url
stringlengths
50
245
headline
stringlengths
3
99
content
sequence
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/terima-kasih-tun-dr-ahmad-fairuz/
Terima kasih Tun Dr Ahmad Fairuz
[ "BEKAS Ketua Hakim Negara Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata Malaysia masih menggunakan undang-undang am dari England “common law of England”, tapi undang-undang am yang lapuk yang dimaktubkan pada 1956.", "“Punya antiknya undang-undang kita,” begitulah kata-kata Tun Dr Ahmad Fairuz. Malaysia, katanya, walaupun sudah melebihi 50 tahun merdeka tetapi undang-undangnya masih di bawah tempurung penjajah.", "“Sudah sampai masanya kita memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara, tapi juga perundangan antarabangsa. Apakah tidak sesuai dan wajar common law of English ini digantikan dengan mana-mana sistem sekalipun asalkan perundangan itu difikir sesuai oleh mahkamah demi melaksana dan memberi keadilan,” tegas beliau.", "Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat bahawa undang-undang bertentangan sumber utama undang-undang Islam – Al-Quran dan Sunnah – juga akan terbatal.", "Mengenai RUU355, Tun Dr Ahmad Fairuz berkata beliau tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang kerana ia tidak melibatkan mereka tapi pada masa yang sama, orang Islam gembira apabila hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka.", "“Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini? Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?” tambah beliau lagi.", "Realitinya undang undang adalah bertujuan menyelesaikan pertikaian dan mencegah kesalahan dam jenayah. Andainya kita telah menyedari bahawa undang-undang yang ada gagal mencapai objektif tersebut, apakah wajar kita meneruskan sistem yang gagal itu – sedangkan natijahnya ialah kegagalan?", "Di saat gagalnya sistem ciptaan manusia bagi membina masyarakat yang sejahtera, apakah kita tidak boleh memberi ruang dan peluang kepada sistem yang diturunkan oleh Allah untuk kebaikan manusia dilaksanakan?", "Malaysia yang berbangga dengan usaha menerajui sistem perbankan Islam, hub halal dan lain kini mampu menerajui perubahan kepada sistem perundangan Islam sebagai model keharmonian dan kejayaan negara.", "Tidak dinafikan kecurigaan juga timbul daripada tindak-tanduk segelintir orang Islam yang berkuasa hari ini yang tidak memberikan contoh dan keyakinan yang baik kepada model Islam yang sebenar, akan tetapi kajian sejarah keagungan era pemerintahan Islam di seluruh dunia dan kejayaan membina negara dengam pelbagai bangsa dan agama hidup secara harmoni tidak sepatutnya dilupakan.", "Sejarah pertembungan Islam dan Barat dan dendam yang tidak padam terhadap Islam menyebabkan Barat sentiasa mengada-adakan ketakutan dunia kepada Islam, sehingga sanggup mewujudkan dan membiayai kumpulan pelampau di atas nama Islam.", "Ketakutan dunia kepada Islam yang ditaja oleh Barat menyebabkan tiadanya usaha untuk memberi peluang kepada apa-apa sistem Islam untuk dilaksanakan. Segala usaha untuk memperkenalkan sistem Islam sentiasa dicurigai dan dicop sebagai gerakan Islamisasi yang perlu diperangi setiap masa.", "Hari ini, dunia bertambah kacau, peperangan dan pembunuhan bertambah ganas dan kekacauan bukan sahaja berlaku di negara umat Islam, sebaliknya keganasan juga mulai tular di kalangan masyarakat bukan Islam di Barat. Apakah semua petaka ini perlu diletakkan bebanannya ke atas bahu Islam?", "Islam ialah agama yang menjunjung keamanan.  Kini sampailah masa para cendekiawan dari pelbagai bidang dan agama untuk duduk bersama membincang, mencari jalan dengan penuh jiwa besar meneliti sistem Islam sama ada dalam ekonomi, politik, perundangan dan lainnya sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara kini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/30-tahun-harakah-diraikan-bersama-kami/
30 tahun Harakah diraikan bersama KAMI
[ "SAMBUTAN 30 tahun Harakah diraikan bersama Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) dengan warga Kampung Bukit Tanah, Jabi, Setiu dalam satu program Kampung Media.", "Program dua hari satu malam itu bermula 24 dan 25 Mac diisi dengan aktiviti ziarah, BBQ, wayang pacak, sukaneka, jamuan rakyat serta ceramah umum.", "“Apabila didedahkan oleh pihak media tentang isu penyelewengan, rasuah dan pembaziran. Maka, kami (penduduk) terkejut apa yang dilakukan oleh pihak pemerintah (Barisan Nasional),” jelasnya.", "Manakala, Zakaria Mahmud atau lebih dikenali Abang Lias, 51, menyokong usaha murni pihak media KAMI dan Harakah yang meraikan ulang tahun ke-30 di Kampung Bukit Tanah, Jabi.", "“Saya tak sangka pihak media KAMI dan Harakah pilih untuk datang ‘berkampung’ di Kampung Bukit Tanah ini dan bersama warga kampung selama dua hari satu malam.", "Kemuncak program tersebut Ceramah Umum sempena Sambutan 30 Tahun Harakah oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, Ketua Generasi Felda Terengganu, Naraza Muda dan Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/warga-emas-sukar-dapat-bantuan-perumahan-kebajikan/
Warga emas sukar dapat bantuan perumahan, kebajikan
[ "NASIB golongan warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan terus hidup dalam kesempitan dalam bandaraya Miri. Dengan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat dengan GST dan harga petrol yang tidak menentu menyebabkan kehidupan harian mereka terus tertekan. Harga rumah dalam kawasan bandaraya memang terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki oleh golongan yang kurang berkemampuan. Walaupun kerajaan mempunyai Program Bantuan Rumah (PBR) untuk menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar yang tinggal di perumahan yang lebih baik dan selamat berbanding sebelum ini, tetapi tujuan program ini masih belum mencapai sasaran. Salah seorang penduduk di Tudan Phasa 5 Lutong Jalan Kuala Baram Miri mengadu masalah tempat tinggal mereka yang usang dan hampir roboh.", "Maru Timin, 61, dan isterinya, Maliah Dris, 63, amat memerlukan bantuan segera membaiki rumah mereka yang usang itu. Maru bekerja sebagai pengawal keselamatan dan isterinya Maliah tidak bekerja hanya menjaga cucu mereka yang masih kecil dan tidak dapat bersekolah. Pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung pembelanjaan harian keluarganya dan kadang-kadang mereka terputus bekalan makanan disebabkan tiada wang untuk membeli makanan dan terpaksa meminjam wang dari rakan-rakan. Maru pernah memohon bantuan dengan pihak yang berwajib tahun lepas untuk membina semula rumah mereka yang usang itu tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari pihak yang berkenaan. Menurut isterinya Maliah terdapat pihak yang berkenaan datang ke rumah mereka untuk tujuan kaji selidik tetapi tiada bantuan diberikan seperti yang sepatutnya. Beliau merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal boleh memberikan bantuan bulanan kepada keluarga mereka kerana mereka juga menjaga cucu mereka yang berusia 9 tahun yang masih tidak bersekolah. PAS amat simpati akan nasib yang ditanggung oleh keluarga ini dan memberi sedikit sumbangan untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung. Pihak berkuasa, Jabatan kebajikan Masyarakat serta Baitulmal yang sepatutnya mampu memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini. Cucu mereka yang masih belum bersekolah sepatutnya diberi peluang untuk belajar di sekolah kerajaan. PAS menggesa pihak kerajaan yang mempunyai peruntukan untuk bantuan rakyat termiskin dan mereka yang kurang berkemampuan ini dapat memberi perhatian dengan masalah yang dihadapi oleh mereka yang amat memerlukan bantuan ini. Kita menggesa pihak yang berkenaan seharusnya turun padang dan apabila ada aduan yang dihadapi oleh golongan ini perlu diberi perhatian dan tindakan segera. Berilah bantuan sewajarnya kerana kami telah menerima aduan daripada kumpulan sasaran ini mereka sukar untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya kerana mereka perlu mengisi borang tertentu dan akan dirujuk dengan pelbagai istilah sehingga mereka merasa sukar untuk mendapatkan bantuan. Kita harap masalah rakyat yang sukar untuk mendapatkan bantuan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan. Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai. Jofri JaraieePesuruhjaya PAS Sarawak" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/pas-kubang-kerian-utuh-selepas-ydp-sertai-pan/
PAS Kubang Kerian utuh selepas bekas YDP sertai PAN
[ "Krisis kepimpinan yang berlaku tahun lepas tidak menjejaskan sokongan di peringkat akar umbi. Ini dibuktikan kehadiran perwakilan dari setiap cawangan begitu memberangsangkan.", "Parlimen Kubang Kerian mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Demit, Pasir Tumboh dan Salor diperkuatkan dengan kepimpinan baru PAS kawasan berkenaan.", "Mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian kali ke-43 dirasmikan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Senator Datuk Johari Mat.", "Yang Dipertua, Abdul Rahman Yunus; Timbalan Yang Dipertua, Mumtaz Md Nawi; Naib Yang Dipertua, Mohd Asri Daud dan Ketua Urusan Ulamak, Rofie Hussin.", "Kepimpinan itu bakal memberi nafas baru kepada PAS kawasan berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal diadakan tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 26/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/27/bukan-kutuk-kerajaan-tapi-kutuk-umno/
Bukan kutuk kerajaan tapi kutuk Umno
[ "Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berhubung guru aktif kutuk kerajaan dinasihatkan berhenti dari perkhidmatan.", "“Kutukan ini selalu kita dengar apabila guru-guru selalu diarahkan hadir secara paksa rela untuk memenuhkan kerusi dan dewan program Umno. Memang hakikat yang selalu jadi mangsa ialah guru,” ujarnya.", "Menurutnya, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah anak beliau tahun lepas, berlagak macam badut atas pentas sehingga habis rosak protokol majlis orang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/27/rohingya-myanmar-tolak-penyelidikan-pbb/
Rohingya: Myanmar tolak penyelidikan PBB
[ "PEMERINTAH Myanmar menolak keputusan PBB untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia (HAM) di negara itu bahagian Rakhine. Demikian menurut laporan media rasmi, kelmarin.", "Dewan HAM PBB, Jumaat minggu lalu telah memutuskan untuk menghantar misi carian fakta antarabangsa ke negara Asia Tenggara itu. Para pencari fakta ini bertujuan untuk mengumpulkan “fakta-fakta dan keadaan” atas dugaan pelanggaran yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan Myanmar, khususnya pelanggaran terhadap Muslim Rohingya.", "Kementerian Luar Negeri Myanmar menyatakan bahawa pembentukan misi ini hanya akan membuat masalah lebih besar, bukan menyelesaikan masalah yang sudah ada pada masa ini. Demikian menurut laporan Anadolu Agency.", "“Myanmar telah dipisahkan diri dari resolusi secara keseluruhan,” kata kenyataan itu. Kenyataan itu juga menyatakan bahawa keputusan untuk menghantar misi carian fakta tidak sesuai dengan situasi yang kompleks dan mencabar di lapangan serta keadaan negara Myanmar.", "Kerajaan Myanmar juga mengatakan akan menetapkan pelan tindakan yang jelas untuk pelaksanaan cadangan interim yang dibuat oleh Suruhanjaya Penasihat pimpinan Koffi Annan bekas Setiausaha Agung PBB di negara bahagian Rakhine minggu lalu. [Islampos]" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/27/awas-dedalu-dalam-pas/
Awas dedalu dalam PAS
[ "PEPATAH melayu ada menyebutkan “seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu : hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah”. Maksudnya orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.", "Begitulah parti PAS ini, sentiasa dipenuhi dengan watak-watak ikhlas yang hanya menawaitukan diri mereka untuk melihat Islam tertegak di atas muka bumi Allah ini. Dalam hati mereka, tiada apa yang lebih patut diperjuangkan melainkan hanya untuk merealisasikan matlamat tersebut.", "Segala wang ringgit, masa dan tenaga disalur semampu mungkin. Hujan itu umpama panas, panas itu umpama hujan, mereka meredah tanpa mengira keadaan. Kekadang hati sayu melihat pengorbanan mereka yang tidak mampu kita ikuti. Siapalah kita.", "Nama pun perjuangan Islam, lebih banyak susah dan kalah daripada senang dan menang. Tapi mereka juga manusia. Kalau kalah, mereka sedih, muram malah menangis juga. Apabila menang, mereka syukur, senyum dan kembalikan semula keadaan kepada Allah Maha Berkuasa yang memberi kemenangan.", "Kalah atau menang, semuanya dari Allah. Mereka hanya ikut arahan pimpinan. Kalau A kata pimpinan, maka A lah yang mereka buat. Kalau esok pimpinan kata B, mereka tidak bantah. Maka B lah yang mereka laksanakan. Mereka yakin dengan kepimpinan ulama dan ulama tidak akan buat keputusan jika ia melanggar perintah Allah.", "Mereka faham perjuangan dalam Islam bukan semudah A, B atau C. Tapi selepas penat lelah berjuang, minum ABC berjemaah lebih menyeronokkan. Penat panjat tangga pasang bendera mereka lupakan. Bimbang anak isteri ditinggal dirumah mereka simpankan. Pendekata pada mata orang ramai, orang PAS sentiasa gembira, walau menang ataupun kalah. Thumbs up untuk mereka.", "Namun, dedalu ada dimana-mana. Di cawangan, di kawasan, di negeri malah diperingkat Pusat pun tidak terlepas. Mereka menanti saat sesuai untuk menonjolkan diri. Kononnya mereka bergerak dibelakang tabir. Tidak mahu glamor. Tidak mahu riak. Tapi dalam hati mereka…?", "Ya, hanya Allah yang lebih Mengetahui niat masing-masing. Tapi tindakan mereka sentiasa dilihat  khalayak. Mereka seperti bebas, tidak suka diikat. Parti kata X, mereka buat Y. Parti nak Y, mereka buat X. Nampak berbeza tapi tetap bersama. Kerana apa? Kerana aku dedalu.", "Sesuai dengan watak dedalu yang menghinggap, tentulah hinggapan mesti kena pada tempatnya. Kalau pokok sakit yang dihinggap, alamat sakit la dia. Sudah tentu pokok sihat, tegap dan subur menjadi sasaran. Tak gitu?", "Kita ada mata, kita melihat. Mereka ada duit, mereka mengikat. Kalau tiada kepentingan, janganlah cuba-cuba diri nak diikat, kelak umpama hampas tebu dibuang merata, disepak sana sini. Ditanya pula soalan nakal, kenapa nak mengikat? Dah tentu lah hasil belakang hari yang akan diutamakan. Banyak pelaburan, banyaklah pulangan !!!", "Nak memudahkan kerja, dicatur itu dan ini dan begitu dan begini. Kelak pelaburan yang dijana bakal berhasil. Penentang diketepikan seboleh-bolehnya. Jangan jadi pelambat kerja. Kerja kena pantas, cekap dan berwawasan.", "Pengikhlas-pengikhlas parti, mereka melihat. Mereka ada telinga mereka dengar. Semuanya kawan-kawan mereka dahulu. Sama-sama bertepuk tampar. Tapi sekarang, kawan nampak dekat tapi sebenarnya jauh nak dicapai.", "Apa yang dedalu nak? Tidak cukupkah apa yang mereka ada. Mengapa kawan-kawan kami dijadikan mangsa. Mereka kawan kami, jangan kata kami tidak sedih. Mereka sebantal dengan kami, jangan kata kami cemburu. Tidak sama sekali.", "Kami hanya petugas parti yang melaksana setiap arahan pimpinan. Kami tiada jawatan, tiada pangkat, harta jauh sekali. Mampu kami buat, kami laksana. Tidak mampu kami buat, hanya doa keselamatan dan kesejahteraan kami titipkan. Kami tiada niat apa-apa. Hanya kerana Islam.", "Petugas parti, hati-hati lah. Di kala kita kalah dan di bawah, kita bersatu bersama-sama. Tapi bila Allah kurniakan sedikit nikmat kemenangan, pasti ada dedalu yang akan menghinggap. Mereka menghisap sehingga kering. Pokok jadi layu, kering dan mati. Hati-hatilah kawan-kawanku. – HARAKAHDAILY 27/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/27/airport-sungai-bagan-hub-udara-pantai-timur/
‘Airport Sungai Bagan’ hub udara Pantai Timur
[ "Pengerusinya, Ir Ariffahmi Ab Rahman berkata agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) difahamkan meneliti potensi kawasan itu untuk pembangunan masa depan.", "“Sungai Bagan melibatkan kawasan seluas 600 ekar dan kos pengambilan tanah sekitar RM50 juta hanya satu jumlah yang kecil berbanding projek lain kerajaan Persekutuan.", "“Kami mengesa Perdana Menteri memberi keutamaan dengan meminta GLC seperti  Khazanah membangunkan kawasan itu kerana kos pengambilan tanah masih dikira murah dalam konteks pembangunan bandar airport,” katanya di sini.", "Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu lepas anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad memberitahu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa tidak sesuai untuk dijadikan lapangan terbang bertaraf antarabangsa.", "Ariffahmi juga berkata Lapangan Terbang Sungai Bagan akan muncul sebagai hub udara di Pantai Timur Semenanjung yang akan menghubung Kelantan ke Indo China, Asia Selatan dan Asia Timur. – HARAKAHDAILY 27/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/27/apa-isunya-nik-abduh-kalah/
Apa isunya Nik Abduh kalah?
[ "MUNGKIN ramai pemerhati politik di luar sana terkejut dengan kekalahan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Timbalan Yang Di Pertua Pengkalan Chepa. Tetapi bagi ahli PAS yang menerima tarbiah, ia merupakan perkara biasa.", "Sebagaimana yang selalu dinyatakan, PAS bukan sekadar sebuah parti. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengamalkan masih mengekalkan segala nilai-nilai utama sebuah gerakan Islam. Pemilihan hanyalah satu proses demokrasi sebagai memenuhi prosedur pertubuhan berdaftar di Malaysia.", "PAS yang menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam seringkali mengingatkan para ahli agar tidak mengejar jawatan. Kisah Abu Dzar yang meminta jawatan seringkali disebut oleh para murabbi. Sabda Rasulullah menegur Abu Dzar:", "Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya kamu lemah. Dan ia adalah suatu amanah. Pada hari kiamat nanti adalah kesedihan dan penyesalan, melainkan buat mereka yang mengambilnya dengan menunaikan hak dan tanggungjawab yang sepatutnya. [HR Muslim]", "Lantaran hadis ini, menjadi budaya para ahli PAS apabila dilantik sesuatu jawatan, orang tidak mengucapkan tahniah sebaliknya mengucapkan takziah. Astaghfirullah kalau menang, dan Alhamdulillah jika kalah.", "Jawatan hanyalah medium untuk berkhidmat di jalan Allah. Majikan sebenar adalah Dia Yang Maha Esa. Memandangkan jalan ini amat berat untuk dipikul dengan kudrat manusia biasa, maka pertolonganNya sentiasa diharap. Justeru mengejar jawatan bukanlah caranya sebagaimana Sabda Baginda SAW:", "يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا", "Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu. [HR Bukhari & Muslim]", "PAS tidak menawarkan sebarang imbuhan kepada penjawat-penjawat parti. Apa yang ada hanyalah imbuhan daripada tuhan, berupa pahala dan maqam di syurga bagi yang melaksanakan secara ikhlas dan menepati syariat.", "Pemilihan PAS tidak pernah panas. Berlaku secara harmoni dan kadang-kadang langsung hambar. Hambar kerana tiada pertandingan dan seringkali calon menarik diri. Sabda Rasulullah SAW:", "Tiada pencaturan. Tidak timbul soal politik wang, lobi melobi dan kempen mengempen. Semua itu hanya berlaku dalam amalan demokrasi. Sebagai gerakan Islam, ia suci dari semua itu. Ini kerana walau siapa pun yang naik, segala keputusan dan gerakerja dilakukan secara jamaie. Tiada istilah keputusan dan tindakan peribadi atas nama jamaah.", "Budaya PAS adalah budaya warisan turun temurun Islam. PAS meneladani sikap para sahabat dalam pemilihan. Saidina Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah ketika menjadi calon khalifah, mereka bukan sahaja tidak kempen untuk diri sendiri, bahkan mereka mengempen untuk pesaingnya pula. Saidina Abu Bakar sendiri mencalon Umar dan Abu Ubaidah. Saidina Umar pula menyebutkan kelayakan-kelayakan Abu Bakar di hadapan khalayak sehingga akhirnya beliau terpilih.", "Mungkin semua pernah ingat, ketika Tuan Guru Abdul Hadi menarik diri setelah dicalonkan sebagai Presiden PAS yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor. Walaupun beliau pada waktu itu lebih terkenal dan dilihat oleh ahli sebagai pemimpin masa depan, tetapi beliau secara spontan memberi alasan: “Macam mana saya bertanding Presiden dengan Ustaz Fadzil. Dalam soal solat sunat pun saya dah tak boleh lawan dia.”", "Yang kalah tidak akan merajuk atau bawa diri. Mereka akan jadi pembantu yang setia kepada ketua. Lihat bagaimana Umar di sisi Abu Bakar, dan Ali di sisi Uthman, dan Tuan Guru Abdul Hadi sendiri di sisi Ustaz Fadzil walaupun mereka tidak pernah bersaing. Kesemuanya menjadi orang paling kanan dalam pentadbiran bekas pesaingnya dalam pemilihan jawatan.", "Mungkin sejak akhir 80-an sehingga muktamar bersejarah 2015, lantaran inflirtasi pihak luar yang berkepentingan, PAS diresapi budaya baru yang tidak sihat bagi gerakan Islam. Akibat sikap orang PAS yang tidak mahukan jawatan berlaku di berbagai peringkat, kumpulan ini mudah membina nama dengan hanya mencalonkan diri. Orang PAS, kalau ada yang nak jawatan , memang terus diberi laluan. Akhirnya dengan mudah kumpulan ini berjaya ke tampuk pimpinan pusat. Mereka berjaya melaksanakan strategi mengikut kertas kerja yang ditulis oleh pimpinan pihak ini dengan mudah pada awalnya.", "Kepincangan tentang halatuju dan prinsip perjuangan PAS mula berlaku dalam tempoh itu. Ahli mula menyedari sikap pemimpin waktu itu yang membawa agenda lain dari yang selama ini diperjuangkan. Ada ahli yang terpengaruh. Mujurlah kesan tarbiah Islam masih kuat, ahli sendiri yang membuat keputusan untuk menurunkan mereka dari tampuk kepimpinan. Malangnya mereka tidak seperti orang PAS lain. Mereka tidak boleh menerima kekalahan lalu keluar menubuhkan wadah baru. Khabar mereka, wadah baru itu semua pencalonan akan menang tiada yang kalah. Trauma betul mereka dengan terma kalah.", "Kini, boleh dikatakan budaya itu semakin berkurangan pasca muktamar 2015. Kalau adapun hanya saki baki kumpulan mereka yang berstatus harumanis dan seumpamanya. Jemaah ini sentiasa dipelihara oleh Allah. Yang ada matlamat peribadi pasti akan tersingkir.", "Apa yang menarik pada pemilihan kali ini, ia berlaku di saat pilihanraya umum akan berlaku bila-bila masa sahaja. Parti-parti lain tidak berani untuk buat pemilihan dalam tempoh ini. Umno dan DAP sudah menangguhkan pemilihan mereka sehingga pilihanraya. PKR bukan setakat pemilihan, bahkan langsung menangguhkan konvensyen tahunannya. PAN? Macam mana nak buat pemilihan, perlembagaan pun tak ada!", "Semua parti lain tidak berani buat pemilihan kerana takut berlaku perkara tidak diingini sepanjang proses dan selepas proses. Ini kerana semua melihat bakal ketua di setiap peringkat adalah bakal calon PRU nanti. Setiap mereka ada pengikut tersendiri. Jika ditakdirkan seorang penyandang kalah pemilihan, dia dan pengikutnya akan boikot yang menang. Yang menang terpaksa mulakan gerak kerja baru. Sudah tentu keadaan ini akan menyukarkan parti.", "Perkongsian daripada Dr Azman Ibrahim, TYDP PAS Setiu mungkin boleh menggambarkan keadaan ini. Seorang doktor di Manir sanggup meminjam ratusan ribu dengan Ah Long bagi menghadapi pemilihan Umno yang lepas. Rancang beliau, jika berjaya menang, cerah masa depan untuk menjadi calon dan jika menang, bolehlah membayar hutang Ah Long itu. Tetapi beliau ditakdir kalah, menyebabkan beliau terpaksa lari dari kampung meninggalkan rumah dan kliniknya kerana diburu Ah Long.", "Namun PAS tetap menjalankan pemilihan dengan tenang dan harmoni, lebih harmoni dari beberapa tahun sebelum ini. Tiada isu-isu panas. Tiada kedengaran debat, salah laku dalaman, provokasi, pendedahan senarai pencalonan, kempen tidak sihat dan sebagainya. Bagi PAS, tiada apapun dalam pemilihan kali ini. Yang menang atau kalah tiada apa-apa kaitan dengan PRU. Jika tidak kerana tuntutan ROS, mungkin sekali jawatan parti tidak akan bertukar melainkan jika penyandang sakit atau mati sahaja! – HARAKAHDAILY 27/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/27/rumah-mampu-milik-atau-sekadar-mampu-dilihat/
Rumah mampu milik atau sekadar mampu dilihat?
[ "DISEBABKAN harga rumah yang semakin meningkat, pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan dan swasta tampil menawarkan skim perumahan mampu milik kepada rakyat.", "Misalnya skim perumahan Rumah Mampu Milik (RMM), PR1MA, MYHOME, PPA1M, Rumah SelangorKu dan banyak lagi. Yang terkini Skim Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) di bawah Yayasan Sultan Ibrahim (YSI).", "Skim-skim perumahan mampu milik ini diwujudkan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.", "Akibat kos tanah dan kos pembinaan yang semakin meningkat, pihak-pihak yang ingin melaksanakan sistem perumahan ini mestilah mempunyai satu dana yang besar dan konsisten.", "Kelayakan di sini bukan sekadar layak untuk ditawarkan membeli rumah tersebut kerana tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tetapi juga kelayakan untuk mendapatkan pinjaman bank untuk pembelian rumah tersebut.", "Di sinilah cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan pembeli dimana walaupun mereka layak untuk membeli rumah tersebut tetapi tidak layak untuk membuat pinjaman untuk membeli rumah tersebut.", "Daripada pemerhatian saya, kebanyakan pihak yang ditawarkan rumah mampu milik ini memanglah termasuk dalam kategori mereka yang memerlukan rumah. Cuma mereka masih belum bersedia untuk membeli rumah.", "Ini mungkin disebabkan oleh kerisauan yang melampau yang dihadapi oleh mereka untuk membeli rumah atau tiadanya ilmu asas dan persediaan untuk membeli rumah.", "Akhirnya golongan ini menjual atas angin pula rumah yang  ditawarkan kepada mereka kepada pihak lain kerena tidak yakin mampu untuk memiliki rumah tersebut atau sebab hendak duit tunai segera.", "Dengan harga rumah yang rendah di samping pula dengan target pembeli di kalangan golongan berpendapatan sederhana yang kebanyakannya bekerja sendiri dan berpendapatan  tidak tetap, ini satu cabaran besar kepada pihak bank untuk menawarkan pembiayaan.", "Bukan sahaja bank terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk meluluskan pembiayaan tetapi juga mungkin berhadapan risiko untuk memastikan bayaran ansuran dijelaskan oleh pembeli.", "Walaupun matlamat asal pembinaan rumah mampu milik ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah, tetapi daripada pemerhatian saya, apabila dibuat saringan demi saringan dan tapisan demi tapisan, mereka yang mampu beli adalah di kalangan mereka yang bekerja tetap seperti kakitangan kerajaan berstatus jawatan tetap, golongan pelabur hartanah dan “orang dalam” sendiri.", "Maka akhirnya jadilah projek perumahan yang diwarwarkan untuk rakyat itu sekadar “alat politik” untuk segelintir golongan tertentu dan tidak mencapai matlamat yang disasarkan.", "Insya-Allah dalam tulisan yang akan datang saya dan HartaGuam akan senaraikan beberapa cadangan dan solusi yang mungkin boleh sama-sama kita praktiskan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang disebutkan di atas." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/27/mungkinkah-tun-mahathir-satu-trojan-horse/
Mungkinkah Tun Mahathir satu Trojan Horse?
[ "TROJAN Horse dibina dari serpihan kapal Sparta, musuh Troy. Ia begitu hebat dan pemimpin Troy merasa kagum, lalu dibawa masuk ke dalam kota Troy dengan penuh keraian.", "Kepada yang memerhati, Tun M sedang jadi batu api melagakan penyokong pembangkang dengan PAS, meneruskan usaha memperlekehkan PAS yang telah dibuatnya sejak dalam Umno lagi. Misinya gagalkan PAS. Kerana hanya PAS ancaman sebenar Umno. Rebah Umno, rebahlah BN.", "Orang kepercayaan beliau Zaid Ibrahim menulis artikel bertajuk PAS bakal musnahkan BN tanpa sedar tulisannya adalah bayangan keresahannya dan seruan kepada pencinta BN supaya selamatkan BN.", "Beliau minta guna satu logo dalam pilihan raya untuk PH. Sedangkan untuk membolehkan rakyat kenal dan biasa dengan satu satu logo memakan masa bertahun-tahun. Ia akan mengelirukan rakyat lebih jauh lagi sedangkan PRU14 boleh berlaku bila-bila masa dan tidak lewat setahun dari sekarang.", "Beliau minta tukar nama Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat. Sekali lagi pertukaran nama adalah beban baru penerimaan rakyat dan strategi halus. Seperti Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan disebut secara mudah sebagai  “Pakatan”. Kecenderungan orang menyebut secara mudah “Barisan” hanya menguntungkan BN.", "Jangan lupa Achilles pahlawan terbilang Sparta yang bersama dalam Trojan Horse itu juga bukan kepalang benci dan permusuhannya kepada Raja Sparta ketika itu. Tetapi tetap tindakannya memenangkan Sparta.", "PAS lebih kenal Mahathir dengan segala dramanya sejak dulu. Drama ‘pergaduhannya’ dengan Nazri Aziz, ini bukan benda baru. Mereka mesra sejak dulu. – HARAKAHDAILY 27/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/tahaluf-siyasi-pas-pkr-serah-kepada-muktamar/
Tahaluf siyasi PAS-PKR, serah kepada muktamar
[ "PESURUHJAYA PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, usul PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), terserah kepada keputusan muktamar parti itu di Kota Sarang Semut, Kedah, akhir April dan 1 Mei nanti.", "Beliau juga berkata, usul PAS putus hubungan dengan PKR Terengganu, juga akan diputuskan dalam muktamar berkenaan sebelum Majlis Syura Ulamak membuat keputusan muktamad selepas itu, lapor Buletin Online.", "Katanya, PAS negeri itu memberi ruang secukupnya kepada ahli akar umbi mengemukakan usul dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing bagi menyatakan hasrat mereka dalam perkara tersebut.", "Katanya, usul-usul itu timbul berikutan terdapat pemimpin PKR melalui status Twitternya, mengejek kepimpinan tertentu PAS dan menunjukkan semangat tidak setiakawan antara parti itu dengan PAS.", "Katanya, sebanyak empat kawasan termasuk Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menerima sebulat suara usul berkait perkara tersebut kerana ahli akar umbi mempunyai hak untuk mengemukakan usul berkait hubungan antara parti dengan parti, bukan hubungan antara komponen anggota kerajaan seperti di Selangor.", "Katanya, empat kawasan lain termasuk Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, tidak mengemukakan usul serupa kerana isu berkaitan timbul kemudian manakala mesyuarat agung masing-masing selesai terlebih dahulu.", "“Usul-usul berkenaan akan dibahaskan dalam Muktamar PAS di Kedah akhir April dan 1 Mei ini, saya percaya perwakilan bijak membuat keputusan, sebelum Majlis Syura Ulamak membuat keputusan selepas itu,” katanya.", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, mengulangi pendirian bahawa PAS negeri tetap akan bertanding di semua kerusi parlimen dan Dun di negeri tersebut." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/izinkan-guru-berpolitik-selagi-tidak-melampau/
Izinkan guru berpolitik selagi tidak melampau
[ "PENGLIBATAN kalangan guru di dalam politik terutamanya parti bukan kerajaan tidak harus ‘dimangsakan’ atau dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk mengambil tindakan sewenangnya.", "Sebaliknya, penyertaan aktif dengan parti-parti politik berdaftar perlu dirai dan dihormati selaras hak perlembagaan dan amalan demokrasi yang subur serta adil, dengan harapan ia juga satu bentuk sumbangan kepada negara.", "Demikian itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak perlu mengeluarkan amaran bernada ugutan dan dilihat emosi, serta mengundang tindakan politik yang ‘dihalalkan’ atas nama pentadbiran.", "Sebaliknya, kementerian perlu sentiasa membuat penilaian adil dan mengeluarkan garis jelas kepada para guru berhubung kebenaran yang pernah dikeluarkan dari pindaan Peraturan 21 (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.", "Sekiranya tidak, tindakan Mahdzir hanya dilihat langkah terdesak menjelang PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan cuba menakutkan atau menghukum guru terlibat.", "Namun disokong dan harus dipastikan agar kedudukan di dalam politik kepartian tidak hingga mengabai tanggungjawab atau tugas asasi dalam perkhidmatan keguruan.", "Juga tidak mengheret persekitaran dan masa pekerjaan menjadi medan atau mewujudkan kancah pertembungan politik. Jauh sekali terjebak dengan politik adu domba, fitnah dan perpecahan.", "Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yakin bahawa para guru sentiasa mengekalkan profesionalisme dan integriti perkhidmatan, serta sensitiviti etika dan disiplin yang tinggi kerana guru adalah ‘tokoh’ masyarakat yang sentiasa tinggi komitmen memberi khidmat bakti kepada masyarakat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/laman-sejahtera-sempena-gu-kelantan-2017/
Laman Sejahtera sempena GU Kelantan 2017
[ "Laman Sejahtera yang diaktifkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah NGO Kelantan (KNK) adalah di bawah Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan.", "MGU 2017 itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Kaum dan Pembangunan Usahawan Negeri berlangsung di Pasar Seni Kota Bharu Bazar Tok Guru, Kelantan Trade Centre dan perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV.", "Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata demikian selepas memberi taklimat kepada petugas Laman Sejahtera di sebuah taman dekat sini semalam.", "Katanya, Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 yang dirasmikan oleh Datuk Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan pada sedang 23 Mac lalu berlangsung sehingga 1 April.", "“Pelbagai aktiviti menarik di laman ini seperti khidmat rawatan percuma, perubatan alternatif, urutan dan khidmat guaman akan dibuka sepanjang Laman Sejahtera ini berlangsung.", "“Manakala tarikan kanak-kanak juga turut diadakan dalam permainan pendidikan kesihatan bersama ikon badut di samping mereka berpeluang mendapat hadiah yang akan disediakan,” ujarnya.", "Ruangan urutan refleksi kaki disediakan oleh Majlis Permaufakatan OKU Kelantan dengan caj perkhidmatan berpatutan dan rawatan alternatif secara percuma dikendali oleh Yayasan Amanah Tok Kenali. – HARAKAHDAILY 28/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/projek-ladang-solar-terapung-di-kelantan/
Projek ladang solar terapung di Kelantan
[ "Projek dianggap terbesar di Malaysia itu kini masih dalam kajian syarikat Umile PLT dengan kerjasama Tien Ching Energy Co. Ltd dari Taiwan.", "“Ia juga menjadi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri, peluang pekerjaan serta perkembangan industri kecil dan sederhana,” katanya selepas menandatangani memorandum perjanjian bersama Tien Ching Energy di sebuah hotel di Kota Bharu, hari ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/kerajaan-ditanya-tentang-peperiksaan-clp/
Kerajaan ditanya tentang peperiksaan CLP
[ "KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi disarankan untuk memperkenalkan mata pelajaran khusus di universiti luar negara supaya pelajar jurusan undang-undang tidak perlu mengambil peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice).", "Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, setiap pelajar undang-undang lulusan luar negara yang kembali ke negara ini perlu mengambil peperiksaan CLP terlebih dahulu sebelum mereka boleh melakukan ‘chambering’.", "Misalnya kata beliau, graduan lulusan undang-undang daripada United Kingdom, Australia dan New Zealand yang balik ke sini perlu mengambil CLP supaya dapat membiasakan dengan pengetahuan undang-undang dalam negara.", "“Sedangkan CLP memerlukan kos tambahan perbelanjaan yang banyak dan sukar untuk lulus. Kadar kelulusan begitu rendah antara 10 hingga 20 peratus sahaja.", "“Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan mata pelajaran di universiti luar negara,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.", "Di dalam soalan asal Takiyuddin meminta Menteri Pendidikan menyatakan berapa buah IPTA di Malaysia yang mana Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang ditawarkan belum lagi diiktiraf oleh Kementeriandan pihak-pihak berkaitan untuk graduannya menjadi seorang peguam.", "Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching menegaskan setiap pelajar lulusan luar negara perlu mengambil CLP mempunyai sebab-sebab tertentu iaitu terikat dengan Akta 166.- HARAKAHDAILY 28/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/sidang-dun-pas-terengganu-menjunjung-kasih/
Sidang Dun: PAS Terengganu menjunjung kasih
[ "PAS Terenggganu menjunjung kasih dan mengucapkan ‘jazakumullah’ ke bawah Duli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-13.", "Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, persidangan yang bermula semalam itu mungkin merupakan sidang yang terakhir sebelum Pilihan raya Umum kali ke-14.", "Katanya, dalam tempoh dua hari perbahasan, hari ini dan esok Adun daripada PAS, insya Allah akan cuba membahas titah ucapan tuanku sultan sebelum penggulungan di hari terakhir.", "“Secara keseluruhan (titah tuanku itu) kita melihat perkembangan ekonomi pembangunan dan persekitaran negeri Terengganu amat lembab dengan alasan kerana kelembapan ekonomi dunia dengan alasan kejatuhan harga minyak dunia,” ujarnya yang juga Adun Paka ketika ditemui selepas istiadat tersebut di lobi Dun, semalam. Apapun, kata beliau, PAS berharap negeri Terengganu dapat memanfaat sumber yang tersendiri yang tidak dimiliki oleh negeri-negeri lain termasuk royalti minyak dan gas.", "“Kita mendesak kerajaan pusat supaya meningkatkan kadarnya daripada lima peratus kepada 20 peratus, mengikut syariat Islam ‘humus’ yang dianggap sebagai satu perlima daripada harta.", "“Dan juga isu telaga minyak Bertam masih lagi tidak diberi penumpuan supaya kerajaan memberi penjelasan yang sejelasnya, sebab ia adalah sumber penting kepada kerajaan Terengganu dan suasana ekonomi yang ada,” tegasnya dipetik Buletin Online.", "“Terengganu mempunyai banyak sumber lain seperti pertanian, pelancongan, pantai dan sebagainya, yang perlu digemblengkan untuk mencapai kejayaan, bukan hanya dalam pembangunan fizikal tetapi juga khususnya melibatkan pendidikan, kesihatan dan sebagainya,” jelasnya.", "“Pembangunan insan yang mungkin agak terabai, jadi kita melihat pada hari ini suasana bagaimana permasalahan sosial makin hari makin parah. Masalah penzinaan, masalah minuman keras, masalah penggunaan dadah dan sebagainya,” katanya lagi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/20-675-unit-rumah-selangorku-sedang-dibina/
20,675 unit Rumah Selangorku sedang dibina
[ "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini hanya 665 unit yang sudah siap dibina merangkumi dua projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).", "“Berdasarkan pecahan, rumah Jenis A 1,333 unit, Jenis B 4,300 unit, Jenis C 8,875 dan Jenis D 6,167,” katanya dipetik Selangorku.", "Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS)." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/jong-nam-maut-pembawa-racun-selamat/
Jong-Nam maut, pembawa racun selamat?
[ "RACUN kimia VX yang dipercayai disapu di muka Kim Jong-nam menyebabkan maut dalam waktu yang singkat, tetapi dua wanita yang dikatakan menyapunya ke muka mangsa didapati tidak apa-apa.      Racun jenis ini dikira amat bahaya, bukan sekadar disapu di muka yang ada lubang hidung, mulut, mata dan lubang telinga yang memudahkannya cepat tiba ke jantung dan lain-lain organ badan sensitif menyebabkan orang mati cepat, kena bahagian mana-mana kulit saja jadi pembunuhnya serta mereta.      Kerana bahayanya kimia jenis itu, maka petugas-petugas yang membersihkan KLIA 2 dari racun itu terpaksa memakai sarung badan yang tidak boleh diterap racun itu.       Tetapi dua wanita upahan yang dibawa ke situ, sebelum diturunkan dari kenderaan tentulah telah dibekalkan racun itu. Jika ia dibekalkan dalam motokar, bagaimana orang yang sama-sama dalam motokar boleh kebal dengan risiko racun itu?      Jika ia disampaikan kepada mereka selepas turun dari kereta bagaimana mereka boleh selamat membawanya hingga dapat menyapunya ke muka Jong-nam?      Apakah mudah selamat dengan memakai sarung tangan?       Bagaimana mereka boleh membawanya ke situ tentu dapat dihuraikan oleh polis kerana kedua-dua mereka kini berada dalam  tahanan polis dan polis ada cara bagi mendapatkan maklumat itu.       Bagaimana mereka boleh selamat daripada bahaya kimia itu menjadi tandatanya. Kita percaya racun yang diumumkan itu telah digunakan. Tetapi bagaimana mereka tidak sedikitpun terkesan dengan risiko racun itu?      Jika sah racun itu digunakan dan ia tidak mengapa-apakan si penyapu, maka ini bererti Korea Utara telah memperoleh satu ilmu dan kepakaran betapa racun itu tidak menjejas kulit dan lain-lain  selain dari muka.      Sains yang dikuasai oleh manusia di mana-mana di dunia tahu racun itu boleh membunuh sekalipun yng terpalit dengannya sekadar kulit. Ia memang membahayakan. Jika tidak, tidaklah pembersih KLIA 2 menggunakan sarung badan kalis kimia bagi mengesan zat racun itu.       Apakah setakat ini saintis Korea Utara yang menguasai rahsia itu. Untuk menjawab semua kekeliruan ini, mungkin kita hanya dapat dari Korea Utara saja.       Memang kebarangkalian Korea Utara sudah meninggalkan ke belakang pakar-pakar kimia lain-lain negara termasuk Amerika, Israel, Rusia dan China.      Selagi dunia tidak dapat menghuraikan ilmu rahsia yang Korea Utara gunakan bagi membunuh Jong-nam, maka payah hendak mematahkan dalih Korea Utara betapa kematian itu gara-gara serangan jantung.      Kita percaya pakar forensik  kita ada ilmu dan wibawa bagi mengesahkan kematian Jong-nam adalah gara-gara mukanya disapu racun itu. Pakar dunia seluruhnya payah mempertikai penemuan pakar forensik kita, tetapi yang hendak dihuraikan sekarang ini ialah ilmu yang Korea Utara itu tidak membahaya dan mencedera bahagian lain dari muka yang terkena palitnya?       Korea Utara dipercayai tidak akan mengaku ia ada sebarang kelebihan dalam ilmu kimianya. Sebagaimana ia tidak mengaku pembunuhan itu dirancangkan, ia pasti simpan kemungkinan kemas bahawa ia memiliki kemajuan senjata kimia yang termaju.      Ia tidak rahsiakan ia memilik senjata nuklear perkasa, tetapi ia tidak akan kongsi ilmu kimia yang dipercayai sudah dicapainya. – HARAKAHDAILY 28/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/28/pas-putatan-rai-warga-polis-sempena-hari-polis-ke-210/
PAS Putatan rai warga polis sempena Hari Polis ke-210
[ "PAS Kawasan Putatan meraikan warga polis dengan menyerahkan kek sempena Peringatan Hari Polis ke-210. Ini sebagai menghargai khidmat dan usaha pihak polis dalam menjaga keamanan masyarakat.", "Rombongan PAS Putatan yang diketuai YDP, Ustaz Abu Nuha menyantuni warga polis di sekitar Putatan. Pihak polis menyambut kunjungan PAS Putatan dengan mesra dan megucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.", "Dengan slogan “Polis dan Rakyat Berpisah Tiada”, YDP PAS Putatan mengharapkan masyarakat sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak polis dalam semua keadaan. Polis adalah kawan dan sahabat masyarakat, tambahnya. – HARAKAHDAILY 28/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/ruu355-hakikat-yang-membenarkan-janji-allah/
RUU 355: Hakikat yang membenarkan janji Allah
[ "BERITA bahawa BN memutuskan bahawa kerajaan tidak membawanya selepas mesyuarat majlis tertinggi menunjukkan sesuatu yang penting dilihat dengan kaca mata hikmah Allah. Mereka yang memandang dengan kaca mata sekular akan kekal buta dan tersesat.", "Hakikat ini perlu disedari jika kita pejuang politik Islam yang peka. Dua minggu lepas, TPM mengumumkan bahawa kerajaan akan mengusulkan pindaan, tiba-tiba hari ini, ia berlaku sebaliknya? Apa yang terjadi pada Umno BN? Sudah tidak sekata antara PM dan TPM atau BN akan bergolak lagi.", "RUU355 dilihat sebagai aspirasi seluruh umat Islam yang mahu Islam terus dimartabatkan. Maka, bola yang cuba diambil kesempatan politik tak akan mampu dibawa. Hanya yang ikhlas berjuang, mampu terus mengangkat usaha usul ini. Maka, ia kembali kepada PAS untuk terus mengarusperdanakan melalui usul persendirian. Parti-parti lain hanya akan mengejek atau menentang, kerana agenda mereka bukan bertujuan memartabatkan Islam. Adapun yang nama sahaja Islam, tetapi jadi tunggangan dan khadam bukan Islam yang tak akan menjaga kepentingan Islam.", "Keputusan terbaru tentang RUU355, menunjukkan bahawa Umno sendiri berada dalam ragu-ragu untuk menjadi kuasa yang dipatuhi dalam BN. Kemungkinan jua, PRU14 nanti akan berlaku proses pembersihan kepada mereka yang tak sokong dan tak bersama Najib. Maka akhirnya, Umno semakin lemah dengan perpecahan.", "PAS? Sekiranya perjuangan ini memang diangkat oleh mereka mereka yang beriman dan beramal soleh, sepertinya tanda tanya yang berlaku sebagai tanda kemenangan akan muncul jua walaupun buat masa ini ramai melihat seolah-olah sebaliknya. Lihatlah sejarah bagaimana dalam perang Hunain, walaupun ketika ramai, ramai bangga akan menang. Lantas Allah menguji umat Islam diserang hendap. Namun, sisa-sisa yang tinggal, malah dibantu muallaf yang baru masuk Islam seperti Abu Sufian, Suhail bin Amru, akhirnya kemenangan kembali kepada Islam.", "Mereka yang tidak yakin dengan untuk membawa Islam di zaman terkini akan bersikap seperti sikap munafik perang Ahzab. Mengejek ejek yang beriman, namun akhirnya mereka dihinakan kedudukan oleh Allah. Identiti mereka dikenali dan pasti akan menjadi liabiliti sepanjang orang mukmin mengenali mereka melainkan mereka bertaubat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/tokoh-ulamak-antarabangsa-sokong-pindaan-akta-355/
Tokoh ulamak antarabangsa sokong pindaan Akta 355
[ "LEBIH seminggu yang lalu, saya dan YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan YB Dato’ Dr Khairudin Aman Razali at Takiri telah mengunjungi 2 orang tokoh ulamak terkenal di dunia Islam iaitu Asy Syeikh Dr. Hammam Said sebagai mantan Muraaqibul Aam Ikhwanul Muslimin Jordan dan juga Asy Syeikh Dr. Solah Khaalidi seorang mufassir tersohor di kediaman mereka Amman Jordan.", "Kunjungan kami adalah untuk berbincang dan mendapatkan nasihat serta pandangan mereka mengenai perkembangan Islam di peringkat antarabangsa termasuklah perkembangan Islam dan syariatnya di Malaysia.", "Ilmu dan pengetahuan mereka mengenai perkembangan Islam mutaakhir ini tidak usah dipersoalkan lagi. Lebih menarik, mereka juga mengikuti perkembangan Islam di Malaysia dari dekat terutama melalui media on-line dan anak-anak murid mereka dari kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di sana.", "Antara topik paling menarik ialah penegasan sikap mereka berdua dalam memperjuangkan syariat Islam dan mengeluarkan sokongan terbuka kepada PAS yang berusaha mengangkat pelaksanaan Syariat Islam di Parlimen melalui Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud Meminda Akta 355.", "Kedua-dua tokoh ulamak tersebut sangat tertarik dengan keunikan proses yang berlaku, apabila usaha PAS ini tidaklah menggunakan kekerasan, pemaksaan, revolusi, subversif dan seumpamanya tetapi menggunakan “pintu depan” dengan membawanya ke parlimen dan berusaha mencari simple majority dari kalangan ahli parlimen. Ianya sangat demokratik dan tidak mencetus ketegangan.", "Justeru itu, mereka bukan sahaja menyokong malah telah menyeru supaya ahli-ahli parlimen Malaysia, khasnya yang beragama Islam supaya menyokong usaha murni untuk memperkasakan pelaksanaan syariat Islam dalam sistem perundangan di Malaysia.", "Saya harap, biarpun tekanan terlalu hebat  dengan pelbagai fitnah dan spekulasi untuk Pindaan Akta 355 ini diluluskan di parlimen, ia akhirnya berjaya diluluskan insyaallah. Doakanlah semoga Allah swt permudahkan urusan, mengurniakan kekuatan kepada para pejuang dan memberi hidayah kepada semua ahli parlimen untuk memberi undi sokongan kepada Pindaan Akta 355.", "Nyata PAS tidak berseorangan melainkan pelbagai pihak telah bersatu dan menyokong usaha murni ini termasuklah 2 tokoh ulamak kontemporarI di peringkat antarabangsa.", "Kesempatan ini, saya turut menyeru para alim ulamak di Malaysia turut bersatu tenaga dan berpadu suara menasihati dan menggesa para ahli parlimen agar mereka menyokong Pindaan Akta 355 ini di parlimen kelak." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/tindak-segera-elak-kemalangan-monorel-berulang/
Tindak segera elak kemalangan monorel berulang
[ "PIHAK sekretariat yang mewakili pertubuhan-pertubuhan utama bukan kerajaan bagi OKU penglihatan meluahkan rasa sangat dukacita terhadap kemalangan yang telah menimpa seorang OKU penglihatan di Stesen Monorail KL Centeral pada 28 Mac 2017, semalam.", "Dengan komitmen pihak Negara dalam Convention On The Rights Of Persons With Disabilities ‘CRPD’, pewartaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 ‘Akta 2008’ dan perlancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Orang Kurang Upaya 2016-2022 ‘Pelan Tindakan’, kejadian seumpama ini seharusnya tidak lagi berlaku malangnya ia terus berulang.", "Hak-hak seorang OKU yang dijamin dalam Artikel 9 CRPD, penguatkuasaan S27 Akta 2008 dan Teras Pertama dalam Pelan Tindakan seharusnya disedari oleh pihak-pihak berwajib dalam memastikan akses kepada sistem pengangkutan awam benar-benar selamat dan sesuai untuk setiap OKU penglihatan khususnya dan seluruh OKU umumnya.", "Kami menggesa pihak Kementerian Pengangkutan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Darat dan Prasarana Malaysia Berhad lebih prihatin dalam memastikan kemalangan seumpama ini tidak berulang.", "Kemudahan pengangkutan awam seharusnya diadakan dengan tahap keselamatan yang terbaik untuk semua pengguna termasuklah pengguna OKU penglihatan khususnya dan OKU keseluruhannya.", "Kami juga merakamkan setinggi terima kasih kepada keprihatinan pihak Yang Berhormat Menteri Datuk Rohani Abdul Karim yang menziarahi mangsa kemalangan di hospital tengah hari tadi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/pinjam-untuk-beli-saham-tidak-patut-berlaku/
Pinjam bank untuk beli saham tidak patut berlaku
[ "AHLI Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad menegaskan pelaburan yang dibuat melalui pinjaman atau hutang merupakan kaedah yang tidak wajar diamalkan dibimbangi akan mengundang risiko yang lebih besar.", "“Misalnya dalam FGV, peneroka-peneroka diberi pinjaman duit untuk membeli saham, akhhirnya saham jatuh mereka yang menanggung beban. Begitu juga dalam kes 1MDB kalau pinjaman untuk pelaburan perlu difikirkan,” katanya.", "Katanya, mereka yang hendak berhutang perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ sama ada layak atau tidak untuk memiliki kereta kancil atau perdana.", "Apa yang berlaku hari ini, katanya, ramai golongan muda sudah diisytihar bankrup oleh Jabatan Insolvensi kerana dibelenggu hutang yang banyak akhirnya menjejaskan masa depan mereka.", "Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid membangkitkan soal caj 12 peratus yang dikenakan oleh bank kepada penghutang yang hendak membersihkan namanya daripada senarai bankrup.", "“Hutang semua sudah selesai tetapi hendak ‘settle’ nama daripada bankrup pula dikenakan bayaran sebanyak 12 peratus. Ini satu beban yang tidak munasabah. Perkara ini serius,” soalnya.", "Perkara ini juga turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin yang mempersoalkan tindakan institusi kewangan bukan sahaja mengenakan 12 peratus kepada penghutang bahkan mereka pula dikehendaki membayar caj RM900 hingga RM1200. – HARAKAHDAILY 29/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/selangor-pastikan-pemaju-patuh-syarat-pembangunan/
Selangor pastikan pemaju patuh syarat pembangunan
[ "SEBARANG pembangunan pemajuan di Selangor perlu memperoleh kelulusan kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah dinilai oleh Jabatan-Jabatan Teknikal di peringkat PBT seperti Jabatan Pembangunan, Jabatan Penilaian dan Jabatan Perancang.", "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata penguatkuasaan berasaskan perundangan seringkali dilakukan oleh PBT mahupun Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.", "Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Razaly Hassan pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam hari ini.", "Walau bagaimanapun, katanya masih terdapat projek-projek yang tidak berlesen dibuat di tapak-tapak tanah pertanian yang berukuran kurang daripada satu ekar setiap satu.", "Menurutnya, kerajaan negeri melalui PBT akan sentiasa memastikan pihak pemaju mematuhi segala syarat Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (BP) yang telah diluluskan bagi mengelakkan tindakan perundangan dibuat ke atas pemaju-pemaju yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.", "Selain itu, ujar beliau kesedaran pembeli juga perlu memandangkan mereka hendaklah memastikan pemaju berlesen dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui penetapan syarat yang telah ditetapkan.", "Tambahnya, tindakan perundangan terhadap pemaju-pemaju berlesen boleh dilaksanakan mengikut peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) yang telah memperuntukkan seksyen-seksyen tertentu yang melibatkan penalti kesalahan sekirannya pemaju-pemaju tersebut dengan sengaja ataupun tidak melanggar syarat-syarat yang telah diluluskan.", "“Kesedaran pembeli juga penting kerana kegagalan pembeli mengetahui hak masing-masing bakal menyumbang kepada masalah berhubung pengurusan, kejiranan dan kehidupan sosial pada masa akan datang,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/kolej-universiti-kias-aju-permohonan-sejak-2011/
Kolej universiti: KIAS aju permohonan sejak 2011
[ "SEJAK beroperasi pada Ogos 1999, hanya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan belum dinaik taraf kepada Kolej Universiti.", "Malah Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah pihak kementerian wajar mempertimbang menaik taraf KIAS kepada kolej universiti.", "Ketua Eksekutif KIAS Prof Dr Ab Aziz Mohd Zain berkata, permohonan bagi menaik taraf kolej tersebut sudah diaju kepada kementerian pada 2011.", "“Pada pandangan kami kemudahan pembelajaran yang ada di KIAS dianggap sudah mencukupi, namun kementerian mahu ia ditambah baik lagi,” katanya ditemui di Nilam Puri Kota Bharu hari ini.", "KIAS merupakan institusi tinggi pengajian agama milik kerajaan negeri. Ia diurus KIAS Darulnaim Sdn Bhd (KDSB), anak syarikat Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).", "KIAS mengendalikan 13 program peringkat diploma termasuk Usuluddin, Syariah, Kewangan Islam, Perbankan Islam, Dakwah dan Media, Kaunseling Islam dan Pengurusan Lojistik." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/hasrat-adun-chempaka-jadi-kenyataan/
Hasrat Adun Chempaka jadi kenyataan
[ "PERJUANGAN Adun Chempaka Ahmad Fathan Mahmood bagi membolehkan penduduk di sekitar Pekan Chabang Tiga Pengkalan Chepa memiliki pasar baharu kini hampir menjadi kenyataan.", "Impian itu diluahkan Ustaz Fathan ketika kempen pilihan raya kecil Dun Chempaka pada Mac 2015. Dan hari ini pembinaan pasar berkenaan siap hampir 50 peratus.", "Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya (MPKB-BRI), Datuk Mohd Zamri Ismail berkata, pasar berkenaan yang bernilai RM3.5 juta dijangka dapat beroperasi Oktober depan.", "“Pasar berkenaan dibina bagi menggantikan pasar lama yang sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan. Keadaannya tidak selesa dengan pertambahan pengunjung dan peniaga,” katanya di sini.", "Beliau juga berkata, selain Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, MPKB BRI turut membina Pasar Berek 12 juga setinggi dua tingkat. – HARAKAHDAILY 29/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/lafaz-talak-ketika-marah-tidak-jatuh/
Lafaz talak ketika marah, tidak jatuh?
[ "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.", "Di dalam mazhab al-Syafie, talak yang dilafazkan secara sarih (jelas, seperti cerai dan talak) dan ditujukan kepada isteri, oleh suami, adalah jatuh meskipun dilafazkan tanpa niat. Pengecualian diletakkan pada enam keadaan;", "    Orang yang tidur    Orang yang gila    Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap).    Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “Taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan.    Penggunaan lafaz yang tidak difahami    Dipaksa dan mabuk bukan kerana maksiat", "Berkata al-Syaukani dalam Nail al-Autar (6/279): “Maksud ‘fi ighlaq’… para ulama al-gharib (pakar dalam istilah-istilah yang sulit) menafsirkannya sebagai paksaan. Ini diriwayatkan daripada Ibn Qutaibah, al-Khattabi, Ibn Sayyid dan selain mereka. Dikatakan maksudnya ialah gila tetap al-Mutarrizi mengecualikannya. Dikatakan juga maksudnya adalah marah. Inilah yang terdapat dalam Sunan Abi Daud, satu riwayat daripada Ibn al-A`rabi dan tafsiran Imam Ahmad. Akan tetapi Ibn Sayyid mengkritik: “Kalau begitu tidak akan pernah berlaku talak kerana seseorang itu tidak mentalakkan melainkan dalam keadaan marah.” Berkata Abu Ubaidah: Ighlaq itu penyempitan.”", "Justeru dalam mazhab al-Syafie, talak yang dijatuhkan ketika marah adalah sah. Namun kami juga cenderung juga kepada pendapat jika marah itu sifatnya melampau sehingga hilang akal dan perasaan, seperti orang gila, maka tidak jatuh talak. Bagi kedua-dua keadaan, memandangkan lafaz itu disebut secara sarih, hendaklah isteri atau suami itu wajib segera merujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah setempat bagi Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai kerana urusan talak ini adalah urusan yang serius berkait dengan tujuan Syariah iaitu penjagaan nasab, keluarga dan keturunan.  " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/industri-pelancongan-di-terengganu-tak-serancak-mana/
Industri pelancongan di Terengganu tak serancak mana
[ "“Tak sampai pun 10 penerbangan sehari walau lapangan terbang cukup besar berbanding Lapangan Terbang Kota Bharu yang mengendalikan lebih 40 penerbangan sehari,” ujarnya kepada Harakahdaily.", "Beliau yang terlibat juga sikit dalam industri perhotelan bersama kawan-kawan membuka Hotel Tawaquf Inn di hadapan Kompleks Sukan Gong Badak berkata, kadar kemasukan pelancong yang tidak seberapa ke negeri itu menjadikan industri hotel cukup-cukup untuk menampung kos pengurusan sahaja.", "“Nak untung jauh sekali,” ujarnya sebagai respons kepada cadangan kerajaan negeri untuk memperkenalkan cukai katil kepada pelancong yang menginap di hotel-hotel di seluruh negeri.", "Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri merasakan ia sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan industri pelancongan kini telah dijadikan sebagai sektor baharu meningkatkan ekonomi Terengganu.", "Perkara itu dinyatakan Ahmad Razif ketika menjawab soalan lisan Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Persidangan Dewan Unda­ngan Negeri Terengganu ke-13 di Kuala Terengganu, semalam.", "Justeru itu, Dr Azman tidak melihat tindakan kerajaan negeri untuk mengenakan cukai katil mampu menjana suatu jumlah hasil yang bermakna bagi Negeri Terengganu.", "“Hasilnya tak seberapa. Tapi nanti orang akan kata, dari ambil cukai katil sahaja, baik kutip terus cukai bantal dan selimut sekali,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/transkripsi-ucapan-sokongan-meminda-akta-355/
Transkripsi ucapan sokongan meminda Akta 355
[ "الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد سيد الأولين والآخرين ، وعلى آله وأصحابه ومن دعا بدعوته واتبع سنته وسار على منهاجه إلى يوم الدين،", "فرض على المسلمين أن يعملوا على تحكيم شريعة رب العالمين تبارك وتعالى في حياتهم السياسية و الاجتماعية و الاقتصادية و الجنائية", "1. Menjadi satu kewajipan ke atas umat Islam berusaha untuk berhukum dengan Syariat Allah, Rabb (Tuhan) semesta alam dalam kehidupan berpolitik, bermasyarakat, berekonomi dan perundangan jenayah mereka.", "“Maka Demi Rabb (Tuhan) kamu! Mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu sebagai hakim pengadilan dalam perkara yang menjadi pertikaian sesama mereka kemudian mereka tidak merasai dalam diri mereka sebarang rasa tidak selesa terhadap apa yang kamu putuskan dan mereka menyerah diri sepenuhnya.” Surah al-Nisa’ ayat 65", "فالنائب باعتباره عضو هيئة تشريعية واجب عليه أن يسعي إلى تطبيق شريعة الله تبارك وتعالى وأن يعمل على تنفيذ هذه الأحكام بعد تشريعها في مجتمعه", "4. Justeru, Wakil Rakyat sebagai anggota badan perundangan adalah wajib ke atasnya berusaha ke arah melaksanakan Syariat Allah dan berusaha melaksanakan hukum-hakamnya selepas ianya menjadi undang-undang dalam masyarakatnya.", "تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ", "“Itulah dia batasan-batasan Allah. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia masukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungai-sungai dalam keadaan mereka kekal di dalamnya dan itulah sebenar-benar kejayaan besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batasan-batasan-Nya, Dia masukkannya ke neraka dalam keadaan dia kekal di dalamnya dan baginya seksaan yang sangat menghina.” Surah al-Nisa ayat 13-14.", "وإن شعب ماليزيا  المسلم الذي مضى عليه منذ عهد الاستعمار البريطاني ما يزيد على ستين عاما، هذا الشعب ، نعم ، حقق استقلاله  سنة ١٩٥٧ ، ولكنه يحتاج اليوم إلى خطوة جديدة لتأكيد هذا الاستقلال ، وتأكيد الاستقلال هذا يكون بالتشريع ويكون بتحكيم شرع الله تبارك وتعالى في حياته", "6. Rakyat Malaysia beragama Islam yang telah melepasi zaman penjajahan Britain lebih daripada 60 tahun, rakyat Malaysia ini, ya, telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, namun pada hari ini ia memerlukan satu langkah baru untuk mengesahkan dan menegaskan kemerdekaan ini. Penegasan terhadap kemerdekaan ini berlaku menerusi perundangan dan menerusi usaha berhukum dengan Syariat Allah dalam kehidupannya.", "إن هذا الشعب الماليزي المسلم الذي نراه نصيرا للمسلمين  في قضاياهم في العالم هو شعب بإذن الله تبارك و تعالى يستحق أن يحكم بشرع الله وهذا الشعب هو نصير لكل من ينادي بتطبيق شرع الله", "7. Rakyat Malaysia muslim yang kita lihat menjadi penolong dan pembantu kepada umat Islam dalam pelbagai isu mereka di seluruh dunia merupakan rakyat – dengan izin Allah – yang berhak untuk diperintah dengan Syariat Allah. Rakyat ini merupakan penolong dan pembantu bagi setiap orang yang mendendangkan pelaksanaan Syariat Allah.", "وإن إخواننا في الحزب الإسلامي الماليزي الذين أكرمهم الله تبارك وتعالى بحمل أعباء هذه الدعوة الإسلامية برئاسة الشيخ عبد الهادي أوانج جزاه الله خيرا هذا الحزب الذي يقود اليوم معركة في البرلمان لتغيير المادة 355 التي تقف عائقا أمام تطبيق بعض الأحكام الشريعة  الإسلامية،", "8. Saudara-saudara kita dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) yang telah dimuliakan oleh Allah bagi memikul tanggungjawab dan bebanan dakwah Islam ini, di bawah kepimpinan Syeikh Abdul Hadi Awang – moga Allah ganjari beliau dengan sebaik-baiknya -, Parti ini yang hari ini memimpin satu usaha perjuangan di Parlimen bagi meminda Akta 355 yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan sebahagian hukum-hakam Syariat Islam,", "أقول إن على جميع النواب المسلمين بل وغير المسلمين أن يقفوا مع هذا الحزب لتغيير هذه المادة ولتدرج نحو تطبيق شرع الله تبارك وتعالى كي تنعم ماليزيا بدين الله وبشرع الله تبارك وتعالى", "9. Saya menyatakan bahawa : menjadi kewajipan ke atas semua wakil rakyat Islam, malah juga wakil rakyat bukan Islam untuk mengambil pendirian bersama-sama parti ini meminda Akta 355 ini dan juga untuk secara beransur-ansur ke arah pelaksanaan Syariat Allah agar Malaysia menikmati agama dan Syariat Allah.", "10. Kita memohon kepada Allah untuk rakyat muslim ini agar Allah bukakan untuk mereka pintu-pintu rahmat dan agar Allah jadikan mereka sebagai contoh ikutan bagi masyarakat Islam yang lain.", "# Dr Hammam Abdul Rahman Said, menjawat jawatan tertinggi iaitu Ketua atau Muraqib Aam, Ekhwan Muslimin bagi 2 penggal sejak 2008 – 2016.– Beliau juga bekas Ahli Parlimen Jordan 1989-1997. – Dilahirkan pada tahun 1944. – Diiktiraf sebagai tokoh ulamak Jordan di bidang Hadis.– Beliau merupakan bekas Ahli Akademik yang pernah menjawat jawatan Profesor di Fakulti Syariah, University of Jordan sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/pcs-hentikan-budaya-politik-kebencian-dan-permusuhan/
PCS: Hentikan budaya politik kebencian dan permusuhan
[ "PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Ketua Penerangan Parti Cinta Sabah (PCS), Ramdi Indang dalam media hari ini. PAS Sabah menganggap kenyataan ini merupakan kenyataan politik yang berasaskan kebencian.", "Seperti mana yang dilakukan oleh PAS dalam konteks Pindaan Akta 355 ini, ianya adalah sebahagian daripada kehendak rakyat, khususnya masyarakat muslim. Sebagai bukti, himpunan 355 yang diadakan pada 18 Februari 2017 telah dihadiri ratusan ribu orang di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan masyarakat Islam khususnya, mahu melihat akta ini dipinda bagi menaik taraf bidang kuasa mahkamah syariah.", "Kenyataan Ramdi seolah-olah tidak memahami sistem perundangan negara ini. Sememangnya sekarang ini Malaysia mempunyai Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Cuma bidang kuasa mahkamah syariah yang terlalu rendah dan ianya perlu ditingkatkan.", "Pindaan akta ini masih belum dibahaskan lagi di parlimen. Maka lebih baik semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi jahat mengenai pindaan akta ini.", "PAS Sabah berharap, semua parti politik di Sabah supaya berpolitik secara matang dan jangan berprasangka jahat serta jangan mengamalkan politik kebencian." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/29/baru-bian-tiru-bani-israel-cara-tafsir-perlembagaan/
Baru Bian tiru bani Israel cara tafsir perlembagaan
[ "PENGERUSI PKR Sarawak, Baru Bian menegaskan bahawa mereka tetap akan menentang RUU355 walaupun sekiranya Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada akta ini.", "Dia tak faham ke, RUU355 ini hanya beri keharusan kepada negeri untuk pertingkatkan jumlah hukuman, bukan mewajibkan negeri ikut semua hukuman maksima. Tak timbul pun soal berkecuali atau tidak. Kalau Sabah Sarawak tak mahu, mereka boleh kekalkan enakmen sedia walaupun RUU355 diluluskan. Bukan setakat Sarawak, kalau Pulau Pinang sendiri tak mahu pinda enakmen mereka, tak jadi masalah dari sudut undang-undang!", "2.Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang", "Bagaimana beliau sampai boleh tafsir sedemikian? Tidakkah beliau baca klausa yang jelas menyebut “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini”? Klausa ini telah menafikan semua asas penentangan beliau.", "Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan ini. Justeru segala urusan undang-undang yang melibatkan Islam adalah dalam terma “yang dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang”. Maka ia menjadi hak orang Islam yang mesti dihormati semua rakyat Malaysia, selagi tidak bercanggah dengan undang-undang lain.", "Senarai kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa agama merupakan bidang kuasa negeri-negeri. Walau bagaimanapun dalam menjalankan prosedur kehakiman syariah, mereka perlukan punca kuasa dari Perlembagaan. Maka akta 355 adalah antara punca kuasa mahkamah syariah negeri-negeri. Lalu apa benda yang bercanggah dengan perlembagaan?", "RUU355 juga dibawa mengikut prosedur undang-undang yang sepatutnya. Mahkamah telah memutuskan sebagaimana yang dinyatakan oleh peguam yang mewakili Presiden PAS, Datuk Takiyudin Hasan dalam isu saman RUU355 oleh 4 individu sebelum ini, bahawa usul persendirian RUU355 tidak bercanggah dengan undang-undang. Saman tersebut telah ditolak oleh mahkamah dan RUU355 dibenarkan untuk dibawa ke parlimen.", "Walaupun Perlembagaan Persekutuan masih banyak cacat-celanya sebagaimana adat semua makhluk, tapi sangat tidak disangka, ada juga yang berhelah dalam menafsirkan perlembagaan. Di ambil sebahagian dan dibuang sebahagian. Sama macam perangai Bani Israel dalam menafsirkan al-Quran. – HARAKAHDAILY 29/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/mana-projek-tebatan-banjir-dijanji-bina-2015/
Mana projek tebatan banjir dijanji bina 2015?
[ "AHLI Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa kesal dengan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung isu tebatan banjir Sungai Golok yang sekian lama dibangkitkannya.", "Ketika mengajukan soalan tambahan di dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Zailah mempersoalkan mengapa projek tebatan banjir yang dijanjikan dibina pada tahun 2015 sehingga hari ini masih tidak nampak hasilnya.", "“Pada tahun 2013 menteri jawab tebatan banjir akan dibina pada tahun 2015 dan dijangka siap pada tahun 2019. Sekarang menteri jawab lagi tender akan dibuka pada Julai 2017.", "Sebelum itu, menjawab soalan tambahan Zailah, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri berkata, status projek Pembangunan Lembaga Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 masih di dalam proses pengambilan tanah dan tender dijangka pada Julai 2017.", "Tambahnya, penaiktarafan sistem saliran dan pembinaan strtuktur pintu kawalan anak-anak sungai yang terlibat di dalam projek PLSB Sungai Golok ialah Sg Mentua, Sg Alor Mengkuang, Sg Lemal Lancang, Sg Jedok, Sg Meranti dan Sg Pengkalan Nangka. – HARAKAHDAILY 30/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/ruu-355-pas-tidak-rugi/
RUU 355: PAS tidak rugi
[ "SORAK dan gembira mereka yang benci kepada PAS kerana Mesyuarat Majlis Tertinggi BN menolak cadangan kerajaan membawa RUU 355. Ertinya ia kembali kepada Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi  Awang sebagai Ahli Parlimen Marang. Mereka tuduh PAS kena permain dengan Umno dan Datuk Seri Najib. Kepada PAS tidak ada perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun PAS akan sokong.", "Ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Kalau fikir keuntungan politik daripada awal, PAS tidak akan memperjuangkan perkara ini. Ahli PAS diajar berpolitik untuk bekalan akhirat, bukan sahaja di dunia. Inilah motivasi ahli PAS.", " Rakyat boleh menilai itulah kualiti pemimpin Umno mengenai perjuangan mereka untuk memartabatkan Islam di negara ini. Hampir 60 tahun merdeka mereka gagal mendidik rakan-rakan mereka untuk memahami Islam dan menghormati hak orang Islam. Rakyat juga boleh menilai inilah PAS, bukan ia hirau apa yang manusia hendak kata.", "Apabila wartawan tanya saya di luar Parlimen pagi tadi, sampai bila PAS hendak memperjuangkan RUU 355  dan syariat Islam. Saya jawab hingga kiamat. Jangan haraplah PAS hendak berundur daripada memperkatakan mengenai Islam.", "PAS sudah berjaya memberi kesedaran mengenai kepentingan syariat Islam kepada masyarakat awam termasuk kepada ahli tegar Umno. Semasa perjalanan ke Parlimen tadi saya dipanggil oleh seorang cikgu pencen yang kuat Umno. Dia menunjukkan kepada saya berita mengenai DS Najib yang tidak mahu membawa RUU 355. Beliau dengan nada kesal terhadap berita ini.", "Rakyat boleh menilai sikap PAS tidak pernah berubah sejak daripada dulu. Bukan perkara baru berbagai pihak meminta PAS buang sahaja agenda Islam jika mahu maju dalam politik.  Perjuangan PAS tidak relevan di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. PAS menjawab dengan amalan dan terus istiqamah dengan agenda Islam.", "Parti pembangkang mengatakan kerana RUU 355, pembangkang berpecah. Inilah jawapan yang  pemimpin Umno bawa ke hulu dan ke hilir sejak dahulu, kerana PAS menyebabkan Melayu berpecah. Sekarang ini dikitar semula oleh parti pembangkang untuk memburukkan PAS, kerana  RUU 355 pembangkang berpecah. Malahan berbagai tuduhan yang dilemparkan untuk rosak imej PAS.", "Rakyat boleh menilai inilah PAS yang tegas dengan prinsip, lunak dengan pendekatan. Tidak hirau dengan kejian. Biarlah manusia lain tidak suka. Jika RUU 355 pun sudah alergik, yang memang sudah termaktub di dalam undang-undang. Apakah yang hendak diharapkan dalam agenda Islam yang lain?" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/sbsk-bantu-606-kes-tuntutan-nafkah/
SBSK bantu 606 kes tuntutan nafkah
[ "MELIHAT keruncingan kes pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) membantu 606 kes tuntutan nafkah.", "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sehingga Disember 2016, sebanyak 606 kes tuntukan nafkah dibawa ke Mahkamah untuk tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.", "“SBSK membantu dari segi nasihat guaman secara pecuma kepada. SBSK juga menggunakan aplikasi e-Nafkah bagi memantau perintah nafkah agar masalah kelewatan dalam pengendalaian kes dapat diatasi,” katanya dipetik SelangorKini.", "Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan lisan ADN Taman Medan, Haniza Talha pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), Shah Alam, hari ini.", "“Antara tindakan penguatkuasaan termasuklah perintah tahanan pendapatan tenaga (potongan gaji), notis penghakiman, penyitaan dan penjualan, hiwalah (penahanan harta penghutang bagi penghakiman melalui pihak ketiga) atau penghkomitan,” katanya lagi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/dua-lra-dijangka-siap-ikut-jadual/
Dua LRA dijangka siap ikut jadual
[ "KERJA pembinaan dua Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang masih berjalan mengikut jadual serta dijangka siap mengikut tempoh ditetapkan.", "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, setakat 25 Mac lalu kerja di LRA Semenyih 2 sudah mencapai 24.14 peratus berbanding jadual 55.5 peratus sejak dimulakan, pada 20 Mei 2016.", "“Pemantauan tapak yang dibuat Unit Perancang Ekonomi Negeri secara berkala dan mesyuarat jawatankuasa diadakan setiap bulan bagi membincangkan jadual projek dan mencari penyelesaian masalah yang timbul supaya tidak menjejaskan jadual projek,” katanya ketika menjawab soalan lisan ADN Sekinchan, Ng Suee Lim pada persidangan Dewan Negeri Selangor.", "Katanya, kerajaan negeri sudah meneliti unjuran permintaan dan pembekalan air sehingga 2027 serta berusaha mencapai sasaran meningkatkan rizab simpanan air mencapai 15 peratus sebagai satu inisaitif Pelan Permintaan Air jangka panjang.", "“Setakat ini, kadar simpanan air tipis yang dianggarkan sekadar 3.4 peratus dan rizab air mentah semakin terhad dengan permintaan penggunaan disasarkan pada kadar 3.5 peratus, setiap tahun.", "“Keadaan ini akan mengehadkan kerajaan negeri memberikan bantuan jika berlaku kejadian luar jangka seperti musim kering berpanjangan atau kerosakan peralatan di loji bekalan air,” katanya yang juga ADN Taman Templer.", "LRA Semenyih 2 dijangka siap Disember ini sementara LRA Labohan Dagang pula dijangka siap pada Disember 2018 dengan jumlah keupayaan penghasilan 300 juta liter air sehari yang mampu membekalkan air khusus kepada penduduk Klang dan Kuala Langat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/ruu-355-kita-tahu-suara-hati-orang-umno-di-kampung/
RUU 355: Kita tahu suara hati orang Umno di kampung
[ "“KITA tahu suara hati orang Umno di kampung-kampung bersama kita dalam isu RUU 355,” kata Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim.", "Menurutnya, beliau mendapat maklumat menyatakan beberapa orang kuat Umno Jabi hadir H355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.", "“Lantaran itu janganlah dijadikan alasan keputusan PM dan rakan-rakan komponen BN berkaitan pindaan RUU 355 untuk kita menjauhi dan memandang serong dengan orang Umno di sekeliling kita.", "Beliau yakin atas dasar aqidah dan keimanan, mereka juga rasa tak selesa bila akhirnya PM merangkap Presiden Umno terpaksa tunduk dengan desakan komponen bukan Islam dalam BN.", "Pengarah MTD Dun Jabi itu berpandangan, tidak sepatutnya mereka terus merelakan diri berada dalam zon tak selesa yang bertentangan dengan naluri keyakinan mereka sedangkan di muka bumi Malaysia ini ada wadah yang lebih selesa untuk memperjuangkan Islam.", "“Tetapi dalam masa yang sama inilah ruang untuk kita menyedarkan masyarakat bahawa parti yang benar-benar serius dengan agenda Islam ialah PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/ruu-355-pas-tetap-istiqamah-perjuangkan-islam/
RUU 355: PAS tetap istiqamah perjuangkan Islam
[ "SEMALAM negara dikejutkan dengan berita berkaitan cadangan pindaan RUU355 yang telah dibawakan oleh Presiden PAS ke Parlimen, telah diputuskan oleh Umno BN untuk tidak akan membantu PAS membawanya. Sudah ribut di seluruh negara dengan kejian, makian dan sindiran golongan-golongan yang sememangnya membenci PAS di atas berita ini, walaupun tersangat jelas apa yang cuba PAS bawakan ini adalah demi kebaikan Islam.", "Sebagai seorang muslim yang dibesarkan dalam persekitaran Islam yang sering dicabar dan dikaderkan bagi menghadapinya, kami sangat suka melihat hal ini dari sudut pandangan positif. Keadaan ini sebenarnya telah dijangka oleh PAS dan insya Allah Islam tetap menang. Kami kongsikan pandangan kami dalam isu ini.", "1. Dengan penolakan Umno BN dalam membantu PAS membawa isu pindaan RUU355 ini, jelas kepada semua manusia yang waras bahawa tiada hubungan antara PAS dan Umno BN sebagaimana UG yang diratib saban waktu oleh pembenci-pembenci PAS.", "2. PAS masih mempunyai peluang dengan kebenaran Speaker untuk membawa cadangan pindaan ini kerana bukannya usul ini ditolak, tetapi tidak dibantu oleh pihak lain. Jika dengan izin Allah ianya diluluskan, kejayaan ini akan lebih manis dan bermakna kerana PAS sendiri yang memajukannya tanpa bantuan besar pihak lain.", "3. PAS kini tidak perlu mengharapkan orang lain kecuali berharap sepenuhnya kepada Allah bagi membantu agama-Nya. Ini menguatkan lagi kebergantungan kita kepada Allah kerana kejayaan Islam bukan kerana jumlah yang ramai tetapi kerana ketaqwaan kita. Sebagaimana bencinya Rasulullah SAW kepada golongan yang berbangga dengan jumlah yang ramai dalam Perang Hunain, sedangkan kemenangan itu datangnya dari Allah.", "4. Tipu daya didalam politik ini akan terkena kepada sesiapa juga walaupun kepada pejuang-pejuang Islam. Ujian ini akan mematangkan kita dan menjadi tapisan kepada jemaah.", "5. Ahli Umno dan pencinta Islam boleh melihat dengan jelas betapa dhaifnya Umno sehingga tidak mampu menguasai rakan mereka dalam BN dalam hal agama Islam sendiri. Rakyat Islam kini melihat hanya PAS sahaja yang komitmennya sangat tinggi dan boleh diharap dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia.", "6. PAS menerima pelawaan Umno BN dalam isu pindaan RUU355 ini bukan kerana mereka dikenali sebagai kumpulan yang boleh dipercayai, tetapi PAS menerimanya diatas sebab DAP dan sekutunya telah jelas menolak, manakala Umno BN belum menolaknya walaupun diragui akan menolak. Oleh itu langkah PAS adalah tepat kerana Umno BN ketika itu adalah sedikit lebih baik daripada DAP.", "Saya menyeru agar kita semua tetap istiqamah di jalan Islam ini. Biarpun kita bukan sebagai watak utama penjulang syariat Allah tetapi sekurang-kurangnya tidak menjadi watak utama penentang syariat Allah.", "Kita sedang bergerak ke akhirat. Julanglah Islam walau di mana kita berada. PAS tetap istiqamah dalam jatuh bangun PAS untuk menegakkan syariat Allah. Kita akan menuai hasil usaha kita bagi membantu agama Allah tanpa ditanya adakah kita menang atau kalah." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/ruu-355-isyarat-bn-tumbang-pru14/
RUU 355: Isyarat BN tumbang PRU14
[ "KEPUTUSAN Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk tidak membentang Rang Undang-undang 355 (RUU355) di Parlimen bukanlah suatu keputusan yang memeranjatkan buat para pendukung PAS. Di peringkat akar umbi PAS jelas keputusan ini merupakan suatu jangkaan sedari awal pihak kerajaan bercadang untuk membentangkan RUU355 ini.", "Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah Al-Anfal: ayat 63)", "Hakikat yang kita perlu sedari bahawa keputusan ini merupakan suatu rahmat buat rakyat Malaysia yang sekian lama menolak Kerajaan BN kerana hari ini mereka telah memaparkan wajah sebenar setelah berhempas pulas menekapkan topeng sandiwara politik untuk memperbodohkan rakyat demi meraih sokongan yang semakin luntur.  ", "Sikap Kerajaan BN terhadap keputusan ini memperjelaskan lagi sikap sebenar dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam di Malaysia. Lebih parah lagi Akta 164 yang bercanggah dengan syariat Islam serta Perlembagaan Persekutuan itu sendiri menjadi pilihan Kerajaan BN untuk dibentangkan. Maka siapakah yang kita boleh harapkan? Rakyat hari ini dapat melihat PAS merupakan satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dasar yang telah ditetapkan sejak penubuhannya lagi. Dengan segenap ruang yang ada PAS terus-menerus membawa citra rakyat tanpa melihat tentangan yang ada.", "Kerajaan BN pula jelas dilihat sebagai kelompok parti yang tuli dan apa pula yang kita boleh harapkan pada Pakatan Harapan? Hanya menjadi pasukan sorak yang penuh dengan kelicikan omongan kosong sahaja.", "Hari ini kita semakin jelas bahawa Kerajaan BN bukanlah sebuah kerajaan yang mendengar suara serta aspirasi rakyat akan tetapi sekadar sebuah kerajaan yang hanya mampu mendengar keroncong perut kroni-kroni mereka sahaja.", "Pendirian PAS tidak berubah. Maka PAS sekali lagi akan menjadi watak utama dalam perjuangan membentang RUU355 bilamana kerajaan mengisytiharkan tidak akan melakukan pembentangan di Parlimen. Bukan sahaja RUU355 akan kita bentang, bahkan kita juga akan membentangkan kain kapan buat Kerajaan BN sebagai tanda semakin hampirnya hayat Kerajaan BN memerintah.", "Di peringkat Dewan Pemuda PAS Subang berikrar jika tempoh hari Azmin Ali terasa bahang di kerusi Menteri Besar, hari ini kita juga akan mempersiapkan seluruh tenaga jentera yang ada untuk membuka pintu keluar buat rejim Umno dan Barisan Nasional setelah sekian lama terperuk dikunci dengan projek pembodohan rakyat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/nuklear-rizab-bahan-elektrik-masih-mencukupi/
Nuklear: Rizab bahan elektrik masih mencukupi
[ "AHLI Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat mempersoalkan usaha kerajaan yang mahu menggunakan tenaga nuklear pada masa akan datang bagi membekalkan tenaga kepada negara.", "Sedangkan katanya, negara masih mempunyai rizab bahan elektrik yang mencukupi iaitu lebih daripada standard 20 peratus untuk jangka masa 20 tahun akan datang.", "“Dalam keadaan sekarang 20 tahun akan datang tenaga nuklear tidak perlu digunakan kerana Clean Energy daripada Renewable Energy (RE) boleh mengatasinya.", "“Pertengahan tahun 2016, RE hanya 449 megawat di Semenanjung Sabah dan Sarawak,” soalnya di dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.", "Sementara itu, Ahli Parlimen Putatan  Datuk Makin @ Marcus Mojigoh turut mempersoalkan usaha kerajaan itu adakah mendapat maklum balas daripada rakyat berhubung penggunaan tenaga nuklear nanti.", "“Masalahnya, adakah kita sudah minta maklum balas daripada rakyat sama ada mereka bersedia atau tidak. Adakah kita sedia ambil tenaga nuklear ini untuk bekalkan tenaga dalam negara kita terutama di Sabah dan Sarawak.", "“Kita ada tenaga semula jadi air, angin. Adakah rakyat kita bersedia?” soalnya ketika mengaju soalan tambahan kepada menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.", "Di dalam soalan asal, Che Rosli meminta Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan keperluan sebenar Tenaga Negara dan adakah Tenaga boleh baharu akan dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan termasuk Sabah dan Sarawak tanpa mengambil kira Tenaga Nuklear. – HARAKAHDAILY 30/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/ada-pemimpin-datang-kelantan-kutuk-pas/
Ada pemimpin datang Kelantan kutuk PAS
[ "“NAK berkawan soal lain dan itu adalah hak mereka, kita tidak boleh nafikan. Tetapi datang Kelantan negeri yang ditadbir PAS, malah bersama pula PAN kemudian mengutuk kerajaan negeri, itu amat tidak wajar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.", "“Itulah antara punca yang berlaku antara PAS dan PKR sekarang, tetapi ada kalanya baik,” ujarnya ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim petang semalam.", "Antaranya PAS Kota Bharu dan Pasir Mas pada mesyuarat agungnya Sabtu lepas membahas usul mengkaji balik hubungan dengan PKR. – HARAKAHDAILY 30/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/bekas-umno-tidak-minat-parti-serpihan/
Bekas Umno tidak minat parti serpihan
[ "BEKAS pimpinan Cawangan Umno Bukit Tanah, Shukri Saman 48 lebih yakin perjuangan PAS berbanding PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).", "“Hasrat saya untuk menyertai PAS sebenarnya sudah lama. Pilihan saya ternyata tepat jika dibanding dengan parti-parti yang ada di negara sekarang.", "“Tidak kiralah PPBM atau PKR, mereka itu semua adalah parti baru dan saya tidak yakin terhadap hala tuju serta dasar perjuangan parti itu,” katanya selepas program ceramah di rumahnya di Padang Kala, Melor malam tadi.", "Turut hadir Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan Adun Melor, Dr Yusnan Yusof. Ramai penduduk tempatan hadir pada ceramah terbabit.", "Shukri merupakan ahli jawatankuasa Umno Cawangan Bukit Tanah di Dun Melor sejak 27 tahun lalu. Beliau juga pernah menjadi perwakilan pada mesyuarat Umno Ketereh. – HARAKAHDAILY 30/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/rohingya-history-and-reality/
ROHINGYA: HISTORY AND REALITY
[ "We need to see an end to the widespread and systematic abuses of Rohingya rights which for too long have been ignored. I appeal to all the people for action, today.   Please help end the “slow burning genocide of more than 1 million Rohingya in Myanmar.   The Burmese government’s plan is to drive us out of our own ancestral land. This cannot happen – we are people of Myanmar, and should be treated as such. Failure to act will have devastating consequences and lead to untold suffering. – Tun Khin" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/itu-urusan-bn/
Itu urusan BN
[ "KEPUTUSAN kerajaan BN semalam untuk tidak membentangkan RUU355 tidak menjejaskan PAS dan usahanya. Ia sekadar balik asal dan kembali kepada persediaan asal PAS.", "Kesediaan kerajaan BN untuk membawa sendiri RUU355 sebelum ini adalah langkah BN dan tiada kaitan dengan PAS. PAS mengalu-alukannya kerana ia akan lebih memudahkan usaha murni ini. Islam menyuruh kita memilih jalan yang lebih mudah jika ada. Yang terlarang ialah berhenti kerana tiada jalan mudah. PAS takkan sesekali berhenti di tempat terlarang.", "Kegagalan BN untuk membentangkannya sendiri sebenarnya telah meneguhkan lagi kebenaran, kewajaran dan kebijakan PAS membawa sendiri Rang Undang-Undang ini. Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang YB Umno di Dun Kelantan sebelum ini, hanya PAS yang mampu dan bersedia. Umno masih belum mampu. Hanya yang mampu dan diharapkan daripada Umno adalah sokongan demi memartabatkan Islam dan syariatnya. Ia kewajiban bersama.", "Mari mendoakan semoga Allah menyatukan hati ahli-ahli parlimen khususnya yang beragama Islam, lebih-lebih lagi Tan Sri Speaker untuk teguh istiqamah membenarkan pembentangan RUU persendirian ini oleh YB Tuan Guru Presiden PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/lpt2-dari-dana-awam-konsesi-dimiliki-swasta/
LPT2 dari dana awam, konsesi dimiliki swasta
[ "LEBUHRAYA Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM4.284 bilion. Keseluruhan sumber kewangan ini dikeluarkan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM1.52 bilion, JKR melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM0.914 bilion dan melalui sumber kewangan Dana Khas sebanyak RM1.85 bilion.", "Jawapan yang dikemukakan oleh Menteri Kerja Raya pada 9 Mac 2017 terhadap soalan YB Ustaz Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memperincikan jumlah kutipan tol yang bermula 15 Julai 2016-31 Disember 2016 memperolehi RM40.5 juta. Syarikat konsesi yang menguruskan kutipan tol ini adalah LPT2 Sdn Bhd. Hasil kutipan tol tersebut dibelanjakan oleh syarikat konsesi bagi menampung kos operasi dan penyenggaraan (O&M) dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan utama (major repairs work).", "Tempoh perjanjian konsesi ini perlu diketahui umum. Seperti yang dibuat oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad yang mengisytiharkan tempoh konsesi mereka berakhir pada 31 Disember 2038. Syarikat konsesi ini telah memulakan perjanjian ini pada tahun 1988-2018, dilanjutkan kembali sehingga tahun 2030 melalui konsesi tambahan pada tahun 1999 atas justifikasi kerajaan tidak menaikkan kadar tol seperti di dalam perjanjian menurut dakwaan mereka. Perjanjian konsesi tambahan ini dilanjutkan sehingga 2038 kali ketiga yang ditandatangani pada tahun 2005. Bagaimana dengan perjanjian konsesi di LPT2?", "Berbalik tentang perkembangan LPT2 yang telah menggunakan kos Dana Khas milik rakyat Terengganu, apakah wajar syarikat konsesi ini melakukan kutipan tol dalam keadaan modalnya datang dari dana awam? Syarikat konsesi untuk LPT2 adalah Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd. Syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Malaysia Berhad). Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak membantah usaha pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia ini?", "Pihak kerajaan negeri dilihat tidak serius untuk menuntut kembali hak penggunaan duit RM1.85 bilion ini. Hatta mendapat hak pegangan saham antara pemegang konsesi pun tidak diberi muka. Walaupun, pihak Kementerian Kerja Raya pernah mendakwa untuk mempertimbangkan tuntutan ini.", "YAB Menteri Besar hanya sekadar mampu merayu sekalipun kos penyiapan LPT2 menggunakan perbelanjaan Dana Khas. Sama ada berlaku atau tidak rayuan, rakyat tidak mengetahuinya. Apa yang rakyat tahu, setiap KM laluan tersebut akan dikenakan tol RM0.12.", "Kami sedar, pihak kerajaan negeri menuntut pembayaran balik kos daripada pihak persekutuan. Meskipun demikian, pulangan yang telah diberikan hanyalah sejumlah RM118.5 juta. Itupun pengembalian dalam bentuk projek. Iaitu menaiktaraf jalan 2 lorang ke 4 lorong di daerah Kemaman dan sebahagian di Marang. Itupun masih merupakan jalan persekutuan.", "Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak mempunyai hak untuk menuntut agar penjelasan kembali penggunaan Dana Khas sebanyak RM1.85 bilion perlu disegerakan? Setidak-tidaknya, kerajaan negeri perlu mendesak agar kadar tol yang dikenakan boleh dikurangkan dari 12 sen/km kepada kadar yang lebih ringan untuk membantu rakyat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/30/pindaan-akta-355-pas-bentang/
Pindaan Akta 355: PAS bentang
[ "PAS telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 pada 26 Mei 2016 buat kali yang pertama pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-13  dan perbahasannya ditangguhkan ke persidangan berikutnya.", "Kali kedua PAS membentangkannya dengan sedikit pindaan terhadap draf asal pada 24 November 2016 di Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke 13. Sekali lagi PAS memilih untuk menangguhkan perbahasan ke persidangan berikutnya bagi memberi ruang secukupnya kepada ahli parlimen membuat kajian terhadap pindaan yang dicadang serta persediaan perbahasan.", "Pada 17 Mac 2017 yang lalu, YAB TPM Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasionallah yang akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 ini. Sementara PAS tidak pula pernah berunding dan mengumumkan untuk tidak membentangkan pindaan akta tersebut.", "Ekoran pengisytiharan tersebut, meskipun PAS belum menyatakan sikap rasminya kepada umum, kenyataan YAB TPM itu dilihat sebagai satu option yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 bagi kali ini.", "Namun pihak musuh politik PAS segera mencetus propaganda kononnya PAS telah ditipu oleh BN. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa Pindaan Akta 355 ke parlimen dan mengorbankan segalanya, maka sepantas kilat BN pula “take over”.", "Semalam 29 Mac 2017, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak pula mengisytiharkan bahawa kerajaan BN tidak akan membentangkan Pindaan Akta 355 tersebut ke parlimen, sebaliknya kekal sebagai Rang Undang-Undang Persendirian. Ertinya ia akan dibentangkan oleh PAS sebagaimana sebelumnya.", "Pengisytiharan itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah “kekal pada format asal”. Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam ‘mode standby’ bagi menghadapi perbahasan di parlimen.", "Hanya beza jika kerajaan BN bentang  maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang Diertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan  dewan.", "i- Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalat oleh Umno dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke parlimen? Bukankah Umno menyokong? Maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS.", "ii- Apabila TPM umum kerajaan BN yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka juga “meloncat tidak ketahuan punca” kononnya PAS kena kencing oleh Umno. Pada mereka, serba tidak kena.", "i- Pertengahan jalan pihak kerajaan mahu mengambil alih, pihak PAS tidak bermasalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda.", "ii- Kemudiannya mereka tidak jadi mengambil alih. Ianya mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu. Insyaallah PAS akan meneruskan langkahnya menuju destinasi dengan langkahan bergaya tanpa tempang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/ruu-355-kerajaan-boleh-beri-bila-bila-masa/
RUU 355: Kerajaan boleh beri bila-bila masa
[ "Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masa itu akan ditentukan oleh pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut ‘standing order’ Parlimen.", "“Kita mendapat persetujuan untuk bawa pada sidang Parlimen kali ini dan akan dibahas, insya Allah. Itu Speaker (Dewan Rakyat) yang tentukan masa mengikut ‘standing order’ Parlimen selepas urusan kerajaan.", "“Walau bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa bila-bila masa sahaja,” ujarnya kepada wakil media selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.", "Ketika ditanya, apakah kesan kepada PAS setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan membawa RUU 355 itu ke Parlimen, beliau menegaskan tiada kesan kepada partinya.", "Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata sebenarnya pihak kerajaan sendiri bersetuju agar PAS yang membawa ‘private bill’ itu ke Parlimen.", "“Tak ada kesan, sebenarnya pihak kerajaan setuju kita bawa ‘private bill’ itu. Ini (RUU 355) kaitan tentang hak orang Islam, kewajiban bersama bagi orang Islam dan tak ada sebab bagi orang bukan Islam untuk campur tangan,” jelasnya dipetik Buletin Online.", "Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada semua ahli parlimen Islam agar menyokong pindaan RUU Akta 355 tersebut sementara ahli parlimen bukan Islam pula dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan.", "“Saya seru ahli parlimen Islam khususnya menyokong. Ada pun yang bukan Islam supaya mereka menghormati Perlembagaan. Perlembagaan mengatakan ini hak berkait dengan orang Islam sahaja,” tegasnya.", "Beliau turut menafikan PAS ditipu sekali lagi oleh Umno BN dalam isu RUU Akta 355 dan bersedia menghadapi sebarang halangan kerana itu urusan agama.", "“Ini (RUu 355) kewajiban bersama orang Islam, macam masjid kerajaan benar untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja agama. Ini urusan agama, bukan kerja menipu." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/pindaan-akta-355-antara-pejuang-dan-petualang/
Pindaan Akta 355: Antara pejuang dan petualang
[ "AKTA 355 ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibuat dalam parlimen pada tahun 1965 dengan hukuman serendah 6 bulan penjara dan RM1,000 denda bagi kesalahan yang disenaraikan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sejak pindaan 1984, hukumannya statik pada 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan.", "Cadangan meminda Akta 355 pada tahun 2016 adalah usaha ummat Islam untuk mempraktiskan ajaran Islam yang termaktub di dalam Al Quranil Kareem. (Surah An Nuur ayat 2 dan 4)", "Iaitu memuktamadkan 100 kali (sebatan syariah) bagi kesalahan zina, 80 kali bagi kesalahan qazaf (tuduhan zina tanpa saksi). Sementara 40 kali bagi kesalahan minum arak sebagaimana sabit di dalam hadis Nabi SAW.", "(Sementara jumlah hukuman RM100K denda dan 30 tahun penjara seperti yang dicadangkan dalam usul pindaan adalah jenis hukuman takzir yang terbuka kepada perbahasan bagi menentukan jumlah yang akan disepakati.)", "Justeru itu, ia menjadi satu kewajipan kepada ummat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik untuk memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam sehingga ia dapat dipraktiskan di atas tanah air kita.", "Ahli parlimen muslim pula mempunyai tanggungjawab langsung bagi memastikan perintah Allah SWT itu dapat dilaksanakan melalui pindaan Akta 355 yang akan dibentang dan dibahaskan di parlimen kelak.", "Mereka yang insaf dan sedar tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, pula diberi mandat sebagai penggubal dasar maka mereka mesti berjuang dengan pelbagai keupayaan yang dimiliki untuk mencari 1001 jalan bagi melepasi segala halangan, kekangan dan cabaran yang dihadapkan kepada mereka.", "Sementara mereka yang mengaku muslim tetapi mencipta 1001 alasan untuk menyulitkan usaha pelaksanaan syariat Islam ini, malah merancang secara halus untuk menggagalkannya adalah sang petualang.", "Lebih malang, petualang ini merelakan diri untuk bersekongkol dengan musuh Islam dan suka menjadi “terompah kayu” kepada golongan anti Islam untuk merencana pelbagai alasan dan hujjah bagi menolak serta menggagalkan usaha mengangkat dan menobatkan syariat Islam dalam sistem perundangan negara.", "Kata nista, cercaan dan penghinaan kepada mereka yang berusaha dan berjuang untuk menegakkan Syariat Islam adalah suatu sunnatullah. Tiada apa yang perlu diresahkan oleh para pejuangnya. Hanya bersabar, berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT.", "Jelas tidak keruan ialah sang petualang. Mereka “tidak sedap duduk” selagi tidak berjaya menggagalkan pelaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355. Raut wajah mereka jelas kelihatan gusar dan gelisah. Mereka kalut mencipta pelbagai tohmahan.", "Mereka berlumba-lumba untuk menonjol diri dalam memberi alasan kenapa pelaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355 ini wajar ditolak, supaya mereka mendapat tempat di mata golongan anti Islam. Untung-untung dapatlah 3 atau 4 kerusi untuk mereka bertanding dalam pilihan raya kelak.", "Sebahagiannya tak sabar-sabar mempamerkan wajah gembira yang amat sangat apabila terdapat satu dua perkara yang menjadi point untuk mereka ketengahkan kepada khalayak supaya usaha melaksanakan syariat Islam dengan meminda Akta 355 ini gagal. Mereka mahu dan suka jadi petualang.", "Bagi sang pejuang, oleh kerana usaha untuk meminda Akta 355 ini adalah untuk melaksanakan Syariat Allah SWT. Biar 1001 satu halangan dihadapkan kepada mereka, mereka tenang melangkah, berserah kepada Allah SWT Tuhan Yang Maha Kuasa.", "إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ", "Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah, sungguh seandainya umat ini bersatu untuk memberikan suatu kemanfaatan kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberinya, kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Dan seandainya mereka bersatu untuk mendatangkan suatu kemudharatan kepadamu, maka mereka tidak dapat mendatangkannya, kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering.” (HR. Tirmidzi, dan ia mengatakan: Hadits Hasan)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/pas-kini-berhadapan-fitnah-pan/
PAS kini berhadapan fitnah PAN
[ "Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata banyak program yang dibuat kerajaan negeri, namun dinafikan oleh parti itu.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Pemukiman Bersama Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri dengan rakyat ke Jajahan Machang.", "“Antara yang disebarkan sebagai isu, banjir lumpur di Bukit Besi. Lebih malang lagi mendakwa kerajaan negeri tidak pedulikan nasib mereka,” ujarnya.", "Selepas mendengar taklimat dari Ketua Jajahan  Machang, Mohd Zainuddin Mohamed, menteri besar menanam pokok machang di perkarangan pejabat itu. Ia sebagai simbolik mengambil nama Jajahan Machang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/ruu-355-cabaran-dan-kewajipan/
RUU 355, cabaran dan kewajipan
[ "SUNGGUH saya meraikan pelbagai pendapat dalam mengemukakan pandangan berkaitan usul persendirian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 “Akta 355” yang ramai merujuknya sebagai RUU 355. Dalam memerhati pelbagai perbezaan pandangan yang ada, pada perkiraan saya ada sebahagiannya lebih kepada menampilkan anggapan usul persendirian ini perlu diketepikan atas alasan yang sengaja direkayasa.", "Dalam tulisan ini, saya akan cuba mengenengahkan pandangan agar kita lebih bersikap adil dalam menilai usaha mendaulatkan syariat melalui RUU 355. Memandangkan usaha ini lebih tertumpu kepada sikap dan pendirian Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya akan mengemukakan pandangan saya sesuai dengan situasi tersebut.", "Mungkin para pembaca akan condong mengatakan apa yang akan dikemukakan dalam penulisan ini telahpun diulas dan diketengahkan oleh pelbagai pihak di pelbagai ruang. Namun usaha memberi kefahaman tidak boleh terhenti di situ sahaja apabila usaha-usaha mengenengahkan fakta yang mengelirukan di sebalik RUU 355 ini terus berjalan.", "Suatu yang telah diketahui umum, PAS diwujudkan hanyalah bagi memastikan syariat Islam didaulatkan melalui arena politik. Dalam pada itu tidaklah bermakna PAS itu sekadar parti siasah semata-mata, bahkan gerak kerjanya mencangkupi aspek-aspek pendidikan atau tarbiah, dakwah dan juga kebajikan serta kemasyarakatan.", "Dengan kata-kata lain, tumpuan PAS bukanlah dari hal-ehwal kepartian, politik  dan pilihan raya semata-mata. Gerak kerja kami berjalan sepanjang waktu atas usaha membawa masyarakat kepada Islam bagi kehidupan yang sejahtera dan harmoni.", "Sebagai contoh, melalui lajnah kebajikan dan kemasyarakatan yang dibentuk, pelbagai unit kami wujudkan bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara. Selain menjaga kepentingan ahli dan para pendokong parti, pelbagai segmen masyarakat yang dikatagorikan sebagai kumpulan rentan termasuklah orang kurang upaya, warga emas yang disebut warga assabiqun, wanita dan kanak-kanak menjadi tumpuan dalam gerak kerja semasa.", "Dengan dokongan pelbagai lapisan masyarakat, di lajnah ini juga kami terus menekuni usaha dalam mendekatkan warga penunggu kota yang biasa disebut sebagai gelandangan agar terus dekat kepada Islam. Apa yang sedang kami laksanakan dalam lajnah ini hanyalah sebahagian dari gerak kerja semasa pendokong PAS selain dari kerja-kerja pilihan raya sebagaimana diketahui umum.", "Justeru amatlah tidak tepat apabila dikatakan PAS hanya mendahului hal-hal berkaitan perundangan Islam tanpa mempedulikan isu-isu yang menyelebungi kesejahteraan dan kesentosaan rakyat. Asal PAS itu sebagai gerakan Islam, apa yang terkandung di dalam syariat itulah menjadi keutamaan dan tumpuan para pendokong parti.", "Sebaik saja PAS itu wujud di arena politik, ia memberi ruang kepada PAS untuk meletakkan agenda pemerkasaan Islam pada satu lagi cabang dalam sistem kenegaraan kita. Jika badan-badan bukan kerajaan lain menumpukan gerak kerja yang berhubungkait dengan institusi pentadbiran atau disebut eksekutif, melalui pentas politik PAS berpeluang meneruskan gerak kerjanya di cabang perundangan atau disebut sebagai legislatif.", "Ia dapat dicapai bilamana PAS menghantar calon-calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya bagi menduduki kerusi-kerusi dalam dewan-dewan perundangan sama ada Dewan Rakyat di peringakt persekutuan mahupun Dewan-dewan Undangan Negeri di peringkat negeri. Pada tahap ini, tumpuan PAS tentunya bukan sekadar hal-ehwal berkaitan pentadbiran dan eksekutif lagi.", "Bagaimana isu teknikal dan birokrasi dalam selok-belok pentadbiran dan eksekutif hanya akan menjadi sebahagian tumpuan dalam aspek tugas di dewan-dewan perundangan. Yang lebih utama daripada menjadi entiti semak dan imbang, tugas para pendokong PAS sebaik berada dalam dewan-dewan perundangan termasuklah memastikan setiap perundangan yang ada mematuhi kehendak syariat Islam.", "Dengan erti kata lain, dalam memastikan setiap perundangan itu bersifat patuh syariah, tugas penambahbaikan kepada isu-isu pentadbiran dan eksekutif akan terus berjalan di bahagian tersebut yang operasinya selari dengan badan-badan perundangan. Bahkan dalam memastikan isu-isu pentadbiran dan eksekutif diberi penambahbaikan, tugas para pendokong PAS yang menduduki dewan-dewan perundangan lebih kepada mengemukakan cadangan dan memantau prosedur sedia ada agar kelancaran pentadbiran tidak terganggu dengan pelbagai kerenah birokrasi.", "Jika para pendokong PAS yang bergelar ahli-ahli Yang Berhormat hanya fokus dan menumpukan kepincangan dan kelemahan dalam birokrasi pentadbiran dan eksekutif, fungsi mereka sebagai penggubal perundangan akan terganggu dan terencat. Bahkan itulah seharusnya juga difahami oleh setiap mereka yang menduduki dewan-dewan perundangan yang peranan utamanya sebagai penggubal undang-undang.", "Sesuai dengan PAS badan siasah yang berteraskan Islam, tidak ragu-ragu lagi bahawa Islamlah kiblat dalam PAS berpolitik. Politik PAS adalah untuk Islam dan ia tidak mungkin akan dikompromi.", "Apatah lagi apabila telah ada para pendokong PAS bergelar ahli-ahli Yang Berhormat, sudah pasti di sana tumpuan kami menjadikan sedaya dapat nilai-nilai syariat dilaksanakan dalam setiap perundangan. Tambahan pula di Malaysia yang mengamalkan dual-system iaitu sivil dan Islam, memperkasakan perundangan Islam itu tetap menjadi keutamaan PAS di arena perundangan dalam dewan-dewan perundangan yang dikuasai dan diduduki oleh para pendokong parti.", "Yakni dewan-dewan perundangan yang kami kuasai sebagaimana di Kelantan dan pernah di Terengganu serta Kedah, PAS akan berusaha menggubal dan meluluskan perundangan yang sesuai dengan kehendak Islam. Ia tentu berbeza dalam dewan-dewan perundangan yang mana PAS hanyalah sebagai ahli biasa dan bukan kerajaan yang memerintah termasuklah di peringkat Parlimen Malaysia.", "Dalam keadaan PAS hanya menjadi ahli biasa dewan, tetap memperkasa perundangan Islam menjadi agenda para pendokong PAS. Setiap ruang dan peluang akan dimanfaatkan bagi memastikan nilai-nilai patuh syariat diletakkan dalam setiap perundangan yang ada.", "Lebih-lebih lagi dalam menekuni usaha membawa kesejahteraan kepada rakyat, perundangan Islam yang telah tersedia lengkap sudah tentu menjadi keutamaan dalam hal ini. Dalam memberi penilaian kepada apa yang dilakukan oleh para pendokong PAS dalam usaha ini sekali-kali tidak boleh mengesampingkan apa yang sedang dijuaraii oleh para petugas PAS dalam aspek-aspek yang selainnya yang saya contohkan di atas.", "Keyakinan para pendokong PAS dalam membawa agenda Islam di setiap ruang dalam dewan perundangan tidak akan terpisah dengan prinsip-prinsip asas yang sedia termaktub di dalam Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Demikianlah dalam usaha RUU 355, dengan sifat Akta 355 ini sebagai perundangan induk kepada bidangkuasa jenayah Islam di Malaysia, ia sangat menairk perhatian. Sudah pasti antara fokus menjadi keutamaan kami adalah memastikan had hukuman di dalam Akta induk ini sehampir dan semampu boleh dekat kepada kehendak syariat.", "Jika ada suara sumbang yang menuduh PAS sebagai mengutamakan politiknya dalam RUU 355, jawapan saya sudah tentu dalam bentuk positif. Mana mungkin PAS mengesampingkan politiknya yang diasaskan kepada Islam dalam setiap langkahan yang dilaksanakan. Politik yang dibawa oleh PAS adalah untuk kepentingan Islam. Asal ia memberi kredit kepada Islam, sekali-kali tidak akan ditinggalkan oleh PAS.", "Dalam mendepani pelbagai perbezaan pandangan (jika pun boleh dikatakan demikian), saya punyai pandangan yang berbeza. Apa yang perlu kami depani adalah salah faham dan cabaran halangan mendaulatkan Islam itu sendiri. Ia bukan sekadar perbezaan pandangan biasa.", "Sekadar salah faham, saya percaya pelbagai program telah digerakkan bahkan sedang dan akan terus diusahakan oleh pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun di luar organisasi PAS.", "Yang perlu lebih diberi perhatian oleh mereka yang mendokong usaha mendaulatkan Islam ini adalah rupa bentuk cabaran kepada halangan mendaulatkan Islam itu sendiri. Bahkan cabaran ini lebih tersusun dan sukar ditangani tanpa perencanaan dan pemerhatian yang benar-benar rapi.", "Begitu pula cabaran ini bukan hanya perlu ditanggapi oleh PAS, bahkan ia perlu diwaspadai oleh setiap pendokong Islam di mana saja kita berada.", "1.Dakyah-dakyah yang sengaja direkacipta bagi melengahkan dan menyulitkan usaha pemerkasaan undang-undang Islam.2.Umat Islam yang tidak serius dalam mendaulatkan Islam kerana kurangnya ilmu dan pengetahuan.3.Kebimbangan pihak-pihak anti Islam akan berdaulatnya Islam dalam perundangan.", "Sekurang-kurangnya tiga cabaran inilah yang dapat saya ketengahkan pada waktu ini untuk sama-sama difikirkan. Cuba kita perhatikan satu persatu cabaran yang dinyatakan berikutnya.", "Dapat kita saksikan pelbagai dakyah dan ungkapan diwujudkan bagi menjustifikasikan usaha menghalang dan menidakkan usaha yang sedang dijalankan bagi mendaulatkan Islam. Sama ada diwujudkan secara sengaja mahpupun kerana terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu, apa yang jelas justfikasikasi yang direka itu kadangkala dilihat masuk akal.", "Seumpama memperkasa undang-undang syariat di Malaysia haruslah dimulai dengan usaha pemerkasaan meningkatkan mutu dalam pentadbiran dan birokrasi pentadbiran keadilan mahkamah syariah. Dakyah ini seolah-oleh memkebelakangkan sistem legislatif, eksekutif dan judisiari yang sedang diamalkan di negara ini.", "Sentiasa harus kita ingat bahawa sistem kenegaraan kita yang berasaskan tiga pemecahan kuasa iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari berjalan saling beriringan. Masing-masing sentiasa perlu melalui proses penambahbaikan dan pemerkasaan.", "Begitu juga ungkapan perlunya suasana yang kondusif dan sejahtera rakyat untuk usaha memperkasa perundangan Islam mengambil alih. Bagi para pendokong PAS, ungkapan ini hanyalah olok-olokan yang sengaja diadakan. Keyakinan pendokong Islam hanya satu iaitu suasana yang kondusif, sentosa dan sejahtera adalah penghasilan daripada pemerkasaan undang-undang Islam itu sendiri.", "Kejahilan umat Islam dan ketidakpedulian para pencinta Islam itu sendiri memberi ruang untuk pelbagai alasan dangkal disebarluas bagi menyulitkan usaha pemerkasaan perundangan Islam. Kadangkala alasan dan hujah sengaja dicipta dalam bahasa mudah dan perkiraan logik agar senang diterima dan disebar.", "Dapat kita saksikan alasan diadakan dan terus berlegar biarpun pelbagai penerangan dan penjelasan diberikan namun ia umpama mencurah air di daun keladi. Alasan dan hujah yang sama dikitar semula untuk masa dan tempat yang berbeza.", "Dalam mendepani cabaran inilah betapa perlunya umat Islam meletakkan asas kefahaman ilmu yang sebenar. Bagaimana memahami Islam yang perlu diterjemah dalaam suasana semasa sangat meruntun kesungguhan dan iltizam yang tinggi.", "Dua cabaran di atas akan sentiasa diintai oleh musuh-musuh Islam bagi memudahkan gerak kerja mereka. Mereka tidak perlu menzahirkan diri mereka yang sebenar. Begitu pula tidak perlu mereka mengisytiharkan penolakan mereka terhadap Islam itu sendiri.", "Mereka cukup arif dan mengerti tentang sensitiviti setempat yang ada. Justeru, pelbagai strategi dan langkah penuh bijaksana disusun bagi mencapai hasrat dan matlamat yang mereka perjuangkan.", "Cukup kita menilai apa yang pernah disebut oleh Mahkamah Agong dalam suatu penghakiman pada tahun 1988, nilai moral atau Islam dalam perundangan bukanlah tugas mahkamah untuk ia diserlahkan. Ia adalah suatu tugas para aktivis, ahli-ahli politik dan dewan-dewan perundangan bagi memastikan asas perundangan atau disebut “Grundnorm” bertepatan dengan kehendak Islam.", "Sebagai sebuah sistem perundangan yang melahirkan pelbagai statut melalui dewan-dewan perundangan, apa jua yang diperundangkan bersifat “creatures of the statut”. Dalam bahasa mudah, tiada harus dimasukkan sebarang aspirasi dalam perundangan selain apa yang termaktub secara nyata.", "Dalam melaksanakan penerapan perundangan Islam yang sifatnya meliputi kerohanian selain secara zahir, secara istiqamah nilai-nilai bertepatan dengan Islam wajib diadakan dalam perundangan secara berterusan.", "Usaha dalam memperkasakan perundangan Islam melalui RUU 355 dilihat sebagai langkah terkehadapan ke arah meletakkan Islam sebagai sistem yang berdaulat dalam perundangan negara. Inilah yang amat ditentang dan tidak dapat diterima oleh golongan anti Islam yang mempertahankan sistem perundangan yang tidak berasaskan nilai-nilai moral dan kerohanian.", "Sebagaimana yang telah diperingatkan, mereka cukup arif perihal situasi dan keadaan sensitiviti setempat. Justeru pertentangan mereka cukup licik dan teratur. Mereka akan melakukan apa sahaja termasuklah mempamerkan wajah-wajah Islam bagi menyulit dan menghalang usaha pemerkasaan perundangan Islam.", "Justeru jangan kita hairan dan pelik istilah-istilah seumpama Maqasid Syariah dan sepadan dengannya digunakan bagi menjustifikasikan sikap mereka dalam membangkang apa saja usaha sebagaimana dapat kita lihat dalam RUU 355.", "Saya cukup berkeyakinan betapa Yang Berhormat Tuan Guru Presiden cukup sedar rintangan dan cabaran yang kita depani. Yang perlu dilakukan setiap pendokong PAS adalah terus istiqamah dan menyokong dengan apa cara sekali pun dalam usaha yang sedang dilaksanakan.", "Dalam pada itu, tajamkanlah pemerhatian kita dengan setiap perkembangan dengan ilmu dan kefahaman yang sebenar. Cabaran media terbuka pada hari ini sangat menuntut kewaspadaan para pendokong Islam bagi memilih maklumat yang tepat dan sebenar.", "Di mana saja posisi kita berada, perkemaskanlah setiap usaha agar gahnya langkah tidak tercalar dengan kesilapan-kesilapan kecil dari dalam. Paling utama, teruslah perkuat pergantungan dan munajat kita kepada Allah SWT. Sesungguhnya tiadalah kekuatan kita melainkan apa yang Allah SWT kurniakan dan izinkan. – HARAKAHDAILY 31/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/selamat-hari-doktor-sedunia/
Selamat Hari Doktor Sedunia
[ "TANGGAL 30 Mac merupakan Hari Doktor Sedunia! Satu profesion yang penting dan sangat berisiko jawatannya. Setiap doktor diwajibkan memperoleh Sijil Amalan Perubatan sah dan mematuhi syarat itu untuk menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Malaysia berdasarkan Akta Perubatan 1971.", "Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta. (Berita Harian Online, 21 Mac 2017)", "Manakala bagi hospital kerajaan kini mempunyai 4,474 pegawai perubatan pakar sehingga 30 September 2016 (Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah). Angka tersebut mewakili 91.9 peratus daripada jumlah keseluruhan jawatan berkenaan sebanyak 4,870.", "Perkhidmatan yang tanpa mengenal warna kulit, bangsa, agama sentiasa diutamakan oleh seluruh doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Pengorbanan masa, tenaga dan kadang kala ketika waktu rehat atau bercuti juga dikorbankan untuk membantu para pesakit yang memerlukan khidmat kepakaran mereka.", "Memetik firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (az-Zumar: 10)", "Justeru, seluruh rakyat Malaysia amnya perlu mengucapkan rasa terima kasih dan menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kita semua sejak kecil hingga dewasa ini.", "Harapan buat seluruh para doktor, teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kekalkan profesion cemerlang dalam perkhidmatan yang diberikan. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, ketenangan dan ketabahan buat penjawat yang bergelar doktor! Terima kasih infiniti buat doktor untuk segala jasa yang telah dicurahkan!" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/kerajaan-negeri-bina-rumah-mangsa-banjir-lumpur/
Kerajaan negeri bina rumah mangsa banjir lumpur
[ "“Fasa pertama itu dibina untuk mangsa-mangsa yang kediamannya terjejas teruk di mana mereka tidak boleh mendiami lagi rumah mereka,” katanya lagi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/tidak-perlu-tunggu-lepas-pru-baru-pulihkan-ekonomi/
Tidak perlu tunggu lepas PRU baru pulihkan ekonomi
[ "KERAJAAN Umno BN digesa mengambil langkah inisiatif dengan segera bagi memulihkan kembali ekonomi rakyat yang semakin tidak menentu pada hari ini.", "Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman mengingatkan kerajaan bahawa mereka tidak perlu tunggu selepas Pilihan Raya ke-14 untuk mengambil langkah memulihkan ekonomi.", "“Jangan tunggu sesudah PRU, rakyat Malaysia cukup terkenal dengan sikap sabar, kalau selepas pilihan raya sikap sabar boleh bertukar menjadi sebaliknya. Rakyat negara ini setiap hari bertambah dan tidak pernah kurang,” katanya kepada Harakahdaily.", "Bahkan katanya, dengan pelbagai kenaikan bahan keperluan harian seperti gula dan petrol mengundang lagi bebanan khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan merebak kepada mereka berpendapatan sederhana.", "“Setiap saat, hari, minggu, bulan dan setiap tahun ada sahaja berita dan cerita dari kerajaan, berita yang boleh memberi kegembiraan kepada rakyat hanya sementara untuk dinikmati berbanding berita yang mendukacitakan yang sentiasa menghantui rakyat,” ujarnya.", "Beliau memberi contoh pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman yang banyak menghadiahkan perkara-perkara baik kepada bangsa negara ini dan mengharapkan pengganti-pengganti selepasnya akan sentiasa memastikan legasi pentadbiran Tunku tidak disia-siakan.", "“Akan tetapi, seperti kata pepatah sekali air bah sekali pasir berubah. Setelah era Dr Mahathir senario politik tanah air telah menjadi lebih dahsyat, tidak tahu di mana kesilapannya. Pengganti yang di kategorikan sebagai individu yang layak menjadi atau penyambung perjuangan kemerdekaan bertukar menjadi satu kerajaan yang sangat menakutkan rakyat memiliki kuasa melebihi dari Raja-raja Melayu,” tegasnya.", "Justeru beliau menyeru kepada pimpinan kerajaan agar kembalikan Malaysia kepada rakyat bangsa Malaysia yang boleh memberi kesejahteraan kepada bangsa mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 31/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/membawa-polis-ke-khutbah-jumaat/
Membawa polis ke khutbah Jumaat
[ "SEMPENA Hari Polis pada 25 Mac lalu demi menghormati perkhidmatan polis menjaga dan mengekalkan keamanan negara maka ia membawa darihal kepolisian dalam khutbah Jumaat bagi masjid-masjid di wilayah Persekutuan.", "Di samping menghargai peranan dan pengorbanan perkhidmatan polis yang tidak terhingga, khutbah juga mengingatkan makmum dan masyarakat seluruhnya supaya jangan membiarkan keamanan itu sebagai tanggungjawab polis semata, bahkan semua mesti berperanan membantu polis mengekalkan keamanan yang kita kecapi itu.", "Tentunya khutbah itu demi mengingatkan masyarakat seluruhnya supaya sentiasa siap siaga menangani tanggungjawab menjaga keamanan yang tentunya bertambah rencam dari semasa ke semasa disebabkan oleh bertambah maju dan laju kemajuan pemikiran manusia yang kerenah, kehendak dan nafsunya berbagai ragam.", "Sebagai umat biasa, saya tahniah prkhidmatan polis itu, tiada saya hendak mentakwil dan mengajarnya membuat apa yang terbaik. Jika pun sebagai makhluk tidak sunyi ia daripada kelemahan tetapi kelemahan itu adalah relatif dengan kelemahan sistem yang dipakai untuknya, kelemahan kerajaan dan pemimpinnya.", "Cuma yang menarik perhatian saya, apabila darihal kepolisian ini di bawa ke masjid dan dimasukkan dalam khutbah yang menjadi rukun Jumaat, maka membawa polis ke dalam ruang lingkup agama Islam. Dan Islam itu pula adalah agama addin, satu sistem hidup yang sempurna lengkap dengan sistem polisnya.", "Rasanya khutbah itu tidak secara jelas menyarankan peranan polis dalam Islam. Apabila polis di bawa ke masjid mesti disebut betapa polis itu adalah alat yang penting dalam mendaulatkan Islam dan segala yang yang Islam mahu apabila makhluk manusia itu dicipta.", "Khutbah itu hanya menyebut akan ketinggian peranan polis sebagai jentera negara, rakyat dan negara terhutang budi kepadanya, dan negara mengiktiraf peranannya.", "Umumnya polis kita itu yang diasaskan pada zaman penjajah dulu, peranannya adalah sama dengan polis New York, Rusia, Perancis dan lain-lain. British tidak pernah mengIslamkan polis kita dan saya tidak ingat bila negara merdeka ini mengIslamkannya.", "Polis Amerika dan polis Jepun tidak ada tanggungjawab kepada Tuhan. Ia bertanggungjawab kepada Raja dan negaranya. Maka kita pun macam Jepun dan Amerika juga bertanggungjawab kepada Agong dan negara.", "Apabila polis di bawa ke mimbar masjid kita kena bagi tahu keutamaan tanggungjawab itu adalah kepada Allah, kepada Islam dan kepada syariat. Negara dan Agong itu duduk di bawah Allah, di bawah Islam dan di bawah syariat. Ia tidak sekadar menjaga keamanan. Ia menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga otak, menjaga keturunan dan menjaga harta.", "Apabila semua ini dijaga, terjagalah keamanan. Apabila polis bertanggungjawab kepada Agong dan Negara, tidak semestinya mereka tahu apa polis buat. Tetapi bertanggungajwab kepada Allah, Islam dan syariat, Allah tahu apa yang dibuat. Bertanggungjawab kepada negara yang zalim, kalaupun ada pahala nipis saja. Tapi kalau tanggungjawab kepada Allah, pahalanya sebesar langit dan bumi dan segala isinya.", "Tidak sama polis New York dan Tokyo dengan polis Islam. Apa Jawi tidak sebutkan ini apabila polis di bawa ke mimbar khutbah. Ia tak sampai ke langit. – HARAKAHDAILY 31/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/31/tangki-simpanan-air-tanggungjawab-pemaju/
Tangki simpanan air tanggungjawab pemaju
[ "PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, tanggungjawab menyelenggara, menjaga keselamatan dan kebersihan tapak tangki air adalah di bawah pemaju sehingga diserahkan kepada pemegang lesen bekalan air.", "“Hal ini termasuk pematuhan terhadap penyerahan tangki air untuk tujuan pewartaan sebagai Rizab Bekalan Air sebelum diambil alih dan dioperasi pemegang lesen,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di Shah Alam, hari ini.", "Menurutnya lagi, terdapat 14 sistem simpanan air gagal diserahkan kepada Air Selangor disebabkan kegagalan pemaju menyiapkannya mengikut pelan dan mengemukakan Borang 12B tapak tangki air untuk pewartaan Rizab Bekalan Air.", "“Untuk kes khusus seperti pemaju bankrap, ia bergantung kepada proses pemulihan sesuatu projek, sama ada diambil alih kerajaan negeri atau pihak lain." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/01/tanggungjawab-pas-bentang-ruu-355/
Tanggungjawab PAS bentang RUU 355
[ "Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS akan melaksanakan bagi mempastikan Islam itu tertegak di muka bumi Malaysia.", "“Oleh kerana itu tugasan yang kita perjuangkan ini insya Allah kita akan bawa minggu depan dalam sidang parlimen,” katanya dipetik Buletin Online.", "“Sekarang ini kita kena faham PAS adalah parti yang sedang membina imej yang sangat cantik di mata masyarakat orang Islam terutamanya apabila kita bawa Rang Undang-undang 355 ke parlimen.", "“Ia menggambarkan betapa kerja memperkasakan Islam ini memang kerja yang diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” tambahnya yang juga AJK PAS Pusat.", "“Kita mulakan dengan bagi salam, jumpa sesiapapun sebelum bagi risalah, dan bertanya khabar dengan mereka kerana kita bawa bukan hanya mesej dengan risalah tapi kita bawa mesej penampilan kita bertemu dengan rakyat,” ujarnya.", "“Kita tidak mahu di lihat sebagai satu kelompok yang terasing dari masyarakat tapi kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang hidup dengan nadi rakyat,” kata beliau." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/01/pemuda-pas-marang-ucap-takziah/
Pemuda PAS Marang ucap takziah
[ "“Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat hari yang penuh keberkatan dan keampunan SWT serta mudah-mudahan Allah menempatkan bersama-sama dengan annabiyyin, assidiqin, asyuhada’ assalihin,” katanya dengan nada sebak.", "Allahyarham yang pernah menjawat jawatan Setiausaha PAS Kawasan Marang selama 12 tahun telah menghembuskan nafas Kira-kira 9 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah.", "Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Rusila sebelum itu solat jenazah telah diimamkan oleh Datuk Seri Presiden PAS selesai menyampaikan kuliah dhuha pagi Jumaat. – HARAKAHDAILY 1/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/hukum-nikah-syighar/
Hukum nikah syighar
[ "Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.", "Nikah syighar adalah suatu bentuk perkahwinan yang mana seorang lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya atau sesiapa yang berada di bawah wilayahnya seperti anak perempuan atau saudara perempuannya kepada lelaki lain dengan syarat lelaki itu turut mengahwinkan anak perempuan atau saudara perempuannya kepada lelaki tersebut. Di antara maksud lain bagi syighar adalah perbuatan anjing yang mengangkat sebelah kakinya untuk kencing. Maka sebahagian ulama berpendapat, beginilah buruknya perbuatan nikah syighar sama seperti buruknya keadaan anjing tersebut. Lihat Ihkam Al-Ahkam Syarah Umdah Al-Ahkam, Ibn Daqiq Al-Eid (2/559).", "Perbuatan nikah syighar ini dilarang di sisi syarak dan ini berdasarkan beberapa riwayat yang sahih. Di antaranya adalah sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Umar R.anhuma yang berkata:", " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ الشِّغَارِ، وَالشِّغَارُ أَنْ يُزَوِّجَ الرَّجُلُ ابْنَتَهُ عَلَى أَنْ يُزَوِّجَهُ الآخَرُ ابْنَتَهُ، لَيْسَ بَيْنَهُمَا صَدَاقٌ‏", "Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang perbuatan al-Syighar. Dan al-Syighar adalah seseorang lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya kepada seorang lelaki lain dengan syarat lelaki tersebut mengahwinkan anak perempuannya juga kepadanya tanpa sebarang mahar di antara keduanya.Riwayat Al-Bukhari (5112)", "Nas di atas jelas menunjukkan berkenaan bentuk berlakunya nikah syighar dan juga larangan Rasulullah S.A.W berkenaan hal tersebut. Larangan di dalam hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa perbuatan ini adalah haram hukumnya. Ini berdasarkan sebuah kaedah fekah yang masyhur:", "Imam Ibn Daqiq Al-Eid Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Hadis ini jelas berkenaan larangan ke atas nikah syighar. Dan para ulama sepakat akan halangan dan larangan ke atas perbuatan ini. Namun para fuqaha berbeza pendapat sekiranya ia telah berlaku adakah akad tersebut fasid (rosak) ataupun tidak. Sebahagian mereka berpendapat bahawa akad tersebut adalah sahih, dan yang wajib adalah memberikan mahar misil. Manakala Imam Al-Syafie berpendapat bahawa akad tersebut adalah batil. Lihat Ihkam Al-Ahkam, Ibn Daqiq Al-Eid (2/559).", "Imam Al-Nawawi Rahimahullah sendiri cenderung kepada pendapat Imam Al-Syafie di dalam isu ini. Kerana itu beliau meletakkan hadis di atas ini di dalam bab pengharaman nikah syighar dan batalnya ia di dalam kitab beliau Syarah Sahih Muslim. Kata beliau: Nikah Syighar adalah bentuk pernikahan jahiliah. Para ulama telah berijma’ bahawa ia suatu perbuatan yang dilarang. Lihat Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/544).", "Daripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa tidak ada sebarang bentuk syighar pun di dalam syariat Islam. Ini kerana, penafian syighar di dalam hadis di atas datang dalam bentuk al-Nakirah fi siyaq al-Nafy yang membawa erti keumuman. Demikian juga kalimah La Al-Naafiyah di dalam hadis di atas membawa erti nafyu al-sihhah iaitu menafikan kesahihan amalan nikah syighar tersebut. Ini bermaksud bahawa nikah al-syighar adalah pernikahan yang batil.", "Bentuk pernikahan seperti ini pada asalnya pernah dilakukan oleh segelintir para salaf terdahulu. Ini dinyatakan di dalam sebuah riwayat daripada Abd Al-Rahman bin Hurmuz Al-A’raj beliau berkata:", " أَنَّ الْعَبَّاسَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْعَبَّاسِ، أَنْكَحَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ الْحَكَمِ ابْنَتَهُ وَأَنْكَحَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ ابْنَتَهُ وَكَانَا جَعَلاَ صَدَاقًا فَكَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى مَرْوَانَ يَأْمُرُهُ بِالتَّفْرِيقِ بَيْنَهُمَا وَقَالَ فِي كِتَابِهِ هَذَا الشِّغَارُ الَّذِي نَهَى عَنْهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم", "Maksudnya: Sesungguhnya Al-Abbas bin Abdullah Ibn Abbas telah mengahwinkan anak perempuannya kepada Abdul Rahman bin Al-Hakam. Manakala Abdul Rahman mengahwinkan anak perempuannya kepada Al-Abbas dan mereka berdua menyediakan mahar. Maka Mu’awiyah menulis surat kepada Marwan mengarahkannya supaya memisahkan di antara keduanya. Kata Mu’awiyah di dalam suratnya: Ini adalah Al-Syighar yang dilarang oleh Nabi S.A.W.Riwayat Abu Daud (2075)", "Nas di atas jelas menunjukkan bahawa nikah syighar itu tetap berlaku dan dilarang sama ada dinyatakan bersamanya mahar ataupun tidak. Kerana itulah fekah Saidina Mu’awiyah pada ketika itu mengarahkan supaya dipisahkan di antara kedua pasangan yang melakukan perbuatan ini.", "Kerana perkahwinan tersebut membawa kepada paksaan ke atas wanita untuk bernikah dengan seseorang yang dia tidak sukai.Ia juga memberikan kelebihan dan memberatkan maslahah wali ke atas maslahah orang perempuan. Yang demikian ini merupakan suatu yang mungkar dan menzalimi kaum wanita.Perbuatan ini juga menghalang orang perempuan mendapatkan mahar misil yang berhak ke atas mereka.", "Setelah kami meneliti isu ini dengan sebaiknya, kami cenderung kepada pandangan yang menyatakan bahawa nikah sebegini adalah suatu perbuatan yang batil. Ini dengan mengambil kira terdapat unsur paksaan dan kezaliman kepada seorang wanita, di samping mengenepikan haknya untuk mendapatkan mahar yang selayaknya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/tok-lebai-legislator/
Tok Lebai legislator
[ "SAYA ditanya MP bukan Islam, kenapa MP PAS bersungguh sangat nak laksanakan hukum islam. Mengapa tidak utamakan dulu soal mendidik kerana islam mengutamakan pendidikan berbanding hukuman sebagaimana ucapan tokoh-tokoh dunia Islam katanya.", "Saya jawab ya, Islam utamakan pendidikan namun untuk menjaga manusia Allah sebagai pencipta manusia telah mempersiapkan acuan hukuman sebagai sebahagian bentuk pendidikan. Tokoh Islam yang YB pergi tanya tu bukan seorang legislator, maka jawapannya betul tetapi di luar konteks.", "Tugasan MP adalah sebagai penggubal undang-undang begitu juga MP PAS. Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang legislator. Maka menjadi kewajipan bercakap dan menggubal undang-undang dan hukuman bukan sekadar mendidik dan memberi nasihat.", "Saya katakan sebagai seorang MP tidak sepatutnya YB bercakap sedemikian kerana setiap kali sidang kita luluskan rang undang-undang yang dalamnya ada hukuman yang berat kepada pesalah. Contohnya RUU Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dibentang minggu lepas, hukumannya sangat berat. Kenapa yang ini tak dikatakan perlu utamakan pendidikan berbanding hukuman. Maka dia pun diam.", "Kepada agamawan janganlah kelirukan pemahaman terhadap Islam. Penjelasan tentang Islam mestilah dalam ruang teks dan juga konteks. Semoga Allah memberi hidayah buat kita dan mereka." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/40-000-jadi-pelarian-akibat-perang-di-hama/
40,000 jadi pelarian akibat perang di Hama
[ "Menurut Pegawai Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, kebanyakan pelarian melarikan diri ke selatan dan barat bandar Hama sejak serangan pemberontak bermula.", "Pemberontak yang diketuai Tahrir al-Sham ditubuhkan oleh sekumpulan yang pernah berjuang sebagai sekutu al-Qaeda di Syria dan melancarkan serangan pada 21 Mac.", "Selasa lalu, kumpulan pemberontak Ahrar al-Sham, yang dikatakan kumpulan paling kuat utara Syria, mengumumkan bahawa mereka juga telah memulakan serangan ke atas Hama.", "Jurucakap tentera Ahrar al-Sham, Omar Khittab melalui video yang dimuatnaik ke media Youtube mengumumkan peringkat awal pertempuran menentang rejim jenayah kini sedang dilancarkan. (ulamasedunia)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/bina-kehidupan-berkeluarga-harmoni/
Bina kehidupan berkeluarga harmoni
[ "Sehubungan itu, Ustaz Sulaiman yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan menyeru semua pihak menggembleng usaha menjaga kerukunan dalam masyarakat.", "“Saya juga berharap agar institusi keluarga dipupuk dengan suasana yang bahagia di samping memastikan anak-anak didik untuk menghormati orang tua serta berterusan dalam memelihara dan menjaga nilai murni agama,” tambah beliau." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/pensabotaj-berwajah-baik/
Pensabotaj berwajah baik
[ "SEJARAH Bani Israel dimulakan dengan kisah anak-anak Nabi Ya’qub yang cuba membunuh adik bongsu mereka, Nabi Yusuf. Sejarah tersebut sebagai peringatan betapa Yahudi Bani Israel amat mahir dalam pembikinan plot fitnah dan sabotaj. Bahkan ia juga merupakan kisah yang mengajar kita akan kaedah bagaimana menangani fitnah.", "Punca utama budaya fitnah adalah kerana dengki yang meluap. Iri hati dengan nikmat yang ada pada orang lain. Yang lebih dahsyat, dengki dengan orang yang mempunyai hubungan dekat. Dalam kisah Nabi Yusuf, abang-abang Nabi Yusuf dengki terhadap Nabi Yusuf kerana baginda lebih disayangi oleh bapa mereka, Nabi Ya’qub.", "Hubungan darah yang sepatutnya terjalin perkongsian kasih sayang, tiba-tiba dijadikan sebagai persaingan merebut perhatian hingga meragut keharmonian. Kita boleh memilih samada mahu saling kuat menguat atau sengaja mencipta persaingan atas rasa dengki.", "Abang-abang Nabi Yusuf mengemukakan dua pilihan plan komplot ke atas Nabi Yusuf. Sama ada bunuh nyawa atau bunuh karektor. Mereka memilih bunuh karektor Nabi Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi supaya identiti Nabi Yusuf lenyap.", "Pelaku komplot jahat kebiasaannya meredakan rasa bersalah mereka dengan amal ibadat. Kononnya susulan ibadat mereka dapat menampung dosa kejahatan mereka yang suka memfitnah dan tikam belakang.", "Bagi membentengi dakwaan jahat serta memaksa orang lain agar bersetuju dengan fitnah mereka, pelaku fitnah akan melemparkan tuduhan kononnya sesiapa yang tidak percaya pembohongan mereka adalah di kalangan orang yang suka bersangka buruk terhadap mereka.", "Abang-abang Nabi Yusuf mengulang-ulang dakwaan bahawa bapa mereka, Nabi Ya’qub suka bersangka buruk terhadap mereka. Sedangkan curiga itu datang dari diri mereka sendiri.", "Pemfitnah dan pengkhianat tegar mesti mempunyai bakat berlakon yang luar biasa. Kemahiran ini penting demi mempersembahkan perancangan mereka dengan jayanya. Mereka boleh bermuka-muka dan tidak kelu lidah ketika menipu.", "Bayangkan mereka yang mengkhianati Nabi Yusuf, mereka pula yang menangis kesedihan dan kekesalan. Mereka kelihatan cukup baik lagi penyayang. Hakikatnya berhati bangsat.", "Dalam plot tersebut, abang-abang Nabi Yusuf telah memangsakan serigala sebagai tertuduh. Serta mengorbankan kambing yang tiada kaitan dengan konflik mereka untuk diambil darahnya dijadikan bukti palsu.", "• Mampu membezakan antara bukti benar dan bukti palsu. Nabi Ya’qub menilai bahawa bukti baju Nabi Yusuf itu palsu kerana tidak logik ia diterkam serigala tetapi tidak koyak. Zaman sekarang masing-masing mendakwa ada bukti. Kita perlu ingat, ada bukti benar dan ada bukti palsu." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/muslimat-putatan-ziarah-mangsa-kebakaran-tg-dumpil/
Muslimat Putatan ziarah mangsa kebakaran Tg Dumpil
[ "DEWAN Muslimat PAS Kawasan Putatan (DMPKP) meneruskan program ziarah pada tahun ini dengan menziarahi mangsa kebakaran di Tanjung Dumpil pada 2 April 2017.", "Seramai lima orang anggota muslimat terdiri daripada Ameerah Putatan dan Skuad Prihatin telah menyantuni lapan buah keluarga yang terlibat dalam musibah yang berlaku pada 28 Mac 2017. Dalam kunjungan tersebut, sumbangan wang ringgit sejumlah RM1,600 hasil sumbangan orang ramai, barang keperluan solat, barang makanan dan keperluan asas serta pakaian telah disampaikan kepada kesemua keluarga yang terlibat.", "Dalam kejadian tersebut, sekitar waktu pagi penduduk setempat dikejutkan dengan api yang marak dari salah sebuah rumah berhampiran. Kesemua rumah musnah sama sekali. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.", "Kesemua keluarga yang terlibat amat terharu dan bebesar hati menerima sumbangan yang disampaikan. Mereka menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh DMP Kawasan Putatan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kesemua mangsa yang terlibat. – HARAKAHDAILY 2/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/150-harungi-cabaran-kolaborasi-cengal-besar-2017/
150 harungi cabaran Kolaborasi Cengal Besar 2017
[ "BERMULA dengan pengisian majlis ilmu, kuliah maghrib sejarah Islam yang berlaku di bulan Rejab, peserta Rainforest Challenge Kolaborasi Cengal Besar anak-anak peneroka Felda Terengganu 2017 menyahut cabaran ini dengan semangat dan amalan disiplin sepanjang program selama 2 hari 1 malam.", "Perkemahan peserta bersama keluarga mereka di tapak perkhemahan bermula petang jumaat di Lubuk Merang, Sungai Loh Hulu Dungun bagaikan pesta keluarga dan jaringan suai kenal antara peserta dan petugas. Program yang dijayakan bersama Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) menggabungkan beberapa kelab motorsikal dari Felda-Felda dan kelab sekitarnya.", "Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat pada sebelah malam dengan ucapan ringkas sebelum menyertai BBQ bersama peserta.", "Beliau yang memberi nasihat agar peserta terutama belia Felda jangan leka dengan situasi hiburan yang melalaikan sekarang. Riadah sebegini mampu memberi kekuatan mental dan fizikal sejajar dengan sejarah kebangkitan Islam zaman awal Islam dengan kepayahan yang mereka terdahulu perlu lalui.", "Cabaran utama bermula jam 8:30 pagi 1 April apabila 10 perserta kumpulan pertama yang dipilih khas dilepaskan untuk mengetuai cabaran ini. Kumpulan ini terpilih dari kalangan peserta yang berpegalaman, dan dikuti peserta lain yang dibahagikan kepada 12 kumpulan.", "Antara peserta teramai ialah dari Felda Jerangau seramai 40 peserta bersama kelab Tayar Buter (KTB), Jerangau Motocross Team (JMT) 40 peserta. Peserta Felda Kertih 5, 6 seramai 25 orang. Felda Kertih 3 dan 1 pula seramai 10 orang. Manakala beberapa peserta dari Felda Jerangau Barat dan Felda Mengkawang.", "Sepanjang perjalanan menuju ke Pokok Cengal Besar, peserta dikawal selia dari pusat kawalan urusetia di base camp Lubuk Merang melalui perhubungan radio amatur. Satu set pemancar mudah alih dipasang agar liputan perhubungan dari pusat kawalan dengan peserta senantiasa dapat berhubung. Walau bagaimanapun hanya jarak tertentu sahaja radio berfungsi kerana faktor muka bumi. Pihak penganjur juga menyedia satu kumpulan pegawai perubatan dan sebuah ambulans sebagai persedian menghadapi sebarang kemungkinan.", "Peserta terpaksa melalui jalan tanah merah yang berlurah dan berbatu kesan daripada aliran air. Jalan antara cabaran utama kerana kawasan ini sudah tidak ada aktiviti pembalakan dan tiada penyelengaraan jalan oleh mana-mana pihak. Mungkin ini satu tarikan dan cabaran.", "Mereka perlu sampai di jambatan gantung Ulu Sungai Loh dengan jarak masa perjalanan selama 2 hingga 3 jam dengan motocross. Setelah berehat seketika, peserta terpaksa berjalan kaki selama 2 jam lagi untuk sampai ke lokasi pokok cengal ini berada. Ini semua bergantung juga kepada faktor cuaca, keadaan jentera dan ketahanan fizikal peserta.", "Cuaca sebelah pagi agak baik dan memudahkan perjalanan peserta. Sekitar jam 12 tengah hari, kumpulan pertama telah berjaya sampai di pokok cengal besar setelah mereka meneruskan perjalanan tanpa henti 2 jam menaiki motor dan 1 jam berjalan kaki. Waktu yang diambil agak pantas berbanding sebelum ini.", "Daripada 150 peserta, hanya 20 peserta yang berjaya meraikan kejayaan sampai ke destinasi yang ditetapkan. Selebihnya pihak pengawasan program tidak menggalakan mereka meneruskan perjalanan ke pokok cengal kerana masa dan keadaan cuaca sebelah petang hujan.", "Kesemua peserta selamat kembali ke tempat perkhemahan pada masa yang ditetapkan kecuali 11 peserta yang terkandas kerana sebahagian besar jentera kumpulan mereka mengalami kerosakan. Mereka terpaksa bergerak dalam kesulitan untuk keluar kerana jalan licin dan keadaan gelap ditambah pula kehabisan bekalan makanan.", "Sejurus mendapat matlumat, pihak penganjur telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Jengai dan usaha membawa peserta ini keluar berjaya dilakukan pada jam 10 malam dengan bantuan dari pihak penganjur dan Pasukan Navy (Simpanan) yang kebetulan berada di kawasan tersebut untuk sesi latihan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/politik-dangkal-cuba-nafikan-kebaikan-guru/
Politik dangkal cuba nafikan kebaikan guru
[ "SAYA mendapat makluman berkenaan satu tular yang memohon sumbangan bagi membantu seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun, Muhammad Kamil Hakimi Jamaluddin, yang disahkan datang dari keluarga miskin di Kampung Gong Pasir, Dungun. Beliau sedang menunggu jawapan kemasukan ke beberapa IPTA setelah mendapat 4A dalam SPM yang lalu. Namun, masalah kewangan keluarga Jamaluddin Hussin ini menjadi berganda dengan ibu kepada adik Hakimi, Rokiah Mohd Nor, sedang menderita sakit buah pinggang.", "Hal ini telah mendapat perhatian segera pimpinan masyarakat setempat termasuk Adun Rantau Abang menerusi isterinya yang telah menziarahi keluarga ini terlebih dahulu sebelum berita ini ditularkan. Tentunya bantuan yang banyak telah disumbangkan secara peribadi oleh orang perseorangan mahupun melalui agensi-agensi kerajaan berbanding Adun Rantau Abang dari PAS, YB Cikgu Alias Harun yang kita tahu kemampuan PAS hanya menghulurkan bantuan kecil-kecilan sahaja.", "Walau daripada siapa sekalipun bantuan ini, alhamdulillah adik Hakimi dan keluarga insya Allah boleh tersenyum ceria sekarang dengan segala bantuan yang diperolehi itu. Semoga ia dapat mengurangkan kesakitan ibunya, membantu ayahnya menguruskan keluarga dan membuka jalan untuk adik Hakimi ke menara gading serta akan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.", "Apapun dalam usaha memberi bantuan ini, kita patut menoleh ke belakang memandang megah usaha guru-guru dari SM Sains Dungun ini. Mereka bukan sahaja begitu komited membantu pelajar-pelajar mereka untuk cemerlang dalam pelajaran, malahan mereka masih sanggup mengusahakan tabung bagi membantu lepasan pelajar mereka untuk terus maju dalam kehidupan.", "Betapa mulianya niat dan pelaksanaan mereka ini. Sepatutnya guru-guru ini turut diberikan penghormatan atas ‘kerja lebih masa’ mereka ini. Mereka telah keluar dari skop kerja mereka tanpa bayaran, tanpa pujian hanya semata-mata kerana mahu menolong.", "Akan tetapi di sebalik pujian yang patut kita kalungkan kepada guru-guru ini, saya mendapat maklumat, ada golongan yang melihat usaha murni mereka ini sebagai satu ancaman politik kepada mereka. Begitu rendahnya akal dan fikiran mereka sehingga sanggup menganggap kerja mulia guru-guru ini sebagai bahan untuk mencalarkan imej kerajaan dan parti mereka.", "Saya menyeru agar dihentikan politik dangkal dan sempit sebegini. Biarlah guru-guru itu membantu pelajar-pelajar mereka, jangan disekat dengan ugutan atau tohmahan yang meliar. Biarkan kebaikan berkembang mekar di dalam masyrakat kita. Jangan anda menjadi racun kepada kebaikan ini.", "Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengugut guru-guru kerana isu-isu sebegini, agar menghentikan segera tindakan yang tidak bertamadun ini. Guru-guru sepatutnya diberikan penghormatan, selaras dengan kesungguhan mereka mencurahkan ilmu kepada anak bangsa, apatah lagi kebencian yang dizahirkan ini atas nama politik dan menekan guru-guru untuk berhenti berbuat perkara yang baik.", "Kepada guru-guru sekalian, janganlah anda merasa takut untuk berbuat kebajikan semata-mata adanya ugutan-ugutan dari kalangan yang menganggap kerjaya guru ini bagaikan ‘low class’. Teruskan usaha anda semua. PAS Terengganu tetap menjulang tinggi profesion perguruan ini dan menyokong kebaikan yang dilakukan oleh guru-guru, demi membina masa depan anak bangsa yang lebih gemilang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/takziah-buat-keluarga-ketua-polis-kelantan/
Takziah buat keluarga Ketua Polis Kelantan
[ "DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haji Ab Rahman Ismail, Ketua Polis Kelantan yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi jam 3.24 petang di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.", "Allahyarham yang merupakan anak jati Kelantan baru sahaja berkhidmat di negeri ini bermula Julai tahun lepas dan dianggap sebagai seorang yang sangat profesional dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.", "DPPNK menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada rakyat negeri ini umumnya dan kepada  Polis Kelantan khususnya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/pembangunan-ambil-kira-pandangan-penduduk/
Mumtaz sangkal dakwaan PAN
[ "Begitu juga rancangan Pusat Pembangunan Pelancongan Komersil yang bermula di Pengkalan Datu, Panchor sehingga ke Pasir Tumboh, sudah lama dimaklum kepada penduduk terbabit.", "“Perbincangan akhir antara penduduk dengan Pejabat Tanah dan Jajahan sahaja selepas perkara-perkara lain berkaitan diselesaikan,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu.", "“Pembinaan pasar baru Binjai yang dirasmikan pecah tanah oleh Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob baru-baru ini merupakan sebahagian projek itu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/02/mujur-umat-islam-sudah-ada-mahkamah-syariah/
Mujur umat Islam sudah ada Mahkamah Syariah
[ "SEMASA menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 pada 1 Disember 2016, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil alih Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.", "“Kepada yang bukan beragama Islam usahlah bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” begitulah cara PM untuk memujuk rakan-rakannya di BN agar bersetuju.", "Pada 18 Mac 2017, pendirian kerajaan masih sama jika dinilai daripada apa yang diberitahu Timbalan Najib, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Utusan Malaysia.", "Zahid sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan BN bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Parlimen kali ini yang bakal berakhir 6 April ini.", "Keputusan itu katanya selaras dengan “hasrat Najib yang begitu komited mengetengahkan hasrat berkenaan tanpa mengganggu-gugat kepentingan kaum dan agama lain di negara ini”.", "“RUU 355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi. Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita.", "“Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita, tapi mereka sudah faham untuk sama-sama tangani masalah (berkaitan Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain,” kata Zahid yang dipetik Utusan.", "Namun, segalanya menjadi jelas pada 30 Mac 2017 apabila Najib mengumumkan bahawa komitmennya tidak akan diteruskan, dan kerajaan BN tidak akan membentangkan RUU 355 atas dasar konsensus. Ini jauh berbeza dengan apa yang dilaungkan Najib di dalam ucapan dasar presiden Umno.", "Dengan penentangan terhadap RUU 355 yang disemarakkan melalui perlumbaan antara MCA dan DAP untuk muncul sebagai hero yang menggagalkan RUU 355, tekanan daripada BN Sarawak dan perpecahan yang bakal berlaku, dan juga kelemahan diri sendiri yang dibelenggu persepsi negatif dan kejatuhan populariti yang teruk akibat skandal 1MDB, tindakan Najib tidaklah mengejutkan.", "Kini, persoalan timbul pada siapa ‘kawan lama’ yang Umno pada asalnya sanggup ketepikan demi RUU 355 menurut Zahid, tapi akhirnya Umno mengalah sehingga membiarkan RUU 355 dalam keadaan terumbang-ambing?", "Namun, setiap peristiwa ada hikmahnya. Episod RUU 355 telah melondehkan perangai kebanyakan sikap orang politik. Ada yang sanggup mengalah, ada yang sengaja mencari alasan menentang, ada yang mengalakkan orang menentang, ada yang tidak membuat persiapan rapi dan ada yang terus istiqamah walau apa terjadi.", "Melihat nasib yang menimpa RUU 355, dan juga penentangan yang sebegitu hebat terhadap RUU 355, mujurlah Mahkamah Syariah sudah diwujudkan di negara ini dari awal lagi.", "Kalau tidak, rakyat beragama Islam sudah tentu boleh terbayang nasib yang bakal menimpa usul untuk memperkenal Mahkamah Syariah dengan pimpinan negara yang ada hari ini dan penentangan yang terpaksa dihadapi oleh usul tersebut berdasarkan episod RUU 355.", "Menariknya, tiada siapa yang tahu bagaimanakah isu ini akan mempengaruhi minda masyarakat beragama Islam. Yang pasti, episod RUU 355 akan mempunyai sahamnya di peti undi pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti. – HARAKAHDAILY 2/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/lebih-700-kes-peneroka-bandar-selesai-sejak-2008/
Lebih 700 kes peneroka bandar selesai sejak 2008
[ "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor itu berkata, ia melibatkan penempatan di dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Daerah Kuala Selangor. Katanya, ia termasuk penempatan di Kampung Sungai Sireh dengan 79 keluarga, Tanah Mardi (137), Kampung Jawa Estate (66), Kampung Pecah Batu (78), Kampung Baru Lembah Pantai (33), Kampung Seri Makmur (60), Jaya Setia (44), Kampung Seri Aman (78) dan Kampung Sri Sentosa (172).", "Beliau ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berhubung pencapaian penyelesaian setinggan di negeri itu pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam, hari ini.", "Katanya, kerajaan negeri masih mengekalkan dasar merobohkan penempatan peneroka bandar baru sementara penempatan sedia ada atau yang dibawa ke mahkamah dipertimbang mengikut keperluan semasa." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/nelayan-tidak-pernah-dipinggirkan-exco/
Nelayan tidak pernah dipinggirkan – Exco
[ "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, bagaimanapun golongan itu tidak pernah dipinggirkan dalam usaha meningkatkan hasil dan pendapatan mereka. Katanya, sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan dalam bentuk bantuan enjin, sampan dan peralatan menangkap ikan membabitkan 144 penerima pada 2015, lapor SelangorKini.", "“Bermula 2016, dasar pemberian ditambah baik iaitu bentuk bantuan adalah berbentuk peralatan menangkap ikan sahaja dan kita tidak lagi memberikan bantuan sampan serta enjin.", "“Ini disebabkan dengan peruntukan yang ada, lebih ramai lagi golongan nelayan dapat merasai bantuan disediakan,” katanya ketika sesi penggulungan Menjunjung Titah Sultan Selangor, di Dewan Negeri Selangor (DNS), di Shah Alam, hari ini.", "Beliau menambah, sejumlah RM824,390 diperuntukkan kepada 732 nelayan dalam bentuk bantuan peralatan menangkap ikan seperti GLobal Positioning System (GPS) dan jaring menangkap ikan, pada 2016.", "“Ia tidak termasuk RM607,780 membabitkan 168 penerima dalam kalangan usahawan akuakultur yang menjadikan jumlah keseluruhan RM1.4 juta dengan 900 penerima,” katanya lahi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/pas-putatan-iktiraf-sumbangan-doktor-dan-juruhebah/
PAS Putatan rai sumbangan doktor dan juruhebah
[ "PAS Kawasan Putatan sentiasa prihatin. Sempena sambutan Hari Doktor dan Hari Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) ke-71, PAS Putatan berziarah mahabbah ke Klinik Kesihatan Putatan dan pejabat RTM Sabah.", "Rombongan PAS Putatan diketuai oleh Yang Dipertua Ustaz Abu Nuha menyerahkan kek kepada wakil pegawai perubatan dengan ucapan terima kasih atas khidmat dan sumbangan para doktor dalam merawat dan menyelamatkan nyawa manusia yang bernilai ibadah.", "Seterusnya serahan kek diberikan kepada wakil juruhebah RTM Sabah yang menyambut kedatangan PAS Putatan dengan mesra. Yang Dipertua PAS Putatan mengharapkan hubungan kedua-dua pihak sentiasa baik dan terus terjalin.", "RTM yang sudah berusia 71 tahun adalah penyebar suara rakyat dan marhaen. PAS Putatan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan RTM pada bila-bila masa dan ketika.", "Program seperti ini sudah menjadi kalendar tahunan PAS Putatan yang menjadi bukti keprihatinan serta mengiktiraf sumbangan para pegawai perubatan dan pegawai penyiaran dalam lapangan masing-masing. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/mafla-the-bos-gaurus-hiasi-muktamar-pemuda/
Mafla “The Bos Gaurus” hiasi muktamar pemuda
[ "KELAINAN yang ditampilkan dalam Muktamar Pemuda PAS Perak ke-34 dengan memakai mafla pasukan Bola Sepak Perak ‘The Bos Gaurus’ berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada sukan tarikan utama buat anak muda.", "Seluruh perwakilan dan tetamu dilihat bergaya dengan mafla yang menggabungkan dua logo utama iaitu logo “The Boss Gaurus” dan logo Pemuda PAS Malaysia membuktikan Pemuda PAS Perak sentiasa memberikan kepercayaan untuk pasukan bola sepak sekaligus menaikkan prestasi bola sepak negeri Perak.", "Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-34 yang berlangsung di Dewan Saujana, MH Hotel Sungai Siput pada 2 April semalam berjaya mengumpulkan seluruh perwakilan dari 24 Dewan Pemuda PAS Kawasan.", "“Bola sepak adalah salah satu sukan yang menjadi tarikan anak muda bahkan sukan ini mampu menyatukan anak muda tanpa mengira fahaman politik.", "“Pemuda PAS Perak sentiasa menyokong pasukan Bola Sepak Perak dengan turut serta hadir menonton beberapa perlawanan di Stadium Perak,” ujar Pengarah Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke-34, Mohd Hilmi Afendi. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/tsunami-islam-kebangkitan-rakyat-melaksanakan-islam/
Tsunami Islam: Kebangkitan rakyat melaksanakan Islam
[ "RAKYAT boleh memberikan kepercayaan kepada PAS dengan mengundi PAS dalam PRU akan datang apabila PAS dapat menguasai negeri-negeri maka arus Islam digerakkan oleh peringkat bawahan bahkan negeri juga berperanan seperti memperkenalkan sistem pentadbiran Islam sebenar kepada masyarakat.", "Dengan usaha tersebut bakal menjadi contoh kepada pihak kerajaan pusat, contoh yang ada seperti negeri Kelantan dalam usia pentadbiran 27 tahun, PAS mampu memberikan tips terbaik walaupun kecil diterima oleh kerajaan apatah lagi jika diberikan peluang memerintah beberapa negeri lain.", "Pandangan tersebut disuarakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz ketila menjelaskan inpati pengertian Tsunami Islam yang dimaksudkan dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke -34, semalam.", "“Pendekatan serta suasana ini dapat mencetuskan arus rakyat bersetuju memilih Islam sebagai satu cara hidup bahkan kita berterima kasih kepada Tun Ahmad Fairus yang menyatakan bahawa Islam bukan sahaja lahir dari akar umbi tetapi lebih baik datangnya dari pemerintah (atasan) terutama yang terlibat dengan perundangan negara.", "“Sudah tiba masanya negara kita menggunakan perundangan Islam berbanding perundangan lain yang pasti lebih mengukuhkan umat Islam serta membela nasib umat Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/ruu355-harapan-buat-kalian-mp-muslim/
RUU355, harapan buat kalian MP muslim
[ "KEYAKINAN saya kepada betapa seluruh umat Islam inginkan perundangan Islam terus berdaulat tetap tidak berganjak meskipun dikatakan perpecahan yang kian meruncing dalam kalangan umat yang kebanyakannya Melayu. Suasana yang terlalu didorong oleh politicking bukanlah penghujung penyatuan apabila setiap individu muslim itu meletakkan kepentingan Islam mengatasi yang lain.", "Ingin berbeza pendapat, dipersilakan. Ingin berpolitik bagi kepentingan rakyat, silakan saja. Namun bila kepentingan Islam dihadapan, tinggalkanlah segala kepentingan lain untuk mendahului kepentingan Islam.", "Usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 “Akta 355” menyaksikan pelbagai pandangan berlegar sekitar umat Islam itu sendiri. Pandangan yang berasaskan kepentingan yang pelbagai tentunya akan membuahkan kepelbagaian pandangan juga. Apatah lagi apabila pandangan itu diasaskan kedudukan sesuatu pihak dalam arena politik.", "Dalam menekuni usul persendirian ini, indahnya kalau setiap individu muslim itu mengutamakan kepentingan Islam. Dari manapun parti politik yang anda wakili, letakkanlah kepentingan Islam sebagai kayu ukur penilaian.", "Suatu hakikat yang perlu diinsafi oleh setiap muslim terutama kalian yang bergelar ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, usul ini membuka ruang yang seluas-luasnya untuk kalianmeletakkan perundangan Islam pada suatu tahap yang lebih atas berbanding hari ini.", "Saya tidaklah menaruh harapan yang tinggi kepada mereka yang bukan beragama Islam bagi bersama-sama menyokong usul  tersebut. Sokongan mereka atas alasan ini adalah urusan umat Islam adalah bonus yang ditakdirkan buat umat Islam itu sendiri.", "Namun harapan saya menggunung kepada kalian yang beragama Islam untuk memberi laluan kepada usul ini agar suatu rang undang-undang dapat dikemukakan bagi meminda Akta 355. Ketepikanlah segala sentimen yang sebenarnya masih boleh disesuaikan demi kepentingan Islam melalui usul 355 ini.", "Sekadar alasan kelemahan teknikal dan seumpamanya, ia masih boleh diperbaiki sebaik peringkat rang undang-undang dimulai kelak. Biarlah para pendokong aliran sekular tidak bersetuju dengan usul ini atas apa jua alasan.", "Bagi mereka yang meyakini Malaysia sebagai sebuah negara yang berasaskan sekular, biar apa yang berlaku, penentangan kepada pemerkasaan perundangan Islam tetap menjadi agenda keutamaan mereka. Saya berlapang dada dengan pendirian rakan-rakan yang ada memandangkan negara ini mengamalkan demokrasi berparlimen.", "Sebagai pengamal undang-undang yang pernah berhadapan dengan isu-isu yang bersangkutan dengan kepentingan Islam di pentas keadilan, apa yang boleh saya ketakan betapa tangan-tangan kami terikat dengan perundangan yang ada. Telah banyak saya kongsikan bagaimana mahkamah-mahkamah tertinggi negara menegaskan kalian yang menduduki badan perundangan punyai tanggungjawab bagi memastikan kedudukan perundangan Islam berada pada tahap yang lebih baik berbanding hari ini.", "Justeru sebelum berakhirnya sesi parlimen kali ini, doa dan harapan saya buat kalian yang beragama Islam hanya satu. Berpadulah atas nama Islam bagi menyokong dan membenarkan usul persendirian Akta 355 yang mungkin saja dibenarkan oleh Yang Dipertua dewan untuk dikemukakan. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/kekal-istiqamah-walaupun-abah-tiada/
Kekal istiqamah walaupun abah tiada
[ "Anak keduanya, Nur Habsah Yusof, 37, ketika dihubungi memberitahu, walaupun ayahnya mengalami angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu, namun allahyarham sentiasa mengikuti perkembangan semasa.", "Pak Usuf juga bekas Pengarang Buletin Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Beliau mengasas kewujudan Harakah bersama Haji Subky Latif dan Ishak Surin." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/pemuda-pas-marang-nafi-dakwaan-berunsur-fitnah/
Pemuda PAS Marang nafi dakwaan berunsur fitnah
[ "KAMI Pemuda PAS Kawasan Marang hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berunsur fitnah oleh portal blog barisanrakyatpru14.blogspot.com dan dimuat naik semula oleh page “Terengganu Times” yang bertajuk ‘Pemuda PAS Terengganu sokong tutup panggung wayang’.", "Pemuda PAS Kawasan Marang berdiri di atas prinsip bahawa islam tidak menghalang umatnya berhibur selagi tidak lari daripada landasan yang ditetapkan oleh agama. Dalam meyediakan hiburan kepada generasi remaja, pengawasan dari pihak kerajaan dan PBT adalah amat perlu bagi menutup pintu kepada punca masalah sosial yang lain.", "Merujuk kepada waktu operasi yang ada sekarang, pihak LFS dan PBT perlulah mengikut garis panduan sepertimana yang telah diwartakan dalam Enakmen Pusat Hiburan dan tempat-tempat hiburan sepertimana yang telah diwartakan dalam Enakmen Bil 12 tahun 2002.", "Seperti yang disebut oleh YB Alor Limbat dalam Sidang Dun penggal ke-5 baru-baru ini agar kerajaan dan PBT mengkaji semula waktu operasi tayangan pangung wayang bagi membendung masalah gejala sosial yang bertambah parah dalam masyarakat mutakhir ini.", "Sekali lagi saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang menafi sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh portal blog barisanrakyatpru14.blogspot.com dan dimuat naik semula oleh page “Terengganu Times” dan meminta kepada pihak berkenaan menarik balik kenyataan tersebut ataupun bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/momentum-kedua-perpecahan-pas/
Momentum kedua perpecahan PAS?
[ "FASA Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) di peringkat PAS Cawangan, Dewan-Dewan Kawasan dan PAS Kawasan telahpun selesai. Walaupun masih terdapat beberapa PAS kawasan yang masih belum melaksanakan MAT namun ia tidak menjejaskan perjalanan MAT PAS secara keseluruhannya.", "Secara umumnya tidak berlaku masalah besar seperti mana yang dihadapi dua tahun yang lalu. Keadaan jauh lebih tenang tanpa insiden yang mengganggu perjalanan MAT khususnya di peringkat PAS Kawasan-kawasan.", "Fasa seterusnya adalah Muktamar Tahunan di peringkat Negeri yang melibatkan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat sebelum berlangsungnya Muktamar di peringkat Pusat pada penghujung bulan ini.", "Sehingga fasa ini, belum ada tanda-tanda akan berlakunya Momentum Kedua Perpecahan PAS seperti mana yang telah disebut oleh seorang bekas pemimpin PAS dilanda kekecewaan sehingga keluar meninggalkan PAS selepas Muktamar PAS kali ke-61 dua tahun yang lalu.", "Tanpa menafikan bahawa terdapat juga pertandingan untuk memilih kepimpinan PAS di pelbagai peringkat namun tidaklah membawa kepada kesedihan dan patah hati sehingga mengambil tindakan keluar dari PAS.", "Saya yakin keharmonian perjalanan MAT ini akan terus berkekalan sehinggalah selesainya Muktamar Tahunan PAS Pusat sehingga berakhir pada 1 Mei 2017 nanti.", "Ketika beberapa parti politik menangguhkan pemilihan jawatankuasa mereka kerana faktor Pilihan Raya Umum yang semakin hampir, ia tidak mengganggu PAS kerana agenda menghadapi PRU adalah agenda bersama. Siapapun yang memimpin parti, peranan mereka untuk memenangkan PAS mestilah dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/423-masjid-baru-500-gereja-ditutup-di-england/
423 masjid baru, 500 gereja ditutup di England
[ "INSTITUT Gatestone England telah mengeluarkan laporan yang cukup mengejutkan tentang penutupan gereja di ibu kota negara tersebut. Namun di sebalik penutupan gereja, pembangunan masjid terus berkembang dan seolah menggantikan gereja-gereja yang ditutup.", "“London lebih Islamik berbanding Muslim di negara lain,” kata Maulana Syed Raza Rizvi, salah seorang tokoh Islam yang kini memimpin apa yang disebut wartawan Melanie Phillips sebagai “Londonistan”, lapor Beitbart, semalam.", "“Pengganas tidak akan tahan dengan kepelbagaian budaya yang ada di London,” ujar Datuk Bandar London Sadiq Khan yang juga seorang seorang Muslim semasa mengulas serangan ‘keganasan’ baru-baru ini di Westminster.", "Fakta yang ada di lapangan membenarkan Islam terus berkembang di London, tepat ketika gereja-gereja mula ditinggalkan. Menurut laporan, “Londonistan” kini telah mempunyai 423 masjid baru, menggantikan 500 gereja yang telah ditutup.", "Sebagai contoh, Gereja Hyatt United telah dibeli oleh masyarakat Mesir dan akan diubah menjadi masjid. Gereja St Peter telah diubah menjadi Masjid Madina. Masjid Brick Lane dibina di atas bekas Gereja Methodist.", "The Daily Mail pernah menerbitkan foto-foto dari gereja dan sebuah masjid yang terletak hanya beberapa meter di tengah-tengah kota London. Di gereja San Giorgio, yang direka untuk menampung 1,230 jamaah, ternyata hanya diisi 12 orang yang berkumpul untuk merayakan Misa. Di gereja Santa Maria, juga hanya diisi oleh 20 orang.", "Sedangkan Masjid Brune di Jalan Estate mempunyai masalah yang berbeza yakni ‘kepadatan jamaah’. Masjid dengan bilik kecil dan hanya boleh mengandungi 100 orang, justeru jamaah sampai ‘melimpah’ dan tidak putus-putus hingga ke jalan-jalan untuk solat Jumaat.", "Melihat trend yang terjadi ketika ini, Kristian di England tidak lama lagi hanya akan menjadi peninggalan, sementara Islam akan menjadi agama masa depan. Subhanallah. (Eramuslim)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/seminar-tok-guru-undang-fitnah/
Seminar Tok Guru undang fitnah
[ "ADALAH benar Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai  ulama besar dan tokoh awam adalah milik semua dan boleh diseminarkan oleh sesiapa saja.      Usahkan Umno yang jadi seteru politiknya, DAP juga boleh memperkatakan tentang pemikirannya. Tiada salah dan tidak jadi jenayah.       Tetapi apabila sebahagian daripada pengikutnya yang keluar daripada PAS dan menubuhkan parti lain yang antara peranannya adalah untuk  menggodam PAS, maka payah hendak menerimanya sebagai satu yang semata-mata demi akadamik dan tidak mencari faedah politik sambil meremehkan PAS, satu-satunya parti politik yang diceburi Tok Guru sepanjang hidupnya.      Macam mana pun ia terdedah kepada fitnah dan tidak mustahil ia boleh memfitnah Tok Guru sendiri. Cara fitnah itu boleh timbul, apabila ada dalam seminar yang mendakwa partinya tidak berpecah dan kalau perpecahan itu tidak dapat dielak Tok Guru pun mungkin sama keluar PAS dan menyertai parti yang menganjurkan seminar itu.       Kemungkinan seminar itu menatijahkan Tok Guru menjadi hak cipta yang direbut antara PAS dan parti yang menganjurkan seminar. Sama seperti yang timbul terhadap Saidina Ali bin Abu Taib yang menjadi rebutan antara Sunni dan Syiah. Sunni kata Ali adalah Sunni dan Syiah kata, Ali adalah Syiah.       Bani Israel puasa pada 10 Muharam demi menghormati kejayaan Nabi Musa a.s. Sabda Rasulullah SAW, kami umat Islam lebih berhak berpuasa memuliakan Nabi Musa.      Justeru Tok Guru telah ditular sejak sekian lama, Tok Guru tidak lagi layak jadi milik PAS sebaliknya beliau milik yang keluar PAS, maka rebutan pengaruh itu berterusan.      Mungkin tujuan penganjuran adalah murni demi memuliakan Tok Guru supaya hasil seminar itu bakal disaring menjadi ikutan mereka, tetapi adab yang terbaik dapatkan dulu restu keluarga. Lainlah kalau keluarga bersikap terbuka, menyerahkan kepada awam.      Mana-mana institusi di dunia apabila hendak menghormati seseorang, hendak menggunakan namanya, terlebih dahulu mendapatkan maklum daripada keluarganya. Nama jalan atau sekolah tidak digunakan jika keluarga tidak setuju.      Bukan semua tujuan baik difahami semua. Sempena usia Lenin 100 tahun, kerajaan komunis Jerman Timur membina patungnya tersergam di Berlin Timur. Saya tengok patung Lenin itu. Pegawai awam di situ memberitahu saya, Moscow memberitahu Jerman Timur, Lenin bukan milik komunis Jerman Timur tetapi milik komunis Rusia.      Saya tanya reaksi Jerman Timur, dia mengangkat bahu. Ujar saya, apa Jerman tidak balas, Karl Marx bukan milik Rusia tapi ia milik Jerman.      Sedang sama-sama komunis terdapat berbeza anggap tenang memuliakan Lenin, maka tentulah sama-sama pengikut Tok Guru yang saling bergocoh nescaya bergeser pula bagi meraih faedah daripada tokoh besar itu.      Tok Guru orang soleh tiada kaitan dengan perbalahan pengikutnya selepas kematiannya. Pernah lima orang soleh sebelum Nuh diutus dikasih pengikutnya. Mereka bina patung kelima-lima bagi mengenangnya. Akhirnya mereka jadikan patung itu berhala. Demikian orang soleh itu jadi bahan fitnah pemuja setianya.      Adalah benar Tok Guru dihormati oleh semua. Kalau MCA datang dengan jujur hendak mengadakan wacana bagi mengenangnya, kita kena tengok dulu apa yang hendak dibuat. Berhati-hati itu bagi mengelakkan fitnah. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/ruu-355-dua-berita-gembira/
RUU 355: Dua berita gembira
[ "SITUASI politik dalam negara kita kini dalam kecamuknya yang memuncak. Terbaru ialah tunduknya UMNO kepada tekanan rakan-rakan BN yang lain dalam isu RUU355 yang menyaksikan kerajaan menarik diri untuk membentangkannya sendiri.", "Dikatakan bahawa dalam isu-isu besar yang dibawa oleh UMNO, belum pernah rakan-rakan dalam BN seberani itu menolak cadangan UMNO tersebut. Jika begitu, tepatlah andaian sesetengah penganalisis politik yang mengatakan UMNO kini semakin lemah. Ia seperti mencabut gigi taring UMNO di dalam BN. MCA pun sudah mengisytiharkan kemenangan secara terbuka.", "Kecuali isu RUU355 ini adalah kecil bagi UMNO, maka andaian tadi mungkin salah. Jika ianya satu isu kecil sahaja, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin tidak merasa tertekan untuk mengumumkan penarikan diri kerajaan daripada membentangkannya. Maka UMNO tidak boleh dikatakan lemah. UMNO masih bertaring di dalam BN.", "Jika begitu, maka RUU355 pulalah yang kecil sehingga UMNO tak merasa tertekan dan terhina untuk menarik diri daripada pembentangan. Ia dikira bukan satu kekalahan dan ketundukan kepada rakan-rakan komponen dalam BN. Ia hanyalah soal keraian dan menjaga silarurrahim yang tidak menjejaskan dasar dan ketuanan UMNO dalam BN.", "Kalau begini keadaannya, maka UMNO bukanlah boleh dianggap sebagai pejuang Islam sejati. Pejuang Islam sejati sudah pasti merasa tertekan dan amat terguris untuk tunduk kepada tekanan parti-parti politik yang bersatu menolak agenda Islam untuk negara. RUU355 adalah agenda besar untuk pemerkasaan Islam dalam negara melalui pemerkasaan kuasa Mahkamah Syariah. Jika ianya kecil bagi UMNO, maka sudah pasti UMNO bukan pejuang Islam sejati. UMNO masih bermain-main saja dengan Islam yang dianutinya itu.", "Mana satu yang betul, UMNO-lah yang akan menentukannya. Apa yang UMNO rasa dengan penarikan diri itu, itulah UMNO yang sebenar. Rakyat akan mengukurnya di situ. Jika UMNO tidak merasa tertekan dan terhina, rakyat yang enggan dengan agenda Islam akan memuji UMNO. Manakala rakyat yang cintakan Islam akan marahkan UMNO kerana tunduk kepada tekanan orang yang menghalang agenda Islam.", "Itu UMNO. Adapun PAS, ia lain. PAS sudah menduga sebarang kebarangkalian ketika berhadapan isu RUU355 ini. RUU355 bagi PAS adalah sebuah perjuangan. PAS menjemput semua umat Islam untuk bersama memperjuangkan Islam dan syariatnya. Malah, PAS sentiasa mendukung dan bersama semua kumpulan umat Islam yang menggerakkan agenda Islam untuk negara. Islam adalah milik dan hak semua. Semua berhak untuk menjadi pejuang Islam. Hak semua juga untuk saling bantu membantu dan menasihati.", "Jika boleh disebut kelebihan PAS, maka ia adalah kepakaran dan keseniorannya di dalam medan politik tanah air dan antarabangsa. Politik adalah dunia PAS. Ia jatuh bangun dan kalah menang dalam politik sejak zaman kemerdekaan negara lagi. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Adapun medan-medan lain seperti pendidikan Islam, kebajikan, kesukarelawanan dan sebagainya, walaupun PAS amat menyerlah, tetapi kumpulan-kumpulan Islam juga turut menyerlah. Ia satu persaingan atau kerjasama yang amat baik dan dialu-alukan.", "Memartabatkan Syariah Islam melalui pengkanunan hukum-hukum Islam di dalam undang-undang negara adalah perjuangan PAS yang begitu mendasar. PAS tidak pernah dalam sejarahnya berundur atau berhenti. Jika dilihat berundur, maka ia hanya satu strategi untuk segera mara melalui laluan dan bukaan yang lebih baik. Mengalah jauh sama sekali.", "Krisis terbaru PAS beberapa tahun lalu membuktikan kesetiaan dan keikhlasan PAS memperjuangkan syariat Islam. Sekumpulan pemimpin PAS yang gelojoh akibat termakan umpan musuh mula mencanangkan perjuangan Islam tanpa syariat untuk PAS. Mereka menghiaskan kehendak nafsu mereka dengan nama-nama yang indah seperti Islam rahmatan lil alamin, Islam maqasid syar’iyah, Islam moderate dan lain-lain lagi. Isinya yang utama ialah ketepikan dulu bicara soal syariat Islam dan pengukuhannya. Ada lagi yang lebih besar dan lebih utama, hujah mereka.", "Para ulamak, pemimpin PAS dan akar umbinya yang ikhlas dan setia menghidu bau busuk ini. Akhirnya kumpulan pemimpin PAS yang gelojoh tersebut diturunkan dan diberi pilihan samada untuk kekal atau keluar daripada PAS. Ia kisah pilu dan sedih. Tetapi PAS dan ahlinya menganggapnya sebagai satu pengorbanan mesti terhadap sebuah perjuangan suci yang tidak mungkin ditinggalkan atau dirosakkan.", "RUU355 mula muncul di persada politik negara apabila UMNO menerima seruan PAS agar turut serta memajukan Islam melalui pengkanunan undang-undang jenayah Islam. Bersama UMNO memperjuangkan agenda Islam memberi satu maksud besar bahawa majoriti umat Islam sudah bersedia untuk berubah dan bergerak kepada Islam.", "Walaupun agenda PAS adalah lebih menyeluruh dengan hukum hudud, qisas dan takzir Islami, tetapi PAS menerima pandangan banyak pihak agar bergerak menelusuri perlembagaan negara yang masih utuh tafsiran sekular dan otak penjajahnya. Justeru RUU355 disarankan sebagai satu proses pemerkasaan undang-undang syariah yang lebih harmoni dan tidak menyanggahi perlembagaan. Melaluinya, hukum-hukum jenayah syariah ditambah baik dan menepati al Quran dan Sunnah nabawiy buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan jenayah syariah negara.", "Menempuh perjalanan sebuah perjuangan Islam yang sentiasa sukar dihadang dan dihalang oleh kejahilan, keegoan, kemunafikan, kelemahan dan ketakutan umat sendiri, isu RUU355 seperti akan berakhir dengan ceria apabila kerajaan mengumumkan untuk membentangkannya sendiri sebagai rang undang-undang kerajaan. Sudah pasti ia laluan yang ditunggu-tunggu kerana sememangnya ia merupakan satu tanggung jawab pemerintah Islam seperti UMNO.", "Tetapi ia bagaikan sebuah mimpi manis yang dikerat putus oleh kejutan kegagalan UMNO untuk meyakinkan rakan-rakan komponen dalam BN bahawa ia adalah sebuah penambahbaikan undang-undang Islam untuk umat Islam sahaja. Ia adalah kelemahan UMNO yang tentu sahaja difahami dengan mudah sebagai petunjuk kerasnya penentangan rakan-rakan UMNO terhadap agenda pemerkasaan Islam khususnya di dalam perundangan negara.", "Sehingga artikel ini ditulis, RUU355 akan kekal sebagai satu rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh YB Tuan Guru Presiden PAS. UMNO pula kekal menyatakan sokongannya melalui undinya nanti. Itu satu kepujian yang patut disyukuri.", "Namun, ketika UMNO dirundung malang kerana terpaksa tunduk kepada rakan-rakan komponennya, RUU355 terus mendapat sokongan dan kekuatan daripada anggota tubuh umat Islam. Ada dua kejutan yang menggembirakan kita semua.", "Pertama, kenyataan berani dan terbuka oleh bekas Ketua Hakim negara, Tun Ahmad Fairuz bahawa sudah tiba masanya negara kita keluar daripada kepompong perlembagaan dan undang-undang yang diwarisi lama daripada penjajah dan disifatkan beliau sebagai terlalu antik dan tidak lagi sesuai. Beliau juga secara terang-terangan mahukan Islam sebagai ganti. Untuk RUU355 apabila ditanya, beliau menyatakan kehairanannya dengan sikap menentang oleh pihak-pihak yang menentang.", "Kenyataan Tun Ahmad Fairuz tersebut adalah satu kredit besar kepada perjuangan menegakkan Islam. Negara kita yang dirundung pelbagai masalah yang menekan dan menyusahkan hidup rakyat amat memerlukan proses pengislahan yang menyeluruh. Ia sebagaimana menuntut perubahan minda rakyat ramai, ia juga menuntut sokongan padu daripada golongan atasan yang turut berpengaruh memandu negara ini. Tun Ahmad Fairuz mewakili golongan kedua ini. Ia adalah satu berita gembira yang mengukuhkan azam dan kesetiaan kepada ugama.", "Kedua, kenyataan sokongan oleh dua tokoh dan ulamak besar dari Timur Tengah terhadap usaha pemerkasaan hukum syariah di dalam perundangan negara yang terkandung lewat RUU355 yang sedang diperjuangkan.", "Syeikh Hamman Said, seorang ulamak Hadis yang menjadi rujukan umat dan juga bekas muraqib am Ikhwanul Muslimin Jordan secara terang-terangan menyeru umat Islam khususnya ahli-ahli parlimen muslim untuk bersatu menyokong Rang Undang-Undang 355 yang akan dibentangkan nanti.", "Begitu juga dengan Syeikh Abdul Fattah al Khalidi, seorang ulamak tafsir yang terkenal turut membuat kenyataan yang sama. Beliau amat dikenali di kalangan para penuntut Malaysia di negara Jordan. Kenyataan kedua-dua tokoh besar yang menjadi rujukan umat ini yang sedang ditularkan melalui media sosial kini diharap mampu menutup pintu fitnah dan serangan dari dalam kumpulan Islam sendiri yang mempertikaikan kewajaran RUU355 ini.", "Kedua-dua ulamak besar ini dalam kenyataan ringkas langsung mereka memetik beberapa ayat al Quran dan mentafsirkannya. Ia adalah sebuah kewajiban yang jelas difahami kecuali oleh mereka yang suka berjidal dan dijangkiti virus pemikiran yang cuba membantutkan kemaaraan umat menuju kehidupan bersyariat yang diredhai Allah.", "Bagi mereka yang berfikir dengan insaf dan tanpa diikat sebarang ketaksuban kepada mana-mana individu atau kumpulan, mereka akan dapat merasakan bahawa PAS sebenarnya lebih dekat kepada pengajaran dan petunjuk yang diberikan oleh para ulamak besar Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah memberkati kita semua. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/wasiat-nabi-tangani-krisis-perpecahan-jemaah/
Wasiat Nabi tangani krisis perpecahan jemaah
[ "USRAH semalam, baca hadis ke-28 dari kitab 40 hadis Imam Nawawi. Ia berkenaan wasiat taqwa dan taat menghadapi zaman akhir sekarang.", "عن أبي نجيح العرباض بن سارية رضي الله تعالى عنه قال: وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة وجلت منها القلوب وذرفت منها العيون. فقلنا يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا، قال: { أوصيكم بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمّر عليكم عبد، فإنه من يعش منكم فسيرى إختلافاً كثيراً، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين عضّوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة", "“Dari Abi Nujaih Al-Irbadh bin Sariyah RA berkata: Rasullah telah menyampaikan suatu pesanan yang menggetar jiwa dan menggugurkan air mata. Lalu kami berkata, Wahai Rasulullah, pesananmu seolah-olah pesan terakhir seorang yang mahu mengucap selamat tinggal. Maka tinggalkanlah wasiat pada kami.Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Aku wasiatkan pada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dan dengar taat kepada pemimpinmu sekalipun doa seorang hamba sahaya. Sesungguhnya barangsiapa yang sempat hidup (pada akhir zaman) pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajiblah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifahku yang diberi petunjuk selepasku. Peganglah ia dengan gerahammu. Dan hindarilah perkara-perkara baharu. Sesungguhnya setiap bidaah adalah sesat.” [HR Abu Daud dan Tirmizi]", "Hadis ini sangat padat dengan makna dan pengajaran. Ia umpama pesanan terakhir Nabi. Secara kasar kita boleh senaraikan kepada beberapa poin:1. Taqwa pada Allah2. Dengar dan taat pada Allah3. Ikut sunnah Rasul dan khulafa’4. Hindari bidaah.", "Keempat pesanan ini sebenarnya berkait antara satu sama lain. Ia merupakan solusi untuk menghadapi zaman yang Nabi sebut sebagai zaman berlaku percanggahan yang amat banyak.", "Maka inilah zamannya! Zaman khilaf! Zaman masing-masing mahu pakai pendapat sendiri. Zaman pemimpin dicanggah oleh ahli sendiri. Zaman perselisihan yang membawa kepada perpecahan. Zaman hak demokrasi dijadikan pegangan utama mengatasi batas agama.", "TAQWA ALLAHJusteru Nabi berpesan, supaya terus teguh dengan jalan yang benar, dengan cara bertaqwa pada Allah yang pertama. Bina makrifah Allah pada hati dan akal. Kenal Allah sedalamnya. Takut Allah segerunnya. Cinta Allah sepenuhnya. Taat perintah-Nya dan hindar larangan-Nya. Bertawakallah hanya pada-Nya. Ini yang utama.", "Mencari redha Allah sudah semestinya. Segala matlamat lain perlu dikesampingkan sekiranya bertembung dengan kehendak Ilahi. Yang dikejar semua adalah kemenangan akhirat, kemenangan dunia hanyalah bonus terpilih, bukan buat kepada semua pejuang.", "TAAT PEMIMPINKedua, taat pada pemimpin dalam erti kata sebenar. Nabi menggambarkan taat yang tidak berbelah bahagi, sehingga dia menyebut walaupun pemimpin itu seorang hamba. Jangan berkhilaf tindakan dengan arahan pemimpin. Hendak berkhilaf pendapat pun bukan di tempat terbuka sebagaimana sirah. Mengangkat suara kepada pemimpin atau mendahului mereka pun tidak dibenarkan, sebagaimana permulaan surah al-Hujurat.", "Mempertahankan kepimpinan adalah suatu kemestian dalam menghadapi kecelaruan saf Islam hari ini. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin diserang pihak luar. Renung bagaimana sahabat menadah tubuh mempertahankan jasad Nabi dari dijamah senjata musuh dalam peristiwa Uhud.", "Punca perpecahan kita dapat kesan berlaku kerana tiada AsSam’u wal Taatu dalam diri anggota Islam. Dalam riwayat lain Nabi menambah sifat pemimpin selain hamba dengan habsyi dan rambut kerinting umpama pokok anggur. Ketiga sifat ini perlu dikaji teliti untuk diqiyaskan dengan fenomena dewasa ini.", "MENGIKUT SUNNAHKetiga pula, mengikut sunnah Nabi dan khulafa’nya. Ini amat perlu dititik beratkan terutama dalam lapangan jemaah Islam. Setiap tindakan harus mencontohi sunnah supaya tidak tersasar lalu menyemarakkan lagi perpecahan tak berkesudahan. Hanya Al-Quran dan Sunnah jalan yang satu. FirmanNya:", "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan lain, kerana ia mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. [Al-Anaam:153]", "Soal memilih kepimpinan, soal pelaksanaan syariah, soal fundamental pandangan Islam, dan berani berhadapan kuffar, haruslah menepati sunnah-sunnah manusia-manusia ulung yang baginda sebutkan. Apa yang mereka buat, itulah yang kita buat. Apa yang mereka tidak buat, jauhkanlah.", "MENJAUHI BIDAAHKeempat dan terakhir adalah tegahan keras terhadap pengamal bidaah. Ramai memahami bidaah dari sudut syariah, tetapi bidaah terbesar adalah dari sudut akidah. Berideologi songsang seperti liberalisme, pluralisme, sosialisme dan zionisme adalah bidaah yang berleluasa hari ini.", "Dari sudut syariah pula, meninggalkan sunnah berpolitik Nabi SAW dan khulafa lalu meniru barat juga adalah bidaah. Menyebut negara-negara barat yang maju materialnya walaupun tidak menjalankan Islam sebagai contoh ikutan, dan menggambarkan keburukan negara umat Islam yang silap mengaplikasikan undang-undang tuhan, menjadi trend pemikiran hari ini. Sedang mereka tidak mengambil contoh negara-negara zaman kegemilangan Islam dahulu, disaat barat masih dibelenggu cengkaman gereja.", "Ramai berhujah tidak salah mengambil kebaikan barat berdalilkan hadis kebijaksanaan barang tercicir milik orang Islam. Ya, tidak salah sekiranya tidak bertembung dengan Islam. Yang salah adalah meninggalkan ajaran sunnah semata-mata untuk mengikut barat. Inilah maksud BIDAAH!", "Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya. [An-Nisa:59]. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/eropah-tidak-mahu-turki-berkembang-yildirim/
Eropah tidak mahu Turki berkembang – Yildirim
[ "PERDANA Menteri Turki, Binali Yildirim berkata, negara-negara Eropah merasa dengki dan tidak menginginkan perkembangan Turki. Pernyataan ini diungkapkan Yildirim dalam ucapannya di bandar Kars, Turki pada Jumaat lalu.", "“Sesungguhnya Eropah tidak menginginkan perkembangan Turki. Bahkan mereka mahukan Turki terus disibukkan dengan permasalahan dalam negaranya, dan kehilangan kekuatannya. Hingga dengan begitu, mereka dapat melakukan apa-apa yang mereka suka,” kata Yilldirim seperti dilansir dari trt net.", "Berkaitan berbagai laporan negatif beberapa media Eropah mengenai Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Yildirim menyebutnya sebagai bentuk kedengkian Eropah terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan di Turki.", "“Di Eropah ada surat khabar dengan headlinenya berjudul ‘kediktatoran Recep Tayyip Erdogan’, kenapa? Kerana Presiden Erdogan tidak membiarkan kekayaan negara dirompak bangsa lain.", "“Presiden Erdogan juga membina lapangan terbang terbesar di dunia, meningkatkan pendapatan negara, dan dalam perdagangan global, Turki menjadi negara dengan keuntungan paling besar,” kata Yildirim." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/projek-jalan-kampung-usaha-jaya-tukau-terbengkalai/
Projek jalan Kampung Usaha Jaya Tukau terbengkalai
[ "MASALAH jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau (Tukau Tengah), Sungai Beluboh, Miri sehingga kini masih lagi tidak berturap sepenuhnya. Penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau mengadu masalah ini kepada pihak kerajaan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Walaupun ada jalan diturap tetapi hanya separuh jalan.", "Kebanyakan penduduknya bekerja sebagai pekebun, nelayan dan terdapat juga di antara mereka bekerja di Bandaraya Miri secara berulang alik. Masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut adalah jalan masuk ke kampung mereka penuh dengan lopak dan berlumpur ketika musim hujan kerana sistem perparitan tidak dirancang dengan baik.", "Setiap kali musim pilihan raya ada wakil-wakil rakyat datang berjanji untuk mengatasi masalah jalan kampung tersebut tetapi selepas pilihan raya berakhir muka mereka pun susah hendak nampak.", "Baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak yang baru Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pernah berkata yang setiap wakil rakyat diberi peruntukan sebanyak 5 juta ringgit untuk projek kampung tetapi kemana perginya projek jalan kampung tersebut.", "Penduduk kampung Usaha Jaya, Tukau tidak mudah lupa dengan janji-janji pihak yang berwajib untuk menaiktaraf jalan kampung tersebut dan menuntut agar pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka yang selama ini tertangguh dan terbengkalai. Janji pihak yang berwajib adalah hendak membina sistem perparitan yang terancang sekali gus dengan menaikkan taraf jalan. Memang terdapat papan tanda menaik taraf jalan kampung tetapi jalan masih tidak diturap sepenuhnya.", "Hanya sebahagian kecil saja yang diturap dengan tar dan jalan kerikil tapi sebahagian besar lagi masih jalan tanah dan berlumpur terutama sekali jalan masuk ke dalam kampung tersebut.", "Keadaan jalan ini agak  teruk dan berlubang dan tidak sesuai untuk kenderaan ringan apabila musim hujan dan lebih sukar lagi apabila hujan berterusan. Jalan raya yang baik  amat penting bagi penduduk di kampung tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka seharian dan membawa hasil tanaman mereka untuk dijual ke Tamu yang berdekatan.", "PAS mendesak agar pihak yang berkenaan dapat mengunakan peruntukan yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah jalan dan infrastruktur kampung tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu PRU14 nanti.", "Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telah diberi amanah oleh rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat, seharusnya keperluan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.", "Kita harap masalah jalan kampung ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/03/sewa-atau-miliki-sendiri-rumah/
Sewa atau miliki sendiri rumah?
[ "Saya terpanggil untuk mengulas sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini yang mahu rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.", "Walaupun menyewa itu dilihat sebagai lebih menjimatkan berbanding membeli rumah sendiri, tetapi kalau kita lihat jangka masa panjang, memiliki rumah sendiri lebih menguntungkan dan memberikan kepuasan diri sendiri berbanding menyewa.", "Rumah yang dibeli sudah pasti nilainya akan bertambah dari tahun ke tahun. Dan seandainya suatu hari nanti kita bercadang untuk menjualnya, ia akan memberi pulangan keuntungan kepada kita. Sedangkan sekiranya kita terus menyewa, segala bayaran sewaan tadi hanya akan menjadi milik tuan rumah sedangkan kita sendiri tidak mendapat sebarang keuntungan daripada nilaian rumah tersebut.", "Tambahan pula penting untuk setiap individu memiliki rumah sendiri supaya waris ada tempat berteduh andai kata umur kita tidak panjang. Ini kerana setiap rumah yang dibeli kebiasaannya pembeli dikehendaki mengambil Insurans/ Takaful MRTT/MRTA. Sekiranya pembeli meninggal dunia, maka rumah tersebut akan menjadi milik waris tanpa perlu waris kita menjelaskan apa-apa bayaran pinjaman lagi kepada pihak bank.", "Justeru, alasan berpendapatan rendah tidak patut dijadikan sebab untuk tidak memiliki rumah sendiri. Dengan perancangan kewangan yang baik di samping sedikit usaha untuk menambahkan pendapatan, tidak mustahil golongan berpendapatan rendah mahupun golongan belia mampu memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan masing-masing. – HARAKAHDAILY 3/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/penduduk-dah-setuju-pihak-lain-adu-domba/
Penduduk dah setuju, pihak lain adu domba
[ "Parti serpihan seolah-olah mahu menjadi juara. Hari ini penduduk Kampung Laut lega selepas pemimpin terbabit keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).", "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, ada segelintir pihak yang tidak setuju terhadap projek itu selepas persetujuan penduduk terlibat dicapai.", "“Mereka datang kemudian setelah persetujuan dibuat. Kalau mereka hendak hitam putih biarlah berjumpa dengan kerajaan atau MPKB BRI,” katanya di Kota Bharu.", "“Kita akan tengok kesan pembangunan itu untuk kita nak pertimbangan bagi zon-zon yang lain. Fasa pertama hanya melibatkan 12 rumah penduduk sahaja." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/ikhlas-kunci-rezeki-berkat/
Ikhlas kunci rezeki berkat
[ "DALAM melakukan sesuatu pekerjaan kita mestilah melaksanakannya dengan  ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab bukan sahaja dari aspek ibadah seperti zikir, solat dan puasa malah ia juga termasuklah kerja-kerja harian sebagai contoh membantu orang yang berada dalam kesusahan.", "Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya”. (az-Zumar: 11) .", "Dalam Islam, kita diseru untuk sentiasa mengikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara kerana keikhlasan yang dilakukan sudah pasti mendapat ganjaran yang hebat di sisi Allah kelak.", "Dalam konteks Islam, ikhlas bermaksud melaksanakan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan atau pujian sama ada dari manusia sendiri mahupun Allah SWT.", "Perlu dipastikan juga kerja yang dilakukan hendaklah kerja yang berkat iaitu pekerjaan yang tidak melanggar syariat Islam. Keberkatan dan keikhlasan amat berkait rapat dalam melaksanakan sesuatu perkara yang telah diamanahkan. Jika sesuatu tugas yang dilakukan itu ikhlas akan tetapi ianya  datang dari sumber yang tidak dibenarkan syarak mana mungkin kita boleh mendapatkan rezeki yang diredhai oleh Allah?", "Jadi usahlah kita berasa riak dan takabur dalam melaksanakan sesuatu tugas kerana kunci rezeki itu datangnya dari Allah dan Dialah yang pemberi rezeki sejak alam rahim sehinggalah kita kembali kepada-Nya.", "Terdapat beberapa perkara yang boleh kita amalkan untuk memperoleh rezeki yang berkat selain mengikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara antaranya ialah solat dhuha. Solat dhuha juga disebut sebagai magnet rezeki dan kita perlulah istiqamah dalam melakukannya.", "Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat “. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)", "Namun terdapat segelintir orang beranggapaan mengerjakan solat dhuha mampu untuk mendapat  rezeki yang lebih. Jadi kita perlulah perbetulkan niat terlebih dahulu dan bersolatlah kerana Allah dan bukannya bersolat disebabkan untuk mendapatkan sesuatu.", "Selain solat dhuha, bersedekah juga merupakan salah satu amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapat rahmat dari Allah SWT. Perlu diingat bahawasanya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga.", "Jadi kita digalakkan supaya sentiasa bersedekah kerana dengan bersedekah mampu menarik rezeki yang melimpah ruah  kepada pemberi sedekah dan insya-Allah pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka luas dan yang paling penting adalah niat kita bersedekah adalah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.", "Untuk mendapat rezeki yang tidak tersekat, kita mestilah terima sesuatu kerja yang diamanahkan dengan hati yang terbuka. Janganlah sesekali kita mengeluh atau merungut seolah-olah kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya. Allah tidak akan membebani seseorang di luar kemampuannya.", "Jadi secara kesimpulan, kunci rezeki hanya berada di tangan Allah SWT dan Dia akan membuka pintu rezeki seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa ikhlas dan bersyukur. Teruskanlah berdoa dan jangan mudah putus asa kerana cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah SWT. – HARAKAHDAILY 4/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/ruu-355-menanti-sokongan-mp-dari-sarawak/
RUU 355: Menanti sokongan MP dari Sarawak
[ "SETELAH pengumuman seperti yang dijangka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penarikan diri pihak kerajaan dalam pembentangan usul RUU355, maka PAS melalui Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kembali mengambil alih pembentangan sebagai usul persendirian di Parlimen.", "Seperti sedia maklum, usul persendirian agak rumit untuk diluluskan berbanding usul kerajaan. Walau bagaimanapun atas dasar perjuangan memartabatkan hukum perundangan Islam kepada satu tahap yang lebih tinggi, PAS tetap dengan matlamat asal meneruskan pembentangan walaupun berhadapan 1001 halangan.", "BN Sarawak melalui Ketua Menteri seakan senada dengan mereka yang menentang pembentangan usul ini. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan sama ada dari Ketua Menteri atau beberapa ahli parlimen BN Sarawak seolah-olah menggambarkan penentangan mereka.", "Adalah menjadi satu kekecewaan apabila seseorang muslim menolak satu usul memartabatkan institusi muslim itu sendiri yang semua telah maklum ianya tidak akan sama sekali melibatkan penganut agama lain mahupun keharmonian kaum yang telah lama terjalin.", "Islam adalah agama rahmat yang memberikan hak secukupnya kepada seluruh manusia bahkan setiap makhluk di muka bumi. Tidak mungkin Islam itu dilihat menindas penganut agama lain melainkan momokan media barat yang menjadi rujukan mereka seterusnya menatijahkan “Islamophobia” dalam kalangan masyarakat bukan Islam.", "Sebagai pemimpin beragama Islam, maka sewajarnya Ketua Menteri menerangkan kebaikan perundangan Islam kepada rakyat pelbagai kaum di sini sebagai menangkis serangan barat terhadap Islam.", "PAS sangat yakin dengan penerangan jitu daripada kerajaan kepada rakyat, penjernihan pemikiran mereka akan dapat dilakukan seterusnya perundangan Islam tidak dipandang serong oleh masyarakat.", "PAS Kawasan Petra Jaya juga amat berharap kepada sokongan semua ahli parlimen Islam dari Sarawak seterusnya mengundi usul yang akan dibawa nanti. Biarlah kita berlawan di medan politik pilihan raya namun demi Islam kita bersatu untuk melaksanakannya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/132-916-mohon-rumah-selangorku-hingga-feb/
132,916 mohon Rumah Selangorku hingga Feb
[ "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan pemantauan secara berkala melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Katanya, kerajaan negeri juga memberikan insentif kepada pemaju dalam menggalakkan pembinaan Rumah Selangorku.", "Tambahnya, oleh kerana permintaan tinggi daripada pemohon Rumah Selangorku, maka kerajaan negeri meneruskan dasar sedia ada bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, lapor SelangorKini.", "“Sehingga 28 Februari lalu, seramai 132,916 pemohon memohon Rumah Selangorku dengan pecahan pemohon mengikut jenis rumah,” katanya pada persidangan Sidang Dewan Negeri, semalam.", "Katanya, daripada jumlah itu, hanya 65 peratus iaitu seramai 14,002 pemohon berjaya memenuhi permintaan atau ditawarkan unit manakala sebanyak 35 peratus iaitu 7,508 pemohon menolak tawaran unit.", "“Sebab utama permohonan ini ditolak kerana kegagalan pemohn memenuhi syarat kelayakan pinjaman ditetapkan oleh institusi kewangan antaranya mempunyai komitmen tinggi, tiada wang pendahuluan, disenarai hitam oleh  bank.", "“Selain itu, faktor lokasi dan rekabentuk juga mempengaruhi penolakan tawaran ini disebabkan oleh pemindahan tempat kerja pemohon, kemajuan kerja pembinaan baru bermula atau kerja awalan dan pemohon mempunyai pelbagai pilihan projek dan jenis Rumah Selangorku sedang dimajukan,” jelasnya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/ngo-islam-tolak-akta-164/
NGO Islam tolak Akta 164
[ "NGO Islam mengajak rakyat beragama Islam serta Ahli Parlimen Islam tidak kira apa jua ideologi politik supaya bersatu hati menolak hasrat kerajaan Malaysia untuk meminda Akta 164 yang memberi implikasi kepada penyuburan gejala murtad.", "Tiga gabungan Ngo Islam itu menyifatkan pindaan akta itu sekali gus memperlecehkan ketetapan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil Kali Ke-19 yang sebulat suara memutuskan antara lain mana-mana pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun hendaklah menjadi orang Islam selaras hukum syarak.", "Timbalan Presiden Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (PPMM), Ir Mohd Jamal Nasir menyifatkan usul pindaan Akta 164 mencerminkan sikap pimpinan Umno BN yang tidak cermat dan peka dengan sensitiviti umat Islam, di samping mengekang gejala murtad yang melanda umat Islam ketika ini.", "Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila pimpinan kerajaan yang diterajui Umno yang beragama Islam boleh membenarkan usul meminda Akta 164 di buat kerana ia begitu jelas peruntukkan ke atas pindaan tersebut mengancam akidah anak-anak di bawah umur 18 tahun kepada pasangan yang bercerai kerana memeluk agama Islam.", "Jelasnya, tindakan kerajaan meminda Akta 164, juga seolah-olah mencabar keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-87, 2009 yang secara jelas memutuskan bahawa “Apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam”.", "“Adakah pemimpin Islam dalam kabinet tidak dapat melihat kesan dan bahayanya pindaan Akta 164 ke atas akidah anak-anak yang terlibat dalam kes atau pihak kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak kerajaan masa kini,” soalnya.", "Sementara itu, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) Mohd Zai Mustafa membidas tindakan kerajaan yang sepatutnya berbincang terlebih dahulu perkara itu dalam kalangan semua mufti supaya ia menepati kehendak Islam dan menghormati perlembagaan negara.", "“Sepatutnya cadangan pindaan Akta 164 ini dibincangkan terlebih dahulu. Adalah sangat wajar akta ini ditarik dan dikaji semula serta pindaan tersebut diperhalusi oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh parlimen yang akan sertai oleh pelbagai ahli yang boleh memberi pandangan yang menyeluruh kepada kesejahteraan agama Islam, rakyat dan negara,” katanya kepada Harakahdaily.", "AJK Induk Pertubuhan Permuafakatan Ayahanda Malaysia Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, hasil penelitian pihaknya ke atas pindaan itu ia secara jelas memberi suatu peruntukkan bahawa agama anak kepada pasangan yang bercerai kerana seseorang dari mereka memeluk Islam, perlu kekal mengikut agama asal perkahwinan pasangan terbabit.", "Tambahnya, pada hal Enakmen asal (sebelum pindaan), ia telah memberi peruntukkan bahawa keperluan untuk mendaftar keislaman anak tersebut diperlukan dan hanya salah seorang ibu atau bapa tersebut bersetuju atas pemelukan Islam anak tersebut.", "Dr Kadir menegaskan, kesan dari pindaan tersebut ialah umat Islam akan mundur ke belakang lagi daripada keislamannya, di mana ia bersifat secara otomatik ke arah pelbagai syarat dikenakan untuk pemelukan Islam.", "Di samping, katanya, ia turut memberi kesan kepada kes-kes terdahulu yang masih belum diputuskan, walaupun pindaan hanya akan berlaku setelah kelulusan dan diwartakan oleh pihak kerajaan.", "Sehubungan itu, ketiga-tiga Ngo ini mendesak supaya pindaan Akta 164 ini ditarik semula oleh pihak kerajaan, demi menjaga akidah dan martabat Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan. – HARAKAHDAILY 4/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/adun-chetok-dimasukkan-ke-husm-stabil/
Adun Chetok dimasukkan ke HUSM, stabil
[ "Mengulas kejadian yang berlaku pagi semalam Noraini berkata, anak sulungnya Nurul Nabila Abdul Halim tiba-tiba menerima panggilan dari suaminya (Abdul Halim)." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/akta-164-wajar-dikaji-semula-secara-menyeluruh/
Akta 164 wajar dikaji semula secara menyeluruh
[ "SEBAGAIMANA yang tertera dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari Selasa 4 April 2017 (D.R.20/2016), pihak Kerajaan adalah dalam proses untuk meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali kini sebagai Akta 164. Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan terhadap hak kekeluargaan orang Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.", "Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpandangan bahawa implikasi menyeluruh yang bakal timbul daripada Akta 164 ini adalah sangat serius, iaitu terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, pencemaran terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara kita.", "Oleh yang demikian, PAS mencadangkan agar Akta 164 ini dikaji semula secara mendalam, menerusi pembentukan satu Jawatankuasa Khas untuk merangka dan mengemukakan satu penyelesaian lain yang lebih adil, menyeluruh dan inklusif. Jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain, mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini. “Inilah Penyelesaian Kita”" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/kias-jadi-pilihan-pelajar-luar/
KIAS jadi pilihan pelajar luar
[ "Kedatangan usrah diambil kira dalam penentuan pencapaian pelajar. Setiap pelajar perlu hadir 10 kali usrah yang diadakan bagi mengukuh jati diri mereka.", "Beliau yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mengenali KIAS daripada rakan-rakan. Sebelum ini beliau mengakui tidak tahu kewujudan KIAS, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) agama.", "Sekarang beliau mengikuti semester akhir pengajian Diploma Kewangan Islam. Terdapat lebih 10 pelajar dari Sabah yang mengikuti pelbagai program pengajian di KIAS sekarang.", "Selain itu terdapat lebih 30 pelajar Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Sebahagian besar kumpulan pelajar terbabit berasal dari Sandakan dan Tawau.", "“Ini menjadi daya tarikan utama saya memilih untuk belajar di KIAS berbanding institusi pengajian tinggi agama lain yang terdapat di negara kita.", "“KIAS memang hebat daripada segi ilmu. Malah suasana pembelajaran di sini masih lagi terkawal dan tiada pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan,” katanya.", "Pada peringkat menengah beliau belajar di sekolah menengah aliran Arab di Kota Kinabalu. Dan sering terbabit dalam aktiviti dakwah bersama penduduk di Sabah.", "Pelajar-pelajar KIAS juga tidak ketinggalan menyertai pelbagai pertandingan bersama IPT lain di luar Kelantan termasuk dianjur Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia.", "Pada tahun lepas pelajar KIAS muncul di tempat ketiga pertandingan debat Piala Sultan Mizan Zainal Abidin yang diadakan di UiTM Dungun, Terengganu.", "Sekarang terdapat pelajar dari Thailand, Indonesia dan Kampuchea. KIAS juga unggul kerana memiliki pensyarah yang berkelayakan. Terdapat seramai 150 kakitangan di KIAS sekarang termasuk tenaga akademik." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/04/sedia-memerintah-pemuda-pas-sedia-tawan-perak/
Sedia memerintah: Pemuda PAS sedia tawan Perak
[ "Pemilihan tema tersebut memberikan isyarat awal bahawa Pemuda PAS Perak sedia menggalas kembali tanggungjawab pemerintahan dan urus tadbir negeri Perak berasaskan sistem pentadbiran Islam selaras dengan al-Quran serta syariat Islam.", "Pemuda PAS Perak ke arah menyediakan pemimpin dalam kalangan anak muda Perak yang kuat dan amanah dalam memimpin melalui sinergi tarbiyyah, dakwah dan siasah bahkan Pemuda PAS Perak telah melalui teori dan praktikal dalam mempersiapkan diri menjadi pemimpin muda qawiyul amin.", "Ketegasan pendirian itu dinyatakan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Pemuda PAS Perak ke-34 lalu.", "“Insya-Allah kita akan menghantar Yang Berhormat di Dewan Undangan Negeri Perak, sebahagiannya datang dari pemuda PAS Perak yang akan membawa suara anak muda.", "“Pemuda PAS Perak juga menyambut idea Kerajaan Teknokrat. Kerajaan Teknokrat adalah sebuah pemerintahan diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu dan kemahiran tinggi dalam bidang masing-masing sama ada bidang agama, ekonomi, pendidikan, keselamatan, kesihatan, sosial dan lain-lain.", "“Kerajaan Teknokrat ini disesuaikan dengan sosio-politik kita dengan corak pentadbiran yang mengikut lunas Islam. Justeru Pemuda PAS Perak  sedang giat mempersiapkan pemuda terutama mahasiswa di kampus bagi melahirkan teknokrat dalam kalangan pemuda PAS dalam mentadbir negeri Perak kelak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/di-saat-mati-pun-aurat-wanita-dihormati/
Di saat mati pun aurat wanita dihormati
[ "MUNGKINKAH wujud ekspoitasi untuk tujuan tertentu sehingga wanita yang menghadiri temuduga calon kru kabin sebuah syarikat penerbangan dikatakan perlu membuka baju?", "“Solat jenazah, soal kapan sekali pun tidak  sama dengan lelaki,” katanya pada Kuliah Bulanan Wanita Kelantan di Balai Islam, Kota Bharu hari ini.", "Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan calon pramugari Malindo Air diminta membuka baju untuk pemeriksaan parut atau cacah pada sesi temuduga 11 Mac lalu.", "Sebaliknya syarikat itu dilapor menjelaskan pemeriksaan untuk mengesan parut dilakukan secara profesioal dan tertutup oleh penyelia wanita sebagai sebahagian proses temuduga. – HARAKAHDAILY 5/4/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/sokong-tutup-taman-negeri-pulau-sembilan/
Sokong tutup Taman Negeri Pulau Sembilan
[ "SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menyokong tindakan penutupan Taman Negeri Pulau Sembilan di daerah Bagan Datuk Perak oleh kerajaan negeri ini kepada semua aktiviti pelancongan berikutan keindahan alam semulajadinya yang kini terancam akibat aktiviti komersial. Mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkara itu di akhbar tempatan hari ini ( Utusan Malaysia : 5 April 2017 ), SAM berpendapat tindakan sedemikian adalah wajar demi melindungi ekosistem dan biodiversiti di kawasan berkenaan dari mengalami kemusnahan. Menurut baginda, perbuatan para pengusaha yang tidak menghormati peraturan dan kawalan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa menyebabkan berlakunya masalah ini. Sultan Nazrin juga menekankan mengenai perancangan pembangunan yang seimbang dengan hubungan manusia dan alam sekitar. Baginda turut menzahirkan kebimbangan mengenai 35 batang sungai di negeri Perak yang terdedah kepada pencemaran yang tinggi akibat aktiviti perindustrian,projek pembangunan,pembukaan tanah,perlombongan dan pembalakan. Manakala jumlah pembuangan sisa pepejal di negeri ini juga meningkat 20% pada tahun lalu (2016) berbanding tahun sebelumnya. SAM berharap kerajaan Perak dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan perancangan dengan lebih teliti sebelum membuat keputusan dan melaksanakan sesuatu projek pembangunan agar alam sekitar di negeri ini tidak mengalami kemusnahan. Tinjauan SAM mendapati banyak kawasan di negeri Perak mengalami masalah alam sekitar yang meruncing. Kegiatan pembalakan dan perusahaan projek akuakultur telah mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan dengan begitu serius. Banyak kawasan tadahan air terancam dan kejadian banjir kilat yang berlaku di negeri ini sejak beberapa tahun kebelakangan. Di daerah Manjung dan Kerian misalnya beribu hektar hutan paya bakau dimusnahkan sekali gus mengancam hidupan laut dan sumber pendapatan nelayan tempatan. Justeru SAM meminta pihak kerajaan dan rakyat negeri ini memberi perhatian berat terhadap titah Sultan Nazrin dan harapan baginda agar alam sekitar semulajadi di Perak terpelihara dan selamat dari sebarang bentuk ancaman.  SM MOHAMED IDRISPresiden SAM" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/rakyat-kelantan-tunggu-detik-bersejarah/
Rakyat Kelantan tunggu detik bersejarah
[ "RAKYAT Kelantan tidak sabar lagi menunggu detik bersejarah hari pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April ini.", "Seorang pegawai kerajaan Wan Mohd Abu Wan Hasan Wan Ibrahim berkata, sebagai rakyat Kelantan beliau menanti penuh debar hari pertabalan tersebut.", "Di samping itu bacaan surah Yassin, doa selamat dan solat hajat akan diadakan 20 April di Masjid Putra, dan pameran Raja Kita akan diadakan 2 Mei di Muzium Diraja." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/homoseksual-fitrah-binatang/
Homoseksual fitrah binatang?
[ "SAYA tertarik dengan pemikiran seorang wartawan akhbar bernama Zurairi AR yang menyokong aktiviti homoseksual. Ulasan tulisan beliau dimuatkan dalam satu portal berbahasa melayu Menara.my. Beliau dengan berani menempelak masyarakat Melayu yang memandang jijik para pelaku homoseksual. Tambahnya lagi perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan. Lantas diberi beberapa contoh binatang yang secara fitrah semulajadi mereka berkelakuan homoseks seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo.", "Saya cukup kesian dengan beliau yang mempunyai pandangan serong sehingga sanggup menjatuhkan martabat fitrah semulajadi yang dijanjikan oleh Tuhan. Bukankah manusia ini adalah sebaik-baik kejadian atas mukabumi ini? Kenapa beliau sanggup meletakkan taraf manusia serendah binatang?", "Alam haiwan tidak diberi akal yang hebat seperti manusia. Haiwan juga mempunyai nafsu berbeza dengan manusia – nafsu kebinatangan. Takkan lah hal perbezaan yang sedemikian pun sukar diambil pemikiran oleh Sdr Zurairi AR?", "Saya amat gerun dengan cadangan beliau agar anak-anak kita dididik supaya dapat meraikan LGBT, dan menganggap pelakuan seks sumbang itu sebagai normal. Sementelah sistem pendidikan negara yang menekankan isu moral dan syakhsiah tidak songsang dewasa kini pun, pelbagai gejala sosial timbul. Apatah lagi jika kita ingin mengikut nasihat songsang perlakuan sumbang homoseks?", "Mungkin beliau tidak membaca bahawa kegiatan homoseksual lebih mendatangkan mudarat besar dari sudut sosial dan kesihatan. Gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al. Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC juga melaporkan punca utama (83%) jangkitan sifilis adalah melalui homoseks.", "Mungkin beliau jga tidak meneliti laporan dari Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan dengan jangkitan penyakit berbahaya HIV.[3] Polar jangkitan HIV dikalangan pengamal homoseks amat membimbangkan. Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV (80%, 3818 orang) dari kalangan penagih dadah (suntikan jarum). Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, 80% (2752 orang) berpunca dari pelaku hubungan seks. tiga puluh peratus (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/pemuda-pas-kecam-pengeboman-di-rusia-elak-eksploit/
Pemuda PAS kecam pengeboman di Rusia, elak eksploit
[ "Pengeboman yang mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah itu tidak dapat dijustifikasikan, dan bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip Islam dan norma sejagat.", "Pada masa sama, DPPM juga mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua pihak agar tidak mengeksploit atau membiarkan insiden ini dieksploit oleh pihak-pihak berkepentingan, berlatar belakangkan pergolakan dan persaingan geopolitik yang sedang berlangsung melibatkan Rusia, kumpulan-kumpulan militan, dan kuasa-kuasa luar di Eropah, Asia Barat dan rantau berdekatan Rusia.", "Sejarah sekurang-kurangnya dua pengeboman dan insiden terorisme di Rusia telah dieksploit untuk memerangi penentang Moscow di Chechnya dan Kaukasus, iaitu insiden pengeboman apartmen pada 1999 dan krisis tebusan pada 2002, kedua-duanya di Moscow.", "DPPM juga berharap mana-mana pihak sama ada Rusia dan pihak lain tidak menjadikan insiden ini sebagai satu alasan membina konsensus untuk mendesak tindakan-tindakan tertentu." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/pinda-akta-164-gagalkan-hak-pertahan-aqidah-anak-anak-muallaf/
Pinda Akta 164 gagalkan hak pertahan aqidah anak-anak muallaf
[ "SEJARAH perundangan negara kita menyaksikan beberapa kes mahkamah syariah yang melibatkan kekeluargaan Islam, aqidah dan hadanah dicabar di Mahkamah sivil atas beberapa peruntukan undang-undang yang membenarkan hal ini berlaku walaupun Perkara 121 (1A) menjamin keputusan dan kuasa Mahkamah Syariah.", "Kini jika berlakunya pindaan terhadap Akta 164 sebagaimana hasrat kerajaan mambawa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali kini sebagai Akta 164, peluang untuk mempertahan aqidah anak-anak muallaf akan semakin sukar, sempit dan terhalang.", "Pertama, jika selama ini orang yang menganut Islam tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan melalui seksyen 51 akta berkenaan, pindaan ini mengusulkan agar mualaf turut dibenarkan untuk membubarkan perkahwinannya mengikut undang-undang sivil sama ada berdasarkan pemelukan Islam ataupun kausa tindakan lain.", "Kedua, agama anak mualaf ini kekal pada agama asalnya dan hanya boleh ditukar jika kanak-kanak ini mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas usia 18 tahun.", "Pihak kami merasa kesal dengan jawapan Timbalan Perdana Menteri yang menggunakan alasan  berlapang dada dan toleransi semua agama, dan menghormati hak semua kaum untuk meneruskan agenda pindaan yang merugikan agama Islam selaku agama rasmi. Malah kami sependapat dengan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu kerajaan menangguhkan pembentangan pindaan Akta 164 itu sehingga kajian dan pemurniaan intipati diadakan.", "Tindakan pihak kerajaan ini menghampakan dan menyedihkan para pejuang Islam baik dari kalangan ahli politik mahupun NGO Islam kerana ia bercanggah dengan suara majoriti umat Islam.", "Sebelum ini Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil Kali Ke-19 telah sebulat suara memutuskan antara lain mana-mana pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun hendaklah menjadi orang Islam selaras hukum syarak.", "Manakala keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-87, 2009 yang secara jelas memutuskan bahawa “Apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam”.", "MAPIM meningatkan rakyat Malayia isu agama anak muallaf bukan sekadar isu maruah seorang ibu bapa yang inginkan anaknya beragama sepertinya, tetapi ia melibatkan isu faraid (agihan harta) isu nafkah kepada anak serta isu hadanah ataupun hak penjagaan anak yang kesemuanya adalah dalam ruang bicara Mahkamah Syariah.", "Kami juga menasihati beberapa pemimpin politik bukan Islam agar menjaga kata-kata supaya jangan sewenang mengutuk usaha umat Islam mempertahan keputusan keputusan fatwa di negara ini. MAPIM juga bersetuju agar suatu suruhanjaya yang berautoriti serta disertai oleh ahli akademik dan ilmiah Islam bagi membincangkan kembali secara terperinci kesan kepada aqidah umat Islam selepas pindaan akta ini di Parlimen." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/05/tujuh-keistimewaan-solat-sunat-dhuha/
Tujuh keistimewaan Solat Sunat Dhuha
[ "ISTILAH ‘dhuha’ dapat ditemukan di beberapa tempat dalam al-Quran, antaranya dalam surah Thaha:59, AI-A’raf:98, dan An-Nazi’at: 46. Perkataan ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘pagi hari’ atau sebagai ‘panas sinar matahari’, di tempat lainnya dalam surah Thaha:119. Istilah dhuha juga mencakupi kedua-dua makna itu sehingga diertikan ‘sinar matahari di pagi hari’ (as-Syams:1). Pada tempat lain (an-Nazi’at :29), kata ‘dhuha’ diertikan sebagai ‘siang yang terang’.", "Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu dhuha”, Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya. Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.", "Maka dengan itu, Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat dhuha. Waktunya adalah dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir, tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik atau boleh disimpulkan dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi adalah waktu yg sangat tepat untuk mengerjakan solat sunat dhuha.", "Pertama, sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah. Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, “Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.” (Hadis Riwayat Bukhari)", "Kedua, nilaian sedekah bagi seluruh sendi tubuh manusia. Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.”", "Ketiga, memperoleh keuntungan (ghanimah) yang besar. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih al-Targhib: 666)", "Keempat, dibangunkan sebuah rumah di syurga. Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634)", "Kelima, mendapat rezeki dengan segera. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)", "Keenam, mendapat pahala umrah. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673)", "Ketujuh, mendapat keampunan dosa terdahulu. “Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)", "Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya. Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.", "Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya." ]