang Berhormat Temerloh pada 20 Mac 2017 dan Yang Berhormat Wangsa Maju pada 30 Mac 2017 bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.", "Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Kebajikan Masyarakat Malaysia dipertanggungjawabkan menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Akta Pusat jagaan 1993, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994.", "Prosedur operasi standard ataupun SOP yang digunakan KPWKM untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan kanak- kanak dalam keadaan yang selamat adalah berdasarkan kepada Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994.", "Bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan pusat jagaan, termasuk pusat jagaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak swasta berada di tahap keselamatan yang tinggi, kementerian menjalankan pemantauan ke pusat jagaan berkaitan. Di antara bentuk pemantau yang dijalankan ialah:", "(iii)  mengambil tindakan seperti dalam peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, seperti arahan bertulis, tutup sementara, batal pendaftaran, lak, kompaun dan menjalankan pendakwaan di mahkamah.", "Dari Januari hingga Disember 2016 JKM telah mengeluarkan arahan bertulis kepada 42 buah taska dan 16 buah pusat jagaan. 19 buah taska dan tiga buah pusat jagaan diambil tindakan lak. 14 buah taska dan empat buah pusat jagaan dikenakan tindakan kompaun.", "Tiga buah taska dikenakan tutup sementara, 53 buah tiga dan 18 pusat jagaan dibatalkan pendaftaran dan 10 buah taska dan sembilan buah pusat jagaan telah didakwa.", "Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa proaktif memastikan kanak-kanak di taska dan pusat jagaan diberikan perlindungan sewajarnya. Langkah-langkah dan tindakan yang berbentuk advokasi, pemantauan, kawalan dan punitif sememangnya diberikan keutamaan.", "(iv)  mewujudkan Task Force Ramping Up The ECCE Industry yang berperanan untuk menangani isu-isu di taska termasuklah isu keselamatan dan penderaan kanak-kanak;", "(v)  menjalankan audit pematuhan taska ke atas 600 buah taska berdaftar di seluruh Malaysia bagi memastikan taska menyediakan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan yang berkualiti serta mematuhi akta dan peraturan yang ditetapkan;", "(vi)  mengadakan program advokasi seperti Program Jom Daftar untuk menggalakkan pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan mendaftarkan operasi mereka dengan JKM;", "(vii)  bekerjasama dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/13/pas-parit-tekad-tanding-semua-kerusi-pru-14/
PAS Parit tekad tanding semua kerusi PRU 14
[ "PAS Kawasan Parit menyatakan komitmen dan tekad untuk menyumbangkan ketiga-tiga kerusi di Parlimen Parit, termasuk dua Dun untuk kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.", "Untuk memastikan setiap ahli, penyokong dan pendokong berusaha keras untuk memastikan kejayaan PAS Kawasan Parit mendominasi ketiga-tiga kerusi yang bakal ditandingi PRU akan datang maka beliau menyarankan semua pihak perlu memainkan peranan terbaik.", "Yang Dipertua PAS Kawasan Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata demikian ketika Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Parit kali ke-51 di Markaz PAS Titi Gantung, Parit, 13 Mac lalu.", "“Untuk memastikan PAS menjadi kuasa penentu dalam PRU-14, Tuan Guru Presiden meletakkan sasaran 40 kerusi Parlimen, dan kita (Parit) perlu memastikan Parit termasuk di kalangan 40 kerusi tersebut.", "“PRU-14 bakal menyaksikan Tsunami Politik Islam dan Melayu, justeru Parit sebagai kawasan yang mempunyai majoriti Melayu tertinggi, perlu melipatgandakan usaha untuk memastikan kejayaan dalam PRU-14 nanti.", "“Saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar tidak lagi ragu-ragu dengan PAS, sebaliknya terus bersama berjuang memenangkan PAS dan mendaulatkan Islam dalam PRU-14 nanti,” ujarnya.", "Ustaz Ismi yang juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang DiPertua, merupakan calon PAS yang bertanding bagi kerusi Parlimen Parit dalam PRU-13 yang lalu.", "Dalam pemilihan sempena mesyuarat agung ke-51 menyaksikan semua jawatan utama dalam PAS Kawasan Parit dimenangi tanpa ada pertandingan, termasuk jawatan Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Ketua Dewan Muslimat, Ketua Dewan Pemuda dan beberapa jawatan utama dalam sayap utama PAS Kawasan Parit tersebut.", "Ismi juga telah mengisyhtiharkan pendaftaran ahli baru PAS Parit seramai 355 orang sempena kempen PAS Pilihanku yang dilancarkan sejak dua bulan yang lalu.", "Beliau menyatakan bahawa jumlah pendaftaran tersebut menunjukkan sokongan terhadap PAS semakin bertambah, sekalipun ada pihak yang mendakwa PAS akan lumpuh kerana kononnya kehilangan ahli dan pimpinan PAS dalam krisis Pasca Pemilihan 2015. – HARAKAHDAILY 13/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/13/bpms-tangani-perangai-mentah-politik/
BPMS tangani perangai mentah politik
[ "BERPOLITIK secara tidak rasional dalam mendokong amalan demokrasi masih menjadi perangai yang tidak berubah dalam pemerintahan negara, demikian gambaran diberikan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.", "Perkara itu diutarakannya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik anjuran Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat di Setiawangsa di sini 11 Mac baru-baru ini.", "“Malangnya ‘politiking’ ini tak tamat selepas pilihan raya. Subsidi, bantuan, biasiswa tak diberi kepada orang yang tak sokong kerajaan. Pegawai kerajaan kalau tak sokong kerajaan, tak naik pangkat, ditukar ke sana ke mari.", "“Itu mentah amalan politiknya, ini kesilapan sangat besar yang perlu dibetulkan. Konsep Federalisme, ada pilihan raya negeri dan pusat, malangnya PAS jadi mangsa menang di Kelantan dan Terengganu.", "“Bila kita menang, konsep Federalisme tak dihormati sehingga bidang kuasa negeri dicampur tangan. Dilantik JKKK, habis, ini menjadikan celaru. Hilang persaudaraan di kalangan rakyat kerana kita berperang sampai lepas pilihan raya macam pilihan raya juga,” ujarnya menyeru perangai itu diubah.", "Adilnya Allah SWT terang beliau, memberikan kurniaan-Nya sama ada hamba itu taat, derhaka, maksiat, baik atau jahat tetap diberi rezeki, kesihatan dan penghidupan.", "Menunjukkan jelasnya, berpolitik seperti sedemikian bermakna berlagak lebih dari Tuhan yakni menolong mereka yang menyokong sahaja dan mengabaikan golongan tidak menyokong.", "Kerana itulah katanya, PAS berpolitik secara persaudaraan dengan mengambil pendekatan sabar dan tidak berbalah yang disebut Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).", "Hasilnya maklum Tuan Guru, dari budaya politik sedemikian hari ini telah menampakkan sedikit perubahan di peringkat bawahan terutama rakyat dengan rakyat di mana telah hilang ketegangan yang ada. – HARAKAHDAILY 13/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/13/jam-putatan-adakan-jambori/
JAM Putatan adakan jambori
[ "JABATAN Amal Malaysia (JAM) Negeri Sabah kawasan Putatan telah menganjurkan program Jambori Amal Putatan yang bertempat di Pantai Meruntum, Putatan. Program selama dua hari satu mala mini bermula pada hari Sabtu bersamaan dengan 11 Mac 2017 dan berakhir pada 12 Mac 2017.", "Jambori atau perkhemahan ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih dan mempersiapkan anggota JAM yang lebih dikenali sebagai Unit Amal dengan kemahiran-kemahiran asas  khusus yang perlu dikuasai oleh setiap Unit Amal ketika berkhidmat atau bertugas serta memperkenalkan  JAM kepada masyarakat setempat melalui kegiatan khidmat sosial.", "Seramai 30 orang peserta telah menyertai jambori ini. Mereka adalah terdiri daripada golongan remaja yang berusia lingkungan 13 hingga 25 tahun, bukan sahaja daripada Putatan, tetapi juga disertai oleh peserta dari kawasan sekitar seperti Papar, Penampang dan Sepanggar, serta turut disertai oleh seorang peserta berumur 10 tahun yang sangat berminat dengan aktiviti luar seperti ini.", "Para peserta sangat berpuas hati dan seronok dengan pelbagai aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang telah diadakan, sesuai dengan objektif program untuk menerapkan kemahiran Unit Amal adalah seperti latihan pertolongan cemas dan menyelamat, ikatan dan simpulan, asas kawalan lalu-lintas, latihan kawad statik, upacara pemeriksaan pasukan kawad dan penerimaan anugerah, kemahiran menyediakan masakan dalam hutan serta tidak ketinggalan program kerohanian seperti solat berjamaah, zikir munajat dan tazkirah.", "Dalam tazkirah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Urusan Ulama PAS kawasan Putatan, ditekankan bahawa adalah perlu bagi setiap Unit Amal supaya sentiasa menjadikan sifat ikhlas sebagai pegangan, sesuai dengan motto JAM, iaitu ‘Beramal Kerana Allah’. Oleh sebab itu, setiap Unit Amal perlu ikhlas dalam menjalankan tugas di lapangan masyarakat, tanpa mengharapkan sebarang upah atau balasan.", "Pada hari terakhir program, semua peserta jambori bergerak dari tapak perkhemahan menuju ke Masjid Kampung Meruntum untuk melaksanakan khidmat sosial bersama-sama masyarakat setempat, bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. Selesai gotong-royong di masjid, para peserta kembali ke tapak perkhemahan untuk melaksanakan majlis perasmian penutup.", "Dalam majlis perasmian penutup pada jam 11.00 pagi itu, para peserta jambori telah siap sedia berkumpul dalam kedudukan kawad untuk diperiksa. Majlis perasmian penutup Jambori Amal Kawasan Putatan telah disempurnakan oleh Tuan Yusrizal, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Putatan serta menyampaikan anugerah dan hadiah kepada para peserta.", "Beliau dalam ucapannya menekankan kembali supaya setiap Unit Amal perlu ikhlas dalam berkhidmat, serta menunjukkan akhlak yang terbaik semasa bertugas, kerana ia juga merupakan salah satu pendekatan yang baik dalam dakwah kepada masyarakat, melalui kerja-kerja amal dan khidmat yang lain, seperti bantuan ketika bencana, kawalan keselamatan serta melancarkan perjalanan program parti ketika diperlukan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/kenyataan-menteri-sekadar-persepsi-murahan/
Kenyataan menteri sekadar persepsi murahan
[ "SEJAK dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah sudah acap kali Datuk Ahmad Jazlan Yakob membuat kenyataan yang tidak mencerminkan kewibawaannya.", "Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi mempersoalkan adakah timbalan menteri terbabit mendapat statistik yang sahih daripada agensi berkaitan.", "“Kalau dirujuk beberapa kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu sebelum ini ia dibuat sekadar mahu mencetus persepsi murahan tanpa ada sokongan fakta yang kukuh.", "“Mungkin berlaku satu kejutan seorang yang tidak dikenali tiba-tiba dilantik sebagai timbalan menteri, terkial-kial mencari isu ketika berdepan dengan media,” katanya.  ", "Beliau juga berkata, Kelantan sejak lebih 26 tahun lalu mengekang gejala sosial dengan menutup premis-premis hiburan dan pusat perjudian. – HARAKAHDAILY 14/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/muhammad-hasrul-menang-cipta-logo-muktamar-pas/
Muhammad Hasrul menang cipta logo Muktamar PAS
[ "MUHAMMAD Hasrul Abdul Razak, 29, dari Cangkat Jering, Taiping telah diisytiharkan sebagai pemenang utama pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-63.", "Pengarah pertandingan, Shuhaimi Embong berkata, sebanyak 180 penyertaan termasuk dari non-muslim dengan 177 penyertaan diterima dan 3 penyertaan ditolak kerana dihantar luar dari masa yang ditetapkan iaitu berakhir jam 12.00 tengah malam 3 Mac 2017.", "Kataya, penilaian pemilihan logo pertandingan pada kali ini amat ketat dan berbeza dari sebelum ini kerana ia berlangsung sebanyak dua saringan.", "Pemenang akan menerima wang tunai RM1,630 dan sijil penghargaan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah nanti.", "Di samping pemenang utama, pihak penganjur juga menyediakan 10 hadiah saguhati dengan wang tunai sebanyak RM100 dan sijil penghargaan setiap seorang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/takziah-buat-ummah-rakyat-negeri-sembilan/
Takziah buat ummah, rakyat Negeri Sembilan
[ "PAS Negeri Sembilan melahirkan rasa sedih dan merakamkan setinggi takziah buat seluruh umat Islam dan rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus, khususnya buat keluarga Almarhum Dato’ Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, mantan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang disahkan kembali ke rahmatullah jam 2.30 petang tadi.", "Sepanjang memegang taklifan sebagai Mufti, Almarhum dilihat sebagai seorang yang bertoleransi dan bijak menangani isu dengan memberikan jalan penyelesaian yang wasatiyyah.", "Dengan jasa sumbangan dan amalan yang dibekalkan dalam gerak kerja dakwah, pendidikan dan pembangunan rohani ini, mudah-mudahan ianya menjadi saham yang mengalir buat Almarhum, dan membuahkan hasil tunas Islam yang mekar di Tanah Beradat, Negeri Sembilan ini kelak. Amin." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/cap-gesa-dunia-digital-lebih-baik-2017/
CAP gesa dunia digital lebih baik 2017
[ "PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa #Dunia Digital yang Lebih Baik dalam memastikan keselamatan pengguna Internet sempena dengan tema Hari Pengguna Sedunia sepertimana yang dicadangkan oleh Consumers International, “Hak Pengguna dalam Zaman Digital”. Dalam dunia digital hari ini, semuanya di hujung jari. Bagaimanapun, sebagai pengguna adakah kita pasti keselamatan “kesejahteraan” kita dalam dunia digital? Sejak beberapa tahun lepas, terdapat banyak kes daripada penipuan dalam talian, pencurian data hinggalah kepada menjadi hab bagi aktiviti tidak bermoral walaupun usaha yang berterusan daripada kerajaan dan badan lain untuk memastikan keselamatan siber sepenuhnya. Sebagai tambahan kepada undang-undang sedia ada seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, antara lain, CAP menggesa kerajaan dan badan berkaitan untuk memastikan peraturan adalah yang terkini untuk keselamatan pengguna dan maklumat mereka dalam talian dalam usaha untuk sentiasa bersedia dengan perkembangan evolusi teknologi dan komunikasi. Peraturannya mestilah lengkap; meliputi pelbagai jenis jenayah siber tetapi paling penting adalah untuk melindungi hak dan keselamatan pengguna teknologi digital. Di samping itu, pengguna juga digalakkan untuk mengetahui undang-undang melibatkan dunia siber dan mengetahui hak mereka. Contohnya, pengguna mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran kepada data peribadi dan jika pengguna data tidak mematuhinya, ia boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau maksium satu tahun penjara, atau kedua-duanya sekali di bawah PDPA. Di samping itu, pengguna perlu peka dan memberikan perhatian yang lebih teliti terutama sekali dalam memberikan nama, alamat, kad pengenalan/nombor paspot, alamat emel, nombor telefon serta butiran perbankan. CAP percaya pendidikan sepenting pelaksanaan undang-undang siber terutama sekali kepada generasi muda. Kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan dan jenayah siber perlu dimasukkan ke dalam program dan pendidikan di sekolah untuk mendidik kanak-kanak mengenai dunia digital. Generasi muda hari ini mestilah menyedari bahawa maklumat yang mereka berikan dalam talian dan bagaimana ia akan digunakan oleh syarikat dan individu. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dalam mewujudkan dunia digital yang lebih selamat untuk anak-anak mereka. Merujuk kepada kes mangsa seksual baru-baru ini yang menghendap dalam laman sesawang media sosial dan aplikasinya, ibu bapa perlu mendidik dan memberikan panduan kepada anak-anak mereka dalam menggunakan Internet dengan secara yang lebih bijak dan selamat. Hari ini, terdapat banyak perisian yang boleh dibeli dan sedia untuk digunakan oleh ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak mereka dalam talian. Di samping itu, peraturan yang lebih ketat perlu juga dilaksanakan dalam mengawal penyalahgunaan Internet. Amat penting sekali bagi pengguna hari ini untuk memahami bahawa masih terdapat kekurangan dan bahaya apabila menggunakan Internet terutama sekali melibatkan maklumat mengenai diri kita sendiri. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna digital untuk memastikan keselamatan kita dan menjadikan  #BetterDigitalWorld (Dunia Digital yang Lebih Baik).     " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/ya-allah-kagumnya-dengan-budak-punk-ni/
Ya Allah, kagumnya dengan budak punk ni
[ "KISAH NYATA Yang BENAR | YA ALLAH, Kagumnya Abe Dengan BUDAK PUNK Ni | THIS IS KELANTAN. Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur padaMu Ya Allah.", "Kisahnya macam ni. Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya. Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum pekena Zohor lagi, almaklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.", "Masa Abe OTW menghala ke surau, tetiba Abe terpana bila Abe lihat 2 orang BUDAK PUNK (sorang baju biru & sorang baju kuning) siap dengan pakaian & rambut tercacak juga menghala ke laluan yang sama. Mmg rock abis Abe tengok. Awalnnya Abe pikir, mungkin budak2 ni siap lokasi kot. Xpe, Abe teruskan langkah lagi. Korang nak tahu tak, bila betul2 sampai di depan pintu surau, Abe jadi kaku, tak tahu sebab kenapa Abe terKAKU. Seriously, Abe saksikan budak2 PUNK tu sedang tanggalkan kasut bootnya, pastu dia tanggalkan stoking. Setiap sorang budak PUNK tu menyandang beg galas. Abe perhatikan lagi, dan perhati dan terus perhatikan mereka.", "Mungkin dorang terperasan kot Abe sedang tengok mereka, dorang toleh pada Abe dan dorang angkat tangan serta bagi salam. Abe jawab je salam mereka. Lepas tu, dorang terus menghala ke tempat amik air wuduk. Abe ternganga, percaya dalam tak percaya. Pertama sekali, Abe tengok dibasuhnya kepala dan jambul masing2 sampai dah tak tercacak lagi. Bila dah bersih sempurna, dorang mula berwuduk. ABE KAGUM, YA ALLAH! ABE SANGAT KAGUM & HAMPIR TAK PERCAYA.", "Abe sampai duk asyik perhatikan dorang saja tanpa berganjak pun dr tempat duduk bangku Abe tanggalkan kasut. Lepas tu, Abe tengok sesuatu YANG MEMBUATKAN Abe ucap ALHAMDULILLAH. Rupanya dalam beg sandang budak tu masing2, ada kain pelikat & kopiah. Ya Allah, tersentuh hati Abe. Dorang kemudiannya Abe lihat sedang salin pakaian dan kenakan kain pelihat serta pakai kopiah. Yang lagi membuatkan Abe terkejut & terus Abe bangun dari tempat duduk Abe bilamana salah seorang dari budak PUNK tu menyapa Abe dan cakap dalam loghat kelate “Abe, marilah semaye skali ngn kami, insyaAllah kami tunggu. Kito semaye samo2”. Terus Abe amik wuduk. Bila siap berwuduk, Abe terus masuk surau. YA ALLAH, satu lagi benda yang Abe lihat yang buat Abe macam nak nangis je. Mungkin sb terlalu kagum kot, huhuhuhu.", "Abe lihat satu saf lebih kurang 8orang telah dibentuk dan seseorang telah iqamat. Korang nak tahu tak, yang sedang iqamat tu, budak PUNK yang pakai baju kuning manakala yang bersedia untuk jadi Imam pulak budak PUNK yang pakai baju hijau tadi. Kami pun solat sesama. Alhamdulillah, siap solat berjemaah. Lepas masing2 bersalaman, kami pun masing2 keluar. Mata Abe masih asyik lagi pandang budak2 tadi. Dorang perasan Abe sedang tengok dorang, dorang senyum je kat Abe. Abe tengok dorang sedang bersiap semula pakai pakaian masing2 macam tadi. Dikeluarkan WAX rambut dr beg galas, pastu siap cacakkan rambut, dorang mula bercelak semula.", "Tetiba tergerak hati Abe nak buka mulut berkata. Kata2 yang keluar dari mulut Abe cuma pertanyaan pada salah sorang budak tu “Adik orang mana? Asal kelate ke? “. Dorang jawab “Ye Bea, kami asal Kubang Kerian (salah satu nama tempat kat sini). Bakpo bea? Dorang pulak tanya Abe?”", "Kami bersalaman dan dorang terus beredar. Dalam xsedar, airmata Abe terMENGALIR sebab kagum dengan aturanMu Ya Allah. Pengajaran daripada KISAH BENAR PENGALAMAN ABE NI, Don’t Judge A Book By Its Cover. Maknanya, jangan cepat menilaikan orang & berperasangka buruk sebelum mengenali seseorang itu." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/usaha-pas-berjaya-atasi-masalah-padang-awam-putatan/
Usaha PAS berjaya atasi masalah padang awam Putatan
[ "EKORAN daripada aduan daripada PAS Kawasan Putatan kepada pihak berwajib, Padang Awam Putatan yang tidak dijaga dan diselenggara dengan baik dapat diatasi. Keadaan padang berubah selepas pihak berwajib mendengar aduan daripada jawankuasa bertindak PAS Putatan.", "Sebelum ini, keadaan padang sangat tidak kondusif kepada pengguna sejak sekian lama iaitu rumput terlalu panjang manakala sebahagian besar kawasan padang pula tidak berumput, apabila musim hujan, padang akan menjadi becak dan berlopak, khususnya tempat orang awam bermain bola sepak.", "Kebersihan di kawasan grandstand dan tepi padang juga tidak terurus. sampah-sampah seperti botol-botol minuman, bungkusan makanan dan puntung rokok bersepah mengotorkan kawasan tersebut.", "Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Hamid Ismail ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak berwajib yang telah mengambil tindakan segera atas aduan yang telah dibuat oleh pihak Jawatankuasa Bertindak PAS Kawasan Putatan. Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada masyarakat supaya cakna dan prihatin dan terus memberi maklumat jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/selangor-bakal-perkenal-cukai-petak-ganti-cukai-tanah/
Selangor bakal perkenal cukai petak ganti cukai tanah
[ "SELANGOR terus menjadi peneraju apabila memperkenalkan cukai petak bagi menggantikan cukai tanah melalui pindaan Akta Hakmilik Strata, bermula 1 Januari 2018.", "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanaan itu kini dalam proses akhir dan cukai tanah induk itu akan diagihkan secara adil kepada setiap petak mengikut kiraan terkini. “Sementara menunggu cukai petak itu dikuatkuasakan, Selangor sudah melaksanakan tempoh peralihan dengan semua urus niaga dan bukan urusniaga boleh dilaksanakan tanpa perlu menjelaskan cukai tanah lot induk.", "Iskandar berkata, pelaksanaan terbabit turut mengambil kira urusniaga dan bukan urusniaga petak seperti pindah milik, gadaian dan urusan lain tidak dapat didaftarkan atau dilaksanakan sekiranya cukai petak tidak dijelaskan dan mempunyai tunggakan.", "“Ini merupakan bilangan tertinggi di Malaysia dengan populasi negeri sebanyak 6.074 juta dan permintaan hartanah strata kian meningkat dengan migrasi penduduk ke Lembah Klang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/pas-lega-pemimpin-bermasalah-sertai-pan/
PAS lega pemimpin bermasalah sertai PAN
[ "PAS Tumpat melahirkan rasa lega apabila bekas pemimpin PAS di peringkat cawangan yang bermasalah sejak sekian lama kini bersama Parti Amanah Negara (PAN).", "Yang Dipertua PAS Tumpat Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata pemimpin yang mengumumkan keluar PAS seorang bermasalah sejak lama dahulu.", "“Ini dapat menyelamatkan PAS daripada orang seperti itu,” katanya pada reaksi spontan pada perjumpaan dengan tenaga penceramah PAS di JKR 10 Kota Bharu malam tadi.", "Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Johari Mat, Pengarah Pilihan Raya Zulkifli Mamat dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Dr Wan Nik Wan Yussof.", "Baru-baru ini bekas Ketua Cawangan PAS Kampung Laut, Nordin Adam mengumumkan keluar PAS pada ceramah anjuran PAN di kampung tersebut 9 Mac lepas.", "Beliau juga mengumum membubarkan PAS cawangan berkenaan pada majlis ceramah tersebut. Sedangkan cawangan itu masih lagi wujud dengan didokong lebih 100 lagi ahli." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/isu-rm90-juta-25-jam-sehari-sprm-boleh-siasat/
Isu RM90 juta, 25 jam sehari SPRM boleh siasat
[ "PAS membuka pintu 25 jam sehari untuk siasat dakwaan PAS menerima RM 90 juta daripada DS Najib Tun Razak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low telah menyatakan SPRM telah meneliti atas tuduhan ini maka jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.", "PAS bersetuju dengan SPRM yang mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendaklah melaporkannya kepada pihak SPRM.", "Daripada awal lagi PAS nafi, namun musuh-musuh PAS tetap degil untuk menyebarkan fitnah ini terutama di kalangan masyarakat cina supaya orang cina jauh daripada PAS. Kerana orang cina yang berniaga mereka tidak boleh terima, apabila PAS menerima wang daripada DS Najib di dalam keadaan perniagaan bertambah suram.", "Saman PAS kepada Sarawak Report sedang berjalan, begitu juga saman kepada Datuk Husam Musa sedang diteliti oleh pasukan peguam PAS. Mereka yang bermusuh dengan PAS perli, kenapa lambat sangat, saya jawab proses saman memang lambat, yang cepatnya bawa lari kerusi. – HARAKAHDAILY 14/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/pihak-halang-zakir-naik-tidak-hormat-perlembagaan/
Pihak halang Zakir Naik tidak hormat perlembagaan
[ "USAHA segelintir kecil individu yang cuba menghalang aktiviti dakwah Islam dengan menuntut perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah terkenal Dr Zakir Naik adalah amat mengecewakan, demikian menurut Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary.", "“Adalah lebih baik bagi kelompok ini mengutamakan perbincangan dan menghormati perlembagaan negara, berbanding memilih tindakan perundangan untuk menghalang aktiviti dakwah Dr Zakir Naik yang terbukti menerima sambutan ratusan ribu rakyat Malaysia dan jutaan lain di pelbagai negara,” katanya.", "Tambahnya, perbahasan dan wacana siapa Tuhan dan agama sebenar adalah sangat penting bagi seluruh manusia dan alam semesta bahkan  ia merupakan perkara paling asas dan tujuan asal penciptaan manusia.", "Dr Zakir Naik adalah merupakan antara tokoh utama yang memberi kesedaran kepada sekalian manusia, tentang soalan asas manusia, iaitu siapa Tuhan sebenar dan agama mana yang paling benar.", "“Saya bersama Dr Zakir Naik mengajak kepada semua untuk sama sama mengkaji dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya.", "Sebelum itu, Marzuk membangkitkan isu bantahan terhadap kehadiran Zakir Naik sewaktu sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pagi ini. Beliau juga mencadangkan kepada kerajaan negeri  untuk membawa Dr Zakir Naik ke Kelantan.", "Di dalam soalan asal kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Marzuk meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian Kerajaan terhadap kehadiran pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik ke negara ini.", "Apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap bantahan kumpulan aktivis liberal tertentu dan lain-lain atas kehadiran Dr. Zakir Naik, tidakkah ini telah menceroboh hak dan tidak menghormati Perkara 3(1) Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.", "Apakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan ke atas kumpulan ini yang sebenarnya boleh mencetuskan ketegangan kaum yang boleh membawa kepada konfrontasi antara agama. – HARAKAHDAILY 14/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/sumpah-sokong-umno-baru-dapat-hamper/
Sumpah sokong Umno baru dapat hamper?
[ "PILIHAN raya umum kali ini bukan lagi menghidang laluan mudah bagi Umno mempertahankan tiga Dun dan parlimen Jeli memandangkan berlaku perpecahan dalaman parti itu.", "PPBM Jeli sekarang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Jeli, Dr Aminuddin Yaacub. PPBM Jeli juga disertai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan dan aktivis Parti Amanah Negara (PAN).", "Program itu difahamkan digerak wanita Umno Jeli, membawa barangan keperluan harian yang diagih dari rumah ke rumah di Dun Bukit Bunga.", "“Ada penduduk dipaksa bersumpah mengundi BN pada PRU 14 kalau mahu hamper tersebut. Hanya selepas sumpah barulah barangan keperluan harian itu diberi,” dakwa penduduk terbabit.", "“Taktik tersebut hanya mengulangi apa yang pernah dilakukan pada PRU lepas di mana anak perantau yang pulang mengundi diminta mengambil gambar pangkah BN pada kertas undi baru diberi habuan.", "“Masa mengundi mereka diminta merakamkan gambar dengan handphone. Kemudian gambar itu ditunjukkan kepada petugas Umno untuk mendapatkan habuan,” dakwa beliau. – HARAKAHDAILY 14/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/kronologi-ruu355/
Kronologi RUU355
[ "19 Mac 2015Ahli Parlimen (MP) Marang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghantar notis kepada dewan rakyat untuk membentangkan usul persendirian berkaitan rang undang-undang pindaan akta mahkamah syariah bidang kuasa jenayah (RUU355). Ia merupakan kali ketiga dikemukakan kepada pihak parlimen sejak dahulu.", "7 April 2015Usul persendirian MP Marang berhubung RUU355 disenarai dalam aturan usul mesyuarat dewan rakyat pada turutan ke-26. Namun atas alasan kesuntukan masa dan mendahulukan usul-usul kerajaan, usul persendirian itu tidak sempat dibentang.", "4 Jun 2015Empat individu telah mengemukakan saman pemula terhadap Presiden PAS berkait RUU355 ini. Dua daripada mereka ialah peguam Mansoor Saat dan Azira Aziz manakala dua lagi aktivis kebebasan Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar. Mereka diwakili oleh peguam bernama Siti Zabedah Kasim, aktivis Bersih dan pejuang LGBT dan juga peguam Farez Jinnah.", "Saman dikemukakan memohon Pemberitahu Usul untuk Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 ini ditolak daripada dibentangkan oleh Tuan Speaker kerana ia adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan, penyalahgunaan proses sistem legislatif kerana cara yang tidak betul dan kerana hak-hak wanita, penganut bukan Islam dan seterusnya prinsip keadilan Islam yang sebenarnya juga akan terjejas.", "Mereka menamakan empat defendan selain Tuan Guru Abdul Hadi iaitu Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin bin Hj Mulia dan dua Timbalannya Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Ismail Mohamad Said.", "8 Jun 2015Empat orang individu yang menyaman Presiden PAS itu telah menuntut injuksi dari mahkamah bagi menghalang usul persendiriannya dibawa ke dewan rakyat.", "17 Jun 2015Usul persendirian MP Marang sekali lagi disenaraikan. Ia berada pada turutan ke-16 aturan usul mesyuarat dewan rakyat. Namun kerana terdapat injuksi daripada mahkamah, ia tidak dapat dibentang.", "Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan 18 Jun 2015 sebagai tarikh pendengaran kes. Susulan daripada itu, RUU355 tidak dapat dibawa ke parlimen sehingga kes selesai.", "2 Julai 2015Pihak defendan diwakili peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan memfailkan permohonan awal membantah saman pemula itu atas alasan pemohon sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula. Ini kerana mereka mencabar berhubung proses membuat keputusan oleh pihak berkuasa awam seperti Parlimen. Jadi, menyerang proses membuat keputusan perlu melalui semakan kehakiman di bawah Perintah 49 Perintah Tetap Parlimen.", "Tuan Guru turut mendakwa saman pemula yang difailkan keempat-empat pemohon itu juga tidak mempunyai merit dan sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti. Beliau juga diwakili oleh peguam Datuk Takiyudin Hasan, Setiausaha Agung PAS.", "9 Nov 2015Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati bahawa tindakan Presiden PAS mengemukakan usul persendirian ini adalah tidak bercanggah dengan undang-undang. Justeru mahkamah membuat keputusan membenarkan permohonan pembatalan saman pemula yang dikemukakan oleh empat individu sebelum ini.", "24 Nov 2015 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mewakili Perdana Menteri, menyuarakan hasrat agar Majlis Perundingan Islam (MPI) dihidupkan semula mulai 2016. Penubuhan MPI merupakan kesinambungan daripada penyusunan semula Badan Perundingan Islam (BPI) yang pernah wujud sejak tahun 1982. BPI bertindak sebagai jawatankuasa pemikir yang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap agenda pembangunan negara khususnya dalam perkara pengurusan hal ehwal Islam disamping penambahbaikan taraf mahkamah syariah.", "11 Februari 2016Mesyuarat kali pertama Majlis Perundingan Islam (MPI) bagi 2016 berlangsung. Ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga pengerusi MPI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Mesyuarat telah bersetuju membentuk tujuh kluster khusus berperanan sebagai kumpulan pemikir yang boleh memberi idea, cadangan dan membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak. Setiap kluster menggabungkan tokoh daripada pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin badan bukan kerajaan. Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah MPI, selain Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (sosial), Prof Datuk Seri Zaleha Kamarudin (undang-undang), Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik).", "7 Mac 2016Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah mahu langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah, disegerakan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal ke Empat, Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat.", "10 Mac 2016Presiden PAS membahaskan Titah Diraja dengan memetik dua perkara yang disentuh SPB YDP Agong iaitu Sokongan terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan juga seruan Yang di-Pertuan Agong agar hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit. Tuan Guru menggunakan peluang itu untuk menerangkan tentang tasaswwur dan konsep syariat Islam dalam sistem pemerintahan berbekalkan nas al-Quran dan Hadith serta panduan sejarah dan undang-undang. Ucapan beliau mendapat respon dari berbagai pihak samada kerajaan mahupun pembangkang beragama Islam mahupun tidak.", "26 Mei 2016 Usul persendirian disenaraikan pada turutan ke-15 dalam mesyuarat parlimen. Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2), mencadangkan usul Presiden PAS dinaikkan ke nombor satu.", "Presiden PAS berjaya membacakan usul tersebut buat kali pertama. Ia merupakan usul persendirian pertama dari pembangkang yang berjaya dibacakan dalam sejarah dewan rakyat. Tetapi atas faktor keterbatasan masa, beliau meminta perbahasannya ditangguh ke mesyuarat akan datang.", "26 Oktober 2016Tuan Guru Presiden PAS sekali lagi mengambil peluang semasa sesi perbahasan RUU Perbekalan (Bajet) 2017 untuk menjelaskan lagi tentang syariat Islam dan kedudukan Islam dalam negara ini dari sudut sejarah dan perundangan. Beliau turut menyatakan kekesalan apabila usul persendirian berkaitan akta 355 dipertikaikan banyak pihak termasuk dari kalangan bukan Islam. Sekali lagi mendapat respon hangat dari ahli dewan rakyat berbagai posisi dan agama.", "22 November 2016Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi memanggil semua ahli dewan rakyat beragama Islam ke sesi taklimat khas berkenaan RUU355. Ia diadakan di dewan taklimat bangunan Parlimen Malaysia. Sesi tersebut diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Ia turut dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dato Dr Zulkifli al-Bakri. Ia bertujuan supaya ahli parlimen jelas akan proses yang bakal dilalui supaya pindaan berjaya dilaksanakan. Walaupun timbul berbagai soalan dan hangat, tetapi pada akhirnya ia berjaya diredakan dengan penjelasan dari pihak kerajaan.", "24 November 2016Presiden PAS telah meminda usul RUU335 dengan memasukkan had hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun, rotan tidak melebihi 100 sebatan dan juga denda tidak melebihi 100,000 ringgit. Oleh sebab usul yang dipinda ini berbeza dari usul sebelum ini, maka perbahasannya ditangguhkan untuk memberi lebih ruang kepada ahli parlimen untuk mengkaji mengikut konteks pindaan terbaru.", "18 Februari 2017 Himpunan 355 (H355) dianjurkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap usul RUU355. Ia dihadiri kira-kira 300,000 rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan fahaman. Himpunan tersebut boleh dikategorikan himpunan umat Islam terbesar atas nama pembelaan agama selepas peristiwa penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol dan peristiwa Natrah di Singapura.", "Pada hari yang sama juga, diadakan himpunan anti RUU355 di kawasan yang berlainan. Kehadiran yang dilaporkan adalah sekitar 100 orang, rata-ratanya adalah kalangan orang bukan Islam. Antara orang Islam yang terlibat adalah pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim dan peguam Siti Zabedah Kasim.", "6 Mac 2017Semasa perasmian mesyuarat pertama Dewan Rakyat Penggal ke Lima Parlimen ke 13, SPB YDP Agong memberi isyarat jelas dalam Titah Dirajanya mahukan undang-undang Islam diperkasakan. Titah baginda: “Beta menyokong inisiatif yang dilaksanakan agar sebarang unsur penghinaan terhadap agama Islam dan institusinya di negara ini ditangani dengan kebijaksanaan dan ketegasan. Beta berharap langkah-langkah yang dilaksanakan dalam menangani penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam melalui media massa dan laman web terus dipertingkatkan termasuklah meneruskan pemerkasaan undang-undang pentadbiran agama Islam. Pada masa yang sama, kesepakatan pemimpin-pemimpin Islam utama di negara ini adalah suatu yang amat baik dan dialu-alukan sebagaimana dalam menangani isu Rohingya di Myanmar”." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/14/pas-tubuh-pas-humanitarian-affair-relief-centre/
PAS tubuh PAS Humanitarian Affair & Relief Centre
[ "MESYUARAT Jawatankuasa PAS Pusat kali ke-22 pada malam tadi, di KUIZM meluluskan penubuhan sebuah pusat bagi menangani isu-isu kemanusiaan serantau dan antarabangsa di kenali sebagai PAS Humanitarian Affair & Relief Centre – PASRelief di bawah Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.", "Matlamat khusus penubuhannya antara lain adalah untuk memberi fokus yang serius kepada isu kemanusiaan dalam kalangan Muslim Rohingya di Arakan Myanmar, di kem-kem pelarian, di kalangan komuniti Rohingya di Malaysia dan seluruh dunia.", "Selain itu HRC @ PASRelief akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia.", "PASRelief juga akan menjadi pusat pengembelengan sumber dan kepakaran, penganjur program dialog dan perundingan dalam usaha membina peradaban manusia yang menjunjung tinggi nilai-nilai dan norma-norma kemanusiaan sejagat. – HARAKAHDAILY 14/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/sekalung-tahniah-buat-raja-muda-selangor/
Sekalung tahniah buat Raja Muda Selangor
[ "DEWAN Pemuda PAS hari ini mengucapkan sekalung tahniah di atas penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged PARA kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibn Sultan Sharifuddin Shah hari ini di Para Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka yang disempurnakan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Dataran Parawood, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD).", "Kami seluruh ana muda di Negeri Selangor berasa amat berbangga di atas penerimaan anugerah dan sudah tentunya anak muda di Negeri Selangor akan lebih bersemangat serta menyahut cabaran mempertahankan kedaulatan negara sekiranya diancam musuh." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/omr-rosak-dibimbangi-keabsahan-spm/
OMR rosak dibimbangi keabsahan SPM
[ "PERSATUAN Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melahirkan kebimbangan sekiranya isu mesin pembaca tanda optik (OMR) yang rosak baru-baru ini bakal menjejaskan keputusan dan prestasi pencapaian SPM.", "Pengerusi Pendidik Normala Sudirman, berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan ibu bapa yang melahirkan rasa gusar dan keresahan terhadap keputusan yang bakal diterima oleh anak -anak mereka pada 16 Mac 2017 ini.", "“Bagaimana dari segi keabsahan keputusan SPM yang bakal diterima supaya tidak meragukan calon SPM, ibu bapa, warga pendidik dan pihak sekolah?” katanya kepada Harakahdaily.", "Tegasnya, kekangan kewangan bagi kos membaiki mesin OMR yang diakui dan menjadi tular di media sosial amat dikesali kerana ia dibimbangi bakal menjejaskan kredibiliti KPM dan Lembaga Peperiksaan (LP) di mata masyarakat dan pelbagai pihak.", "Beliau yang juga AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pengumuman keputusan SPM yang sepatutnya keluar pada 2 Mac 2017 telah ditunda ke 16 Mac 2017 telah menimbulkan keresahan ibu bapa dan warga pendidik serta pihak sekolah.", "“Apa yang sangat dikesali, mengapa mesin OMR ini seolah-olah dikesampingkan dan tidak diselenggara secara berkala sehingga jadi rosak dan dibimbangi bakal menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Lembaga Peperiksaan,” tegasnya lagi.", "Seharusnya jelas beliau, bajet bagi urusan pendidikan dan pembangunan modal insan tidak harus dipotong atau dikecilkan kerana  secara tidak langsung ia akan menjejaskan masa depan anak bangsa yang merupakan generasi pelapis masa hadapan tegasnya lagi", "Walau bagaimanapun, Pendidik mengharapkan agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi dan semoga apa juga keputusan SPM yang bakal diterima oleh pelajar yang mengambil peperiksaan SPM pada esok hari dapat diterima dengan tenang dan lapang dada oleh semua pihak.", "Dalam pada masa yang sama, Pendidik mendesak agar bajet pendidikan diberi peruntukan yang besar oleh kerajaan supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.", "“Kami juga terkejut bagaimana semua guru di Malaysia telah diberi telefon bimbit percuma dan modem Yes, yang pastinya jumlah keseluruhan menelan kos jutaan ringgit atas nama untuk ‘memajukan masa depan anak bangsa’, tetapi dalam masa yang sama mesin OMR sepenting itu untuk peperiksaan SPM diabaikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/bina-5-000-rumah-mampu-milik-penggal-ke-13/
Bina 5,000 rumah mampu milik penggal ke-13
[ "Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga hari ini lebih 600 unit rumah mampu milik siap dibina anak syarikat kerajaan negeri.", "Katanya, bagi merealisasikan usaha tersebut sebanyak 1,300 unit rumah mampu milik akan dibina di Bunut Susu, Tendong dan Berangan Mek Nab di Machang.", "“Sasaran kita antara 2,000 hingga 5,000 unit, kalau dapat 2,000 unit alhamdulillah, kalau lebih dari itu lagi baik. Kita sedang usahakan bagi capai sasarannya.", "“Insya Allah akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak,” katanya selepas merasmikan pecah tanah projek tersebut di Meranti, Pasir Mas petang tadi.", "Turut hadir Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Hanifa Ahmad, Datuk Nassuruddin Daud serta wakil-wakil rakyat.", "Menurutnya juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM9 juta setahun bagi melaksanakan projek berkenaan yang dikendalikan PMBK dan Perbadanan Iktisad Kemajuan Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 15/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/wabak-h5n1-belum-jangkiti-manusia-exco/
Wabak H5N1 belum jangkiti manusia – Exco
[ "WABAK selesema burung (H5N1) yang melanda Kelantan sekarang belum lagi menjangkiti manusia, kata anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi.", "“Namun pada masa yang sama daging ayam masih selamat dimakan dengan syarat hendaklah dimasak lama untuk menjaminkan keselamatan,” katanya di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.", "Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau berkata, sehingga kini empat jajahan terbabit gejala itu." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/politik-juga-dibawa-ke-akhirat/
Politik juga dibawa ke akhirat
[ "67. “Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.”68. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.(Al-Ahzab: 67-68)", "7. “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”8. “Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihatnya juga.” (Al-Zalzalah: 7-8)", "Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada setiap orang beriman kepada Allah dan firman-Nya, menegaskan bahawa semua urusan kehidupan manusia yang berakal dan mukallaf; bukan sahaja ibadat dalam hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan dengan manusia dan alam sekeliling, dalam semua perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-sebesarnya ada perhitungan dosa dan pahala.", "سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله – عز وجل – ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إنِّي أخَافُ الله ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ .مُتَّفَقٌ عَلَيهِ . رياض الصالحين للنووي 1/ 242.", "“Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah di bawah lindungan-Nya pada hari (kiamat) yang tiada perlindungan lagi melainkan perlindungan Allah sahaja. Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa bergantung ke masjid, dua orang yang berkasih sayang (persaudaraan) kerana Allah; bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang yang diajak oleh perempuan bangsawan dan rupawan supaya mengerjakan maksiat lalu dia menolaknya dengan menegaskan saya takutkan Allah, seorang yang dermawan secara senyap sehingga kemurahannya laksana apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kirinya dan seorang yang berzikir (ingat kepada Allah) dengan khusyuk bersendirian di tempat yang sunyi sehingga berlinang matanya (kerana kehebatan Allah).”", "Disebut yang pertama ialah pemimpin adil mengikut perkiraan Allah. Menunjukkan betapa kedudukan pemimpin negara dari segi fadilatnya pada Hari Kiamat. Khususnya urusan politik memimpin negara dan segala isinya yang menjadi amanah paling besar dari segi pelaksanaan dan perjuangannya. Amanah itu bukan pada nama dan perkataannya sahaja. Secara khusus ialah melaksanakan konsep adil terhadap semua.", "۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء.", "58. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”59. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang mengendalikan urusan) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada  Allah (Al-Quran) dan  Rasul-Nya (ajaran-Nya) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (An-Nisa’:58-59)", "1- Ayat ini menunjukkan betapa amanah politik adil terhadap seluruh manusia adalah tanggungjawab terbesar daripada perintah Allah. 2- Perintah Allah itu terkandung daripada Kitab Allah (Al-Quran) dan ajaran Rasulullah S.A.W. 3- Adapun mereka yang mengendalikannya ialah para ulama yang mewarisi ajaran tersebut secara amanah ilmu dan para pemimpin (umara) yang berkuasa menunaikan amanah melaksanakan hukum Allah dengan adil.4- Seterusnya dikaitkan dengan beriman kepada Hari Akhirat. Bahawa semua amalan akan dikira baik dan jahat, serta balasannya.", "Perlembagaan PAS menegaskan hukum tertinggi berkonsepkan seperti tersebut. Bagi memeliharanya, maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak yang bersifat pemutus muktamad dalam perkara nas dan ijtihad. Ada pun pelaksanaannya dan jenteranya di bawah Dewan Harian PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan segala cabangnya mengikut tugas dan peranan masing-masing.", "PAS terus beristiqamah sehingga sampai ke wawasannya dari dunia sehingga hari akhirat, bukan sekadar Wawasan 2020 dan kemenangan pilihan raya besar atau kecil sahaja.", "Maka konsep kemenangan bagi PAS ialah:Kemenangan terbesarnya ialah kemenangan akhirat yang kekal abadi disamping percaya adanya kemenangan di dunia. Apabila terdapat pihak yang menerima untuk melaksanakan cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka ia berlakunya dengan tiga keadaan:", "Pertama: Adanya pihak lain yang bersedia menyambut tawaran Islam yang wajib didukung bersama dan dipertahankan seperti Rasulullah S.A.W mengekalkan Raja Habasyah, Bahrain, Musqat dan Oman yang menerima Islam. Maka PAS wajib mendukung, menerima dan bersama mereka yang menerima Islam yang sempurna.  ", "2. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah:2)", "Ketiga: Seterusnya Kumpulan Islam mengambil alih kerajaan yang menolak Islam dan menentangnya, seperti Empayar Rom Timur (Byzantin) dan Parsi yang ditentang dan dijatuhkan.", "يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ الصف .", "10. “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”11. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah (Islam) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”12. “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn’. Itulah kemenangan yang besar.”13. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (As-Soff:10-13)", "Inilah ‘Road Map’ yang menjadi panduan kepada PAS dan seluruh mereka yang berada di dalam wadahnya. Hanya mereka yang beriman dan budiman terhadap ‘Road Map’ ini meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat. Adapun mereka yang mempunyai pandangan lain pasti akan meninggalkan PAS secara rela hatinya sendiri atau dipaksa campak keluar daripada PAS.", "Adapun pelaksanaannya, kita diajar supaya bertafaqquh (memahami) dasar, konsep dan cara beramal mengikut dua landasan. Thawabit: Ketetapan Allah dan Rasul dalam perkara dasar, matlamat dan konsep naluri yang tidak boleh dipinda dan diubah dalam semua realiti dan situasi.Mutaghayyirat: Perkara yang mengalami perubahan dari segi realiti, situasi dan strategi mengikut ruang dan sempadan konsep umum yang banyak dan luas.", "Tegasnya, Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk kalangan bukan Islam. Juga dengan syarat menolak konsep yang menafikan kepimpinan Islam atau Liberal Oportunis yang mencari kemenangan mi segera atau cauvinis yang boleh mengacau kehidupan sendiri, walaupun perjuangannya untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Malaysia ini yang bermasyarakat majmuk.  ", "يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة .", "8. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).” (Al-Maidah:8)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/anak-muda-kg-laut-anjur-kesyukuran/
Anak muda Kg Laut anjur kesyukuran
[ "ANAK-anak muda di Kampung Laut Dun Pasir Pekan, Tumpat akan menganjurkan majlis kesyukuran malam ini berikutan bekas Ketua Cawangan Kampung Laut 1 menyertai Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini.", "Pada malam Jumaat lepas bekas cawangan terbabit Nordin Adam menyertai PAN pada program ceramah anjuran parti serpihan terbabit di Kampung Laut.", "Katanya, program itu bukan anjuran cawangan sebaliknya dikendalikan anak-anak muda yang sudah lama tidak senang dengan tindak tanduk bekas Ketua Cawangan.", "“Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob yang juga Adun Pasir Pekan dijangka hadir pada malam ini sebagai menghargai kesungguhan anak-anak muda.", "Wan Roslan juga berkata, PAS akan mewujudkan sebuah lagi cawangan di Kampung Laut memandangkan semakin ramai penduduk dan anak-anak muda menyertai PAS.", "Malam esok juga akan diadakan ceramah di Dataran Purnama Kampung Laut yang dijangka dihadiri Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PAS Negeri Datuk Nassurudin Daud. – HARAKAHDAILY 15/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/pasar-seni-di-bazar-tok-guru/
Pasar Seni di Bazar Tok Guru
[ "Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Zulkifli Mamat berkata pasar itu akan menempatkan pengiat-pengiat seni di satu tempat.", "Katanya di pasar tersebut juga dicadang diwujudkan sekolah seni bagi mendidik anak muda yang berminat dalam pelbagai seni kraf rakyat Kelantan.", "“Pelancarannya akan dibuat sempena Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 yang akan diadakan di beberapa lokasi perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke V, Pusat Perdagangan Kelantan, Medan Usahawan dan Bazar Tok Guru,” katanya di sini.", "Sempena program itu diadakan pelbagai program menarik termasuk 100 gerai jualan produk halal, forum Halal Biz, kelas memasak, klinik usahawan halal, biz matching, demo selebriti chef, pertandingan chef cilik." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/kalau-itu-keputusan-tiada-lagi-hubungan-dengan-ppbm/
Kalau itu keputusan, tiada lagi hubungan dengan PPBM
[ "Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata jika itu keputusan rasmi PPBM, PAS menganggap tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.", "“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/mahkamah-bebas-pemilik-pasti-daripada-tuduhan/
Mahkamah bebas pemilik Pasti daripada tuduhan
[ "MAHKAMAH Majistret Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan pemilik premis Pasti al- Irfan, Taman Daya, Johor Bahru di sini daripada pertuduhan menjalankan pemajuan tadika tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Johor Bahru (MBJB).", "Dalam keputusan dibacakan, pihak mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ untuk mensabitkan pemiliknya, Leong Thong Foh dan Choo Sau Mei atas pertuduhan di bawah Seksyen 19 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 MBJB.", "Premis tersebut telah disewakan pemilik kepada PAS dan dijadikan sebagai Pasti yang sebagaimana disahkan oleh Peguam PAS, Mohammed Zamri Ibrahim dan Ahmad Daniel Roslan mewakili defendan bahawa ia bukan tadika tetapi merupakan aktiviti PAS.", "“Oleh itu, peruntukan undang-undang berkenaan adalah tidak terpakai ke atas Pasti. Semasa perbicaraan, pihak pendakwa telah gagal menunjukkan Pasti adalah merupakan sebuah tadika.", "Hadir sama di mahkamah pada sesi keputusan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin; Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin dan Timbalan Pengarah PASTI Pusat, Mohd Shah Mior Qasim. – HARAKAHDAILY 15/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/sam-gesa-henti-tambak-laut-di-kuala-kedah/
SAM gesa henti tambak laut di Kuala Kedah
[ "SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan segera menghentikan projek tambak laut berhampiran Kampung Tepi Laut dekat Kuala Kedah kerana ia tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memusnahkan hutan paya laut dan mengancam sumber pendapatan nelayan pantai di kawasan itu.", "SAM kesal dengan kerajaan Kedah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini kerana membenarkan kegiatan tersebut dilakukan sejak beberapa bulan yang lalu walaupun belum mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA).  Laporan EIA ini sedang dipamer untuk ulasan awam dari 5 Mac hingga 25 Mac 2017.", "Tinjauan SAM mendapati lebih kurang 1 km laut di sini telah ditambak oleh pihak pemaju projek pembangunan berkenaan dan hampir 10 hektar hutan paya laut di persisiran pantai telah musnah di samping mengancam hidupan laut dan sumber pendapatan 500 keluarga nelayan tempatan yang mencari rezeki di kawasan tersebut.", "Nelayan pantai dan nelayan tradisi di Kampung Tepi Laut dan Kampung Tengku Laksamana Tepi Laut Sejak projek tambak laut ini mengadu bahawa sejak projek tambak laut ini bermula hasil tangkapan mereka telah berkurangan antara 20 hingga 30% sehari kerana sumber tangkapan utama seperti ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lala semakin berkurangan dan hampir pupus.", "Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika projek tambak laut di kawasan tersebut diteruskan dan hutan paya laut di tempat itu musnah. SAM kesal walau pun awalnya penduduk-penduduk kampung terutama nelayan di sini membantah rancangan projek penambakan laut di kawasan tersebut tetapi ia tidak dihiraukan dan diteruskan juga oleh pihak kerajaan negeri ini.", "Selain sumber perikanan di perairan Kuala Kedah diancam kepupusan dan mata pencarian nelayan teruk terjejas, kesan ke atas alam sekitar akan menjadi lebih buruk apabila hutan paya laut yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut turut mengalami kemusnahan dan Zon A kawasan tangkapan nelayan pantai diancam pencemaran sisa lumpur akibat dari aktiviti penambakan laut di sini.  ", "Justeru, SAM meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan kerajaan Kedah menghentikan projek pembangunan di kawasan tersebut kerana projek itu kini ternyata melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan 2012) dan memberi kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/mengimpikan-fajar-indah-buat-muslim-rohingya/
Mengimpikan fajar indah buat Muslim Rohingya
[ "DEWAN seminar Hotel Marriott Putrajaya terasa panas membahang walau dialun dengan penghawa dingin kelas lima bintang. Pembentang mengungkapkan dengan penuh simpati dan empati, sarat dengan saranan, mengilas sejarah peta luka umat Islam ini. Arakan adalah Gaza Asia dan Malaysia adalah negara yang diharapkan untuk membantu krisis yang semakin memburuk terutama selepas tragedi pembantaian 2012.", "Konferens Antarabangsa mengenai Rohingya yang dianjurkan oleh Yayasan Amal, IPSOM, Kesatuan Ulama SeDunia (IUMS) bertujuan membincangkan dengan teliti solusi membantu muslim Rohingya agar dapat keluar daripada kemelut panjang lebih separuh abad ini.", "Konferens Antarabangsa yang menghimpunkan ramai cendekiawan, relawan, pengkaji sosio politik, penjawat awam daripada 13 buah negara ini, bermukim selama tiga hari di sini. Konferens tiga hari ini, setakat ini menjadi mercu tanda kesungguhan rakyat negara ini untuk membantu Muslim Rohingya pasca program “Food Flotilla for Myanmar” bulan Februari yang lepas. Malaysia walaupun agak terlewat memulakan langkah mulia ini, namun paling kurang hari ini disebut di peringkat antarabangsa, menjadi negara paling terkedepan dalam membantu Rohingya, selain kerajaan Turki.", "Isu muslim Rohingya perlu digarap dengan berhati-hati, dengan kerapuhan isu agama dan etnik yang sangat mudah memicu kebencian, seterusnya mewabak kepada konflik berdarah di rantau ini. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulama melihat isu ini juga jangan sampai membenarkan rantau Asia Tenggara ini bergolak seterusnya mengundang campurtangan Barat. Mengapikan kebencian agama, antara Islam dan Buddha walhal konflik ini boleh diuruskan dengan lebih harmoni.", "Setiap negara dalam dunia ini wajib mengambil langkah membantu penduduk Rohingya, memberikan fokus penyelesaian isu penindasan ini. Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Hak Asasi atau terlibat dalam konvensyen Geneva, juga negara-negara Islam di bawah payung OIC  serta seluruh aktivis bantuan kemanusiaan wajib mengembleng tenaga untuk menghentikan pembantaian, intimidasi dan perlanggaran terhadap hak etnik minoriti Rohingya.", "Kezaliman regim Myanmar sangat sadis apabila separuh daripada muslim Rohingya telah meninggalkan tanah leluhur mereka, ada yang meregang nyawa di lautan atau menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Tiada layanan sebagai warganegara Mynmar kepada muslim Rohingya apabila mereka dinafikan kewarganegaraan. Saya berkongsi kepiluan dengan Ustaz Tarmizi Sulaiman pagi tadi, bagaimana usaha mengusir muslim Rohingya adalah melalui rekayasa pihak regim Mynmar sendiri.", "Pada tahun 2012, seorang gadis Buddha kononnya dirogol sehingga mati oleh pemuda Islam Rohingya, kalendar-kalendar dicetak dengan wajah gadis yang dirogol untuk menyalakan api permusuhan antara agama dan etnik. Isu ini digunakan untuk menyulut api perbalahan sehingga muslim Rohingya dibunuh beramai-ramai, pembakaran kampung, pembakaran masjid serta gadis-gadis muslim diperkosa oleh tentera Myanmar.", "Peristiwa serangan 9 oktober 2016 oleh kelompok yang kononnya “jihadis” terhadap sebuah kem tentera kerajaan juga akhirnya menjadi alasan untuk serangan balas yang telah mengorbankan ribuan ummat Islam. Segalanya seolah drama terancang untuk menyudutkan orang Islam di kandang orang salah. Lebih setengah juta muslim Rohingya mengungsi ke Bangladesh, sebuah negara miskin yang tak menjanjikan sinar harapan bahagia buat pelarian.", "Konferens Antarabangsa mengenai Rohingya ini juga akan menyalurkan resolusi perbincangan kepada kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan efektif serta seruan kepada seluruh dunia untuk bangkit bersuara serta membantu tragedi kemanusiaan terbesar di Asia Tenggara ini. – HARAKAHDAILY 15/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/cikgu-fauzi-semakin-positif/
Cikgu Fauzi semakin positif
[ "DOKTOR telah melepaskan ‘mesin pernafasan’ dan terdapat perkembangan positif kepada aktivis Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah, yang kini masih di rawat di hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.", "“Dia boleh bernafas dia telah boleh bernafas di antara 96-98 peratus tanpa menggunakan bantuan mesin dari segi respons, ada sekali-sekala bila (kita) bercakap dia ada maklum balas,” ujarnya dipetik Buletin Online.", "Rosalina yang juga seorang pendidik berkata, beliau terus ‘bermukim’ di hospital sejak suaminya itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu pada 17 Februari lalu.", "“Ya, duduk sini tapi ada sewa bilik yang hospital sewakan. Biasanya duduk sini (dalam wad) hanya balik sejam atau dua jam sehari,” katanya sambil mengesat air jernih yang mengalir pada anak matanya.", "Walaupun ‘berat mata’ para pelawat yang datang dan melawat serta memandang keadaan Cikgu Fauzi, namun Rosalina tabah dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.", "“Sebab kita pegang apa yang Allah aturkan itu adalah yang terbaik untuk kita, itu jelah,” jelasnya ketika dikunjungi oleh Dewan Pemuda PAS Seberang Takir, semalam.", "Justeru, beliau menyampaikan salam sahabat-sahabat kepada Rosalina dan mendoakan agar Cikgu Fauzi diberikan kesembuhan serta dapat kembali aktif bersama saf perjuangan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/kelantan-kekal-harga-rumah-mampu-milik/
Kelantan kekal harga rumah mampu milik
[ "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri masih mengekalkan harga rumah terbabit.", "“Sebagai contoh di Pasir Genda, Tanah Merah, kos pembinaan rumah mampu milik ialah RM6.7 juta manakala hasil jualannya lebih kurang RM4 juta.", "Sehingga sekarang terdapat 18 projek rumah mampu milik yang dilaksanakan kerajaan negeri termasuk Taman Seri Mesa, Rantau Panjang; Taman Ubudiyyah, Labok; Taman Wadi Iman, Kok Lanas; Bandar Utama, Gua Musang; Taman Seri Guchil, Kuala Krai.", "Selain itu Pasir Genda, Tanah Merah; Tanah Iman Jaya, Wakaf Che Yeh; Badang, Kota Bharu; Bunut Susu, Tendong; Pulai, Gua Musang; Meranti, Pasir Mas; Berangan Mek Nab, Machang; Kadok, Ketereh; Perumahan Bandar Ciku 3 dan Gua Musang, Jubakar Pantai, Tumpat.", "Abdul Fattah juga berkata kerja-kerja menanam cerucuk projek rumah mampu milik di Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan kini siap 100 peratus." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/pas-rakam-takziah-atas-pemergian-syeikh-murtadza/
PAS rakam takziah atas pemergian Syeikh Murtadza
[ "PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tuan Guru Datuk Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, bekas Mufti Negeri Sembilan semalam.", "Kita menyaksikan kebaikan dan usaha yang telah dilakukan oleh Almarhum sepanjang hidupnya bagi menyuburkan perkembangan ilmu Islam. Perginya Almarhum dengan meninggalkan sejuta manfaat untuk ummah.", "“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta-merta mencabutnya daripada hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama.” [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/najib-perlu-buktikan-beliau-tidak-dera-kelantan/
Najib perlu buktikan beliau tidak dera Kelantan
[ "PERTUBUHAN Royalti (R)  Kelantan meminta Perdana Menteri membuktikan empat  perkara sebagai bukti beliau tidak mendera rakyat di negeri itu. Presidennya, Nazri Deraman berkata, pihaknya mengalu-alukan ikrar Datuk Seri Najib Tun Razak yang beliau tidak mendera rakyat di negeri itu. Bagaimanapun, tambahnya Najib perlu melaksanakan empat perkara sebagai bukti terhadap pengakuannya itu. Katanya, pertama kerajaan BN perlu membayar royalti petroleum Kelantan mengikut peruntukan Akta Pembangunan Petroliam 1974. “Kerajaan BN perlu mematuhi perjanjian royalti yang ditandatangani antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975. “Kedua, kerajaan BN perlu mematuhi amanat ayahanda Tun Abdul Razak yang meminta royalti petroleum dibayar kepada negeri yang mempunyai telaga, termasuk ‘off shore’ luar 3 batu nautika. “Tun Abdul Razak berkata demikian di Dewan Rakyat pada 12 November 1975. “Ketiga, kerajaan Najib juga perlu melaksanakan perancangan-perancangan untuk Kelantan yang dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990),”ujarnya. Nazri memberitahu, perkara itu berlaku setelah rakyat Kelantan memilih Angkatan Perpaduan Ummah secara demokrasi pada tahun 1990. Tambahnya, kerajaan juga perlu melaksanakan titah Sultan Kelantan yang meminta royalti petroleum dibayar mengikut perjanjian (DUN Kelantan 16 Jun 2013). Tambahnya, pada masa yang sama ia perlu didaratkan petroleum ke bumi Bachok sebagaimana yang disebut pada sidang Dun Kelantan 1 Mac 2012. Royalti Kelantan membuat gesaan itu berikutan kenyataan Perdana Menteri ketika hadir ke Kelantan untuk merasmikan UTC Ahad lalu. Menurut Perdana Menteri, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikut jejak langkah seorang bekas Perdana Menteri yang berpendapat Kelantan wajar didera kerana menyokong pembangkang.", "Najib menegaskan, sebaliknya beliau menggunakan pendekatan berbeza iaitu mentadbir negara dengan seadil mungkin tanpa meminggir atau membeza-bezakan mana-mana negeri. – HARAKAHDAILY 15/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/sentimen-perbezaan-dap-boleh-cetus-provokasi-diskriminasi/
Sentimen perbezaan DAP boleh cetus provokasi, diskriminasi
[ "DAP Sarawak sebenarnya mahu dilihat sebagai jaguh sentimen kenegerian apabila mengapi-apikan perbezaan hubungan sosial, interaksi dan budaya, di mana secara tidak langsung turut melemparkan persepsi negatif kepada agama Islam.", "Sedangkan pengambilan 433 guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan mengemukakan pandangan dan cadangan kepada pihak terbabit khususnya Jabatan Pelajaran Negeri.", "Malah, kami turut menyokong agar inisiatif dan keutamaan diberikan kepada guru tempatan yang berada dalam senarai permohonan serta berkelayakan supaya proses pembelajaran, serta hal pentadbiran berkaitan menjadi lebih mudah.", "Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen tidak perlu merumitkan keadaan dengan skeptikal yang sangat keterlaluan. Sebenarnya beliaulah yang prejudis dan membakar unsur fobia serta melampau dari gambaran diberikan.", "Momokannya adalah tohmahan tidak berasas dan melulu, malah beliau telah memberi label politik ke atas para guru yang telah mengikuti kursus standard perguruan. Jika terdapat bukti kukuh dakwaannya, beliau harus ajukan aduan kepada pihak terbabit. Jika tidak, Chieng Jen sebenarnya menghina profesion mulia para guru yang ikhlas mendidik anak bangsa.", "Sewajarnya DAP Sarawak menjadikan keunikan dan keharmonian segala perbezaan yang ada di negeri ini sebagai kebanggaan tersendiri. Bukan memperleceh dan memandang pihak lain dengan tanggapan pecah belah lebih-lebih lagi perkara melibatkan sensitiviti dan sempadan agama." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/15/kelantan-warta-24-zon-larangan-merokok/
Kelantan warta 24 zon larangan merokok
[ "Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat berkata langkah itu sebagai usaha melindungi bukan perokok yang terkesan dari asap perokok.", "Jelasnya, apabila zon itu diwartakan, mereka yang merokok dalam kawasan larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.", "“Buat masa ini, kita sedang mendidik masyarakat berhubung kesan asap rokok kepada kesihatan dan persekitaran menerusi ceramah dan edaran risalah,” katanya.", "Datuk Ramli berkata peratusan kadar merokok di Kelantan juga menurun kepada 24.6% atau 300,000 orang tahun ini berbanding 27.3% pada 2006.", "“Penurunan ini agak kecil dan kita harap usaha IKBAR mampu mengurangkan jumlah perokok sedia ada dengan sasaran penurunan 15% pada 2025,” katanya.", "Pada 2014, Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yacob mengisytiharkan Medan Ilmu di sepanjang Jalan Datuk Pati Kota Bharu sebagai zon eksklusif bebas asap rokok. – HARAKAHDAILY 15/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/upacara-perbomohan-datuk-ibrahim-mat-zin/
Upacara perbomohan Datuk Ibrahim Mat Zin
[ "BAYAN LINNAS SIRI KE- 87: UPACARA PERBOMOHAN YANG DILAKUKAN OLEH DATUK IBRAHIM MAT ZIN / RAJA BOMOHDitulis oleh Mohamad Razif Mohamad FuadDiterbitkan: 16 Mac 2017", "Sehari dua ini, aktiviti perbomohan yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Mat Zin telah tular dengan hangat dalam kalangan netizen. Kami merasakan isu ini perlu diberi perhatian dan kami menjawabnya dalam ruangan kali ini dengan lebih tuntas. Kami namakan BAYAN LINNAS: Upacara Perbomohan Yang Dilakukan Oleh Datuk Ibrahim Mat Zin / Raja Bomoh.", "Kami sempat meneliti beberapa video yang dimuatnaik di media sosial berkenaan kaedah perbomohan beliau sebelum membuat keputusan atas isu ini. Setelah kami melihat kepada amalan yang dilakukan oleh beliau, maka kami dapati bahawa  amalan tersebut tidak terdapat di dalam Al-Qur’an, hadis dan juga athar yang sahih daripada generasi salafussoleh. Untuk itu, di sini kami nyatakan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa amalan yang dilakukan itu adalah satu perkara yang baru dan ia tidak diterima serta bercanggah dengan ajaran agama yang suci ini.", "Hadis ini adalah keadah yang agung di dalam agama dan ia merupakan sebahagian daripada jawami’ al-kalim (ringkas dan makna yang padat) yang dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Haithami :", "“Hadis ini merupakan salah satu kaedah yang terdapat di dalam Islam dan manfaatnya amat luas jika dipandang dari sudut lafaznya kerana ia merupakan mukadimah umum bagi setiap dalil yang digunakan untuk menerbitkan hukum syarak.”", "Hadis ini juga merupakan salah satu daripada asas yang penting di dalam Islam. Sepertimana hadis “semua amalan adalah bergantung pada niat” yang merupakan neraca kepada setiap amalan manusia samada zahir atau batin. Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya di dalam urusan beragama, maka ia bukanlah daripada agama ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie Rahimahullah:", "“Apa yang diada-adakan dan menyanggahi al-Quran, sunnah, ijmak atau athar, maka ia adalah bidaah yang sesat. Manakala perkara baru yang baik yang diwujudkan dan tidak menyanggahi semua itu, maka ia adalah bidaah yang terpuji.”", "Selain itu juga, Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari Rahimahullah antara lain berkata: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara yang baru dalam urusan (agama) kami yang ia bukannya daripada urusan (agama) kami, maka ia tertolak”, yang dimaksudkan perkara baru yang diadakan di dalam agama ini terbahagi kepada dua:", "Pertama: Perkara yang bukan daripada agama dan bercanggah dengan kaedah dan dalil yang sahih maka ia adalah tertolak. Inilah yang dimaksudkan dengan bid’ah yang sesat lagi tertolak.", "Kedua: Perkara yang disokong oleh prinsip agama atau disokong dengan dalil yang sahih maka ia diterima. Inilah yang dimaksudkan dengan sunnah yang baik.", "Oleh itu, perlu untuk kita ketahui bahawa amalan yang dinilai bukan pada kualiti ataupun kuantiti tetapi sejauh mana kesesuaiannya menurut apa yang Allah SWT dan Rasul-Nya kehendaki. Walaupun amalan tersebut dilihat baik dan banyak dilakukan tetapi jika ia tidak berasaskan kepada peraturan syarak maka amalan tersebut adalah sia-sia.", "Tidak didapati sebarang nas syarak mahupun amalan sahabat dan salafussoleh yang menggunakan alatan seperti ini dalam berdoa dan juga perubatan. Ia dilihat perbuatan yang sia-sia kerana penggunaan asal teropong adalah bagi melihat sesuatu objek yang jauh. Begitu juga alatan simbolik seperti meriam buluh yang tidak dapat difahami tujuannya. Perbuatan berdoa dengan memegang buah kelapa juga bukanlah sebahagian daripada adab ketika berdoa. Selain itu, buah kelapa adalah makanan yang boleh diambil manfaatnya dan bukan dibuang ke laut.", "Terdapat beberapa bentuk ritual yang kami lihat, agak meragukan iaitu membaling buah kelapa ke dalam laut, merenjis air dari dalam bekas (seakan tempurung kelapa) ke dalam laut dan mengibas kain batik.", "Kami nyatakan bahawa amalan sebegini tidak ada asasnya dalam al-Qur’an, hadis, mahupun athar yang sahih. Malah perbuatan membaling kelapa dan merenjis air ke laut amat menghampiri bentuk ritual membuang sial ke laut yang dilakukan oleh masyarakat yang menganut animisme di Nusantara. Walaupun perbuatan merenjis air ruqyah ke tempat yang sakit itu ada asasnya berdasarkan rawatan Rasulullah SAW pada Thabit bin Qais, malah merenjis air ruqyah ke rumah yang diganggu juga adalah dibolehkan berdasarkan fatwa sebahagian ulama’, namun merenjis air ke laut itu sama sekali tidak ada signifikannya menurut syarak.", "Jika dilihat kepada bacaan ayat al-Quran yang dibaca olehnya, didapati banyak kesalahan dari sudut tajwid dan juga sebutan makhraj huruf. Ini bukan kali pertama kerana berdasarkan beberapa rakaman video beliau sebelum ini, ia adalah kesalahan yang berulang-ulang. Sedangkan bagi rawatan ruqyah syar’iyyah, tajwid dan sebutan makhraj huruf serta kefasihan amat diteliti.", "Kami juga meneliti Garis Panduan Perbomohan menurut Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mendapati bahawa Datuk Ibrahim Mat Zin ada melanggar beberapa garis panduannya. Kami simpulkannya dengan beberapa poin di bawah:", "Menggunakan alatan seperti teropong buluh, meriam buluh, buah kelapa yang dibuang ke laut dan mengibas kain batik adalah jauh daripada akhlak Islam yang sebenar dalam rawatan kerana boleh mengundang syak yang buruk terhadap Islam.Ia menimbulkan salahfaham masyarakat dunia terutamanya bukan Muslim terhadap Islam.Teropong buluh tersebut digunakan seakan untuk ‘melihat’ sesuatu yang tidak ada pada mata kasar dan ini bertentangan dengan Islam kerana ramalan atau tebakan atau tenungan untuk sesuatu perkara adalah dilarang dalam syarak.Dalam tradisi masyarakat Melayu lama, pawang angin dipercayai dalam mengelakkan malapetaka dan pakar dalam ilmu ghaib. Perbuatan beliau itu dikhuatiri menghampiri peranan pawang angin yang jelas bersalahan dengan syarak, kerana sebelum ini, beliau pernah meneropong dengan teropong buluh dan mendakwa melihat kapal terbang MH370 tersangkut di atas awan, di antara 3 buah negara.Perbuatan beliau telah menjatuhkan maruah beliau sendiri.", "Kesimpulannya, upacara dan amalan yang dilakukan ini, tidak terdapat di dalam ajaran Islam dan ia sama sekali bercanggah dengan agama ini. Kami amat bersetuju dengan keputusan fatwa yang telah diwarta oleh negeri Perak di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada 3 Ogos 2015 yang telah memutuskan bahawa amalan tersebut adalah sesat dan haram. Ini kerana amalan yang dibawa oleh bomoh tersebut didapati terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.", "Manakala di Wilayah Persekutuan pula sebagaimana Seksyen 42 (3), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1974 menetapkan segala perbuatan atau amalan kebatinan, tahan diri (kuasa ghaib) telah difatwakan sebagai bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu, orang Islam ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.", "Kami berpandangan bahawa amalan perbomohan yang dilakukan oleh beliau – walaupun tidak menyerupai sepenuhnya – tetapi adalah amat hampir menyerupai amalan ilmu kebatinan dan tahan diri (kuasa ghaib) yang juga termasuk dalam peruntukan Seksyen 42 (3), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1974    ", "Sebarang tindakan sebagaimana yang telah maklum tersebut, akan menjadi bahan ketawa orang ramai dan boleh menjatuhkan nilai keintektualan dan maruah diri sendiri serta menjejaskan imej negara. Oleh itu, berwaspadalah dalam setiap tindakan dan gunakalah logik akal dan mantik dalam menyusun gerak langkah kehidupan. Kami juga merasa kesal dan tidak selesa apabila video seperti itu disebarkan terlalu luas hingga sampai ke seluruh dunia. Ini bakal memberi persepsi negatif terhadap negara kita di mata dunia serta agama Islam itu sendiri. Sedangkan, ia sama sekali tidak melambangkan ajaran Islam walaupun ayat-ayat al-Qur’an digunakan.", "Maka, kami dengan tegas menyatakan bahawa amalan perbomohan yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Mat Zin adalah bid’ah yang wajib dihalang dari diteruskan. Kami mengambil peluang di sini menyeru kepada Datuk Ibrahim Mat Zin supaya kembali kepada landasan Islam yang sebenar dan bertaubat kepada Allah. Rujuklah kepada badan berautoriti agama seperti JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri sebelum membuat apa-apa perbuatan yang bersangkut paut dengan agama Islam. Sesungguhnya Saidina Umar pernah berkata:" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/menteri-pertahanan-amat-tidak-cerdik/
Menteri Pertahanan amat tidak cerdik
[ "JIKA media tidak salah lapor Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein diberitakan berkata, Malaysia ada kelebihan jika berperang dengan Korea Utara.       Cakap macam ini, sekalipun betul, tidak membantu  sedikit pun usaha menyelesaikan perbalahan kedua negara berhubung dengan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara di sini dan masalah sembilan orang warga kita yang tidak dibenarkan pulang dari Korea Utara.      Sekalipun pemimpin Malaysia berhempas pulas bagi meyakinkan orang Malaysia betapa orang kita di sana itu dikatakan tidak apa-apa dan ada kebebasan seperti biasa, tetapi semua melihat menteri-menteri itu cemas, apa lagilah keluarga orang yang tidak dapat pulang itu.       Banyak bersangka bahawa yang menjadikan ketegangan itu adalah ketidakcekapan Wisma Putra bermain diplomasi hingga rancangan mengosongkan kedutaan tak dapat dikosongkan. Moga-moga sangkaan itu sekadar persepsi.       Tetapi semuanya melihat Wisma Putra berhempas pulas untuk membawa pulang kesembilan mereka. Jika keadaan tidak  cemas, apa perlunya mereka hendak dibawa pulang dan  apa perlunya dua warga kita yang berkhidmat dengan Bangsa-Bangsa Bersatu terpaksa dipindah ke Beijing?      Sekarang kita sudah tingkatkan kerja diplomasi bagi membawa pulang petugas kita dulu dan hubungan diplomasi itu dipulihkan kemudian setelah isu pembunuhan itu selesai.      Tetapi ketika kerja penyelesaian itu berjalan tiba-tiba Menteri Pertahanan bercakap kononnya kita ada kelebihan jika berperang kerana kita ada ramai kawan di seluruh dunia.     Cakap seperti ini boleh menyusahkan perundingan diplomasi yang licin. Ia dilihat sebagai satu provokasi yang boleh menaikkan darah orang lain.       Boleh dikira ia bodoh tetapi yang diplomasinya ia bukan kenyataan cerdik. Apa perlunya kita bangkit soal perang dalam apa keadaan jua.  Akui saja ia mencemaskan hubungan. Apa untungnya bagi tahu orang, kita ada ramai rakan di dunia. Sekalipun banyak negara membantu kita mengesan kapalterbang yang hilang, tetapi belum bijak menyatakan semua orang akan membantu kita apabila berperang dengan Korea Utara?       Singapura tak bagitahu, ia mudah pukul sesiapa yang berperang dengannya. Sekalipun Amerika getik   dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad, tetapi hingga akhir ia tidak bantu pemberontak tumbangkan kerajaan Syria.      China boleh pukul Taiwan bila-bila masa tetapi ia pun takut berperang. Amerika itu perkasa tetapi ia pun takut berperang. Bush serang Iraq dan Afghanistan, tetapi sampai hari ini ia tidak tahu bagaimana hendak keluar daripada beban yang dihadapinya.      Betul Kuwait dibantu oleh sekutu NATO semasa diceroboh Saddam Hussein, tetapi banyak mana kecederaan yang ia hadapi dalam perang teluk, sedang kekayaan yang lebur kerana perang itu boleh digunakan bagi membantu umat Islam yang miskin di seluruh dunia.      Semua kuasa besar sekarang takut untuk berperang dengan Korea Utara. Ia ada macm-macam jenis nuklear. Jika perang tercetus, ia boleh tuju pelurunya ke mana ia suka. Jika ia berperang dengan kita. Dipercayainya dunia akan sokong kita, ia boleh tembak semua negara sebelum dunia tembak negeranya.        Ia ada pengalaman berperang dengan Amerika dalam Perang Korea dulu. Sampai sekarang tiada perjanjian tamat perang dengan Korea Selatan. Bayangkan payahnya kita ia naik angin dengan cakap Hishamudin yang tidak cerdik itu.       Mengapa orang yang tidak cerdik ini dijadikan menteri sepenting itu? Jangan sampai orang kata kerajaan yang menjadikannya menteri adalah kerajaan yang tidak cerdik! – HARAKAHDAILY 16/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/pas-terima-rm90-juta-daripada-umno/
PAS terima RM90 juta daripada Umno?
[ "Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjawab, PAS tidak menerima sebarang dana daripada Umno. Lagipun PAS hanya ada akaun di dua buah bank: Bank Islam dan Maybank.", "Kemudian pada 13 Mac 2017, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dari PAN, melontarkan soalan di Parlimen sama ada SPRM atau PDRM ada membuat siasatan berkenaan dakwaan tersebut.", "Soalan ini dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, yang memaklumkan bahawa hasil penilaian SPRM menunjukkan tiada bukti dan tiada unsur yang membolehkan siasatan dibuat.", "Perkara yang sama berlaku terhadap dakwaan PAS menggelapkan dana derma Memali suatu masa dahulu, kononnya PAS makan harta anak yatim. Laporan polis telah dibuat. Siasatan telah dijalankan. Akhirnya tutup kes.", "Teringat semasa krisis pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2014, macam-macam tuduhan dilempar terhadap TSKI. Setiausaha Agung PKR pada masa itu, Datuk Saifuddin Nasution siap mempamerkan fail 91 muka surat yang dikatakan mengandungi rekod rasuah dan salah laku TSKI.", "DAP pada waktu itu menyokong hasrat PKR hendak memecat MB Selangor. Namun PAS berpendirian, selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah atau didakwa oleh institusi yang berkenaan, maka jangan pecat TSKI. Akibatnya, PAS pun turut kena hentam.", "Selepas krisis selesai dan TSKI dipecat dan Sultan Selangor murka dan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan bukannya Datuk Seri Wan Azizah yang menjadi MB baru, TSKI bertindak menyaman Saifuddin Nasution dan PKR kerana memfitnah beliau.", "Akhirnya pada 14 Ogos 2015, Saifuddin Nasution membuat permohonan maaf kepada TSKI di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau mewakili dirinya dan PKR menyatakan rasa kesal kerana mengeluarkan dokumen berunsur fitnah tersebut.", "Pendirian PAS konsisten dalam hal sebegini. Pada Mac 2016 ketika riuh isu rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membeli banglo di bawah harga pasaran, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, walau sebelumnya berterusan dihentam oleh DAP dan proksi, tetap menyatakan bahawa Lim Guan Eng tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah.", "Berbeza sedikit dengan DAP Pulau Pinang melalui mesyuarat pada 25 Mac 2016 memutuskan Lim Guan Eng langsung tidak bersalah – mesyuarat parti jadi macam mahkamah pula.", "Masalah timbul apabila sesetengah pihak gemar mencampur-adukkan berita palsu dalam ucapan/dakwaan mereka demi kepentingan politik murahan. Seperti cerita pengembala kambing dengan serigala. Lama-kelamaan hilanglah integriti dan kepercayaan rakyat terhadap mereka.", "Jawapan: Kita pakai peguam hendak beli tanah dalam daerah sendiri pun ambil masa berbulan malah bertahun untuk tukar nama pemilik, inikan pula kes di luar negara." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/wabak-h5n1-di-kelantan-terkawal-menteri/
Wabak H5N1 di Kelantan terkawal – menteri
[ "Katanya, kira-kira 184 petugas yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Kesihatan, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan bagi tujuan itu.", "“Usaha pelupusan dibuat sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak H5N1 ini daripada terus menular ke kawasan lain,” katanya selepas mendengar taklimat JPV Kelantan di Kota Bharu petang tadi.", "Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan pegawai Kementerian Pertanian." ]