date
stringlengths
11
12
title
stringlengths
4
243
link
stringlengths
27
280
pdf_links
stringlengths
54
957
link_opt
stringlengths
90
316
content
stringlengths
208
6.22k
Document_Text
stringlengths
1.46k
2.03M
category
stringclasses
1 value
17 Nov 2015
Beware of Spam Email Entitled "Notification of Money Laundering Involvement"
https://www.bnm.gov.my/-/beware-of-spam-email-entitled-notification-of-money-laundering-involvement-2
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/beware-of-spam-email-entitled-notification-of-money-laundering-involvement-2&languageId=ms_MY
Reading: Beware of Spam Email Entitled "Notification of Money Laundering Involvement" Share: Beware of Spam Email Entitled "Notification of Money Laundering Involvement" Tarikh Siaran: 17 Nov 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
16 Nov 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Oktober 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-oktober-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed2015+Survey+Form+v1.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed66+Oct+2015+v3.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-oktober-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Oktober 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Oktober 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 16 Nov 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Orang Muda dan Kereta Antara topik lain yang menarik termasuk : Biar Lokek Asal Poket Berisi Pencarum PRS yang Berpengetahuan Kontrak - Hak anda sebagai Pengguna (Bahagian 2) Rungsing Gaji Tidak Mencukupi RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Oktober/2015 [PDF] Sidang Redaksi Majalah Ringgit ingin mendapatkan maklumbalas daripada pembaca untuk meningkatkan kualiti, prestasi dan kesesuaian kandungan penerbitan ini. 20 pembaca bertuah akan menerima hadiah misteri. Cabutan akan dilakukan seminggu selepas tarikh tutup penyertaan. Kajian maklum balas ini akan ditutup pada 31 Januari 2016. Klik di sini untuk muat turun borang maklum balas. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
Ringgit Ed2015 Survey Form v1.cdr SIDANG REDAKSI RINGGIT, FOMCA, No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA SETEM RM0.80 Kepada: Kajian maklumbalas ini akan ditutup pada 31 Januari 2016. Penerimaan borang maklumbalas selepas tarikh tersebut tidak layak untuk menerima hadiah. Namun anda boleh menghantarkan borang maklumbalas ini selepas tarikh tutup tersebut. Alamatkan maklum balas anda kepada : 1) Pos : SIDANG REDAKSI RINGGIT FOMCA, No 4, Jalan SS 1/22A 47300 Petaling Jaya, Selangor 2) Faks : 03-7877 1076 3) Email : [email protected] 4) Online : laman sesawang FOMCA: www.fomca.org.my www.konsumerkini.net.my laman sesawang BNM: www.bnm.gov.my Terima kasih di atas penyertaan anda!! Tinjauan Terhadap Pembaca Ringgit 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA Ringgit Ringgit merupakan penerbitan bulanan FOMCA dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Mei 2010. Ringgit memuatkan pelbagai topik perbincangan mengenai perancangan kewangan peribadi. Sejak pada tahun 2013, Ringgit telah mengubah susun atur dan menambah dua ruangan baru iaitu Ruangan Masalah Kewangan Anda dan Ruangan Bersama NCCC. Untuk kelihatan menarik, ilustrasi kartun juga turut dimuatkan. Sidang Redaksi Majalah Ringgit ingin mendapatkan maklumbalas daripada pembaca untuk meningkatkan kualiti, prestasi dan kesesuaian kandungan penerbitan ini. Pembaca bertuah akan menerima 20 pembaca akan menerima hadiah misteri. Cabutan akan dilakukan seminggu selepas tarikh tutup penyertaan. 6. Setelah membaca RINGGIT 2015, saya …..... (sila tandakan) a. Merancang terlebih dahulu perbelanjaan b. Merekodkan perbelanjaan harian c. Mula membuat dan menambah simpanan wang setiap bulan d. Merancang pelan persaraan e. Mula menyimpan untuk dana kecemasan f. Mula membeli insurans g. Mula membuat pelaburan h. Menyemak penyata kewangan seperti penyata kad kredit, ansuran kereta, ansuran rumah dengan teliti i. Berhati-hati untuk berhutang j. Lebih memahami produk-produk perbankan dan insurans k. Mengenali ciri-ciri dan bentuk penyelewengan / penipuan kewangan l. Memahami hak dan tanggungjawab sebagai pelanggan bank dan insurans m. Berhati-hati apabila melakukan transaksi melalui internet 7. Adakah anda mempunyai sebarang cadangan mengenai RINGGIT 2015 yang ingin anda kongsikan? _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ 1. Setakat mana anda membaca RINGGIT 2015? a. Tidak membaca b. Sepintas lalu c. Membaca kebanyakan kandungan d. Membaca semua kandungan 2. Sejauh manakah kesesuaian maklumat yang terdapat dalam RINGGIT 2015? a. Tidak sesuai b. Kurang bersesuaian c. Bersesuaian d. Sangat bersesuaian 3. RINGGIT mudah difahami, kurang menggunakan perkataan yang sukar difahami dan tidak bersesuaian. Adakah anda: a. Sangat setuju b. Setuju c. Tidak setuju d. Sangat tidak setuju 4. Bagaimana anda menilai reka bentuk dan susun atur RINGGIT 2015? a. Sangat baik b. Baik c. Sederhana d. Lemah 5. Topik-topik apakah yang anda minat membaca dalam RINGGIT 2015? (anda boleh tanda lebih daripada satu) a. Perancangan kewangan b. Simpanan c. Perbankan d. Pengurusan hutang/ pinjaman e. Penipuan kewangan (financial scam) f. Pembelian aset (rumah, kereta) g. Pelaburan h. Perkhidmatan kad kredit/kad debit i. Persaraan j. Penggunaan berhemat k. Insurans l. Ruangan bersama NCCC m. Masalah Kewangan Anda n. Kartun AKPK o. Lain-lain : _____________________________ (sila cadangkan) Borang Maklum Balas Soalan (sila bulatkan jawapan anda) Butir Individu Untuk melayakkan anda menerima hadiah, sila nyatakan latar belakang individu di bawah: Nama: ___________________________________________ Alamat rumah: _____________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ No. telefon: _________________________________ Jantina ( ) Lelaki ( ) Perempuan Bangsa ( ) Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Orang Asal / Lain-lain Umur: Kurang daripada 19 20 - 39 40 - 49 50 - 60 Lebih daripada 60 Pekerjaan: Pelajar sekolah Pelajar institusi pengajian tinggi Bekerja sepenuh masa Bekerja sambilan Berniaga Suri rumah tangga Penganggur Pesara tandakan yang berkaitan tandakan yang berkaitan Admin/ringgit2015 OKTOBER 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 1 0 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Orang Muda dan Kereta Borang Tinjauan Pembaca Ringgit 2015 Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Sudah menjadi kelaziman bagi golongan muda yang berkerjaya untuk mempunyai keinginan memiliki kereta sendiri. Setelah bertungkus-lumus belajar dan berjaya menggenggam segulung ijazah, bermulalah kerjaya mereka sebagai eksekutif muda di syarikat korporat atau pegawai tadbir di jabatan-jabatan kerajaan, dengan gaji permulaan sekitar RM2,000 – RM2,500 sebulan. Mereka mula berkira-kira untuk memiliki kereta bagi kemudahan sendiri. Keputusan untuk membeli kereta mungkin merupakan keputusan kewangan terbesar bakal dibuat oleh golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan ini. Kegagalan mereka membuat keputusan yang tepat bagi memiliki kereta pertama bakal menjadikan mereka terjebak ke dalam kancah keberhutangan. Kereta baru atau kereta terpakai? Kereta tempatan atau import? Inilah persoalan yang biasa bermain dalam fikiran sesiapa sahaja apabila ingin membeli kereta. Banyak pertimbangan yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta pertama anda. Terdapat kebaikan dan keburukan apabila memilih kereta baru ataupun kereta terpakai. Kereta baru mempunyai pelbagai reka bentuk terkini, ciri-ciri keselamatan yang canggih, tempoh jaminan yang panjang, penjimatan bahan api dan sebagainya, berbanding dengan kereta terpakai yang serba kekurangan dari segi teknologi, reka bentuk dan pilihan. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa kereta baru kebiasaannya berharga mahal, mengalami susut nilai dengan cepat, bayaran ansuran bulanan yang tinggi dan perlu membayar premium insurans yang tinggi juga. Apa yang paling utama ialah membuat penilaian ke atas kemampuan kewangan untuk membeli kereta pilihan anda. Orang Muda dan Kereta 2 • Ringgit Di sinilah ramai golongan muda tersilap perhitungan dalam membuat keputusan kewangan terpenting dalam hidup mereka. Kebanyakan mereka menganggap kereta adalah lambang status sosial dan ukuran kepada kejayaan kerjaya mereka. Inilah kesilapan terbesar apabila mereka mengaitkan kereta yang dipandu dengan jawatan yang dipegang. Seorang eksekutif bank mungkin merasakan kereta terpakai tempatan tidak sesuai dengan jawatan yang disandang. Tentu dia akan dipandang tinggi oleh rakan sekerja atau rakan-rakan sebaya jika dia dapat memandu kereta import keluaran terkini. Hakikatnya, kereta hanyalah alat pengangkutan yang membawa anda dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selagi kereta tersebut dapat memenuhi keperluan sebagai alat pengangkutan, maka memiliki kereta terpakai yang murah harganya mungkin sudah memadai bagi memulakan kehidupan. Lebihan tunai yang anda ada sepatutnya digunakan untuk menambah tabungan bagi kegunaan pada masa kecemasan dan untuk pembelian besar yang lain, seperti rumah kediaman, yang lebih utama. Cuba lihat di sekeliling anda, apakah kereta yang dipandu oleh anak-anak muda sekarang? Rasanya anda akan melihat mereka dengan bangganya memandu kereta-kereta keluaran import terkini yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit, malah mungkin melebihi RM100,000. Wow! Hebat bukan? Tak sampai setahun bekerja sudah boleh memandu kereta sebegitu. Dalam fikiran anak-anak muda ini, ansuran bulanan yang mereka perlu bayar kepada pihak bank adalah ‘komitmen tunggal’ yang perlu mereka ketepikan daripada gaji yang diterima. Sebagai contoh, jika seseorang membeli kereta berharga RM80,000 dan mengambil pinjaman sewa beli 90% daripada harga jualan, ansuran bulanan yang perlu dijelaskan adalah dalam lingkungan RM800 sebulan. Jika gaji bersih mereka setelah ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekitar RM2,200 sebulan, mereka beranggapan masih ada RM1,400 untuk perbelanjaan harian. Mereka lupa bahawa memiliki satu kereta bukan sekadar ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak bank, tetapi terdapat kos-kos sampingan lain yang perlu diambil kira, seperti perbelanjaan petrol, parkir, tol, insurans, cukai jalan dan kos penyelenggaraan. Semua kos ini mungkin hampir menyamai ansuran bulanan yang perlu dibayar. Dengan baki gaji sebanyak RM1,400, ditolak pula dengan kos sampingan di atas, adakah cukup RM700 untuk meneruskan kehidupan dengan sewa rumah perlu dibayar, kos makan minum seharian, hiburan bersama-sama kawan dan sebagainya? Bagaimana pula dengan simpanan? Setelah menyedari perbelanjaan untuk kereta baru memakan lebih kurang 70% daripada gaji bersih, barulah terasa keperitan dan kesempitan hidup. Akhirnya, kad kredit menjadi teman setia setiap kali berbelanja. Dari satu kad ke satu kad yang lain, dalam masa yang singkat sahaja seseorang boleh terjebak dengan hutang kad kredit sehingga di luar kawalan. Adalah lebih bijak untuk anak-anak muda yang baru mula bekerja untuk lebih berhati-hati dan berfikir panjang dalam membuat keputusan untuk memiliki kereta pertama mereka. Ukur baju di badan sendiri. Tiada guna membeli kereta mahal tetapi lebih banyak tersadai di dalam garaj hanya semata-mata hendak berjimat. Dapatkan nasihat kewangan percuma di pejabat-pejabat AKPK yang berhampiran di seluruh negara dengan menghubungi talian bebas tol 1800 88 2575 atau layari laman sesawang AKPK di www.akpk. org.my. ‘Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.’ Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ringgit • 3 Biar Lokek Asal Poket Berisi Berdasarkan statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebanyak 70 peratus individu yang mendapatkan khidmat nasihatnya memiliki pendapatan di bawah RM4,000 sebulan. Majoriti pelanggan agensi tersebut terdiri daripada golongan berumur dari 25 hingga 45 tahun. Hal ini menunjukkan golongan ini gagal merancang kewangan secara teratur menyebabkan mereka menghadapi masalah hutang pada usia muda. Perkara ini membimbangkan kerana sekiranya pada usia muda rakyat Malaysia mengalami krisis hutang yang tinggi, maka ia akan memberi kesan jangka panjang bukan sahaja kepada individu, malah mengakibatkan beban hutang isi rumah yang mempengaruhi perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, kaedah membuat tabungan merupakan langkah terba ik bag i membolehkan anda menyelesaikan masalah kewangan jika perkara itu berlaku. Malah kerajaan juga mewujudkan pelbagai tabungan yang boleh digunakan oleh rakyat pada masa hadapan, antaranya pekerja diwajibkan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Namun, timbul persoalan adakah dengan hanya bergantung kepada satu tabungan sudah cukup untuk generasi muda pada hari ini bagi meneruskan kelangsungan hidup, terutama berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap tahun? Penasihat kewangan Islam Hijrah Wealth Management Sdn Bhd (Hijrah Wealth), Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, golongan muda kini lebih terdedah dengan perbelanjaan tidak terkawal tidak kira sama ada berpendapatan rendah atau tinggi. Pembahagian pendapatan mengikut peratusan setiap bulan membantu golongan ini menguruskan kewangan peribadi dengan baik, cermat serta tidak mudah terdedah dengan krisis hutang. Katanya, apabila menerima gaji setiap bulan, sekurang-kurangnya 20 peratus daripadanya diperuntukkan untuk tabungan, sekiranya tidak mempunyai komitmen kredit yang tinggi. Jika individu itu mempunyai komitmen hutang yang tinggi, iaitu sekitar 55 peratus daripada pendapatan, sebanyak 10 peratus daripada pendapatan untuk tabungan adalah paling minimum. Generasi muda juga perlu lebih bersifat kreatif untuk menjana pendapatan menerusi pelaburan dan tidak bergantung kepada satu tabungan sahaja. Hal ini kerana tabungan sedia ada yang diwajibkan untuk golongan pekerja, iaitu KWSP seharusnya digunakan dalam tempoh persaraan, dan bukan untuk menyelesaikan hutang sebelum tempoh itu. 4 • Ringgit Terdapat banyak instrumen pelaburan yang boleh disertai oleh golongan muda, antaranya unit amanah, saham biasa, Dana Dagangan Bursa (ETF), produk perbankan Islam, hartanah dan Tabung Haji. Sebagai contoh, jika seseorang melabur dalam unit amanah dengan komitmen RM450 sebulan selama lima tahun dan menerima dividen 10 peratus setiap tahun, mereka boleh mendapat keuntungan RM34,848 yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan lain, seperti deposit membeli rumah. Anda boleh membuat pengiraan perbelanjaan menerusi kaedah pengiraan persaraan yang disediakan oleh KWSP, iaitu Kalkulator Simpanan KWSP. Kalkulator ini membolehkan pencarum mengetahui sama ada simpanan mereka cukup atau sebaliknya sebelum tempoh persaraan. Keadaan ini membolehkan anda membuat persediaan lebih awal. Golongan muda juga perlu mengutamakan simpanan daripada berbelanja perkara yang bukan keperluan. Contohnya sikap sentiasa menukar telefon pintar atau membeli gajet mewah. Jika ingin berbelanja seperti membeli kenderaan, pastikan ia bukan satu bentuk tanggungan hutang yang membebankan untuk jangka masa panjang. Kenderaan sememangnya penting untuk anda bergerak, tetapi membelinya hendaklah mengikut keperluan dan sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Jangan terlalu mengikutkan trend untuk bergaya, tetapi akhirnya anda gagal untuk melunaskan hutang lain. Lebih parah lagi jika anda tidak mempunyai tabungan langsung. Golongan muda juga perlu mempunyai kad perubatan atau insurans bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan sekiranya mengalami sakit atau menghadapi keadaan kecemasan. Banyak syarikat insurans yang menawarkan produk perlindungan perubatan kepada orang ramai mengikut kemampuan bayaran secara ansuran bulanan. Justeru, persediaan dari segi kewangan amat penting dan mengambil insurans perubatan sangat membantu untuk mengurangkan pembayaran kos rawatan hospital dan bayaran lain. Dari segi penggunaan kad kredit pula, ia adalah satu instrumen pembayaran yang menjadi perhatian golongan muda. Namun ia juga merupakan faktor yang boleh mengakibatkan golongan ini terjerat dengan beban hutang. Jangan memohon kad kredit sekiranya anda tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik kerana ia akan menjadi perangkap kewangan paling sukar untuk diselesaikan. Jika anda mempunyai kad kredit, gunakan secara berhemat dan membuat pembayaran mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap kelewatan dalam pembayaran kad kredit ini akan dikenakan caj dan kadar faedah. Kegagalan dalam memastikan pembayaran yang teratur akan mengakibatkan anda sukar membuat pembiayaan bagi perkara penting, seperti membeli kediaman. Golongan muda perlu bijak mengatur kewangan mereka untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Persediaan pada usia muda adalah permulaan yang baik untuk anda menentukan masa depan kewangan selepas bersara kelak. Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), disiarkan oleh Harian Metro. Ringgit • 5 Artikel ini memberi tumpuan kepada perbincangan berterusan mengenai risiko pelaburan Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk memastikan pemeliharaan modal, di samping menjana pulangan sebenar untuk mengekalkan kuasa pembelian dana berkenaan. Seperti yang dibincangkan dalam artikel-artikel sebelum ini, PRS adalah sebuah skim persaraan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ia menyediakan ciri-ciri perlindungan yang secukupnya - daripada peringkat kawal selia dan dipantau ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti hinggalah kepada mandat pengurusan pelaburan yang ditetapkan – untuk memastikan dana-dana ini diuruskan secara profesional untuk pencarum PRS. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan tentang peranan pencarum PRS dalam mencapai objektif persaraan mereka. Sebagai permulaan, pencarum individu PRS memainkan peranan penting dalam memilih dana PRS untuk pelaburan. Ia adalah titik permulaan bagi pelaburan wang anda ke dalam dana PRS yang dipilih. Oleh itu, keputusan pemilihan dana perlu dilakukan dengan berhati-hati dan dibuat dengan maklumat yang secukupnya, memandangkan risiko pelaburan dana pencarum adalah berkait dengan dana yang dipilih. Dana PRS adalah pelaburan jangka panjang. Oleh itu, pencarum perlu memberi perhatian kepada pepatah ‘caveat emptor’ ataupun ‘pembeli perlu berhati-hati’ agar mereka tidak membuat keputusan yang tidak sesuai dan mungkin memberi kesan yang buruk. Pencarum PRS yang Berpengetahuan Pencarum PRS perlu mengambil langkah pertama dalam mengurus risiko pelaburan mereka dengan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang secukupnya untuk melabur dalam dana yang sesuai, dan menepati objektif persaraan yang dihajati. Seseorang perlu mematuhi kata-kata ‘mulakan sesuatu dengan memikirkan tentang pengakhirannya’, bagi membentuk tujuan pelaburan yang kemudiannya dapat diterjemahkan sebagai objektif pelaburan. Tanpa objektif dalam tujuan yang ingin dicapai, keputusan pelaburan akan sentiasa dipengaruhi oleh persepsi dan anggapan yang mungkin mengakibatkan pelaburan yang tidak sesuai. Memulakan pelaburan dengan tujuan yang jelas adalah penting kerana ia akan menentukan keputusan seterusnya dalam pengambilan risiko, pulangan yang dihajati, tempoh pelaburan dan akhirnya, pemilihan dana dan aset yang sesuai untuk mencapai objektif pelaburan. Oleh itu, adalah penting bagi pencarum PRS meluangkan masa untuk ‘mengkaji tentang persaraan’ mereka bagi membangunkan pelan yang sesuai sebelum membuat keputusan untuk melaburkan dana mereka. Pencarum PRS boleh melayari laman sesawang www.ppa.my bagi mendapatkan maklumat dan nasihat daripada Juruperunding PRS yang berdaftar. Keputusan untuk memilih dana PRS adalah dipengaruhi oleh emosi kerana hasrat untuk mencapai pulangan yang tinggi. Ditambah pula dengan kerumitan dalam membuat keputusan yang betul untuk meletakkan pelaburan dalam dana PRS yang 6 • Ringgit baik, mungkin menyebabkan pemilihan dana PRS yang tidak sesuai. Pengaruh emosi dalam membuat keputusan pelaburan sering dikaitkan dengan sikap ‘tamak dan takut’, iaitu ketidaktentuan pasaran boleh mempengaruhi secara langsung persepsi seseorang individu terhadap risiko dan peluang pulangan. Perkara ini telah dikaji dengan mendalam dan didokumentasikan dalam sepuluh bidang perilaku kewangan yang maklum balas emosi sering memainkan peranan penting dalam proses pelaburan. 4. Melakukan imbangan semula dana PRS, apabila perlu, dengan mengambil kira perubahan situasi dalam hidup dan jangkaan prestasi dana. Mempunyai pelan persaraan yang betul juga membolehkan perancangan bagi pemantauan dan kajian prestasi dana PRS yang berterusan. Memandangkan perjalanan ke arah persaraan adalah panjang, maka pencarum perlu memberi perhatian kepada prestasi dana mereka untuk memastikan mereka mencapai jangkaan pulangan yang dihajati. Sekurang-kurangnya, pencarum perlu mengkaji dana PRS mereka setahun sekali, untuk memastikan prestasi mereka mengikut perancangan dan seperti yang dijangkakan. Kesilapan utama yang sering dibuat oleh pelabur adalah mereka ‘melabur dan lupa lalu menyesal’ pada akhir tempoh pelaburan. Pemantauan dan kajian tahunan berterusan adalah sebahagian daripada usaha memastikan perancangan persaraan adalah mengikut pelan dan sebarang penyimpangan prestasi akan diberi amaran dan diteliti. PRS menawarkan kepada pencarumnya pilihan dan kebebasan untuk menukar dana jika prestasinya di bawah jangkaan dan/atau memindahkan dana kepada Penyedia lain. Selain isu prestasi dana, semakan tahunan yang dilakukan oleh pencarum juga boleh menunjukkan sebarang perubahan kepada situasi sebenar pencarum, yang memerlukan pencarum membuat perubahan kepada objektif pelaburannya, atau toleransi pencarum kepada risiko pelaburan. Hal ini akan memastikan objektif persaraan dan pelaburan pencarum adalah diselaras dan disesuaikan. Bagi membantu pencarum PRS dalam memantau dana PRS, PPA menyediakan akses 24/7 kepada akaun PRS dengan prestasi dana yang terkini, laporan bersepadu atas semua dana PRS dan penyata akaun tahunan. Di PPA, sebahagian daripada tanggungjawab kami adalah menyediakan infrastruktur sepatutnya, maklumat dan pendidikan untuk memudahkan ahli- ahli PRS melakukan pemantauan dana PRS. Ini sejajar dengan moto kami ‘Kami di sini untuk anda’. Dato’ Steve Ong ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta (PPA), pentadbir pusat bagi Skim Persaraan Swasta (PRS). PPA dipertanggungjawabkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menggalakkan pertumbuhan industri PRS, mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai simpanan persaraan. PPA juga melindungi kepentingan pencarum PRS. PPA mengalu-alukan soalan berkaitan perancangan persaraan. Sila hantarkannya kepada [email protected]. Bagi menangani pengaruh maklum balas emosi tersebut, pencarum PRS perlu mengambil kira perkara berikut dalam membuat keputusan pelaburan: 1. Sebagaimana dalam semua proses membuat keputusan jangka panjang, titik permulaan untuk simpanan dan pelaburan jangka panjang perlu dibuat berdasarkan kepada pelan untuk mencapai pulangan dana persaraan yang dihajati. 2. PRS menawarkan pilihan penyedia dan dana yang membolehkan risiko pelaburan dipelbagaikan supaya pelaburan anda tidak diibaratkan seperti ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Caruman bulanan dengan tetap mampu menangani ketidaktentuan pasaran secara ‘memuratakan kos pelaburan’ anda dan mengurangkan risiko masa dan kemasukan ke dalam pasaran. 3. Simpanan PRS untuk aset persaraan adalah bersesuaian untuk pelaburan jangka panjang, untuk menjana pertumbuhan dan/atau keperluan pendapatan. Ringgit • 7 Ruangan Bersama NCCC Dalam edisi Ringgit September telah diterangkan apakah yang dikatakan kontrak secara lisan. Pada kali ini NCCC akan menjelaskan tentang bagaimana kontrak dikuatkuasakan melalui pesanan produk, bayaran deposit dan tanggungjawab pengguna tersebut. Membuat pesanan produk Produk yang dibeli dari kedai perabot atau kedai elektronik mungkin tidak dapat dihantar secara terus selepas anda membuat bayaran. Oleh itu, anda perlu membuat pesanan. Semasa membuat pesanan, anda sebenarnya sedang membuat kontrak untuk membeli produk apabila produk itu sudah ada. Sekiranya anda membatalkan kontrak pembelian tersebut tanpa sebab-sebab yang munasabah, anda sebenarnya telah melanggar kontrak. Dalam kes demikian, kedai itu berhak mengambil deposit anda. Malah, penjual juga boleh membawa anda ke mahkamah untuk menguatkuasakan kontrak jika kerugian yang ditanggung melebihi daripada jumlah amaun deposit. Contohnya, sekiranya anda membuat pesanan perabot yang direka khas mengikut Kontrak – Hak anda sebagai pengguna (Bahagian 2) spesifikasi anda yang menyebabkan kedai itu akan mengalami kesukaran untuk melupuskan atau menjualkannya kepada pelanggan lain. Membayar deposit Deposit adalah sebahagian bayaran untuk produk atau perkhidmatan. Apabila anda membayar deposit, ia menunjukkan bahawa anda berniat untuk membeli produk atau perkhidmatan, dan anda telah membuat kontrak dengan pembekal. Ia adalah lebih mudah untuk mengetahui apakah hak dan tanggungjawab pengguna sekiranya anda mempunyai kontrak secara bertulis. Begitu juga jika anda mempunyai kontrak lisan, maka ia juga boleh dikuatkuasakan. Apabila anda membayar deposit, anda dan pembekal bersetuju: • produk atau perkhidmatan mestilah tepat seperti yang anda kehendaki, • jumlah deposit yang anda bayar, • bilakah baki bayaran yang perlu dibayar, • bilakah produk atau perkhidmatan akan disediakan. 8 • Ringgit Ia adalah penting bagi memastikan bahawa anda dan pembekal memahami dengan jelas segala butiran kontrak. Tanggungjawab penjual Pengguna perlu memahami secara jelas mengenai tanggungjawab penjual, khususnya apakah produk tersebut dan bilakah produk akan diserahkan atau sedia ada. Perkara ni sangat penting terutama apabila anda membeli produk mahal seperti produk yang telah ditempah khas mengikut spesifikasi anda, seperti perabot. Pastikan anda jelas terhadap pilihan anda, seperti warna dan reka bentuk sofa. Sebaiknya anda meminta penjual mengesahkan spesifikasi ini secara bertulis pada resit anda. Sekiranya penjual memberitahu anda bahawa penghantaran akan ditangguhkan, persetujuan anda adalah perlu untuk tarikh baru yang munasabah untuk penghantaran. Jika produk ini dihantar dan tidak memenuhi kriteria seperti mana yang anda pesan, anda perlu menghubungi penjual dengan segera untuk menukar produk tersebut. Oleh sebab itu, penting untuk anda mempunyai pengesahan bertulis bagi merujuk kriteria pesanan anda. Anda mempunyai hak untuk meminta deposit anda dikembalikan jika: • Anda tidak bersetuju dengan tarikh penghantaran baru, • Tarikh penghantaran baru yang dicadangkan ialah jauh berbeza dengan tarikh yang anda persetujui pada peringkat awal, • Pembekal gagal untuk menepati tar ikh penghantaran baru yang dipersetujui, • Pembekal tidak dapat menyediakan produk menurut spesifikasi yang telah dipersetujui. Jika penjual enggan mengembalikan deposit anda, maka anda mungkin perlu mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan kembali deposit tersebut. Ingat, deposit biasanya tidak akan dikembalikan. Sekiranya anda membayar deposit dan kemudian menukar f ik iran anda tentang produk atau perkhidmatan, pembekal atau penjual tidak perlu memulangkan kembali deposit anda. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) “Pastikan anda jelas terhadap pilihan anda, seperti warna dan reka bentuk sofa. Sebaiknya anda meminta penjual mengesahkan spesifikasi ini secara bertulis pada resit anda.” Ringgit • 9 Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda Masalah Kewangan Anda Saya ingin mendapatkan nasihat daripada pihak tuan mengenai masalah yang dihadapi oleh saya pada masa ini. Saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah jabatan. Saya mula bertugas pada awal tahun ini dan sekarang masih berada dalam proses pengesahan perlantikan. Bagaimanakah saya dapat menguruskan perbelanjaan supaya lebih teratur kerana setiap gaji yang saya terima sentiasa tidak mencukupi dan selalunya berbaki kurang daripada 10% daripada gaji asal saya pada akhir bulan. Saya berharap agar pihak tuan dapat membantu saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini. Sekian, terima Kasih. Jawapan: Langkah pertama ialah anda perlu merancang perbelanjaan. Anda perlu menulis anggaran perbelanjaan sebelum tarikh anda menerima gaji. Contoh anggaran perbelanjaan seperti bayaran rumah, pinjaman kenderaan, bil utiliti, tambang bas, makanan dan pakaian. Paling penting adalah anda perlu mengasingkan sekurang-kurangnya 5% (peringkat permulaan) daripada pendapatan untuk simpanan. Tingkatkan simpanan jika anda menerima bonus atau kenaikan gaji. Langkah kedua yang perlu dilakukan ialah pantau segala perbelanjaan anda. Anda perlu mencatatkan segala perbelanjaan harian, seperti tambang bas, pemberian wang saku kepada anak, membeli sarapan dan makanan tengah hari, derma, membeli tiket wayang dan sebagainya. Gunakan buku kecil untuk memudahkan anda masukkan ke dalam poket atau tas tangan. Langkah seterusnya, setelah anda mengenal pasti perbelanjaan, anda perlu mengubah corak perbelanjaan yang menjadi kebiasaan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting. Contohnya, bertukar tabiat suka makan di luar dengan cuba menyediakan makanan sendiri di rumah. Didik anak anda untuk melakukan penjimatan, seperti menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan, atau anda boleh bertukar kepada menggunakan produk cekap tenaga yang lebih menjimatkan bil elektrik. Cuba menanam sendiri sebagai langkah menjimatkan kos membeli serai, daun kari,cili padi dan lain-lain. Disiplin diri anda untuk sentiasa menabung dan mencari alternatif untuk meningkatkan pendapatan anda. Jangan berputus asa sekiranya langkah awal anda gagal. Teruskan usaha untuk berdisiplin dalam merancang kewangan anda. Rungsing Gaji Tidak Mencukupi 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] li1o..UuHh.3|.L..a..nv...fl.n ¢\....4...,.,_ | x©:gc©mcmUx__xa gag 5 E .359 6E::6E :36: J J _ z<22u... 34¢ .Cr.xJUrCCC.. :2... nE_E_r :._.c: 3% ZGGZDE om», :m,E9 $.38 mcmgmowm Ego $.92 .33 _%%.a Z<xDm<xw$. ) . . ® . I . ‘_ _. .1. \ P .cm_q_.m§2 gfln _cmn_.5a .._m.E::_mE Emma 1 W33 E3 nos SE9 :5 car .3 $ x<aI<Z uz<r 5c_E.mE mam $.85 mc..%§ Eco cmmcma ..__:m mccn ca LODEOC can cm_:_n_ SE. cmémfi 9 v_<.,€<<v_._.<Ez&1<é saga; Eafig Edam Ea Egg: aaéfi gag
Public Notice
23 Okt 2015
Muat Turun Ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia
https://www.bnm.gov.my/-/muat-turun-ucapan-bajet-2016-oleh-perdana-menteri-malaysia
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ucapan_Bajet_2016.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/muat-turun-ucapan-bajet-2016-oleh-perdana-menteri-malaysia&languageId=ms_MY
Reading: Muat Turun Ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia Share: Muat Turun Ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia Tarikh Siaran: 23 Okt 2015 Ucapan Bajet Tahun 2016 dari YAB Dato' Sri Mohd. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri. Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun. Ucapan Bajet Tahun 2016 © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
ub2016.pdf.pdf KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BAJET 2016 Kementerian Kewangan Malaysia UCAPAN BAJET 2016 Teks: Kementerian Kewangan Malaysia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 PUTRAJAYA Rekabentuk dan dicetak oleh: Percetakan Nasional Malaysia Berhad iii Kandungan Muka Surat MUKADIMAH 2 MENAMBAH BAIK CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) 10 PERUNTUKAN BAJET 2016 13 KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA 15 Merancakkan Pelaburan Domestik 15 Mempergiatkan Pasaran Modal 17 Mempergiatkan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) 17 Menambah Baik Infrastruktur 18 Sistem Pengangkutan Awam Yang Efisien 19 Menambah Baik Infrastruktur Telekomunikasi 20 Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar 21 Menggalakkan Sektor Pelancongan 22 Memodenkan Sektor Pertanian 23 Memperkukuh Eksport 25 iv Muka Surat KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU 26 Melonjakkan Inovasi Dan Keusahawanan 26 Mempertingkat Penggunaan Teknologi 27 Membudayakan Teknologi Hijau 28 KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN 28 Memantapkan Kualiti Pendidikan Malaysia 29 Meningkatkan Penguasaan Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris 29 Bantuan Persekolahan Dan Makanan 30 Menyelenggara Fasiliti Pendidikan 30 Memantapkan Pendidikan Tinggi 30 Mentransformasi Latihan Teknikal Dan Vokasional 31 Memperkasa Belia, Komuniti Dan NGO 32 Meningkatkan Kualiti Tenaga Kerja 33 KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA 34 Memperkasa Bumiputera 34 Memperhebat Pembangunan Sabah Dan Sarawak 35 v Muka Surat KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT 37 Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40 37 Bantuan Pesawah, Pekebun Kecil Dan Penoreh Getah 39 Menyediakan Rumah Mampu Milik 41 Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti 43 Memperkukuh Sistem Jaringan Perlindungan Sosial 44 Memperkukuh Pengurusan Bencana 45 Keselamatan Dan Ketenteraman Awam 47 Memerangi Rasuah 49 Menghargai Penjawat Awam 50 Bantuan Rakyat 1Malaysia 51 Menambah Pendapatan Boleh Guna M40 52 Menambah Baik Gaji Minimum 55 Pemberian Khas Penjawat Awam 55 PENUTUP 56 vi “Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,… merupakan bagian dar ipada ter jemahan Rancangan Malaysia Ke-11. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian lima Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya Allah.” YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia vii YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia viii E K O N O M I N E G A R A 2 01 6 PA D A H A R G A M A LA R 2 01 0 1 T er m as uk p er ub ah an s to k. S um be r: K em en te ria n K ew an ga n M al ay si a. P E N G E L U A R A N D O M E S T IK P E R M IN T A A N D O M E S T IK P E R M IN T A A N L U A R N E G E R I IM PO R T P E R LO M B O N G A N 5. 5% P E M B U AT A N 14 .2 % P E M B IN A A N 2. 9% P E R K H ID M AT A N 33 .8 % IM P O R T B A R A N G A N 30 .7 % IM P O R T P E R K H ID M AT A N 7. 6% P E R TA N IA N 5. 3% P E N G G U N A A N S W A S TA 33 % P E N G G U N A A N AW A M 8. 1% P E LA B U R A N S W A S TA 1 10 .7 % P E LA B U R A N AW A M 1 5. 5% E K S P O R T B A R A N G A N 35 .4 % E K S P O R T P E R K H ID M AT A N 7. 3% R M 1, 80 7, 16 8 ju ta R M 1, 80 7, 16 8 ju ta ix B A JE T K E R A JA A N P E R S E K U T U A N 2 01 6 P ER B EL A N JA A N M EN G U R U S PE R B EL A N JA A N PE M B A N G U N A N K E M A N A D IB EL A N JA K A N D A R I M A N A D AT A N G N YA 1 Te rd iri d ar ip ad a ha si l, pi nj am an d an p en gg un aa n as et K er aj aa n. 2 Ti da k te rm as uk s im pa na n lu ar ja ng ka . PI N JA M A N H A SI L C U K A I P E N D A PA TA N 43 .9 % E K O N O M I 11 .4 % C U K A I T ID A K LA N G S U N G 21 .9 % H A S IL B U K A N C U K A I 15 .9 % C U K A I L A N G S U N G L A IN 3. 4% P E R B E LA N JA A N LA IN 10 .8 % S U B S ID I 9. 8% S O S IA L 4. 9% K E S E LA M AT A N 1. 9% P E N TA D B IR A N A M 0. 6% E M O LU M E N 26 .6 % B AY A R A N K H ID M AT H U TA N G 10 % B E K A LA N D A N P E R K H ID M AT A N 13 .7 % B AY A R A N P E R S A R A A N 7. 4% P E M B E R IA N D A N S E R A H A N K E PA D A K E R A JA A N N E G E R I 2. 9% P IN JA M A N D A N P E N G G U N A A N A S E T K E R A JA A N 14 .9 % 1 S um be r: K em en te ria n K ew an ga n M al ay si a. R M 26 5, 22 41 ju ta R M 26 5, 22 42 ju ta 1 BAJET 2015 UCAPAN BAJET TAHUN 2016 Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN KETIKA MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2016) DI DEWAN RAKYAT PADA JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 “MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT” Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. 2 BAJET 2015 MUKADIMAH Tuan Yang Dipertua, 1. Saya mulai, dengan menyebut Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nastai’n. 2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta’ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi,… juga,… yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang. 3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,… pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan kebenaran. Tuan Yang Dipertua, 4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara. 5. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, seterusnya Bajet 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016. 6. Insya Allah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya,… Amin. 3 BAJET 2015 7. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,… merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian lima Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya Allah. 8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An-Nisa’ ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat. Tuan Yang Dipertua, 9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaporkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kononnya, negara ini di ambang muflis, berada dalam krisis ekonomi, nilai ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah. Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana, supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat. 4 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, 10. Semenjak tahun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik. 11. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala ara l dan r in tangan i tu , Kera jaan terbukt i mampu menanganinya dan mengatasinya dengan begitu berkesan. Tuan Yang Dipertua, 12. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh dibanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu. Tuan Yang Dipertua, 13. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5 peratus hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun ini. 14. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, there is no comparison whatsoever, berbanding tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus. 5 BAJET 2015 15. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari daripada menghadapi kelembapan ekonomi global, termasuklah dari segi penurunan harga komoditi terutamanya minyak, kelapa sawit dan getah, penyusutan nilai ringgit serta pertumbuhan perlahan di negara-negara kuasa besar ekonomi dunia. 16. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus. 17. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus. Tuan Yang Dipertua, 18. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini. Tuan Yang Dipertua, 19. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan. 20. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan. 21. Pencapaian Keempat: Kalau dikaj i , stat ist ik pengangguran pada tahun 1999 adalah 3.4 peratus. 6 BAJET 2015 22. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurusan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan. Tuan Yang Dipertua, 23. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih. 24. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat. Tuan Yang Dipertua, 25. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015 dan Alhamdulillah pada hari ini, naik lagi nilainya. 26. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek. 27. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus. 7 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, 28. Ini menunjukkan bahawa realitinya, realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil,... masih kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing. Tuan Yang Dipertua, 29. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara mustahak yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya sejak awal tahun ini. 30. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan. 31. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan kadar patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus. Tuan Yang Dipertua, 32. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada paras lebih 50 peratus daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini. 33. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini, bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia. 8 BAJET 2015 34. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata 100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasi l cukai petro leum kepada negara, ber jumlah 62 bilion ringgit. 35. Akan tetapi, senarionya berbeza, pabila harga minyak telah turun kepada paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroleum kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada tahun 2015. 36. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada tahun 2016, dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bilion ringgit, atau Tuan Yang Dipertua, penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, 37. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana ia dibelanjakan. Ini adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada apa-apa agenda yang terselindung. 38. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroleum, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya. 9 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, 39. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan seandainya GST tidak dilaksanakan, dan ki ta masih dengan sistem SST sepert i yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit. 40. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit. 41. Akibatnya, defisit negara akan meningkat dengan ketara kepada 4.8 peratus, dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016. 42. Andai kata, andai kata, ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat. Tuan Yang Dipertua, 43. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang ada tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST... sekalipun,… sekalipun… keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular. 44. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka. 10 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, 45. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang bertanggungjawab ini, akan terus melakukan keputusan- keputusan yang betul, waima tidak bersifat populis, demi,… mendahulukan rakyat dan kepentingan negara. Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, 46. Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu sistem percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara. 47. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat. 48. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa, Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas kehidupan seharian rakyat. MENAMBAH BAIK CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) 49. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016, adalah seperti berikut: 50. Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C dan D, serta tambahan sebanyak 95 jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis 11 BAJET 2015 penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat. 51. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut: • Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik; • Dhal, atau kata orang utara kacang ‘parpu’, berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih; • Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut; • Biji sawi; • Gula merah; dan • Khas untuk orang Sarawak,…mee kolok kering. 52. Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari Skim Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu ringgit kepada 50 ribu ringgit; 53. Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah dibayar ke atas inputnya. 54. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula akan dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke atas pengimportan barang-barang; 12 BAJET 2015 55. Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran; 56. Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform terapung; serta 57. Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang menjalankan program diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006. Tuan Yang Dipertua, 58. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar atau prepaid card. 59. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016. Tuan Yang Dipertua, 60. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara 600 ribu ringgit dan 1 juta ringgit. 13 BAJET 2015 61. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus. Tuan Yang Dipertua, PERUNTUKAN BAJET 2016 62. Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. 63. Di bawah peruntukan mengurus, 70.5 bi l ion ringgit adalah untuk Emolumen dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6 bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan lain. 64. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat. 65. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.6 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit. 66. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding 2015. 14 BAJET 2015 67. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada tahun 2016. Tuan Yang Dipertua, 68. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara Capital Economy dan People Economy. Di samping itu, kita perlu mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu. Tuan Yang Dipertua, 69. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”, bertunjangkan lima Keutamaan berikut: PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA; KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU; KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN; KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA; DAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT. 15 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA MERANCAKKAN PELABURAN DOMESTIK 70. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016. Ini akan dipacu oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta disokong oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit. 71. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan: Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas 108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada RMK-11, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016; Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir 11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun; Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit; Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9 projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi; 16 BAJET 2015 Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak 50 juta ringgit; Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 18 bilion ringgit untuk tahun 2016, bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor; Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan 320 juta ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta ringgit dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta ringgit; dan Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik dan Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah MIDA; dan Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan. Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan d i to lak dar ipada 70 peratus dar ipada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018. 17 BAJET 2015 MEMPERGIATKAN PASARAN MODAL 72. Langkah 2: Dalam mempergiatkan pasaran modal pula, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuk potongan cukai diberi ke atas kos penerbitan sukuk Sustainable and Responsible Investments dan pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah. MEMPERGIATKAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) 73. Langkah 3: Sememangnya, PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan rantaian nilai perniagaan. Ia dijangka menyumbang kepada 41 peratus KDNK menjelang 2020. Untuk itu, lima tindakan berikut akan diambil: Pertama: Tambahan satu bilion ringgit bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, dengan Kera jaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan; Kedua: 107 juta ringgit untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana di pelbagai peringkat perniagaan; Ketiga: 60 juta ringgit untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS; Keempat: Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sejumlah 200 juta ringgit, di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus; dan 18 BAJET 2015 Kelima: 18 juta ringgit untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM. MENAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR 74. Langkah 4: Seperti yang kita tahu, infrastruktur merupakan pemangkin kepada keseluruhan pembangunan ekonomi dan sosial negara. 75. Terkini, ingin saya maklumkan, bahawa, Malaysia menduduki tangga ke-25 di antara 160 negara yang disenaraikan dalam Laporan Indeks Pencapaian Logistik Bank Dunia 2014. 76. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik infrastruktur logistik, termasuklah membina dan menambahbaik jaringan pengangkutan rel, serta lebuhraya pada 2016. Ini termasuk, Lebuhraya Damansara – Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road. 77. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota pula, 900 juta ringgit diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta. 78. Kerajaan juga akan mengkaji pembinaan lebuhraya pesisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz, di Melaka. 79. Seterusnya, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Kajian akan turut dilaksanakan, bagi pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka. 19 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG EFISIEN 80. Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar. 81. Izinkan saya memberi sedikit status terkini, tentang antara projek terbesar dalam sejarah negara, iaitu projek pengangkutan awam bersepadu MRT – LRT. 82. Bagi projek sambungan LRT Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer, akan boleh kita naiki pada Mac 2016. Manakala, bagi projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights, dengan jarak 17.4 kilometer pula, akan boleh dinaiki pada pertengahan tahun 2016. Kedua- dua projek sambungan ini, bernilai 10 bilion ringgit. 83. Projek MRT jajaran Sungai Buloh – Semantan pula, juga dapat digunakan pada tahun 2016, pada bulan Disember. Manakala, Fasa 2 Semantan – Kajang dijangka siap pertengahan 2017. Projek ini, dengan jarak 51 kilometer sedang dilaksanakan dengan kos 32 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, 84. Hasil daripada permintaan ramai, Kerajaan juga telah memulakan rangkaian perhubungan awam lain seperti berikut: Pertama: Projek MRT II dari Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dengan jarak 52 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran 20 BAJET 2015 kos pembinaan 28 bilion ringgit. Kerja pembinaan direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022; Kedua: Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara – Johan Setia, Klang dengan jarak 36 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 10 bilion ringgit. Ia mula dibina 2016 dan siap pada 2020. Di samping itu, Kerajaan juga akan meneruskan rundingan High Speed Rail dengan Kerajaan Singapura; dan Ketiga: Bagi perkhidmatan awam bas, projek Bus Rapid Transit atau BRT KL – Klang pada kos melebihi 1.5 bilion ringgit, dan BRT Kota Kinabalu pada kos hampir 1 bilion ringgit akan dilaksanakan. Tuan Yang Dipertua, MENAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI 85. Untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan 1.2 bi l ion r inggit , antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar 4 kali ganda dari 5 Megabit sesaat kepada 20 Megabit sesaat, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut. 86. Selain itu, 250 juta ringgit untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi meningkatkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV serta transaksi data interaktif. 21 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR 87. Memang dari dahulu lagi, semenjak merdeka, kesejahteraan penduduk luar bandar, menjadi keutamaan kita. Mana mungkin kita meminggirkan mereka. Liputan jalan luar bandar telah meningkat daripada 46 ribu pada tahun 2009 kepada 51 ribu kilometer, 98 peratus kawasan luar bandar telah mendapat bekalan elektrik, dan hampir 95 peratus mendapat bekalan air. 88. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar seperti berikut: Pertama: 1.4 bilion ringgit bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Selain itu, 200 juta ringgit lagi disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA; Kedua: 878 juta ringgit untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10 ribu buah rumah. 568 juta ringgit bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3 ribu buah rumah; Ketiga: 60 juta ringgit untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan bagi mencegah berlakunya banjir. Tumpuan diberikan kepada negeri-negeri yang terlibat banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak; Keempat: Sebagai pemangkin keusahawanan di kawasan luar bandar dan komuniti desa, 70 juta ringgit untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan Program Desa Lestari; dan 22 BAJET 2015 Kelima: 67 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar. Tuan Yang Dipertua, MENGGALAKKAN SEKTOR PELANCONGAN 89. Langkah Kelima: Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi untuk menjana ekonomi negara dalam keadaan kini. Untuk tahun 2016, Kerajaan mensasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang sebanyak 103 bilion ringgit kepada ekonomi negara. 1.2 bilion ringgit pula diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan ini. Tuan Yang Dipertua, 90. Tambahan lagi, permohonan visa secara atas talian atau online application, akan dilaksanakan bermula dengan negara China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada. 91. Di samping itu, untuk memudahkan pelancong dan pelawat untuk berkunjung ke Malaysia, Kerajaan akan melaksanakan e-Visa menjelang pertengahan 2016. 92. Seterusnya, bagi mengambil peluang atas kedudukan Ringgit kini, dan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, pengecualian cukai pendapatan sedia ada sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun diberikan kepada pengusaha pelancongan dilanjutkan mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018. 23 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, MEMODENKAN SEKTOR PERTANIAN 93. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian adalah sumber makanan negara dan merupakan tempat pergantungan pendapatan bagi petani, pesawah dan nelayan. 94. Sehubungan ini, 5.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara program yang akan dilaksanakan: Pertama: 450 juta ringgit bagi pelbagai program berimpak tinggi seperti program penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta geran pemadanan dan penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar; Kedua: 180 juta ringgit bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu; Ketiga: 190 juta ringgit kepada FAMA, bagi tujuan Program Penurunan Harga, dengan menambah 50 buah lagi Pasar Tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia atau ABR1M yang baru. 40 peratus daripada barang jualan ABR1M, adalah barang-barang basah seperti ikan dan sayur yang harganya dianggarkan 5 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; dan Keempat: 90 juta ringgit diperuntukkan untuk Program Pembangunan Agropreneur Muda dalam bentuk geran in-kind, Dana Pembiayaan Usahawan, penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, 24 BAJET 2015 Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan serta pelaksanaan Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung. 95. Dalam mengolah dasar sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai bagi aktiviti pengeluaran bahan makanan dilanjutkan sehingga tahun 2020. Insentif yang disediakan adalah seperti berikut: Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat; Kedua: Syarikat yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 10 tahun; dan Ketiga: Syarikat sedia ada yang menjalankan projek pembesaran pula, juga diberikan insentif yang sama untuk tempoh lima tahun. 96. Skop insentif juga akan diperluas kepada ternakan rusa, tanaman cendawan, kelapa, rumpai laut, lebah madu dan kelulut serta tanaman makanan ternakan seperti ubi keledek dan ubi kayu. Tuan Yang Dipertua, MEMPERKUKUH EKSPORT 97. Sehubungan dengan tindakan-tindakan tadi, Kerajaan akan melipat-gandakan sokongan untuk memperkukuhkan eksport negara. 25 BAJET 2015 98. Dengan itu, 235 juta ringgit diperuntukkan kepada MATRADE untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport. 99. MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan syarikat peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara. 100. Seterusnya, bagi mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan perdagangan pula, Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap Ringgit-Renminbi kepada bank tempatan. 101. Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport. Untuk terus meningkatkan eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratus kepada 20 peratus dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018. 102. Bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan pematuhan piawaian antarabangsa dilakukan di dalam negara, Kerajaan akan memberi galakan untuk penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies atau ICAB. Tuan Yang Dipertua, 103. Setakat hari ini, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas atau FTA iaitu enam secara serantau melalui ASEAN dan tujuh secara dua hala. 104. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di mana jumlah dagangan adalah sekitar 26 BAJET 2015 150 peratus melebihi KDNK, Kerajaan telah menerima secara prinsipnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP. Walaubagaimanapun, pertimbangan secara muktamad akan dibuat di Parlimen kelak. Tuan Yang Dipertua, KEUTAMAAN KEDUA : MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU 105. Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara. 106. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui: MELONJAKKAN INOVASI DAN KEUSAHAWANAN 107. Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. 108. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan: Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018; 27 BAJET 2015 Kedua: 100 juta r inggi t kepada Agensi Inovasi Malaysia; Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd; Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund; Kelima: 30 juta r inggi t untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan Keenam: Bagi menggiatkan aktivit i demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public- Private Research Network. Tuan Yang Dipertua, MEMPERTINGKAT PENGGUNAAN TEKNOLOGI 109. Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS. 110. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah. 28 BAJET 2015 MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI HIJAU 111. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah. 112. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020 melalui: Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit; Kedua: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun dalam menggalakkan penggunaan solar photovoltaic; dan Ketiga: Melan ju tkan tempoh pe laksanaan Sk im Pembiayaan Tekno log i H i jau seh ingga 31 Disember 2017 dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN 113. Perkara ini amat kr i t ikal untuk masa depan negara. Justeru Kerajaan akan mengambil langkah-langkah seperti: 29 BAJET 2015 MEMANTAPKAN KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 114. Langkah Pertama: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada tahun 2016. 115. Antara lain, Kerajaan akan membina: • 30 buah sekolah rendah; • 27 buah sekolah menengah; • Empat buah MRSM di Sik, Kedah, Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan serta Bagan Datoh, Perak; dan • Lima buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah, Segamat dan Ledang di Johor serta Jerantut, Pahang. 116. Untuk peringkat kelas prasekolah pula, 44.6 juta ringgit diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia. Tuan Yang Dipertua, MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS 117. Untuk meningkatkan Penguasaaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, 135 juta ringgit diperuntukkan bagi program Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. 118. Oleh kerana, Bahasa Inggeris amat penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif iaitu Dual Language Programme dan Highly Immersive Programme akan dilaksanakan secara optional dengan kos 38.5 juta ringgit. Dalam hal ini, 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis. 30 BAJET 2015 BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN MAKANAN 119. Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan 100 ringgit akan diteruskan. Mulai Januari 2016, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta ringgit. 120. Selain itu, program rancangan makanan tambahan yang melibatkan 550 ribu pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam eKasih akan ditambah baik. 121. Program ini, yang sebelumnya hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat, akan diperluaskan dengan kos tambahan 173 juta ringgit untuk sarapan pagi. Kos keseluruhan program ini sebanyak 423 juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, MENYELENGGARA FASILITI PENDIDIKAN 122. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan juga terus menyediakan peruntukan untuk membangunkan dan menyelenggara Fasiliti Pendidikan untuk Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; MRSM; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau Conforming School yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan. Peruntukan bagi tujuan ini, keseluruhannya berjumlah 500 juta ringgit. MEMANTAPKAN PENDIDIKAN TINGGI 123. Langkah Kedua: Pembiayaan biasiswa diteruskan dengan agihan, antaranya: 31 BAJET 2015 • 1.65 bilion ringgit melalui Jabatan Perkhidmatan Awam; • 288 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan; • 250 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan Tinggi; dan • 258 juta ringgit melalui Kementerian Kesihatan. 124. Selanjutnya, dalam menggalakkan lagi pendidikan tinggi, sukacita saya umumkan, had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada 7 ribu ringgit daripada 5 ribu ringgit setahun. 125. Ini dilengkapkan lagi dengan penerusan Program Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai 250 ringgit, bagi 1.2 juta pelajar. Untuk mengelakkan salah guna baucar ini, kaedah penebusan akan diperkemaskan hanya di kedai- kedai buku yang diiktiraf. Tuan Yang Dipertua, MENTRANSFORMASI LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 126. Langkah Ketiga: Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja, kita mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu, adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. Sejumlah 4.8 bilion ringgit diperuntukkan kepada 545 Institusi TVET di bawah Bajet ini. 127. Dalam usaha ini juga, MITI akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kemahiran Industri bagi menyelaras program TVET dengan kerjasama pihak industri. 128. Selain daripada itu, lebih 330 ribu pelatih akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini melalui antaranya program-program berikut: 32 BAJET 2015 Pertama: 585 juta ringgit untuk peralatan latihan TVET di Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, GiatMARA dan Kolej Vokasional; Kedua: 350 juta ringgit untuk membiayai program di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran; dan Ketiga: 80 juta ringgit untuk penubuhan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian Serian, Sarawak. Tuan Yang Dipertua, MEMPERKASA BELIA, KOMUNITI DAN NGO 129. Langkah Keempat pula, berkenaan Memperkasa Belia, Komuniti dan NGO. Bagi langkah ini, Bajet 2016 memperuntukkan 930 juta ringgit kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi inisiatif berikut: Pertama: 280 juta ringgit untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara; Kedua: 50 juta ringgit untuk meningkatkan aktiviti pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan; Ketiga: 145 juta ringgit untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan SEA ke 29 dan Sukan Para ASEAN ke 9 pada tahun 2017 di Kuala Lumpur; 33 BAJET 2015 Keempat: 75 juta ringgit untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit; Kelima: 22 juta ringgit untuk membina dua Kompleks Sukan di Bagan Datoh dan Kuantan; dan Keenam: 360 juta ringgit untuk menambahbaik Program Latihan Khidmat Negara bagi 20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal. 130. Akhir sekali, 160 juta ringgit disediakan untuk NGO- NGO, bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan. Tuan Yang Dipertua, MENINGKATKAN KUALITI TENAGA KERJA 131. Langkah Kelima, memfokus kepada Kualiti Tenaga Kerja. Bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja, program seperti berikut akan dilaksanakan: Pertama: Memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak serta Outplacement Centre bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan; dan Kedua: Melatih 15 ribu peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M dengan kos 250 juta ringgit yang akan dibiayai sepenuhnya oleh GLC. 34 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, 132. Untuk Menambahbaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing pula, sebanyak 77 juta ringgit akan diperuntukkan oleh PSMB bagi menjalankan program seperti Train & Replace dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan pengangkutan. Tuan Yang Dipertua, 133. Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini. Tuan Yang Dipertua, KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA 134. Perlu saya tegaskan, bahawa pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak. MEMPERKASA BUMIPUTERA 135. Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada TERAJU untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi. 136. 150 juta ringgit diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam. 35 BAJET 2015 137. Manakala kepada MARA pula, diperuntukkan 3.7 bilion ringgit, termasuk menaja pengajian 72 ribu pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi. 138. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, peruntukan akan diberikan seperti berikut: Pertama: 400 juta ringgit kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS; Kedua: 250 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad; Ketiga: 150 juta ringgit kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan Keempat : 100 juta ringgit sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur. Tuan Yang Dipertua, MEMPERHEBAT PEMBANGUNAN SABAH DAN SARAWAK 139. Manakala, untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan: Pertama: Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1,090 km, dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak 16.1 bilion ringgit. Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini, akan mula dibina pada tahun 2016 meliputi 706 kilometer, bermula dari Sindumin dan akan berakhir di Tawau dengan anggaran kos 12.8 bilion ringgit. 36 BAJET 2015 Sukacitanya saya berkongsi sekali lagi, Lebuhraya Pan Borneo ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol; Kedua: Pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod utama pengangkutan bagi penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak serta Labuan. Maka perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST; Ketiga: Sebagai satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang; Keempat: 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma yang meliputi kawasan seluas 65 ribu hektar di Sarawak dan 11 ribu hektar di Sabah; Kelima: 260 juta ringgit disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara; Keenam: 115 juta ringgit disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti untuk program native customary rights yang merangkumi prosedur-prosedur pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, serta melibatkan kos membina native courts atau 37 BAJET 2015 mahkamah-mahkamah adat. Bagi projek native customary rights 20 juta daripada jumlah tersebut untuk pemetaan tanah di Sabah, dan 30 juta ringgit pula, untuk tujuan yang sama di Sarawak; dan Ketujuh: Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pedalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru. Tuan Yang Dipertua, KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT 140. Hal ini, adalah amat dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan melalui: MENINGKATKAN TARAF HIDUP ISI RUMAH B40 141. Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40 di mana: Pertama: TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit untuk usahawan Bumiputera dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Selain itu, 50 juta ringgit disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India; Kedua: Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40; 38 BAJET 2015 Ketiga: 100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta; Keempat: Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI. Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah; Kelima: 50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan Keenam: Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan. Tuan Yang Dipertua, 142. Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan: 39 BAJET 2015 Pertama: Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit; Kedua: Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah sebanyak 45 juta ringgit; dan Ketiga: Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan, menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit. 143. Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit, yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tuan Yang Dipertua, BANTUAN PESAWAH, PEKEBUN KECIL DAN PENOREH GETAH 144. Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti. 145. Kerajaan bercadang menambahbaik Insent i f Pengeluaran Getah atau IPG. Untuk ini, sukacita saya 40 BAJET 2015 umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit 60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Free On Board. Bagi getah sekerap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada 1 ringgit 75 sen, kepada 2 ringgit 20 sen sekilogram. 146. Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas dua hektar dijangka mampu meraih pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah sekerap 2 ringgit sekilogram. 147. Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram, pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan meningkat kepada 1,100 ringgit sebulan. 148. Dengan penambahbaikan IPG ini juga Tuan Yang Dipertua, jikalau senario tadi hanya merujuk kepada seorang pemilik kebun, secara keseluruhannya pula, melalui Bajet ini seramai 300 ribu pekebun getah akan menerima manfaat tambahan daripada Kerajaan. Jumlah peruntukan yang dianggarkan adalah sebanyak 200 juta ringgit. 149. Selanjutnya, bagi menggalakkan petani meningkatkan mutu padi dan hasil tuaian mereka, Kerajaan akan melaksanakan Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi, mulai 1 Januari 2016. 150. Pemutuan Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, Kerajaan juga meningkatkan kadar SSHP dari 248 ringgit 10 sen, kepada 300 ringgit bagi setiap tan metrik. 151. Maksudnya, sekiranya seseorang petani i tu menghasilkan enam tan metrik padi, yang menepati kualiti 41 BAJET 2015 pemutuan 20 peratus pemotongan, beliau layak mendapat bayaran hasil jualan sebanyak 5,760 ringgit. 152. Bukan itu sahaja, petani tersebut juga akan menerima penambahan menerusi peningkatan kadar SSHP, menjadikan jumlah pendapatannya meningkat daripada 1,190 ringgit kepada 1,440 ringgit. 153. Maka, secara keseluruhannya, setelah ini, petani tersebut akan mendapat 7,200 ringgit, pada setiap kali penuaian. Suka saya menyatakan di sini, seramai 155 ribu pesawah akan menikmati penambahbaikan skim ini. 154. Langkah Dua: Seperti kita tahu, isu pemilikan rumah adalah isu yang sering dibangkitkan semenjak beberapa tahun ini. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan pelbagai agensi. Tuan Yang Dipertua, MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK 155. Baje t 2016, meneruskan pe lbagai program pemilikan rumah bagi segenap lapisan pendapatan seperti berikut: Pertama: Membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran, dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit. Sebanyak 10 ribu unit dijangka siap tahun hadapan; Kedua: Membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah dengan peruntukan 200 juta ringgit; 42 BAJET 2015 Ketiga: Membina 100 ribu unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M, menjelang tahun 2018, dengan harga di antara 90 hingga 300 ribu ringgit. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan akan disediakan; Keempat: Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan 863 juta ringgit; Kelima: Menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT, sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk ini, 200 juta ringgit diperuntukkan; Keenam: Membina lima ribu unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa; Ketujuh: Memperuntukkan 60 juta ringgit kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli; Kelapan: Membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20 ribu unit rumah oleh FELDA, dua ribu unit rumah oleh FELCRA dan dua ribu unit rumah oleh RISDA. Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada 70 ribu ringgit berbanding 90 ribu ringgit sebelum ini; Kesembilan: Membina 800 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa 43 BAJET 2015 Land milik KWSP dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property; dan Kesepuluh: Memperuntukkan 40 juta ringgit di bawah KPKT, bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai. Selain itu, pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai. Tuan Yang Dipertua, 156. Seterusnya, bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, langkah berikut akan dilaksanakan: Pertama: 150 juta ringgit bagi membina dan membaik pulih 11 ribu rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW; dan Kedua: 155 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railings serta pendawaian semula. Tuan Yang Dipertua, PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI 157. Langkah Tiga: Sememangnya, negara mana yang tidak mahu kualiti perkhidmatan kesihatan terbaik dan bertaraf dunia. Inilah yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah: 44 BAJET 2015 Pertama: Membina lima hospital baharu di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan Cyberjaya; Kedua: Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak- kanak Kuala Lumpur, yang bernilai 848 juta ringgit pada Oktober 2016; Ketiga: Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang; Keempat: 260 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian berserta kuarters di seluruh negara; Kelima: 52 juta ringgit bagi operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada dan pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu; Keenam: 72 juta ringgit untuk bantuan perubatan, termasuk hemodialisis, yang memanfaatkan hampir 10 ribu pesakit kurang berkemampuan; dan Ketujuh: 4.6 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik Kerajaan. 158. Bermula 1 Januari 2016 juga, Kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia. Tuan Yang Dipertua, MEMPERKUKUH SISTEM JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL 159. Langkah Empat: Kerajaan akan terus memperkukuh sistem jaringan perlindungan sosial dengan peruntukan hampir 2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk membantu golongan 45 BAJET 2015 OKU, warga emas dan keluarga miskin. Untuk tujuan ini, antara program yang akan dilaksanakan adalah: Pertama: 445 juta ringgit bagi meneruskan pemberian 350 ringgit sebulan kepada OKU bekerja dan 200 ringgit sebulan kepada OKU yang tidak bekerja serta untuk penjagaan OKU terlantar sebanyak 300 ringgit sebulan. Kesemuanya ini, akan memanfaatkan hampir 150 ribu OKU; Kedua: 100 juta ringgit disediakan termasuk untuk menambah 20 lagi buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti; dan Ketiga: Bantuan 662 juta ringgit untuk anak daripada keluarga miskin berjumlah 100 hingga 450 ringgit sebulan serta warga emas miskin sebanyak 300 ringgit sebulan. Tuan Yang Dipertua, MEMPERKUKUH PENGURUSAN BENCANA 160. Dalam setahun yang lepas, negara telah dilanda dua bencana yang besar, iaitu banjir besar pada penghujung 2014 dan gempa bumi di Ranau, Sabah. Musibah dan tragedi ini, jika tidak diambil langkah yang proaktif, boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit dan lebih penting lagi, kehilangan nyawa dan anggota. 161. Maka, bagi memperkukuh pengurusan bencana alam, 180 juta ringgit disediakan termasuk untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah JPM. 162. Seterusnya, 730 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara. Manakala, 60 juta ringgit untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir 46 BAJET 2015 Negara serta membangunkan Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah. Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Dewan yang mulia serta rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, 163. Jelasnya, apa yang pentadbiran Kerajaan sedia ada selama ini, sedang lakukan dan laksanakan, dengan sehabis baik ini,…sebetulnya, merupakan tali-temali, sambung menyambung dasar serta perancangan pimpinan negara, sejak dekad-berdekad. 164. Lantas,… ingin saya ulangi,.. Bajet ini,…satu antara langkah dalam rantaian langkah-langkah besar terakhir,… yang hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum mentari sebagai negara maju, menzahirkan cahayanya. 165. Pucuk pangkalnya, sebagaimana baik pun perancangan yang dibuat, sedemikian apapun rencana yang disusun, hukum hakam dan resmi bernegara, seperti tercatat dalam tawarikh kehidupan, membuktikan bahawa, hatta sebuah tamadun pun akan gagal jikamana kerukunan, kestabilan dan kebersatuan negara tidak diperkekalkan. Tuan Yang Dipertua, 166. Oleh sebab itulah, tatkala membicarakan tentang ketenteraman tanahair, tiada kalimah sebagai ibarat, tiada kata sebagai umpama, yang dapat menunjukkan betapa kita berterima kasih dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan, mahupun para perajurit, anggota polis, dalam menjamin keamanan pertiwi. 47 BAJET 2015 167. Oleh yang demikian, Kerajaan komited untuk melaksanakan pelan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia atau ATM secara berperingkat. KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM 168. Sehubungan itu, sebanyak 17.3 bilion ringgit disediakan untuk Kementerian Pertahanan. Antaranya, bagi perolehan enam buah Littoral Combatant Ship, sistem persenjataan Very Short Range Air Defence, kereta berperisai dan pesawat Airbus A-400M. 169. Tambahan lagi, ATM akan diperlengkapkan dengan teknologi terkini, termasuk penggunaan Unmanned Airborne System untuk meningkatkan keupayaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance. 170. Sejumlah 523 juta ringgit pula, diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah. 171. Seterusnya, bagi mengenang jasa dan khidmat bakti wira-wira kita, sebanyak 160 juta ringgit diperuntuk bagi membina empat ribu unit lagi kuarters anggota ATM. 172. Tidak cukup sekadar itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera sedang merancang untuk membina tambahan dua ribu unit lagi rumah mampu milik, kepada anggotanya bermula tahun hadapan. 173. Di samping itu, Kerajaan bersetuju supaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, diperuntukkan sejumlah 864 juta ringgit bertujuan antaranya, perolehan Offshore Patrol Vessel dan kapal peronda. 48 BAJET 2015 174. Manakala, bagi mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri, untuk terus mengurangkan kadar jenayah,… sejumlah 13.1 bilion ringgit disediakan. Inisiatif-inisiatif berikut akan dilaksanakan: Pertama: 155 juta ringgit untuk pembinaan dua buah Ibu Pejabat Polis Daerah atau IPD baharu, iaitu di Lawas, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah serta 10 buah IPD dan lima buah balai polis yang masih dalam pembinaan; Kedua: Merancang untuk membina dua ribu unit lagi rumah mampu milik bagi anggota Polis Diraja Malaysia atau PDRM, antaranya di Rawang dan kawasan-kawasan yang sedang dikenalpasti; Ketiga: 36 juta ringgit untuk membina pejabat, kuarters dan menaiktaraf depoh tahanan imigresen; Keempat: 50 juta ringgit bagi mempertingkatkan langkah keselamatan penjara; dan Kelima: 20 juta ringgit untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam, antaranya melalui pengasingan laluan pejalan kaki dan pencahayaan di kawasan tersebut. Sukacita saya mengumumkan, penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM lagi, dan 500 unit lagi kereta peronda, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 35 juta ringgit. 49 BAJET 2015 Tuan Yang Dipertua, MEMERANGI RASUAH 175. Bagi menguatkan lagi usaha integriti dan mengurangkan ketirisan serta rasuah, SPRM akan terus dimantapkan dengan program-program serta latihan yang relevan. Dengan ini, bilangan pegawai SPRM akan turut ditambah mengikut keperluan. 176. Merujuk kepada falsafah Rancangan Malaysia Kesebelas lagi, Tuan Yang Dipertua, sepertimana yang telah saya nyatakan di awal ucapan tadi, tentang rupawajah dan warna-warna kemajuan negara serta sahsiah rakyat yang kita dambakan, ketikamana memasuki gelanggang negara maju kelak, dalam apa jua yang direncanakan, seperti dokumen Bajet ini,… perihal kebajikan dan kepentingan rakyat, menjadi keutamaan. 177. Sepertimana ramai makrufi,… Malaysia kontemporari ini, sudah pun dikenali sebagai sebuah negara Islam yang progresif lagi dinamik, sehingga disegani di seantero dunia. Sejak tahun-tahun kebelakangan,… Kerajaan sedang menuju maksud dalam usaha menepati kerangka maqasid syariah dan pengertian wasatiyyah. 178. Walau apapun, untuk memenuhi tuntutan maqasid syariah, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi, berkait ciri kemajmukan rakyat di negara ini. 179. Sememangnya pun, tanpa disedari, sejak meraih kemerdekaan, kita telah mengamalkan objektif tersebut dengan prinsip kesederhanaan yang begitu tersendiri. 180. Berdiri di atas asas ini, kita telah berjaya membina sebuah negara yang makmur, aman dan sentosa. 50 BAJET 2015 181. Di sudut ini,… tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran negara adalah para kakitangan awam. 182. Oleh itu, marilah kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada lebih 1.6 juta mereka yang berjasa ini. MENGHARGAI PENJAWAT AWAM 183. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju: Pertama : Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit; Kedua : Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam; Ketiga : Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam; Keempat: Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang- kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan Kelima: Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang- kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak. 51 BAJET 2015 184. Pelaksanaan kesemua langkah ini Tuan Yang Dipertua, akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 185. Bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan diteruskan. 186. Saya tahu benar,… ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sebenarnya sangat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan ini, kerana terbukti, BR1M tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka. 187. Sehubungan yang demikian,… selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga, sukacita saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut: Pertama: Satu kategor i baru d iperkenalkan bag i semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan d i bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit; Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit; Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit; 52 BAJET 2015 Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; dan Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit. Tuan Yang Dipertua, 188. Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan sebanyak 5.9 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, 189. Jika, dalam RMK-11, saya telah menyebut tentang kelompok B40, dan tafsiran kumpulan yang terlibat, maka dalam Bajet ini, satu lagi kumpulan besar yang Kerajaan kini akan turut memberi tumpuan bergelar M40. 190. Secara statistiknya, tafsiran awal M40 adalah, kelompok isirumah yang berpendapatan antara 3,860 ringgit hingga 8,320 ringgit. Namun, definisi M40 ini, akan terus Kerajaan perincikan dari masa ke semasa. MENAMBAH PENDAPATAN BOLEH GUNA M40 191. Dalam hal ini, sukacita saya umumkan: Pertama: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada 1 ribu ringgit kepada 2 ribu ringgit; 53 BAJET 2015 Kedua: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada 3 ribu ringgit kepada 4 ribu ringgit; Ketiga: Jika buat masa ini, pembayar cukai individu diberi pelepasan sehingga 5 ribu ringgit setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan terhad hanya kepada ibubapa mereka yang sakit. Dalam Bajet ini, Kerajaan memandang positif sikap anak yang mengambil berat terhadap kebajikan ibubapa mereka dan mengalu-alukan pengukuhan institusi kekeluargaan. Sehubungan itu, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibubapa mereka, meskipun tidak tinggal bersama, akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak 1,500 ringgit untuk ibu, dan 1,500 ringgit lagi untuk bapa. Tapi,…dengan syaratnya, ibu dan bapa masing- masing tidak berpendapatan melebihi 2 ribu ringgit sebulan dan berumur 60 tahun ke atas; dan Keempat: Sempena Bajet ini juga, Kerajaan memutuskan, untuk menaikkan had pelepasan cukai daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara, mulai tahun taksiran 2016; dan Kelima: Bagi ibubapa kepada anak-anak Orang Kurang Upaya-nya, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai dinaikkan daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, mulai tahun taksiran 2016. 54 BAJET 2015 Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibubapa yang mempunyai anak OKU adalah 6 ribu ringgit. Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya, adalah sebanyak 14 ribu ringgit. Tuan Yang Dipertua, 192. Seterusnya, untuk membolehkan lebih ramai pekerja mendapat manfaat di bawah PERKESO, kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji 3 ribu ringgit kepada 4 ribu ringgit sebulan. Pengubahsuaian ini, memanfaatkan kepada 500 ribu pekerja, di mana jika si pencarum meninggal dunia dalam tempoh kerja, waris akan menerima bayaran bulanan sehingga 90 peratus pendapatan bulanan terakhir beliau. Tuan Yang Dipertua, 193. Secara kesimpulannya, selama puluhan tahun, Kerajaan telah memikul mandat dan menggalas kepercayaan rakyat. Kerajaan ini juga telah secara berterusan melunaskan serta melangsaikan janji-janji yang dilafaz dan dicatat. Ini bererti, Kerajaan yang mentadbir sekian waktu ini jua, terserlah mempunyai visi dan halatuju yang jelas. 194. Apa yang mustahak, untuk dinyata dan dipertegaskan sekali lagi, kita terus mendapat pengiktirafan-pengiktirafan daripada pengabsah-pengabsah berwibawa tinggi di dunia, antaranya agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s dan Standard & Poor’s, yang telah memberi gambaran sebenar, tentang keadaan serta pengurusan ekonomi Malaysia. 195. Malah,… pelbagai pencapaian telah kita raih, antaranya yang terkini, kedudukan Malaysia dalam Laporan 55 BAJET 2015 Daya Saing Global 2015-2016 oleh World Economic Forum, melonjak dua anak tangga kepada kedudukan 18 daripada 140 negara utama ekonomi di dunia. 196. Kepada rakyat sekalian,… usahlah berbimbang- bimbang dan bergundah-gundah. Jelas sekali,… dengan rekod pencapaian yang cemerlang,… antaranya yang telah saya tuturkan di awal ucapan tadi, maka letakkanlah keyakinan,… taruhlah harapan, bahawa,… inilah Kerajaan yang boleh dibergantung harap, demi masa depan hari muka, anak cucu dan keturunan kita. 197. Dalam apa jua keadaan, saya dan rakan-rakan akan meneruskan perancangan ekonomi negara, dengan mengutamakan serta mendahulukan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang Dipertua, MENAMBAH BAIK GAJI MINIMUM 198. Pokoknya,… bagi Kerajaan ini,… rakyat adalah segala-galanya. Khabar bahagia sudahpun tiba. Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada 900 ringgit kepada 1,000 ringgit sebulan bagi Semenanjung, dan daripada 800 ringgit kepada 920 ringgit sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gaji minimum ini melibatkan semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah. Tuan Yang Dipertua, PEMBERIAN KHAS PENJAWAT AWAM 199. Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam. 56 BAJET 2015 200. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016. PENUTUP Tuan Yang Dipertua, 201. Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa. 202. Lalunya, berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina Malaysia tercinta ini,… kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita berasa amat-amat kesal, dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab sama ada musuh dari dalam, mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini. 203. Pada kita,… perbuatan segelintir pihak ini, akan hanya memporak-perandakan, sampai boleh memusnahkan apa yang terbina selama ini. 204. Waima, wujud sesetengah orang, yang kita sendiri kadang-kadang tidak tersangka-sangka, atau terduga- duga, ibarat api di dalam sekam,…menjadi gunting dalam lipatan. Tuan Yang Dipertua serta rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,… 205. Dalam menghela nafas keinsafan, saya perakui,… benarlah saya ini seorang pemimpin, tetapi saya juga manusia seperti saudara saudari sekalian. Kita sama-sama ada kelebihan dan sama-sama ada kelemahan di sana sini. 57 BAJET 2015 206. Sayugia,… sambil merujuk-rujuk mafhum tafsir daripada surah Yusuf, bahawa,… Tuhan tidak menyuruh kita berhenti dari berusaha,... Tuhan juga tidak benarkan kita sesekali berputus asa dari RahmatNya,… dan apatah lagi sesungguhnya,… Tuhan juga tetap menjanjikan kepada hamba-hambanya yang berislah dan beriltizam, bahawa,… kejayaan pasti menjelma jua. 207. Sebab itu,… Tuan yang Dipertua,… sudah menjadi adat orang berjuang, pasti akan menempuh rintangan dan dugaan. Namun,… biar pun berjuta gugatan menghalang, biar menggunung ombak mendatang, kita,…kita tidak akan sesekali berputus harapan. 208. Kini,…Tuan Yang Dipertua, saya,… bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,… berserta anggota pentadbiran dan pimpinan-pimpinan Barisan Nasional,… sehati sejiwa,… akan tetap tabah dan bertawakal meneruskan perjuangan yang mulia ini. 209. Nescaya, dengan dipersaksikan masa dan dineraca oleh waktu,… yang benar tetap benar,… sejarahnya kelak menjadi bukti. 210. Akhir kalam,… bak kata para hukama’,… yang indah- indah itu dari Ilahi dan yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Maha Pencipta, agar tiap sesuatu akan kembali pulih seperti sediakala. Semoga Bajet ini dilimpah- limpah RahmatNya dan membawa sentosa kepada semua. Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan. Wabi l lah i Tauf ik Wal Hidayah Wassalamuala ikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 58 BAJET 2015 LAMPIRAN LA MPIRAN 61 SENARAI LAMPIRAN LANGKAH CUKAI MUKA SURAT LAMPIRAN 1 : Kajian Semula Kadar Cukai Pendapatan Individu 63 LAMPIRAN 2 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Bagi Pembayar Cukai Yang Pasangan Tiada Pendapatan Dan Membayar Alimoni Kepada Bekas Isteri 65 LAMPIRAN 3 : Pelepasan Cukai Untuk Penjagaan Ibu Bapa 66 LAMPIRAN 4 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Bagi Anak Berumur Di Bawah 18 Tahun 67 LAMPIRAN 5 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Untuk Anak Yang Sedang Menuntut Di Peringkat Pengajian Tinggi 68 LAMPIRAN 6 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Ke Atas Yuran Pengajian Di Peringkat Tertiari 69 LAMPIRAN 7 : Pelepasan Cukai Bagi Caruman Pekerja Kepada Skim Perlindungan Keselamatan Sosial 70 LAMPIRAN 8 : Galakan Cukai Ke Atas Penerbitan Sukuk Pelaburan Mampan Dan Bertanggungjawab (Sustainable And Responsible Investments) (Sukuk SRI) 71 LAMPIRAN 9 : Galakan Cukai Bagi Penerbitan Bon Runcit Dan Sukuk Runcit 72 LAMPIRAN 10 : Lanjutan Pengecualian Cukai Ke Atas Pendapatan Perkhidmatan Pengurusan Dana Patuh Syariah 73 LAMPIRAN 11 : Lanjutan Tempoh Galakan Cukai Bagi Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) 74 LAMPIRAN 12 : Lanjutan Pengecualian Duti Setem Bagi Pemulihan Projek Rumah Terbengkalai 75 LAMPIRAN 13 : Lanjutan Pengecualian Duti Setem Ke Atas Surat Cara Pembiayaan Secara Syariah 76 62 LANGKAH CUKAI MUKA SURAT LAMPIRAN 14 : Pelarasan Barang Makanan Yang Dikenakan GST Pada Kadar Sifar 77 LAMPIRAN 15 : Skop Ubat-Ubatan Yang Dikenakan GST Pada Kadar Sifar 79 LAMPIRAN 16 : Layanan GST Ke Atas Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang Udara Domestik Di Sabah Dan Sarawak 80 LAMPIRAN 17 : Kajian Semula Entiti Yang Layak Memohon Untuk Kelulusan Di Bawah Skim Pedagang Diluluskan 81 LAMPIRAN 18 : Pelepasan Daripada Membayar GST Ke Atas Perolehan Barang Oleh Pusat Latihan Kemahiran Dan Vokasional 83 LAMPIRAN 19 : Pelepasan Daripada Membayar GST Ke Atas Pengimportan Semula Barang Yang Telah Dieksport Sementara Bagi Tujuan Promosi, Penyelidikan Atau Pameran 84 LAMPIRAN 20 : Pelepasan Dari Membayar GST Ke Atas Pengimportan Semula Barang Yang Telah Dieksport Sementara Bagi Tujuan Sewaan Dan Pajakan 85 LAMPIRAN 21 : Galakan Cukai Bagi Penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies (ICAB) 86 LAMPIRAN 22 : Kajian Semula Galakan Cukai Bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan 88 LAMPIRAN 23 : Lanjutan Galakan Cukai Bagi Syarikat Pengendali Pelancongan 90 LAMPIRAN 24 : Potongan Dua Kali Secara Automatik Bagi Projek R&D 91 LAMPIRAN 25 : Galakan Elaun Peningkatan Eksport Kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) 92 LAMPIRAN 26 : Galakan Elaun Pelaburan Semula Khas 93 63 LAMPIRAN 1 KAJIAN SEMULA KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU Kedudukan Semasa Struktur cukai pendapatan bagi individu pemastautin menggunapakai kadar cukai progresif antara 0% dan 25% ke atas pendapatan bercukai. Kadar cukai pendapatan yang berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2015 adalah seperti berikut: Pendapatan Bercukai (RM) Kadar Cukai Semasa (%) 1 – 5,000 0 5,001 – 20,000 1 20,001 – 35,000 5 35,001 – 50,000 10 50,001 – 70,000 16 70,001 – 100,000 21 100,001 – 250,000 24 250,001 – 400,000 24.5 Melebihi 400,000 25 Individu bukan pemastautin dikenakan cukai pendapatan pada kadar tetap 25%. Cadangan Bagi memastikan struktur cukai individu yang lebih progresif, adalah dicadangkan kadar cukai pendapatan bagi individu pemastautin yang mempunyai pendapatan bercukai melebihi daripada RM600,001 hingga RM1,000,000 dinaikkan sebanyak 1 mata peratusan dan pendapatan bercukai melebihi RM1,000,000 dinaikkan sebanyak 3 mata peratusan seperti berikut: 64 Pendapatan Bercukai (RM) Kadar cukai semasa (%) Kadar cukai dicadangkan (%) 1 – 5,000 0 0 5,001 – 20,000 1 1 20,001 – 35,000 5 5 35,001 – 50,000 10 10 50,001 – 70,000 16 16 70,001 – 100,000 21 21 100,001 – 250,000 24 24 250,001 – 400,000 24.5 24.5 400,001 – 600,000 25 25 600,001 – 1,000,000 25 26 Melebihi 1,000,000 25 28 Kadar tetap cukai pendapatan bagi individu bukan pemastautin dinaikkan 3 mata peratusan daripada 25% kepada 28%. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016. 65 LAMPIRAN 2 KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI BAGI PEMBAYAR CUKAI YANG PASANGAN TIADA PENDAPATAN DAN MEMBAYAR ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI Kedudukan Semasa Pembayar cukai individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan dan/atau pembayar cukai individu membayar alimoni kepada bekas isteri layak menuntut pelepasan sehingga RM3,000. Cadangan Bagi membantu pembayar cukai individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan dan/atau membayar alimoni kepada bekas isteri, adalah dicadangkan pelepasan berkenaan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016. 66 LAMPIRAN 3 PELEPASAN CUKAI UNTUK PENJAGAAN IBU BAPA Kedudukan Semasa Pembayar cukai individu dibenarkan menuntut pelepasan sehingga RM5,000 setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan ibu bapa. Perbelanjaan perubatan dan penjagaan tersebut perlu dibuktikan dengan resit dan mendapat pengesahan keperluan penjagaan daripada pegawai perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council. Cadangan Bagi membantu pembayar cukai menampung kos penjagaan ibu bapa, adalah dicadangkan pelepasan baharu untuk ibu bapa sebanyak RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa. Amaun pelepasan ini boleh dikongsi sesama adik-beradik untuk menuntut pelepasan ke atas ibu dan bapa mereka dengan syarat jumlah tuntutan pelepasan tidak melebihi RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa. Di samping itu, pembayar cukai individu dibenarkan menuntut pelepasan terhad kepada ibu bapa yang layak dengan syarat: i. pembayar cukai berkenaan tidak menuntut pelepasan perubatan dan penjagaan ibu bapa; ii. ibu bapa hendaklah ibu kandung, bapa kandung, ibu angkat dan bapa angkat yang sah di bawah undang-undang tertakluk kepada maksima 2 orang ibu bapa; iii. ibu bapa berumur 60 tahun dan ke atas; iv. ibu bapa menetap di Malaysia dalam tahun taksiran semasa; dan v. ibu bapa mempunyai pendapatan tahunan tidak melebihi RM24,000 setahun bagi setiap ibu dan bapa. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2020. 67 LAMPIRAN 4 KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI BAGI ANAK BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN Kedudukan Semasa Pembayar cukai individu diberi pelepasan RM1,000 ke atas setiap orang anak berumur di bawah 18 tahun. Cadangan Bagi membantu pembayar cukai menampung kos saraan anak, adalah dicadangkan pelepasan bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016. 68 LAMPIRAN 5 KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI UNTUK ANAK YANG SEDANG MENUNTUT DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI Kedudukan Semasa Pembayar cukai individu layak menuntut pelepasan RM6,000 untuk setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas yang sedang menuntut sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di peringkat diploma dan ke atas di Malaysia atau di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di luar Malaysia di peringkat ijazah pertama dan ke atas. Cadangan Bagi membantu pembayar cukai mengurangkan kos perbelanjaan pengajian tinggi anak-anak, adalah dicadangkan pelepasan tersebut dinaikkan dari RM6,000 ke RM8,000 untuk setiap orang anak. Bagi anak kurang upaya, pelepasan ini merupakan tambahan kepada pelepasan anak kurang upaya sebanyak RM6,000 bagi setiap anak. Oleh itu, pembayar cukai layak menuntut pelepasan sebanyak RM14,000 bagi setiap anak kurang upaya yang berumur 18 tahun ke atas dan sedang menuntut sepenuh masa di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di Malaysia atau di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di luar Malaysia. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016. 69 LAMPIRAN 6 KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI KE ATAS YURAN PENGAJIAN DI PERINGKAT TERTIARI Kedudukan Semasa Pembayar cukai individu yang melanjutkan pengajian di peringkat tertiari dalam bidang pengajian terpilih, atau di peringkat sarjana atau kedoktoran dalam mana-mana bidang yang ditawarkan oleh institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf Kerajaan Malaysia atau yang diluluskan oleh Menteri Kewangan boleh menuntut pelepasan ke atas yuran pengajian. Pelepasan tersebut adalah terhad sehingga RM5,000 setahun dan bidang pengajian yang layak adalah seperti berikut: Peringkat Pengajian Bidang Pengajian Sijil/Diploma/ Sarjana Muda Undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, kemahiran atau kelayakan vokasional, teknikal, industri, saintifik dan teknologi Sarjana/Kedoktoran Semua bidang Cadangan Bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mendokong aspirasi negara untuk meningkatkan pengetahuan dan pembangunan bakat bertaraf global, adalah dicadangkan had pelepasan yuran pengajian dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 setahun. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016. 70 LAMPIRAN 7 PELEPASAN CUKAI BAGI CARUMAN PEKERJA KEPADA SKIM PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Kedudukan Semasa Caruman pekerja swasta kepada skim perlindungan keselamatan sosial yang dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 terdiri daripada dua komponen, iaitu: i. Caruman berkanun bagi pekerja warganegara Malaysia yang dibayar gaji bulanan kasar sehingga RM3,000 pada kadar 0.5% daripada gaji bulanan kasar yang ditawarkan di bawah perjanjian penggajian. Jumlah caruman dihadkan kepada asas gaji bulanan kasar maksimum RM3,000 walaupun gaji pekerja tersebut meningkat di masa depan; dan ii. Caruman sukarela bagi pekerja warganegara Malaysia yang dibayar gaji bulanan kasar melebihi RM3,000 pada kadar 0.5% daripada gaji bulanan kasar yang ditawarkan di bawah perjanjian penggajian. Jumlah caruman juga dihadkan kepada asas gaji bulanan kasar maksimum RM3,000 sahaja. Caruman majikan kepada skim perlindungan keselamatan sosial adalah pada kadar 1.75% daripada gaji bulanan kasar pekerja Malaysia tertakluk kepada had gaji maksimum RM3,000. Caruman ini layak dituntut potongan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan. Pada masa ini, pekerja tidak layak menuntut pelepasan ke atas caruman kepada skim perlindungan keselamatan sosial. Cadangan Bagi menggalakkan lebih ramai pekerja mencarum secara sukarela kepada skim perlindungan keselamatan sosial, adalah dicadangkan pekerja layak menuntut pelepasan maksimum RM250 setahun bagi caruman kepada PERKESO berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016. 71 LAMPIRAN 8 GALAKAN CUKAI KE ATAS PENERBITAN SUKUK PELABURAN MAMPAN DAN BERTANGGUNGJAWAB (SUSTAINABLE AND RESPONSIBLE INVESTMENTS) (SUKUK SRI) Kedudukan Semasa Potongan cukai diberi ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk di bawah prinsip Mudharabah, Musyarakah, Ijarah, Istisna’, Murabahah, Wakalah dan Bai’ Bithaman Ajil yang berasaskan tawarruq yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Galakan ini diberi mulai tahun taksiran 2003 hingga tahun taksiran 2015. Potongan cukai bagi sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah di atas telah dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018. Layanan cukai yang sama turut terpakai ke atas penerbitan sukuk yang mematuhi ciri-ciri Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Sustainable and Responsible Investment – SRI). Sukuk SRI adalah merujuk kepada pembiayaan projek yang mempunyai objektif berikut: i. memelihara dan melindungi alam sekitar dan sumber asli; ii. menjimatkan penggunaan tenaga; iii. menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui; iv. mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau; atau v. memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Cadangan Bagi menggalakkan penerbitan Sukuk SRI dan menempatkan Malaysia sebagai hab penerbitan serantau Sukuk SRI, adalah dicadangkan bahawa potongan cukai diberikan selama lima tahun ke atas kos penerbitan Sukuk SRI yang diluluskan atau dibenarkan atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2020. 72 LAMPIRAN 9 GALAKAN CUKAI BAGI PENERBITAN BON RUNCIT DAN SUKUK RUNCIT Kedudukan Semasa Penerbitan bon runcit dan sukuk runcit melibatkan kos tambahan berbanding penerbitan bon bukan runcit dan sukuk bukan runcit. Kos tambahan ini meliputi: i. fi profesional berhubung dengan usaha wajar, mendraf dan penyediaan prospektus; ii. kos percetakan prospektus; iii. kos pengiklanan prospektus; iv. fi pendaftaran prospektus Suruhanjaya Sekuriti; v. fi pemprosesan dan fi awal penyenaraian Bursa Malaysia; vi. fi pengkreditan terbitan baru Bursa Malaysia; dan vii. fi pengagihan utama. Kos tambahan di atas diberikan layanan cukai seperti berikut: i. potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan bon runcit; dan ii. potongan tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit. Layanan di atas berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2015. Cadangan Bagi terus menggalakkan penglibatan lebih ramai pelabur terutamanya pelabur individu dalam pasaran modal, adalah dicadangkan supaya potongan dua kali atau potongan tambahan bagi bon runcit dan sukuk runcit dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi seperti berikut: i. potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan bon runcit; ii. potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit yang menggunakan prinsip Mudharabah, Musyarakah, Istisna’, Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil berasaskan tawarruq; dan iii. potongan tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit yang menggunakan prinsip Ijarah dan Wakalah. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018. 73 LAMPIRAN 10 LANJUTAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DANA PATUH SYARIAH Kedudukan Semasa Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan dana patuh Syariah dan diperakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan-pendapatan berikut: i. pendapatan berkanun daripada perniagaan perkhidmatan pengurusan dana kepada pelabur asing di Malaysia. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2007 sehingga tahun taksiran 2016; ii. pendapatan berkanun daripada perniagaan perkhidmatan pengurusan dana kepada pelabur tempatan di Malaysia. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2008 sehingga tahun taksiran 2016; dan iii. pendapatan berkanun daripada perniagaan perkhidmatan pengurusan dana kepada amanah perniagaan atau amanah pelaburan harta tanah di Malaysia. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014 sehingga tahun taksiran 2016. Cadangan Bagi terus menggalakkan aktiviti pengurusan dana yang patuh Syariah, adalah dicadangkan pengecualian cukai pendapatan di atas dilanjutkan bagi tempoh 4 tahun lagi. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2020. 74 LAMPIRAN 11 LANJUTAN TEMPOH GALAKAN CUKAI BAGI AMANAH PELABURAN HARTANAH (REITs) Kedudukan Semasa Pelabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) telah diberi galakan cukai seperti berikut: i. pelabur institusi asing khususnya dana pencen dan dana pelaburan berkumpulan yang menerima agihan keuntungan daripada REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia dikenakan cukai pegangan muktamad pada kadar 10% mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016; dan ii. pelabur bukan syarikat termasuk individu pemastautin dan bukan pemastautin serta entiti tempatan selainnya yang menerima agihan keuntungan daripada REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia dikenakan cukai pegangan muktamad pada kadar 10% mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016. Cadangan Bagi terus menggalakkan pembangunan REITs dan merancakkan pasaran modal serta pelaburan dalam bidang hartanah, adalah dicadangkan galakan cukai di atas dilanjutkan bagi tempoh 3 tahun lagi. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019. 75 LAMPIRAN 12 LANJUTAN PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI Kedudukan Semasa Pengecualian duti setem disediakan dalam usaha memulihkan projek perumahan terbengkalai seperti berikut: A. Kontraktor Penyelamat: i. ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi tujuan pembiayaan penyiapan projek perumahan terbengkalai; dan ii. ke atas surat cara pindah milik bagi tujuan pindah milik tanah atau projek perumahan terbengkalai. Pengecualian diberikan ke atas surat cara di atas yang disempurnakan bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015. B. Pembeli Asal Rumah Terbengkalai: i. ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi tujuan pembiayaan tambahan; dan ii. ke atas surat cara pindah milik rumah. Pengecualian diberikan ke atas surat cara di atas yang disempurnakan bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015. Projek perumahan terbengkalai yang layak mendapat pengecualian di atas hendaklah disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Cadangan Bagi terus menggalakkan kontraktor penyelamat untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pembeli rumah yang terjejas, adalah dicadangkan supaya pengecualian duti setem kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai ini dilanjutkan selama 2 tahun lagi. Tarikh Kuat Kuasa Surat cara perjanjian pinjaman dan pindah milik yang disempurnakan bermula 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2017 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 76 LAMPIRAN 13 LANJUTAN PENGECUALIAN DUTI SETEM KE ATAS SURAT CARA PEMBIAYAAN SECARA SYARIAH Kedudukan Semasa Surat cara pembiayaan secara Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti diberi layanan duti setem seperti berikut: i. pengecualian duti setem ke atas surat cara tambahan yang disempurnakan bagi mematuhi prinsip Syariah untuk memastikan tax neutrality di antara pembiayaan secara konvensional dengan Syariah. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 11 September 2004; dan ii. pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan prinsipal atau utama yang mematuhi prinsip Syariah bagi menggalakkan pembangunan sektor kewangan Islam. Pengecualian ini diberi berkuat kuasa mulai 2 September 2006 hingga 31 Disember 2015. Cadangan Bagi terus menggalakkan pembiayaan secara Syariah dan membantu mengurangkan kos pemilikan rumah, adalah dicadangkan pengecualian duti setem sebanyak 20% dilanjutkan selama 2 tahun. Pengecualian ini diberikan secara berfokus ke atas surat cara pembiayaan prinsipal atau utama yang mematuhi prinsip Syariah bagi produk pembiayaan perumahan sahaja yang diluluskan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Tarikh Kuat Kuasa Bagi surat cara pembiayaan perumahan yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2017. 77 LAMPIRAN 14 PELARASAN BARANG MAKANAN YANG DIKENAKAN GST PADA KADAR SIFAR Kedudukan Semasa Barangan makanan di bawah telah dikenakan GST pada kadar sifar (GST 0%): i. Lentils (Dhal) di bawah kod tariff 0713.40 000 ii. Sayur-sayuran Semua jenis keluaran sayur-sayuran di bawah kod tarif 07.01 sehingga 07.14 iii. Rempah-ratus Asam jawa, lada putih, lada hitam, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, serbuk kunyit, kulit kayu manis, jintan putih, jintan manis, halba dan buah pala iv. Gula Semua jenis gula putih yang berasaskan tebu termasuk gula icing, coarse, castor, fine dan rock; dan dalam pelbagai bentuk bungkusan v. Produk mi Semua jenis bihun (kering), mi kuning (basah), laksa (basah) dan kuetiau (basah) vi. Susu bayi Susu bayi dan kanak-kanak dari umur 0 hingga 36 bulan meliputi semua jenis perisa di bawah kod tarif 19.01 Cadangan Bagi memberikan layanan yang sama untuk produk makanan di dalam kategori yang sama, adalah dicadangkan senarai barangan makanan seperti di bawah dikenakan GST pada kadar sifar: i. Susu bayi dan kanak-kanak bagi yang berumur 0 hingga 36 bulan diperluaskan untuk meliputi: 78 a. Susu berasaskan organik bagi bayi dan kanak-kanak di bawah kod tarif 04.02 10 000; dan b. Susu berasaskan kacang soya bagi bayi dan kanak-kanak di bawah kod tarif 2106.90 910, dan mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281]; ii. Kacang dhal diperluaskan meliputi kekacang daripada kacang kuda [Chickpeas (Garbanzos)] di bawah kod tarif 0713.20 000, kekacang berasaskan kacang hijau dan kacang putih [(Beans of the species Vigna mungo (L.) Hepper or Vigna radiate (L.) Wilczek] di bawah kod tariff 0713.31 000, lentils di bawah kod 0713.40 000 dan kekacang [Pigeon peas (Cajanus cajan)] di bawah kod tarif 0713.60 000; iii. Sayur-sayuran diperluaskan untuk meliputi akar teratai (lotus root) dan sengkuang air (water chestnut) di bawah kod tariff 0714.90 900; iv. Rempah-ratus diperluaskan untuk meliputi biji sawi di bawah kod tarif 1207.50 000; v. Gula diperluaskan untuk meliputi gula merah di bawah kod tarif 1701.13 000 dan 1701.14 000; dan vi. Produk mi diperluaskan untuk meliputi mi kolok (kering) di bawah kod tarif 1902.19 400. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2016. 79 LAMPIRAN 15 SKOP UBAT-UBATAN YANG DIKENAKAN GST PADA KADAR SIFAR Kedudukan Semasa Sebanyak 4,215 jenama ubat-ubatan dan gas perubatan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (National Essentials Medicines List - NEML) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan diluluskan oleh Menteri Kewangan serta dalam sukatan dos atau dalam bentuk bungkusan untuk jualan runcit dikenakan GST pada kadar sifar. Ini meliputi 321 entiti kimia bagi rawatan lebih 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser, hepatitis dan rawatan kesuburan. Cadangan Bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan ubat-ubatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan, adalah dicadangkan senarai ubat-ubatan yang dikenakan kadar sifar diperluaskan seperti berikut: i. Semua jenis Ubat Terkawal di dalam Racun Kumpulan A, B, C dan D di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] yang didaftarkan oleh Pusat Berkuasa Kawalan Dadah melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dengan Nombor Pendaftaran di bawah Suffix A meliputi 7,397 jenama ubat iaitu tambahan sebanyak 4,320 jenama ubat berbanding dengan 3,077 jenama ubat yang diliputi di bawah NEML; ii. Ubat Over the Counter yang didaftarkan oleh Pusat Berkuasa Kawalan Dadah, melalui BPFK dengan Nombor Pendaftaran di bawah Suffix X & N di bawah NEML diperluaskan daripada 1,013 jenama ubat kepada 1,105 jenama ubat; dan iii. Ubat-ubatan di bawah NEML yang diklasifikasikan sebagai peranti perubatan diperluaskan daripada 125 jenama kepada 128 jenama. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2016. 80 LAMPIRAN 16 LAYANAN GST KE ATAS PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN PENUMPANG UDARA DOMESTIK DI SABAH DAN SARAWAK Kedudukan Semasa Perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik adalah tertakluk kepada kenaan GST pada kadar 6%. Ini termasuk bagi perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik di bawah Rural Air Services di Sabah dan Sarawak termasuk Labuan. Cadangan Memandangkan pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod pengangkutan utama bagi penduduk di Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman, adalah dicadangkan perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik di dalam dan di antara Sabah dan Sarawak serta Labuan bagi penumpang kelas ekonomi di bawah Rural Air Services ditetapkan sebagai pembekalan dikecualikan. Sehubungan itu, penumpang kelas ekonomi tidak perlu membayar GST ke atas tambang penerbangan. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2016. 81 LAMPIRAN 17 KAJIAN SEMULA ENTITI YANG LAYAK MEMOHON UNTUK KELULUSAN DI BAWAH SKIM PEDAGANG DILULUSKAN Kedudukan Semasa Skim Pedagang Diluluskan [Approved Trader Scheme (ATS)] di bawah Seksyen 71, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] membenarkan penggantungan pembayaran GST ke atas barang yang diimport oleh mana-mana entiti yang telah berdaftar GST dan memenuhi kelayakan tertentu. Entiti tersebut hendaklah telah berdaftar di bawah Seksyen 20 dan memenuhi salah satu kriteria berikut: i. Dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967; ii. Beroperasi dalam suatu zon perindustrian bebas di bawah perenggan 10(1)(b) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; iii. Telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia sebagai pusat perolehan antarabangsa atau sebagai pusat pengedaran serantau; iv. Mempunyai perolehan jualan tahunan melebihi RM25 juta dan membuat sekurang-kurangnya 80% pembekalan berkadar sifar; v. Merupakan pengilang tol selain daripada penerima barang di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan menurut Seksyen 72 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014; vi. Tukang emas yang diluluskan di bawah Skim Tukang Emas Diluluskan menurut Seksyen 73 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014; atau vii. Orang atau suatu golongan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Cadangan Bagi memastikan aktiviti maintenance, repair and overhaul (MRO) terus berdaya saing dan menyumbang kepada perkembangan pesat industri aeroangkasa, adalah dicadangkan syarikat yang menjalankan aktiviti MRO aeroangkasa layak memohon kelulusan untuk menyertai ATS. 82 Kelulusan ATS dipertimbangkan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti MRO bagi sektor aeroangkasa sahaja dan memenuhi syarat berikut : i. Mempunyai sijil Approval of Organisation of Aircraft and Components yang masih berkuatkuasa dan dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam di bawah Seksyen 2B, Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] ; dan/atau ii. Mempunyai kelulusan yang masih berkuatkuasa daripada: a. Design Authority of Original Equipment Manufacturer; dan/atau b. Design Organisation Approval. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2016. 83 LAMPIRAN 18 PELEPASAN DARIPADA MEMBAYAR GST KE ATAS PEROLEHAN BARANG OLEH PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN DAN VOKASIONAL Kedudukan Semasa Institusi pendidikan swasta untuk taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta institusi pendidikan tinggi swasta telah diberi pelepasan daripada membayar GST ke atas perolehan bahan mengajar dan peralatan seperti berikut: i. Peralatan multimedia yang digunakan secara langsung sebagai alat bantuan mengajar; ii. Peralatan untuk makmal sains dan bahasa; iii. Perkakas dan peralatan bagi pendidikan teknikal dan vokasional; dan iv. Bahan kimia, larutan dan gas untuk kegunaan makmal sains. Cadangan Bagi menyelaraskan pelepasan GST yang diberikan kepada taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta serta institusi pendidikan tinggi swasta, adalah dicadangkan perolehan bahan mengajar dan peralatan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] diberikan pelepasan daripada membayar GST. Senarai bahan mengajar dan peralatan adalah seperti yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2016. 84 LAMPIRAN 19 PELEPASAN DARIPADA MEMBAYAR GST KE ATAS PENGIMPORTAN SEMULA BARANG YANG TELAH DIEKSPORT SEMENTARA BAGI TUJUAN PROMOSI, PENYELIDIKAN ATAU PAMERAN Kedudukan Semasa Barang yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran adalah tertakluk kepada kenaan GST pada kadar standard apabila ianya diimport semula ke Malaysia. Cadangan Bagi memastikan perniagaan tempatan yang telah mengeksport barang secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran tidak perlu membayar GST berulang kali semasa pengimportan semula, adalah dicadangkan pelepasan dari membayar GST diberi setiap kali pengimportan semula barang yang dieksport sementara. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2016. 85 LAMPIRAN 20 PELEPASAN DARI MEMBAYAR GST KE ATAS PENGIMPORTAN SEMULA BARANG YANG TELAH DIEKSPORT SEMENTARA BAGI TUJUAN SEWAAN DAN PAJAKAN Kedudukan Semasa Barang yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan sewaan dan pajakan adalah tertakluk kepada kenaan GST pada kadar standard apabila ianya diimport semula ke Malaysia. Cadangan Bagi menggalakkan pembangunan aktiviti perkhidmatan sokongan dalam pelbagai sektor, adalah dicadangkan supaya pelepasan dari membayar GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan layak yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan sewaan dan pajakan di luar negara. Antara peralatan yang layak adalah yang digunakan bagi industri huluan minyak dan gas. Senarai peralatan dan syarat-syarat kelulusan ditetapkan oleh Menteri Kewangan. Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2016. 86 LAMPIRAN 21 GALAKAN CUKAI BAGI PENUBUHAN INDEPENDENT CONFORMITY ASSESSMENT BODIES (ICAB) Kedudukan Semasa ICAB adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengesahan pematuhan bebas kepada pelanggannya untuk menguji produk, bahan, sistem atau perkhidmatan bagi pematuhan kepada spesifikasi antarabangsa atau standard keselamatan dan pematuhan lain. Galakan cukai pernah diberikan terhad kepada makmal pengujian yang menumpukan kepada pengujian peralatan perubatan tetapi telah tamat pada 31 Disember 2012. Pada masa ini, tiada galakan cukai diberi kepada syarikat yang menjalankan aktiviti penilaian pematuhan bebas. Cadangan Bagi terus menggalakkan pembangunan perkhidmatan pengesahan pematuhan bebas di Malaysia, adalah dicadangkan galakan cukai diberi seperti berikut: A. Bagi ICAB baru: Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak bagi tempoh 5 tahun; atau Pengecualian cukai pendapatan bersamaan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun. B. Bagi ICAB sedia ada: Pengecualian cukai pendapatan bersamaan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak untuk tempoh 5 tahun bagi aktiviti tambahan yang layak. Elaun ini boleh ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun. 87 Galakan di atas diberi kepada sektor berikut: i. Jentera dan Kelengkapan; ii. Elektrikal dan Elektronik; iii. Kimia; iv. Aeroangkasa; v. Peralatan Perubatan; dan vi. Makanan segar dan yang telah diproses. Aktiviti yang layak adalah seperti berikut: i. Makmal Pengujian; ii. Makmal Penentukuran (Calibration); iii. Pensijilan; iv. Pemeriksaan; atau v. Good Laboratory Practice. Untuk melayakkan insentif di atas, ICAB perlu mendapatkan akreditasi daripada badan berikut: i. Jabatan Standard Malaysia; ii. Badan akreditasi yang diiktiraf oleh International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) di bawah Mutual Recognition Arrangement; iii. International Accreditation Forum (IAF) di bawah Multi-Lateral Agreement; atau iv. OECD Good Laboratory Practice Mutual Acceptance Data. Tarikh Kuat Kuasa Bagi permohonan yang diterima oleh MIDA mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2018. 88 LAMPIRAN 22 KAJIAN SEMULA GALAKAN CUKAI BAGI PROJEK PENGELUARAN BAHAN MAKANAN Kedudukan Semasa Syarikat yang terlibat dalam projek pengeluaran bahan makanan diberi galakan cukai berikut: i. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan yang dibuat dalam syarikat subsidiari tersebut dalam tahun asas pelaburan dibuat; dan ii. Syarikat yang menjalankan: a. projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan statutori selama 10 tahun taksiran; atau b. projek pembesaran pengeluaran bahan makanan sedia ada diberi pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun taksiran. Tempoh pengecualian bagi (a) dan (b) bermula daripada tahun taksiran pertama syarikat memperoleh pendapatan statutori. Projek pengeluaran bahan makanan yang layak adalah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan iaitu penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, kenaf, herba, rempah; penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri; akuakultur dan perikanan laut dalam. Galakan di atas adalah bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sehingga 31 Disember 2015. Cadangan Bagi memastikan sektor agro-makanan dan industri asas tani terus berkembang dan berdaya saing, adalah dicadangkan permohonan galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan dilanjutkan selama 5 tahun lagi. 89 Projek pengeluaran bahan makanan yang layak diperluaskan juga kepada penanaman kelapa, cendawan dan tanaman kontan; penternakan rusa; akuakultur (rumpai laut); apikultur (lebah madu dan kelulut) serta tanaman makanan ternakan yang dikenalpasti oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan diluluskan oleh Menteri Kewangan. Tarikh Kuat Kuasa Permohonan yang diterima oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2020. 90 LAMPIRAN 23 LANJUTAN GALAKAN CUKAI BAGI SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN Kedudukan Semasa Galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan adalah seperti berikut: i. Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaan pengendalian pakej pelancongan dalam Malaysia yang disertai oleh tidak kurang daripada 1,500 pelancong tempatan setiap tahun; dan ii. Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaan pengendalian pakej pelancongan ke Malaysia yang disertai oleh tidak kurang daripada 750 pelancong asing setiap tahun. Galakan ini telah dilanjutkan mulai tahun taksiran 2013 sehingga tahun taksiran 2015. Cadangan Bagi menggalakkan syarikat pengendali pelancongan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama dan merancakkan pelancongan domestik adalah dicadangkan supaya galakan cukai di atas dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun taksiran lagi. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018. 91 LAMPIRAN 24 POTONGAN DUA KALI SECARA AUTOMATIK BAGI PROJEK R&D Kedudukan Semasa Syarikat yang melaksanakan projek R&D layak menuntut galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan projek R&D di bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarikat perlu mendapatkan kelulusan projek R&D terlebih dahulu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya layak menuntut potongan dua kali. Cadangan Bagi menggalakkan aktiviti R&D dalam kalangan syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, adalah dicadangkan supaya syarikat dibenarkan menuntut secara automatik potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan projek R&D berjumlah sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran. Walau bagaimanapun, syarikat perlu mengemukakan permohonan projek R&D kepada LHDN. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018. 92 i LAMPIRAN 25 GALAKAN ELAUN PENINGKATAN EKSPORT KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) Kedudukan Semasa Galakan cukai disediakan kepada syarikat perkilangan dan pertanian untuk meningkatkan eksport. Galakan disediakan seperti berikut: i. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 10% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang- kurangnya 30% nilai tambah; ii. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 15% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang- kurangnya 50% nilai tambah; dan iii. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 10% daripada nilai peningkatan eksport untuk produk pertanian bagi syarikat pengeksport. Pengecualian cukai tersebut di atas dihadkan kepada maksimum 70% daripada pendapatan berkanun. Cadangan Bagi mendorong syarikat yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta meluaskan pasaran eksport mereka ke pasaran global, adalah dicadangkan galakan cukai diberi dengan kelonggaran kriteria nilai tambah seperti berikut: i. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 10% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang- kurangnya 20% nilai tambah; dan ii. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 15% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang- kurangnya 40% nilai tambah. Pengecualian cukai tersebut dihadkan kepada 70% daripada pendapatan berkanun. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018. 93 LAMPIRAN 26 GALAKAN ELAUN PELABURAN SEMULA KHAS Kedudukan Semasa Syarikat yang membuat pelaburan semula bagi tujuan pembesaran, pemodenan, automasi atau pelbagaian layak kepada Elaun Pelaburan Semula (EPS) bagi tempoh 15 tahun berturut-turut bermula dari tahun taksiran EPS dituntut. Kadar tuntutan EPS adalah 60% daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak ke atas: i. 70% daripada pendapatan berkanun; atau ii. 100% ke atas pendapatan berkanun jika dalam tahun taksiran berkenaan syarikat mencapai tahap produktiviti yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan. Aktiviti yang layak adalah: A. Aktiviti pengilangan; dan B. Aktiviti pertanian terpilih seperti berikut: i. penanaman padi dan jagung; ii. penanaman sayur-sayuran, umbi dan akar-akar (tuber and roots); iii. penanaman buah-buahan; iv. penternakan ternakan; v. penternakan, pembiakan atau pemeliharaan hasil-hasil akuatik; dan vi. lain-lain aktiviti yang diluluskan Menteri Kewangan. Cadangan Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada yang telah tamat tempoh kelayakan mendapat EPS, adalah dicadangkan EPS khas diberi ke atas pelaburan semula yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun taksiran. Tarikh Kuat Kuasa Bagi perbelanjaan modal yang layak dilakukan bagi tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2015 www.printnasional.com.my email: [email protected] Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773 WJD006307 zsan 97$-5.67-12500-2-5
Public Notice
23 Okt 2015
Individu dikehendaki
https://www.bnm.gov.my/-/individual-wanted-by-bnm-1
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=182&redirect=/-/individual-wanted-by-bnm-1&languageId=ms_MY
Reading: Individu dikehendaki Share: Individu dikehendaki Tarikh Siaran: 23 Okt 2015 Bank Negara Malaysia sedang mencari individu-individu berikut bagi membantu siasatan di bawak Akta Pengurupan Wang 1998 dan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011:- Nama : Phoo Wai Seng No. Kad Pengenalan : 830129-05-5575 Umur : 32 tahun Warganegara : Malaysia Alamat Terakhir : No.38, Rumah Murah Dua, 73500, Rompin, Negeri Sembilan. Nama : Hew Tze Seong No. Kad Pengenalan : 820131-05-5401 Umur : 33 tahun Warganegara : Malaysia Alamat Terakhir : No.77, Kampung Bukit Pilah, 73500, Rompin, Negeri Sembilan. Nama : Mohamad Asri bin M Ismail No. Kad Pengenalan : 780829-10-5737 Umur : 37 tahun Warganegara : Malaysia Alamat Terakhir : Parit 17, Sungai Panjang, 45300, Sungai Besar Selangor Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu-individu tersebut boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di nombor 03-26988044 Ext. 8087/8431 atau membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
21 Okt 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran September 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-september-2015-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed65+Sept+2015+v6.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-september-2015-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran September 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran September 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 21 Okt 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah MACAU SCAM Antara topik lain yang menarik termasuk : Bantuan Penjadualan dan Penyusunan Semula Pembiayaan oleh Institusi Kewangan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Dua Cara Perbaiki Kewangan Kontrak - Hak anda sebagai Pengguna (Bahagian 1) RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - September/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
SEPTEMBER 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 8 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Macau Scam Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Pada Disember 2014, media melaporkan tentang penipuan yang dikenali sebagai sindiket ‘Macau Scam’. Pada pertengahan tahun 2015, laporan media mengatakan bahawa markas sindiket geng Macau telah diserbu dan ahli sindiket dapat ditangkap oleh pihak polis. Menurut laporan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, pada tahun tahun 2014, sebanyak 416 laporan berkaitan ‘Macau Scam’ dibuat dengan jumlah kerugian sebanyak RM15.2 juta, manakala sehingga bulan April, 66 laporan polis diterima dengan kerugian RM2.68 juta. Sindiket penipuan ‘Macau Scam’ ini didalangi oleh warga tempatan dan warga asing. Sindiket cuba membuat panggilan telefon secara rambang kepada bakal mangsanya dengan mendakwa mereka mewakili mana- mana institusi kewangan. Panggilan tersebut dibuat bagi mendapatkan pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik pengguna. Taktik ini digunakan untuk mempedaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit. Modus Operandi 1. Mangsa mendapat panggilan telefon mengatakan kad kreditnya di sebuah bank tempatan telah digunakan di sebuah pusat membeli- belah. Macau Scam 2 • Ringgit 2. Mangsa menafikan beliau mempunyai sebarang kad kredit di bank tersebut dan sindiket berjanji akan berhubung dengan Bank Negara mengenai masalah tersebut. 3. Beberapa minit kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki atau perempuan yang mendakwa kononnya daripada Bank Negara dan meminta semua maklumat peribadi mangsa. 4. Bagi melindungi simpanan yang lain kononnya, mangsa diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM). 5. Apabila sampai di ATM, mangsa sekali lagi menerima satu panggilan telefon yang memberikan arahan untuk memindahkan wang ke satu akaun yang telah ditetapkan sehingga transaksi selesai. 6. Mangsa hanya sedar telah ditipu setelah transaksi selesai. Tanpa disedari mangsa telah membuat pemindahan wang kepada akaun pihak ketiga. Nasihat Pihak Polis 1. Berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri sebagai pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai Bank Negara Malaysia atau pegawai bank) memaklumkan akaun bank anda digunakan oleh orang lain. 2. Semak dengan pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu. 3. Jangan menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh mana-mana individu melalui telefon, sebaliknya anda hendaklah menghubungi nombor rasmi agensi tersebut. 4. Untuk pertanyaan lanjut dan nasihat, sila hubungi Pusat Hubungan Pelangan Bank Negara Malaysia (BNMTELELINK) di talian 1300 88 5465 dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia di talian 03-2610 1222. Sumber: Diolah daripada artikel Polis Diraja Malaysia. Sebahagian daripada peralatan yang digunakan oleh sindiket Phone Scam yang berjaya dirampas pihak polis dalam serbuan di sekitar ibu negara baru-baru ini. Ringgit • 3 Bantuan Penjadualan dan Penyusunan Semula Pembiayaan oleh Institusi Kewangan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Dalam persekitaran perniagaan yang kian mencabar dengan pelbagai risiko dan persaingan yang semakin kompetitif, turun naik kejayaan dalam perniagaan merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan. Malang sekali apabila mengalami situasi tidak mampu bersaing, ada entiti perniagaan yang terpaksa dibubarkan. Ada di antara perniagaan yang masih berdaya saing namun memerlukan khidmat sokongan pihak ketiga bagi memastikan kesinambungan dan perniagaan terus berdaya maju. Bagi syarikat yang mempunyai kemudahan pembiayaan dengan institusi kewangan, masalah aliran tunai yang terjejas ditambah pula dengan prestasi perniagaan yang merosot sudah pasti membebankan kedudukan kewangan syarikat. Oleh yang demikian, beberapa perkara perlu dilihat dan diteliti bagi menyelesaikan masalah tekanan kewangan dalam perniagaan agar syarikat dapat terus maju dan berkembang walaupun berdepan persekitaran yang sukar. Institusi kewangan menyediakan khidmat nasihat serta bantuan penjadualan dan penyusunan semula pembiayaan PKS perlu mengambil tindakan segera supaya kewangan syarikat dapat dipulihkan. Antara langkah- langkah awal yang boleh dilakukan adalah dengan membuat penjadualan dan penyusunan semula pembiayaan perniagaan seperti kemudahan Overdraf, Pembiayaan Berjangka dan Pembiayaan Sewa Beli Mesin. Dalam konteks pembiayaan dengan institusi kewangan lazimnya pihak institusi kewangan amat menggalakkan perbincangan pada peringkat awal dalam menangani masalah tekanan kewangan yang dihadapi oleh pelanggan. Pihak institusi kewangan kebiasaannya akan sedaya upaya memberi khidmat nasihat dan cadangan penyelesaian yang bersesuaian 4 • Ringgit supaya peminjam terus berupaya memenuhi obligasi bayaran balik pembiayaan pada terma yang lebih munasabah dan mengikut kemampuan semasa. Antara kaedah penjadualan atau penyusunan adalah menerusi pengurangan ansuran bulanan, lanjutan tempoh pembayaran balik dan pengurangan baki pembiayaan melalui pelupusan aset cagaran seperti deposit tetap (fixed deposit). Sebagai contoh: Senario 1: Syarikat A mempunyai baki pembiayaan RM1,000,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun. Selepas 2 tahun, syarikat A tidak mampu membayar balik pembiayaan bulanan berjumlah RM14,000 sebulan disebabkan kekangan kewangan. Sekiranya syarikat A berjumpa dengan pihak institusi kewangan, berkemungkinan pihak bank boleh melakukan penjadualan atau penyusunan semula pembiayaan tersebut mengikut kesesuaian unjuran perolehan dan melaraskan bayaran bulanan pada amaun yang lebih rendah. Senario 2: Syarikat B mempunyai Overdraf dengan bank berjumlah RM500,000 yang mempunyai cagaran deposit tetap bernilai RM200,000. Jumlah baki Overdraf adalah RM510,000. Pihak bank akan meminta kebenaran dari syarikat B bagi mencairkan deposit cagaran untuk mengurangkan jumlah pembiayaan. Bank boleh melakukan penjadualan atau penyusunan semula baki pembiayaan berjumlah RM310,000 dalam bentuk bayaran bulanan mengikut kemampuan syarikat. Tanda-tanda Awal Tekanan Kewangan PKS mestilah peka terhadap tekanan kewangan ke atas syarikat supaya mampu mengambil tindakan segera untuk mengawal kedudukan kewangan dengan lebih efektif. Antara tanda-tanda awal tekanan kewangan yang selalunya menyebabkan kegagalan dalam perniagaan adalah seperti berikut: a) Lebihan stok dan jumlah penghutang yang banyak • Tempoh simpanan stok yang ideal ialah antara 2 hingga 3 bulan bergantung pada jenis perniagaan. Tetapi, sekiranya stok yang ada melebihi kitaran stok yang sepatutnya, ia akan mengakibatkan hasil jualan jatuh. • Stok yang tidak dapat dijual mengakibatkan peningkatan jumlah pemiutang. Ini kerana syarikat masih perlu membayar pemiutang untuk semua stok sama ada mampu atau tidak mampu dijual. b) Kekerapan penggunaan pembiayaan melebihi had kredit dan kelewatan pembayaran • Penggunaan pembiayaan yang melebihi had yang ditetapkan seperti kemudahan Overdraf dan kelewatan dalam mematuhi pembayaran balik jumlah faedah serta prinsipal pada tarikh pembayaran yang ditetapkan. c) Kadar perolehan syarikat dalam trend menurun • Perolehan syarikat selalunya akan turun naik. Tetapi, sekiranya perolehan syarikat dalam trend menurun ia akan menjadi petunjuk awal prestasi kedudukan kewangan syarikat yang lemah. d) Perkembangan industri yang kurang menyakinkan • Faktor seperti ketidaktentuan pasaran bahan mentah, permintaan dan harga permintaan yang lemah, kapasiti berlebihan, produk baru yang kurang diterima, perang harga akan menyebabkan ketidakstabilan dalam sesebuah industri. Ringgit • 5 Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah pengurusan kewangan serta tekanan kewangan ke atas perniagaan adalah seperti berikut: a) Amalan perakaunan yang tidak memuaskan Perniagaan akan gagal beroperasi dengan sebaiknya jika tiada rekod aktiviti kewangan atau simpan kira-kira secara sistematik dan konsisten. Lembaran Kewangan atau Penyata Kewangan (Kunci Kira-kira serta Penyata Untung Rugi) sepatutnya dijadikan sebagai rekod kewangan untuk menganalisa serta mengawal keluar masuk perolehan pendapatan dan perbelanjaan. b) Aliran tunai yang tidak stabil Aliran tunai adalah kadar wang masuk dan keluar (penerimaan dan pembayaran) dalam sesuatu perniagaan. Aliran tunai yang positif mampu melancarkan aktiviti perniagaan seharian manakala aliran tunai yang negatif menunjukkan arah aliran wang keluar melebihi aliran wang masuk. Situasi ini memberi isyarat awal masalah tekanan kewangan kepada syarikat. c) Bajet dan harga yang tidak realistik Dalam membuat unjuran jualan, hasil dan perbelanjaan yang tidak realistik boleh membawa kepada masalah kewangan yang mungkin sukar diatasi. Tidak mudah untuk mengurangkan perbelanjaan apabila pendapatan yang diperolehi adalah rendah, terutamanya dalam situasi apabila sesebuah syarikat telah bersetuju melaksanakan kontrak atau projek yang diterima dari sesuatu badan atau organisasi yang mana syarat dan termanya sukar untuk diubah. d) Kelemahan pengurusan kewangan Sekiranya pemilik atau pengurusan syarikat tidak mampu menguruskan kewangan perniagaan dengan baik maka ia akan menyukarkan kedudukan kewangan syarikat dalam memenuhi tanggungjawab pembayaran pembiayaan serta komitmen kewangan yang lain. e) Pengurusan kos Faktor ketara yang menyumbang kepada tekanan kewangan syarikat ialah apabila kos operasi perniagaan meningkat lebih cepat daripada pendapatan syarikat. Kesimpulannya, PKS harus peka kepada tanda- tanda awal tekanan kewangan supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan syarikat daripada masalah kewangan yang lebih rumit hingga menjejaskan daya maju perniagaan. PKS yang menghadapi masalah dalam mematuhi obligasi pembayaran balik pembiayaan perlu segera berbincang dengan pihak institusi kewangan untuk mencari jalan penyelesaian yang munasabah dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak, bersesuaian dengan keupayaan kewangan dan prestasi semasa perniagaan. Langkah ini diharapkan dapat membantu PKS dalam memastikan perniagaan terus beroperasi dan dapat mengelakkan implikasi seperti tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak institusi kewangan. Sumber: Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia 6 • Ringgit Semakin hari masyarakat semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi disebabkan kenaikan harga barangan. Manakala gaji pula tidak naik setimpal dengan kenaikan kos. Hal ini menyukarkan pihak yang menerima kesan akibat keadaan ini. Terdapat dua cara untuk anda memperbaiki kedudukan kewangan, iaitu meningkatkan simpanan dan menambah pendapatan. Dengan meningkatkan simpanan, anda perlu berjimat cermat supaya lebih banyak simpanan dapat dilakukan. Dari segi menambah pendapatan pula, anda perlu melipatgandakan usaha, sama ada dalam kerjaya atau berniaga. Bergantung kepada keadaan dan kemampuan, dalam memperbaik keadaan kewangan, anda perlu melakukan dua cara ini. 1. Pilihan pertama adalah menambahkan penjimatan Meningkatkan penjimatan perlu dipertimbangkan bagi mereka yang mampu. Caranya, mengurangkan makan di luar, mengurangkan perbelanjaan, membeli barangan yang perlu sahaja, memilih barangan yang lebih murah dan menjimatkan elektrik. Cara ini juga sering menjadi pilihan ramai kerana ia boleh dilaksanakan dengan mengubah sedikit gaya hidup. Dua Cara Perbaiki Kewangan Perancangan kewangan memang penting untuk anda melakukan penjimatan. Anda perlu merancang pembelian dan perbelanjaan pada bulan ini dan akan datang. Pada masa yang sama, persetujuan dan kerjasama keluarga amat diperlukan supaya perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Angka yang sering disaran untuk melakukan tabungan adalah sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan isi rumah, dan selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan harian. Tidak semua orang mampu menyimpan 10 peratus daripada pendapatan, terutama yang mempunyai keluarga yang besar dan tanggungan yang ramai. Golongan ini disarankan untuk menyimpan dua peratus dahulu dan meningkatkan peratusan ini pada bulan yang akan datang. Bagi mereka yang sudah menjadikan amalan menabung, kadangkala simpanan anda menjadi susut dengan kenaikan kos sara diri. Contohnya, pendapatan isi rumah sebanyak RM6,000 sebulan sebelum ini, dan anda dapat menyimpan RM600 sebulan dengan penjimatan dan kurang berbelanja. Tetapi dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya, simpanan RM600 sebelum ini mungkin hanya menjadi RM400 sebulan. Ringgit • 7 Bagi meningkatkan penjimatan, ia perlu dilakukan setiap bulan tanpa mengira tahap hidup anda. Sekiranya anda tidak mampu lakukan simpanan yang banyak, ambil langkah secara perlahan-lahan demi memperbaiki keadaan kewangan keluarga. 2. Pi l ihan kedua adalah menambah pendapatan Pelbagai cara untuk menambah pendapatan, namun ia tidak semudah pilihan pertama, iaitu berjimat. Berjimat cermat bergantung kepada diri anda dan keluarga. Ia juga sesuatu yang boleh dikawal dengan usaha. Namun, menambah pendapatan bergantung kepada faktor luaran. Contohnya, kenaikan gaji, melabur atau memulakan perniagaan tidak semudah anda berjimat. Walaupun agak sukar, dengan cara yang betul, anda dapat memperbaiki keadaan kewangan anda dengan berlipat kali ganda. Contohnya, cara menambah pendapatan melalui peniagaan di internet dari rumah secara separuh masa. Kos perniagaan internet yang rendah dengan capaiannya yang tinggi membolehkan usahawan memulakan perniagaan dengan risiko yang lebih rendah berbanding jika anda membuka kedai atau premis yang memerlukan kos sewa dan belanja yang tinggi. Memulakan perniagaan sangat memerlukan ilmu bagi memastikan kejayaan. Dengan ilmu perniagaan, pendapatan dapat dilipatgandakan. Bayangkan sekiranya anda menjalankan perniagaan internet dan mendapat pendapatan RM400 sebulan. Digabungkan dengan penjimatan RM400 seperti yang dibincangkan pada awal tadi, jumlah peningkatan simpanan anda menjadi RM800 sebulan. Hebatnya menjalankan perniagaan ialah pendapatannya tiada had. Bergantung kepada ilmu yang dimiliki oleh usahawan, pendapatan boleh diperoleh bukan sahaja RM400 sebulan, malah RM4,000 sebulan atau RM40,000 sebulan boleh dicapai Kesimpulannya, dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai tertekan dengan bebanan kos sara hidup dan keluarga, di samping ada yang mengharap bantuan daripada pihak lain untuk membantu. Apa sahaja cabaran yang mendatang, anda perlu menjadikan ia sebagai peluang untuk anda berubah menjadi insan yang terbaik. Sumber: artikel Wang Anda, Harian Metro, penulis Irfan Khairi “Walaupun agak sukar, dengan cara yang betul, anda dapat memperbaiki keadaan kewangan anda dengan berlipat kali ganda.” 8 • Ringgit Ruangan Bersama NCCC Membeli sesuatu produk atau barangan dari kedai dilihat sebagai urus niaga yang mudah. Walau bagaimanapun, anda baru sahaja terlibat dalam pertukaran kontrak. Kontrak bukan sahaja berlaku apabila anda menandatangani perjanjian, tetapi setiap kali anda membeli barangan dan perkhidmatan. Sebahagian besar kontrak yang anda mungkin terlibat tanpa disedari adalah kontrak lisan. Kontrak lisan Kontrak tidak perlu dibuat secara bertulis untuk menjadi peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Malah, kontrak boleh dibuat tanpa mana-mana pihak mengucapkan atau mengata sesuatu. Sebahagian besar aduan yang diterima oleh NCCC berpunca daripada rasa tidak berpuas hati terhadap kontrak apabila pengguna mendapati bahawa penjual tidak memenuhi atau mengikut syarat yang ditetapkan dalam kontrak. Pengguna masuk dalam kontrak apabila mereka membeli barangan daripada penjual. Peranan seorang pengguna dalam kontrak adalah untuk Kontrak – Hak anda sebagai pengguna (Bahagian 1) membayar harga dan mengambil barangan yang dibayar olehnya. Penjual sebaliknya perlu memenuhi beberapa obligasi kontrak tertentu yang dikehendaki dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999. Barang- barang yang dijual kepada pengguna hendaklah mempunyai kualiti yang boleh diterima, sesuai untuk tujuan yang dicadangkan, dan barang mematuhi deskripsi seperti ditetapkan dalam Akta. Adakah barangan yang dipamerkan untuk jualan dianggap sebagai tawaran? Harga yang dipamerkan pada barang-barang di kedai bukan tawaran untuk dijual. Dari segi undang-undang, ia adalah ‘pelawaan untuk tawaran’, yang bermaksud mengundang pengguna untuk membeli barangan pada harga yang tertentu. Pembeli telah membuat tawaran untuk membeli apabila dia membawa produk ke kaunter daftar keluar atau kaunter bayaran. Kedai tersebut dikatakan telah menerima tawaran anda apabila pembantu jualan mengimbas harga jualan atau anda telah membuat pembayaran untuk barang tersebut. Ringgit • 9 Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda Bolehkah tawaran tersebut ditarik balik? Suatu tawaran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diterima atau sebelum proses jualan selesai. Begitu juga pembantu jualan itu boleh enggan menerima tawaran anda (iaitu untuk menjual kepada pembeli pada harga yang ketara). Pembantu kedai boleh, misalnya, mengatakan bahawa ‘harga barang dagangan itu tersilap; ia perlu menjadi lebih mahal’. Pengguna tidak boleh mendesak bahawa kedai menjual kepadanya pada harga tertentu kerana dia hanya membuat tawaran dan tawaran itu sentiasa boleh ditolak. Walaupun kedai itu boleh menolak untuk menjual, ia mungkin melakukan kesalahan melabelkan barangannya secara palsu. Bolehkah saya menukar fikiran saya? Anda boleh menukar fikiran anda bila-bila masa sebelum tawaran diterima. Sebaik sahaja tawaran itu diterima (juruwang terima barang dan mengimbas harga jualan) anda perlu membayar untuk barang- barang. Anda tidak boleh memaksa kedai untuk mengambil kembali barang tersebut hanya kerana anda telah menukar fikiran anda. Bolehkah saya menggantikan barang yang dibeli dengan sesuatu yang lain yang mempunyai nilai yang sama? Kedai-kedai ini bukan di bawah obligasi undang- undang untuk menukar barang-barang untuk anda, kecuali apabila barang tersebut rosak atau mempunyai kecacatan. Tetapi seringkali kedai akan membenarkan anda untuk menukar barangan yang rosak berdasarkan budi bicara kedai tersebut. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional “Anda tidak boleh memaksa kedai untuk mengambil kembali barang tersebut hanya kerana anda telah menukar fikiran anda.” 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] .\t..J}..d 3/_| x©nnc©mc@Ux__f B3» P E .S_,:©_ EE:_EmE 5:5 ; z<2_zw... 35.55 .cm.§omcoE 35.“, m,E_E_c «cc: 9% 296232 om; cmE§ €53 mcmcmomw Esp cmmcms .o.m3 ._..u.mm_om Z<xDm<xw$_ Em_m.o 9. W32 :55 83 C©E©_ #5 coxa_&. § x<¢I<Z ozcr 25.2» 52416 Z<1<2_/<» dmmc§.§_ :90 63:3 um.E:_:_..uE J , Ec_EmE 9% §mmE ocmgmnmm mafia cmmcfl. .23 mccm ca LODEOC cmc cogs. Sm: cme_:m$ 9 egg; EBEEEE Eden Ea... saga Ea. EEEEEE 2333 3!
Public Notice
16 Okt 2015
Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website
https://www.bnm.gov.my/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-4
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-4&languageId=ms_MY
Reading: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Share: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Tarikh Siaran: 16 Okt 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
16 Okt 2015
Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website
https://www.bnm.gov.my/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-5
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-5&languageId=ms_MY
Reading: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Share: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Tarikh Siaran: 16 Okt 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
16 Okt 2015
Individual Wanted by BNM
https://www.bnm.gov.my/-/individual-wanted-by-bnm
null
null
null
null
null
13 Okt 2015
Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated.
https://www.bnm.gov.my/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-56
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-56&languageId=ms_MY
Reading: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Share: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Tarikh Siaran: 13 Okt 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
13 Okt 2015
Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website
https://www.bnm.gov.my/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-6
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-6&languageId=ms_MY
Reading: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Share: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Tarikh Siaran: 13 Okt 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
12 Okt 2015
A 2-month celebration of Children's Day at the Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery: 'Children's Day At The Museum'
https://www.bnm.gov.my/-/a-2-month-celebration-of-children-s-day-at-the-bank-negara-malaysia-museum-and-art-gallery-children-s-day-at-the-museum-
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/a-2-month-celebration-of-children-s-day-at-the-bank-negara-malaysia-museum-and-art-gallery-children-s-day-at-the-museum-&languageId=ms_MY
Reading: A 2-month celebration of Children's Day at the Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery: 'Children's Day At The Museum' Share: A 2-month celebration of Children's Day at the Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery: 'Children's Day At The Museum' Tarikh Siaran: 12 Okt 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
05 Okt 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Ogos 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-ogos-2015-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Final_Ringgit+Ogos+2015.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-ogos-2015-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Ogos 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Ogos 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 05 Okt 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Sengsara kerana berbelanja melebihi kemampuan. Antara topik lain yang menarik termasuk: Pemindahan Baki Kad Kredit: Apakah Manfaatnya? Melindungi Dana Skim Persaraan Swasta (PRS) Anda Agensi Pelancongan (Ruangan Bersama NCCC) Keliru terima bil tertunggak RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Ogos/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
OGOS 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 8 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) kerana berbelanja melebihi kemampuan Sengsara Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Siti (bukan nama sebenar), berusia pertengahan 30-an, mempunyai kerjaya dengan gaji hampir RM4,000 sebulan. Beliau membuat pinjaman peribadi tanpa berfikir panjang selepas disaran oleh rakan pejabat pada awal kerjayanya. Pihak bank juga menawarkan kad kredit yang pada mulanya hanya digunakan untuk membayar petrol dan waktu kecemasan sahaja. Oleh kerana mudah untuk membuat pinjaman tanpa perlu ke bank, Siti membuat beberapa pinjaman peribadi dan turut diberi satu kad kredit lagi. Semuanya untuk memenuhi nafsu berbelanja Siti. Akhirnya, tanpa disedari, sebahagian besar daripada gajinya adalah untuk membayar pinjaman bank dan berbaki hanya RM100 sahaja. Siti langsung tidak mempunyai baki gaji jika ditolak bayaran satu lagi pinjaman peribadi yang dia buat bayaran secara terus kepada bank berkenaan serta kad- kad kredit yang dimiliki. Pinjaman peribadi Siti telah mencecah RM350,000, tidak termasuk hutang kad kredit dan pinjaman perumahan. Tambahan pula, suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap dan segala perbelanjaan bergantung pada pinjaman yang dibuat sebelum ini. Siti amat malu dengan ketua di pejabat, kerana berbelanja melebihi kemampuan Sengsara 2 • Ringgit malah rakan sekerja dan pekerja bawahannya apabila bank mula menghubungi pejabat bagi menuntut bayaran. Siti dipanggil oleh ketuanya dan diberitahu beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagai kakitangan awam. Hal beliau dikejar oleh bank sudah diketahui oleh rakan pejabatnya. Dalam hal ini, Sit i telah berbelanja di luar kemampuannya. Siti telah membuat pinjaman bagi memenuhi kehendak dan membeli barangan yang tidak perlu yang menyebabkan hidupnya sengsara disebabkan oleh hutang. Dalam hal seperti ini, tiada siapa yang boleh disalahkan melainkan diri sendiri. Anda perlu memikirkan kesilapan diri yang tidak berhati-hati mengawal perbelanjaan. Tip: 1) Berbelanja menggunakan wang tunai sekiranya anda tidak mampu mengawal nafsu berbelanja. Bawa wang tunai secukupnya. Jangan membawa kad kredit atau kad debit semasa berbelanja. 2) Tukar persepsi anda terhadap kad kredit. Kad kredit ialah instrumen bagi memudahkan bayaran dan bukannya instrumen untuk berhutang. 3) Utamakan keperluan berbanding kehendak. 4) Jika anda berhutang, pastikan hutang tersebut tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan. 5) Jika pendapatan RM4,000 sebulan maka peruntukan untuk membayar semua hutang ialah RM1,600 sahaja. Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ringgit • 3 Pemindahan Baki Kad Kredit: Apakah Manfaatnya? Kad kredit membolehkan anda membeli barangan atau perkhidmatan tanpa membawa atau menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar terlebih dahulu kepada syarikat bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bulanan. Anda mungkin mempunyai beberapa kad kredit. Pada masa yang sama, anda mempunyai baki yang belum jelas terhadap kad kredit. Anda mungkin memikirkan apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menjelaskan hutang-hutang kad kredit anda. Mari sama-sama kita ketahui tentang Pemindahan Baki Kad Kredit. Apakah Pemindahan Baki Kad Kredit? Pemindahan Baki Kad Kredit ialah pemindahan baki belum jelas dalam akaun kad kredit yang sedia ada kepada akaun kad kredit baru dengan bank baru (atau syarikat kad kredit baru). Pemindahan baki kad kredit akan memberi manfaat kepada anda sekiranya anda mendapatkan maklumat dan memilih pelan yang sesuai untuk menyelesaikan hutang-hutang anda. Walau bagaimanapun, anda perlu meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan mengikuti program Pemindahan Baki Kad Kredit seperti: “Pemindahan baki kad kredit akan memberi manfaat kepada anda sekiranya anda mendapatkan maklumat dan memilih pelan yang sesuai ...” 4 • Ringgit a) Kadar faedah rendah Anda boleh memilih mana-mana bank dan syarikat kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kadar faedah yang dikenakan oleh bank yang sedia ada. b) Tempoh tanpa faedah Banyak syarikat kad kredit yang menawarkan tempoh tanpa faedah kepada pelanggan seperti Pemindahan Baki Kad Kredit (iaitu baki belum jelas dan anda tidak dikenakan faedah untuk tempoh tertentu). Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada syarikat kad kredit yang anda pilih dan tempoh tanpa faedah yang ditawarkan mungkin menjangkau beberapa bulan atau beberapa tahun. c) Menyatukan beberapa akaun kad kredit Bagi anda yang mempunyai beberapa kad kredit, Pemindahan Baki Kad Kredit membolehkan anda menyatukan akaun-akaun kad kredit anda menjadi satu akaun. Anda mungkin tidak perlu lagi mengingati pelbagai tarikh bayaran dan pelbagai terma dan syarat setiap kad kredit. Jika langkah ini dapat memudahkan anda, maka anda boleh mempertimbang untuk memindahkan baki kad kredit anda. d) Adakah anda dikenakan Yuran Pindahan Baki? Lazimnya, pindahan-pindahan baki BUKAN PERCUMA. Apabila anda melakukan pindahan baki, syarikat kad kredit baru anda secara lazimnya mengenakan yuran pendahuluan tunai dalam lingkungan 3% daripada jumlah yang ingin dipindahkan. Pastikan anda mempertimbang perkara ini – anda mungkin mendapat penjimatan daripada kadar permulaan anda, tetapi menghadapi bebanan daripada yuran pindahan baki anda! e) Mengurus hutang kad kredit Secara tidak langsung, proses mencari kadar faedah yang paling rendah dan memilih pelan yang paling sesuai memaksa anda meneliti kedudukan sebenar akaun kad kredit anda. Sekiranya anda buntu bagaimana hendak membayar balik baki yang telah terkumpul selama beberapa tahun, maka Pemindahan Baki Kad Kredit mungkin dapat membantu memulakan penyelesaiannya. Pastikan anda benar-benar memahami terma dan syarat sebelum mengikuti Program Pemindahan Baki Kad Kredit. Dapatkan maklumat yang tepat daripada pihak syarikat kad kredit dan bank. Setiap syarikat kad kredit dan bank mempunyai terma dan syarat yang berbeza. Sumber: Diolah daripada artikel Ching, penulis iMoney.my Ringgit • 5 Dalam artikel bulan Jun yang lalu, kami berkongsi tentang keteguhan rangka kerja PRS yang membentuk asas kepada perlindungan dana-dana PRS. Dalam artikel ini, kita akan meneroka aspek pengurusan pelaburan dana PRS dan bagaimana risiko diuruskan semasa mencari peluang pulangan. Skim Pelaburan Kolektif (CIS) PRS menggunakan struktur Skim Pelaburan Kolektif (CIS) yang menggabungkan semua pelaburan bagi PRS ke dalam portfolio aset bagi mencapai mandat dan objektif dana ini. Struktur CIS adalah mudah dan membolehkan orang ramai berkemampuan untuk menyimpan dan melaburkan simpanan persaraan mereka dengan berkongsi dalam aset-aset sandaran menerusi pemilikan unit dalam dana PRS. Setiap dana PRS ditadbir urus berdasarkan mandat masing-masing dan objektif-objektif yang didokumentasi dalam Dokumen Penzahiran dan Kertas Penerangan Produk yang menegaskan bagaimana dana sepatutnya diurus dan apa aset sandarannya, yang boleh dilaburkan. Dokumen Penzahiran dan Kertas Penerangan Produk dana PRS mestilah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum dana PRS itu ditawarkan kepada orang ramai. Melindungi Dana Skim Persaraan Swasta (PRS) Anda (Bahagian 2) Selain itu, dana PRS dilindungi dengan batasan jenis pelaburan dan had tumpuan (misalnya pelaburan dalam suatu aset tidak boleh melebihi 10% Nilai Aset Bersih dana) yang meminimumkan risiko dana PRS. Malah, dana PRS juga dipantau ketat oleh pemegang amanah bebas bagi memastikan pengurus-pengurus pelaburan mematuhi sepenuhnya keperluan yang dimandatkan dan had pelaburan dana. 6 • Ringgit Kepelbagaian Portfolio Dana PRS dilaburkan dalam pelbagai porfolio aset sandaran (underlying assets) sebagaimana digariskan oleh mandat dan objektif pelaburan tersebut. Kepelbagaian ini membantu meminimumkan risiko dan sangat penting bagi melicinkan keadaan risiko tidak bersistematik di dalam portfolio supaya prestasi positif akan meneutralkan yang negatif. Setiap dana PRS memiliki peruntukan aset sandarannya yang sendiri (seperti saham, bon atau instrumen pasaran wang) bagi menjana potensi pulangan dana. Misalnya, peruntukan aset dana boleh dilaburkan 70% dalam ekuiti dan 30% dalam pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Tidak ada formula mudah bagi mendapatkan peruntukan aset yang sempurna bagi setiap individu. Dengan mencari imbangan risiko pelaburan berserta pulangan yang tepat mungkin akan menjadikannya lebih bersesuaian mengikut kehendak individu. Dana diuruskan bagi menjana potensi pelaburan, manakala peruntukan aset mempelbagaikan risiko portfolio supaya pelaburan anda tidak diibaratkan seperti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Oleh itu, dana PRS dilaburkan bagi mengoptimumkan pulangan dan menguruskan risiko portfolio dana pada masa yang sama. Pengurusan Dana Yang Profesional Dana PRS diuruskan oleh pengurus dana berlesen dan profesional. Tugas mereka ialah menjana potensi pulangan sementara menguruskan risiko dana berdasarkan mandat dan objektif dana. Untuk menjadi pengurus dana, mereka hendaklah dilesenkan oleh SC bagi memastikan mereka memiliki kelayakan dan pengalaman untuk menguruskan dana PRS. Pengurus dana mempunyai tanggungjawab, pengetahuan pelaburan dan pasaran untuk menguruskan prestasi dana menerusi prestasi aset sandaran yang berhubung kait dengan prospek dan sentimen pasaran. Oleh kerana dana PRS dilaburkan untuk tempoh jangka panjang, pengurus portfolio boleh mengambil pandangan pasaran lebih panjang dalam menguruskan turun naik dan peluang pasaran. Penggunaan pengurus dana profesional sepenuh masa bagi menguruskan prestasi dana PRS akan memudahkan orang ramai untuk menyimpan dan melabur bagi persaraan mereka, tanpa perlu melakukan penyelidikan sendiri. Memantau Prestasi Dana Prestasi pelaburan adalah tertakluk kepada turun naik dan peluang pasaran. Sementara pengurus dana menyasarkan untuk mengoptimumkan prestasi dana PRS, adalah penting bagi ahli PRS untuk mengambil tanggungjawab juga dalam memantau prestasi dana mereka. PPA telah memudahkan bagi ahlinya untuk mengakses prestasi dana PRS yang dimuat turun dan dilaporkan setiap hari oleh penyelidik dana bebas, Morningstar. PPA menggalakkan ahli-ahlinya untuk memantau prestasi dana PRS mereka sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menilai pengurus dana mereka. Meluangkan masa untuk menilai dan memantau dana mereka akan memastikan objektif persaraan berada pada landasan betul dan mengambil langkah pembetulan, jika perlu. Dengan mengambil peranan pro-aktif dalam pemantauan simpanan persaraan anda, saya percaya ia adalah ubat terbaik untuk tidur lena kerana mengetahui segalanya berlaku mengikut rancangan. Dalam artikel akan datang, kami akan berkongsi cara bagaimana ahli-ahli boleh memainkan peranan dalam menambah satu lagi lapisan perlindungan untuk simpanan persaraan bagi mengukuhkan lagi perlindungan wang persaraan mereka. Jumpa lagi. Dato’ Steve Ong adalah CEO Pentadbir Pencen Swasta (PPA), pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS). PPA diberi peranan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan industri PRS, mewujudkan kesedaran umum dan mendidik orang ramai mengenai penyimpanan persaraan. PPA juga berperanan melindungi kepentingan penyumbang PRS. PPA mengalu-alukan soalan berkaitan perancangan persaraan. Sila hantar soalan anda kepada [email protected] Ringgit • 7 Ruangan Bersama NCCC Apabila anda ingin pergi bercuti, melantik ejen daripada agensi pelancongan adalah cara yang paling mudah untuk melawat tempat yang anda ingini. Agensi pelancongan dapat mengendalikan pakej pelancongan ke semua destinasi, termasuk membuat tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai syarikat penerbangan, membuat tempahan tempat penginapan, makan minum dan juga menyediakan pakej umrah serta menziarahi kota suci Mekah dan Madinah (hanya untuk yang beragama islam). Hal ini kelihatan dapat memberi manfaat dan menjimatkan masa pengguna. Namun begitu, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sering menerima aduan terhadap perkhidmatan agensi pelancongan. Lebih merunsingkan lagi, ramai pengguna membayar wang yang banyak untuk pergi bercuti tetapi tidak mengetahui risiko yang mungkin dialami. Berikut adalah kes-kes yang diterima oleh NCCC, yang boleh dijadikan panduan kepada pengguna:- Agensi Pelancongan • Mengambil wang daripada pengguna, tetapi tidak menyediakan pakej. • Pembatalan pakej pelancongan pada saat akhir. • Tidak membayar balik duit pendahuluan apabila pakej pelancongan dibatalkan. • Wang yang dikenakan terlalu mahal, tetapi hotel dan kemudahan lain yang disediakan oleh agensi pelancongan tersebut tidak memuaskan. Contohnya, tempat tinggal yang tidak bersih, barang-barang dicuri dan sebagainya. • Ingin membatalkan pakej kerana sebab-sebab tertentu, sebagai contohnya masalah kesihatan, namum tidak dibenarkan dan agensi enggan memulangkan wang. • Agensi pelancongan tidak wujud. Mengambil wang daripada pengguna dan apabila pengguna menelefon untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej yang dibeli, nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan dan agensi pelancongan itu tidak lagi beroperasi. • Pengguna terpaksa membayar wang yang banyak untuk membatalkan keahlian. Jika pengguna 8 • Ringgit enggan membayar, agensi pelancongan akan menghantar surat peguam palsu untuk mengugut pengguna.Mereka juga menelefon rumah dan tempat kerja pengguna tanpa henti semata-mata untuk meminta wang tersebut. NCCC mendapati terdapat beberapa agensi pelancongan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menipu pelanggan semata-mata. Selepas mengambil wang daripada pengguna, agensi tersebut akan ditutup dan melarikan diri bersama-sama wang pelanggan mereka. Walau bagaimanapun, bukan semua agensi pelancongan melakukan sindiket seperti ini. Oleh itu, pengguna haruslah bijak dan berwaspada dalam memilih agensi yang berlesen supaya tidak ditipu oleh mereka. Nasihat untuk anda Disarankan beberapa cara untuk membantu anda menjadi pelanggan yang bijak apabila melantik agensi pelancongan untuk menguruskan pakej pelancongan: 1. Kaji dengan teliti mengenai agensi pelancongan tersebut sebelum melantiknya. 2. Pengguna boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang agensi pelancongan tersebut melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk menyemak status, pengguna boleh membuat bayaran sebanyak RM12.00 kepada SSM. 3. Membuat laporan kepada Kementer ian Pelancongan Malaysia, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. 4. Sebarang laporan yang dibuat, jika didapati benar, pembatalan lesen dan amaran keras akan dikenakan kepada agensi pelancongan supaya tidak mengulangi kesalahan, selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992. 5. Senarai lesen pengendalian agensi pelancongan dan pengembaraan boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Berdasarkan lima tindakan yang telah dinyatakan di atas, pengguna haruslah berhati-hati semasa melantik agensi untuk menguruskan pakej pelancongan. Jika tidak, pengguna akan ditipu dengan sindiket tersebut. Oleh itu, jadilah pengguna yang berhemat dan bijak memilih! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000 atau [email protected]. Ringgit • 9 Masalah Kewangan Anda Saya hanya menggunakan perkhidmatan telefon bimbit prabayar dan tidak pernah menggunakan telefon pascabayar. Baru- baru ini saya telah menerima bil tertunggak pascabayar. Apakah yang patut saya lakukan? Pengguna Johor Bharu Jawapan: Anda perlu membuat laporan kepada syarikat telco yang menyediakan perkhidmatan berkenaan untuk memberitahu tidak pernah melanggan khidmat pascabayar. Lebih bagus jika anda menulis surat aduan rasmi menyatakan anda tidak pernah melanggan perkhidmatan pascabayar dan meminta jasa baik syarikat itu membatalkan perkhidmatan yang anda tidak langgani. Anda juga boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk tindakan lanjut kerana mungkin ada pihak telah menggunakan data peribadi anda tanpa kebenaran. Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda Keliru terima bil tertunggak 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] li1o..UuHh.3|.L..a..nv...fl.n ¢\....4...,.,_ | x©:gc©mcmUx__xa gag 5 E .359 6E::6E :36: J J _ z<22u... 34¢ .Cr.xJUrCCC.. :2... nE_E_r :._.c: 3% ZGGZDE om», :m,E9 $.38 mcmgmowm Ego $.92 .33 _%%.a Z<xDm<xw$. ) . . ® . I . ‘_ _. .1. \ P .cm_q_.m§2 gfln _cmn_.5a .._m.E::_mE Emma 1 W33 E3 nos SE9 :5 car .3 $ x<aI<Z uz<r 5c_E.mE mam $.85 mc..%§ Eco cmmcma ..__:m mccn ca LODEOC can cm_:_n_ SE. cmémfi 9 v_<.,€<<v_._.<Ez&1<é saga; Eafig Edam Ea Egg: aaéfi gag
Public Notice
02 Okt 2015
Compliance
https://www.bnm.gov.my/-/compliance
null
null
null
null
null
23 Sep 2015
Concept Paper on Kafalah
https://www.bnm.gov.my/-/concept-paper-on-kafalah
null
null
Reading: Concept Paper on Kafalah Share: Concept Paper on Kafalah Release Date: 23 Sep 2015 This concept paper (CP) provides both the Shariah and operational requirements for kafalah contract. The Bank invites written feedback and comments only on the operational requirements of kafalah contract under Parts C and D. The Shariah requirements in Part B serves as reference to facilitate the IFIs in providing feedback and comments on operational aspects of kafalah in line with the Shariah requirements. The feedback must be supported with clear rationale, accompanying evidence or illustration, as appropriate to facilitate effective review of the standard. Additional instruction for the IFIs In addition to providing general feedback, the IFIs are required to respond to the specific questions set out throughout this Concept Paper. Please respond to the Bank by 23 October 2015 and addressed to: Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Details can be found in the following document: Concept paper on Kafalah © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
18 Sep 2015
Beware of Spam Email Entitled "Notification of Money Laundering Involvement"
https://www.bnm.gov.my/-/beware-of-spam-email-entitled-notification-of-money-laundering-involvement-
null
null
Reading: Beware of Spam Email Entitled "Notification of Money Laundering Involvement" Share: Beware of Spam Email Entitled "Notification of Money Laundering Involvement" Release Date: 18 Sep 2015 Bank Negara Malaysia (BNM) would like to caution individuals and institutions in relation to a spam email entitled “Notification of Money Laundering Involvement” dated 15 September 2015 purportedly sent by Bank Negara Malaysia.   The Central Bank wishes to state that it did not send such email to individuals and institutions.   This is a spam email sent from an unknown sender who attempted to pose as a staff with an identity from BNM's email domain.    Individuals and institutions who received this spam email are advised not to open the attachment in the spam email as well as reply or forward it to anyone.   Individuals and institutions are also advised to delete this spam email and to take precautionary steps to remove or block the unknown sender from their corporate email system or mailboxes. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
15 Sep 2015
Announcement of Closure of Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery
https://www.bnm.gov.my/-/announcement-of-closure-of-bank-negara-malaysia-museum-art-gallery
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/announcement-of-closure-of-bank-negara-malaysia-museum-art-gallery&languageId=ms_MY
Reading: Announcement of Closure of Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery Share: Announcement of Closure of Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery Tarikh Siaran: 15 Sep 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
28 Ogos 2015
Pengumuman Penutupan Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia
https://www.bnm.gov.my/-/pengumuman-penutupan-muzium-galeri-seni-bank-negara-malaysia
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/pengumuman-penutupan-muzium-galeri-seni-bank-negara-malaysia&languageId=ms_MY
Reading: Pengumuman Penutupan Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia Share: Pengumuman Penutupan Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia Tarikh Siaran: 28 Ogos 2015 Tuan-tuan dan puan-puan, Harap maklum bahawa Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia di Sasana Kijang akan ditutup dari 29 hingga 31 Ogos 2015. Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia akan dibuka semula untuk kunjungan pelawat dan jualan duit syiling peringatan pada 1 September 2015. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
24 Ogos 2015
Statement by Financial Markets Association of Malaysia
https://www.bnm.gov.my/-/statement-by-financial-markets-association-of-malaysia
null
null
null
null
null
24 Ogos 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Julai 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-julai-2015-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/RINGGIT_July+2015_F.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-julai-2015-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Julai 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Julai 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 24 Ogos 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Akibat Skim Cepat Kaya. Antara topik lain yang menarik termasuk: Nasihat kepada Pembaca terhadap Skim Penipuan Perkhidmatan Perbankan Ejen Bank Simpanan Nasional (BSN) Dipertingkatkan Untuk Kemudahan Masyarakat Salah Laporan Mengenai Ringgit Ketahui Hak Dalam Jualan Kredit (Ruangan Bersama NCCC) Cara Buat Aduan Sekiranya Ditipu RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Julai/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
JULAI 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 7 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) AKIBAT SKIM CEPAT KAYA Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Seseorang kakitangan yang berpengalaman di sesebuah industri yang memerlukan kepakaran tertentu sememangnya dibayar gaji lumayan setiap bulan. Dengan pendapatan sedemikian, mereka mampu untuk memiliki aset yang diingini di samping taraf kehidupan yang lebih baik berbanding kebanyakan orang lain. Apatah lagi jika mereka ini pandai menguruskan aset-aset yang mereka miliki. Namun begitu, disebabkan sifat tamak haloba yang bersarang di hati, kesenangan yang dikecapi akan hilang sekelip mata. Seorang pegawai teknikal yang dikenali sebagai Amran (bukan nama sebenar) sebelum ini mendapat pendapatan yang lumayan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan. Dengan pendapatan tersebut, beliau mampu memberi kebahagiaan kepada keluarganya. Semua anaknya dihantar belajar di sekolah swasta. Namun, disebabkan terpikat dengan skim pelaburan emas yang dijalankan oleh seorang rakannya, yang kononnya menjanjikan pulangan menarik, ditambah dengan contoh rakan yang telah berjaya mendapat habuan, maka tanpa berfikir panjang dan merujuk mana-mana pihak, Amran telah melabur dengan skim tersebut. Pada mulanya dia melabur sebanyak RM50,000. Setelah yakin dengan pulangan menarik, malah lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh agensi pelaburan lain, beliau membuat pinjaman peribadi bagi membolehkannya melabur sebanyak RM155,000. Walaupun kontrak pekerjaannya akan tamat selepas itu, Amran yakin pulangan yang akan diperoleh pada setiap bulan daripada pelaburan berkenaan akan dapat menampung kos kehidupan keluarganya, termasuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan bagi semua hutang bank. Beberapa bulan kemudian, Amran mendapati pihak penganjur mula gagal membayar pulangan seperti yang dijanjikan, dan ada ketikanya tertangguh. Apabila ditanya kepada rakan penganjur berkenaan, mereka juga gagal membantu dan memintanya menghubungi terus syarikat berkenaan yang berpusat di utara Semenanjung. Disebabkan tertekan dengan pelbagai masalah, termasuk panggilan daripada bank dan juga agen kutipan disebabkan kegagalan menjelaskan ansuran pinjaman, Amran berusaha untuk mendapatkan bantuan. Dia kemudiannya terlihat iklan mengenai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di kaca televisyen. Tanpa membuang masa, dia terus ke cawangan AKPK Kuala Terengganu dan berbincang masalah dengan kaunselor AKPK.Setelah berunding, kaunselor AKPK menstruktur pinjaman-pinjamannya kembali dan mengurangkan komitmen bulanan kepada bank. Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Akibat Skim Cepat Kaya 2 • Ringgit Untuk mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingat petua-petua perlindungan seperti berikut: • Hindari daripada sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil. Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang pada satu tempoh masa yang pendek. Anda mesti ingat bahawa setiap pelaburan melibatkan risiko dan anda tentu selalu dengar ‘pulangan tinggi berisiko tinggi’. Ambil langkah berhati-hati terutama jika pelaburan itu kononnya akan memberi pulangan tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung. • Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa ‘peluang’ dalam keadaan mendesak, umpamanya ‘tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad’ atau ‘beli sekarang, jika tidak, anda akan menyesal’. Ingatlah, jika perniagaan itu sah, ia akan tetap wujud esok, minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan. • Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan Nasihat kepada Pembaca terhadap Skim Penipuan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus atau laporan tahunan syarikat itu sebelum membuat pelaburan. • Jangan memberikan sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu. • Jangan takut bertanya soalan. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak faham dan jangan menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan. Siasat sendiri. • Sentiasa memeriksa laman web pihak pengawal selia, contohnya laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my) untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur. Untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan dan langkah-langkah pencegahan, orang ramai juga boleh melawat laman amaran penipuan kewangan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my • Jika ragu-ragu, jangan melabur. Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Ringgit • 3 Perkhidmatan Perbankan Ejen Bank Simpanan Nasional (BSN) Dipertingkatkan Untuk Kemudahan Masyarakat Pembukaan akaun bank Giro / Giro-i kini dipermudah melalui Ejen Bank Berdaftar BSN BSN terus menyokong agenda rangkuman kewangan melalui inisiatif perbankan ejen yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Pelan Sektor Kewangan 2011 – 2020. Sejak inisiatif perbankan ejen dilaksanakan pada tahun 2012, Malaysia telah mencapai tahap rangkuman kewangan atau “financial inclusion” yang lebih tinggi. Kini, 96% daripada 886 mukim yang mempunyai penduduk melebihi 2,000 orang telah mendapat kemudahan atau akses kepada perkhidmatan perbankan asas, berbanding dengan hanya 46% pada tahun 2011. BSN memainkan peranan yang penting dalam memacu agenda ini melalui khidmat perbankan ejen yang diperkenalkan kepada masyarakat pada 27 Januari 2012. Di bawah inisiatif ini, BSN telah melantik Ejen Bank Berdaftar (EB) yang terdiri daripada pemilik-pemilik premis perniagaan runcit, ejen syarikat telekomunikasi dan juga pemilik stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia. Bermula dengan hanya 200 lokasi dan lima (5) perkhidmatan perbankan, kini jumlah EB BSN telah meningkat kepada 6,033 yang beroperasi di seluruh negara. Perkhidmatan Yang Ditawarkan • Simpanan Wang • Pengeluaran Wang • Pembukaan Akaun • Simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP) • Pembayaran Tanpa Tunai • Pembayaran Bil • Tambah Nilai Prabayar Terbaharu, EB BSN menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun Giro / Giro–i di premis perniagaan mereka. Sejak Disember 2014, perkhidmatan EB BSN juga telah dipertingkatkan iaitu Pembukaan Akaun Giro / Giro-i. Penambahan perkhidmatan ini adalah bertujuan 4 • Ringgit untuk memudahkan urusan pembukaan akaun bagi penerimaan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyediakan perkhidmatan perbankan yang menyeluruh kepada pelanggan-pelanggan BSN terutamanya bagi masyarakat di kawasan luar bandar. Setakat ini, sebanyak lebih 6,000 akaun Giro / Giro-i telah dibuka melalui saluran EB BSN. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana premis EB BSN berdekatan untuk membuka Akaun Giro / Giro-i dengan membawa bersama MyKad untuk tujuan pengesahan biometrik bersama jumlah deposit permulaan serendah RM20. Proses pembukaan akaun ini adalah cepat, mudah dan selamat. Akaun yang telah dibuka perlu dikemaskini di mana-mana cawangan BSN dalam tempoh dua (2) bulan. Perkhidmatan yang ditawarkan di semua EB BSN adalah selamat kerana ia menggunakan terminal Point-of-Sale (POS) yang berhubung terus kepada Pelanggan mendapatkan perkhidmatan dari EB BSN sistem BSN bagi membenarkan transaksi dilakukan dalam talian secara masa nyata sepenuhnya tanpa memerlukan borang permohonan. Setiap transaksi yang berjaya akan diperakukan dengan resit rasmi yang dicetak terus di terminal POS. Sekiranya mempunyai sebarang aduan dan pertanyaan tentang perkhidmatan yang ditawarkan melalui EB BSN atau berminat menjadi ejen BSN sila hubungi: Tel: 1-300-88-1900 E-mel: [email protected] Laman Web: www.mybsn.com.my Sekiranya memenuhi kriteria yang berikut, anda layak untuk dipertimbangkan menjadi ejen BSN: i. Berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran SSM ii. Telah beroperasi lebih daripada 1 tahun iii. Mempunyai premis perniagaan tetap iv. EB hanya perniagaan sampingan v. Mempunyai capaian GPRS/Talian tetap vi. Jarak di antara EB dengan Cawangan BSN adalah 5 km* vii. Jarak di antara EB adalah 10 km* viii. Membuka Akaun Korporat EB BSN dengan deposit minimum RM1,500.00 * Tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurusan BSN (keperluan dan kepadatan penduduk) Sumber: Bank Simpanan Nasional Ringgit • 5 PASTIKAN ü • Melakukan urusan di premis Ejen Bank Berdaftar yang SAH sahaja. • Sila masukkan nombor telefon anda ke terminal POS. • Minta salinan dan semak maklumat sebelum meninggalkan premis ejen. • Simpan resit cetakan daripada terminal Pos di tempat yang selamat untuk rujukan di masa akan datang. • Anda hadir ke cawangan BSN dalam tempoh dua bulan dari tarikh pembukaan akaun untuk kemaskini maklumat dan membuat permohonan kad ATM. • Segera maklumkan kepada pihak BSN sekiranya terdapat perubahan pada maklumat peribadi pemilik akaun dan sekiranya terdapat perbezaan / percanggahan maklumat pada resit / penyata akaun anda. • Menyimpan nombor akaun dan maklumat akaun anda kerana ianya adalah sulit dan rahsia. • Bawa bersama wang secukupnya dan MyKad anda untuk membuat deposit (pembukaan akaun). JANGAN û • Lakukan transaksi di luar premis ejen atau di premis yang tiada papan tanda EB BSN. • Dedahkan nombor akaun dan maklumat akaun pada pihak ketiga. • Lakukan transaksi ket ika berlaku gangguan talian kerana terminal POS tidak dapat mencetak resit. • Maklumkan baki akaun kepada Ejen atau orang lain. • Dedahkan nombor akaun dan Kad ATM atau MyKad anda kepada Ejen atau orang lain kerana ianya adalah rahsia. • Membenarkan pihak ketiga menggunakan akaun anda bagi perlaksanaan aktiviti yang menyalahi undang-undang. PROSES PEMBUKAAN AKAUN DI EJEN BANK BERDAFTAR (EB) Hadir ke kaunter EB BSN Bawa bersama MyKad dan Tunai Masukkan MyKad dan letakkan ibu jari di terminal Point of Sale (POS) untuk pengesahan biometrik Sila masukkan nombor telefon anda ke terminal POS Hadir ke cawangan BSN selewat- lewatnya 2 bulan daripada tarikh pembukaan akaun untuk kemaskini maklumat dan mohon Kad ATM Terima resit transaksi salinan pelangaan (no. akaun Giro / Giro-i akan tertera pada resit) Deposit dan sahkan amaun Pembukaan Akaun 6 • Ringgit Kenyataan ini dibuat susulan daripada beberapa laporan media yang kurang tepat dan mengelirukan berkaitan dengan Bank Negara Malaysia mengenai faktor-faktor yang menjadi penyebab turun naik kadar pertukaran Ringgit. Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa pergerakan semasa nilai Ringgit dipengaruh oleh perkembangan global dan dalam negeri. Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berhubung dengan dasar monetari bank-bank pusat utama serta trend harga minyak mentah dan gas. Faktor-faktor dalam negeri, termasuklah kebimbangan terhadap entiti berkaitan kerajaan dan isu berkaitan penarafan. Ketidakpastian terhadap mana-mana isu ini telah menyebabkan turun naik nilai Ringgit. Sungguhpun perkembangan di luar negeri adalah di luar kawalan mana-mana ekonomi yang bersifat terbuka, namun segala usaha perlu diambil untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu dalam negeri yang sedang dihadapi oleh ekonomi negara. Apabila isu-isu tersebut diselesaikan, prestasi ringgit dijangka kembali selaras dengan asas-asas ekonomi dan prospek pertumbuhan negara yang kukuh. Bank Negara Malaysia kekal fokus terhadap peranan dan mandatnya dalam memelihara kestabilan monetari dan kewangan serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Bank Negara Malaysia tidak pernah dan tidak akan terpengaruh oleh agenda politik tetapi akan terus melaksanakan mandatnya dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat negara ini. Sumber: Bank Negara Malaysia Salah Laporan Mengenai Ringgit Ringgit • 7 Ruangan Bersama NCCC Semenjak kebelakangan ini terdapat banyak isu berkaitan dengan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan barang secara kredit atau ansuran. Kebanyakannya berkaitan dengan isu ugutan atau ancaman yang dibuat oleh samseng daripada pihak syarikat tersebut terhadap pengguna yang masih belum menjelaskan tunggakan ansuran atau memeras pengguna untuk membuat bayaran lebihan walaupun hutangnya telah diselesaikan beberapa tahun lepas. Apakah yang dimaksudkan dengan jualan kredit? Jualan kredit ialah pembekal melakukan aktiviti pembekalan barang dan pembekalan kredit apabila barang itu dijual kepada pengguna yang tidak ingin/ mampu membuat pembayaran yang sepenuhnya dalam satu transaksi. Pada hemat pengguna, skim bayaran ansuran yang ditawarkan ini mungkin dapat mengurangkan bebanan kewangan ke atas individu yang tertentu. Namun, terdapat sesetengah syarikat ini menggunakan kekerasan dan mengugut apabila pengguna gagal menjelaskan bayaran ansuran. Berdasarkan aduan yang diterima oleh NCCC, pengadu telah dihubungi oleh pihak syarikat dan menyatakan beliau mempunyai tunggakan bayaran ansuran perabot. Walhal, bayaran perabot tersebut telah dilangsaikan beberapa tahun Ketahui Hak Dalam Jualan Kredit yang lalu. Pemungut hutang juga bertindak mengugut pengadu jika tidak membuat bayaran. Tindakan ugutan yang dilakukan oleh pemungut hutang ini perlu dipandang serius. Tindakan ini tidak wajar dilakukan oleh pemungut hutang. Syarikat seharusnya perlu bertanggungjawab mengemas kini pembayaran pengguna agar kesilapan maklumat tidak berlaku. Kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa mereka perlu mendapatkan surat pelepasan daripada syarikat-syarikat tertentu, kerana mereka menganggap pengesahan secara lisan oleh syarikat itu merupakan keputusan akhir untuk ansuran yang diambil oleh mereka. Surat pelepasan boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pengguna telah melangsaikan bayaran ansuran daripada syarikat terbabit. Tidak dinafikan, ramai pengguna memerlukan skim bayaran ansuran bagi mengurangkan beban kewangan mereka serta mempermudah pembelian barangan isi rumah untuk menghiasi rumah mereka,terutama pada musim perayaan seperti, Hari Raya Adilfitri dan perayaan yang lain. Pengguna dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemat atas barangan keperluan dan tidak diperangkap oleh tawaran atau gimik jualan murah. Pengguna juga perlu mengesahkan caj faedah 8 • Ringgit sebelum menandatangani sebarang perjanjian dan membandingkan penawaran faedah dengan syarikat lain. Hal ini disebabkan bayaran ansuran mungkin kelihatan mudah/senang untuk membayar, tetapi sebaliknya anda mungkin membayar dua kali ganda jumlah harga asal disebabkan oleh caj-caj kadar faedah yang tinggi. Kementer ian Perdagangan Dalam Neger i , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2012 pada 1 Oktober 2012. Peraturan ini bertujuan untuk melindungi pengguna yang membuat urus niaga secara kredit atau ansuran. Peraturan ini telah mewajibkan penjual dan pemberi kemudahan kredit untuk memaklumkan kepada pengguna secara lisan dan bertulis mengenai beberapa maklumat penting sebelum urus niaga secara kredit dilaksanakan, seperti kadar faedah yang dikenakan, jumlah harga barangan termasuk faedah, caj sampingan, caj bayaran lewat dan formula pengiraannya. Selain itu, peraturan ini juga telah menetapkan beberapa perkara seperti berikut: I. Tidak membenarkan penjual memberi kemudahan kredit dan mengenakan lebih daripada satu fi pemprosesan dokumen untuk pembelian melebihi satu barangan dengan satu transaksi; II. Kadar faedah tidak boleh diubah selepas perjanjian jualan kredit ditandatangani; III. Pengguna tidak boleh dikenakan sebarang bentuk fi jika permohonan kredit tidak diluluskan; dan IV. Pengguna tidak boleh dikenakan penalti jika membuat penyelesaian awal pembayaran. Namun, jumlah caj kadar faedah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tidak dikawal oleh mana-mana badan atau agensi. Terdapat aduan tentang kadar faedah yang diberikan oleh syarikat agak tinggi. Oleh itu, pengguna perlu bijak membuat perbandingan harga dan caj kadar faedah yang ditawarkan. Pengguna boleh membuat aduan sekiranya terdapat syarikat-syarikat yang tidak mematuhi peraturan- peraturan ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui talian hotline 1800-886-800 atau memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Gunakan hak anda untuk memilih dan membuat keputusan dalam pembelian!. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) “Berdasarkan aduan yang diterima oleh NCCC, pengadu telah dihubungi oleh pihak syarikat dan menyatakan beliau mempunyai tunggakan bayaran ansuran perabot. Walhal, bayaran perabot tersebut telah dilangsaikan beberapa tahun yang lalu.” Ringgit • 9 Masalah Kewangan Anda Apakah prosedur bagi seorang pengguna untuk membuat aduan jika tertipu? Pengguna, Petaling Jaya Jawapan: Pengguna perlu pergi ke kedai berkenaan dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya gagal, tindakan selanjutnya yang boleh dilakukan adalah menulis surat rasmi kepada pekedai atau syarikat berkenaan. Antara kaedah menulis surat aduan secara berkesan adalah seperti berikut:- a) Nyatakan butir pembelian termasuk harga, siapa kakitangan syarikat atau pembantu kedai yang menjualnya (jika tahu namanya), tarikh pembelian atau pemasangan, janji dibuat, nama cawangan kedai atau syarikat dan sebagainya. b) Nyatakan bentuk tuntutan diingini (pengembalian wang, ganti rugi, pembaikan dan sebagainya). c) Sertakan salinan dokumen (seperti resit atau bukti pembelian) bagi menyokong tuntutan. d) Surat hendaklah ditulis dengan jelas dan mudah difahami. e) Nyatakan secara baik kaedah bagi menyelesaikan masalah anda. f) Buat salinan surat kepada pihak berkenaan seperti syarikat induk bagi cawangan kedai berkenaan, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, persatuan pengguna dan sebagainya. g) Kirim surat itu secara pos daftar. h) Jalan terakhir ialah membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia bagi penyelesaian. Cara Buat Aduan Sekiranya Ditipu Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] .9140. 7 L©I©_ .a.z...«.u....c...:!Lhr..fi...n . U_) _\/_ .:J._..C©_ HBESEQE x_£.CD x%gc©mc®E__f 3...; mm mi 9 Z<3m_Zmn_ :28 .CmE_:U©..__®E .66 ©E_E_.c rho: 9% Z_v_oZD_>_ 83 cmEm_ cmsmq wcmgmnmm exam %m%_, .8; Lmmgmi Z<xDo<~m=>_ .c©m_,c©>.,ox :06 _cmfiCoa EEJEQE Em._mC ex magma xcmn no? cmEm,_ #5 cmisfi 9 v_<n=>_<Z 0Z<> mE_EmE 9% @8E mcwfimnmm Ema %m§ .28 mccm ca LODEOC coo cage. 99. c@__;mE 9 Z<7__4<<~__.<§//.~.\..:<o saga; 32.5% _E_fl_@a Ea Egg Egg: zaasga a@_§._ 2!
Public Notice
20 Ogos 2015
Tabung Khas Bank Negara Malaysia - TIKS2, TUB2 dan SDRS
https://www.bnm.gov.my/-/tabung-khas-bank-negara-malaysia-tiks2-tub2-dan-sdrs
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/TIKS2.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/SDRS.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/TUB2.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=182&redirect=/-/tabung-khas-bank-negara-malaysia-tiks2-tub2-dan-sdrs&languageId=ms_MY
Reading: Tabung Khas Bank Negara Malaysia - TIKS2, TUB2 dan SDRS Share: Tabung Khas Bank Negara Malaysia - TIKS2, TUB2 dan SDRS Tarikh Siaran: 20 Ogos 2015 Tabung Khas Bank Negara Malaysia - TIKS2, TUB2 dan SDRS Perusahaan  Kecil dan Sederhana (PKS) boleh mendapatkan akses kepada Tabung Khas Bank Negara Malaysia iaitu Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 (TIKS2) dan Tabung Usahawan Baru 2 (TUB2) melalui institusi kewangan peserta pada kadar pembiayaan yang berpatutan.   Jumlah agregat maksimum sehingga RM5 juta.   Kadar pembiayaan sebanyak 4% -6% setahun untuk tempoh 5 tahun.   Bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan modal kerja. Permohonan pembiayaan boleh dibuat melalui semua bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan. PKS yang menghadapi masalah pembiayaan perniagaan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan sedia ada di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (Small Debt Resolution Scheme, SDRS). Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan lanjut, anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan institusi kewangan peserta masing-masing. Maklumat lanjut mengenai TIKS2, TUB2 dan SDRS disediakan di pautan berikut: Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 (TIKS2) Tabung Usahawan Baru 2 (TUB2) Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS) © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
TIKS2 210715 FUNDS FOR SMALL AND MEDIUM INDUSTRIES 2 (FSMI2) Objective To ensure eligible SMEs in both the export and domestic-oriented sectors have access to �nancing at reasonable cost. Financing rate : 4% to 6% per annum Maximum tenure : 5 years Financing Margin : RM5 million Participating financial institutions • All commercial banks and Islamic banks; • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank); • Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank); • Malaysian Industrial Development Finance Berhad; and • Sabah Development Bank Berhad. Eligibility criteria • Business enterprise based on the definition of SMEs in Malaysia; • Maximum shareholders' funds not exceeding RM2 million; • Shareholding by Public Listed Companies or Government-Linked Companies (if any) should not exceed 20%; • Malaysian residing in Malaysia and owned minimum 51% shareholding incorporated under the Companies Act 1965, the Co-operative Societies Act 1993, the Societies Act 1966, registered with the Companies Commission of Malaysia or any other authoritative bodies; and • Not more than seven (7) years in operation. (However, participating financial institutions may consider cases of SMEs who have been in operation for more than seven (7) years). Purpose of financing • Expansion in productive capacity; or • Working capital or both. Eligible sector : All economic sectors Application procedure Applications should be made through any participating financial institutions. Approvals will be subjected to the normal credit approval procedures and security requirements of the individual participating financial institution. For more information: Call BNMTELELINK 1-300-88-5465 Log on to SMEinfo portal http://www.smeinfo.com.my Facsimile: 03-2174 1515 or E-mail: [email protected] TABUNG INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 2 (TIKS2) Objektif Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti PKS dalam sektor berorientasikan eksport dan domestik. Kadar pembiayaan : 4% - 6% setahun Tempoh pembiayaan : 5 tahun Jumlah pembiayaan : RM5 juta Institusi kewangan peserta • Semua bank perdagangan dan bank Islam; • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank); • Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank); • Malaysian Industrial Development Finance Berhad; dan • Sabah Development Bank Berhad. Syarat kelayakan • Perusahaan perniagaan mengikut definisi PKS di Malaysia; • Dana pemegang saham tidak melebihi RM2 juta; • Saham PKS yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai dan syarikat berkaitan dengan Kerajaan hendaklah tidak melebihi 20 peratus; • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia dan memiliki sekurang-kurangnya 51% pegangan saham yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak-pihak berkuasa yang lain; dan • Rekod prestasi perniagaan PKS tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun. (Walau bagaimanapun, institusi kewangan peserta boleh memberi pertimbangan terhadap permohonan pembiayaan daripada PKS yang mempunyai rekod prestasi lebih daripada tujuh (7) tahun). Tujuan pembiayaan pinjaman • Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran; atau • Modal kerja atau kedua-dua sekali. Sektor yang layak : Semua sektor ekonomi Prosedur Permohonan Permohonan hendaklah dikemukakan kepada mana-mana institusi kewangan peserta. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa dan keperluan cagaran oleh institusi kewangan peserta yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut: Hubungi BNMTELELINK 1-300-88-5465 Layari SMEinfo portal http://www.smeinfo.com.my Faksimili: 03-2174 1515 atau E-mel: [email protected] SDRS Final 220715 Skim Penyelesaian Pinjaman KecilSkim Penyelesaian Pinjaman KecilSkim Penyelesaian Pinjaman Kecil SDRSSDRSSDRS Layari SMEinfo portal http://www.smeinfo.com.my Hubungi BNMTELELINKBANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA 1-300-88-5465 Faksimili: 03-2174 1515 atau E-mel: [email protected] Siapakah yang Layak Memohon? Bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdaya maju yang menghadapi masalah pembayaran pembiayaan perniagaan dengan institusi kewangan melalui proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan perniagaan tersebut. Senario 1 Senario 2 Menyokong PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan Penyusunan / penjadualan semula Pembiayaan baharu (jika perlu) Borang permohonan SDRS boleh diperoleh dari: • Institusi Kewangan Peserta (IKP) • BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM • Laman sesawang www.smeinfo.com.my Syarikat berjaya mendapat kontrak atau projek daripada Kerajaan/agensi atau syarikat swasta/awam yang bereputasi baik. Memerlukan modal kerja tambahan. Oleh kerana syarikat mempunyai masalah pembiayaan tertunggak sedia ada, permohonan kemudahan pembiayaan telah ditolak oleh institusi kewangan. Perlu memulihkan semula perniagaan dan membayar balik pembiayaan. • • • • • • • • Menstabilkan aliran tunai perniagaan. • Menyediakan ruang kepada PKS untuk melaksanakan pelan pemulihan perniagaan. • Semua bank perdagangan • Bank-bank Islam • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) • Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) • Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) • Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) • Bank Simpanan Nasional (BSN) Proses Permohonan 1. Hantarkan borang permohonan SDRS yang lengkap kepada IKP atau BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM 2. Sekretariat SDRS BNM akan menghubungi pemohon 3. Penilaian permohonan oleh IKP Institusi Kewangan Peserta (IKP)Bagaimana Untuk Memohon? Syarikat milik warganegara Malaysia (sekurang- kurangnya 51%) dalam semua sektor. Memenuhi kriteria de�nisi PKS: PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan berikutan pembiayaan daripada institusi kewangan. Pembiayaan berkaitan dengan perniagaan sahaja. Perniagaan masih beroperasi. 1. 2. 3. 4. 5. • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang; atau • Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta. Syarikat milik Malaysia 51% Ju al an t ah un an ≤ R M 50 ju ta MENYEDIAKAN Jika permohonan diluluskan oleh IKP Jika permohonan ditolak oleh IKP IKP dan peminjam akan melaksanakan terma pinjaman yang baharu Sekretariat SDRS BNM akan membuat penilaian bebas ke atas permohonan SDRSSDRS Peminjam menghadapi masalah aliran tunai perniagaan. Mengalami kesukaran untuk memenuhi obligasi kewangan dengan pihak bank. Perbincangan dengan pihak bank untuk memulihkan semula pembiayaan sedia ada gagal mencapai jalan penyelesaian. Small Debt Resolution SchemeSmall Debt Resolution SchemeSmall Debt Resolution Scheme Log on to SMEinfo portal http://www.smeinfo.com.my Call BNMTELELINKBANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA 1-300-88-5465 Facsimile: 03-2174 1515 or E-mail: [email protected] Who is Eligible? Assistance to viable small and medium enterprises (SMEs) facing business �nancing problem with �nancial institutions through restructuring or rescheduling of the existing �nancing. Scenario 1 Scenario 2 To support viable SMEs facing financial difficulties Rescheduling / Restructuring New financing (where necessary) Applicant can obtain the SDRS application form from: • Participating �nancial institutions (PFIs) • BNMLINK / BNM Regional Of�ces • SMEinfo portal : www.smeinfo.com.my My company was awarded a contract or project by the Government/agencies or reputable private/public companies. In need of additional working capital. Due to an existing impaired �nancing, the Company’s application for �nancing was rejected by �nancial institutions. Need to revive the business and repay the existing �nancing. • • • • • • • Borrower faces problem in business cash �ow. Dif�culty in ful�lling �nancial obligations with the bank. Negotiation with bank on rehabilitation of existing �nancing unable to reach to an amicable solution. To stabilise business cash�ow by providing some �nancial reprieve whilst viable SMEs implement business turnaround plans. • All commercial banks • All Islamic banks • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) • Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) • Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) • Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) • Bank Simpanan Nasional (BSN) Application Process 1. Submit complete SDRS application to PFIs or BNMLINK / BNM Regional Of�ces 2. SDRS Secretariat of BNM shall contact applicant 3. Evaluation of Application by PFIs Participating Financial Institutions (PFIs)How Do I Apply? Malaysian-owned companies (at least 51%) in all economic sectors. Meet the SME de�nition criteria: Viable SMEs facing �nancial dif�culties with �nancing from �nancial institutions. Applicable for business related �nancing only. Business is still on-going. 1. 2. 3. 4. 5. • Number of full time employees not exceeding 200; or • Annual sales turnover not more than RM50 million. Malaysian companies 51% S al es t ur no ve r ≤ R M 50 m il P R O V I D E S If application is approved by PFIs If application is rejected by PFIs PFIs and borrower implement new financing terms SDRS Secretariat of BNM will undertake an independent assessment on the application SDRSSDRS SDRSSDRSSDRS 1 < Smaflfl ebnj Jtesoflu-tifloml Scshieme Scenario 1 S D R S - Borrower faces problem in business cash flow. P R O V I D E S :5: l * = - Hffigultly in fulfilling financial obligations with e an . Assistance to viable small and medium enterprises (SMEs) facing business financing problem with financial institutions through ‘:3 ° Ne_9‘?tlatl°_“ with bank 0“ rehabilitation of restructuring or rescheduling of the existing financing. 0‘ eX'3t'“9 f'”a“C'”9 Unable to reach to an L!\amicab|e solution. To support viable SMEs facing financial difficulties to . Scenario 2 Rescheduling / . Restructuring - My company was awarded a contract or_ project by . Q the Government/agencies or reputable private/public {J _ companies- ‘ > o In need of additional working capital. New financing . . . . . . - Due to an existing impaired financing, the Company’s (where necessary) application for financing was rejected by financial institutions. T t b'l' b ' hfl b 'd' f' ' l ' . . . . Who is Eligible? Application Process I .,.,,.,,,,s..,,, 1. Malaysian-owned companies (at least 51%) in all 1- Submit complete SDRS application to PFIS or companies economic sectors. BNMLlNK/ BNM Regional Offices 51% 2- Meet the SME defiTiiTi0Ti Criteiiai 2. SDRS Secretariat of BNM shall contact applicant - Number of full time employees not exceeding 3 E I t_ fA |_ t_ b PH 200; f . va ua ion 0 pp ica ion y s fl - Annuglr sales turnover not more than RM50 § million If application is approved by PFls If application is rejected by PFls g? 3. Viable SMEs facing financial difficulties with fig financing from financial institutions. J ‘ 2 . 3 “vi 4. Applicable for business related financing only. PF|s and borrower implement wifiE§§efi:::;‘:':]td:fp':m';:nt r ' . . -J 5. Business is still on-going. new mancmgterms a55°55"‘°“'°" ‘he a"p"°""°" How Do I Apply? Participating Financial Institutions (PF|s) - All commercial banks Applicant can obtain the SDRS application form from: . All Islamic banks - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) . Participating financial institutions (PF|s) - Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) , BNM|_|NK/ BNM Regional Offices - Bank Pertanlan Malaysia Berhad (Agrobank) _ SMEWO portal . WWW_Smeim.O_COm_my o Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) - Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) - Bank Simpanan Nasional (BSN) % BANK NEGARA MALAYSIA Log on to SMEinfo portal Call BNMTELELINK Facsimile: 03-2174 1515 or CENTRAL BANK OF MALAYSIA Q http;//www_smeinfo_com_my \, 1-3()0-83-5455 M E—mai|: bnmte|[email protected] TUB2 210715 NEW ENTREPRENEURS FUNDS 2 (NEF2) (Bumiputera Only) Objective To promote the growth of small and medium-sized Bumiputera enterprises by ensuring that they have access to �nancing at reasonable cost. Financing rate : 4% to 6% per annum Maximum tenure : 5 years Financing Margin : RM5 million Participating financial institutions • All commercial banks and Islamic banks; • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank); and • Malaysian Industrial Development Finance Berhad Eligibility criteria • Bumiputera enterprises based on the de�nition of SMEs in Malaysia; • Maximum shareholders' funds not exceeding RM2 million; • Shareholding by Public Listed Companies or Government-Linked Companies should not exceed 20%; • Wholly-owned Bumiputera institutions residing in Malaysia incorporated under the Companies Act 1965, the Co-operative Societies Act 1993, the Societies Act 1966 and registered with the Companies Commission of Malaysia or any other authoritative bodies; and • Not more than seven (7) years in operation. (However participating financial institutions may consider cases of SMEs who have been in operation for more than seven (7) years). Purpose of financing • Expansion in productive capacity; or • Working capital or both. Eligible sector : All economic sectors Application procedure Applications should be made through any participating �nancial institutions. Approvals will be subjected to the normal credit approval procedures and security requirements of the individual participating �nancial institution. For more information: Call BNMTELELINK 1-300-88-5465 Log on to SMEinfo portal http://www.smeinfo.com.my Facsimile: 03-2174 1515 or E-mail: [email protected] TABUNG USAHAWAN BARU 2 (TUB2) (Bumiputera Sahaja) Objektif Menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat Bumiputera yang bersaiz kecil dan sederhana dengan memastikan syarikat ini mendapat akses pembiayaan pada kos yang berpatutan. Kadar pembiayaan : 4% - 6% setahun Tempoh pembiayaan : 5 tahun Jumlah pembiayaan : RM5 juta Institusi kewangan peserta • Semua bank perdagangan dan bank Islam; • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank); dan • Malaysian Industrial Development Finance Berhad. Syarat kelayakan • Perusahaan perniagaan bumiputera mengikut de�nisi PKS di Malaysia; • Dana pemegang saham tidak melebihi RM2 juta; • Saham PKS yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai dan syarikat berkaitan dengan Kerajaan hendaklah tidak melebihi 20%; • Institusi dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera yang bermastautin di Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak-pihak berkuasa yang lain; dan • Rekod prestasi perniagaan PKS adalah tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun. (Walau bagaimanapun, institusi kewangan peserta boleh memberi pertimbangan terhadap permohonan pembiayaan daripada PKS yang mempunyai rekod prestasi lebih daripada tujuh (7) tahun). Tujuan pembiayaan pinjaman • Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran; atau • Modal kerja atau kedua-dua sekali. Sektor yang layak : Semua sektor ekonomi Prosedur Permohonan Permohonan hendaklah dikemukakan kepada mana-mana institusi kewangan peserta. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa dan keperluan cagaran oleh institusi kewangan peserta yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut: Hubungi BNMTELELINK 1-300-88-5465 Layari SMEinfo portal http://www.smeinfo.com.my Faksimili: 03-2174 1515 atau E-mel: [email protected]
Public Notice
20 Ogos 2015
Book your seat now! Global Seminar on Disaster Risk Financing (17 - 18 September 2015)
https://www.bnm.gov.my/-/book-your-seat-now-global-seminar-on-disaster-risk-financing-17-18-september-2015-
null
null
null
null
null
30 Jul 2015
Repurchase Agreement Transactions
https://www.bnm.gov.my/-/repurchase-agreement-transactions-2
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/repurchase-agreement-transactions-2&languageId=ms_MY
Reading: Repurchase Agreement Transactions Share: Repurchase Agreement Transactions Tarikh Siaran: 30 Jul 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
15 Jul 2015
Concept Paper on Capital Adequacy Framework (Capital Components)
https://www.bnm.gov.my/-/concept-paper-on-capital-adequacy-framework-capital-components-
null
null
Reading: Concept Paper on Capital Adequacy Framework (Capital Components) Share: Concept Paper on Capital Adequacy Framework (Capital Components) Release Date: 15 Jul 2015 This concept paper sets out the Bank's proposals to detail out the computation of the weighted average Countercyclical Capital Buffer requirements for private credit exposures held in jurisdictions where the national authority has announced the Countercyclical Capital Buffer rate for that jurisdiction, in line with the requirements set out under Basel III. The Bank invites written comments on the above proposals and feedback, if any. Responses must be submitted to the Bank by Friday, 14 August 2015. Details can be found in the following document: Capital Adequacy Framework for Islamic Banks - Concept Paper [PDF, 787K] Attachment [PDF, 2.7MB] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
15 Jul 2015
Concept Paper on Capital Adequacy Framework for Islamic Banks (Capital Components)
https://www.bnm.gov.my/-/concept-paper-on-capital-adequacy-framework-for-islamic-banks-capital-components-
null
null
Reading: Concept Paper on Capital Adequacy Framework for Islamic Banks (Capital Components) Share: Concept Paper on Capital Adequacy Framework for Islamic Banks (Capital Components) Release Date: 15 Jul 2015 This concept paper sets out the Bank's proposals to detail out the computation of the weighted average Countercyclical Capital Buffer requirements for private credit exposures held in jurisdictions where the national authority has announced the Countercyclical Capital Buffer rate for that jurisdiction, in line with the requirements set out under Basel III. The Bank invites written comments on the above proposals and feedback, if any. Responses must be submitted to the Bank by Friday, 14 August 2015. Details can be found in the following document: Capital Adequacy Framework for Islamic Banks - Concept Paper [PDF, 787K] Attachment [PDF, 2.7MB] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
15 Jul 2015
Amendment to the Enhancement of the Policy and Guidelines of the Small Debt Resolution Scheme (SDRS)
https://www.bnm.gov.my/-/amendment-to-the-enhancement-of-the-policy-and-guidelines-of-the-small-debt-resolution-scheme-sdrs-
null
null
Reading: Amendment to the Enhancement of the Policy and Guidelines of the Small Debt Resolution Scheme (SDRS) Share: Amendment to the Enhancement of the Policy and Guidelines of the Small Debt Resolution Scheme (SDRS) Release Date: 15 Jul 2015 Please be informed that the Enhancement of the Policy and Guidelines of the SDRS which was issued by Bank Negara Malaysia on 11 July 2014 is amended by substituting subparagraph 7.2.1 with the following new paragraph: 7.2.1 The SDRC comprises 9 Committee members, of which one (1) is a representative of Bank Negara Malaysia. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
13 Jul 2015
Request for Proposal on "Study of Tax Impediments on the Growth of Leasing and Factoring in Malaysia" - (deadline 12.00 noon, 6 August 2015
https://www.bnm.gov.my/-/request-for-proposal-on-study-of-tax-impediments-on-the-growth-of-leasing-and-factoring-in-malaysia-deadline-12.00-noon-6-august-2015
null
null
Reading: Request for Proposal on "Study of Tax Impediments on the Growth of Leasing and Factoring in Malaysia" - (deadline 12.00 noon, 6 August 2015 Share: Request for Proposal on "Study of Tax Impediments on the Growth of Leasing and Factoring in Malaysia" - (deadline 12.00 noon, 6 August 2015 Release Date: 13 Jul 2015 Bank Negara Malaysia (BNM) wishes to invite tax consultants to submit proposal to conduct a study on tax impediments facing leasing and factoring in Malaysia. Click here to read more. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
13 Jul 2015
Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Hampir Baharu pada Syawal ini
https://www.bnm.gov.my/-/hijaukan-alam-sekitar-anda-dengan-wang-kertas-hampir-baharu-pada-syawal-ini
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/hijaukan-alam-sekitar-anda-dengan-wang-kertas-hampir-baharu-pada-syawal-ini&languageId=ms_MY
Reading: Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Hampir Baharu pada Syawal ini Share: Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Hampir Baharu pada Syawal ini Tarikh Siaran: 13 Jul 2015 Pemberian duit raya dengan hati yang ikhlas adalah lebih bermakna, tanpa mengambil kira wang kertas baharu atau lama. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
08 Jul 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Mei 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-mei-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed61+Mei+2015+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-mei-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Mei 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Mei 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 08 Jul 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Rancang Kewangan Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan. Antara topik lain yang menarik termasuk: Bagaimana Memilih Saham Yang Menguntungkan? Perbezaan Cukai Jualan, Perkhidmatan dan GST Insurans Motor: Kecurian Kereta SCAM /Sindiket Penipuan (Ruangan Bersama NCCC) Bebas Hutang RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Mei/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
MEI 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 5 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Rancang Kewangan Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Kebimbangan terhadap kenaikan harga rumah semakin meningkat. Menurut Laporan Pasaran Harta 2014, harga purata rumah di negara ini meningkat sebanyak RM30,000 daripada RM266,304 pada tahun 2013 kepada RM295,345 pada akhir tahun 2014. Sebanyak 250 ribu transaksi pembelian rumah dilakukan sepanjang tahun 2014 yang bernilai RM82.06 bilion. Kerajaan pula mensasarkan sejumlah 653 ribu unit rumah mampu milik akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Merujuk kepada jumlah hutang isi rumah pula, terdapat peningkatan kepada 87.9 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014. Dalam masa yang sama, berlaku penurunan kadar tabungan negara kasar kepada 30.9% daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dalam tempoh yang sama. Hal ini menggambarkan perbelanjaan penggunaan tersasar dan kemungkinan berlakunya pembaziran. Dijangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih perlahan sekitar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2015. Keadaan ini memberi isyarat bahawa pengguna perlu berhati-hati dalam aspek perbelanjaan harian. Kebimbangan terhadap hutang pendidikan juga dikatakan bakal menjadi krisis global pada masa akan datang. Ia diakui oleh Biro Perlindungan Kewangan Pengguna Amerika Syarikat bahawa rakyat Amerika berhutang sekurang-kurangnya AS$1 trilion bagi pinjaman pendidikan. Situasi yang sama juga mungkin berlaku kepada pelajar universiti awam dan swasta tempatan yang menamatkan pengajian bakal berhadapan dengan komitmen bayaran balik pinjaman pendidikan. Ia belum mengambil kira kos pendidikan bermula seawal umur 4 hingga 6 tahun. Ibu bapa muda perlu memperuntuk sebahagian kos bagi pendidikan awal anak mereka. Sekiranya pilihan ibu bapa terhadap pendidikan awal swasta, Rancang Kewangan Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan 2 • Ringgit maka mereka terpaksa membayar yuran tahunan, kos bahan pendidikan, pakaian seragam, yuran aktiviti dan yuran bulanan sekurang-kurangnya dari RM300 hingga RM800 sebulan. Ini memerlukan ibu bapa untuk merancang persediaan kewangan untuk pendidikan anak-anak mereka. Kadar kebankrapan belia berumur 25 tahun dan ke bawah pula semakin membimbangkan. Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 1,150 kes dilaporkan antara tahun 2011 hingga Januari 2015, yang melibatkan belia berumur 25 tahun ke bawah. Kes tertinggi yang dilaporkan adalah pinjaman kenderaan (41.7 peratus), pinjaman peribadi (18.61 peratus) dan pinjaman rumah kediaman (17.79 peratus). Hal ini menunjukkan kawalan diri golongan belia terhadap kewangan sangat lemah. Kebanyakan mereka berbelanja melebihi daripada pendapatan. Mereka juga masih tidak mampu untuk membezakan antara keperluan dengan kehendak. Di samping itu, mereka juga mengambil sikap tidak peduli dengan tunggakan hutang dan tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada perunding kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Walaupun GST telah di laksanakan, namun masyarakat masih meneruskan tabiat gemar berbelanja. Tidak dinafikan, terdapat golongan yang bijak mengawal perbelanjaan peribadi mereka dan begitu juga sebaliknya. Menurut Penganalisis Ekonomi, kecenderungan seorang pengguna itu berbelanja dinilai kepada Marginal Propensity to Consume (MPC). MPC bagi negara Malaysia ialah 0.52 yang menunjukkan setiap ringgit kenaikan pendapatan akan menghasilkan perbelanjaan 0.52 sen. Perbandingan angka MPC dengan negara Asia yang lain menunjukkan Malaysia dalam kedudukan yang tinggi. Dari sudut ekonomi, ia dilihat dalam sudut positif dan membantu pertumbuhan ekonomi Negara. Dalam pada itu, perancangan masyarakat untuk dana persaraan tidak berada pada tahap membanggakan. 68 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000, manakala 50 peratus bekas ahli KWSP menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 5 tahun. Hal ini diukur dengan jangka hayat rakyat Malaysia menjangkau sehingga usia 78 tahun. Oleh itu, perancangan persaraan perlu dirancang seawal usia 30-an lagi. Hal ini ditambah pula dengan kos perubatan yang semakin tinggi pada masa ini. Oleh itu, amalan menabung merupakan langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi keperluan kewangan yang semakin mendesak ini. Tabungan bukanlah sesuatu yang merugikan. Meskipun pada awalnya, mungkin ia menyebabkan seseorang itu berasa tertekan kerana perlu berjimat dalam beberapa perkara perbelanjaan yang menjadi kelaziman mereka. Jika dinilai semula faktor-faktor seperti bebanan hutang, peningkatan kos sara hidup, persediaan belian aset, persaraan dan simpanan ketika kecemasan, maka ia memerlukan perancangan kewangan yang bijak. Oleh itu, pengguna perlu meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan agar kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang. Sumber: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Ringgit • 3 Satu-satunya sebab anda melabur dalam pasaran saham adalah untuk mendapat pulangan yang lumayan. Walau bagaimanapun, jika anda perhatikan lebih daripada 1,000 kaunter yang terdapat di Bursa Malaysia, tugas memilih kaunter yang sesuai bukanlah mudah. Anda mungkin sudah mendapatkan nasihat mengenai cara-cara melabur dan memilih saham dengan bijak, tetapi perlu diingat bahawa walau apapun nasihat yang diperoleh, nasihat-nasihat tersebut tidak boleh menjamin pulangan yang baik. Apa yang boleh disenaraikan di sini hanyalah beberapa ciri-ciri penting yang perlu diberi perhatian dalam memilih saham syarikat yang berpotensi. Maka, anda perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat kewangan yang relevan sebelum menganalisis asas syarikat-syarikat tersebut. Memahami Perniagaan Sesebuah Syarikat Salah satu faktor yang mempengaruh kejayaan sesuatu pelaburan ialah keupayaan untuk memahami perniagaan syarikat itu. Oleh itu, sebelum melihat aspek pengiraan dan sebagainya, anda perlu melihat dan memerhatikan produk-produk dan perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari atau Bagaimana Memilih Saham Yang Menguntungkan? yang anda lihat dalam surat khabar atau mana-mana sumber maklumat yang lain. Syarikat manakah yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang paling anda suka? Apakah produk-produk yang memudahkan kehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambah berbanding produk yang lain? Syarikat-syarikat yang menjadi jawapan kepada persoalan di atas mempunyai peluang cerah untuk berjaya. Jika orang lain masih belum perasan mengenai syarikat tersebut, maka anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mengaut keuntungan apabila membeli sahamnya. Pastikan anda membuat kajian-kajian lain sebelum melabur dalam syarikat tersebut. Matlamat utama di sini ialah anda perlu sentiasa mencari syarikat atau industri yang anda biasa dengannya ataupun mudah untuk difahami. Jika sukar bagi anda menerangkan perniagaan syarikat itu, maka elakkan daripada melabur dalam syarikat terbabit Menganalisis Sesebuah Syarikat Sekiranya anda mampu memahami apa yang telah diperkatakan tadi, anda kini sudah bersedia untuk beralih kepada perkara yang dipanggil analisis fundamental. Terdapat beberapa petunjuk “Syarikat manakah yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang paling anda suka? Apakah produk-produk yang memudahkan kehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambah berbanding produk yang lain?” 4 • Ringgit dalam kewangan sesebuah syarikat yang mampu memberikan anda gambaran tentang prestasi syarikat tersebut. a) Nisbah Harga Perolehan Sebagai permulaan, maklumat yang per lu diperhatikan ialah nisbah harga perolehan sesebuah syarikat. Syarikat yang mempunyai nisbah harga perolehan yang lebih rendah berbanding dengan pasaran keseluruhan ataupun purata industrinya menggambarkan bahawa saham syarikat tersebut masih terkurang nilai. Oleh itu, sekiranya purata industri pada tahap 15x nisbah harga perolehan, anda boleh mengabaikan syarikat-syarikat yang nisbah harga perolehan mereka melebihi 15. Hal ini disebabkan harga saham syarikat- syarikat tersebut sudahpun berada pada tahap yang sama ataupun lebih tinggi daripada nilai pasaran dan boleh dikatakan mahal. b) Permodalan Pasaran Faktor-faktor yang seterusnya ialah permodalan pasaran, rekod prestasi jualan dan perolehan serta kadar hasil dividen saham tersebut. Tentukan sama ada anda ingin melabur dalam syarikat bermodal besar atau kecil. Lazimnya, syarikat-syarikat besar dikatakan lebih berkemampuan untuk mengatasi saingan sengit dan dapat menikmati ekonomi ikut bidangan (economies of scale). Syarikat-syarikat kecil pula mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki syarikat-syarikat besar, contohnya mereka boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran dan mempunyai kos tidak langsung (overhead) yang lebih rendah. c) Rekod Prestasi Anda juga perlu merujuk kepada rekod prestasi syarikat yang konsisten. Sekiranya sesebuah syarikat itu mampu menjana tahap jualan dan perolehan yang baik serta mengalami peningkatan dalam bahagian pasaran, kecuali untuk satu atau dua suku yang disebabkan oleh keadaan keseluruhan pasaran, maka syarikat tersebut boleh dikatakan sebagai syarikat yang baik dan berpotensi. d) Dividen Selain daripada faktor-faktor di atas, anda juga perlu merujuk kepada kadar bayaran dividen sekiranya anda berminat dalam saham pendapatan. Pastikan kadar hasil dividen melebihi tahap inflasi untuk mengelakkan daripada perlunya naik nilai harga yang lebih tinggi untuk memastikan wang yang telah dilaburkan dalam saham-saham anda terus meningkat dari segi nilai sebenar. e) Pihak Pengurusan Faktor yang terakhir untuk dipertimbang ialah pihak pengurusan sesuatu syarikat. Pastikan anda membaca seksyen analisis pihak pengurusan dalam laporan tahunan syarikat untuk memahami bagaimana syarikat terbabit diuruskan, apa yang dianggap sebagai risiko, dan langkah-langkah yang diambil untuk mencegah risiko-risiko tersebut. Pihak pengurusan yang baik akan sentiasa menjadikan nilai pemegang saham yang maksimum sebagai matlamat utama dan akan menunjukkan sikap yang penuh integriti dalam menguruskan syarikat. Syarikat yang diuruskan oleh pengurusan yang berkualiti tinggi akan mempamerkan prestasi yang baik, walaupun dalam suasana perniagaan yang amat sukar. Dengan mengambil kira faktor yang telah dibincangkan, senarai syarikat untuk anda pilih telah menjadi lebih sedikit. Dengarlah suara hati anda dalam memilih syarikat yang anda rasakan mempunyai potensi untuk maju. Selamat berjaya! © Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman sesawang ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila e-mel: [email protected]. Ringgit • 5 Pelaksanaan GST semenjak 1 April 2015 yang lalu menimbulkan beberapa kekeliruan dalam kalangan pengguna. Berikut adalah jadual perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang telah digantikan oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Cukai SST adalah cukai satu aras yang hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut. Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan. GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna. Berikut adalah perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST):- Perbezaan Cukai Jualan, Perkhidmatan dan GST Sebelum GST CUKAI JUALAN CUKAI PERKHIDMATAN Merupakan cukai seperingkat yang mana cukai ini hanya dikenakan sekali sahaja oleh pengilang lazimnya diperingkat output Dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu apabila ia ditawarkan kepada pengguna Barang bercukai jualan 5 peratus Contoh: minuman kopi dan teh segera, aiskrim, kacang, mi segera, rempah kari ayam dan daging, mentega dan bahan- bahan binaan Barang bercukai jualan 10 peratus Contoh: televisyen, peti sejuk, seterika, perabot, baju, beg tangan, kasut, tayar kenderaan dan kereta Perkhidmatan bercukai 6 peratus Contoh: perkhidmatan restoran, siaran televisyen berbayar, hotel, tempat meletak kenderaan, pusat penyelenggaraan kereta, telekomunikasi dan kawalan keselamatan Kadar spesifik Contoh: Petrol dan diesel Kadar spesifik Contoh: fi RM50 ke atas kad kredit prinsipal dan RM25 bagi kad tambahan 6 • Ringgit Sumber: Kosmo, 27 Mei 2015 Selepas GST GST Cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah pada setiap peringkat penggunaan dalam rantaian pembekalan daripada pengeluar hingga pengguna. Dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan pada setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Bekalan Berkadar Sifar Contoh: Barang makanan seperti beras, tepung gandum, gula pasir, roti putih, roti gandum bijirin penuh, serbuk kopi, teh dan koko serta mi kuning, produk pertanian seperti padi, sayuran dan buah- buahan segar serta bahan-bahan bacaan Dikecualikan GST Contoh: perkhidmatan seperti rel, bas, teksi, tol, pengangkutan air, pendidikan, kesihatan, rumah kediaman, tanah pertanian dan kegunaan am serta perkhidmatan kewangan terpilih Kadar standard 6 peratus Contoh: barang-barang yang tidak disenaraikan sebagai berkadar sifar oleh Jabatan Kastam Malaysia. Lain-lain (di luar skop GST) Contoh: Perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport. Ringgit • 7 Pihak Yang Diinsuranskan telah meletakkan kereta di ruang tempat letak kereta berhampiran tempat kerja beliau. Selepas tamat waktu kerja dan ketika ingin memandu kereta keluar, seseorang yang tidak dikenali telah menghampiri kereta beliau dan memaklumkan bahawa tayar kereta beliau telah pancit. Pihak Yang Diinsuranskan berasa bimbang dan tanpa berasa curiga telah turun dari kenderaan untuk memeriksa tayar. Orang yang tidak dikenali telah menawarkan khidmat tukar tayar dengan upah RM10.00. Pihak Yang Diinsuranskan menerima tawaran tersebut dengan senang hati kerana beliau sendiri mengalami kecederaan buku lali dan tidak berupaya menggantikan tayar keretanya sendiri. Kemudian, orang asing tersebut meminta kebenaran untuk mengalihkan kereta beliau dengan alasan ruang tempat kereta agak sempit untuk kerja-kerja menggantikan tayar. Dengan pantas, orang asing itu masuk ke dalam kereta beliau dan melarikan kereta tersebut. Pihak Yang Diinsuranskan membuat tuntutan kepada syarikat insurans bagi kes kecurian tersebut. Namun begitu, syarikat insurans telah menolak tuntutan Pihak Yang Diinsuranskan di atas kehilangan kereta dengan alasan Pihak Yang Diinsuranskan telah melanggar syarat polisi 7 (c) dalam insurans motor. Beliau telah gagal mengambil langkah berjaga-jaga dan tindakan sewajarnya untuk melindungi kereta tersebut daripada kerugian/kerosakan. Beliau juga telah meninggalkan kunci kereta berada pada pencucuh enjin semasa turun dari kereta untuk memeriksa tayar. Pelanggaran Syarat Polisi 7 (c): Isu yang dipertikaikan adalah sama ada Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya bagi melindungi kenderaan memandangkan tiada peruntukan khas berdasarkan undang-undang mengenainya. Adalah memadai sekiranya Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil ‘langkah berjaga- jaga yang munasabah’ untuk melindungi harta yang diinsuranskan. Dalam hal ini, kes ini perlu dilihat sama ada Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil tindakan secara melulu atau mendedahkan dirinya kepada risiko walaupun boleh menjangka kesan yang bakal dihadapi. Apabila kes ini dirujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan, pihak Pengantara telah melihat fakta kes dan situasi Pihak Yang Diinsuranskan secara menyeluruh. Pengantara telah memutuskan bahawa adalah munasabah untuk Pihak Yang Diinsuranskan membenarkan seseorang yang tidak dikenali membantu beliau untuk menggantikan tayar kenderaan memandangkan kecederaan yang dialami beliau. Oleh itu, tiada isu Pelanggaran Syarat Polisi 7 (c) dan penolakan syarikat insurans adalah tidak berasas. Syarikat Insurans bersetuju dengan pandangan Pengantara dan tuntutan oleh Pihak Yang Diinsuranskan telah diselesaikan secara baik. Sumber: Biro Pengantaraan Kewangan Kajian Kes Insurans Motor: Kecurian Kereta “... kes ini perlu dilihat sama ada pihak yang diinsuranskan telah mengambil tindakan secara melulu atau mendedahkan dirinya kepada risiko ...” 8 • Ringgit Ruangan Bersama NCCC Pada masa ini, teknologi internet yang semakin meningkat mempermudah gaya hidup anda dalam pelbagai bidang dari segi pelajaran hingga kerja harian. Namun demikian, ramai yang mudah ditipu dengan skim/sindiket penipuan ataupun ‘scam’ menggunakan teknologi internet. Berdasarkan aduan yang diterima oleh NCCC, terdapat beberapa teknik ‘scam‘ yang digunakan untuk memperdaya pengguna. Berikut adalah tiga bentuk ‘scam’ yang popular berdasarkan rekod NCCC:- a) Penipuan Pelaburan MLM Antara kaedah operasi yang dikenal pasti digunakan oleh sindiket adalah:- 1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa untuk keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan. 2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan yang mangsa hanya perlu membayar yuran ahli atau membeli barangan dan mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. 3. Skim pelaburan ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa pangkat atau ‘level’ di dalam syarikatnya untuk mengaut keuntungan dengan cepat. SCAM / Sindiket Penipuan 4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan mewah bagi menarik perhatian mangsa untuk melabur dengannya. 5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperoleh. Pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjanjikan pulangan lumayan. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah awal bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dengan membuat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat yang dinyatakan benar atau sebaliknya. “Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah awal bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan...” Ringgit • 9 b) Gores dan Menang Lazimnya, gores dan menang memperdaya mangsa dengan menawarkan hadiah lumayan. Berikut adalah taktik yang digunakan:- 1. Mangsa didatangi suspek dan meminta mangsa menggores kad yang disediakan. 2. Kemudian sindiket meminta mangsa datang ke pejabat syarikat bagi proses seterusnya. Syarikat ini biasanya tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau mempunyai lesen di bawah Akta Jualan Langsung. 3. Untuk meyakinkan mangsa, biasanya sindiket akan menunjukkan kepada mangsa keratan akhbar mengenai kereta mewah yang kononnya telah berjaya dimenangi oleh peserta lain. Berhati-hati, ia adalah satu helah semata-mata. 4. Mangsa diminta menyerahkan sejumlah wang atau akaun bank. Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberikan tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan. c) Penipuan Melalui SMS Sindiket penipuan SMS yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut: 1. Mangsa menerima SMS seperti berikut, “Tahniah! simkad anda telah memenangi hadiah wang tunai bernilai ribuan ringgit daripada syarikat tertentu”. 2. Kemudian sindiket mengarahkan mangsa untuk menghubungi nombor telefon yang diberikan dalam SMS tersebut. 3. Apabila dihubungi, mangsa diarahkan supaya pergi ke ATM untuk proses penerimaan wang hadiah. 4. Mangsa kemudian mengikut segala arahan yang diberikan oleh suspek tanpa membuat semakan daripada syarikat penaja terlebih dahulu kerana teruja untuk mendapatkan wang yang lumayan. 5. Setelah membuat semakan akaun bank, didapati wang hadiah yang dijanjikan tidak diperoleh, malah baki wang akaun mangsa berkurangan. Tetapi suspek tersebut gagal dihubungi oleh mana-mana pihak daripada nombor yang diberikan. Terdapat empat cara yang digunakan oleh pengendali sindiket untuk mengambil wang daripada mangsa, iaitu: i) Deposit wang tunai terus ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek. ii) Pindahan wang daripada akaun mangsa kepada akaun yang diberikan oleh suspek. (Mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya oleh suspek). iii) Suspek mengaktifkan perbankan atas talian milik mangsa dan kemudiannya memindahkan wang mangsa. (Mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya oleh suspek). iv) Mangsa diarah tambah nilai (Top-up) nombor- nombor telefon pra-bayar suspek. Pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan anda memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia. Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka. Jangan cepat diperdaya dengan tawaran/hadiah yang tidak munasabah. Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Kad kredit anda telah dipalsukan... Seseorang telah mencuri identiti anda... Akaun anda telah \ disalah guna... Berwaspada! Jangan menjadi mangsa PENIPUAN. Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan. lni satu PENIPUAN. Jangan panik. Fikir dahulu. Bank Negara Malaysia 2 Bank Negara Malaysia 3 Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta tidak pernah meminta tidak menyimpan wang maklumat peribadi atau sesiapa pun memindahkan orang ramai dalam maklumat kewangan wang ke dalam akaun mana-mana akaun anda pihak ketiga BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan) ‘.ii':‘i“§“fif.°E'3‘:$3a 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E—me|: bnmte|e|[email protected] Untuk dan hantar kepada Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) menghantar BNM TANYA 15888 Amaran Penipuan Kewangan yang Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur (Blok D, Jalan Dato' Onn, 50480) pertanyaan [P°"‘a"V33"/ terdapat di laman sesawang atau kunjungi mana-mana cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia: atau aduan “"3" '‘‘"da] Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching melalui SMS, (Waktu urusan: lsnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang) taiP “@ www.bnm.gov.my
Public Notice
08 Jul 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Jun 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-jun-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed62+Jun+2015+v3.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-jun-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Jun 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Jun 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 08 Jul 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Aliran Wang Tunai bagi Keluarga Besar. Antara topik lain yang menarik termasuk: Berjimat Sebelum Terlambat Melindungi Dana Skim Persaraan Swasta (PRS) Anda (Bahagian 1) Pusat Pelangsingan Badan (Ruangan Bersama NCCC) Termakan Pujuk Rayu Peniaga Jualan Langsung RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Jun/2015 [PDF]   © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
JUN 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 6 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Aliran Wang Tunai bagi Keluarga Besar Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Memang menjadi tanggungjawab setiap ketua keluarga untuk memastikan aliran wang tunai keluarga sentiasa berada dalam keadaan lebihan atau surplus. Hal ini dapat dilihat sekiranya wang masuk pada setiap bulan dapat digunakan untuk membayar semua perbelanjaan keluarga dan sekiranya anda mempunyai simpanan, maka keadaan ini dikatakan anda mempunyai lebihan wang. Sebaliknya, jika wang keluar melebihi wang masuk, keadaan ini bertukar menjadi defisit. Seringkali menjadi kelaziman apabila seseorang itu terperangkap dalam kitaran kewangan. Akhir bulan, apabila mendapat gaji, wang itu digunakan untuk perbelanjaan dan sebelum akhir bulan, gaji habis digunakan, tanpa berbaki. Jika ditanya, “Ke mana wang anda?” mungkin ramai yang tidak tahu. Sedar-sedar gaji sudah habis. Ada juga yang bertanya sendiri, “Ke mana saya belanjakan gaji saya?” Sistem Sampul Hajah Rohani, seorang penulis buku berkaitan pengurusan kewangan peribadi, telah berkongsikan kejayaan sepasang usahawan muda di Pontian, Johor dalam mengendalikan kewangan keluarga mereka. Si isteri menggunakan sistem sampul surat dengan meletakkan wangnya dalam sebuah dompet berbentuk fail. Saiznya lebih besar sedikit daripada dompet wanita biasa dan mempunyai poket berasingan untuk diisikan wang. Keluarga ini berjaya membuat perancangan kewangan walaupun mempunyai keluarga yang besar. Aliran Wang Tunai bagi Keluarga Besar 2 • Ringgit Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, pemantauan terhadap penggunaan wang sangat penting. Maka menggunakan sistem sampul ini boleh dijadikan sebagai contoh. Sediakan wang secukupnya bagi setiap perbelanjaan yang akan dibuat pada setiap bulan. Secara ringkas, bagi mereka yang berkeluarga besar, mereka perlu meneliti perbelanjaan seperti di bawah:- • Rumah • Dapur • Anak • Kelengkapan diri • Pakaian • Kenderaan • Kesihatan • Takaful • Bahan bacaan • Hiburan • Zakat • Hutang • Lain-lain Bagi perbelanjaan anak-anak, perkara berikut perlu diambil kira: • Yuran sekolah / IPTA • Duit poket / elaun pelajar • Bas sekolah / minyak motokar • Pakaian sekolah, kasut, stoking, baju dan seluar sukan dan seragam persatuan • Tuisyen • Peralatan sekolah / IPTA • Sewa rumah – pelajar IPTA • Peruntukan minyak kereta dan tol – lawatan anak berasrama • Belian makanan untuk anak berasrama / IPTA Kenal Pasti Perbelanjaan Sekiranya anda berjaya merekodkan semua perbelanjaan bulanan secara terperinci, barulah penjimatan boleh dirancang apabila sudah mengenal pasti di mana wang telah dibelanjakan. Perbelanjaan dapur adalah satu ruang untuk anda berjimat. Penulis menyatakan telah menonton satu program memasak Rachael Ray, tentang sebuah keluarga yang mempunyai lapan orang anak pergi ke pasar raya bersama-sama dengan menu mingguan dan kalkulator. Si ibu telah meminta tip untuk mempelbagai menu hariannya supaya anak tidak bosan dengan apa yang dihidangkan berdasarkan kemampuan keluarga. Ibu ini mengambil kira sehingga kepada sen terakhir, berapakah harus dibelanjakan supaya mencukupi keperluan asas keluarga. Sumber: Cukupkah Wang Anda?, Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir, Galeri Ilmu Sdn Bhd. Ringgit • 3 Jika tidak bijak membelanjakan wang, sudah pasti ia akan digunakan untuk membeli perkara yang tidak perlu. Seharusnya wang gaji yang diperoleh digunakan sebaik mungkin dan menyimpan sedikit untuk digunakan pada masa kecemasan. Roslan, 40 tahun (bukan nama sebenar) adalah seorang yang tidak pernah menyimpan sebahagian gajinya. Beliau sentiasa merasa cukup dengan gaji diperoleh setiap bulan. Roslan bahagia bersama- sama isteri dan empat orang anaknya. Berjimat Sebelum Terlambat R o s l a n s e o r a n g b a p a d a n s u a m i y a n g bertanggungjawab serta berjawatan tinggi di sebuah firma guaman. Sebagai tempat bergantung kepada keluarganya, Roslan mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan dan kos hidup keluarganya. Dua tahun lalu, salah seorang daripada anaknya disahkan menghidap penyakit leukemia. Penyakit tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Oleh sebab anak Roslan tidak dilindungi insurans, maka Roslan telah membayar bil-bil perubatan anaknya menggunakan kad kredit. Di sini bermulalah kesilapan Roslan dalam menguruskan kewangan apabila menangguhkan pembayaran ansuran bulanan pinjaman rumahnya untuk membayar bil perubatan anak. Roslan menyedari akibat daripada menangguhkan pembayaran ansuran bulanan pinjaman rumah, tetapi dia tidak mempunyai pilihan. Pada saat itu, Roslan mula memohon lebih banyak kad kredit dan pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan tersebut. Keadaan menjadi bertambah 4 • Ringgit teruk apabila ayah mertua Roslan diserang penyakit angin ahmar dan menyebabkan dia juga terpaksa menanggung perbelanjaan ayah mertuanya yang sudah tidak bekerja. Ini bermakna, di samping menampung keluarga, Roslan terpaksa menanggung perbelanjaan bil- bil perubatan ayah mertuanya. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Perbelanjaan perubatan penyakit anak Roslan dan bapa mertua semakin meningkat. Hingga pada satu ketika, bayaran ansuran bulanan pinjaman rumahnya tertunggak selama tiga bulan. Pada suatu hari, Roslan menerima surat amaran daripada bank yang menyatakan dia akan dikenakan tindakan undang-undang jika gagal membayar ansuran pinjaman rumahnya pada masa yang ditetapkan. Sedar akan masalah yang bakal dihadapi, Roslan pergi ke bank tersebut dan berbincang dengan pegawai terbabit akan masalah yang dihadapi olehnya. Pegawai te rsebut mencadangkan Ros lan mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Roslan terus datang ke pejabat AKPK dan berjumpa dengan kaunselor AKPK. Kaunselor telah membuat jadual penstrukturan semula pembayaran bulanan pinjaman Roslan kepada bank yang telah dipersetujui. Dengan ini, Roslan mampu untuk membayar balik pinjaman daripada pihak institusi kewangan dan juga menanggung perbelanjaan keluarganya. Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) “Di sini bermulalah kesilapan Roslan dalam menguruskan kewangan apabila menangguhkan pembayaran ansuran bulanan pinjaman rumahnya ...” “Kaunselor telah membuat jadual penstrukturan semula pembayaran bulanan pinjaman Roslan kepada bank yang telah dipersetujui.” Ringgit • 5 Satu daripada soalan lazim yang kami terima daripada orang ramai ialah, “Adakah pelaburan PRS ini selamat?” Ini adalah soalan yang perlu dijawab kerana ia membabitkan langkah bagi memastikan dana persaraan akan memenuhi penggantian pendapatan apabila seseorang bersara. PRS direka bentuk untuk memastikan keyakinan dan kebimbangan orang ramai terhadap perlindungan dana persaraan berjangka panjang mereka ditangani secara teratur dan secukupnya. Industri PRS dilancarkan dengan rangka kerja perundangan dan statutori yang menyeluruh dan kukuh untuk berkembang dan melindungi kepentingan ahli dalam Skim PRS. Oleh itu, PRS yang berperanan sebagai tonggak keselamatan sosial ketiga untuk menyediakan dana persaraan tambahan perlu melahirkan keyakinan kepada orang ramai bahawa skim tersebut ditadbir urus dalam perundangan yang kuat, diselia dan dibangunkan dengan baik dari semasa ke semasa. Struktur tadbir urus risiko pelbagai tahap telah dilaksanakan bagi memastikan perlindungan yang mencukupi dan sewajarnya terhadap kepentingan ahli dengan pembahagian peranan dan tanggungjawab yang rapi serta teratur untuk semua pihak utama yang terlibat. Pertama, semua pihak utama yang terlibat perlu berlesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), iaitu di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). SC Melindungi Dana Skim Persaraan Swasta (PRS) Anda (Bahagian 1) memberi kelulusan kepada Penyedia PRS, pengedar, pemegang amanah dan Pentadbir Pencen Swasta (PPA) untuk beroperasi dalam industri PRS. Hanya pihak berlesen tersebut diluluskan untuk turut serta dalam PRS. Kedua, PPA ditubuhkan sebagai satu-satunya pentadbir pusat bagi menyediakan pentadbiran akaun sepanjang hayat yang cekap, memberi perkhidmatan semasa kepada ahli-ahli, maklumat, dan pendidikan kepada ahli PRS. PPA, unik hanya di Malaysia adalah pertubuhan bebas yang berkhidmat dan melindungi kepentingan ahli PRS. 6 • Ringgit Ketiga, terdapat hanya 8 Penyedia PRS berlesen diluluskan oleh SC berdasarkan garis panduan yang ketat untuk beroperasi sebagai Penyedia bagi Skim PRS. Penyedia-penyedia ini dipilih berasaskan keupayaan pengurusan pelaburan, pengalaman dan rekod prestasi mereka dalam menguruskan dana awam. Tugas dan tanggungjawab utama Penyedia PRS merangkumi pemasaran, pentadbiran dan pengurusan pelaburan dana-dana PRS. Malahan, Penyedia juga dikehendaki menyediakan struktur pematuhan dan pengurusan risiko mereka bagi memastikan mereka mematuhi semua standard dan garis panduan peraturan. Keempat, Garis Panduan itu menetapkan satu Pemegang Amanah Skim bebas dilantik bagi memantau pengurusan dan operasi Skim, seiring dengan dokumen ikatan amanah dan penzahiran. Selain itu, pemegang amanah berperanan sebagai ‘penjaga’ wang yang dilaburkan dalam Dana PRS yang memberikan pengasingan teratur antara penjagaan dan pengurusan Penyedia Dana PRS. Yang terakhir, SC bertanggungjawab mengawal selia semua pihak terlibat dengan menguatkuasakan peraturan dan pematuhan kepada Garis Panduan PRS, yang menetapkan keperluan teratur dan tingkah laku bagi melindungi kepentingan ahli-ahli Skim PRS. Rangka kerja peraturan tersebut membentuk asas bagi memberikan keyakinan kepada orang ramai dan melindungi dana PRS. Namun, terdapat aspek perlindungan lain yang bersama dengan rangka kerja peraturan berperanan menjadikan PRS seberapa selamat yang boleh untuk penyimpanan dan pelaburan persaraan berjangka panjang. Dalam artikel akan datang, kami akan berkongsi mengenai cara-cara pengurusan risiko dana PRS daripada perspektif pelaburan dan bagaimana risiko itu boleh ditangani, dan pada masa yang sama, mencari peluang-peluang pulangan kewangan. Dato’ Steve Ong adalah CEO Pentadbir Pencen Swasta (PPA), pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS). PPA diberi peranan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan industri PRS, mewujudkan kesedaran umum dan mendidik orang ramai mengenai penyimpanan persaraan. PPA juga berperanan melindungi kepentingan penyumbang PRS. PPA mengalu-alukan soalan berkaitan perancangan persaraan. Sila hantar soalan anda kepada [email protected] “Rangka kerja peraturan tersebut membentuk asas bagi memberikan keyakinan kepada orang ramai dan melindungi dana PRS.” Ringgit • 7 Ruangan Bersama NCCC Isu berkaitan pusat kecantikan termasuklah pusat pelangsingan badan bukanlah benda baru. Ramai orang, terutamanya kaum wanita, akan mengunjungi pusat kecantikan untuk kelihatan lebih cantik, manakala ke pusat pelangsingan pula untuk melangsingkan bentuk badan. Pada pandangan mereka, mungkin ini merupakan cara yang paling mudah dan cepat untuk nampak menarik dan cantik. Tidak dapat dinafikan bahawa wanita pada zaman sekarang agak prihatin terhadap kecantikan wajah dan tubuh badan yang ramping. Oleh itu, mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak kepada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk mendapat wajah yang menawan serta bentuk badan yang diimpikan. Perniagaan seperti ini sememangnya telah lama bertapak. Terdapat banyak pilihan bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan perniagaan ini. Persoalannya ialah sama ada perniagaan ini berlesen dan adakah ia selamat untuk digunakan. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sering menerima aduan mengenai pusat pelangsingan badan. Kebanyakan pengguna yang terlibat tidak tahu tentang risiko yang dihadapi apabila melanggani pusat pelangsingan. Mereka sanggup menghabiskan Pusat Pelangsingan Badan wang sehingga beribu-ribu ringgit setiap bulan untuk membayar setiap sesi dianjurkan oleh pusat pelangsingan badan semata-mata untuk menurunkan berat badan dengan segera. Ada antara pengadu juga menyatakan mereka terpengaruh dengan iklan-iklan dan testimoni yang dipaparkan seperti contoh: • menurunkan berat badan dalam masa 10 hari • dijamin kurus • membeli satu pakej pelansingan dapat percuma lagi satu pakej 8 • Ringgit Pengadu turut mendakwa bahawa sesi pelangsingan yang dijalani tidak berkesan. Malah, ada antara pengadu mengalami kesan sampingan dan alahan dengan ubat yang digunakan semasa terapi tersebut. Oleh sebab itu, pengadu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan terpaksa pula membayar wang yang banyak untuk mengubati diri mereka kerana pusat pelangsingan badan tersebut tidak mahu mengambil sebarang tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. Lebih malang lagi, apabila ada pusat pelangsingan tersebut ditutup dan tidak dapat dihubungi selepas kejadian tersebut berlaku. Oleh sebab itu, pengguna disarankan untuk meneliti latar belakang pusat pelangsingan terlebih dahulu sebelum melanggan sebarang pakej pelangsing bagi menurunkan berat badan. Nasihat untuk anda 1. Pastikan pusat pelangsingan tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 2. Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang dipamerkan di kaca televisyen. 3. Pastikan anda menyelidik latar belakang pusat pelangsingan tersebut sebelum menandatangani sebarang kontrak. 4. Pastikan pusat tersebut berlesen dan dijalankan oleh profesional. 5. Memupuk tabiat kesihatan yang baik seperti makan makanan yang sihat dan melakukan senaman untuk gaya hidup yang sihat. 6. Meminta nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. 7. Membuat laporan dengan segera kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Masyarakat disarankan supaya menjadi pengguna yang bijak dan mengamalkan perbelanjaan yang berhemat. Terdapat banyak cara untuk menurunkan berat badan selain daripada pergi ke pusat pelangsingan badan, iaitu melakukan senaman seperti berjoging dan mengelak makanan yang berlemak dan kolestrol yang tinggi. Dengan itu, pengguna boleh menjimatkan wang dan dapat melihat perubahan berat badan sepertimana yang diimpikan. Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda Ringgit • 9 Masalah Kewangan Anda Apakah hak pengguna sekiranya didatangi peniaga jualan langsung yang meminta pengguna membeli barangan dengan pelbagai pujuk rayu sehingga pengguna terpaksa membeli? Adakah akta atau undang-undang bagi jualan langsung yang perlu dipatuhi? Pengguna dari Selayang. Jawapan: Menjadi kelaziman bagi peniaga atau wakil jualan langsung menggunakan pelbagai pujuk rayu untuk mempengaruhi pengguna membeli barangan mereka. Namun begitu, tidak boleh ada unsur paksaan. Perniagaan jualan langsung tertakluk di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Beberapa peraturan perlu dipatuhi oleh wakil jualan langsung di bawah akta ini, iaitu:- a) Semua kontrak jualan langsung antara penjual dan pembeli bernilai RM300 dan lebih mesti dibuat secara bertulis, ditandatangani kedua-dua pihak dan mempunyai kenyataan bahawa kontrak tertakluk kepada tempoh bertenang selama 10 hari bekerja. b) Wakil jualan langsung hanya boleh bertandang pada hari dan masa tertentu dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hari bekerja. c) Wakil jualan langsung perlu menunjukkan kad kebenaran. Kad itu dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung yang mengandungi nama dan alamat pemegang kad; nama, alamat dan nombor telefon syarikat yang mengeluarkan kad berkenaan, nombor lesen jualan langsung yang sah dan gambar pemegang kad. d) Jika pengguna membeli barangan melalui pesanan pos, dia berhak membuat pemeriksaan ke atas barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat bagi memastikan barangan atau perkhidmatan berkenaan sama seperti yang diiklankan. Sebagai pengguna, anda haruslah menilai dan membuat pertimbangan yang bijak sebelum menandatangani mana-mana kontrak atau menerima mana-mana tawaran yang kelihatan menarik tetapi ia sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Termakan Pujuk Rayu Peniaga Jualan Langsung “Sebagai pengguna, anda haruslah menilai dan membuat pertimbangan yang bijak ...” 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Kad kredit anda telah dipalsukan... Seseorang telah mencuri identiti anda... Akaun anda telah \ disalah guna... Berwaspada! Jangan menjadi mangsa PENIPUAN. Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan. lni satu PENIPUAN. Jangan panik. Fikir dahulu. Bank Negara Malaysia 2 Bank Negara Malaysia 3 Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta tidak pernah meminta tidak menyimpan wang maklumat peribadi atau sesiapa pun memindahkan orang ramai dalam maklumat kewangan wang ke dalam akaun mana-mana akaun anda pihak ketiga BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan) ‘.ii':‘i“§“fif.°E'3‘:$3a 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E—me|: bnmte|e|[email protected] Untuk dan hantar kepada Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) menghantar BNM TANYA 15888 Amaran Penipuan Kewangan yang Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur (Blok D, Jalan Dato' Onn, 50480) pertanyaan [P°"‘a"V33"/ terdapat di laman sesawang atau kunjungi mana-mana cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia: atau aduan “"3" '‘‘"da] Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching melalui SMS, (Waktu urusan: lsnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang) taiP “@ www.bnm.gov.my
Public Notice
25 Mei 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran April 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-april-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed60+Apr+2015+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-april-2015-kini-boleh-dimuat-turun-1&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran April 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran April 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 25 Mei 2015 Antara topik lain yang menarik termasuk: Pendaftaran Orang Kurang Upaya Konsep Perancangan Aksesibiliti OKU di Bangunan Awam Dan Kemudahan Awam   Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Menyediakan Perkhidmatan Untuk Golongan OKU Program Kesedaran OKU "Ke Arah Sistem Kewangan Yang Lebih Inklusif" Kemudahan Bantuan Khas 2015 RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - April/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
APRIL 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 4 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Memenuhi Keperluan Orang Kurang Upaya Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Pendaftaran Orang Kurang Upaya Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan OKU kepada tujuh kategori utama ketidakupayaan seperti berikut: Kategori 1. Pendengaran Tidak dapat mendengar dengan jelas d i kedua-dua belah te l inga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu • Minima (mild): 15 - <30 dB (kanak- kanak) / 20 - <30 dB (orang dewasa) • Sederhana (moderate): 30 - <60dB • Teruk (severe): 60 – 90dB • Sangat teruk (profound): >90dB 2 • Ringgit 2. Penglihatan Buta kedua-dua belah mata atau buta di sebelah mata atau penglihatan terhad di kedua-dua belah mata atau lain-lain gangguan penglihatan kekal. Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada: • Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation. • Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation. 3. Fizikal Bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan atau ketiadaan atau ketidakupayaan mana- mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi a k i b a t d a r i p a d a kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf kardiovaskular, r e s p i r a t o r i , h e m a t o l o g i , imunologi, urologi dan lain-lain yang m e n y e b a b k a n ke t i dak fungs ian . Contoh penyebab k e t i d a k u p a y a a n adalah: • Limb defects (congenital / acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan • Spinal cord injury • Stroke • Traumatic brain injury • Kerdil • Cerebral palsy Individu yang mengalami keadaan kekurangan ( impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran. 4. Masalah Pembelajaran Bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global (global development delay), Sindrom Down (down syndrome), kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactive Disorder (AHDH) dan masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dyscalculia, dygraphia. 5. Pertuturan Bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. 6. Mental Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang- kurangnya 2 tahun oleh pakar psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik. 7. Pelbagai Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana 6 kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai. Mengapakah OKU digalakkan mendaftar? Sebab utama adalah seperti berikut: • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan. • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU. Ringgit • 3 • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka. Apakah cara-cara untuk membuat permohonan pendaftaran? • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian. • Menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya yang boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat www.jkm.gov.my. • Menyertakan 3 keping gambar ukuran kad pengenalan (dewasa), 4 keping gambar ukuran kad pengenalan (kanak-kanak) dan dokumen sokongan seperti salinan MyKad, MyKid atau Sijil Kelahiran. Apakah syarat-syarat pendaftaran? • Warganegara yang bermastautin di Malaysia. • Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta. Apakah Kad OKU? • Kad OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang telah berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Dalam keadaan manakah saya boleh menukar Kad OKU? Penukaran Kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan: • Kad OKU hilang, • Kad OKU rosak, • Mencapai umur 18 tahun, • Perubahan kategori ketidakupayaan. Direktori Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (a) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Tingkat Bawah, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Perlis 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan Tel: 04-9761957 Faks: 04-9791401 (b) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Aras Bawah Blok C, Kompleks Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit, 06550 Anak Bukit, Kedah Darul Aman Tel: 04-7001700 Faks: 04-7313407 (c) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Lapisan 30, KOMTAR, 10564 Pulau Pinang Tel: 04-2621957 Faks: 04-2635964 (d) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak Lot 1516, Jln Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel: 05-2545505 Faks: 05-2544326 (e) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Tingkat 2, Bangunan Sultan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-55445417 Faks: 03-55190232 (f) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang 53000 Kuala Lumpur Tel: 03-26124000 Faks: 03-40428185 (g) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jln Dato’ Abd. Malek 70000 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tel: 06-7659555 Faks: 06-7629541 (h) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka No. 36-2 Tingkat 2, Jalan KC1, Bangunan Kota Cemerlang 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka Bandar Bersejarah Tel: 06-2324716 / 17 Faks: 06-2319221 (i) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor Tingkat 4, Blok A, Wisma Persekutuan, Jln Air Molek 80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim Tel: 07-2282971 Faks: 07-2240335 (j) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Lot 27 & 28, Bahagian Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota- Anggota Kerajaan Pahang (MAKSAK), Sri Kuantan Square Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur Tel: 09-5159455 Faks: 09-5165185 (k) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat 20564 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Tel: 09-6222444 Faks: 09-6239864 (l) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim 15564 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim Tel: 09-7482117 Faks: 09-7481264 (m) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan 93050 Kuching, Sarawak Tel: 082-449577 Faks: 082-448741 / 082-448946 (n) Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah Tingkat 6 & 8, Blok B, Wisma MUIS, Bag Berkunci 29026 88899 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 088-255133 / 134 Faks: 088-224983 (o) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan Jalan Tun Mustapha, Peti Surat 81212 87022 Wilayah Persekutuan Labuan Tel: 087-424961 Faks: 087-418185 Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat 4 • Ringgit Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation), Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan 15 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini. Selain itu, dianggarkan 40 juta orang penduduk di dunia ini adalah buta atau mengalami separuh penglihatan (Nielsen 2009). Malaysia mempunyai penduduk lebih 30 juta orang. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah OKU di Malaysia yang berdaftar dengan JKM adalah 338,000 (1% daripada penduduk Malaysia). Walaupun angka ini tidak menggambarkan jumlah sebenar golongan OKU, tetapi segala keperluan untuk kebajikan mereka haruslah diberikan perhatian. Berdasarkan jumlah tersebut, terdapat keperluan yang nyata terhadap penyediaan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya. Tanpa kemudahan sokongan yang diperlukan, pergerakan mereka lebih terbatas dan akan mengehadkan aktiviti mereka. Orang kurang upaya mendapati beberapa kesukaran semasa menggunakan kemudahan di tempat yang dikunjungi disebabkan beberapa faktor. Masalah utama yang mereka hadapi ialah kemudahan tersebut tidak selamat, tidak mudah untuk sampai ke satu-satu Konsep Perancangan Aksesibiliti OKU Di Bangunan Awam Dan Kemudahan Awam destinasi dan kedudukan sesuatu kemudahan itu berada jauh untuk dikunjungi. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu menitikberatkan kemudahan aksesibiliti di bangunan awam dan kemudahan awam untuk golongan OKU sepertimana yang telah digariskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut undang-undang dan piawaian sedia ada. Konsep Perancangan Luaran Aksesibiliti ‘Ramp’ • S e m u a ‘ r a m p ’ mesti dihubungkan d e n g a n l a l u a n golongan Orang Kurang Upaya dan berterusan tanpa halangan. • Kecerunan maksimum 1:15 dengan kelebaran minimum 1800 mm. • Permukaan ‘ramp’ rata dan tidak licin. Ringgit • 5 ‘Handrail’ dan ‘grab bar’ • ‘Handrail” (ukur lilit 40 mm – 50 mm disediakan bersama ‘ramp’) • Ketinggian handrail adalah 2.4 kaki (700 mm) dan 3 kaki (900 mm). • Tanda ‘braille’ perlu disediakan di permulaan dan hujung ‘handrail’. Laluan khas / pejalan kaki dan kaki lima • Laluan pejalan kaki secara terus dan tanpa halangan perlu disediakan. • Saiz lebar minimum adalah 1500 mm. • Permukaan laluan pejalan kaki tidak licin. • Tekstur permukaan di pintu masuk dan keluar berbeza dengan tekstur laluan biasa. • Ketinggian laluan pejalan kaki yang tidak disediakan ‘kerb’ ialah maksimum 10 mm. Anjung masuk ke bangunan • ‘Ramp’ dan ‘handrail’ perlu disediakan paling hampir dengan anjung masuk sesebuah bangunan. • Pintu masuk ke bangunan (lebar minimum 1,800 mm) • Pintu kaca mempunyai tanda jelas di paras 800 mm – 1,500 mm. Permukaan laluan bertekstur • Menggunakan ‘dot-type block’ untuk memberi amaran. • ‘Line type block’ asas kepada menunjuk arah laluan. Reruang Tempat letak kereta khas (TLK) • Mesti disediakan dan dihubungkan dengan laluan Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda golongan Orang Kurang Upaya dan berserta ‘step ramp’ selebar 1,000 mm. • Jumlah ruang Tempat Letak Kereta khas ialah 1:100 kenderaan biasa. • Tempat Letak Kereta khas disediakan dengan keluasan ruang 3,300 lebar x 6,600 mm panjang. Kemudahan Sokongan Papan tanda • Peletakan mendatar dengan ketinggian minimum 2000 mm dari paras jalan. • Warna, tulisan dan saiz papan tanda mesti jelas dan boleh dibaca. • Menyediakan papan tanda bertulisan ‘braille’. Bangku ‘fixed atau ‘built-in’ dan meja • 5% bangku di tempat awam dikhaskan untuk OKU. • Reka bentuk yang selesa, ketinggian yang sesuai dan selamat. Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa 6 • Ringgit A. Bantuan yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tujuan Kadar 1. Bantuan Kewangan a. Elaun Pekerja Cacat • Sebagai penyelenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan OKU. • Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. RM300 b. Geran Pelancaran • Bantuan kewangan kepada kumpulan sasar JKM yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi perusahaan atau perniagaan kecil. Had maksimum ialah RM2,700 sekali gus dengan tempoh kaji semula, iaitu seliaan dibuat setiap 3 bulan c. Bantuan alat tiruan & alatan sokongan • Membantu OKU membeli alat tiruan atau alatan sokongan seperti kaki palsu, kalipers, tongkat tangan / ketiak cermin mata, alat pendengaran dan lain-lain yang disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan. Kadar sebenar alat tiruan / sokongan d. Bantuan penjagaan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar • Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga. • Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan pesakit kronik terlantar. RM300 sebulan dengan tempoh kaji semula selama 12 bulan e. Bantuan OKU Tidak Bekerja • Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. • Mempertingkat kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU. RM150 sebulan dan tempoh kaji semula selama 12 bulan f. Bantuan Tongkat Putih ‘White Cane’ dan Mesin Braille Kerajaan kini membiayai sepenuhnya pembelian ‘White Cane’ dan Mesin Braille bagi mereka yang kurang upaya penglihatan. 2. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Program PDK telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). JKM telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubah suai pelaksanaan program ini. Kelayakan • Warganegara Malaysia • Semua kategori OKU yang berdaftar dengan JKM • Tiada had umur Pelatih yang mengikuti program di PDK diberi elaun RM150 sebulan. 3. Perkhidmatan Institusi Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada OKU. Terdapat 11 buah institusi OKU seperti berikut: Institusi Bilangan Taman Sinar Harapan 7 Bengkel Terlindung 2 Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi 1 Pusat Harian Bukit Tunku 1 Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Ringgit • 7 4. Perkhidmatan Kaunseling OKU Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu pendekatan atau strategi yang digunakan untuk memperkasa OKU dalam masyarakat. Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk Kaunseling Pemulihan yang khusus untuk OKU. Perkhidmatan Kaunseling ini memberi tumpuan kepada dua aspek, iaitu kerjaya dan ke arah kehidupan berdikari. Perkhidmatan yang diberikan adalah bersifat menyeluruh yang mana tidak tertumpu kepada OKU sahaja sebagai klien, tetapi melibatkan keluarga, komuniti setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sebagai pemangkin dalam membangunkan komuniti OKU. B. Kemudahan Dan Keistimewaan Lain Kepada OKU Yang Disediakan Oleh Agensi Kerajaan 1. Kementerian Pendidikan Kemudahan Pendidikan • Menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui Program Pendidikan Khas. • Elaun sebanyak RM150 sebulan diberi kepada pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah. • Elaun juga diberi kepada setiap kanak-kanak kurang upaya yang bersekolah di Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan. 2. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) a) Pembiayaan bantuan kewangan • Bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT), Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia KPT. • Pelajar sepenuh masa » Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian. Penerima biasiswa hanya layak menerima wang saku sahaja. » Kadar bantuan adalah wang saku RM300 sebulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5,000 setahun bagi kedua- dua bantuan tersebut. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5,000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar dan tidak akan dibawa ke hadapan. • Pelajar separuh masa / jarak jauh » Bantuan meliputi yuran pengajian sahaja dan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian, pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. b) Skim Pengecualian Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia • Universiti Terbuka Malaysia telah melancarkan Skim Pengecualian 75% Yuran Pengajian untuk golongan OKU yang memberi peluang kepada OKU untuk mengikuti pengajian sesuai dengan moto university ‘Universiti Untuk Semua’ dan ‘Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat’. 3. Kementerian Kewangan / Lembaga Hasil Dalam Negeri a) Pelepasan cukai pendapatan bagi anak kurang upaya yang belajar di IPT • Pelepasan diperluaskan kepada anak kurang upaya yang belajar di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf mengikut peringkat pendidikan seperti berikut: » Peringkat diploma dan ke atas di Malaysia; atau » Peringkat ijazah pertama dan ke atas di luar Malaysia • Dengan mengambil kira pelepasan sedia ada sebanyak RM5,000 untuk anak kurang upaya, ibu bapa akan layak mendapat pelepasan cukai berjumlah RM9,000. b) Kemudahan dan Galakan pelepasan cukai pendapatan • Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU. • Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibu bapa OKU. • Mulai 2005, pelepasan cukai diri sebanyak RM6,000 kepada OKU dan kepada pasangan OKU daripada RM3,000 kepada RM3,500. c) Pengecualian 100% duti eksais ke atas kenderaan OKU • OKU yang mempunyai jenis ketidakupayaan fizikal / pertuturan / pendengaran tertentu • Memiliki lesen memandu yang sah • Kereta nasional sahaja (termasuk motosikal) • Kenderaan hendaklah dibeli daripada stok yang masih belum dibayar duti / cukainya • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 5 tahun kecuali dengan kebenaran Kementerian Kewangan • Sebuah kereta setiap 5 tahun 8 • Ringgit d) Kemudahan alat ganti OKU • Pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU. 4. Kementerian Pengangkutan a) Pengecualian cukai jalan • Orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan. b) Kemudahan pengangkutan awam • Perkhidmatan bas » Diskaun tambang sebanyak 25% bagi perkhidmatan bas ekspres. » Diskaun tambang sebanyak 50% bagi perkhidmatan bas henti-henti. • Sistem transit aliran ringan » Diskaun sebanyak 50% bagi laluan Ampang & Sri Petaling dan Kelana Jaya. • Perkhidmatan keretapi Tanah Melayu Antarabandar » Diskaun sebanyak 50% ke atas tambang perjalanan bagi semua kelas di setiap destinasi. • Perkhidmatan KTM Komuter » Diskaun sebanyak 50% ke semua destinasi. • Perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS) » Diskaun is t imewa sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri. • Syarikat bas Transnasional » Konsesi 50% daripada harga tambang. 5. Kementerian Wilayah Persekutuan Kemudahan perumahan • Kadar sewa rumah yang rendah kepada OKU yang menyewa rumah kos rendah atau rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 6. Syarikat Perumahan Negara • Potongan 20% harga pembelian rumah. 7. Kementerian Kesihatan Pengecualian bayaran rawatan perubatan • Dikecualikan daripada bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan: » OKU yang berdaftar dengan JKM » Wad kelas ketiga » Warganegara Malaysia sahaja 8. Jabatan Tenaga Kerja a) Dasar satu peratus pekerjaan dan peluang pekerjaan • Sektor Kerajaan: Kuota 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golong OKU. • Sektor swasta: Jawatankuasa Penggalakkan Pengajian Orang Cacat di sektor swasta telah mewujudkan satu garis panduan untuk pendaftaran dan penempatan kerja OKU bekerja di sektor swasta. b) Sistem penempatan OKU • Perkhidmatan pendaftaran secara atas talian kepada majikan dan pencari kerja. c) Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP – OKU) • SBGP – OKU adalah satu strategi kerajaan untuk ‘bantu OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan’ melalui pengembangan perniagaan mereka. Skim ini adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 9. Jabatan Perkhidmatan Awam Kemudahan pencen dan waktu kerja • Pencen terbitan kepada anak OKU penjawat awam yang telah meninggal dunia. Pencen ini diberikan sepanjang hayat kanak-kanak berkenaan. • Kakitangan perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak OKU dibenarkan bekerja mengikut ‘flexi- hours’ untuk menguruskan kebajikan anak mereka. 10. Kementerian Dalam Negeri Kemudahan pengecualian bayaran membuat MyKad, carian sijil kelahiran atau sijil kematian dan dokumen perjalanan • Jabatan Pendaftaran Negara memberi pengecualian kepada OKU untuk membuat MyKad yang hilang dan pengurangan atau pengecualian bayaran bagi kes daftar lewat kelahiran dan membuat MyKad. • Jabatan Imigresen memberi pengecualian bayaran kepada semua golongan OKU bagi membuat pasport untuk urusan ke luar negara. 11. Telekom Malaysia Kemudahan telekomunikasi dan multimedia • Bayaran sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman dikecualikan. • Panggilan kepada Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103) tidak dikenakan caj. • Percuma untuk perkhidmatan telefon kemudahan tambahan. • Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma. • Perkhidmatan pakej internet – RM45 hingga RM148 bergantung kepada kelajuannya. Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Ringgit • 9 Ruangan Bersama NCCC Golongan Orang Kurang Upaya merupakan golongan masyarakat yang perlu diberi perhatian dan layanan yang sewajarnya. Memandangkan pergerakan golongan OKU ini sangat terbatas dan terhad, semua pihak perlu memikirkan keperluan golongan OKU bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. Pelbagai kemudahan dan keistimewaan telah disediakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan korporat bagi menyamaratakan hak golongan OKU ini. Namun tidak dinafikan, masih terdapat beberapa aduan melibatkan golongan OKU, iaitu melibatkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah. Berikut adalah antara aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). Kes: Encik Seng (bukan nama sebenar) menempah tiket penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada bulan Mei 2014. Encik Seng juga telah membuat tempahan penggunaan kerusi roda bagi tiket penerbangan bapa beliau. Bapa beliau mengalami masalah fizikal dan tidak mampu berjalan jauh. Apabila sampai di terminal KLIA2, staf syarikat penerbangan meminta beliau menunggu. Setelah menunggu selama lebih satu jam, tidak ada makluman dibuat terhadap tempahan kerusi roda tersebut. Beliau mengambil alternatif lain untuk membawa bapa beliau keluar dari terminal tersebut. Encik Seng telah membuat aduan kepada syarikat penerbangan tersebut untuk menuntut kembali wang beliau atas Tidak Menyediakan Perkhidmatan Untuk Golongan OKU sebab tidak menerima perkhidmatan penggunaan kerusi roda tersebut. Kes seperti di atas tidak seharusnya berlaku. Syarikat penerbangan hendaklah lebih prihatin terhadap keperluan pelanggan mereka. Mereka perlu mempunyai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada semua pelanggan, terutama golongan OKU. NCCC menyarankan pengadu memfailkan kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang berhampiran. Pengguna juga disarankan untuk membuat perbandingan tahap kualiti perkhidmatan syarikat- syarikat penerbangan melalui ‘review’ dan komen orang awam. ‘Review’ ini boleh diperoleh melalui blog persendirian. Pihak yang membuat komen biasanya berkongsikan pengalaman baik dan buruk terhadap sesuatu perkhidmatan. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan kerusi roda tanpa mengenakan caj tambahan. Pengguna perlu bijak menilai kualiti perkhidmatan yang diberikan. Nilai wang yang anda bayar perlulah setimpal dengan perkhidmatan yang anda terima. Sebagai pengguna, anda berhak memilih perkhidmatan yang terbaik dan diberi layanan yang memuaskan di sepanjang perjalanan atau penerbangan anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000 atau [email protected]. 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Program Kesedaran OKU “Ke Arah Sistem Kewangan Yang Lebih Inklusif” 26 Mei 2015 | Lanai Kijang Anjuran Bersama: • Seramai 338,000 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat April 2015 • Ketidakupayaan Pembelajaran dan Fizikal merupakan komposisi terbesar dalam OKU • JKM adalah badan yang bertanggungjawab Di Malaysia Untuk merapatkan jurang pemahaman dan kesedaran tentang keperluan OKU. Untuk mempersiapkan industri kewangan bagi menghadapi lanskap sektor kewangan yang lebih mencabar berkaitan dengan OKU dan Akta OKU yang bakal dipertingkatkan dengan kuasa penguatkuasaan. Objektif: Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] Objektif: Menyediakan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang perniagaan mereka terjejas akibat bencana banjir di beberapa buah negeri di Malaysia. Kadar pembiayaan: Sehingga 2.25 % setahun Tempoh pembiayaan maksimum: Sehingga 5 tahun (dengan tempoh penangguhan bayaran selama 6 bulan). Jumlah pembiayaan maksimum: RM500,000 [Jumlah pembiayaan agregat bagi setiap syarikat pemegangan (holding company)]. Layari SMEInfo portal http://www.smeinfo.com.my Hubungi BNMTELELINK 1-300-88-5465 Faksimili: 03-2174 1515 atau e-mel: [email protected] KEMUDAHAN BANTUAN KHAS 2015 Institusi kewangan peserta • Semua bank perdagangan dan bank Islam; • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank); • Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank); • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat); dan • Bank Simpanan Nasional (BSN). Syarat kelayakan • Perusahaan perniagaan mengikut definisi PKS; • Institusi atau syarikat perniagaan milik warganegara Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau mana-mana pihak berkuasa lain; dan • Perniagaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan bencana banjir oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Tujuan pembiayaan • Modal kerja; dan • Kerja pembaikan dan pembelian peralatan yang rosak akibat banjir (Tidak boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan pembiayaan sedia ada) Sektor yang layak: Semua sektor ekonomi Prosedur permohonan Permohonan hendaklah dibuat melalui mana-mana institusi kewangan peserta (IKP) dan kelulusan akan tertakluk kepada prosedur biasa kelulusan kredit oleh IKP berkenaan. Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2015 atau sehingga semua peruntukan sebanyak RM500 juta digunakan sepenuhnya, yang mana terdahulu. UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Public Notice
25 Mei 2015
2015 National e-Payment Roadshow - Moving Forward with e-Payments
https://www.bnm.gov.my/-/2015-national-e-payment-roadshow-moving-forward-with-e-payments
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/2015-national-e-payment-roadshow-moving-forward-with-e-payments&languageId=ms_MY
Reading: 2015 National e-Payment Roadshow - Moving Forward with e-Payments Share: 2015 National e-Payment Roadshow - Moving Forward with e-Payments Tarikh Siaran: 25 Mei 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
22 Mei 2015
Third Malaysia Statistics Conference - MYSTATS 2015
https://www.bnm.gov.my/-/third-malaysia-statistics-conference-mystats-2015
null
null
null
null
null
18 Mei 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Mac 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-mac-2015-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed61+Mei+2015+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-mac-2015-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Mac 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Mac 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 18 Mei 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah GST bagi Produk dan Perkhidmatan Perbankan. Antara topik lain yang menarik termasuk: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi Produk dan Perkhidmatan Perbankan Memahami Ilustrasi Jualan Insurans Hayat  Perlindungan Insurans Tidak Mencukupi? Apakah Akibat Sekiranya Tidak Membayar Hutang? Tarik Kereta RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Mac/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
MEI 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 5 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Rancang Kewangan Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Kebimbangan terhadap kenaikan harga rumah semakin meningkat. Menurut Laporan Pasaran Harta 2014, harga purata rumah di negara ini meningkat sebanyak RM30,000 daripada RM266,304 pada tahun 2013 kepada RM295,345 pada akhir tahun 2014. Sebanyak 250 ribu transaksi pembelian rumah dilakukan sepanjang tahun 2014 yang bernilai RM82.06 bilion. Kerajaan pula mensasarkan sejumlah 653 ribu unit rumah mampu milik akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Merujuk kepada jumlah hutang isi rumah pula, terdapat peningkatan kepada 87.9 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014. Dalam masa yang sama, berlaku penurunan kadar tabungan negara kasar kepada 30.9% daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dalam tempoh yang sama. Hal ini menggambarkan perbelanjaan penggunaan tersasar dan kemungkinan berlakunya pembaziran. Dijangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih perlahan sekitar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2015. Keadaan ini memberi isyarat bahawa pengguna perlu berhati-hati dalam aspek perbelanjaan harian. Kebimbangan terhadap hutang pendidikan juga dikatakan bakal menjadi krisis global pada masa akan datang. Ia diakui oleh Biro Perlindungan Kewangan Pengguna Amerika Syarikat bahawa rakyat Amerika berhutang sekurang-kurangnya AS$1 trilion bagi pinjaman pendidikan. Situasi yang sama juga mungkin berlaku kepada pelajar universiti awam dan swasta tempatan yang menamatkan pengajian bakal berhadapan dengan komitmen bayaran balik pinjaman pendidikan. Ia belum mengambil kira kos pendidikan bermula seawal umur 4 hingga 6 tahun. Ibu bapa muda perlu memperuntuk sebahagian kos bagi pendidikan awal anak mereka. Sekiranya pilihan ibu bapa terhadap pendidikan awal swasta, Rancang Kewangan Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan 2 • Ringgit maka mereka terpaksa membayar yuran tahunan, kos bahan pendidikan, pakaian seragam, yuran aktiviti dan yuran bulanan sekurang-kurangnya dari RM300 hingga RM800 sebulan. Ini memerlukan ibu bapa untuk merancang persediaan kewangan untuk pendidikan anak-anak mereka. Kadar kebankrapan belia berumur 25 tahun dan ke bawah pula semakin membimbangkan. Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 1,150 kes dilaporkan antara tahun 2011 hingga Januari 2015, yang melibatkan belia berumur 25 tahun ke bawah. Kes tertinggi yang dilaporkan adalah pinjaman kenderaan (41.7 peratus), pinjaman peribadi (18.61 peratus) dan pinjaman rumah kediaman (17.79 peratus). Hal ini menunjukkan kawalan diri golongan belia terhadap kewangan sangat lemah. Kebanyakan mereka berbelanja melebihi daripada pendapatan. Mereka juga masih tidak mampu untuk membezakan antara keperluan dengan kehendak. Di samping itu, mereka juga mengambil sikap tidak peduli dengan tunggakan hutang dan tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada perunding kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Walaupun GST telah di laksanakan, namun masyarakat masih meneruskan tabiat gemar berbelanja. Tidak dinafikan, terdapat golongan yang bijak mengawal perbelanjaan peribadi mereka dan begitu juga sebaliknya. Menurut Penganalisis Ekonomi, kecenderungan seorang pengguna itu berbelanja dinilai kepada Marginal Propensity to Consume (MPC). MPC bagi negara Malaysia ialah 0.52 yang menunjukkan setiap ringgit kenaikan pendapatan akan menghasilkan perbelanjaan 0.52 sen. Perbandingan angka MPC dengan negara Asia yang lain menunjukkan Malaysia dalam kedudukan yang tinggi. Dari sudut ekonomi, ia dilihat dalam sudut positif dan membantu pertumbuhan ekonomi Negara. Dalam pada itu, perancangan masyarakat untuk dana persaraan tidak berada pada tahap membanggakan. 68 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000, manakala 50 peratus bekas ahli KWSP menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 5 tahun. Hal ini diukur dengan jangka hayat rakyat Malaysia menjangkau sehingga usia 78 tahun. Oleh itu, perancangan persaraan perlu dirancang seawal usia 30-an lagi. Hal ini ditambah pula dengan kos perubatan yang semakin tinggi pada masa ini. Oleh itu, amalan menabung merupakan langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi keperluan kewangan yang semakin mendesak ini. Tabungan bukanlah sesuatu yang merugikan. Meskipun pada awalnya, mungkin ia menyebabkan seseorang itu berasa tertekan kerana perlu berjimat dalam beberapa perkara perbelanjaan yang menjadi kelaziman mereka. Jika dinilai semula faktor-faktor seperti bebanan hutang, peningkatan kos sara hidup, persediaan belian aset, persaraan dan simpanan ketika kecemasan, maka ia memerlukan perancangan kewangan yang bijak. Oleh itu, pengguna perlu meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan agar kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang. Sumber: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Ringgit • 3 Satu-satunya sebab anda melabur dalam pasaran saham adalah untuk mendapat pulangan yang lumayan. Walau bagaimanapun, jika anda perhatikan lebih daripada 1,000 kaunter yang terdapat di Bursa Malaysia, tugas memilih kaunter yang sesuai bukanlah mudah. Anda mungkin sudah mendapatkan nasihat mengenai cara-cara melabur dan memilih saham dengan bijak, tetapi perlu diingat bahawa walau apapun nasihat yang diperoleh, nasihat-nasihat tersebut tidak boleh menjamin pulangan yang baik. Apa yang boleh disenaraikan di sini hanyalah beberapa ciri-ciri penting yang perlu diberi perhatian dalam memilih saham syarikat yang berpotensi. Maka, anda perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat kewangan yang relevan sebelum menganalisis asas syarikat-syarikat tersebut. Memahami Perniagaan Sesebuah Syarikat Salah satu faktor yang mempengaruh kejayaan sesuatu pelaburan ialah keupayaan untuk memahami perniagaan syarikat itu. Oleh itu, sebelum melihat aspek pengiraan dan sebagainya, anda perlu melihat dan memerhatikan produk-produk dan perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari atau Bagaimana Memilih Saham Yang Menguntungkan? yang anda lihat dalam surat khabar atau mana-mana sumber maklumat yang lain. Syarikat manakah yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang paling anda suka? Apakah produk-produk yang memudahkan kehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambah berbanding produk yang lain? Syarikat-syarikat yang menjadi jawapan kepada persoalan di atas mempunyai peluang cerah untuk berjaya. Jika orang lain masih belum perasan mengenai syarikat tersebut, maka anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mengaut keuntungan apabila membeli sahamnya. Pastikan anda membuat kajian-kajian lain sebelum melabur dalam syarikat tersebut. Matlamat utama di sini ialah anda perlu sentiasa mencari syarikat atau industri yang anda biasa dengannya ataupun mudah untuk difahami. Jika sukar bagi anda menerangkan perniagaan syarikat itu, maka elakkan daripada melabur dalam syarikat terbabit Menganalisis Sesebuah Syarikat Sekiranya anda mampu memahami apa yang telah diperkatakan tadi, anda kini sudah bersedia untuk beralih kepada perkara yang dipanggil analisis fundamental. Terdapat beberapa petunjuk “Syarikat manakah yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang paling anda suka? Apakah produk-produk yang memudahkan kehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambah berbanding produk yang lain?” 4 • Ringgit dalam kewangan sesebuah syarikat yang mampu memberikan anda gambaran tentang prestasi syarikat tersebut. a) Nisbah Harga Perolehan Sebagai permulaan, maklumat yang per lu diperhatikan ialah nisbah harga perolehan sesebuah syarikat. Syarikat yang mempunyai nisbah harga perolehan yang lebih rendah berbanding dengan pasaran keseluruhan ataupun purata industrinya menggambarkan bahawa saham syarikat tersebut masih terkurang nilai. Oleh itu, sekiranya purata industri pada tahap 15x nisbah harga perolehan, anda boleh mengabaikan syarikat-syarikat yang nisbah harga perolehan mereka melebihi 15. Hal ini disebabkan harga saham syarikat- syarikat tersebut sudahpun berada pada tahap yang sama ataupun lebih tinggi daripada nilai pasaran dan boleh dikatakan mahal. b) Permodalan Pasaran Faktor-faktor yang seterusnya ialah permodalan pasaran, rekod prestasi jualan dan perolehan serta kadar hasil dividen saham tersebut. Tentukan sama ada anda ingin melabur dalam syarikat bermodal besar atau kecil. Lazimnya, syarikat-syarikat besar dikatakan lebih berkemampuan untuk mengatasi saingan sengit dan dapat menikmati ekonomi ikut bidangan (economies of scale). Syarikat-syarikat kecil pula mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki syarikat-syarikat besar, contohnya mereka boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran dan mempunyai kos tidak langsung (overhead) yang lebih rendah. c) Rekod Prestasi Anda juga perlu merujuk kepada rekod prestasi syarikat yang konsisten. Sekiranya sesebuah syarikat itu mampu menjana tahap jualan dan perolehan yang baik serta mengalami peningkatan dalam bahagian pasaran, kecuali untuk satu atau dua suku yang disebabkan oleh keadaan keseluruhan pasaran, maka syarikat tersebut boleh dikatakan sebagai syarikat yang baik dan berpotensi. d) Dividen Selain daripada faktor-faktor di atas, anda juga perlu merujuk kepada kadar bayaran dividen sekiranya anda berminat dalam saham pendapatan. Pastikan kadar hasil dividen melebihi tahap inflasi untuk mengelakkan daripada perlunya naik nilai harga yang lebih tinggi untuk memastikan wang yang telah dilaburkan dalam saham-saham anda terus meningkat dari segi nilai sebenar. e) Pihak Pengurusan Faktor yang terakhir untuk dipertimbang ialah pihak pengurusan sesuatu syarikat. Pastikan anda membaca seksyen analisis pihak pengurusan dalam laporan tahunan syarikat untuk memahami bagaimana syarikat terbabit diuruskan, apa yang dianggap sebagai risiko, dan langkah-langkah yang diambil untuk mencegah risiko-risiko tersebut. Pihak pengurusan yang baik akan sentiasa menjadikan nilai pemegang saham yang maksimum sebagai matlamat utama dan akan menunjukkan sikap yang penuh integriti dalam menguruskan syarikat. Syarikat yang diuruskan oleh pengurusan yang berkualiti tinggi akan mempamerkan prestasi yang baik, walaupun dalam suasana perniagaan yang amat sukar. Dengan mengambil kira faktor yang telah dibincangkan, senarai syarikat untuk anda pilih telah menjadi lebih sedikit. Dengarlah suara hati anda dalam memilih syarikat yang anda rasakan mempunyai potensi untuk maju. Selamat berjaya! © Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman sesawang ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila e-mel: [email protected]. Ringgit • 5 Pelaksanaan GST semenjak 1 April 2015 yang lalu menimbulkan beberapa kekeliruan dalam kalangan pengguna. Berikut adalah jadual perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang telah digantikan oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Cukai SST adalah cukai satu aras yang hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut. Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan. GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna. Berikut adalah perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST):- Perbezaan Cukai Jualan, Perkhidmatan dan GST Sebelum GST CUKAI JUALAN CUKAI PERKHIDMATAN Merupakan cukai seperingkat yang mana cukai ini hanya dikenakan sekali sahaja oleh pengilang lazimnya diperingkat output Dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu apabila ia ditawarkan kepada pengguna Barang bercukai jualan 5 peratus Contoh: minuman kopi dan teh segera, aiskrim, kacang, mi segera, rempah kari ayam dan daging, mentega dan bahan- bahan binaan Barang bercukai jualan 10 peratus Contoh: televisyen, peti sejuk, seterika, perabot, baju, beg tangan, kasut, tayar kenderaan dan kereta Perkhidmatan bercukai 6 peratus Contoh: perkhidmatan restoran, siaran televisyen berbayar, hotel, tempat meletak kenderaan, pusat penyelenggaraan kereta, telekomunikasi dan kawalan keselamatan Kadar spesifik Contoh: Petrol dan diesel Kadar spesifik Contoh: fi RM50 ke atas kad kredit prinsipal dan RM25 bagi kad tambahan 6 • Ringgit Sumber: Kosmo, 27 Mei 2015 Selepas GST GST Cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah pada setiap peringkat penggunaan dalam rantaian pembekalan daripada pengeluar hingga pengguna. Dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan pada setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Bekalan Berkadar Sifar Contoh: Barang makanan seperti beras, tepung gandum, gula pasir, roti putih, roti gandum bijirin penuh, serbuk kopi, teh dan koko serta mi kuning, produk pertanian seperti padi, sayuran dan buah- buahan segar serta bahan-bahan bacaan Dikecualikan GST Contoh: perkhidmatan seperti rel, bas, teksi, tol, pengangkutan air, pendidikan, kesihatan, rumah kediaman, tanah pertanian dan kegunaan am serta perkhidmatan kewangan terpilih Kadar standard 6 peratus Contoh: barang-barang yang tidak disenaraikan sebagai berkadar sifar oleh Jabatan Kastam Malaysia. Lain-lain (di luar skop GST) Contoh: Perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport. Ringgit • 7 Pihak Yang Diinsuranskan telah meletakkan kereta di ruang tempat letak kereta berhampiran tempat kerja beliau. Selepas tamat waktu kerja dan ketika ingin memandu kereta keluar, seseorang yang tidak dikenali telah menghampiri kereta beliau dan memaklumkan bahawa tayar kereta beliau telah pancit. Pihak Yang Diinsuranskan berasa bimbang dan tanpa berasa curiga telah turun dari kenderaan untuk memeriksa tayar. Orang yang tidak dikenali telah menawarkan khidmat tukar tayar dengan upah RM10.00. Pihak Yang Diinsuranskan menerima tawaran tersebut dengan senang hati kerana beliau sendiri mengalami kecederaan buku lali dan tidak berupaya menggantikan tayar keretanya sendiri. Kemudian, orang asing tersebut meminta kebenaran untuk mengalihkan kereta beliau dengan alasan ruang tempat kereta agak sempit untuk kerja-kerja menggantikan tayar. Dengan pantas, orang asing itu masuk ke dalam kereta beliau dan melarikan kereta tersebut. Pihak Yang Diinsuranskan membuat tuntutan kepada syarikat insurans bagi kes kecurian tersebut. Namun begitu, syarikat insurans telah menolak tuntutan Pihak Yang Diinsuranskan di atas kehilangan kereta dengan alasan Pihak Yang Diinsuranskan telah melanggar syarat polisi 7 (c) dalam insurans motor. Beliau telah gagal mengambil langkah berjaga-jaga dan tindakan sewajarnya untuk melindungi kereta tersebut daripada kerugian/kerosakan. Beliau juga telah meninggalkan kunci kereta berada pada pencucuh enjin semasa turun dari kereta untuk memeriksa tayar. Pelanggaran Syarat Polisi 7 (c): Isu yang dipertikaikan adalah sama ada Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya bagi melindungi kenderaan memandangkan tiada peruntukan khas berdasarkan undang-undang mengenainya. Adalah memadai sekiranya Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil ‘langkah berjaga- jaga yang munasabah’ untuk melindungi harta yang diinsuranskan. Dalam hal ini, kes ini perlu dilihat sama ada Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil tindakan secara melulu atau mendedahkan dirinya kepada risiko walaupun boleh menjangka kesan yang bakal dihadapi. Apabila kes ini dirujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan, pihak Pengantara telah melihat fakta kes dan situasi Pihak Yang Diinsuranskan secara menyeluruh. Pengantara telah memutuskan bahawa adalah munasabah untuk Pihak Yang Diinsuranskan membenarkan seseorang yang tidak dikenali membantu beliau untuk menggantikan tayar kenderaan memandangkan kecederaan yang dialami beliau. Oleh itu, tiada isu Pelanggaran Syarat Polisi 7 (c) dan penolakan syarikat insurans adalah tidak berasas. Syarikat Insurans bersetuju dengan pandangan Pengantara dan tuntutan oleh Pihak Yang Diinsuranskan telah diselesaikan secara baik. Sumber: Biro Pengantaraan Kewangan Kajian Kes Insurans Motor: Kecurian Kereta “... kes ini perlu dilihat sama ada pihak yang diinsuranskan telah mengambil tindakan secara melulu atau mendedahkan dirinya kepada risiko ...” 8 • Ringgit Ruangan Bersama NCCC Pada masa ini, teknologi internet yang semakin meningkat mempermudah gaya hidup anda dalam pelbagai bidang dari segi pelajaran hingga kerja harian. Namun demikian, ramai yang mudah ditipu dengan skim/sindiket penipuan ataupun ‘scam’ menggunakan teknologi internet. Berdasarkan aduan yang diterima oleh NCCC, terdapat beberapa teknik ‘scam‘ yang digunakan untuk memperdaya pengguna. Berikut adalah tiga bentuk ‘scam’ yang popular berdasarkan rekod NCCC:- a) Penipuan Pelaburan MLM Antara kaedah operasi yang dikenal pasti digunakan oleh sindiket adalah:- 1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa untuk keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan. 2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan yang mangsa hanya perlu membayar yuran ahli atau membeli barangan dan mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. 3. Skim pelaburan ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa pangkat atau ‘level’ di dalam syarikatnya untuk mengaut keuntungan dengan cepat. SCAM / Sindiket Penipuan 4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan mewah bagi menarik perhatian mangsa untuk melabur dengannya. 5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperoleh. Pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjanjikan pulangan lumayan. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah awal bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dengan membuat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat yang dinyatakan benar atau sebaliknya. “Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah awal bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan...” Ringgit • 9 b) Gores dan Menang Lazimnya, gores dan menang memperdaya mangsa dengan menawarkan hadiah lumayan. Berikut adalah taktik yang digunakan:- 1. Mangsa didatangi suspek dan meminta mangsa menggores kad yang disediakan. 2. Kemudian sindiket meminta mangsa datang ke pejabat syarikat bagi proses seterusnya. Syarikat ini biasanya tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau mempunyai lesen di bawah Akta Jualan Langsung. 3. Untuk meyakinkan mangsa, biasanya sindiket akan menunjukkan kepada mangsa keratan akhbar mengenai kereta mewah yang kononnya telah berjaya dimenangi oleh peserta lain. Berhati-hati, ia adalah satu helah semata-mata. 4. Mangsa diminta menyerahkan sejumlah wang atau akaun bank. Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberikan tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan. c) Penipuan Melalui SMS Sindiket penipuan SMS yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut: 1. Mangsa menerima SMS seperti berikut, “Tahniah! simkad anda telah memenangi hadiah wang tunai bernilai ribuan ringgit daripada syarikat tertentu”. 2. Kemudian sindiket mengarahkan mangsa untuk menghubungi nombor telefon yang diberikan dalam SMS tersebut. 3. Apabila dihubungi, mangsa diarahkan supaya pergi ke ATM untuk proses penerimaan wang hadiah. 4. Mangsa kemudian mengikut segala arahan yang diberikan oleh suspek tanpa membuat semakan daripada syarikat penaja terlebih dahulu kerana teruja untuk mendapatkan wang yang lumayan. 5. Setelah membuat semakan akaun bank, didapati wang hadiah yang dijanjikan tidak diperoleh, malah baki wang akaun mangsa berkurangan. Tetapi suspek tersebut gagal dihubungi oleh mana-mana pihak daripada nombor yang diberikan. Terdapat empat cara yang digunakan oleh pengendali sindiket untuk mengambil wang daripada mangsa, iaitu: i) Deposit wang tunai terus ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek. ii) Pindahan wang daripada akaun mangsa kepada akaun yang diberikan oleh suspek. (Mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya oleh suspek). iii) Suspek mengaktifkan perbankan atas talian milik mangsa dan kemudiannya memindahkan wang mangsa. (Mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya oleh suspek). iv) Mangsa diarah tambah nilai (Top-up) nombor- nombor telefon pra-bayar suspek. Pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan anda memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia. Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka. Jangan cepat diperdaya dengan tawaran/hadiah yang tidak munasabah. Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Kad kredit anda telah dipalsukan... Seseorang telah mencuri identiti anda... Akaun anda telah \ disalah guna... Berwaspada! Jangan menjadi mangsa PENIPUAN. Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan. lni satu PENIPUAN. Jangan panik. Fikir dahulu. Bank Negara Malaysia 2 Bank Negara Malaysia 3 Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta tidak pernah meminta tidak menyimpan wang maklumat peribadi atau sesiapa pun memindahkan orang ramai dalam maklumat kewangan wang ke dalam akaun mana-mana akaun anda pihak ketiga BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan) ‘.ii':‘i“§“fif.°E'3‘:$3a 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E—me|: bnmte|e|[email protected] Untuk dan hantar kepada Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) menghantar BNM TANYA 15888 Amaran Penipuan Kewangan yang Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur (Blok D, Jalan Dato' Onn, 50480) pertanyaan [P°"‘a"V33"/ terdapat di laman sesawang atau kunjungi mana-mana cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia: atau aduan “"3" '‘‘"da] Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching melalui SMS, (Waktu urusan: lsnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang) taiP “@ www.bnm.gov.my
Public Notice
12 Mei 2015
Third Annual Bank Negara Malaysia Economics Research Workshop :: Call for Papers
https://www.bnm.gov.my/-/third-annual-bank-negara-malaysia-economics-research-workshop-call-for-papers
null
null
null
null
null
11 Mei 2015
My Ringgit - A new mobile app to learn about Malaysian banknotes by Bank Negara Malaysia
https://www.bnm.gov.my/-/my-ringgit-a-new-mobile-app-to-learn-about-malaysian-banknotes-by-bank-negara-malaysia
null
null
null
null
null
05 Mei 2015
Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website
https://www.bnm.gov.my/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-7
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/updates-guidelines-circulars-listing-on-bank-negara-malaysia-s-website-7&languageId=ms_MY
Reading: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Share: Updates: Guidelines & Circulars listing on Bank Negara Malaysia's website Tarikh Siaran: 05 Mei 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
17 Apr 2015
Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated.
https://www.bnm.gov.my/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-57
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-57&languageId=ms_MY
Reading: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Share: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Tarikh Siaran: 17 Apr 2015         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
02 Apr 2015
Publication of Liquidity Coverage Ratio final standard
https://www.bnm.gov.my/-/publication-of-liquidity-coverage-ratio-final-standard
null
null
Reading: Publication of Liquidity Coverage Ratio final standard Share: Publication of Liquidity Coverage Ratio final standard Release Date: 02 Apr 2015 The Bank has today finalised the Liquidity Coverage Ratio standard, which takes into account feedback and suggestions provided during the public consultation process. The Bank received written and verbal responses from over 40 respondents during the consultation process. The respondents were broadly supportive of the proposals set out in the Concept Paper.  Liquidity Coverage Ratio Response to feedback received © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
23 Mac 2015
Period of Stay under the Netting of Financial Agreements Act 2015
https://www.bnm.gov.my/-/period-of-stay-under-the-netting-of-financial-agreements-act-2015
null
null
null
null
null
20 Mac 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Februari 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-februari-2015-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed58+Feb+2015+v6.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-februari-2015-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Februari 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Februari 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 20 Mac 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS yang terjejas akibat banjir.. Antara topik lain yang menarik termasuk: Pembiayaan untuk Membangunkan Semula Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir Mulakan Perancangan Persaraan Anda Lebih Awal Perbankan Internet: Nama Pengguna, Kata Laluan dan Nombor TAC Terjejas Kad Perubatan dan Insurans Tuntutan Waranti Televisyen RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Februari/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
OGOS 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 8 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) kerana berbelanja melebihi kemampuan Sengsara Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Siti (bukan nama sebenar), berusia pertengahan 30-an, mempunyai kerjaya dengan gaji hampir RM4,000 sebulan. Beliau membuat pinjaman peribadi tanpa berfikir panjang selepas disaran oleh rakan pejabat pada awal kerjayanya. Pihak bank juga menawarkan kad kredit yang pada mulanya hanya digunakan untuk membayar petrol dan waktu kecemasan sahaja. Oleh kerana mudah untuk membuat pinjaman tanpa perlu ke bank, Siti membuat beberapa pinjaman peribadi dan turut diberi satu kad kredit lagi. Semuanya untuk memenuhi nafsu berbelanja Siti. Akhirnya, tanpa disedari, sebahagian besar daripada gajinya adalah untuk membayar pinjaman bank dan berbaki hanya RM100 sahaja. Siti langsung tidak mempunyai baki gaji jika ditolak bayaran satu lagi pinjaman peribadi yang dia buat bayaran secara terus kepada bank berkenaan serta kad- kad kredit yang dimiliki. Pinjaman peribadi Siti telah mencecah RM350,000, tidak termasuk hutang kad kredit dan pinjaman perumahan. Tambahan pula, suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap dan segala perbelanjaan bergantung pada pinjaman yang dibuat sebelum ini. Siti amat malu dengan ketua di pejabat, kerana berbelanja melebihi kemampuan Sengsara 2 • Ringgit malah rakan sekerja dan pekerja bawahannya apabila bank mula menghubungi pejabat bagi menuntut bayaran. Siti dipanggil oleh ketuanya dan diberitahu beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagai kakitangan awam. Hal beliau dikejar oleh bank sudah diketahui oleh rakan pejabatnya. Dalam hal ini, Sit i telah berbelanja di luar kemampuannya. Siti telah membuat pinjaman bagi memenuhi kehendak dan membeli barangan yang tidak perlu yang menyebabkan hidupnya sengsara disebabkan oleh hutang. Dalam hal seperti ini, tiada siapa yang boleh disalahkan melainkan diri sendiri. Anda perlu memikirkan kesilapan diri yang tidak berhati-hati mengawal perbelanjaan. Tip: 1) Berbelanja menggunakan wang tunai sekiranya anda tidak mampu mengawal nafsu berbelanja. Bawa wang tunai secukupnya. Jangan membawa kad kredit atau kad debit semasa berbelanja. 2) Tukar persepsi anda terhadap kad kredit. Kad kredit ialah instrumen bagi memudahkan bayaran dan bukannya instrumen untuk berhutang. 3) Utamakan keperluan berbanding kehendak. 4) Jika anda berhutang, pastikan hutang tersebut tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan. 5) Jika pendapatan RM4,000 sebulan maka peruntukan untuk membayar semua hutang ialah RM1,600 sahaja. Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ringgit • 3 Pemindahan Baki Kad Kredit: Apakah Manfaatnya? Kad kredit membolehkan anda membeli barangan atau perkhidmatan tanpa membawa atau menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar terlebih dahulu kepada syarikat bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bulanan. Anda mungkin mempunyai beberapa kad kredit. Pada masa yang sama, anda mempunyai baki yang belum jelas terhadap kad kredit. Anda mungkin memikirkan apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menjelaskan hutang-hutang kad kredit anda. Mari sama-sama kita ketahui tentang Pemindahan Baki Kad Kredit. Apakah Pemindahan Baki Kad Kredit? Pemindahan Baki Kad Kredit ialah pemindahan baki belum jelas dalam akaun kad kredit yang sedia ada kepada akaun kad kredit baru dengan bank baru (atau syarikat kad kredit baru). Pemindahan baki kad kredit akan memberi manfaat kepada anda sekiranya anda mendapatkan maklumat dan memilih pelan yang sesuai untuk menyelesaikan hutang-hutang anda. Walau bagaimanapun, anda perlu meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan mengikuti program Pemindahan Baki Kad Kredit seperti: “Pemindahan baki kad kredit akan memberi manfaat kepada anda sekiranya anda mendapatkan maklumat dan memilih pelan yang sesuai ...” 4 • Ringgit a) Kadar faedah rendah Anda boleh memilih mana-mana bank dan syarikat kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kadar faedah yang dikenakan oleh bank yang sedia ada. b) Tempoh tanpa faedah Banyak syarikat kad kredit yang menawarkan tempoh tanpa faedah kepada pelanggan seperti Pemindahan Baki Kad Kredit (iaitu baki belum jelas dan anda tidak dikenakan faedah untuk tempoh tertentu). Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada syarikat kad kredit yang anda pilih dan tempoh tanpa faedah yang ditawarkan mungkin menjangkau beberapa bulan atau beberapa tahun. c) Menyatukan beberapa akaun kad kredit Bagi anda yang mempunyai beberapa kad kredit, Pemindahan Baki Kad Kredit membolehkan anda menyatukan akaun-akaun kad kredit anda menjadi satu akaun. Anda mungkin tidak perlu lagi mengingati pelbagai tarikh bayaran dan pelbagai terma dan syarat setiap kad kredit. Jika langkah ini dapat memudahkan anda, maka anda boleh mempertimbang untuk memindahkan baki kad kredit anda. d) Adakah anda dikenakan Yuran Pindahan Baki? Lazimnya, pindahan-pindahan baki BUKAN PERCUMA. Apabila anda melakukan pindahan baki, syarikat kad kredit baru anda secara lazimnya mengenakan yuran pendahuluan tunai dalam lingkungan 3% daripada jumlah yang ingin dipindahkan. Pastikan anda mempertimbang perkara ini – anda mungkin mendapat penjimatan daripada kadar permulaan anda, tetapi menghadapi bebanan daripada yuran pindahan baki anda! e) Mengurus hutang kad kredit Secara tidak langsung, proses mencari kadar faedah yang paling rendah dan memilih pelan yang paling sesuai memaksa anda meneliti kedudukan sebenar akaun kad kredit anda. Sekiranya anda buntu bagaimana hendak membayar balik baki yang telah terkumpul selama beberapa tahun, maka Pemindahan Baki Kad Kredit mungkin dapat membantu memulakan penyelesaiannya. Pastikan anda benar-benar memahami terma dan syarat sebelum mengikuti Program Pemindahan Baki Kad Kredit. Dapatkan maklumat yang tepat daripada pihak syarikat kad kredit dan bank. Setiap syarikat kad kredit dan bank mempunyai terma dan syarat yang berbeza. Sumber: Diolah daripada artikel Ching, penulis iMoney.my Ringgit • 5 Dalam artikel bulan Jun yang lalu, kami berkongsi tentang keteguhan rangka kerja PRS yang membentuk asas kepada perlindungan dana-dana PRS. Dalam artikel ini, kita akan meneroka aspek pengurusan pelaburan dana PRS dan bagaimana risiko diuruskan semasa mencari peluang pulangan. Skim Pelaburan Kolektif (CIS) PRS menggunakan struktur Skim Pelaburan Kolektif (CIS) yang menggabungkan semua pelaburan bagi PRS ke dalam portfolio aset bagi mencapai mandat dan objektif dana ini. Struktur CIS adalah mudah dan membolehkan orang ramai berkemampuan untuk menyimpan dan melaburkan simpanan persaraan mereka dengan berkongsi dalam aset-aset sandaran menerusi pemilikan unit dalam dana PRS. Setiap dana PRS ditadbir urus berdasarkan mandat masing-masing dan objektif-objektif yang didokumentasi dalam Dokumen Penzahiran dan Kertas Penerangan Produk yang menegaskan bagaimana dana sepatutnya diurus dan apa aset sandarannya, yang boleh dilaburkan. Dokumen Penzahiran dan Kertas Penerangan Produk dana PRS mestilah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum dana PRS itu ditawarkan kepada orang ramai. Melindungi Dana Skim Persaraan Swasta (PRS) Anda (Bahagian 2) Selain itu, dana PRS dilindungi dengan batasan jenis pelaburan dan had tumpuan (misalnya pelaburan dalam suatu aset tidak boleh melebihi 10% Nilai Aset Bersih dana) yang meminimumkan risiko dana PRS. Malah, dana PRS juga dipantau ketat oleh pemegang amanah bebas bagi memastikan pengurus-pengurus pelaburan mematuhi sepenuhnya keperluan yang dimandatkan dan had pelaburan dana. 6 • Ringgit Kepelbagaian Portfolio Dana PRS dilaburkan dalam pelbagai porfolio aset sandaran (underlying assets) sebagaimana digariskan oleh mandat dan objektif pelaburan tersebut. Kepelbagaian ini membantu meminimumkan risiko dan sangat penting bagi melicinkan keadaan risiko tidak bersistematik di dalam portfolio supaya prestasi positif akan meneutralkan yang negatif. Setiap dana PRS memiliki peruntukan aset sandarannya yang sendiri (seperti saham, bon atau instrumen pasaran wang) bagi menjana potensi pulangan dana. Misalnya, peruntukan aset dana boleh dilaburkan 70% dalam ekuiti dan 30% dalam pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Tidak ada formula mudah bagi mendapatkan peruntukan aset yang sempurna bagi setiap individu. Dengan mencari imbangan risiko pelaburan berserta pulangan yang tepat mungkin akan menjadikannya lebih bersesuaian mengikut kehendak individu. Dana diuruskan bagi menjana potensi pelaburan, manakala peruntukan aset mempelbagaikan risiko portfolio supaya pelaburan anda tidak diibaratkan seperti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Oleh itu, dana PRS dilaburkan bagi mengoptimumkan pulangan dan menguruskan risiko portfolio dana pada masa yang sama. Pengurusan Dana Yang Profesional Dana PRS diuruskan oleh pengurus dana berlesen dan profesional. Tugas mereka ialah menjana potensi pulangan sementara menguruskan risiko dana berdasarkan mandat dan objektif dana. Untuk menjadi pengurus dana, mereka hendaklah dilesenkan oleh SC bagi memastikan mereka memiliki kelayakan dan pengalaman untuk menguruskan dana PRS. Pengurus dana mempunyai tanggungjawab, pengetahuan pelaburan dan pasaran untuk menguruskan prestasi dana menerusi prestasi aset sandaran yang berhubung kait dengan prospek dan sentimen pasaran. Oleh kerana dana PRS dilaburkan untuk tempoh jangka panjang, pengurus portfolio boleh mengambil pandangan pasaran lebih panjang dalam menguruskan turun naik dan peluang pasaran. Penggunaan pengurus dana profesional sepenuh masa bagi menguruskan prestasi dana PRS akan memudahkan orang ramai untuk menyimpan dan melabur bagi persaraan mereka, tanpa perlu melakukan penyelidikan sendiri. Memantau Prestasi Dana Prestasi pelaburan adalah tertakluk kepada turun naik dan peluang pasaran. Sementara pengurus dana menyasarkan untuk mengoptimumkan prestasi dana PRS, adalah penting bagi ahli PRS untuk mengambil tanggungjawab juga dalam memantau prestasi dana mereka. PPA telah memudahkan bagi ahlinya untuk mengakses prestasi dana PRS yang dimuat turun dan dilaporkan setiap hari oleh penyelidik dana bebas, Morningstar. PPA menggalakkan ahli-ahlinya untuk memantau prestasi dana PRS mereka sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menilai pengurus dana mereka. Meluangkan masa untuk menilai dan memantau dana mereka akan memastikan objektif persaraan berada pada landasan betul dan mengambil langkah pembetulan, jika perlu. Dengan mengambil peranan pro-aktif dalam pemantauan simpanan persaraan anda, saya percaya ia adalah ubat terbaik untuk tidur lena kerana mengetahui segalanya berlaku mengikut rancangan. Dalam artikel akan datang, kami akan berkongsi cara bagaimana ahli-ahli boleh memainkan peranan dalam menambah satu lagi lapisan perlindungan untuk simpanan persaraan bagi mengukuhkan lagi perlindungan wang persaraan mereka. Jumpa lagi. Dato’ Steve Ong adalah CEO Pentadbir Pencen Swasta (PPA), pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS). PPA diberi peranan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan industri PRS, mewujudkan kesedaran umum dan mendidik orang ramai mengenai penyimpanan persaraan. PPA juga berperanan melindungi kepentingan penyumbang PRS. PPA mengalu-alukan soalan berkaitan perancangan persaraan. Sila hantar soalan anda kepada [email protected] Ringgit • 7 Ruangan Bersama NCCC Apabila anda ingin pergi bercuti, melantik ejen daripada agensi pelancongan adalah cara yang paling mudah untuk melawat tempat yang anda ingini. Agensi pelancongan dapat mengendalikan pakej pelancongan ke semua destinasi, termasuk membuat tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai syarikat penerbangan, membuat tempahan tempat penginapan, makan minum dan juga menyediakan pakej umrah serta menziarahi kota suci Mekah dan Madinah (hanya untuk yang beragama islam). Hal ini kelihatan dapat memberi manfaat dan menjimatkan masa pengguna. Namun begitu, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sering menerima aduan terhadap perkhidmatan agensi pelancongan. Lebih merunsingkan lagi, ramai pengguna membayar wang yang banyak untuk pergi bercuti tetapi tidak mengetahui risiko yang mungkin dialami. Berikut adalah kes-kes yang diterima oleh NCCC, yang boleh dijadikan panduan kepada pengguna:- Agensi Pelancongan • Mengambil wang daripada pengguna, tetapi tidak menyediakan pakej. • Pembatalan pakej pelancongan pada saat akhir. • Tidak membayar balik duit pendahuluan apabila pakej pelancongan dibatalkan. • Wang yang dikenakan terlalu mahal, tetapi hotel dan kemudahan lain yang disediakan oleh agensi pelancongan tersebut tidak memuaskan. Contohnya, tempat tinggal yang tidak bersih, barang-barang dicuri dan sebagainya. • Ingin membatalkan pakej kerana sebab-sebab tertentu, sebagai contohnya masalah kesihatan, namum tidak dibenarkan dan agensi enggan memulangkan wang. • Agensi pelancongan tidak wujud. Mengambil wang daripada pengguna dan apabila pengguna menelefon untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej yang dibeli, nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan dan agensi pelancongan itu tidak lagi beroperasi. • Pengguna terpaksa membayar wang yang banyak untuk membatalkan keahlian. Jika pengguna 8 • Ringgit enggan membayar, agensi pelancongan akan menghantar surat peguam palsu untuk mengugut pengguna.Mereka juga menelefon rumah dan tempat kerja pengguna tanpa henti semata-mata untuk meminta wang tersebut. NCCC mendapati terdapat beberapa agensi pelancongan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menipu pelanggan semata-mata. Selepas mengambil wang daripada pengguna, agensi tersebut akan ditutup dan melarikan diri bersama-sama wang pelanggan mereka. Walau bagaimanapun, bukan semua agensi pelancongan melakukan sindiket seperti ini. Oleh itu, pengguna haruslah bijak dan berwaspada dalam memilih agensi yang berlesen supaya tidak ditipu oleh mereka. Nasihat untuk anda Disarankan beberapa cara untuk membantu anda menjadi pelanggan yang bijak apabila melantik agensi pelancongan untuk menguruskan pakej pelancongan: 1. Kaji dengan teliti mengenai agensi pelancongan tersebut sebelum melantiknya. 2. Pengguna boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang agensi pelancongan tersebut melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk menyemak status, pengguna boleh membuat bayaran sebanyak RM12.00 kepada SSM. 3. Membuat laporan kepada Kementer ian Pelancongan Malaysia, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. 4. Sebarang laporan yang dibuat, jika didapati benar, pembatalan lesen dan amaran keras akan dikenakan kepada agensi pelancongan supaya tidak mengulangi kesalahan, selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992. 5. Senarai lesen pengendalian agensi pelancongan dan pengembaraan boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Berdasarkan lima tindakan yang telah dinyatakan di atas, pengguna haruslah berhati-hati semasa melantik agensi untuk menguruskan pakej pelancongan. Jika tidak, pengguna akan ditipu dengan sindiket tersebut. Oleh itu, jadilah pengguna yang berhemat dan bijak memilih! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000 atau [email protected]. Ringgit • 9 Masalah Kewangan Anda Saya hanya menggunakan perkhidmatan telefon bimbit prabayar dan tidak pernah menggunakan telefon pascabayar. Baru- baru ini saya telah menerima bil tertunggak pascabayar. Apakah yang patut saya lakukan? Pengguna Johor Bharu Jawapan: Anda perlu membuat laporan kepada syarikat telco yang menyediakan perkhidmatan berkenaan untuk memberitahu tidak pernah melanggan khidmat pascabayar. Lebih bagus jika anda menulis surat aduan rasmi menyatakan anda tidak pernah melanggan perkhidmatan pascabayar dan meminta jasa baik syarikat itu membatalkan perkhidmatan yang anda tidak langgani. Anda juga boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk tindakan lanjut kerana mungkin ada pihak telah menggunakan data peribadi anda tanpa kebenaran. Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda Keliru terima bil tertunggak 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] li1o..UuHh.3|.L..a..nv...fl.n ¢\....4...,.,_ | x©:gc©mcmUx__xa gag 5 E .359 6E::6E :36: J J _ z<22u... 34¢ .Cr.xJUrCCC.. :2... nE_E_r :._.c: 3% ZGGZDE om», :m,E9 $.38 mcmgmowm Ego $.92 .33 _%%.a Z<xDm<xw$. ) . . ® . I . ‘_ _. .1. \ P .cm_q_.m§2 gfln _cmn_.5a .._m.E::_mE Emma 1 W33 E3 nos SE9 :5 car .3 $ x<aI<Z uz<r 5c_E.mE mam $.85 mc..%§ Eco cmmcma ..__:m mccn ca LODEOC can cm_:_n_ SE. cmémfi 9 v_<.,€<<v_._.<Ez&1<é saga; Eafig Edam Ea Egg: aaéfi gag
Public Notice
04 Mac 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Januari 2015) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-januari-2015-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed57+Jan+2015+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-januari-2015-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Januari 2015) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Januari 2015) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 04 Mac 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Kuasa Pengguna Tentukan Harga. Antara topik lain yang menarik termasuk: 10 Keputusan Kewangan Yang Perlu Dicapai Apabila Berumur 30 Tahun Cemas Rumah Dilelong Pendahuluan Tunai yang tidak dibenarkan melalui Kad Kredit Kewajipan penghuni pangsapuri dan kondominium menjelaskan bayaran penyelenggaraan bulanan Tidak Puashati dengan Bil Telefon RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Januari/2015 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
MEI 2015 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 0 5 /1 5 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Rancang Kewangan Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Kebimbangan terhadap kenaikan harga rumah semakin meningkat. Menurut Laporan Pasaran Harta 2014, harga purata rumah di negara ini meningkat sebanyak RM30,000 daripada RM266,304 pada tahun 2013 kepada RM295,345 pada akhir tahun 2014. Sebanyak 250 ribu transaksi pembelian rumah dilakukan sepanjang tahun 2014 yang bernilai RM82.06 bilion. Kerajaan pula mensasarkan sejumlah 653 ribu unit rumah mampu milik akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Merujuk kepada jumlah hutang isi rumah pula, terdapat peningkatan kepada 87.9 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014. Dalam masa yang sama, berlaku penurunan kadar tabungan negara kasar kepada 30.9% daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dalam tempoh yang sama. Hal ini menggambarkan perbelanjaan penggunaan tersasar dan kemungkinan berlakunya pembaziran. Dijangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih perlahan sekitar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2015. Keadaan ini memberi isyarat bahawa pengguna perlu berhati-hati dalam aspek perbelanjaan harian. Kebimbangan terhadap hutang pendidikan juga dikatakan bakal menjadi krisis global pada masa akan datang. Ia diakui oleh Biro Perlindungan Kewangan Pengguna Amerika Syarikat bahawa rakyat Amerika berhutang sekurang-kurangnya AS$1 trilion bagi pinjaman pendidikan. Situasi yang sama juga mungkin berlaku kepada pelajar universiti awam dan swasta tempatan yang menamatkan pengajian bakal berhadapan dengan komitmen bayaran balik pinjaman pendidikan. Ia belum mengambil kira kos pendidikan bermula seawal umur 4 hingga 6 tahun. Ibu bapa muda perlu memperuntuk sebahagian kos bagi pendidikan awal anak mereka. Sekiranya pilihan ibu bapa terhadap pendidikan awal swasta, Rancang Kewangan Untuk Kesejahteraan Masa Hadapan 2 • Ringgit maka mereka terpaksa membayar yuran tahunan, kos bahan pendidikan, pakaian seragam, yuran aktiviti dan yuran bulanan sekurang-kurangnya dari RM300 hingga RM800 sebulan. Ini memerlukan ibu bapa untuk merancang persediaan kewangan untuk pendidikan anak-anak mereka. Kadar kebankrapan belia berumur 25 tahun dan ke bawah pula semakin membimbangkan. Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 1,150 kes dilaporkan antara tahun 2011 hingga Januari 2015, yang melibatkan belia berumur 25 tahun ke bawah. Kes tertinggi yang dilaporkan adalah pinjaman kenderaan (41.7 peratus), pinjaman peribadi (18.61 peratus) dan pinjaman rumah kediaman (17.79 peratus). Hal ini menunjukkan kawalan diri golongan belia terhadap kewangan sangat lemah. Kebanyakan mereka berbelanja melebihi daripada pendapatan. Mereka juga masih tidak mampu untuk membezakan antara keperluan dengan kehendak. Di samping itu, mereka juga mengambil sikap tidak peduli dengan tunggakan hutang dan tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada perunding kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Walaupun GST telah di laksanakan, namun masyarakat masih meneruskan tabiat gemar berbelanja. Tidak dinafikan, terdapat golongan yang bijak mengawal perbelanjaan peribadi mereka dan begitu juga sebaliknya. Menurut Penganalisis Ekonomi, kecenderungan seorang pengguna itu berbelanja dinilai kepada Marginal Propensity to Consume (MPC). MPC bagi negara Malaysia ialah 0.52 yang menunjukkan setiap ringgit kenaikan pendapatan akan menghasilkan perbelanjaan 0.52 sen. Perbandingan angka MPC dengan negara Asia yang lain menunjukkan Malaysia dalam kedudukan yang tinggi. Dari sudut ekonomi, ia dilihat dalam sudut positif dan membantu pertumbuhan ekonomi Negara. Dalam pada itu, perancangan masyarakat untuk dana persaraan tidak berada pada tahap membanggakan. 68 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000, manakala 50 peratus bekas ahli KWSP menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 5 tahun. Hal ini diukur dengan jangka hayat rakyat Malaysia menjangkau sehingga usia 78 tahun. Oleh itu, perancangan persaraan perlu dirancang seawal usia 30-an lagi. Hal ini ditambah pula dengan kos perubatan yang semakin tinggi pada masa ini. Oleh itu, amalan menabung merupakan langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi keperluan kewangan yang semakin mendesak ini. Tabungan bukanlah sesuatu yang merugikan. Meskipun pada awalnya, mungkin ia menyebabkan seseorang itu berasa tertekan kerana perlu berjimat dalam beberapa perkara perbelanjaan yang menjadi kelaziman mereka. Jika dinilai semula faktor-faktor seperti bebanan hutang, peningkatan kos sara hidup, persediaan belian aset, persaraan dan simpanan ketika kecemasan, maka ia memerlukan perancangan kewangan yang bijak. Oleh itu, pengguna perlu meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan agar kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang. Sumber: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Ringgit • 3 Satu-satunya sebab anda melabur dalam pasaran saham adalah untuk mendapat pulangan yang lumayan. Walau bagaimanapun, jika anda perhatikan lebih daripada 1,000 kaunter yang terdapat di Bursa Malaysia, tugas memilih kaunter yang sesuai bukanlah mudah. Anda mungkin sudah mendapatkan nasihat mengenai cara-cara melabur dan memilih saham dengan bijak, tetapi perlu diingat bahawa walau apapun nasihat yang diperoleh, nasihat-nasihat tersebut tidak boleh menjamin pulangan yang baik. Apa yang boleh disenaraikan di sini hanyalah beberapa ciri-ciri penting yang perlu diberi perhatian dalam memilih saham syarikat yang berpotensi. Maka, anda perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat kewangan yang relevan sebelum menganalisis asas syarikat-syarikat tersebut. Memahami Perniagaan Sesebuah Syarikat Salah satu faktor yang mempengaruh kejayaan sesuatu pelaburan ialah keupayaan untuk memahami perniagaan syarikat itu. Oleh itu, sebelum melihat aspek pengiraan dan sebagainya, anda perlu melihat dan memerhatikan produk-produk dan perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari atau Bagaimana Memilih Saham Yang Menguntungkan? yang anda lihat dalam surat khabar atau mana-mana sumber maklumat yang lain. Syarikat manakah yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang paling anda suka? Apakah produk-produk yang memudahkan kehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambah berbanding produk yang lain? Syarikat-syarikat yang menjadi jawapan kepada persoalan di atas mempunyai peluang cerah untuk berjaya. Jika orang lain masih belum perasan mengenai syarikat tersebut, maka anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mengaut keuntungan apabila membeli sahamnya. Pastikan anda membuat kajian-kajian lain sebelum melabur dalam syarikat tersebut. Matlamat utama di sini ialah anda perlu sentiasa mencari syarikat atau industri yang anda biasa dengannya ataupun mudah untuk difahami. Jika sukar bagi anda menerangkan perniagaan syarikat itu, maka elakkan daripada melabur dalam syarikat terbabit Menganalisis Sesebuah Syarikat Sekiranya anda mampu memahami apa yang telah diperkatakan tadi, anda kini sudah bersedia untuk beralih kepada perkara yang dipanggil analisis fundamental. Terdapat beberapa petunjuk “Syarikat manakah yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang paling anda suka? Apakah produk-produk yang memudahkan kehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambah berbanding produk yang lain?” 4 • Ringgit dalam kewangan sesebuah syarikat yang mampu memberikan anda gambaran tentang prestasi syarikat tersebut. a) Nisbah Harga Perolehan Sebagai permulaan, maklumat yang per lu diperhatikan ialah nisbah harga perolehan sesebuah syarikat. Syarikat yang mempunyai nisbah harga perolehan yang lebih rendah berbanding dengan pasaran keseluruhan ataupun purata industrinya menggambarkan bahawa saham syarikat tersebut masih terkurang nilai. Oleh itu, sekiranya purata industri pada tahap 15x nisbah harga perolehan, anda boleh mengabaikan syarikat-syarikat yang nisbah harga perolehan mereka melebihi 15. Hal ini disebabkan harga saham syarikat- syarikat tersebut sudahpun berada pada tahap yang sama ataupun lebih tinggi daripada nilai pasaran dan boleh dikatakan mahal. b) Permodalan Pasaran Faktor-faktor yang seterusnya ialah permodalan pasaran, rekod prestasi jualan dan perolehan serta kadar hasil dividen saham tersebut. Tentukan sama ada anda ingin melabur dalam syarikat bermodal besar atau kecil. Lazimnya, syarikat-syarikat besar dikatakan lebih berkemampuan untuk mengatasi saingan sengit dan dapat menikmati ekonomi ikut bidangan (economies of scale). Syarikat-syarikat kecil pula mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki syarikat-syarikat besar, contohnya mereka boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran dan mempunyai kos tidak langsung (overhead) yang lebih rendah. c) Rekod Prestasi Anda juga perlu merujuk kepada rekod prestasi syarikat yang konsisten. Sekiranya sesebuah syarikat itu mampu menjana tahap jualan dan perolehan yang baik serta mengalami peningkatan dalam bahagian pasaran, kecuali untuk satu atau dua suku yang disebabkan oleh keadaan keseluruhan pasaran, maka syarikat tersebut boleh dikatakan sebagai syarikat yang baik dan berpotensi. d) Dividen Selain daripada faktor-faktor di atas, anda juga perlu merujuk kepada kadar bayaran dividen sekiranya anda berminat dalam saham pendapatan. Pastikan kadar hasil dividen melebihi tahap inflasi untuk mengelakkan daripada perlunya naik nilai harga yang lebih tinggi untuk memastikan wang yang telah dilaburkan dalam saham-saham anda terus meningkat dari segi nilai sebenar. e) Pihak Pengurusan Faktor yang terakhir untuk dipertimbang ialah pihak pengurusan sesuatu syarikat. Pastikan anda membaca seksyen analisis pihak pengurusan dalam laporan tahunan syarikat untuk memahami bagaimana syarikat terbabit diuruskan, apa yang dianggap sebagai risiko, dan langkah-langkah yang diambil untuk mencegah risiko-risiko tersebut. Pihak pengurusan yang baik akan sentiasa menjadikan nilai pemegang saham yang maksimum sebagai matlamat utama dan akan menunjukkan sikap yang penuh integriti dalam menguruskan syarikat. Syarikat yang diuruskan oleh pengurusan yang berkualiti tinggi akan mempamerkan prestasi yang baik, walaupun dalam suasana perniagaan yang amat sukar. Dengan mengambil kira faktor yang telah dibincangkan, senarai syarikat untuk anda pilih telah menjadi lebih sedikit. Dengarlah suara hati anda dalam memilih syarikat yang anda rasakan mempunyai potensi untuk maju. Selamat berjaya! © Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman sesawang ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila e-mel: [email protected]. Ringgit • 5 Pelaksanaan GST semenjak 1 April 2015 yang lalu menimbulkan beberapa kekeliruan dalam kalangan pengguna. Berikut adalah jadual perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang telah digantikan oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Cukai SST adalah cukai satu aras yang hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut. Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan. GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna. Berikut adalah perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST):- Perbezaan Cukai Jualan, Perkhidmatan dan GST Sebelum GST CUKAI JUALAN CUKAI PERKHIDMATAN Merupakan cukai seperingkat yang mana cukai ini hanya dikenakan sekali sahaja oleh pengilang lazimnya diperingkat output Dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu apabila ia ditawarkan kepada pengguna Barang bercukai jualan 5 peratus Contoh: minuman kopi dan teh segera, aiskrim, kacang, mi segera, rempah kari ayam dan daging, mentega dan bahan- bahan binaan Barang bercukai jualan 10 peratus Contoh: televisyen, peti sejuk, seterika, perabot, baju, beg tangan, kasut, tayar kenderaan dan kereta Perkhidmatan bercukai 6 peratus Contoh: perkhidmatan restoran, siaran televisyen berbayar, hotel, tempat meletak kenderaan, pusat penyelenggaraan kereta, telekomunikasi dan kawalan keselamatan Kadar spesifik Contoh: Petrol dan diesel Kadar spesifik Contoh: fi RM50 ke atas kad kredit prinsipal dan RM25 bagi kad tambahan 6 • Ringgit Sumber: Kosmo, 27 Mei 2015 Selepas GST GST Cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah pada setiap peringkat penggunaan dalam rantaian pembekalan daripada pengeluar hingga pengguna. Dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan pada setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Bekalan Berkadar Sifar Contoh: Barang makanan seperti beras, tepung gandum, gula pasir, roti putih, roti gandum bijirin penuh, serbuk kopi, teh dan koko serta mi kuning, produk pertanian seperti padi, sayuran dan buah- buahan segar serta bahan-bahan bacaan Dikecualikan GST Contoh: perkhidmatan seperti rel, bas, teksi, tol, pengangkutan air, pendidikan, kesihatan, rumah kediaman, tanah pertanian dan kegunaan am serta perkhidmatan kewangan terpilih Kadar standard 6 peratus Contoh: barang-barang yang tidak disenaraikan sebagai berkadar sifar oleh Jabatan Kastam Malaysia. Lain-lain (di luar skop GST) Contoh: Perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport. Ringgit • 7 Pihak Yang Diinsuranskan telah meletakkan kereta di ruang tempat letak kereta berhampiran tempat kerja beliau. Selepas tamat waktu kerja dan ketika ingin memandu kereta keluar, seseorang yang tidak dikenali telah menghampiri kereta beliau dan memaklumkan bahawa tayar kereta beliau telah pancit. Pihak Yang Diinsuranskan berasa bimbang dan tanpa berasa curiga telah turun dari kenderaan untuk memeriksa tayar. Orang yang tidak dikenali telah menawarkan khidmat tukar tayar dengan upah RM10.00. Pihak Yang Diinsuranskan menerima tawaran tersebut dengan senang hati kerana beliau sendiri mengalami kecederaan buku lali dan tidak berupaya menggantikan tayar keretanya sendiri. Kemudian, orang asing tersebut meminta kebenaran untuk mengalihkan kereta beliau dengan alasan ruang tempat kereta agak sempit untuk kerja-kerja menggantikan tayar. Dengan pantas, orang asing itu masuk ke dalam kereta beliau dan melarikan kereta tersebut. Pihak Yang Diinsuranskan membuat tuntutan kepada syarikat insurans bagi kes kecurian tersebut. Namun begitu, syarikat insurans telah menolak tuntutan Pihak Yang Diinsuranskan di atas kehilangan kereta dengan alasan Pihak Yang Diinsuranskan telah melanggar syarat polisi 7 (c) dalam insurans motor. Beliau telah gagal mengambil langkah berjaga-jaga dan tindakan sewajarnya untuk melindungi kereta tersebut daripada kerugian/kerosakan. Beliau juga telah meninggalkan kunci kereta berada pada pencucuh enjin semasa turun dari kereta untuk memeriksa tayar. Pelanggaran Syarat Polisi 7 (c): Isu yang dipertikaikan adalah sama ada Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya bagi melindungi kenderaan memandangkan tiada peruntukan khas berdasarkan undang-undang mengenainya. Adalah memadai sekiranya Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil ‘langkah berjaga- jaga yang munasabah’ untuk melindungi harta yang diinsuranskan. Dalam hal ini, kes ini perlu dilihat sama ada Pihak Yang Diinsuranskan telah mengambil tindakan secara melulu atau mendedahkan dirinya kepada risiko walaupun boleh menjangka kesan yang bakal dihadapi. Apabila kes ini dirujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan, pihak Pengantara telah melihat fakta kes dan situasi Pihak Yang Diinsuranskan secara menyeluruh. Pengantara telah memutuskan bahawa adalah munasabah untuk Pihak Yang Diinsuranskan membenarkan seseorang yang tidak dikenali membantu beliau untuk menggantikan tayar kenderaan memandangkan kecederaan yang dialami beliau. Oleh itu, tiada isu Pelanggaran Syarat Polisi 7 (c) dan penolakan syarikat insurans adalah tidak berasas. Syarikat Insurans bersetuju dengan pandangan Pengantara dan tuntutan oleh Pihak Yang Diinsuranskan telah diselesaikan secara baik. Sumber: Biro Pengantaraan Kewangan Kajian Kes Insurans Motor: Kecurian Kereta “... kes ini perlu dilihat sama ada pihak yang diinsuranskan telah mengambil tindakan secara melulu atau mendedahkan dirinya kepada risiko ...” 8 • Ringgit Ruangan Bersama NCCC Pada masa ini, teknologi internet yang semakin meningkat mempermudah gaya hidup anda dalam pelbagai bidang dari segi pelajaran hingga kerja harian. Namun demikian, ramai yang mudah ditipu dengan skim/sindiket penipuan ataupun ‘scam’ menggunakan teknologi internet. Berdasarkan aduan yang diterima oleh NCCC, terdapat beberapa teknik ‘scam‘ yang digunakan untuk memperdaya pengguna. Berikut adalah tiga bentuk ‘scam’ yang popular berdasarkan rekod NCCC:- a) Penipuan Pelaburan MLM Antara kaedah operasi yang dikenal pasti digunakan oleh sindiket adalah:- 1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa untuk keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan. 2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan yang mangsa hanya perlu membayar yuran ahli atau membeli barangan dan mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. 3. Skim pelaburan ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa pangkat atau ‘level’ di dalam syarikatnya untuk mengaut keuntungan dengan cepat. SCAM / Sindiket Penipuan 4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan mewah bagi menarik perhatian mangsa untuk melabur dengannya. 5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperoleh. Pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjanjikan pulangan lumayan. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah awal bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dengan membuat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat yang dinyatakan benar atau sebaliknya. “Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah awal bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan...” Ringgit • 9 b) Gores dan Menang Lazimnya, gores dan menang memperdaya mangsa dengan menawarkan hadiah lumayan. Berikut adalah taktik yang digunakan:- 1. Mangsa didatangi suspek dan meminta mangsa menggores kad yang disediakan. 2. Kemudian sindiket meminta mangsa datang ke pejabat syarikat bagi proses seterusnya. Syarikat ini biasanya tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau mempunyai lesen di bawah Akta Jualan Langsung. 3. Untuk meyakinkan mangsa, biasanya sindiket akan menunjukkan kepada mangsa keratan akhbar mengenai kereta mewah yang kononnya telah berjaya dimenangi oleh peserta lain. Berhati-hati, ia adalah satu helah semata-mata. 4. Mangsa diminta menyerahkan sejumlah wang atau akaun bank. Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberikan tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan. c) Penipuan Melalui SMS Sindiket penipuan SMS yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut: 1. Mangsa menerima SMS seperti berikut, “Tahniah! simkad anda telah memenangi hadiah wang tunai bernilai ribuan ringgit daripada syarikat tertentu”. 2. Kemudian sindiket mengarahkan mangsa untuk menghubungi nombor telefon yang diberikan dalam SMS tersebut. 3. Apabila dihubungi, mangsa diarahkan supaya pergi ke ATM untuk proses penerimaan wang hadiah. 4. Mangsa kemudian mengikut segala arahan yang diberikan oleh suspek tanpa membuat semakan daripada syarikat penaja terlebih dahulu kerana teruja untuk mendapatkan wang yang lumayan. 5. Setelah membuat semakan akaun bank, didapati wang hadiah yang dijanjikan tidak diperoleh, malah baki wang akaun mangsa berkurangan. Tetapi suspek tersebut gagal dihubungi oleh mana-mana pihak daripada nombor yang diberikan. Terdapat empat cara yang digunakan oleh pengendali sindiket untuk mengambil wang daripada mangsa, iaitu: i) Deposit wang tunai terus ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek. ii) Pindahan wang daripada akaun mangsa kepada akaun yang diberikan oleh suspek. (Mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya oleh suspek). iii) Suspek mengaktifkan perbankan atas talian milik mangsa dan kemudiannya memindahkan wang mangsa. (Mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya oleh suspek). iv) Mangsa diarah tambah nilai (Top-up) nombor- nombor telefon pra-bayar suspek. Pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan anda memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia. Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka. Jangan cepat diperdaya dengan tawaran/hadiah yang tidak munasabah. Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Kad kredit anda telah dipalsukan... Seseorang telah mencuri identiti anda... Akaun anda telah \ disalah guna... Berwaspada! Jangan menjadi mangsa PENIPUAN. Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan. lni satu PENIPUAN. Jangan panik. Fikir dahulu. Bank Negara Malaysia 2 Bank Negara Malaysia 3 Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta tidak pernah meminta tidak menyimpan wang maklumat peribadi atau sesiapa pun memindahkan orang ramai dalam maklumat kewangan wang ke dalam akaun mana-mana akaun anda pihak ketiga BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan) ‘.ii':‘i“§“fif.°E'3‘:$3a 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E—me|: bnmte|e|[email protected] Untuk dan hantar kepada Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) menghantar BNM TANYA 15888 Amaran Penipuan Kewangan yang Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur (Blok D, Jalan Dato' Onn, 50480) pertanyaan [P°"‘a"V33"/ terdapat di laman sesawang atau kunjungi mana-mana cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia: atau aduan “"3" '‘‘"da] Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching melalui SMS, (Waktu urusan: lsnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang) taiP “@ www.bnm.gov.my
Public Notice
01 Mac 2015
Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2015 / 2016
https://www.bnm.gov.my/-/biasiswa-bank-negara-malaysia-sesi-akademik-2015-/-2016
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/biasiswa-bank-negara-malaysia-sesi-akademik-2015-/-2016&languageId=ms_MY
Reading: Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2015 / 2016 Share: Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2015 / 2016 Tarikh Siaran: 01 Mac 2015 Sistem permohonan dalam talian untuk Biasiswa BNM 2015 / 2016 akan dibuka kepada umum mulai hari Selasa, 3 Mac 2015 sehingga Isnin, 9 Mac 2015. Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan, bidang pembelajaran dan cara memohon, sila layari laman berikut: Pautan   Bank Negara Malaysia Scholarship Programme 2015 / 2016 - Nurturing Excellent Talents The online application for BNM Scholarship 2015 / 2016 will be made available starting Tuesday, 3 March 2015 until Monday, 9 March 2015. For more information on requirements, field of studies and how to apply, kindly visit the following page: Link © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
30 Jan 2015
[Kaji Selidik] Maklum balas berkaitan permintaan terhadap Perlindungan Takaful Am
https://www.bnm.gov.my/-/-kaji-selidik-maklum-balas-berkaitan-permintaan-terhadap-perlindungan-takaful-am
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/-kaji-selidik-maklum-balas-berkaitan-permintaan-terhadap-perlindungan-takaful-am&languageId=ms_MY
Reading: [Kaji Selidik] Maklum balas berkaitan permintaan terhadap Perlindungan Takaful Am Share: [Kaji Selidik] Maklum balas berkaitan permintaan terhadap Perlindungan Takaful Am Tarikh Siaran: 30 Jan 2015 Bank Negara Malaysia menjemput Entiti Perniagaan/Badan Korporat/PKS untuk menyertai satu kaji selidik penting berkaitan permintaan terhadap Perlindungan Takaful Am. Kaji selidik ini bertujuan mengukur tahap kesedaran dan memahami keperluan perlindungan takaful atau insurans oleh entiti-entiti perniagaan dan badan-badan korporat di Malaysia. Keputusan dari kaji selidik ini dijangka dapat memberikan panduan berkenaan bidang-bidang yang berpotensi untuk penambahbaikan untuk memastikan pertumbuhan industri takaful yang berterusan. Setiap maklumbalas kaji selidik ini akan DIRAHSIAKAN dan hanya digunakan untuk tujuan penggubalan polisi dan akademik sahaja. Klik pautan berikut untuk mula menjawab soalan kaji selidik: Versi Bahasa Malaysia: http://goo.gl/forms/uYYijQTJPe Versi Bahasa Inggeris: http://goo.gl/forms/skk8gRKrL0 © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
27 Jan 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran Disember 2014) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-disember-2014-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed56+Dis+2014+v3.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-disember-2014-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Disember 2014) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Disember 2014) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 27 Jan 2015 Artikel utama pada keluaran ini ialah Mampukah Anda Menampung Kos Miliki Anak?. Antara topik lain yang menarik termasuk: Persediaan Anak-Anak Kembali Ke Sekolah Kajian Keupayaan Kewangan Eksekutif Muda Jualan Langsung Pembelian Secara Atas Talian RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - Disember/2014 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
Mampukah Anda Menampung Kos Miliki Anak? DISEMBER 2014 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 1 2 /1 4 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www. bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Mempunyai sebuah keluarga dengan kehadiran anak-anak merupakan satu kebahagiaan yang sangat bernilai. Apabila anda telah berkahwin, maka anda perlu bersedia dari segi emosi, fizikal dan kewangan untuk mengharungi segala cabaran yang bakal dihadapi. Menurut Denise Chan, penulis portal kewangan Ringgitplus, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda dan pasangan anda teliti sebelum mempunyai anak:- a) Insurans perubatan Biasanya anda dan pasangan anda akan teruja apabila mendapat berita tentang kehamilan. Perkara penting yang anda dan pasangan perlu lakukan adalah menyediakan perlindungan perubatan sekiranya berlaku kes-kes kompilasi semasa bersalin. Kebanyakan kad perubatan dan perlindungan insurans kesihatan tidak mempunyai perlindungan bersalin. Anda boleh berhubung dengan syarikat insurans untuk mendapatkan perlindungan tambahan semasa mengandung dan melahirkan anak secara kompilasi. Kadar insurans mungkin berbeza mengikut umur, faktor kesihatan dan jumlah minimum yang boleh dilindungi. b) Pemeriksaan kehamilan Wanita yang mengandung perlu menjalani pemeriksaan wajib setiap bulanan di hospital bagi memantau perkembangan dan denyutan Mampukah Anda Menampung Kos Miliki Anak? 2 • Ringgit jantung janin dalam kandungan. Pemeriksaan perlu dilakukan seawal 10 hingga 12 minggu pertama kehamilan. Anda juga boleh melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa sekiranya anda berasa tidak selesa dengan kehamilan anda. Pemeriksaan kehamilan boleh dilakukan di klinik kesihatan ibu dan anak yang disediakan oleh kerajaan di setiap daerah atau kawasan. Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta, kadar bayaran bagi pemeriksaan kehamilan kemungkinan berbeza dan bergantung kepada keperluan anda. Anggaran bagi pemeriksaan kehamilan daripada RM80 hingga RM180. c) Makanan tambahan untuk penjagaan kehamilan Penjagaan makanan semasa kehamilan boleh memberi permulaan yang sihat kepada bayi anda. Makanan tambahan seperti Omega-3 Minyak ikan, Obimin dan Asid folik adalah makanan tambahan yang baik sepanjang kehamilan. Sesetengah hospital menyediakan beberapa makanan tambahan ini. Anda juga boleh membelinya di kedai-kedai farmasi. Ingat! Dapatkan terlebih dahulu nasihat daripada doktor berhubung dengan tahap kehamilan anda sebelum mengambil makanan tambahan. Anggaran kos setiap bulan bagi makanan tambahan ialah RM50 hingga RM150. d) Kos wad Kos bersalin bergantung kepada hospital yang anda pilih. Anggaran kos bersalin secara normal ialah RM300 (tidak termasuk wad dan bayaran lain) dan kos bersalin secara pembedahan pula ialah RM800 di hospital kerajaan. Manakala, kos bersalin di hospital swasta pula, anda perlu menyediakan kos lebih 5 hingga 6 kali ganda daripada kos di hospital kerajaan. Selepas bersalin pula, anda perlu tinggal di wad selama beberapa hari untuk memantau keadaan diri anda dan bayi anda. Anggaran bayaran untuk satu katil sehari di hospital kerajaan ialah RM80. Hal ini tidak termasuk kos ubat-ubatan dan perkhidmatan lain. Manakala, kos satu katil bagi hospital swasta pula, sekurang-kurangnya RM120 hingga RM150 sehari bergantung pada jenis bilik. e) Berpantang Untuk penjagaan selepas bersalin, tempoh berpantang adalah masa yang penting bagi ibu- ibu selepas bersalin. Ketika ini, seorang wanita berpantang perlu mengupah pembantu untuk memasak, memandikan bayi dan melakukan urutan secara tradisional. Sekiranya anda inginkan penjagaan seumpama ini, anggaran kos yang akan terlibat adalah antara RM3,000 hingga RM4,000. f) Penjagaan Perubatan untuk Anak Suntikan imunisasi perlu diberikan kepada anak anda. Antara vaksinasi mandatori yang perlu diambil oleh anak anda seawal usia satu bulan pertama hingga umur dua tahun seperti Hepatitis B, Difteria, Tetanus, Pertussis (batuk kokol) / dan Haemophilus influenzae jenis B. Vaksinasi ini boleh melindungi anak anda daripada penyakit Ringgit • 3 yang mengancam nyawa. Anda juga boleh mendapatkan suntikan imunisasi di klinik-klinik kerajaan secara percuma. Namun, sekiranya anda memilih untuk mendapatkan suntikan mandatori di klinik-klinik biasa dengan anggaran kurang daripada RM1,000 dan pakar kanak- kanak dengan anggaran sehingga RM3,000. g) Pusat Jagaan Kanak-Kanak atau Pengasuh Bagi ibu yang bekerja, selepas selesai cuti bersalin, anda perlu bertugas seperti biasa. Anda perlu membuat keputusan sama ada ingin mendapatkan khidmat Pusat Jagaan Kanak-Kanak atau pengasuh. Kos untuk mendapatkan khidmat pengasuh biasanya lebih mahal berbanding Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Anggaran bagi mendapatkan kedua-dua khidmat tersebut adalah daripada RM400 hingga RM850 sebulan. h) Barangan keperluan Bayi memerlukan sepenuh perhatian sepanjang 24 jam, termasuk penjagaan masa minum susu, belian pakaian baru setiap dua hingga tiga bulan, lampin pakai buang dan barangan permainan bayi mengikut peringkat umur. Pembelian seperti kereta bayi, katil bayi merupakan pelaburan untuk sekali sahaja. Kos bagi barangan keperluan bayi secara bulanan boleh mencecah antara RM100 hingga RM1,000 sebulan. Penulis menunjukkan harga barangan keperluan bayi dan jumlah kos bagi setiap bulan. Barangan Harga (RM) Susu formula (Biasa, 600 gm) RM43.80 (RM21.90 x 2 tin sebulan) Susu formula (Premium, 600 gm) RM196 (RM98 x 2 tin sebulan) Lampin pakai buang (58 keping) RM68 (RM34 x 2 paket sebulan) Harga di atas merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang bayi untuk sebulan. Penyediaan keperluan bayi juga bergantung pada kemampuan anda sebagai ibu bapa. Paling penting, anda perlu menyenaraikan barangan mengikut keutamaan dan bajet anda. Langkah-langkah penjimatan untuk penjagaan bayi a) Memasak sendiri makanan bayi anda Bayi yang berusia enam bulan ke atas boleh diberi makanan lembut. Anda boleh menyediakan sendiri makanan bayi anda seperti bubur dicampur lobak merah dan kentang yang direbus. Penyediaan makanan sendiri ini lebih menyihatkan dan menjimatkan perbelanjaan anda. b) Menggunakan kemudahan hospital kerajaan Anda boleh mendapatkan perkhidmatan hospital kerajaan untuk pemeriksaan rutin dan rawatan perubatan susulan secara percuma, melainkan jika bayi anda memerlukan rawatan khusus atau kecemasan. c) Membeli barangan terpakai Anda boleh membeli barangan terpakai seperti peralatan permainan bayi dan kelengkapan bayi. Pastikan tahap kebersihan peralatan tersebut terlebih dahulu sebelum anda membelinya. Secara asasnya, anak ialah satu anugerah yang paling berharga. Andalah yang mencorakkan masa hadapan anak anda dengan memberikan kasih sayang, menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada bayi anda. Sebagai ibu bapa, anda perlu membuat persiapan mengikut kemampuan anda sendiri. Buatlah perancangan secara bijak. Sumber: Diolah daripada artikel asal oleh Denise Chan, penulis Ringgitplus 4 • Ringgit Sempena Jualan Akhir Tahun (Year End Sale), pelbagai promosi menarik ditawarkan oleh pasar raya bagi memenuhi keperluan pengguna. Menjelang akhir tahun, pelbagai persiapan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, terutama yang mempunyai anak- anak bersekolah. Persiapan persekolahan anak- anak sedikit sebanyak akan mempengaruhi corak perbelanjaan keluarga. Kajian Global terhadap Keyakinan Pengguna dan Keinginan Untuk Berbelanja oleh Nielsen pada suku pertama tahun 2014, menunjukkan di Malaysia, terdapat penurunan indeks perbelanjaan, iaitu daripada 98 mata kepada 92 mata (indeks purata global ialah 94 mata) berbanding Negara Indonesia (124 mata) dan Filipina (116 mata). Ini menunjukkan pengguna Malaysia semakin berhati-hati ketika berbelanja. Kajian yang sama juga menunjukkan, 64% pengguna memilih untuk mempunyai lebihan wang tunai di tangan. Mereka juga memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan pembaik pulih rumah (14%) dan keluar rumah untuk hiburan (16%) bagi tujuan mengawal perbelanjaan isi rumah. Menurut laporan Kumpulan Peruncitan Malaysia pula, perbelanjaan rakyat Malaysia semasa Tahun Baru Cina menunjukkan peningkatan 4.8% pada suku pertama dan 5% pada suku kedua. Manakala suku ketiga mencatatkan 6.3% semasa sambutan Hari Raya. Namun begitu, secara keseluruhannya perbelanjaan rakyat Malaysia masih rendah berbanding tahun lalu mencatatkan 7.5% bagi suku pertama. Menurut kajian oleh Kenanga Investment menerusi laporan April 2014, kebanyakan pengguna bimbang dengan kenaikan kos sara hidup, berikutan pengurangan kadar subsidi dan pelaksanaan cukai GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Dalam pada itu, kerajaan juga telah menyalurkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan pertengahan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan pendapatan RM3,000 hingga RM 4,000 bagi membantu golongan yang terkesan Persediaan Anak- Anak Kembali Ke Sekolah oleh kenaikan kos sara hidup. Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada anak-anak yang bersekolah juga boleh digunakan secara bijaksana. Keperluan sesebuah keluarga adalah berbeza. Ia bergantung kepada jumlah tanggungan anak-anak yang masih bersekolah. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu berhemat dalam berbelanja. Berbelanja mengikut tahap kemampuan. Walaupun anak-anak mempunyai keinginan yang banyak untuk persiapan persekolahan mereka, namun tidak semestinya semuanya perlu diikuti. Bagi anak-anak, kalau boleh semuanya perlu baharu apabila kembali ke sekolah. Dr Mohammad Fazli Sabri, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM mencadangkan anggaran perbelanjaan (sepasang) untuk pelajar sekolah rendah adalah seperti berikut:- Keperluan Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan Kasut sekolah RM 21.50 RM 21.90 Stoking RM 6.90 RM 6.90 Seluar / kain RM 19.90 RM 24.90 Kemeja / baju kurung RM 16.90 RM 22.90 Singlet RM 5.90 RM 5.90 Songkok / tudung RM 8.90 RM 17.90 Tali leher RM 10.90 - Seluar sukan RM 17.90 RM 17.90 Baju sukan RM 15.90 RM 17.90 Beg sekolah RM 39.90 RM 39.90 Samping RM 4.50 - Buku RM100.00 RM100.00 Jumlah RM 269.10 RM 276.10 Ringgit • 5 Anggaran perbelanjaan (sepasang) untuk pelajar sekolah menengah adalah seperti berikut:- Keperluan Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan Kasut sekolah RM 24.90 RM 24.90 Stoking RM 7.90 RM 7.90 Seluar / kain RM 29.90 RM 26.90 Kemeja / baju kurung RM 17.90 RM 24.90 Singlet RM 6.90 RM 7.90 Songkok / tudung RM 8.90 RM 19.90 Tali leher RM 12.90 - Seluar sukan RM 27.90 RM 27.90 Baju sukan RM 16.90 RM 16.90 Beg sekolah RM 49.90 RM 49.90 Samping RM 15.90 - Buku RM100.00 RM100.00 Jumlah RM 319.90 RM 307.10 Justeru, ibu bapa perlu bersedia dalam aspek kewangan apabila berhadapan dengan musim ini. Perancangan kewangan sangat penting agar perbelanjaan dapat dilakukan secara berhemat. Berikut adalah tip kembali ke sekolah yang boleh dijadikan panduan:- a) Guna semula pakaian yang masih elok. Sekiranya pakaian sekolah, seperti baju, seluar dan kasut sekolah masih elok untuk dipakai atau baru sahaja diganti pertengahan tahun, maka ia masih boleh dipakai lagi. Dengan ini, ia dapat menjimatkan wang daripada membeli pakaian baharu. b) Guna semula peralatan daripada anak- anak yang lebih besar. Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang lebih besar, yang telah tamat persekolahan, maka ia merupakan satu kelebihan. Peralatan sekolah seperti beg, kalkulator, set “geometri”, bekas pensil, pembaris, gunting dan sebagainya boleh digunakan semula oleh adik-adik mereka. c) Senaraikan keperluan yang ingin diganti. Semasa musim kembali ke sekolah, banyak pasar raya dan kedai-kedai menawarkan harga diskaun. Anda perlu bijak dan menyediakan senarai barangan yang ingin dibeli agar tidak membeli di luar jangkaan. d) Buat bajet. Keperluan anak-anak bersekolah menengah dan rendah adalah berbeza. Yuran sekolah juga berbeza. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyediakan bajet persekolahan anak- anak sekurang-kurangnya 3 hingga 5 bulan lebih awal. Begitu juga, perbelanjaan untuk membeli peralatan sekolah, pakaian, yuran dan sebagainya. e) Membuat persediaan awal. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu menunggu sehingga hujung tahun untuk membeli peralatan persekolahan anak-anak. Anda boleh berbelanja secara beransur-ansur. Ada ibu bapa yang terpaksa mengunakan kad kredit kerana membeli pakaian dan peralatan sekolah yang banyak. Hal ini akan membebankan anda. f) Pengangkutan atau kenderaan ke sekolah. Ibu bapa yang bekerja memerlukan pengangkutan seperti bas atau van sekolah untuk anak-anak mereka. Bajet yang diperlukan untuk semua anak yang bersekolah kemungkinan antara RM80 hingga RM300 sebulan. Sebagai altenatifnya, mungkin anak anda boleh berkongsi kenderaan ... bersambung di muka 8 6 • Ringgit Perkembangan semasa teknologi komunikasi dan maklumat telah menyumbang kepada kewujudan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan di pasaran. Ini menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Setiap individu mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka berhutang. Antaranya, untuk memenuhi keperluan, seperti membeli rumah dan hartanah, kenderaan, melanjutkan pendidikan, mengembangkan perniagaan serta pelbagai tujuan lain. Terdapat pelbagai bentuk pinjaman yang terdapat di pasaran, seperti pinjaman peribadi, pendidikan, perumahan, sewa beli kenderaan, kad kredit dan skim bayaran mudah. Kemudahan kredit atau hutang yang disediakan sudah pastinya mempunyai kelebihan dan kelemahan. Antara kelebihannya ialah ia memberikan keselesaan (tidak perlu membawa wang tunai), digunakan semasa kecemasan, membeli barang yang besar harganya dan memberikan peluang kepada individu dan isi rumah untuk menikmati kehidupan. Kelemahan pembelian secara kredit pula, antaranya membawa kepada gaya hidup yang tidak realistik, hidup di luar kemampuan, mahal (kos kredit) dan komitmen kewangan yang tinggi. Satu kajian berkaitan dengan keupayaan kewangan (Financial Capability) dalam kalangan eksekutif muda telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 508 orang responden. Pemilihan responden berdasarkan teknik kepada persampelan rawak berperingkat yang melibatkan zon tengah Semenanjung Malaysia (Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Responden ditanya sejauh mana beban hutang yang ditanggung oleh mereka berdasarkan skala daripada satu (sangat tidak membebankan) sehingga 5 (sangat membebankan). Hasil kajian mendapati golongan responden yang terbeban dengan hutang dari segi peratusan tertinggi ialah pekerja wanita (60.7%), berumur antara 25-34 tahun (64%) dan mempunyai pendapatan bulanan antara RM1,500 sehingga RM3,500 (57.6%), telah berkahwin (65.3%) serta mempunyai pendidikan pada Kajian Keupayaan Kewangan Eksekutif Muda Ringgit • 7 peringkat tertiari (54.7%). Status kewangan semasa menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai peratus simpanan bulanan berbanding pendapatan kurang daripada 10% (64.7%), nilai harta kurang daripada nilai aset (50%), pendapatan yang diterima hanya cukup untuk keperluan asas sahaja (70.7%) dan tidak mempunyai persediaan persaraan (66%). Peningkatan hutang isi rumah yang tidak selari dengan peningkatan pendapatan akan menyebabkan isi rumah terdedah kepada kejutan negatif. Ini boleh memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan mampu membantu individu untuk mengatasi masalah bebanan hutang. Pendidikan secara holistik sangat penting bagi mendidik eksekutif muda dan penyampaian secara berkesan sangat diperlukan. Pendekatan yang menyeluruh dan sinergi daripada semua pihak, termasuklah penyelidik, pertubuhan bukan kerajaan, institusi kewangan dan pembuat dasar amat diperlukan dalam usaha untuk membantu melahirkan masyarakat pengguna yang celik wang. Sumber: Penulis Mohamad Fazli Sabri, Ph.D, CFP (FPAM), Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dari muka 6 ... dengan anak-anak jiran atau menaiki kenderaan awam untuk mengurangkan kos. Anda boleh berjimat sekiranya anak-anak tinggal di asrama sekolah. g) Bawa bekal ke sekolah. Amalan membawa bekal ke sekolah membolehkan anak anda menikmati makanan yang berkhasiat dan sihat untuk tubuh badan. Anak anda boleh menjimatkan wang dan masa daripada beratur untuk membeli makanan di kantin. Anda boleh memulakan membawa bekal untuk satu kali dalam seminggu. Jika anda telah terbiasa, tingkatkan kekerapan jumlah hari anak anda membawa bekal ke sekolah. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu pada tahun 2015, ibu bapa perlu merancang kewangan mereka dengan lebih berhemat. Tanamkan tabiat menyimpan wang untuk menampung keperluan. Kikis tabiat suka berhutang kerana ia tidak sihat dalam pengurusan kewangan jika tidak diuruskan dengan baik. Sumber: FOMCA 8 • Ringgit Ruangan Bersama NCCC Ramai pengguna tidak tahu bahawa jualan langsung atau ‘direct selling’ sebenarnya di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penjual sebelum dan semasa melakukan jualan langsung kepada pengguna. Dalam isu RINGGIT kali ini, akan menerangkan tentang hak- hak pengguna berdasarkan Akta Jualan Langsung dan Anti Skim Piramid. Aktiviti jualan langsung boleh dilakukan melalui tiga cara, iaitu secara pintu ke pintu; secara iklan dan pos; dan secara elektronik. Ketiga-ketiga cara ini mempunyai peraturan yang sama dari segi syarat jualan dan kaedah yang diguna pakai. Menurut Akta tersebut, penjual mestilah mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta mempunyai perniagaan yang berdaftar. Selain itu, mereka juga perlu menunjukkan kad pengenalan atau kad kuasa kepada pengguna sebelum melakukan aktiviti jualan. Pemilik premis atau bakal pelanggan mempunyai hak untuk menolak kedatangan penjual-penjual ini di premis mereka. Segala produk atau servis yang dijual secara jualan langsung perlu dilakukan secara kontrak, iaitu, ia perlu ditulis dengan jelas bahawa pembeli diberikan tempoh bertenang selama 10 hari. Syarat ini mesti ditulis secara jelas, iaitu dengan menggunakan huruf besar dan ‘font’ 18. Tempoh bertenang diberikan kepada pengguna untuk membuat keputusan dengan teliti sebelum meneruskan dengan pembelian tersebut. Pembatalan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam masa 10 hari ini dan wang pembelian perlu dipulangkan kepada pengguna semula. Produk dan servis hanya akan dihantar kepada pengguna apabila telah tamat tempoh 10 hari bertenang tersebut. Namun begitu, pengguna juga boleh memilih untuk meneruskan pembelian tersebut Jualan Langsung Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda apabila tempoh 72 jam telah berlalu. Namun, harus diingatkan bahawa, apabila pengguna telah memilih untuk mengetepikan hak tempoh bertenang, mereka tidak boleh membatalkan kontrak jual beli yang telah sah. Kontrak yang sah perlulah mempunyai tandatangan kedua-dua belah pihak. Demi menjaga kepentingan dan hak pengguna, Akta telah memperuntukkan ke atas penjual secara iklan dan pos untuk memberi peluang kepada pengguna untuk melakukan pemeriksaan terhadap produk- produk yang bakal dibeli pada tarikh, masa dan di tempat yang ditetapkan. Bagaimana pula jika barang yang diterima selepas tempoh bertenang tamat tidak sama dengan barang yang diperiksa dan dibeli? Pengguna tidak perlu risau kerana Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh digunakan untuk meneruskan perlindungan ke atas hak-hak pengguna di Malaysia. Anda dialu- alukan untuk menghubungi NCCC jika terdapat sebarang keraguan dan pertanyaan tentang apa jua isu kepenggunaan. Ringgit • 9 Ruangan Masalah Kewangan Anda Saya telah membuat pembelian barangan, iaitu sepasang kasut melalui laman sesawang pembelian secara atas talian yang sangat popular. Pembayaran telah dilakukan melalui transaksi secara terus kepada syarikat tersebut. Namun begitu, selepas dua hari syarikat memaklumkan bahawa kasut yang dipesan telah kehabisan stok. Syarikat menawarkan dua pilihan kepada saya, sama ada inginkan wang semula atau menukar kepada kasut yang lain. Persoalan saya, bagaimana syarikat boleh menjual barangan tanpa memeriksa terlebih dahulu stok barangan? Hal ini merupakan satu tawaran iklan yang mengelirukan dan saya ingin mengetahui hak saya dalam hal ini. Jawapan: Setiap tawaran secara atas talian tertakluk kepada terma-terma ataupun syarat-syarat yang tertentu. Kebiasaannya, barangan yang dijual secara atas talian tertakluk kepada stok yang sedia ada. Memang menjadi perkara yang biasa sesebuah barangan kehabisan stok setelah membuat pembelian secara atas talian. Dalam kes seperti ini, syarikat tersebut tidak melanggar hak anda jika mereka bersedia untuk memulangkan semula wang anda ataupun menawarkan barangan lain yang sama harganya dengan kos pembelian tadi. Hak anda sebagai pengguna terlanggar jika syarikat yang terbabit tidak memaklumkan kepada anda mengenai kehabisan stok dan mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa setelah menerima bayaran ataupun apabila anda mendapati barangan yang sampai tidak sama seperti yang diiklankan. Dalam situasi-situasi ini, iklan tersebut boleh dikatakan mengelirukan kerana syarikat terbabit gagal menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang dijanjikan. Jika menghadapi masalah ini, anda boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk menuntut semula wang anda ataupun untuk memastikan syarikat tersebut menghantar barangan seperti yang diiklankan. Semasa membuat pembelian secara atas talian, terutamanya barangan yang mahal ataupun mudah rosak, seelok-eloknya anda membuat pembayaran secara ‘Tunai waktu Serahan’. Fasa ini merujuk kepada situasi yang anda membayar hanya apabila barangan / produk yang dibeli secara atas talian sampai ke alamat yang ditetapkan. Dengan menggunakan cara ini, anda boleh memastikan barangan / produk sama seperti yang diiklankan dan tidak rosak. Akhir kata, elakkan daripada membeli dengan individu-individu yang tidak dikenali mahupun harga yang ditawarkan murah. Kebiasaannya, tawaran seperti ini selalu didapati melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Hal ini merupakan taktik yang digunakan sesetengah individu untuk menipu. Setelah sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun mereka, sukar untuk berhubung semula dengan individu tersebut. Selepas itu, individu ini langsung tidak dapat dihubungi. Dalam kes-kes seperti ini, memang sukar untuk mendapatkan kembali wang ataupun mengambil sebarang tindakan mengikut undang-undang kerana tiada bukti pembelian yang kukuh. Pembelian secara atas talian 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Kad kredit anda telah dipalsukan... Seseorang telah mencuri identiti anda... Akaun anda telah \ disalah guna... Berwaspada! Jangan menjadi mangsa PENIPUAN. Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan. lni satu PENIPUAN. Jangan panik. Fikir dahulu. Bank Negara Malaysia 2 Bank Negara Malaysia 3 Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta tidak pernah meminta tidak menyimpan wang maklumat peribadi atau sesiapa pun memindahkan orang ramai dalam maklumat kewangan wang ke dalam akaun mana-mana akaun anda pihak ketiga BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan) ‘.ii':‘i“§“fif.°E'3‘:$3a 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E—me|: bnmte|e|[email protected] Untuk dan hantar kepada Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) menghantar BNM TANYA 15888 Amaran Penipuan Kewangan yang Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur (Blok D, Jalan Dato' Onn, 50480) pertanyaan [P°"‘a"V33"/ terdapat di laman sesawang atau kunjungi mana-mana cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia: atau aduan “"3" '‘‘"da] Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching melalui SMS, (Waktu urusan: lsnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang) taiP “@ www.bnm.gov.my
Public Notice
22 Jan 2015
[Survey] Call for feedback on equity based venture
https://www.bnm.gov.my/-/-survey-call-for-feedback-on-equity-based-venture
null
null
Reading: [Survey] Call for feedback on equity based venture Share: [Survey] Call for feedback on equity based venture Release Date: 22 Jan 2015 The Bank, in collaboration with Universiti Teknologi MARA, would like to invite Companies/SMEs/Businesses to participate in an important survey to gauge companies’ demand for funding via Partnership Arrangement (Musharakah and Mudarabah ventures). The survey intends to highlight some insights on the potential target market for partnership arrangement with Islamic banking institutions. Your input is significant for the development of Mudarabah and Musharakah ventures. All responses to the survey will be kept STRICTLY CONFIDENTIAL. Click on the following link to start answering the survey questions: 1. English version: http://inforec.uitm.edu.my/perseus/se.ashx?s=0B7FD90F5BBBD615 2. Bahasa Malaysia version: http://inforec.uitm.edu.my/perseus/se.ashx?s=0B7FD90F1719E3BF Thank you for your participation. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
14 Jan 2015
Buletin RINGGIT (Keluaran November 2014) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-november-2014-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761694/Ringgit+Ed55+Nov+2014+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-november-2014-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran November 2014) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran November 2014) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 14 Jan 2015 Antara topik lain yang menarik termasuk: Penabungan 1/3 Sekarang Bagi 2/3 Penggantian Pendapatan Masa Depan Kadar Rujukan Baharu Menggantikan Kadar Pinjaman Asas Pelaburan Yang Diragui RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Keluaran - November/2014 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
Pupuk Tabiat Kewangan Kanak-Kanak NOVEMBER 2014 RAKAN KEWANGAN ANDA IS S N 2 1 8 0 -3 6 8 4 • B il 1 1 /1 4 K K D N : P P 1 6 8 9 7 /0 5 /2 0 1 3 (0 3 2 5 8 1 ) Sidang Redaksi Penasihat Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Santhosh Kannan Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www.fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. Pendidikan kewangan semenjak usia muda adalah sangat penting bagi memupuk budaya menabung dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, tentu anda mencari-cari tip bagaimana untuk mengalakkan anak- anak anda mencipta kewangan mereka sendiri. Pengetahuan kewangan perlu diterapkan semenjak kanak-kanak memahami fungsi wang. Ia boleh dimulakan semenjak kanak-kanak berusia 1 tahun. Pendekatan apakah yang boleh gunakan bagi menarik minat anak-anak anda? Pendekatan 1: Berikan anak anda wang setiap hari Anda boleh mulakan dengan memberi wang kepada anak anda seawal usia 1 tahun atau 2 tahun. Anda boleh menyediakan tabung untuk anak anda menyimpan wang yang anda berikan setiap hari. Sambil anda memberikan wang, anda boleh menceritakan mengapa anak anda perlu menyimpan wang. Contohnya, maklumkan bahawa dengan wang tersebut, anak anda boleh membeli kereta mainan kawalan jauh. Pendekatan 2: Sediakan tabung berbentuk ikon kesukaan anak anda Kanak-kanak mudah tertarik dengan tabung yang menggunakan pelbagai warna. Anda boleh membeli tabung ikon kesukaan anak anda. Jika anda Pupuk Tabiat Kewangan Kanak-Kanak 2 • Ringgit seorang yang kreatif, anda juga boleh membuat tabung sendiri di rumah. Pendekatan 3: Membeli alat mainan hasil daripada simpanan wang anak anda Anak anda selalunya akan meminta anda membelikan alat mainan yang mereka mahu. Walaupun anda mampu membelinya dengan wang anda, didik anak anda untuk membeli alat mainan hasil daripada wang simpanan mereka. Bawa wang / tabung di kedai permainan. Anak anda akan belajar melalui amalan ini, “sekiranya inginkan sesuatu impian / matlamat, mereka perlu berusaha untuk menabung terlebih dahulu”. Pendekatan 4: Berikan wang secukupnya apabila anak anda inginkan sesuatu Kadang-kadang anda akan membawa anak-anak ketika pergi membeli belah. Anak anda akan turut sama memilih barangan yang mereka mahu. Anda boleh melatih anak anda dengan memberikan sejumlah wang yang secukupnya untuk mereka bayar. Contoh, anda memberikan wang RM5 untuk melatih anak anda supaya membeli barangan yang sama harganya atau di bawah nilai RM5 tersebut. Pendekatan 5: Membezakan antara keperluan dengan kehendak Kanak-kanak mudah tertarik dengan pelbagai tawaran dan iklan di media massa. Anda tidak akan terkejut sekiranya anak anda boleh mengenali beberapa jenama makanan segera terkemuka pada usia 1 atau 2 tahun. Anda boleh mendidik anak anda membezakan keperluan dan kehendak menggunakan ‘flash card’. Keperluan setiap individu adalah berbeza. Anda boleh menyediakan flash card dengan melukis sendiri atau membeli di kedai-kedai buku. Pendekatan 6: Bermain monopoli Anda boleh membelikan permainan monopoli sekiranya anak anda telah memahami konsep wang. Permainan monopoli ini melibatkan wang, iaitu untuk menjual beli aset, pelaburan, simpanan dan sebagainya. Anda boleh menjadikan permainan ini sebagai aktiviti sekeluarga pada masa lapang. Pendekatan ini merupakan cadangan berdasarkan pengalaman mengadakan program-program pendidikan kewangan. Anda boleh mencuba mana- mana pendekatan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak anda. Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia), yang merupakan ahli gabungan FOMCA, telah membangunkan modul khusus untuk kanak-kanak pra sekolah yang dinamakan ‘Ringgit Pertama Saya’. Pendekatan secara interaktif ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk memahami nilai wang. Sumber: FOMCA Ringgit • 3 Seperti yang dinyatakan dalam artikel RINGGIT isu bulan September 2014, adalah penting bagi anda memastikan bahawa memiliki 2/3 penggantian pendapatan gaji terakhir yang disyorkan sebagai pendapatan persaraan bulanan untuk terus menikmati gaya hidup yang anda telah biasakan. Bagi anda yang berkhidmat dalam sektor swasta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sumber utama dana persaraan anda. Sebagaimana yang diketengahkan dalam artikel sebelum ini, caruman mandatori kepada KWSP mungkin tidak mencukupi untuk menggantikan 2/3 pendapatan akhir anda. Ini juga telah dilaporkan dalam banyak artikel yang mengutarakan keperluan menabung lebih banyak untuk persaraan melangkaui caruman terhadap KWSP. Pada peringkat kebangsaan, nisbah penggantian pendapatan semasa Malaysia adalah pada tahap 30%, berbanding purata 57% bagi negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Menjelang tahun 2020, Malaysia akan bergerak ke arah masyarakat berusia, dengan 11.3% daripada penduduk dalam usia persaraan, iaitu lebih daripada 60 tahun. Oleh itu, anda perlu menangani kedua-dua isu di peringkat kebangsaan dan individu sebelum ia menjadi masalah sosio ekonomi bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak akan mampu menggantikan 2/3 daripada gaji terakhir mereka. Penabungan 1/3 Sekarang Bagi 2/3 Penggantian Pendapatan Masa Depan Maka, apakah penabungan wajar bagi persaraan? Kaji selidik Pentadbir Pencen Swasta (PPA) menunjukkan bahawa anda perlu menyediakan 1/3 pendapatan bulanan anda untuk mencapai 2/3 penggantian pendapatan. Sementara perkara ini dilihat ‘sangat sukar’ dengan paras pendapatan semasa dan hal-hal berkaitan kos kehidupan, untuk memperuntukkan 1/3 pendapatan bulanan, namun ia tetap boleh dilakukan dan tidak setinggi yang anda fikirkan. Sebagai rakyat Malaysia, anda bertuah kerana memiliki caruman mandatori minimum KWSP berjumlah 23% (iaitu 11% daripada pekerja dan 12% caruman minimum majikan). Anda hanya perlu membuat tabungan tambahan 10% atau lebih, untuk menjadikan 1/3 atau 33% tabungan untuk dana persaraan anda. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana terdapat agensi seperti KWSP yang ditubuhkan sebagai Teras Pencen Kedua mandatori. Tanpa KWSP, anda terpaksa memperuntuk 1/3 tabungan daripada pendapatan bulanan. Dengan pelancaran Skim Persaraan Swasta (PRS) pada Julai 2012, ia bertujuan untuk menangani nisbah penggantian pendapatan sebanyak 30%. Oleh itu, kini rakyat Malaysia memiliki Teras Pencen Ketiga sukarela bagi membantu mereka melakukan penabungan tambahan bagi menyokong KWSP. Pada masa akan datang, rakyat Malaysia akan memiliki dua teras penabungan persaraan dengan bilangan besar dana mereka datang daripada KWSP dan penabungan tambahan daripada PRS. 4 • Ringgit Memandangkan anda per lu menggant ikan pendapatan apabila anda bersara, bagi menyediakan keperluan semasa tempoh persaraan, maka anda perlu membangunkan dana persaraan untuk menjana pendapatan secukupnya dalam tempoh kerangka masa yang berbaki sebelum mencecah usia persaraan 60 tahun. Matlamat dana ini sebagai persediaan untuk mendapatkan sejumlah wang yang mencukupi berdasarkan paras yang anda inginkan, yang boleh menjana aliran pendapatan persaraan pasif untuk menggantikan 2/3 gaji terakhir anda. Untuk meningkatkan dana persaraan masa depan, anda perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: Ringgit • 5 • Memperuntuk masa untuk melabur dalam pelan persaraan anda bagi mengumpul dana yang diperlukan bagi menjana penggantian pendapatan untuk persaraan anda. • Dapatkan maklumat tentang jumlah dana KWSP yang telah anda kumpulkan sehingga hari ini dan tabungan-tabungan lain untuk persaraan serta penabungan lain yang perlu anda buat. • Tetapkan penabungan tambahan untuk melengkapkan keperluan caruman 1/3 persaraan semasa anda bagi melengkapkan 2/3 penggantian pendapatan masa hadapan. • Buka akaun PRS anda untuk menempatkan caruman tabungan tambahan ke dalam dana PRS yang akan menyediakan potensi pertumbuhan terkumpul. Sememangnya, perkara ini perlu diuruskan seberapa awal yang boleh sebelum tarikh persaraan anda makin hampir. Lagi lambat anda membuat perancangan, maka ia menjadi lagi sukar kerana tempoh masa lebih pendek kepada persaraan. Ia memerlukan anda membuat caruman lebih tinggi dan mengehadkan pertumbuhan terkumpul pulangan pelaburan tersebut. Ia boleh menjadi tugas yang sukar untuk menentukan berapakah pendapatan terakhir anda sebelum bersara. Untuk mengetahui unjuran pendapatan akhir anda berdasarkan usia persaraan 60 tahun, anda secara mudah boleh membuat perkiraan menerusi kalkulator persaraan PPA. Layari www.ppa.my dan ikuti beberapa langkah mudah untuk mengetahui sebanyak manakah simpanan tambahan yang anda perlukan, selain daripada caruman KWSP anda. Unjuran gaji terakhir akan memberikan anda suatu bentuk petunjuk tentang pendapatan yang anda perlukan untuk bersara dan berapa lama ia akan bertahan, selain daripada unjuran bilangan dana persaraan yang anda patut ada untuk menjana pendapatan yang diperlukan. Anda disarankan supaya membuat semakan secara tahunan untuk mengetahui sebarang perubahan kepada kedudukan semasa pendapatan dan kemungkinan kewangan anda. Dato’ Steve Ong ialah CEO Pentadbir Pencen Swasta (PPA), pentadbir pusat bagi Skim Persaraan Swasta (PRS). PPA juga diberi peranan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mempromosikan pertumbuhan industri PRS, mewujudkan kesedaran awam dan mendidik orang ramai mengenai penabungan persaraan. PPA juga berperanan melindungi kepentingan penyumbang-penyumbang PRS. 6 • Ringgit Berkuat kuasa 2 Januari 2015, Kadar Asas akan menggantikan Kadar Pinjaman Asas / Kadar Pembiayaan Asas (Base Lending Rate, BLR / Base Financing Rate, BFR) sebagai rujukan utama bagi menentukan faedah / keuntungan ke atas pinjaman / pembiayaan runcit kadar terapung. Apakah jenis pinjaman yang terkesan berikutan pelaksanaan Kadar Asas? • Pinjaman / pembiayaan yang kadar faedah / keuntungan adalah mengikut kadar terapung, contohnya pinjaman perumahan atau sewa beli. Kadar Rujukan Baharu Menggantikan Kadar Pinjaman Asas Panduan Pengguna Mengenai Kadar Rujukan Ringgit • 7 • Pinjaman / pembiayaan runcit kadar terapung baharu yang dipohon pada atau selepas 2 Januari 2015. • Pinjaman/pembiayaan sedia ada yang terikat (pegged) kepada BLR / BFR akan diteruskan sehingga tarikh matang. Adakah Kadar Asas meningkatkan kos pinjaman? • Peralihan kepada Kadar Asas tidak akan menjejaskan kadar pinjaman efektif yang dikenakan ke atas pinjaman/pembiayaan kadar terapung. Untuk rujukan mudah, sila rujuk kepada Panduan Pengguna seperti di atas. Apa yang anda perlu lakukan sebagai peminjam? Bandingkan kadar pinjaman efektif yang dinyatakan oleh institusi kewangan yang berlainan sebelum membuat pinjaman baharu. Dapatkan Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet, PDS) yang mempunyai maklumat kadar pinjaman efektif dan jumlah pembayaran balik bagi kemudahan pinjaman / pembiayaan yang anda ingin ambil. Minta institusi kewangan anda menerangkan faktor-faktor yang akan menyebabkan Kadar Asas berubah. Jumlah pembayaran balik ansuran bulanan anda akan meningkat atau berkurang sekiranya Kadar Asas berubah. Anda juga perlu membuat pengiraan sama ada anda mampu untuk terus membuat pembayaran balik pinjaman sekiranya kadar pinjaman efektif meningkat pada masa hadapan. Nota: Institusi kewangan dikehendaki memaparkan kadar pinjaman efektif bagi pinjaman perumahan standard berjumlah RM350,000 untuk tempoh 30 tahun. Untuk tujuan ilustrasi: 8 • Ringgit Ruangan Masalah Kewangan Anda Baru-baru ini saya telah mendapat satu risalah berkaitan dengan satu pelaburan. Pelaburan ini menawarkan pembelian lot saham syarikat dan pulangan dividen yang tinggi iaitu 15 hingga 30% sebulan dengan risiko sangat minimum. Oleh itu, saya ingin meminta nasihat tuan, bagaimana ingin memastikan syarikat ini beroperasi secara sah di Malaysia. Saya bimbang jika saya menjadi mangsa pelaburan yang tidak sah, di samping untuk berkongsi maklumat dengan pengguna lain tentang pelaburan seumpama ini. Pengguna yang suka melabur secara sihat. Jawapan: Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga dinasihatkan hanya melabur dengan institusi-institusi yang dilesenkan sahaja supaya mereka dilindungi oleh undang-undang yang berkaitan perbankan dan pelaburan. Pelabur- pelabur yang melabur dengan institusi-institusi yang tidak berlesen akan berhadapan dengan risiko tinggi kehilangan wang pelaburan yang akan ditanggung sendiri. Oleh yang demikian, mereka perlu membuat semakan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan untuk pengesahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan, dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti berikut: • Bank Negara Malaysia: www.bnm.gov.my • Suruhanjaya Sekuriti: www.sc.com.my • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK): www.kpdnkk.gov.my • Suruhanjaya Syarikat Malaysia: www.ssm.com.my • Suruhanjaya Koperasi Malaysia: www.skm.gov.my • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia: www.skmm.gov.my • Polis Diraja Malaysia: www.rmp.gov.my Untuk makluman, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuri t i masing-masing telah mengeluarkan Senarai ‘Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan’ dan ‘Amaran Pelabur’ sebagai panduan dan rujukan segera untuk orang ramai apabila membuat keputusan berhubung dengan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuklah pelaburan, yang ditawarkan oleh pihak yang tidak berlesen. Sila layari senarai-senarai tersebut di pautan berikut: • http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_ financialconsumeralert&lang=bm • http://www.sc.com.my/enforcement/ investor-alerts/sc-investor-alerts/ Pelaburan Yang Diragui Ringgit • 9 Anda boleh menghantarkan masalah berkaitan kewangan anda kepada [email protected] atau menulis kepada Ruangan Masalah Kewangan Anda, Ringgit, No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku 47300 Petaling Jaya, Selangor Masalah Kewangan Anda Sebagai panduan juga, berikut adalah ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim pelaburan yang tidak sah: • Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan. • Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka. • Janji pulangan yang tinggi dan menyatakan pelaburan tersebut tiada risiko atau risiko yang rendah adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini. • Pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen, termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut. • Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi. • Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama. • Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan. Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka. Sehubungan ini, orang ramai harus berwaspada semasa berurusan dengan entiti atau individu yang tidak dikawal selia kerana kesannya: o Perlindungan pengguna di bawah undang- undang yang berkaitan tidak terpakai sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan syarikat-syarikat pelaburan yang tidak sah. o Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga boleh didakwa di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini. o Pelabur-pelabur juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang- undang memandangkan pelaburan itu sendiri tidak sah (haram). “... orang ramai harus berwaspada semasa berurusan dengan entiti atau individu yang tidak dikawal selia...” 10 • Ringgit Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Kad kredit anda telah dipalsukan... Seseorang telah mencuri identiti anda... Akaun anda telah \ disalah guna... Berwaspada! Jangan menjadi mangsa PENIPUAN. Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan. lni satu PENIPUAN. Jangan panik. Fikir dahulu. Bank Negara Malaysia 2 Bank Negara Malaysia 3 Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta tidak pernah meminta tidak menyimpan wang maklumat peribadi atau sesiapa pun memindahkan orang ramai dalam maklumat kewangan wang ke dalam akaun mana-mana akaun anda pihak ketiga BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan) ‘.ii':‘i“§“fif.°E'3‘:$3a 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E—me|: bnmte|e|[email protected] Untuk dan hantar kepada Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) menghantar BNM TANYA 15888 Amaran Penipuan Kewangan yang Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur (Blok D, Jalan Dato' Onn, 50480) pertanyaan [P°"‘a"V33"/ terdapat di laman sesawang atau kunjungi mana-mana cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia: atau aduan “"3" '‘‘"da] Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching melalui SMS, (Waktu urusan: lsnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang) taiP “@ www.bnm.gov.my
Public Notice
08 Jan 2015
Response to feedback received: Consultation Paper on the Netting of Financial Agreements Bill
https://www.bnm.gov.my/-/response-to-feedback-received-consultation-paper-on-the-netting-of-financial-agreements-bill
null
null
Reading: Response to feedback received: Consultation Paper on the Netting of Financial Agreements Bill Share: Response to feedback received: Consultation Paper on the Netting of Financial Agreements Bill Release Date: 08 Jan 2015 The Bank issued the consultation paper on the Netting of Financial Agreements Bill on 9 September 2014 which proposed to enact a legislation to provide legal certainty for the enforcement of close-out netting arrangements. Key comments received during the consultation period and the Bank's responses are set out in this document. Attachment: Response to feedback received © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
27 Dis 2016
KLIBOR Rate Setting
https://www.bnm.gov.my/-/klibor-rate-setting
null
null
null
null
null
23 Dis 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran November 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-november-2016-kini-boleh-dimuat-turun-1
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed79+Nov+2016+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-november-2016-kini-boleh-dimuat-turun-1&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran November 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran November 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 23 Dis 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah Persediaan Kembali Ke Sekolah Antara topik lain yang menarik termasuk : Katahui Jenis Penipuan Siber Kenali Perlindungan Takaful Anda Apa Yang Boleh Membatalkan Jaminan Kereta Anda? RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Isu -November/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
R A K A N K E W A N G A N A N D A Ketahui Jenis Penipuan Siber Kenali Perlindungan Takaful Anda Apa Yang Boleh Membatalkan Jaminan Kereta Anda? E D I S I NOV 2 0 1 6 Persediaan Kembali Ke Sekolah 2 | RINGGIT Pendidikan merupakan salah satu keperluan asas yang penting, terutama sekali bagi anda yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak bersekolah. Setiap tahun, ibu bapa perlu membelanjakan ratusan atau ribuan ringgit untuk perbelanjaan sekolah anak-anak. Malah, menurut satu kaji selidik yang dilakukan oleh HSBC, lebih daripada 50% ibu bapa di Malaysia sanggup berhutang semata-mata untuk membiayai pendidikan anak-anak. Sekiranya anda merancang untuk berkeluarga, atau sudah mempunyai anak, anda perlu menyediakan peruntukan yang khusus untuk perbelanjaan pendidikan dari sekarang. Peruntukan yang disediakan adalah berbeza-beza mengikut tahap pendidikan, iaitu peringkat rendah dan menengah, dan juga peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi. Sejak pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilancarkan, iaitu bermula pada tahun 1997 hingga Julai 2016, seramai hampir 2.49 juta peminjam PTPTN, yang melibatkan pengajian peringkat diploma hingga PhD. Namun, apa yang menyedihkan ialah, sehingga September 2016, seramai 739,087 peminjam tidak pernah membuat pembayaran balik pinjaman, dengan jumlah tertunggak sebanyak RM5.2 bilion. Sebaliknya ibu bapa perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak kerana kos ini semakin meningkat saban tahun. Justeru, ibu bapa perlu bersedia dalam aspek kewangan apabila berhadapan dengan pendidikan anak-anak. Perancangan kewangan sangat penting agar perbelanjaan dapat dilakukan secara berhemat. Berikut adalah tip kembali ke sekolah yang boleh dijadikan panduan:- a) Guna semula pakaian yang masih elok Sekiranya pakaian sekolah, seperti baju, seluar dan kasut sekolah masih elok untuk dipakai atau baru sahaja diganti pertengahan tahun, maka ia masih boleh dipakai lagi. Dengan ini dapat menjimatkan wang daripada membeli pakaian baharu. b) Guna semula peralatan yang telah digunakan oleh anak-anak yang lebih besar Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang lebih besar, yang telah tamat persekolahan, maka ia merupakan satu kelebihan. Peralatan sekolah, seperti beg, kalkulator, set ‘geometri’, bekas pensel, pembaris, gunting dan sebagainya, boleh digunakan semula oleh adik-adik mereka. Persediaan Kembali Ke Sekolah nov 2016 | 3 Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang : www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang : www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri.Nota: info ini adalah berdasarkan data yang diambil di laman-laman sesawang sekolah-sekolah seluruh Malaysia pada tahun 2014-2015 4 | RINGGIT c) Senaraikan keperluan yang ingin diganti Semasa musim kembali ke sekolah, banyak pasar raya dan kedai-kedai menawarkan harga diskaun. Anda perlu menyediakan senarai barangan yang ingin dibeli agar tidak membeli melebihi kemampuan anda. d) Buat bajet Keperluan anak-anak bersekolah menengah dan rendah adalah berbeza. Begitu juga dengan yuran sekolah yang berbeza. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyediakan bajet persekolahan anak-anak, sekurang-kurangnya 3 hingga 5 bulan lebih awal. Begitu juga, perbelanjaan untuk membeli peralatan sekolah, pakaian, yuran dan sebagainya. e) Membuat persediaan awal Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu menunggu sehingga hujung tahun untuk membeli peralatan persekolahan anak-anak. Anda boleh berbelanja secara beransur-ansur. Ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan kad kredit kerana membeli pakaian dan peralatan sekolah yang banyak. Hal ini akan membebankan anda. f) Pengangkutan atau kenderaan ke sekolah Ibu bapa yang bekerja memerlukan pengangkutan, seperti bas atau van sekolah, untuk anak-anak mereka. Bajet yang diperlukan untuk semua anak yang bersekolah kemungkinan antara RM80 hingga RM300 sebulan. Sebagai alternatifnya, mungkin anak anda boleh berkongsi kenderaan dengan anak-anak jiran atau menaiki kenderaan awam untuk mengurangkan kos. Anda boleh berjimat sekiranya anak-anak tinggal di asrama sekolah. g) Bawa bekal ke sekolah Amalan membawa bekal ke sekolah membolehkan anak anda menikmati makanan yang berkhasiat dan sihat untuk tubuh badan. Anak anda boleh menjimatkan wang dan masa beratur untuk membeli makanan di kantin. Anda boleh memulakan dengan membawa bekal untuk satu kali dalam seminggu. Jika anda telah terbiasa, tingkatkan kekerapan jumlah hari anak anda membawa bekal ke sekolah. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu pada tahun 2017, ibu bapa perlu merancang kewangan mereka dengan lebih berhemat. Tanamkan tabiat menyimpan wang untuk menampung keperluan. Kikis tabiat suka berhutang kerana ia tidak sihat dalam pengurusan kewangan. Sumber: FOMCA “Keperluan anak-anak bersekolah menengah dan rendah adalah berbeza. Begitu juga dengan yuran sekolah yang berbeza.” nov 2016 | 5 Ketahui Jenis Penipuan Siber Menurut laporan daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Polis Diraja Malaysia, penipuan siber di negara ini meningkat kepada 9,085 kes pada tahun lalu, berbanding 6,337 kes pada 2014 membabitkan kerugian RM179.3 juta dan RM161.8 juta. Trend itu menunjukkan peningkatan yang mencatatkan 5,785 kes dengan kerugian RM119.7 juta daripada Januari hingga Jun 2016. Pengetahuan masyarakat tentang penipuan siber masih rendah dan memerlukan pendedahan pada pelbagai peringkat umur. Banyak jenayah baharu melalui media sosial semakin berleluasa. Dunia tanpa sempadan dan mudah untuk mengakses maklumat merupakan salah satu cara yang digunakan sebagai perangkap siber untuk memanipulasi maklumat pengguna. Pengetahuan masyarakat tentang jenayah siber masih rendah dan memerlukan pendedahan pada pelbagai peringkat umur. Jenayah tidak mengenal mangsa dan cara. Terkini dilaporkan jenayah penipuan siber telah mencecah jumlah jutaan ringgit. Jenayah ini kian meningkat setiap tahun. Mereka menggunakan taktik yang biasanya boleh memerangkap anda tanpa anda sedari, dengan ‘helah’ yang digunakan sangat licik dan seakan- akan benar. Dalam hal ini, anda perlu berhati-hati. Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh CyberSecurity Malaysia (CSM), yang dijalankan oleh My Team Response Komputer (MyCERT), statistik pengkelasan insiden secara umum yang dilaporkan sehingga bulan Oktober 2016, penipuan siber mencatatkan jumlah insiden tertinggi, iaitu berjumlah 3,295 kes. Manakala pencerobohan merupakan insiden kedua tertinggi dengan jumlah 2,143 kes (30.6%) bersamaan 47.1% daripada keseluruhan kes yang diterima oleh CSM. “... penipuan siber di negara ini meningkat kepada 9,085 kes pada tahun lalu ...” 6 | RINGGIT Tip Berikut ialah lima kaedah untuk mencegah risiko kepada penipuan dalam talian: • Padam e-mel yang mencurigakan dan tidak boleh dipercayai. • Abaikan iklan yang kelihatan ‘indah khabar daripada rupa’. • Kemas kini perisian anti-malware anda. • Cari maklumat mengenai penipuan secara dalam talian. • Berkongsi pengetahuan dan tip pencegahan dengan rakan-rakan dan keluarga melalui media sosial. Sumber: FOMCA Infografik: the star online Antara jenis-jenis penipuan yang sering berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:- nov 2016 | 7 Kenali Perlindungan Takaful Anda Takaful berasal dari perkataan Arab yang bermaksud jaminan. Para peserta Takaful bersetuju menyumbang dana dan membantu antara satu sama lain sekiranya terdapat peserta yang ditimpa sesuatu musibah. Disediakan oleh: Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia 8 | RINGGIT Jaminan ialah satu kontrak antara anda dan syarikat pengeluar kereta. Lazimnya, syarikat akan menyelesaikan apa-apa pembaikan yang berkenaan, dengan syarat anda menjaga kenderaan dengan baik seperti yang tertera dalam jaminan. Namun, jaminan boleh terbatal sekiranya anda tidak mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak. Oleh itu, anda perlu mengetahui apakah keadaan yang boleh membatalkan jaminan kereta anda. Anda juga perlu memastikan semua rekod yang berkaitan dengan servis kereta atau jaminan disimpan dengan teliti. Kebanyakan pengguna percaya bahawa sebarang pengubahsuaian yang dilakukan akan membatalkan jaminan. Terdapat juga segelintir yang mengatakan ia tidak akan membatalkan keseluruhan jaminan kereta anda. Kedua-dua pandangan adalah betul, iaitu terdapat syarikat kereta yang akan membatalkan jaminan kereta anda dengan keseluruhannya dan ada yang tidak berbuat sedemikian. Contohnya, Syarikat A akan membatalkan semua jaminan bagi kereta A jika didapati menukar rim kereta. Manakala, Syarikat B hanya membatalkan jaminan kereta B pada bahagian-bahagian yang tertentu sahaja, seperti penyerap hentak, sistem brek dan bahagian-bahagian lain yang menyebabkan kerosakan tersebut. Apa Yang Boleh Membatalkan Jaminan Kereta? • Penyalahgunaan kenderaan: Istilah ini boleh ditafsirkan dengan cara yang luas. Antaranya menggunakan kenderaan untuk kegiatan perlumbaan / sebarang pertandingan, muatan kenderaan berlebihan atau penggunaan kereta di luar jalan raya (off-roading). Biasanya, sebarang pengendalian luar biasa kenderaan boleh dianggap sebagai penyalahgunaan. Pengeluar kenderaan akan membatalkan keseluruhan jaminan kereta Ruangan Bersama NCCC Apa Yang Boleh Membatalkan Jaminan Kereta Anda? “Kebanyakan pengguna percaya bahawa sebarang pengubahsuaian yang dilakukan akan membatalkan jaminan. Terdapat juga segelintir yang mengatakan ia tidak akan membatalkan keseluruhan jaminan kereta anda.” nov 2016 | 9 anda untuk pelanggaran ini. Walau bagaimanapun, keputusan ini biasanya atas budi bicara pentadbir jaminan (syarikat yang mengeluarkan jaminan) kereta tersebut. • Bencana alam: Jika kenderaan anda rosak disebabkan oleh kebakaran, banjir, gempa bumi atau bencana alam sekitar yang lain, syarikat insurans yang mengeluarkan jaminan boleh membatalkan jaminan tersebut. • Pengabaian jadual penyelenggaraan: Jika anda gagal untuk menghantar kenderaan anda untuk diservis semasa penyelenggaraan yang dijadualkan, syarikat kereta itu tidak bertanggungjawab untuk membaiki apa-apa kerosakan terhadap enjin. Jika kereta anda masih dalam jaminan, elakkan perkara ini daripada berlaku. • Penggunaan minyak atau alat yang tidak serasi: Anda hendaklah sentiasa memastikan kereta anda menggunakan barang atau alat ganti yang betul (contoh: minyak enjin, minyak petrol, tayar dan lain-lain) seperti yang dinyatakan dalam manual kereta anda. • Mengubah suai bahagian-bahagian kenderaan selepas jualan: Ini merupakan bahagian penting yang pengguna masih samar mengenainya. Sebagai contoh, anda menukar rim kereta yang dijual di pasaran selepas dua minggu anda membeli kereta baharu. Sekiranya berlaku kegagalan terhadap sistem brek dan yang berkaitan dengannya, adakah jaminan anda terbatal sepenuhnya atau separuh daripadanya? Oleh itu, anda perlu menyemak kandungan dalam jaminan kenderaan anda sebelum anda melakukan pengubahsuaian. Bagaimana Untuk Elakkan Isu Jaminan Terbatal? • Baca terma dan syarat jaminan anda dengan teliti: Anda hendaklah sentiasa membaca cetakan kecil di dalam kontrak jaminan dan memahami had-had atau klausa pengecualiannya, yang sering disertakan bersama-sama dengan manual pemilik kereta. Cari di bahagian “Apakah yang Tidak Dilindungi” atau dalam Bahasa Inggeris dinyatakan sebagai “What is Not Covered”. • Selenggara kereta anda secara berkala: Demi menjaga jaminan, anda hendaklah mengikuti jadual penyelenggaraan yang disyorkan oleh pengeluar dan membuat sebarang penyelenggaraan di pusat servis yang sah sahaja. • Simpan semua rekod perkhidmatan dan resit: Ini merupakan satu tabiat yang baik untuk menyimpan rekod atau resit jika anda ingin menjual kenderaan anda, tetapi juga sebagai bukti bahawa anda menjaga kenderaan anda serta bukti penyelenggaraan yang dibuat pada kenderaan anda. Jaminan adalah terbuka kepada tafsiran. Oleh itu, NCCC mencadangkan supaya anda berhati-hati apabila membeli kereta dan membuat sebarang pengubahsuaian. J ika anda ing in membuat pengubahsuaian kepada kenderaan anda, maka anda harus ingat bahawa pengeluar kereta boleh menjadi pengubahsuaian tersebut sebagai penyebab jika berlaku sebarang masalah. Dalam hal ini, anda terpaksa menanggung sendiri kerosakan itu kerana jaminan kereta anda tidak lagi sah. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) “Demi menjaga jaminan anda hendaklah mengikuti jadual penyelenggaraan yang disyorkan ...” CFS OMBUDSMAN FOR FINANCIAL SERVICES OMBUDSMAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ALTERNATIVE AVENUE FOR FINANCIAL DISPUTE RESOLUTION The primary mandate of the Ombudsman for Financial Services (OFS) is to settle disputes between you and our Members who are financial service providers licensed or approved by Bank Negara Malaysia. We are independent, impartial and effective in resolving financial disputes. Our services are provided free of charge. SALURAN ALTERNATIF UN TUK PENYELESAIAN PERTIKAIAN KEWANGAN Mandat utama Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) adalah untuk menyelesaikan pertikaian kewangan di antara anda dan Anggota kami yang merupakan penyedia perkhidmatan kewangan yang dilesenkan atau diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami menyelesaikan pertikaian kewangan secara bebas, saksama dan efektif. Perkhidmatan kami disediakan secara percuma. A“ ’ \ For more information, please contact Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ombudsman for Financial Services (664393P) (Formerly known as Financial Mediation Bureau) Level 14, Main Block, Tel: 603 2272 2811 Menara Takaful Malaysia, Fax: 603 2272 1577 No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, Email: [email protected] 50000 Kuala Lumpur Website: www.ofs.org.my a_m>s_sZ m:o_u:u_um:_ ufixcam u_F_a_m_ mo :o_un_uomm< _m<><m w Z_n_ omo_ cmvtmo_mEwE _mcm.> _mc_C:wu __o umccm_mm Emowm .m_ocm :m__o w Z_n_ cm.xx:mmEoE cmmcwb m_o:m E28 3% _o§ c9_mc:mmcmE m_:E ;w_oo_ m_oc< M .._5_m:a._ .m_o:m _omx 5:60:00. cm_o cmx:mQ__o mag cm;m._m _5x_mcmE cmmcm_o m_ocm Bacon u._Qm_o _o§ v_3:: gas m Z_n_ £__n_ N :mxm:m._ jucwtmu. LOQEB _.:.m:m mmo_m_wm cmxmcsmzo L203 Eon Eocm mEm._ 3% _98_ mcfimx mtmE-mtmm cmmcwb fl m_ocm Ems sax cmv¢_§< _. smxmcma ...mxmU\_3 98> m_ocm xcmn cmmcm>>mo _\_m._o m>c__o_EmmcoE VSE3 _mc:Q:£_o cmxm mbcm 33¢ .m_o:m. 2083 Emfimg Z_n_ 2290 sex :Bcmr_mcmE cmxm m_ocm Umx ._m:_mmcwn_ ~_<><m<~E .23 .__§ .__es_ .w_<><m_ M. Z_n_ omo_ cmv:mQmE¢E 95> _omx cEm>mo_Ewo_ _mc_c:3 __o umEm._mm Emowm .mUcm u_m__o w Z_n_ cmv_x3mmEmE cmmcwb m_ocm Emcmg :_ow§ _omx cmxm.c:mmcmE m._:E r_m_on m_oc< M :5_m:m._ .m_ocm _omx \_..u.:_om:mo_ cw_o cmvEmQ_U mag cmcmcm. 3 :3__mcwE cmmcw_o m_ocm Emcmg u.__ow§ _o$_ x3§ :96 m Z_n_ £__n_ N .._mxm:m._ .m_ocm E28 Z_n_ H_Uw§ _o§ mE_LwcwE m_ocm mmo_w_wm cm_:Q M _mm_ cmv._mc:m__o cw_oQ v_m_o_u. m_ocm <_m><._<<< Z_ mv_Z<m m0 Z0:/\_UOmm< MIP <_W>4«|_<<< <<<:_d«A_ v_Z<n_ .v_Z<n_ z<DF<W.KNA >E.Eou.>mo__u:m:_n_.>>2:,> pmEm_mm £99 95> :m__o © Z_n_ m_omo_9_ \_mx:._. _c_Em.:3 £29 E2 m._ocm _omx cBmEm_mmmx u_m__o m m>cm: cmmcmo .m_ocm \_m>mQ$o_ cm._o Eu EDGE q._Um§ _omx msccwm VSE: Z_n_ cmx_mcmv:wo_Em_>_ :2; m. 2: =52: mEm._ cmmcflmbcfl tum; Umx mcm$x mtmE-mtwm cmmcmb E mbcm tum} _o$_ cmv_u__§< — :mxm:m._ .Em;mQ _omx cmmcm_o cmxmtwmzo mcm> cmcmfi Ev: m.__m usnmflmz _omx mE:wcmE m_ocm m__QmQ< .©_oN cscmu _Exm E:_wnwm m_o:m. mbmqmx LBcm£_o cmxm m_ocm. E28 Z_n_ t_om§ cox BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebin loijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini nal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan MyTabung mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. N‘ , 5 . . ‘ I A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini rnengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kewangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi rurnan asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernemat kepada pengguna mendapatkan nasihat untuk mencapai berhubung dengan dan rnembuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris \ G 1/ I secara PERCUMA. . App Store 7 . O08 C '0 ay
Public Notice
19 Dis 2016
Current Series of Malaysian Banknotes Continue to be Legal Tender
https://www.bnm.gov.my/-/current-series-of-malaysian-banknotes-continue-to-be-legal-tender
null
null
null
null
null
17 Dis 2016
Perpindahan kepada kad pembayaran berasaskan PIN untuk transaksi pembayaran yang lebih selamat
https://www.bnm.gov.my/-/perpindahan-kepada-kad-pembayaran-berasaskan-pin-untuk-transaksi-pembayaran-yang-lebih-selamat
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/perpindahan-kepada-kad-pembayaran-berasaskan-pin-untuk-transaksi-pembayaran-yang-lebih-selamat&languageId=ms_MY
Reading: Perpindahan kepada kad pembayaran berasaskan PIN untuk transaksi pembayaran yang lebih selamat Share: Perpindahan kepada kad pembayaran berasaskan PIN untuk transaksi pembayaran yang lebih selamat Tarikh Siaran: 17 Dis 2016 Baru-baru ini terdapat laporan media1 dan paparan di media sosial yang mendakwa bahawa pemegang kad akan dikenakan caj dan tidak akan dapat menggunakan kad ATM dan kad debit mereka jika tidak menggantikan kad tersebut dengan kad berasaskan PIN yang baru sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. BNM ingin mengulangi mesej kami sebelum ini bahawa orang ramai boleh menggantikan kad ATM dan kad debit di bank mereka secara percuma. Di samping itu, orang ramai yang tidak menggantikan kad ATM dan kad debit mereka pada tarikh yang ditetapkan oleh bank mereka, masih boleh terus menggunakan kad mereka yang sedia ada di mesin ATM. Berhubung dengan penggunaan kad ATM dan kad debit untuk transaksi pembelian di terminal semasa jualan (point-of-sale terminal), bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad yang sedia ada untuk transaksi pembelian. Butiran lanjut mengenai perpindahan kepada kad berasaskan PIN boleh didapati di laman web BNM di sini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi BNM melalui saluran berikut: BNMLINK, Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur BNMTELELINK Tel: 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515 Email: [email protected] SMS: 15888   1Laporan Borneo Post bertarikh 16 Disember 2016 dan bertajuk “Members of the public face long queues to change cards”   © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
09 Dis 2016
Update to Frequently Asked Questions (FAQ) on Initiative to Develop the Onshore Financial Market
https://www.bnm.gov.my/-/update-to-frequently-asked-questions-faq-on-initiative-to-develop-the-onshore-financial-market
null
null
null
null
null
06 Dis 2016
International Association of Insurance Supervisors (IAIS) Annual Conference 2017
https://www.bnm.gov.my/-/international-association-of-insurance-supervisors-iais-annual-conference-2017
null
null
null
null
null
06 Dis 2016
Gangguan teknikal perkhidmatan telefon Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia
https://www.bnm.gov.my/-/gangguan-teknikal-perkhidmatan-telefon-ibu-pejabat-bank-negara-malaysia
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/gangguan-teknikal-perkhidmatan-telefon-ibu-pejabat-bank-negara-malaysia&languageId=ms_MY
Reading: Gangguan teknikal perkhidmatan telefon Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia Share: Gangguan teknikal perkhidmatan telefon Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia Tarikh Siaran: 06 Dis 2016 Talian utama telefon ke Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM), Kuala Lumpur sedang mengalami masalah teknikal. Pihak penyedia perkhidmatan sedang berusaha untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Kerja-kerja baik-pulih dijangka siap pada jam 2 petang, hari ini. Orang ramai yang ingin menghubungi Ibu Pejabat BNM boleh menggunakan talian alternatif melalui nombor 03-91792888. Harap maklum.   © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
02 Dis 2016
Supplementary Notice on Foreign Exchange Administration Rules - Measures to Promote the Development of Malaysian Financial Market
https://www.bnm.gov.my/-/supplementary-notice-on-foreign-exchange-administration-rules-measures-to-promote-the-development-of-malaysian-financial-market
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/supplementary-notice-on-foreign-exchange-administration-rules-measures-to-promote-the-development-of-malaysian-financial-market&languageId=ms_MY
Reading: Supplementary Notice on Foreign Exchange Administration Rules - Measures to Promote the Development of Malaysian Financial Market Share: Supplementary Notice on Foreign Exchange Administration Rules - Measures to Promote the Development of Malaysian Financial Market Tarikh Siaran: 02 Dis 2016         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
25 Nov 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran Oktober 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-oktober-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed78+Oct+2016+-+Final.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-oktober-2016-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Oktober 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Oktober 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 25 Nov 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah Urus niaga mata wang asing (Forex) Haram Antara topik lain yang menarik termasuk : Tip Untuk Mulakan Perniagaan Dalam Talian KENALI PERBANKAN ISLAM ANDA - Akaun Pelaburan Pelaksanaan Skim Ombudsman Kewangan RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Isu - Oktober/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
R A K A N K E W A N G A N A N D A Tip Untuk Mulakan Perniagaan Dalam Talian Kenali Perbankan Islam Anda Pelaksanaan Skim Ombudsman Kewangan E D I S I OKT 2 0 1 6 Urus niaga mata wang asing (Forex) Haram 2 | RINGGIT Urus niaga mata wang asing haram adalah merujuk kepada aktiviti membeli atau menjual mata wang asing antara orang persendirian atau syarikat dalam Malaysia dengan mana-mana individu yang tidak diberi kuasa atau kebenaran oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Adalah menjadi suatu kesalahan jika seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing (forex) atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana- mana orang, selain daripada peniaga yang dibenarkan (authorised dealer). Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan. Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang BNM di pautan: http://www.bnm.gov. my/index.php?ch=en_hyperlink&pg=en_hyperlink_ index&ac=57&lang=en Modus Operandi Tipu helah syarikat-syarikat tidak bertanggungjawab yang menawarkan skim urus niaga mata wang asing haram termasuklah melalui: • Penawaran jawatan kosong dengan menjanjikan pendapatan lumayan kepada graduan-graduan lepasan ijazah, khususnya golongan muda. • Tawaran pelaburan melalui internet dengan pulangan keuntungan yang lumayan demi menarik orang ramai untuk melabur dalam forex. Ciri-ciri penipuan pelaburan Forex Orang ramai dinasihati agar sentiasa peka dengan kes-kes penipuan melibatkan pelaburan forex. Syarikat terbabit sering menggunakan modus operandi yang dikenal pasti seperti berikut: • Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara). Urus niaga mata wang asing (Forex) Haram OKT 2016 | 3 • Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet. • Menggaji lepasan siswazah, terutamanya golongan muda, sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya menyertai dan seterusnya memujuk ahli keluarga mereka untuk turut membuat pelaburan forex. • Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga. • Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan (panggilan margin) atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka. Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba meyakinkan bakal- bakal pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi: • Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang : www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang : www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. “Orang ramai dinasihati agar sentiasa peka dengan kes-kes penipuan melibatkan pelaburan forex.” 4 | RINGGIT pelabur-pelabur untuk mengendalikan akaun- akaun mereka melalui internet; • Dengan peralatan urus niaga, seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan; dan • Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat. Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim seperti ini? • Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan; • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa; • Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan; • Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur; • Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet; • Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan • Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim seperti ini? Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut, sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda berserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut: Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Faksimili: 03-21741515 Telefon: 1-300-88-5465 E-mel: [email protected] BNM akan membuat penilaian ke atas modus operandi yang dijalankan oleh pihak terbabit dan sekiranya terdapat elemen-elemen yang melanggari mana-mana peruntukan di bawah Akta yang ditadbir oleh BNM, pihak BNM akan mengambil tindakan sewajarnya keatas pihak terbabit. Walau bagaimanapun, sekiranya modus operandi yang dijalankan tidak menunjukkan wujudnya perniagaan pelaburan forex maka aktiviti tersebut mungkin lebih menjurus kepada aktiviti penipuan yang menggunakan forex sebagai tarikan. Untuk kes yang melibatkan penipuan, ianya adalah tertakluk di bawah bidangkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk membuat aduan terus kepada PDRM untuk tindakan mereka sewajarnya. Sumber : Bank Negara Malaysia“ ... dengan peralatan urus niaga, seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang- undang sedang dijalankan.” OKT 2016 | 5 Tip Untuk Mulakan Perniagaan Dalam Talian Produk Yang Sesuai Untuk Perniagaan Dalam Talian Dalam apa jua perniagaan, pemilihan produk penting untuk menentukan kejayaan perniagaan tersebut. Berikut adalah senarai produk yang sesuai untuk perniagaan dalam talian: a) Barangan Fesyen Ramai yang gemar membeli produk fesyen secara dalam talian kerana ia mudah dengan pelbagai pilihan dan harga yang menarik ditawarkan. Oleh itu, anda boleh menawar barangan fesyen untuk dijual secara dalam talian bermula dengan barangan yang sering dipakai. Contohnya, pakaian harian, tudung dan aksesori tudung. Kebarangkalian barangan ini dapat dijual dengan jayanya adalah lebih tinggi. b) Makanan Sekiranya anda mempunyai minat memasak dan peka dalam menyediakan makanan yang digemari ramai, anda boleh menceburi perniagaan makanan secara dalam talian. Anda boleh mengambil kesempatan pada musim perayaan untuk menyediakan kuih / biskut raya serta manisan. Selain itu, bagi manisan seperti kek dan kuih muih, ia tidak tertumpu kepada musim perayaan sahaja. Sekiranya anda mempunyai pelbagai jenis makanan dengan resepi yang unik, anda bakal menerima tempahan sepanjang tahun untuk majlis hari jadi, kenduri dan majlis keramaian lain. c) Produk Dropship Dropship bermaksud anda akan menjual produk tanpa perlu membeli atau menyimpan stok. Caranya ialah, anda perlu mendaftar menjadi orang tengah sebagai dropship untuk sesuatu produk. Selepas anda mempromosikan produk tersebut dan anda berjaya menerima tempahan, anda akan membuat tempahan dari pembekal dan menghantar produk tersebut kepada pelanggan. Anda perlu berunding dengan pembekal untuk mendapatkan harga borong yang lebih murah untuk menjana keuntungan sebagai ejen dropship, dengan menjual produk tersebut pada harga yang tinggi sedikit dari harga borong. Pelbagai produk boleh dijual melalui dropship, seperti tudung, gajet, barangan kosmetik dan banyak lagi. Paling penting, anda mesti berupaya untuk mencari produk yang berpotensi dan berkualiti supaya ia boleh mendapat sambutan di pasaran. Sekiranya anda tidak mahu membeli stok, maka perniagaan dalam talian secara dropship adalah sesuai untuk anda ceburi. Dengan kelebihan teknologi, anda kini boleh menambah pendapatan melalui perniagaan secara dalam talian. Ketahui tip penting serta produk yang sesuai untuk membantu anda memulakan perniagaan dalam talian. 6 | RINGGIT d) Perkhidmatan atau Kemahiran Sekiranya anda bekerja sebagai pelukis, jurugambar, pembaik pulih telefon bimbit ataupun tukang paip, anda juga boleh menawarkan perkhidmatan atau kemahiran anda di laman sesawang ataupun laman sosial sebagai kerja sampingan. Anda hanya perlu memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk mengendalikan kerja sampingan tersebut, selain daripada kerja sepenuh masa. Melalui laman sesawang, seperti www.Mudah.my, anda boleh memasarkan kemahiran anda dengan harga yang berpatutan. Platform Untuk Mulakan Perniagaan Dalam Talian a) Media Sosial Platform media sosial, seperti Facebook serta Instagram, adalah pilihan yang baik sekiranya anda baru sahaja bermula. Platform ini percuma, dan anda boleh mengambil kesempatan untuk menggunakan #hashtag yang bersesuaian untuk memasarkan produk anda. Ingat, jangan menggunakan media sosial peribadi anda untuk menjual produk. Buka akaun khas untuk perniagaan dalam talian anda, kemudian jemputlah rakan untuk “like” dan “follow”. Hal ini akan memudahkan anda untuk mengasingkan penggunaan peribadi dan perniagaan serta lebih mudah untuk anda bina rangkaian pelanggan. b) Laman Sesawang Memasarkan produk anda melalui laman sesawang akan melibatkan kos. Sekiranya anda mempunyai modal untuk mengupah ‘web programmer’, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan laman sesawang anda sendiri. Tetapi ia lebih baik sekiranya anda mula memasarkan produk anda melalui platform percuma, seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya perniagaan anda mula berkembang, anda boleh mendapatkan laman sesawang sendiri. Anda juga boleh bermula melalui blog. Kemudian anda boleh mendapatkan domain anda sendiri setelah perniagaan semakin kukuh dan bajet perniagaan anda berupaya untuk menampung kos tersebut. Tip Tambahan a) Daftar Perniagaan Anda Mendaftar perniagaan dalam talian anda merupakan satu kewajipan. Selain itu, anda juga boleh mempertingkatkan keyakinan pelanggan serta bakal pelanggan apabila perniagaan anda berdaftar kerana mereka tidak akan rasa was-was dan ragu ditipu dan akan rasa lebih terjamin. Anda boleh daftar perniagaan dalam talian di kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun secara dalam talian di laman sesawang, www.ssm. com.my. b) Modal Ikut Kemampuan Anda tidak perlu mengambil pinjaman peribadi atau berhutang hanya untuk memulakan perniagaan dalam talian. Mulakan perniagaan anda mengikut kemampuan kerana melalui cara ini, anda boleh mengurangkan hutang dan untung yang anda akan dapat itu adalah bersih. Setelah perniagaan sudah mula kukuh, anda boleh pertimbangkan untuk mengambil pinjaman untuk mengembangkan perniagaan tersebut. Untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang terbaik, anda boleh membandingkan produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Sumber : www.CompareHero.my OKT 2016 | 7 Disediakan oleh: Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia KENALI PERBANKAN ISLAM ANDA Akaun Pelaburan Akaun Pelaburan memberi anda peluang untuk melabur dan berkongsi keuntungan daripada aktiviti pelaburan berlandaskan Shariah yang ditawarkan oleh bank-bank Islam. 8 | RINGGIT Pada 28 September 2016 yang lalu, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) akan memulakan operasi sebagai pengendali skim ombudsman kewangan pada 1 Oktober 2016. Ombudsman Perkhidmatan Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk menyediakan saluran yang adil dan berkesan bagi pengguna kewangan menyelesaikan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan. OPK berperanan sebagai mekanisme bantuan penyelesaian yang bebas dengan formaliti yang minimum bagi pengguna kewangan menyelesaikan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Perkhidmatan ini merupakan alternatif kepada pengguna kewangan, dan bukan untuk menggantikan tindakan undang-undang yang diambil di mahkamah. Perkhidmatan Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan diberikan secara percuma kepada pengguna kewangan. OPK akan beroperasi selaras dengan prinsip kebebasan, keadi lan dan kesaksamaan, kebolehcapaian, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan. OPK ditadbir urus oleh lembaga pengarah yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri James Foong, Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara dan telah dilantik sebagai Pengerusi Ombudsman Perkhidmatan Kewangan. Menurut Encik Jeremy Lee, Ketua Pegawai Eksekutif OPK, beliau berkata, “Pelaksanaan skim ombudsman kewangan baharu ini tepat pada masanya. Ia mengukuhkan lagi rangka kerja perlindungan pengguna kewangan dalam persekitaran yang semakin pelbagai serta tawaran produk dan perkhidmatan kewangan yang kompetitif. Bagi mengendalikan skim ini, Ombudsman Perkhidmatan Kewangan menggabungkan pengaturan tadbir urus dan pengendalian yang dipertingkatkan, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa bagi menggalakkan penyelesaian pertikaian yang adil, berkesan dan bebas.” Pelaksanaan Skim Ombudsman Kewangan “... selaras dengan prinsip kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kebolehcapaian, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan.” OKT 2016 | 9 Pengguna kewangan boleh merujuk pertikaian yang layak yang melibatkan bank, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi kewangan pembangunan, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan, broker insurans dan broker takaful serta penasihat kewangan kepada OPK untuk penyelesaian. Pertikaian yang difailkan melalui OPK hendaklah tidak melebihi RM250,000. Had yang lebih rendah terpakai bagi pertikaian mengenai tuntutan insurans motor bagi kerosakan harta pihak ketiga dan urus niaga tanpa kebenaran yang melibatkan instrumen pembayaran dan saluran pembayaran. Maklumat lanjut mengenai pertikaian yang layak yang termasuk dalam skim ombudsman kewangan dan prosedur untuk mengemukakan pertikaian dalam skim ombudsman kewangan boleh didapati di laman sesawang Ombudsman Perkhidmatan Kewangan di www.ofs.org.my. Orang ramai juga boleh menghubungi OPK atau datang semasa waktu pejabat (8.30 pagi hingga 5.30 petang, hari Isnin hingga Jumaat). Alamat: Tingkat 14, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Telefon dan Faks: Tel: 03 2272 2811 Faks: 03 2272 1577 E-mel: [email protected] Sumber : www.bnm.gov.my “OPK berperanan sebagai mekanisme bantuan penyelesaian yang bebas dengan formaliti yang minimum ...” “Pengguna kewangan boleh merujuk pertikaian yang layak yang melibatkan bank, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi kewangan pembangunan, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan, broker insurans dan broker takaful ...” CFS OMBUDSMAN FOR FINANCIAL SERVICES OMBUDSMAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ALTERNATIVE AVENUE FOR FINANCIAL DISPUTE RESOLUTION The primary mandate of the Ombudsman for Financial Services (OFS) is to settle disputes between you and our Members who are financial service providers licensed or approved by Bank Negara Malaysia. We are independent, impartial and effective in resolving financial disputes. Our sen/ices are provided free of charge. SALURAN ALTEIU\IATIF UN TUK PENYELESAIAN PERTIKAIAN KEWANGAN Mandat utama Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) adalah untuk menyelesaikan pertikaian kewangan di antara anda dan Anggota kami yang merupakan penyedia perkhidmatan kewangan yang dilesenkan atau diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami menyelesaikan pertikaian kewangan secara bebas, saksama dan efektif. Perkhidmatan kami disediakan secara percuma. ‘K For more information, please contact Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ombudsman for Financial Services (664393P) (Formerly known as Financial Mediation Bureau) Level 14, Main Block, Tel: 603 2272 2811 Menara Takaful Malaysia, Fax: 603 2272 1577 No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, Email: [email protected] 50000 Kuala Lumpur Website: www.ofs.org.my a_u>a_n_z m:o_u:u_uu:_ m:_v_:um u_..:u_m_ no :o_un_uonu< .m<><m w za omo_ cmv:mQmEwE 95> _mc_c:3 __o ...mEm._om Emomm .m_ocm u._m__o o Z_n_ cmxx:mmEmE cmmcm_o m_ocm 228 #520 _o§ cmxmcsmmcmrc m_:E cw_on m_oc< M .._mxm.._m._ .mUcm. _om.x E3_mmcmQ cw_o cmv__\_wQ__o mcm> cmcmxm 3 _u.:v__mcwE cmmcwv m_ocm Bacon 3% _o@_ xacs y_m__o m Z_n_ £__n_ N :3_m:m._ .3cwt3 509:3 Bmsm mmo_m_wm cmxmc:m__o cm_oo_ v_m_o: mbcm mEm_ 2920 _o§ mcEwx mtmE-mtmm cmmcmb fl mbcm 2990 _o@_ cmv:_§< _.:mxm:m._ .pmxm_o_3 mcm.> m_ocm xcmg cmmcmimo tmb m>c__o_EmmcmE v_3c: _mc:Q:£_o cmxm m_ocm 39m .m_ocm m_omo_3_ :\_m.r_m.Q Z_n_ to_m_o .02 :8.cmcmcmE cmxm mbcm Umx \_m5_mmcwn_ §<§_._ .23 .__§ :35. .m<><m_ .w Z_n_ omo_ cmv:mo_m.EoE mcm> _omx cP_m>mQEmQ _mc_E$u. _U .u.mEm_om Emumm .m_ocm 36 m Z_n_ cmv_x:mm.EmE cmmcw_o mvcm Emcmp u__ow§ Umx cmxm.c:mmcwE m_:E £202 m_oc< n :mxm:m._ .m_ocm Umx \_m:_mmcwQ ;w_o cmvEwQ__o 95> cmgmtm ::v___mcwE cmmcw_o m_ocm Emgmn tom: max x3c: tm__o o Z_n_ £__n_ N :mxm:m._ .m_ocm 228 Z_n_ Sow} _o§ mE:wcwE m_o:m mmQw_wm cm_:n M _@m_ cmxmc:m__o cw_og xmbs mbcm <_m><._<<< Z_ 9.240 “.0 ZO_H<_UOmm( MI... <_n><._<.2 4)~<:—<fi_ 1248. 1245 z<DP<W.¢NA_ >E.Eou.>mn__o:m:_n.>>>>>> ...mEm_wm :52 95> :96 © Z_n_ m_omo_wv_ \_mv_:H .c_Em._:9. £99 _c_x m._ocm _om.x c.BmEm.__wmwx ..._m__o © m.>cm; cmmcwo .m_ocm _m>mQEQ cm_o Eu .:Qw_o u__om§ _omx m.:Emm x3c: Z_n_ cm.x_mcwv:mQEmZ =2: e z_._ 252: mEm_ cmmcfimbcmp :_ow§ _omv_ mcmfix m.tmE-mtwm cmmco_o fi m_ocm Sow; U2 cmv:_§< _. e_5_m:m._ .3:mr_mQ Umx cmmcw_o cmv_mtwm__o mcm> cmcmcm 3v: m__m uspwflmu. Umx .wE:wcwE m_ocm m__Qmo_< .w_oN SEE tcxm E3_®Q®m mbcm mvmqmx \:Ecmr___o cmxm m._ocm Emcmn Z_n_ Eomzx _omx BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang a un lebih bijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini ha|—ha| kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. V4 . 5 1 A’ MyBNM BNM MyL|NK l\/|yTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketahui ciri—ciri dan pengumuman yang rnengnubungkan belanjawan untuk keselarnatan penting terkini mengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk ha|—ha| kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kevvangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi ruman asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara berhemat kepada pengguna mendapatkan nasinat untuk mencapai berhubung dengan dan mernbuat aduan. matlamat kevvangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris secara PERCUMA. . APP 5"°“’-
Public Notice
17 Nov 2016
List of Onshore Banks in Malaysia
https://www.bnm.gov.my/-/list-of-onshore-banks-in-malaysia
null
null
Reading: List of Onshore Banks in Malaysia Share: 29 List of Onshore Banks in Malaysia Release Date: 17 Nov 2016 No.  Name 1 Affin Bank Berhad 2 Alliance Bank Malaysia Berhad 3 AmBank (M) Berhad 4 BNP Paribas Malaysia Berhad 5 Bangkok Bank Berhad 6 Bank of America Malaysia Berhad 7 Bank of China (Malaysia) Berhad 8 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad 9 CIMB Bank Berhad 10 Citibank Berhad 11 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad 12 HSBC Bank Malaysia Berhad 13 Hong Leong Bank Berhad 14 India International Bank (Malaysia) Berhad 15 Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad 16 J.P. Morgan Chase Bank Berhad 17 Malayan Banking Berhad 18 Mizuho Bank (Malaysia) Berhad 19 National Bank of Abu Dhabi Malaysia Berhad 20 OCBC Bank (Malaysia) Berhad 21 Public Bank Berhad 22 RHB Bank Berhad 23 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 24 Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad 25 The Bank of Nova Scotia Berhad 26 The Royal Bank of Scotland Berhad 27 United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. 28 Affin Islamic Bank Berhad 29 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad 30 Alliance Islamic Bank Berhad 31 AmBank Islamic Berhad 32 Asian Finance Bank Berhad 33 Bank Islam Malaysia Berhad 34 Bank Muamalat Malaysia Berhad 35 CIMB Islamic Bank Berhad 36 HSBC Amanah Malaysia Berhad 37 Hong Leong Islamic Bank Berhad 38 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad 39 Maybank Islamic Berhad 40 OCBC Al-Amin Bank Berhad 41 Public Islamic Bank Berhad 42 RHB Islamic Bank Berhad 43 Standard Chartered Saadiq Berhad 44 Affin Hwang Investment Bank Berhad 45 Alliance Investment Bank Berhad 46 AmInvestment Bank Berhad 47 CIMB Investment Bank Berhad 48 Hong Leong Investment Bank Berhad 49 KAF Investment Bank Berhad 50 Kenanga Investment Bank Berhad 51 MIMB Investment Bank Berhad 52 Maybank Investment Bank Berhad 53 Public Investment Bank Berhad 54 RHB Investment Bank Berhad 55 Al Rajhi Banking & Investment Corporation 56 Deutsche Bank Aktiengesellschaft 57 PT Bank Muamalat Indonesia, Tbk © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
11 Nov 2016
Design Competition for Commemorative Coins 2017
https://www.bnm.gov.my/-/design-competition-for-commemorative-coins-2017
null
null
Reading: Design Competition for Commemorative Coins 2017 Share: Design Competition for Commemorative Coins 2017 Release Date: 11 Nov 2016 Bank Negara Malaysia will be organising a design competition for commemorative coins to be issued for three events in 2017. This competition is open to university students and local designers. The duration of the competition is from 17 November 2016 to 11.00 a.m., 22 December 2016. Winning prizes for top two designs for each event are RM10,000 and RM5,000 respectively. For more information, interested participants are welcomed to attend a briefing session, which will be held twice, as follows: Date : 16 and 17 November 2016 Time : 2.30 pm Venue : Multipurpose Hall, Lanai Kijang, No 2, Jalan Berjasa, 50480 Kuala Lumpur. Walk-in participants are strictly not allowed. Thus, kindly contact the following officers to pre-register your attendance: En. Fahmi at 03-26988044 ext 8899 [email protected]); En. Zainal at 03-26988044 ext 8458 ([email protected]). For further inquiries, please contact En. Rozaiman Mansor at 03-2698 8044 ext. 7307 ([email protected]); Cik Shangari Subramaniam at 03-2698 8044 ext. 8994;     ([email protected]); En. Mohd Noor Fahmi Abbas 03-26988044 ext. 8899       ([email protected]). © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
31 Okt 2016
Exposure Draft on Code of Conduct for Malaysia Wholesale Financial Markets
https://www.bnm.gov.my/-/exposure-draft-on-code-of-conduct-for-malaysia-wholesale-financial-markets
null
null
null
null
null
28 Okt 2016
Concept Paper on Direct Distribution Channels for Pure Protection Products
https://www.bnm.gov.my/-/concept-paper-on-direct-distribution-channels-for-pure-protection-products
null
null
null
null
null
28 Okt 2016
Change to PIN-based payment cards for more secure payment transactions
https://www.bnm.gov.my/-/change-to-pin-based-payment-cards-for-more-secure-payment-transactions
null
null
null
null
null
26 Okt 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran September 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-september-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed77+Sep+2016+v9.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-september-2016-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran September 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran September 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 26 Okt 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah Melabur Dalam Skim Yang Tidak Dilesenkan Antara topik lain yang menarik termasuk : 4 Empat Aplikasi Kewangan Yang Anda Patut Ada Perbezaan Simpanan Shariah dan Konvensional Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pelancongan dan Percutian mencatat aduan kelima tertinggi Ketahui Hak Anda Sebelum Penerbangan RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Isu -September/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
R A K A N K E W A N G A N A N D A 4 Aplikasi Kewangan Yang Anda Patut Ada Pelancongan dan Percutian Mencatat Aduan Kelima Tertinggi Kenali Perbankan Islam Anda : Kad Kredit Islamik Bermula 1 Julai 2017, semua kad kredit, debit dan caj akan menggunakan konsep “Pin & Bayar” menggantikan penggunaan tandatangan E D I S I SEPT 2 0 1 6 Melabur Dalam Skim Yang Tidak Dilesenkan 2 | RINGGIT Mutakhir ini, terdapat pelbagai tawaran skim pelaburan. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dan maklumat tentang pelaburan, anda akan mudah tertipu dan terus melabur tanpa usul periksa. Berikut adalah tiga jenis skim yang dikategorikan sebagai skim yang tidak dilesenkan:- 1. Skim yang berniat untuk menipu pelabur Pulangan pelaburan yang ditawarkan adalah melebihi kadar pasaran yang sedia ada, dan kadar pulangan luar biasa tingginya, bersifat tetap dan menjamin pulangan wang pelaburan. Untuk mengaburi mata pelabur dan menyulitkan penyemakan butir-butir syarikat, laman sesawang atau syarikat menggunakan nama yang tidak pernah didengar sebelum ini, atau ia baru sahaja ditubuhkan. Kandungan laman sesawang dan maklumat yang dipaparkan sering bersifat antarabangsa dan kononnya membabitkan pelaburan di luar Negara. Sebaliknya, wang anda tidak dilaburkan di mana-mana skim pelaburan, melainkan ke dalam poket penganjur skim. Sebahagian wang pelaburan yang dikutip akan digunakan untuk membayar dividen pelabur sebelumnya, dan sudah pastinya skim ini akan terkandas apabila pengendali gagal mendapat pelabur-pelabur baharu. Laman sesawang, media sosial serta aplikasi telefon mudah alih (seperti SMS dan WhatsApp) sering digunakan untuk mempromosi skim sedemikian. 2. Skim penipuan yang menggunakan nama bank atau syarikat tempatan yang dilesenkan Ada antara skim pelaburan penipuan seperti ini yang menggunakan nama bank atau syarikat yang dilesenkan tanpa mendapat keizinan mereka, untuk menjalankan urusan pelaburan bagi memperdayakan pelabur. Juga dinyatakan nama individu serta organisasi tertentu yang menyokong atau turut serta dalam skim yang ditawarkan. Justeru, adalah penting agar pelabur memastikan yang akaun dibuka atas nama mereka di bank atau syarikat berlesen itu, serta mendapat resit rasmi bayaran dan salinan borang ketika membuka akaun. Pelabur juga dinasihatkan agar menghubungi talian rasmi bank atau Melabur Dalam Skim Yang Tidak Dilesenkan “Untuk mengaburi mata pelabur dan menyulitkan penyemakan butir-butir syarikat, laman sesawang atau syarikat menggunakan nama yang tidak pernah didengar sebelum ini, atau ia baru sahaja ditubuhkan.” SEPT 2016 | 3 syarikat berlesen terbabit untuk mendapatkan kepastian berkenaan skim yang ditawarkan, kerana resit atau penyata boleh dipalsukan. Selain itu, anda juga boleh menyemak dengan agensi pengawal selia sekiranya penganjur skim mengemukakan surat kelulusan atau lesen, kerana dokumen ini juga boleh dipalsukan menggunakan peralatan IT. 3. Individu atau syarikat yang mempunyai kepakaran dalam industri kewangan, tetapi tidak mempunyai lesen untuk memberi khidmat pelaburan Syarikat atau individu biasanya akan merujuk kepada kelayakan mereka, anugerah yang dimenangi atau keahlian dalam persatuan tertentu bagi menunjukkan kelayakan mereka dalam bidang kewangan. Namun Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang : www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang : www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. “Untuk mengaburi mata pelabur dan menyulitkan penyemakan butir-butir syarikat, laman sesawang atau syarikat menggunakan nama yang tidak pernah didengar sebelum ini, atau ia baru sahaja ditubuhkan.” 4 | RINGGIT begitu, syarikat atau individu itu perlu memegang lesen yang tertentu bagi setiap khidmat pelaburan yang ditawarkan kepada orang awam. Sebagai contoh, hanya wakil perancangan kewangan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dibenarkan untuk menggelar diri mereka sebagai perancang kewangan dan boleh menawarkan perkhidmatan perancangan kewangan. Adalah penting agar pelabur mendapat perkhidmatan perancangan kewangan yang menawarkan pelan kewangan yang tidak berat sebelah serta benar-benar menepati keperluan dan matlamat pelaburan mereka. Sebagai pelabur bijak, anda hendaklah sentiasa berwaspada dan mengambil langkah wajar sebelum mengambil keputusan sama ada untuk melabur ataupun tidak. Antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan merujuk kepada agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti, dan memuat turun aplikasi mudah alih, seperti InvestSmart, yang boleh diperoleh secara percuma dari App Store dan Google Play. Pelabur juga perlu menyemak status wakil perancangan kewangan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dengan melayari www.sc.com.my. Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia “Sebagai pelabur bijak, anda hendaklah sentiasa berwaspada ...” “.... adalah penting agar pelabur memastikan yang akaun dibuka atas nama mereka di bank atau syarikat berlesen itu, serta mendapat resit rasmi bayaran dan salinan borang ketika membuka akaun.” SEPT 2016 | 5 Empat Aplikasi Kewangan Yang Anda Patut Ada Anda sentiasa menyediakan belanjawan dengan niat untuk berjimat, tetapi sering kali terlupa untuk membuat rekod dan akhirnya berbelanja lebih daripada sepatutnya. Jika anda sering berada dalam situasi tersebut, berikut adalah senarai aplikasi kewangan yang boleh membantu anda dalam menguruskan kewangan anda dengan lebih mudah! Tidak kira aplikasi apa yang anda gunakan, anda akan memperoleh kemudahan untuk mematuhi bajet anda di hujung jari! Semua aplikasi ini juga adalah percuma! 1. MyTabung MyTabung ialah aplikasi yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia untuk pengguna bagi memantau belanjawan, merancang dan menguruskan kewangan peribadi anda atau is i rumah secara berhemat untuk mencapai matlamat kewangan. Aplikasi MyTabung juga turut memberi tip-tip dan nasihat kewangan kepada pengguna untuk menguruskan kewangan secara berhemat. Nota: Aplikasi ini hanya untuk Android dan iOS sahaja. 2. MoneyWise Jika anda ingin mengetahui perkembangan yang jelas tentang perbelanjaan anda, aplikasi ini menawarkan fungsi graf bagi perbelanjaan anda dengan pelbagai kategori yang anda boleh tentukan. Ini memudahkan anda untuk melakukan perbandingan perbelanjaan sepanjang bulan. Aplikasi ini turut menawarkan khidmat ‘backup’ untuk Dropbox atau akaun e-mel anda. Nota: aplikasi ini hanya untuk Android sahaja 3. Toshl Finance To s h l b u k a n s a h a j a membantu anda untuk menjejak perkembangan perbelanjaan anda, ia juga mempunyai fungsi untuk membantu anda ketika melancong dengan senarai tukaran mata wang. Aplikasi ini turut mempunyai versi laman sesawang. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang kehilangan data anda. Nota: Aplikasi ini hanya untuk Android dan iOS sahaja. 4. Goodbudget Dahulu dikenali sebagai Easy Envelope Budget Aid (EEBA), merupakan aplikasi pengurusan kewangan yang menawarkan fungsi sandaran dalam talian. Sekiranya anda tercicir telefon, maka anda tidak a ka n ke h i l a n ga n d ata perbelanjaan anda. Aplikasi ini juga mempunyai fungsi peringatan tentang trend perbelanjaan anda. Jadi jika perbelanjaan anda bagus, anda akan menerima mesej galakan. Begitu sebaliknya, anda akan menerima amaran. Nota: Aplikasi ini hanya untuk Android dan iOS sahaja. Sumber: www.CompareHero.my dan www.bnm.gov.my 4 6 | RINGGIT Bermula 1 July 2017, semua kad kredit, debit dan caj akan menggunakan konsep “Pin & Bayar” menggantikan penggunaan tandatangan Sebarang transaksi bernilai kurang dari RM 250, pelanggan boleh menggunakan kemudahan “paywave” Sesetengah bank menawarkan “Cash Back” bagi penggunaan kad kredit Sesetengah bank menawarkan mata ganjaran yang boleh ditukarkan kepada hadiah lndividu berpendapatan kurang dari RM 36,000 setahun hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit KENALI PERBANKAN ISLAM ANDA KAD KREDIT ISLAMIK Soal jawab berkenaan kad kredit lslamik Fakta - fakta menarik kad kredit lslamik Hafizullah Ismail September 5 at 9 39am - Soalan: Salam Ustaz, saya ada dua kad kredit, satu konvensional dan satu lagi lslamik. Tapi sepanjang pengalaman menggunakan kad kredit lslamik, saya tak nampak mana elemen lslamiknya? Boleh ustaz tolong jelaskan? Jawapan: Memang ada perbezaan. Antaranya kad kredit lslamik tidak boleh digunakan untuk transaksi yang tidak bermoral dan bercanggah dengan nilai agama seperti urusan perjudian atau pembelian arak. Bank berhak membatalkan transaksi kad anda serta-merta sekiranya digunakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, ada bank yang memperkenalkan konsep menderma menggunakan mata kad kredit lslamik terkumpul untuk badan-badan kebajikan terpilih bagi kemudahan pelanggan yang ingin menderma. Meskipun Islam mengharuskan hutang, saya nasihatkan anda supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan kad kredit. Sejak 2010, hampir 25,000 rakyat Malaysia berumur bawah 35 tahun diisytihar muflis gara-gara hutang kad kredit. Like Comment Share Siti Nurul Ain Zakaria, Mohd Shah Shukree Salim and 3 others 4 Shares Write a reply ... Sirvishahlee Samsir Saya agak keliru, caj upah (ujrah) / keuntungan yang dikenakan bank-bank Islam tu bukan riba’ ke? Sesetengah bank mengenakan caj keuntungan (rate) sehingga 18%. Apa bezanya dengan “interest rate” atau riba’? Unlike Reply September 5 at 9:59am Hafizullah Ismail Upah bukan riba’. Bank-bank Islam mengenakan caj bayaran upah / keuntungan di atas perkhidmatan yang diberikan bagi mendahulukan bayaran untuk transaksi yang saudara lakukan. Perlu difahami bahawa “rate” itu satu alat (mekanisme untuk pengiraan). Jika digunakan untuk mengira kadar upah, ia halal. Kalau untuk mengira “interest” ia haram. Sama analoginya macam gelas. Gelas sejenis alat yang digunakan untuk minum. Minum 1 liter air halal, minum 1 liter arak haram. Like Reply September 15 at 10:10am Edited Disediakan oleh : Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia SEPT 2016 | 7 Perbezaan di antara Kad Debit, Kredit & Caj Pelaksanaan sebenar senario ini mungkin berbeza mengikut amalan setiap bank tetapi tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Kad Debit Kad Debit Kad Caj Definisi Kontrak/Konsep Shariah Contoh Operator Sistem Pembayaran Kad pembayaran di mana baki di dalam akaun simpanan atau semasa pengguna akan dikurangkan serta merta mengikut jumlah urus niaga Kad yang membenarkan pengguna berbelanja terlebih dahulu dan pengguna boleh membayar semula secara ansuran Penggunaan kad caj adalah sama seperti kad kredit, kecuali pengguna harus menjelaskan keseluruhan baki dalam penyata sebelum tarikh tamat tempoh Ujrah Qard, Tawarruq dan Ujrah Qard dan Ujrah Visa, Master atau Maestro Visa atau Master American Express atau Diners Club Wafi Ahmad Tapi yang saya kena caj lewat bayar tu apa pula? Unlike Reply September 5 at 10:07am Hafizullah Ismail Caj lewat bayar dikenakan oleh pihak bank bagi mendisiplinkan pelanggan membayar semula hutang mereka. Jika tidak dikenakan, terdapat pelanggan yang sengaja melewatkan atau mengelak dari membayar hutang. Saudara dikenakan caj lewat bayar sekiranya gagaI membayar baki minimum dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi kad kredit lslamik, uniknya, caj lewat bayar tersebut adalah tidak berkompaun (non-compounding). Bank-bank Islam hanya mengambil 1% dari amaun tertunggak (dengan nilai caj maksimum RM100) bagi menampung kos kerugian sebenar atas kelewatan pembayaran kad kredit. Baki selebihnya akan mereka salurkan kepada badan kebajikan. Like Reply September 5 at 10·20 am Lim Qian Pink Saya nak tanya Ustaz. Apa perbezaan antara “minimum amount” dan “outstanding balance” dalam penyata kad kredit saya? Unlike Reply September 5 at 10:08am Edited Hafizullah Ismail “Outstanding balance” atau baki tertunggak merujuk kepada jumlah terkini penggunaan kad kredit anda. Manakala “minimum amount” dikira berdasarkan 5% daripada jumlah “outstanding balance” yang perlu dijelaskan pelanggan setiap bulan. Saya beri contoh di bawah untuk memudahkan pemahaman saudara. Semakin lama masa diambil untuk menghabiskan bayaran “outstanding balance”, maka semakin banyaklah jumlah ujrah (caj upah) yang dikenakan oleh pihak bank. Write a reply ... Examples under different outstanding amount scenarios Outstanding balance (RM) Payment Total profit / ujrah charge (RM) Payment period (months) 3,000 5,000 10,000 Pay only minimum amount (RM150) RM1,055 4 years 8 months Pay RM250 RM333 1 year 3 months Pay only minimum amount (RM250) RM1,912 5 years 10 months Pay RM350 RM670 1 years 6 months Pay only minimum amount (RM500) RM4,055 7 years 5 months Pay RM600 RM1,594 1 years 9 months 8 | RINGGIT Perbezaan Simpanan Shariah dan Konvensional Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Menghadirkan diri ke mana-mana kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli. Bawa bersama MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia). Akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan. Tarikh Kuat Kuasa: Akan ditentukan oleh Lembaga KWSP Sumber KWSP | Infografik Bernama Cara Memohon Untuk Pendaftaran Simpanan Shariah Simpanan Shariah Simpanan Konvensional Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara. Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah. Berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum. Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Ahli tidak boleh membatalkan pilihannya untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa. Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Syariah yang diluluskan oleh KWSP. Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan prinsip Syariah. Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara. Tidak tertakluk kepada sebarang akad. Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah). Tidak tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah. Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal. Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). SEPT 2016 | 9 Penamatan keahlian turut menyumbang kepada 10.7% aduan terhadap sektor pelancongan dan percutian. Pengguna akan ditawarkan dengan kad keahlian oleh syarikat pelancongan. Kad keahlian ini membolehkan pengguna menikmati harga promosi untuk bercuti ke lokasi yang diinginkan. Aduan yang sering diterima oleh NCCC seperti pengadu diminta untuk membayar sejumlah wang kepada syarikat pelancongan, walaupun pengadu telah membatalkan keahlian, namun syarikat mendakwa maklumat pembatalan tidak tertera di dalam sistem. Hal ini menyebabkan nama pengadu telah disenarai hitam. Ini menunjukkan syarikat pelancongan tidak mengemas kini sistem pelanggan mereka. Hak Pengguna Pada 1 Mac 2016, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. Penubuhan MAVCOM bertujuan untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan di Malaysia. MAVCOM telah mengumumkan penguatkuasaan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada Julai 2016 di mana hak-hak pengguna perkhidmatan pengangkutan udara jelas termaktub. Sebagai pengguna bijak, anda harus tahu apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda mempunyai masalah dengan syarikat penerbangan atau semasa berada di lapangan terbang. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Ruangan Bersama NCCC Pelancongan dan Percutian mencatat aduan kelima tertinggi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah melaporkan jumlah aduan bagi sektor pelancongan dan percutian yang diterima pada tahun 2015 adalah sebanyak 3,468 aduan, dengan anggaran kerugian melebihi RM13.3 juta. Tiga jenis aduan yang tertinggi melibatkan pembatalan tiket penerbangan (17.6%), tempahan tiket secara dalam talian (12.1%) dan penamatan keahlian (10.7%). Sektor pelancongan dan percutian adalah sektor yang sangat popular kerana kebanyakan pengguna akan membelanjakan wang untuk perjalanan dan percutian keluarga. Aduan terhadap pembatalan tiket penerbangan (17.6%) yang sering diterima adalah pembatalan yang dibuat pada saat akhir oleh syarikat penerbangan. Hal ini menyukarkan penumpang yang telah mempunyai jadual kerja, seperti mesyuarat penting yang perlu dihadiri. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa menempah tiket penerbangan lain untuk sampai ke destinasi yang dituju. Kebanyakan dasar syarikat-syarikat penerbangan hanya memberi tiket penerbangan pada waktu dan masa yang baharu dan tidak membayar pampasan bagi kerugian yang ditanggung oleh penumpang. Begitu juga aduan tempahan tiket secara dalam talian (12.1%). Kes ini meningkat sebanyak 4.8% berbanding pada tahun 2014. Kelemahan sistem secara dalam talian oleh syarikat penerbangan menyukarkan pengguna. Akibat daripada gangguan talian, pengguna terpaksa membuat tempahan berulang-ulang dan dikenakan caj berganda. Lebih malang lagi sekiranya tempahan dibuat dengan menggunakan kad kredit. Jenis-jenis aduan yang diterima oleh pihak NCCC pada tahun 2015 KETAHUI HAK ANDA SEBELUM PENERBANGAN www.mavcom.my/pengguna © Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2016. Hak Cipta Terpelihara. • Contoh-contoh pampasan adalah dalam bentuk makanan, akses internet, penginapan, pengangkutan, gantian penerbangan atau pemulangan wang tunai. Sila rujuk Kod Perlindungan Pengguna - Jadual Satu di laman web kami (www.mavcom.my) untuk butiran lanjut 5 perkara yang perlu dilakukan sebelum anda terbang þ Periksa status perjalanan anda. Bagi rakyat Malaysia, sila lawati http://sspi2.imi.gov.my/ þ Ambil gambar dokumen perjalanan sebagai salinan digital di dalam telefon anda dan pastikan pasport anda masih sah laku dalam tempoh 6 bulan atau lebih. þ Jangan letakkan barangan berharga seperti wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting di dalam beg yang anda periksa masuk. þ Ambil gambar beg anda sebagai rujukan seandainya ia hilang dan letakkan butiran hubungan atau kad perniagaan dalam beg anda. þ Sertakan butiran anda semasa membuat tempahan untuk memastikan anda menerima maklumat terkini mengenai sebarang perubahan penerbangan. Harga Tiket Apabila membeli tiket penerbangan, anda sepatutnya diberi maklumat mengenai kos tiket sepenuhnya, butiran syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan anda, sebarang perubahan pada butiran penerbangan serta terma dan syarat penuh (T&C). Sila semak T&C tiket anda. Tuntutan dan Pampasan * Jika beg atau peralatan bantu mobiliti anda tidak sampai dalam penerbangan yang sama atau hilang atau rosak, anda boleh menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan anda. Larangan Menaiki Pesawat * Anda berhak menerima pampasan jika anda dilarang menaiki pesawat. Penundaan dan Pembatalan Penerbangan * Anda sepatutnya diberi pampasan jika penerbangan anda mengalami penangguhan melebihi tempoh 2 jam atau jika penerbangan anda dibatalkan. Orang Kurang Upaya Syarikat penerbangan hendaklah menyediakan bantuan bermula dari masa anda tiba di lapangan terbang sehinggalah pelepasan. Sila maklumkan keperluan anda kepada syarikat penerbangan anda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum pelepasan. Kaedah untuk membuat aduan: Langkah 1: Hubungi syarikat penerbangan / operator lapangan terbang jika anda mengalami sebarang isu seperti di atas. Langkah 2: Jika aduan anda tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh aduan asal anda, sila kemukakan aduan di http://www.mavcom.my/bm/pengguna/buat-aduan/ Caj-caj Penerbangan Harga tiket tidak boleh dinaikkan setelah pembayaran dibuat dan syarikat penerbangan tidak boleh menambah sebarang perkhidmatan tambahan secara automatik kepada harga tiket tanpa pengetahuan anda. Anda sepatutnya diberi pilihan untuk menambah perkhidmatan tambahan (‘opt-in’) dan bukannya memilih keluar (‘opt-out’). Sila se- mak pilihan perkhidmatan anda sebelum membuat bayaran. a_m>s_sZ m:o_u:u_um:_ ufixcam u_F_a_m_ mo :o_un_uomm< _m<><m w Z_n_ omo_ cmvtmo_mEwE _mcm.> _mc_C:wu __o umccm_mm Emowm .m_ocm :m__o w Z_n_ cm.xx:mmEoE cmmcwb m_o:m E28 3% _o§ c9_mc:mmcmE m_:E ;w_oo_ m_oc< M .._5_m:a._ .m_o:m _omx 5:60:00. cm_o cmx:mQ__o mag cm;m._m _5x_mcmE cmmcm_o m_ocm Bacon u._Qm_o _o§ v_3:: gas m Z_n_ £__n_ N :mxm:m._ jucwtmu. LOQEB _.:.m:m mmo_m_wm cmxmcsmzo L203 Eon Eocm mEm._ 3% _98_ mcfimx mtmE-mtmm cmmcwb fl m_ocm Ems sax cmv¢_§< _. smxmcma ...mxmU\_3 98> m_ocm xcmn cmmcm>>mo _\_m._o m>c__o_EmmcoE VSE3 _mc:Q:£_o cmxm mbcm 33¢ .m_o:m. 2083 Emfimg Z_n_ 2290 sex :Bcmr_mcmE cmxm m_ocm Umx ._m:_mmcwn_ ~_<><m<~E .23 .__§ .__es_ .w_<><m_ M. Z_n_ omo_ cmv:mQmE¢E 95> _omx cEm>mo_Ewo_ _mc_c:3 __o umEm._mm Emowm .mUcm u_m__o w Z_n_ cmv_x3mmEmE cmmcwb m_ocm Emcmg :_ow§ _omx cmxm.c:mmcmE m._:E r_m_on m_oc< M :5_m:m._ .m_ocm _omx \_..u.:_om:mo_ cw_o cmvEmQ_U mag cmcmcm. 3 :3__mcwE cmmcw_o m_ocm Emcmg u.__ow§ _o$_ x3§ :96 m Z_n_ £__n_ N .._mxm:m._ .m_ocm E28 Z_n_ H_Uw§ _o§ mE_LwcwE m_ocm mmo_w_wm cm_:Q M _mm_ cmv._mc:m__o cw_oQ v_m_o_u. m_ocm <_m><._<<< Z_ mv_Z<m m0 Z0:/\_UOmm< MIP <_W>4«|_<<< <<<:_d«A_ v_Z<n_ .v_Z<n_ z<DF<W.KNA >E.Eou.>mo__u:m:_n_.>>2:,> pmEm_mm £99 95> :m__o © Z_n_ m_omo_9_ \_mx:._. _c_Em.:3 £29 E2 m._ocm _omx cBmEm_mmmx u_m__o m m>cm: cmmcmo .m_ocm \_m>mQ$o_ cm._o Eu EDGE q._Um§ _omx msccwm VSE: Z_n_ cmx_mcmv:wo_Em_>_ :2; m. 2: =52: mEm._ cmmcflmbcfl tum; Umx mcm$x mtmE-mtwm cmmcmb E mbcm tum} _o$_ cmv_u__§< — :mxm:m._ .Em;mQ _omx cmmcm_o cmxmtwmzo mcm> cmcmfi Ev: m.__m usnmflmz _omx mE:wcmE m_ocm m__QmQ< .©_oN cscmu _Exm E:_wnwm m_o:m. mbmqmx LBcm£_o cmxm m_ocm. E28 Z_n_ t_om§ cox BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebin loijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini nal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan MyTabung mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. N‘ , 5 . . ‘ I A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini rnengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kewangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi rurnan asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernemat kepada pengguna mendapatkan nasihat untuk mencapai berhubung dengan dan rnembuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris \ G 1/ I secara PERCUMA. . App Store 7 . O08 C '0 ay
Public Notice
21 Okt 2016
Muat Turun Ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia
https://www.bnm.gov.my/-/muat-turun-ucapan-bajet-2017-oleh-perdana-menteri-malaysia
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761691/TouchPoints_Bajet_2017bm.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761691/Ucapan_Bajet_2017.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/muat-turun-ucapan-bajet-2017-oleh-perdana-menteri-malaysia&languageId=ms_MY
Reading: Muat Turun Ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia Share: Muat Turun Ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia Tarikh Siaran: 21 Okt 2016 Ucapan Bajet Tahun 2017 dari YAB Dato' Sri Mohd. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri. Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun. Ucapan Bajet Tahun 2017 Intipati Bajet 2017 © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
PowerPoint Presentation BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BAJET 2017 “MENJAMIN PERPADUAN & PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH” TOUCHPOINTS BAJET 2017 2 2 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PRESTASI EKONOMI 2017 PERUNTUKAN BAJET 2017: RM262.8 BILION TAHUN 2016 2017 KDNK 4.0% – 4.5% 4.0% – 5.0% Defisit Fiskal 3.1% 3.0% Hasil Kerajaan Persekutuan RM212,595 juta RM219,726 juta BELANJA MENGURUS BELANJA PEMBANGUNAN SIMPANAN LUAR JANGKA RM 214.8 bilion RM 46 bilion RM 2 bilion PROJEK RAKYAT-CENTRIC 1. Memasang 97,000 lampu jalan & 3,000 lampu LED di 7,500 kampung (RM100 juta) 2. Membina & menaik taraf 616 km jalan kampung & jambatan (RM1.2 bilion) 3. Menyelenggara jalan negeri di bawah MARRIS (RM4.6 bilion) 4. Membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang & daif & penempatan Orang Asli (RM350 juta) 5. Bekalan air bersih kepada 5,200 rumah & menaiktaraf bekalan air FELDA (RM732 juta) 6. Mengatasi isu bekalan air: Rancangan Bekalan Air Negeri (RM665 juta) 7. Mewujudkan Tabung Bekalan Air (RM500 juta) 8. Bekalan elektrik luar bandar kepada 10,000 rumah (RM460 juta) 9. Membaik pulih fasiliti kawasan flat & Program Perumahan Rakyat (PPR) menerusi Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (RM300 juta) 10. Melaksanakan Projek Mesra Rakyat (RM800 juta) 11. Meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir (RM495 juta) TOUCHPOINTS BAJET 2017 3 3 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MENINGKATKAN PEMILIKAN RUMAH 12. Membina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000 – RM50,000 per unit (RM200 juta) - Kerajaan membiayai RM20 ribu dan baki dibayar secara ansuran oleh pemilik 13. Membina 9,850 unit baharu & menyiapkan 11,250 unit rumah PPR (RM710 juta) 14. Membina 30,000 unit rumah di atas tanah Kerajaan di lokasi strategik pada harga RM150,000 – RM300,000 15. Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran 16. Membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat SPNB dengan subsidi pada RM20,000 per unit (RM200 juta) 17. Skim step-up end-financing khas rumah PR1MA, dengan kerjasama Bank Negara, KWSP & bank 18. Pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan untuk pembelian rumah pertama dalam tempoh 1 Januari 2017 - 31 Disember 2018 19. Pembangunan infrastruktur Rumah Generasi Kedua: - FELDA (RM200 juta), FELCRA (RM100 juta) & RISDA (RM100 juta) MENJANA PENDAPATAN RAKYAT 20. Memperluas Program MySuria bagi 1,600 rumah di seluruh negara (RM45 juta) 21. Memperluas Program Mobilepreneur untuk 3,000 peserta (RM30 juta) 22. Melaksana Program Agropreneur untuk 3,000 usahawan muda (RM100 juta) 23. Menggiatkan Program eUsahawan & eRezeki untuk 300,000 peserta (RM100 juta) 24. Menggalak B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu ride-sharing seperti UBER. Bagi yang tiada kenderaan, pendahuluan boleh dibayar menggunakan BR1M & rebat sehingga RM4,000 bagi membeli Proton Iriz Nilai Rumah (RM) Pengecualian Duti Setem < 300,000 100% 300,000 – 500,000 100% kepada RM300,000 pertama, manakala selebihnya pada kadar semasa 2% (ad valorem) TOUCHPOINTS BAJET 2017 4 4 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SUBSIDI dan INSENTIF (RM10 bilion) 25. Pesawah padi (RM1.3 bilion) termasuk subsidi harga, subsidi benih, subsidi baja 26. Pekebun Kecil Getah: • Insentif Pengeluaran Getah (RM250 juta) • Bantuan Musim Tengkujuh RM200 sebulan untuk 3 bulan kepada 440,000 pekebun kecil/penoreh (RM260 juta) 27. Elaun sara hidup nelayan RM200 – RM300 sebulan kepada 57,000 nelayan (RM250 juta) 28. Subsidi gas memasak (RM1.6 bilion) 29. Subsidi bil elektrik (RM124 juta) BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (RM6.8 bilion) 30. Menaikkan kadar BR1M memanfaatkan 7 juta penerima MEMPERKASA PROGRAM TVET (RM 4.6 bilion) 31. Mengubahsuai 9 kampus IPG kepada Politeknik & Kolej Vokasional, termasuk sebuah sebagai pusat latihan tenaga pengajar TVET (RM400 juta) 32. Menaiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET (RM270 juta) 33. Dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM360 juta) 34. Melanjutkan potongan cukai 2 kali bagi Structured Internship Programme sehingga tahun taksiran 2019 bagi ijazah sarjana muda, diploma & pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET 35. Geran padanan kepada institusi TVET yang mendapat sumbangan peralatan daripada industri Kategori Pendapatan Bajet 2017 Isi Rumah e–Kasih RM1,200 (2016: RM1,050) <RM3,000 RM1,200 (2016: RM1,000) RM3,001 – RM4,000 RM900 (2016: RM800) Individu Bujang RM2,000 ke bawah RM450 (2016: RM400) TOUCHPOINTS BAJET 2017 5 5 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA TENAGA KERJA 36. Meningkatkan kebolehpasaran graduan – meluaskan Program SL1M untuk 20,000 graduan (RM50 juta) 37. Penubuhan Malaysian Bureau of Labour Statistics PELEPASAN CUKAI GAYA HIDUP 38. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 (digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup) bagi pembelian: • Bahan bacaan, komputer, peralatan sukan, surat khabar bercetak, smartphone & tablet, langganan internet & bayaran keahlian gimnasium MENERUSKAN STRATEGI LAUTAN BIRU NASIONAL (RM140 juta) 39. Membina 4 Urban Transformation Centre (UTC) – Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang & Selangor 40. Membina 3 Rural Transformation Centre (RTC) – Selangor, Sabah & Sarawak 41. Menyediakan Job Centre di setiap UTC bagi job matching 42. Menambah 4 bas Mobile CTC untuk kawasan pedalaman 43. Melaksanakan inisiatif NBOS: Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional, Global Entrepreneurship Community 2 MENGUKUHKAN KEMAMPANAN FISKAL 44. Menubuhkan Collection Intelligence Arrangement - meningkatkan kecekapan kutipan hasil & pematuhan cukai 45. Menaikkan kadar duti setem kepada 4% bagi surat cara pindah milik hartanah melebihi RM1 juta mulai 1 Januari 2018 TOUCHPOINTS BAJET 2017 6 6 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PEMBANGUNAN SUKAN 46. Penganjuran Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 (RM450 juta) 47. Pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang (RM50 juta) 48. Bina & naiktaraf Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia & Kompleks Sukan Komuniti (RM 122 juta) 49. Program Pembangunan Podium Sukan Elit (RM70 juta) 50. Program Penyediaan Atlet & Program Penyediaan Atlet Paralimpik (RM54 juta) MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN (RM25 bilion) 51. Membina & naik taraf hospital & Klinik Kesihatan 52. Menaik taraf kemudahan hospital termasuk peralatan rawatan kardiologi & pembelian 100 ambulan (RM536 juta) 53. Membiayai operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan & lebih 1,800 Klinik Desa (RM4.5 bilion) 54. Bekalan ubat, consumables, vaksin dan reagen (RM4 bilion) 55. Mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta & NGO: menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan bagi non-profit charitable hospital: (RM20 juta) 56. Bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang berkemampuan (RM70 juta) 57. Geran one-off RM200 ribu bagi membeli peralatan di pusat hemodialisis swasta baharu (RM40 juta) 58. Inisiatif pencegahan kawalan denggi & Zika serta meluaskan program Komuniti Sihat Perkasa Negara (RM80 juta) MENINGKATKAN PENGELUARAN MAKANAN DENGAN HARGA KOMPETITIF (RM1.3 bilion) 59. Membangunkan infrastruktur pertanian, saliran & pengairan, jalan ladang & pemasaran produk pertanian TOUCHPOINTS BAJET 2017 7 7 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 60. Melaksana program berimpak tinggi: estet padi, zon bersepadu akuakultur & ternakan ikan sangkar 61. Melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, membuka 4 MyFarmOutlet & menambah baik 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (RM140 juta) 62. Menggalakkan industri tenusu, madu kelulut & kelapa 63. Mengurangkan import makanan haiwan ternakan – tanaman jagung bijirin INSENTIF PEMANDU TEKSI 64. Menyediakan geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baharu & menawarkan permit teksi individu, memanfaatkan 12,000 pemandu teksi (RM60 juta) 65. Memperkenalkan Skim PERKESO untuk pemandu teksi individu berpendapatan <RM3,000 sebulan dengan geran pelancaran RM60 juta MERANGSANG PELABURAN SWASTA 66. Menaiktaraf & membina infrastruktur: Jalan Lok Kawi – Pengalat – Papar, di Sabah; Jalan Kampung Keruak – Gua Musang – Kuala Berang; Jambatan Batang Lupar, Sri Aman; Projek Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Sandakan 67. Pembangunan infrastruktur & sosio ekonomi di 5 koridor ekonomi (RM2.1 bilion) 68. Dana Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk sektor tumpuan (RM522 juta) TOUCHPOINTS BAJET 2017 8 8 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MEMPERGIAT PASARAN MODAL 69. Memperkenal Small & Mid-Cap PLC Research Scheme bagi penyelidikan ke atas 300 syarikat 70. Dana khas sehingga RM3 bilion daripada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan kepada syarikat berpotensi 71. Menubuhkan Institut Penyelidikan Pasaran Modal dengan pembiayaan RM75 juta melalui Capital Market Development Fund 72. Melanjutkan insentif percukaian kepada entiti Perbankan Islam dan Takaful yang menjalankan aktiviti matawang asing menerusi International Currency Business Unit ke tahun taksiran 2020: • Pengecualian cukai pendapatan • Pengecualian duti setem ke atas surat cara 73. Meningkatkan insentif Skim Persaraan Swasta (PRS) kepada RM1,000 secara one-off kepada pencarum PRS (RM165 juta) MEMPERTINGKAT EKSPORT 74. Tabung Promosi Eksport Negara untuk program galakan eksport PKS oleh MATRADE, MIDA dan SME Corp (RM130 juta) 75. EXIM Bank menyediakan pembiayaan RM200 juta & kemudahan kredit insurans dengan nilai perlindungan sehingga RM1 bilion kepada PKS. 76. Meningkatkan pengeluaran komoditi eksport sawit, getah, koko dan lada (RM286 juta) 77. Meningkatkan kualiti produk sawit, tanaman semula sawit & naik taraf jalan ladang (RM100 juta) MERANCAK SEKTOR PELANCONGAN 78. Meningkatkan promosi dan menambahbaik kemudahan pelancongan (RM400 juta): • Inisiatif clean air dan ecotourism • Kempen Tahun Melawat ASEAN@50 sempena ulang tahun Asean ke-50 & tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 TOUCHPOINTS BAJET 2017 9 9 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 79. Melanjutkan tempoh permohonan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan hotel bertaraf 4 dan 5 bintang baharu sehingga 31 Disember 2018 80. Menaikkan potongan cukai kepada RM700 ribu kepada sektor swasta yang menaja pertunjukan kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan dan luar negara. 81. Meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan. EKONOMI DIGITAL 82. MDEC melaksana program digital seperti ekosistem e-dagang & Digital Maker Movement (RM162 juta) 83. Pengenalan kategori lokasi baharu Hab Digital Malaysia bagi menikmati faedah MSC Bill of Guarantees termasuk galakan cukai serta memperkenalkan Digital Free Zone 84. Perkhidmatan jalur lebar talian tetap yang lebih kompetitif (kelajuan lebih tinggi pada harga yang sama) 85. Peningkatan kelajuan jalur lebar ethernet di universiti awam kepada maksimum 100 gigabit/saat 86. Meluas liputan dan kualiti jalur lebar sehingga 20 Mbps di seluruh negara (RM1 bilion) KEUSAHAWANAN 87. Tahun 2017 diisytihar sebagai Startup & SME Promotion Year 88. Melaksanakan program di bawah Pelan Induk PKS (RM75 juta) 89. Melanjutkan tempoh kesemua skim jaminan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sehingga tahun 2025 90. Memberi 2% rebat kadar faedah kepada peminjam PKS berorientasi eksport di bawah skim SJPP (terhad kepada jumlah pembiayaan terkumpul RM1 bilion) 91. Dana Skim Jaminan Modal Kerja untuk startups (RM200 juta) 92. Memperkenal kategori pas baru Usahawan Teknologi Asing Berpengetahuan Tinggi untuk menggalak pelaburan startups berteknologi tinggi 93. Merancakkan industri kreatif & perfileman (RM80 juta) • Film in Malaysia Incentive, Arts and Culture Revitalisation Agenda, Hab Content Creation FINAS di Sarawak & Sabah, Jawatankuasa Pengamal Seni TOUCHPOINTS BAJET 2017 10 10 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK & PRA SEKOLAH 94. Meneruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita program TABIKA & TASKA (RM140juta) 95. Menambahbaik pakej pemakanan bernutrisi harian : susu 250 ml, kismis dan telur, memanfaat 280,000 kanak-kanak (RM60 juta) 96. Meningkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah secara percuma di sekolah Kerajaan memanfaat 200,000 kanak-kanak (RM132 juta) PENDIDIKAN RENDAH DAN MENENGAH 97. Membangunkan semula 120 sekolah daif (30 Sabah & 30 Sarawak) menggunakan Industrialised Building System & menaiktaraf 1,800 makmal sains (RM570 juta) 98. Menyiapkan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baharu (RM478 juta) 99. Memperkukuh program penguasaan Bahasa Inggeris Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive (RM90 juta ringgit) 100. Pemberian tablet bantuan mengajar kepada 430,000 guru oleh SKMM (RM340 juta) 101. Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 ringgit kepada setiap pelajar dari keluarga berpendapatan < RM3,000, memanfaat 3.5 juta murid (RM350 juta) 102. Menyediakan Bantuan Makanan Asrama kepada 365,000 murid (RM1.1 bilion) 103. Meneruskan Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia sekolah rendah (RM300 juta) 104. Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Buku Teks dan Geran Per Kapita (RM1.1 bilion) 105. Menyediakan geran sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i kepada pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan 106. Menyediakan Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan kepada 67,000 murid & mengganti bas @ coaster bagi 21 sekolah berpendidikan khas (RM107 juta) 107. Menyedia Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyenggaraan Sekolah untuk senggaraan Sekolah Kebangsaan, SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, Sekolah Asrama Penuh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Pondok yang berdaftar dan MRSM (RM600 juta) TOUCHPOINTS BAJET 2017 11 11 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MEMPERKASA PENDIDIKAN TINGGI 108. Peruntukan kepada 20 universiti awam (RM7.4 bilion), antaranya: • 4 hospital universiti (RM1.4bn) • Memperkasa lima universiti penyelidikan (RM300 juta) • Dana penyelidikan kepada IPT (RM100 juta) 109. Menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar dengan nilai RM250 bagi pembelian buku, alat tulis, alatan komputer & akses internet memanfaat 1.3 juta pelajar (RM300 juta) 110. Meneruskan pemberian biasiswa (RM 4.3 bilion), melalui JPA (RM1.6 bilion), MARA (RM2 bilion), KPT (RM250 juta), KKM (RM208 juta), KPM (RM194 juta), KSM (RM28 juta), KBS (RM21 juta). 111. Diskaun bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik bermula dari 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017: • 15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh • 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran • 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL 112. Bantuan kepada keluarga miskin memanfaat 69,000 keluarga: • Bantuan Am sehingga RM300/bulan, Bantuan Kanak-kanak sehingga RM450/bulan 113. Bantuan sosio-ekonomi warga emas RM300/bulan memanfaat 120,000 warga emas 114. Menubuhkan 8 buah Pusat Aktiviti Warga Emas baharu 115. Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU): elaun pekerja; bantuan latihan kanak-kanak OKU; bantuan OKU tidak berupaya bekerja memanfaat 150,000 OKU (RM535 juta) 116. Pelepasan GST kepada OKU berdaftar bagi pembelian peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta serta peluasan skop pelepasan 117. Menaikkan elaun ketua kampung, pengerusi JKKK dan JKKKP, termasuk ketua di Kampung-Kampung Baru & Orang Asli kepada RM900 TOUCHPOINTS BAJET 2017 12 12 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA . PENGANGKUTAN AWAM 118. Pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line (600km) menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur (anggaran kos: RM55 bilion) 119. Menggiat pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak 120. Membaik pulih Landasan kereta api Pantai Timur jajaran Gua Musang – Tumpat (100 juta ringgit) 121. Menambah kekerapan perkhidmatan ETS – perolehan 19 set tren (RM1.1 bilion) KEBAJIKAN ORANG ASLI & PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK 122. Melaksana projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan, Penempatan Semula Perkampungan antaranya di Sungai Ruil, Cameron Highlands (RM222 juta) 123. Pemetaaan tanah di Sabah (RM20 juta) & Sarawak (RM30 juta) menerusi projek Native Customary Rights KOMUNITI CINA DAN INDIA 124. Pembangunan Kampung Baru Cina (RM50 juta) 125. Pinjaman kepada komuniti Cina melalui: • KOJADI (RM50 juta) • Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation (RM20 juta) • Yayasan Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia (RM20 juta) 126. Program peningkatan kapasiti dan pendapatan masyarakat India (RM50 juta); 127. Program pembiayaan perniagaan SPUMI melalui TEKUN (RM50 juta). 128. Program pembiayaan usahawan India (RM100 juta). 129. Program pra-sekolah SJK Tamil melibatkan 50 sekolah (RM10 juta) TOUCHPOINTS BAJET 2017 13 13 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 130. Meningkatkan peluang & kapasiti perniagaan Bumiputera melalui SME Bank (RM100 juta) 131. Melaksanakan program keusahawanan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (RM100 juta) 132. Membantu usahawan kecil TEKUN, termasuk skim baharu TEMANITA (RM300 juta) 133. Program Pembiayaan Keusahawanan & Premis Perniagaan PUNB (RM200 juta) 134. Program keusahawanan MARA seperti industri halal, usahawan belia & latihan (RM120 juta) 135. Dana mudahcara TERAJU (RM500 juta) 136. Tabung Eksport di bawah TERAJU (RM100 juta) 137. Program Peneraju Skil dan Iltizam, Peneraju Profesional & Peneraju Tunas melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (RM100 juta) CUKAI KORPORAT PKS DAN SYARIKAT 138. Pengurangan kadar cukai antara 1 hingga 4 mata peratusan kepada syarikat yang meningkatkan pendapatan bercukai secara ketara untuk Tahun Taksiran 2017 dan 2018 139. Pengurangan kadar cukai daripada 19% kepada 18% bagi PKS pendapatan bercukai sehingga RM500 ribu pertama 140. Pelanjutan potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat induk sehingga 31 Disember 2020 bagi merancak program pembangunan vendor KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM 141. Bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM (RM55 juta) 142. Penyelenggaraan aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan senjata (RM1.8 bilion) 143. Peningkatan telekomunikasi, rangsum dan perolehan pakaian seragam (RM1.3 bilion) TOUCHPOINTS BAJET 2017 14 14 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 144. Penugasan anggota di sempadan Timur Sabah bagi meningkatkan operasi ESSZONE (RM323 juta) 145. Mewujud Sea Basing di perairan pantai Sabah & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter 146. Menaiktaraf jalan pedalaman Sarawak di bawah Program Jiwa Murni ATM (RM114 juta) 147. Meluaskan Feri Sekolah Angkatan Tentera bagi 15,000 anak anggota ATM (RM15 juta) 148. Peruntukan kepada Polis Diraja Malaysia, antaranya membina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 & perolehan kenderaan (RM8.7 bilion) 149. Program pencegahan jenayah bandar – omnipresence & Unit Rondaan Motosikal (RM60 juta) 150. Membekalkan pakaian seragam kepada 200,000 anggota RELA (RM80 juta) 151. Geran Persatuan Penduduk kepada persatuan yang berdaftar sehingga RM10 ribu bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan (RM40 juta) PEMBANGUNAN WANITA DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA 152. Pelaksanaan program mengarusperdanakan peranan wanita dalam pembangunan negara, antaranya I-KIT, I-KeuNita, program Women Career Comeback (RM2 bilion) 153. Pemeriksaan mamogram dan suntikan imunisasi HPV secara percuma (RM30 juta) 154. Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu mulai tahun taksiran 2017 & dituntut setiap 2 tahun 155. Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi ibu bapa yang menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke pusat asuhan kanak-kanak dan pra-sekolah berdaftar mulai tahun taksiran 2017 MEMARTABAT SYIAR ISLAM 156. Menaikkan elaun Imam di bawah JAKIM kepada RM850 memanfaatkan 15,000 imam 157. Pemberian bantuan one-off RM500 kepada 16,000 bilal dan siak 158. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM900 memanfaatkan 33,000 guru 159. Menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (RM30 juta) TOUCHPOINTS BAJET 2017 15 15 BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PEMBANGUNAN PRASEKOLAH DAN PROGRAM PERMATA 160. Menaikkan elaun pembantu KEMAS kepada RM500 memanfaatkan 11,000 pembantu KEMAS 161. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia 162. Mengubahsuai IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang kepada Pusat Permata Pintar dan Berbakat PINDAAN AKTA KEBANKRAPAN 1967 163. Memudah dan membolehkan orang bankrap kembali aktif di dalam perniagaan dengan meminda Akta Kebankrapan bagi penjamin sosial, mereka yang menghidap penyakit kronik dan telah berumur MENGHARGAI PENJAWAT AWAM 164. Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa dipanjangkan kepada kumpulan pelaksana 165. Cuti kuarantin 5 hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin 166. Meluaskan kemudahan pembiayaan komputer meliputi smartphones dengan had pinjaman RM5,000 setiap 3 tahun 167. Menaikkan had kemudahan pembiayaan motosikal kepada RM10,000 168. Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000 169. Menyiapkan 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia & dijual pada harga RM90,000 – RM300,000 170. Melanjutkan perkhidmatan pegawai contract of service dan contract for service selama setahun 171. Mewujudkan gred 56 bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar 172. Melantik secara kontrak graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya pada Disember 2016 173. Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam & RM250 kepada pesara Kerajaan BAJET 2017 | © KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 1 UCAPAN BAJET TAHUN 2017 Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN KETIKA MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2017) DI DEWAN RAKYAT PADA JUMAAT, 21 OKTOBER 2016 JAM 4 PETANG “MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH” Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. 2 Tuan Yang Dipertua, BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Wabihi Nasta’in 1. Segala puji dan puja serta kalimah tasbih dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Ta’ala di atas limpah kurnianya yang menghimpunkan kita sekali lagi pada petang Jumaat, 21 haribulan Oktober 2016, bersamaan 20 haribulan Muharram 1438 Hijriah yang mulia ini, bagi maksud pembentangan sebuah lagi dokumen besar negara yakni Bajet 2017. 2. Demikianlah, tentunya kita memohon limpahan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dengan selawat sesempurna anugerah. 3. Wahai Tuhan Yang Maha Besar, sebaik-baik perancang, dipohon Taufik dan Hidayah serta nikmat bahagia yang berkekal-kekalan kepada hamba-hambaMu ini seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang Dipertua, 4. Pada kesempatan ini, kita mengalu-alukan kembalinya sejumlah lebih 23 ribu orang Jemaah Haji ke tanah air dengan selamatnya. Didoakan semoga semuanya telah memperoleh Haji yang mabrur. InsyaAllah. Tuan Yang Dipertua, 5. Saban tahun sejak kurang lebih enam dekad lalu, belanjawan- belanjawan atau bajet-bajet telah dipersembahkan. 6. Jika kita mengimbas sejarah, bermula dengan belanjawan kali pertama pasca merdeka, di Parlimen pada tahun 1959, yang hanya berbekalkan peruntukan sebanyak 888 juta ringgit, hinggalah Bajet 2017 ini, berperuntukkan sejumlah 260.8 bilion ringgit. 3 7. Dengan izin dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa jua, Kerajaan Perikatan, bertali-temali kini, sebagai Kerajaan Barisan Nasional, telah berjaya mempertahan dan memperkekalkan pertumbuhan KDNK, pada purata enam peratus setahun, selama hampir enam puluh tahun berturut- turut. Alhamdulillah, ..… Alhamdulillah. Tuan Yang Dipertua, 8. Bajet kali ini dengan diperuntukkan 260.8 bilion ringgit, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016. 9. Daripada jumlah ini, 214.8 bilion ringgit adalah Perbelanjaan Mengurus dan 46 bilion ringgit pula, untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit. 10. Di bawah Peruntukan Mengurus, 77.4 bilion ringgit adalah untuk Emolumen, serta 32 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan. 11. Manakala, 103.9 bilion ringgit untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan 691 juta ringgit, dan 816.6 juta ringgit lagi, untuk perbelanjaan lain. Tuan Yang Dipertua, 12. Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 25.9 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.2 bilion ringgit. Sektor keselamatan mendapat 5.3 bilion ringgit, dan sektor pentadbiran am lebih 2.5 bilion ringgit. 13. Oleh itu, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar 3 peratus iaitu kepada 219.7 bilion ringgit. 4 14. Selain itu,...sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus daripada KDNK pada 2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding,... 3.1 peratus pada tahun ini. 15. Jadinya,..... Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari,..... saya faham, angka dan nombor-nombor yang disebut barangkali tidak mudah difahami ramai. 16. Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan adalah, Kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan bajet yang terbaik melalui perbelanjaan berhemah, sekalipun,... kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia. Saudara dan saudari, 17. Maksud perbelanjaan berhemah oleh Kerajaan di sini, kalau hendak dipercontohkan dalam sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus bijak dalam menguruskan kewangan untuk keperluan seisi rumah. 18. Ertinya, jika dulu,... dapat dibelikan mainan yang agak mahal untuk anak-anak,... dalam keadaan sekarang,... beli tetap beli juga,... tetapi yang bersesuaian dengan kadar kemampuan. 19. Manakala, makan minum,... kalau sebelum ini boleh sedikit bermewah dan makan-makan di restoran mahal,... kini boleh bersederhana serta berjimat, barangkali di restoran-restoran berpatutan, namun tidak kurang enak makanannya. 20. Tambahan lagi, Malaysia dikenali sebagai ‘Syurga Makanan’. 5 21. Misalnya, dalam Amanat Merdeka baru-baru ini, saya telah memberi contoh makanan yang sedap dan harga pun boleh tahan, namun masih enak seperti Nasi Kandar Vanggey di Ipoh. 22. Terkini pula, saya dapat tahu,...telah viral tentang ‘Nasi Lemak Anak Dara’ di Shah Alam yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari Universiti tempatan...Kesiannnn katanya dah kena saman pulak. 23. Apa pun,... Kerajaan kini harap dan kita galakkan individu-individu terutamanya para graduan, yang ingin menjadi usahawan seperti ini didoakan agar terus berusaha dan berjaya. Tuan Yang Dipertua, 24. Berbalik kepada Bajet 2017 ini,… kita ingin mengambil ibarat dan teladan daripada kisah-kisah di zaman Nabi Allah Yusof Alaihi Salam, bersempena Kitab Suci Al-Quran Surah 12, ayat-ayat 43 hingga 49, tentang perancangan tujuh tahun pertama dan persediaan, selanjutnya tujuh tahun cabaran mengekalkan keutuhan ekonomi negara. 25. Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kepada situasi yang berlaku kepada ekonomi negara kita, pada tahun 2008, yakni tujuh tahun lalu, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global. 26. Justeru, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan, di bawah pimpinan Mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir tujuh bilion ringgit, bagi merangsang kembali pertumbuhan ekonomi negara. 27. Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana 6 Menteri pada Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai 60 bilion ringgit telah digerakkan. 28. Ternyata, langkah pro-aktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pada tahun 2010. Tuan Yang Dipertua, 29. Alhamdulillah, rentetan daripada inisiatif-inisiatif pakej-pakej stimulus tersebut, dan tujuh bajet yang telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil dan kekal berada di landasan positif. Tuan Yang Dipertua, 30. Sesungguhnya, keadaan ekonomi global atau external economy masakini adalah tidak menentu dan berada di luar kawalan kita. 31. Pertumbuhan perlahan ekonomi antarabangsa berpunca, daripada kelembapan kesemua Kuasa-Kuasa Besar Ekonomi Dunia secara serentak. 32. Sebab itulah, pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pada 2015, ke paras 3.1 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2016. 33. Kendatipun begitu, kita amat bersyukur, pertumbuhan ekonomi kita masih kekal stabil dan sustainable bagi separuh pertama tahun ini. 34. Jelasnya, ekonomi negara terus berkembang pada 4.1 peratus dan kita yakin sasaran pertumbuhan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan 4 hingga 5 peratus pada 2017 akan tercapai, Insya-Allah. 7 35. Sesungguhnya jua, we are now on the right track kerana berani membuat membuat keputusan-keputusan yang tepat, sekalipun ia tidak popular. 36. Saya hendak nyatakan di sini, bahawa all those major and crucial decisions were deliberately done. 37. Bak kata pepatah Melayu, Menyediakan Payung Sebelum Hujan dengan mempasak dan memancang, foundation yang kukuh demi kedudukan jangka masa panjang kewangan dan ekonomi negara. Tuan Yang Dipertua, Saudara dan Saudari sekalian, 38. Segalanya ini dicapai berkat kegigihan dan perancangan Kerajaan dengan menumpukan kepada beberapa dasar strategik, sejak tahun 2010. 39. Pertamanya: Mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak dan gas sebanyak 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada, 14.6 peratus pada tahun 2016. 40. Hasil daripada mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertahankan dan masih terpelihara, sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus. 41. Keduanya: Langkah berani Kerajaan memperkenalkan GST untuk meluaskan sumber pendapatan Kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai langsung dari individu hanyalah terdiri daripada 2.1 juta pembayar sahaja, daripada 14.6 juta jumlah warga kerja negara. 42. Tambahan pula, dengan kejatuhan harga minyak, dianggarkan Kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira 30 bilion ringgit setahun, 8 daripada sumber cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen PETRONAS dan cukai petroleum. 43. Sedarilah, dengan adanya GST, Kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan. Tuan Yang Dipertua, 44. Sukacita saya melaporkan, melalui GST sebanyak hampir 30 bilion ringgit telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016. 45. Apa yang pastinya, ingin saya tegaskan di sini,…janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali. 46. Langkah Ketiganya, Rasionalisasi Subsidi: Sebagai contoh, jika hendak dibandingkan bagi minyak, pada tahun 1995, masa itu subsidi hanyalah 123 juta ringgit. Jumlah ini hanya mewakili 0.24 peratus daripada bajet keseluruhan negara. 47. Kemuncaknya, pada tahun 2012, mencecah jumlah subsidi 24.8 bilion ringgit, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruhan negara. 48. Secara langsungnya, dasar subsidi pukal jelas membebankan kewangan negara dan menggalakkan ketirisan, dan kita telah ganti dengan subsidi bersasar, yang manfaatnya sampai kepada golongan yang benar- benar memerlukan bantuan. 9 Tuan Yang Dipertua, 49. Terbukti, melalui segala inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan ini, ekonomi kita berkembang secara mampan, dan kini, mengikut ukuran Purchasing Power Parity,… Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia. 50. Maknanya, menurut KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia, telah meningkat daripada 23,100 dolar Amerika pada tahun 2012, kepada 26,891 dolar Amerika pada tahun 2015. Tuan Yang Dipertua, 51. Pada sudut lain,... Kerajaan sedar tentang desas desus bahawa, para pelabur sekarang kononnya tidak lagi berkeyakinan dengan ekonomi Malaysia. 52. Perlu difahami, ekonomi sesebuah negara sangat berkait rapat dengan persepsi, sebabnya, tanpa keyakinan mana mungkin datangnya pelaburan untuk ekonomi digerakkan. 53. But,..… if our own people,…. undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri. 54. Justeru, perbuatan durjana oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dalam negara, yang tidak bertanggungjawab seperti ini,… mesti dihentikan!!! Tuan Yang Dipertua, 55. Bagi kita,… Kerajaan Barisan Nasional,….. bak kata orang, sekalipun seribu panah tersusuk di badan,… seandainya sejuta luka terbenam 10 diserang, demi rakyat Malaysia yang tercinta, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, kita akan terus mara menjulang Malaysia ke hadapan. Tuan Yang Dipertua, 56. Syukur Alhamdulillah, fakta-fakta telah membuktikan hakikat sebenarnya. 57. Misalnya, jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih 28 bilion ringgit. Ini merupakan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 58. Ini,… tidak termasuk pelaburan domestik lebih 60 bilion ringgit. 59. Malah, semasa lawatan ke Jerman bulan lalu, pertemuan saya dengan komuniti perniagaan di sana, mereka menyatakan minat untuk terus kekal dengan pelaburan di sini, kerana yakin dengan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang jelas. 60. Contohnya, syarikat Osram telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir 5 bilion ringgit. 61. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini di seluruh dunia. 62. Insya-Allah, minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakanlah agar lawatan ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara kita. 63. Terkini, menurut Kaushik Basu, Chief Economist and Senior Vice President of the World Bank,...as many nations suffer because of falling global commodity prices, Malaysia stands out for having transformed itself from a poor, commodity-exporting nation to a modern diversified economy. 11 Tuan Yang Dipertua, 64. Setiap kali bajet dibuat, ramai akan merujuk dan membahas kepada beberapa ayat penting dalam Al-Quran, antaranya Surah Al-Hasyr ayat 7, bahawa, janganlah harta itu berlegar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu sahaja. 65. Saya telah merujuk kepada pandangan pakar dan alim ulama tentang perkara ini dan difahamkan bahawa tafsiran ayat ini perlulah dilihat dalam konteks yang lebih luas dan holistik. 66. Memetik huraian Imam Al-Mawardi, sesuatu pemberian atau peruntukan seperti bajet ini, kepada masyarakat adalah bersifat subjektif dengan mengambil kira keperluan dan maslahah semasa rakyat terbanyak. 67. Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks, bukanlah perkara enteng. Sebagai Kerajaan yang merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa bulan yang lalu, Kerajaan juga telah menerima ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan dan kategori. Tuan Yang Dipertua, 68. Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan. Satu: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara semenjak dulu, kini dan selamanya; Kedua: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara; 12 Ketiga: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu; Keempat: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan yang tersusun, efisyen lagi holistik. Indeed, this Government has delivered,... we are still delivering and most importantly, we will continue to deliver. dan,... Kelimanya: Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, Kerajaan ini akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan dan kecemerlangan. Ini bererti,... kita senantiasa berusaha bersungguh- sungguh untuk memperoleh yang terbaik,... bukan sederhana, complacent atau berpuas hati dengan pencapaian ala kadar sahaja. Tuan Yang Dipertua, rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, 69. Dalam melalui suka duka episod memacu kejayaan negara,... kita tidak lupa kepada tokoh-tokoh juga pimpinan-pimpinan yang menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada semua. 70. Lalunya,... di kesempatan ini, kita menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara. Mereka yang akan saya sebutkan sememangnyalah bukan terdiri daripada ahli Parlimen namun, sekadar berkongsi cerita dan rasa. 13 71. Pertamanya, Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa yang menumpah taat setia kepada perjuangan bangsanya dan partinya hingga ke hujung usianya, 93 tahun. 72. Kedua, kepada seorang lagi sahabat peribadi saya dan keluarga, yakni Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato’ Dr. Haron Din. 73. Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia telah kehilangan dua tokoh yang sangat dihormati. 74. Jelas sekali, meskipun Allahyarham Tuan Guru berada di landasan politik berbeza, namun, kita tetap menyanjung tinggi perjuangan beliau untuk ummah, dan pihak Kerajaan telah menganugerahkan gelaran Tokoh Khas Maal Hijrah 2016 kepadanya. Tapi kita berasa sedih dan kecewa, kerana ada kalangan pihak pembangkang sendiri yang terang-terangan membenci dan menista beliau. Tuan Yang Dipertua, 75. Pernah, semasa saya melawat beliau di hospital, secara peribadi tokoh ilmuwan Islam ini, ada menyebut kepada saya bahawa, “jika kita suka kepada seseorang itu berpada-padalah,... mana tahu kelak kita akan membencinya. Kalau kita benci kepada seseorang itu pula, berpada-pada jugalah,... kerana mungkin orang yang dibenci itu kelak akan menjadi orang yang kita sayang”..... 76. Kepada kedua-duanya, yang telah dipanggil pulang ke ribaan Yang Maha Esa, kita sedekahkan – ummul kitab Al-Fatihah... Tuan Yang Dipertua, 77. Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaan watan tercinta ini. Selama itulah penjawat awam yang kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara. 14 78. Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan: Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini akan diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana; Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari; Ketiga: Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kepada pembelian komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluaskan meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga 5 ribu ringgit bagi setiap tiga tahun; dan Keempat: Tidak cukup dengan itu,...tidak cukup.....Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada 5 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit. 15 Tuan Yang Dipertua, Kelima: Kerajaan tetap mengambil berat tentang perumahan penjawat awam, dan terus komited supaya mereka memiliki rumah sendiri. Maka dengan ini, sukacita Kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendahnya 120 ribu ringgit kepada 200 ribu ringgit, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya 600 ribu ringgit, kini dinaikkan kepada 750 ribu ringgit; Keenam: Sebanyak 30 ribu unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan; dengan harga jualan sekurang- kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni berharga antara 90 ribu ringgit hingga ke 300 ribu ringgit; Ketujuh: Kepada pegawai contract of service dan contract for service yang akan tamat pada penghujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan dan puan-puan akan Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi; Kelapan: Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat,... Kerajaan memandang serius,... seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar; dan Kesembilan: Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat- lewatnya Disember 2016. 16 Untuk makluman,... hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga. Tuan Yang Dipertua, 79. Sebelum pembentangan diteruskan, saya ingin memperbetulkan beberapa tuduhan dan misconceptions yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab, sehingga mengeliru dan menimbulkan keresahan tidak menentu di kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia. 80. Salah faham dan salah persepsi yang pertama,... dikatakan - Kerajaan Akan Bankrap atau Muflis. 81. Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah Kerajaan hanya dikategorikan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya Kerajaan tersebut tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya. 82. Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga buah agensi antarabangsa yang sangat berwibawa yakni, Fitch, Moodys dan Standard & Poors. 83. Institusi-institusi inilah Badan-Badan Penarafan yang diterima pakai rating dan laporan keupayaan negara-negara dalam membayar-balik hutang. 84. Sebagai perbandingan, menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding dengan Filipina BBB -, Thailand BBB + dan Vietnam BB -. 17 85. Malah penarafan Malaysia, adalah sama dengan kelompok negara yang saiz ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea AA- , China A+ , Taiwan A+ , dan Jepun A. 86. Maknanya di sini,… istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysia!!! Tuan Yang Dipertua, 87. Salah faham dan salah persepsi kedua,... dikatakan bahawa Malaysia is a Failed State, atau Negara Yang Gagal. 88. Inipun fitnah semata-mata. Saya nak terangkan apa maknanya Failed State..... Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas Kerajaan. 89. Ini termasuklah kegagalan anggota polis dan askar mengawal keamanan dan keselamatan negara, kegagalan Kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam, kegagalan untuk membekalkan keperluan asas seperti air dan elektrik, kadar inflasi melambung tinggi atau hyper inflation, sehingga membawa kepada kehancuran ekonomi. 90. Ternyata ciri-ciri tersebut tidak wujud di Malaysia!!! ...dan,... dengan Pertolongan Allah, Kerajaan ini tidak sesekali akan membiarkan kita terjerumus ke kancah negara yang gagal. Tuan Yang Dipertua, 91. Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan, atau berlegar kepada kumpulan rakyat tertentu sahaja. Namun direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahteraan rakyat seluruhnya. 18 92. Justeru, jika digambarkan melalui piramid, dalam negara kita, terdapat tiga kategori utama rakyat berdasarkan kepada julat pendapatan isi rumah yakni T20, M40 dan B40. 93. Bagi golongan rakyat M40 secara umumnya, adalah kelompok isi rumah yang berpendapatan sekitar 3,900 ringgit hingga 8,300 ringgit. 94. Golongan M40 termasuklah individu bujang, dan kebanyakkannya merupakan suami isteri bekerja, berpendidikan dan berkemahiran tinggi. 95. Alhamdulillah, golongan ini tidak mempunyai masalah memenuhi keperluan asas mereka. Namun, menjadi hasrat Kerajaan untuk meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna mereka. 96. Ini merangkumi aspek-aspek kerjaya yang terjamin, peluang peningkatan pendapatan dari masa ke semasa, perumahan, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan keseimbangan antara kesibukan kerja, berekreasi serta masa yang berkualiti bersama keluarga masing-masing. Tuan Yang Dipertua, 97. Untuk kefahaman ramai, B40 pula ialah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, dengan pendapatan isi rumah sekitar 3,900 ringgit ke bawah. Dari perspektif ekonomi makro, wujudnya golongan ini adalah lazim di mana-mana negara membangun. 98. Menurut Laporan Khazanah Research Institute, kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah B40 ini meningkat lebih pantas, jika dibandingkan dengan pertumbuhan pendapatan golongan M40 dan T20. 19 Tuan Yang Dipertua, saudara-saudari dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, 99. Sekiranya dalam Bajet 2015, saya telah mentafsirkan People Economy dan Capital Economy, kali ini, saya mahu menambah satu lagi konsep penting dalam kita menuju status negara maju yakni, public happiness. 100. Maksud saya, bajet ini bukan hanya tentang pendapatan semata- mata, tetapi ia berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat, seperti aman dari jenayah, menikmati alam sekitar yang bersih dengan pelbagai seni dan kebudayaan yang berwarna warni. 101. Juga,… pencapaian pendidikan yang tinggi, mengangkat kesarjanaan dan keintelektualan, adanya khidmat kesihatan yang terjamin serta memiliki akses kepada pengangkutan awam yang efisyen. 102. Sehubungan dengan hal alam sekitar, kita perlu terus memelihara alam semulajadi terutama kawasan tadahan air dan mempastikan bahawa kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai hutan simpanan dan taman-taman nasional dijaga serta sentiasa dipertahankan agar tidak dicerobohi. Ini hanya akan menjadi kenyataan seandai semua Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dengan gandingan sektor swasta dan rakyat jelata. Tuan Yang Dipertua, 103. Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus komited melaksanakan projek dan program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar seperti berikut: Pertama: Melalui maklumat dan sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yang masih berada dalam keadaan 20 suram malah gelap tanpa kelengkapan tiang-tiang lampu jalan. Makanya, menjadikan kampung di waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat, sebanyak 97 ribu lampu jalan dan 3 ribu lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang. Ini melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak; Kedua: Membina dan menaik taraf 616 kilometer jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar, dengan peruntukan 1.2 bilion ringgit; Ketiga: Bagi menyelenggara jalan negeri, 4.6 bilion ringgit disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS; Keempat: Membina dan membaik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli dengan peruntukan 350 juta ringgit. Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara seribu hingga 15 ribu ringgit bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut; Kelima: Meningkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan peruntukan 732 juta ringgit, mensasarkan 5,200 buah rumah, termasuk menaik taraf sistem bekalan air FELDA. 21 104. Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri, antaranya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa industri dan pembalakan serta kebocoran paip. 105. Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, Kerajaan memperuntukkan geran 156 juta ringgit dan 509 juta ringgit dalam bentuk pinjaman. 106. Sebagai tambahan, untuk mengatasi masalah bekalan air, di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dengan segera, berperuntukkan 500 juta ringgit. Keenam: Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan 460 juta ringgit; dan Ketujuhnya: Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk bandar khususnya yang tinggal di flat. Didapati rumah- rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur dan kusam kerana tidak dipulihara sebaiknya. Begitu juga keadaan lif- lif yang rosak dan bermasalah. Oleh itu, Kerajaan menyediakan 300 juta ringgit di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar. 107. Kerajaan juga akan melaksanakan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan 800 juta ringgit. Antaranya, menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kepada kontraktor kelas G1 dan G2 tempatan. 22 108. Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan 495 juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, 109. Sukacita saya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40, dengan peruntukan 200 juta ringgit. 110. Sebagai permulaan, 5 ribu unit rumah akan dibina dengan harga 40 ribu hingga 50 ribu ringgit seunit. 111. Menariknya, Kerajaan akan membiaya 20 ribu ringgit dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri. 112. KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak 134 juta ringgit bagi tahun 2017. 113. Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dan 576 juta ringgit disediakan. Rumah ini dijual dengan harga antara 35 ribu sehingga 42 ribu ringgit, walaupun kos pembinaannya menelan 120 hingga 160 ribu ringgit. Tuan Yang Dipertua, 114. Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, 275 juta ringgit diperuntukkan seperti berikut: Pertama: Memperluaskan Program MySuria dengan peruntukan 45 juta ringgit. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 rumah. Setiap peserta program akan menerima 250 ringgit sebulan; 23 Kedua: Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan 30 juta ringgit, yang mensasarkan 3 ribu peserta bermotosikal; Ketiga: Melaksanakan program Agropreneur, dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi melahirkan 3 ribu usahawan tani muda yang terlibat di dalam pengeluaran hasil tani bernilai tinggi; dan Keempat: Menggiatkan program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu peserta dengan peruntukan 100 juta ringgit. Saudara dan saudari, 115. Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi hampir 10 bilion ringgit, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam. 116. Untuk membantu golongan pesawah padi pula, Kerajaan memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi bukit. 117. Sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, Kerajaan memperuntukkan 250 juta ringgit untuk pelaksanaan pembelian ‘harga lantai’. 118. Sebagai langkah tambahan, bajet ini juga mengumumkan, Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak 200 ringgit sebulan bagi 3 bulan pada November, Disember dan Januari memanfaatkan 440 ribu pekebun kecil dan penoreh getah. 24 119. Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57 ribu nelayan, pemberian elaun 200 hingga 300 ringgit sebulan akan diteruskan. Tuan Yang Dipertua, 120. Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal, program ini terus mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada penerima. 121. Pada satu program yang saya hadiri, seorang penerima BR1M dari keturunan India, telah datang dan menggenggam erat tangan saya sambil berkata,... ‘saya tarak kisah apa orang mau cakap pasal Kerajaan, yang penting Dato’ Najib,... BR1M bantu saya dan keluarga’. 122. Jadinya, Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari rakyat Malaysia sekalian,... kata orang,... Dedak bukan,... umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian, Keperluan rakyat kita dahulukan, Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan. 123. Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut: Pertama: BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah 3 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 1,050 dan 1,000 kepada 1,200 ringgit; Kedua: BR1M kepada isirumah berpendapatan 3 ribu hingga 4 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 800 kepada 900 ringgit; dan 25 Ketiga: Bagi individu bujang berpendapatan di bawah 2 ribu ringgit, BR1M akan dinaikkan daripada 400 kepada 450 ringgit. 124. Tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan seribu ringgit kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas. Keseluruhan Program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan 6.8 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, 125. Bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri, kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan 4.6 bilion ringgit kepada institusi-institusi TVET. 126. Menerusi NBOS, untuk mengoptimakan aset-aset Kerajaan, maka sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah-suai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional. 127. Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET. 128. Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira 400 juta ringgit diperuntukkan, berbanding 250 juta ringgit, untuk membina hanya sebuah politeknik yang baharu. Ini menjimatkan wang Kerajaan kira-kira 2 bilion ringgit. 129. Selanjutnya, 270 juta ringgit disediakan untuk naiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta 360 juta ringgit bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. 130. Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship 26 Programme bagi pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019. 131. Selain itu, geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum akan diberi kepada institusi TVET awam yang berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri. Tuan Yang Dipertua, 132. Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, 50 juta ringgit disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20 ribu graduan bagi tahun 2017, berbanding 15 ribu graduan pada tahun 2016. Tuan Yang Dipertua, 133. Rumah tempat berteduh adalah soal yang amat dekat di hati saya. Mahu tidak mahu,... Kerajaan terus komited dalam ehwal perumahan rakyat di mana setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri. 134. Untuk meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama, konsep berikut akan diperkenalkan: Konsep Pertama: Melalui NBOS lagi, kita akan menyediakan tanah Kerajaan yang tidak diguna-pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA, untuk membina lebih 30 ribu unit rumah membolehkan harga jualan antara 150 ribu ringgit hingga 300 ribu ringgit. Harga ini jauh lebih rendah dari pasaran iaitu 250 hingga 400 ribu ringgit; 27 Konsep Kedua: Membina 10 ribu unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Mereka boleh menyewa dengan tempoh maksima lima tahun, pada kadar yang lebih rendah daripada kadar pasaran, sementara mereka membina kemampuan kewangan untuk membeli rumah sendiri; dan Ketiganya: Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan 200 juta ringgit untuk membina lebih 5 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi Kerajaan sehingga 20 ribu ringgit seunit. Tuan Yang Dipertua, 135. PR1MA telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Setakat ini, lebih 12 ribu unit kediaman, berjumlah 3.3 bilion ringgit telah ditempah. Manakala 85 ribu lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan. 136. Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA. 137. Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik. 138. Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan hasil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga 4 bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank. 28 139. Contohnya, pemohon yang berpendapatan 3 ribu ringgit sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih 187 ribu ringgit. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih 295 ribu ringgit. 140. Disamping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini. 141. Walaubagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga 300 ribu ringgit bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018. Tuan Yang Dipertua, 142. Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA dan RISDA masing-masing diperuntukkan 200 juta ringgit, 100 juta ringgit dan 100 juta ringgit lagi. Tuan Yang Dipertua, 143. Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup. 144. Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga 2,500 ringgit setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017. 29 Tuan Yang Dipertua, 145. NBOS telah menjimatkan 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara. 146. Oleh kerana sambutan hebat daripada rakyat, 4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan 3 lagi RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak akan dibina dengan peruntukan 100 juta ringgit. 147. Sebagai langkah baru, setiap UTC akan disediakan sebuah Job Centre untuk membantu memadankan antara pencari kerja dan bakal majikan. 148. Di sini saya ingin bertanya,...mana ada Kerajaan dalam dunia yang menyediakan pusat khidmat sehenti beroperasi tujuh hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 10 malam? Mana ada,... melainkan Kerajaan Barisan Nasional. 149. Selain itu, inisiatif NBOS yang lain seperti program Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2 diperuntukkan 40 juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, 150. Tatkala Kerajaan melaksanakan pelbagai program Rakyat Centric, Kerajaan terus komited memampankan fiskal negara jangka panjang dengan antara lain menubuhkan Collection Intelligence Arrangement atau CIA di bawah Kementerian Kewangan. Ini akan melibatkan LHDN, Kastam dan SSM yang akan berkongsi data bagi menambah kecekapan mengutip cukai dan tax compliance. 151. Selain itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi 1 juta ringgit, akan dinaikkan daripada 3 kepada 4 peratus mulai 1 Januari 2018. 30 152. Juga, projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah 10 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, 153. Profesor HAMKA ada menyebut,... jiwa yang bersih tumbuh daripada jasmani yang bersih dan sihat, manakala kesempurnaan jati diri membentuk budi, iaitu ilmu mengatur kesihatan, yakni riadah, atau pun bersukan. 154. Namun bersih di sini,..... bukan bererti menyertai Perhimpunan BERSIH...yang ternyata tidak bersih. 155. Berbicara lagi hal sukan, kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Olimpik dan Paralimpik. Pertama kali Negaraku dikumandangkan di Rio De Janeiro. 156. Alhamdulillah, kontinjen negara telah menamatkan persaingan di Sukan Olimpik 2016 dengan pungutan 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa. Kita ucapkan syabas dan tahniah setingginya kepada jaguh-jaguh sukan Olimpik negara! 157. Bagi pembangunan sukan negara, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan. Ini meliputi 450 juta ringgit, khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017. 158. Selain itu, beberapa program pembangunan sukan akan dilaksanakan: Pertama: 50 juta ringgit bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang; 31 Kedua: 122 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti; Ketiga: 70 juta ringgit bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa; dan Keempat: 54 juta ringgit bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik. Tuan Yang Dipertua, 159. Kesihatan adalah segalanya. Lantaran itu, usaha bersepadu terus dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara kita. Jadinya, 25 bilion ringgit disediakan bagi program: Pertama: Membina dan menaiktaraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru; Kedua: Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan 536 juta ringgit. Ini termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulan; Ketiga: 4.5 bilion ringgit untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada; dan 32 Keempat: 4 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan. Saudara dan saudari, 160. Merujuk ehwal kesihatan, saya ingin memperkenalkan Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman. Beliau adalah anak muda contoh yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Hospital Beyond Boundaries Project yang dimulakannya di Kemboja. Sekalung tahniah dan tepukan kepada Dr Lutfi yang saya anggap ikon golongan belia di bidang kesihatan. Tuan Yang Dipertua, 161. Selanjutnya, bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam, Kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta atau NGO, yang mengendalikan non-profit charitable hospital, mengikut kadar kos hospital Kerajaan. Pinjaman 20 juta ringgit disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut. 162. Seterusnya, 110 juta ringgit diperuntukkan, di mana 70 juta ringgit untuk bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang berkemampuan. 163. Sebagai menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, 40 juta ringgit diperuntukkan sebagai geran one-off 200 ribu ringgit untuk pembelian peralatan. Tuan Yang Dipertua, 164. Kerajaan sememangnya memandang serius penularan wabak denggi dan Zika serta akan melaksanakan inisiatif pencegahan dan kawalan ke atasnya. Selain itu, Program Komuniti Sihat Perkasa Negara akan diperluaskan. Kesemua ini melibatkan peruntukan 80 juta ringgit. 33 Tuan Yang Dipertua, 165. Di sudut lain, Kerajaan mengambil berat keluhan rakyat tentang kenaikan harga makanan, serta jaminan bekalan makanan. 166. Justeru, 1.3 bilion ringgit disediakan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga yang kompetitif. 167. Ia termasuk membangunkan infrastruktur pertanian seperti saliran dan pengairan, jalan ladang dan pemasaran produk pertanian. Program berimpak tinggi juga akan diteruskan termasuklah estet padi, zon bersepadu akuakultur dan penternakan ikan sangkar. 168. Seterusnya, program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan 4 lagi MyFarmOutlet dan penambahbaikan 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan 140 juta ringgit. 169. Selain itu, Kerajaan juga akan menggalakkan pembangunan industri tenusu serta pengeluaran madu kelulut dan kelapa, di samping mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan ternakan menerusi pembangunan industri tanaman jagung bijirin, sebagai projek perintis di Terengganu dan di Kedah. Tuan Yang Dipertua, 170. Sememangnya, Kerajaan prihatin terhadap keluhan dan permintaan para pemandu teksi. 171. Bersama kita pada petang ini, dua orang wakil pemandu teksi yang menghargai usaha Kerajaan selama ini dalam membela nasib mereka. Terima kasih diucapkan dan tepukan kepada Encik Mohd Rais Hasan dan Encik Tan Woon Kong, kerana sudi hadir ke pembentangan bajet petang ini. 34 172. Sukacitalah, saya mengumumkan geran 5 ribu ringgit untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, dengan peruntukan 60 juta ringgit. Ini akan memanfaatkan seramai 12 ribu pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka. Tuan Yang Dipertua, 173. Pada masa ini, sebahagian besar pemandu teksi tidak dilindungi oleh insurans. Atas keprihatinan Kerajaan, Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu yang berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran 60 juta ringgit. 174. Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit hingga 443 ringgit setahun, yakni, hanya 13 ringgit 8 sen sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada PERKESO. 175. Contohnya, pemandu teksi yang hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal berjumlah 43 hingga 121 ribu ringgit dan bayaran bulanan antara 1,281 hingga 2,624 ringgit sepanjang hayat. Sekiranya pemandu tersebut meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar 945 hingga 2,655 ringgit sebulan. Tuan Yang Dipertua, 176. Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, Kerajaan menggalakkan penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri. 35 177. Pendapatan boleh mencecah 1,500 ringgit sebulan sekiranya memandu separuh masa antara 10 hingga 40 jam seminggu dan 4,300 ringgit sekiranya melebihi 40 jam seminggu. 178. Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak 4 ribu ringgit bagi pembelian kereta Proton Iriz. Tuan Yang Dipertua, 179. Kerajaan juga akan menaiktaraf sistem perparitan dan pembinaan 2 Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway, bagi mengatasi masalah banjir di laluan motosikal serta menjamin keselamatan penunggang motosikal. Untuk ini, 29 juta ringgit diperuntukkan. Tuan Yang Dipertua, 180. Di bawah capital economy, Kerajaan akan tetap melaksanakan strategi pro-perniagaan. 181. Selaras perkembangan pelaburan swasta yang dijangka pada 8.1 peratus kepada 230 bilion ringgit pada 2017, lebih banyak inisiatif akan dijalankan. 182. Bagi merangsang pelaburan swasta, projek-projek infrastruktur akan dilaksanakan seperti menaiktaraf Jalan Lok Kawi – Pengalat – Papar, di Sabah; Jalan Kampung Keruak – Gua Musang – Kuala Berang; membina Jambatan Batang Lupar, Sri Aman; dan Projek Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Sandakan. 183. Selain itu, pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi di lima koridor iaitu Wilayah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, 36 Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, diperuntukkan keseluruhan 2.1 bilion ringgit. 184. MIDA pula, disediakan dana 522 juta ringgit untuk sektor tumpuan termasuk industri kimia, elektrik dan elektronik serta aktiviti R&D. Tuan Yang Dipertua, 185. Untuk mempergiatkan pasaran modal tempatan, Small and Mid-Cap PLC Research Scheme akan diperkenalkan bagi penyelidikan ke atas 300 buah syarikat. 186. Syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan akan memperuntukkan dana khas sehingga 3 bilion ringgit kepada pengurus dana yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk dilaburkan ke syarikat small and mid cap yang berpotensi. 187. Di samping itu, Institut Penyelidikan Pasaran Modal akan ditubuhkan dengan pembiayaan awal sebanyak 75 juta ringgit melalui Capital Market Development Fund. 188. Pada sudut lain, dalam mengekalkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa, tempoh pengecualian cukai pendapatan kepada entiti Perbankan Islam dan Takaful menjalankan aktiviti matawang asing, melalui International Currency Business Unit dan pengecualian duti setem ke atas surat cara bagi aktiviti tersebut akan dilanjutkan ke tahun taksiran 2020. 189. Untuk menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS. 37 190. Bermula tahun 2017, Kerajaan mencadangkan insentif sedia ada 500 ringgit ditingkatkan kepada 1 ribu ringgit secara one-off kepada pencarum skim PRS dengan pelaburan minimum terkumpul seribu ringgit dalam tempoh dua tahun. Peruntukan 165 juta ringgit akan disediakan. Tuan Yang Dipertua, 191. Bagi program galakan eksport kepada PKS tempatan oleh MATRADE, MIDA dan SME Corp, 130 juta ringgit disediakan di bawah Tabung Promosi Eksport Negara. 192. Di samping itu, pembiayaan sebanyak 200 juta ringgit dan kemudahan kredit insurans dengan nilai perlindungan sehingga 1 bilion ringgit akan disediakan oleh EXIM Bank kepada PKS. 193. 286 juta ringgit juga disediakan untuk pengeluaran eksport peladangan sawit, getah, koko dan lada. 194. Sebanyak 50 juta ringgit diperuntukkan untuk kajian saintifik bagi meningkatkan kualiti produk sawit. 195. Sebagai tambahan, geran 30 juta ringgit disediakan melalui MPOB untuk penanaman semula kelapa sawit oleh pekebun kecil. 196. Selain itu, 20 juta ringgit juga disediakan bagi menaik taraf jalan ladang untuk kemudahan pekebun kecil komoditi. Tuan Yang Dipertua, 197. Merujuk sektor pelancongan pula, ia telah menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara. Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas promosi dan penambahbaikan kemudahan pelancongan. Sehubungan itu: 38 Pertama: 400 juta ringgit diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif clean air dan ecotourism; Kedua: Tempoh permohonan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018; dan Ketiga: Potongan cukai daripada 500 ribu ringgit dinaikkan kepada 700 ribu ringgit, untuk sektor swasta yang menaja pertunjukan kesenian, kebudayaan, warisan tempatan dan luar negara. 198. Selain itu, program mempromosi Malaysia melalui Kempen Tahun Melawat ASEAN@50 sempena ulang tahun penubuhan ASEAN ke-50 dan sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 akan dijalankan. Tuan Yang Dipertua, 199. Bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan, Kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan. Tuan Yang Dipertua, 200. Digital connectivity merupakan revolusi aktiviti ekonomi masa kini dan menyumbang hampir 16 peratus daripada KDNK negara. 201. Sehubungan ini, 162 juta ringgit diperuntukkan kepada MDEC bagi pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia. 39 202. Kerajaan juga berhasrat untuk menubuhkan Digital Free Zone yang pertama di dunia. Ini menggabungkan zon fizikal dan maya, dengan penambahan perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa dan merangsang inovasi berteraskan internet. Tuan Yang Dipertua, 203. Pada petang yang mulia ini, saya ingin membawa perkhabaran gembira, khususnya buat anak-anak muda kita, berhubung online connectivity. Sebagai sebuah negara demokrasi yang bersikap terbuka, Kerajaan berhasrat supaya saluran maklumat online diperkasakan. 204. Sukacita diumumkan, bermula Januari 2017, penyedia perkhidmatan fixed line broadband bersetuju menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama. Sebagai contoh, pelanggan pakej 5 megabit sesaat pada harga 149 ringgit akan menikmati pakej berkelajuan 2 kali ganda iaitu 10 megabit sesaat. 205. Seterusnya, dalam tempoh 2 tahun lagi, bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus. (double the speed, at half the price) 206. Selain itu, Kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar ethernet di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat. 207. Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyediakan 1 bilion ringgit supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat. 40 Saudara dan saudari, 208. Pada tahun hadapan, Kerajaan telah mengisytiharkan 2017 sebagai tahun Startup & SME Promotion Year, sesuai dengan peranan PKS yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh negara. 209. Bagi menggalakkan pembangunan PKS, Kerajaan bersetuju menyediakan 75 juta ringgit untuk program di bawah Pelan Induk PKS. 210. Selain itu, jaminan sehingga 15 bilion ringgit yang diberikan melalui pelbagai Skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP akan dipanjangkan tempohnya sehingga tahun 2025. 211. Sebagai tambahan, untuk melonjakkan PKS berorientasi eksport, 2 peratus rebat kadar faedah diberikan kepada peminjam PKS di bawah skim SJPP. 212. Rebat ini dihadkan kepada jumlah pembiayaan terkumpul 1 bilion ringgit dan melibatkan peruntukan 100 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Tuan Yang Dipertua, 213. Bagi mempergiatkan startups pula, sejumlah 200 juta ringgit daripada dana Skim Jaminan Modal Kerja, akan dikhususkan kepada syarikat startups. 214. Untuk menggalakkan pelaburan startups berteknologi tinggi, satu kategori pas baru, yakni Usahawan Teknologi Asing Berpengetahuan Tinggi akan diperkenalkan. 41 215. Bagi merancakkan lagi industri kreatif dan penerbitan filem pula, Film in Malaysia Incentive, Arts and Culture Revitalisation Agenda serta Hab Content Creation FINAS di Santubong, Sarawak dan di Kota Kinabalu, Sabah akan dilaksanakan. 216. Kerajaan juga akan mewujudkan satu jawatankuasa yang diwakili oleh para pengamal seni untuk merancakkan lagi sektor kesenian dan kebudayaan negara. Kesemua inisiatif ini melibatkan peruntukan 80 juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, 217. Sememangnya, usia 2 hingga 5 tahun merupakan fasa penting tumbesaran minda dan fizikal kanak-kanak. 218. Justeru, Kerajaan akan meneruskan Bantuan Makanan Tambahan dan Geran Per Kapita program TABIKA dan TASKA. 219. Kerajaan juga akan menambahbaik pakej pemakanan bernutrisi harian yang lebih lengkap merangkumi susu bersukatan 250 mili-liter, kismis dan telur. 220. Inisiatif ini memanfaatkan hampir 280 ribu kanak-kanak dengan peruntukan 200 juta ringgit. 221. Seterusnya, sebanyak 132 juta ringgit lagi, disediakan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah secara percuma di sekolah Kerajaan, memanfaatkan 200 ribu orang kanak-kanak. Tuan Yang Dipertua, 222. Setiap rakyat di negara ini berhak untuk mendapatkan akses pendidikan yang sempurna. 42 223. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah termasuklah: Pertama: Membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan Industrialised Building System serta menaiktaraf 1,800 makmal sains dengan peruntukan 570 juta ringgit; Kedua: Menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk 8 buah sekolah baharu dengan peruntukan 478 juta ringgit; dan Ketiga: Memperluaskan program penguasaan Bahasa Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language dan Highly Immersive dengan peruntukan 90 juta ringgit. Tuan Yang Dipertua, 224. Satu lagi berita gembira... untuk 430 ribu pendidik kita pula,... menerusi SKMM, 340 juta ringgit diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi memudahkan tugasan. Tuan Yang Dipertua, 225. Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Kerajaan akan meneruskan program berikut: Pertama: Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit, yang memanfaatkan 3.5 juta murid; 43 Kedua: 1.1 bilion ringgit bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid; Ketiga: 300 juta ringgit bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah; Keempat: 1.1 bilion ringgit merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita; Kelima: Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga 50 ringgit dalam akaun SSPN-i; Keenam: Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak 150 ringgit kepada 67 ribu murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas; dan Ketujuh: 600 juta ringgit diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:  250 juta ringgit untuk Sekolah Kebangsaan;  50 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;  50 juta ringgit bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;  50 juta ringgit disalurkan untuk Sekolah Mubaligh;  50 juta ringgit untuk Sekolah Berasrama Penuh;  50 juta ringgit kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;  50 juta ringgit kepada Sekolah Pondok yang berdaftar; dan  50 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA. 44 Tuan Yang Dipertua, 226. Bagi meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, 7.4 bilion ringgit disediakan kepada 20 universiti awam. 227. Daripada jumlah ini, 1.4 bilion ringgit kepada empat hospital universiti, manakala 300 juta ringgit untuk pemerkasaan lima universiti penyelidikan. 228. Tambahan lagi, 100 juta ringgit untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek. 229. Bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan pelajar pendidikan tinggi, Kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar sejumlah 250 ringgit, yang boleh digunakan untuk pembelian buku, alatulis, alatan komputer dan akses internet. Ini akan memanfaatkan seramai 1.3 juta orang pelajar. 230. Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah 4.3 bilion ringgit pada tahun 2017 termasuk:  1.6 bilion ringgit menerusi JPA;  2 bilion ringgit menerusi MARA;  250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;  208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;  194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;  28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan  21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Yang Dipertua, 231. Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan: 45 Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. Insentif ini berkuatkuasa pada besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017. Tuan Yang Dipertua, 232. Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan: Pertama: Bantuan kepada keluarga miskin, meliputi Bantuan Am sehingga 300 ringgit sebulan dan Bantuan Kanak-Kanak sehingga 450 ringgit sebulan diteruskan, memanfaatkan 69 ribu keluarga; Kedua: 424 juta ringgit disediakan yang akan memanfaatkan 120 ribu warga emas, termasuklah bantuan sosio-ekonomi warga emas berjumlah 300 ringgit sebulan sebagai saraan hidup dan program wang saku. Selain itu, 8 buah Pusat Aktiviti Warga Emas baharu akan ditubuhkan; Ketiga: 535 juta ringgit untuk memanfaatkan hampir 150 ribu Orang Kurang Upaya. OKU, merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja; dan 46 Keempat: Pelepasan GST kepada OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang yang layak mendapat pelepasan juga akan diperluaskan. Tuan Yang Dipertua, 233. Sesungguhnya, pada kita OKU membawa erti yang lebih besar yakni, merekalah Orang Ber-Kehebatan Upaya dan Orang Ber-Luarkebiasaan Upaya kerana, telah mampu membuktikan kejaguhan mereka sebagai wira- wira sukan bertaraf dunia. 234. Maka, dengan penuh rasa gembira, dijemput bersama-sama kita di sini, empat orang atlet sukan Paralimpik Rio 2016 yang telah berjaya menghadiahkan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. Syabas dan tepukan kepada:  Saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi;  Saudara Muhammad Ziyad Zolkefli;  Saudara Abdul Latif Romly; dan  Saudari Siti Noor Radiah Ismail Tuan Yang Dipertua, 235. Kerajaan memandang tinggi peranan golongan pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan harmoni. 236. Maka, Kerajaan bersetuju menaikkan elaun ketua kampung, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, termasuk Ketua Kampung-Kampung Baru dan Orang Asli, daripada 800 kepada 900 ringgit. 47 Tuan Yang Dipertua, 237. Pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian dalam negara menuju kemajuan. Jaringan pengangkutan awam yang lebih cekap, selamat dan selesa sangat dinanti-nantikan oleh rakyat. 238. Lantas, seperti dimaklumi, projek sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang telah pun beroperasi pada bulan Jun yang lalu. 239. Manakala perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi pada Disember 2016, memanfaatkan 1.2 juta pengguna di Lembah Klang. 240. Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar dengan langkah-langkah berikut: Pertama: Pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line, menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yang melalui Port Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat secara berfasa dengan anggaran kos 55 bilion ringgit; Kedua: Menggiatkan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak; Ketiga: 100 juta ringgit bagi membaik pulih Landasan kereta api Pantai Timur, jajaran Gua Musang – Tumpat akibat kerosakan banjir; dan Keempat: Bagi meningkatkan kekerapan trip perkhidmatan ETS bagi laluan Johor Bharu – Padang Besar, Kerajaan telah memperoleh 9 set tren sehingga tahun 2019. 48 Sebagai tambahan, sebanyak 10 set tren baharu lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga tahun 2019, dengan peruntukan keseluruhan 1.1 bilion ringgit. Tuan Yang Dipertua, 241. Saban tahun, setiap Bajet yang dibentangkan, golongan Orang Asli turut bersama menikmati manfaatnya. 242. Pada petang ini, kita undang beberapa Tok Batin yang tempat dan kampung mereka telah mendapat faedah serta manfaat hasil peruntukan bajet-bajet yang lalu. 243. Mari beri tepukan kepada Tok Batin Awang bin Lijon dari Kampung Orang Asli Jelebu, Negeri Sembilan dan Tok Batin Taha bin Ahir dari Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor. 244. Bajet ini selanjutnya memperuntukkan 222 juta ringgit untuk projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan serta Penempatan Semula Perkampungan antaranya di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang. 245. Bagi projek Native Customary Rights pula, 20 juta ringgit disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah dan 30 juta ringgit di Sarawak. Tuan Yang Dipertua, 246. Kerajaan tetap prihatin terhadap keperluan komuniti Cina dan India. Sehubungan itu, 50 juta ringgit bagi pembangunan Kampung Baru Cina, 50 juta ringgit lagi untuk pinjaman PKS melalui KOJADI serta 20 juta ringgit untuk pinjaman mikro kredit diseliakan oleh Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation. 49 247. Seterusnya, 20 juta ringgit akan disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina. 248. Bagi masyarakat India pula, 50 juta ringgit diperuntukkan bagi program peningkatan kapasiti dan pendapatan, serta 150 juta ringgit lagi untuk program pembiayaan perniagaan melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia. 249. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kepada 50 buah sekolah dengan peruntukan 10 juta ringgit. 250. Berhubung ini juga, I want to make a policy statement bahawa, Kerajaan komited untuk meng-arus perdanakan program-program pembelaan ke atas masyarakat India terus diperkasakan dalam agenda pembangunan negara. Nambikei,... Nambikei!! dan sempena Deepavali yang akan tiba, saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali. Tuan Yang Dipertua, 251. Menjunjung Agenda Bumiputera, pada minggu lepas, saya telah merasmikan sambutan ulangtahun enam dekad institusi keramat Bumiputera UiTM,... 252. Ternyata, UiTM telah berjaya mencapai objektif penubuhannya dengan melahirkan hampir 700 ribu graduan setakat ini, hingga ada yang sudah berjaya sebagai ahli akademik, pentadbir-pentadbir, teknokrat dan ahli korporat serta Menteri. 50 Tuan Yang Dipertua, 253. Makanya, bertolak dari sini, demi terus memperkasa Bumiputera, Kerajaan akan perbuat dan peruntukan: Pertama: 100 juta ringgit kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera; Kedua: 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka; Ketiga: 300 juta ringgit kepada TEKUN, bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baharu TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita. Tuan Yang Dipertua, Turut dijemput hadir di Parlimen petang ini dua contoh kejayaan hasil inisiatif TEKUN oleh Kerajaan. Mari kita beri tepukan tahniah kepada Encik Denny Iskandar Bahtiar Afandi, yang telah berjaya dalam bidang jahitan pakaian, dan keduanya Encik Vijaya – Indran anak lelaki Ganesan, yang telah berjaya hasil TEKUN di bidang pembaikan alat- alat elektrik. Keempat: 200 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan dan Premis Perniagaan; Kelima: 120 juta ringgit kepada MARA, bagi pelbagai program keusahawanan, antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia, Program Latihan Bersepadu Keusahawanan; 51 Keenam: Dana mudah-cara berjumlah 500 juta ringgit menerusi TERAJU untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka atau memulakan perniagaan baharu; Ketujuh 100 juta ringgit untuk TERAJU bagi Tabung Eksport bagi syarikat-syarikat bumiputera menembusi pasaran antarabangsa; dan Kelapan: 100 juta ringgit menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program Peneraju Skil dan Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas. Bersama kita, dalam dewan Parlimen ini dua orang penerima faedah dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ini. Kini, mereka telah berjaya dalam bidang perhotelan yang bertaraf 6 bintang dan bidang arkitek. Tahniah dan tepukan kita berikan kepada Cik Denilia dan Encik Syahmi. 254. Pokoknya, selagi hayat dikandung badan, agenda pemerkasaan Melayu serta Bumiputera akan terus kita perjuangkan. Tuan Yang Dipertua, 255. Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance, dan Kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi. 256. Malah, ada seorang Pemimpin Pembangkang menyebut pula, ‘Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini’. 52 Saudara dan Saudari Sekalian, 257. Sebenarnya di sini, siapa yang bermain sandiwara?,…. Siapa yang tiada substance sebenarnya?,…. Siapa yang menjadi Pembelot dan Perkhianat negara sebenarnya?,... Di mana pula timbulnya ribut ni?.... 258. Apa yang boleh saya simpulkan wahai rakan-rakan, terutamanya Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah, Ribut-ribut di Kubang Pasu, Angin Sepoi dari Pekan, Demi negara Barisan Nasional Bersatu, Kepentingan rakyat kita utamakan. Tuan Yang Dipertua, 259. Sememangnya, Kerajaan amat menghargai sumbangan perusahaan kecil dan sederhana di dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan di negara ini. 260. Bahkan, 97 peratus daripada kesemua perniagaan di negara ini adalah dari sektor PKS. Perniagaan-perniagaan ini juga menyumbangkan 36 peratus dari KDNK negara pada tahun lepas, 65 peratus dari kesemua pekerjaan dan 18 peratus dari eksport negara. 261. Jadinya, Kerajaan yakin sektor PKS mempunyai keupayaan untuk melonjak ke hadapan, supaya dapat meningkatkan lagi sumbangan mereka kepada ekonomi negara. 262. Untuk Bajet 2017 ini, saya mahu mengumumkan beberapa perkara yang gembira dan sangat mustahak lagi berimpak besar kepada syarikat- syarikat termasuk PKS. Sila dengarkan baik-baik... 53 263. Bagi menghargai pencapaian syarikat-syarikat yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu skim baru khusus bagi tahun taksiran tahun 2017 dan 2018. 264. Skim ini akan memberi pengurangan kadar cukai berperingkat, berdasarkan kepada peratus kenaikan pendapatan berbanding tahun taksiran sebelumnya. Kadar pengurangan cukai pendapatan ini adalah seperti berikut:  Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 5 dan bawah 10 peratus sebanyak satu mata peratusan;  Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 10 dan bawah 15 peratus sebanyak dua mata peratusan;  Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 15 dan bawah 20 peratus sebanyak tiga mata peratusan; dan  Peratus kenaikan pendapatan bercukai 20 peratus sebanyak empat mata peratusan. 265. Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bercukai syarikat bagi tahun taksiran 2016 adalah sebanyak 10 juta ringgit, dan meningkat kepada 12 juta ringgit pada tahun 2017, maka jumlah cukai yang dikenakan pada 10 juta ringgit pertama adalah sebanyak 24 peratus; bersamaan 2.4 juta ringgit. Manakala, beza pendapatan 2 juta ringgit pada tahun 2017 pula dikenakan cukai sebanyak 20 peratus; bersamaan 400 ribu ringgit. Ini bermakna, kadar cukai efektif adalah 23.3% dan jumlah cukai yang perlu dibayar adalah 2.8 juta ringgit dengan penjimatan sebanyak 80 ribu ringgit. 266. Selain daripada itu, bagi semua PKS pula, kadar cukai bagi pendapatan bercukai sehingga 500 ribu ringgit pertama, akan dikurangkan daripada 19 peratus kepada 18 peratus, bermula tahun taksiran 2017. 54 267. Juga, bagi merancakkan program pembangunan vendor tempatan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat induk, akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Tuan Yang Dipertua, 268. Beriring-iring dengan Perpaduan, Kerajaan ini tidak akan pernah berkompromi dengan keselamatan dan ketenteraman awam. 269. Sesungguhnya, jasa para perajurit negara sentiasa kekal di sanjung tinggi. Ini termasuklah pengorbanan mereka mempertahankan negara ketika darurat. 270. Bersama-sama kita juga pada petang berbahagia ini, wakil-wakil para veteran, pasukan perajurit juga anggota keselamatan, yang merupakan wira-wira bangsa dalam mempertahankan kedaulatan pertiwi. Nampaknya hanya Abang Bomba saja yang tak ada,... 271. Sesungguhnya, jasa mereka tidak terbayar dengan wang ringgit, dan tidak ternilai dengan pangkat darjat. 272. Saya difahamkan bahawa, hadir dan berada di galeri atas sana adalah wakil-wakil daripada Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara, serta Polis DiRaja Malaysia yang pernah berkhidmat semasa tragedi di Lahad Datu. 273. Sama-sama kita beri semangat dan tepukan patriotik yang meriah buat mereka! 55 Tuan Yang Dipertua, 274. Maka, sukacitanya diumumkan, Kerajaan akan memberi Bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM, sejumlah 55 juta ringgit, yang masih belum menerima insentif khas ini. 275. Ini bagi membolehkan veteran yang hilang upaya ketika dalam perkhidmatan, dapat menerima insentif tersebut. Sebagai contoh, seorang Koperal yang mengalami hilang upaya sebanyak 80 peratus semasa berkhidmat layak menerima bayaran Insentif Pukal sehingga 34 ribu ringgit dan bayaran Insentif Bulanan sehingga 590 ringgit bergantung kepada kaedah pengiraan semasa. Ini merupakan insentif baharu selain daripada Pencen Hilang Upaya sedia ada. 276. MINDEF pula diperuntukkan 15.1 bilion ringgit, antaranya 1.8 bilion ringgit untuk menyelenggara aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan senjata. ATM juga diperlengkapkan dengan perolehan kapal rondaan dan kenderaan berperisai 8 x 8. 277. Di samping itu, 1.3 bilion ringgit diperuntukkan antaranya untuk telekomunikasi, rangsum dan perolehan pakaian seragam. 278. Bagi meningkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, 323 juta ringgit, diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah. Tuan Yang Dipertua, 279. Selain itu, Kerajaan akan mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, dan Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Seterusnya, menempatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8x8, dan kenderaan perisai 56 4x4 di Lahad Datu, serta penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk dan helikopter Eurocopter EC-725 di Pangkalan Udara Labuan. 280. Angkatan Tentera juga akan melaksanakan Program Jiwa Murni, dengan peruntukan 114 juta ringgit, bagi membina dan menaiktaraf jalan di pedalaman Sarawak. 281. Di samping itu, perkhidmatan Feri Sekolah Angkatan Tentera, juga diteruskan melibatkan 15 ribu anak-anak anggota ATM seluruh negara. 282. Manakala, KDN diperuntukkan 12.8 bilion ringgit, termasuk 8.7 bilion ringgit kepada Polis DiRaja Malaysia. Antara projek utama adalah, membina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69, dan perolehan kenderaan serta kelengkapan. 283. Selain itu, 60 juta ringgit disediakan bagi meningkatkan keberkesanan usaha mencegah jenayah di bandar, termasuk omnipresence dan Unit Rondaan Bermotosikal. 284. Kerajaan juga mengiktiraf peranan anggota RELA dalam memelihara keharmonian masyarakat. Untuk ini, 80 juta ringgit diperuntukkan, bagi membekalkan pakaian seragam kepada lebih 200 ribu orang anggota RELA. 285. Dua wakil mereka ada bersama kita,... sila kita beri tepukan meriah kepada wakil anggota RELA yang banyak berjasa. 286. Bagi memastikan kawasan kejiranan berada dalam selamat dan tenteram, 40 juta ringgit diperuntukkan untuk melaksanakan semula Geran Persatuan Penduduk kepada persatuan yang berdaftar. Geran sehingga 10 ribu ringgit, bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan. 57 Tuan Yang Dipertua, 287. Wanita sentiasa menjadi inspirasi dan tulang belakang kepada pembangunan negara. Sejak zaman dahulukala pun, para pahlawan dan pendekar, bukan sahaja terdiri daripada kaum lelaki, tetapi juga kaum Hawa. 288. Beberapa hari lepas, saya telah bertemu dengan seorang pejuang wanita. Beliau adalah wakil tunggal yang menjadi perlambangan wanita Malaysia yang berhati waja, berani dan kuat semangat. Bersama rakan- rakan, beliau membuat misi kemanusiaan ke Palestin, sehingga ditahan oleh regim Israel. 289. Namun Alhamdulillah, telah kembali ke tanahair dengan selamat. Ayuhlah, kita berikan sambutan semangat dan tepukan kepada Dr. Fauziah Hassan. Tuan Yang Dipertua, 290. Sehubungan ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan negara, sebanyak 2 bilion ringgit disediakan untuk program-program seperti I-KIT, I-KeuNita dan program Women Career Comeback. 291. Kerajaan juga menyediakan 30 juta ringgit untuk kaum wanita menjalani pemeriksaan mamogram dan mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma, untuk mencegah kanser. 292. Bercakap tentang kejayaan dan kehebatan golongan wanita lagi, marilah kita memberi tepuk tahniah kepada Cik Lam Shu Jie, yang telah berjaya dalam penyelidikan Structurally Nano-Engineered Anti-Microbial Peptide Polymers (SNAPPs) di peringkat global. Saya difahamkan beliau sedang menuntut di salah sebuah universiti di Australia. 58 293. Sebagai sokongan kepada wanita berkerjaya yang masih menyusukan anak, Kerajaan akan memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga seribu ringgit, bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan ini, diberi setiap 2 tahun sekali, mulai tahun taksiran 2017. 294. Seterusnya, bagi meringankan beban ibu bapa yang bekerja, pelepasan cukai sehingga seribu ringgit diberikan kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah, ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar, mulai tahun taksiran 2017. Kerajaan menganggarkan 40 ribu individu akan mendapat manfaat daripada pelepasan cukai ini. Tuan Yang Dipertua, 295. Sebagai sebuah negara Islam yang wasatiyyah, berasaskan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, Kerajaan dari masa ke semasa akan terus memperkembangkan syiar Islam di landasan betul. 296. Seraya itu, Kerajaan, menolak sekeras-kerasnya sebarang fahaman yang terlalu liberal mahupun terlalu ekstrem. 297. Di sudut ini, peranan para agamawan, khususnya golongan Imam serta Ahli Jawatankuasa Masjid dan surau-surau dipandang serius oleh pihak Kerajaan, terutamanya kebajikan mereka. 298. Makanya, pada hari ini, kita berbesar hati untuk menjemput beberapa Imam dan Bilal yang berjasa sejak sekian lama di surau-surau dan masjid-masjid seluruh negara. 299. Silalah kita mendongak ke galeri dan skrin, wajah-wajah antara ribuan imam, bilal dan siak, yang telah berjasa mengimarahkan masjid dan surau dalam ibadah jemaah. Berilah tepukan penghargaan kepada mereka. 59 300. Seiring dengan itu, dengan rasa tawaduknya, berasa bersyukur, kerana Imam-imam ini adalah antara 4,611 jemaah yang telah dibiayai untuk mengerjakan ibadat haji oleh GLC. 301. Berkait ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan elaun Imam di bawah JAKIM, daripada 750 ringgit kepada 850 ringgit sebulan. Ini memanfaatkan hampir 15 ribu Imam di seluruh negara. 302. Manakala sebanyak 500 ringgit, akan diberikan secara one-off kepada hampir 16 ribu Bilal dan Siak di seluruh tanahair, sebagai menghargai jasa mereka dalam mengurus tadbir masjid. 303. Sukacitanya Kerajaan mengumumkan, elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada 800 ringgit kepada 900 ringgit sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33 ribu guru. 304. Kerajaan menyedari permintaan yang tinggi oleh masyarakat terhadap pendidikan tahfiz. Oleh itu, buat pertama kalinya, Kerajaan memperuntukkan 30 juta ringgit bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. 305. Sekalung tahniah, mari kita beri tepukan kepada wakil guru-guru KAFA dan anak-anak Tahfiz tajaan Kerajaan. Tuan Yang Dipertua, 306. Ramai cendekiawan dan pejuang kemanusiaan dunia seperti Mahatma Ghandi menyarankan bahawa, If you want to reach real peace in this world, we should start educating the children. 307. Pada Jumaat penuh barakah ini, dibawakan sebahagian anak-anak masuk ke Dewan Parlimen sebagai memberi pengalaman kepada mereka, selaku pewaris bangsa. Anak-anak kita ini, adalah daripada kelas-kelas pendidikan awal KEMAS, TABIKA, TASKA dan PERMATA. 60 308. Bagi menghargai khidmat jasa para pembantu KEMAS, elaun mereka akan dinaikkan daripada 400 kepada 500 ringgit, melibatkan hampir 11 ribu orang. 309. Turut hadir dua wakil pembantu KEMAS, dan silalah beri tepukan kepada mereka. Tuan Yang Dipertua, 310. Bersama-sama kita pada petang ini juga, anak-anak PERMATA dan KEMAS, yang merupakan pewaris masa depan negara. 311. Sebanyak 85 juta ringgit akan diperuntukkan bagi program PERMATA, yang melibatkan 50 ribu kanak-kanak, antaranya, untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia. Selain itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan, dan Kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang akan diubahsuai menjadi pusat PERMATA Pintar dan Berbakat. Tuan Yang Dipertua, 312. Ingin disampaikan satu lagi khabar penting, Kerajaan akan mengambil langkah positif untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun hadapan, berkait mereka yang telah diisytiharkan bankrap, terutamanya ‘penjamin sosial’ misalannya penjamin biasiswa,...dan antaranya lagi, mereka yang mengidap penyakit kronik setelah disahkan oleh hospital Kerajaan juga mereka yang telah berumur. Perinciannya sedang dilakukan dan butiran lanjut akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. 61 Tuan Yang Dipertua, 313. Demikianlah sekian banyaknya prakarsa, inisiatif, peruntukan dan ikhtiar murni Kerajaan Barisan Nasional dalam simfoni Bajet 2017 ini, untuk Rakyat, Kerana Rakyat. 314. Sebuah bajet yang sangat berkomited dan tidak mementingkan kepopularan politik, sebaliknya demi mempastikan kedudukan asas ekonomi negara kekal berdaya tahan dan kuat, termasuk dasar tentang sasaran defisit, aktiviti ekonomi yang telah dirangsang, dan kesihatan jangka panjang sistem kewangan Malaysia. 315. Sesungguhnya,… sesungguhnya,… Kerajaan Barisan Nasional adalah Kerajaan anak jantan. Kita tidak akan sesekali lari dari masalah. 316. Kita tidak akan pernah belot dan takut kecundang, lari dari medan perjuangan. Tuan Yang Dipertua, 317. To us, Barisan Nasional, FAILURE IS NOT AN OPTION,… AND,… SUCCESS IS WHAT WE STRIVE FOR. 318. Lantas,... sukacitanya saya mengumumkan, sebaik sahaja bajet ini selesai, pihak Kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional atau national discourse bagi memeta halatuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu. Kalau lembayung gagasan negara yang saya perkenalkan sejak 2010 adalah, Dasar Transformasi Nasional atau DTN, maka wacana nasional ini pula saya namakan sebagai, Transformasi Nasional 2050 dan sesudah ini dijenamakan sebagai TN50. 319. Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu, Allahyarham Tun Razak rencanakan untuk menyediakan Generasi Baharu yang berjaya dalam 62 tempoh 30 tahun, begitulah TN50 ini akan menjangkau 3 dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence. 320. TN50 akan dimula-gerakkan dengan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana-wacana nasional atau national discourse seperti diputuskan oleh Kabinet, akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta pastinya akan dinaungi dan dipayungi oleh saya sendiri selaku Perdana Menteri. 321. Biarlah TN50 ini menjadi saksi dan berkalamlah tawarikh bahawa, Kita adalah Bapa-Bapa atau Nenek Moyang yang bertanggungjawab, mahu mewariskan yang terbaik dan terhebat,..... diperturunkan kepada generasi hari muka. 322. TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui. Tuan Yang Dipertua, 323. Dari itu, walau kita terus diperhadapkan dengan beribu aral yang melintang,... tapi kita terima dengan jiwa yang besar dan roh bangsa merdeka. 324. Oleh itu, wahai rakan-rakan dalam Barisan Nasional, Ayuhlah,... kita rapatkan saf, kita satukan pemikiran, kita perkukuhkan pasukan,... 325. Sekaligus di kesempatan ini, saya mahu merakamkan rasa penghargaan yang tinggi kepada Timbalan saya, yakni Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, atas kesetiaan saudara yang tidak berbelah bahagi. 326. Begitu juga ketaatan yang diberikan kepada saya oleh Anggota- anggota Jemaah Menteri, Pimpinan-Pimpinan Parti Komponen dan tentunya 63 juga kepada para Penjawat Awam, kepada negara selama puluhan tahun ini. Tuan Yang Dipertua, 327. Kepada Penjawat Awam, saya tahu tak tidur malam jika perkara ini tidak diumumkan. Bagai pucuk dicita, khabar gembira sudah pun mendatang. 328. Sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam, sukacitanya saya mengumumkan bayaran khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam, manakala 250 ringgit kepada para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017. Saudara dan Saudari Rakan Seperjuangan Sekalian, 329. Biarlah hati kita luluh dan kalbu kita hancur menahan luka, asalkan masyarakat mendapat untung dan labanya. 330. Biarlah bahu-bahu kita yang menanggung caci dan cerca, asalkan,... rakyat tetap dibela. Tuan Yang Dipertua, 331. Jika dimadah orang dahulukala, Raja dan Rakyat berpisah tiada,... Begitulah juga,... Kerajaan dan Rakyat juga sehati sejiwa. 332. Ingin saya nyatakan betapa kasihnya Kerajaan ini untuk melihat rakyat bahagia dan sentosa. Seperti dipujangga dalam gurindam jiwa,....HENDAK MATI DI HUJUNG KUKU, HENDAK BERKUBUR DI TAPAK TANGAN. 64 Tuan Yang Dipertua, Saudara Saudari, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi, 333. Akhir kalam, Kerajaan Barisan Nasional dengan izin Allah jua, yakin dan percaya bahawa, angin kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak, yang telah berpuput-puput bayunya ke Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan mula meniup obor perjuangan yang kami yakin dan percaya, hari demi hari, InsyaAllah,.... dengan kehendak Yang Maha Berkuasa, akan membawa pula kemenangan besar di Pilihanraya Umum Ke-14 kepada Kerajaan Barisan Nasional, InsyaAllah. 334. Lalu,.... Lalu,.... SUDAH MENJADI ADAT ORANG BERJUANG,.... SEKALI LAYAR SUDAH DIKEMBANG,... SEKALI BAHTERA SEDANG BERKEMUDI,... PABILA GENDERANG DITABUH-TABUHKAN,....APA PUN BADAI DATANG MENGHENTAM,.... PANTANG PENDEKAR BERBALIK PULANG!!! 335. Mudah-mudahan Allah Hu Ta’ala, Melimpah Kurnia serta Mencucur Rahmatnya kepada Malaysia dan Rakyatnya, Dunia Akhirat, Zahir dan Batin. Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Public Notice
18 Okt 2016
Financial Technology Regulatory Sandbox Framework
https://www.bnm.gov.my/-/financial-technology-regulatory-sandbox-framework-2
null
null
null
null
null
14 Okt 2016
Concept Paper on Stress Testing
https://www.bnm.gov.my/-/concept-paper-on-stress-testing
null
null
null
null
null
06 Okt 2016
Beware of bogus emails using Bank Negara Malaysia's name
https://www.bnm.gov.my/-/beware-of-bogus-emails-using-bank-negara-malaysia-s-name-1
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/beware-of-bogus-emails-using-bank-negara-malaysia-s-name-1&languageId=ms_MY
Reading: Beware of bogus emails using Bank Negara Malaysia's name Share: Beware of bogus emails using Bank Negara Malaysia's name Tarikh Siaran: 06 Okt 2016         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
22 Sep 2016
Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated.
https://www.bnm.gov.my/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-52
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-52&languageId=ms_MY
Reading: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Share: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Tarikh Siaran: 22 Sep 2016         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
30 Ogos 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran Ogos 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-ogos-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed76+Aug+2016+v8.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-ogos-2016-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Ogos 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Ogos 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 30 Ogos 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah JANGAN Jadi Mangsa Penipuan Skim Pelaburan! Antara topik lain yang menarik termasuk : 4 Halangan Terbesar Simpanan Persaraan Anda Kenali Perbankan Islam - Pembiayaan Kenderaan Lebih 64,247 penduduk luar bandar berjaya ditawan ‘MobileLINK’ Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak (Bahagian 3) RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Isu Ogos/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
R A K A N K E W A N G A N A N D A Empat Halangan Terbesar Simpanan Persaraan Anda Lebih 64,247 penduduk luar bandar berjaya ditawan ‘MobileLINK’ Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak (Bhg 3) E D I S I OGOS 2 0 1 6 JANGAN Jadi Mangsa Penipuan Skim Pelaburan! 2 | RINGGIT Salah satu matlamat pelaburan yang sukar untuk dikecapi ialah pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi, tetapi dengan risiko yang rendah. Namun, masih ramai yang menjadi mangsa kepada penipuan skim pelaburan. Kebanyakan individu yang menjalankan penipuan pelaburan menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang cepat kepada mangsa mereka. Penipuan pelaburan biasanya sangat meyakinkan dan menggunakan berbagai taktik. Jangan jadi mangsa, ketahui cara untuk mengenali dan tanda-tanda skim penipuan pelaburan seperti yang dinyatakan di bawah: Panggilan Telefon Menawarkan Skim Pelaburan Berjaga-jaga sekiranya anda menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan besar. Sering kali individu tersebut akan cuba meyakinkan anda dengan mengatakan bahawa “tawaran ini terhad untuk sekian waktu”, namun jangan tertipu. Mereka sebenarnya sudah dilatih meyakinkan anda untuk mendaftar segera dan sering kali mendesak. Oleh itu, tetapkan pendirian anda sekiranya anda menerima panggilan telefon sedemikian dan kata sahaja bahawa anda tidak berminat, kemudian letakkan telefon. Semak Latar Belakang Skim Pelaburan Tersebut Jangan tertipu dengan nama skim pelaburan hanya kerana ia kelihatan menarik atau profesional. Broker profesional, penasihat pelaburan dan ejen insurans harus mendaftar dengan pihak berkuasa. Oleh itu, sebelum anda bersetuju untuk memberikan wang anda kepada mana-mana pihak untuk dilaburkan, anda seharusnya membuat semakan terlebih dahulu sama ada individu atau syarikat tersebut telah didaftarkan. JANGAN Jadi Mangsa Penipuan Skim Pelaburan! “Jangan tertipu dengan nama skim pelaburan hanya kerana ia kelihatan menarik atau profesional. Broker profesional, penasihat pelaburan dan ejen insurans harus mendaftar dengan pihak berkuasa.” OGOS 2016 | 3 Anda juga boleh menyemak senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di laman sesawang www.bnm.gov.my dan www.sc.com. my. Setakat Julai 2016, sebanyak 272 syarikat telah disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia. Jangan Terpedaya Kerana Ramai Yang Menyertai Pihak yang cuba meyakinkan anda mungkin akan berkata bahawa ramai yang telah menyertai skim pelaburan tersebut dan akan cuba memperdaya anda untuk turut serta. Jangan terperdaya dengan alasan tersebut. Selain itu, skim piramid merupakan skim yang paling popular. Skim piramid berfungsi apabila anda perlu merekrut individu di bawah anda. Lebih ramai orang yang berjaya direkrut, maka lebih banyak wang yang anda akan dapat. Janji yang biasa diberikan ialah anda boleh menjana wang yang banyak walaupun anda bekerja dari rumah. Mangsa yang mempercayai tipu helah mereka itu akan merekrut rakan serta ahli keluarga mereka kemudiannya. Tetapi hakikatnya, pelaburan sebenarnya tidak wujud. Apabila tiada lagi Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang : www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang : www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. 4 | RINGGIT rekrut baharu, maka tiada wang yang dijanakan. Mangsa kemudian akan sedar tiada pulangan yang akan didapati daripada wang yang telah dilaburkan. Pihak yang terlibat dalam penipuan skim pelaburan pula akan menghilangkan diri berserta wang yang telah dilaburkan oleh mangsa. Pelaburan Tiada Tarikh Luput Berjaga-jaga sekiranya anda dijanjikan dengan skim pelaburan yang memberikan pulangan tinggi, tetapi diberitahu bahawa ia mempunyai tarikh luput. Anda diminta untuk melabur dengan kadar segera kerana ia tawaran terhad. Ini juga merupakan salah satu taktik yang sering digunakan. Taktik menjanjikan cepat kaya merupakan taktik yang juga biasa digunakan. Selain menjanjikan pelaburan dengan risiko rendah atau tanpa risiko, anda akan mendapat pulangan yang tinggi. Anda perlu ketahui bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko. Jangan terpedaya sekiranya mereka menjanjikan skim cepat kaya atau pelaburan tanpa risiko. Rasa Terhutang Budi Siapa yang tidak suka mendapat barang percuma, bukan? Namun, anda perlu memastikan bahawa pemberian barang percuma tersebut tidak terikat pada apa-apa syarat. Sekiranya anda rasa terhutang budi untuk membalas setelah mendapat pemberian percuma, jangan menerima pemberian tersebut. Salah satu cara lain penipuan skim pelaburan adalah, melalui pemberian percuma kemudian membuat penerima tersebut rasa bersalah kerana menerima barang percuma tanpa memberikan apa-apa pulangan. Seterusnya, anda mungkin mendapati bahawa anda perlu melakukan sesuatu setelah menerima pemberian percuma daripada skim pelaburan tersebut. Didik Diri Anda Ilmu memberikan anda kuasa. Hal ini disebabkan lebih banyak pengetahuan anda, maka lebih mudah pemahaman anda. Ketahui lebih lanjut tentang pelaburan dan juga cara-cara untuk mengenal pasti penipuan pelaburan. Melalui cara ini, anda boleh melindungi diri anda serta ahli keluarga anda daripada menjadi mangsa penipuan skim pelaburan. Penipuan skim pelaburan mempunyai berbagai taktik dan cara. Namun, satu cara yang sering kali digunakan adalah melalui janji pulangan keuntungan yang sangat tinggi. Ramai yang masih menjadi mangsa kepada penipuan skim pelaburan kerana sikap tamak dan inginkan keuntungan tinggi pada masa yang singkat. Berfikirlah secara bijak dan jangan mudah menjadi mangsa. Sumber: CompareHero.my OGOS 2016 | 5 Halangan Terbesar Simpanan Persaraan Anda Perancangan persaraan merupakan satu perkara yang perlu diberikan perhatian khusus. Sama ada anda suka atau tidak, persaraan pasti akan tiba. Tempoh bekerja ini sepatutnya digunakan sebaik- baiknya untuk menjana pendapatan persaraan anda. Banyak laporan menyatakan bahawa caruman KWSP berkemungkinan tidak mencukupi untuk menampung sepenuhnya keperluan kewangan ketika bersara kelak. Oleh itu, inisiatif sendiri perlu diambil dengan menyimpan lebih banyak secara sukarela, antaranya melalui Skim Persaraan Swasta (PRS). Seandainya anda sudah mempunyai niat untuk membuat simpanan tambahan bagi persaraan, anda sudahpun memulakan langkah pertama untuk menjamin masa hadapan anda. Namun, perancangan sahaja belum mencukupi. Pakar-pakar ekonomi telah membuat kajian mendalam mengenai sikap dan tingkah laku seseorang dalam merancang kewangan peribadi. Terdapat empat ciri yang dikenal pasti menjadi halangan terbesar untuk menyimpan secara konsisten untuk tujuan persaraan. 1. Inersia Inersia bermaksud tiada ketekunan atau malas mengambil tindakan. Hal ini merupakan suatu sikap yang membuatkan seseorang sukar untuk mengikis gaya hidup suka berbelanja untuk keperluan dan kehendak semasa sahaja. Bagi seseorang yang ingin mengubah diri daripada terus tergolong dalam golongan inersia, maka beliau perlu komited dan mempunyai motivasi diri yang tinggi dalam memikirkan masa hadapan. 2. Tiada atau kurang kawalan diri Pepatah Melayu ada menyatakan, ‘besar periuk maka besarlah keraknya’, yang menggambarkan lebih besar pendapatan, maka lebih besarlah perbelanjaannya. Tidak dinafikan bahawa ada baiknya untuk ‘memanjakan diri’ sekali-sekala dengan memberikan ganjaran kepada diri sendiri, tetapi perlu diingat sekiranya sikap ini tidak dikawal, sudah pasti ia akan menjebakkan anda kepada masalah keborosan yang melampau. Sikap sedemikian telah menyebabkan ramai yang hidup di luar kemampuan, sehingga terpaksa berhutang, semata- mata untuk mengekalkan gaya hidup mewah. Inilah yang menjadi penyebab kenapa ramai memberikan alasan seperti, “Saya tidak mampu untuk menyimpan lebih banyak untuk persaraan.” Hakikatnya, gaya hidup anda sendiri yang sebenarnya menyempitkan ruang untuk simpanan persaraan. 3. ‘Present bias’ Seterusnya ialah tingkah laku ‘present bias’, iaitu kecenderungan untuk memberikan lebih perhatian kepada berbelanja untuk kegunaan harian dan mengorbankan matlamat jangka panjang. Secara mudahnya, falsafah hidup mereka yang berada dalam golongan ini tidak ubah seperti ‘hiduplah untuk hari ini dan biarlah hari esok datang’. 4. Berlengah-lengah Menunda-nunda atau menangguhkan simpanan merupakan satu lagi halangan utama untuk menyimpan bagi persaraan. Ramai yang suka mengamalkan sikap bertangguh sehingga usaha memulakan simpanan sentiasa tergendala. Malah ada yang hanya mula menyimpan ketika persaraan sudah sangat hampir. Sikap ini akan mengurangkan kuasa pengkompaunan. Tahukah anda, semakin lama anda menunda keputusan anda, maka semakin banyak yang perlu anda ketepikan untuk simpanan persaraan anda? Perbuatan berlengah- lengah ini sebenarnya melibatkan kos yang tinggi. Kemungkinan besar anda akan gagal menjana dana persaraan yang diperlukan. Gabungan keempat-empat sikap yang dinyatakan di atas sering membantutkan hasrat anda untuk mengambil tindakan untuk menyimpan lebih bagi tujuan persaraan. Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, maka apa yang perlu dibuat adalah dengan mengenal pasti jenis halangan, seterusnya mengambil langkah-langkah yang tepat untuk menanganinya. Dato’ Steve Ong merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta (PPA), Pentadbiran Pusat Skim Persaraan Swasta (PRS). Sebarang pandangan dalam artikel ini adalah hasil nukilan penulis sendiri. Ikuti Dato’ Steve Ong di Facebook beliau. 4 6 | RINGGIT Hafiz Maaruf Salam En. Karim, saya nak tanya sedikit tentang pinjaman kereta. Oh, ada beza ke? Oh begitu. Katakan saya tak mampu bayar duit kereta, kereta saya kena tarik tak? Wassalam Hafiz, apa yang boleh saya bantu? Awak nak tanya tentang pinjaman atau pembiayaan? Ada perbezaanya, konsep pnjaman dalam Islam merujuk kepada Qard maksudnya kalau bank beri pinjaman RM10k pada awak, awak wajib bayar semula RM10k. Tapi kalau pembiayaan perbankan Islam bayaran semula awak kepada bank ada dua elemen iaitu RM10k (Prinsipal) + Caj keuntungan. Ini adalah kontrak pembiayaan kenderaan, AITAB (sewa-beli) yang lazim digunakan dalam perbankan Islam. Katakan awak tertunggak bayar selama 2 bulan, bank akan keluarkan notis penarikan kereta. Dalam masa 21 hari, awak perlu lunaskan semua bayaran tertunggak. 3. Penyerahan Hak Milik 6. Penyerahan Hak Milik setelah habis bayar pembiayaan 1. Bayaran “Downpayment” Pelanggan 2. Bayaran Penuh 4. Menyewakan kerata 5. Bayaran Sewa (Prinsipal + Caj Keuntungan) Kontrak Al Ijarah Al Bai’ (AITAB) KENALI PERBANKAN ISLAM OGOS 2016 | 7 Tapi, kalau saya memang tak mampu bayar juga selepas 21 hari itu, apa akan jadi? Kalau tak mampu nak bayar selepas tempoh itu, saya sarankan awak pulangkan kereta tu kepada bank. Kalau tidak, awak kena tanggung kos untuk bank tarik kereta itu. Macam mana nak dapat balik kereta kalau sudah ditarik? Caj kelewatan tu apa? Apa akan jadi kalau saya tak mampu jelaskan tunggakan + caj kelewatan? Kalau begitu lebih baik saya biar kereta dilelong supaya saya boleh mendapat lebihan tersebut. Tapi kalau saya memang tidak mampu nak jelaskan tunggakan dengan pihak bank? Apa kesannya? Terima kasih. Banyak yang saya pelajari hari ini. Selepas awak bayar semua tunggakan serta caj kelewatan, awak akan dapat balik kereta awak. Jangan tunggu lama sangat, nanti bank lelong pula kereta itu. Caj kelewatan itu ada dua bahagian: 1. 1% Ta’widh (Ganti rugi atas kelewatan pelanggan) 2. Gharamah (penalti yang bank salurkan ke badan-badan kebajikan) Bank akan melelong kereta awak. Sekiranya hasil lelongan lebih tinggi dari jumlah tunggakan, awak berhak mendapat lebihan tersebut. Tapi kalau jumlah lelongan tidak cukup untuk menampung tunggakan awak dengan bank, awak sendiri yang perlu tambah. Tunggakan akan menjejaskan rekod CCRIS awak dan menyebabkan: 1. Sukar untuk mendapatkan pembiayaan di masa hadapan. 2. Pembiayaan yang diterima mungkin lebih mahal. 3. Nama awak akan disenarai hitam oleh bank. Sekarang ni dah banyak maklumat tentang perbankan Islam dalam internet. Antaranya: 1. https://www.akpk.org.my 2. https://www.imoney.my Disediakan oleh: Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia 8 | RINGGIT MobileLINK atau ‘Perkhidmatan LINK Bergerak’ yang dirasmikan pada 9 Disember 2011 oleh mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, membuktikan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengorak langkah mendekatkan diri dengan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dengan rangka program rangkuman kewangan yang lebih efisien. Lebih 64,247 penduduk luar bandar berjaya ditawan ‘MobileLINK’ Sebelum kembara MobileLINK meneruskan ekspidisi menjelajah kawasan-kawasan luar, pasukan MobileLINK akan membuat kajian terlebih dahulu terhadap sebarang maklumat berkaitan masalah isu kewangan, isu berkaitan insurans dan takaful dan lain-lain isu, termasuklah isu skim cepat kaya, pengambilan wang secara haram dan sebagainya yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Kajian tersebut memudahkan pasukan MobileLINK untuk merangka program yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat bagi menangani isu-isu yang berkaitan. Program rangkuman kewangan ini berjalan dengan kolaborasi dari lain-lain agensi seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Majlis Daerah, Amanah Ikhtiar Malaysia, Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Peserta akan diberikan penerangan oleh pihak AKPK berkaitan pendidikan kewangan iaitu tentang penggunaan kredit secara bijak serta asas pengurusan wang dan tanggungjawab dalam menguruskan kredit. Ia akan membantu peserta untuk lebih memahami risiko yang terlibat dalam menguruskan kewangan dan akan memudahkan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Malah, MobileLINK telah bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara untuk memberi penerangan berkaitan dengan persediaan sebelum dan selepas berlakunya bencana alam seperti banjir, termasuklah maklumat-maklumat berkaitan jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan kebajikan Masyarakat dan perlindungan insurans dan takaful bencana alam. Selaras dengan aspirasi Bank Negara Malaysia untuk memberi perkhidmatan tentang rangkuman kewangan kepada masyarakat luar bandar, maka wujudlah MobileLINK, hasil cetusan idea Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah. Melalui program ini, masyarakat setempat diberi pengetahuan mengenai perkhidmatan asas perbankan, insurans dan pengurusan kewangan selain pendedahan mengenai jenayah kewangan seperti skim cepat kaya, pelaburan haram dan penipuan kewangan. OGOS 2016 | 9 Sejak dilancarkan, lebih daripada 64,000 penduduk luar bandar daripada 403 mukim termasuk Sabah dan Sarawak telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan oleh MobileLINK. Hasil kaji selidik yang dijalankan, didapati lebih 95% daripadanya berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program. Di samping itu, sepanjang tempoh MobileLINK ini dilaksanakan, ia berjaya menarik minat orang ramai membuat transaksi perbankan sebanyak 7,987 transaksi dengan jumlah keseluruhan mencecah RM17 juta. Antara transaksi yang menjadi perhatian adalah pembukaan akaun, pembelian sijil premium, permohonan pinjaman dan sebagainya Program sebegini dapat memberi impak yang positif kepada penduduk, terutama di kawasan terpencil, dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam sistem kewangan secara langsung. Malah yang penting, masyarakat bukan sahaja berpengetahuan dalam pengurusan kewangan tetapi mereka lebih arif dan bijak dalam menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. Pengetahuan ini diharapkan dapat menyumbang kepada keseimbangan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan ke arah pembangunan negara yang lebih stabil. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh MobileLINK untuk orang ramai dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS): • maklumat asas mengenai perkhidmatan perbankan; • memberi nasihat berkaitan perbankan, insuran dan takaful serta pembiayaan PKS; • mendapatkan maklumat mengenai laporan kredit melalui CCRIS; • mendapatkan maklumat mengenai bank dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengannya secara layan diri melalui terminal sesawang yang disediakan di dalam koc; dan • mendapatkan nasihat tentang hal-hal kewangan dan yang berkaitan dengannya di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia. M o b i l e L I N K a k a n t e r u s m e l a n g k a h perjalanannya setiap tahun dan terus memberikan keutamaan yang tinggi dalam merealisasikan usaha untuk memajukan agenda rangkuman kewangan negara. Telefon: 1-300-88-5465 | SMS kepada 15888: BNM TANYA [pertanyaan anda] E-mel: bnmtelelink@ bnm.gov.my Disediakan oleh: Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah, Bank Negara Malaysia 10 | RINGGIT PIDM: MoneySmart 123 PIDM MoneySmart 123 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna kewangan mengenai pelbagai produk dan penyedia perkhidmatan kewangan, risiko yang berkaitan dengan setiap produk dan juga hak-hak mereka sebagai pengguna kewangan. PIDM MoneySmart 123 mengandungi tip-tip yang mudah diikuti yang boleh membantu anda menjadi pengguna kewangan yang bijak. Langkah-langkahnya seperti berikut: • Langkah 1: Ketahui Produk Kewangan Anda • Langkah 2: Ketahui Risiko Kewangan Anda • Langkah 3: Ketahui Hak Kewangan Anda Pada keluaran sebelum ini, PIDM telah membincangkan Langkah 1 serta Langkah 2, iaitu Ketahui Produk Kewangan Anda dan Ketahui Risiko Kewangan Anda. Bagi keluaran kali ini, PIDM akan membincangkan langkah seterusnya, iaitu Ketahui Hak Kewangan Anda. Langkah 3: Ketahui Hak Kewangan Anda Sudah pasti dalam urusan seharian, anda akan menggunakan perkhidmatan kewangan. Oleh itu, ada baiknya anda mengetahui langkah-langkah yang sepatutnya diamalkan, sekiranya berlaku sebarang masalah dalam perkhidmatan kewangan tersebut. A. Sentiasa Lebih Peka Terhadap Kewangan Uruskan kewangan anda Lengkapkan diri anda dengan maklumat tentang pengurusan kewangan agar anda dapat membuat pilihan kewangan yang bijak dan mengelakkan kesi lapan yang biasa berlaku dalam pengurusan kewangan. Sebagai contoh, anda hendaklah sentiasa memastikan bahawa anda berbelanja mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda membelanjakan lebih banyak wang daripada yang disimpan, atau anda menanggung hutang yang besar, anda mungkin memikul beban kewangan yang akan terus menghantui anda. Anda juga boleh membantu diri anda daripada membuat keputusan kewangan yang tidak baik atau mengelakkan penipuan dengan melakukan semakan asas sebelum anda menyerahkan wang anda kepada mana-mana pihak. Hak dan tanggungjawab anda Ketahui hak dan tanggungjawab anda apabila berurusan dengan sesuatu produk dan entiti kewangan kerana ini boleh membantu mengelakkan beberapa masalah Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak Bahagian 3 OGOS 2016 | 11 yang biasa berlaku. Anda dinasihatkan agar menyimpan rekod urus niaga kewangan dan penyata akaun anda, dan sekiranya boleh, merekodkan perbualan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Ini adalah supaya anda boleh menyokong kes anda dengan dokumen-dokumen berkaitan sekiranya terjadi sebarang pertikaian. Perlindungan PIDM Apabila memilih produk kewangan yang ditawarkan oleh bank, penyedia takaful atau syarikat insurans, minta penjelasan mengenai perlindungan PIDM. PIDM merupakan agensi Kerajaan yang melindungi anda daripada kehilangan simpanan bank anda sehingga RM250,000 sekiranya sesebuah bank ahli menjadi muflis. Di samping itu, PIDM melindungi anda daripada kehilangan manfaat takaful dan insurans anda sehingga RM500,000. Sekiranya sesebuah ahli penginsurans menjadi muflis, PIDM akan memenuhi tuntutan manfaat yang dilindungi di bawah sijil takaful atau polisi insurans anda. Bagaimanapun, perlindungan PIDM tidak termasuk kerugian akibat kecurian, penipuan atau rompakan. Oleh yang demikian, penting untuk anda mengetahui simpanan deposit dan manfaat takaful atau insurans yang mana dilindungi oleh PIDM untuk membolehkan anda membuat keputusan kewangan bermaklumat. B. Mendapatkan Bantuan Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai hal-hal kewangan, terdapat pelbagai agensi kerajaan dan organisasi pengguna yang boleh anda hubungi. Antara badan-badan ini ialah Bank Negara Malaysia (BNM), Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Ketahuilah peranan dan tanggungjawab setiap organisasi tersebut. Anda perlu mempunyai maklumat yang lengkap untuk membolehkan anda membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat, serta membantu anda sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan kewangan. A m b i l t i n d a ka n s e g e ra sekiranya anda menghadapi m a s a l a h ke wa n ga n d a n dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengetahui hak-hak dan pilihan anda. Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan sesebuah skim pelaburan atau skim cepat kaya, jangan berasa malu atau takut untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Operasi tidak sah sedemikian biasanya dijalankan secara teliti dan mudah untuk dipercayai. Ia agak sukar untuk membezakan antara peluang kewangan sebegini dan pelaburan yang sah. Anda perlu membuat laporan dengan segera dan memberikan sebanyak mungkin maklumat bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan. Anda boleh mendapatkan maklumat berguna dan panduan praktikal yang la in dar ipada pautan berikut: • www.pidm.gov.my • www.fomca.org.my • www.bnm.gov.my • www.bankinginfo.com.my • www.insuranceinfo.com.my • www.fmb.org.my • www.akpk.org.my Sumber: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) atau layari laman sesawang www.pidm.gov.my BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebin loijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini nal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan MyTabung mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. N‘ , 5 . . ‘ I A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini rnengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kewangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi rurnan asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernemat kepada pengguna mendapatkan nasihat untuk mencapai berhubung dengan dan rnembuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris \ G 1/ I secara PERCUMA. . App Store 7 . O08 C '0 ay
Public Notice
19 Ogos 2016
Call for participation in Bank Negara Malaysia’s “High-Speed Pitching” Session
https://www.bnm.gov.my/-/call-for-participation-in-bank-negara-malaysia-s-high-speed-pitching-session
null
null
null
null
null
18 Ogos 2016
Shareholder Suitability
https://www.bnm.gov.my/-/shareholder-suitability
null
null
null
null
null
18 Ogos 2016
Fifth Auction of Malaysian Banknotes with Special Serial Numbers
https://www.bnm.gov.my/-/fifth-auction-of-malaysian-banknotes-with-special-serial-numbers
null
null
null
null
null
15 Ogos 2016
Restricted Committed Liquidity Facility
https://www.bnm.gov.my/-/restricted-committed-liquidity-facility-1
null
null
null
null
null
10 Ogos 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran Julai 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-julai-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed75+July+2016-FINAL.pdf
null
null
R A K A N K E W A N G A N A N D A Seminar Pembiayaan PKS Percuma untuk Peningkatan Keupayaan PKS Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak (Bhg 2) Kebaikan dan Kelemahan Pembelian Secara Dalam Talian E D I S I JULAI 2 0 1 6 Kos Melanjutkan Pelajaran di Universiti Semakin Mahal 2 | RINGGIT Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh HSBC, lebih daripada 50% ibu bapa di Malaysia bersedia untuk menanggung hutang bagi membiayai pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, 80% daripada mereka membiayai pendidikan anak-anak daripada pendapatan harian. Secara keseluruhan, 92% ibu bapa membiayai pendidikan anak-anak mereka dan bersedia berkorban serta menanggung risiko jaminan kewangan berbanding 60% di peringkat global. Kajian tersebut mendapati, ibu bapa di Malaysia membelanjakan kira-kira 14% lebih tinggi atau AS$8,720 (RM35,142) setiap tahun untuk pendidikan universiti anak-anak berbanding kadar purata global AS$7,631 (RM30,753). Hal ini menunjukkan pentingnya ibu bapa memulakan perancangan kewangan lebih awal untuk tujuan pembiayaan pendidikan anak-anak mereka, berikutan keadaan global yang tidak menentu. Berikut merupakan antara tip untuk persediaan kewangan bagi pembiayaan pendidikan anak anda:- 1) Mulakan tabungan semenjak anak anda berusia 1 tahun secara konsisten. 2) Tetapkan matlamat kewangan yang ingin anda capai. Contohnya, anda meletakkan matlamat simpanan RM200 sebulan dalam tempoh 15 tahun dan simpanan anda berjumlah RM36,000. 3) Anda boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat dana amanah yang menyediakan khidmat nasihat berkenaan matlamat pendidikan anak anda. 4) Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, anda boleh memulakan simpanan mengikut kemampuan anda. Contohnya, memulakan simpanan bulanan sebanyak RM50. Kos Melanjutkan Pelajaran di Universiti Semakin Mahal “Hal ini menunjukkan pentingnya ibu bapa memulakan perancangan kewangan lebih awal untuk tujuan pembiayaan pendidikan anak-anak mereka ...” JULAI 2016 | 3 5) Jika anda menerima bonus, anda boleh menggunakannya untuk menambah simpanan pendidikan anak anda. 6) Libatkan anak anda dalam aktiviti tabungan. Contohnya, galakkan anak anda menabung daripada baki wang saku yang diberi atau pemberian wang raya yang diterima. 7) Sering berkomunikasi dengan anak anda, apakah impian dan minat mereka dalam bidang pendidikan. Mungkin sebahagian daripada anak anda cenderung ke arah akademik dan mungkin juga ada yang mempunyai bakat dalam kemahiran lain. 8) Buat simpanan akaun berasingan yang khusus untuk pendidikan anak anda. 9) Tidak salah sekiranya anak anda menunjukkan minat untuk berniaga bagi menampung tabungan untuk pendidikan mereka. Walau bagaimanapun, anda harus memantau aktiviti anak anda. 10) Paling penting ialah mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Didik anak anda dengan sikap ini agar anak anda bijak menentukan kewangan mereka kelak. Sumber: FOMCA Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang : www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang : www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. 4 | RINGGIT Nota: Pelaksanaan sebenar ketiga-tiga senario ini mungkin mengikut amalan setiap bank tetapi tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Isu kali ini akan menerangkan 3 senario berbeza yang mungkin dialami oleh pembeli rumah. Kesan senario tersebut bergantung kepada jenis kontrak yang dimeterai antara pembeli rumah dan pihak bank. Senario 1: Pelanggan Membuat Penyelesaian Awal Senario 2: Keinginan Pelanggan Membayar Pembiayaan Selepas Rumah Siap Dibina Senario 3: Projek Perumahan Terbengkalai Pelanggan layak menerima Ibra’ (rebat) tanpa dikenakan caj penalti. Jumlah bayaran yang perlu dilunaskan = Baki harga jualan rumah - ibra’ yang diberikan bank Pelanggan mesti membeli keseluruhan bahagian pemilikan bank Pelanggan tidak lagi perlu membayar sewa kepada pihak bank Jika pembeli rumah gagal membayar pembiayaan seperti yang telah dijanjikan, bank akan mengambil tindakan berikut: Bank menjual / melelong rumah Kekurangan Lebihan Pembeli rumah menerima keuntungan dari lebihan hasil jualan Hasil jualan digunakan bagi menampung pembiayaan yang tertunggak Pelanggan perlu mengeluarkan wang sendiri bagi melangsaikan baki pembiayaan, sekiranya masih ada. Jika pembeli rumah gagal membayar pembiayaan seperti yang telah dijanjikan, bank akan mengambil tindakan berikut: Bank menjual / melelong rumah Kekurangan Lebihan Bank dan pembeli rumah berkongsi keuntungan dari lebihan hasil jualan Hasil jualan digunakan bagi membayar sewa dan membeli bahagian pemilikan bank yang tertunggak Pelanggan perlu mengeluarkan wang sendiri bagi melangsaikan baki pembiayaan, sekiranya masih ada. Antara pilihan cara penyelesaian yang boleh dilaksanakan: 1) Pelanggan mengambil alih pemilikan rumah dalam keadaan seadanya dan membayar harga jualan mengikut tahap pembinaan. 2) Pelanggan menamatkan kontrak tanpa mengambil alih pemilikan rumah. Bayaran yang telah diterima oleh pihak bank akan dipulangkan semula kepada pelanggan. Pemilikan rumah kekal dengan pihak bank. 3) Bank dan pelanggan bersetuju dengan lain-lain terma (contoh: pelanjutan tarikh rumah siap dibina, sekiranya ada). Bank dan pelanggan berkongsi kerugian berdasarkan nisbah perkongsian modal semasa: 1) Bank tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli bahagian pemilikan bank sekiranya pemaju gagal menyiapkan rumah dalam tempoh yang ditetapkan. 2) Bank tidak boleh memindahkan keseluruhan kerugian kepada pelanggan dengan menjual rumah terbengkalai kepada pelanggan. JULAI 2016 | 5 Seminar mengenai Pembiayaan PKS untuk Peningkatan Keupayaan PKS Bank Negara Malays ia (BNM) sent iasa mempertingkatkan usaha dalam memastikan PKS yang berdaya maju berupaya memperoleh akses kepada pembiayaan bagi menjalankan perniagaan. Salah satu program yang telah dilaksanakan pada tahun ini ialah ‘Train-The-Trainers (TTT)’ mengenai Pembiayaan PKS. Program ini dijalankan untuk mengatasi isu jurang maklumat yang diketengahkan dalam Bengkel Pembiayaan PKS yang dianjurkan oleh BNM dan telah disertai oleh wakil-wakil dari industri kewangan, kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan juga persatuan-persatuan perniagaan. Program TTT ini adalah antara langkah yang diambil untuk membantu meningkatkan tahap kesedaran PKS mengenai pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi berkaitan untuk memudahkan PKS membangunkan perniagaan mereka. Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara BNM dengan persatuan-persatuan institusi kewangan1 yang diterajui oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (The Association of Banks in Malaysia) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) serta disokong oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Biro Kredit Malaysia. 1 Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) Inisiatif terbaru Bank Negara Malaysia Program ‘Train-The-Trainers (TTT)’ mengenai pembiayaan PKS telah dilaksanakan melalui kerjasama dengan persatuan-persatuan institusi kewangan dan SME Corp serta sokongan beberapa institusi seperti CGC, AKPK dan Biro Kredit Malaysia. Objektif Program TTT 1. Meningkatkan kesedaran PKS berkaitan: • Pelbagai produk pembiayaan dan saluran khidmat nasihat serta bantuan penyelesaian; • Proses permohonan dan keperluan pembiayaan; dan • Program pembangunan dan kapasiti. 2. Menambah baik peluang PKS dalam mendapatkan pembiayaan melalui peningkatan keupayaan serta kepercayaan kredit. Penyertaan Percuma! 6 | RINGGIT Program TTT dijangka akan memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran PKS berkaitan pelbagai sumber pembiayaan dan kefahaman mengenai syarat-syarat serta proses permohonan pembiayaan. Ini akan memudahkan PKS untuk membuat pilihan produk pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan serta peluang untuk mendapatkan pembiayaan dan khidmat nasihat. Di samping itu, keupayaan PKS akan dapat dipertingkatkan, terutamanya dalam bidang pengurusan kewangan, strategi perniagaan dan pengurusan operasi. Melalui inisiatif ini juga, kualiti pelanggan PKS dan portfolio pembiayaan institusi kewangan dijangka diperkukuhkan ke tahap yang lebih baik. Di bawah program TTT, sebanyak 22 program Seminar Pembiayaan PKS anjuran SME Corp akan diadakan di seluruh negara pada tahun ini dan penyertaan untuk program seminar adalah percuma. Para usahawan digalakkan menyertai seminar tersebut bagi menambah pengetahuan dalam pengurusan kewangan dan operasi perniagaan. Melalui beberapa program seminar yang telah dijalankan setakat ini, para peserta PKS telah memberikan maklum balas yang positif ke atas inisiatif ini kerana modul latihan dan perkongsian maklumat yang diberikan semasa program taklimat adalah sangat berguna dan berkait rapat dengan keperluan perniagaan PKS. Untuk maklumat berkaitan Seminar Pembiayaan PKS, sila hubungi pusat khidmat nasihat SME Corp iaitu One Referral Centre (ORC) di talian bebas tol: 1-300-30-6000 atau emel: [email protected]. PKS yang berminat untuk menghadiri Seminar Pembiayaan PKS di lokasi yang berdekatan, sila hubungi SME Corporation Malaysia untuk maklumat lanjut: Hubungi : 1-300-30-6000 E-mel : [email protected] Laman web: www.smecorp.gov.my www.smeinfo.com.my Disediakan oleh: Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterpris, Bank Negara Malaysia Gambaran Keseluruhan Landskap Pembiayaan & Inisiatif untuk PKS 1 Pembiayaan Perbankan PKS 2 Khidmat Nasihat dan Bantuan Penyelesaian 3 Bantuan dan Sokongan lain yang disediakan untuk PKS 4 Topik-topik dalam program Seminar Pembiayaan PKS • Ekosistem dan Landskap Pembiayaan PKS di Malaysia • Perkhidmatan Kewangan Digital dan E-Pembayaran untuk PKS • Perkhidmatan Kiriman Wang untuk PKS di Malaysia • Konsep Menjalankan Perniagaan • Keperluan Permohonan Pembiayaan • Gambaran Keseluruhan Pembiayaan Islam • Mekanisme Penyelesaian dan Aduan • Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil • Program Pengurusan Kredit AKPK • Peranan CGC dalam membantu PKS • Peranan dan Perkhidmatan Biro Kredit Malaysia • Program dan bantuan untuk PKS oleh SME Corp > Khidmat nasihat dan program peningkatan kapasiti > Sumber dana untuk PKS Fokus Topik JULAI 2016 | 7 PIDM MoneySmart 123 PIDM MoneySmart 123 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna kewangan mengenai pelbagai produk dan penyedia perkhidmatan kewangan, risiko yang berkaitan dengan setiap produk dan juga hak-hak mereka sebagai pengguna kewangan. PIDM MoneySmart 123 mengandungi tip-tip yang mudah diikuti yang boleh membantu anda menjadi pengguna kewangan yang bijak. Langkah-langkahnya seperti berikut: • Langkah 1: Ketahui Produk Kewangan Anda • Langkah 2: Ketahui Risiko Kewangan Anda • Langkah 3: Ketahui Hak Kewangan Anda Pada terbitan yang lalu, PIDM telah membincangkan Langkah 1, iaitu Ketahui Produk Kewangan Anda, sebelum melabur atau menyimpan wang anda dalam mana-mana produk kewangan. Bagi terbitan kali ini, PIDM akan membincangkan langkah seterusnya, iaitu Langkah 2: Ketahui Risiko Kewangan Anda. Langkah 2: Ketahui Risiko Kewangan Anda Anda seharusnya mengingati b e b e r a p a p a n d u a n penting apabila membuat ke p u t u s a n ke w a n ga n atau mempertimbangkan sesuatu produk pelaburan. A. Pastikan Matlamat dan Toleransi Risiko Kewangan Anda Matlamat kewangan Anda perlu mempunyai idea yang jelas mengenai keperluan kewangan peribadi anda dan apa yang anda mahukan dalam perancangan kewangan anda. Mulakan dengan menetapkan jangka masa dan matlamat kewangan anda apabila anda mungkin perlu menggunakan wang simpanan anda atau meraih hasil pelaburan. Toleransi risiko Kemudian, fikirkan tentang sikap anda terhadap risiko. Risiko merupakan suatu kemungkinan bahawa wang yang anda simpan dalam sesuatu produk kewangan tidak akan memberikan apa-apa hasil yang anda diinginkan. Toleransi risiko ialah keupayaan anda untuk bertahan jika menghadapi penurunan nilai produk kewangan dan pelaburan. Justeru, adalah penting bagi anda untuk memahami risiko yang diambil untuk mencapai matlamat kewangan. Anda perlu mengetahui matlamat kewangan dan toleransi risiko. Hal ini akan membantu anda mengenal pasti jenis produk kewangan yang sesuai untuk anda. Ia juga membolehkan anda memilih produk yang anda mampu tanpa menjejaskan kebebasan kewangan anda atau menanggung hutang yang tidak diingini. B. Fahami Risiko 1. Sebelum meletakkan atau menyimpan wang anda dalam mana-mana produk kewangan, anda harus membaca terma dan syarat serta fahami sepenuhnya risiko setiap produk atau perkhidmatan kewangan tersebut. Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak Bahagian 2 8 | RINGGIT 2. Ketahui maksud konsep asas kewangan seperti faedah kompaun, pulangan pelaburan, deposit bertempoh dan kematangan. 3. Tumpukan perhatian kepada bahagian `faktor risiko’ atau mesej `amaran risiko’. Maklumat ini akan membantu anda menilai dan membuat keputusan sama ada risiko yang terlibat adalah sesuai untuk anda. Sekiranya anda ragu-ragu, sila dapatkan nasihat profesional. 4. Adalah penting untuk memahami sesuatu risiko dan berada pada tahap yang selesa dengannya. Sebagai contoh, apabila melabur, adalah mustahil untuk mengelak daripada semua r is iko. Potensi pulangan yang lebih tinggi biasanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jangan melabur dalam produk kewangan yang membawa risiko yang lebih tinggi daripada yang anda bersedia untuk tanggung. 5. Elakkan daripada meletakkan atau m e n y i m p a n s e m u a w a n g anda dalam satu produk sahaja. Terdapat pelbagai j e n i s p r o d u k k e w a n g a n , sepert i akaun simpanan dan deposit bank, produk insurans atau takaful, dana unit amanah, saham dan produk pelaburan lain. Kepelbagaian produk kewangan ini menawarkan pilihan yang berbeza untuk memenuhi matlamat kewangan yang berlainan. Agihkan wang pelaburan anda dengan sebaiknya. 6. A n d a j u g a d i n a s i h a t k a n untuk menyemak sama ada produk kewangan tersebut adalah layak bagi p e r l i n d u n g a n kewangan sekiranya berlaku sesuatu musibah. Sebagai contoh, simpanan deposit yang disimpan dengan bank ahli PIDM atau manfaat takaful dan insurans yang dikeluarkan oleh ahli penginsurans PIDM, layak mendapat perlindungan sekiranya institusi ahli tersebut menjadi muflis. Perlindungan PIDM adalah automatik – anda tidak perlu memohon dan membuat sebarang pembayaran untuk perlindungan ini. Layari laman sesawang PIDM untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan ini. 7. Ingatlah pesanan penting ini - ̀ jika ia tampak terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, ia mungkin adalah tidak benar’. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan kewangan dan gabungan pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah. Lindungilah diri anda daripada penipuan kewangan dan skim cepat kaya untuk mengelakkan bencana kewangan. Nantikan Langkah 3, iaitu Ketahui Hak Kewangan Anda dengan PIDM Moneysmart 123 dalam keluaran bulan hadapan. Sumber: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) atau layari laman sesawang www.pidm.gov.my Baca tema dan syarat. Ketahui konsep asas kewangan. Tumpukan perhatian kepada amaran risiko. Ambil risiko pada tahap yang selesa bagi anda. Jangan melabur atau menyimpan semua pelaburan dalam satu produk. Ketahui produk yang layak bagi perlindungan PIDM. Elakkan diri daripada skim cepat kaya. JULAI 2016 | 9 Dunia perniagaan sedang mengalami perubahan yang besar dalam menjalankan perniagaan pada masa ini. Hal ini disebabkan oleh kemajuan teknologi terkini dan globalisasi. Jualan barangan dan perkhidmatan melalui laman sesawang tanpa sempadan telah menjadi pusat membeli-belah terbesar di dunia. Selain daripada kemajuan teknologi, perkembangan penjualan atas talian juga didorong oleh peningkatan secara mendadak dalam penggunaan komputer, ‘WiFi’, jalur lebar dan ‘Hotspot’. Ia memudahkan pengguna untuk membeli barangan secara dalam talian. Lebih ramai pengguna kini beralih kepada pembelian secara dalam talian untuk mendapatkan keperluan mereka. Sebagai contoh, pakaian, kasut, barangan elektrik dan elektronik. Pengguna sekarang semakin selesa dalam memilih untuk membeli produk tanpa perlu berurusan dengan penjual secara bersemuka di kedai. Sama ada ia adalah baik atau tidak, anda boleh meneliti kelebihan dan keburukan membeli belah secara dalam talian seperti perbandingan di bawah. Walaupun ia kedengaran terlalu baik, pengguna haruslah sedar akan risiko yang boleh dihadapi seperti yang tertera di atas. Ruangan Bersama NCCC Kebaikan dan Kelemahan Pembelian Secara Dalam Talian KELEBIHAN & KELEMAHAN MEMBELI BELAH SECARA DALAM TALIAN SUMBER DARIPADA PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL (NCCC) Memperoleh diskaun yang tinggi Pelbagai pilihan produk tempatan dan antarabangsa Boleh membeli belah pada bila-bila masa a-bila a Cara pembayaran yang cepat dan mudah ppil tem an Menjimatkan masa. Pembeli tidak perlu menempuh kesesakan trafik ran pat dah Barang dihantar sehingga ke muka pintu R DARIPADA PUSAUSAAPUSAT KHIKHIT KHIT KHIDMDMADMATDMAT ADUAN PENG Keadaan dan kualiti barang yang tidak memuaskan apabila diterima Sukar untuk mendapatkan penerangan daripada penjual jika timbul salah faham Barang yang dibeli tidak seperti penerangan di laman sesawang sewaktu diterima Penipuan atau kecurian dengan pembelian melalui kad kredit Tidak dapat menguji produk tersebut Perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barang 10 | RINGGIT Pada tahun 2014 dan 2015, jumlah aduan tertinggi yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna (NCCC) adalah berkaitan dengan pembelian dalam talian. Walaupun terdapat undang-undang sedia ada untuk membantu pengguna, iaitu Akta Perlindungan Pengguna 1999, namun ia mungkin sukar untuk dirujuk jika penjual tersebut tidak dapat dihubungi atau penjual tersebut menutup akaun / laman sesawang mereka. Seperti yang tertera dalam gambar rajah di atas, tiga aduan yang tertinggi adalah berkaitan dengan penghantaran barang, dan diikuti dengan pemulangan wang kembali serta kualiti produk yang tidak sama dengan apa yang dipaparkan di laman sesawang. Walaupun terdapat banyak kebaikan untuk membeli barang secara dalam talian, pengguna hendaklah berhati-hati semasa melakukan pembelian. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil oleh pengguna untuk mengelak daripada menjadi mangsa. Nasihat kepada pengguna 1. Pengguna haruslah memeriksa latar belakang syarikat tersebut terlebih dahulu sebelum membeli. Pengguna boleh merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 2. Pengguna haruslah menyimpan rekod pembelian, sebagai contoh resit / e-mel pengesahan pembelian. 3. Tunai Semasa Serahan. Pengguna hanya perlu membayar apabila sudah menerima barang yang dipesan. 4. Jika mendapat tahu barang tersebut tidak sama seperti yang dipesan ataupun rosak, anda hendaklah menghubungi syarikat tersebut dengan serta merta dan jika aduan tersebut tidak diendahkan, anda boleh mendapatkan khidmat NCCC ataupun membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna yang terdekat. 5. Jika harga yang ditawarkan terlalu murah, berhenti berkomunikasi dengan penjual. Ada kemungkinan penjual tersebut tidak mempunyai barangan tersebut atau beliau sedang cuba menjual koleksi palsu kepada anda. Anda perlu tahu tentang harga pasaran terkini koleksi yang anda ingin beli. 6. Jika gambar barang yang ditunjukkan tidak jelas dan kecil, minta penjual untuk e-melkan gambar barang yang lebih jelas dan memuaskan hati anda. Jangan malu untuk bertanya soalan yang lazim sebelum membuat keputusan untuk membeli. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Gambar rajah berikut merupakan jenis-jenis aduan yang diterima oleh NCCC tentang e-dagang Keselamatan produk Pertikaian Harga Pengunaan kad kredit yang tidak sah Pembatalan yang tidak dibenarkan Pembayaran dalan talian Pengunaan baucer Penipuan Kualiti Produk Bayaran balik Penghantaran ‘xi :_L.A AA ‘L L; 14.1 mi Pamiyalleaaiamw I;=>i mlijalmlalml K<e)c)i||| Senario 1 S D R S ° Peminjam menghadapi masalah aliran tunai hi “ Q perniagaan. MENYEDIAKAN '31 ’ Bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdaya maju yang menghadapi masalah 3. pembayaran pembiayaan perniagaan dengan 6\ lnstitusi kewangan melalui proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan perniagaan tersebut. ° Mengalami kesukaran untuk memenuhi obligasi kewangan dengan pihak bank. ° Perbincangan dengan pihak bank untuk memulihkan semula pembiayaan sedia ada gagal mencapai jalan penyelesaian. LEF- V9 Menyokong PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan Senario 2 . Syarikat berjaya mendapat kontrak atau projek 5 daripada Kerajaan/agensi atau syarikat swasta/awam 4 P9"YU5U"a"/ ‘I. yang bereputasi balk. . Memerlukan modal kerja tambahan. . Permohonan kemudahan pembiayaan telah ditolak oleh lnstitusi kewangan kerana syarikat mempunyai masalah pembiayaan tertunggak sedia ada. \ penjadualan semula > Pembiayaan baharu (jika perlu) - Perlu memulihkan semula perniagaan dan membayar - Menstabilkan aliran tunai perniagaan. bank pembiayaan - Menyediakan ruang kepada PKS untuk melaksanakan pelan pemulihan perniagaan. Siapakah yang Layak Memohon? Proses Permohonan 1' Syarikat mink Warganegara Malaysia 1. Hantarkan borang permohonan SDRS yang Iengkap kepada Syarikatmilik (Sek”““”9'k“’a”9“Va 51 A '°e9a”9a“ Saham) IKP atau BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM / Cawangan Ma.a,,sia dalam semua sektor. 2. Sekretariat SDRS BNM akan menghubungi pemohon 51% ‘ 2. Memenuhi kriteria definisi PKS: ~/D, ° Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 3_ penilaian permohonan oleh mp 200 orang; atau I ° Nilai jualan tahunan tidak melebihi RMSO juta. _ I Jika permohonan Jika permohonan 3- PKS berdava ma!” W9 m9“9ha0'aF>' masalah diluluskan oleh IKP ditolak oleh IKP kewangan berikutan pembiayaan daripada lnstitusi kewangan. \ } ‘ Jualan tahunan s RM50 iuta JJ 4- Pemblayaafi berkaltafi dengarl Pemlagaafl IKP dan peminjam akan Sekretariat SDRS BNM akan ‘J Sahala melaksanakan terma pinjaman membuat penilaian bebas yang baharu ke atas permohonan 5. Perniagaan masih beroperasi. Bagaimana Untuk Memohon? lnstitusi Kewangan Peserta (IKP) Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) di bawah SDRS adalah PERCUMA A 0 Export—|mport Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) - Bank Simpanan Nasional (BSN) Borang permohonan SDRS boleh diperoleh dari: ' Semua bank perdagangafi ' lnstitusi Kewangan Peserta (IKP) “ : Eggffizflgézlslrg Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) ° BNMLINK P ' b tW'| hBNM C . _ Laman Ses/aV\(/9E;":11gaWVv\;\/fisynzieinfo-Ct)/m-Ex/angan K; * 0 Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Perkhidmatan yang ditawarkan / Layari SMEinfo portal Hubungi BNMTELELINK Faksimili: 03-2174 1515 atau CENTRAL BANK OF MALAYSIA Q http://www.smeinfo.com.my \. 1—300—88-5465 E-melr bnmte|e|inl<@bnm.90v-my BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebin loijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini nal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan MyTabung mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. N‘ , 5 . . ‘ I A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini rnengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kewangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi rurnan asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernemat kepada pengguna mendapatkan nasihat untuk mencapai berhubung dengan dan rnembuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris \ G 1/ I secara PERCUMA. . App Store 7 . O08 C '0 ay
null
01 Ogos 2016
Revocation of derivative-related policy documents and amendments to Capital Adequacy Framework (Basel II – Risk Weighted Assets)
https://www.bnm.gov.my/-/revocation-of-derivative-related-policy-documents-and-amendments-to-capital-adequacy-framework-basel-ii-risk-weighted-assets-
null
null
null
null
null
29 Jul 2016
Issuance of A Discussion Paper on Fintech Regulatory Sandbox
https://www.bnm.gov.my/-/issuance-of-a-discussion-paper-on-fintech-regulatory-sandbox
null
null
Reading: Issuance of A Discussion Paper on Fintech Regulatory Sandbox Share: Issuance of A Discussion Paper on Fintech Regulatory Sandbox Release Date: 29 Jul 2016 Title Discussion Paper on Regulatory Sandbox Issuance Date 29 July 2016 Effective Date The consultation period of this discussion paper ends on 30 August 2016 Applicability FSA, IFSA, DFIA, MSBA and fintech companies looking to carry out businesses regulated by Bank Negara Malaysia (the Bank) Summary To further encourage innovation and improve the delivery of financial services, the Bank is enhancing its regulatory approach to facilitate the development and adoption of innovative financial technology (fintech) solutions in the financial sector. In this regard, the Bank plans to introduce a regulatory sandbox framework (the Sandbox), under which financial institutions regulated by the Bank and fintech companies looking to carry out businesses regulated by the Bank may be granted certain regulatory flexibilities to experiment with fintech solutions in a production or live environment. These flexibilities will be accompanied by appropriate safeguards to preserve financial stability and promote fair treatment to consumers. This discussion paper sets out the key principles and proposed approach in operationalising the Sandbox. The Bank invites written comments on the specific questions set out in this discussion paper as well as any general comments on the proposals, including suggestions for particular issues/areas to be clarified or elaborated further and any alternative proposals that the Bank should consider. To facilitate the Bank’s assessment, please support each comment with a clear rationale, accompanying evidence or illustration, as appropriate. Details can be found in the following document: Discussion Paper on Regulatory Sandbox Responses must be submitted to the Bank by 30 August 2016: Pengarah Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Email: [email protected] Issuing Department Financial Sector Development Department © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
25 Jul 2016
Call for Papers : 4th Malaysia Statistics Conference – MyStats 2016 "Strengthening Statistical Usage for Decisions and Innovation"
https://www.bnm.gov.my/-/call-for-papers-4th-malaysia-statistics-conference-mystats-2016-strengthening-statistical-usage-for-decisions-and-innovation-
null
null
Reading: Call for Papers : 4th Malaysia Statistics Conference – MyStats 2016 "Strengthening Statistical Usage for Decisions and Innovation" Share: Call for Papers : 4th Malaysia Statistics Conference – MyStats 2016 "Strengthening Statistical Usage for Decisions and Innovation" Release Date: 25 Jul 2016 Call for Papers Venue: Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, MALAYSIA Date: 15 November 2016 (Tuesday) Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia), the Department of Statistics, Malaysia and Malaysia Institute of Statistics are jointly organising the 4th Malaysia Statistics Conference (MyStats 2016), to be held on 15 November 2016 at Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. MyStats, since its inception in 2012, provides a great opportunity for statisticians, researchers, policymakers and academia to be actively involved in discussing the methodology, innovation and usage of statistics to support analysis and decision making.  With the theme "Strengthening Statistical Usage for Decisions and Innovation", MyStats 2016 aims to provide a platform to discuss and promote more usage of statistics for decision making and innovation with better collaboration among the compilers, statisticians, researchers (academia and private analysts) and industry practitioners, including policy makers.  The conference is structured with one main session, several parallel sessions and panel discussion sessions. The Programme Committee is now inviting you to contribute papers for the conference.  We encourage statisticians, researchers and practitioners to showcase the researches or studies which have been successfully completed and findings that were used or could be useful for decision making or innovation at the conference.  Participation in the conference is FREE. Closing date for submission of abstract: 9 September 2016 (Friday) Closing date for submission of final paper: 17 October 2016 (Monday) For further information on the submission requirements and procedures for papers, kindly contact the Programme Committee at [email protected] or the following officers: MyStats 2016 Committee Contact Number Email Ms. Dian Ahmed Statistical Services Department, BNM +603-2698 8044 Ext: 8795 [email protected] Ms. Ummil Mahanum Aminudin Statistical Services Department, BNM +603-2698 8044 Ext: 7599 [email protected] Ms. Suraya Hani Mohamad Ashi Department of Statistics, Malaysia  +603-8885 7235  [email protected]  would  also  appreciate it if  you  could  share this information with your colleagues  and  other  potential  contributors.  We look forward to meeting you in Kuala Lumpur. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
22 Jul 2016
Restricted Committed Liquidity Facility
https://www.bnm.gov.my/-/restricted-committed-liquidity-facility
null
null
Reading: Restricted Committed Liquidity Facility Share: 2 Restricted Committed Liquidity Facility Release Date: 22 Jul 2016 The Bank today finalised its guidelines on the Restricted Committed Liquidity Facility (RCLF). The document provides the operational details for the establishment of a RCLF between eligible banking institutions and Bank Negara Malaysia, and will take immediate effect. Details can be found in the following documents: Restricted Committed Liquidity Facility Attachment: Restricted Committed Liquidity Facility Terms and Conditions © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
22 Jul 2016
Change in terminology "Private Debt Securities" to "Corporate Bond and/or Sukuk
https://www.bnm.gov.my/-/change-in-terminology-private-debt-securities-to-corporate-bond-and/or-sukuk
null
null
Reading: Change in terminology "Private Debt Securities" to "Corporate Bond and/or Sukuk Share: Change in terminology "Private Debt Securities" to "Corporate Bond and/or Sukuk Release Date: 22 Jul 2016 This notification is to inform the financial industry on the change in terminology of “Private Debt Securities” to “Corporate Bond and/or Sukuk”, to be in line with the general practice in the international market. The change will be applicable to all regulations, orders, policy documents, guidelines and notices issued by Bank Negara Malaysia, including but not limited to those set out in the Appendix. Details can be found in the following documents: Change in terminology "Private Debt Securities" to "Corporate Bond and/or Sukuk © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
19 Jul 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran Jun 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-jun-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed74+June+2016+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-jun-2016-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Jun 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Jun 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 19 Jul 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah Meneliti Realiti Persaraan Anda Antara topik lain yang menarik termasuk : Panduan Lengkap Untuk Memohon Kad Kredit Di Malaysia (Bahagian 2 – Ciri-ciri dan Faedah Kad Kredit) Kenali Perbankan Islam Anda - Pembiayaan Perumahan Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak Meter Pukal vs Meter Individu RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Isu -Jun/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
R A K A N K E W A N G A N A N D A Panduan Lengkap Untuk Memohon Kad Kredit Di Malaysia Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak Meter Pukal vs Meter Individu E D I S I J U N 2 0 1 6 Meneliti Realiti Persaraan Anda 2 | RINGGIT Apakah yang terlintas dalam fikiran anda apabila anda memikirkan tentang persaraan? Mungkin ada yang merasakan inilah masanya untuk menjelajah dunia, melakukan apa yang dikehendaki sebebasnya, meluangkan masa dengan insan tersayang atau melakukan sebarang hobi dan minat yang tidak dapat dipenuhi ketika bekerja. Kenyataannya, ramai yang terlepas pandang tentang fakta berikut: Apabila anda bersara, bermakna anda sudah tidak bekerja. Jika anda tidak bekerja, bermakna anda tiada pendapatan. Itulah realitinya. Namun begitu, masih ramai yang tidak melakukan sebarang persediaan untuk menempuh persaraan mereka kelak. Kajian menunjukkan lebih 80% rakyat Malaysia bimbang sekiranya simpanan mereka tidak mencukupi untuk menghadapi persaraan. Statistik juga menunjukkan bahawa ramai warga emas kini sebenarnya masih tidak mampu untuk bersara1. Statistik yang lain menunjukkan bahawa 50% pesara di Malaysia menghabiskan simpanan persaraan mereka hanya dalam tempoh 5 tahun!2 Justeru, adalah penting untuk anda membuat persediaan tentang persaraan bagi mengekalkan gaya hidup semasa apabila bersara kelak. Cuba bayangkan hidup anda tanpa gaji bulanan untuk tempoh tiga bulan? Inikan pula, tempoh persaraan anda yang bukan sekadar 3 bulan. Sekiranya anda masih hidup untuk tempoh 20 tahun selepas bersara, bayangkan pula nasib diri untuk tahun-tahun yang seterusnya! Kerajaan menyedari bahawa persaraan adalah satu isu sosioekonomi negara, iaitu persaraan telah melanda Malaysia dan sangat kritikal bagi setiap rakyat Malaysia untuk menyimpan lebih bagi keperluan persaraan mereka. Disebabkan itu, Skim Persaraan Swasta (PRS) ditubuhkan untuk simpanan persaraan tambahan, di samping simpanan mandatori sedia ada yang telah diwajibkan, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dicarum oleh kebanyakan rakyat Malaysia. PRS tersedia untuk semua rakyat Malaysia, sama ada kakitangan kerajaan, swasta mahupun yang bekerja sendiri untuk menambah simpanan persaraan mereka di bawah rangka kerja yang dikawal selia. Salah satu manfaat menyimpan dalam PRS ialah kadar simpanan tetap yang berpatutan - untuk permulaan, anda disarankan untuk menyimpan 10% daripada gaji bulanan anda dan mengautomatikkan caruman ini melalui e-perbankan untuk mendisiplinkan anda dalam menyimpan untuk masa depan persaraan anda. Melabur dalam PRS juga mudah - anda boleh memilih jenis pilihan automatik dana PRS yang ditetapkan, iaitu pemilihan dana berasaskan umur. Sebagai contoh, dana pertumbuhan adalah portfolio pelaburan bagi yang berusia di bawah umur 40 tahun Meneliti Realiti Persaraan Anda 1 Merujuk kepada Laporan Global HSBC 2015 “The Future of Retirement, A Balancing Act” 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) “Renungkan, anda bekerja untuk menjana pendapatan supaya dapat menjelaskan tuntutan bayaran mengikut gaya hidup semasa.” JUN 2016 | 3 kerana dana ini dijangka memberikan pulangan lebih tinggi dengan pendedahan risiko yang sepadan. Selain itu, manfaat tambahan yang ditawarkan ialah pelepasan cukai RM3,000 setahun. Sebagai tambahan, Insentif Golongan Muda PRS sebanyak RM500 untuk ahli PRS yang berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun. Ciri yang membezakan PRS daripada produk pelaburan lain adalah, wujudnya Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA), iaitu badan pentadbir pusat yang bebas, bukan berasaskan keuntungan dan bertujuan untuk melindungi kepentingan ahli-ahlinya. Renungkan, anda bekerja untuk menjana pendapatan supaya dapat menjelaskan tuntutan bayaran mengikut gaya hidup semasa. Apabila sudah tidak bekerja, adakah anda mempunyai pendapatan gantian untuk persaraan kelak? Sekurang-kurangnya 2/3 (atau 66%) daripada jumlah gaji terakhir diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup apabila bersara nanti. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk memiliki 2/3 pendapatan gantian persaraan ini, anda mesti menyimpan 1/3 (atau 33%) daripada gaji anda sekarang. Realiti yang menyedihkan, kebanyakan orang terpaksa menurunkan gaya hidup mereka setelah bersara apabila menyedari mereka tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi. Satu pertiga daripada gaji anda mungkin kelihatan sukar, tetapi berita baiknya pula ialah Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. “Renungkan, anda bekerja untuk menjana pendapatan supaya dapat menjelaskan tuntutan bayaran mengikut gaya hidup semasa.” 4 | RINGGIT majoriti rakyat Malaysia yang bekerja sudah mencarum melalui KWSP, iaitu secara purata sebanyak 23% daripada gaji bulanan mereka. Justeru, anda hanya perlu merapatkan jurang 10% sahaja melalui caruman PRS supaya dapat menikmati masa persaraan anda kelak. Anda tidak perlu menunggu sehingga bersara untuk mengetahui keadaan hidup anda apabila bersara. Cuba perhatikan ibu bapa, saudara-mara atau keluarga rakan yang bersara dan lihat sendiri sama ada mereka benar- benar menikmati masa persaraan mereka dari segi kewangan atau tidak. Barangkali, mereka yang menikmati persaraan adalah mereka yang telah bersedia. Anda perlu memulakan persediaan sekarang kerana perkara ini tidak akan berlaku dengan sendirinya. Jika anda sedar akan kepentingan untuk memulakan simpanan untuk persaraan anda, apakah yang menghalang anda berbuat demikian? Janganlah mengeluarkan alasan seperti: “KWSP sudah mencukupi”, “anak-anak boleh menjaga saya setelah bersara”, “terlalu banyak pinjaman dan bil untuk diselesaikan”, “terlalu awal untuk menyimpan” dan alasan terbaik sepanjang zaman – “Lain kali sajalah!”. Selalunya mereka yang memberikan alasan ini tidak akan bersedia untuk bersara selama-lamanya. Meneliti semula persediaan persaraan memerlukan anda untuk mengubah tingkah laku dalam perbelanjaan dan simpanan. Simpanan merupakan elemen penting dalam mengumpul dana persaraan. Anda perlu memulakannya sekarang bagi memastikan masa dan kuasa pengkompaunan bekerja untuk mengumpul dana persaraan anda. Sentiasa ingat bahawa simpanan yang anda lakukan sekarang adalah untuk perbelanjaan masa depan anda, dan bukanlah satu pengorbanan. Semakin banyak anda menyimpan, maka semakin banyak yang dapat anda belanjakan pada hari kemudian. Cuba terapkan konsep ‘bayar diri anda dahulu’ sebelum anda membelanjakan keseluruhan gaji bulanan anda. Insentif seperti pelepasan cukai dan Insentif Golongan Muda PRS hanyalah ‘bonus’ semata-mata, keutamaan harus diberikan untuk membina asas persaraan anda, bukan untuk insentif sahaja. Akhir sekali, lebih baik untuk menyimpan lebih banyak wang daripada menyimpan wang yang kurang. Sama ada anda suka atau tidak, persaraan tetap akan tiba. Lebih baik anda bersedia daripada menyesal kelak. Bertanya kepada mereka yang telah bersara dan mereka pasti akan menekankan kepentingan menyimpan awal untuk persaraan anda. Mereka tidak mempunyai PRS pada masa itu, tetapi anda berpeluang sekarang. Maka, simpan untuk masa depan anda dengan PRS sekarang sebagai keutamaan untuk diri anda. Meneliti Realiti Persaraan • Menyimpan – Elemen penting dalam mengumpul dana persaraan. • Mulakan sekarang – Jadikan masa dan pertumbuhan kompaun rakan anda. • Simpanan semasa adalah perbelanjaan masa depan anda. • Makin banyak anda menyimpan, makin banyak yang boleh anda belanjakan pada hari kemudian. • Bayar diri anda dahulu, sebelum belanjakan bakinya. • Insentif sekadar ‘bonus’, perlu membina asas persaraan. • Menyimpan terlalu banyak wang adalah lebih baik daripada menyimpan wang yang terlalu sedikit. Penulis, Dato’ Steve Ong merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Awam Swasta (PPA) “Meneliti semula persediaan persaraan memerlukan anda untuk mengubah tingkah laku dalam perbelanjaan dan simpanan” JUN 2016 | 5 Panduan Lengkap Untuk Memohon Kad Kredit Di Malaysia Bahagian 2 – Ciri-ciri dan Faedah Kad Kredit Memilih Kad Kredit Yang Sesuai Untuk Keperluan Anda Anda mungkin tertanya-tanya, dengan pelbagai kad kredit yang menawarkan faedah berbeza di pasaran, bagaimana untuk memilih kad kredit yang terbaik untuk keperluan anda? Jangan risau, teruskan membaca untuk mengetahui antara ciri-ciri dan faedah kad kredit yang ditawarkan di Malaysia untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak. 1. Pemindahan Baki Kemudahan pemindahan baki membolehkan anda untuk menyatukan semua hutang kad kredit anda dengan satu kad kredit. Pemindahan baki membolehkan anda untuk membayar kadar faedah yang jauh lebih rendah untuk semua hutang kad kredit anda. Anda akan dikenakan caj bayaran pemindahan baki untuk baki tertunggak pada semua kad kredit anda. Namun anda boleh menikmati kadar faedah serendah 0% untuk baki hutang kad kredit anda. Ini boleh membantu anda untuk melangsaikan baki hutang kad kredit dengan lebih mudah dan pantas. Tetapi ingat, anda masih perlu berhati-hati! Anda perlu menyelesaikan hutang anda dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Tempoh yang ditetapkan untuk menyelesaikan hutang melalui kemudahan pemindahan baki kebiasaannya ialah 12 bulan hingga 36 bulan. Selain itu, walaupun kebanyakan kad kredit menawarkan kadar faedah serendah 0%, hakikatnya kadar itu hanya untuk tempoh 6 bulan pertama atau setahun, dan bukan untuk seluruh tempoh pemindahan baki tersebut. Oleh itu, pastikan anda sentiasa membaca terma dan syarat supaya anda mengetahui bagaimana kemudahan tersebut berfungsi dan apa yang terlibat. 2. Kad Kredit Tanpa Kadar Faedah Kini, terdapat banyak kad kredit yang menawarkan kadar faedah 0% di pasaran. Tetapi, pastikan anda membaca terma dan syarat kad-kad tersebut dengan teliti. Saranan ini disebabkan oleh terdapat beberapa kad kredit yang hanya menawarkan 0% kadar faedah untuk tahun pertama, atau anda perlu membelanjakan jumlah wang yang agak banyak sebelum layak menerima 0% kadar faedah tersebut. 3. Faedah Frequent Flyers Kad kredit yang menawarkan faedah frequent flyers menghadiahkan pelbagai ganjaran untuk urus niaga 6 | RINGGIT berkaitan dengan penerbangan. Ganjaran yang ditawarkan meliputi tiket penerbangan percuma, air miles, insurans perjalanan percuma serta akses ke ruang eksklusif di lapangan terbang seluruh dunia. Selain itu, kad ini juga sering menawarkan tawaran membeli belah serta diskaun untuk restoran di merata dunia. 4. Mata Ganjaran, Rebat Tunai dan Diskaun Kini, banyak kad kredit yang menawarkan kelebihan dalam bentuk mata ganjaran, rebat tunai dan juga diskaun untuk digunakan sewaktu membeli belah dan berhibur. Ini boleh membantu anda untuk berjimat sekiranya kelebihan ini digunakan dengan betul. Tambahan pula, anda juga boleh menikmati rebat tunai dan diskaun dari kedai yang mengambil bahagian dalam program kad kredit tersebut. 5. Keistimewaan Premium Keistimewaan ini akan ditawarkan kepada pemegang kad kredit eksklusif; kebiasaannya kepada mereka yang mempunyai kad kredit platinum. Di antara keistimewaan premium yang biasanya ditawarkan adalah akses kepada ruang lapangan terbang eksklusif di merata dunia, perkhidmatan perjalanan, kelebihan di restoran, manfaat khidmat kesihatan serta banyak lagi. 6. Ganjaran Petrol Ganjaran petrol akan membolehkan anda untuk mendapat rebat tunai apabila anda membayar petrol menggunakan kad kredit ini. Anda juga boleh mendapatkan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk baucar petrol atau untuk mendapatkan petrol percuma, tetapi ini tertakluk kepada kad kredit ganjaran petrol tertentu. Anda juga perlu membaca terma dan syarat kad kredit tersebut secara teliti, kerana terdapat kad kredit yang akan memberikan ganjaran petrol untuk semua stesen minyak, manakala ada kad kredit yang hanya akan memberi ganjaran petrol untuk stesen minyak yang tertentu sahaja. 7. Kad Kredit Untuk Bayaran Ansuran (Flexi-pay) Flexi-pay merupakan kelebihan yang akan membolehkan anda melakukan pembayaran untuk jumlah yang besar tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak. Kemudahan Flexi-pay ini akan membolehkan anda untuk membayar ansuran pada kadar faedah rendah ataupun kadar faedah 0%. Kadar faedah yang akan ditawarkan berbeza antara kad kredit. Oleh itu, anda perlu memeriksa dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. 8. Kad Kredit Untuk Pengeluaran Wang Tunai Anda boleh menggunakan kad kredit anda untuk mengeluarkan wang tunai. Anda hanya perlu ke salah satu mesin ATM bank kad kredit anda untuk tujuan tersebut. Tetapi ingat bahawa terdapat had kepada jumlah wang tunai yang anda boleh keluarkan dengan menggunakan kad kredit anda. Kebiasaannya jumlah had tersebut ialah RM5,000. Namun, kemudahan ini tidak digalakkan kerana bagi setiap pengeluaran wang tunai menggunakan kad kredit, anda akan dikenakan caj untuk kemudahan ini dan juga kadar faedah yang tinggi. Setelah mengetahui ciri serta faedah yang ditawarkan oleh kad-kad kredit di Malaysia, kini anda boleh melakukan pemilihan kad kredit dengan lebih bijak. Ingat bahawa kad kredit merupakan kemudahan yang boleh membantu anda menjimatkan wang, tetapi hanya jika ia digunakan dengan betul dan bijak! Sumber: www.comparehero.my “... anda boleh mempertimbang untuk membeli kereta terpakai dengan premium insurans / sumbangan takaful kenderaan yang anda mampu bayar.” JUN 2016 | 7 Dalam transaksi kontrak jual beli, nilai asal rumah dan jumlah keuntungan yang dicaj pihak bank dinyatakan dengan jelas. Bagi transaksi kontrak perkongsian, bank mengenakan caj sewa ke atas bahagian pemiliknya sepanjang tempoh berkontrak. 1. Tiada elemen Riba’. 2. Jumlah bayaran keseluruhan dimaklumkan secara jelas. 3. Caj keuntungan yang dikira berdasarkan kadar terapung (floating rate) tidak boleh melebihi kadar maksimum. 4. Bagi kontrak jual beli, rebat diberikan jika pelanggan membuat penyelesaian awal. 5. Konsep penalti berkompaun (compounding penalty) tidak terpakai. 6. Sekiranya terdapat caj kelewatan, bank hanya mengambil maksimum 1% bagi menampung kos kerugian dan selebihnya disalurkan kepada badan kebajikan. Bank Kadar Keuntungan Bayaran Bulanan Source: imoney.my Sebagai contoh, sila rujuk jadual perbandingan bagi pembiayaan RM500,000 selama 30 tahun: 4.55% (BR + 0.71%) 4.55% (BR + 0.71%) 4.75% (BR + 0.75%) 4.75% (BR + 0.75%) 4.50% (BR + 1.30%) 4.50% (BR + 1.30%) RM2,548 Save RM452 RM2,548 Save RM452 RM2,608 Save RM392 RM2,608 Save RM392 RM2,533 Save RM467 RM2,533 Save RM467 8 | RINGGIT Sudah pasti ramai yang mempunyai wang simpanan di bank, memiliki polisi insurans atau melabur wang dalam produk pelaburan. Namun demikian, adakah anda mengetahui langkah-langkah asas yang boleh membantu anda mengurus kewangan dengan baik? PIDM MoneySmart 123 mengandungi tip-tip yang mudah diikuti, yang boleh membantu anda menjadi pengguna kewangan yang bijak. Sebagai permulaan, ada baiknya jika anda mengenali apakah itu Perbadanan Insurans Deposit Malaysia atau PIDM dan fungsinya dalam sistem kewangan di Malaysia. PIDM merupakan pihak berkuasa Kerajaan yang ditubuhkan untuk melindungi pengguna kewangan. PIDM mentadbir Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans yang diwujudkan bagi melindungi pendeposit serta pemilik sijil takaful dan polisi insurans. Selain daripada melindungi simpanan bank serta manfaat polisi insurans dan sijil takaful anda, PIDM juga berperanan meningkatkan keyakinan dan tahap kesedaran pengguna kewangan terhadap sistem perlindungan pengguna kewangan. Pelbagai program kesedaran awam telah dijalankan untuk mengukuhkan pemahaman mengenai ciri-ciri, manfaat dan had perlindungan Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kesedaran awam, PIDM telah memperkenalkan PIDM MoneySmart 123. PIDM MoneySmart 123 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna kewangan mengenai pelbagai Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Pengguna Kewangan Yang Bijak TAKAFUL / INSURANCE COMPANY TAKAFUL / INSURANCE COMPANY JUN 2016 | 9 produk dan penyedia perkhidmatan kewangan, risiko yang berkaitan dengan setiap produk dan juga hak-hak mereka sebagai pengguna kewangan. Untuk menjadi pengguna kewangan yang bijak, ikuti 3 langkah mudah PIDM MoneySmart 123 berikut: • Langkah 1: Ketahui Produk Kewangan Anda • Langkah 2: Ketahui Risiko Kewangan Anda • Langkah 3: Ketahui Hak Kewangan Anda Langkah 1: Ketahui Produk Kewangan Anda 3. Sekiranya anda ragu-ragu, dapatkan penjelasan atau nasihat profesional, atau elakkan produk kewangan yang tidak anda fahami. Tentukan sama ada sesuatu produk tersebut layak bagi perlindungan pengguna kewangan. B. Siapakah penyedia perkhidmatan kewangan saya? Penyedia perkhidmatan yang berlesen dan diberi kuasa Anda perlu mengetahui sama ada institusi kewangan atau penasihat / perancang kewangan yang menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan kepada anda telah dilesenkan oleh pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan. Penyedia perkhidmatan kewangan yang mempunyai lesen biasanya mesti mematuhi satu set piawaian asas dan layak untuk menjalankan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan. Oleh yang demikian, anda adalah dinasihatkan agar hanya meletakkan atau menyimpan wang anda dengan entiti atau individu yang berlesen atau diberi kuasa. Pihak pengawal selia seperti Bank Negara Malaysia (www. bnm.gov.my) dan Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my) mempunyai senarai institusi kewangan berlesen dalam laman sesawang mereka. Senarai ini merupakan sumber yang baik untuk mengesahkan sama ada penyedia perkhidmatan anda adalah berlesen atau diberi kuasa untuk menyediakan produk dan nasihat kewangan yang ditawarkan kepada anda. Institusi ahli PIDM Tentukan juga sama ada penyedia perkhidmatan kewangan anda adalah institusi ahli PIDM untuk mengetahui sama ada produk kewangan atau manfaat takaful dan insurans anda layak bagi perlindungan PIDM. Sila perhatikan tanda keahlian ini untuk mengetahui sama ada bank atau syarikat takaful / insurans anda ialah ahli PIDM. Nantikan Langkah 2: Ketahui Risiko Kewangan Anda dengan PIDM Moneysmart 123 dalam keluaran bulan hadapan. Sumber: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) atau layari laman sesawang www.pidm.gov.my Buat rujukan dan baca maklumat mengenai produk. Dapatkan penjelasan dan nasihat profesional sekiranya ragu-ragu. Dapatkan maklumat terperinci.1 2 3 Sebelum melabur atau menyimpan wang anda dalam mana-mana produk kewangan, anda hendaklah mengetahui jawapan kepada soalan-soalan berikut: A. Apakah jenis produk? Terdapat banyak produk kewangan yang berbeza hari ini yang boleh mengelirukan anda. Justeru, adalah penting untuk mengetahui dan memahami produk kewangan utama yang mungkin anda perlukan sepanjang hidup anda – termasuk deposit bank, perlindungan insurans atau takaful, pelan simpanan persaraan dan pelaburan asas, seperti stok dan saham, bon dan dana unit amanah. Anda perlu memahami terlebih dahulu jenis produk kewangan yang ditawarkan 1. Sentiasa bertanya tentang maklumat terperinci mengenai sesuatu produk kewangan sebelum anda meletakkan atau menyimpan wang anda dalam produk tersebut. 2. Buat rujukan dan baca maklumat mengenai produk tersebut supaya anda boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat. Sekiranya ia merupakan produk pelaburan, anda perlu sedar bahawa setiap pelaburan mempunyai tahap risiko sendiri. Oleh itu, anda perlu memahami risiko ini sebelum melabur. 10 | RINGGIT Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sering menerima aduan tentang bacaan meter air yang digunakan oleh pengguna. Oleh itu, untuk penjelasan lanjut, artikel ini menerangkan perbezaan antara meter pukal dan meter individu. Apakah yang dimaksudkan dengan meter pukal? Meter pukal ialah meter utama yang digunakan di rumah kediaman bertingkat dan bacaan akan diambil oleh pihak syarikat bekalan air. Cara bacaan meter adalah merujuk kepada penggunaan keseluruhan kediaman bertingkat tersebut. Bil air akan diserahkan kepada badan pengurusan bangunan (JMB). Seterusnya, JMB akan mengira purata mengikut bilangan unit dan mengutip caj daripada penghuni-penghuni untuk membayar bil air tersebut. Apakah yang dimaksudkan meter individu? Setiap unit kediaman bertingkat mempunyai meter individu dan bacaan akan diambil oleh pihak syarikat bekalan air. Bil akan dikeluarkan terus kepada penghuni. Seterusnya, bil perlu dibayar terus kepada syarikat bekalan air oleh penghuni. Kelemahan menggunakan meter pukal Pelbagai kes melibatkan pemotongan air di kediaman bertingkat tinggi akibat tunggakan bil air yang tinggi sehingga berpuluh-puluh ribu. Hal ini menyebabkan penghuni terpaksa mengalami masalah gangguan air dari semasa ke semasa. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perkara seperti ini adalah seperti berikut: a) Badan Pengurusan (JMB) di bangunan tersebut tidak membayar bil air kepada pihak syarikat bekalan air. b) Sebahagian penghuni tidak membayar yuran pengurusan bangunan mengikut masa yang ditetapkan, yang akan menyebabkan tunggakan di pihak Badan Pengurusan. Ruangan Bersama NCCC Meter Pukal vs Meter Individu c) Sebahagian penghuni berasa tidak puas hati dengan kadar caj yang tidak adil (selalunya bil dibahagi mengikut unit tanpa mengira bilangan orang yang tinggal dalam unit) d) Tidak mempunyai badan pengurusan di kediaman bertingkat tinggi Semua faktor tersebut telah menyebabkan pelbagai isu gangguan air disebabkan oleh tunggakan bil air. Ini adalah tidak adil bagi penghuni yang sering membayar tepat masanya. Migrasi Meter Pukal kepada Meter Individu Untuk menyelesaikan masalah ini, pelaksanaan migrasi wajib telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 2014, seperti terkandung di dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) 2014 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Menerusi program ini, penghuni di kediaman bertingkat boleh memohon penukaran meter pukal kepada individu dengan JMB atau pengurusan bangunan (MC). JMB / MC perlu menyerahkan permohonan kepada pihak syarikat bekalan air untuk memproses migrasi tersebut. Migrasi meter pukal kepada meter individu membolehkan penghuni berpeluang untuk menikmati kadar tarif air yang lebih rendah dan juga adil dari segi kadar pembayarannya. Hal ini disebabkan oleh bil air mengikut kegunaan masing-masing berbanding menggunakan meter pukal bagi perumahan bertingkat. Kerjasama daripada semua pihak, terutamanya penghuni dan pengurusan bangunan, adalah faktor penting dalam proses migrasi tersebut. Selain itu, pihak pengurusan perlu mengemukakan permohonan secepat mungkin sebelum dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ‘xi :_L.A AA ‘L L; 14.1 mi Pamiyalleaaiamw I;=>i mlijalmlalml K<e)c)i||| Senario 1 S D R S ° Peminjam menghadapi masalah aliran tunai hi “ Q perniagaan. MENYEDIAKAN '31 ’ Bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdaya maju yang menghadapi masalah 3. pembayaran pembiayaan perniagaan dengan 6\ lnstitusi kewangan melalui proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan perniagaan tersebut. ° Mengalami kesukaran untuk memenuhi obligasi kewangan dengan pihak bank. ° Perbincangan dengan pihak bank untuk memulihkan semula pembiayaan sedia ada gagal mencapai jalan penyelesaian. LEF- V9 Menyokong PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan Senario 2 . Syarikat berjaya mendapat kontrak atau projek 5 daripada Kerajaan/agensi atau syarikat swasta/awam 4 P9"YU5U"a"/ ‘I. yang bereputasi balk. . Memerlukan modal kerja tambahan. . Permohonan kemudahan pembiayaan telah ditolak oleh lnstitusi kewangan kerana syarikat mempunyai masalah pembiayaan tertunggak sedia ada. \ penjadualan semula > Pembiayaan baharu (jika perlu) - Perlu memulihkan semula perniagaan dan membayar - Menstabilkan aliran tunai perniagaan. bank pembiayaan - Menyediakan ruang kepada PKS untuk melaksanakan pelan pemulihan perniagaan. Siapakah yang Layak Memohon? Proses Permohonan 1' Syarikat mink Warganegara Malaysia 1. Hantarkan borang permohonan SDRS yang Iengkap kepada Syarikatmilik (Sek”““”9'k“’a”9“Va 51 A '°e9a”9a“ Saham) IKP atau BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM / Cawangan Ma.a,,sia dalam semua sektor. 2. Sekretariat SDRS BNM akan menghubungi pemohon 51% ‘ 2. Memenuhi kriteria definisi PKS: ~/D, ° Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 3_ penilaian permohonan oleh mp 200 orang; atau I ° Nilai jualan tahunan tidak melebihi RMSO juta. _ I Jika permohonan Jika permohonan 3- PKS berdava ma!” W9 m9“9ha0'aF>' masalah diluluskan oleh IKP ditolak oleh IKP kewangan berikutan pembiayaan daripada lnstitusi kewangan. \ } ‘ Jualan tahunan s RM50 iuta JJ 4- Pemblayaafi berkaltafi dengarl Pemlagaafl IKP dan peminjam akan Sekretariat SDRS BNM akan ‘J Sahala melaksanakan terma pinjaman membuat penilaian bebas yang baharu ke atas permohonan 5. Perniagaan masih beroperasi. Bagaimana Untuk Memohon? lnstitusi Kewangan Peserta (IKP) Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) di bawah SDRS adalah PERCUMA A 0 Export—|mport Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) - Bank Simpanan Nasional (BSN) Borang permohonan SDRS boleh diperoleh dari: ' Semua bank perdagangafi ' lnstitusi Kewangan Peserta (IKP) “ : Eggffizflgézlslrg Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) ° BNMLINK P ' b tW'| hBNM C . _ Laman Ses/aV\(/9E;":11gaWVv\;\/fisynzieinfo-Ct)/m-Ex/angan K; * 0 Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Perkhidmatan yang ditawarkan / Layari SMEinfo portal Hubungi BNMTELELINK Faksimili: 03-2174 1515 atau CENTRAL BANK OF MALAYSIA Q http://www.smeinfo.com.my \. 1—300—88-5465 E-melr bnmte|e|inl<@bnm.90v-my BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebin loijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini nal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan MyTabung mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. N‘ , 5 . . ‘ I A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini rnengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kewangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi rurnan asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernemat kepada pengguna mendapatkan nasihat untuk mencapai berhubung dengan dan rnembuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris \ G 1/ I secara PERCUMA. . App Store 7 . O08 C '0 ay
Public Notice
13 Jul 2016
Financing Facilities with Connected Parties
https://www.bnm.gov.my/-/financing-facilities-with-connected-parties
null
null
Reading: Financing Facilities with Connected Parties Share: Financing Facilities with Connected Parties Release Date: 13 Jul 2016 This policy document sets the parameters for development financial institutions (DFIs) to extend financing facilities and investments to connected parties which are of good credit standing in the ordinary course of the DFIs’ business while performing its’ mandate. Details can be found in the following documents: Financing Facilities with Connected Parties Response to feedback received © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
29 Jun 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran Mei 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-mei-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed73+Mei+2016+v4.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-mei-2016-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Mei 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Mei 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 29 Jun 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah Bijak Berbelanja Menjelang Musim Perayaan Antara topik lain yang menarik termasuk : Panduan Lengkap Mengenai Kad Kredit Di Malaysia (Bahagian 1) Tip Pengurangan Premium Insurans / Sumbangan Takaful Kereta Anda Hak Pembeli Melalui Jualan Kredit RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Isu -Mei/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
R A K A N K E W A N G A N A N D A Panduan Lengkap Mengenai Kad Kredit Di Malaysia Tip Pengurangan Premium Insurans / Sumbangan Takaful Kereta Anda Hak Pembeli Melalui Jualan Kredit E D I S I M E I 2 0 1 6 Bijak Berbelanja Menjelang Musim Perayaan 2 | RINGGIT Setiap kali tiba musim perayaan, ramai yang merungut dan runsing kerana tidak dapat mengawal perbelanjaan. Biasanya ramai yang terpaksa menangguhkan bayaran ansuran bulanan, seperti ansuran kereta, kad kredit dan bayaran pinjaman rumah. Lebih merunsingkan lagi, ada yang sanggup membuat pinjaman daripada ‘Ah long’ untuk memenuhi kelengkapan rumah dan membuat persediaan untuk menyambut hari perayaan. Perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya anda membuat persediaan lebih awal. Berikut adalah tip untuk pekerja muda mengawal perbelanjaan pada musim perayaan: Di bazar Ramadan • Peruntukkan bajet yang sama semasa berbelanja di bazar Ramadan. Sebagai contoh, setiap hari anda berbelanja sebanyak RM20 untuk membeli sarapan dan makanan tengah hari. Oleh itu, anda juga perlu peruntukkan sebanyak RM20 atau kurang apabila membeli juadah di bazar Ramadan. • Anda boleh juga mendisiplinkan diri dengan hanya berbelanja RM10 hingga RM15 apabila berkunjung di bazar Ramadan. • Sebaik-baiknya, sediakan sendiri makanan berbuka puasa kerana ia lebih menyihatkan dan menjimatkan belanja harian. Baju raya, peralatan dan perabot • A n d a b o l e h menambah aksesori seperti labuci / manik pada baju Melayu atau baju kurung raya tahun-tahun lepas supaya ia kelihatan seperti baharu dan menarik. • Ubah susunan perabot ruang tamu anda atau menambah aksesori, seperti bunga, gambar hiasan dan mengguna semula barangan yang sedia ada. Bijak Berbelanja Menjelang Musim Perayaan “Cuba mengelak daripada membeli pada saat-saat akhir kerana anda akan terbeban dengan kos dan jumlah yang agak besar. MEI 2016 | 3 • Lap dan cuci semua peralatan perabot rumah atau cat semula di ruangan yang tertentu untuk kelihatan seperti suasana baharu. Biskut raya • Menyediakan sendiri juadah dan biskut raya tentu menyeronokkan. Anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli biskut raya. Anda boleh berkongsi atau bertukar-tukar dalam menyediakan biskut raya bersama-sama rakan anda. • Kadangkala peniaga menawarkan jualan lelong biskut raya pada hari terakhir bulan Ramadan. Jika anda berpeluang, ambil peluang dengan sebaiknya. Duit raya • Pemberian duit raya adalah satu tradisi, dan pada masa yang sama dijadikan amalan sedekah kepada kanak-kanak. Anda boleh menyediakan bajet duit raya dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanan anda dalam tempoh 6 bulan lebih awal. Menyelenggara kereta • Kenderaan anda perlu diselenggara untuk memastikan anda selamat pulang ke kampung halaman. Selenggarakan kereta anda sebulan atau dua bulan lebih awal. Ini bagi memastikan agar kenderaan anda tidak mengalami kerosakan dan kejadian yang tidak diingini pada musim perayaan. Juadah raya atau rumah terbuka • Semasa menyediakan juadah raya atau rumah terbuka, anda perlulah bijak merancang dan membuat anggaran jumlah tetamu yang bakal berkunjung ke rumah. Rancang menu utama dan menu-menu sampingan seperti pencuci mulut dan sebagainya. Hal ini dapat mengelak berlakunya pembaziran makanan. • Sebagai tetamu pula, ambil makanan secara berhemah kerana anda mungkin akan pergi ke beberapa rumah terbuka lagi selepas itu. Kesimpulannya, anda perlu bijak merancang perbelanjaan pada musim perayaan. Cuba mengelak daripada membeli pada saat-saat akhir kerana anda akan terbeban dengan kos dan jumlah yang agak besar. Sediakan pelan yang bersesuaian untuk diri anda dan keluarga supaya sambutan perayaan tahun ini dapat diraikan dengan hati yang gembira dan ceria. Sumber: FOMCA Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. 4 | RINGGIT Kad kredit menawarkan kaedah yang mudah untuk membeli pakaian, kasut, tiket penerbangan dan banyak lagi. Tetapi, anda harus sentiasa ingat bahawa sebarang pembelian yang dilakukan melalui kad kredit dilakukan ‘secara kredit / hutang’. Ini bermaksud, pihak bank telah mendahulukan pembayaran tersebut dan anda perlu membayar pihak bank semula. Ini juga bermaksud, sekiranya anda tidak mampu untuk membayar pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak bank, hutang anda akan tertunggak. Namun, sekiranya digunakan dengan betul, kad kredit menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk rebat dan juga mata ganjaran. Berikut adalah panduan lengkap untuk kad kredit di Malaysia. Panduan ini juga akan membantu anda untuk memilih kad kredit yang sesuai. Bagaimana kad kredit berfungsi? Secara asasnya, sebarang pembelian yang dilakukan menggunakan kad kredit, merupakan sejenis pinjaman wang daripada pihak bank yang menawarkan kad kredit tersebut. Sebelum anda memohon kad kredit, pihak bank akan menyemak laporan kredit anda terlebih dahulu. Kemudian, pihak bank akan menentukan tahap kredit dan juga terma syarat bayaran balik untuk kad kredit anda. Laporan kredit ialah rekod yang memaparkan semua kredit yang telah anda gunakan, termasuk semua pinjaman, kad kredit dan khidmat overdraf. Selain itu, laporan kredit juga akan memaparkan maklumat tentang corak bayaran untuk bil telefon serta internet anda. Sekiranya anda mempunyai corak pembayaran yang baik, pihak bank biasanya akan menawarkan anda had perbelanjaan yang lebih tinggi dan pada kadar faedah yang rendah. Setiap akhir bulan, anda akan menerima bil daripada pihak bank, yang menunjukkan semua perbelanjaan yang telah anda lakukan menggunakan kad kredit tersebut serta jumlah wang yang anda perlu bayar kepada bank. Bil tersebut juga akan menyatakan tarikh akhir pembayaran serta kadar minimum pembayaran yang anda perlu lakukan. Bagaimana untuk mengetahui had perbelanjaan kad kredit saya? Sekiranya permohonan kad kredit anda diluluskan, pihak bank akan menyediakan butiran akaun, termasuk had perbelanjaan. Had perbelanjaan tersebut merupakan jumlah maksimum yang anda boleh belanja menggunakan kad kredit tersebut. Dalam erti kata lain, ia juga bermaksud jumlah yang anda boleh Panduan Lengkap Mengenai Kad Kredit Di Malaysia (Bahagian 1) MEI 2016 | 5 daripada hanya membayar pada kadar minimum. Jika anda hanya membuat pembayaran minimum, jumlah kadar faedah yang perlu dibayar akan terus terkumpul dan berganda. Akibatnya, tempoh yang lebih panjang akan diambil untuk membayar hutang tersebut. Bagaimana saya boleh mengurangkan kadar faedah kad kredit saya? Kadar faedah biasanya ditentukan bergantung kepada corak pembayaran seorang pemegang kad kredit tersebut, dan kadar faedah kad kredit akan diselaraskan oleh pihak bank. Ini juga dikenali sebagai kadar faedah bertingkat, yang bermaksud lebih baik corak pembayaran anda, maka lebih rendah kadar faedah yang akan dikenakan terhadap kad kredit anda. Polisi ini telah ditentukan oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2011 untuk menggalakkan pemegang kad kredit melakukan pembayaran tepat pada masanya. Jadi, sekiranya anda ingin menikmati kadar faedah yang lebih rendah, anda digalakkan untuk membuat pembayaran penuh setiap bulan, atau membuat pembayaran jumlah minimum sebelum tarikh terakhir yang tertera pada penyata bulanan kad kredit. Anda hendaklah melakukan ini untuk setiap bulan selama 12 bulan, ataupun untuk sekurang-kurangnya 10 atau 11 bulan dalam masa setahun. Adakah situasi yang saya tidak dikenakan kadar faedah? Kebanyakan pihak bank menawarkan kemudahan 20 hari tempoh tanpa faedah. Tempoh tanpa faedah ini biasanya hanya untuk perbelanjaan runcit. Kemudahan ini hanya akan diberi sekiranya anda telah membuat pembayaran penuh sebelum tarikh terakhir dari bulan sebelumnya. Apa Itu Kad Prabayar? K a d p r a b a y a r merupakan kad yang digunakan untuk membuat p e m b e l i a n , s a m a s e p e r t i penggunaan kad kredit di Malaysia. Tetapi , bezanya ialah, anda hanya boleh melakukan pembayaran tertakluk kepada jumlah wang yang terdapat di dalam akaun anda. Kelebihan pinjam daripada pihak bank. Peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa, had perbelanjaan maksimum bagi semua pemegang kad kredit bergaji kurang dari RM3,000 sebulan tidak boleh melebihi dua kali ganda gaji bulanan mereka. Apa itu kadar faedah kad kredit? Kadar faedah bagi kad kredit di Malaysia adalah dalam lingkungan 8% hingga 18%. Kadar faedah akan dikenakan terhadap perbelanjaan, khidmat pemindahan baki dan khidmat pengeluaran wang yang dilakukan menggunakan kad kredit tersebut. Biasanya, kadar faedah yang dikenakan berbeza-beza antara kategori perkhidmatan. Sebagai contoh, pemindahan baki biasanya mengenakan kadar faedah lebih rendah berbanding khidmat pengeluaran wang menggunakan kad kredit yang mengenakan kadar faedah lebih tinggi. Nota: Kadar faedah untuk kad kredit boleh berubah, dan anda mungkin tidak sedar terhadap perubahan kadar faedah yang dikenakan. Oleh itu, anda perlu meneliti penyata bulanan kad kredit yang anda terima supaya anda mengetahui berapa kadar faedah yang dikenakan terhadap kad kredit anda. Bagaimana caj faedah akan dikenakan atas kad kredit saya? Kadar faedah bagi kad kredit di Malaysia berbeza- beza bagi setiap individu. Kebiasaannya, anda boleh mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah sekiranya anda mempunyai laporan kredit yang baik. Faedah yang dikenakan untuk kad kredit biasanya terhadap tunggakan bayaran. Jadi anda disyorkan untuk membayar jumlah penuh pada setiap akhir bulan. Sekiranya anda tidak mampu untuk membuat pembayaran penuh, elakkan 6 | RINGGIT terbesar untuk kad prabayar ialah tiada kadar gaji minimum atau kadar had umur (untuk kebanyakan kad prabayar). Oleh kerana itu, ia menyediakan kadar pembayaran mudah dan selamat bagi golongan remaja. Contoh: Ambank NexG Prepaid (AmBank) dan AEON Prepaid Mastercard (AEON) Apa Itu Kad Caj? Kad caj menyediakan kemudahan yang lebih kurang sama seperti kad kredit. Namun, perbezaan antara kad caj dan kad kredit ialah, anda p e r l u m e m b u a t pembayaran penuh bagi kad caj pada setiap hujung bulan. Bagi kad kredit, anda tidak akan dikenakan caj walaupun anda t i d a k m e m b u a t pembayaran penuh; asalkan anda melangsaikan bayaran minimum yang dikenakan. Untuk kad caj pula, anda akan dikenakan caj lewat sekiranya anda tidak membuat bayaran penuh pada setiap hujung bulan. Contoh: Charge Card-I (Al-Rajhi Bank) dan American Express Card (Maybank) Apa Itu Kad Tambahan? Sebagai pemegang kad kredit utama, anda boleh memberikan kad tambahan, contohnya kepada pasangan anda atau anak-anak yang berumur 18 tahun ke atas. Tiada gaji minimum bagi pemegang kad tambahan, tetapi pemegang kad tambahan perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas. Semua transaksi pembayaran yang dilakukan dengan kad tambahan akan dicaj kepada pemegang kad utama. Apakah Kriteria Untuk Memohon Kad Kredit Di Malaysia? Berikut adalah kriteria untuk memohon kad kredit: • Pendapatan: Semenjak tahun 2011, Bank Negara Malaysia telah menetapkan bahawa pendapatan bulanan minimum untuk memohon kad kredit ialah RM2,000. Kad kredit yang menawarkan had kredit yang lebih tinggi akan meletakkan syarat pendapatan bulanan yang lebih tinggi. • Umur: Had umur minimum untuk memohon kad kredit ialah 21 tahun, sementara individu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun layak menjadi pemegang kad tambahan. Namun, beberapa kad kredit mempunyai kriteria had umur yang lebih tinggi kerana kad tersebut menawarkan lebih ganjaran yang sesuai untuk golongan dewasa dan bekerjaya. Apakah Yuran Dan Caj Yang Akan Dikenakan Pada Kad Kredit Saya? Selain kadar faedah, terdapat yuran dan caj lain yang anda perlu bayar untuk menggunakan kad kredit. Sekiranya anda tidak menyedari tentang caj tambahan tersebut, ia boleh menyebabkan anda mengumpul hutang dan anda akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi. Pastikan anda bertanya tentang sebarang caj pengecualian sebelum anda memohon kad kredit. Terdapat kad kredit yang diiklankan sebagai tiada kadar faedah, tetapi ingat bahawa kebiasaannya tempoh tiada kadar faedah itu bukan untuk selama-lamanya. Jadi pastikan anda membaca terma dan syarat untuk kad tersebut. Selain itu, caj-caj lain untuk kad kredit ialah seperti berikut: • Yuran tahunan • Pemindahan Baki • Caj penggantian kad • Caj pendahuluan wang tunai • Yuran urus niaga luar negara dan pertukaran mata wang • Caj bayaran lewat • Caj lebih had perbelanjaan • Cukai perkhidmatan • Caj untuk penyata • Caj untuk kad tambahan Sebelum anda membuat sebarang pembayaran atau melanggan untuk sebarang perkhidmatan, anda harus ingat bahawa kebiasaannya anda akan dikenakan caj yang tertera pada terma dan syarat. Bagi mendapatkan kad kredit yang terbaik, anda perlu mengetahui tentang semua caj dan yuran. Nantikan bahagian kedua kepada panduan ini untuk maklumat seterusnya! Sumber: www.comparehero.my MEI 2016 | 7 Insurans / Takaful kereta merupakan perbelanjaan terbesar yang perlu ditanggung oleh pemilik kereta. Sekiranya anda ingin memperbaharui cukai jalan, anda perlu memperbaharui polisi insurans / takaful kereta terlebih dahulu. Kebanyakan pemilik kereta akan membayar premium insurans / sumbangan takaful kereta dalam tempoh setahun. Hal ini menyebabkan ramai pemilik kereta telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, berikut adalah beberapa langkah yang boleh digunakan bagi mengurangkan kos polisi insurans / takaful kereta anda. 1. Berhati-hati apabila memilih kenderaan Apabila anda membeli kereta berjenama baru dan mewah, ia juga bermaksud kos bagi menginsuranskan kereta tersebut adalah mahal. Namun begitu, anda boleh mempertimbang untuk membeli kereta terpakai dengan premium insurans / sumbangan takaful kereta yang anda mampu bayar. 2. Berhati-hati sekiranya jumlah perlindungan insurans / takaful kereta anda terkurang atau terlebih Insurans / Takaful kereta boleh menjadi satu perkara yang mengelirukan. Kebanyakan orang hanya menyerahkan kepada ejen insurans / takaful semata-mata untuk mendapatkan insurans / takaful kereta. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa anda boleh melaraskan jumlah yang diinsuranskan berdasarkan baki pinjaman dan nilai pasaran kereta anda? Jika anda ingin mengurangkan premium insurans / sumbangan takaful kereta anda, maka anda boleh mengurangkan jumlah diinsuranskan untuk menampung baki pinjaman. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa premium / sumbangan yang rendah tidak semestinya Tip Pengurangan Premium Insurans / Sumbangan Takaful Kereta Anda “... anda boleh mempertimbang untuk membeli kereta terpakai dengan premium insurans / sumbangan takaful kenderaan yang anda mampu bayar.” 8 | RINGGIT baik. Tindakan mengurangkan jumlah diinsuranskan yang keterlaluan, bukanlah keputusan yang paling bijak. Terkurang insurans – sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada nilai yang lebih rendah daripada nilai pasaran, anda akan dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan nilai tersebut. Ini bermaksud, jika berlaku kerugian / kerosakan, anda akan hanya dibayar sebahagian ganti rugi (setakat bahagian yang diinsuranskan) oleh syarikat insurans / takaful anda. 3. Tidak membuat perlindungan yang tidak penting Tiada siapa yang boleh meramalkan bila musibah dan kemalangan akan berlaku. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menggugurkan perlindungan yang tidak perlu, seperti perlindungan perlanggaran jika anda memandu kereta yang berusia lebih 10 tahun, atau perlindungan aksesori kereta. Walaupun memiliki insurans / takaful kereta adalah wajib, tetapi anda perlu memilih polisi insurans / takaful yang terbaik untuk kereta anda pada kos yang paling rendah. 4. Pastikan kereta anda tidak mengalami kemalangan Jika anda seorang pemandu yang berhemah dan tidak pernah mengalami kemalangan dengan kereta anda, maka anda layak untuk menikmati Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) sehingga 55% daripada premium / sumbangan polisi anda. Ia bertujuan sebagai insentif kepada anda kerana memandu secara selamat. 5. Pindahan NCD ke kenderaan lain Anda juga boleh memilih untuk memindahkan NCD anda daripada satu kereta kepada kereta yang lain dengan syarat, anda adalah pemilik bagi kedua-dua kereta tersebut. Misalnya, anda mempunyai sebuah kereta kancil (NCD 55%), kemudian anda membeli sebuah lagi kereta berjenama baru (NCD 0%). Untuk menjimatkan kos insurans / takaful kereta baru tersebut, anda boleh memindahkan NCD kereta kancil kepada kereta berjenama baru. Sumber Olahan dari petikan artikel www. imoney.com “Anda juga boleh memilih untuk memindahkan NCD anda daripada satu kereta kepada kereta yang lain dengan syarat, anda adalah pemilik bagi kedua-dua kereta tersebut.” “Walaupun memiliki insurans / takaful kereta adalah wajib, tetapi anda perlu memilih polisi insurans / takaful yang terbaik untuk kereta anda pada kos yang paling rendah.” MEI 2016 | 9 Ruangan Bersama NCCC Hak Pembeli Melalui Jualan Kredit Memang menjadi kebiasaan pada masa ini pengguna membeli barangan secara kredit atau ansuran. Biasanya ia membabitkan barangan yang berharga ratusan atau ribuan ringgit. Dengan wujudnya perniagaan yang menawarkan kemudahan ini, ramai pengguna yang mampu memiliki barangan, seperti perabot, barang elektrik, kenderaan dan sebagainya, yang dibayar secara ansuran. Malah, wujud syarikat yang khusus menawarkan perkhidmatan untuk memudahkan pengguna membeli barangan secara kredit. Dari segi perundangan, perniagaan yang menawarkan perkhidmatan jualan secara kredit atau ansuran tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Namun, ada juga perniagaan yang tidak dikawal selia oleh akta ini, seperti skim bayaran mudah, fleksi kredit dan sebagainya. Aduan Jualan Kredit Sejak kebelakangan ini, timbul banyak isu berkaitan syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan secara kredit. Antaranya, wujud kegiatan mengugut dan mengancam pengguna yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Berdasarkan aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), iaitu bahagian aduan FOMCA, pengadu dihubungi oleh pihak syarikat yang mendakwa pengadu masih mempunyai tunggakan bayaran ansuran perabot. Walhal, bayaran perabot itu sudah dilangsaikan beberapa tahun lalu. Begitu juga, tindakan syarikat menggunakan khidmat pemungut hutang yang bertindak mengugut pengadu jika tidak menjelaskan bayaran. Tindakan ugutan dilakukan oleh pemungut hutang ini perlu dipandang serius. Tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan. Syarikat seharusnya perlu bertanggungjawab mengemas kini pembayaran pengguna supaya kesilapan maklumat tidak berlaku. Kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa mereka perlu mendapatkan surat pelepasan daripada syarikat berkaitan apabila pembayaran telah selesai dibuat. Mereka tidak boleh menganggap pengesahan secara lisan oleh syarikat itu adalah keputusan akhir untuk ansuran yang diambil oleh mereka. Surat pelepasan boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pengguna sudah melangsaikan bayaran ansuran dari syarikat terbabit. Tidak dinafikan, ramai pengguna memerlukan skim bayaran ansuran bagi mengurangkan beban kewangan mereka. Pengguna juga perlu mengesahkan caj faedah sebelum menandatangani sebarang perjanjian dan membandingkan penawaran faedah dengan syarikat lain. Hal itu disebabkan bayaran ansuran mungkin 10 | RINGGIT “ Hal itu disebabkan bayaran ansuran mungkin kelihatan mudah untuk dibayar, tetapi sebaliknya ia menyebabkan anda terpaksa membayar dua kali ganda daripada harga asal disebabkan oleh kadar faedah dan caj lain.” kelihatan mudah untuk dibayar, tetapi sebaliknya ia menyebabkan anda terpaksa membayar dua kali ganda daripada harga asal disebabkan oleh kadar faedah dan caj lain. Peraturan Lindungi Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2012 pada 1 Oktober 2012. Peraturan ini bertujuan untuk melindungi pengguna yang membuat urus niaga secara kredit atau ansuran. Peraturan ini mewajibkan penjual dan pemberi kemudahan kredit untuk memaklumkan kepada pengguna secara lisan dan bertulis mengenai beberapa maklumat penting sebelum urus niaga secara kredit dilaksanakan, seperti kadar faedah dikenakan, harga barangan termasuk faedah, caj sampingan, caj bayaran lewat dan formula pengiraannya. Selain itu, peraturan ini juga menetapkan beberapa perkara seperti berikut: • Tidak membenarkan penjual atau pemberi kemudahan kredit mengenakan lebih daripada satu fi pemprosesan dokumen bagi pembelian melebihi satu barangan dengan satu transaksi; • Kadar faedah tidak boleh diubah selepas perjanjian jualan kredit ditandatangani; • Pengguna tidak boleh dikenakan sebarang bentuk fi jika permohonan kredit tidak diluluskan; dan • Pengguna tidak boleh dikenakan penalti jika membuat penyelesaian awal pembayaran. Namun, jumlah kadar faedah ditawarkan syarikat tidak dikawal oleh mana-mana badan atau agensi. Terdapat aduan mengenai kadar faedah yang diberikan oleh syarikat agak tinggi. Oleh itu, pengguna perlu bijak membuat perbandingan harga dan caj kadar faedah ditawarkan. Pengguna boleh membuat aduan sekiranya ada syarikat yang tidak mematuhi peraturan ini kepada KPDNKK dengan menghubungi nombor hotline 1800 886 800, melalui laman sesawang, http://e-aduan.kpdnkk.gov. my atau memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebin loijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini nal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan MyTabung mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. N‘ , 5 . . ‘ I A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini rnengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kewangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi rurnan asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernemat kepada pengguna mendapatkan nasihat untuk mencapai berhubung dengan dan rnembuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris \ G 1/ I secara PERCUMA. . App Store 7 . O08 C '0 ay
Public Notice
14 Jun 2016
Design Competition for Commemorative Banknotes
https://www.bnm.gov.my/-/design-competition-for-commemorative-banknotes
null
null
Reading: Design Competition for Commemorative Banknotes Share: Design Competition for Commemorative Banknotes Release Date: 14 Jun 2016 Bank Negara Malaysia will be organising a design competition for commemorative banknotes to be issued in 2017. This competition is open to all students of public/private universities and local professional designers. Winning prizes for the top two designs are RM20,000 and RM10,000 respectively. The submission deadline is on 5 August 2016. Two briefing sessions will be held to provide in-depth information about the competition. Interested parties are required to attend either one of the following briefing sessions. Date : 16 June 2016 (Thursday) or 17 June 2016 (Friday) Time : 3.00 p.m. Venue : Theatrette Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur  For registration and more information, please contact En. Fahmi at 03-2698 8044 ext 8899 or En. Zainal at 03-2698 8044 ext 8458. Walk-ins are strictly not allowed. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
14 Jun 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran April 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-april-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed72+Apr+2016+v3.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-april-2016-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran April 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran April 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 14 Jun 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialahPerancangan Kewangan Keluarga Muda Antara topik lain yang menarik termasuk : Bijak Melabur Mengikut Tahap Kehidupan Anda Cara Menggunakan Penyaman Udara Yang Jimat Elektrik Pengguna Mudah Terpedaya Dengan Iklan RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Issue -April/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
R A K A N K E W A N G A N A N D A Bijak Melabur Mengikut Tahap Kehidupan Anda Cara Menggunakan Penyaman Udara Yang Jimat Elektrik Pengguna Mudah Terpedaya Dengan Iklan E D I S I A P R 2 0 1 6 Perancangan Kewangan Keluarga Muda 2 | RINGGIT Isu kali ini mengisahkan perkongsian kehidupan sebuah keluarga muda yang tinggal di bandar, mempunyai pendapatan keluarga yang sangat terbatas dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Namun, keluarga muda ini mampu menguruskan belanjawan keluarga secara berhemat. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan contoh teladan kepada keluarga muda atau generasi muda yang masih dalam perancangan mendirikan rumah tangga. Puan Khainunnisa’ binti Ahmad Tarmizi, berumur 30 tahun, berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata, berumur 4 tahun dan 1 tahun. Beliau bekerja sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan di McDonald selama 10 tahun. Setiap bulan sebelum menerima gaji, Khairunnisa’, atau lebih dikenali sebagai Intan, sentiasa menyediakan pelan kewangan. Pendapatan suami beliau turut digabungkan agar perancangan dapat diatur dengan mudah. Berikut adalah perancangan kewangan Intan sekeluarga setiap bulan:- PENDAPATAN BERSIH Suami RM3,000 Isteri RM2,600 RM5,600 BAJET PERBELANJAAN Pinjaman Rumah / Apartmen, termasuk penyelenggaraan RM650 Ansuran Kereta RM861 Keperluan Anak-anak (susu dan lampin pakai buang) RM450 Petrol (kereta & motor) RM800 Penyelenggaraan kenderaan RM400 Bil-bil utiliti RM250 Touch n Go RM100 Barangan Dapur RM400 Pemberian kepada Ibu Bapa RM800 Simpanan RM600 Simpanan pendidikan & Insurans RM200 Jumlah Perbelanjaan RM5,511 Perancangan Kewangan Keluarga Muda FEBRUARI 2016 | 3 Setiap bulan, Intan akan memastikan beliau berdisiplin dengan perancangan yang telah disediakan. Beliau membuat potongan gaji untuk simpanan diri dan suami, termasuk simpanan pendidikan serta insurans anak-anak berjumlah RM800. Kemudian, beliau menjelaskan pinjaman rumah dan ansuran bulanan kereta sebanyak RM1,511. Sumbangan kepada kedua- dua ibu bapa juga turut dimasukkan ke dalam bajet sebanyak RM800. Bagi perbelanjaan keperluan anak-anak, beliau mengamalkan konsep membuat perbandingan harga melalui katalog dan sering mencari maklumat berkaitan jualan promosi di laman sosial. Beliau akan membuat belian secara pukal, dua bulan sekali sekiranya harga yang ditawarkan berpatutan. Intan juga menambah simpanan dan wang pemberian kepada ibu bapa selepas majikan menaikkan gaji dan pangkatnya di tempat kerja. Pada waktu yang sama, Intan masih berdisiplin dengan perancangan kewangan bulanan keluarga beliau. Tentu pembaca tertanya-tanya bagaimana Intan berjaya mengawal perbelanjaan keluarganya? Intan dan suami pernah menghadapi masalah hutang kad kredit. Belajar daripada kesilapan tersebut, beliau dan suami mengambil keputusan menjelaskan hutang dan membatalkan kad kredit. Beliau lebih selesa membuat tabungan dan perancangan awal untuk membeli belah, bercuti sekeluarga, makan besar dan merancang majlis sambutan hari lahir anak-anak beliau. Intan turut menasihatkan keluarga muda yang sedang menghadapi masalah hutang agar tidak mengambil jalan singkat, iaitu dengan membuat pinjaman dengan ‘ah long’ atau ghairah ingin hidup senang dengan menyertai skim cepat kaya. Beliau juga menyarankan supaya generasi muda bijak mengawal kewangan dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang mengelirukan pengguna. Rujuk keluarga terdekat terlebih dahulu sebelum terlibat dengan hutang. Budaya terikut-ikut dengan cakap-cakap rakan dan tidak mendapatkan khidmat nasihat profesional akan mengundang bebanan hutang. Pada masa akan datang, Intan mengimpikan kehidupan yang bebas daripada bebanan hutang, bersederhana dalam berbelanja dan ingin mencukupkan tabungan bagi menunaikan ibadat haji. Intan juga sering memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan, kerana bagi beliau, harta yang diperoleh perlu dikongsi bersama-sama dan bukannya hak kita semata-mata. Intan turut berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya kerana telah mendidik beliau supaya sentiasa berusaha dan mencari peluang sekiranya ingin mencapai sesuatu impian. Dengan latar belakang pendidikan yang sederhana, Intan berusaha untuk menjadi insan yang memberi manfaat untuk diri sendiri serta keluarga dan sentiasa berfikir untuk memberi manfaat kepada orang lain. Begitu hebatnya ibu muda bernama Intan. Beliau sangat teliti dalam setiap keputusan yang dilakukan. Itulah hasil kejayaan ibu muda ini mengawal perbelanjaan keluarga. Sumber: Perkongsian sebenar keluarga Puan Khairunnisa Binti Ahmad Tarmizi Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. 4 | RINGGIT Ilmu pelaburan perlu dipelajari dan ia perlu disesuaikan dengan tahap kehidupan anda. Dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat dan harga barangan keperluan semakin mahal, maka cabaran dalam meneruskan kehidupan perlu dilalui secara bijak. Namun bagaimanakah anda menentukan keputusan kehidupan anda? Sekiranya anda berumur 30-an dan mempunyai dua orang anak, adakah anda telah menyediakan tabungan bagi pendidikan anak-anak anda? Bagaimana persediaan anda untuk membeli aset tetap, seperti rumah? Bilakah pula masanya untuk anda memulakan simpanan persaraan? Penyelesaian kepada ketiga-tiga soalan ini ialah, anda perlu mengutamakan pelaburan yang paling hampir untuk anda capai. Lebih lama jangka masa anda melabur, maka lebih besar pulangan yang anda akan terima (dikenali sebagai faedah atas kompaun). Matlamat pelaburan yang anda boleh tetapkan adalah seperti berikut:- a) Pelaburan untuk Pendidikan Anak Anda perlu membuat perbandingan produk-produk yang disediakan oleh pihak institusi perbankan atau syarikat unit amanah bagi menyediakan simpanan pendidikan anak-anak anda. Keputusan bijak perlu dibuat, kerana jika anda silap membuat perhitungan, maka simpanan anda tidak mencapai matlamat seperti yang diinginkan. Dalam situasi sekarang, ibu bapa perlu memulakan perancangan pendidikan sekiranya anak anda ingin melanjutkan pelajaran ke universiti atau ke kolej tempatan mahupun luar negara. Kos pendidikan semakin meningkat, maka anda perlu menetapkan jumlah yang ingin anda capai ketika usia anak anda bakal mencecah 18 tahun (usia melanjutkan pendidikan di kolej). Sekiranya anda memutuskan untuk melabur dalam dana atau unit amanah, anda perlu memulakan simpanan seawal 1 tahun usia anak anda. Bon dan unit amanah mudah dicairkan dalam bentuk wang tunai berbanding dengan melabur dalam harta fizikal. Berikut ialah Bijak Melabur Mengikut Tahap Kehidupan Anda FEBRUARI 2016 | 5 Contoh: Dana Affin Hwang’s Select Opportunity Simpanan di KWSP sebanyak 23% Simpanan Tambahan sebanyak 10% Gaji / Simpanan Bulanan RM2,500 RM2,500 Purata kenaikan gaji tahunan 3% 3% Tempoh pelaburan 35 tahun 35 tahun Pelaburan bulanan RM575 RM250 Kadar purata pulangan 6.0% 9.2% Jumlah sumbangan RM417,188.36 RM181,386.25 Jumlah nilai pelaburan RM1,187,848.00 RM1,001,443.00 Peratusan pulangan yang dijangka 184.7% 452.1% Berdasarkan pengiraan di atas, anda akan memperoleh simpanan persaraan sebanyak RM1,187,848 sekiranya anda hanya bergantung kepada simpanan di KWSP. Walau bagaimanapun, jika anda melabur secara tambahan 10% setiap bulan, maka anda akan menerima tambahan RM1,001,443, yang akan meningkatkan dana persaraan anda kepada RM2,189,291. Dengan hanya melabur 10% sebulan, ia akan memberikan anda peningkatan sebanyak 184% untuk persaraan anda. Matlamat pelaburan perlu ditetapkan sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mana-mana produk pelaburan. Paling penting, pastikan pelaburan jangka masa panjang anda sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas dan keuntungan yang diperoleh melebihi kadar inflasi. Sumber: Olahan daripada artikel iMoney.my contoh sekiranya anda meletakkan matlamat kira-kira RM200,000 untuk membiayai pendidikan anak anda: Contoh: Dana Affin Hwang Select Bond Jumlah yang ingin dicapai: RM200,000 Tempoh pelaburan 18 tahun 10 tahun Peratusan purata tahunan pelaburan 6.1% 6.1% Pelaburan awal RM1,300 RM6,000 Sumbangan secara bulanan RM500 RM1,150 Jumlah sumbangan RM109,300 RM144,000 Nilai Jumlah Pelaburan RM200,603.32 RM201,476.29 Jangkaan peratusan pulangan 83.5% 39.9% Berdasarkan contoh di atas, dengan tempoh pelaburan selama 18 tahun untuk simpanan pendidikan anak anda, maka anda hanya perlu melabur sejumlah RM109,300 dalam tempoh lebih 18 tahun atau kira-kira RM6,072 setiap tahun untuk mencapai jumlah sasaran anda sebanyak RM200,000. Walau bagaimanapun, jika anda lambat memulakan pelaburan, anda perlu melabur sejumlah RM144,000, dengan tempoh 10 tahun untuk mendapatkan jumlah matlamat anda. Ini bermakna, anda perlu melabur lebih daripada dua kali ganda (RM14,400) setiap tahun, walaupun hanya ada perbezaan lapan tahun dalam tempoh pelaburan anda. b) Pelaburan untuk Persaraan Ramai yang berf ik ir bahawa wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukup untuk menampung keperluan apabila bersara. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pentadbir Pencen Swasta (PPA), secara puratanya, rakyat Malaysia perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 33% daripada pendapatan bulanan untuk mencapai 57% daripada pendapatan gantian. Simpanan di KWSP hanya mencecah 23% daripada simpanan sahaja. Maka anda memerlukan 10% simpanan tambahan, dan ini dikira jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran di KWSP. Jadi, anda perlu membuat keputusan untuk membuat tambahan simpanan untuk mencapai pertumbuhan modal secara konsisten dalam tempoh masa yang panjang. Berikut adalah contoh pelaburan tambahan 10% yang boleh membantu menambah dana persaraan anda jika anda melabur dengan betul: 6 | RINGGIT Penyaman udara pernah dianggap sebagai satu kemewahan. Kini, ia telah menjadi peralatan rumah yang biasa di Malaysia. Kebanyakan rumah di bandar dilengkapi dengan penyaman udara dalam satu atau setiap bilik. Dalam masa yang sama, ramai yang beranggapan, apabila menggunakan penyaman udara, ia menyebabkan bil elektrik akan naik disebabkan oleh peningkatan penggunaan elektrik. Walaupun penyejukan memang memakan banyak tenaga elektrik, namun sekiranya anda mengambil langkah-langkah yang berkesan, ia dapat mengurangkan penggunaan elektrik ketika menggunakan penyaman udara. Pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api dan Penjanaan (Imbalance Cost Pass-Through) oleh kerajaan pada Januari 2014, telah menyebabkan rakyat Malaysia yang menggunakan lebih daripada 300 kWj sebulan, terpaksa menanggung bil elektrik yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh pengurangan rebat sebanyak 33%, iaitu daripada 2.25 sen bagi setiap kWj kepada 1.52 kWj. Oleh itu, kos bil elektrik ini akan menambahkan lagi kesan kepada kos sara hidup rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia disarankan supaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kepada penggunaan di bawah 300 kWj sebulan. Isi rumah yang menggunakan tenaga elektrik di bawah 300 kWj tidak akan terjejas dengan pengurangan rebat. Bagaimanakah penyaman udara berfungsi? Bagi kebanyakan orang, penyaman udara hanya mengeluarkan udara sejuk pada suhu yang ditetapkan. Tetapi adakah ia benar-benar berfungsi dengan cara seperti itu? Semasa proses penyejukan, penyaman udara akan mengambil udara dalaman, menyejukkannya dengan mengalirkannya melalui penyejat gegelung dan memasukkan ia kembali ke dalam bilik. Ia agak bertentangan dengan cara penyejuk udara lama berfungsi. Penyejuk udara lama digunakan dengan mengambil udara di luar, menyejukkan udara tersebut dan memasukkan ia ke dalam bilik. Cara Menggunakan Penyaman Udara Yang Jimat Elektrik FEBRUARI 2016 | 7 Bagaimana termostat berfungsi? Jika anda menetapkan termostat pada 18°C, adakah ini bermakna bahawa penyaman udara akan menyejukkan bilik lebih cepat daripada jika ditetapkan pada 25°C? Tidak! Termostat ini hanya memeriksa suhu udara di dalam bilik dan menghentikan pemampat (compressor) apabila suhu mencapai tahap yang dikehendaki. Ini bermakna bahawa pemampat akan bekerja lebih lama jika suhu ditetapkan pada tahap yang lebih rendah, iaitu bekerja lebih lama dan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik jika suhu ditetapkan pada 18°C dan bukannya 25°C. Ini kerana ia akan mengambil masa yang lebih singkat untuk mencapai 25°C berbanding dengan 18°C kerana pemampat bekerja dengan kuasa yang sama. Apa yang berlaku apabila pemampat berhenti? Penyaman udara hanya memusingkan kipas apabila pemampat berhenti dan termostat mencapai tahap suhu yang dikehendaki. Pada peringkat ini, penggunaan tenaga elektrik adalah hanya untuk kipas yang sedang berjalan dan bukan untuk pemampat. Pemampat ini akan bermula sekali lagi apabila termostat mengesan suhu telah meningkat lagi daripada tahap yang ditetapkan. Pemampat adalah komponen elektrik yang menggunakan sebahagian besar elektrik dalam penggunaan penyaman udara. Apakah faktor mempengaruhi penggunaan elektrik penyaman udara? Terdapat empat faktor yang mempengaruhi beban elektrik: 1) Suhu dalaman 2) Suhu luar 3) Penebat haba dari bilik 4) Penetapan suhu penyaman udara. Jika perbezaan antara suhu yang dikehendaki dan suhu dalaman / luaran adalah besar, maka penyaman udara memerlukan tenaga elektrik yang lebih banyak untuk menyejukkan udara dalaman pada suhu yang dikehendaki sebagai pemampat. Jika suhu ditetapkan pada 18°C dan suhu luar ialah 38°C, maka tenaga elektrik yang diperlukan adalah lebih banyak daripada suhu termostat 24°C dan suhu luar adalah 38°C. Menurut kajian yang dijalankan oleh ACEEE (Majlis Tenaga Kecekapan Ekonomi Amerika), peningkatan setiap darjah Celcius boleh menjimatkan 3% - 5% daripada penggunaan tenaga elektrik. Dengan menggunakan cara ini, ia boleh menurunkan penggunaan tenaga elektrik setiap bulan dalam bil elektrik. Apakah suhu yang ideal yang harus ditetapkan pada termostat? Peningkatan suhu sepatutnya tidak mengurangkan tahap keselesaan. Berdasarkan kajian ASHRAE (Persatuan Jurutera Pemanasan, Penyejukan dan Penyamanan Udara Amerika), suhu yang ideal untuk keselesaan termal adalah antara 23.5°C hingga 25.5°C pada musim panas. Oleh itu, menetapkan suhu kepada 24°C menjimatkan bil elektrik dan juga memberikan keselesaan yang baik. Menggunakan kipas siling bersama-sama dengan penyaman udara juga boleh membantu mengekalkan suhu thermostat pada 24°C, dan pada masa yang sama memberikan keselesaan. 8 | RINGGIT Bagaimana penyaman udara lama tanpa termostat berfungsi? Penyaman udara lama tanpa termostat mempunyai pilihan kesejukan seperti ‘tinggi, sederhana dan rendah’. Seperti yang dipelajari sebelum ini, bahawa pemampat penyaman udara bekerja dalam mod binari (sama ada dalam keadaan ‘hidup’ atau ‘tidur’) dan tidak mengawal suhu udara. Pilihan yang tinggi, sederhana dan rendah hanya menukar kelajuan kipas penyaman udara. Tinggi bermakna bahawa penyaman udara akan menghasilkan lebih banyak udara, dan rendah bermakna bahawa kelajuan kipas akan menjadi perlahan. Berikut adalah sepuluh langkah penjimatan tenaga elektrik yang mudah untuk diamalkan di rumah 1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah dengan mengenal pasti peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik. 2. Matikan suis dan tanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan. 3. Pastikan suhu penyaman udara berada pada paras 24-26°C apabila ingin menggunakannya. 4. Gunakan penyaman udara yang bersesuaian dengan saiz bilik. 5. Matikan suis lampu, kipas dan penyaman udara apabila tidak digunakan. 6. Bertukar kepada lampu jenis flouresen untuk pencahayaan dalaman. 7. Pastikan pintu peti sejuk tertutup dengan rapat. Elakkan daripada kerap membuka pintu peti sejuk bagi mengelakkan pembaziran tenaga sebanyak 30 peratus. 8. Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya membeli mesin basuh jenis muatan hadapan. 9. Elakkan penggunaan ‘screen saver’ pada komputer. Matikan suis monitor apabila tidak digunakan. 10. Seterika pakaian dengan kuantiti yang banyak dalam satu sesi. Sumber: Persatuan Pengguna Tenaga dan Air Malaysia (WECAM) “Jika perbezaan antara suhu yang dikehendaki dan suhu dalaman / luaran adalah besar, maka penyaman udara memerlukan tenaga elektrik yang lebih banyak untuk menyejukkan udara dalaman pada suhu yang dikehendaki sebagai pemampat.” FEBRUARI 2016 | 9 Ruangan Bersama NCCC Pengguna Mudah Terpedaya Dengan Iklan Kita sering melihat dan mendengar iklan yang berbunyi, ‘Beli satu percuma satu’, ‘Diskaun sehingga 70%’, ‘100% original’, ‘Pil pelangsingan badan dan anda boleh turun berat badan dalam masa 2 minggu’ dan banyak lagi. Kebanyakan pengiklan membuat kenyataan palsu atau mengelirukan, semata- mata untuk mendorong seseorang pengguna untuk melakukan kesilapan dalam membuat keputusan untuk membeli. Iklan dalam konteks ini termasuklah yang berupa ucapan, tulisan, bunyian atau gambar yang diterbitkan melalui pempameran, penggunaan media cetak, seperti suratkhabar, majalah atau bahan-bahan bercetak, seperti katalog dan senarai harga, pertunjukan filem, gambar atau penggunaan medium elektronik, seperti radio, televisyen atau telekomunikasi atas talian. Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ialah risiko yang bakal mereka hadapi di sebalik harga yang ditawarkan terlalu murah. Begitu juga dengan promosi yang ditawarkan, seperti ‘Beli satu, percuma satu’ serta diskaun yang terlalu tinggi oleh penjual yang menjual barangan tersebut. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima banyak aduan mengenai iklan yang ditawarkan oleh penjual yang tidak jujur. Antara aduan tersebut ialah barang yang diiklankan tidak wujud, barang tersebut berkualiti rendah, menjual barang yang palsu, penjual tersebut tidak dapat dikesan selepas pembayaran dibuat, dan produk tersebut tidak berkesan seperti yang dijanjikan. Sebagai contoh, ‘Kulit akan menjadi putih dalam masa 2 minggu dan sekiranya tidak berkesan, wang pengguna akan dikembalikan’. Apabila pengguna cuba menghubungi penjual tersebut, mereka gagal untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibayar untuk produk tersebut. Berikut merupakan kes sebenar yang diterima oleh NCCC: “Pengguna dijanjikan barangan percuma untuk setiap pembelian seperti yang diiklankan dan kos penghantaran adalah percuma di laman sesawang. Tetapi realitinya, pengguna terpaksa membayar kos penghantaran, cukai dan sebagainya. Apabila pengguna menghubungi penjual tersebut, mereka hanya diberikan janji kosong bahawa wang mereka akan dikembalikan.” Panduan kepada Pengguna Pengguna harus tampil membuat aduan mereka sekiranya mereka mendapati wujudnya iklan yang palsu dan mengelirukan. Pengguna harus mengetahui bahawa iklan yang palsu atau mengelirukan adalah salah di sisi undang-undang. Pengiklan, sama ada pengeluar, agensi pengiklanan, media dan pihak lain yang terlibat dalam pengeluaran iklan tersebut, boleh dikenakan tindakan. Semua iklan palsu atau mengelirukan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda antara RM50,000 hingga RM1 juta, dan penjara antara tiga hingga lima tahun. 10 | RINGGIT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengiklanan, khususnya untuk melindungi pengguna yang berhadapan dengan masalah seperti ini. Peruntukan baru bertujuan untuk memantau iklan-iklan palsu atau mengelirukan pengguna. Pengguna juga boleh membuat aduan kepada NCCC melalui laman sesawang www.nccc.org.my / myaduan@ nccc.org.my dan juga kepada Jawatankuasa Pengiklanan di [email protected] atau melalui laman sesawang, http://e-aduan.kpdnkk.gov.my. Pengguna haruslah berhati-hati semasa membuat sebarang pembelian berdasarkan iklan yang dikemukakan. Buat penyelidikan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengetahui sama ada syarikat tersebut berdaftar atau tidak. Pembelian tiket secara atas talian pula akan menambahkan tekanan kepada pengguna jika mereka tidak menyimpan resit-resit pembelian. Hal ini disebabkan pengguna tiada bukti yang dapat dikemukakan untuk membuktikan tuntutan mereka. Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan resit pembelian untuk membuat tuntutan terhadap syarikat yang terbabit. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) “Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ialah risiko yang bakal mereka hadapi di sebalik harga yang ditawarkan terlalu murah.” Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebin loijak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini nal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan MyTabung mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. N‘ , 5 . . ‘ I A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini rnengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kewangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi rurnan asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernemat kepada pengguna mendapatkan nasihat untuk mencapai berhubung dengan dan rnembuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa lagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris \ G 1/ I secara PERCUMA. . App Store 7 . O08 C '0 ay
Public Notice
07 Jun 2016
Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated.
https://www.bnm.gov.my/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-53
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-53&languageId=ms_MY
Reading: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Share: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Tarikh Siaran: 07 Jun 2016         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
28 Mei 2016
Design Competition Results for the 100th Anniversary of Persatuan Pandu Puteri Malaysia Commemorative Coins
https://www.bnm.gov.my/-/design-competition-results-for-the-100th-anniversary-of-persatuan-pandu-puteri-malaysia-commemorative-coins
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/design-competition-results-for-the-100th-anniversary-of-persatuan-pandu-puteri-malaysia-commemorative-coins&languageId=ms_MY
Reading: Design Competition Results for the 100th Anniversary of Persatuan Pandu Puteri Malaysia Commemorative Coins Share: Design Competition Results for the 100th Anniversary of Persatuan Pandu Puteri Malaysia Commemorative Coins Tarikh Siaran: 28 Mei 2016         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
27 Mei 2016
Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated.
https://www.bnm.gov.my/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-54
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-54&languageId=ms_MY
Reading: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Share: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Tarikh Siaran: 27 Mei 2016         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
17 Mei 2016
Memahami Akaun Pelaburan: Produk Baharu Perbankan Islam
https://www.bnm.gov.my/-/memahami-akaun-pelaburan-produk-baharu-perbankan-islam
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761691/en_ia.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761691/cn_ia.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761691/01+INVESTMENT+ACC.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761691/tm_ia.pdf, https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761691/bm_ia.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/memahami-akaun-pelaburan-produk-baharu-perbankan-islam&languageId=ms_MY
Reading: Memahami Akaun Pelaburan: Produk Baharu Perbankan Islam Share: Memahami Akaun Pelaburan: Produk Baharu Perbankan Islam Tarikh Siaran: 17 Mei 2016 Akaun Pelaburan ialah satu produk baharu perbankan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam. Melalui produk ini, pelanggan boleh membuat pelaburan dan berkongsi keuntungan daripada aktiviti pelaburan patuh Syariah. Akaun pelaburan menawarkan pelbagai pilihan kepada cita rasa pelabur dari segi tahap risiko dan potensi keuntungan yang bakal dijana melalui aset pelaburan tersebut. Pelabur boleh memilih untuk melabur dana dalam akaun pelaburan berdasarkan kesanggupan mereka mengambil risiko. Bagi memahami tentang akaun pelaburan, sila muat turun dokumen berikut: Risalah Akaun Pelaburan [English] [Bahasa Melayu] [Mandarin] [Tamil] Brosur mengenai Soalan Lazim Akaun Pelaburan[PDF, 592KB] Dalam usaha mengaplikasikan revolusi teknologi kewangan (fintech), enam institusi perbankan Islam telah bekerjasama bagi memperkenalkan Platform Akaun Pelaburan (“Investment Account Platform” atau IAP) pada bulan Februari 2016. IAP merupakan platform pengantaraan teknologi kewangan pertama oleh institusi perbankan. Platform ini menggabungkan kepakaran institusi perbankan Islam dan kecekapan teknologi bagi menyalurkan dana pelabur kepada projek usahasama ekonomi yang berdaya maju. Antaranya termasuk projek yang dikelolakan oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) di samping pelbagai bidang inovasi dan bidang pertumbuhan baharu yang lain. Sila layari laman sesawang IAP di https://www.iaplatform.com/ bagi mendapatkan maklumat lanjut. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
5 Key Features of Investment Account Unique Choice Profit sharing Risk-reward principles Bank is your Partner Exclusively offered by Islamic banks Invest in economic sector of your interest Return on investment will be shared with you as the investor Your investment is professionally managed by the Islamic banks It is not a deposit, thus not protected under Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 1 2 3 5 4 Grow wealth and value through profit sharing A new product offering that provides you the opportunity to invest and share the profit from Shariah-compliant investment activities. Investment Account Guide to Consumer on Investment Account Key Features of Investment Account Specific features of Investment Account depends on the contract used in the offering: i. Mudharabah (profit sharing and loss bearing) ii. Musyarakah (profit and loss sharing) iii. Wakalah (agency agreement) Compare Evaluate products offered by Islamic banks as the risks depend on underlying investment activities Choose Select the type of investments that suits your financial needs and risk appetite Track Monitor progress of your Investment Account on a regular basis Wealth Creation Through Profit Sharing Interested? Several investment tips: Affin Islamic Bank Berhad Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad Alliance Islamic Bank Berhad AmBank Islamic Berhad* Asian Finance Bank Berhad Bank Islam Malaysia Berhad* Bank Muamalat Malaysia Berhad* CIMB Islamic Bank Berhad* List of Islamic Banks offering Investment Account HSBC Amanah Malaysia Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad* Maybank Islamic Berhad* OCBC Al-Amin Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad RHB Islamic Bank Berhad* Standard Chartered Saadiq Berhad* * Islamic banks currently offering Investment Account Further Information? Visit your nearest Islamic banks that offer Investment Account 5 Key Features of Investment Account 1 2 3 5 4 通过利润分享 增长财富和价值 一个为您提供投资机会和符合伊斯兰教义投资活动 和利润分享的新产品。 投资帐户的主要特点 投资账户 投资帐户的消费者指南 独特 由伊斯兰银行 独家提供 选择性 投资于您感兴趣 的经济领域 银行 是您的伙伴 您的投资项目 由伊斯兰银行 专业管理 利润分享 与投资者分享 投资回报 风险报酬原则 投资账户不是存款,因此不受 马来西亚存款保险机构的保障 投资账户的具体特点取决于您所签署的合约: i. Mudharabah(利润分享和亏损承担) ii. Musyarakah(利润分享和亏损分担) iii. Wakalah(代理合约) Affin Islamic Bank Berhad Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad Alliance Islamic Bank Berhad AmBank Islamic Berhad* Asian Finance Bank Berhad Bank Islam Malaysia Berhad* Bank Muamalat Malaysia Berhad* CIMB Islamic Bank Berhad* HSBC Amanah Malaysia Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad* Maybank Islamic Berhad* OCBC Al-Amin Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad RHB Islamic Bank Berhad* Standard Chartered Saadiq Berhad* 提供投资帐户的伊斯兰银行 *目前已提供投资账户的伊斯兰银行 通过利润分享以创造财富 您感兴趣吗? 以下是几项投资建议: 比较 评估伊斯兰银行所提供的投资产品, 因为投资风险取决于潜在的投资活动 选择 选择适合您财务需求和风险偏好的投资类型 跟进 定期跟进您投资账户的进展情况 欲知更多详情? 请亲临您邻近有提供 投资帐户的伊斯兰银行 01 INVESTMENT ACC 5 A new product offering that provides you the opportunity to invest and share the profit from Shariah-compliant investment activities. INVESTMENT ACCOUNT INVEST TO GROW RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM KEY FEATURES ISLAMIC DEPOSITS RM RM RM KEY FEATURES investor’s interest & sustaining financial stability consumer in making well-informed decisions information disclosure & transparency requirements Ensuring fair Empowering Safeguarding INF O INVESTMENT ACCOUNT RM RM RM INVESTMENT ACCOUNT ISLAMIC BANK Customer’s need RM RM RM RM RM RM Safekeeping Customer (You) & custodian (your Islamic bank) Deposit is placed with custodian for safe keeping Custodian’s discretion • Wadiah (safekeeping) • Qard (benevolent loan) • Tawarruq (commodity sale) Contractual relationship Partnership/investment agent Investor (You) & entrepreneur (your Islamic bank) Fund is managed by Islamic banks for investment in Shariah compliant assets Profit sharing rate • Mudharabah (profit sharing) • Musyarakah (profit and loss sharing) • Wakalah (agency) DIFFERENCES Profit distributionRM RM Transaction structureRM RM Shariah contracts INVESTMENT ACCOUNT ISLAMIC DEPOSITS FAQs Frequently Asked Questions How will I know where my money will be invested? Investment Account is made transparent by Islamic banks. Not only will you know where your money is being invested, you can also monitor and track your investment performance by directly contacting your Islamic banks. Do I get to choose the type of investment risk involved? Yes, you can choose the type of risk according to your preferences based on your desired returns. Is Investment Account guaranteed by PIDM? Investment Account is a form of investment and like any other investment, it is not guaranteed by the Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). • Customers are advised to read all stipulated terms and conditions carefully before making your decision. Ask your Islamic banks to provide you with a product disclosure sheet of the Investment Account. Who offers Investment Account? Investment Account is exclusively offered by Islamic banks licensed by Bank Negara Malaysia (BNM). How is the profit of the investment distributed and managed? Profit or return on investment is based on Shariah compliant concept of profit sharing. The ratio between what is yours and the Islamic bank depends on the performance of the underlying portfolio of assets stated in the contract. Investment Account will be managed by Islamic banks and your portfolio of assets will be managed based on the stipulated terms and condition stated by Islamic banks. INVESTMENT ACCOUNT Affin Islamic Bank Berhad Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad Alliance Islamic Bank Berhad AmBank Islamic Berhad* Asian Finance Bank Berhad Bank Islam Malaysia Berhad* Bank Muamalat Malaysia Berhad* CIMB Islamic Bank Berhad* HSBC Amanah Malaysia Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad* Maybank Islamic Berhad* OCBC Al-Amin Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad RHB Islamic Bank Berhad* Standard Chartered Saadiq Berhad* LIST OF ISLAMIC BANKS CURRENTLY OFFERING INVESTMENT ACCOUNT Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM) Visit your nearest Islamic banks that offer Investment Account for further information. *Islamic banks currently offering Investment Account You may also contact: Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK) Ground Floor, D Block, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel : +603-2698-8044 extension 8950 / 8958 (BNMLINK general line) Contact Centre (BNMTELELINK) Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: +603-2174-1717) Fax : +603-2174-1515 E-mail : [email protected] i. Mudharabah ( ) ii. Musyarakah ( ) iii. Wakalah ( ) , : 5 Key Features of Investment Account , - , (PIDM) . Affin Islamic Bank Berhad Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad Alliance Islamic Bank Berhad AmBank Islamic Berhad* Asian Finance Bank Berhad Bank Islam Malaysia Berhad* Bank Muamalat Malaysia Berhad* CIMB Islamic Bank Berhad* HSBC Amanah Malaysia Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad* Maybank Islamic Berhad* OCBC Al-Amin Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad RHB Islamic Bank Berhad* Standard Chartered Saadiq Berhad* ? : , , . * , . 5 Key Features of Investment Account Unik Pilihan Perkongsian Untung Prinsip pulangan berdasarkan risiko Bank sebagai Rakan anda Ditawarkan secara eksklusif oleh bank-bank Islam Melabur dalam sektor ekonomi pilihan anda Pulangan atas pelaburan akan dikongsi dengan anda sebagai pelabur Pelaburan anda diurus secara profesional oleh bank-bank Islam Produk ini bukan deposit dan tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Nikmati kesejahteraan bersama melalui perkongsian untung Penawaran produk baharu yang memberi anda peluang untuk melabur dan berkongsi untung daripada aktiviti pelaburan berlandaskan Syariah. Akaun Pelaburan Panduan kepada Pengguna mengenai Akaun Pelaburan Ciri Utama Akaun Pelaburan Ciri khusus Akaun Pelaburan bergantung pada kontrak yang dipilih dalam penawaran: i. Mudharabah (perkongsian untung dan penanggungan rugi) ii. Musyarakah (perkongsian untung dan rugi) iii. Wakalah (perwakilan) Affin Islamic Bank Berhad Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad Alliance Islamic Bank Berhad AmBank Islamic Berhad* Asian Finance Bank Berjad Bank Islam Malaysia Berhad* Bank Muamalat Malaysia Berhad* CIMB Islamic Bank Berhad* Senarai bank-bank Islam yang menawarkan Akaun * Bank-bank Islam yang menawarkan Akaun Pelaburan pada masa ini HSBC Amanah Malaysia Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad* Maybank Islamic Berhad* OCBC Al-Amin Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad RHB Islamic Bank Berhad* Standard Chartered Saadiq Berhad* Pilih Banding Jana Pulangan Melalui Perkongsian Untung Anda Berminat? Ikuti panduan pelaburan berikut: Maklumat lanjut? Kunjungi bank-bank Islam berhampiran yang menawarkan Akaun Pelaburan Pantau Sentiasa pantau prestasi Akaun Pelaburan anda Pilih jenis pelaburan yang sesuai dengan keperluan kewangan dan tahap risiko anda Bandingkan produk yang ditawarkan oleh bank-bank Islam kerana risiko bergantung pada aktiviti pelaburan yang dijalankan
Public Notice
13 Mei 2016
Subjek untuk Membantu Siasatan
https://www.bnm.gov.my/-/subjek-untuk-membantu-siasatan
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/subjek-untuk-membantu-siasatan&languageId=ms_MY
Reading: Subjek untuk Membantu Siasatan Share: Subjek untuk Membantu Siasatan Tarikh Siaran: 13 Mei 2016 Bank Negara Malaysia sedang mencari individu berikut bagi membantu siasatan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011:- -   Nama:                        Kelvin Ko Zhong Wei No. Passport :           941107-01-6067 Umur:                        22 tahun Warganegara:          Malaysia Alamat Terakhir:     No. 72, Jalan Besar, Sungai Rengit, 81620 Pengerang, Johor Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu di atas boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di nombor 03-26988044 Ext. 8554/8023 atau membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
11 Mei 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran Mac 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/notice-ringgit-mar2016
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed71+Mar+2016+v5.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/notice-ringgit-mar2016&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Mac 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Mac 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 11 Mei 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah Perbankan ISLAM Antara topik lain yang menarik termasuk : Jimat Dengan Belian Secara Berhemat Membina Lebihan Wang 8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Insurans Hayat / Takaful Keluarga Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil SDRS RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Issue -Mac/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
Perbankan ISLAM R A K A N K E W A N G A N A N D A Jimat dengan belian secara berhemat Membina lebihan wang 8 Perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli insurans hayat / takaful keluarga E D I S I M A R 2 0 1 6 C O N T O H 2 | RINGGIT Perbankan Is lam ia lah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah). Antara prinsip-prinsip asas yang mendukungi perbankan Islam ialah perkongsian risiko antara pihak- pihak yang berurus niaga, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga berdasarkan aktiviti perniagaan sebenar. Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan dan perdagangan yang membawa manfaat kepada pembangunan kemasyarakatan. Sebarang kegiatan yang melibatkan unsur-unsur faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang sama sekali. Industri perbankan Islam di Malaysia telah wujud lebih daripada 30 tahun, dan kini terus berkembang pesat. Pada masa ini, Malaysia mempunyai 16 buah bank Islam1 yang beroperasi sepenuhnya dalam memenuhi permintaan masyarakat. Prinsip Pematuhan Syariah Aspek paling penting yang perlu diberi keutamaan dalam perbankan Islam ialah aspek pematuhan Syariah. Semua bank Islam dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Syariah bagi menasihati institusi tersebut berkenaan hal ehwal dan urusan yang berkaitan dengan Syariah. Hal ini bagi memastikan persekitaran operasi perniagaan bagi sesebuah bank Islam adalah sentiasa selari dan menepati kehendak Syariah. Di peringkat kebangsaan pula, Majlis Penasihat Syariah (MPS), iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia, berperanan untuk memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan yang dilaksanakan oleh semua bank Islam. Sebagai badan yang menjadi tempat rujukan dan penasihat kepada Bank Negara Malaysia berkenaan perkara Syariah, MPS juga bertanggungjawab dalam pengesahan semua produk baru yang dirujuk kepadanya bagi memastikan kepatuhan produk-produk tersebut dengan prinsip Syariah. Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan 14 garis panduan kontrak-kontrak Syariah yang diguna pakai dalam perbankan Islam. Ini bertujuan untuk mentakrifkan ciri penting prinsip asas Syariah yang diguna pakai oleh bank-bank Islam, di samping untuk terus memperkukuh dan keyakinan orang ramai terhadap urus niaga kewangan Islam. 1 Ini merujuk kepada bank-bank Islam komersial Perbankan Islam “Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan dan perdagangan...” FEBRUARI 2016 | 3 Konsep Syariah yang utama dalam perbankan Islam 1. Murabahah: Kontrak jual beli yang melibatkan harga kos aset dan kadar keuntungan dinyatakan dengan jelas kepada pembeli. 2. Istisna’: Kontrak jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk dengan spesifikasi tertentu dan dengan kaedah penyerahan dan pembayaran tertentu (sama ada tunai atau bertangguh). 3. Ijarah: Kontrak sewaan yang melibatkan faedah / manfaat daripada sesuatu aset dengan bayaran tertentu dalam tempoh yang dipersetujui. 4. Musyarakah: Kontrak perkongsian yang melibatkan persetujuan bersama oleh rakan niaga untuk berkongsi sebarang keuntungan atau kerugian yang terhasil. 5. Mudarabah: Kontrak perkongsian yang melibatkan persetujuan antara pelabur dan pengurus dana untuk berkongsi untung dengan nisbah perkongsian yang tertentu. Manakala kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pelabur. 6. Wakalah: Kontrak yang melibatkan perlantikan wakil / ejen untuk melaksanakan sesuatu urus niaga, dan sebagai balasan, wakil akan menerima upah bagi perkhidmatan tersebut. 7. Wadiah: Kontrak yang melibatkan menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. 8. Kafalah: Kontrak yang melibatkan sebarang bentuk jaminan yang diberikan oleh pemberi / penanggung jaminan kepada pihak ketiga atas kewajipan yang harus ditunaikan pihak yang ditanggung / dijamin. 9. Tawarruq: Konsep ini melibatkan pembelian sesuatu barang dengan harga tangguh, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga bagi memperoleh wang tunai. 10. Hibah: Pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yang diterima. 11. Qard: Kontrak yang melibatkan pemberian harta kepada pihak yang memanfaatkan harta tersebut dan dikembalikan gantian yang sama jenis dengannya. 12. Wa’d: Konsep yang melibatkan janji untuk melaksanakan sesuatu. 13. Rahnu: Kontrak yang melibatkan gadaian aset yang bermaksud pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu. 14. Bai’ Al-Sarf: Kontrak yang melibatkan jual beli mata wang dengan mata wang sama ada sama jenis atau berlainan jenis. Sumber: Bank Negara Malaysia Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. 4 | RINGGIT Pernahkan anda terfikir, jika pasar raya bersaing sesama sendiri dengan menawarkan diskaun bagi produk mereka, bagaimanakah pasar raya ini boleh menjana keuntungan? Hakikatnya, keuntungan boleh diperoleh daripada penjualan barangan yang anda tidak rancang untuk membelinya, tetapi anda terperangkap untuk membelinya apabila berada di pasar raya tersebut. Berikut adalah tip untuk anda membuat belian secara berhemat:- a) Susun atur produk Apabila anda tiba di pasar raya, sebelum anda melangkah ke pintu utama, anda sudah tercium bau yang harum, sehingga boleh membangkitkan selera anda. Bau tersebut menarik perhatian anda untuk membeli, ditambah pula ketika itu perut anda sedang lapar. Pada pintu masuk pasar raya dipaparkan senarai barangan yang diberikan potongan harga, yang digantung pada papan tanda yang besar. Ini juga dapat menarik perhatian anda. Lazimnya, barangan keperluan asas, seperti beras, susu, gula, telur diletakkan pada sudut di hujung pasar raya. Sebelum anda sampai ke rak barangan tersebut, anda akan mengambil barangan yang tidak anda rancang untuk membelinya. Sebagai pengguna bijak, anda perlu menyediakan senarai belian barangan dan mendisiplinkan diri untuk mematuhi senarai tersebut. b) Barangan berjenama diletakkan pada paras mata Anda tentu sering melihat pelbagai iklan produk dipaparkan dalam media elektronik. Apabila anda ke pasar raya, produk tersebut biasanya diletakkan pada paras mata di rak. Kedudukan barangan yang dipamerkan pada rak amat penting. Jenama lebih mahal juga biasanya diletakkan paras mata agar menambah peluang anda mengambilnya, terutama jika anda berada dalam keadaan tergesa-gesa. Sebagai pengguna yang bijak, anda perlu dapat menilai kualiti dan membuat perbandingan harga terhadap produk yang anda ingin beli. Jimat Dengan Belian Secara Berhemat FEBRUARI 2016 | 5 e) Troli dan membawa anak bersama-sama Sekiranya anda membeli belah bersama anak-anak, anda tentu tidak dapat berjimat dan berdisiplin dengan senarai barangan anda. Penggunaan troli juga boleh mendorong anda membeli dengan banyak. Sebagai pengguna bijak, sebaiknya anda tidak membawa anak-anak bersama ketika membeli belah. Anda juga digalakkan menggunakan bakul ketika membeli. f) Belian di kaunter Tanpa anda sedari, ketika beratur untuk membuat bayaran di kaunter, anda akan terdorong untuk mengambil produk yang dipamerkan di kaunter. Sebagai pengguna bijak, anda perlu menghindari pembelian secara spontan. Sebaiknya anda perlu merancang pembelian anda. Sumber: FOMCA c) Diskaun belian dengan belian Diskaun belian dengan belian ini dikenali sebagai belian bersyarat, iaitu untuk membeli barangan yang diberikan diskaun, anda perlu membeli barangan tertentu. Contohnya, untuk membeli sabun basuh dengan harga murah, anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM60. Sebagai pengguna bijak, anda perlu membuat belian terhadap barangan yang anda benar-benar perlu dan berbaloi dengan perbelanjaan anda. d) Produk terhad Adakah anda pernah ditawarkan dengan produk yang dihadkan pembeliannya atau barangan tersebut kehabisan stok? Apabila anda pergi ke pasar raya untuk membeli sesuatu barangan tertentu, secara tidak langsung anda turut akan membeli barangan lain yang dijual di pasar raya tersebut. (Bukan hanya untuk membeli barangan yang terhad itu sahaja). Sebagai pengguna, anda perlu membuat keputusan yang bijak sebelum membeli. “Sebagai pengguna, anda perlu membuat belian terhadap barangan yang anda benar-benar perlu ...” “ ... sebaiknya anda tidak membawa anak-anak bersama ketika membeli belah.” 6 | RINGGIT Membina Lebihan Wang Bagaimana anda ingin membina lebihan wang? Di manakah anda ingin bermula? Apakah aset dan liabiliti anda? Bagaimana anda hendak membuat kunci kira-kira dan penyata pendapatan? Inilah beberapa persoalan yang akan anda pelajari dalam artikel ini. Berikut adalah beberapa kajian kes yang menunjukkan tentang bagaimana mengurus kewangan. Aziz dan Lisa Aziz dan Lisa merupakan pasangan bahagia. Mereka mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan yang masih kecil. Aziz membuka sebuah klinik pergigian dan isterinya pula Lisa, seorang juruteknik audio. Selepas ditolak cukai, pendapatan bersih mereka berdua ialah RM7,200. Mereka menyewa sebuah rumah teres di pinggir bandar Kuala Lumpur. Mereka juga memiliki dua buah kereta yang bayaran ansuran sebulan sebanyak RM1,780. Sewa rumah mereka ialah RM1,200 sebulan. Makanan, pakaian, utiliti, pengangkutan, perbelanjaan anak-anak, pembantu rumah dan perbelanjaan sampingan lain ialah sebanyak RM2,590. Selepas ditolak dengan perbelanjaan sara hidup, hutang dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mereka mempunyai lebihan pendapatan bulanan selepas cukai sebanyak RM1,630. Aziz tidak terfikir untuk melabur. Beliau menganggap bahawa klinik pergigiannya akan berkembang dan mampu menampung keperluan masa hadapan mereka. Sebaliknya Lisa, yang terdedah kepada program berita kewangan, ingin mencuba untuk melabur dalam unit amanah. Impian mereka ialah membeli sebuah rumah, dan mempunyai sejumlah wang yang mencukupi untuk mengembangkan perniagaan, pendidikan anak-anak, dan keselesaan waktu bersara nanti. Setakat ini, mereka tidak mempunyai perancangan kewangan yang jelas untuk mencapai objektif mereka. Kumar Kumar, 26 tahun, masih bujang, seorang pengatur cara komputer yang seluruh hidupnya berkisar sekitar internet. Beliau mereka cipta tapak laman sesawang dan membuat pengaturcaraan untuk pelanggannya. Perniagaannya semakin berkembang, maka semakin bertambah pendapatannya. Beliau seorang yang berjimat cermat dan tinggal dengan ibu bapanya. Beliau menyimpan sebahagian besar pendapatannya dalam simpanan tetap dan akaun simpanan. Beliau membeli kereta terpakai yang dibuat bayaran penuh. Sebagai ahli perniagaan, dia tidak menyertai skim KWSP. C O N T O H C O N T O H FEBRUARI 2016 | 7 Berdasarkan nasihat daripada kawan, dia mengeluarkan sedikit wang simpanannya untuk membeli beberapa saham. Tidak lama selepas dia membeli saham-saham itu, pasaran saham jatuh. Dengan kejatuhan itu, sebahagian besar pegangan sahamnya lesap begitu sahaja. Selepas mengalami pengalaman yang pahit ini, Kumar berazam untuk menyimpan wangnya dalam akaun simpanan yang lebih selamat. Beliau tahu faedah daripada simpanannya kurang daripada inflasi, tetapi sekurang-kurangnya lebih selamat. Kumar ingin berpindah daripada rumah ibu bapanya, Beliau ingin berkahwin, berkeluarga, dan mengembangkan perniagaannya. Beliau tahu bahawa beliau perlu mengumpulkan lebih banyak modal, berbanding dengan modal yang beliau sedia ada, tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Adakah kisah kewangan yang dinyatakan di atas biasa anda dengar? Kisah kewangan setiap orang berlainan, namun ada persamaan. Sesetengah orang berjimat cermat dan mempunyai perancangan kewangan. Sementara bagi yang lain pula, mereka gagal untuk merancang belanjawan masa hadapan dan percaya bahawa wang hanya untuk dibelanjakan. Dalam masa yang sama, terdapat juga golongan yang berada di tengah-tengah. Mengapa Aziz, Lisa dan Kumar, termasuk anda juga, perlu melabur? • Mempunyai wang untuk masa kecemasan yang tidak terduga. • Boleh mengambil kesempatan apabila muncul peluang perniagaan. • Mampu memberi pendidikan terbaik kepada anak- anak. • Sebagai tambahan kepada caruman KWSP dan dana saraan. Ini merupakan antara keperluan biasa yang anda boleh peroleh dengan mendisiplinkan diri dan berhati-hati dalam merancang pelaburan Tanggapan salah mengenai pelaburan • Untuk menjadi pelabur berjaya, ia memerlukan banyak masa, pengetahuan khusus dan wang. Hakikat pelaburan Hal ini bergantung kepada perspektif anda. Berapa banyak masa yang anda gunakan untuk menonton televisyen setiap hari? Jika anda menghabiskan selama dua jam sehari - bermakna 14 jam seminggu. Takkan anda tidak boleh berenggang dengan televisyen selama satu atau dua jam seminggu untuk membaca dan mendapatkan maklumat berguna yang boleh membantu menjamin masa hadapan anda? Tentu anda boleh menggunakan masa sejam lagi untuk membuat dan mengawasi perancangan kewangan, kan! Bagaimana hendak mula? Apakah langkah pertama anda menjadi pelabur? Langkah pertama ialah membuat profil kewangan yang mempunyai dua bahagian, iaitu kunci kira-kira dan penyata pendapatan. Kunci kira-kira mengukur keseluruhan kedudukan kewangan anda - aset ditolak liabiliti, manakala penyata pendapatan memberi gambaran purata perbelanjaan bulanan. Kedua-duanya merupakan alat penting untuk membantu mengawal masa hadapan kewangan anda. Mari lihat kunci kira-kira dan penyata pendapatan bulanan Aziz dan Lisa di muka sebelah dan buat perbandingan dengan diri anda. Latihan Sila cetak kunci kira-kira ini dan isikan tempat kosong untuk mengetahui nilai bersih anda. Bergantung kepada kedudukan kewangan anda, mungkin anda perlu menambah lebih banyak tempat kosong. Kemudian, kira penyata pendapatan bulanan anda. Mudah sahaja! Ini merupakan langkah pertama untuk menjadi pelabur berdisiplin. Langkah kedua ialah belajar daripada kunci kira- kira dan penyata pendapatan yang telah anda buat. Kemudian anda akan mengetahui kepentingan kunci kira-kira dan penyata pendapatan. Apa yang Aziz dan Lisa boleh pelajari? Aziz dan Lisa mungkin berhasrat untuk menggunakan sebahagian daripada simpanan mereka bagi membeli sebuah rumah kecil. Dengan cara ini, mereka membina ekuiti. Membayar sewa rumah hanya membina ekuiti untuk pemilik rumah. Mereka mungkin juga boleh mempertimbangkan untuk menjual salah satu daripada kereta mereka dan mencari pengangkutan alternatif. Ini mungkin nampak sukar, tetapi kadang kala anda perlu berkorban membina lebihan pendapatan untuk tujuan pelaburan. Aziz dan Lisa harus cermat menggunakan 8 | RINGGIT Gunakan kunci kira-kira dan penyata kewangan anda untuk mengenal pasti bahagian yang boleh dijimatkan. Cari cara untuk mengurangkan kadar faedah tinggi hutang ansuran. Jangan biarkan prinsipal pengkompaunan membebankan anda. Ujian Ringkas 1. Bagaimana kunci kira-kira anda berbanding dengan Aziz dan Lisa? Adakah terdapat lebihan atau defisit? Kunci kira-kira Aziz dan Lisa menunjukkan nilai bersih RM68,520. Mereka mempunyai lebihan pendapatan bulanan sebanyak RM1,630. Jika jumlah ini dilaburkan secara bijak, mereka sepatutnya boleh mencapai matlamat kewangan mereka. Tidak mengira berapa kecil lebihan pendapatan anda, perkara penting ialah mempunyai lebihan pendapatan. 2. Apa yang ditunjukkan oleh kunci kira-kira anda? Ia akan menunjukkan kepada anda, liabiliti yang boleh dikurangkan, seperti hutang kad kredit dan aset, tunai dalam akaun simpanan, yang mungkin kurang memberi untung. 3. Jika Kumar ingin membina kunci kira-kira, apa yang akan diperolehnya? Kebanyakan daripada asetnya dalam bentuk tunai, dan kurang memberi keuntungan. Faedah dalam simpanan tetap atau akaun simpanan akan susut disebabkan inflasi. 4. Apakah tiga salah anggapan biasa tentang pelaburan? Untuk menjadi pelabur yang berjaya, ia memerlukan banyak masa, pengetahuan khusus dan wang. Ulasan Dalam pelajaran ini, anda belajar bagaimana hendak membina kunci kira-kira dan penyata pendapatan anda. Pengajaran daripada latihan ini ialah: • Anda kini mempunyai titik permulaan untuk mencapai objektif pelaburan anda. Anda tahu tahap pencapaian anda. • Anda boleh mengenal pasti bahagian mana boleh dijimatkan. • Anda telah belajar bahawa anda tidak memerlukan pengetahuan khusus dan modal yang besar untuk menjadi pelabur yang untung. Sumber: www.investsmartsc.com.my Kunci Kira-kira Aziz dan Lisa Anda 31 Januari 2016 Aset (RM) (RM) (RM) Jangka Pendek • Tunai 2,000 • Akaun Semasa 1,900 • Akaun Simpanan 4,400 Jangka Panjang • Kereta 65,000 • Rumah 0 • Barangan Rumah 6,500 • Unit Amanah 0 • Ekuiti / Harta tanah 0 • Simpanan KWSP 25,800 Jumlah Aset 105,600 Liabiliti Jangka Pendek • Kad Kredit 300 • Hutang Ansuran 1,780 Jangka Panjang • Pinjaman Kereta 35,000 • Pinjaman Perumahan 0 Jumlah Liabiliti 37,080 NILAI BERSIH / (DEFISIT) 68,520 Penyata Pendapatan Bulanan Aziz & Lisa (RM) Jumlah Pendapatan Bersih 7,200 Keperluan • Sewa 1,200 • Gadai Janji Rumah 0 • Gas / Air / Elektrik 150 • Telefon 120 • Makanan 1,100 • Insuran Perubatan 70 • Pengangkutan 250 • Pembantu rumah 400 • Perbelanjaan sampingan 200 • Ansuran kereta 1,780 • Ansuran lain 0 Kad Kredit 300 Jumlah Perbelanjaan 5,570 LEBIHAN / (DEFISIT) 1,630 kad kredit mereka dan membayar hutang kad kredit pada setiap akhir bulan untuk mengelak caj kadar faedah yang tinggi. Kad kredit memang memudahkan urusan, tetapi kadar faedah tinggi yang dikenakan, akan menyusutkan lebihan pendapatan anda. FEBRUARI 2016 | 9 Ruangan Bersama NCCC 8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Insurans Hayat / Takaful Keluarga Artikel kali ini akan menumpukan perhatian anda tentang cara untuk memilih insurans hayat / takaful keluarga yang sesuai untuk diri anda. Hal ini juga dapat memberi anda panduan agar anda tidak mengambil terlebih polisi atau membeli polisi yang tidak berkaitan atau membayar lebih daripada yang anda perlukan. 1. Periksa kesahihan ejen insurans dan keperluan insurans / takaful anda Sebelum membuat keputusan membeli insurans / takaful, anda perlu memastikan ejen tersebut berdaftar dengan syarikat insurans / pengendali takaful yang berkenaan. Berbincang dengan ejen insurans / takaful agar ejen tersebut boleh membantu anda menilai keperluan insurans / takaful anda dan memberikan anda maklumat mengenai polisi-polisi yang ditawarkan. 2. Kepentingan pendedahan maklumat diri anda Anda mestilah memberikan semua fakta dalam borang permohonan anda sepenuhnya, dan secara jujur terutamanya maklumat tentang tahap kesihatan anda dan sejarah perubatan anda yang lepas. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut dengan teliti sebelum anda menandatangani borang berkenaan. Jika tidak, polisi insurans hayat / takaful keluarga anda mungkin boleh terbatal 3. Tentukan berapa banyak perlindungan yang diperlukan Sekiranya anda sebagai ketua keluarga, keperluan anda untuk mengambil insurans / takaful sangat penting. Musibah tidak dijangka dan boleh menimbulkan masalah kewangan kepada tanggungan anda, seperti isteri dan anak-anak yang masih kecil. Persoalannya, berapa banyak perlindungan yang anda perlukan? Anda perlu membuat keputusan berdasarkan pendapatan dan kemampuan anda untuk membayar. Pastikan juga insurans hayat / takaful keluarga yang dibeli mencukupi untuk menampung beban kewangan sekiranya berlaku kematian yang tidak dijangka atau sebelum waktunya. 4. Menilai polisi semasa insurans hayat / takaful keluarga anda Jika anda sudah mempunyai polisi insurans hayat / takaful keluarga, sebaiknya jangan membatalkannya sehingga anda menerima polisi yang baru. Anda mempunyai tempoh minimum untuk mengkaji semula polisi baru anda. Setiap kali anda memperbaharui polisi insurans/ takaful, premium / sumbangan yang akan dicaj mungkin lebih tinggi. Anda boleh bertanya tentang kesan pada premium / sumbangan jika anda terus memperbaharui polisi. Tanyakan juga, adakah anda akan kehilangan hak untuk memperbaharui polisi pada umur tertentu. Hal ini adalah untuk mengetahui apa yang akan terjadi sekiranya anda perlu menukar polisi. Buatlah keputusan yang terbaik. Anda tidak semestinya perlu membatalkan polisi semasa. Anda mungkin perlu menukar polisi bagi mendapatkan perlindungan dan faedah yang lebih sesuai untuk diri anda dan keluarga. 10 | RINGGIT 5. Bandingkan pelbagai jenis polisi insurans / takaful Sebelum anda membeli polisi, anda perlu membuat perbandingan polisi-polisi yang boleh memberi perlindungan terbaik mengikut bajet anda. Anda boleh mendapatkan maklumat daripada ejen yang berbeza, buat keputusan kenapa anda perlu memilih polisi mereka dan bukan yang lain. Dengan cara ini, anda belajar meneliti pelbagai jenis polisi insurans / takaful. 6. Pastikan anda mampu membayar bayaran premium / sumbangan Sebelum membeli polisi insurans hayat / takaful keluarga, pastikan bahawa anda boleh membayar premium / sumbangan yang dibeli. Berikut adalah peruntukan penting dalam polisi insurans hayat / takaful keluarga:- a) Insurans Hayat Bagi bayaran premium bulanan, tempoh tangguh selepas tamat tarikh bayaran premium ialah 15 hari. Bagi bayaran premium secara setengah-tahunan atau tahunan, tempoh tangguhnya ialah 30 hari. Sekiranya premium / sumbangan masih tidak dibayar pada tempoh tangguh, polisi anda akan luput atau akan tertakluk kepada polisi berbayar kurang atau pinjaman premium automatik. Berbayar terkurang – Anda boleh berhenti membayar premium seterusnya selepas polisi anda mempunyai nilai tunai. Polisi itu akan terus berkuat kuasa tetapi nilai diinsuranskannya akan dikurangkan. Pinjaman premium automatik – Sekiranya premium tidak dibayar pada tempoh tangguh, dan dengan syarat bahawa polisi anda mempunyai nilai tunai yang mencukupi, sesetengah syarikat insurans akan secara automatik memberikan pinjaman untuk pembayaran premium yang tertunggak. Faedah akan dikenakan ke atas amaun pinjaman premium yang tertunggak. Pinjaman premium automatik akan mengurangkan nilai tunai polisi anda. b) Takaful Keluarga Tempoh tangguh – anda dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansurans caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansurans caruman takaful yang belum jelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda. 7. Dapatkan bantuan ejen insurans / takaful untuk menilai polisi masa hadapan anda Anda perlu mendapatkan bantuan ejen untuk mengenal pasti dan menilai polisi anda pada masa hadapan. Contohnya, perkembangan nilai polisi tunai, secara bulanan, tahunan dan pada masa-masa akan datang. Polisi-polisi insurans / takaful mempunyai nilai tunai yang agak stabil sepanjang tahun. Tanya kepada ejen anda untuk paparan tahun ke tahun tentang nilai dan manfaat polisi anda. Sebagai pelanggan, anda berhak bertanya tentang perkara- perkara seperti berikut:- • Adakah premium atau faedah yang diperoleh berbeza dari tahun ke tahun? • Berapa banyak faedah yang terkumpul di dalam polisi ini? • Apakah sebahagian daripada premium / sumbangan atau manfaat yang tidak dijamin? Semua persoalan di atas dinyatakan dalam polisi anda. Anda boleh bertanya kepada ejen untuk membantu anda memahami perkara yang tidak jelas. 8. Menyemak polisi insurans hayat / takaful keluarga anda setiap tahun Bagaimana inflasi akan memberi kesan kepada keperluan masa hadapan anda? Adakah anda memerlukan lebih insurans / takaful apabila saiz keluarga anda meningkat? Anda perlu mengkaji semula polisi dengan ejen anda setiap tahun untuk mengikut perkembangan dengan perubahan dalam pendapatan dan keperluan anda. Akhir sekali, berhati-hati apabila membeli insurans / takaful daripada ejen-ejen yang tidak diiktiraf atau ejen tidak berlesen. Pastikan premium / sumbangan dibayar kepada syarikat insurans / pengendali takaful. Pastikan cek atau kiriman wang yang perlu dibayar kepada syarikat insurans / pengendali takaful dan bukan kepada ejen insurans. Dapatkan resit selepas membuat pembayaran sebagai bukti pembayaran. Syarikat- syarikat insurans / pengendali takaful berlesen boleh diperoleh di laman sesawang Bank Negara Malaysia. Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) di talian 03-2691 6168 dan Persatuan Takaful Malaysia di talian 03-2031 8160. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ‘xi :_L.A AA ‘L L; 14.1 mi Pamiyalleaaiamw I;=>i mlijalmlalml K<e)c)i||| Senario 1 S D R S ° Peminjam menghadapi masalah aliran tunai hi “ Q perniagaan. MENYEDIAKAN '31 ’ Bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdaya maju yang menghadapi masalah 3. pembayaran pembiayaan perniagaan dengan 6\ lnstitusi kewangan melalui proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan perniagaan tersebut. ° Mengalami kesukaran untuk memenuhi obligasi kewangan dengan pihak bank. ° Perbincangan dengan pihak bank untuk memulihkan semula pembiayaan sedia ada gagal mencapai jalan penyelesaian. LEF- V9 Menyokong PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan Senario 2 . Syarikat berjaya mendapat kontrak atau projek 5 daripada Kerajaan/agensi atau syarikat swasta/awam 4 P9"YU5U"a"/ ‘I. yang bereputasi balk. . Memerlukan modal kerja tambahan. . Permohonan kemudahan pembiayaan telah ditolak oleh lnstitusi kewangan kerana syarikat mempunyai masalah pembiayaan tertunggak sedia ada. \ penjadualan semula > Pembiayaan baharu (jika perlu) - Perlu memulihkan semula perniagaan dan membayar - Menstabilkan aliran tunai perniagaan. bank pembiayaan - Menyediakan ruang kepada PKS untuk melaksanakan pelan pemulihan perniagaan. Siapakah yang Layak Memohon? Proses Permohonan 1' Syarikat mink Warganegara Malaysia 1. Hantarkan borang permohonan SDRS yang Iengkap kepada Syarikatmilik (Sek”““”9'k“’a”9“Va 51 A '°e9a”9a“ Saham) IKP atau BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM / Cawangan Ma.a,,sia dalam semua sektor. 2. Sekretariat SDRS BNM akan menghubungi pemohon 51% ‘ 2. Memenuhi kriteria definisi PKS: ~/D, ° Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 3_ penilaian permohonan oleh mp 200 orang; atau I ° Nilai jualan tahunan tidak melebihi RMSO juta. _ I Jika permohonan Jika permohonan 3- PKS berdava ma!” W9 m9“9ha0'aF>' masalah diluluskan oleh IKP ditolak oleh IKP kewangan berikutan pembiayaan daripada lnstitusi kewangan. \ } ‘ Jualan tahunan s RM50 iuta JJ 4- Pemblayaafi berkaltafi dengarl Pemlagaafl IKP dan peminjam akan Sekretariat SDRS BNM akan ‘J Sahala melaksanakan terma pinjaman membuat penilaian bebas yang baharu ke atas permohonan 5. Perniagaan masih beroperasi. Bagaimana Untuk Memohon? lnstitusi Kewangan Peserta (IKP) Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) di bawah SDRS adalah PERCUMA A 0 Export—|mport Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) - Bank Simpanan Nasional (BSN) Borang permohonan SDRS boleh diperoleh dari: ' Semua bank perdagangafi ' lnstitusi Kewangan Peserta (IKP) “ : Eggffizflgézlslrg Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) ° BNMLINK P ' b tW'| hBNM C . _ Laman Ses/aV\(/9E;":11gaWVv\;\/fisynzieinfo-Ct)/m-Ex/angan K; * 0 Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Perkhidmatan yang ditawarkan / Layari SMEinfo portal Hubungi BNMTELELINK Faksimili: 03-2174 1515 atau CENTRAL BANK OF MALAYSIA Q http://www.smeinfo.com.my \. 1—300—88-5465 E-melr bnmte|e|inl<@bnm.90v-my BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Bertindak awal untuk memulihkan perniagaan Menjyediakan bantuan kepada perusahagn kecll dan sederhana (PKS) berdaya magu yang_menghadapI_ masalah pemtfayrflrari _ _ pemblayaan pernlagaan dengan Instltusl kewaggaiw melaluilproseg penyusunanbatau _ penja ua an semu a pem iayaan terse ut. Kecll (SDRS) . . Perkhldmatan yang dltawarkan di bawah SDRS adalah PERCUMA Sedia membantu PKS untuk terus berdaya maiu maklumat Q http://www.smeinfo.com.my laniut *- 1—3DD—88—5455 Faksimili: 0321741515 E—mel: bnmteLeLin|<@bnm.gov.m\/ untuk Hubungi BNMTELELINK La\/ari S!V\Einfo portat
Public Notice
10 Mei 2016
Operational Risk
https://www.bnm.gov.my/-/operational-risk
null
null
null
null
null
09 Mei 2016
Compilation of Shariah Standards are available for sale during GIFF 5.0
https://www.bnm.gov.my/-/compilation-of-shariah-standards-are-available-for-sale-during-giff-5.0
null
null
null
null
null
09 Mei 2016
Design Competition Results for the 50th Anniversary of Yayasan Sabah Commemorative Coins
https://www.bnm.gov.my/-/design-competition-results-for-the-50th-anniversary-of-yayasan-sabah-commemorative-coins
null
null
null
null
null
22 Apr 2016
National e-Payment Roadshow 2016 - Moving Forward with e-Payments
https://www.bnm.gov.my/-/national-e-payment-roadshow-2016-moving-forward-with-e-payments
null
null
Reading: National e-Payment Roadshow 2016 - Moving Forward with e-Payments Share: National e-Payment Roadshow 2016 - Moving Forward with e-Payments Release Date: 22 Apr 2016 Bank Negara Malaysia in collaboration with the Association of Banks in Malaysia (ABM), the Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM) and the National Cards Group (NCG) will be conducting the National e-Payment Roadshow 2016 at 20 towns in 9 states nationwide to create awareness on e-payments.  The main objectives of the roadshow this year are to create awareness among individuals and businesses on the benefits of e-payment, its features, access and pricing, as well as to educate the public on safe practices when conducting financial transactions using e-payments. During the roadshow, banking institutions and payment system operators and payment service providers will be showcasing their latest products on card acceptance and online banking besides offering various incentives and promotional packages. Click here for more information. © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
20 Apr 2016
Fourth Annual Bank Negara Malaysia Economics Research Workshop :: Call for Papers
https://www.bnm.gov.my/-/fourth-annual-bank-negara-malaysia-economics-research-workshop-call-for-papers
null
null
Reading: Fourth Annual Bank Negara Malaysia Economics Research Workshop :: Call for Papers Share: Fourth Annual Bank Negara Malaysia Economics Research Workshop :: Call for Papers Release Date: 20 Apr 2016 The Housing Market: Issues and Policy Options 10th October 2016, Kuala Lumpur, Malaysia CALL FOR PAPERS INTRODUCTION Bank Negara Malaysia is pleased to announce the 4th Annual Bank Negara Malaysia Economics Research Workshop, to be held on 10 October 2016 at Sasana Kijang, Kuala Lumpur. This event aims to bring together researchers and policymakers to discuss economic and financial market issues faced by the regional economies. The organising committee would like to invite researchers from academia, think-tanks, regional institutions and SEACEN member central banks to participate as paper presenters on theoretical and empirical topics that are of relevance to the workshop’s theme. The objectives of this workshop are to: Foster greater cooperation among the institutions through an exchange of ideas and sharing of country specific experiences; Identify policy strategies to address prevailing and emerging challenges, and; Enhance regional cooperation to address common issues. DESCRIPTION OF THE WORKSHOP THEME The theme for this year is “The Housing Market: Issues and Policy Options”. Housing is a unique asset with significant links to the economy. For most households, it is a necessity and constitutes the largest asset and liability on their balance sheets. Mortgage loans also constitute a large portion of the loan portfolio in the banking system. From a macroeconomic point of view, boom/bust cycles in the housing market are associated with post-boom economic downturns that tend to be deeper and with slower recoveries. Critical policy issues thus pertain to the management of property prices at sustainable levels. There are also socio-economic considerations. Because housing is often deemed a necessity, it is commonly accepted that there is a role for policy to ensure that housing remains affordable and inclusive to all household income segments. Developments in the housing market can therefore have far reaching consequences for social, growth and financial stability. This workshop aims to explore facets of the housing market, such as: structural issues that affect the universal access to housing, regulation of the housing market and the links among the housing market, financial market and the real sector. Some key issues include: Demand and supply determinants of property prices The role of credit and housing finance Financial stability risks from a housing market crash Affordability assessments across household income groups The role of monetary, macro-prudential and structural policy DATE & VENUE Date 10 October 2016 (Monday) Venue Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia INFORMATION FOR AUTHORS Important dates: Submission of abstract By 8 June 2016 Notification of paper acceptance By 22 June 2016 Submission of final paper By 26 September 2016 Workshop 10 October 2016 Guidelines for submission of papers: The cover page should contain the title, authors’ names, affiliations, telephone numbers and email addresses. The abstract and manuscript should be written in Arial font, font size 12 and 1.5 spacing. The abstract should be limited to 250 words; manuscripts should not exceed 30 pages. Illustrations, figures and tables should be numbered in Arabic numerals, accompanied by titles and sources. All submissions are to be emailed to Tng Boon Hwa ([email protected]) and Shamsul Hafiz Mohd Saleh ([email protected]) TRAVEL FUNDING & ACCOMMODATION FOR PAPER PRESENTERS Accommodation will be provided, complimentary of Bank Negara Malaysia at Lanai Kijang. Travel funding will be provided for paper presenters from abroad and other states in Malaysia. All papers presented will be published in the form of proceedings and posted online at Bank Negara Malaysia’s website. ENQUIRIES & FURTHER INFORMATION All enquiries about the Workshop should be directed to: Contact person : Shamsul Hafiz Mohd Saleh / Tng Boon Hwa Email                 : [email protected] / [email protected] Telephone         : (603)-2698 8044 (ext. 7854 / 8767) © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
18 Apr 2016
Discussion Paper on Microinsurance and Microtakaful
https://www.bnm.gov.my/-/discussion-paper-on-microinsurance-and-microtakaful
null
null
Reading: Discussion Paper on Microinsurance and Microtakaful Share: Discussion Paper on Microinsurance and Microtakaful Release Date: 18 Apr 2016 The Bank is developing a regulatory framework to facilitate the growth of the microinsurance/microtakaful market. This discussion paper provides guidance on the proportionate regulation of microinsurance/microtakaful products and the operating environment that is envisioned for microinsurance/microtakaful in Malaysia. In the interim, prior to the issuance of the regulatory framework, an interested licensed insurer or licensed takaful operator may apply for proportionate regulatory treatment for a microinsurance or microtakaful product by submitting a product proposal for the Bank's approval. The Bank may collaborate with the licensed insurer or licensed takaful operator to enhance a proposal that has been submitted. The Bank welcomes industry-led initiatives, either collaboratively or at the individual company level, to develop microinsurance/microtakaful products and business models as well as to promote demand for insurance and takaful protection among low-income households. The Bank invites comments from all stakeholders and comments may be directed at any time until the finalisation of the framework. See also: Discussion Paper on Microinsurance and Microtakaful Frequently Asked Questions © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
15 Apr 2016
Internal Capital Adequacy Assessment Process for Takaful Operators
https://www.bnm.gov.my/-/internal-capital-adequacy-assessment-process-for-takaful-operators
null
null
Reading: Internal Capital Adequacy Assessment Process for Takaful Operators Share: Internal Capital Adequacy Assessment Process for Takaful Operators Release Date: 15 Apr 2016 The policy document on Internal Capital Adequacy Assessment Process (ICAAP) for Takaful Operators incorporates the proposals from the Concept Paper on ICAAP for Takaful Operators issued on 28 August 2015, intended to ensure TOs: maintain adequate capital that take into account all material risks including under stress conditions; implement sound capital and risk management practices that consider its business strategies and risk appetite; and sustain adequate Participants’ Risk Funds (PRF) to meet potential claims. Highlights The policy document on ICAAP for Takaful Operators outlines three (3) key expectations to address specificities associated with takaful business as follows: TO to ensure the overall risk assessment process considers the risks associated with Shariah non-compliance arising from the failure to observe Shariah rulings issued by the Shariah Advisory Council and advice by Shariah Committee; TO to assess the impact of the stress test on financial condition of PRF and consequently the capital adequacy arising from the responsibility to provide Qard to rectify potential deficit in the future; and TOs to assess the impact of the stress test on financial condition of PRF arising from insufficient allocation of funds from Participants’ Investment Fund (PIF) under the dripping model. The deterioration in PIF may adversely affect the financial condition of PRF to meet the future claims. Details can be found in the following documents: Internal Capital Adequacy Assessment Process for Takaful Operators\ Response to feedback received© 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice
06 Apr 2016
Buletin RINGGIT (Keluaran Februari 2016) kini boleh dimuat turun
https://www.bnm.gov.my/-/buletin-ringgit-keluaran-februari-2016-kini-boleh-dimuat-turun
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/788939/Ringgit+Ed70+Feb+2016+v3.pdf
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/buletin-ringgit-keluaran-februari-2016-kini-boleh-dimuat-turun&languageId=ms_MY
Reading: Buletin RINGGIT (Keluaran Februari 2016) kini boleh dimuat turun Share: Buletin RINGGIT (Keluaran Februari 2016) kini boleh dimuat turun Tarikh Siaran: 06 Apr 2016 Artikel utama pada keluaran ini ialah Menangani Beban Hutang Golongan Berpendapatan Rendah Antara topik lain yang menarik termasuk : “Inilah Masanya untuk Golongan Muda” Pilihan Pinjaman Perumahan: Pinjaman Fleksi vs Bukan Fleksi Soalan Lazim Mengenai Insurans Motor Runsing apabila kereta sering mengalami kerosakan RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA dan ia diterbitkan pada setiap bulan. Buletin ini diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun : Issue -Februari/2016 [PDF] © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
Realiti tentang INFLASI di Malaysia R A K A N K E W A N G A N A N D A Inilah Masanya untuk Golongan Muda Pilihan Pinjaman Perumahan: Fleksi vs Bukan Fleksi Soalan Lazim Insurans Motor E D I S I F E B 2 0 1 6 2 | RINGGIT Realiti Tentang Inflasi di Malaysia Perkara pertama yang terlintas dalam minda apabila memperkatakan tentang inflasi adalah kenaikan harga barangan keperluan asas pada hari ini. Namun, sejauh manakah pemahaman anda tentang inflasi dan bagaimana ia memberi kesan ke atas kuasa membeli rakyat? Apakah itu inflasi? Menurut Kamus Online Cambridge, definisi inflasi ialah ‘peningkatan harga yang berterusan secara umum’. Kadar inflasi pula ialah ukuran bagi kadar peningkatan harga dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh, kadar inflasi pada tahap 2.5% (berdasarkan Indeks Harga Pengguna Kebangsaan) membawa maksud bahawa perbelanjaan purata individu atas barangan utama dan perkhidmatan telah meningkat pada kadar 2.5% sepanjang tempoh setahun. Inflasi di rumah Bagaimanakah inflasi boleh memberi kesan kepada rakyat Malaysia? Mengikut Trading Economics (data sehingga 19 Ogos 2015), kadar inflasi di Malaysia pada bulan Julai 2015 adalah 3.3%, iaitu peningkatan dari 0.9% pada Mac 2015, selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015 yang lalu. Ini bermakna, kadar peningkatan harga berlaku dengan pantas berbanding sebelum GST. Walau bagaimanapun, demi membendung kesan negatif inflasi, Kerajaan telah menyenaraikan beberapa barangan asas utama ke dalam senarai barangan kawalan. Hal ini bagi mengekalkan kemampuan rakyat untuk memiliki barangan tersebut, di samping mengelakkan penipuan harga semasa, kekurangan bekalan barangan serta melambatkan pergerakan inflasi. Bagaimana pula dengan kuasa membeli? Secara semula jadi, kuasa membeli akan merosot disebabkan inflasi. Dengan harga yang semakin meningkat, adalah mustahil untuk mempunyai kuasa pembelian barangan dan perkhidmatan yang sama seperti sebelumnya. Contoh: Roti canai yang dijual pada harga RM0.70 sekeping pada 5 tahun lepas kini dijual pada harga RM1.20 sekeping di kebanyakan kedai makan. Kejatuhan nilai mata wang negara turut mengundang kenaikan inflasi. Barangan import akan bertambah mahal. Para pengeluar akan mengambil kesempatan memindahkan kos komponen yang diimport, termasuk kos bahan mentah, kepada negara pengguna. Hal ini juga akan mengakibatkan kenaikan harga barang terhadap pendapatan isi rumah dan penurunan nilai gaji. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Kadar Inflasi (%) di Malaysia (2010 - 2015) Kadar Inflasi (%) di Malaysia (Mac - Ogos 2015) FEBRUARI 2016 | 3 Contoh klasik inflasi: Anda mungkin pernah berdepan dengan inflasi sepanjang hidup anda. Tiket wayang yang dahulunya berharga RM7 ketika anda berusia remaja, kini telah meningkat kepada RM16 pada hari bekerja. Tetapi, apakah sebab di sebalik peningkatan ini? Inflasi boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan bekalan dan permintaan. Harga diesel telah naik berkali ganda sejak awal tahun 2000 kerana permintaan telah meningkat dengan ketara di seluruh dunia, manakala bekalan tidak bertambah pada kadar yang sama. Pada tahun 2000, harga diesel ialah RM0.70 seliter dan hari ini harganya RM1.75 seliter. Antara sebab lain berlakunya inflasi adalah peningkatan kos pembuatan. Sebagai contoh, disebabkan kenaikan harga minyak diesel/ petrol , harga barangan lain juga turut meningkat. Hal ini disebabkan oleh peningkatan kos pengangkutan untuk memindahkan barangan dari titik A ke titik B. Akibatnya, harga akhir barangan dinaikkan sepanjang tempoh masa yang lama. Inflasi sudah tentu memberi impak kepada poket semua pengguna dalam jangka masa panjang. Dengan itu, pengguna perlu mempraktikkan pengurusan kewangan yang bijak untuk mengemudi arus inflasi serta kadar kenaikannya. Bagaimana rakyat Malaysia boleh menangani inflasi dan kenaikan harga barangan? Adalah sukar untuk pengguna mempengaruhi kadar inflasi sebagai seorang individu kerana ia adalah berbeza bagi setiap negara. Walau bagaimanapun, apa yang rakyat Malaysia mampu lakukan ialah dengan bertindak bijak dalam menguruskan wang mereka untuk menangani inflasi dan kos sara hidup yang tinggi. “Ambil kesempatan atas kemudahan kewangan yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan. Malah, keputusan untuk mendapatkan kad kredit yang sesuai dapat membantu anda dengan memberikan penjimatan yang besar,” kata Lee Ching Wei, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMoney.my. “Anda melakukan langkah yang bijak sekiranya meletakkan simpanan di dalam instrumen pelaburan yang memberikan anda pulangan atas kadar inflasi. Simpanan di dalam akaun simpanan dengan faedah sebanyak 1% pada kadar semasa inflasi bermaksud simpanan anda akan kehilangan kuasa membelinya dari semasa ke semasa. Salah satu cara biasa untuk menangani inflasi ialah dengan menyimpan simpanan anda dalam pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa secara berkala. Contohnya, sesetengah pelaburan deposit tetap dapat memberikan anda pulangan dari 3% hingga 4% setahun,” tambah Lee lagi. Ujar Lee, “Pengetahuan kewangan yang baik juga boleh membantu anda untuk membuat keputusan yang bijak apabila berdepan dengan isu simpanan serta penjanaan wang. Sebelum mendapatkan sebarang produk kewangan, seperti pinjaman peribadi atau kad kredit, bandingkan pilihan yang ada di pasaran dan pilih produk yang sesuai dengan gaya hidup anda.” Sumber: www.imoney.my Sidang Redaksi Penasihat YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason Presiden FOMCA Ketua Sidang Pengarang Dato’ Paul Selva Raj Editor Mohd Yusof bin Abdul Rahman Sidang Pengarang Siti Rahayu binti Zakaria Mandeep Singh Shabana Naseer Ahmad Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Untuk memuat turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari laman sesawang www. fomca.org.my dan www.bnm.gov.my Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7876 2009 Faks : 03-7877 1076 E-mel : [email protected] Sesawang: www.fomca.org.my Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel :03-2698 8044 Faks : 03-2174 1515 Diurus terbit oleh: Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7875 2392 Faks : 03-7875 5468 E-mel : [email protected] Sesawang: www.crrc.org.my Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. Ia merupakan pendapat penulis sendiri. 4 | RINGGIT “Inilah Masanya untuk Golongan Muda” Apabila menyentuh tentang simpanan untuk persaraan, masa yang paling sesuai untuk mula menyimpan adalah seawal memasuki alam pekerjaan. Golongan muda seharusnya mula membuat persediaan awal untuk persaraan mereka kelak. Ini mungkin agak mencabar memandangkan mereka baru sahaja memulakan kerjaya. Namun ia boleh dilakukan, boleh dicapai, dan yang paling penting, inilah masa yang terbaik untuk memulakan simpanan. Walaupun telah membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), realitinya simpanan tersebut berkemungkinan besar tidak mencukupi untuk menampung keperluan persaraan mereka kelak. Oleh itu, sangat penting bagi golongan muda menambah simpanan persaraan bagi memastikan agar mereka mempunyai pendapatan persaraan yang diperlukan. Tidak ramai orang yang kerap memikirkan tentang simpanan persaraan mereka. Dalam kalangan golongan muda, persaraan dilihat sebagai perkara yang masih jauh untuk ditempuhi. Namun, cuba renung sejenak, adakah ibu bapa, saudara-mara atau rakan keluarga yang benar-benar menikmati masa persaraan mereka? Berkemungkinan besar, mereka yang sedang menikmati masa persaraan adalah mereka yang telah membuat persediaan dari awal lagi. Anda perlu memulakan persediaan sekarang untuk menikmati masa persaraan yang lebih terjamin. Skim Persaraan Swasta (PRS) ditubuhkan sebagai satu skim kebangsaan untuk simpanan persaraan secara sukarela. PRS adalah satu cara bagi golongan muda untuk menyimpan wang tambahan untuk persaraan mereka. Insentif Golongan Muda PRS sebanyak RM500 merupakan pengiktirafan daripada kerajaan bagi membantu para belia untuk memulakan simpanan persaraan mereka dalam PRS. Oleh itu, golongan muda yang bekerja perlu mengambil peluang ini untuk memulakan akaun PRS mereka, terutamanya pada awal usia alam pekerjaan. Gabungan tempoh simpanan dan tempoh untuk mengkompaun pertumbuhan simpanan merupakan faktor pendorong bagi golongan muda untuk memulakan akaun PRS mereka. Untuk membina dana persaraan, ia memerlukan simpanan tetap sepanjang tempoh kehidupan bekerja. Menyimpan 10% daripada pendapatan bulanan mereka adalah pelan simpanan yang berpatutan. Walaupun caruman 10% ke akaun PRS ini mungkin dilihat sebagai satu pengorbanan, namun dari sudut aspek lain, ia perlu dilihat sebagai wang perbelanjaan yang diketepikan untuk kegunaan persaraan. Ia adalah wang anda dan wang inilah yang akan anda belanjakan dalam tempoh persaraan anda. Faktor kedua dalam mengumpul dana persaraan anda ialah dengan mengkompaun pertumbuhan simpanan sehingga masa persaraan. Keajaiban pertumbuhan kompaun memberikan kesan berganda Oleh: Dato’ Steve Ong FEBRUARI 2016 | 5 Jadual: Kuasa Pertumbuhan Kompaun Usia Mula Gaji Bulanan (RM) Caruman PRS 10% (RM) Jumlah Dana PRS pada Usia 60 Tahun (RM) Alia 25 2,500 250 540,000 Johan 35 3,560 356 330,000 Andaian: Kenaikan gaji sebanyak 3% dan pertumbuhan kompaun PRS pada kadar 6% setahun sehingga umur 60 tahun Memulakan caruman lewat ada kekurangannya. Walaupun anda mencarum lebih banyak, nilai yang anda peroleh sebenarnya masih tidak dapat menyamai seseorang yang mula mencarum lebih awal daripada anda. Sebagai contoh, Johan yang memulakan caruman lewat daripada Alia, akan membayar lebih wang setiap bulan, iaitu sebanyak RM356 berbanding Alia, iaitu sebanyak RM250 sahaja. Namun pada usia 60 tahun kelak, simpanan persaraan Johan masih kurang berbanding simpanan persaraan Alia. Menabung adalah teras kepada perancangan persaraan. Dana yang terkumpul akan menjana pendapatan persaraan untuk mengekalkan taraf hidup dan menikmati masa persaraan anda. Pada asasnya, konsep ini sangat mudah - menyimpan lebih wang untuk tempoh persaraan semasa anda mempunyai pendapatan (sekurang-kurangnya 10% simpanan bulanan dalam PRS) akan membolehkan anda lebih menikmati kehidupan persaraan anda. Bagi golongan muda yang bekerja, jadikan masa dan pertumbuhan kompaun sebagai rakan anda. Simpan dalam PRS dari sekarang untuk menikmati kehidupan persaraan yang lebih baik. Lebih banyak anda menyimpan, maka lebih banyak wang yang anda akan peroleh apabila bersara kelak. Penulis, Dato’ Steve Ong merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran Pencen Awam Swasta (PPA) untuk mempercepat proses pertambahan dana persaraan. Menggunakan kuasa pengkompaunan boleh menghasilkan pertambahan yang besar kepada jumlah simpanan PRS dalam jangka masa panjang. Secara umumnya, lebih lama tempoh caruman PRS, maka lebih banyak kompaun simpanan persaraan anda. Berikut merupakan contoh kes bagi Alia dan Johan. Alia dan Johan, kedua-duanya berusia 25 tahun, baharu sahaja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerjaya. Johan memutuskan bahawa beliau hanya akan mula menyimpan wang dalam PRS untuk persaraan pada 10 tahun akan datang. Pada jangkaan beliau, apabila pendapatan beliau telah meningkat, maka beliau akan menyimpan lebih banyak wang. Apabila umur beliau mencecah 35 tahun, beliau memutuskan untuk mencarum sebanyak 10% daripada gajinya dalam PRS untuk tempoh 25 tahun akan datang. Sebaliknya, Alia merupakan seorang yang lebih realis. Melihat ibu bapanya bergelut untuk menyara hari-hari persaraan mereka, maka beliau membuat keputusan untuk memulakan akaun PRS dengan menyimpan lebih awal untuk persaraan beliau. Mengikut pengiraan beliau, simpanan persaraan tambahan 10% diperlukan sebagai tambahan kepada jumlah simpanan semasa KWSP, iaitu sebanyak 23%. Jumlah peratusan simpanan sebanyak 33% ini akan membolehkan beliau menjana pendapatan persaraan yang memadai, mencukupi dan berkekalan untuk menikmati tempoh persaraan kelak. Untuk memastikan bahawa beliau mencarum 10% ke akaun PRS secara bulanan dan secara tetap, beliau telah membuat caruman PRS secara automatik melalui e-perbankan. Gaya hidup berbelanja beliau juga diselaraskan dengan menjelaskan caruman 10% ke akaun PRS terlebih dahulu, sebelum bakinya digunakan untuk memenuhi komitmen dan perbelanjaan bulanan beliau. Tanpa disedari, kedua-dua mereka pasti akan menempuhi alam persaraan suatu hari nanti. Alia yang memulakan akaun PRS pada usia 25 tahun telah berjaya mengumpul simpanan PRS sebanyak RM540,000 untuk menjana pendapatan persaraannya. Sebaliknya, Johan yang menunggu dan memulakan akaun PRS beliau pada umur 35 tahun hanya mampu mengumpul simpanan PRS sebanyak RM330,000 sahaja. Seperti yang anda lihat, simpanan Johan kekurangan sebanyak RM210,000 atau 39% berbanding Alia. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa masa adalah asas untuk memulakan akaun PRS bagi membolehkan masa dan pertumbuhan pengkompaunan berada bagi pihak anda. Caruman yang anda mulakan pada usia muda menghasilkan nilai yang lebih tinggi, berbanding dengan caruman yang anda buat pada usia hampir bersara disebabkan oleh unsur pengkompaunan. 6 | RINGGIT Pilihan Pinjaman Perumahan: Pinjaman Fleksi vs Bukan Fleksi Anda sedang mencari maklumat berkaitan pinjaman perumahan yang sesuai dengan komitmen anda? Jika anda pernah memohon untuk pinjaman perumahan sebelum ini atau sedang mencari untuk mendapatkan pinjaman perumahan, maka anda boleh mempertimbang maklumat yang akan dikongsi di bawah. Apakah itu Pinjaman Fleksi? Sebelum anda memahami apakah sebenarnya pinjaman Fleksi, anda perlu memahami prinsip-prinsip di sebalik asas pinjaman bertempoh dan pengiraan faedah bagi pinjaman hartanah. Pengiraan Faedah (Interest) Pengiraan faedah bagi pinjaman hartanah berdasarkan kaedah pengurangan baki. Setiap kali ansuran anda dibayar, sebahagian daripadanya akan membayar faedah dan selebihnya akan membayar / mengurangkan prinsipal pinjaman. Apabila jumlah pinjaman lebih tinggi, sebahagian besar ansuran akan menjelaskan bayaran ke atas faedah. Sesetengah orang menggelar bayaran ini sebagai duit ‘hangus’. Ada sesetengah peminjam cuba membuat bayaran tambahan atas pinjaman mereka bagi tujuan untuk mengurangkan jumlah pinjaman di bank. Hal ini turut membantu peminjam untuk menjimatkan jumlah faedah yang dikenakan. Ia tidak menjadi masalah sekiranya peminjam boleh memberikan komitmen sepenuhnya. Bagaimana pula jika peminjam tiba-tiba menghadapi kecemasan dan memerlukan wang tunai? Perkara ini memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Pinjaman Bertempoh Asas Pinjaman bertempoh adalah pinjaman yang dibuat berdasarkan jadual pembayaran yang tetap. Dahulu, semua pinjaman hartanah di Malaysia ditawarkan secara Pinjaman Bertempoh Asas. Tidak sukar bagi peminjam untuk membuat pembayaran tambahan kepada pinjaman mereka. Peminjam boleh menulis surat kepada pihak bank untuk meminta supaya pembayaran tambahan boleh dilakukan. Sesetengah peminjam membuat kesilapan dengan membuat bayaran tambahan terhadap pinjaman mereka tanpa membuat permohonan tersebut, dengan andaian ia akan mengurangkan jumlah prinsipal yang FEBRUARI 2016 | 7 terhutang. Sebenarnya, ia tidak berlaku seperti itu. Wang tersebut hanya kekal di dalam bank (sebagai pra-pembayaran). Ia tidak memberi pendapatan faedah sebagai deposit, dan juga tidak mengurangkan faedah ke atas jumlah pinjaman. Malah pada ketika itu, sebarang bayaran tambahan kepada akaun pinjaman bertempoh kebanyakannya tidak boleh dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya sekiranya berlaku kecemasan. Oleh itu, peminjam mestilah benar-benar memastikan sebelum membuat sebarang bayaran tambahan, wang tersebut bukanlah wang yang diperlukan. Pinjaman Fleksi (Flexi Loan) Pinjaman rumah full-flexi atau pinjaman fleksi merupakan konsep pembayaran yang fleksibel ke peringkat seterusnya, iaitu membolehkan peminjam membuat bayaran pendahuluan untuk mengurangkan faedah pinjaman terhadap harta mereka serta mengeluarkan bayaran tambahan yang telah dibuat pada bila-bila masa, tanpa memerlukan prosedur yang rumit, atau dikenakan sebarang caj tambahan. Dalam pakej pinjaman fleksi, anda akan diberi satu akaun pinjaman harta, iaitu akaun semasa dengan sebuah buku cek. Setiap bulan, ansuran pinjaman ditolak secara automatik daripada akaun semasa dan dibayar kepada akaun pinjaman hartanah. Dengan mendepositkan jumlah wang tambahan ke dalam akaun tersebut, anda juga akan dapat mengimbangi jumlah pinjaman prinsipal anda dan mengurangkan faedah ke atas pinjaman harta anda. Contoh: Jika anda mempunyai pinjaman fleksi sebanyak RM300,000 dan te lah mendeposi tkan RM100,000 ke dalam akaun semasa yang berkaitan, faedah pinjaman anda adalah seperti berikut: RM300,000 - RM100,000 = RM200,000. Sama seperti pinjaman semi-flexi, anda boleh mengeluarkan bayaran tambahan yang telah dibuat, hanya dengan menulis cek menggunakan buku cek yang disediakan. Proses ini lebih mudah kerana anda tidak perlu membuat permohonan dengan bank. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan pinjaman flexi dikenakan yuran bulanan tetap (biasanya RM10 sebulan) untuk mengekalkan akaun semasa. Oleh itu, anda perlu menilai komitmen kewangan terhadap kemudahan daripada pinjaman fleksi sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakannya. Kesimpulan Jika anda mempunyai lebihan wang tunai, anda dinasihatkan supaya mendapatkan pinjaman full-flexi. Dengan meletakkan wang di dalam akaun semasa, ia membolehkan anda untuk memperoleh penjimatan faedah yang perlu dibayar. Tetapi, jika anda tidak mempunyai wang tunai tambahan untuk membuat bayaran pendahuluan pinjaman perumahan anda, maka tidak salah untuk mendapatkan pinjaman bertempoh asas. Sumber: Olahan daripada artikel loanstreet.com.my Pinjaman Semi-Flexi Pinjaman semi-flexi adalah jenis pinjaman rumah yang membolehkan peminjam membuat bayaran pendahuluan untuk mengurangkan faedah pinjaman mereka tanpa perlu membuat apa-apa permohonan rasmi kepada pihak bank. Dengan pinjaman semi-flexi, sebarang bayaran tambahan terhadap bayaran balik ansuran bulanan, secara automatik akan digunakan untuk mengurangkan jumlah pinjaman prinsipal yang terhutang, di samping turut mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan untuk pinjaman rumah anda. Anda juga boleh membuat permohonan dengan pihak bank untuk menarik balik bayaran tambahan yang anda telah dibuat, namun anda mungkin dikenakan beberapa caj semasa proses tersebut. Berbanding dengan pinjaman rumah full-flexi, rumah pinjaman semi-flexi adalah pilihan kepada anda yang mempunyai lebihan wang tunai dan pendapatan fleksibel, kerana potensi untuk menjimatkan faedah pinjaman. “Pengiraan faedah bagi pinjaman hartanah berdasarkan kaedah pengurangan baki. Setiap kali ansuran anda dibayar, sebahagian daripadanya akan membayar faedah dan selebihnya akan membayar / mengurangkan prinsipal pinjaman.” 8 | RINGGIT Soalan Lazim Mengenai Insurans Motor 1. Sek i ranya saya membel i pol i s i motor komprehensif, adakah semua kerugian saya dilindungi? Tidak semua kerugian akan dilindungi oleh polisi komprehensif. Di bawah polisi komprehensif, anda akan dilindungi bagi tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga atas kematian, kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kenderaan anda. Anda akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau sebarang kemalangan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian. Anda perlu menyemak polisi anda terhadap pengecualian-pengecualian tersebut. • Anda juga perlu mengetahui bahawa kematian dan kecederaan tubuh badan pemandu dan penumpang kenderaan anda tidak dilindungi di bawah perlindungan komprehensif. 2. Mengapakah saya tidak boleh menginsuranskan kenderaan saya pada sebarang nilai yang saya fikir munasabah? Sekiranya saya membuat tuntutan, saya berharap syarikat insurans akan membayar kepada saya pada amaun yang telah saya insuranskan. Adalah mustahak untuk menginsuranskan kenderaan anda pada nilai pasaran dan bukan pada nilai yang anda inginkan bagi mengelakkan daripada terlebih atau terkurang insurans. Terlebih insurans berlaku apabila anda menginsuranskan kenderaan anda pada nilai yang lebih tinggi daripada nilai pasaran. Apabila anda membuat tuntutan, syarikat insurans hanya akan membayar mengikut harga pasaran kenderaan anda. Terkurang insurans pula berlaku apabila jumlah yang diinsuranskan lebih rendah daripada nilai pasaran. Dalam kes ini, anda dianggap ‘menginsuranskan sendiri’ perbezaan antara kedua-dua nilai tersebut. Sekiranya berlaku kerosakan, anda perlu menanggung bahagian yang anda insuranskan sendiri, daripada keseluruhan jumlah kos membaiki kenderaan. Contohnya, sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda sebanyak 80% daripada nilai pasaran, maka syarikat insurans akan hanya membayar 80% daripada jumlah kos pembaikannya. • Sentiasa semak dengan pemegang francais kenderaan tentang nilai pasaran kenderaan anda untuk mengelakkan terlebih atau terkurang insurans. Anda boleh bertanya kepada syarikat insurans/ejen untuk mendapatkan pengesahan dar ipada pemegang francais kenderaan tentang amaun yang sepatutnya diinsuranskan. 3. Dalam sesuatu kemalangan yang saya bukanlah pihak yang bersalah, bagaimana saya boleh membuat tuntutan terhadap pihak yang sebenarnya bersalah? Anda mempunyai pilihan sama ada untuk mengemukakan tuntutan pihak ketiga kepada syarikat insurans pihak ketiga, atau sekiranya anda mempunyai polisi komprehensif, anda boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans anda sendiri. Sekiranya anda membuat tuntutan kepada FEBRUARI 2016 | 9 syarikat insurans anda sendiri, anda tidak akan kehilangan kelayakan diskaun tiada tuntutan atau NCD – ‘no claim discount’ dan tuntutan tersebut akan diproses lebih cepat memandangkan syarikat insurans anda telah mempunyai maklumat tentang latar belakang anda. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan tuntutan ‘pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ dan tuntutan bagi ganti rugi ekses kepada syarikat insurans pihak ketiga yang bersalah. Jumlah hari bagi pampasan untuk ‘masa pembaikan sebenar’ yang boleh anda tuntut adalah berdasarkan kepada jumlah hari yang diperlukan untuk membaiki kenderaan anda, seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian yang dilantik untuk menilai kerosakan kenderaan anda. 4. Sekiranya saya terlibat dalam kemalangan berantai, kepada siapakah saya perlu membuat tuntutan? Dalam kemalangan berantai, bagi kerosakan kenderaan (prosedur ini tidak boleh diguna pakai bagi kematian dan kecederaan tubuh badan), anda perlu membuat tuntutan terhadap syarikat insurans kenderaan yang berada betul-betul di belakang anda dan anda tidak akan kehilangan NCD. Sekiranya kenderaan anda merupakan kenderaan yang paling belakang dalam kemalangan berantai tersebut, anda tidak boleh membuat apa- apa tuntutan terhadap kenderaan-kenderaan lain yang terlibat. Walau bagaimanapun anda boleh membuat tuntutan kerosakan sendiri daripada syarikat insurans anda sekiranya anda mempunyai perlindungan komprehensif. 5. Mengapakah syarikat insurans mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tuntutan kecurian kenderaan saya? Syarikat insurans biasanya membayar tuntutan kecurian dalam tempoh enam bulan atau apabila siasatan polis telah selesai, mengikut mana yang lebih awal. Masa adalah diperlukan oleh syarikat insurans atau polis untuk membuat penyiasatan dan kemungkinan kenderaan terbabit dapat ditemui semasa penyiasatan. 6. Apabila saya membuat tuntutan terhadap syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan saya, syarikat insurans berkenaan enggan membayar tuntutan saya kerana pemegang polisinya tidak membuat laporan. Mengapakah ini terjadi? Polisi insurans adalah kontrak antara syarikat insurans dengan pemegang polisi. Sekiranya pemegang polisi tidak membuat laporan kepada syarikat insurans tentang sesuatu kemalangan, syarikat insurans tidak dapat melayan sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ket iga memandangkan syarikat insurans tidak mempunyai kontrak dengan pihak ketiga tersebut. Oleh yang demikian, syarikat insurans pihak ketiga akan hanya bertanggungjawab menyelesaikan tuntutan anda sekiranya pemegang polisinya mengarahkan syarikat insurans supaya berbuat demikian bagi sesuatu kerugian/kerosakan dalam suatu kemalangan yang disebabkan olehnya. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan orang ramai, syarikat insurans telah bersetuju untuk melayan tuntutan pihak ketiga walaupun pemegang polisi mereka tidak membuat laporan. Anda perlu mengemukakan tuntutan untuk pertimbangan syarikat insurans dalam tempoh 14 hari dari tarikh kemalangan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut:- a) Satu salinan laporan polis; b) Satu salinan laporan polis pemegang polisi, jika anda adalah pemegang polisi; c) Jika (b) tidak ada, boleh diganti dengan Akuan Berkanun menyatakan kejadian kemalangan dan mengenal pasti bahawa kenderaan pemegang polisi adalah pihak yang terlibat dalam kemalangan; dan d) Satu salinan laporan penyiasatan polis atau maklumat daripada polis sebagai bukti bahawa pemegang polisi syarikat insurans tersebut adalah pihak yang bersalah dalam kemalangan. 7. Bolehkah syarikat insurans menolak tuntutan di bawah senario berikut? a) Kenderaan saya dipinjamkan kepada kawan yang kemudiannya ‘menghilangkan diri’ dengan kereta tersebut. b) Kenderaan saya diiklankan untuk dijual. Salah seorang calon pembeli membawa kereta untuk dipandu uji dan telah tidak memulangkannya. Kes-kes seperti ini adalah dianggap sebagai kelakuan jenayah pecah amanah dan menipu. Terdapat kecuaian juga di pihak pemilik kenderaan kerana tidak berhati-hati apabila menyerahkan harta benda kepada pihak lain. Kerugian / kerosakan yang timbul daripada kes-kes seperti ini tidak akan dibayar kerana ia dikecualikan di dalam kontrak insurans. Sumber: Info Insurans, Bank Negara Malaysia 10 | RINGGIT Ruangan Bersama NCCC Runsing apabila kereta sering mengalami kerosakan Adakah kereta anda sering mengalami kerosakan? Jika anda seorang pemilik kenderaan, anda pernah menghadapi satu atau dua masalah dengan kenderaan anda selepas beberapa lama menggunakannya. Perkara yang biasa akan dilakukan oleh pengguna adalah menghantar kenderaan ke bengkel untuk membaiki kenderaan tersebut dan terpaksa membelanjakan sejumlah wang sekiranya kereta itu rosak. Perkara ini menjadi aduan yang lazim diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). Antara jenis kategori aduan yang diterima, aduan yang melibatkan kos yang besar adalah berkaitan automobil. Antara jenis aduan yang diterima oleh NCCC ialah: • kereta yang baharu dibeli mempunyai pelbagai masalah • kotak gear rosak • isu dengan jaminan • jangkamasa membaik pulih kenderaan yang terlalu lama • pembaikan kenderaan tidak dijalankan dengan sempurna • penjualan alat ganti yang palsu sedangkan pengguna telah membuat bayaran untuk alat ganti yang asal • duit deposit kenderaan tidak dipulangkan apabila pengguna membuat pembatalan Berikut adalah contoh kes sebenar yang diterima oleh NCCC serta tindakan yang harus diberi perhatian oleh pengguna. Kajian kes: “Kereta baharu saya mempunyai masalah pada kotak gear. Apabila saya memandu dengan keadaan perlahan, kereta saya akan bergegar semasa melakukan pertukaran gear. Pernah pada satu ketika, saya hampir terlanggar kereta di hadapan kereta saya semasa keadaan lalu lintas sesak. Saya telah membuat aduan kepada syarikat kereta tersebut dan mereka telah menawarkan pembaikan dengan menukar `clutch’ kereta saya. Selepas pembaikan, dalam masa sebulan, masalah yang sama berlaku kembali. Sekali lagi saya ditawarkan untuk membaiki masalah itu. Saya terasa ditipu oleh syarikat berkenaan kerana sudah dua kali saya menghantar kereta saya untuk dibaiki dan masalah sama masih berulang. Saya berharap syarikat tersebut dapat membeli balik kenderaan yang telah dijual kepada saya kerana tiada jalan penyelesaian lain”. Pengadu mempunyai hak untuk membeli kenderaan yang selamat, bebas daripada sebarang kecacatan atau rosak. Ini adalah satu jaminan tersirat (implied gurantee) dinyatakan dalan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Jika berlaku sebarang kerosakan pada kenderaan, pengguna hendaklah menghantar kenderaan tersebut ke pusat perkhidmatan kenderaan tersebut kerana kereta baharu yang dibeli masih dalam tambah jaminan. Pengguna tidak perlu membuat bayaran untuk membaiki kenderaan tersebut sekiranya kenderaan masih dalam tempoh jaminan. Jika masih tidak berpuas hati, pengguna boleh meminta pusat perkhidmatan untuk memberi tempoh lanjutan kepada jaminan kenderaan tersebut jika masalah berlaku lebih daripada dua kali. Tetapi, pengguna haruslah memastikan bahawa kereta tersebut hanya diselenggara di pusat perkhidmatan kenderaan yang sah bagi mengelakkan pelanggaran waranti. Jika pengguna mendapati alat ganti yang digunakan untuk kenderaan tersebut merupakan alat ganti dan bukan asli, pengguna boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Pihak kementerian boleh mengambil tindakan terhadap pusat perkhidmatan kenderaan tersebut. Nasihat kepada pengguna 1. Pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan atau rungsing akan keselamatan kenderaan tersebut, pengguna boleh membuat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM. Ia adalah pusat pemeriksaan kenderaan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk melakukan pemeriksaan kenderaan. 2. Pastikan resit / invois pembaikan disimpan sebagai bukti. 3. Pastikan kenderaan diselenggara di pusat perkhidmatan kenderaan yang sah untuk mengelakkan pelanggaran waranti kenderaan tersebut. 4. Pengadu boleh membuat aduan jikalau menghadapi masalah, seperti wang deposit tidak dipulangkan, ragu tentang alat ganti yang digunakan adalah palsu, mengambil masa yang terlalu lama untuk membaiki kenderaan tersebut atau produk tersebut berkualiti rendah. Pengguna boleh membuat aduan di: • Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan • Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. *Sila layari laman sesawang KPDNKK (www.kpdnkk. gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk membuat aduan. Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) “Jika masih tidak berpuas hati, pengguna boleh meminta pusat perkhidmatan untuk memberi tempoh lanjutan kepada jaminan kenderaan tersebut ...” Bank Negara Malaysia Talian Tol : 1-300-88-5465 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.bnm.gov.my Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Talian Tol : 1-300-88-9980 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.abm.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Talian Tol : 1-800-88-2575 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.akpk.org.my Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) Talian am : 03-2272 2811 E-mel : [email protected] Laman sesawang : www.fmb.org.my [email protected] BANK NEGARA MALAYSIA CENTRAL BANK OF MALAYSIA Memperkenalkan siri aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia Ke arah pengguna kewangan yang lebih bljak MyRinggit Membuat keputusan kewangan bukannya mudah, A sama ada anda pelajar, suri rumah, ahli perniagaan atau pekerja. Dengan aplikasi mudah alih baharu Bank Negara Malaysia ini, anda bukan sahaja boleh menolapatkan perkembangan dan maklumat terkini hal—hal kewangan, tetapi juga menggunakan aplikasi untuk merancang dan menguruskan kewangan anda dengan mudah serta menggunakan hak anda sebagai pengguna kewangan. MyTabung VA - L » ~ ~ A’ - MyBNM BNM MyL|NK MyTabung MyRinggit Dapatkan maklumat Saluran berkesan Aplikasi pemantau Ketanui ciri—ciri dan pengumuman yang mengnubungkan belanjawan untuk keselamatan penting terkini mengenai pengguna dengan merancang dan dan teknik untuk hal—hal kewangan institusi kewangan menguruskan membezakan Wang di dalam negeri dan di Malaysia untuk kevvangan peribadi kertas Malaysia yang peringkat global serta mengemukakan anda atau isi ruman asli dengan yang palsu. amaran penting pertanyaan, secara bernernat kepada pengguna mendapatkan nasinat untuk mencapai berhubung dengan dan membuat aduan. matlamat kewangan. penipuan kewangan. Tunggu apa Iagi? Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris secara PERCUMA. . App Store
Public Notice
21 Mac 2016
Concept Paper on Shareholder Suitability
https://www.bnm.gov.my/-/concept-paper-on-shareholder-suitability
null
null
null
null
null
11 Mac 2016
Concept Paper on Corporate Governance
https://www.bnm.gov.my/-/concept-paper-on-corporate-governance
null
null
null
null
null
07 Mac 2016
Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated.
https://www.bnm.gov.my/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-1
null
https://www.bnm.gov.my/c/portal/update_language?p_l_id=185&redirect=/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-1&languageId=ms_MY
Reading: Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Share: 170 Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated. Tarikh Siaran: 07 Mac 2016         Artikel ini cuma terdapat dalam Bahasa Inggeris buat masa sekarang.         © 2024 Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
null
Public Notice